Rabu, 2 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 02 Jan 2013 03:02 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Menguji Madu Asli atau Palsu.....

Posted: 02 Jan 2013 12:26 AM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 01 Jan 2013 11:34 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


APA FELDA BUAT DAH SEMUA TAK KENA

Posted: 01 Jan 2013 03:18 PM PST

Ini cerita mudah, dari seluruh tanahair, datanglah peneroka-peneroka felda dengan penempatan baru mereka di rancangan-rancangan felda, rancangan getah, sawit, koko dan tebu.  Golongan terbesar mereka adalah orang-orang Melayu, orang kampung yang tidak mempunyai tanah, golongan orang susah.

Walaupun rancangan felda ini dimulakan dari zaman Orang Putih, tetapi Tun Razak yang memulakan karier politiknya sebagai Menteri Luar Bandar merangkap Timbalan Perdana Menteri berjaya mengadakan pelan penempatan beramai-ramai golongan orang kampung ini dengan satu tujuan iaitu untuk membasmikan kemiskinan khususnya kemiskinan luar bandar.

Perancangan peringkat awalnya bermula dengan eksperimen.  Penduduk luar bandar yang miskin dibawa ke suatu kawasan penempatan.  Mereka sendiri terpaksa membelah hutan belantara.  Membakar, memerun, menanam, membaja dan membuat rumah-rumah kediaman sendiri seperti apa yang berlaku di Lembah Bilut dan beberapa rancangan lain yang dibuka tidak lama selepas Lembah Bilut.

Dinamakan rancangan ini dengan LKTP (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) dan pentadbiran/pengurusan LKTP ini diperbaiki dari masa ke masa sehinggalah dibawakan ke Parlimen suatu Bill yang kemudiannya diterima sebagai undang-undang khas untuk Felda dan rancangan-rancangan seumpamanya yang kini dikenali sebagai GSA.

GSA ini bertujuan untuk memberikan pengurusan dan pentadbiran yang lebih baik untuk pengurusan ladang dan tanah rancangan; LKTP diubah dengan nama FLDA (Federal Land Develpment Authority) dan akhirnya dikenali dengan FELDA.

Beratus rancangan telah dibuka di seluruh negara dengan Pahang menenmpatkan lebih dari 1/3 dari seluruh rancangan, diikuti oleh Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Pendapatan diperingkat awalnya bukanlah lumayan, dan untuk mengatasi masalah peneroka-peneroka, satu badan di bawah Felda telah dibuka iaitu rangkaian kedai PNF.  Peneroka-peneroka boleh mengambil barangan keperluan dari kedai ini secara berhutang, maka tidak adalah peneroka-peneroka yang tidak dapat makan kerana beras, ikan kering, ikan sardin, minyak masak, bawang, garam, gula dan susu boleh diambil dari kedai ini. Bahkan minyak motorsikal pun diambil dari kedai ini.  Tanpa minyak ini peneroka-peneroka tidak dapat pergi ke ladang-ladang mereka.

Peneroka-peneroka akan menyelesaikan hutang mereka secara bulanan iaitu dibayar pada hari BALANCE.
Hari balance adalah hari peneroka-peneroka dibayar gaji, dan setelah ditolak segala hutang mereka untuk kedai PNF dan lain-lain bayaran seperti kos-kos pembangunan, baja, jalan pertanian, yuran-yuran untuk masjid, khairat kematian, bahkan yuran untuk ahli UMNO, maka bakinya (balance) dikembalikan kepada peneroka-peneroka.

Amboi.  Ada peneroka yang menangis tanpa lagu dan tanpa air mata.  Balance baginya kadang-kadang hanyalah RM10.00 dan kadang-kadang -RM10.00.  Kehidupan peneroka cukup tersiksa.  Mulalah peneroka-peneroka menyatakan bahawa nama felda pada ketika itu memang betul LKTP.  Langkah Kerajaan Tipu Penduduk.

Ramai juga peneroka-peneroka yang lari meninggalkan rancangan Felda, tidak tahan dengan hanya mendapat bekalan makanan bulanan tetapi tidak ada wang tunai; dan berlaku juga di hampir kesemua rancangan Felda tunjuk-tunjuk perasaan menuntut supaya mereka diberikan juga wang tunai paling minima RM500.00 setiap bulan.

Kejadian-kejadian Pengurus ditangkap dan dilock-up di rumah Pengurus dikunci dari luar dan ada pengurus-
pengurus yang diletak dibawah kawah oleh peneroka-peneroka sering berlaku.

Mulai tahun 80-an peneroka-peneroka tidak lagi bersetuju dengan Perjanjian diantara Peneroka dan Felda yang mana Felda tidak akan memberikan geran tanah secara individu kepada peneroka-peneroka tetapi apabila peneroka-peneroka berjaya menjelaskan BK mereka, Felda akan mengesyorkan kepada kerajaan-kerajaan negeri supaya peneroka-peneroka dikeluarkan geran tanah atas nama kumpulan seramai 20 orang atas nama koperasi.

Peneroka-peneroka telah bangun dan menuntut supaya mereka diberikan geran secara individu.  Pejuang-pejuang gerakan ini ditentang habis-habisan oleh UMNO dan Felda, ramai diantara mereka yang disingkirkan dari rancangan-rancangan Felda, dan lebih menyedihkan lagi apabila UMNO di peringkat cawangan-cawangan di dalam rancangan Felda dan ahli-ahli mereka juga menentang supaya peneroka-peneroka diberikan geran secara individu.

Peneroka-peneroka menuntut keadilan diberikan kepada mereka, mereka pinta potongan-potongan yang tidak relevan dan tidak realistik keatas pendapatan bulanan mereka dihentikan, mereka menuntut supaya bekalan baja yang baik, bukan baja yang lebih banyak tanah/pasir yang tidak menyegarkan pokok, mereka menuntut supaya potongan untuk jalan pertanian dibatalkan kerana wang terkumpul untuk jalan-jalan pertanian adalah cukup besar tetapi jalan-jalan pertanian tidak juga diperbaiki.  Peneroka-peneroka menuntut hak-hak perwarisan yang adil berlandaskan syariah, dan peneroka-peneroka menuntut pendapatan minima yang munasabah diberikan untuk menampung keperluan-keperluan anak-anak mereka pergi ke sekolah dan perbelanjaan-perbelanjaan keluarga yang semakin meninggi, tidak cukup dengan hanya dibekalkan beras, garam, gula, teh, susu dari kedai-kedai PNF.

Walaupun peneroka-peneroka ditindas dan dizalimi dan hak-hak mereka dicabuli, peneroka-peneroka tetap berjuang untuk hak dan kepentingan mereka walaupun berhadapan dengan UMNO dan Felda.

GSA telah digunakan sewenang-wenangnya oleh Pengurus-Pengurus Felda dan lebih ramai peneroka-peneroka diberikan surat-surat tunjuk sebab kenapa mereka tidak boleh disingkirkan dari rancangan-rancangan Felda, dan peneroka-peneroka sekali-kali tidak dibenar menganjurkan ceramah-ceramah politik parti-parti pembangkang; hanya ceramah-ceramah UMNO sahaja dibenarkan.

Salute kepada peneroka-peneroka yang berani menentang arahan Felda ini dan mereka meneruskan juga program-program politik walaupun berhadapan dengan risiko ditendang keluar dari rancangan felda.

Dan perjuangan mereka tidaklah sia-sia.  Didalam tahun-tahun 80-an itu begitu ramai dari kalangan orang-orang UMNO di rancangan-rancangan Felda yang keluar dari UMNO dan menyertai Parti Pembangkang yang bergerak di rancangan-rancangan Felda khususnya PAS.  Cawangan-cawangan PAS tumbuh seperti kulat tahun (cendawan busut).

Kalau keadaan ini berterusan maka Felda akan menjadi kubu kuat PAS dan UMNO tidak lagi boleh bertapak di rancangan-rancangan Felda.

Pada tahun 1985, En Ghafar Baba selaku Menteri Luar Bandar yang bertanggunjawab kepada Felda membuat pengumuman penting bahawa Felda bersetuju memberikan geran tanah kepada peneroka-peneroka secara individu, dan gerakan politik peneroka-peneroka buat kali pertamanya secara teorinya dibebaskan.  Tetapi secara praktikalnya gerakan parti-parti pembangkan di dalam rancangan-rancangan Felda masih dikekang, namun, bagi peneroka-peneroka yang sedar, mereka mengambil peluang diatas kelonggaran yang minima ini dan PAS berjaya menubuhkan cawangan-cawangannya di hampir kesemua rancangan Felda di Semenanjung.

Harga komoditi sawit dan getah menjadi semakin baik, dan didalam tahun-tahun selepas 90-an, pendapatan peneroka sudah menjadi semakin baik; bahkan pendapatan bulanan peneroka-peneroka boleh mencecah hingga melebihi RM5,000.00 sebulan jika mereka menjayakan kebun-kebun mereka bersendirian dan tidak lagi bersandar kepada Felda.  Ada peneroka-peneroka boleh mendapat pendapatan mencecah RM15,000.00 sebulan semasa harga sawit memuncak khususnya semasa PRU-12.

Tetapi Felda mengawal pendapatan peneroka-peneroka yang menanam semula melalui Felda dengan hanya RM1500.00 sebulan (gross) dan dengan pendapatan yang tidak begitu besar itu mereka juga dikenakan pelbagai hutang dan ada diantara peneroka-peneroka yang sudah menanggung hutang melebihi RM150,000.00 dan kebanyakan peneroka-peneroka menanggung hutang tidak kurang dari RM70,000.00, dan hutang mereka sentiasa bertambah.  Ini berbeza dengan peneroka-peneroka yang tanam sendiri, bukan sahaja pendapatan mereka tinggi, bahkan mereka tidak menanggung sebarang hutang.

Felda cuba menghalang peneroka-peneroka dari menanam sendiri dan mengenakan pelbagai halangan seperti menafikan kepada mereka imbuhan-imbuhan tahunan seperti duit raya, duit tahun baru, bahkan ada diantara pengurus-pengurus Felda enggan menandatangani surat kebenaran nikah kepada anak-anak peneroka yang tanam semula bersendirian, satu ajaran Islam yang sangat sesat yang mereka amalkan!

Felda dan Kilang-Kilang Felda juga memanipulasikan peratusan perahan KPG dengan memberikan perahan yang sangat rendah seperti 17%-19% walhal perahan sebenar boleh melebihi 25% untuk penanam-penanam sawit dan membawa kerugian pendapatan kepada peneroka-peneroka hingga mencecah RM400,000.00 dalam tempoh pengeluaran hasil selama 15 tahun, dan kini isu ini sedang ditangani oleh peneroka-peneroka dengan memfailkan saman di Mahkamah-Mahkamah Tinggi di negara ini.

Isu gred getah kering (KGK) bagi penanam-penanam getah masih dibuat kajian untuk peneroka-peneroka getah memulakan tindakan saman terhadap Felda dan kilang-kilang getah Felda.

Pakatan Rakyat sudah pun mengumumkan bahawa tanah Felda Plantation seluas 850,000 ekar di seluruh Negara akan dimansuhkan apabila PR memenangi PRU-13 dan tanah-tanah itu akan dibahagi-bahagikan kepada generasi kedua/ketiga peneroka Felda; menjadikan buntut UMNO dan Felda hangat tak tentu keruan, dan bagi menggagalkan usaha PR ini, UMNO dan Felda membuat suatu perancangan lain agar tanah itu tidak dibahagi-bahagikan kepada anak-anak dan cucu-cucu peneroka.

Mereka telah menganjurkan supaya tanah itu digadaikan kepada sebuah anak syarikat Felda - Felda Global Venrtures (FGV) untuk menjadi aset kepada FGV menempah tempat untuk disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur kononya untuk memberikan pendapatan lumayan kepada peneroka-peneroka Felda.

Didalam bulan Jun 2012 FGV telah disenaraikan dan Felda Plantation telah digadaikan selama 99 tahun.  Untuk menutup mulut peneroka-peneroka, mereka dibayar dengan "durian runtuh" sebanyak RM15,000.00 iaitu RM5000.00 untuk peneroka-peneroka, RM5000.00 untuk isteri atau isteri-isteri dan janda peneroka, dan RM5000.00 lagi untuk anak-anak peneroka (yang menimbulkan pelbagai masalah dikalangan keluarga peneroka).

UMNO dan Felda tidak ada program yang baik dan kredibel lagi dan untuk menenangkan peneroka-peneroka mereka terpaksa mendapatkan sumber-sumber kewangan walaupun dengan secara berhutang untuk menenangkan hati peneroka-peneroka.  Jalan yang paling senang untuk mereka ialah dengan mengedarkan imbuhan-imbuhan kepada peneroka-peneroka menjadikan sistem rasuah sebagai sistem yang dipilih oleh UMNO/FELDA.

Dengan tindakan UMNO/FELDA terus berhutang ini, kemudahan-kemudahan yang dulunya dapat diberikan kepada peneroka-peneroka dan anak-anak peneroka kini sudah dikurangkan, dan disamping itu beban hutang peneroka-peneroka bertambah.

Felda harus kembali kepada peranan asalnya iaitu membasmikan kemiskinan luar bandar dan menstruktur masyarakat luar bandar menjadi masyarakat yang maju dan berdaya saing jika Felda mahu menjadi agensi pembangunan dan mesra rakyat.  Dengan tindakan dan jalan yang diambil oleh Felda kini, Felda akan menanggung risiko bebanan hutang yang tidak tertanggung olehnya dan akhirnya membebankan peneroka-peneroka.

Masyarakat generasi kedua/ketiga di rancangan-rancangan Felda kini adalah golongan yang besar yang menganggur atau mempunyai pendapatan yang kecil dan menjadikan kelompok terbesar di negara ini berada di bawah kemiskinan tegar, dan mereka itu sedang berhadapan dengan risiko tidak mempunyai tempat tinggal dan hilang punca pendapatan apabila ibu/ayah mereka meninggal dunia, dan tanah di rancangan-rancanan Felda hanya boleh diwariskan kepada hanya seorang sahaja anak-anak peneroka-peneroka Felda.  Apa akan jadi kepada yang lain-lain?  Apa pula akan terjadi kepada cucu-cucu peneroka yang kini turut menumpang di rumah peneroka-peneroka asal?  Masa depan yang sangat gelap untuk mereka melainkan mereka ini diperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan tanah, hak mereka untuk meneroka bidang kemahiran, perniagaan dan sebagainya.  Setakat ini bidang-bidang ini hanya indah khabar dari rupa; pergilah ke mana-mana rancangan Felda hari ini, ratusan ribu golongan ini sedang menganggur dan sedang merempit dan dihimpit pula dengan gejala pengambilan dadah.

Ini semua silap UMNO dan Felda kerana tidak ada perancangan untuk golongan muda didalam rancangan-rancangan Felda.

Keadaan ini boleh kita ubah dengan syarat UMNO tidak lagi memerintah Negara ini, dan PRU-13 ini adalah cabaran untuk perubahan bagi generasi kedua dan ketiga didalam rancangan-rancangan Felda.


(Penulis Haji Suhaimi Said adalah pelopor perjuangan peneroka Felda dan telah meringkup dua kali di bawah ISA kerana perjuangan itu.  Hidup perjuangan peneroka Felda)

Anak Sungai Derhaka: Kesiannya kat UMNO Selangor... bawa penyanyi Hindu...

Posted: 01 Jan 2013 02:27 AM PST

Anak Sungai Derhaka: Kesiannya kat UMNO Selangor... bawa penyanyi Hindu...: Kasihan benar dengan UMNO/BN Selangor.. meskipun mereka telah menghabiskan ribuan RM untuk memastikan Karnival Sayangi Selangor m...

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN: Umno pindah semula pengundi ke T’ganu, S’ngor lawan habis-habisan

Posted: 01 Jan 2013 02:18 AM PST

RAKYAT MARHAEN: Fathul Bari kata Yusuf Qaradhawi Khawarij

Posted: 01 Jan 2013 01:33 AM PST

RAKYAT MARHAEN: Ambang 2013 : Sambutan Luar Biasa Rakyat, Artis Te...

Posted: 01 Jan 2013 01:31 AM PST

RAKYAT MARHAEN: Ambang 2013 : Sambutan Luar Biasa Rakyat, Artis Te...: SHAH ALAM 1 JAN : Barisan artis yang hadir di Sambutan Ambang 13 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam semalam, rata-rata teruja dengan sambu...

RAKYAT MARHAEN: Pilih PR perintah negara untuk bawa transformasi s...

Posted: 01 Jan 2013 01:30 AM PST

RAKYAT MARHAEN: Pilih PR perintah negara untuk bawa transformasi s...: KUALA LUMPUR, 1 JAN: Biar 2013 menamatkan kecacatan negara dan memilih kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menerajui pemerintahan buat pertama ka...

RAKYAT MARHAEN: 2013 - YEAR OF THE GE: Najib to be remembered for ...

Posted: 01 Jan 2013 01:29 AM PST

RAKYAT MARHAEN: 2013 - YEAR OF THE GE: Najib to be remembered for ...: For nearly four years, Prime Minister Datuk Seri N...

RAKYAT MARHAEN: Pilih RTM,TV3: Hadi disyaki ada agenda - Ahmad Mas...

Posted: 01 Jan 2013 01:29 AM PST

Anwar Ibrahim

Posted: 01 Jan 2013 07:16 PM PST

Anwar Ibrahim


Majlis Peguam Didesak Untuk Cari Peguam Misteri di Belakang SD Kedua Bala

Posted: 01 Jan 2013 05:21 AM PST

The Malaysian Insider

Majlis Peguam hari ini dikritik kerana melengah-lengahkan waktu untuk mendedahkan identiti peguam di belakang kontroversi akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam (gambar) mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu pada tahun 2006, walaupun sudah banyak petunjuk diberikan.

Peguam Americk Singh Sidhu yang mewakili bekas penyiasat persendirian itu memberitahu The Malaysian Insider Majlis Peguam harus mempercepatkan siasatan kes berprofil tinggi itu yang sebelum ini dikaitkan dengan pegawai tertinggi kerajaan, muncul semula menjelang pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Saya mencadangkan Majlis Peguam keberatan untuk menyiasat kes ini," katanya apabila dihubungi hari ini.

Majlis Peguam sebuah badan mengatur tugas profesional hampir 14,000 pengamal undang-undang negara berkata mereka sedang menyiasat kemungkinan berlakunya salahlaku dalam merangka akuan bersumpah (SD) kedua Balasubramaniam yang bercanggah dengan akuan bersumpah pertama dibuat sehari sebelum itu, tentang kematian penterjemah kerajaan untuk rundingan membeli dua kapal selam Perancis beberapa tahun lalu.

"Mereka boleh serahkan perkara tersebut kepada badan disiplin untuk tindakan," kata Americk sambil menambah Majlis Peguam dalam bidang kuasanya boleh menubuhkan panel inkuiri.

Misteri menyelubungi identiti peguam Balasubramaniam yang merangka akuan bersumpah kedua bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai 2008 berkenaan dengan pembunuhan Altantuya dimana dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang telah dijatuhkan hukuman bunuh.

Dalam surat terbuka awal hari ini, Americk berkata peranan Arunampalam sebagai peguam yang merangka SD kedua Balasubramaniam telah disanggah oleh Deepak Jaikishan yang juga terlibat di sekeliling kejadian berkaitan kedua-dua akuan bersumpah Balasubramaniam.

Beliau mengatakan kesemua petunjuk sudah diserahkan kepada Majlis Peguam untuk bertindak dan menasihatkan badan tersebut untuk menyiasat peguam yang sebelum ini bekerja dengan ahli politik dinyatakan dalam akuan bersumpah Balasubramaniam dan untuk menyiasat mereka dalam inkuiri.

Retraction of the Altantuya SD: ONLY ONE MAN STOOD TO GAIN

Posted: 01 Jan 2013 05:01 AM PST

Malaysia Chronicle

Private eye P Balasubramaniam affirmed his first statutory declaration (SD) on July 1, 2008. It was released at a press conference held at the PKR headquarters on July 3 that year. It was 55 paragraphs long.

A host of personalities were mentioned in this first SD. They are as follows (in the sequence they appear); Abdul Razak Baginda; private investigator Ang; murdered Mongolian woman Altantuya Shaaribuu; Rowena Abdul Razak; Suras Kumar; Dhiren Norendra; Najib Razak; Lance Corporal Rohaniza; Azilah Hadri; Sirul Azahar; Amy; DSP Musa Safri; DSP Idris and ASP Tonny.

The second SD, which emerged a day later, purposefully referred to only seven of those 55 paragraphs set out in the first SD.

These seven paragraphs (8, 25, 28, 49, 50, 51 and 52), were specifically identified and transcribed, after which their contents were traversed in the order they appeared in the first SD. In other words, these paragraphs were intentionally extracted from the first SD, repeated and subsequently retracted by denial. No other details appearing in that first SD were touched upon or even mentioned.

It may be an unfortunate coincidence that each and every paragraph so traversed in the second SD specifically bore reference to Najib. Nothing of all the other personalities mentioned in the first SD was referred to. Only the details relating to Najib were set out in the second SD and retracted.

This, by a very rudimentary analysis, would lead any reasonably minded person to surmise that the personality standing to benefit from this partial second SD retraction must have been the one whose name had been mentioned in the paragraphs referred to above. There is no logical reason why anyone else would have been interested.

This, by a simple process of deduction, indicates that Najib or someone close enough to him, entrusted or vested with an interest to maintain and preserve a favourable public perception of him, must have been instrumental in the organisation of a very rapid attempt to stifle what must have been perceived as a formidable threat to his pending ascension to the position of prime minister.

Who drafted the second SD?

Unfortunately, matters such as this, if done in haste, will eventually unravel.

It has recently emerged that a lawyer(s) other than M Arunampalam, was/were involved in receiving instructions to formulate a 'U-turn’ SD to be signed by Balasubramaniam . It had been assumed Arunampalam was instrumental in the drafting of this second SD, for the simple reason he turned up purporting to represent Balasubramaniam at that infamous press conference held in the lobby of the Prince Hotel in the morning of July 4, 2008.

However, as we now know, carpet trader Deepak Jaikishan has dispelled that assumption. He has said Arunampalam was there basically as a stooge for the person(s) behind these shenanigans. He was used by Deepak as a player in the entire plot.

It is no secret Arunampalam has been Deepak’s lawyer in certain property transactions in the past. Appearing for someone he had never met and knew nothing about was probably a rather tenuous extension of the conveyancing portfolio he was handling for Deepak. Let’s leave it at that.

We now know Arunalpalam didn’t draft or prepare that second SD. Deepak has said so.

So who received instructions, ostensibly from Najib, or one or more of his cohorts, to do this?

Out of the 14,000 odd practising lawyers registered with the Bar Council, it can reasonably be assumed that only a handful of these lawyers would have had the privilege of being at the beck and call of Najib or his entourage.

We have now narrowed down the range of potential participants. This should assist the Bar Council in its endeavours to trace the culprit(s) who unilaterally and without instructions, drafted a false statutory declaration for my client to sign under circumstances in which the question of voluntariness remains highly suspect.

A revisit of the contents of that first SD is appropriate at this juncture.

Balasubramaniam’s motives

What was the purpose of releasing that first SD? The answer lies in paragraph 54.

This paragraph sets out in detail the reasons why it was affirmed. These details need to be repeated so that the entire issue can be contextualised and afforded some prominence as it appears the wood is being ignored in favour of the trees and weeds.

The reason why Balasubramaniam affirmed this first SD was primarily due to the fact that the Altantuya murder trial was still on going at that stage and he was concerned that a massive cover-up was being orchestrated to detract from the most crucial question in the entire trial, the question which is still on everyone’s lips until today… what was the motive for this murder?

Balasubramaniam’s complaint was that although he had been called as a prosecution witness, he was not asked, during examination-in-chief or under cross-examination, fundamentally basic and pertinent questions relating to individuals who could throw some light on the chain of command.

Paragraph 54 of that first SD sets out the reasons why it was made and I reproduce those contents as follows: (Balasubramaniam said he wished to):

State his disappointment at the standard of investigations conducted by the authorities into the circumstances surrounding the murder of Altantuya.

Bring to the notice of the relevant authorities the strong possibility that there were individuals other than the three accused who must have played a role in the murder of Altantuya.

Persuade the relevant authorities to reopen their investigations into this case immediately so that any fresh evidence may be presented to the court prior to submissions at the end of the prosecutions’ case.

Emphasise the fact that having been a member of the Royal Malaysian Police for 17 years, he was absolutely certain no police officer would shoot someone in the head and blow up his or her body without receiving specific instructions from their superiors first.

Express his concern that should the defence not be called in the said murder trial, the accused, Azilah and Sirul, would not have to swear on oath and testify as to the instructions they received and from whom they were given.

Explanation needed

As it turns out, Balasubramaniam’s predictions were rather accurate to a large extent.

Abdul Razak Baginda was acquitted at the end of the prosecutions’ case and both Azilah and Sirul chose not to give evidence in their defence, which effectively meant they were not subject to cross examination. (They gave statements from the dock instead).

In other words, all three accused were spared the embarrassment of having to actually answer very relevant questions which would have revealed a motive for the murder. This is of course based on the assumption that the prosecution were ready and prepared to ask these very pertinent questions.

It is also rather intriguing to note that despite my making it very clear at that initial press conference that some of the material Balasubramaniam was alluding to was hearsay in the sense he was merely repeating what Razak Baginda had told him, these revelations have never been denied by Razak Baginda, despite having had every opportunity to do so once he had been acquitted.

What has been stated above is not intended to cast unwarranted aspersions on any individual involved but merely serves as an objective analysis of the circumstances surrounding this whole issue which I believe necessitates an explanation, especially in light of the recent revelations made by Deepak, all of which have yet to be disputed by the individuals named or implicated.

This reticence, unfortunately, only lends credence to these aspersions.

Americk Sidhu is a past president of the Bar Council and had also acted as Bala’s lawyer

[VIDEO] Penerangan Khas Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 31 Dec 2012 10:55 PM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 01 Jan 2013 11:11 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


JAMUAN MAKAN MALAM PAS KAWASAN TAMPIN

Posted: 01 Jan 2013 05:08 AM PST


Bersama Sdr. Mazlan Aliman [Presiden ANAK& AJK PAS Pusat]
Pada 13 Januari 2013(Ahad) [Sehari Selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat Di KL]
Kupon Jamuan RM 30
Sila hubungi Tn. Haji Ali, Timb.YDP Tampin [013-3681126]

Tiada ulasan:

Pengikut