Rabu, 6 Februari 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Gesaan Bekas KM Melaka menghina Majlis Raja - raja ?

Posted: 06 Feb 2013 05:01 AM PST



PAS boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas BERNAMA dan Rahim Tamby Chik kerana masih menimbulkan isu yang telah diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 perisytiharan Majlis Raja-raja pada mesyuarat ke-188.

Fatwa sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 menyatakan :

"1.
Tiada halangan untuk menggunakan perkataan "Islam" oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan "Islam" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada."

Akhbar pencacai UMNO sendiri, Utusan, pernah melaporkan bahawa Majlis Raja-Raja juga pada 22 Mac 2001 telah memutuskan bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik.
Ia juga memutuskan bahawa tiada pihak berhak menentukan keislaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam.


Keputusan itu yang dibuat berdasarkan usul Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, dicapai pada mesyuarat ke-188 Majlis Raja-Raja selama dua hari di Istana Negara.

Ternyatalah bahawa gesaan Rahim Tamby Chik itu adalah sesuatu yang karut malah menghina Majlis Fatwa dan Majlis Raja-raja yang telah memutuskan dengan jelas dan tegas: bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik.

Berita berkaitan :

MELAKA - Satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh sesebuah parti politik perlu diwujudkan agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak demi kepentingan politik, kata bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata, parti yang menggunakan nama Islam boleh merosak dan memburukkan kedudukan, imej serta reputasi agama itu sendiri.

Merujuk penggunaan nama Islam pada Parti Islam Semalaysia (Pas), beliau berkata, parti itu menggunakan nama Islam semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan dan melancarkan kutipan dana bagi projek pembinaan surau baru sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini, hari ini.

Sementara itu, Rahim yang juga Pengerusi Risda mahu kerajaan memandang serius terhadap kehadiran sekolah-sekolah pondok yang ditaja parti politik kerana dilihat cenderung menanam rasa kebencian terhadap musuh politik mereka. - Bernama

Sumber : Harakah Daily

Bekas KM Melaka Mimpi Di Hujung Usia

Posted: 05 Feb 2013 02:52 PM PST

KUALA LUMPUR: Cadangan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik supaya diwujudkan larangan penggunaan nama Islam pada parti politik konon untuk mengelak disalahguna disifatkan sebagai "mimpi di hujung usia".


Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang (gambar) berkata, Rahim juga barangkali "mudah lupa" kenyataan Umno-BN itu sudah pun jelas di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu pada 22 Mac 2001 yang menetapkan tiada halangan penamaan Islam pada pertubuhan dan parti politik.

"Kenyataan Rahim itu seolah-olah mahu meniru apa yang pernah berlaku pada zaman Mustafa Kamal Attaturk di Turki sedangkan gerakan negara sedunia mutakhir ini seperti Mesir sedang beralih menyokong politik ke arah Islam," jelas Ustaz Ahmad.

Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 31 Mac 2000 antara lain menyebut "tiada halangan untuk menggunakan perkataan 'Islam' oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ihsan."

Bernama Selasa lalu melaporkan Rahim antara lain mendakwa parti politik yang menggunakan nama Islam boleh memburukkan imej agama itu sendiri serta pemakaian nama Islam pada PAS hanya demi kepentingan
politik.

Sumber : Harakah edisi 16 – 19 RABIULAWAL 1434 / 28 – 31 JANUARI 2013

Tiada ulasan:

Pengikut