Jumaat, 8 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 07 Feb 2013 11:23 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PERANG POLITIK - MENJELANG PRU KE 13

Posted: 06 Feb 2013 09:30 PM PST

Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU) semakin hampir. Serangan serta pendedahan isu sudah dan akan masuk ke pusingan terakhir. BARISAN NASIONAL (BN) dikatakan akan berhadapan dengan PRU 13 paling getir pernah dilalui. Ini adalah andaian dan pendapat kepimpinan politik yang ada termasuk kepimpinan tertinggi UMNO sekali. Misi untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak oleh kedua-dua belah pihak berlaku dan semakin sengit. Namun apa yang Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras lihat ialah serangan pembangkang terus konsisten dan satu persatu isu dikeluarkan sedangkan BN masih tersangkut-sangkut dengan isu yang sama.


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mendapat maklumat beberapa isu baru sedang dimasak oleh pembangkang dan ia pasti akan diletupkan pada saat yang tepat dan masa yang sesuai. Dalam pada itu adakah BN masih lagi tersangkut, menoleh dan mencari apa lagi yang boleh  dilakukan untuk meyakinkan rakyat bahawa BN dan UMNO adalah pilihan untuk kestabilan negara. Ini perlu dibuat sekarang di samping mula bertindak untuk menyerang pembangkang sebagaimana mereka menyerang kepimpinan BN dan UMNO dalam isu yang lebih cerdik dan lebih memberi persepsi menyeluruh.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin bertanya mengenai mereka yang menyeberang masuk ke UMNO dari PKR. Mereka dilihat suatu masa dahulu hebat dalam PKR, namun apa jadi dengan mereka semua? Apakah mereka berjaya dalam misi mereka? Kita lihat Ezam Mohd Noor dan gerombolan mereka, adakah mereka telah berjaya memecahkan benteng PKR ? Adakah mereka berjaya membawa orang untuk mengalih pandangan dari melihat ke Pakatan Rakyat kepada BN dan UMNO? Adakah mereka berjaya dalam menahan perkembangan Pakatan Rakyat dalam membentuk persepsi bahawa mereka sudah sedia untuk memerintah negara?

Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Apa yang jelas nampak ialah mereka setakat ini hanya fokus untuk menyerang keperibadian Datuk Seri Anwar Ibrahim, lantas terus mempopularkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menjadi lebih besar dari sepatutnya. Langkah untuk mereka melakukan strategi menyerang keperibadian Anwar itu terus menerus diasosiasikan dengan UMNO lantas UMNO sendiri menerima bahana kesan dari kegagalan mereka.

BN dan UMNO masih lagi dalam persekitaran elitis. Itu mungkin satu kenyataan yang keras tetapi mereka tidak lagi berjaya membawa jiwa perjuangan dalam kancah perang politik yang ada. Mereka masih dalam kenangan kekuatan dan kekuasaan, lantas perang politik mereka masih terkandung dalam ilusi bahawa mereka kuat dan mereka mampu melakukan dengan cara bersahaja sahaja.

Hari ini menjelang pilihanraya, BN masih tercari-cari "punch line" untuk memukul politik pembangkang. BN masih lagi teraba-raba dalam menyalurkan kebaikan BN perlu berusaha lebih untuk menyalurkan bantuan keprihatinan kepada rakyat, melakukan yang terbaik untuk memulangkan kesejahteraan kepada rakyat tetapi masih terkedu dengan sambutan rakyat dengan pembangkang.

Mungkin dalam masa beberapa minggu ini, sesuatu yang lain dapat dilakukan untuk menarik kembali perhatian rakyat kepada BN dan UMNO. Andai kata,  kalau pun BN/UMNO menang dalam PRU 13 ini, keadaan Kerajaan yang memerintah tidak mungkin selesa dan negara akan sentiasa berada dalam pergolakan politik yang merugikan. 
 
 
 

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 07 Feb 2013 08:18 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


ABBY ABADI PUNYA PASAL,DUIT BRIM2.0 DISALAH GUNA!

Posted: 07 Feb 2013 03:46 AM PST


JAMUAN MAKAN MALAM  DANA PRU 13..PROGRAM YANG AKAN BERLANGSUNG SEKETIKA NANTI DI DEWAN SRI JUGRA,TELOK DATOK..RAMAI JUGA YB-YB YANG TURUN PADANG,ANTARANYA DR.ABD.RANI DAN ANAK BANG NUAR..DAN BAKAL YB PUN ADA..OSTAZAH ABBY A-BODY.
SEPERTI BIASALAH,KALAU ADA FUNCTION ANJURAN PASpispus..MESTI ADA HUBUNG KAIT DENGAN "TIN-TIN MILO"YANG SENANTIASA BERGERAK.TAPI KAT KUALA LANGAT NI LAIN SIKIT,TUKAR KEPADA "KAD".KALAU DALAM TIN,ORANG BOLEH BAGI SESUKA HATI AJE,TAPI KALAU "KAD",BAYARAN TETAP,DIFAHAMKAN SATU "KAD"BERNILAI RM30.00..PERGHH..SUDAH UP MAA..KALAU 10 ORANG DAH RM300,KALAU 1000 ORANG?PERGHH..PAKCIK KAYO!.
PERSOALANNYA, KENAPA PAS PERLU KUTIP DERMA UNTUK PILIHANRAYA?BUKANKAH PR ITU SATU PAKATAN YANG MAHU BERKONGSI SEGALA-GALANYA?TAKKAN PKR dan DAP TAK BOLEH BAGI RM KAT PAS???
NAK TENGOK ABBY a-body TAK PASAL-PASAL RAKYAT KENA BAYO RM30.OWH!LUPA PULAK,KAN RAKYAT KAT KUALA LANGAT NI,BARU SAHAJA MENERIMA BR1M 2.0 YANG BERJUMLAH RM500.APALAH SALAHNYA RM30 TU BELI "KAD".ADA BALANCE LAGI.
PIHAK KERAJAAN BARISAN NASIONAL BAGI BR1M 2.0 KAT SETIAP KETUA KELUARGA ADALAH UNTUK RAKYAT BERKONGSI LEBIHAN HASIL PENDAPATAN NEGARA,DIMANA IANYA BOLEHLAH GUNA MASA SESAK-SESAK NANTI.

TAPI SEPERTI RAKYAT YANG LAIN,team media puctd SERINGKALI BERTANYA,KEMANA PERGINYA WANG TERSEBUT?

Tiada ulasan:

Pengikut