Kerana tidak mahu mendengar fitnah terus di sebarkan seorang penduduk kampung bernekad untuk menyerang kenderaan Nizar Derhaka.
Beliau yang tidak mahu dikenali mengambil tindakan dengan mengetuk pembesar kenderaan tersebut kerana marah dengan tazkirah Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS yang menimbulkan pelbagai fitnah dan tomahan yang tidak berasas terhadap Umno/BN.
Katanya, beliau tidak mahu penduduk Bukit Gantang terus di tipu dengan fitnah yang disebarkan oleh puak PAS!.
Cukup... cukuplah Nizar Derhaka!! Tiada lagi peluang untuk kali kedua... sedarlah bahawa rakyat Perak menolak sepenuhnya terhadap bekas MB Derhaka a.k.a Boneka DAP ini!
Marah betul Ahli Parlimen Lembah Pantai ni bila didapati banner ucapan Selamat Hari Wilayahnya hilang... yang kelakar tu sampai meroyan sakan di twitter... budak-budaklah Nurul ni...
Apa tak hilangnya... tengok la lokasi Nurul Izzah gantung banner...mencemarkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dan mengangu penglihatan pemandu yang boleh mengakibatkan kemalangan.
Di Malaysia, khasnya ibukota Kuala Lumpur yang mempunyai undang-undang yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sekiranya undang-undang tidak dipatuhi, pastinya tindakan akan diambil.
Nak tanya sikit... Nurul Izzah suka-suka je main gantung banner ni? ada dapat permit ke tak?
Apa muslihat Nurul Izzah ambil gambar banner ni pada sekitar jam 3.00-4.00 pagi... macam ada agenda tersembunyi dirancang dengan banner ni?
Tak payah cakaplah. Kalau di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Haram, pantang ada salah sikit yang dilakukan oleh Rakyat, pasti akan ditutup, disita atau diangkut oleh Majlis Perbandaran. Tak gitu? Bak kata sahabat CTS "what goes round comes around".
Tapi Nurul Izzah jangan risau la... aku percaya bannernya diambil oleh peminatnya sendiri untuk buat selimut masa tidur... meleleh....
"Saya masih hidup. Malah semakin pulih dan sihat." kata Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib, 62, berkata, beliau kesal dengan khabar angin yang menyebutnya sudah meninggal dunia sambil menyifatkannya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Terdahulu Tian Chua menyebarkan berita kematian palsu di twitter yang menyatakan "Baru terima berita bahawa: Mantan Imam Besar Negara Utz Taib Azamudin telah kembali ke rahmatullah. Takziah kpd keluarga.
Inilah sikap pemimpin pembangkang suka menyebarkan fitnah dan berita palsu...
Murahnya Tian Chua mudah terpedaya dengan khabar angin! Ini soal kematian bukan boleh bawa main-main... Seharusnya Tian Chua memeriksa dahulu akan kesahihan berita tersebut, tak perlulah jadi orang pertama yang menyampaikan berita kematian ini.
Setelah mendapat kecaman dari pengikutnya di twitter Tian Chua terus 'delete' tweetnya... Macam biskut... tak berani nak bertanggungjawab diatas apa yang telah dilakukannya...
Sikap dan tindakan 'bodo' dari Pakatan Pembangkang ini menyebabkan rakyat sudah muak, bosan dan marah dengan kerenah mereka lebih-lebih lagi kini menjelang PRU-13.
Kali ini Pengerusi DAP Karpal Singh 'betul' dalam isu kalimah Allah apabila menyatakan isu itu belum selesai.
Memang betul, isu tersebut memang belum selesai selagi majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak bermesyuarat memutuskan sama ada kekal menerima ketetapan Datuk Seri Hadi Awang dalam mesyuarat 8 Januari atau keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Sebab itu, Karpal Singh terus persoal perkara itu malah membidas Presiden PAS itu serta Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendakwa isu tersebut sudah selesai.
Pemimpin veteran DAP itu yang dilabel anti hudud dan Islam oleh bekas timbalan Presiden PAS, Nasarudin Mat Isa bukan sahaja menafikan dakwaan PAS bahawa isu tersebut sudah selesai malah turut kesal dengan kenyataan Hadi kononnya Karpal sudah menerima pendirian PAS setelah berjumpa Nik Aziz baru-baru ini.
"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya. "Kita masih meminta Majlis Syura PAS untuk mempertimbangkan supaya kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.
Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan Nik Aziz di rumahnya di Pulau Pinang minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.
Baginya, pertemuan itu hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.
"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.
"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah Allah yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura PAS," katanya.
Karpal yang jelas kecewa dengan kenyataan PAS mendesak parti itu mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.
Hebat sungguh Karpal kerana mahu pemimpin PAS termasuk Hadi membelakang keputusan Majlis Syura Ulamak dan kekal dengan ketetapan yang dibuat parti itu pada 8 Januari lalu.
"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada PAS," katanya pada sidang media di Air Itam di Pulau Pinang, Sabtu.
Penyakit Nik Aziz suka menyalahkan orang lain dan mahu dengar cakapnya saja sudah berjangkit kepada Karpal.
Jelaslah juga Karpal belum tahu peranan Majlis Syura Ulamak PAS – badan tertinggi parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.
Sepatutnya, beliau tahu kuasa majlis berkenaan apabila Hadi, Nik Aziz dan pemimpin lain yang sebelum itu setuju kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible Bahasa Melayu tiba-tiba ubah pendirian selepas keputusan Majlis Ulamak PAS.
Tindakan Karpal ini sudah tentu satu tamparan kepada pemimpin-pemimpin PAS kerana Karpal berani mempersoal dan memperkecil peranan Majlis Syura.
Ramai nak tengok pemimpin PAS mana yang sanggup 'balun' Karpal kerana mendesak PAS mengenepikan pendirian Majlis Syura.
Mungkin Datuk Naib Presiden Mahfuz Omar yang cukup galak buat kenyataan media, AJK Pusat, Khalid Samad dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan antara yang awal-awal buat kenyataan hentam Karpal selepas ini.
Mungkin juga Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang selama ini nampak 'agak diam' dalam isu kalimah Allah akan bersuara garang termasuk mungkin anjur Himpunan Kebangkitan PAS bagi mempertahankan pendirian parti itu yang diperkotak katik oleh Karpal.
Namun itu semua 'tak mungkin' kerana pemimpin-pemimpin tersebut tidak lebih sebagai 'lalang' yang hanya berani hentam UMNO dan pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan geng Anwarinas.
Hanya seorang sahaja yang boleh mengaum melawan 'singa' Karpal iaitu Nik Aziz.
Tetapi beranikah Nik Aziz? Atau Nik Aziz juga akan kata Karpal akan masuk neraka kerana tidak terima keputusan Majlis Syura Ulamak macam mana Menteri Besar itu kata kepada menteri yang tidak beri royalti minyak kepada Kelantan?
Atau Nik Aziz nak ceraikan Karpal dan DAP daripada perkahwinan tidor sebantal mimpi lain-lain dalam pembangkang selama ini?
Jawapannya pada Nik Aziz bukan pada PAS lagi kerana Nik Aziz menentukan segala-galanya dalam PAS sebab beliaulah pengerusi Majlis Syura Ulama dan PAS juga adalah Parti (Nik) Aziz Seorang.
Tentu ramai nak dengar Nik Aziz kata pada Karpal," Saya pengerusi mesyuarat (Majlis Ulamak) dan tak siapa boleh bantah! ".
Kalau beliau boleh seangkuh itu ketika menjawab isu pemecatan Nasharudin, sepatutnya Nik Aziz kena bertegas terhadap Karpal.
Apapun, Karpal sudah tunjuk dengan jelas kepada PAS langit itu tinggi atau rendah kalau nak berdakap mesra dengan DAP.
1) Artikel keluaran Malaysian Insider bertajuk "Buku Kecil diedar JASA propaganda murahan, kata pemimpin BERSIH" pun mengandungi beberapa kesilapan fakta dan bersikap tidak bertanggungjawab dalam pemberitaannya. Bagaimana Malaysia Insider boleh terpedaya dengan propaganda songsang Ambiga dan Maria?
2) "Buku kecil itu dikeluarkan pada tahun lepas sebelum Bersih 3.0" kata Maria Chin. Dakwaan ini adalah tidak tepat kerana buku tersebut sudah pun dikemaskini untuk menangkis beberapa isu baru yang timbul termasuklah BERSIH 3.0.
Perlu baca sehingga habis buku ini? Banyak maklumat terutama tentang dasar negara. Kebaikannya untuk semua rakyat.
3) RM100 diberi kepada peserta yang hadir untuk BERSIH 3.0 bukan tuduhan melulu dan tulisan rawak. Ianya berdasarkan kenyataan beberapa orang bekas peserta BERSIH 3.0 yang bernama Wan Ismail Wan Mad dari Tumpat yang mendakwa mendapat duit poket RM150, Azli dari Pasir Mas mengakui dapat penajaan hotel dan Azizah dari Permatang Pauh yang mendapat pembiayaan pengangkutan untuk ke BERSIH. Ini hasil temubual. Mengapa perlu ditolak fakta fakta ini?
4) "Malahan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bulan lalu ratusan ribu rakyat hadir di Stadium Merdeka," kata Maria. Satu lagi statistik yang cuai diberikan oleh Maria. Tian Chua pun anggar 45,000 orang sahaja. Malah tiga akhbar antarabangsa lapor yang hadir adalah sekitar 45-50k sahaja. Maria bukan penganjur KL112, jadi tiada kredibiliti untuk bercakap soal angka KL112. Sila rujuk kembali artikel ini
5) Perhimpunan di Kuala Lumpur disertai 25 ribu orang dan bukan 300 ribu orang seperti yang didakwa oleh Ambiga adalah satu kenyataan yang benar. Tiada satu laporan akhbar asing pun yang melaporkan angka sebesar itu. Ambiga jangan cuba songsangkan fakta dan angka.
6) Tiada keraguan yang munasabah yang boleh dilontarkan Ambiga dan Maria untuk menafikan BERSIH 3.0 adalah tidak ganas. Video di atas adalah bukti paling jelas dan kukuh keganasan peserta BERSIH 3.0. Ambiga sebagai penganjur terbukti gagal mengawal peserta BERSIH 3.0.
7) Oleh kerana itu, pada Himpunan Shamsidar pada 12 Januari 2013. Anwar Ibrahim tidak lagi memberi kepercayaan kepada Ambiga untuk ketuai himpunan. Che Gu Bard yang diberi peranan dan nama BERSIH tidak lagi digunakan kerana mengundang backfire atas apa yang telah berlaku pada BERSIH 3.0.
Mengapa perlu ditakuti pada fakta dan penjelasan. Jika tidak puas hati, boleh keluarkan buku kecil terbitan Ambiga untuk menjawab kembali buku setebal 322 muka surat yang dikeluarkan oleh JASA.
Terima kasih kerana mengiktiraf dan mempromosikan buku kecil tersebut. Rakyat tentu mencari cari isi kandungan lain yang padat dengan hujah bernas, melawan dakyah spekulatif dan menangkis tohmahan negatif.
Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad menggesa kerajaan negeri untuk membayar pampasan kepada syarikat Dolomite Properties Sdn Bhd dan pembeli kondominium berhampiran kuil Batu Caves itu ekoran projek tersebut dibatalkan.
Menurut beliau, pembatalan projek kondominium 29 tingkat itu telah mendatangkan kerugian, bukan sahaja kepada pemaju tetapi juga kepada pembeli.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan Selangor tidak akan membayar sebarang pampasan kepada pemaju mahupun pembeli.
Menurut beliau, Dolomite telah melanggar beberapa syarat pembangunan.
"Kalau projek itu dibatalkan oleh kerajaan terkini kerana berlaku kesilapan dari segi keselamatan, ketenteraman awam, masyarakat sekitar. Bukan berkait dengan politik, ini adalah satu perkara yang perlu diakui telah berlaku kesilapan.
"Pihak kerajaan (negeri) mesti membayar ganti rugi kepada pemaju dan mana-mana pihak yang terlibat (seperti) pembeli dan sebagainya," ujar Mohktar.
Khalid dalam satu kenyataan minggu lalu memberitahu projek kondominium Dolomite Park Avenue berhampiran kuil Batu Caves dibatalkan ekoran faktor "keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar."
Khalid membuat keputusan itu setelah mengambil kira siasatan jawatankuasa khas yang ditugaskan oleh beliau untuk menilai kesesuaian projek berkenaan.
Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil mendakwa projek tersebut bakal merosakkan struktur kuil berhampiran dan menghalang pemandangan Batu Caves. Komen
Awas! Bersediakah Umno/BN untuk berhadapan dengan senjata terakhir airmata Nurul Izzah?
Fenomena seperti ini sering dilihat apabila menjelang bulan PRU.... Seperti biasa doa politik, solat politik merata-rata, bergambar zuhud dan akhir sekali airmata politik adalah dilihat menjadi senjata utama Pakatan Haram dalam mempertahankan Parti Anak Beranak Pakatan Haram.
Untungnya membina dinasti dalam parti. Dinasti Anwar Ibrahim beliau adalah de facto dan pengasas PKR, isteri pula presiden sementara anak, naib presiden parti. Begitu jugan dengan dinasti Lim dan Karpal... Kepentingan anak beranak lebih diutamakan.
Sejarah reformasi 1998 di laksanakan oleh Anwar hanya semata-mata untuk membebaskan diri beliau dari merengkok dalam penjara.
Dan dari penjara mahu ke Putrajaya... Hakikatnya Anwar Ibrahim kini sudah bebas... bebas kemana sahaja dengan jet peribadinya...
Sejak 2004 apabila Anwar bebas dari penjara, PKR mula beralih menjadi parti yang hanya membela dan memperjuangkan agenda peribadinya.
PKR di lihat muram selepas Anwar melantik dirinya sebagai penasihat PKR, menggunakan kuasa veto dan memasukkan seluruh saudara maranya dalam pelbagai jawatankuasa kerja dan pimpinan pusat. Pada waktu itu ramai yang meninggalkan PKR termasuklan pemimpin PKR yang sebelum ini menjadi pendukung Anwar kini turut menolaknya!
Malah laungan reformasi parti pembangkang tidak boleh diguna pakai kerana situasi pembangkang sendiri ketika ini dalam keadaan kucar-kacir dan diselubungi masalah peribadi.
Tat kala hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.. berlalulah, zaman "Penetrasi"! yang jelas "Reformasi" dimatikan oleh "Trasnformasi"!!!
Mungkin jua air mata Nurul Izzah adalah petanda kejatuhan dinasti Anwar pada PRU 13 ini! Tiada apa lagi yang perlu di perjuangkan bersama PKR, sebab utamanya PKR bukanlah parti yang membela Agama, Bangsa dan Negara!
Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulama Pas.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.
Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.
"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas," katanya pada sidang media di Air Itam di sini, hari ini.
Beliau berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.
Menurutnya, kenyataan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.
"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.
"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.
Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.
Ditanya sama ada beliau ada berbincang dengan Nik Aziz mengenai isu itu semasa lawatan ke rumahnya tempoh hari, beliau berkata, ia hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.
"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.
"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah ALLAH yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura Pas," katanya.
Hadi mengumumkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai selepas Karpal akur dengan keputusan Majlis Syura Pas apabila mendapat penerangan lanjut daripada Nik Aziz ketika lawatannya di Pulau Pinang minggu lalu. -Sinar Harian
GEORGE TOWN: It is wrong to say the PAS' Syura Council's decision regarding the Allah issue is well received by non-Muslims, including DAP's leadership, said DAP national chairman Karpal Singh.
Karpal told a press conference here that he was disappointed with PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang's statement to this effect. He was commenting on a news report quoting Hadi as saying the prohibition on non-Muslims from using the "Allah" word in their holy books was settled and that the DAP's top leadership had also accepted the explanation on the matter given by PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat during a brief meeting with him (Karpal Singh) in Penang last Monday.
Karpal stressed that nothing was discussed regarding the Allah issue when he met with Nik Aziz at the informal meeting. He said the Syura Council should not stick firmly to its stand as it conflicted with the stand taken by Pakatan Rakyat which is made up of the DAP, PAS and PKR. Karpal added that the DAP was not meddling in the internal affairs of PAS but instead was upholding a stand which had already been taken by PR.
tunku : it's obvious that pas leaders are great time liars.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hajat MB Selangor untuk membubarkan Dun Selangor pada 26 Feb 2013 adalah langkah yang terbaik, tatkala Selangor sedang dilanda kemelut air yang sangat serius.
Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata, menabalkan sebuah kerajaan yang baru semakin tidak dapat dielakkan dengan kegagalan Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah air Selangor dengan tuntas.
"Krisis air yang melanda kawasan Ampang, Pandan dan Gombak dua minggu lalu adalah permulaan kepada seriusnya krisis air Selangor yang dijangkan akan bermula pada 2014.
Hasrat Khalid yang akan membubarkan Dun Selangor merupakan usaha terdesak MB yang semakin tidak dapat menahan tekanan dalaman dalam polemik kuasa dalam PKR. Semua tahu bagaimana puak Azmin merasa tidak senang bila Wan Azizah berhasrat untuk bertanding di Dun Sementa atau Bukit Melawati. Kini Azmin dan Wan Azizah sedang bersiap-siap 'memasang badan' sebagai bakal peneraju kerajaan Selangor pasca PRU 13," ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.
Tambahnya, hasrat Khalid untuk melakukan 'stunt' juga boleh dilihat amat canggung kerana Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, negeri-negeri pakatan ini tidak berhasrat membubarkan Dun mereka lebih awal dari Dewan Rakyat.
Adakah Khalid sebenarnya sudah buang tabiat? Itu tanda-tanda orang yang sudah membayangkan kejatuhan nya semakin dekat.
"Apa pun setelah lebih 4 tahun 10 bula pakatan PKR, DAP dan PAS memerintah Selangor, nyata mereka adalah sebuah kerajaan negeri yang gagal.
Krisis dan skandal air, banjir, sampah, jalan berlubang, pasir, TALAM, UNISEL, KUIS, Yayasan Selangor, PKNS, Exco Telanjang, Penasihat Ekonomi seorang peliwat, rumah urut yang melimpah ruah adalah fenomena era Khalid - Anwar 2008-2013 di negeri Selangor.
Rakyat Selangor berhak untuk memilih sebuah kerajaan yang lebih baik serta seorang MB yang lebih bertanggungjawab dalam tahun-tahun yang mendatang," ujarnya lagi.
Claudia Theophilus, 42, warga Malaysia yang bekerja sebagai wartawan Al-Jazeera mati ditembak di Baakleen, kawasan pergunungan di Lubnan, semalam. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Harta milik seorang bekas tentera kagat berpangkat sarjen
Lagi pandangan sisi
Presiden Kerabat Lef Kol (B) Nazari menyatakan bekas-bekas tentera kebanyakan hidup di bawah paras kemiskinan.
Gambar di atas adalah bukti kenyataan Presiden Kerabat adalah salah dan fitnah. Gambar di atas membuktikan seorang pesara tentera berpangkat sargent Kagat boleh hidup mewah saban tahun bertukar ganti kereta baru. Menurut jirannya Hj Ibrahim, Ustaz Osman memang gemar main tukar dan tambah kereta. Ia diakui sendiri oleh tuan tubuh sewaktu mereka masih bertegur sapa.
Buat masa ini beliau memiliki 6 buah kereta untuk kegunaan beliau, isteri dan anak-anaknya. Miskin atau kaya, susah dan senang bekas-bekas tentera adalah bergantung kepada otak dan pemikiran, jika seorang bekas tentera bijak menggunakan otak kiri dan kanan sudah tentu kehidupan mereka menjadi mewah. Jika sebaliknya sudah tentu bekas tentera menjadi sampah masyarakat, menjadi penyakit dan beban kepada kerajaan dan masyarakat sekeliling.
Ustaz di atas merupakan seorang Imam yang pro Pas dan kuat memutar belit ceramah dan khutbah Jumaat mengikut kepala sendiri. Salah satu kegemaran beliau ialah mengkritik jiran-jirannya dalam setiap ceramah yang disampaikan dalam kuliah maghrib atau kuliah subuh. Orang yang menjadi mangsa ialah Hj Ibrahim dan jiran-jiran di Lorong Expo 2 yang tidak menyokong Pas.
Taiping merupakan bandar tentera seperti Port Dickson dan Terendak Melaka. Ramai bekas-bekas tentera yang berasal dari Kedah, Perlis, Melaka, Pahang, Kelantan dan lain-lain negeri apabila bersara mereka akan menetap di sekitar bandar Taiping seperti di Taman Jana, Taman Mewah, Taman Yayasan, Taman Berkat, Taman Ria dan sebagainya.
Sedihnya ramai diantara mereka yang menjadi ahli Kerabat dan menyokong perjuangan komunis yang dahulunya menjadi musuh kepada mereka.
MY BEAUTIFUL MALAYSIA dirasmi PM di Taman Medan,PJ tadi bergegar dengan rekod penyertaan serentak 1 JUTA orang di 390 lokasi seluruh negara Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Seorang guru terpaksa bermalam dalam kereta akibat ditukarkan secara tergesa-gesa dari sebuah sekolah di Temerloh ke sini oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang yang didakwanya tidak berperikemanusiaan.
Azman Mohd Nazir, 40, berkata beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Felda Mayam dari Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Temerloh dan diminta mendaftar diri ke sekolah barunya pada 16 Januari tapi surat arahan dari JPN itu hanya dapat ke tangannya pada 18 Januari.
"Akibat pertukaran secara tergesa-gesa dan tidak berperikemanusiaan ini, saya terpaksa tidur dalam kereta kerana belum ada kediaman. Tak larat kalau nak berulang-alik dari rumah sejauh 140 kilometer sehari," katanya ketika ditemui setelah menerima laporan orang ramai.
Katanya, beliau kesal arahan pertukaran dibuat dalam keadaan tergopoh-gapah sehingga guru di sekolah barunya yang sepatut digantikannya, belum berpindah lagi kerana belum mendapat surat tukar.
Tambahnya, sedangkan guru di sekolah lama tempat beliau mengajar masih belum diganti guru baru.
"Yang ruginya ialah murid-murid yang sepatutnya dapat pelajaran yang sempurna. Tetapi oleh kerana saya menjadi seperti kambing hitam, murid-murid pula terbabit sama menjadi mangsa," katanya yang merupakan guru prasekolah.
Katanya, di sekolah Paya Pulai (sekolah lamanya) selama dua tahun, beliau telah menyiapkan banyak bahan bantu mengajar.
"Saya juga banyak peranan dan sumbangan sebagai guru aset sekolah, guru penyelaras kelas prasekolah, jurulatih catur, guru pembimbing pelatih praktikal, AJK projek perintis I-Think sekolah dan AJK PIBG," ujarnya.
Ditanya sebab pertukaran, Azman beliau tidak menolak disebabkan faktor politik memandangkan beliau tidak mempunyai masalah moral tetapi mengakui aktif bersama program-program PAS.
Baginya, pertukaran secara tergesa-gesa itu satu penganiayaan dan salah guna kuasa kerana diarah berpindah secara tidak bertamadun.
"Saya masih pegang keratan akhbar kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran (Datuk Fuad Zarkashi) yang mengatakan pertukaran mengejut akan dikaji semula dan akan pastikan lebih jelas supaya prosedur difahami lebih jelas.
"Prosedur biasa pertukaran hanya dua kali setahun iaitu bulan Jun dan Disember," katanya.
Beliau mengakui banyak kali ditukar sekolah sejak berkhidmat sebagai guru dipercayai atas sebab politik. Tetapi baginya, aktiviti politik dilakukannya di luar waktu bertugas dan beliau tahu sempadan antara tugas berkhidmat sebagai guru dan tugas sebagai ahli parti.
"Sekarang saya terpaksa tidur dalam kereta. Mujurlah PAS Cawangan Mayam bermurah hati mempelawa saya tidur di markas pada masa akan datang," katanya.
Azman yang belum berumah tangga, berkata beliau menjaga ayahnya yang tinggal bersendirian di Taman Sri Semantan Temerloh. Apabila ditukarkan, jiwanya merasa sedikit tertekan.
Ahad 3 Februari 2013 dari jam 9.00 hingga 12.00 tengahari parti pembangkang sekali lagi mencabar Kementerian Pelajaran dengan mengajak guru untuk menghadiri majlis kebangkitan guru untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah melalui PRU 13.
Jika dilihat banner di atas ia melibatkan parti Pas sahaja dan tidak melibatkan Dap dan Pkr. Apakah agenda tersembunyi Pas, apa Pas mahu mensabotaj Pkr dan Dap?
Kita tahu Hadi Awang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri dan dalam masa yang sama Anwar telah menguar-uarkan bahawa dia adalah Perdana Menteri ke 7. Lim Kit Siang juga ingin merealisasikan impian LKY 1965 untuk tujuan yang sama.
Sekarang musim kawan bunuh kawan ke tiga-tiga ekor manusia ini inginkan kuasa untuk merompak harta rakyat seperti mana yang berlaku di empat negeri pentadbiran mereka.
Perompak selalunya tidak mengaku mereka merompak sebaliknya menuding jari kepada orang lain, itu prinsip pembangkang yang mengambil meniru perangai pencuri.
Pencuri getah beku yang ditangkap polis tak akan mengaku dia mencuri walaupun belakang basikal penuh dengan getah beku, kena penampar Jepun pun dia tak akan mengaku.
Apa pun program ini betul-betul mencabar kementerian pelajaran. Cikgu-cikgu yang menyokong Pas akan berduyung-duyung menyerbu Dewan MBSA tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa takut untuk diambil tindakan.
Pada perhimpunan bersih 3.0 dan perhimpunan shamsidar pun ramai guru dari seluruh negara sanggup turun ke ibu kota, bagi mereka kehadiran mereka adalah jihad. Mereka sanggup menerima apa jua tindakan oleh jabatan.
Berbangga bersama pemimpin Pas
Topi merah bercermin mata adalah guru yang berani mencabar Fuad Zarkashi
Setakat hari ini guru-guru yang menyertai demo pembangkang tidak seorang pun diambil tindakan kerana mereka bijak menyembunyi kan diri mereka. hanya guru-guru yang bodoh sahaja yang meletakkan gambar mereka dalam facebook seperti cikgu ini.
Sebelum Perhimpunan Shamsidar pada 12 Januari 2013 lalu, Timbalan Menteri Pelajar YB Dr Fuad telah memberi amaran agar warga pendidik tidak menyertai perhimpunan tersebut yang diadakan di Stadium Merdeka tetapi terdapat beberapa kerat yang berani mengingkari arahan tersebut.
Ini lagi sekor bengong punya orang. Kenapa Imran sibuk minta Dr Zambry bagi tanah, pergi lah minta kepada Kelantan 20 ribu ekar, Selangor 20 ribu ekar, Pulau Pinang 20 ribu ekar dan Kedah 20 ribu ekar. Bukan banyak pun yang dituntut oleh Kerabat dan Anak, 80 ribu ekar sahaja..Bengong punya Imran.
Kelantan dan Kedah boleh minta lebih sikit sebab tanahnya banyak hutan lagi...Kalau Nik Aziz boleh bagi tanah kepada pemimpin Dap untuk ladang rakyat beratus-ratus ekar, apa salahnya bagi 20 ribu atau 30 ribu ekar kepada KERABAT.
Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) yang ditubuhkan oleh Pas untuk meraih undi bekas-bekas tentera dalam PRU 13.
Kerabat mula ditubuhkan pada September 2011 selepas mendapat mandat daripada Muktamar Pas pada bulan Ogos 2011.
Kerabat diketuai oleh Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar yang berasal dari Johor dan difahamkan sampai sekarang masih belum berdaftar dengan ROS.
Kerabat merupakan NGO yang ditubuhkan di bawah ANAK ( Mazlan Aliman ) bertujuan untuk menuntut 30% tanah seluas 24 ribu ekar yang akan diserahkan oleh kerajaan Pakatan kepada ANAK yang bakal memperoleh tanah seluas 80 ribu ekar jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.
Kalau di congak secara bodoh, jika seorang tentera dapat 20 ekar didarab dengan 300 ribu bekas tentera maka tanah yang diperlukan ialah 6 juta ekar atau lebih kurang 24, 282 km2.
Pahang mempunyai keluasan 36,137 km2 dan kalau dilayan tuntutan ANAK maka lebih separuh keluasan negeri Pahang terpaksa diberikan kepada Mazlan Aliman. Sedangkan Anak hanya menuntut 80 ribu ekar.. macam mana nak bahagikan kepada peneroka ( Anak) dan Kerabat?
Satu lagi persoalan ialah, kata Presiden Kerabat, pemberian tanah tersebut adalah bidang kuasa kerajaan negeri, oleh itu kenapa perlu tunggu kerajaan pakatan merampas Putrajaya dahulu baru nak laksanakan tuntutan Anak dan Kerabat.
Sekarang pembangkang telah memerintah 4 negeri, apa kata setiap negeri memperuntukan 20 ribu ekar dan 4 negeri akan berjumlah 80 ribu ekar. Tak payah lah nak tunggu pakatan tawan Putrajaya. Sekarang lah masanya 4 negeri pakatan menunaikan tuntutan mereka.
Mengenai rebat air dan elektrik air, sekarang pun 4 kerajaan negeri boleh melaksana kan rebat ini. Apa susah, kumpul nama semua askar yang berpencen dan tidak berpencen di empat negeri dan setiap dari mereka buka akaun bank dan setiap bulan 4 negeri ini memberi elaun RM 1000 sebulan kepada setiap ahli .
30 penyokong dan ahli Pas Parit Buntar keluar parti dan menyokong Umno. Sudah tentu blogger Pas akan menyatakan mereka bukan ahli Pas.Biasa lah helah untuk menegakkan benang basah.
KUALA LUMPUR 2 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi mengatasi masalah air di negeri Selangor.
Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata peruntukan itu merupakan tambahan kepada RM606 juta yang diberikan kepada Syabas sebelum ini.
"Kalau tidak kerana peruntukan RM606 Juta kepada Syabas yang diberikan kerajaan persekutuan, masalah air di Selangor adalah lebih berat sebenarnya.
"Kita tidak mahu rakyat dinegeri Selangor terus menjadi mangsa dan kerana itu kerajaan telah bersetuju menambah perutukan sebanyak RM120 juta," katanya ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penduduk di kawasan Parlimen Ampang dan Pandan pada Majlis Pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) di Ampang, di sini.
Turut hadir, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, Penyelaras Parlimen Ampang Datuk Ismail Kijo serta Anggota parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat.
Perdana Menteri turut berkata kerajaan BN sememangnya memperjuangkan isu itu tetapi masalah itu sebenarnya boleh diputuskan rakyat dalam menangani masalah itu.
"Saya mahu soal ini terus diperjuangkan oleh kita tetapi lebih baik lagi apabila sampai masanya dan ia tidak lama lagi rakyat Selangor sendiri yang menilaikannya," katanya merujuk kepada pilihan raya yang akan datang.
Tambahnya, masalah air juga menyebabkan 430 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan selain pelaburan ekonomi negeri Selangor turut terjejas.
Justeru itu, beliau menyarankan supaya rakyat Selangor bijak menilai sekaligus tidak boleh membiarkan masalah itu terus berlarutan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PM Najib razak pagi tadi melancarkan program my beautiful malaysia di taman medan, petaling jaya selatan, program itu di hadiri kira-kira 15 ribu orang, program itu juga di lancarkan serentak di 300 lokasi di seluruh malaysia yang melibatkan 1.1 juta rakyat generasi muda.
Dalam ucapannya pm mengingatkan kepada generasi muda, supaya menolak politik jalanan yang tidak mendatangkan faedah kepada negara dan diri sendiri, tegas pm lagi, politik jalanan boleh menyebabkan berlakunya gejala sosial seperti vandalism seperti yang berlaku sewaktu perhimpunan bersih 3.0 yang lepas, siapa yang rugi? rakyat yang rugi, kerajaan juga rugi, yang untung hanyalah penganjur...
PM Najib razak pagi tadi melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di parlimen ampang dan pandan, kira-kira 10 ribu orang hadir di majlis itu, dalam ucapannya, najib mengingatkan rakyat selangor supaya menolak politik parti pembangkang, kerana sudah 5 tahun pakatan memerintah selangor, janji-janji mereka dalam manifesto lepas hampir 90 peratus belum di tunaikan.
Kerajaan pakatan bersikap lepas tangan dalam semua isu yang melibatkan rakyat selangor, mau tidak mau, bn sebagai parti pembangkang di selangor jugalah yang di harap oleh rakyat supaya dapat membantu mereka, mujur kerajaan persekutuan masih lagi di terajui oleh bn, kalau tidak, tak tahulah apa nasib rakyat selangor...
Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah.
Bekas Perdana Menteri berkata, perbuatan Anwar itu di luar pengetahuannya kerana tidak pernah memberi arahan tersebut.
"Projek IC (kad pengenalan) itu boleh berlaku tanpa pengetahuan dan arahan daripada atasan.
"Anwar ketika itu memang mempunyai kuasa tetapi apa yang berlaku tidak semestinya atas arahan.
"Beliau (Anwar) selalu membuat perkara yang bertentangan dengan arahan. Dan, kadangkala perbuatannya lebih daripada arahan yang dikeluarkan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis makan tengah hari anjuran Institut Kepimpinan Strategik Asia
Ok kita baca balik laporan inkuari RCI yang melibatkan dua orang bekas pengarah JPN, klik sini. kejadian tu berlaku sekitar tahun 1993-1995.
Kalau kita ingat balik, di tahun 1993 anwar mengalahkan tun ghafar bagi jawatan timbalan presiden umno untuk melayakan dia menjadi timbalan perdana menteri, sudah banyak duit dihabiskan oleh anwar dalam pertandingan merebut jawatan itu... (ingat pada masa itulah anwar perkenalkan politik wang kepada perwakilan)
Anwar terpaksa mencari sumber kewangan luar untuk mengumpul pula dana bagi pemilihan akan datang, merebut jawatan presiden umno, walau pun ketika itu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak di pertandingkan, tapi untuk melobi perwakilan bagi meminta mahathir memberi laluan kepada anwar jadi presiden umno juga memerlukan dana yang besar.
Jadi apa yang tun mahathir kata ada benarnya "Beliau (Anwar) selalu membuat perkara yang bertentangan dengan arahan. Dan, kadangkala perbuatannya lebih daripada arahan yang dikeluarkan.
ANWAR GERTAK YONG TECK LEE: YOU KENA COVER I PASAL RCI, MASA YOU JADI CM SAYA BANYAK TOLONG YOU KAN, MASA TU I FINANCE MINISTER YOU JANGAN LUPA
Pada PRU ke-8 pada tahun 1990, kira-kira 5 hari sebelum Hari pembuangan undi. Parti PBS yang bermesyuarat di rumah Ketua Menteri di Seri Gaya, Kota Kinabalu telah mengambil keputusan keluar dari BN. Akhirnya, UMNO terpaksa masuk ke Sabah untuk membantu USNO yang menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan umat Islam dan Bumiputera Islam di Sabah ketika itu. Dalam kes ini, orang yang paling berjasa ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba, bukannya Anwar Ibrahim! Kemudiannya, pada tahun 1994 berlangsung pula PRU peringkat negeri Sabah. BN Sabah yang diketuai oleh UMNO Sabah hanya kekurangan 2 kerusi untuk membentuk Kerajaan Negeri. Nafsu dan Kerakusan Anwar tiada siapa yang mampu mengatasinya! Anwar Ibrahim mengambil kesempatan kerana pada tahun 1995 akan berlangsung Pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Lalu, Anwar Ibrahim membeli Lajim Ukin dengan diikuti oleh YB-YB PBS yang lain. Akhirnya hanya tinggal 5 orang YB PBS sahaja dalam parti PBS, yang lainnya semua dibeli oleh Anwar Ibrahim. Idea membeli YB ini dicadangkan oleh Anwar Ibrahim. Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghafar Baba menentang cara ini, namun Anwar Ibrahim pandai "kelentong", akhirnya dibeli juga. Tumbanglah kerajaan PBS! Cara ini hendak diulangi Anwar Ibrahim pada tahun 16 September 2008. Malangnya, Anwar tak cukup duit kerana Anwar Ibrahim hanya meletakkan di mulutnya sahaja akan membayar YB si polan YB si polan sekiranya sanggup berhijrah. Namun, semua YB tahu Anwar kaki kelentong. Dalam hal ini, Mantan TYT Sarawak memberitahu kami, Anwar Ibrahim turut memujuk anaknya supaya melompat parti ke PR. Juga gagal. Keghairahan yang meluap-luap Anwar mahu menjadi TPM dan seterusnya PM dibayangkan dengan jumlah Undi Perwakilan UMNO Sabah daripada 20 bahagian. Anwar menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan, dengan menghambur wang ke bahagian-bahagian dengan syarat Mencalonkannya sebagai Calon Timbalan Presiden UMNO. Walaupun di depan Kamera TV dan di hadapan Tun Ghafar Baba, Anwar mengatakan tidak akan bertanding. Benar kata Pak Lah semalam, "saya kenal betul Anwar Ibrahim, Kaki Pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain!". Anwar dengan kuasa dan kepercayaan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu Perdana Menteri, telah memberikan wang yang bukan sedikit untuk Proses memberikan IC-IC biru kepada pekerja asing dan pendatang asing. Anwar Ibrahim memberikan Arahan dan Wang supaya mereka mendaftarkan lebih banyak IC-IC baru supaya mereka boleh menjadi pengundi PRU Negeri Sabah pada tahun 1994, dan supaya mereka ini diserapkan memasuki UMNO untuk memenangkan proksi-proksinya di bahagian dalam Pemilihan UMNO tahun 1995. Jika kamu sangsi modus oprendi ini, kamu boleh tanya YB DSP Salleh Said Keruak, YB Sipitang, YB Kalabakan, Karim Ghani dan banyak lagi lah. Sebab itulah YB DSP Salleh berkata supaya Anwar jangan membohong tetapi bercakap benarlah! Malangnya, Anwar tidak berani menjawab suara YB DSP Salleh Said Keruak! Dalam satu majlis proksinya di Sabah, dengan egonya Anwar berkata"...apa kamu takut, Saya Menteri Kewangan Malaysia..." . Maksud Anwar, buat apa sahaja, jika kamu perlu Wang, Anwar Ibarhim boleh mencetak berjuta-juta not RM500 dan RM1000 atau Lot-Lot Saham dan tukarkannya di Bank Bumiputera (CIMB sekarang) menjadi wang ringgit. Anwar jugalah sebenarnya yang Membankrapkan Bank Bumiputera, bukan Tengku Razaliegh. Tengku pakar Ekonomi walhal Anwar lulusan Sastera Sains Sosial! Benar kata Pak Lah, sesudah Anwar memberikan Arahan dan Wang supaya proses sahaja, matlamatnya dia segera ke kerusi TPM dan kemudiannya PM. Arahan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu ialah selesaikan masalah rakyat Sabah tanpa negara, rakyat Sabah tanpa dokumen, malangnya Anwar dan proksi-proksinya tidak melaksanakan Arahan dengan betul. Anwar membuat projek pula, proksi-proksinya turut membuat projek, akhirnya arahan Tun Dr. Mahathir tidak diikuti. Apakah Tun Dr. Mahathir berdiam diri? Tidak sama sekali, untuk menyelesaikan hal ini, Kerajaan telah menangkap 98 Orang termasuk 16 Kakitangan JPN yang terlibat menjual Resit IC, menjual IC, Menipu Maklumat Diri dan sebagainya. Ini menunjukkan kerajaan sangat tegas! Tiada kompromi. Jika kamu bercakap soal Integriti dan Kejujuran, siapakah yang lebih berintegriti Lulusan Doktor Perubatan atau Lulusan Sastera Sosial? Siapakah yang akan bercakap Fakta dan Auta Bermelangkolik? Jika kamu bawa Anwar ke RCI. Dia akan bercakap berputar-putar macam ini, " masa itu saya jaga buku teks saja, saya mana sempat pergi Kota Kinabalu, Nala sudah tunggu saya 5.00pm depan pejabat mahu main tenis, masa saya Menteri Kewangan, wang saya biasa hilang di rumah RM20,000 tapi saya relaks sahaja sebab saya Meneri Kewangan. Saya bagitau Datuk Eskay wang saya hilang, saya tak pasti Sukma ker yang ambik dia memang ada dalam rumah. Itu IC Sabah saya tidak campur saya bagi wang sahaja, saya adalah tahu, tapi itu pun saya sudah lupa bla bla..." Inilah cara Anwar . Maka, jika kamu mahu tahu lebih lanjut lagi campurtangan Anwar dalam hal IC Sabah, bolehlah bertanya kepada DSP Salleh Said Keruak, YB Sipitang, YB Kalabakan, Karim Ghani dan lain-lainnya itu. Aramaiti. Kotobian. Mymassa voice, Kota Kinabalu.
Lebih 100 orang ibu tunggal mengadakan bantahan menuntut elaun gaji yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor di Kampung Kenanga, tahun lalu.
Kalau janji bukan manifesto dan ia tidak wajib dipenuhi maka apakah ertinya berkempen di pentas politik dan menampilkan buku berwarna jingga sebagai satu modal untuk menarik sokongan rakyat.
Kerajaan negeri Selangor difahamkan mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei. Langkah ini walaupun tidak menghairankan rakyatnya sekurang-kurangnya membuatkan mereka tidak sabar untuk mendengar manifesto terbaru Pakatan Rakyat sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan selewatnya hujung Mac atau awal April tahun ini.
Kata pujangga, jangan suka mengungkit nanti ada hati yang sakit. Namun jika ditelusuri pentadbiran kerajaan negeri Selangor selama lima tahun kebelakangan ini, tidak banyak yang boleh dibanggakan dengan manifesto berwarna-warni yang diedarkan sempena PRU ke-12 lepas.
Satu demi satu butiran manifesto dipersoal dan diungkit oleh rakyat, yang menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan dokumen tersebut.
Bukan setakat mempersoalkan kandungan manifesto pakatan rakyat yang dianggotai parti DAP, PKR dan Pas malahan tindakan undang-undang turut diambil oleh rakyat Selangor bagi menuntut janji-janji yang terkandung dalam manifesto berkenaan.
Rakyat Selangor seramai hampir 6,000 orang menuntut rebat air percuma dari kerajaan negeri Selangor sebagaimana yang diberikan kepada jutaan rakyat negeri tersebut. Alasan rebat air percuma hanya diberikan kepada meter individu dan bukan pengguna meter pukal amat menghiris hati rakyat yang terlibat. Tindakan belah buluh atau berbahagi kasih sayang menunjukkan di mana adilnya parti yang menggelarkan diri mereka PKR.
Selain kes tersebut, kes tuntutan elaun yang dijanjikan di dalam manifesto oleh ibu tunggal menunjukkan rakyat telah muak dengan janji-janji yang tidak ditepati oleh kerajaan PKR. Selama lima tahun ibu tunggal menanti elaun yang dijanjikan, namun sehingga artikel ini ditulis kes tuntutan tersebut masih belum dibicarakan secara penuh di mahkamah.
Namun kemenangan awal terserlah apabila kerajaan negeri Selangor gagal mengetepikan saman yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal baru-baru ini. Kegagalan membatalkan saman tersebut menunjukkan bahawa manifesto adalah satu harapan yang diberikan oleh pihak parti yang bertanding dalam pilihan raya kepada rakyat.
Bagi rakyat Selangor mereka telah membaca, meneliti, membincangkan, mengulas malah menyimpan manifesto tersebut dan menganggap ia sebagai janji yang perlu dipenuhi apabila pihak yang membuat janji mendapat mandat mentadbir Selangor.
Sokongan telah diberi dan mandat telah diterima, namun apa yang mereka dapat hanyalah alasan demi alasan oleh pihak terbabit hingga mereka menjadi bosan. Ibu-ibu tunggal yang menyaman turut kecewa apabila Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Abdul Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta bukti kukuh bahawa kesemua ibu tunggal tersebut memberi bukti mereka memangkah Pakatan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum 2008.
Soalnya, di manakah kewajaran dan keadilan permintaan itu, bukankah undi itu rahsia dan atas sebab kerahsiaan itu juga maka ada pihak yang sanggup menyarung baju kuning menuntut pilihan raya lebih telus dan adil. Seorang pemimpin pembangkang mahu undi didedahkan kemudian hari manakala satu pihak lagi mahu jari pengundi dicelup dakwat hitam supaya tiada penipuan berlaku.
Inikah dinamakan perjuangan demi menegakkan keadilan? Rakyat dijadikan sepak raga disepak ke sana sini dengan isu dan helah politik atas nama kebebasan bersuara.
Justeru, kepada pemimpin pembangkang yang mengatakan janji manifesto bukan satu kemestian untuk dipenuhi, perlulah menarik kembali kenyataan tersebut. Rakyat Selangor sudah bijak menilai dan mampu menghakimi setiap dokumen yang disajikan kepada mereka setiap kali pilihan raya yang sudah masuk edisi ke 13 pada tahun 2013 ini.
Sekilas ikan di air di Langat 2 yang semakin kering, sudah tahu sama ada ia jantan mahupun betina. Begitu juga dengan manifesto pilihan raya, buku jingga mahupun dasar Kerajaan Pusat kesemuanya adalah menjurus kepada janji.
Ibarat seorang pengantin dan tok kadi. Apabila tok kadi menjalankan upacara akad nikah akan ada ijab dan kabul. Sebelum dinikahkan pengantin lelaki akan bertaklik. Iaitu janji untuk melayani isteri dengan penuh kasih sayang dan tidak akan mencederakannya.
Dalam soal pilihan raya, manifesto adalah taklik dari parti yang bertanding dan ijab dan kabul adalah proses menyetujui kandungan manifesto yang mana pengundi seumpama pengantin perempuan setuju dengan taklik tersebut. Namun hari ini pengundi di Selangor membantah taklik yang dibuat maka jatuhlah talak ke atas kerajaan negeri.
Jika sudah jatuh talak atau taklik di bawa ke mahkamah maka layakkah lagi kerajaan negeri hendak bertaklik sekali lagi sedang pengantin perempuan sudah merajuk?
Jadi begitu keadaannya apakah patut kerajaan yang sama mengeluarkan manifesto sekali lagi?
Sebahagian besar jabatan agama negeri sudah mempunyai enakmen atau peraturan mengenai salah guna kalimah Allah dan kalimah-kalimah yang lain. Hampir semua mufti juga mempunyai pandangan yang sama mengenai perkara ini. Sudah sampai masanya tindakan diambil kepada yang ingkar.
Raja-raja dan Sultan sebagai Ketua Agama Negeri masing-masing banyak yang sudah menyatakan sikap bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan sesuka hati. Majlis Fatwa negeri dan negara telah membuat keputusan yang sama. Majlis Agama negeri pun mesti tegas.
Autoriti atau bidang kuasa mengenai hal-hal agama bukan milik Anwar Ibrahim dan DAP malah bukan juga milik Pas. Majlis Syura Pas sepatutnya seiring dengan keputusan pihak lain yang berautoriti secara syarak dan perundangan.
Siapa Lim Guan Eng mempersoalkan penggunaan kalimah Allah bagi versi Melayu Bible sedangkan pihak yang berautoriti bukan dirinya. Siapa Anwar yang membuat keputusan bahawa penggunaan kalimah Allah itu boleh, sedangkan itu bukan bidang kuasanya juga.
Terang-terangan mereka menolak pihak yang berautoriti, Majlis Agama Islam Negeri, Tuanku Raja-Raja dan Sultan, majlis fatwa, alim ulama dan lain-lain. Sikap tidak menghormati autoriti agama ini adalah kecenderungan biasa Anwar yang mencabar siapa saja yang tidak bersetuju dengannya.
Hatta Majlis Syura Pas pun dipersoalkan autoritinya. Anwar bukan ulama yang mempunyai autoriti ilmu dan mengeluarkan fatwa terhadap isu-isu keagamaan. Beliau hanya 'bekas tokoh' gerakan Islam dan tidak juga mujaddid yang tersohor untuk berbeza pendapat dengan ulama-ulama seperti Dr. Haron Din umpamanya.
Hairannya pendirian Anwar diterima oleh sebilangan orang dan Guan Eng amat gembira dengan pendirian Anwar ini kerana terperangkap dengan strateginya.
Penulis percaya ulama Pas yang mula mengambil sikap dan pendirian tegas menyebabkan Anwar cemas kerana isu ini terkait dengan persoalan akidah.
Memahami Anwar dengan perangainya 'lawan tetap lawan' menyebabkan Abdul Hadi Awang tersepit. Abdul Hadi belum lagi membuat kenyataan yang tegas dan jelas. Kenyataannya sedang ditunggu oleh banyak pihak. Persetujuan Abdul Hadi mengenai penggunaan kalimah Allah pada 8 Januari lalu belum terungkai lagi.
Katakanlah Abdul Hadi tampil menyatakan secara terbuka bahawa dia berdiri teguh dengan keputusan Majlis Syura dan Anwar menyatakan sebaliknya, dengan sendirinya kenyataan Abdul Hadi pada 8 Januari itu terbatal.
Anwar tidak boleh memaksa Abdul Hadi mempertahankan kenyataan 8 Januari itu kerana ia bercanggah dengan proses syura dan juga syarak. Apa hujah syarak Anwar mengenai keputusan Majlis Syura Pas itu sedangkan asas keputusan Majlis Syura Pas itu didukung oleh nas yang sahih dan boleh dipertahankan.
Anwar hanya menggunakan logik akalnya saja dan pertimbangan politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Anwar tidak mahu kerana isu kalimah Allah, pakatan pecah. Anwar tidak sanggup menghadapi pilihan raya ini tanpa Pas. Dilema Pas ialah bersetuju dengan pendirian Anwar bermakna menggadaikan prinsip syarak yang menyentuh akidah.
Pas dijangkakan memilih prinsip syarak. Prinsip syarak adalah segala-gala. Tidak bersetuju dengan kalimah Allah digunakan sesuka hati oleh Anwar dan pakatan, dan pada masa yang sama masih boleh bekerjasama dalam politik tentunya satu hal yang 'ajaib'.
Lebih bermaruah kalau Pas bertanding sendiri-sendiri tanpa PKR dan DAP. Cara begini akan dihormati banyak pihak. Tapi bolehkah pakatan berkuasa tanpa Pas. Dan bolehkah Pas memenangi banyak kerusi tanpa sokongan pengundi DAP.
Pilihan raya semakin dekat, Pas tidak banyak masa untuk berfikir strategi lain. Majlis Syura harus bersidang sekali lagi untuk mengambil pendirian apakah syarie namanya berjuang dengan parti lain yang meremehkan isu penggunaan kalimah Allah.
Atau Pas mengambil 'taqiyyah' atau maslahah supaya lelap mata dengan isu kalimah Allah kerana yang penting ialah masih bersama pakatan pembangkang kerana hajat hendak ke Putrajaya semakin tidak tertahan lagi.
Kalau itulah sikap yang diambil, keputusan Majlis Syura 13 Januari tidak memberi makna apa-apa bagi Pas dan tidak menggentarkan Anwar atau menjadikan Guan Eng di pihak yang bersalah.
Lalu pilihan raya yang dilalui oleh Pas bersama pakatan ibarat lupakan dulu perkara pokok mengenai kalimah Allah atas nama syarak dan terus berjuang atas nama politik dan kuasa. Apakah itu akhirnya jalan yang dipilih oleh Pas?
"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- 'Allah' dalam ritual mereka."
Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.
Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab "Allah" menggantikan "Tuhan"? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi ?Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab "Rab" yang bermaksud "Tuhan" dan kenapa hanya pohon kalimah "Allah" ?
Saya melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu supaya tidak dapat membezakan kalimah "Allah" dalam Bible dengan kalimah "Allah" dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.
Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa - bukan seperti Kristian zaman sekarang.
Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan sebagainya.Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan 'Allah ' terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi. Buktinya baca disini... .
Persoalannya;
1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan 'Allah' walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal?
2) Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ?
3) Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah", Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan 'prophecy of Nabi Muhammad' di dalam Bible ?. baca disini...
Maka jelaslah, pada saya, usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.
Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa "Bible is Corrupted".Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai 'words of God' sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?
Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan 'holy'?Berlainan dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.
Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di'edit' dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar "FREEDOM OF EXPRESSION"Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah "Allah" diperjudikan ?
Oleh itu, tindakan kerajaan Malaysia menolak penukaran istilah Tuhan di dalam Bible kepada Allah memang tepat dan merupakan tindakan yang bijak. Semoga ketulenan dan kesucian agama Islam serta kesejahteraan umat Islam di Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah , Ameen ya rab Al'Alameen.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Syarikat CNM Mining Group yang meneroka emas seluas 1, 065.2 hektar di Sokor, Tanah Merah dilaporkan semalam telah membayar royalti kepada kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM 347,115.00.
Tiada apa yang tidak kena dengan tindakan tersebut, kerana memang syarikat tersebut perlu membayar royalti kepada kerajaan negeri di atas penerokaan yang dibuat oleh syarikat tersebut.
Cuma hairan, syarikat CNM Mining Group tidak pernah sekali pun mencatat keuntungan, sebaliknya tiap-tiap tahun mengalami kerugian. Tetapi di sebalik kerugian yang dialami, CNM Mining Group tetap 'senyum' membayar royalti kepada kerajaan negeri.
Tak perlu pelik kerana dilaporkan salah seorang Pengarah CMNM ialah Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw dan dua rakyat Singapura.
Persoalannya ke manakah wang-wang ini digunakan, kerana kesan pembangunan di Kelantan tidaklah pesat sebagaimana negeri-negeri lain, malah parlimen-parlimen yang dimenangi oleh BN dilihat semakin hari semakin membangun.
Jadi ke manakah semua sumbangan dan royalti yang dibayar kepada kerajaan negeri?
Apa pula terjadi dengan derma daripada rakyat Kelantan yang menderma kepada kerajaan negeri untuk membina lebuh raya rakyat tempoh hari?
Akhir sekali jumlah tersebut dilaporkan pada hari perasmian pecah tanah pakej 1 (machang -k.krai) 28 Mei 2012, kerajaan negeri menerima cek bernilai :
Cek : RM1,355, 000.00
Tunai : RM14,777.40
Kutipan pada Dialog Anak Kelantan Di Perantauan 2 Jun 2012 :
Tunai : RM3,577.30
Ke mana wang ini, siapa yang dipertanggungjawabkan?
Kerana sehingga ke hari ini tiada satu pun jentolak kelihatan di tapak pecah tanah tersebut, yang kelihatan hanyalah seketul batu asas yang menjadi tempat Nik Aziz menurunkan tandangan ketika majlis pecah tanah.
Langkah drastik PAS memecat keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama parti itu terus menarik perhatian umum sehingga memaksa ramai pimpinan PAS terpaksa tampil dengan pelbagai kenyataan untuk menjustifikasikan logik tindakan tersebut.
Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat misalnya dalam usaha mengurangkan kegusaran ahli dan penyokong bawahan, cuba memberi gambaran isu pemecatan itu hanya proses biasa seumpama hubungan suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.
Manakala Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula menganggap Ustaz Nasharudin kini hanyalah ahli biasa yang tidak berpengaruh dan jika bekas Timbalan Presiden PAS itu menyertai UMNO sekalipun tiada kesannya pada PAS.
Ulasan sedemikian yang buruk nadanya bukan satu perkara baru bagi Hadi, sudah menjadi tabiat semulajadinya memperlekehkan maruah orang lain. Sebelum ini Hadi pernah menghina rakyat Sarawak sebagai golongan yang tiada pendidikan dan masih memakai cawat. Yang terbaru dihinanya guru sekolah merendah kononnya hanya layak mengajar ABC sahaja.
Hakikatnya kenyataan dari kedua-dua pimpinan tertinggi PAS itu mahupun pelbagai lagi kenyataan dari pimpinan PAS yang lain, sebetulnya tersirat kegusaran yang mendalam, kerana itu seboleh mungkin mereka cuba membina gambaran pada ahli dan penyokong PAS supaya memandang remeh saja isu pemecatan Ustaz Nasharudin.
Mereka seperti baru tersedar wujudnya impak buruk dari kes pemecatan itu yang mampu menjejaskan kelancaran jentera parti serta kesan sampingan yang akan menggugat kepercayaan ahli dan penyokong terhadap PAS itu sendiri.
Namun segalanya sudah terlambat, PAS tidak mengambil iktibar peristiwa lepas yang melibatkan pemecatan bekas Naib presiden PAS, Dr Hasan Ali dan bila kini kesilapan sama diulangi ke atas Ustaz Nasharudin, ia seumpama PAS sengaja menempah keranda sendiri.
Sekarang kalangan ahli dan penyokong PAS tidak hanya mempertikaikan kenapa Ustaz Nasharudin dipecat tanpa diberi peluang pembelaan diri tapi mereka juga teramat ingin tahu mengapa Mursyidul Am PAS yang terkenal paling kerap gagal menghadiri mesyuarat badan tertinggi PAS itu terkecuali dari tindakan yang sama.
Malah bukan satu rahsia pun, ramai ahli PAS memperkatakan kelesuan Majlis Syura Ulama PAS paling ketara kelihatan sejak ia dipengerusikan oleh Nik Aziz. Sepanjang penggal yang lalu pula, langsung tiada mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu yang bersangkut paut dengan dasar parti termasuklah membabitkan isu negara Islam dan hukum hudud yang menjadi pertikaian DAP serta PKR.
Dalam masa yang sama sudah banyak kedengaran rungutan mempersoalkan kenapa seorang lagi ahli Majlis Syura iaitu bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga jarang hadir ke mesyuarat masih terus diberi peluang menganggotai badan tersebut.
Paling utama ahli bawahan serta penyokong parti tertanya-tanya mengapakah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terus menerus bebas dari tindakan disiplin?
Umum mengetahui Hadi telah secara terbuka mendahului keputusan Majlis Syura Ulama apabila dalam mesyurat tertinggi pemimpin PR yang disertainya, beliau telah bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.
Tindakan Hadi yang membuat keputusan songsang dan bertentangan dengan keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS bukan sahaja melanggar kebiasaan malah ia meninggalkan tidak sedikit impak yang memalukan sekaligus menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan PAS.
Dilihat dari segi kesalahan yang telah dilakukan oleh Hadi, sewajarnya beliau sudah layak untuk dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS. Demikian halnya tindakan yang sama juga sepatutnya sudah diambil terhadap Nik Aziz dan Mat Iraqi. Namun kenapa ketiga-tiga mereka terselamat?
Walau apapun persoalan yang khalayak umum lontarkan serta apa sahaja yang ahli PAS pertikaikan, satu hakikat yang pasti PAS kini sudah cukup sinonim dengan corak kepimpinan diktator dan ruang kebebasan juga semakin sempit. Itu hakikatnya. Kiriman Email
Dengan buku kecil yang berkata kata benar pun Ambiga takut. Mengapa perlu takut sangat?
1) Artikel keluaran Malaysian Insider bertajuk "Buku Kecil diedar JASA propaganda murahan, kata pemimpin BERSIH" pun mengandungi beberapa kesilapan fakta dan bersikap tidak bertanggungjawab dalam pemberitaannya. Bagaimana Malaysia Insider boleh terpedaya dengan propaganda songsang Ambiga dan Maria?
2) "Buku kecil itu dikeluarkan pada tahun lepas sebelum Bersih 3.0" kata Maria Chin. Dakwaan ini adalah tidak tepat kerana buku tersebut sudah pun dikemaskini untuk menangkis beberapa isu baru yang timbul termasuklah BERSIH 3.0.
Perlu baca sehingga habis buku ini? Banyak maklumat terutama tentang dasar negara. Kebaikannya untuk semua rakyat.
3) RM100 diberi kepada peserta yang hadir untuk BERSIH 3.0 bukan tuduhan melulu dan tulisan rawak. Ianya berdasarkan kenyataan beberapa orang bekas peserta BERSIH 3.0 yang bernama Wan Ismail Wan Mad dari Tumpat yang mendakwa mendapat duit poket RM150, Azli dari Pasir Mas mengakui dapat penajaan hotel dan Azizah dari Permatang Pauh yang mendapat pembiayaan pengangkutan untuk ke BERSIH. Ini hasil temubual. Mengapa perlu ditolak fakta fakta ini?
4) "Malahan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bulan lalu ratusan ribu rakyat hadir di Stadium Merdeka," kata Maria. Satu lagi statistik yang cuai diberikan oleh Maria. Tian Chua pun anggar 45,000 orang sahaja. Malah tiga akhbar antarabangsa lapor yang hadir adalah sekitar 45-50k sahaja. Maria bukan penganjur KL112, jadi tiada kredibiliti untuk bercakap soal angka KL112. Sila rujuk kembali artikel ini
5) Perhimpunan di Kuala Lumpur disertai 25 ribu orang dan bukan 300 ribu orang seperti yang didakwa oleh Ambiga adalah satu kenyataan yang benar. Tiada satu laporan akhbar asing pun yang melaporkan angka sebesar itu. Ambiga jangan cuba songsangkan fakta dan angka.
6) Tiada keraguan yang munasabah yang boleh dilontarkan Ambiga dan Maria untuk menafikan BERSIH 3.0 adalah tidak ganas. Video di atas adalah bukti paling jelas dan kukuh keganasan peserta BERSIH 3.0. Ambiga sebagai penganjur terbukti gagal mengawal peserta BERSIH 3.0.
7) Oleh kerana itu, pada Himpunan Shamsidar pada 12 Januari 2013. Anwar Ibrahim tidak lagi memberi kepercayaan kepada Ambiga untuk ketuai himpunan. Che Gu Bard yang diberi peranan dan nama BERSIH tidak lagi digunakan kerana mengundang backfire atas apa yang telah berlaku pada BERSIH 3.0.
Mengapa perlu ditakuti pada fakta dan penjelasan. Jika tidak puas hati, boleh keluarkan buku kecil terbitan Ambiga untuk menjawab kembali buku setebal 322 muka surat yang dikeluarkan oleh JASA.
Terima kasih kerana mengiktiraf dan mempromosikan buku kecil tersebut. Rakyat tentu mencari cari isi kandungan lain yang padat dengan hujah bernas, melawan dakyah spekulatif dan menangkis tohmahan negatif.
1) Lawatan Dato Seri Najib diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Ini kerana ketika Gaza dibom oleh zionis selama 21 hari pada November 2012, masyarakat media sosial Malaysia merupakan penyumbang no.4 paling banyak daripada 6.2 juta artikel/ tweet/respons dalam media sosial yang mendesak keganasan dihentikan di Gaza.
2) Lawatan Dato Seri Najib menjadi pemangkin baru perjuangan Islam di Gaza. Sesuatu yg tidak dijangka oleh sesiapa. Malah tidak sewajarnya Anwar Ibrahim mempertikaikan pertemuan Perdana Menteri Malaysia dengan Ismail Haniyeh.
3) Akibat mencemburui lawatan PM ke Gaza. Anwar turut umumkan sumbangan USD$750,000 kepada Gaza. Dari mana sumber duit itu? Boleh jelaskan?
Perlukah YDP Agong bersuara di dalam isu ni? Kalau PR nak aman, sila tutup mulut busuk dia ni Atau tunggu mamposs baru boleh diam? Jenis seorang komander yang selalu berikan peluru kepada musuh
Haji Hadi pun satu hal Kan ini adalah masa yang paling tidak patut ada pertelingkahan
Karpal kecewa kenyataan Hadi berhubung isu kalimah Allah February 02, 2013"
GEORGE TOWN, 2 Feb — Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata adalah salah untuk menyatakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu kalimah Allah diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.
Dalam hal ini, beliau kecewa dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang memetik Abdul Hadi sebagai berkata larangan ke atas orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu telah selesai dan bahawa pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara itu yang dibuat Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa satu pertemuan ringkas dengannya di Pulau Pinang Isnin lepas.................
Coretan di atas bertaip warna biru tu Tok petik dari sebuah laman blog pro Pakatan Rakyat. Dari sini kite nampak dengan jelas bahawe perbalahan antara PAS dan DAP semakin meruncing. Tok pun kurang faham kenape pemimpin2 atasan PAS ni nampak nye dungu sesangat. Mereke ni memang bebal, telinge kuali dan berhati batu.
Pemimpin2 PAS ni tahu bahawe DAP tu dah sememang nye anti Islam. Ape2 jue yang berkaitan dengan Islam pasti akan di tentang nye habis habisan. DAP sekarang dah terang2 menyokong tentang penggunaan kalimah Allah ke dalam bible versi bahasa melayu.
Tok yakin sesangat bahawe semakin ramai ahli2 dan penyokong2 PAS ni dah kecewe dengan sikap pucuk kepimpinan PAS yang sangat berdegil mahu bersengkokol dengan DAP. Kekecewaan ahli2 dan penyokong2 PAS ni tentu akan mereke terjemahkan pade PRU ke 13 ini.
Pakatan Rakyat hanye di pandang 'indah dari rupe', dalaman nye penuh dengan kecelaruan di antare pemimpin2 PKR, PAS dan DAP. Pakatan Rakyat ni boleh lah di ibaratkan tige rase - DAP pahit, PKR masam, PAS payau - cube campurkan tiga rase ni ape macam rase nye?
Pade Tok jauhkan bale jike Pakatan Rakyat ni berkuase, pasti kaum melayu/Islam akan mati terbongkang di buat nye. Ape2 pun sekarang nye hidup kite kaum melayu/Islam adelah sedang berade di tahap yang terjamin, walaupun masih lagi terdapat sebilangan kecil yang hidup susah sedikit.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selena Gomez hampir menampakkan payudaranya ketia beliau berjemur di tepi pantai.
Dipetik dari web Egotastic, pelantun lagu Love You Like A love yang juga bekas kekasih Justin Bieber ini dilihat sedang berjemur sendirian.
Di saat beliau membuka bikininya, kamera paparazzi sempat merakamkan aksi berkenaan.
Namun begitu, Selena bijak mengawal pergerakannya supaya asetnya itu masih dapat ditutup dari terlihat secara jelas kerana tali bra bikininya itu tiba-tiba terlepas dari pegangannya.
Gambar ini sebenarnya telah pun dimuatnaik pada tahun 2011 yang lalu, namun tidak dapat dipastikan mengapa ianya masih lagi disebarkan oleh beberapa pihak.
Answer this survey and DIGI will donate RM1 to WWF
Here's how you can make a difference in the world today.
Sorilah kami tak sempat berkongsi dengan anda gambar-gambar majlis perkahwinan Liyana Jasmay dan suaminya.
Bukan tak sempat atau tak ada masa, tapi melayan kontroversinya empat lima hari lepas, kami jadi muak pulak nengokkan couple ni. Sekadar lihat untuk tatapan sendiri boleh la...
Bila bercakap mengenai majlis pasangan ini, kami sekadar layan melihat ia dimuatnaik oleh blog-blog hiburan seperti Budiey, Oh Bulan! , Rotikaya dan lain-lain.
Satu perkara yang menarik perhatian kami adalah beberapa komen yang agak sinis bertanyakan hal pengapit pengantin perempuan dengan style bajunya yang disekalikan dengan tudung. Kami pun kurang pasti adakah itu fesyen tudung terkini atau tidak kerana rambutnya tetap dibiar berjurai keluar.
Komen-komen tersebut ada yang mengatakan gaya pengapit itu ala-ala rahib gereja! Waah...sampai ke situ perginya, tapi kami malas nak tulis panjang, kepada yang singgah membaca kisah ini, anda boleh nilaikan sendiri ya...!
PETALING JAYA 2 Feb.- Pemain muda berbakat negara, Nazmi Faiz Mansor menjelaskan bahawa keputusannya meninggalkan kelab Portugal, S.C Beira-Mar adalah atas kehendak sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Menurutnya, tindakannya pulang ke tanah air secara mengejut kelmarin adalah langkah terbaik untuk kariernya, selepas berbincang dengan ibu bapa serta ejennya, Marco Guimaraes.
Nazmi ditemui pada sidang akhbar bersama kelab barunya, PKNS di Kelana Jaya, di sini hari ini.
GEORGETOWN - Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulama Pas.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.
Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.
"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas," katanya pada sidang media di Air Itam di sini, hari ini.
Beliau berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.
Menurutnya, kenyataan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.
"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.
"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.
Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.
Ditanya sama ada beliau ada berbincang dengan Nik Aziz mengenai isu itu semasa lawatan ke rumahnya tempoh hari, beliau berkata, ia hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.
"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.
"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah ALLAH yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura Pas," katanya.
Hadi mengumumkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai selepas Karpal akur dengan keputusan Majlis Syura Pas apabila mendapat penerangan lanjut daripada Nik Aziz ketika lawatannya di Pulau Pinang minggu lalu.
Wow! Biar betul lelaki ni... Apa sebenarnya motif beliau berbuat demikian kepada semua wanita yang ditemuinya?
Ah, pelbagai persoalan pula yang muncul.
Mungkinkah ini juga salah rekod 'bodoh' yang cuba dicipta oleh masyarakat barat, seperti memeluk wanita paling ramai, duduk diatas peha dan entah apa lagi rekod2 yang tak masuk akal cuba dicipta...
Video berdurasi 38 saat ini memaparkan seorang lelaki yang bertemu dengan wanita dan kemudian mendekati mereka untuk satu ciuman. Bukan di pipi ya, terus gigit lidah punya!
Dengan hanya sedikit pujian mengenai kecantikan mereka, beliau terus mencium mereka tanpa halangan, entahlah, kalau di sini, mungkin makan 'penampor' dah mamat ni..
BALIK PULAU 1 Feb. - Hasrat seorang murid perempuan berusia 11 tahun ingin berjumpa dengan rakan lelakinya yang baharu dikenali empat bulan lalu, berakhir dengan tragedi apabila dia menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh suspek dan tiga lelaki lain, Rabu lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa dan rakan perempuannya yang juga berusia 11 tahun pergi ke sebuah rumah kosong di Air Putih di sini setelah mengatur pertemuan, namun terkejut apabila terdapat lapan lelaki di dalamnya.
Mangsa kemudian ditarik oleh empat lelaki ke dalam sebuah bilik dan dipaksa menanggalkan pakaian manakala rakannya hanya menunggu di luar.
Mangsa bagaimanapun enggan berbuat demikian menyebabkan keempat-empat lelaki berkenaan membogelkannya lalu merogolnya secara bergilir-gilir.
NGO Aqsa Syarif hari ini menyampaikan sumbangan dari hasil kutipan derma sebanyak USD700,000 kepada wakil Hamas yang melawat Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di ibupejabat Keadilan.
Kesian melihatkan wajah Afdlin yang nampak tidak selesa pada mula memasuki Dewan Keadilan untuk sidang media.
Apa tidak nya beliau telah terlibat didalam pembikinan siri Komedi 'Bangkang Dari Longkang', tempelak yang ditujukan khas kepada Pakatan Rakyat. Tapi sebagai Duta Aqsa Syarif beliau terpaksa bertindak secara professional dan berwibawa.
Turut hadir ialah Duta NGO tersebut, artis terkenal Afdlin Shauki. Bapa kepada Faizal naib juara One in a Million, Dr Tahir yang terlibat secara langsung dalam pengendalian Aqsa Syarif.
MUSTAPA beramah mesra dengan guru-guru berketurunan Tionghua pada majlis Kasih Disemai, Sayang Dibelai 2013 di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan disifatkan hanya mahu mengkhayalkan rakyat negeri ini dengan membuat tuntutan melampau dalam isu royalti minyak.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia amat jelas apabila jumlah tuntutan itu berubah-ubah, malah semakin meningkat, di samping membuat pelbagai janji sekiranya tuntutan tersebut dipenuhi.
Mustapa berkata, kerajaan negeri sewajarnya menjelaskan asas-asas tuntutan tersebut dan bukannya dibuat secara semberono.
"Dulu mereka kata RM10 bilion, sebelum itu RM6 bilion, dua tiga hari lepas RM12 bilion pula. Apa pun yang kita buat mesti ada asas dan fakta sebab kita ini pemimpin.
"Disebabkan itu, kita 'kerajaan Barisan Nasional' tubuh jawatankuasa khas untuk menentukan berapa banyak yang layak diterima.
"Kita mahu tahu RM12 bilion ini dari mana kerana ada empat kawasan yang mengeluarkan gas iaitu kawasan pembangunan bersama Thailand, Vietnam dan Terengganu," katanya.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian selepas majlis Kasih Disemai, Sayang Dibelai 2013 di Auditorium Kesenian dan Kebudayaan Kelantan di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Salleh dan Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang.
Majlis anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan itu dihadiri lebih 1,000 guru bukan Melayu dari seluruh negeri sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Mustapa berkata, jawatankuasa khas royalti minyak itu akan bermesyuarat pada bulan depan setelah keahliannya penuh.
PETALING JAYA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Beliau berkata, ia berikutan tindak tanduk Anwar dan kenyataan PR yang sering berubah-ubah dalam sesuatu isu, maka tidak mustahil akta tersebut diwujudkan semula jika mereka berkuasa.
Menurutnya, ia berikutan ISA diakui oleh ramai pihak sebagai satu undang-undang pencegahan yang berkesan, malah banyak negara termasuk Amerika Syarikat meniru akta tersebut.
"Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati beliau (Anwar), tidak mustahil ISA boleh diwujudkan semula jika mereka memerintah.
"Kenapa saya berfikiran begitu, kerana mereka sudah memulakan budaya huruhara, memainkan isu perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau gembira ISA tidak lagi wujud kerana PR tidak boleh lagi menyumbat orang ke dalam penjara jika mereka berkuasa.
Dakwa Dr Mahathir lagi, perkara pertama yang pembangkang akan lakukan jika berkuasa adalah menutup pintu keluar masuk negara dan menangkap pemimpin lawan.
Selain itu, Musa turut menegaskan 'Arab Spring' boleh tiba di negara ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan berkesan daripada sekarang.
Katanya, jika perkara tersebut berlaku, segala pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 56 tahun lalu sia-sia.
"Sebagai rakyat, semua pihak perlu menjaga keamanan negara, jangan termakan hasutan yang mahu menghuru-harakan negara. Dalam hal ini kerajaan kena pastikan ia tidak berlaku.
"Saya juga melihat ada usaha pihak luar yang mahu negara kita hancur dari dalam, melalui musuh yang halimunan," katanya.
Ditanya mengenai musuh halimunan ini, Musa berkata musuh ini sukar dikesan kerana mereka bergerak di kalangan rakyat negara ini.
"Ancaman itu semakin lama semakin besar, mereka bercita-cita menawan negara ini. Jadi tugas sekarang adalah menyedarkan rakyat tentang bahaya perkara ini dan apa perancangan mereka untuk rosakkan negara.
"Dulu pihak luar bergerak melalui CIA untuk musnah negara lawan, sekarang tidak lagi kerana semua sudah tahu, mereka sekarang bergerak melalui NGO-NGO yang berada dalam negara," katanya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Mat Sabu sakit? Baca diblog 'Horas' - (Klik Sini)
2. Zalim dan kejamnya kerajaan UMNO BN bila mengarahkan sebuah keretapi barang melanggar Mat Sabu ketika beliau menyertai Demonstrasi Bersih dahulu. (Gambar bawah)
3. Mat Sabu sewaktu latihan kerusi roda setelah berjaya sesi saringan bagi mewakili negara menyertai acara perlumbaan di Paralympic. (Gambar bawah)
4. Mat Sabu bersama Anu arr ketika menerima anu-gerah pelakon 'sakit' politik terbaik. (Gambar bawah)
5.Tidur seorang yang zuhud. 'Ntah apalah yang diayat oleh Mat Sabu ni. Yang macam ni pun dia ada nafsu? (Gambar bawah)
6. Memang sah Mat Sabu ni sakit. Menjelang PRU ni Mat Sabu selalu mimpikan kerusi sehingga sanggup duduki banyak kerusi kerana tamak halobanya. (Gambar bawah)
7. Baca sini mengenai penyakit dan kesakitan Mat Sabu. (Klik Sini) Kita mesti bersimpati dengannya.
Semasa mula-mula CTS melihat banner di atas, CTS sudah membayangkan puluhan ribu jika tidak ratusan ribu akan hadir di Permatang Pauh bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Wanita di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Dengan kehadiran tokoh-tokoh wanita terkenal dari pihak Pakatan Rakyat, sudah pasti ianya pasti menarik kaum-kaum ibu dan remaja untuk hadir ke pentas ceramah. Ini ditambah dengan promosi besar-besaran yang dilakukan sama ada kepada penduduk setempat maupun di media-media sosial.
Malangnya, sangkaan CTS meleset. Kaum-kaum wanita di kawasan Utara tanahair, terutama di Permatang Pauh langsung tidak mengendahkan perhimpunan ini. Mungkin mereka tahu tidak ada apa yang bangkit di dalam Pakatan Haram kecuali "anu" Anwar Ibrahim. Kedatangan amat mengecewakan. Kehadiran tolak campur darab bahagi termasuk kehadiran lelaki disitu adalah seramai 200-250 orang. Tidak hairanlah baru-baru ini Anwar Ibrahim kelihatan kecewa dan mengumumkan kemungkinan beliau tidak bertanding lagi di Permatang Pauh.
INILAH muka Anwar yang dikatakan mempunyai Nur menurut Nik Aziz. Muka ini konon mampu kejayaan kepada PAS meneggakkan agama islam berbanding Ustaz Nahsa, Dr Hassan Ali yang dipecat.
Selain itu, muka ini juga akan diangkat sebagai Perdana Pas bila Pakatan menang PRU-13. Hohoho.
Aku dengar esok ada program My Beautiful Malaysia, sebuah program gotong-royong MEGA yang diadakan serentak di seluruh negara yang turut akan dihadiri oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, pepagi esok...
Program tu dianjurkan untuk menyemai semangat sukarelawan di kalangan beliau dan rakyat Malaysia untuk memastikan kawasan masing-masing sentiasa bersih, selesa dan sedap mata memandang...
Sebenarnya, konsep ni memang dituntut di dalam Islam dan aku yakin agama lain juga menganjurkan sikap itu...kan?
Cuma...aku nak tengok esok pagi berapa kerat puak-puak Pakatan Haram yang sanggup tinggalkan politik dan sertai program yang berpaksikan tuntutan agama ini.
Apakah Pok Nik Ajis, Hadi Awang, Kit Siang, Guan Eng, Anwar Berahim atau Azmin Ali akan turun sebagai sukarelawan bersama rakyat bergotong-royong membersihkan kawasan sebagaimana yang dijadualkan esok pagi...
Atau depa lebih gemar berceramah politik pagi-pagi sambil menjual auta ke sana ke mari. Kesiannnn...pepagi lagi depa tabur fitnah...kan? Orang macam tu hangpa nak suruh pimpin negara? Puiii...
Pada 21 Januari lalu, harga saham FGV buat jatuh sebanyak 2.4 peratus hinga ke paras RM4.31, pertama kali menurun melebih harga pengenalannya (IPO) yang bernilai sebanyak RM4.45 ketika mula diperkenalkan.
Maka bisinglah Mazlan Aliman mengusung "pakar ekonomi"nya, Dr. Rosli Yaakop, ke hulu dan ke hilir memburuk-burukkan saham milik peneroka Felda itu di mata rakyat. Kononnya, peneroka rugi besar dan bakal papa kedana kerana saham-saham itu.
Lebih buruk lagi, Dr. Rosli dengan "confident" meramalkan harga saham tersebut akan "terus merudum" ke paras yang lebih teruk lagi sejak tarikh tersebut, kononnya…
Sudah puas Mazlan Aliman dan "pakar ekonomi"nya, Dr Rosli Yaakop, meramal prestasi harga saham Felda Global Ventures (FGV)? Ada lagi yang nak komen tentang prestasi saham FGV? Ada sesiapa lagi yang nak kata saham itu akan terus merudum?
Nah! Hari ini 2 Februari 2013, saham FGV sedang berada di kedudukan stabil di Bursa Malaysia dengan mencatat harga RM4.59 sehingga kaunter ditutup semalam.
Dalam ertikata lain, ia meningkat sebanyak RM0.28 sejak tarikh 21 Januari lalu ketika Mazlan Aliman dan Dr Rosli membuat ramalan karut-marut mereka.
Analisis dari pakar-pakar pelaburan di Malaysia menyifatkan penurunan harga saham FGV tempohari sebagai satu tawaran "durian runtuh" atau "sale" di mana saham itu berada di bawah harga asal buat pertama kali sebelum dijangka melonjak naik kemudiaannya.
Biasalah. Saham memang kadang-kadang turun dan kadang-kadang naik, tak terkecuali saham FGV.
Menariknya, saham-saham FGV milik peneroka dijamin oleh pihak Kerajaan Malaysia di mana mereka tidak perlu menanggung sebarang kerugian meskipun dari sudut kadar faedah pinjaman mereka di bank ketika membeli saham tersebut dulu.
Jadi, ketika harga saham FGV ini turun begitu, maka pakar-pakar pelaburan ini menasihatkan supaya orang ramai mengambil peluang ini dengan membeli saham tersebut dari mana-mana pihak yang ingin menjualnya.
Nak tahu kenapa? Saham-saham FGV itu sebenarnya merupakan saham-saham yang kukuh dan stabil. Malah BIMB Securities di dalam The Star baru-baru ini menjangkakan bahawa saham-saham tersebut akan naik sehingga ke paras RM5.46 sesaham!
Bukankah sesiapa yang beli saham dengan harga murah, kemudian saham itu melambung dan dijual dengan harga yang tinggi maka dia akan mengalami keuntungan? Bukankah menjadi prinsip ekonomi untuk mendapatkan keuntungan?
Jadi, nampak sangatlah pandangan pakar-pakar analisis pelaburan dan "pakar ekonomi" Mazlan Aliman itu sangat berbeza pendapat mereka. Dr. Rosli kata lain, pakar-pakar saham kata lain. Dr. Rosli kata "rugi", pakar-pakar saham kata "untung".
Pada saya, kalau saya jahil sekali pun tentang saham, saya sudah tentu akan percaya pada para penganalisis saham berbanding "pakar ekonomi" belaan PAS yang lebih bersifat "gebang politik".
Kalau peneroka Felda ikut kata Dr. Rosli dan jual semua saham FGV kerana takut harganya jatuh merudum lagi, sudah tentulah mereka rugi besar. Mereka beli dengan harga RM4.45 dan jual pada harga RM4.31, bukankah mereka rugi besar?
Sebaliknya, jika kita membeli saham FGV ketika harga jatuh pada harga RM4.31 dan kini sudah berada pada harga RM4.59 sementara menunggu untuk menjualnya pada paras harga RM5.46, sudah tentulah kita untung besar, bukan?
Inilah yang dikatakan sebagai "durian runtuh" untuk para peneroka. Cuma Mazlan Aliman dan Dr. Rosli saja yang rasa "bijak sangat" mencetus propaganda untuk menakut-nakutkan para peneroka dengan dakyah pembohongan mereka itu…
Orang seperti mereka itukah yang mahu menjadi pemimpin rakyat? Orang macam itukah yang dikatakan akan membela nasib rakyat? Sudahlah. Mereka fikir senang-senang saja mereka nak tipu para peneroka?
Mereka tak tahukah ada di kalangan peneroka yang mampu memilik Porsche Cayenne? Mazlan Aliman dan Dr. Rosli ada Porsche Cayenne? Kalau tak ada, lebih baik diam saja sebelum dimalukan dengan lebih teruk oleh para peneroka di seluruh negara…
Seorang rakan dari Pulau Pinang baru-baru ini menghubungi saya dalam keadaan marah-marah apabila "Khalifah"nya, Lim Guan Eng mengatakan bahawa harga sebuah rumah "mampu milik" di Pulau Mutiara itu boleh didapati dengan harga "serendah" RM400,000..!
Ketika dia melepaskan geram melalui corong telefon bimbit, saya hanya mendiamkan diri dan mendengar dengan sabar leterannya kepada anak lelaki Lim Kit Siang itu sambil sekali-sekala memberi respon.
Sebenarnya, saya malas nak melayan kerenah leteran sahabat saya ini memandangkan dialah dulu yang begitu beriya-iya "melambung" Guan Eng sebagai "Khalifah Umar Abdul Aziz" di Pulau Pinang. Maklumlah, dia memang ahli PAS "totok"…
Dan kini, dia bukan lagi merungut. Malah dia maki hamun Guan Eng sepuas-puasnya dan tidak lagi menyebut tentang gelaran "Khalifah" yang diberikan kepada Setiausaha DAP itu.
Paling menarik, dia kini menggelar Guan Eng sebagai "tokong", merujuk kepada gelaran yang dikatakan telah diberikan oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, atau lebih dikenali sebagai "Chot Pemuhong"…
Saya sebetulnya lebih dikenali sebagai "tempat mengadu" bagi rakan-rakan PAS memandangkan latar belakang dan sifat saya yang bersikap kritis terhadap pergerakan parti itu selama ini.
Sebelum mengakhiri perbualan kami, saya sempat berseloroh memulangkan "paku buah keras" padanya dengan menyuruh rakan saya itu "meneruskan lagi sokongannya kepada pimpinan Khalifah kesayangannya itu".
Mungkin panas dengan seloroh tersebut, rakan saya bermati-matian menegaskan bahawa dia dan rakan-rakannya yang lain takkan lagi mengundi DAP mahupun PKR pada PRU ke-13 nanti.
Sejauh mana kebenaran kata-katanya itu, wallahu'alam. Maklumlah, janji orang PAS ni bukannya boleh dipercaya sangat, kan?
Balik kepada isu yang mencetus kemarahan rakan saya itu, saya tertanya-tanya tentang kewajaran meletakkan harga rumah "mampu milik" itu sebanyak RM400,000. Berapa kerat sangatlah rakyat di negara ini yang mampu membeli rumah semahal itu?
Kakitangan kerajaan yang bergaji di antara RM3,000 hingga RM5,000 pun belum tentu mampu memiliki rumah semahal itu memandangkan kos sara hidup yang agak tinggi di Pulau Pinang. Jadi, di mana letakkan rasional Guan Eng dalam isu ini?
Sekiranya Guan Eng mahu menetapkan harga syiling bagi rumah mampu milik, sepatutnya dia melihat kepada kemampuan rakyat dari golongan rendah dan sederhana yang hanya mampu memiliki rumah yang berharga sekitar RM100,000 hingga RM200,000 sahaja.
Membeli harga rumah bernilai RM100,000 itupun sebenarnya masih belum menjamin kestabilan kewangan seseorang itu memandangkan dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kos sara hidup seperti sewabeli kenderaan, utiliti, makan minum dan sebagainya.
Sekiranya Guan Eng meletakkan harga mampu milik itu dengan merujuk kepada kemampuan kaum Cina, memang betullah memandangkan mereka memegang lebih dari 45 peratus kek ekonomi negara dan memonopoli di dalam pelbagai sektor ekonomi sokongan yang lain.
Tapi bagi kaum bukan Cina, sudah tentu harga tersebut dilihat sangat tidak munasabah untuk dikatakan sebagai "kos mampu milik" memandangkan pendapatan mereka yang jauh lebih rendah, bukan?
Pada saya, jika Guan Eng mahu halau kaum bukan Cina dari Pulau Pinang secara tersirat sekalipun, buatlah cara lain. Dengan cara ini, nampak sangat niat busuknya nak mengusir kaum bukan Cina keluar dari Pulau Mutiara itu…
Kalau bercita-cita nak "merepublikkan" Pulau Pinang selepas PRU ke-13, berterus-terang sajalah. Senang kaum bukan Cina nak rancang tindakan mereka pada pilihanraya ini. Bukan payah sangat nak jatuhkan rejim Guan Eng di Pulau Pinang di atas kertas undi, kan?
Pangkah saja BN, baru Guan Eng tahu langit itu tinggi atau rendah, kan?
Tu diaaaa...!!! Sakan sungguh dia kutuk orang Islam...maki hamun orang Melayu... baguih dok ada. Tapi "mursyidul am" ni la yang didewa-dewakan PAS. Orang ni la yang dijunjung PAS siang dan malam...
Sebagai seorang yang paling berpengalaman dalam arena politik pembangkang, Lim Kit Siang menjadi petualang besar bagi umat Islam Melayu ketika itu. Dalam peristiwa 13 Mei dulu, dia ni la yang carutkan orang Melayu...
Dan sekarang ni, dia secara tidak rasmi dilihat seolah-olah berjawatan "Mursyidul Am Pakatan Haram". Anwar dengar cakapnya, Hadi dan Pok Nik Ajis pun tunduk padanya. Bagilah ayat Al-Quran mana sekali pun, Kit Siang tetap depa junjung atas kepala...
Padan la Pok Nik Ajis halalkan mencarut, maki hamun dan caci cerca. Dia sendiri pun pernah maki orang. Mungkin dia mencontohi perangai boss dia "Mursyidul Am Pakatan Haram" tu kot? Heh!
Tapi, orang Melayu memang cepat lupa. Sekarang ni lagi teruk, kena maki, , Islam diperlekeh dan depa kena tipu hidup-hidup pun depa sanggup asalkan Kit Siang bahagia bersama anaknya. Heh! Agaknya di mana letaknya akal puak-puak ni? Di kepala lutut kot?
Pencacai2 Anuwar confirm angin punya bila tahu penyanyi terkenal tanahair M Nasir menyanyi di program BN iaitu Himpunan Anak Muda 1Malaysia malam tadi .
Bukan senang woo nak bawa mai M Nasir ke bumi Permatang Pauh ...haha...tambah-tambah lagi program anjuran UMNO Permatang Pauh pulak ..
Dari raut wajah , rambut , suara ,nama memamg hampir sama dengan penyanyi terkenak M Nasir ini tetapi sebenarnya beliau ialah Lan M Nasir . Salah seorang rakan karib M Nasir dan pernah sertai kumpulan Apokalis .
Persembahannya di himpunan anak muda malam tadi memang tidak menghampakan 1 ribu hadiri yang hadir yang majoritinya anak muda dengan mendendangkan lagu nyanyian M Nasir seperti Gerhana & Mantera Semerah Padi .
GPB yang hadir malam tadi rasa seperti macam berada di filem Man Laksa pulak .. ada persembahan pentas , BBQ dan juga pelbagai barangan dijual penjaja-penjaja di situ .
Tahniah kepada penganjur program seperti Biro Penerangan UMNO , Gerakan Belia 4B Permatang Pauh , UMNO Bahagian yang berjaya menarik kehadiran ramai penduduk berbilang kaum sekitar Seberang Jaya dari petang tadi hingga ke malam .
Himpunan Anak Muda 1Malaysia Prmtg Pauh yang berlangsung di Sbrg Jaya yang bermula 2 ptg hingga malam ini meriah da hingga saat ini lebih 1 ribu anak muda hadir
Pelbagai program dan aktiviti khusus untuk orang muda diadakan seperti pendaftaran BL1M , perkhidmatan percuma service motorsikal , penyampaian baucher BR1M , pertandingan Battle of the band, aktiviti berbasikal ,penyampaian helmet 1Malaysia dan lain-lain lagi.
Acara perasmian akan bermula jam 5 ptg dirasmikan oleh Pengerusi BN P.Pinang Sdr Teng Chang Yeow.
Isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh dalangnya iaitu Joseph Lim Guan Eng terus bebas tanpa dikenakan sebarang siasatan oleh pihak polis sehingga kini .
Walaupun sudah berpuluh report polis dibuat oleh umat Islam , tapi anak kit siang ini terus kebal . Adakah Polis & KDN takut sebab dia Ketua Menteri P.Pinang ??
Tetapi bila disebut sikit saja oleh Datuk Ibrahim Ali , terus didesak oleh tokong DAP ini termasuklah bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman supaya dikenakan Akta hasutan .
Persoalannya , Mengapa yang dalang yang cetus isu kalimah Allah ini tak dipanggil polis seperti mana dipersoal oleh Ustaz Hafiz Nordin dalam video ceramahnya ini ?
Kenyataan Pengerusi JATI Dato Dr Hasan Ali
Saya ingin membuat sedikit ulasan terhadap gesaan mantan Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman supaya segera mengambil tindakan dibawah Akta Hasutan berhubung dengan kenyataan berbentuk ugutan Dato Ibrahim Ali, Presiden Perkasa terhadap Bible versi Melayu yang menggunakan Kalimah Allah.
Saya menghormati pandangan mantan peguam negara tersebut tetapi mempunyai pandangan yang sikit berbeza dalam hal ini. Pertama, kenyataan Dato Ibrahim Ali hendaklah dilihat dalam konteks yang luas dan lebih dalam. Luas ertinya mencakupi 28 juta rakyat Malaysia dan 2 billion penduduk dunia beragama Islam. Sementara kedalaman impak isu ini merujuk kepada persoalan aqidah yang berhubung langsung dengan masalah ketuhanan umat Islam.
Seperti yang diketahui atas nama keagungan Allah dan kehebatan Islam manusia Muslim sanggup melakukan apa saja hatta mengorbankan nyawa mereka. Meletakkan kedua-dua luas dan dalamnya isu ini sudah tentu tidak semudah itu bagi kita untuk mencadangkan sesuatu tindakan seperti yang dicadangkan oleh Yang Arif Tan Sri Abu Talib itu.
Dato Ibrahim Ali mempunyai sebab tersendiri berbuat demikian. Umat Islam di Malaysia pula termasuk penduduk Muslim dunia pun mempunyai sebab tersendiri untuk mengambil sesuatu tindakan atas nama kesucian Islam hingga sanggup menjadikan nyawa mereka sebagai galangannya. Bagi saya mencadangkan tindakan dibawah Akta Hasutan terhadap Dato Ibrahim Ali adalah sesuatu yang secondary sifatnya.
Yang primarynya ialah punca dan pencetus kepada isu Kalimah Allah terbaru hingga memungkinkan Dato Ibrahim Ali menyatakan bisikan keimanannya terhadap Allah dan Islam yang dicintainya. Yang primarynya juga ialah Bible versi bahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah yang sudah dicetak dan diedarkan termasuk kepada orang-orang Islam di negara kita.
Apakah kita boleh menutup mata kepada sumber yang menjadikan isu ini terus membara atau adakah kita sebagai seorang Muslim dan Mukmin sanggup melihat agama kita diinjak-injak dan pegangan agama generasi Muslim pengganti nanti diselimuti dengan kekeliruan aqidah. Seperti yang dilaporkan, puluhan laporan polis telah dibuat ke atas Lim Guan Eng. Tetapi kenapa dan mengapa hanya Ibrahim Ali dijadikan sasaran.
Inilah di antara persoalan yang perlu direnungkan. Mencadangkan tindakan tegas terhadap Dato Ibrahim Ali mungkin mudah tetapi mengawal anasir-anasir pencemar aqidah yang terus bertali arus, gigih, istiqamah dan mempunyai rangkaian antarabangsa yang serba canggih tidak semudah seperti mengenakan tindakan kepada Dato Ibrahim Ali. Fikir-fikirlah.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia TTDI KL 1 Februari 2013
Macam ini lah punya sokongan wanita di P.Pinang kepada Anuwar , memang boleh kalah BN kali ini di negeri ini .hahaha...
Sebelum ini jawatankuasa penganjur diketuai Mansor dah target boleh bawa 15 ribu orang untuk himpunan malam tadi .KLIK DISINI
Tapi nampaknya macam ni la kehadiran yang dianggarkan 200 orang, patut la Anuwar dok buat drama merajuk di sinar harian kononnya tak mau bertanding di Prmtg Pauh kali ini.
Kehadiran Mak Lampir & Bawani Listen pun gagal menarik ramai wanita untuk dengar ceramah menipu mereka ini
Nampaknya rakyat pun dah muak dan jelak dengan slogan " Kebangkitan "...
nak bangkit apa lagi lah agaknya ? Bulan ini duit BR1M RM 500 dapat lagi kepada rakyat selepas duit RM100 untuk pelajar sekolah sebelum ini ..
Macam ini zalim lagi la ? Pi la cari negara dalam dunia ni boleh dapat kerajaan seperti ini...
***Dengar kata Anuwar tak turun singgah semalam sebab tak ramai ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan