Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
PAS pecat Nasharudin ? Cabaran Ali Rustam Tidak Relevan Posted: 04 Feb 2013 05:38 AM PST KOTA BHARU - Cabaran yang dilontarkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pas untuk memecat keahlian Nasharudin Mat Isa dalam parti itu dianggap tidak relevan. Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Kelantan, Fadhli Shaari berkata, cabaran ahli majlis tertinggi Umno itu dianggap tidak relevan dan tidak sepatutnya dipersoalkan. "Beliau (Nasha) hanya melakukan beberapa kesilapan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang Ahli Majlis Syura, bukanlah sehingga peringkat wajib dikenakan tindakan keluar parti," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau diminta mengulas isu Ali Rustam yang mencabar Parti kepimpinan Datuk Abdul Hadi Awang itu membuang keahlian Pas yang dimiliki Nasharudin Isa kelmarin. Menurutnya, Nasha juga tidak pernah dikaitkan dengan politik wang untuk menang pemilihan parti dan tidak juga mencadangkan supaya kelab malam dibuka sehingga jam 3 pagi. Beliau berkata, walaupun Nasha kini bukan lagi Ahli Majlis Syura, namun beliau masih tetap sebagai ahli Pas. "Sebagai contohnya, walaupun majlis perkahwinan anaknya (Nasha) sedikit besar, namun tidak sampai ratusan ribu duit rakyat dihabiskan, jangan pandang rendah pada kepimpinan kami. "Cabaran itu tidak masuk akal dan Pas tidak akan runtuh jika apa-apa berlaku pada Nasha, bukan sebagaimana yang didakwa beliau (Ali) yang menganggap nasib Pas bergantung pada Nasha," katanya. Fadhli berkata, Pas juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan pemecatan keahlian Nasha dalam parti tersebut walaupun tidak dicalonkan mana-mana kawasan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Sumber : Sinar Harian Berita berkaitan : MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pas memecat Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas menggugurkannya daripada pelbagai jawatan dalam parti itu. Sambil mempersoalkan mengapa Pas tidak berbuat demikian, beliau berkata mungkin Pas takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden Pas itu masih mempunyai pengaruh yang kuat. "Saya nak tengok apakah Pas berani pecat Nasharuddin...saya cabar Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pecat Nasharuddin. "Mengapa mereka tak pecat, nampak mereka ini takut pada Nasharudin kerana beliau mungkin lagi hebat daripada pemimpin tertinggi Pas yang ada sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Tun Sri Lanang, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2012 di sini, hari ini. Beliau mengulas pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Ulama Pas dan tidak dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bachok. Sementara itu, Mohd Ali berkata pembinaan dewan bernilai RM520,000 hasil sumbangan kerajaan negeri dan Jabatan Perdana Menteri itu bertujuan menambahbaik kemudahan di sekolah tersebut. Di NIBONG TEBAL, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura adalah hasil perasaan saling tidak mempercayai dan syak wasangka. Beliau menyifatkan tindakan pemecatan itu merupakan perpecahan dalam Pas yang mengamalkan politik taksub. "Kalau sesama pemimpin Pas pun mereka tak boleh bersatu...macam mana mereka nak bersatu dalam kepentingan ummah bersama orang Islam lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara, dekat sini, hari ini. Beliau berkata, jika wujud perasaan saling tidak mempercayai dan syak wasangka sesama pemimpin dan anggota parti, mereka sebenarnya tidak layak untuk mentadbir kerajaan. - Bernama |
Posted: 03 Feb 2013 02:58 PM PST Kenyataan Media Ketua AMK/Pengerusi Keadilan Melaka berkaitan penghinaan Ali Rustam terhadap Lim Kit Siang Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberi respon mengenai kenyataan terbaharu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang menggelar Penasihat DAP sebagai biadap. Kenyataan Ali tersebut diberi sebagai respon kepada kenyataan ringkas Kit Siang melalui laman social Twitter bahawa negara Malaysia seolah tidak selamat bagi kanak-kanak berikutan pemergian mendiang adik William Yau Zhen Zhong. Membiadapkan mana-mana individu atas satu kenyataan realiti adalah satu tindakan yang tidak matang, khususnya bagi seorang pemimpin veteran seperti Ali. Di saat pemerintahan Umno-BN bangga dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia pada tahun 2011, rentetan kes kehilangan kanak-kanak termasuklah penculikan dan pembunuhan kejam masih lagi berlaku secara berleluasa. Apakah Ali tidak sedar bahawa memang wujud masalah berlarutan seumpama ini sejak bertahun selamanya, malah tidak terhad kepada kanak-kanak, malah turut menglibatkan wanita dan juga kelompok rakyat yang lemah dan tidak berdaya. Di saat ada kelompok Cawangan Khas yang diarah mengekor jejak langkah pimpinan-pimpinan pembangkang di seluruh Negara, masih ramai penjenayah yang berlegar secara bebas yang mengancam keselamatan Negara tanpa kita sedar di kiri dan kanan kita. Tambah menjelekkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri pada Julai 2012 pernah menyebut bahawa kadar jenayah Negara membimbangkan sehingga menggesa kerajaan tidak menyorok keadaan sebenar kepada rakyat. AMK menyokong kenyataan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa wujud keperluan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keutamaan kepada agenda keselamatan terutama melibatkan wanita dan kanak-kanak. Inilah keutamaan yang harus diletakkan oleh PDRM. Ali perlu berhenti membiadapkan pimpinan pembangkang yang peduli dengan permasalahan rakyat, sebaliknya Ali yang perlu lebih bersantun dan berlapang dada menerima kelemahan dan kritikan untuk menambah baik kualiti keselamatan masyarakat seluruh Negara. Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia Sumber : shamsuliskandar.wordpress.com |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan