Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Lelaki dan perempuan kongsi tandas di Melaka - Apa nak jadi? Posted: 15 Feb 2013 05:46 PM PST JASIN - Orang awam mendakwa tandas awam lelaki di Bandar Baru Jasin, dekat sini, sering kali berkunci sehinggakan ada kalanya lelaki dan perempuan terpaksa berkongsi tandas. Ketua Cawangan DAP Bandar Baru Jasin, K Ramukutty berkata, dia telah beberapa kali menerima aduan daripada orang awam berhubung masalah itu dan lebih membimbangkan pernah terjadi perselisihan faham di antara lelaki dan wanita hanya disebabkan tandas terbabit. Menurutnya, bagi memastikan aduan tersebut sahih dia telah pun membuat tinjauan di tandas tersebut dan mendapati tandas lelaki berkunci dan hanya tandas wanita sahaja terbuka. Tambahnya, sebagai kawasan tumpuan, kemudahan awam seperti itu bukan saja perlu dibuka malah harus dalam keadaan baik dan sempurna bagi memberi keselesaan kepada pengguna. "Saya yang tinggal berdekatan kawasan ini sering mendapati salah satu tandas tersebut berkunci dan ada masa tertentu tandas lelaki dibuka. "Ia memang menyukarkan memandangkan lokasi tandas awam tumpuan orang ramai dan di kawasan bandar serta tidak seharusnya berlaku," katanya. Jelasnya, dia berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menangani segera dan melakukan pemantauan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Selain itu, seorang peniaga berdekatan yang enggan dikenali berkata, bukan sekali tandas itu berkunci sejak sebulan lalu. Menurutnya, mungkin bagi orang lain masalah ini nampak ringan, tetapi sudah beberapa kali dia melihat orang awam bertengkar kerana berebut tandas. "Tidak dinafikan ada kalanya tandas itu dibuka, namun harap biarlah sentiasa dibuka supaya tidak menimbulkan masalah dan memberi keselesaan kepada pengguna," katanya. Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian semalam, mendapati kedua-dua tandas tersebut dibuka dan usaha untuk mendapatkan maklum balas daripada Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak berhasil apabila tidak dapat dihubungi. Sumber : Sinar Harian |
Pakatan Rakyat sudah sedia ambil alih Melaka Posted: 15 Feb 2013 04:54 PM PST MELAKA: Sekretariat Pakatan Rakyat Melaka, sudah bersedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri dari Barisan Nasional. Keyakinan ini dilihat berputik dari sokongan padu rakyat Melaka terhadap ketiga-tiga parti komponen Pakatan iaitu PAS, KeADILan dan DAP. Walaupun banyak pihak mentertawakan hasrat dan kemahuan Pakatan ini, tetapi ianya tidak mustahil akan berlaku, rakyat dewasa kini sudah terdedah kepada maklumat dari media baru khususnya pengundi muda. Mereka ini adalah silent voters yang hanya menunggu masa untuk mengundi dan mengenepikan kerajaan BN dari Seri Negeri. "BN sudah tidak dapat menutup mata, memekakkan telinga rakyat dan menutup pekung di dada mereka semuanya telah terdedah kepada umum. Rasuah, penyalahgunaan kuasa, amalan kronisme, keborosan dan ketirisan sudah menzalimi rakyat lebih dari 54 tahun. Siapakah lagi yang boleh bertahan dengan pemerintah semacam ini?" soal sekretariat PR dalam satu kenyataan. Oleh itu, berdasarkan congakan pemerhati politik dalam negeri bahawa Pakatan Melaka akan memenangi sekurang-kurangnya 18 kerusi. Kerusi-kerusi tersebut sudah tentu kerusi majoriti pengundi Cina, kawasan campuran dan beberapa kerusi majoriti Melayu. Walaupun BN Melaka perasan mereka begitu gagah tetapi itu syok sendiri kerana majoriti rakyat hari ini tidak menzahirkan sokongan mereka secara terbuka. Mereka akan tahu bila pengiraan undi dibuat nanti. Sumber : Harakah 28 SAFAR - 1 RABIULAWAL 1434 / 11 - 13 JANUARI 2013 |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan