Selasa, 1 Januari 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


2013: Runtuhkan kezaliman gantikan dengan keadilan

Posted: 31 Dec 2012 03:49 PM PST


Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.
Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelosok dunia. Insya-Allah.

Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihan raya umum ke-13. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan. Jika silap akan menyebabkan kita menyesal di hari Akhirat.

Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.

Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Amin.
Kota Darulnaim,

17 Safar 1434/31 Disember 2012

Amanat: Presiden PAS sedia dailog dengan Jakim

Posted: 31 Dec 2012 03:49 PM PST


KEMAMAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedia mengadakan dialog dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan syarat dirakamkan pertemuan itu.

Katanya, ia sama seperti yang pernah diundang ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) rakaman perlu dibuat dengan Jakim.

"Saya minta rakaman. Saya berdailog dengan Jakim kena buat rakaman. Macam dengan Ikim, saya pernah pergi. Saya boleh pergi Jakim tetapi dengan buat rakaman, rakaman sepenuhnya. Saya minta orang saya rakam. Saya setuju tapi dengan rakaman," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian kepada media sempena lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman, di Surau Kampung Jaya Batu 2, Chukai, hari ini. (Gambar atas)

Manakala, katanya, syarat satu jam diberi peluang secara 'live' di saluran RTM1 dan TV3 tidak berubah bagi menjelaskan isu 'amanat' tersebut.

Menurutnya, rakaman berkait dengan penjelasan isu 'amanat' ditolak kerana dibimbangi akan berlaku putar-belit yang mengelirukan rakyat.

Malah, kata Ustaz Abdul Hadi, pihaknya tidak perlu membuat surat permohonan kepada kerajaan kerana telah diumumkan melalui media.

"Saya sudah beritahu saluran RTM iaitu TV1 dan TV3. Rasmilah tu, dan terpulang kepada dia untuk tentu, tapi secara 'live' (langsung) bukan rakaman. Sebab rakaman tak boleh, dia mesti jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran," jelasnya.

Bahkan, beliau bersetuju jika digandingkan dengan mana-mana pihak dalam majlis tersebut dengan syarat satu jam secara langsung di saluran tv berkenaan.

Sebelum ini, Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu akan terlebih dahulu memanggil Ustaz Abdul Hadi berhubung amanat terbabit yang didakwa membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini.

Tiada ulasan:

Pengikut