Khamis, 17 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 17 Jan 2013 03:49 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:49 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Pasangan Doktor Mengamuk 7 Kali Ditahan

Posted: 16 Jan 2013 05:40 PM PST




[HM] Subang Jaya: Berang anaknya ditukar ke kelas lain, sepasang suami isteri masing-masing berusia 40 dan 35 tahun yang juga doktor 'mengamuk' di Balai Polis Subang Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pasangan terbabit turut dilapor memaki hamun dan mengugut pegawai serta anggota polis menyebabkan suasana di balai polis berkenaan kecoh.

Berikutan itu, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, pasangan sama dilaporkan pernah 'mengamuk' di sekolah anaknya lebih enam kali sejak 2010 namun berjaya ditenangkan dengan kehadiran polis.

Bagaimanapun, dalam kejadian kelmarin, polis tidak lagi mampu bertolak ansur dengan pasangan terbabit yang bukan saja memaki hamun sebaliknya mencabar serta mengugut pegawai serta anggota polis di balai polis berkenaan.

DIALOG RAKYAT

Posted: 17 Jan 2013 03:34 PM PST

[unable to retrieve full-text content]

DIALOG RAKYAT


[EDISI BINATANG] Samseng UMNO Berterusan, Nik Nazmi Jadi Mangsa Ditendang Di Johor

Posted: 17 Jan 2013 04:54 AM PST

 
KELAB GREENBOC
 
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor mengutuk serangan ala samseng yang dilakukan oleh sekumpulan Pemuda Umno BN terhadap Yang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Sri Setia) bagi menghalang program ceramah diadakan di Flat Sri Stulang, Johor Bahru malam tadi.

Ketua AMK Johor, Mohamad Nazri Ismail yang turut berada di Balai Polis Majidee selepas dimaklumkan mengenai insiden itu, menyelar tindakan pemuda Umno/BN yang tidak menghormati dan memahami sistem demokrasi yang di amalkan di negara ini.

Beliau turut mengingatkan agar Pemuda Umno BN mengamalkan politik matang bukan mengamalkan politik rakus dan menyerang ganas seperti binatang.

Beliau juga meminta agar Ketua Pemuda Umno Johor mentarbiah pemudanya agar bertindak matang dan bukan bertindak kebudak-budakan.

Kejadian ini juga jelas membuktikan bahawa Umno BN mendidik anak muda supaya menjadi pelaku jenayah, samseng serta menjadi penyebab kepada kerosakan ahlak anak muda dengan tindakan serangan ganas terhadap beberapa program Pakatan Rakyat sebelum ini.

Justeru beliau menyeru anak-anak muda agar bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum nanti.

Jelas apa yang dilakukan oleh sekumpulan pemuda Umno BN adalah ketakutan mereka sendiri yang berdepan dengan jentera penerangan Keadilan yang semakin aktif dan mengorak langkah serta serius untuk menumbangkan Umno BN pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Nazri juga meminta kerjasama mana-mana Ketua Cabang untuk mengadakan perbincangan dengan AMK di cabang masing-masing sebelum mengadakan aktiviti atau program parti yang melibatkan kepimpinan pusat agar AMK dapat membuat tinjauan di kawasan tersebut terlebih dahulu dan membuat persiapan yang perlu bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau turut mengingatkan agar AMK di setiap cabang perlu aktif dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku menjelangnya pilihanraya umum.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang berjaya menghalang pemuda Umno BN dari bertindak lebih ganas.

Pun begitu, YB Nik Nazmi turut ditendang di kakinya manakala sebuah kenderaan turut di tendang sehingga kemek di bahagian pintu.

Nazri juga mengucapkan terima kasih kepada AMK Pasir Gudang, Johor Bahru dan Gelang Patah yang hadir memberi bantuan dan sokongan.AMK Johor

Bila "Anjing Tersepit" Dilepaskan: KJ Tak Mengaku Tarik Balik Kenyataan

Posted: 17 Jan 2013 04:51 AM PST

 
KELAB GREENBOC
 
Meskipun laporan media menyebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mencapai penyelesaian kes fitnah RM100 juta semalam, 'perang' membabitkan kedua-dua mereka berterusan di dunia siber.

Kedua-dua Anwar dan Khairy berbalas mesej menerusi Twitter semalam bagi mengatakan kenyataan dan pendirian masing-masing.

Susulan kepada kenyataan pagi semalam, Anwar sekali lagi menegaskan Khairy telah menerima balik kenyataan berbaur fitnah, yang didakwa dibuat lima tahun yang lalu.

"Khairy tarik (balik) fitnah; saya tak teruskan saman," kata Anwar menjawab soalan beberapa pengikutnya yang bertanya apa sebenarnya berlaku ekoran kenyataan yang berbeza.

Tengah hari semalam, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, "sila baca kenyataan penyelesaian, bukan Utusan; secara efektif, ia satu tindakan menarik balik (kenyataan)."

Blog Anwar malam tadi menyebut, berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Khairy bertentangan dengan keputusan dicapai di mahkamah, satu sidang media akan diadakan pagi ini di ibu pejabat PKR.

Sidang media yang dijangka diadakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara lain menyentuh kes saman fitnah yang difailkan oleh Anwar dan penyelesaian direkodkan oleh mahkamah semalam.

Dalam pada itu, bekas koordinator media Anwar pula menulis menerusi Twitter, "@Khairykj Tipu. Anwar tidak tarik saman. Ia satu penyelesaian. Terima penyelesaian bukti anda yang tarik balik kenyataan."

Khairy dalam mesejnya menyebut bahawa "beliau saman saya. Beliau menarik balik kes."

Laporan media menyebut kes saman fitnah RM100 juta yang difail Anwar terhadap Khairy pada September 2007 diselesaikan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan (Khairy) bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.

"Tiada perintah untuk kos," katanya.

Hakim Su turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah. -SH

Anwar dalam samannya mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Ulasan GB

Ibarat anjing tersepit yang dilepaskan. Kalau dah mengaku kenyataannya itu palsu dan tidak tepat, bererti sudah enggan untuk masuk ke gelanggang, bererti, sudah KO terlebih awal. Selepas itu tuduh pihak lawan yang enggan bertempur. Bangang!

Anak Umno takut dilabel rasis, kata Mahathir

Posted: 17 Jan 2013 04:42 AM PST

RAZIATUL HANUM A. RAJAK

Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad berucap pada program Bicara Minda. Di sebelah kiri beliau Tan Sri Abdullah Ahmad. 
 
SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad yang dari semasa ke semasa bercakap mengenai kuasa politik orang Melayu sejak Pilihan Raya Umum 2008 mendakwa, ada anak-anak orang Umno tidak lagi mahu bercakap berkaitan masa depan bangsa sendiri kerana bimbang dituduh rasis.

Menjawab soalan hadirin program Bicara Minda Tun Dr Mahathir di bawah tajuk "Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13", bekas Perdana Menteri berkata:

"Ramai anak-anak orang Umno yang tak nak lagi bercakap berkenaan orang Melayu. Takutnya dituduh rasis."

Dalam pada itu, beliau berpendapat bahawa bangsa Melayu mempunyai satu sifat 'malu' yang mungkin kurang pada bangsa lain.

"Orang Melayu ini ada satu sifat yang mungkin tidak banyak terdapat di kalangan orang (bangsa) lain... malu.

"Bila kita malu, kita kalah. Kita nak senang. Kita tak jawab apabila dituduh bukan-bukan... tak mahu dituduh rasis," kata bekas Presiden Umno yang mengetuai parti itu dan kerajaan selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.

Dr Mahathir, yang pernah menghasilkan buku Dilema Melayu, juga telah beberapa kali menegaskan beliau bukan seorang rasis kerana ada yang berpandangan negarawan ini hanya bercakap mengenai kepentingan Melayu kebelakangan ini.

Menyentuh tentang perasaan malu itu, Dr Mahathir menyifatkan perasaan itu sudah merosot dalam kalangan orang Melayu.

"Sedikit sebanyak kita mesti ada perasaan malu apabila buat sesuatu yang salah atau kurang berjaya. Saya yakin kita akan berjaya.

"Tetapi saya dapati sekarang kini, perasaan malu dalam kalangan orang Melayu sudah merosot. Tak malu lagi... ini akan menghancurkan kita," katanya.

Terdahulu dalam syarahannya, Dr Mahathir ada menyebut soal tuntutan hak orang Melayu dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Apabila kita sebut tentang hak, kita dicap sebagai rasis. Menjadi hak kita menuntut bahagian kita... bahagian orang Melayu dalam negara berbilang kaum ini.

"Kita tak minta lebih... dalam DEB kita tuntut 30 peratus saja. Itu pun tak capai lagi," katanya.

Dr Mahathir juga tidak menolak bahawa identiti Melayu akan hilang jika kita tidak berjaga-jaga.

16,000 pendatang haram di Sabah dapat IC, layak mengundi

Posted: 17 Jan 2013 04:41 AM PST

KEADILAN DAILY

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama 16,000 pendatang haram di Sabah dan untuk memberikan mereka kad pengenalan (IC), Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah diberitahu hari ini.


 Pengarah SPR Sabah pada ketika itu Datuk Wan Ahmad telah mengarahkan JPN untuk menukar nama pendatang Indonesia dan Filipina untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah, kata bekas timbalan pengarah JPN Mohd Nasir Sugip yang betugas dari 1992 sehingga 1994 kepada RCI hari ini.

Nama penuh Wan Ahmad tidak diberikan. Namun, Timbalan Pengerusi SPR sekarang adalah bernama Datuk Wan Ahmad Wan Omar tetapi tidak diketahui apakah dia yang dimaksudkan.

"Ops Durian Buruk adalah operasi yang melibatkan penukaran dan mencipta nama baru dari nama yang diberi SPR," kata Nasir sebagaimana dilapor The Malaysian Insider.

"Maksudnya nama ditukar, nombor IC ditukar, tarikh lahir ditukar.. . Dan gambar," tambahnya.

Nasir mengatakan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1998 kerana memberikan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak.

Beliau menambah bahawa 800 nama telah diserahkan kepada kerusi dewan undangan negeri Sugut dan kerusi parlimen Kinabatangan.

"Yang saya ingat, keputusan pilihan raya memihak kepada calon Barisan Nasional (BN) YB Datuk Surady Kayong," katanya.

Calon BN Sarady mengalahkan Jublee KK Zen di Sugut semasa pilihan raya negeri tahun 1994 dengan majoriti tipis 79 undi.

Surady pada ketika ini adalah pembantu menteri perumahan dan kerajaan tempatan di Sabah.

Nasir menafikan menerima imbuhan berikutan peranannya dalam perlakuan ini.

"Saya hanya mengikuti arahan…dan saya menandatangani ikrar dengan pengarah saya," katanya.

Ditanya sama ada terdapat hubungan antara SPR dan JPN dalam meningkatkan bilangan pengundi di Sabah, beliau berkata: "Terdapat beberapa kerjasama dan kerjasama antara JPN dan SPR dalam kegiatan ini," katanya dipetik.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke 1985, menafikan kewujudan "Projek IC" semalam.

PRU13: Orang Melayu ada 2 pilihan, kata Mahathir

Posted: 17 Jan 2013 04:32 AM PST

RUZY ADILA IDRIS

Mahathir Mohamad
Dr Mahathir berucap pada program Bicara Minda di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, petang tadi. 
 
SHAH ALAM – Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa mereka bukan sekadar bakal berhadapan dengan pilihan raya umum biasa, sebaliknya bakal menentukan percaturan survival masa depan.

Dalam mencapai matlamat itu, bekas Perdana Menteri berkata, orang Melayu sebenarnya boleh membuat keputusan sama ada yang akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukan terhadap masa depan bangsa mereka sendiri.

PRU13 dilabel sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum negara ini.

Malah katanya, "orang Melayu boleh membuat pilihan yang akan memberi kebaikan hanya pada masa ini tetapi masa depan yang akan terkubur.

"Jadi, apa yang kita nak ramal untuk masa depan kita?

"Saya berpendapat, orang Melayu cuma mempunyai dua pilihan.

"Bagi yang sedar, mereka akan mempertahankan kedudukan mereka dan bagi yang tidak sedar, mereka akan berkata keadaan adalah biasa... kami orang Malaysia dan kita tidak perlu kaitkan diri kita dengan Melayu lagi, kita juga akan berjaya," kata negara ini yang dilihat akan memainkan peranan penting dalam menentukan arah aliran sokongan pada PRU13.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri dan telah memimpin Barisan Nasional pada PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Antara yang hadir sama pada majlis hari ini ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan bekas Ahli Parlimen Shah Alam yang juga bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Program petang ini menarik kehadirin sekitar 500 orang.

Pada program itu, Dr Mahathir turut melancarkan buku Berani Tanpa Segan tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad.

Menyentuh pelbagai aspek berkaitan dengan masa depan politik orang Melayu, Dr Mahathir berkata, masa depan orang Melayu adalah berdasarkan apa yang difikirkan dan kebolehan bangsa itu membuat pertimbangan, terutamanya sejauh mana kecekapan mereka untuk meneka apa yang akan serta sudah berlaku.

Katanya, tidak ramai yang membuat kajian sendiri mengenai perkara seperti ini dan rata-rata apabila orang Melayu berasa marah, mereka sekadar melepaskan rasa marah.

"Kita tidak bertindak untuk mengatasi masalah, sebaliknya kita hanya marah.

"Mengapa kita kata begitu... tak baik, itu sahaja, sebaliknya kita perlu bertindak bukan untuk mengganas seperti di negara-negara yang lain dengan mengikat bom pada badan dan letupkan diri kita.

"Hanya yang dikehendaki, kita harus berfikir secara mendalam tentang masa depan kita dan bagaimana menyelamatkan dan memajukan masa depan kita," jelas beliau.

Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno menambah, sebagai sebuah negara demokrasi, keputusan banyak bergantung kepada pemilihan orang Melayu termasuk pemilihan tentang siapa yang mampu mentadbir negara.
Ujarnya lagi, jika orang Melayu bertindak berasaskan emosi dan terutamanya kebencian, beliau yakin masa depan orang Melayu tidak akan terjamin.

"Sebaliknya, jika berfikir secara mendalam, berasaskan kepada pengalaman kita berasaskan keadaan, sejarah dan keadaan yang kita lihat sekarang, saya yakin kita akan membuat pilihan bijak.

"Pilihan yang bijak akan menentukan masa depan kita akan terselamat," katanya.

Dr Mahathir, seorang doktor perubatan sebelum menceburi politik dan pernah menghasilkan buku Dilema Melayu yang popular berkata:

"Kita juga harus ingat orang Melayu ini juga yang beragama Islam."

"Kalau orang Melayu gagal, disingkir dan diketepikan dan menjadi kaum yang termiskin dalam negara kita ini, percayalah agama Islam juga akan menghadapi masalah," kata beliau.

Ng Suee Lim Minta Polis Siasat Risalah Fitnah

Posted: 17 Jan 2013 04:27 AM PST


risalah 2

SHAH ALAM : Pakatan Rakyat (PR) Selangor mahu polis menyiasat risalah berunsurkan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang kini diedarkan kepada ketua-ketua kampung tradisi.

Timbalan Setiausaha DAP negeri, Ng Suee Lim berkata sebaran risalah fitnah yang disebar itu memaparkan berita memburukkan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan fakta yang tidak berasas.

Katanya, risalah itu diperolehi melalui kiriman pos kepada tujuh ketua kampung di DUN Sekinchan dan dua ahli majlis DAP dua minggu lalu.

Risalah berbahasa Melayu bersiri itu, mengandungi 10 muka surat, hanya memaparkan nama wartawan dan tidak memaparkan sidang pengarang alamat pencetak dan juga penerbit.

Kandungan risalah itu memaparkan berita mengenai isu-isu semasa yang dimainkan media Pro BN antaranya krisis air.

"Setakat ini, kami dapati ia sudah dikeluarkan sebanyak 21 siri. Kami percaya risalah ini diterbitkan oleh Umno-BN. Tujuannya sama dengan 'Selangor Terkini' yang diterbitkan mereka dua tahun lalu.

"Kami kesal dengan apa yang dilakukan pihak mereka. Jika mahu menyerang Pakatan Rakyat biarlah secara sihat, berpolitik secara tertib. Tindakan mereka ini seperti 'baling batu sembunyi tangan'," katanya yang juga Adun Sekinchan dalam sidang media di Bangunan Annex, SUK, di sini.

Hadir sama Ketua Penerangan PKR negeri, Shuhaimi Shafei dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman.

Sementara itu, Shuhaimi berkata tindakan yang dilakukan Umno-BN seolah-olah kehilangan modal untuk menyerang Kerajaan Negeri.

"Jika begini cara demokrasi yang diamalkan Umno-BN, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak layak untuk meminta peluang rakyat untuk mentadbir kembali negeri ini.

"Permintaan Najib adalah permintaan kelakar, tidak mungkin rakyat akan memberi peluang itu kerana sudah 11 kali diberi peluang tetapi Umno-BN yang menghancurkan sendiri," katanya.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat oleh Ketua-ketua kampung tradisi DUN Sekinchan semalam di Balai Polis Sekinchan pada jam 3.30 petang.

risalah 1

Mahathir mengaku beri IC pada warga asing

Posted: 17 Jan 2013 04:17 AM PST

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.


Beliau bagaimanapun cuba mengalih kesalahan tersebut dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan berkenaan.

"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang," katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam, lapor Malaysiakini.

Turut hadir pada program itu ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.

Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Awas SPR, Pemantau bertegas lawan penipuan pilihan raya!

Posted: 17 Jan 2013 04:14 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) bertegas tetap mahu memantau proses pilihan raya terutama melibatkan penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



Ahli Jawatankuasanya, Maria Chin Abdullah berkata, agensi itu tidak boleh dipercaya ekoran banyak penipuan berlaku pada musim pilihan raya terdahulu, oleh itu badan bebas seperti Pemantau diperlukan untuk tujuan demikian.

"Kita yakin SPR tidak telus memastikan PRU 13 bersih dan adil, sebab itu perlunya badan bebas seperti kami," jelas Maria yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih.

Beliau membidas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memberi amaran kepada Pemantau agar tidak mengganggu proses PRU 13.

Menurut Wan Ahmad, pihaknya tidak akan membenarkan sukarelawan Pemantau memasuki kawasan penamaan calon atau pusat mengundi.

"Kita bukan nak masuk kawasan mengundi. Kita hanya akan memantau dari luar. Kalau SPR buat kerja dengan baik dan telus, kenapa perlu takut?" soal Maria ketika dihubungi.

"Sebagai rakyat, Pemantau mengambil inisiatif dan meminta pertolongan rakyat untuk memastikan pilihan raya berjalan bersih dan adil," katanya.

Menurut Maria, tujuan utama Pemantau untuk mengurang dan menghentikan sebarang bentuk penyelewengan dalam PRU 13.

"Kalau SPR baca dokumen antarabangsa, ada lebih kurang 90 negara yang mempunyai pemantau bebas, dan mereka tiada masalah," katanya.

"Ini juga peringatan kepada SPR supaya buat kerja lebih telus dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak," tambahnya.

Pemantau dilancarkan 8 Januari lalu. Sekurang-kurangnya 10,000 sukarelawan akan direkrut untuk menjadi pemerhati dalam PRU 13.

Kempen tersebut digerakkan hasil gabungan Bersih 2.0, Malaysian for Free and Fair Elections (Mafrel), Pusat Komas dan Citizens for Independent Journalism (CIJ).

PKR Gesa Najib Henti Tekanan Politik Terhadap Sektor Korporat

Posted: 17 Jan 2013 04:10 AM PST


azmin bank islam 01

DAMANSARA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa menghentikan campurtangan mahupun tekanan politik dalam sektor korporat negara.

Bercakap dalam sidang media di sini pagi tadi, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menentang keras tindakan penggantungan tugas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Tajudin susulan pembentangan kertas kerja ekonomi di Singapura baru-baru ini.

"Tindakan tergesa-gesa dan tergopoh-gapah oleh pengurusan Bank Islam bukan sahaja meninggalkan kesan buruk kepada profesionalisme sektor korporat tetapi ia juga membayangkan adanya tekanan politik agar keputusan itu diambil," tegas Azmin.

Azrul juga sebelum ini mengeluarkan kenyataan simpati terhadap ketuanya yang didakwa terpaksa berhadapan dengan tekanan politik.

Pengakuan Azrul itu, menurut Azmin secara tidak langsung mengesahkan wujudnya campur tangan politik di dalam pengurusan Bank Islam dan Government Linked Company (GLC) yang lain.

Sehubungan itu, Azmin menyeru Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan supaya membiarkan pengurusan Bank Islam mahupun institusi korporat yang lain berkhidmat secara profesional serta bebas daripada tekanan politik.

Beliau juga menyarankan agar pengurusan Bank Islam membatalkan penggantungan tugas Azrul.

"Saudara Azrul sekadar membentangkan analisa beberapa senario kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 secara profesional.

"Sewajarnya sektor korporat Malaysia menggalakkan pengurusan tertingginya supaya bertindak secara objektif dan bebas," katanya lagi.

Azrul sebelum ini didakwa bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah tipis dalam PRU 13 dengan perolehan kerusi antara 97 ke 107 kerusi berbanding 140 kerusi yang dimenangi pada PRU lalu.

Susulan pembentangan tersebut, beliau dikenakan tindakan penggantungan tugasnya untuk satu tempoh yang tidak dinyatakan atas dakwaan 'salah laku yang serius'.

Penduduk Lega Pondok Bas yang Ditunggu Sejak 30 Tahun Akan Dibina

Posted: 17 Jan 2013 04:05 AM PST


Jenice Lee Membina Bus Stop 01

AMPANG: Penduduk Taman Seraya dan Taman Bukit Teratai tidak perlu lagi berjalan jauh menunggu bas apabila sebuah pondok menunggu bas bakal dibina di Jalan Bunga Melati 8, di sini.

Pondok bas bernilai RM20,000 dari peruntukan Adun Teratai, Jenice Lee itu dijangka akan siap sepenuhnya sebulan lagi.

Menurut Jenice pondok bas berkenaan merupakan satu-satunya laluan bas menuju ke Kuala Lumpur walaupun Taman Seraya sudah wujud sejak 30 Tahun lalu.

"Pondok yang ada sekarang hanyalah pangkin yang dibuat seorang penduduk sebab dia kasihan tengok orang ramai terutama orang tua dan wanita mengandung terpaksa berjalan jauh dan lebih teruk lagi bila hujan," kata Jenice.

Beberapa penduduk yang ditemui TV Selangor melahirkan rasa lega dengan perkembangan terkini.

Penduduk Taman Bukit Teratai, Chin Loy Min, 65, sambil menyifatkan ia sebagai perkembangan positif berkata beliau pernah menyuarakan masalah ini kepada Ahli Parlimen dan Adun dari BN ketika BN berkuasa di Selangor.

Bagaimanapun aduan beliau bersama masyarakat setempat tidak mendapat layanan yang sewajarnya.

Penduduk Taman Seraya, Liew Chow Keng, 85, yang bertanggungjawab membina 'pondok bas' sementara tersebut pula berkata pembinaan pondok bas ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu sekian lama oleh pengguna bas di sini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Jenice memohon kerjasama penjaja di bahu Jalan Bunga Melati 8 agar segera berpindah ke medan selera yang disediakan bagi memberi laluan kepada projek melebarkan jalan dua lorong itu kepada tiga lorong.

Selain itu, binaan gerai yang didirikan diatas 19 tapak gerai terbabit juga didapati menutup longkang dan menggunakan kawasan parkir premis berhampiran.

Penjaja-penjaja terlibat mula menjalankan akitiviti perniagaan tidak berlesen di atas tanah milik Kerajaan Negeri selama lebih 20 tahun.

Bagaimanapun, selepas Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri, penjaja-penjaja terlibat diberikan lesen perniagaan dengan syarat menyerahkan kembali tanah itu kepada Kerajaan Negeri sekiranya diminta berbuat demikian.

"Kita dapat tahu penjaja ini menyewakan tapak gerai mereka kepada warga asing dari RM2,000 hingga RM2,500 sebulan, sedangkan mereka tak dikenakan sewa oleh Kerajaan Negeri.

"Peruntukan dari Geran Selangorku sebanyak RM400,000 juga diluluskan Kerajaan Negeri," kata Jenice.

Jenice memberitahu penjaja di situ haruslah menerima tawaran tapak perniagaan samada di Medan Selera Pekan Ampang, Medan Selera Lembah Jaya atau Medan Selera Taman Putra.

136 Rumah Mampu Milik Sungai Long Siap Dua Bulan Lagi

Posted: 17 Jan 2013 04:03 AM PST


Iskandar Samad Rumah Kajang 01

KAJANG: Exco Perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad memaklumkan projek Rumah Mampu Milik (RMM) Jalan Sungai Long 12/2, Bandar Sungai Long dijangka siap dua bulan lagi.

Melibatkan 136 unit dibawah tanggungjawab pemaju Sin Heap Lee Development Sdn Bhd, ini merupakan projek RMM ketiga yang dibina Kerajaan Negeri Selangor.

"Asalnya kawasan ini merupakan kawasan rumah kos rendah. Oleh kerana jarak jauh dari bandar maka kita benarkan pertukaran status. Maka harga kita kawal sementara nama pembeli datang daripada Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri mempunyai satu peraturan di mana boleh dimiliki mereka yang mempunyai pendapatan dibawah RM5000.

"Kita menetapkan mereka tidak boleh menjual dalam masa lima tahun bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

"Mereka juga mesti mempunyai satu rumah sahaja dan wajib menduduki rumah berkenaan serta tidak boleh disewakan," katanya selepas melakukan lawatan kerja sambil diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman.

Jelas Iskandar, rumah tingkat bawah diutamakan kepada pemohon Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dengan keluasan 820-880 kaki persegi, harga jualan dijangkakan sekitar RM100,00 kebawah dan akan diputuskan Kerajaan Negeri.

Dua projek RMM yang disiapkan Kerajaan Negeri sebelum ini terletak di Bukit Botak dan Bandar Baru Bangi.

Kedua-dua projek berkenaan dijangka siap dan boleh mula diduduki tahun ini.

RMM Bandar Sungai Long ini dibina dengan reka bentuk tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Terdapat 150 tempat letak kereta disediakan dengan 10 peratus daripadanya diperuntukkan untuk orang awam selain pejabat pentadbiran, surau, taman permainan dan dewan kecil.

Selain itu, pemaju juga sedang merancang pembinaan 536 unit RMM di U10 Shah Alam dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun .

Ujar Iskandar lagi, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) juga dalam usaha membina 280 unit RMM di Sutera Damansara manakala 400 unit lagi di Sabak Bernam.

PRU sebelum tamat mandat DUN Johor

Posted: 17 Jan 2013 03:58 AM PST

KL TODAY

 

Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan meminta Parlimen dibubarkan untuk membuka laluan bagi pilihan raya umum ke-13 sebelum 21 Mac . 

Spekulasi terkini bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan persetujuan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Mu'adzam Shah Halim untuk pembubaran pada bila-bila masa antara Feb 20 dan Mac 20.Malah pada 21  Mac juga  adalah hari tempoh tamat mandat bagi Dewan Undangan Negeri Johor selepas tempoh lima tahun.

"Dewan Undangan Negeri Johor mengambil sumpah mereka pada 21 Mac. Oleh itu, istilah  tamat mandat adalah pada tarikh yang sama tahun ini.

"Kami menjangkakan Perdana Menteri akan mengadap YDP Agong dan meminta perkenan baginda bagi Parlimen  dibubarkan cara sebelum itu," kata sumber.

Seorang pegawai Barisan Nasional berkata bahawa dengan membenarkan DUN Johor tamat mandat akan menghantar mesej yang salah bahawa parti pemerintah tidak bersedia untuk menghadapi pengundi.

Rasmi, bagaimanapun, menunjukkan bahawa ini tidak bermakna bahawa pilihanraya umum mesti diadakan pada 21 Mac atau sebelum itu.

"Perdana Menteri dijangka membuat beberapa perjalanan luar negara penting dalam bulan Februari ke tempat-tempat yang strategik penting kepada Malaysia serta menghadiri persidangan serantau dan pelbagai hala di mana negara kita adalah peserta yang ketara," katanya.

Pertubuhan sidang kemuncak Kerjasama Islam yang dijadualkan pada 6-7 Februari dan pemimpin utama Malaysia jarang dilihat tidak pernah hadir mesyuarat ini. Ia difahami bahawa Najib telah dijadualkan satu lagi lawatan ke luar negara tidak lama sebaik sahaja selepas Tahun Baru Cina.
Ini bermakna bahawa Najib ditinggalkan dengan tempoh 30 hari untuk pergi untuk pemilihan kerana beliau tidak mungkin untuk memohon pembubaran Parlimen juga tidak lama selepas Tahun Baru Cina yang jatuh pada Feb 10.

Oleh kerana semua faktor-faktor ini, menurut sumber dalaman, Najib untuk memanggil pilihan raya antara 20 Februari dan 20 Mac.

Mandat Parlimen akan berakhir Mac 29 manakala bagi DUN Negeri Sembilan akan lengkap tempoh mandatnya pada 26 Mac.

SPR Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan

Posted: 17 Jan 2013 03:54 AM PST

KL TODAY

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempamerkan Rang Daftar Pemilihan Tambahan (Rang DPT) bagi Suku Tahun 4/2012 di 949 lokasi seluruh negara selama 14 hari bermula hari ini (Khamis). 

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan pada Khamis berkata, Rang DPT itu melibatkan urusan permohonan pendaftaran sebagai pemilih bagi Oktober, November dan Disember tahun lepas.

"SPR telah menerima sebanyak 295,122 pemohonan pendaftaran sebagai pemilih yang terdiri daripada 243,751 pemilih baru dan 51,371 pemohonan pertukaran alamat pusat mengundi pemilih yang telah berdaftar dengan SPR.

"Pemohon dinasihatkan menyemak Rang DPT itu. Bagi permohonan pendaftaran baru jika pemohon mendapati namanya tidak tersenarai, bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan diserah kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran berkenaan," katanya.

Sabri berkata, pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang DPT itu boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.

Seseorang boleh membantah terhadap tidak lebih 20 orang selaras subperaturan 15(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)(Pindaan) 2012 dandikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran berkenaan.

"Sepanjang tempoh pameran, SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih.

"Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan ialah kerana mereka didapati meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera atau Polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai pemilih pos dan sebagainya," kata Sabri.

Pameran Rang DPT itu akan dipamerkan antaranya di pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos berkomputer, kompleks/pejabat kerajaan, Pejabat Daerah/Pejabat Tanah dan Majlis Daerah/Perbandaran.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai Rang DPT itu, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-88856565 atau faks 03-88889117 atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my untuk menyemak Rang DPT.

Dua Pelatih Di Pusat Intan Dijangkiti H1N1

Posted: 17 Jan 2013 03:52 AM PST

KL TODAY

 

KUALA LUMPUR: Dua pelatih pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dikesan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) di pusat latihan Institut Tabiran Awam Negara (Intan) di Ipoh. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mereka dikuarantinkan dan perkembangan mereka dipantau.

"Kami mengenal pasti daripada 109 pelatih di pusat itu, 52 mereka mengalami batuk dan demam yang sederhana tetapi mereka tidak mengalami H1N1.


"Ini bukan satu satu penularan, ia hanya antara kumpulan tertentu dan saya akan pastikan tindakan diambil supaya tiada penularan berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis 'Skipping For Health' (Melompat untuk Kesihatan) di sini.

Liow menggesa orang ramai supaya mengambil berat tentang kesihatan dan kebersihan mereka bagi mengelakkan daripada terkena virus itu yang boleh menyebabkan kematian.


"H1N1 sentiasa ada di negara ini. Pastikan membasuh tangan anda dan sekiranya anda mengalami batuk atau deman, jangan bercampur dengan mereka, dan pakailah pelindung," katanya.

Beliau menambah, rakyat Malaysia yang merancang untuk ke negara yang bersuhu rendah dinasihatkan supaya mendapatkan vaksin kerana cuaca seperti itu dapat membuatkan mereka mudah terdedah kepada virus berkenaan.

25 syarat untuk ceramah Teresa Kok

Posted: 17 Jan 2013 03:50 AM PST

Menurut Pengerusi DAP Selangor itu, syarat itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak Elias tiga hari lalu.



PETALING JAYA: Polis Daerah Serdang menetapkan 25 syarat kepada Pengerusi DAP Selangor,  Teresa Kok untuk mengadakan ceramah politik di Bandar Puchong Jaya, dekat sini yang dijadualkan hari ini.

Adun Kinrara itu  berkata, syarat itu ditetapkan oleh Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak  Elias tiga hari lalu dan beberapa daripadanya amat tidak munasabah.

Tokoh DAP itu juga mendakwa, pihak polis mencetak 1,500 naskah notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah bagi menggalakkan orang ramai membantah ceramah berkenaan.

Antara syarat yang dikenakan oleh polis Serdang ialah unit amal PAS tidak dibenarkan mengawal kenderaan lalu-lintas kerana boleh membangkitkan perasaan provaksi masyarakat awam yang tidak terlibat dengan program tersebut.

Ketua polis daerah mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan jika peserta melebihi anggaran.

Penganjur hendaklah memastikan peserta atau hadirin tidak meminum minuman keras atau mengambil dadah semasa menghadiri ceramah bagi mengelak tingkah laku yang agresif di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

"Syarat-syarat yang dikenakan oleh balai polis Serdang itu telah mendatangkan banyak masalah pada pihak penganjur," katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurut Teresa lagi, oleh kerana ceramah diadakan di tepi jalan dan depan restoran, jika anggota unit amal PAS tidak dibenarkan untuk mengawal trafik ia mungkin menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, jika polis mahu menyuraikan ceramah jika kehadiran melebihi jangkaan adalah tidak munasabah kerana pihaknya tidak dapat memastikan peserta  kurang daripada 500 orang.

"Kami memang tidak boleh menghalang pelanggan minum di tapak di luar restoran. Jadi syarat yang dikenakan adalah sukar dipatuhi," katanya.

Menurut Teresa, pada asalnya ceramah tersebut diadakan pada 8 Januari lalu tetapi polis menolak permohonan dengan alasan tempoh pemberitahuan hanya lapan hari.

Dalam Akta Perhimpunan Aman pihak penganjur sepatutnya memberitahu kepada polis 10 hari sebelum program.

`Syarat ketat'

"Saya dan pembantu saya mendapati polis kelihatan mengenakan syarat yang lebih ketat terhadap pihak penganjur ceramah berbanding dengan sebelum adanya Akta Perhimpunan Aman.

"Sebelum adanya akta itu, polis selalu meluluskan permohonan program kami malah dengan notis beberapa hari sahaja, tetapi sekarang pihak polis menolak dengan alasan kami beritahu polis kurang daripada notis 10 hari.

"Selain itu, sebelum adanya akta ini, polis tidak begitu serius untuk mengajak penduduk persekitaran tapak ceramah membantah, tetapi dalam ceramah ini, polis mengedarkan 1,500 notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah, ini seolah-olahnya mengajak orang ramai membantah," tambah beliau.

Teresa berkata, objektif Akta Perhimpunan Aman adalah untuk memudahkan penganjur  mengadakan program atau  perhimpunan  dan bukan digunakan oleh pihak polis untuk menghalang perhimpunan dan program.

"Saya ingin tanya samada polis akan mengenakan syarat yang sama terhadap ceramah politik ataupun apa-apa bentuk aktiviti kami dalam kempen pilihanraya yang akan datang.

"Sekiranya ini berlaku dalam kempen pilihan raya, maka Akta Perhimpunan Aman akan dijadikan sebagai undang-undang yang boleh disalahgunakan oleh pihak polis untuk menghalang apa-apa bentuk program dan bukannya memudahkan program dan ceramah politik kami.

"Saya akan tulis surat kepada Ketua Polis Selangor untuk menyampaikan ketidakpuasan saya terhadap perkara ini," kata Teresa lagi.

PKR teliti tindakan hina mahkamah ke atas Khairy

Posted: 17 Jan 2013 03:25 AM PST

 
PKR sedang memantau kenyataan Khairy Jamaluddin sepanjang tempoh 24 jam. 

VIDEO INSIDE
 


PETALING JAYA: PKR tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan 'menghina mahkamah' ke atas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ekoran kenyataan yang menafikan beliau menarik balik dakwaan berhubung kes saman fitnah oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai secara persetujuan bersama di luar mahkamah semalam.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat biro politik semalam dan pihaknya sedang memantau kenyataan Khairy sepanjang tempoh 24 jam tersebut.

Ujar Azmin, pihaknya akan meneliti secara mendalam kenyataan terbaru Khairy dan  mendapatkan nasihat peguam sebelum tindakan lanjut diambil.

"Tindakan Khairy yang berdolak dalik dengan persetujuan syarat penyelesaian yang di meterai  di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Geok Yiam pada Rabu  boleh dikira sebagai  menghina mahkamah.

"Kita akan teliti secara terperinci  kenyataan beliau (Khairy) dalam tempoh 24 jam mengenai isu ini. Kita juga akan mendapatkan nasihat peguam sama ada untuk memfailkan tindakan menghina mahkamah ke atas beliau," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Kes saman fitnah RM100 juta itu difailkan oleh Anwar terhadap Khairy pada 7 September 2007 ekoran kenyataan didakwa berunsur fitnah pada satu majlis politik di Kuala Kangsar yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Bagaimanapun semalam, kes saman tersebut diselesaikan selepas mendapat persetujuan bersama  di luar mahkamah.

Azmin menjelaskan bahawa penyelesaian kes itu bukan atas dasar rundingan, memandangkan pihak mereka bersedia untuk perbicaraan penuh.

Isu kalimah, PKR konsisten

Sementara itu, ditanya mengenai isu kalimah Allah, Azmin berkata PKR konsisten dengan pendirian kolektif bersama dalam Pakatan Rakyat seperti yang dicapai dalam Mesyuarat Presiden pada 8 Januari lalu.

Beliau sebaliknya berkata pandangan Ahli Majlis Syura itu dihormati dan ia hanya digunapakai oleh ahli-ahli PAS sahaja.

"Isu ini bagi saya selesai. PAS-PKR konsisten dan tidak berubah seperti dalam mesyuarat Presiden pada 8 januari lalu. Pendirian kita tidak berubah.

"PKR berpegang dengan dasar kolektif dan terikat dengan polisi Pakatan," katanya.

Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu sepakat dan bersetuju bahawa penggunaan kalimah 'Allah' wajar diberikan untuk semua agama, dengan syarat ianya "tidak disalahgunakan."

Perkara itu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kalimah 'Allah' adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Bagaimanapun, Majlis Syura PAS dalam mesyuaratnya Ahad lalu memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

‘Tidak adil beri komen, pemberian IC dibawah JPN,’ kata pengerusi SPR

Posted: 16 Jan 2013 09:56 PM PST


 

KUALA LUMPUR— Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof enggan memberikan maklum balas mengenai pendedahan dalam RCI semalam bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan pendatang haram mengundi di Sabah pada pilihan raya 1994 dan menegaskan isu berkaitan kad pengenalan (IC) bukan dibawah bidang kuasa agensinya.

Dalam Suruhanjaya Di Raja (RCI) semalam, bekas pegawai JPN menuduh arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.

"Tidak adil untuk saya berikan komen mengenai pendedahan dalam RCI hari ini.

"Kes ini berlaku pada 1994 dan sudah 20 tahun lebih ia berlaku. Betul atau tidak yang dikatakan belum tentu dapat disahkan, malahan yang dituduh pun sudah tiada lagi," kata Abdul Aziz merujuk kepada arwah Megat Junid apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Menurut Abdul Aziz, segala isu melibatkan IC adalah dibawah bidang kuasa JPN dan Kementerian Dalam Negeri manakala SPR hanya bertanggungjawab dalam mendaftarkan pengundi.

"Saya ingin tegaskan disini bahawa SPR hanya akan mendaftarkan pengundi yang membawa kad pengenalan yang sah. Selain daripada berwarna biru, SPR tidak akan mendaftarkan mereka.

"Selain daripada itu, ingin saya tegaskan bahawa semua proses pendaftaran pengundi akan kemudiaan disemak dengan JPN dan KDN," tambah beliau.

Apabila ditanya pendapatnya mengenai pendedahan dalam RCI, Abdul Aziz menegaskan ia adalah sesuatu perkara yang melanggar undang-undang dan pihak yang bertanggungjawab perlu memberikan penjelasan.

"Kalau benarlah itu yang berlaku pada 1994 itu, saya sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan sebegitu.

"SPR sekarang tidak akan mendaftarkan mana-mana pengundi warga asing," tegas beliau lagi yang memberi jaminan perkara demikian tidak akan berulang dibawah pimpinannya.

Dalam RCI seamalam, bekas pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin memberitahu Megat Junid yang pada ketika itu timbalan menteri dalam negeri memberitahu dirinya resit JPN perlu sama dengan nama dan kad pengenalan pengundi berdaftar.

Ramli berkata lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di Sabah yang dianggap sebagai "kawasan hitam yang sukar bagi kerajaan untuk menang."

"Satu kawasan mungkin 400," katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke 1985, menafikan kewujudan "Projek IC" semalam.

Pilihan raya negeri Sabah 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.

Akan tetapi tidak lama selepas itu beberapa ahli dewan undangan negeri PBS menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan PBS jatuh.

Ramli memberitahu beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1997.

Beliau juga menafikan menerima imbuhan.

"Ini adalah arahan langsung dari timbalan menteri dalam negeri sendiri walaupun saya akui ianya salah," kata Ramli.

Beliau menambah arahan tersebut diberikan dalam mesyuarat dengan Megat Junid, pemimpin Umno Datuk Seri Osu Sukam (yang kemudiannya menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 1999) dan pegawai pendaftar JPN bernama Asli Sidup di Hyatt Hotel dua minggu sebelum pilihan raya 1994.

"Resit tersebut hanya untuk mengundi. Selepas itu, kami akan kutip resit dan musnahkannya," kata Ramli.

Asli memberitahu kemudian 200 resit JPN digunakan di dewan undangan negeri Kawang pada pilihan raya negeri 1994 dimana Osu menang dengan 64 undi.

Isu tanah Kelantan: Pisau.net akui fakta silap

Posted: 16 Jan 2013 09:43 PM PST


Isu tanah Kelantan: Pisau.net akui fakta silap
Koo Ham (dua, kiri) bersama Kor Ming (kiri) pada sidang media, semalam.
 
Isu tanah Kelantan: Pisau.net akui fakta silap
Isu tanah Kelantan: Pisau.net akui fakta silap
 
IPOH – Selepas hampir sebulan kemelut isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Gua Musang, Kelantan menjadi topik hangat, sebuah blog, pisau.net yang memaparkan artikel berhubung isu berkenaan mengeluarkan kenyataan ralat.

Kenyataan ralat yang dikeluarkan 13 Januari itu menyebut bahawa tiada berlaku penukaran tanah bagi menebus jawatan Menteri Besar Perak antara dua pemimpin DAP iaitu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Artikel bertajuk 'Pembetulan fakta tanah Ngeh dan Nga di Kelantan' itu menyebut bahawa berlaku percanggahan fakta tidak tepat yang diperoleh daripada sumber sebelum ini dan menyifatkan bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan demi kebenaran.

Mengulas perkara itu, Koo Ham yang juga Pengerusi DAP berkata, penafian yang dikeluarkan blogger itu jelas menunjukkan isu yang digembar-gemburkan selama ini tidak benar dan berunsur fitnah.

Menurutnya, ia juga jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak seakan kehabisan modal dengan menjadikan isu sedemikian sebagai mainan politik.

"Terbukti, tuduhan mereka sebelum ini tidak berasas. Saya akui, pendedahan yang dinyatakan blog ini sedikit sebanyak telah membersihkan nama kami, namun ia masih belum cukup," katanya pada sidang media, semalam.

Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, penyiaran artikel 'ralat' itu tidak memadai, sebaliknya beliau menuntut agar pengendali pisau.net tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Katanya, pendedahan yang dilakukan bukan perkara kecil kerana memberi impak terhadap imej dan reputasi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terutama Nik Aziz.

"Selain menyiarkan artikel penuh di blog, kita juga mahu pisau.net membuat kenyataan awam berhubung penafian ini di lima akhbar arus perdana dalam tempoh tujuh hari sebaik surat rasmi diterima daripada kami," katanya sambil memaklumkan writ saman akan tetap diteruskan terhadap blog berkenaan.

Pisau.net menyatakan pendedahan yang dilakukan mengenai skandal berkenaan bukan isu baru apabila blog pro pakatan MediaPerak.net pernah mendedahkan konflik sama pada Jun 2012.

Tinjauan semalam mendapati, laman blog berkenaan tidak lagi boleh diakses.

Isu pemilikan tanah berkenaan tercetus dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-12, Disember lalu apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggesa Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberi penjelasan berhubung isu itu.

Pembelian tanah berkenaan didakwa sebagai ganjaran kepada DAP atas perjanjian membenarkan Mohammad Nizar yang juga Adun Pasir Panjang menjadi menteri besar.

Tertidur di landasan, maut digilis kereta api

Posted: 16 Jan 2013 09:40 PM PST

NOOR AZLIDA ALIMIN

Tertidur di landasan, maut digilis kereta api
Harun (kanan) menunjukkan kesan darah, sisa daging dan cebisan otak mangsa dekat landasan kereta api Kampung Padang Tok La, semalam.
 
PASIR MAS - Seorang wanita dipercayai mengalami masalah mental maut selepas dilanggar kereta api, dekat Kampung Padang Tok La kira-kira jam 4.26 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, berdasarkan kenyataan saksi iaitu pemandu kereta api berkenaan, mangsa, Che Esah Mohamed, 53, tidur di atas landasan.

Menurutnya, meskipun siren dibunyikan beberapa kali, mangsa tidak berganjak daripada tempat kejadian.

"Berdasarkan kedudukannya yang berlunjur di atas batu manakala kepalanya di atas landasan, kita percaya mangsa tertidur di situ.

"Berdasarkan hasil bedah siasat, kepala mangsa pecah manakala tangan kanannya patah dan maut di tempat kejadian," katanya, semalam.

Beliau berkata, mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Sementara itu, penduduk, Ku Yahya Ku Tengah, 61, berkata, dia menyedari bunyi bising di luar rumahnya, namun tidak mengesyaki sebarang kejadian tidak diingini.

"Saya dapati ramai anggota polis sedang memeriksa landasan kereta api, maka saya beranggapan mereka cuba mencari bahan bukti ketika menangkap penjenayah.

"Saya hanya mengetahui kejadian sebenar selepas subuh, apabila penduduk mengerumuni tempat kejadian," katanya, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pengkalan Pasir, Harun Daud berkata, Che Esah banyak menghabiskan masa di bandar dan semua penduduk mengenalinya.

"Sikapnya juga disenangi masyarakat kerana tidak mengganggu penduduk mahupun peniaga," katanya.

Ini merupakan kejadian kedua membabitkan kemalangan kereta api, di Pasir Mas, dalam masa sebulan.

Sebelum ini, seorang pekerja sambilan Telekom Malaysia maut selepas terpelanting akibat dilanggar kereta api dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah Pada 15 Disember lalu.

Mangsa dikatakan cuba melintas landasan sambil memegang telefon bimbit, namun tidak mendengar laungan jiran dan penduduk yang berada berdekatan.

Mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Rakyat Malaysia dipercayai antara dijadikan tebusan di Algeria

Posted: 16 Jan 2013 09:39 PM PST

Wartawan Sinar Harian

[DIKEMAS KINI] PARIS - Rakyat Malaysia dipercayai antara 41 orang dijadikan tebusan di tapak pengeluaran minyak di Algeria, milik syarikat Britain, BP, semalam.

Turut dijadikan tebusan ialah rakyat Perancis, Britain, Amerika Syarikat dan Jepun.

Pusat itu dilapor menjadi sasaran militan semalam. Dalam serangan itu dua orang termasuk seorang rakyat Perancis terbunuh.

Kesemua pekerja terbabit kini ditahan oleh militan berkenaan di sebuah kubu berdekatan kawasan galian minyak In Amenas.

Kumpulan penyerang terbabit mengugut untuk memusnahkan pusat galian itu sekiranya tentera Algeria yang kini mengepung kawasan berkenaan, melancarkan serangan bagi membebaskan kesemua tebusan.
Militan terbabit berkata mereka memasuki Algeria melalui ruang udara Mali.

Menurut Menteri Dalam Negeri Algeria, Dahou Ould Kablia selain dua yang terbunuh, enam tebusan lain turut cedera membabitkan warga British, Norway dan Scotland serta ejen keselamatan Algeria dan dua anggota polis.

Britain bagaimanapun berkata yang mereka sedang bekerjasama rapat dengan Algeria mengenai krisis yang sedang berlaku ketika ini.

Seorang pekerja di tempat kejadian memberitahu pihak media yang kumpulan bersenjata itu menuntut supaya 100 tawanan Islam di Algeria dibebaskan.

"Penyerang juga menuntut supaya mereka (tawanan) dibawa ke utara Mali," katanya.

Kumpulan  yang menggelar diri mereka sebagai 'penandatangan untuk darah' ini mendakwa tindakan mereka bermotifkan balas dendam kerana Perancis bercampur tangan di Mali.

Menteri Dalam Negeri Algeria juga menegaskan, pihaknya tidak akan berunding dengan pengganas sama sekali.

Kumpulan itu juga seolah-olah mahu meninggalkan negara itu bersama-sama tebusan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri lagi, serangan berlaku di awal pagi waktu tempatan apabila militan menyasarkan bas yang membawa pekerja minyak di lapangan terbang dan mengambil tebusan di pekarangan medan gas.

Seramai 12 pekerja termasuk sembilan warga Norway dikatakan terlibat dalam mengambil tebusan ketika berlakunya serangan.

Saman Anwar: Azmin dakwa Khairy angkuh

Posted: 16 Jan 2013 09:36 PM PST

Wartawan Sinar Harian

azmin

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan kenyataan media Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung penyelesaian kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai "angkuh dan satu pembohongan."

"Kedua-dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan satu pembohongan, ia juga bertentangan dengan syarat penyelesaian yang dimeterai dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak pada 16 Januari 2013 (semalam)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.

Azmin mendakwa tindakan Khairy yang memutarbelitkan persetujuan beliau sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah.

Isu JMF. Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?

Posted: 16 Jan 2013 09:34 PM PST

Staff Berita Semasa 
 
Gambar Johor Military Force JMF Isu JMF. Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?

Kami fikirkan dengan ada FRU cukup untuk menjaga keadaan dan persekitaran di dalam stadium ketika perlawanan berlansgung. Sangkaan kami meleset. Rupanya ketika berlangsungnya perlawanan Johor VS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV tempoh hari memerlukan kelibat "tentera swasta" merujuk kepada Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Force JMF) sekitar 6 orang lengkap beruniform dan bersenjata rifle M4 carbin untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemain Johor. Hebat…..

Pasukan bola sepak Angkatan Tentara Malaysia (ATM) sendiri pun tidak bertindak sebegitu rupa. Mengapa JMF pula….? Ini hanya perlawanan bola sepak bukannya peperangan. Berlawanan bola sepak pun dengan bangsa sendiri dan rakyat Malaysia. Jadi

Nampaknya, kelihatan apabila meibatkan "tugas luar", mereka menggunakan uniform Regimen Gerak Khas (RGK). Siapa berikan mereka kebenaran untuk menggunapakai semasa mereka ini dihantar ke Kelantan? Jika tahu siapa pemerintah Kem Iskandar, anda akan tahu jawapannya……

Regimen Gerak Khas RGK Johor Isu JMF. Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?

Berdasarkan semakan kami, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hak dan kuasa untuk menahan JMF semasa berada di Kelantan. Boleh ditahan atas 3 sebab :
  1. memiliki senjata tanpa permit
  2. membawa senjata tanpa permit/kebenaran
  3. memasuki negeri Negeri Kelantan tanpa kebenaran
Dan kerajaan negeri Kelantan mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang melarang "tentera swasta" ini (merujuk kepada JMF) daripada memasuki negeri Kelantan.

JMF hanya untuk negeri Johor sahaja. Jikalau diikutkan JMF in hanyalah di dalam kategori Perkhidmatan Sokongan di dalam Senarai Perkhidmatan Kerajaan, setaraf kategori Pengawal Keselamatan (Security Guard) sahaja. jadi tumbul 3 persoalan kami di sini…
  1. Bagaimana pendirian FAM dalam perkara ini???
  2. Apa kelebihan JMF kerana dibenarkan masuk ke stadium dengan bersenjata???
  3. Adakah kuasa JMF lebih tinggi dari Polis & tentera Diraja Malaysia?
Mengapa masuk negeri orang dengan cara yang sebegini rupa? Setiap pemegang senjata api kena PATUH pada terma dan syarat yang diberikan oleh PDRM. Tidak kira ADUN atau Ahli Parlimen atau….

Koleksi 6 Gambar JMF (Johor Military Force) Di Perlawanan Johor VS Kelantan

Sejauh mana kuasa Pengawal Keselamatan Johor sehinggakan ianya boleh merentas ke negeri-negeri lain? Hakikatnya ianya hanyalah berkisar tentang BOLASEPAK!!! Bolasepak sahaja. Negara ini ada undang-undang yang telah dipersetujui oleh semua. Sebarang urusan keselamatan (Polis) & urusan pertahanan (Tentera) adalah bidang kuasa Persekutuan, walaupun untuk negeri Johor. Jadi hormatilah!
P/S : FAM perlu mengeluarkan kenyataan hitam putih tentang perkara ini keran ia melibatkan soal keselamatan & undang-undang.

PP/S : P/S : Tidak perlu angkatan tentara bersenjata "menodai bola sepak negara" kita. Apa kata anda pula? Wajarkah mengenai isu kali ini?

Nik Aziz anggap isu kalimah Allah selesai

Posted: 16 Jan 2013 09:28 PM PST



 
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menganggap isu kalimah Allah selesai selepas Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan kalimah itu tidak lagi boleh digunakan bukan Islam.
  
Beliau berkata semua anggota parti perlu akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang dianggotai orang alim, peringkat doktor dan universiti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan kepada 599 penghulu mukim, 131 penghulu tanpa mukim dan 59 wakil kaum di Kota Bharu semalam.

Isu kalimah Allah timbul apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.
  
Pakatan pembangkang yang disertai PAS, DAP dan PKR kemudiannya membuat ketetapan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan.

Ahad lepas, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.
  
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom  dilaporkan berkata semua pihak diingat untuk mematuhi peraturan dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung penggunaan kalimah itu.- Bernama

SPR ulangi jaminan tak sekat pemerhati bebas

Posted: 16 Jan 2013 09:21 PM PST



 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi memberi jaminan tidak akan menyekat kebebasan badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik sebagai pemerhati untuk menjalankan tugas mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata langkah SPR melantik pemerhati bebas bertujuan memastikan pilihan raya dijalankan dengan telus dan memuaskan hati semua pihak.

"Ini ruang yang sangat baik untuk rakyat Malaysia memantau proses pilihan raya dan sepatutnya juga beri kepuasan kepada parti-parti politik. Lantikan NGO ini sebagai pemerhati merupakan satu lonjakan transformasi politik negara.

"Tidak pernah dalam sejarah pilihan raya kita dipantau NGO bebas yang boleh tulis apa sahaja dan laporkan kepada SPR," katanya ketika menjadi panel dalam rancangan Soal Jawab yang disiarkan TV3 malam tadi.

Turut bersama Wan Ahmad ialah penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar dan dipengerusikan Pengarah Eksekutif Editorial The New Straits Times Press (M) Bhd Datuk Ahmad Talib.

Wan Ahmad berkata proses lantikan empat NGO yang dikenal pasti sebagai pemerhati iaitu Merdeka Centre, Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) akan dilakukan bulan ini juga.

Sementara itu, Chandra berkata sebarang rasa tidak puas hati berhubung proses pilihan raya oleh mana-mana pihak boleh disuarakan mengikut saluran yang betul berlandaskan Perlembagaan dan undang-undang, bukannya dibawa ke jalan raya.

"Jika kita protes tentang sesuatu ketidakadilan dan berhimpun secara aman, itu tidak salah.

"Tapi jika lepas pilihan raya kita tak setuju dan buat protes ikut cara lain dengan matlamat untuk gulingkan kerajaan yang dipilih, itu bertentangan sama sekali dengan amalan demokrasi," katanya.
- Bernama

S'gor: Bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya

Posted: 16 Jan 2013 09:20 PM PST

 
MALAYSIA KINI

 
Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan bahwa kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air di Lembah Klang kini pulih sepenuhnya.

Menurut satu pengumuman hari ini, kawasan yang terjejas akibat kerosakan rumah pam Wangsa Maju pulih sepenuhnya dan begitu juga dengan kawasan yang menerima air terawat dari loji Sungai Semenyih.

"Semua kawasan telah mula mendapat bekalan air termasuk kawasan tinggi seperti di Bandar Sri Permaisuri.

"Setelah loji dipulihkan, bekalan air disalurkan semula pada jam 8 malam hari yang sama. Hasilnya kawasan yang menerima bekalan air dari Loji Sungai Semenyih telah beransur-ansur mendapat bekalan air terawat semula," pengumuman bertarikh 16 Januari itu dipetik.

Pengumuman itu dikeluarkan Jawantankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Tiada ulasan:

Pengikut