Sabtu, 12 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 12 Jan 2013 03:36 PM PST

Kondom 1Malaysia

Posted: 12 Jan 2013 03:34 PM PST

Gagasan murni yang diperkenalkan Najib seperti sudah dijadikan alat oleh korni dan kapitalis untuk mengaut keuntungan.

Ada idiom Inggeris berbunyi "the straw that broke the camel's back" yang sebenarnya berasaskan peribahasa Arab. Peribahasa dengan makna yang hampir sama juga ditemui dalam Bahasa Belanda, Perancis, Itali, Portugis, Rusia, Sepanyol dan Turki.

Peribahasa itulah yang muncul secara spontan dalam minda apabila saya mendapat tahu mengenai program Roti 1Malaysia yang diperkenalkan pada Ogos 2011dan Persatuan Kebajikan Program Roti 1Malaysia yang dilancarkan pada 7 Januari 2013.

Dua hari sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan AirAsia 1Malaysia Integration Programme serta memuji syarikat penerbangan itu kerana mengangkat semangat 1Malaysia (selepas ini: 1M) bagi meningkatkan peluang perpaduan dan hubungan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung (The Star, 6 Januari 2013).

Nampaknya, kini semua benda dan bukan benda di negara bertuah ini wajib menggunakan nama 1M padanya. Kalau anda tidak percaya, cuba dengar radio, tonton televisyen, baca akhbar/majalah atau pandang sekeliling. Berapa banyak 1M yang kelihatan atau kedengaran?

Gagasan 1M yang sebenarnya dimulakan sebagai "Satu Malaysia" diperkenalkan oleh Najib pada 2 April 2009. Kemudian, sedikit demi sedikit, makna, hala tuju dan konsep gagasan yang amat absurd itu didedahkan menerusi laman sesawang yang khabarnya diuruskan sendiri oleh beliau. Intipati 1M adalah pembinaan satu bangsa tanpa perbezaan kaum, etnik, agama dan budaya.

Pada 27 Jun 2009, sekitar 11,500 penduduk pelbagai kaum dilaporkan hadir pada pelancaran logo 1M di Dataran Merdeka sambil terlibat sama dalam acara Senam Seni Malaysia dan mendengar lagu 1M (Utusan Malaysia, 28 Jun 2009).

Segala kemeriahan dan laungan 1M – bukan lagi "Satu Malaysia" – giat dirancakkan oleh para penyokong Barisan Nasional (BN) dan parti-parti yang bernaung di bawahnya. Hal ini paling ketara adalah apabila tanda segan-silu, BN mengambil logo 1M dan memasukkannya pada nama "Bar1san Nas1onal".

Langkah kurang cerdik itu sekali gus menjadi titik awal rakyat mula celik mata dan sedar bahawa gagasan 1M bukan sebenarnya gagasan yang dibawakan Perdana Menteri Malaysia atau Kerajaan Malaysia, tetapi oleh Pengerusi BN merangkap Presiden Umno dan Kerajaan BN. Logo 1M dijadikan milik dan simbol mewakili BN dan konco-konconya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga ternyata menyedari kecelaruan dan tindakan kurang cerdik yang sedang dilakukan Umno, MIC, MCA, Gerakan dan parti-parti politik lain dalam BN serta pegawai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang mula "lebih sudu daripada kuah" dalam mengangkat propaganda BN menerusi slogan 1M. Sebab itulah pada 2 Ogos 2010, beliau meminta supaya pengertian sebenar slogan 1M dijelaskan dengan terperinci bagi mengelakkan salah anggap.

Apa sebenarnya 1Malaysia?

Orang ramai pasti masih ingat keputusan Kerajaan Negeri Selangor pada 22 Disember 2011 melarang logo 1M pada papan-papan iklan di negeri itu kerana konsep 1M yang dilaung-laungkan itu ternyata bermotif kepartian/politik dan bertentangan dengan undang-undang larangan mempamerkan iklan berbaur politik. Larangan itu kemudian ditarik balik demi mempertahankan sikap demokrasi yang diamalkan di Selangor.

Terdahulu, pada 19 Oktober 2010, saya menulis pada ruangan status Facebook bahawa jika saya terpaksa meletakkan apa-apa nombor/angka di depan nama tanah air, saya memilih 7 tanpa apa-apa alasan. Bagi saya, "7M" kelihatan dan kedengaran cantik dan seksi. Demikian juga saya tegaskan dalam catatan blog pada 1 November 2010.

Angka "1" (numerik) biasanya merujuk (tetapi tidak terhad) kepada ukuran unit manakala perkataan "satu" (one) membawa makna yang lebih mendalam. "1" adalah fizikal/luaran dan "satu" pula dalaman/semangat.

Sekadar contoh yang paling mudah difahami masyarakat kita: "Saya ada 1 isteri, 2 kereta, 3 rumah, 4 buku." Angka yang digunakan di sini merujuk pada "unit" dan "jumlah". Bezakan apabila individu itu berkata, "Kesemua isteri saya satu kepala; asyik mengomel." Dalam hal ini, perkataan "satu" tidak bermakna keempat-empat isteri berkenaan berkongsi satu (angka) kepala! Sebaliknya mereka memiliki pemikiran atau perangai yang sama.

Bezakan pula kalau lelaki yang sama merungut: "Kesemua isteri saya ada 1 kepala." Dalam konteks ayat ini, tentulah sedikit melucukan kerana "1" tentu sahaja merujuk pada "angka" (empat isteri berkongsi 1 kepala) atau bahawa memang setiap isteri itu normal dan masing-masing ada 1 kepala.

Begitulah juga – pada pandangan saya – apabila angka atau pun nombor "1" diletakkan di hadapan "Malaysia" menjadi 1M. Kalau anda merasakan saya silap, cubalah membazir masa bertanya kesemua menteri: apa yang sebenar-benarnya mereka faham tentang konsep 1M.

Percayalah, anda akan mendapat puluhan jawapan; tentunya tidak termasuk menteri-menteri yang tidak tahu bercakap, tidak mahu bercakap, tidak dibenarkan bercakap, tidak dapat dihubungi, tidak boleh dihubungi, tidak dapat dikesan, tidak mahu komen, menunggu arahan Perdana Menteri dan entah apa lagi.

Dan kalau pun ada menteri-menteri yang bercakap – memang ramai yang pantang diberi peluang bercakap, khususnya apabila ada kamera televisyen sedang merakam – mereka akan hanya mengeluarkan kenyataan berciri retorik yang sedikit pun tidak membantu menjawab pertanyaan "Apa yang anda sebenar-benarnya faham mengenai konsep 1M"!

Bandingkan pula apabila digunakan frasa "Satu Malaysia". Kita tidak memerlukan seorang menteri yang tidak berpelajaran sekali pun untuk memahami bahawa konsep "satu" (one atau oneness) membawa makna "kesatuan", "perpaduan", "integrasi" dan seumpamanya yang sebenarnya sudah terangkum indah dalam konsep "Bangsa Malaysia".

Malangnya, pada 5 Ogos 2010, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan mempertikaikan konsep "Bangsa Malaysia" yang diperkenalkan Mahathir. Agak menarik kerana pada 6 Jun 2009, Najib secara terbuka mengakui bahawa matlamat akhir konsep 1M adalah "perpaduan nasional" – iaitu pembinaan Bangsa Malaysia.

Bagi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, "bidang sukan adalah gambaran sebenar kepada konsep 1M" (Berita Harian, 10 Julai 2012).

Gagasan PM disabotaj politikus, kapitalis

Dalam segala kecelaruan pemahaman dalam kalangan orang BN itu sendirilah masing-masing tidak mahu melepaskan peluang meletakkan 1M pada segala benda dan bukan benda asalkan boleh mengampu Pengerusi BN. Masih ingat bagaimana segala-segalanya dikaitkan dengan "hadhari" semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri?

Kini, kita ada pelbagai barangan dan bukan barangan berkonsepkan 1M. Senarai itu pasti tidak akan berkesudahan selagi masih ada penyokong dan juak-juak yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan sesuatu yang diharapkan dengan memperkenalkan segala macam barangan berkonsepkan 1M.

Perlukah mereka faham apa makna sebenar 1M? Tidak perlu. Letakkan sahaja 1M pada hujung nama barangan – Kerusi 1M, Mangkuk Tandas 1M, Jamban 1M, Tangga 1M, Lampu 1M – dan semua pihak (baca: rakyat) sepatutnya berfikir bahawa barangan itu selaras dengan gagasan 1M.

Siapa yang akan berani bersuara dan mempersoalkannya apabila Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN merangkap Presiden Umno sendiri – atau isteri beliau atau wakil kepada isteri beliau – yang datang merasmikan pelancaran barangan/perkhidmatan itu.

Pada pertengahan tahun lalu, saya ada mendengar mengenai program 1Murid 1Sukan yang heboh buat seketika dan kemudian hilang begitu sahaja. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya Kementerian Pelajaran berjaya mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records selepas mewajibkan (ulang: mewajibkan) lebih 3.6 juta pelajar/murid terlibat dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan peringkat kebangsaan pada 10 Julai 2012.

Anda mahu bergaya dengan memakai seluar dalam 1M? Ada. Buku latihan 1M? Ada. Pensel, pen, tandas, lampin, tisu, songkok, stokin, gincu, biskut, mihun, minyak masak atau apa sahaja yang boleh anda bayangkan, semuanya pasti ada. Mulakan pencarian anda di Kedai Rakyat 1M.

Saya tidak akan terkejut jika ada Kondom 1M yang secara khusus mencetak logo 1M bukan hanya pada pembungkus tetapi pada kondom itu sendiri supaya pasangan yang menggunakannya akan dapat "menikmati" sepenuhnya semangat 1M. Hal ini tidaklah menghairankan kerana Bernama pada 13 Januari 2012 melaporkan bahawa "Malaysia kini di ambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia".

Segala apa yang berlaku di negara bertuah ini memberikan gambaran seolah-olah gagasan murni 1M yang diperkenalkan Perdana Menteri tercinta sudah menjadi mainan dan disabotaj parti politik, politikus dan kapitalis untuk kepentingan dan keuntungan peribadi, keluarga dan kroni.

Terbaru, pelancaran Persatuan Kebajikan Program Roti 1M yang melibatkan beberapa hotel, bakeri, sukarelawan, penaja, pertubuhan belia dan beberapa syarikat. Dengan adanya persatuan ini, akhirnya penghuni rumah kebajikan seperti anak-anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya (OKU), penghuni penjara serta kanak-kanak dalam Program Permata Negara (PPN) akan mampu makan roti dan pastri.

Datin Seri Rosmah Mansor yang melancarkan program itu dilaporkan meminta, "pastikan roti dan croissant ini sampai kepada anak-anak ini, sebab saya tidak fikir anak-anak daripada pusat Permata pernah mengecapi croissant. Jadi, tolonglah beri mereka peluang untuk merasai croissant."

Memandangkan BN akan terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, saya percaya bahawa pemberian percuma roti dan croissant (Oh, maaf! Roti 1M dan Croissant 1M) akan diperluaskan pula ke seluruh negara untuk selama-lamanya. Kita sebagai Rakyat perlu ingat bahawa segala barangan dan perkhidmatan yang ada "1M" pada namanya adalah projek BN dan bukan sekadar projek Kerajaan Malaysia.

Selepas anda seronok dan puas menggunakan Kondom 1M, kini masa balas budi.

Uthaya Sankar SB memblog di www.uthayasb.blogspot.com

HKR Yang Memeningkan Kepala Media PB

Posted: 12 Jan 2013 06:53 AM PST

MSO

Saat ini sudah tentu bilik berita beberapa agensi berita PB kalut dan para wartawannya sibuk sedang menyiapkan berita atau laporan mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang baru berakhir sekejap tadi untuk disiarkan malam atau pagi esok.Sudah tentu ada wartawan yang tergaru-garu kepala untuk membuat intro berita masing-masing mencari sudut atau angle mana yang hendak diambil agar ia menarik dan menyeronokkan hati taukeh mereka dan dalam masa sama menyakiti hati penyokong Pakatan Rakyat.Yang penting juga berita itu nanti memberi damage kepada Pakatan Rakyat dan biarlah kalau boleh rakyat membenci Pakatan Rakyat. Kalau perlu direka, mereka perlu merekanya sebaik mungkin kandati najisnya 'berbolot sampai ke atas belakang. Itu tidak menjadi masalah, dalam dunia media massa di negara ini soal kebenaran, sumber yang sahih dan kod etika itu tidak penting itu adalah perkara nombor dua

Berita bohong atau pun kurang tepat isinya tidak mengapa janji ia menyeronokkan pihak tertentu mendengarnya. Begitulah yang diajarkan oleh kerajaan hari ini terhadap dunia media massa negara ini. Maruah atau laporan beberapa media massa di negara ini tidak lagi mempedulikan soal moral dan integriti.

Soal kebenaran dan kejujuran di dalam laporan tidak perlu difikirkan. Yang penting ialah mereka harus mengambil angle yang boleh memberi damage kepada Pakatan Rakyat.

Boleh jadi juga sudah ada wartawan berkali-kali menulis dan menyiapkan berita tetapi ditolak oleh pengarang berita kerana ia tidak sesuai dan memuaskan hati mereka (editor) tatakala membacanya kerana tidak membawa roh dan aspirasi taukeh mereka yang tutup mangkuk najisnya mereka tutup.

Perkara paling dipertikaikan mungkin mengenai angka kehadiran dalam himpunan berkenaan. Mungkin ada wartawan yang melapor dan menulis angka yang munasabah sekitar lebih 100,000. Tetapi sudah tentu juga angka itu ditakuti oleh editor yang sedia menjadi hamba dan pengkhinatan kepada maruah kewartawanan maka ia perlu diperkecilkan.

Sebagai wartawan saya dapat mengagak apa yang akan dihighlightkan oleh media PB mengenai himpunan sekejap tadi. Pertamanya mengenai angka, dan kedua mengenai suasana himpunan berkenaan dan juga impaknya kepada UBN. Mereka akan tulis angka yang diluar logik manusia yang waras manakala akan melaporkan himpun itu kurang berjaya dan tidak bersemangat - UBN dan pemimpinnya tidak perlu gusar.

Kalau sebelum ini mereka akan mengangkat kejadian buruk, provokasi dan sebagainya, tetapi kerana kejadian itu tidak berlaku menyebabkan mereka kehilangan modal untuk dikarai dan dibohongkan kepada rakyat. Di sepanjang himpunan tadi yang bermula sejak malam tadi hingga berakhir petang ini tidak ada satu pun kejadian buruk dilaporkan berlaku. Usahkan setitik darah gugur ke bumi seperti selalu, sebutir kelongsong peluru asap pun tidak jatuh ke bumi.

Bukan saja topi polis terjatuh, kepala peserta juga tidak bengkak dengan paluan cota dan handasan tapak senapang seperti di himpunan atau demonstrasi sebelum ini.

Apabila sesuatu yang diharapkan itu tidak berlaku wartawanlah yang menjadi mangsa. Wartawanlah yang akan disuruh mereka-reka dan mengarang berita karut. Mana-mana wartawan yang beriman dan menghormati kod etika dan maruah kewartawanan akan merasa kekok dan berada dalam keadaan dilema. Ketika ini juga timbul perasaan ingin bertukar kerja di syarikat lain ataupun meninggalkan dunia kewartawanan yang zalim kerana menjadi PB kerajaan.

Ini beberapa intro yang mungkin boleh membantu para wartawan yang kini sedang kalut untuk menyiapkan berita yang tidak benar itu tetapi demi menyeronokkan hati tuan masing-masing. Mungkin mereka boleh menggunakan intro di bawah ini;

KUALA LUMPUR: Himpunan Shamsidar anjuran Pakatan Rakyat yang mensasarkan 1 juta rakyat hari ini gagal apabila hanya kira-kira 15,000 saja yang hadir. Stadium Merdeka yang boleh memuatkan penonton 30,000 masih kelihatan lompong di mana-mana.

Kebanyakan yang hadir juga mereka yang diimport dari negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu. Kanak-kanak bawah umur juga turut sama hadir. Difahamkan setiap yang hadir menerima upahan di antara RM200 hingga RM350. 

Seorang peserta yang tidak mahu disebutkan namanya mengakui beliau mendapat wang RM400 daripada seorang pemimpin Pakatan Rakyat di Kelantan untuk membawa 20 hingga 30 orang peserta.

atau pun begini;

KUALA LKUMPUR: Pakatan Rakyat yang mahu menjadikan himpunan di stadium Merdeka sebagai momentum menghadapi pilihan raya dan menunjukkan kekuatan mereka petang ini kecewa kerana jumlah yang hadir tidak mencecah angka yang mereka ingin. Himpunan dikenali dengan 'Perhimpunan Shamsidar' itu mensasarkan 1 juta hadirin tetapi yang hadir sdekitar 5,000 sahaja.

Kehadiran yang jauh dari sasaran itu mengecewakan. Gara-gara itu Anwar yang selalu berucap memakan masa lebih satu jam hanya meringkaskan ucapan sekitar 23 minit saja.

atau pun begini;

KUALA LUMPUR: Pihak penganjur himpunan Shahsidar hari ini gagal memenuhi syarat-syarat berhimpun yang diberikan kepada mereka. Apa paling jelas penggunaan kanak-kanak kecil yang boleh mendatang kemudaratan kepada mereka masih berlaku.

Kegagalan ini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak menghormati undang-undang dan suka melaklukan masalah kepada orang ramai. 

Kegagalan mematuhui syarat berhimpun itu juga membuktikan pakatan itu tidak mampu untuk mentadbir negara ini kerana untuk menguruskan peserta seramai 20,000 pun tidak mampu.

Atau pun mungkin ada intro lain lagi.  Tetapi yang pastinya intro atau angle yang dihighlightkan dari sudut negatif buat Pakatan Rakyat. Manakala editor juga akan memilih gambar atau mengedit gambar untuk menggambarkan sambutan itu tidak mendapat sambutan.

Itulah apa yang mungkin dilakukan oleh media massa terhadap himpunan kebangkitan rakyat tadi. Apabila himpunan itu berjalan lancar dan aman menyebabkan mereka terpaksa mereka cerita untuk menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka menjadi hilang akal untuk melakukan kejahatan dan menipu rakyat.

Perhimpunan tadi mencatat sejarah buat negara ini kerana ia berjalan lancar, aman dan penuh harmonis. Himpunan yang dihadiri lebih 150,000 itu tidak mendatangkan apa-apa masalah seperti mana dibayangkan sebelum ini. Apa yang berlaku tadi menjelaskan bahawa sekiranya himpunan awam anjuran pembangkang begitu jika tidak diganggu ia akan berjalan dengan baik. Himpunan berlangsung selama kira-kira 4 jam tadi juga menyenangkan pihak polis.

Apa yang berlaku hari ini menjawab persoalan yang di'tabuh' selama ini siapa yang menjadi dalang berada di sebalik kekecohan dan kekecauan dalam setiap himpunan membabitkan PR sebelum ini.
Apa yang berlaku hari ini memberi moral dan kualiti kepada PR. Rakyat menilai sendiri akan kemampuan dan juga kejujuran Pakatan Rakyat yang menuntut hak-hak rakyat menerusi demokrasi.

Mungkin dari jumlah kehadiran yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Tetapi pihak PR perlu merasa berpuas hati kerana dapat mewujudkan sebuah himpunan yang harmoni yang sekaligus menunjukkan integriti dan keikhlasan PR.

Sepanjang himpunan tadi orang ramai memberi kerjasama baik dan benar-benar menjaga adat dan juga alam sekitar. Setiap arahanh spontan yang dibuat diikuti dengan baik. Contohnya pengerusi meminta agar trompik tidak dibunyikkan semasa pidato, semua mematuhi. Satu ketika keadaan riuh dengan trompik tetapi setelah 'dilarang' ia kemudian menjadi senyap sunyi.

Begitu juga dengan kebersihan alam sekitar. Semua sampah atau bekas makanan dan minum diletakkan di satu tempat. Ada pula pertugas khas yang membawa plastik menghampiri orang ramai bagi memudahkan sampah dimasukkan. Suasana begini tidak wujud pada mana-mana himpunan dan keramaian UBN di mana tanggungjawab menjaga dan mengawal kebersihan tersangkut di bahu petugas PBT atau pihak penguasa sepenuhnya.

Mungkin pihak UBN tidak perlu risau dengan jumlah kehadiran kerana ia tidak mencecah sejuta. Tetapi melihat kepada semangat, displin yang ditunjukkan himpunan tadi boleh menjadi gambaran awal akan kesungguhan rakyat berbilang kaum bernaung di bawah PR untuk menumbangkan UBN. Dalam anggaran saya jumlah tadi sekitar 160,000 termasuk yang terkandas di Bukit Bintang atau pun mereka yang tidak sempat berhimpun dan memasuki stadium. Sekiranya setiap mereka mewakili tiga orang pengundi ini bermakna kekuatan himpunan itu ialah sebanyak 480,000 iaini hampir setengah juta.

Berada di stadium menyaksikan puluhan ribuan manusia dengan pelbagai warna utama; kuning, hijau, oren dan merah, yang mewarnai stadium tadi telah memberi gambaran kepelbagaian warna kulit, anutan agama dan ideologi politik boleh bersatu atas semangat untuk menumbangkang UBN. Sorakan dan tepukan bersemangat yang berkumandang dan menyelinap ke dalam telinga menjadi darah menyirap kebanggaan.

Gerakan ombak yang dilakukan oleh orang ramai menunjukkan mereka cukup understanding dan sepakat untuk membawa pembaharuan politik negara ini. Rangkaian ombak manusia beralun-alun itu menggambarkan mereka sudah sedia untuk menenggelamkan Umno.

Semua pimpinan utama Pakatan Rakyat hadir dan memberi ucapan. Sebelum itu sebanyak 15 wakil-wakil NGO berucap barang seminit dua untuk menyatakan tuntutan dan juga memberi suntikan semangat dan komitmen bagi menumbangkan UBN. Pemimpin utama yang berucap Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng manakala Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menutup himpunan dengan doa.

Semua yang hadir mengaminkan doa Tokguruku itu tidak kira bangsa. Menitis air mata tatkala melihat seorang pemuda Cina bersama pasangannya merautkan tangannya ke muka setelah doa habis dibaca seperti mana dilakukan umat Islam.

Apa yang berlaku hari ini boleh disimpulkan ia memberi keyakinan perpaduan dan nekad Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya tidak tergugat sedikit pun walaup pakatan itu diserang dan cuba dipecahkan oleh UBN dengan berbagai cara. Seolah makin ia diserang dan difitnah, ikatan dan jabat salam sesama mereka makin erat. Seakan mereka sudah berjanji sehidup semati, akan bersama selagi UBN tidak hancur.

Seharusnya UBN khasnya Najib Razak kena membuat post mortem himpunan hari ini sebaik mungkin sama ada hendak bubar Parlimen hujung Januari ini ataupun merapatkan pilihan raya hingga ke akhir April.

Kejayaan himpunan lambang kebangkitan rakyat

Posted: 12 Jan 2013 06:43 AM PST


(Datuk Seri Anwar berucap di HKR112 di Stadium Merdeka)

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perhimpunan hari ini adalah lambang kebangkitan rakyat negara ini.

"Dengan semngat kebangkitan rakyat, saya tabik kepada saudara sekalian.

"Rakyat bangkit bukan kerana parti atau NGO, tetapi kesedaran mereka untuk merobah sistem yang bobrok dalam negara kita. Saya rasai sendiri derita rakyat, saya tahu kemarahan rakyat.

"Oleh yang demikian kami dalam Pakaran Rakyat berikrar dengan stulus hati dalam pentadbiran kami, kerajaan baru nanti, percayalah kami tidak akan izinkan rasuh dan rompakan dari negara yang tercinta ini. Tiada tolak ansur dengan rasuah dan rompakan," kata beliau ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di Stadium Merdeka hari ini.

Bagi beliau, Umno dan BN sudah diberi peluang dan rakyat sudah cukup sabar selama ini.

"Kita mintak dan rayu kepada rakyat beri peluang kepada suara rakyat menjadi suara keramat," kata beliau di majlis itu.

Anwar mewakili seluruh pimpinan Pakatan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya pihak polis yang memberikan kerjasama untuk menjayakan himpunan ini.

"Kita juga berterima kasih kepada polis yang merasakan ada aliran perubahan dalam negara ini. Media cakap lah apa pun. Rakyat tahu inilah masanya untuk rakyat bangkit membuat perubahan," kata beliau.

Anwar menutup ucapan dengan laungan "Merdeka" dan disambut "Rakyat" sebanyak tujuk kali mengulangi sejarah perisytiharan merdeka di tempat sama pada tanggal 31 Ogos 1957 dahulu.

PAS berikrar terus setia dengan Pakatan di KL112

Posted: 12 Jan 2013 06:36 AM PST

TERKINI

Oleh Md Izwan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Himpunan Kebangkitan Rakyat. — Gambar oleh Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR — PAS mengulangi pendirian untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai oleh PKR dan DAP di Himpunan Kebangkitan Rakyat walaupun Umno seringkali mendesak parti Islam itu untuk bersatu dengan mereka. 
"PAS mengambil pendirian bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti ini adalah mereka yang teraniaya.

"PAS akan bekerjasama dengan parti-parti lain, tapi tidak sesekali dengan Umno dan BN," kata presiden parti tersebut Datuk Seri Abdul Hadi Awang dihadapan puluhan ribu hadirin di dalam Stadium Merdeka.

Menurut Abdul Hadi, slepas lebih 50 tahun merdeka, pelbagai masalah membelenggu rakyat dan ramai yang masih merempat.

"Kita mengiktiraf yang termaktub dalam perlembagaan, Umno gagal mempertahankan Islam dan orang Melayu.

"Kekayaan negara dimonopoli oleh sesetengah pemimpin dari sesuatu kaum yang memerintah," katanya.
Lawan parti Islam tersebut iaitu Umno antara yang lantang mengecam mereka dalam PR kerana mendakwa kepimpinan parti tersebut sudah terpesong dengan arah tujuan mereka menegakkan Islam. 

Malahan Umno juga pernah pada 2011 lalu menggesa PAS keluar daripada PR serta mencadangkan supaya untuk menimbangkan kerajaan perpaduan dengan BN.

Umno juga mendakwa PAS hanyalah menjadi alat kepada parti DAP serta mengatakan gabungan PR bukan yang terbaik untuk mentadbir Malaysia.

Namun, PAS tetap berpendirian dan konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik dengan Umno kerana tidak mahu episod lama pada tahun pada awal 1970-an berulang lagi.

Selain itu, mantan perdana menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengatakan PAS perlu bertindak di luar PR kerana gabungan tiga parti perikatan itu adalah palsu dan merugikan orang Melayu.

PAS akan bertanding 70 daripada 222 kerusi parlimen dalam PRU akan datang dan membiarkan selebihnya untuk ditandingi oleh rakan PR, DAP dan PKR.

Pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang dijangka menyaksikan pertembungan sengit diantara BN dan PR apabila mandat kerajaan persekutuan tamat pada akhir bulan April tahun ini.

SPR: PRU13 paling sengit

Posted: 12 Jan 2013 06:26 AM PST

MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN

 

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung tidak lama lagi sebagai PRU paling getir dan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negara, sejak 1959.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR beranggapan begitu kerana parti-parti bertanding hari ini dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan calon mereka menang.

Menurutnya lagi, cabaran ini ditambah lagi dengan penglibatan agresif pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu parti sokongan mereka.

"Pada Pilihan Raya Umum 2008, parti pembangkang belum menjadi kerajaan. Mereka masuk pilihan raya (masa itu) dengan harapan boleh menang.

"Kali ini (pada PRU13), mereka sudah menjadi kerajaan di beberapa negeri dan cita-cita mereka bertambah besar. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menang kali ini.

Begitu juga pihak sebaliknya," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu beliau menghadiri majlis taklimat PRU13 kepada pengurusan editorial Sinar Harian dan Sinar Harian Online di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Wan Ahmad menasihatkan NGO-NGO tertentu yang sanggup mengumpul ribuan sukarelawan untuk memantau perjalanan PRU13 supaya tidak mengganggu proses pilihan raya yang telah ditetapkan undang-undang.

"Sukarelawan ini, jika aktivis politik pun, tidak semestinya mereka tahu undang-undang. Mereka rasa mereka rakyat, jadi mereka boleh mengacau proses pilihan raya. Perkara-perkara ini boleh menjadi punca pencetus keadaan tegang," katanya.

Mengenai bajet RM400 juta yang telah diperuntukkan kepada SPR untuk mengadakan PRU13, Wan Ahmad menegaskan jumlah tersebut bukanlah kos sebenar yang akan dibelanjakan.

Katanya, jumlah tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan Negara bagi memastikan kewangan SPR mencukupi untuk menjamin perjalanan pilihan raya berjalan dengan baik dan lancar.

"Oleh kerana banyak perkara baru yang diperkenalkan kali ini, kita tidak mahu memandang remeh perkara-perkara tersebut. Kita mahu adakan pilihan raya selancar mungkin.

"Jumlah perbelanjaan sebenar hanya diketahui selepas pilihan raya. Selalunya perbelanjaan lebih rendah daripada yang diperuntukkan," katanya.

Kata Wan Ahmad, perbelanjaan pada PRU 2008 lalu adalah RM250 juta.

Ditanya apakah caranya untuk mengurangkan kos pilihan raya, Wan Ahmad menegaskan ia sukar dikurangkan kerana jumlah pengundi, petugas dan logistik semakin bertambah.

"Kalau kita boleh rendahkan kos, ia adalah melalui kos pengangkutan. Sekarang kos meningkat kerana kita terpaksa membawa cikgu-cikgu yang akan bertugas menjadi petugas SPR untuk latihan. Kita kena adakan latihan untuk mereka di seluruh negara.

"Ada yang terpaksa menyewa hotel dan bas. Kosnya bukan sedikit. Begitu juga jika petugas merasakan perlu ada latihan ulangan, SPR kena adakan latihan tersebut. Kita tidak boleh kata baca manual sendiri. Kita tidak boleh ada sebarang kesilapan," katanya.

Dewan Rakyat akan terbubar dengan sendirinya pada 28 April 2013, kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkannya lebih awal. Selepas pembubaran, SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan PRU.

Pada PRU13 ada 13.26 juta pengundi berdaftar. Terdapat 8,139 pusat mengundi di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

#KL112: Tahniah semua!

Posted: 12 Jan 2013 06:23 AM PST

G MANIMARAN, SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN, HANUM RAJAK, NIZAM ZAIN & JAMILAH HAMZAH

 

 

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat untuk diberikan kepada semua.

Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.

Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilangan peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan pihak lain, dan menghormati peraturan dan undang-undang.

Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang. Perhimpunan Bersih 2.0 disusuli dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Undang-undang itu disusuli dengan Perhimpunan Bersih 3.0.

Hari ini, di tempat tertutup Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Bertolak daripada persekitaran himpunan hari ini, yang dipercayai disertai sekitar 100,000 orang,  nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan sebelum akhir Jun ini, dengan tenang dan aman.

Komen di Twitter

Komen-komen blog mikro yang ditinjau Sinar Harian Online sebaik sahaja berakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat, menunjukkan pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan tahniah atas 'kejayaan' hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "+100 RT "@dinogombak: tahniah boss @HishammuddinH2O dan syabas pada @PDRMsia ada yang tak tidur dari semalam... #Salute."

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menulis, "Tahniah! RT "@dinogombak: boss @HishammuddinH2O dah boleh relaks minum kopi !!"

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno pula membalas mesej Twitter dengan menulis: "Terima kasih, ia tidak mudah @DrFathirAlhadad: #KL112 #HKR112 @HamdanMSalleh dengar khabar @PDRMsia semakin matang bersama masyarakt madani... Kudos H2O."

Ezmir SAMM pula berkata, "walaupun pelbagai SMS ugutan yang kami terima termasuklah ugutan 'bunuh', namun tidak menjadi penghalang untuk anak muda lakukan revolusi!"

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak ketinggalan berkongsi tahniah hasil penganjuran himpunan hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan membenarkan penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat.

"Najib juga layak terima kredit kerana membenarkan  #KL112 diadakan dengan aman meskipun menerima bangkangan daripada golongan tegar dalam Umno, kerajaan, polis, yang seharusnya diketepikan," kata ahli Parlimen veteran ini.

Katanya, "HKR Stadium Merdeka satu kejayaan bersejarah, 100,000 orang, semua kaum berhimpun secara aman dengan harapan untuk perubahan. Demokrasi Malaysia sudah matang."

Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berpendapat bahawa himpunan #KL112 telah membuktikkan ia hanya satu perjumpaan politik manakala dakwaan bahawa sejuta orang akan berhimpun adalah palsu, ucapan Anwar pula hanya berkisar isu lama dan sebenarnya mana-mana perhimpunan akan aman jika tiada isyarat gerak tangan, yang dilihat merujuk kepada gerak-geri Anwar semasa Perhimpunan Bersih 3.0.

Pemimpin muda dari Majlis Peguam, Syahredzan Johan menulis: "Warga KL - buat apa sahaja yang anda perlu lakukan hari ini, jangan berhenti kerana #KL112. Ia juga hak anda. Jadikan demokrasi satu norma."

Anas Zubedy mengulas perkembangan hari ini dengan berkata, "#KL112 juga menunjukkan jika Pas mengepalai, hasilnya baik dan matang. Sudah pasti yang Pas pemimpin dalam PR. Tahniah!"

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga berkongsi pandangan berhubung perkembangan hari ini.

Kata beliau, "ertinya jika tiada campur tangan politik permusuhan dari atasan, pihak PDRM dapat menjalankan tugas dengan baik untuk semua."

  Tahniah kepada polis

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh juga mengucapkan tahniah kepada polis dengan mengulangi mesej yang dihantar pemegang akaun @MahasiswaMsia.

MahasiswaMsia menulis, "terima kasih buat pasukan @PDRMsia yang sangat komited dalam menjalankan tugas demi menjaga keamanan."

Seorang pemilik akaun bernama Najib berkata, "matang RT @saifuddinabd: +1 RT "@Hussamuddin: Kalau semua pihak bekerjasama macam ni kan baik."

Mesej itu dikongsi itu oleh Saifuddin.

Dalam SMS kepada Sinar Harian Online, Saifuddin berkata, perhimpunan politik adalah sebahagian darpada demokrasi."

Oleh itu beliau yang dilihat sebagai pemimpin moderat dalam Umno berkata, ia sepatutnya bebas dianjurkan oleh mana-mana parti politik, asalkan secara aman.

"Ia tidak perlu menjadi isu, terutama apabila dianjurkan pihak yang berbeza pendirian politik dengan kita. Ia tidak boleh kelihatan seolah-olah hanya sesuatu pihak sahaj yang dibolehkan menganjurkannya.

"Perhimpunan hari ini secara fundamentalnya tidak banyak berbeza dengan Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun lalu," kata beliau sambil berkata, "kedua-duanya dianjurkan oleh parti politik."

Perhimpunan masa depan

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, semua pihak kelihatan mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011.

"Ini perkembangan baik. Tahniah juga kepada polis yang menjalankan tugas dengan cemerlang. Selepas ini, saya harap semua pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan dan yang terlibat dengannya akan memberikan kerjasama baik antara satu sama lain.

"Semoga tiada lagi usaha menakut-nakutkan orang ramai dengan adanya perhimpunan atau bagi yang ingin menyertainya.

"Lebih penting lagi, selepas ini, kita dapat membincangkan apa yang dibicarakan dalam perhimpunan itu, dan tidak lagi tentang logistik perhimpunan semata-mata," katanya.

Penganjur menyifatkan himpunan tersebut cukup berjaya berikutan ia berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi.

Bermula dengan perarakan dari lapan 'checkpoint' berbeza, pihak berkuasa tempatan menempatkan pegawainya di setiap lokasi terbabit.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika ditemui selepas himpunan tamat sekitar jam 5.30 petang tadi melahirkan kesyukuran atas kelangsungan himpunan tersebut.

"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang bangkit pada hari ini. Kami himpun secara aman dan teratur.

"Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia ini cukup bertanggungjawab, mereka sekadar ingin berhimpun menyatakan aspirasi mereka untuk membawa perubahan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau menyentuh soal kehadiran sebilangan besar golongan muda yang membanjiri Stadium Merdeka.
"Hari ini kita saksikan anak-anak muda begitu ramai daripada pelbagai kaum termasuk kaum-kaum dari Sabah dan Sarawak, bersatu hati untuk sama-sama menjana satu perubahan.

"Ini juga satu mesej yang cukup jelas. Kalau mesej ini pun Perdana Menteri tidak faham, saya kira amat malang sekali," katanya.

Tambahnya, "perhimpunan hari ini disifatkan cukup berjaya dan ini akan menjadi perhimpunan yang akan menjana kekuatan baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13."

Dalam pada itu, sebahagian pemimpin lain menyampaikan penghargaan terhadap kerjasama yang dihulurkan pihak berkuasa tempatan.

Aman kerana tiada gangguan

Pengasas Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgubad berkata pihak polis sudah bertindak rasional atas kerjasama hari ini.

"Perhimpunan hari ini boleh aman kerana apa? Kerana kita tidak diganggu. Maknanya, kalau pihak polis boleh bertindak rasional, tiada masalah. Akhirnya, hari ini mencatat sejarah.

"Mereka mula melihat bahawa peralihan itu suatu perkara yang tidak boleh dielak lagi dan ini merupakan pertanda yang baik bahawa kebangkitan rakyat akan memperolehi kemenangan dalam masa terdekat ini," katanya.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pula menyifatkan kejayaan himpunan hari ini berkait rapat dengan perbincangan yang dijalankan pihak penganjur dan pihak berkuasa sebelum ini.

"Kalau perbincangan itu berjalan, saya yakin akan dapat hasil yang baik. Pengalaman masa lampau menunjukkan apabila berlaku masalah interaksi antara kedua belah pihak, perbincangan tidak berlaku. Berbeza dengan kali ini," katanya.

Himpunan ini dihadiri sebahagian besar pemimpin PR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Meskipun peserta dilarang membawa anak ke himpunan itu, terdapat sebilangan kanak-kanak yang menyertai himpunan tersebut.

Pihak berkuasa bukan saja menjalankan pemerhatian di jalan raya, malah sebuah helikopter dilihat berlegar-legar di udara ketika peserta berarak menuju ke Stadium Merdeka.

Ahli jawatankuasa penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, Hishamuddin Rais berkata, "himpunan tadi (hari ini) telah berjaya mengumpulkan 500,000 orang dan program kita berjalan mengikut masa yang dirancang dari jam 2 hingga 5 petang."

"Bagi kita ini adalah satu kejayaan besar. (Seramai) 500,000 rakyat itu, Anwar telah bercakap tadi, ia satu amaran kepada Najib, Umno-Barisan Nasional, jangan menipu di pilihan raya akan datang," katanya,

Di sudut polis, penganjur perhimpunan dikatakan telah melanggar tiga daripada 27 syarat yang dipersetujui antara mereka dan polis sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.

Menurut Zainuddin polis menganggar kira-kira 45,000 peserta hadir pada perhimpunan itu.

HKR lambang rakyat merdeka dari Umno – Guan Eng

Posted: 12 Jan 2013 06:15 AM PST

KUALA LUMPUR : Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka adalah lambang untuk memerdekakan rakyat dari Umno BN.

Katanya, stadium bersejarah adalah tempat keramat kemerdekaan Malaya diisytiharkan kembali mengukir detik kebangkitan rakyat.

"Kini kita bukan lagi ingin merdeka dari penjajah. Kita ingin merdeka dari rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan Umno BN.

"Bukan hanya Melayu boleh jaga Melayu, Cina jaga Cina, India jaga India, Iban jaga Iban. Kita ingin buktikan (semua) rakyat Malaysia boleh jaga satu sama lain," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu disambut sorakan peserta di dalam dan luar stadium.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya rakyat berterusan memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat (PR) bagi mencapai misi mentadbir negara.

"Ulangi impian kita, hari ini kita buktikan kenapa BN perlu dikalahkan. Sudah sampai masa selepas 55 tahun bahawa rakyat Malaysia cintai keharmonian, jangan dengar ucapan BN.

"Hari ini hari bersejarah untuk ke arah Malaysia bersatu di mana rakyat hidup bermaruah dan integriti untuk seluruh negara," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih.

Antara pemimpin yang hadir bersama dalam HKR itu antaranya, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Pakatan ikrar angkat martabat rakyat ke Putrajaya – Anwar

Posted: 12 Jan 2013 06:11 AM PST

Oleh Aedi Asri
KUALA LUMPUR Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar Pakatan Rakyat akan mengangkat martabat rakyat ke Putrajaya, supaya tidak lagi dizalimi kerajaan korup Umno BN.

Beliau menyeru rakyat bersatu untuk menukar corak pentadbiran negara sebaik membentuk Kerajaan Persekutuan baru pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

"Umno BN sudah diberi peluang, rakyat cukup bersabar. Kini kita rayu (kepada) saudara, beri peluang agar suara keramat tadbir negara ini.

"Masa untuk diakhirkan penyelewengan dan rasuah Umno BN. Kita nak angkat martabat rakyat. Itulah makna suara rakyat, suara keramat," katanya berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat petang ini, di hadapan 100,000 rakyat yang membanjiri dalam dan luar Stadium Merdeka.

Tegas Anwar, Pakatan juga berikrar setulus hati untuk tidak izinkan sesiapa merompak wang rakyat dan negara jika menang PRU.

"Kalau ini (penyelewengan) boleh dikawal (dan dihapuskan), nasib rakyat dari Perlis ke Sabah, saya yakin taraf hidup semua rakyat dapat kita angkat," sambungnya.

Terkini Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Posted: 12 Jan 2013 06:04 AM PST


Laporan akhbar pro UMNO mengambarkan imej yang buruk terhadap perhimpunan ini.


Walaupun ia dijalankan secara aman dan teratur, cubaan untuk memburukan perhimpunan ini seperti perhimpunan sebelum- sebelum ini tidak menghairan bagi kami kerana, mereka sesak nafas dengan sokongan dari semua warga Malaysia. Artikel ini akan dikemas kini dari masa ke masa untuk memberikan gambaran yang sebenar perhimpunan kali ini.

Gambar sebelum dan selepas

Gambaran Penuh di stadium merdeka dan di luar stadium

Pandangan dari dalam stadium

Bird view Stadium Merdeka

Ratusan ribu rakyat. Zuhur tadi utk mengambil wudhuk. Takbir!

TGHH

Semua kaum datang mahukan perubahan.

aunty We miss u.

Posisi Yang berlainan di Masjid Negara

Masjid Negara sekitar Jam 1300hrs

3:12pm, jalan di antara stadium dan Chinese Assembly Hall

Pak Samad memberikan ucapan dan kata kata semangat

======================================

Message from Anwar Ibrahim
Address to Malaysians and supporters abroad

Salam bahagia to Malaysians across the globe,

Thank you for coming together for today's Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112), to stand together with others to show that Malaysia and its people matter.

Kebangkitan Rakyat may have various issues championed, but they are all connected, that Malaysia will be better when the voices of the many are heard.

Today's peaceful gathering in Kuala Lumpur, and around other venues in the country and abroad, is to show so many of us stand together, with one voice, a voice of change.

Whether to reform elections, provide free elections, to halt Lynas or to defend Felda families.

We want a free and fair elections. You have a vote and I have a vote. No one should steal our votes. We shall work to defend our votes and will not allow anyone to mock our votes. KL112 says, reform elections now.

Our children are the future, and guaranteeing free education to all Anak Malaysia is a responsibility, not a means to place debt on the young. KL112 says, free education is a right.

Business cannot outweigh environmental safety, which is why protecting the safety of the people of Kuantan cannot be an afterthought. KL112 says, No to Lynas.

Planters and their families are not commodities to be traded as seen in the forced-through public listing of Felda and the financial consequences these people are facing today. KL112 says, decide what's right for the planters not what is profitable to a small group feeding on the weak.

Today, in Kuala Lumpur's peaceful assembly and in peaceful assemblies everywhere else, the message is clear, that government cannot be about ignoring the voices of the people.

You, who have showed up are key to the struggle.

As a Malaysian abroad to vote in the coming election, to express as a free individual your opinion on what is happening back home in Malaysia so that many more know about our challenges, to provide support to us back home who are working with limited resources and to channel confidence to your family members still in Malaysia that change is possible and change is near.

Keep tweeting and posting all day, keep talking, keep sharing, every voice matters, every effort adds on to building a flood of hope, and by the day dwarfing the dam of intolerance and aloofness built by those who rule today. That one day, the dam will break and sunlight will shine again in our lives.

Demi rakyat,

Anwar Ibrahim
Leader of Opposition

================================

Lanskap view didalam stadium. Sila Klik Image untuk paparan besar.

Penumpang BAS Nice memberikan sokongan

Siapa boleh kira?

Unit Amal PAS yang macho

Gambar terkini didalam stadium

Gambar perserta di KB.

Dari posisi yang berlainan.

Bacaan doa dipermudahkan urusan.

Sejarah sudah tercipta

Puluhan ribu dari Masjid negara menuju ke stadium Merdeka.


----------------

Ada laporan mengatakan, internet data jamm didalam stadium. [14:00]

-------------------

DAP leader - Semua kaum mahukan perubahan.

Lautan manusia lagi!!

---------------------------

Pesanan Penaja, Solat dulu Boss-Berhimpun himpun juga... Tanggungjawab wajib jangan Lupa..

--------------------------

Mungkin pertama Kali dlm sejarah.

Terkini diStadium

Suasana terkini didalam Stadium

Suasana CM

---------------------------------------------------------------------------

Dilaporkan, peserta didalam stadium sudah mencecah 20k. Manakala laporan dari Tweeter #Zunar peserta sudah menjangkau 300k orang.

--------------------------------------------------------

Keadaan Solat subuh di Masjid Negara

Persediaan Awal menerima kehadiran peserta

Perkarangan luar stadium

Suasana didalam LRT

Geng-geng kartunis 

Mat sabu memberikan ucapan dalam group Kartunis

Geng SMM 

AMK Pandan Utama 

Lautan Manusia walaupun acara dimulakan pada jam 2pm 

Kata-kata aluan di Brickfield 

Geng Royalti Kelantan

Ustaz Hadi tidak minta buat penjelasan

Posted: 12 Jan 2013 05:51 AM PST


Oleh Subky Latif 

YANG gatal minta TG Haji Abdul Hadi Awang membuat penjelasan tentang Amanat Haji Hadi ialah UMNO dan sekalian kompeninya.Apabila amanat terpendam itu dibangkitkan Tok Guru lebih selesa berdiam diri. Dibiarkannya semuanya menyalak.

Bukan dia yang gatal mulut minta membuat penjelasan. Yang gatal ialah UMNO dan sekalian kompeninya. Menteri Rais Yatimlah yang galak sangat.

Kerana kompeni-kompeni itu hendak sangat penjelasannya, mahu tak mahu beliau memberikan syarat; beri peluang sejam kepadanya bersiaran secara langsung di TV.

Syarat Ustaz Hadi itu meletup dan mungkin bagi sekalian kompeni lebih bingit dari ledakan letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki hampir 70 tahun lalu.

Yang mahu sangat penjelasannya itu ialah sang kompeni. Orang-orang di sekeliling Ustaz Hadi merendah diri, tidak usahlah khazanah terpendam itu dirong-rongkan. Hadapilah PRU13 nanti dengan isu-isu yang sedia ada.

Undang-undang dan demokrasi memberi pilihan kepadanya untuk tidak menjawab. Ia adalah haknya.
Sekarang tuan badan sudah bersedia memenuhi tuntutan kompeni. Beri satu jam kepadanya muncul di kaca TV. Tidak kurang seminit dan tidak lebih seminit.

Maka kelam kabut UMNO, kerajaan, TV dan pacal-pacal kompeni mencari dalih menolaknya.
Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO membuat penolakan awal. Tidak dipastikan adakah dia termasuk orang yang hendak sangat penjelasan dari pemilik amanah itu?

Tetapi kalau diizinkan Tok Guru bercakap di TV semuanya keliru. Sebenarnya sekarangpun ramai yang keliru. Yang membangkitkan isu itu keliru, yang minta penjelasan memang keliru, habis mufti pun keliru.

Jika semua orang keliru termasuk yang sudah keliru sekarang, mungkin ia baik pada UMNO. Mereka tidak dapat memahami yang Ustaz Hadi cuba sampaikan. Selagi mereka keliru dan tidak memahami, maka mereka selama-lamanya akan Tok Guru itu orang curang dan mereka terus membencinya. Eloklah untuk UMNO jika mereka terus kegelapan.

Khairy dipercayai bimbang Ustaz Hadi dapat memusingkan kekeliruan mereka hingga menjadi orang yang faham. Bila mereka faham, maka mereka menyukai amanah itu. Mereka akan keluar beramai dari kegelapan kepada kebenaran.

Bagi satu jam kepadanya, nescaya ramai yang jelas dengan apa sebenarnya amanah itu. Jika diberi dua jam, bertukar semuanya dari penentang menjadi peminat.

Mereka hendak memerangkap pemimpin PAS itu. Tetapi beliau mempertahankannya tanpa tampil membuat penjelasan. Sekarang beliau sudah bersedia tetapi melalui siaran langsung sejam di TV. Syaratnya itu memerangkap sekalian yang mintanya membuat penjelasan.

Saya teringat kisah Abu Jahal cuba memerangkap Nabi SAW. Dia menggali lubang di hadapan rumahnya. Dimuatkannya barang-barang tajam dan menutup permukaan lubang itu. Diapun mengaku sakit dan minta orang memanggil baginda untuk mengubati penyakitnya, dengan harapan jika baginda datang nescaya terjatuh di lubang dan cedera.

Baginda pun datang. Sebelum baginda mendapat wahyu tentang perangkap yang dipasang untuknya. Baginda berpatah balik. Abu Jahalpun menyinga lalu tak tentu arah. Semasa dia hendak keluar rumah, dia lupa perangkapnya. Dia terperangkap. Dia tidak dapat dikeluarkan dari perangkapnya hingga baginda datang menyelamatkannya.

UMNO yang gatal mahu memerangkap Ustaz Hadi. Ustaz Hadi tidak masuk perangkap tetapi mereka yang terperangkp.

Mat Sabu: Terima kasih kerana #KL112 aman

Posted: 12 Jan 2013 01:05 AM PST

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

 

KUALA LUMPUR - Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan himpunan hari ini.

Mohamad berkata, himpunan itu yang turut dikenali dengan nama "#KL112" adalah rentetan daripada himpunan sebelum ini yang dibawakan oleh parti-parti dibawah Pakatan Rakyat.

"Terima kasih saya ucapkan kepada parti PR, Parti Sosialis Malaysia, semua NGO-NGO yang bertungkus lumus menjayakan HKR112.

"Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kerana mengizinkan kita berhimpun hari ini, dari perundingan dan pertemuan, mereka PDRM bekerjasama menjayakan majlis ini serta terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Dan lebih utama adalah tuan-tuan dan puan-puan yang menyertai HKR112 ini," katanya ketika berucap di hadapan 50,000 di Stadium Merdeka, hari ini.

Menurut beliau, #KL112 juga telah dan akan berlangsung di beberapa negara lain yang mana mempunyai rakyat Malaysia.

Katanya, PR jayakan himpunan itu dari 3 November lalu dan semalam adalah himpunan akhir seblum menuju ke Putrajaya.

Timbalan Presiden Pas itu turut mengucapkan terima kasih kepada peserta kerana berjaya masuk ke dalam stadium dengan aman.

"Kita datang dengan aman, dan berpisah nanti juga aman dan tenteram. Jangan langsung rosakkan harta awam. Biarlah yang melakukan kerosakan itu Barisan Nasional.

"Hari ini laman web proumno cakap kita bayar RM150 seorang. Betul ke bohong? Bukan kita bayar , tetapi kita mahu minta duit daripada tuan-tuan," katanya yang turut melancarkan derma bagi tabung membiayai program tersebut.

PKR Kempen 'Potong Gaji Rozali Ismail' Kerana Gagal Urus SYABAS

Posted: 12 Jan 2013 12:40 AM PST


pc Rafizi

PETALING JAYA : PKR akan menggerakkan kempen 'Potong Gaji Rozali Ismail' atas kegagalan beliau menguruskan Syabas hingga menimbulkan kesusahan kepada rakyat, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

"Pasukan peguam ini akan diketuai oleh Latheefa Koya dan tindakan menyaman Syabas ini diputuskan setelah mengambil kira beberapa aspek. Kita dapati masalah air di Selangor adalah sabotaj politik yang akhirnya membebankan rakyat.

"Kita juga akan melancarkan kempen untuk mendesak gaji Pengerusi Eksekutif Syabas(Tan Sri Rozali Ismail) dipotong sebanyak RM10 juta daripada pakej gaji sebanyak RM17.25 juta setahun yang diterima.

"Potongan itu kemudiannya akan disumbangkan ke satu tabung khas untuk memberi pampasan kepada penduduk yang terlibat. Kempen itu akan diadakan di hadapan ibu pejabat Syabas di Shah Alam, Rabu depan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.

Tambahnya, alasan Syabas yang cuba mempolitikkan isu air dengan mendakwa bekalan air terawat tidak mencukupi dan menuding jari sepenuhnya Kerajaan Negeri Selangor disifatkan tidak masuk akal apabila Syabas sebenarnya mampu mendapatkan bekalan air yang dihantar melalui lori.

Dalam pada itu, Rafizi turut mendakwa, ia adalah permainan politik Umno-BN dengan mensabotaj bekalan air di Selangor untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Justeru, PKR akan melaksanakan beberapa langkah untuk berdepan sabotaj politik itu, antaranya mengeluarkan belanja sendiri bagi membeli pam-pam air untuk dibekalkan ke kawasan yang diperlukan.
"Selain itu, kita juga akan mengadakan rundingan bersama pihak Syabas dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mendapat komitmen supaya bekalan air melalui lori-lori yang dihantar adalah mencukupi dan mengikut jadual yang tetap.

"Satu kumpulan pakar yang pernah terlibat secara merancang dan membangunkan sistem air di Lembah Klang akan ditubuhkan secara sukarela untuk mengkaji aspek teknikal dan menjawab tuduhan Syabas serta mengadakan kempen penerangan di kawasan terbabit untuk memaklumkan kepada penduduk bahawa dalang sebenar adalah Umno-BN," katanya lagi.

PKR juga akan menubuhkan sebuah pasukan peguam untuk menyaman Syabas dan Puncak Niaga Holdings Berhad dalam masa terdekat atas kegagalan syarikat itu membekalkan kualiti air terbaik kepada pengguna seperti yang dijanjikan.

PKR akan mengumpul seberapa ramai penduduk, peniaga dan pihak yang ingin menuntut pampasan dari Syabas dan Puncak Niaga untuk turut bersama dengan tindakan saman ini.

Suaram : Najib Bakal Dipanggil Mahkamah Perancis

Posted: 12 Jan 2013 12:34 AM PST


Suaram-Scorpene

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal dipanggil bagi memberi keterangan kepada mahkamah Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia.

Anggota NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata hakim Roger Le Loire di Tribunal Grande Instance Paris yang mengendalikan kes tersebut telah menyenarai pendek nama saksi yang diberikan oleh Suaram sebelum ini.

Najib merupakan antara nama yang diterima hakim setelah mendengar hujah Suaram dan dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham yang mewakili Suaram pada April tahun lalu.

"Perkembangan terbaru, Perdana Menteri, Najib Razak akan dipanggil dalam masa terdekat, tetapi bila, kita belum tahu lagi, kita tunggu," kata Cynthia.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira lebih 6,000 hadirin dalam Rapat Kemuncak Countdown #KL112 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Menurut Cynthia lagi, hakim Perancis itu turut memutuskan agar siasatan dijalankan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Altantuya merupakan penterjemah dalam urusan pembelian dua kapal selam berharga RM 4.85 bilion itu.

Harga RM 4.85 bilion itu bagaimanapun melonjak mencecah RM 7.3 bilion apabila Kerajaan Malaysia turut membayar yuran perundingan kepada Perimekar yang dimiliki pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.

Kos tambahan itu melibatkan RM 570 juta untuk penyelengaraan, RM 600 juta peluru berpandu, RM1.1 bilion kos penyelarasan dan perkhidmatan bantuan dari DCNS bernilai RM 180 juta.

Pada 2010, Suaram telah memfailkan kes terhadap firma pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Kerajaan Malaysia pada 2002.

Umno dan BN yang habis jika Pakatan menang

Posted: 12 Jan 2013 12:32 AM PST



(Stadium Merdeka penuh sesak...ramai yang tidak dapat masuk dan berhimpun di luar)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi jaminan, rakyat yang akan menang dengan kejatuhan Umno dan Barisan Nasional.

"Kita nak bagi tahu, jika Pakatan menang bukan Melayu, Cina atau India yang habis tetapi jika Pakatan menang, Umno dan BN yang habis," kata Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di Stadium Merdeka hari ini.

Menurut Lim Guan Eng, pemimpin Umno dan MCA dalam BN sentiasa menipu rakyat dengan permainan perkauman mereka.

"Di depan Melayu, mereka kata, bila Pakatan menang, Melayu akan habis.

"Di depan Cina pula, bila Pakatan menang, mereka kata Cina yang habis.

"Yang sebenarnya, jika Pakatan menang, Umno dan BN yang habis," kata Lim Guan Eng.

Dalam ucapan itu juga, Lim Guan Eng memberikan jaminan, Pakatan akan menyediakan Wifi percuma kepada rakyat dengan menyediakannya di tempat-tempat awam jika Pakatan menang.

Live Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 12 Jan 2013 12:12 AM PST

KL TODAY

Sila refresh PAGE ini untuk update. Klik SINI

4.00 PM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap. Mengucapkan syabas kepada penganjur. "Saya tak tahu kira jumlah ini, media lagi tak tahu kira.

3.45 PM:  Polis kata ada masalah teknikal bila menganggarkan 80,000 hadir ke HKR setakat jam 2 ptg tadi. Mereka menarik balik kenyataan itu dan akan maklumkan semula jumlah anggaran mereka.

3.30 PM: Lim Guan Eng memberikan ucapan.Sebelum itu,  Mohamad Sabu merangkap pengarah HKR berucap.Beliau turut melancarkan kutipan sumbangan.

3.25 PM: Dilaporkan seramai 100k hadir ke Stadium Merdeka sama ada berada di dalam atau di luar Stadium setakat ini. Objektif HKR dilaporkan berjaya di Kuala Lumpur

3.15 PM: Sasterawan negara, Datuk A. Samad Said tampil membacakan puisi bertajuk 'Di atas Padang Sejarah'.Hadirin sebelum itu membuat Mexican Wave selaras dengan lagu Ito

3.05 PM: Vokalis kumpulan Blues Gang, Ito tampil menyanyikan lagu bertajuk 'Ubah Sekarang'.

2.58 PM: Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga dan bekas Menteri, Datuk Wilfred Bumburing memberikan ucapan.

2.56 PM: Pemimpin Pakatan iaitu Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang & Lim Guan Eng tiba di Stadium Merdeka untuk perhimpunan.

Peserta HKR berduyun-duyun memenuhi gerabak komuter & LRT

Posted: 12 Jan 2013 12:09 AM PST

KUALA LUMPUR : Gerabak komuter, LRT dan monorail sejak pagi tadi dipenuhi ribuan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk ke lapan lokasi berhimpun terpilih, sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

Mereka yang datang dari seluruh pelosok negara memilih pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Ada yang memilih untuk turun di Stesen Hang Tuah, Masjid Jamek, Pasar Seni, Bandaraya atau Maharajalela di ibu negara.

Suasana stesen hiruk pikuk dipenuhi peserta yang berpakaian warna warni tema sambil meniupkan trompet.

Orang Asal turut tidak ketinggalan untuk menyertai himpunan hari ini. Mereka tiba di Stesen KL Sentral dengan mengekalkan identiti mereka sendiri.

Kehadiran orang ramai dijangka bertambah dari masa ke semasa menggunakan pengangkutan awam hingga ke petang ini.

Perhimpunan rasmi di Stadium Merdeka akan bermula jam 2 hingga 5 petang.

Bagaimanapun pergerakan peserta dari tempat berkumpul menuju ke Stadium Merdeka bermula awal pagi tadi

Wanita Pakatan 'berunggu' di HKR bawa tuntutan

Posted: 12 Jan 2013 12:07 AM PST

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wanita Pakatan sedondon warna ungu tidak melepaskan peluang turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dengan membawa sepanduk tuntutan-tuntutan mereka.

Mengetuai kumpulan yang mencecah 8,000 peserta itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut memakai sepersalinan warna ungu sebagai warna tema bagi golongan itu.

Bagi golongan wanita muda, kelihatan Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail bersama kumpulannya berkumpul di stesen LRT Pasar Seni bersedia untuk berarak ke Stadium Merdeka.

Kumpulan itu dilaporkan sedang bergerak secara aman menuju ke stadium dengan membawa bendera dan belon warna ungu.

OKU hadir bersama meriahkan HKR

Posted: 12 Jan 2013 12:05 AM PST

walaupun berkerusi roda, tidak menghalang OKU ini hadir bersama di HKR

KUALA LUMPUR : Walaupun dengan bertongkat dan berkerusi roda, namun tidak menghalang golongan orang kurang upaya (OKU) untuk bersama sejuta rakyat berhimpunan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).

Dengan bertongkat, OKU ini dipimpin oleh peserta untuk berarak bersama ke Stadium Merdeka.

Golongan OKU  yang hadir itu tidak melepaskan peluang memakai baju mengikut tema yang ditetapkan penganjur bagi menuntut hak yang dizalimi Umno BN.

Berbaju hijau, OKU ini tenang menunggu untuk bersama berarak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).

Mereka tidak menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk hadir berkumpul bagi meraikan himpunan rakyat yang kali pertama akan berkumpul di stadium. Malah hari ini dijadikan sebagai hari berkumpul secara aman untuk bersama semua kaum bersatu untuk satu tujuan.

Menteri Perlu Basuh Mulut...

Posted: 11 Jan 2013 11:59 PM PST

MSO

Apa ulasan terbaru menteri yang tidak basuh mulut? Katanya kebenaran stadium Merdeka untuk himpunan Kebangkitan Rakyat bersejarah esok menunjukkan kerajaan bertimbang rasa. Begitulah sikap dan gelagat menteri ini. Kita nak tanya apakah sikap kerajaan sebelum ini yang tidak membenarkan perhimpunan awam anjuran Pakatan Rakyat? Apakah itu juga dimasukkan dalam kamus bertimbang rasa?

Sebelum ini heboh radio menteri tidak basuh mulut inilah yang membuat provokasi dan dakyah memberi gambaran beberapa himpunan awam sebelum ini buruk, menganggu ketenteraman dan merugikan harta benda awam. Tiap malam disiarkan pendapat orang ramai kononnya memnolak dan benci himpunan berkenaan.

Tetapi kenapa kali ini menyepi pula radio menteri tidak basuh mulut itu. Tidak begitu bersungguh melakukan provokasi dan pengkhianatan. Apakah hendak ubah tektik dan sejukkan hati orang ramai. Apakah radio dan menteri itu sudah mula memperakui bahawa himpunan awam anjuran Pakatan Rakyat selamat?

Sudahlah si menteri tak basuh mulut, orang sudah arif dan faham cara kamu berpolitik. Kejadian membakar jambatan dan menolak tesis sendiri menjelaskan siapa kamu sebenarnya. Menteri tidak basuh mulut seperti inilah menjadikan Najib kian tertekan dan hilang populariti sebanyak 2 peratus. Selepas himpunan esok populariti Najib mungkin akan menurun 4 mata lagi.

Kalau menteri tidak basuh mulut ini diambil untuk mempertahankan wibawa Najib ternyata ia kini sudah menjadi sokong membawa rebah. Khabarnya menteri tidak basuh mulut ini sudah mengesut sejadahnya miring ke arah Muhyiddin Yassin pula. Benarkah?

Apapun himpunan esok menjadi tumpuan menteri ini. Mungkin sejak jam 10:00 pagi lagi dia akan berada di menara tinjau di Kuala Lumnpur untuk merakam gambar himpunan berkenaan dengan pelbagai jenis kamera miliknya sendiri kemudian membuat kira-kira berapa jumlahnya. Sistem kiraan fotofinish diperkenalkan menteri ini sebelum menunjukkan jumlah yang hadir pada Bersih 3 tidak lebih 7,200 orang saja.

Mungkin kali ini sistem kiraan yang canggih menteri itu esok digunakan lagi. Kiraan nanati akan menghitung jumlahnya hanya bertambah tujuh orang saja menjadi 7,207 orang. Jadi Najib tidak perlu cemas dengan himpunan itu kemudian cepat-cepat boleh menghadap Agong untuk tujuan pembubaran parlimen.

Di dalam Umno semua orang ingin membawa jambangan bunga untuk Najib tetapi ada kalanya Najib tidak fahaman apakah bunga kegembiraan atau pun jambangan bunga kedukacitaan.

Padang Stadium jadi tempat solat Zohor

Posted: 11 Jan 2013 11:32 PM PST



(Ribuan umat Islam menunaikan Solat Zohor di atas padang bersejarah ini)

KUALA LUMPUR: Kalau selama ini Stadium Merdeka menjadi tempat main bola dan konsert, mungkin buat pertama kalinya, Stadium Merdeka menjadi tempat solat umat Islam.

Beribu-ribu peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menunaikan solat Zohor di atas padang yang penuh bersejarah ini.

31 Ogos 1957 padang inilah menjadi tapak perisytiharan kemerdekaan negara yang berlaku 55 tahun lalu.

Hari ini, umat Islam menunaikan solat Zohor di atasnya secara berjamaah.

Mereka berkumpul hari ini untuk menyertai HKR112 yang bermula jam 2 - 5 petang ini.



(Stadium mulai penuh pada jam 1.58 petang)

Warga Malaysia di Jordan juga sambut HKR112

Posted: 11 Jan 2013 10:41 PM PST

JORDAN: Sebelum berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Malaysia, para penuntut dan pekerja Malaysia di Jordan telah memberikan tanda sokongan mereka dengan berhimpun di sana.

Namun rakan-rakan mereka di Mesir bernasib malang apabila dari awal lagi mereka diugut akan dibuang sebagai pelajar jika berhimpun hari ini. Himpunan Bersih 2.0 tahun lepas telah memakan ramai mangsa termasuk seorang pelajar dipecat tanpa dapat menamatkan pelajaran.

Seusai solat Jumaat di Masjid Syuhada, Mahasiswa Mu'tah Jordan dari kalangan ikhwah dan akhwat berhimpun di dataran Tarawneh dalam keadaan masih bersalji dan cuaca bersuhu 4 celcius.

"Walau dalam keadaan sejuk, kami tetap kentalkan semangat untuk mengadakan himpunan ini tanda kecaknaan kami sebagai mahasiswa terhadap Malaysia," kata seorang pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

Himpunan ini bertujuan menunjukkan sokongan mereka dari negara perantauan terhadap HKR.

Mereka menuntut lapan perkara iaitu:

1) Menuntut pilihanraya adil dan bersih

2) Bebaskan tahanan ISA

3) Martabatkan bahasa ibunda

4) Menuntut pendidikan percuma

5) Selamatkan kampung warisan dan tradisi

6) Selamatkan alam sekitar

7) Pulangkan royalti minyak dan

8) Selamatkan Felda.

"Walaupun jasad kami tidak bersama untuk menyertai himpunan di Stadium Merdeka, tapi semangat dan iringan doa kami tetap bersama peserta himpunan di sana yang sama-sama mempunyai tujuan yang jelas dan jiwa anakmuda yang mahukan perubahan," katanya.

Perhimpunan ini berlangsung selama 30 minit disertai dengan ucapan daripada wakil mahasiswa dan diakhiri dengan doa wehdah serta laungan takbir.

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa

Posted: 11 Jan 2013 10:38 PM PST

Wartawan Sinar Harian

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BERIKUT perkembangan menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung petang ini di Stadium Merdeka. Peserta perhimpunan mula membanjiri lapan lokasi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

2.25 petang: Naib Presiden Salahuddin Ayub bersama Datuk Chua Jui Meng masuk ke dalam stadium

2.15 petang: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa ALi masuk ke dalam stadium

2.05 petang: Mat Sabu masuk ke stadium, disambut dengan tepukan

1.45 tengah hari: Laluan masuk ke Stadium Merdeka dipenuhi orang ramai, peserta perhimpunan. Anggaran dalam stadium dianggarkan 50,000. Peserta juga berada di luar stadium. Pengurusan Stadium Merdeka hanya membenarkan 30,000 orang

1.26 tengah hari: Peserta kelihatan berlegar-legar dan ada yang bergerak perlahan-lahan menuju ke Stadium Merdeka

12.45 tengah hari: Dianggarkan 6,000 orang sudah berada dalam kawasan Stadium Merdeka ketika ini. Keadaan dalam stadium terkawal dan perserta kelihatan tenang menantikan detik jam 2 petang

12.30 tengah hari: Selepas wanita PR bergerak ke Stadium, persekitaran Pasar Seni mulai lenggang, dengan lelaki turut serta berada di belakang

12.25 tengah hari: Wanita PR mula bergerak dengan Ketua Penerangan Aiman Athirah melaungkan tuntutan-tuntutan wanita. Kira-kira 2,000 wanita PR berbaju ungu berarak dari Pasar Seni menuju ke Stadium Merdeka  dengan membawa sepanduk tuntutan serta bendera parti.

12.45 tengah hari: Sebahagian orang ramai menonton gelagat peserta perarakan di Jalan Ampang

12.40 tengah hari: Kumpulan dari KLCC sudah tiba di Jalan Ampang bagi menyertai kumpulan yang sudah menunggu sejak jam 12.15 tengah hari tadi

12.35 tengah hari: Peserta dari Kampung Baru berhenti dari jam 12.15 tengah hari sehingga sekarang di Jalan Ampang bagi menanti kumpulan dari KLCC. Sementara menanti, mereka menyanyikan lagu Negaraku

12.15 tengah hari: Kelihatan lima pelancong melalui peserta perarakan di Jalan Ampang tanpa mempedulikan keadaan yang bising dengan laungan slogan

12.15 tengah hari: Kelihatan dua pegawai dari Suhakam membuat tinjauan pergerakan peserta himpunan

12.11 tengah hari: Peserta tetap meneruskan perjalanan meskipun cuaca sudah menunjukkan perubahan, hujan rintik-rintik

12.06 tengah hari: Peserta diminta membuka satu lorong bagi memberi laluan kepada kenderaan yang lalu lalang di Jalan Ampang

12.05 tengah hari: Wanita Pakatan Rakyat di hadapan Pasar Seni mula berbaris untuk bergerak ke Stadium Merdeka

12.05 tengah hari: Di Brickfields ada sekitar 500.

12 tengah hari: Peserta dari Masjid UM tiba di kawasan Brickfields

12 tengah hari: Ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat telah berada di sekitar Pasar Seni. Antaranya Tony Pua

11.50 pagi: Ramai mula membanjiri pekarangan Stadium Merdeka. Keadaan masih terkawal

11.50 pagi: Di hadapan pintu masuk Pasar Seni, Muslimat Pas berbaju unggu berkumpul dengan memegang kain rentang 'pilihan raya bersih dan adil'

11.45 pagi: Peserta di bawah pimpinan Cikgubad sudah mula bergerak menuju ke Stadium Merdeka

11.45 pagi: Setakat jam ini dianggarkan lebih 500 peserta sudah berada di Jalan Sultan. NGO Bersih 2.0 juga mengambil kesempatan mengutip derma baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya

11.40 pagi: Cikgubad berkata: "Sekumpulan besar yang menggunakan kenderaan polis telah menurunkan anggota di beberapa tempat memakai KL112. Dalam kalangan kita tak perlu bawa senjata. Tolong ikut arahan."

11.49 pagi: Cikgubad juga, "dulu pelajar kita digantung kerana menurunkan gambar Najib. Tetapi kali ini bukan saja gambar kita nak turunkan.kita nak turunkan Najib."

11.35 pagi: Beberapa anggota polis trafik mengawal keadaan lalu lintas di depan Jalan Dewan Sultan Sulaiman

11.35 pagi: Khalid Ismeth: "Ramai orang yang memakai baju sama seperti kita turun daripada kenderaan polis dan bas persiaran. Saya minta peserta melaporkan pada petugas jika berlaku sebarang provokasi."

11.40 pagi: Peserta himpunan tiba di Jalan Pantai-Bangsar menuju ke Stadium Merdeka melalui Brickfields

11.40 pagi: Peserta dari Masjid Negara bergabung dengan peserta dari Jalan Sultan

11.35 pagi: Kira-kira 5,000 peserta dari Masjid Negara tiba di bulatan Jalan Syed Putra. Jumlah meningkat kepada 8,000. Polis memberikan kerjasama baik

11.30 pagi: Dari Masjid Negara, diketuai dr Mujahid Yusuf Rawa

11.25 pagi: Pemimpin PKR dari Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berucap "ini bukan demonstrasi, bukan perarakan. Kebetulan kita berkumpul di sini dan berjalan berlenggang-lenggang ke Stadium Merdeka" Perjalanan dijangka mengambil masa satu hingga satu setengah jam. Beliau juga menerangkan jalan-jalan yang dilalui. Peserta dari sini diingatkan untuk tidak masuk ke Stadium Merdeka

11.20 pagi: Di kawasan Masjid Negara, kira-kira 5,000 peserta bergerak ke Stadium Merdeka secara rasmi

11.26 pagi: mat Sabu tiba di Brickfields. Mat sabu menyarankan orang KL dan Selangor tidak memasuki Stadium, dan berada di luar bagi memberi peluang peserta luar KL dan Selangor

11.22 pagi: Peserta sudah bersedia untuk bergerak dengan melaungkan slogan "Hidup Hidup Bangkit Rakyat,  Anak Muda Kini Bangkit dan Anak Muda Ayuh Bangkit."

11.20 pagi: Sekitar 400 peserta sudah berkumpul di sekitar Kelab Sultan Sulaiman termasuk di tengah jalan sehingga menyekat laluan kenderaan yang lalu lalang

11.05 pagi: Di kawasan Masjid Negara, Dr Mujahid Yusuf Rawa memberi ucapan, mengingatkan peserta agar tidak menimbulkan kekacauan

11 pagi: Peserta di kawasan Masjid UM mula bergerak ke 'check-point' seterusnya iaitu Brickfields

11 pagi: Peserta #KL112 mula menghampiri kawasan Masjid UM

11 pagi: Kebanyakan peserta sudah mula bergerak ke stadium. Bagaimanapun setelah menyedari yang pintu stadium masih belum dibuka mereka kembali ke lokasi asal seperti Jalan Sultan

10.50 - 11pagi: Pemandu menggunakan Lebuh Raya Persekutuan membunyikan hon dan ada yang melambai tangan ke arah peserta himpunan. Keadaan lalu lintas dari pemantauan Sinar Harian Online masih terkawal. Bersama mereka unit rawatan kecemasan yang ditugaskan khas memberi khidmat kepada mereka

10.54 pagi: Khalid mengumumkan ribuan pihak polis sudah turun dengan memakai pakain serupa dengan para peserta. Oleh itu, Khalid meminta pesertanya agar tidak terlibat dalam sebarang provokasi. Beliau juga mengingatkan agar peserta pulang bersama-sama dalam pasukan.

10.50 pagi: Polis menjaga lalulintas untuk peserta melalui jalan (Lebuh Raya Persekutuan), keadaan terkawal setakat ini, mereka berjalan sambil melaungkan slogan reformasi bersih pilihan raya.

10.48 pagi: - Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismeth meminta peserta berkumpul untuk bersedia berarak ke Stadium Merdeka sambil menanti pemimpin yang akan mengetuai perarakan

10.45 pagi: Di kawasan Masjid Negara, Mohamad Sabu berkata peserta dari kawasan Masjid Negara akan bergerak jam 11.30 pagi

10.40 pagi: Di Masjid Negara, Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu mula berucap dan memberi arahan kepada peserta

10.30 pagi: Ratusan peserta himpunan sudah mula membanjiri Jalan Sultan dan sekitar Jalan Petaling

10.25 pagi:  Kira-kira 200 orang peserta sudah memenuhi sekitar kawasan Kelab Sultan Ismail

10.20 pagi: - Presiden Kami, Khalid Ismeth tiba bersama penyokongnya dengan melaungkan slogan "hidup rakyat" dengan menggunakan haler

10.05 pagi: Peserta mula bergerak dari kawasan Amcorp Mall ke 'check point' seterusnya dengan berjalan kaki melalui Lebuh Raya Persekutuan

10 pagi: Sebuah bas yang dipercayai dinaiki peserta, terdiri daripada Muslimat Pas termasuk warga emas tiba di kawasan KL Sentral

10 pagi: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama

10 pagi: Di kawasan Kelab Sultan Sulaiman, polis membuat rondaan udara di sekitar Kampung Baru

10 pagi: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya.

9.50 pagi:  Ketua AMK Selangor Azmizam Zaman Huri meminta peserta jangan terlibat dengan provokasi.

9.48 pagi: Pegawai polis yang bertugas meninjau gerai jualan yang dibuka di tepi jalan sekitar Kelab Sultan Sulaiman. Setakat ini tiada ura-ura akan berlaku sebarang pergerakan. Malah kelibat pemimpin yang bakal mengetuai kumpulan ini juga masih belum kelihatan

9.45 pagi: Di Masjid Negara, peserta mula bergerak

9.42 pagi: Hampir 400 peserta termasuk beberapa kumpulan kecil, terdiri daripada lima hingga enam orang berlegar-legar di KL Sentral.

9.40 pagi: Di pekarangan Masjid Negara, kira-kira 5,000 peserta berkumpul

10 pagi:  peserta akan mula bergerak ke check point seterusnya iaitu Universiti Malaysia (UM) dan seterusnya.  Difahamkan kumpulan ini akan akan berjalan kira-kira 9 KM ke check poit seterusnya. Perjalanan ini dikatakan akan diawasi oleh pihak polis.

9.30 pagi: Kawasan tepi jalan Kelab Sultan Sulaiman, sudah ada beberapa gerai yang dibuka menjua kemeja-T dan mafla perhimpunan serta menjual makanan

9.27 pagi: Kawasan Kelab Sultan Sulaiman masih sunyi. Dua anggota polis berseragam kelihatan di pekarangan kelab tersebut

9.15 pagi: Ketua AMK Selangor, Aznizam Zaman Huri, peserta dalam lingkungan 50 orang memakai pakaian biru, kuning, hijau di kawasan berhampiran bangunan Amcorp di Petaling Jaya iaitu tidak jauh dari stesen LRT

9.08 pagi: Hampir 40 anggota Unit Amal tiba di kawasan KL Sentral

9 pagi: Anggaran kira-kira 50 orang perserta sedang menikmati sarapan pagi di medan selera di KL Sentral

50,000 banjiri KL, lagi dua jam perhimpunan 12 Jan

Posted: 11 Jan 2013 09:26 PM PST

 

Pusat bandar Kuala Lumpur dijangka dibanjiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka - himpunan paling besar anjuran gabungan parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Penganjur mengharapkan kehadiran besar ke perhimpunan itu akan mempengaruhi golongan pengundi atas pagar.

NONEPentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat mengambil pendekatan berbeza bagi perhimpunan kali ini dengan memastikan tiada insiden tidak diingini.

Pihak berkuasa membenarkan Pakatan menggunakan lokasi bersejarah Stadium Merdeka, dan polis turut mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan.

Penganjur akan menguji sikap baru yang ditunjukkan pihak berkuasa ini dengan berjalan kaki dalam kumpulan besar menuju ke Stadium Merdeka, bermula dari tujuh lokasi, sebelum perhimpunan dijadualkan bermula pada jam 2 petang.

LAPORAN LANGSUNG

1.11pm: Dang Wangi - Polis berkata mereka membenarkan peserta memasuki Stadium Merdeka lebih awal kerana penganjur menyewa stadium untuk sehari suntuk.

1:00pm: Jalan Tun Perak - Kumpulan aktivis SAMM melalui kawasan di hadapan Menara Maybank untuk menuju ke Jalan Sultan.

Sambil berarak mereka melaungkan slogan "Bangkit rakyat", "Kita lawan, rejim korup" dan ada juga yang membawa poster anti-PTPTN dan dengan slogan "Keadilan untuk Teoh Beng Hock".

Sementara itu di KLCC pula, naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam ucapannya mendesak Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan yang ditimbulkan Deepak.
"Jawab isu Altantuya, kenapa berdiam diri. Kalau isu kesihatan dia boleh jawab, tapi isu Altantuya dia senyap," katanya.

Menyentuh isu royalti, beliau mencabar MP Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menyertai forum bagi membincangkan dakwaan beliau bahawa negara akan bankrap sekiranya royalti 20 peratus kepada lima negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

"Pemimpin umno yang otaknya bankrap akan membankrapkan negara. Royalti 20 peratus kaum Bidayuh, Kadazan, orang miskin di Terengganu, Kelantan, Pahang akan menikmatinya dan mengharap kebangkitan kita," katanya.

12.48: LRT Pasar Seni - Hujan rintik-rintik mula turun ketika ratusan penyokong berjalan ke stadium. Kebanyakannnya mengenaikan pakaian berwarna kuning - warna BERSIH, serta hijau - warna Himpunan Hijau.

NONE12.45pm: Masjid Negara - Kumpulan dari Brickfields, UM dan Amcorp Mall bergabung dengan kumpulan di Masjid Negara dan menuju ke Stadium Merdeka melalui Jalan Syed Putra.

12,36pm:
Lebuh Ampang - Kumpulan aktivis Royalti tidak bergabung dengan aktivis SAMM yang berjalan dari kawasan Kampung Baru.

Mereka terpisah sejauh kira-kira 70 meter. Aktivis Royalti menunggu aktivis SAMM untuk mula bergerak terlebih dahulu.

Kumpulan aktivis Royalti bersama aktivisi ANAK itu melaungkan slogan "Pulangkan royalti" sambil menunggu.

12.33pm:
KLCC - Peserta bergerak dari Jalan Ampang memasuki Jalan Lebuh Ampang sambil melaungkan "Hidup rakyat" dan "Bangkit rakyat".

Pemandu kenderaan turut membunyikan hon kenderaan masing-masing dengan disambut sorakan oleh peserta.

Lalulintas di kawasan itu dikawal polis trafik.

12.25pm: LRT PWTC - Tiga orang yang datang dari Sabah berkata mereka masing-masing membelanjakan RM750 untuk menyertai perhimpunan hari ini.

Abdul Momin, 43, berkata ini adalah kali pertama beliau berada di Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan.

"Saya datang kerana saya mahu tunjukkan bahawa rakyat Sabah untuk terlibat dalam usaya untuk perubahan.

Bekas anggota Umno itu berkata beliau menyertai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah yang diketuai MP Beaufort Lajim Ukin.

12.20pm
: Tiga trak pikap dengan pelekat 'Tim Medik' mengiringi peserta himpunan sepanjang jalan dari Brickfields menuju ke kawasan stesen keretapi lama Kuala Lumpur.

12.15pm: Dianggarkan 10,000 orang telah memasuki Stadium Merdeka dan mendapat kerusi untuk duduk.

NONEKira-kira satu pertiga stadium telah dipenuhi peserta perhimpunan. Sesetengahnya meniup tanduk Vevezula dan sesetengah daripada mereka menjerit slogan seperti "reformasi" dalam semangat yang tinggi.

Majoriti orang ramai yang berpakaian baju kuning dan hijau, yang mewakili BERSIH dan HimpunanHijau.

Bgaimanapun sesetengah daripada mereka juga memakai baju warna merah dan hitam dengan perkataan "Royalti", merujuk kepada Pergerakan Royalti Minyak Kelantan.

12.12pm: Jalan Ampang - Kumpulan yang diketuai Chegu Bard kini melalui Jalan Ampang menuju ke Jalan Gereja. Kedai-kedai di sekitar Jalan Ampang juga kelihatan beroperasi seperti biasa.

Menurut seorang peniaga kedai runcit di Jalan Ampang, Iskandar, beliau maklum tentang perhimpunan yang akan diadakan hari ini.

"Saya tak tutup. Sebab mereka tak kacau saya berniaga," katanya.

Sementara itu seorang warga emas, Osman Mamat, 65, dari Maran Pahang berkata, beliau sanggup hadir ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan ini demi menuntut keadilan.

Beliau yang berjalan sambil menemani isteri berkata, dia tidak kisah berjalan demi keadilan.

"Demi keadilan, saya jalan jauh pun tak apa. Saya tak ada sakit apa-apa. Saya memang datang semata-mata untuk perhimpunan ini," katanya.

12.15pm: Jumlah orang ramai yang bergerak dari KLCC ke Stadium Merdeka mencecah sekitar 10,000 orang.

NONE11.58am: KLCC - Lebih 3,000 mula bergerak ke Stadium Merdeka sambil melaungkan hidup rakyat. Pemimpin pakatan antaranya Datuk Kamrudin Jaafar dan Datuk Teng Chang Kim mengetuia perarakan.

11.57am: Stadium Merdeka - Anggota Unit Amal kelihatan membawa masuk orang ramai ke dalam stadium secara berperingkat.

Manakala ribuan lagi beratur di depan pintu utama untuk dibawa masuk ke dalam stadium.

12.00pm: Jalan Sultan - Presiden Himpunan Hijau Wong Tack muncul dengan aktivis gerakan tersebut dengan membawa bendera hijau besar, kain rentang dan poster.

Beliau mengetui orang ramai menyanyi lagu "Suara Rakyat" dan 'Rasa Sayang', kemudian orang ramai mendengar ucapan beliau.

NONEDalam ucapannya, beliau menyifatkan Malaysia seperti dilahirkan semula hari ini dan hari ini adalah hari kemderdekaan sebenar bagi Malaysia.

"Kami berada di sini untuk meraikan Malaysia baru, esok negara kita akan penuh dengan harapan baru," katanya.

Beliau menyifatkan suasana hari ini seperti Hari Kebangsaan.

11.50am: stadium merdeka - Selepas pengumuman oleh juruacara Hishammuddin Rais, orang ramai mula bergerak masuk ke stadium.

Timbalan Presiden PAS, yang juga pengerusi urusetia penganjur turut kelihatan di situ.

11.48am: KLCC kira-kira 2500 peserta berada di sini sedang berhimpun untuk mendengar ucapan Dr  Dzulkefli dan pemimpin Royalti Nazri Deraman yang antara lain menuntut supaya royalti kelantan dan terengganu dipulangkan kepada rakyat. Malah mereka membantah penyenaraian FGVH di Bursa.

"Hari ini hari bersejarah KL112 menghimpunkan seluruh bantahan rakyat untuk menjadikan Malaysia lebih baik, untuk melakukan perubahan.

"Kita tuntut royalti yang dinafikan di Kelantan dan Terengganu yang selama ini di khianati... Kita juga mahu hak peneroka (ditunaikan)," kata Dr Dzulkefly

NONETurut hadir di sini adalah Mazlan Aliman dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Teng Chang Kim

Mereka juga melaungkan "Pulangkan Royalti, Kami tuntut royalti, Ini hak Rakyat".

11.45am: Stadium Merdeka - Orang ramai dari Masjid Negara telah tiba di Stadium Merdeka. Gerai menjual minuman di sepanjang rancak berniaga.

11:35am: Masjid Negara - Kira-kira 10,000 orang mula berarak dari Masjid Negara dan sampai di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), tidak jauh dari Stadium Merdeka.

11.00am: Little India, Brickfields - Terdapat kira-kira 60 orang berhimpun di situ. Perniagaan di situ adalah seperti biasa. Tidak jelas sama ada ini menunjukkan sokongan dingin masyarakat India yang biasanya akan berhimpun di sini untuk menghadiri perhimpunan.

NONESebuah bas polis diletakkan di tepi jalan. Hanya lima anggota di lihat di situ.

10.47am: Jalan Sultan - Perhimpunan ini telah menemukan Eric Chong dari Kuala Lumpur dan Raymond Toh dari Pulau Pinang. Mereka menjadi kawan apabila bertemu semasa membeli baju-T dan barangan lain pagi ini.ini.

Chong, 60, (kiri) yang bekerja di sebuah kilang, kerap menghadiri perhimpunan. Katanya, kedua-dua mereka berjanji untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan raksasa yang akan datang.

"Kami berkongsi pandangan yang sama, kamik adalah bersaudara," kata Chong.

NONESementara itu, Toh, 38, seorang pemborong, dan Chong bangga menghadiri perhimpunan hari ini atas perbelanjaan mereka sendiri.

10.55am: Masjid Al-Rahman - Peserta dari Amcorp Mall tiba di kawasan masjid dan bergabung dengan kumpulan diketuai Nurul Izzah. Mereka kini berjalan menuju ke Brickfields.
Kumpulan diketuai Nurul Izzah rata-taranya terdiri daripada golongan siswa yang turut membawa sepanduk dengan tulisan 'Mahasiswa mahu tukar kerajaan'.
10.50am: KLCC - Kira-kira 1,000 peserta termasuk aktivis Royalti dan Persatuan Anak Peneroka Felda memenuhi kawasan sekitar KLCC.

NONEMereka pengerusi menunggu kehadian pengerusi ANAK Mazlan Aliman serta pemiupin PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang akan mengetuai peserta ke Dataran Merdeka.

10:45am: Stadium Merdeka - ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishian muncul di pintu masuk stadium, kira-kira tiga jam sebelum perhimpunan tersebut dijadual memulakan.

Berbaju-T dan sepasang kasut sukan hijau, beliau merancang untuk berarak bersama-sama dengan pemimpin dan penyokong PAS dari ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut pada jam 11 pagi. Kumpulan itu dianggarkan sampai ke stadium sebelum pukul 2pm.

NONE"Saya ke sini untuk menunjukkan sokongan saya kepada semua rakyat Malaysia. Kami datang bersama-sama untuk menuntut bahawa kerajaan perlu mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Orang ramai telah sedar - ini bukan tsunami, ini adalah gempa bumi.

Apabila ditanya sama ada dia mahu berucap di atas pentas lewat
petang ini, beliau menjawab: "Jika saya diberi peluang, ya."

Kehadiran Deepak menarik perhatian orang ramai, yang antaranya mengambil peluang untuk bergambar dengannya.

NONE10:40am: Jalan Thambipillay 4, Brickfields - Kartunis Zunar mengetuai kumpulan kira-kira 100 orang belia di tepi jalan dalam melaungkan "Hidup, Hidup, Hidup Rakyat".

Mereka juga melaungkan "Hancur" terhadap beberapa personaliti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor beliau.

Berpakaian kemeja-T kuning, mereka memegang sepanduk yang bertulis "Kumpulan Kartunis Independen". Beberapa kenderaan yang lalu-lalang di situ turut membunyikan hon sokongan.

NONE10:30am: KLCC - Pelakon drama Gerak Khas, Abby Abadi adalah antara penyokong Royalti. Berpakaian jubah hitam dan tudung ungu, dia bergambar bersama-sama dengan ahli NGO di kawasan KLCC dan menjadi tumpuan kamera media.

10.15am: Jalan Sultan - Sekumpulan penyokong DAP membuat tarian ala-Gangang dengan iringan lagu popular Korea itu yang disesuaikan dengan lirik anti-Lynas.Ahli DAP Chua Beng Hooi, 47, yang memakai satu kostum anti-radioaktif menyertai tarian tersebut, yang disaksikan kira-kira 500 orang yang berhimpun.
Menurut rakannya, Chua membuat kostum berkenaan khas untuk perhimpunan hari ini.

NONE9.55am: Stadium Merdeka - Lokasi perhimpunan Stadium Merdeka masih ditutup kepada umum namun sebilangan penyokong sudahpun berada di dalam stadium untuk membuat persiapan.
Gerai jualan juga dibuka di kawasan jalan menuju ke stadium berkenaan.

Sementara itu, seramai 2,000 orang penyokong Pakatan sudahpun mula memenuhi kawasan di sekitar stadium.

9.45am: Masjid Al-Rahman - MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru tiba ke kawasan Masjid Al-Rahman dan disambut kira-kira 50 orang peserta yang sedang bersedia untuk berjalan ke Stadium Merdeka.
Kumpulan ini menunggu untuk bergabung dengan satu lagi kumpulan diketuai AMK, yang berhimpun di kawasaan padang berhampiran Amcorp Mall dan berjalan melalui Lebuh raya Persekutuan.

NONE9.37am: Kelab Sultan Sulaiman - Keadaan lalu lintas di Kelab Sultan Sulaiman dan kumpulan orang ramai berpakaian hijau dan kuning dilihat sedang duduk di kaki lima.

Selain itu turut kelihatan gerai menjual baju sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat.

9.20am: Masjid Negara - Kawasan masjid mula dipenuhi oleh ramai peserta yang memakai baju kuning, dan hijau sehingga melimpah ke stesen keretapi. Keadaan lalu lintas lancar namun jalan ke dataran merdeka daripada arah masjid ditutup kepada lalulintas.

Rakyat bersama Azmin, pemimpin KEADILAN terjah KL awal pagi

Posted: 11 Jan 2013 06:31 PM PST

KUALA LUMPUR : Detik keramat yang dinanti rakyat untuk bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat dan segenap kumpulan NGO berhimpun ke Stadium Merdeka hari ini digerakkan seawal pagi tadi.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali kira-kira jam 7.30 pagi bersama peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat bersarapan di ibu negara, sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid Negara, salah satu lokasi berkumpul.

"Bersarapan pagi dengan rakyat di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum ke Masjid Negara untuk solat Zohor dan terus mara ke Stadium Merdeka," tulis Azmin ditwitternya.

Azmin berkata, Masjid Negara adalah sejarah awal reformasi, manakala Stadium Merdeka pula lambang kebangkitan rakyat.

"Masjid Negara adalah sejarah awal reformasi. Stadium Merdeka adalah kebangkitan rakyat. Putrajaya adalah kemenangan rakyat," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Dilaporkan, perkarangan Masjid Negara mula dibanjiri peserta himpunan. Pelbagai kaum dilihat hadir di sini dengan memakai baju warna tema himpunan termasuk Hijau, Kuning, Merah dan Oren.

Sebelum itu, suasana solat Subuh di Masjid Negara bagaikan solat fardu Jumaat apabila ribuan peserta memenuhi ruang solat.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad memulakan perjalanan dari Kelana Jaya bersama rakyat setempat.

"Dengan rombongan KEADILAN Kelana Jaya ke #KL112. Terjumpa geng Pemuda PAS Kelana Jaya dan Royalti," katanya pada twitter.

Rombongan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) diketuai Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama kira-kira 300 anggota berkumpul di Padang Timur, Amcorp Mall, Petaling Jaya, sebelum menuju ke stadium.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang bakal turun bila-bila masa menyeru dalam twitternya pagi ini supaya rakyat ke HKR untuk mengubah pentadbiran negara yang korup.

"Salam #KL112: Rakan-rakan sepejuang, ini harilah, ini kalilah! Anda penentu masa depan negara!," kata Ahli Parlimen Batu itu.

74 penceramah di pentas 'Countdown' HKR

Posted: 11 Jan 2013 06:27 PM PST


KUALA LUMPUR: Sejarah tercatat pada malam tadi apabila 74 penceramah daripada pelbagai latar belakang berucap di Countdown Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Sama ada dari kalangan pemimpin politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka senada menyeru rakyat membuat perubahan untuk menukar tampuk pemerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Pada jam 2.00 petang nanti, para peserta himpunan akan berkumpul di Stadium Merdeka.

locengwangsa

Posted: 12 Jan 2013 03:22 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:22 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Tiada ulasan:

Pengikut