Ahad, 6 Januari 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 06 Jan 2013 07:10 AM PST

Tugu Bangsa Tembok Negara


BERITA PANAS.!!! Rakyat Selangor terus jadi mangsa di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat

Posted: 06 Jan 2013 04:00 AM PST

TANJONG KARANG, 4 JAN - Barisan Nasional (BN) mengecam pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor kerana dilihat gagal melaksanakan pentadbiran yang baik selain berterusan menyusahkan rakyat di negeri ini.

Terbaharu, BN negeri menerima aduan daripada 193 orang penduduk Kampung Seri Tiram Jaya, di sini yang mendakwa telah dianiaya oleh kerajaan negeri dalam soal pemberian geran tanah.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, kesemua mereka yang terlibat itu merupakan penerima tanah daripada kerajaan negeri yang mana permohonan mereka telah diluluskan ketika pentadbiran Selangor di bawah BN sebelum ini melibatkan keluasan keseluruhan kira-kira 80.9 hektar.

Katanya, tanah berstatus pertanian itu sebelum ini dipohon oleh penduduk kampung terbabit untuk menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit.

Menurutnya, penduduk yang terlibat telah pun memohon untuk mendapatkan geran tanah masing-masing pada 2004, malangnya sehingga hari ini tiada sebarang geran yang diberikan kepada mereka.

"Penduduk kampung yang terlibat ini juga membayar premium tanah mereka sejak 2008 kepada kerajaan negeri.

"Soalnya kenapa sehingga kini kerajaan negeri enggan memberikan geran tanah mereka. Apakah kerana tanah tersebut diluluskan permohonannya ketika pentadbiran BN atau pentadbiran negeri di bawah pakatan pembangkang gagal melaksanakan tadbir urus yang baik kepada rakyat," katanya ketika mengadakan lawatan ke Kampung Seri Tiram Jaya di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkinan keadaan itu berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri menguruskan pentadbiran selain lebih mengutamakan soal politik daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Sementara itu, seorang pemilik tanah di kawasan terbabit, Mohd. Tahrir Mustar, 59, ketika ditemui menyatakan rasa kesalnya terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak berusaha menyelesaikan masalah dihadapi mereka sejak sekian lama.

Katanya, permohonan tanah itu adalah berdasarkan peraturan kerajaan negeri dengan pembayaran premium tanah RM356 bagi setiap 0.4 hektar telah dibuat kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Selangor.

"Kegagalan kerajaan negeri mengeluarkan geran memberi kesan kepada kami untuk mengusahakan aktiviti pertanian.

"Kami cuma penduduk kampung dan pendapatan kami bukanlah tinggi. Kami harap kerajaan negeri dapat memahami masalah dihadapi kerana perkara ini sudah lama berlanjutan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Noh menyatakan isu tanah penduduk Kampung Seri Tiram Jaya itu merupakan sebahagian daripada rintihan rakyat di negeri ini ekoran sikap kerajaan negeri yang dilihat seperti suka 'bermain kuasa' untuk kepentingan politik semata-mata.

Keadaan itu katanya, sama seperti isu bekalan air bersih yang dihadapi rakyat negeri ini apabila kerajaan negeri sering kali menyalahkan pihak lain daripada menyelesaikan masalah dihadapi.

Tegasnya, beliau difahamkan, kerajaan negeri menerima peruntukan kira-kira RM300 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek mitigasi bagi menangani masalah bekalan air bersih di negeri ini.

"Bagaimanapun, masalah bekalan air bersih ini tidak juga dapat diselesaikan. Malah, apabila berlaku masalah tersebut, kerajaan negeri seperti biasa menyalahkan pihak lain sebagai punca kepada gangguan bekalan air bersih dihadapi.

"Apakah kerajaan negeri merasakan tindakan tuding-menuding jari ini akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Selangor," katanya.

Warna-Warni Sambutan Tahun Baru 2013 Barisan Nasional Tanjong Karang

Posted: 06 Jan 2013 01:03 AM PST

TANJONG KARANG - "Semoga hidup kita lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ini..." Ucapan Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, sempena 'Sambutan Malam Tahun Baru 2013' anjuran Barisan Nasional Tanjong Karang yang berlangsung di Dataran Astaka Tanjong Karang di sini, pada hari Rabu malam yang lalu.

Kira-kira lebih 2 ribu warga Parlimen Tanjong Karang yang hadir pada sambutan itu bagi meraikannya bersama-sama pemimpin mereka.

Pada sambutan itu, orang ramai berpeluang mendegar sessi ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia melalui tayangan skrin dan beberapa persembahan daripada pelbagai kaum turut menghiburkan orang ramai,sementara menunggu pertunjukan bunga api pada detik 12 malam sebagai simbolik sambutan malam tahun baru.

Turut hadir Adun Permatang, YB Tn. Hj. Sulaiman Abdul Razak, wakil-wakil kepimpinan parti komponen Barisan Nasional Tanjong Karang dan barisan kepimpinan Umno Bahagian Tanjong Karang.

HANGAT.!!! KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA ENDURANCE 1 MALAYSIA DI TANJONG KARANG BERJAYA TARIK RAMAI ANAK MUDA

Posted: 05 Jan 2013 08:47 AM PST

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Kelab Sukan Komuniti Tanjong Karang yang terdiri daripada Tn. Hj. Mohd Shahrizal Sangap selaku pengerusi, Sdr. Abdul Latif Abu Bakar, Tim.Pengerusi, Sdr. Samsul Kamal Sayuti, Tim. Pengerusi dan Sdr. Ayob Junior, Pengerusi Penyelaras Kejohanan dan Team Work Ayob Junior kerana telah berjaya menganjurkan KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA ENDURANCE 1 MALAYSIA sempena Sambutan Tahun Baru 2013 dengan 128 penyertaan team-team dari selurus negeri di Malaysia yang berlangsung di Padang Futsal Batu Enam, Tanjong Karang, pada 31 Disember 2012 malam yang lalu.
 KEPUTUSAN KEJOHANAN 
Johan = Bertam Ulu FC
Naib Johan = Iswad FC
Ketiga = Nadiya FC
Keempat = Buluh Runcing FC
Pemain Terbaik = Sdr. Jamal dari Pasukan Bertam Ulu FC.

bumiyang

Posted: 06 Jan 2013 03:15 AM PST

bumiyang


Jom Bersih 3..0!!! - Kita Bersihkan DAP Secara Besar-besaran!!!

Posted: 05 Jan 2013 04:24 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 06 Jan 2013 03:13 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


PAPA umum 'duit hangus' ambil amah

Posted: 05 Jan 2013 04:20 AM PST


PAPA, persatuan yang mewakili agensi-agensi pengambilan amah asing telah mengumum menenetapkan harga RM6,700 bagi menggaji amah asing.

Oh ... barulah Husin faham pengambilam amah untuk membantu suri rumah berkait rapat dengan Papa.

Nampaknya RM6,700 baru duit hangus. Belum lagi mas kahwin, hantaran dan lain-lain .... eh eh kelain pulak.

Menurut laporan The Star, tambahan belanja sebanyak  RM1,800 perlu dibayar sebagai pinjaman kepada amah asing ini membayar yuran pencarian tempat kerja yang perlu dibayar di Indonesia.

Bagi amah yang inginkan gaji lebih besar, PAPA tidak menyebut mengenai peluang pekerjaan di rumah orang besar-besar, ketua korporat dan Menteri.

Kalau ada perkhidmatan lain yang diperlukan dari amah, mungkin pada masa depan, Papa perlu menuntut disediakan tanah dan rumah bungalow.

Wow! Lagi mahal bila Mem hantar tiga dari empat amah pulang

anakbukitgantang says

Posted: 06 Jan 2013 03:04 AM PST

anakbukitgantang says


kenapa perlu diberi ruang kepada sang Wahhabi Hadi Awang mempertahankan Amanat Hadi Awang??

Posted: 05 Jan 2013 10:58 PM PST

Kenapa perlu beri ruang kepada Hadi Awang untuk bertaqiyyah di TV arus perdana? Kepada yang menyangkal  isu "Amanat Hadi Awang " itu tak pernah difatwakan, sila rujuk Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada tarikh-tarikh 20/2/1981,  21/11/1984 dan   24/7/2002.

Sesungguhnya kenyataan Samahatul-Mufti, Tan Sri Harussani yang menyatakan bahawa amanat itu salah dan perlu ditarik balik. Amanat Hadi Awang adalah kenyataan AKIDAH yang salah  yang perlu dibetulkan. Sekiranya beralasankan hak untuk memberi penjelasan, kenapa masa 7 April 1981 dahulu tidak meminta penjelasan dari pihak lawannya sebelum dikeluarkan amanat itu? Jika maseh mahu mempertahan amanat Hadi Awang maka jelas JAKIM dan beberapa agnesi penguatkuasaan ugama sudah diresapi Wahhabi.

Tindakan serta merta yang perlu dibuat oleh umat  Islam

1) sila buang virus Wahhabi yang dah bertenggek dalam JAKIM di bawah Panel Penasehat JAKIM iaitu Johari Mat! Selagi Johari Mat tak dibuan selagi itu Amanat Hadi Awang dan pelbagai lagi fatwa berbaur Wahhabi dan Syiah yang pro sebuah party politik itu   akan bertapak !

2)Umat Islam dilarang dari menyebar Amanat Hadi Awang (termasuk membawa ke TV Arus Perdana )di bawah Fatwa  Majlis Kebangsaan 2002 Nombor Rujukan: PMM/0020 Jld.4 (61) Akta/Enakmen: M.P.U. 13!

Fatwa  pada tarikh  Jamadil-Akhir 1401-20 Februari 1981

مجلس اوڬام اسلام دان عادة استعادة ملايو كلنتن

Keputusan Jemaah Ulama Mengenai Masalah Kafir-mengkafir.

Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat Islam yang telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan di kalangan umat Islam khasnya di Negeri Kelantan.
Di antara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1)Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).

2) Haram dimakan daging binatang sembelihan orang
Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
sembelihannya.

3) Terfasakh nikah di antara suami isteri orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).

4)Tidak sah akad nikah oleh imam dari golongan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).

5) Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6) Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) di perkuburan Islam.

7) Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
boleh disembahyangkan ke atasnya kerana murtad dan
mereka juga tidak boleh sembahyangkan ke atas mayat
orang Pas.

Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh
Tuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam di negeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat Islam maka jemaah ulama telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul-Fadilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jemaah ulama yang terdiri dari :-

1) Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff -
Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.

2) Al-Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar -
Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.
3) Al-Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik -
Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.

4) Al-Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff-
383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.

5) Al-Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail -
Maahad Muhammadi,Kota Baru.

6) Al-Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman -
Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.

7) Al-Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan -
Iman Besar Masjid Muhammadi.

Al-Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris -
Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan
(JASA) Lundang,Kota Baru.

Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut di perenggan 2 di atas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-
"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang Dipertua.
Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401


Fatwa pada tarikh 27 Safar 1405-21 November 1984

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 telah membincangkan mengenai isu kafir mengkafir sesama orang Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam sebagai kafir atau sebaliknya iaitu ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.

2. Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta.


Fatwa pada Tarikh 15 Jamadil-Awal 1423-24 Julai 2002

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2002.Amanat Haji Abdul Hadi
Tarikh Keputusan:
24 Jul, 2002
Keputusan:

1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -
(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;
(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan
(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.


2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan
(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.

Status Penwartaan:
Diwartakan
Tarikh Diwartakan:
25 Jul, 2002
Nombor Rujukan:
PMM/0020 Jld.4 (61)
Akta/Enakmen:
M.P.U. 13



Sumber dan kredit kepada

Minda Tantawi

Al Fadhil Ustaz Tuan Salim (fb)








Taipingmali (tm)

Posted: 06 Jan 2013 01:37 AM PST

Taipingmali (tm)


Sms Deepak menafikan dia terlibat dlm pengeluaran buku the black rose

Posted: 06 Jan 2013 01:16 AM PST

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Artis lumayan setelah jadi ahli PAS

Posted: 06 Jan 2013 01:13 AM PST

Ramai artis dah masuk Pas dan memperolehi pendapatan yang lumayan. Kata Hairie bujang tua beliau boleh dapat RM 50 ribu sebulan, itu kata bujang tua, kalau janda yang cukur bulu kening tentu lah lebih mahal lagi.

Cuma sikit saja lah nak komen, kenapa cari artis, kenapa tak cari bekas banduan, orang gila, penagih dan sebagainya. Mereka lah golongan yang perlu dibantu oleh Pas parti berkebajikan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gelek K-Pop Ceramah PAS

Posted: 06 Jan 2013 12:42 AM PST

Pesta Muda Mudi Pas Seberang Jaya Pulau Pinang

Posted: 06 Jan 2013 12:37 AM PST

ARKIB: Nizar kata Najib suruh bunuh peserta demo Bershit.

Posted: 06 Jan 2013 12:28 AM PST



Awal mukadimah bagus baca quran buka cerita israj mikraj. tiba-tiba tukar tajuk Najib jadi zalim suruh bunuh peserta demo bershit.

Nizar kata Polis sokong Pas dan benci dengan kerajaan dan izinkan Pas berceramah sehingga jam 2.00 pagi. Betul ker? Polis Beruas kena jawab perkara ini.

Betulkah Hadi Awang pernah jadi imam Masjidil Haram disumbat ke dalam Black Maria?

Betul kah SPRM, SPR rosak disebabkan oleh Umno. Dato Mat Zaib boss SB tu adalah orang Anwar so tak payah lah guna nama dia, Dato Zain bankrup dan Anwar telah bantu dia sebab tu Anwar berani guna nama dia maklumlah dah kenyang perut.

PRU sebelum ini Pas kena tipu oleh SPR dan Umno sebab itu Pas kalah dan hilang wang pertaruhan. wah! kalau macam tu mcam mana pula Pas boleh menang di Kelantan sejak 1991. Maknanya SPR bersekongkol dengan PAS laaaa..



Tamrin Ghafar membohongi rakyat Kelantan

Posted: 05 Jan 2013 10:24 AM PST

Ziarah Vateren UMNO : Ds Najib Tidak Lupa Rakan Seperjuangan

Posted: 05 Jan 2013 09:53 AM PST

tpm bn perak dvp

Posted: 05 Jan 2013 04:47 AM PST

Lawatan kerja TPM Ke Kilang Proton

Posted: 05 Jan 2013 04:45 AM PST

Belantan

Posted: 05 Jan 2013 11:42 PM PST

Belantan


Haji Hadi tidak mengku 'Amanat' panas adalah Amanat Hadi malah menyalahkan UMNO pula?

Posted: 05 Jan 2013 09:44 PM PST



Ketika pelbagai pihak tidak putus-putus mendesak Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya pada tahun 1981, Presiden Pas itu tampil sambil mendakwa bahawa beliau tidak pernah menamakannya sebagai Amanat Haji Hadi.

Sebaliknya, beliau mendakwa, ada pihak tertentu yang memanipulasikan ucapan beliau mengenai perkara itu sekali gus menamakan serta menguar-uarkannya sebagai satu amanat yang dikenali Amanat Haji Hadi.

Beliau seterusnya mengakui menyampaikan ceramah di Banggol Peradong, Manir dekat sini pada tahun 1981 dan kemudiannya membawa petikan ucapan mengenainya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun yang sama.

Saya tak beri amanat, orang lain yang beri amanat, yang beri amanat termasuk UMNOlah. Dia telah petik ucapan saya dan dibentangkan dalam DUN. Ketua biro agama yang bentang.




Kenapa masa itu tak hujah, ini sudah 30 tahun baharu nak hujah," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat jenazah Allahyarham Tengku Zaleha Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di pekarangan Masjid Abidin di sini hari ini.

Yang hadir sama, anakanda Allahyarham iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah.

Abdul Hadi mengulas bantahan pelbagai pihak termasuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam agar Amanat Haji Hadi perlu dibanteras kerana jelas terbukti telah menimbulkan banyak masalah dan perpecahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Beliau juga meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menghantar surat kepada beliau mengenai keputusan mengharamkan amanat tersebut.

Saya tak terima surat daripada Majlis Fatwa, saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Tak panggil saya pun. Saya tak dengar dan surat rasmi pun tak ada, atas angin saja. Mana boleh atas angin begitu," ujarnya.

Ibarat baling batu sembunyi tangan. Sudah banyak memecahbelah aqidah umat Islam dinegara ini, tetapi masih tidak mahu mengaku akan kesalahan sendiri? HamPAS...!!!

Suara Politik
Belantan

KALIMAH ALLAH : KECELARUAN FIKRAH PAS!

Posted: 05 Jan 2013 05:34 PM PST



Saya begitu terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap paparan beberapa portal yang menyentuh kenyataan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS mengenai kalimah Allah hari ini. Portal-portal berkenaan telah memetik kenyataan Mat Sabu bahawa PAS menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Pandangan Mat Sabu tersebut dilihat sebagai pandangan rasmi Parti itu terhadap isu kalimah Allah. Pandangan PAS ini sekaligus merestui permintaan Lim Guan Eng dalam ucapan Sambutan Krismasnya baru-baru ini.

Seperti yang diketahui, hanya beberapa hari yang lalu pimpinan tertinggi PAS iaitu Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dr Rani Osman telah menjelaskan bahawa kalimah Allah hanya layak diguna oleh orang Islam sahaja. Bagi agama yang bukan Islam mereka seharusnya menggunakan "God" yang membawa makna tuhan. Pemakaian "god" untuk tuhan memang telah digunakan sejak awal tanpa menimbulkan apa-apa masalah.

Sebelum ini, waktu isu kalimah Allah hangat diperkatakan Timbalan Murshidul Am, Prof Datuk Harun Din telah membuat satu penegasan bahawa orang Islam yang mencadang dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, mereka telah melakukan perbuatan syirik dan kufur. Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib juga dengan tegas melarang penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana kalimah tersebut adalah hak mutlak orang Islam dan sama sekali tidak boleh digunakan untuk merujuk tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah Yang Maha Esa.


Sukar bagi kita menggambarkan bagaimana bercelarunya ahli dan penyokong PAS dan masyarakat Islam di negara ini. Tak cukup dengan kekeliruan Amanat Hadi Awang ditambah pula dengan kecamukan pandangan pimpinan tertinggi Parti tersebut dalam isu yang sangat besar yang melibatkan aqidah Umat Islam.

Jelas kepada kita bahawa pengaruh Anwarinas atau parasit begitu hebat. Apa sahaja permintaan DAP dan PKR seperti kalimah Allah diraikan sedemikian rupa. Sementara Presiden PAS yang setiap hari diasak untuk menarik balik Amanatnya pada tahun 1981 itu dibiarkan keseorangan. Sehingga kini tidak seorang pun pimpinan tertinggi PAS terutamanya kumpulan parasit yang tampil membela Presiden mereka.

Pimpinan tertinggi PAS yang dikuasai golongan parasit dilihat sentiasa bersedia memberi laluan kepada apa sahaja tuntutan DAP dan PKR termasuk perkara-perkara yang melibatkan aqidah. Tidak syak lagi pendekatan akomodatif parasit-parasit itu bermotifkan politik demi meraih keuntungan politik.

Ahli dan penyokong PAS mungkin sudah lama menyedari hakikat bahawa penguasaan parasit dalam PAS telah membawa satu budaya baru dalam parti itu. Kini penghormatan yang selama ini diberi kepada golongan ulama dalam parti itu sudah dicemari. Kesan budaya baru ini kepada keutuhan parti amat besar lantaran seperti yang diketahui, PAS masih mengekalkan slogan Kepimpinan Ulamanya.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
TTDI, KL
4 JANUARI 2012

Suara Politik
Belantan

Anwar Ibrahim gagal tandingi kebijaksanaan Mahathir!

Posted: 05 Jan 2013 08:39 AM PST


Kononnya Anwar Ibrahim, mantan Menteri Kewangan di era UMNO, punya pengetahuan ekonomi super hebat. Malangnya amanah yang diberikan Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di waktu itu kepada Anwar untuk merancang kewangan negara berkecai di tengah jalan.

Anwar boleh berkepak dan berkokok bahawa dia dapat menyelamatkan negara jika dipilih menjadi bakal perdana menteri bersemayam di Putrajaya kalau Allah swt dan rakyat merestuinya. Tapi Allah telah menguji taraf kemampuannya untuk mengatasi ekonomi negara pada tahun 1997-98 bilamana penyangak mata wang, George Soros, memporakperandakan ekonomi berbagai negara di Asia.

Anwar dalam kepanikannya terpaksa merayu dan meminta nasihat dari tokoh IMF, Camdessus untuk mengatasi kemelut tersebut. Dia sendiri tidak yakin para pakar ekonomi anak tempatan boleh mengatasi krisis kewangan tersebut.

Nasihat IMF bukan untuk memulihkan kembali kestabilan kewangan negara. Sebaliknya dia memberi nasihat untuk menghancurkan lagi ekonomi Malaysia mencadangkan dihapuskan subsidi kepada rakyat, menaikkan pembayaran bulanan kad kredit dari 5% menjadi 15%.

Rakyat jadi panik. Di Indonesia Suharto terpaksa akur dengan desakan IMF kerana Indonesia banyak berhutang dengan badan kewangan antarabangsa tersebut. Akhirnya Suharto digulingkan oleh rakyatnya sendiri.

Mahathir dapat membaca kilat dalam kilau mainan politik Anwar yang bersekongkong dengan IMF. Dengan tegas dan cepat Mahathir bertindak. Dengan menggunakan kepakaran ekonomi anak watan, Mahathir mengadakan kawalan ketat ringgit Malaysia.

Ringgit tidak boleh diperdagangkan di luar negara. Semua ringgit di luar negara mesti masuk kembali dalam negara dalam masa sebulan dari tarikh pengumuman kawalan ringgit. Ringgit di luar pesisir Malaysia tidak akan laku lagi selepas masa sebulan dari pengumuman kerajaan. Keuntungan dari transaksi bursa saham Kuala Lumpur tidak boleh di bawa keluar negara dalam tempoh setahun.

Ya, Mahathir dikecam hebat oleh Bank Dunia, IMF, Amerika dan negara-negara Barat lainnya. Mereka yang taksub dengan retorika Anwar mengecam Mahathir senada dengan kecaman Amerika, Britain dan Yahudi yang menguasai IMF, Bank Dunia dan beberapa kerajaan Barat lainnya.

Mahathir persetankan segala kritik terhadapnya. Dia tahu apa yang baik untuk negara dan rakyat dan berani mengambil risiko politik dan ekonomi dengan berpegang pada perjuangannya untuk membebaskan Malaysia dan rakyatnya dari menjadi boneka Amerika dan budak suruhan IMF.

Akhirnya Mahathir berjaya dengan tindakan beraninya itu. Ekonomi Malaysia kembali pulih lebih cepat dari Indonesia, Thailand, Filipina dan Korea Selatan yang menjadi mangsa Soros, billionair Yahudi yang didukung Amerika.

Seorang ahli ekonomi yang mendapat hadiah Nobel bidang ekonomi menulis dalam bukunya memuji kebijaksanaan Mahathir menangani ekonomi negara. Malah mantan Presiden Amerika, Clinton, sewaktu melawat Malaysia memuji kebijaksanaan Mahathir.

Beliau berkata kabinetnya memberi tumpuan khas membicarakan dasar polisi kewangan Mahathir tersebut kerana mereka kagum dengan keberanian Mahathir memulihkan ekonomi negara.

Inilah bukti sejarah yang rakyat Malaysia masih mengenangkan jasa-jasa besar Mahathir. Mahathir tidak bijak berpidato berapi-api seperti Anwar untuk memukau rakyat dengan segala mantra politiknya. Dia meletakkan kepentingan negara dan rakyat di atas kepentingan dirinya.

Takdirnya dia tidak mampu menyelamatkan ekonomi negara besar kemungkinan dia juga akan digulingkan oleh Anwar yang berkiblat ke Amerika seperti mana Habibie di Indonesia yang mendapat restu dari Pakcik Sam untuk menggantikan Suharto.

Sekarang Anwar berkokok lagi (Rujuk Sinar 4 Disember: Anwar ulangi janji akan turunkan harga petrol jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU13). Kononnya dia dapat mengukuhkan ekonomi negara sekiranya harga minyak diturunkan. Kalau harga minyak turun bermakna harga barang-barang lain juga ikut turun.

Barangkali inilah mimpinya untuk mengurus ekonomi negara sekiranya Allah merestuinya menjadi bakal perdana menteri kelak. Pelik bin ajaib waktu menjadi menteri kewangan dalam pelukan UMNO dia terbukti gagal untuk menguruskan kewangan negara hingga Mahathir terpaksa mengambil inisiatif untuk mengawal ringgit Malaysia.

Anwar tidak bodoh tetapi pandai bercakap. Dia juga tidak buta politik tetapi kurang bijaksana dalam politik.

Apakah dia tidak tahu hanya tujuh buah syarikat gergasi minyak yang menguasai pengeluaran dan pembekalan minyak di dunia ini? Apakah dia tidak tahu peranan seven sisters dalam industri minyak? Apakah dia tidak sedar Amerika cuba menguasai khazanah minyak dunia untuk kepentingan politik-ekonominya? Apakah dia tidak tahu Amerika mahu menjadikan negara-negara pengeluar minyak di Timur Tengah sebagai bonekanya untuk menguasai minyak?

Bukankah Amerika dan Barat cuba mengugut Iran dengan harapan Iran akan tunduk kepada desakan Barat untuk menggagalkan rancangan nukliarnya? Orang yang cerdik politik dan bukan pro Amerika dan Yahudi tahu mainan silap mata Amerika.

Washington mahu melenyapkan kerajaan Republik Islam Iran dan kemunculan Islam sebagai kuasa dunia dengan menguasai khazanah minyaknya yang kaya!

Kalau Anwar menjadi boneka Amerika sekali pun harga minyak dunia tetap dikuasai oleh seven sisters tersebut. Bukan kerajaan Amerika yang menentukan harga minyak dunia. Jadi bagaimanakah Anwar yang bermimpi hendak menjadi perdana menteri boleh menurunkan harga minyak dunia?

Maka tidaklah hairan bin terkejut mengapa Anwar sanggup menjadi penasihat ekonomi kerajaan Selangor dengan hanya 'bergaji: RM1 sahaja!'

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 05 Jan 2013 11:27 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 05 Jan 2013 11:26 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PANAS! Tarian K-POP dalam ceramah Kebangkitan Nafsu Pakatan Rakyat!

Posted: 05 Jan 2013 10:11 PM PST




Pak lebai tak berganjak melihat gelek dan goyang maut tarian ala K-POP anjuran Pakatan Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya.


Tak puas melihat aksi tarian seksi tersebut, ada juga yang sempat merakam video penuh. Agak mendukacitakan  apabila yang hadir memakai kopiah dan bertudung disajikan dengan aksi-aksi tarian penaik nafsu seperti itu. Komen daripada blogger Pisau.net juga merungkai keadaan sewaktu ceramah itu berlangsung.
Apa yang menariknya program ceramah agak hambar dek kerana rakyat di sekitar Permatang Pauh dah terlalu muak dengan momokkan yang meremehkan minda mereka.
Penceramah seperti biasa tak habis dengan pembohongan ..fitnah malah hasutan agar rakyat turun ke demo yang bakal berlangsung tak lama lagi hanyalah satu skrip kitar semula. pisau.net
Bagai meludah ke langit akhirnya terkena ke muka sendiri!

Isu Kalimah Allah - Timbalan Presiden PAS VS Timbalan Mursyidul Am PAS.

Posted: 05 Jan 2013 04:00 PM PST


Timbalan VS Timbalan. Yang mana satu betul dan yang mana satu harus diikut? pencacai PAS pun dah pening nak sokong yang mana satu. Perselisihan pendapat antara Pemimpin peringkat tertinggi PAS yang bakal menjahanamkan PAS! 





Panglima Perang Cyber

Posted: 05 Jan 2013 11:19 PM PST

Panglima Perang Cyber


@KhalidIsmath Rela Solat Dalam Tokong Cina Jika Imam Orang UMNO - Bukti Kesan Amanat Haji Haji Sangat Ketara !!!

Posted: 05 Jan 2013 05:37 PM PST

Komen Pembaca Blog RPK Status Zairil Setpol Lim Guan Eng Memang Terbaikkk

Posted: 05 Jan 2013 05:27 PM PST

Hujjah beliau bernas dan benar...

Baca di bawah...

Dr Mahathir : The Most Powerful & Great Muslim Leader feat. Sheikh Imran Hossain - YouTube

Posted: 05 Jan 2013 08:35 AM PST

<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/Z0FFraZTU2A" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>




Sent from my iPad

Entri Terbaru Tun M Tajuk 'CHANGE' Bidas Anwar Kait Dengan Obama

Posted: 05 Jan 2013 08:28 AM PST

1. In his campaign to become President of the US Barack Obama promised change, "time for change", he said.

2. He promised to close down Guantanamo Detention Camp.
3. He promised to stop trials of detainees by Military Courts.

4. He promised to pull out from Iraq and Afghanistan.
5. And many more.
6. Now four years into his first term he has failed to keep his promises.
7. Guantanamo is still holding so-called terrorists; still torturing them. No military courts but no trials by civilian courts either.


8. Instead of pulling out from Iraq and Afghanistan he approved a "surge" in the troops sent to this area. Later he pulled out some troops but American soldiers are still in the two countries.
9. Making promises during campaigns for elections is easy. Keeping them is a different matter. The best hope is that people's memory is short. They would normally forget the promises.
10. Now the opposition in Malaysia have copied Obama and is promising change.
11. Give them a chance they say. The BN has ruled this country for 55 years. It is time to change. They will change this into a welfare state. Everything will be free. No fees for education. No tolls. Large subsidy for petrol. 20% royalty to oil producing states etc..etc.
12. The Socialist and Communist have tried this welfare state idea. They failed. Malaysia has no ideology. But the reality is that all Governments need money in order to develop the country and to subsidise living cost for the people. But when Government foregoes taxes, tolls and fees, it will have less money. But it will still have to spend money on running and maintaining utilities, expressways, schools, hospitals, operational and development cost, pension, subsidies, etc.
13. So where does the Government get necessary funds.
14. Borrowing is okay if the money is invested and giving a return to repay the loans. But borrowing money in order to just spend will lead to non-payment of debts.
15. That's what happened to Greece. It's bankrupt now. The whole of Europe cannot put it back together again.
16. Admittedly the BN has ruled this country every since independence. But look at the record and compare it with other countries which gained independence at the same time. Compare it even with the developed West. They are in deep financial trouble and try as they might, they have not been able to overcome the crisis.
17. Remember 1997- 8 crisis. The then Deputy PM and Minister of Finance tried the IMF solution without the IMF loans. Banks and companies were faced with the threat of bankruptcy from non-performing loans. Imports cost more. Cost of living shot up.
18. The track record of the Minister of Finance then was bad although there is a fondness of claiming success brought about by other people as his success. PNB, UIA and Islamic banking were part of the claim.
19. Now as leader of the Opposition he is claiming to bring about change. What good change did he introduce when he was in the Government. All he was interested in was getting up the leadership ladder of UMNO in order to become Prime Minister. How he achieved his objective does not bear scrutiny.
20. Five years for the Anwar or Hadi-led opposition to govern is dangerous. Many things can be destroyed in five years. We have some experience of this. Besides the Opposition as Government will ensure there will be no return for the BN. Officer in the Government will be used to "gempar" (threaten) whoever tries to change Government. We know this has happened before.
21. Already we see this person who claims to fight for free speech suing and resorting to the courts to shut the mouths of his critics. Other powers of the Government will be similarly abused. Nepotism and cronyism will be employed as indeed they are in the party he now heads.
22. The record is there. Malaysians must not allow themselves to be hoodwinked as I was hoodwinked by the appearance of religious piety in the past.
23. The BN has listened to the people and has changed many laws and policies. All that the people need to do is to urge the BN to carry out whatever change the people desire. But changing the Government can and will result in this country becoming unstable and unable to grow.
http://chedet.cc/?p=34


Sent from my iPad

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Jambu Part 2 [Full View HD] - YouTube

Posted: 05 Jan 2013 08:02 AM PST

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/L4sX8vhlE0k" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Sent from my iPad

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Jozan Tiru Gaya @UstAzharIdrus Part 1 [Full View HD] - YouTube

Posted: 05 Jan 2013 07:55 AM PST

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/7zRMPlZQGc4" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>




Sent from my iPad

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Jambu Part 1 [Full View HD] - YouTube

Posted: 05 Jan 2013 07:47 AM PST

Jambu memang best.Idea menarik dan sangat kreatif.


<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/RVFddYz5WpA" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>



Sent from my iPad

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 Jozan Part 2 [Full View HD] - YouTube

Posted: 05 Jan 2013 07:39 AM PST

Mari kita relaks jap malam minggu tengok MahaRaja Lawak.

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/Zt4wkRrWgeI" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

http://www.youtube.com/watch?v=Zt4wkRrWgeI


Sent from my iPad

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Fairuz : Dr Aziz Bari Kata Malaysia Bukan Negara Sekular #MUAFAKAT #SEMAIAN

Posted: 05 Jan 2013 06:26 AM PST


Umat Islam perlu meyakinkan diri sendiri serta masyarakat bukan Islam di negara ini bahawa undang-undang Islam adalah adil dan saksama, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau berkata sayangnya hari ini umat Islam Malaysia begitu cuai dan alpa sehingga mengabaikan khazanah berharga yang diwarisi daripada para ulama Islam dan cendekiawan ilmu perundangan Islam.

"Kita harus mempelajari undang-undang Islam ini dan berikhtiar serta berjihad, jika perlu, untuk menjadikan undang-undang Islam itu undang-undang kebangsaan di Malaysia," kata Ahmad Fairuz, yang merupakan Ketua Hakim Negara pada 2003 hingga 2007.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dihadiri kira-kira 1,200 peserta di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata beberapa langkah telah pun diambil Jabatan Syariah, Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya (UM) untuk memartabatkan Islam di negara ini. 

Serentak dengan itu juga, beliau berkata Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa turut ditubuhkan dengan tujuan menyiapkan para penuntutnya untuk menerima dan mengemukakan undang-undang Islam sebagai undang-undang asas bagi umat Islam di negara ini.

"Tetapi ini adalah langkah permulaan sahaja dan banyak lagi langkah harus diambil untuk menghilangkan buruk sangka terhadap undang-undang Islam dan mengiktiraf serta menghormati undang-undang Islam di Malaysia.

"Undang-undang di negeri barat dengan secara langsung ataupun tidak, dan dengan diketahui atau tidak, telah banyak mengambil dan meniru undang-undang Islam. Di England sendiri, banyak pembaharuan telah dibuat yang membawa undang-undang itu (Common Law) lebih dekat dengan undang-undang Islam," katanya.

Ahmad Fairuz, yang juga Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata malangnya, di Malaysia sehingga hari ini kerap kali mencontohi pembaharuan undang-undang yang berlaku di England sungguhpun peruntukan yang setanding dengan undang-undang berkenaan atau yang lebih baik boleh dirujuk daripada undang-undang Islam.

"Kita sebagai orang Islam di Malaysia haruslah menyesuaikan diri dan menguatkan iman kita supaya layak menerima undang-undang Islam dan selepas itu bolehlah kita cuba memujuk jiran-jiran kita (masyarakat bukan Islam) di negara ini untuk bersama-sama menerimanya," katanya.

Ahmad Fairuz, dalam ucapannya turut memetik Panel Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaldin dalam rencananya yang merujuk kepada kenyataan bekas pensyarah undang-undang Dr Aziz Bari yang dilapor sebagai berkata bahawa Malaysia bukanlah negara sekular.

Kenyataan Aziz itu berbunyi: "Pada hakikatnya kita boleh mengatakan bahawa negara ini telah disyahadahkan dengan kalimah Islam sebagaimana tertulis dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam adalah agama persekutuan sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya. Dan kemudian terpulang kepada kita untuk mengisi kerangka itu dengan apa yang dituntut oleh Islam."


Merujuk hal sama, Ahmad Fairuz berkata Perkara 3 (1) adalah kekuatan bagi umat Islam Malaysia kerana Islam termaktub sebagai agama persekutuan dan dalam masa sama agama lain boleh diamalkan selagi selari dengan prinsip keamanan dan kedamaian.

"Walau bagaimanapun, penganut agama lain mesti sedar bahawa agama mereka bukanlah agama persekutuan. Jadi berhati-hatilah membuat tuntutan kesamarataan.

"Perkara 3 (1) telah menjelaskan bahawa Islam itu agama persekutuan, mana boleh nak samarata?" katanya.

Memetik ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden Umno bertemakan 'Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional' pada Perhimpunan Agung Umno 2012, Ahmad Fairuz berkata umat Islam di negara ini sepatutnya beruntung kerana mempunyai kerajaan yang komited mempertahan dan memperkembang syiar Islam.

"Ini adalah jaminan daripada parti pemerintah untuk terus memperjuangkan Islam. Saya tak tahulah kalau parti lain yang memerintah (apa yang akan dilaksanakan)," kata Ahmad Fairuz.

Najib pada 29 Nov lepas berkata Umno komited untuk terus meninggikan martabat Islam berteraskan maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.

Najib berkata Umno, tanpa berbasa-basi, menegaskan bahawa parti itu, yang menjadi tunjang kerajaan Barisan Nasional, menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme.


Sumber - Bernama


Sent from my iPad

sekupangdua

Posted: 05 Jan 2013 11:08 PM PST

sekupangdua


Kenaikan BR1M Bukan Cara Untuk Tadbir Negara : Ngeh Koo Him - 27/9/2012

Posted: 05 Jan 2013 10:00 PM PST



Ngeh  kata BR1M bukan cara untuk mentabir Negara, RM 500 pemberian oleh Kerajaan kononnya  bakal mengundang pelbagai kesusahan bila bakal ada kenaikan harga dan nilai Ringgit yang kununnya akan menjunam, Pemberian BR1M yang diusahakan oleh kerajaan untuk rakyat bagi bertujuan menampung sedikit sebanyak membantu dan meringankan tanggungan.

Untuk Rakyat sebanyak RM 500 ni menjadikan dia beranggapan salah kerajaan bagi kepada rakyat? Koninnya sebagai gula-gula pilihanraya, apa yang diusahakan untuk nasib rakyat pun buat dia macam tak senang, tapi sekecik itu untuk rakyat yang di kecoh kan merata, macamana pulak puluhan Juta ladang rakyat dengan 10,526 ekar hak rakyat  Kelantan termasuk Ahli PAS sendiri lepas ke Upayapadu Plantation yng menjadi miliknya, itu tak boleh buat kerajaan dan rakyat rugi?

Tang RM500 untuk rakyat boleh jadikan negara teruk sehingga membolehkan negara menjadi teruk? macamana pulak yang hak rakyat lebih 30 juta dan balak yang lenyap di Chiku Gua Musang yang ke dia pulak tu tak nak cerita kan ker? 

ISU 10,526 EKAR TANAH, BUKTI TGNA KATA TANAH TUHAN UNTUK RAKYAT

Posted: 05 Jan 2013 08:30 PM PST



Video ini membuktikan bagaimana asalnya perjanjian Kerajaan negeri Kelantan yang berbekalkan kepercayaan dan janji Nik Aziz  kepada semua peneroka mengusahakan tanah tersebut di Chiku yang sekarang nie disedekahkan kepada Dua Malaun DAP yang menyebabkan semua peneroka dan pengusaha tanah tersebut kini kehilangan punca pendapatan dan makin gelap masa depan keluarga.

Kononnya Semua hak didunia adalah hak untuk rakyat juga, TGNA pernah berkata kepada mereka termasuk dalam siri ceramah beliau di Renok, 'Tanah ini Adalah tanah tuhan belaka' Buatlah... tanah kerajaan adalah tanah rakyat, Bila PAS memerintah buatlah, tanah kerajaan adalah tanah rakyat juga.! 

Tanah diusahakan dengn pelbagai tanaman termasuk pokok buah-buahan seperti Durian, Rambutan dan lain-lain. tanpa dimaklum dan diketahui dema datang dan begitu rakus menolak tanah peneroka oleh Taukey Baru yang mendapat sedekah 10,526 ekar dari tuan Guru. tanah yang diusahakan tiba-tiba mereka kehilangan hak milik, Habis tanaman dirampas dan ditolak walaupun sebelum ini dengan janji akan dinilaikan... Semuanya berubah semerta menjadi hak milik Pimpinan DAP, Peneroka termasuk Haji Hussin bin Deraman kehilangan tanah yang diusahakan sekian lama. Nasib baik, Mujurlah ada  FELDA tempat bergantung nasib walaupun rejim Pembangkang yang sekarang sedang merosakan pemikiran peneroka supaya membenci Kerajaan yang cukup jelas berusaha menaik taraf kehidupan Peneroka.

Siapa sangka jika tidak dengan pembongkaran isu merampas tanah seluas Putrajaya ini siapa pun tidak tahu kelicikan acara samunan senyap hak rakyat demi memastikan supaya ada MB dari Parti Ajaran Sesat sekalipun kita tahu sekadar Boneka yang diLembukan merata...

ASP AYUB SALIH (BERUAS) & 8 ANGGOTA POLIS BENARKAN CERAMAH HINGGA LEWAT 2 PAGI DAN SURUH BANTAI UMNO

Posted: 05 Jan 2013 04:00 PM PST



POLIS BERUAS yang diketuai oleh ASP Ayub Salih dan 8 anggota lain meminta Nizar BANTAI UMNO dan benarkan ceramah beliau sampai lewat 2 pagi kerana bencikan UMNO yang kononnya mengarahkan POLIS untuk segala tindakan. Beliau dalam siti ceramahnya di Beruas sebelum ini memerli dengan  memulakan SALAM 1MONGOLIA sebagaimana yang kita tahu bila Ds Najib yang cuba dikait dan difitnah dalam kes Altantuya yang dijaja mereka dimerata ceramah. Ceramah yang diadakan sekitar di Beruas dalah bertujuan memberikan pandangan buruk rakyat terhadap Najib dan kerajaan Malaysia.

Nizar juga menuduh Najib arah HENTAM orang BERSIH (9Julai, 2012) yang lalu. malah dia juga mendakwa ayat Najib supaya KETUA POLIS dan ADIK SEPUPUNYA 'TEMBAK MEREKA' dalam ucapannya (seperti didalam video diatas) semasa Kerajaan Negeri Perak yang kembali diambil alih oleh BN bila PR hilang sokongan 3 Adun yang bertindak istihar  keluar dari Pakatan.

Dia juga mengatakan betapa POLIS MALAYSIA lebih kejam dari Polis Yahudi bila menmbak Gas pemedih mata dari jarak dekat yang kurang 30 kaki dengan membandungkan POLIS yahudi lebih iberhemah menembak Gas pemedih mata pada anak-anak Palastine mengikut garis yang dibenarkan iaitu 150 kaki atau 59 ela dengan cara melaras senjata pada kadar sudut 45% . Tindakan POLIS juga menurut Nizar BERTUJUAN NAK MEMBUNUH

Nizar dengan jelas menuduh POLIS memang sengaja melanggar Mat Sabu semasa perhimpunan Bersih tersebut, berulang-ulang kali dia menegaskan bahawa segala tindakan POLIS adalah kerana arahan UMNO,  Hadi Awang juga ditangkap diatas arahan UMNO dakwanya,

PENIPUAN UNDI SEMASA KONGRES DAP LALU?

Posted: 05 Jan 2013 04:33 AM PST

Lagi pendedahan blogger Pisau bila Kongres DAP yang lalu di Pulau Pinang dikesan ada penipuan dari segi pengiraan undi, Seperti yang kita tahu keputusan yang lalu memperlihatkan  Bagaimana Keluarga kroni anak beranak Lim yang duduk teratas dan juga Karpal dengan anak beliau yang menduduki ketiga dan kelapan, Paling memalukan dan yang paling tercorot yang nasib terumbang ambing ialah Ngeh yang menjadi No 1 dalam Rejim di Perak serta terkini yang begitu popular dengan isu MB untuk 10,526 ekar tanah sedekah yang juga didedahkan oleh Blogger Pisau.net

Karpal juga turut melahirkan bahawa DAP MEMALUKAN bila mengaju kesilapan dalam mengira Undi, pelik jugak undi yang tak sampai 2 ribu undi pun DAP tak boleh kira dengan betul? Benak sangat sampai boleh silap sedangkan bukannya sorang yang mengira atau ada kemungkinan ker disebalik pengiraan undi ini dibuat? Itu yang jumlahnya tak sampai seribu setengah, bertambah pelik tang 10,625 Tanah sedekah boleh pulak ingat! Nie siapa pulak yang  sebnarnya cerdik, punya ler beribu yang ada boleh buat silap sedangkan Yang paling terCOROT dengan undi lagi panjang akai boleh dapat dan kira jumlah yang 10 kali ganda dari undi DAP!

Paling meragukan bila dua muka surat yang berlainan boleh sama undi dengan orang yang berbeza, apakah memang dirancang untuk memberi laluan kepada Zairil anak angkat Khir Johari? Pui Weng Keong pula akhirnya mengaku kesilapan beliau dan meletak jawatan kononnya kerana bertanggung jawab dengan salah kira undi tersebut.

Siapa sebenarnya yang banggang dilantik mengira undi tak sampai 2 ribu nie? Firma akaun mana yang dilantik nie! Budak tadika pun mampu mengira undi kalau sebanyak nie. kenapa ada dua muka surat berlainan tetapi punya undi yang sama mengikut aturan sekalipun nama calon yang berbeza.

Blog Pisau.net dalam blognya menyebut :...Jom kita tengok bagaimana Tokong DAP  memenangkan anak cina si Zairil anak angkat Khir Johari untuk membuktikan DAP tidak rasis..Undi perwakilan DAP yang rasis dihilangkan untuk menangkan Zairil berjumlah 882 undi.

Telah Pisau katakan sejak dari dulu lagi..Lim Guan Eng lidahnya bercabang..bohong..belit dan penipu..DAP sekarang ini terpalit dengan taichi setiausaha agungnya yang paling gampang dalam sejarah parti.. 

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 05 Jan 2013 11:06 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Kes Cina Bunuh Diri, Giliran Malaysiakini Pulak Sahkan Harakah Daily Menipu...

Posted: 05 Jan 2013 11:00 PM PST


Selepas teruk terkantoi dengan pendedahan dari akhbar cina yang menyanggah sama sekali cerita yang di keluarkan oleh lidah rasmi pas iaitu harakah daily mengenai cerita kematian satu keluarga cina di pengerang yang mana lidah rasmi pas itu dengan selamba mengaitkan kejadian bunuh diri itu dengan isu pengambilan tanah di pengerang untuk satu projek petrokimia...

Portal pembangkang yang juga teman sefitnah harakah daily pula mengeluarkan cerita yang sama dengan akhbar-akhbar cina, keluarga itu bukan bunuh diri pasal pengambilan tanah, ternyata lah sekarang cerita yang di keluarkan oleh harakah daily adalah satu fitnah jahat untuk melaga-lagakan penduduk pengerang yang mana rumah dan tanah mereka terlibat dengan projek petrokimia itu dengan kerajaan...

Tapi apa sebenarnya motif harakah daily sebarkan cerita macam tu ? hanya editor harakah daily yang boleh menjawab...

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 05 Jan 2013 09:24 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Nga & Ngeh Membisu Dalam Isu Tanah Di Kelantan

Posted: 05 Jan 2013 06:41 PM PST



Video Guan Eng Terus Dimarahi Rakyat Pulau Pinang

Posted: 05 Jan 2013 06:35 AM PST

Guan Eng Harus Didakwa

Posted: 05 Jan 2013 01:30 AM PST


Bukti Amanat Hadi Bercanggah Dengan Majlis Fatwa

Posted: 04 Jan 2013 11:28 PM PST


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 05 Jan 2013 09:13 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


ARTIKEL TERBARU TUN M : ANWAR PENJAHANAM EKONOMI MALAYSIA !

Posted: 05 Jan 2013 06:45 AM PST

AZHAR IDRUS MEKDI DAN PAS KENA NASIK KANGKANG KIT SIANG.

Posted: 05 Jan 2013 03:13 AM PST

1800 UNDI PUN DAP LANCAU TAK BOLEH SETTLE !

Posted: 04 Jan 2013 09:47 PM PST

PenangWasabi

Posted: 05 Jan 2013 09:07 PM PST

PenangWasabi


Kalimah Allah: DAP 'sendiri tidak mahu ingat'?

Posted: 05 Jan 2013 09:05 PM PST



Tuntutan agar kerajaan membenarkan penggantian istilah God dalam bahasa Inggeris kepada Allah dalam Bible terjemahan bahasa Malaysia oleh Ketua Menteri Pulau Pinang menyebabkan masyarakat Islam kembali bangkit mempersoalkan kewajarannya.

Bantahan kali ini walaupun belum menyebabkan reaksi ganas, hanya muncul dengan tindakan mengadakan demonstrasi, gesaan dan menghantar memorandum agar Lim Guan Eng menarik balik tuntutan itu nampaknya belum disambut dengan penuh tanggungjawab ataupun rasa kesal.

Sebaliknya, Guan Eng terus mempertahankan gesaannya dengan penuh kesedaran kerana beliau sebenarnya memperoleh kekuatan moral daripada pengalaman sejarah bagaimana sekutunya dalam Pas berbelah bahagi mengenai perkara tersebut. Dua pemimpin utama yang 'mengawal Pas; belum memberikan apa-apa komen walaupun salah seorang daripadanya pernah menyatakan "adalah tidak salah penganut agama lain selain Islam menggunakan kalimah Allah kerana ia telah lama dipraktikkan mereka sebelum lahirnya agama Islam."

Kontroversi penggunaan beberapa istilah khusus yang terdapat dalam kamus akidah Islam seperti "beriman, solat, Allah, taqwa dan sebagainya" untuk dimasukkan sama dalam konsep dan ajaran Kristian di Malaysia sebenarnya sudah bermula sejak pertengahan 1980-an. Pada Disember 1986, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penggunaan istilah "Allah, Kaabah, Baitullah, solat" dalam sebarang bahan penerbitan yang dikeluarkan oleh pertubuhan-pertubuhan agama bukan Islam.

Ketika itu masyarakat dihebohkan dengan kemasukan terjemahan Bible berbahasa Indonesia yang ditahan kemasukannya oleh KDN kerana menggunakan kalimah "Allah" bagi menggantikan perkataan God. Terjemahan perkataan itu telah lama digunakan oleh pertubuhan Kristian di Indonesia bagi mengelirukan umat Islam sehingga melahirkan pelbagai pendapat untuk menyamakan bahawa semua agama yang berdasarkan wahyu adalah dari sumber yang satu, iaitu Tuhan yang sama.

Bagi seorang pengamal agama Kristian Indonesia, Reverand Yakub Sulistyo dalam bukunya Allah Dalam Kekristianan: Apakah Salah? yang boleh diakses menerusi http://yakubsulistyo.mutilpy.com/ menulis: Kamus Theologia Kristian sangat jelas menulis bahawa: Allah itu berasal daripada bahasa Arab yang ertinya Keberadaan Tertinggi dalam agama Islam. Jadi, jika anda seorang Kristian atau Katholik (Nasrani) yang baik, anda seharusnya menghormati iman orang lain (umat Islam) dengan tidak mencampuradukkan dengan iman Nasrani sehingga menjadi Sinkretisme.

Beberapa sarjana Kristian turut tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan Allah bagi menggantikan istilah God ataupun Yahweh kerana ia mencelarukan penganut Kristian dan pertelagahan dalam kalangan paderi. Presiden Liga Katolik bagi Hak Agama dan Sivil telah membantah cadangan Biskop Tiny Muskens untuk menggunakan istilah Allah. Cadangan Muskens turut ditolak oleh Gerrit de Fijter, Pengerusi General Synod of the Dutch Protestan Church.

Konsep God dalam kepercayaan penganut Kristian menurut Dr. Ir Muhammad al-Husaini Ismail, Kebenaran Mutlak: Tuhan, Agama dan Manusia (terjemahan dari bahasa Arab, al-Haqiqah al-Muthlaqah: Allah wa ad-Din, 1997) dan mendapat persetujuan Majmai al-Buhuts al-Islamiyyah (Lembaga Kajian Islam Kebangsaan, Mesir: "Dalam kitab suci Kristian, Tuhan hanya mempunyai kemampuan terbatas. Dengan kata lain, Tuhan mempunyai kemampuan yang sama dengan kemampuan manusia yang paling lemah. Tuhan layak untuk mati dengan cara yang hina untuk tujuan hina pula, iaitu mati di tangan manusia.

"Kemudian Tuhan membiarkan iblis untuk menipu manusia agar manusia berpegang kepada Tuhan. Tuhan juga ditelanjangi hingga ketika tiada sehelai benang pun di tubuhnya. Tuhan dipukul di kepalanya dan disiksa serta disalib sampai mati bawah slogan bahawa Tuhan berbuat begini kerana mencintai manusia. Mathius 26:67-68; 15:15 dan 27:27-31. Tragedi berakhir setelah Tuhan menjadi domba sembelihan yang mempunyai tujuh mata dan tujuh tanduk (Wahyu 5:6). Hal ini dilakukan agar manusia jatuh ke dalam jurang pemikiran paling rendah sehingga mereka dapat digembalakan domba tersebut (iaitu Tuhan yang sudah berubah menjadi domba)." (hal.44).


Gambaran atau percubaan mempersonifikasikan Tuhan adalah satu bentuk pemikiran paganisme dan manusia sentiasa "menghiasi pemikiran paganisme ini dengan pelbagai macam gelombang pemikiran yang diciptakannya sendiri…Ada pun gambaran tentang para nabi, dalam Bible dinyatakan para nabi adalah seorang penzina, pembunuh dan penipu (Kejadian 38:6-30)… manusia penyembah berhala (I Raja-Raja 11:1-10)

"…Apabila penganut agama ini memperhatikan isi kitab sucinya, maka mereka akan mengetahui kalau sebenarnya kitab yang mereka terbawa-bawa ke gereja selama ini bukanlah kitab suci. Sebab perbuatan berzina, menipu, menyembah berhala dan membunuh bukanlah perbuatan yang pantas dilakukan oleh para nabi. Ini semua merupakan bukti yang sangat jelas atas terjadinya pemalsuan dan penggubahan terhadap kitab suci mereka." (hal.45-46).

Ketika ilmuan Islam bermuzakarah pada 21 Januari 2009, ketujuh-tujuh sarjana ini membuat kesimpulan bahawa penggunaan nama Allah sebagai kata ganti nama God di dalam Bible adalah tidak tepat. Antara yang terbabit dalam resolusi itu ialah Prof. Madya Dr. Kamar Oniah (UIA); Datuk Dr. Abdullah Md. Zain (Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri); Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas); Dr. Mohd. Nur Manuty (PKR); Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (bekas mufti Perlis); Dr. Mohd. Sani Badron (IKIM); dan Md. Asham Ahmad (felo IKIM).

Melihat kepada tuntutan terbaharu itu, Guan Eng sebenarnya cuba menghidupkan semula bara kemarahan penganut Islam dengan cara provokasi keterlaluan. Ini sebenarnya satu bentuk penyambungan pandangan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama dalam masyarakat Malaysia yang tidak seharusnya disekat termasuk kepada orang Melayu.

Pendirian ini menjadi "bom jangka" yang akan meletup jika ia tidak ditangani dengan berkesan, kerana dari aspek perundangan sudah jelas, keputusan menyekat penggunaan istilah itu adalah tepat sebagaimana diputuskan oleh Datuk Lau Bee Lan. Di bawah artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan jika kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam untuk menyebarkan agama kepada orang Islam, tetapi ia bukanlah menjadi kesalahan apabila bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk tujuan agama kepada bukan Islam.

Dalam keputusan itu juga, Bee Lan merujuk kepada artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, dengan memberikan keputusan bahawa Herald-The Catholic Weekly mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah bagi tujuan "in respect of instruction and education of the congregation in the Christian religion."

Bagaimanapun, apabila dibangkitkan semula ekoran tuntutan Guan Eng, ia bakal menyebabkan DAP khususnya Setiausaha Agungnya yang berusaha meraih populariti dalam kalangan ahli DAP beragama Kristian, akhirnya terpaksa berhadapan pula dengan konflik para pemimpin Pas yang melihat istilah Allah itu adalah khusus untuk umat Islam. Kali ini, lebih ramai pemimpin muda Pas tampil bersuara agar Guan Eng menarik balik tuntutan itu dan memohon maaf.

Kalaupun Guan Eng bersedia memohon maaf, ia tidak akan dapat memulihkan kepercayaan masyarakat Islam seperti semasa beliau memperkenalkan corak pentadbiran ala Khalifah Abdul Aziz di Pulau Pinang.

Penganut-penganut agama lain tidak sepatutnya menimbulkan semula provokasi sedemikian kerana ia bakal "membakar diri sendiri". Api kemarahan tidak mudah dipadamkan dengan simbahan air, kerana api itu tetap membakar dan bila-bila masa boleh mencetuskan semula pergaduhan sebagaimana pernah berlaku pada 2009 dan 2010.

Jika insiden sedemikian timbul kemudiannya, Guan Eng tidak boleh menyalahkan kemarahan orang Islam kerana sudah terlalu banyak kes seumpamanya berlaku tetapi pemimpin DAP dan bukan Islam "sendiri tidak mahu ingat."

Penang Wasabi..

PISAU.NET

Posted: 05 Jan 2013 09:06 PM PST

PISAU.NET


Tak Lari Tengok Gelek K-Pop Di Ceramah..

Posted: 05 Jan 2013 06:00 PM PST

Semalam berlangsung ceramah dan konsert K-Pop di Tapak Ekspo Seberang Jaya. Apa yang menariknya program ceramah agak hambar dek kerana rakyat di sekitar Permatang Pauh dah terlalu muak dengan momokkan yang meremehkan minda mereka.

Penceramah seperti biasa tak habis dengan pembohongan ..fitnah malah hasutan agar rakyat turun ke demo yang bakal berlangsung tak lama lagi hanyalah satu skrip kitar semula.

Paling menarik dalam demo tersebut melihat akan gelagat pak lebai dan para pengikut pakatan. Mereka tak berganjak dek kerana gelekan beberapa Ahmoi diatas pentas..

Korang tengok sendiri gelagat para penyokong pakatan..dek gelekan Ahmoi atas pentas langsung mata tak berpaling ke arah lain..Dah tak ada modal lain selain menggunakan perempuan menari diatas pentas untuk elak orang ramai beredar.. Ini bukan kebangkitan rakyat.. Ini nak membangkitkan nafsu serakah..

Apa yang menarik..dalam masa orang Umno dan umat Islam sibuk dan cemas mengenai isu nama Allah dan amanat Hadi..puak pakatan layan K-Pop.. apa ada hal...relek jer..


Pisau kata "banyak jual ubat kuat semalam.."

Ezam : Rahsia Besar Anwar Terbongkar Bila Keluar Penjara 2004

Posted: 05 Jan 2013 03:20 PM PST


AIDCNews – 05/01/13 – Senator Ezam Mohd Nor secara jujur mengakui walaupun pernah berjawatan Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak mengenali siapakah sebenarnya tokoh idolanya itu kecuali daripada kekaguman daripada aspek penampilan politik yang ditonjolkannya.

"Ada orang tanya, kenapa sekarang baru awak nampak siapa Anwar. Sebelum itu awak Setiausaha Politik dia. Mengapa sebelum itu awak mempertahankan beliau. Apakah sebelum itu awak tak nampak langsung tanda-tanda Anwar ni salah ?

"Jawapan saya, memang saya tak nampak. Saya tak tahu pun. Sebab macam saya sebut tadi, saya Setiausaha Politik beliau. Sebelum itu bekerja di IKD, bersama, membantu beliau, tetapi saya hanya berkhidmat kepadanya sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri, seorang pemimpin.

"Saya tidak kenal Anwar sebagai seorang suami, seorang ketua keluarga, Anwar secara peribadi. Jadi saya macam yang lain juga rakyat Malaysia, lihat Anwar sebagai tokoh pemimpin yang tentunya hebat, sebagai pemimpin politik Anwar hebat, tetapi bezanya, yang lain lihat dari jauh, saya lihat dari dekat," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Antarapos.

Rapat Dengan Wan Azizah
Ezam berkata faktor pemenjaraan Anwar selama 7 tahun menyebabkannya sangat rapat dengan keluarga Anwar, terutamanya dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Bila tujuh tahun Anwar dalam penjara, saya jadi dekat dengan keluarga beliau, sebab Wan Azizah tidak ada pilihan pada masa itu.

"Semasa Anwar sebagai TPM, saya Setiausaha Politik beliau, saya tidak rapat dengan Wan Azizah. Sebab Wan Azizah adalah isteri Timbalan Perdana Menteri.
"Bila Anwar masuk penjara sahaja, Wan Azizah cari saya, minta tolong saya bersama-sama beliau bantu. Dan (ketika itu) Wan Azizah bukan lagi isteri TPM, dia isteri banduan masa itu.
"Dalam tempoh tujuh tahun itu, bukan sekadar saya, emak saya, isteri saya, keluarga saya bersama-sama dengan Wan Azizah dan anak-anak beliau, mengharungi hari-hari yang penuh cabaran. Sebab itu, kita menjadi satu keluarga yang cukup rapat.

"Wan Azizah panggil emak saya, bonda. Sampai macam itu punya rapat. Jadi bila kita rapat, tujuh tahun itu, barulah saya kenal keluarga Anwar Ibrahim. Tapi masa itu saya belum kenal Anwar sebab Anwar dalam penjara."

Insiden-insiden Di Rumah Anwar

Ezam betul-betul mengenali Anwar apabila bekas Timbalan Perdana Menteri keluar penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004.
Di situ juga berlaku insiden-insiden yang mendedahkan rahsia besar Anwar yang selama ini disembunyikannya.

"Bila Anwar keluar penjara pada tahun 2004, masa itu baru saya nampak Anwar yang sebenarnya.
"Bila Anwar keluar penjara keadaan sudah berubah. Dan kedudukan saya dengan keluarga Anwar pun berubah. Saya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga beliau.

"Saya duduk dalam rumah beliau semasa Anwar bebas. Dan bila saya duduk dalam rumah beliau, jadi sebahagian daripada keluarganya, barulah saya lihat apa sebenarnya yang berlaku.
"Saya melihat macam mana reaksi Wan Azizah terhadap 'beberapa perkara', cemburu Wan Azizah bukan hanya pada perempuan tetapi juga pada lelaki-lelaki tertentu.

"Itu semua, saya nampak sendiri. Saya nampak. Dan itu menimbulkan satu perkara yang merungsingkan saya. Saya jadi keliru, sebab selama ini, saya memang tolak langsung, tetapi bila depan mata saya..Shamsidar contohnya datang ke rumah, Wan Azizah terus berubah muka. Shamsidar hulur tangan, Wan Azizah tak nak salam.

"Benda-benda macam ni, saya tengok. Ni semua berlaku secara natural. Jadi ia menimbulkan kesangsian yang cukup kuat pada diri saya. "

Janji Peribadi Yang Misteri

Menurutnya, walaupun menyaksikan depan mata dan kepalanya 'petunjuk-petunjuk' itu, namun Ezam berkata bukti-bukti itu belum mencukupi untuk beliau meninggalkan Anwar.
"Yang betul-betul saya terpaksa membuat keputusan tinggalkan (Anwar) apabila keputusan bertulis tu lah pada tahun 2004.

"Anwar bebas 2 September 2004. Tapi keputusan penuh bertulis itu, beberapa bulan selepas itu. Keputusan bertulis itu, kalau kita baca betul-betul menunjukkan bahawa aktiviti homoseksual berlaku.

"Ketiga-ketiga hakim, termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar, dia bebaskan tetapi dia sebut bahawa aktiviti itu berlaku. Bila saya baca, lagilah saya jadi sangsi.
"Dan saya berdepan dengan Anwar untuk dia jawab. Saya tak boleh terus menerus beri sokongan kepada beliau, apabila ada penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan yang jelas mengatakan beliau seorang homoseks. Tak kan saya nak sokong seorang gay ?.
"Dan ini bukan sahaja berasaskan satu keputusan penghakiman, tetapi yang dalam rumah tadi. Apa yang berlaku, jadi saya berdepan dengannya.

"Anwar jawab, 'Ini semua konspirasi, saya akan minta peguam saya untuk buat permohonan keluarkan setiap ayat yang mengatakan saya ni peliwat'.
"Itu dia janji pada saya. Dia janji kepada seluruh penyokong PKR di rumahnya, dia buat ceramah dalam beberapa malam, sebab dia tahu saya dah..jadi dia nak yakinkan saya, saya ingat lagi dia kata, 'Saya akan hantar peguam untuk memohon memadamkan frasa-frasa tertentu dalam keputusan bertulis itu.

"Itu 2004. Hari ini dah 2012. Awak boleh semak kat mahkamah, apakah Anwar buat ? Anwar tak buat. Dia tak buat permohonan. Dia ada hak untuk buat permohonan, dia sepatutnya buat, sebagai menjaga prinsip moral sebagai pemimpin.

"Kalau sayalah, saya tak buat benda tu, orang kata saya buat, tentu saya akan lawan sampai saya mati. Sebab ini bukan soal main-main. Ini soal moral saya.
"Anwar ada ruang untuk buat dan dia dah janji nak buat. Tapi dia tak buat. Jadi sebab itu, saya rasa, saya tidak ada local standi lagi, tiada ada asas untuk saya lagi untuk terus memberikan sokongan kepada Anwar. Jadi saya menunggu masa yang sesuai. "

Ikutilah pendedahan selengkapnya dari Ezam yang dianggap luahan dari hati ke hati dengan menonton rakaman di atas.

r b f

Posted: 05 Jan 2013 07:03 PM PST

r b f


Ezam Pecah Lubang....

Posted: 05 Jan 2013 04:21 AM PST


SHAH ALAM: Sikap "cemburu" Datuk Seri Wan Azizah Ismail terhadap isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan beberapa lelaki menjadi pencetus keputusan Senator Mohd Ezam Mohd Noor meninggalkan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih lima tahun lalu.

Dalam wawancara dengan Antarapos, pengikut paling setia Anwar pada satu ketika dahulu itu ditanya terus terang sama ada beliau menyertai Umno kerana wang ringgit atau disebabkan kecewa dengan Anwar.

Isu Shamsidar dan hubung kait beliau dengan Anwar kembali menjadi fokus berikutan saman fitnah RM100 juta yang difail oleh Anwar terhadap bekas rakan tenisnya,  S.Nallakarupan. Kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan ini. 
 
Saman itu berkisar kepada tuduhan Nallakarupan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana beliau tidak bermoral dan seorang biseksual. Nallakarupan menamakan Shamsidar antara beberapa saksi yang mahu dipanggil untuk memberi keterangan.
 
Dalam wawancara itu, Ezam menegaskan beliau "tinggalkan" Anwar kerana isu-isu moral yang tidak dijawab oleh Ketua Pembangkang itu setelah sikap cemburu  Wan Azizah terhadap Shamsidar dan lelaki tertentu mencetuskan kesangsiannya terhadap Anwar.
 
"Saya bukan (dianggap sebahagian) keluarga Anwar, saya bukan dalam keluarga Anwar (tetapi) (ketika) Anwar dalam penjara tujuh tahun, saya dah jadi sebahagian dari keluarga beliau," kata Ezam. 
 
"Anak-anak Wan Azizah pada masa itu dah macam anak saya, mereka panggil saya pakcik (uncle), mak saya dah macam mak Wan Azizah.
 
"Barulah saya lihat apa sebenarnya yang berlaku. Sebab saya melihat macam mana reaksi Wan Azizah terhadap beberapa perkara. Cemburu Wan Azizah bukan hanya pada perempuan, tetapi juga pada lelaki-lelaki tertentu.
 
"Shamsidar contohnya datang ke rumah itu, Wan Azizah terus berubah muka, Shamsidar hulur tangan, Wan Azizah tak nak salam. Benda-benda macam ini saya tengok, ini semua berlaku secara natural (semulajadi)."
 
"Jadi ianya menimbulkan kesangsian yang cukup kuat pada diri saya," kata Ezam.
 
Bagaimanapun Ezam berkata keadaan itu belum cukup untuk beliau meninggalkan Anwar sungguhpun sudah menimbulkan kesangsian terhadap beliau.
 
Beliau membuat keputusan itu selepas Anwar enggan mencabar keputusan bertulis Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004 dengan dua daripada tiga hakim memutuskan Ketua Pembangkang itu terbabit amalan homoseks.
 
Bagaimanapun mahkamah berkenaan mengarahkan Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar setelah menjalani hukuman penjara enam tahun kerana sebab-sebab teknikal.
 
"Keputusan bertulis itu, kalau kita baca betul-betul menunjukkan bahawa aktiviti homoseks itu berlaku," kata Ezam.
 
"Ketiga-tiga hakim termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar.. dia sebut bahawa aktiviti itu berlaku. Tidak ada kesangsian di situ dia (hakim) kata, tapi disebabkan Azizan, disebabkan teknikal undang-undang …. jadi tidak cukup untuk mensabitkan Anwar ke penjara.
 
"Saya baca, jadi bila saya baca lagilah saya rasa sangsi, dan saya (desak) Anwar untuk jawab, bahawa dia harus ambil tindakan. Saya tidak boleh terus memberikan sokongan kepada beliau apabila sudah ada keputusan bertulis daripada Mahkamah Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa dia seorang homoseks.
 
"Takkan saya nak sokong seorang gay? Dan ini bukan berdasarkan satu judgement, ianya juga berasaskan dalam rumah (Anwar) apa yang berlaku (dan) banyak yang menjadikan saya sangsi, jadi saya berdepan dengan dia.
 
"Beliau jawab:  Ini semua konspirasi. Saya akan minta peguam saya untuk meminta mahkamah untuk memadamkan segala kenyataan hakim yang mengatakan saya ini peliwat."
 
"Itu dia janji kepada saya, Anwar hidup lagi…anda pergi tanya dia, dia janji kepada saya, dan bukan dia janji kepada saya sahaja, dia janji kepada seluruh penyokong PKR, di rumah dia, dia buat ceramah pada beberapa malam sebab dia sudah tahu saya tak (yakin)..jadi dia nak yakinkan saya dalam ceramah.
 
"Hari ini dah 2012, anda boleh "check" dengan mahkamah, apakah Anwar buat permohonan untuk memadamkan kenyataan hakim itu? Anwar tak buat,".
 
"Dia tak buat. Dia ada hak untuk berbuat demikian dan dia patut melakukannya di atas prinsip moral dan sebagai seorang pemimpin. Kalau saya lah buat benda itu, orang kata saya buat, tentu saya akan lawan sampai saya mati," kata Ezam.
 
"Sebab ini bukan soal main-main, ini soal moral saya. Dan Anwar ada ruang untuk buat dan dia janji untuk buat, tapi dia tak buat," kata beliau.
 
"Jadi sebab itu saya rasa, saya tidak ada lagi untuk meneruskan sokongan saya pada Anwar," tambah beliau. 
 
Selepas keluar daripada PKR, Ezam mengetuai sebuah pertubuhan anti rasuah (GERAK) sebelum menyertai Umno pada 28 Mei 2008.
 
Bahagian Kedua wawancara dengan Ezam akan mengupas hasrat Ezam menyertai PAS ditolak parti itu kerana mengganggap Anwar penting untuk agenda politik PAS. 
 
Sumber: Antara Pos

Video Of The Day: Kisah Kezaliman Sebuah Kerajaan Kebajikan

Posted: 05 Jan 2013 12:45 AM PST


Biar video berbicara....

Tonton sampai habis kemudian anda fikir dan anda nilaikanlah sendiri.....


Sumber video:Kickdefella


Sedihkan ?

Kera di hutan di susukan anak sendiri mati kelaparan.....

Hidup DAP !

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 05 Jan 2013 03:17 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


SPR PERLU BELAJAR DARI DAP MCM MANA TIPU DLM PRU!!!

Posted: 05 Jan 2013 05:52 AM PST

Tiada peristiwa yang paling memalukan di awal tahun 2013 melainkan peristiwa kegagalan dan ketidakmampuan DAP dalam mengendalikan pemilihan CEC parti 3 minggu yang lalu.

DAPlah antara puak yang paling lantang dan angkuh memperlekeh dan mempertikaikan SPR dalam menguruskan pendaftaran dan kemaskini data maklumat 13 juta pengundi yang layak mengundi pada PRU13 kali ini.

Pelbagai kritikan termasuk yang sengaja direka telah dilemparkan terhadap SPR bagi menimbulkan pandangan serong rakyat berkaitan kemampuan SPR dalam mengendalikan PRU secara adil, bebas dan saksama.

Akhirnya, DAP walaupun sebahagian besarnya bukan penganut Islam, pun turut menerima hukum karma dari tuhan Allah. Menguruskan pemilihan parti yang melibatkan hanya seramai 1800 perwakilan pun mereka telah gagal. Imej ketelusan yang dipaparkan DAP yang pernah menyebabkan Presiden Transparensi, Tunku Aziz pun tertipu, kini sudah luput dengan peristiwa sekejap kalah sekejap menang ini.

Tanpa angin, tanpa ribut dan tanpa bantahan... Ulang lagi..."tanpa ada sesiapa kalangan perwakilan yang membantah" mengenai kaedah pemilihan dan pengiraan undi. Semuanya berpuas hati,... tup-tup!!, DAP mengumumkan ada berlaku kesilapan dan seorang dari pemenang telah digugurkan dari senarai 20 undi tertinggi.

Zairil, seorang melayu campur atau mungkin "a malay by constitution", akhirnya diistiharkan termasuk dalam senarai 20 orang yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan itu. Undi asal 305 yang diperolehi oleh Zairil telah melonjak hampir 500 undi kepada 803. Dengan jumlah undi baru ini, Zairil berjaya mendapat tempat ke-20. Betul-betul nasib baik. Berapa ramai calon yang mendapat undi antara 306 hingga 802 yang lebih tinggi undinya dalam kiraan asal telah dikalahkan oleh Zairil! Ajaib sungguh...

Alhamdulillah... Mungkin Tuhan Allah telah menunjukkan keajaibanNya. Mungkin tuhan Allah masih mahu menjaga maruah melayu Islam dalam DAP. Dalam banyak-banyak yang kalah, tup-tup,, so call..a malay by constitution ini bernasib baik kerana terpilih menduduki CEC kebangsaan DAP. 

Atau, mungkin juga pihak think-tank DAP yang berkonspirasi  "mengajaibkan" takdir tuhan Allah dalam pemilihan CEC ini bagi menggambarkan "cina DAP sudah boleh menerima melayu sebagai pemimpin parti mereka".

SPR sudah ada track record 12 kali mengendalikan PRU. Dalam 11 PRU yang pertama, SPR hanya gagal menipu dan memenangkan BN pada PRU 1964, 1969 dan 1999 bagi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Penang. Kegagalan terburuk SPR untuk menipu dalam PRU adalah pada PRU12 yang lalu, di mana SPR gagal memenangkan BN di 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan. Di Kelantan SPR gagal secara total memenangkan BN sejak 23 tahun lalu.

SPR perlu belajar dari DAP bagaimana formula kemenangan Zairil diperolehi walaupun pun sudah kalah terok. Jika SPR sanggup belajar dari DAP mungkin SPR akan berjaya menipu untuk memberi kemenangan besar kepada BN dalam PRU nanti.

Wahai DAP... Bermula dari saat ini janganlah kamu menunjuk pandai lagi seperti "ketam cuba mengajar anak, cuba mahu mengajar SPR bagaimana untuk mengendalikan PRU dengan cara yang adil dan bersih. 

AMANAT SAYA TELAH DISELEWENG PUAK MUSUH - HADI AWANG!!!

Posted: 04 Jan 2013 05:40 PM PST

Fatwa dan amanat Syeikh al-bro Kamarulzaman Kamdias Al-Umnowiyah

"Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia asyik membangkang tak habis-habis. Kita menentang dia ialah kerana dia "sudah menarik balik fatwa Hj Hadi" yang menganggap perlembagaan negara selama ini sebagai perlembagaan penjajah,  undang-undang negara sebagai kafir dan segala peraturan yang dikatakan jahiliyah". 

"Oleh kerana "fatwa flip-flop, sekejap halal sekejap haram itulah" kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka". 

"Percayalah saudara-saudara sekalian. Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku', pluralisma suku, agama suku", "depan masuk suku, belakang masuk suku", "berkongsi nama Allah, Islam suku dan agama lain suku", "kompromi dengan maksiat kepada Allah, jika diamalkan puak UMNO haram, tapi bila puak mereka mengamalkannya, ia dikata fitnah dan cubaan untuk mengaibkan", 

(Fatwa ini diciplak dari amanat Hj.Hadi pada tahun 1981 yang disebut dalam entry Zul Nordin, dan hanya diterbalikkan nama UMNO dan BN kepada PAS dan Pakatan. Ia adalah fatwa yang sangat mudah untuk dibuat. Tidak perlu apa-apa pertanggungjawaban dari amanat yang dikeluarkan walaupun ia boleh menjejaskan ikatan saudara se Islam)

Fatwa Syeikh Al Bro Kamarulzaman Kamdias Al Umnowiyah ini dikeluarkan bersandarkan kepada amanat perdana Hj Hadi pada 2003, iaitu sebelum PRU11 yang lalu, yang membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. 

Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Abdul Hadi berkata di muka surat 10; "Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!" 

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 05 Jan 2013 03:04 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Ouch! Puting payudara pelakon sinteron terkenal terlihat..

Posted: 05 Jan 2013 11:30 AM PST

Kecoh lagi di Indonesia dengan sekeping foto peribadi celebriti terkenal mereka.

Kali ini, pelakon sinetron, Velove Vexia pula menjadi topik perbincangan. Semuanya kerana sebuah portal online telah memuatnaik gambar pelakon sinetron Olivia ini ketika puting payudaranya terlihat. Bahkan, kawasan sensitif tersebut di 'blurkan'.

Melalui akaun twitternya, @Vaelovexia, pelakon ini menafikannya.

"Warna coklat itu adalah bagian dari corak baju renang yg sya pakai didlmnya dengan perspektif berbeda bisa mengarah ke hal lain :)" tulisnya pada Jumat, (4/1), malam.

Dalam foto yang dimuatnaik di akaun twitter Yasmine Wildblood itu, kelihatan Velove sedang beraksi bersama Yasmine, Glen Alinske dan Fero Waladoum di dalam sebuah kereta.
Dipercayai foto berkenaan diambil ketika mereka dalam perjalanan ke Gili Tarawangan untuk tujuan pengambaran drama Asmata yang ditayangkan di RCTI tahun lepas.

ATM julang Piala Sumbangsih

Posted: 05 Jan 2013 07:15 AM PST

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) berjaya menjulang Piala Sumbangsih apabila menewaskan Kelantan menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan.

Kemenangan itu dilihat manis buat ATM yang kalah kepada Kelantan pada final Piala Malaysia dua bulan lalu. Ini kali pertama ATM menjulang Piala Sumbangsih yang diperkenalkan pada tahun 1985.

Kalimah Allah: Mujahid Rawa setuju, JMPP mahu penjelasan

Posted: 05 Jan 2013 05:45 AM PST

GEORGETOWN - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa didakwa pernah bersetuju agar penganut agama lain turut menggunakan kalimah ALLAH.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika mengadakan dialog dengan penganut Kristian di sebuah gereja di negeri ini kira-kira dua tahun lalu.

Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk video mengenai kenyataan itu yang diperolehnya beberapa hari lalu daripada pihak yang tidak dikenali.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman video itu, dia ada menyebut: "saya secara peribadi bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh penganut agama lain".

"Saya kesal dan kecewa dengan kenyataan itu yang memperkecilkan kalimah ALLAH ketika berdepan dengan penganut agama lain.

"Sepatutnya beliau berdakwah untuk menegakkan syariat Islam ketika bertemu dengan penganut agama lain dan bukan mengia atau menyokong kehendak mereka," katanya kepada media selepas mengadakan bantahan secara aman di depan Masjid Kapitan Keling selepas Solat Jumaat di sini semalam.

Sehubungan itu, Mohamed Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, meminta pemimpin dari Perak itu memberi penjelasan mengenai isu itu atau menafikannya jika menganggap kenyataannya itu tidak benar.

"Sama ada dia mengakui atau menafikan kenyataan itu, saya akan mendedahkan bukti itu dalam sedikit masa lagi. Memandangkan saya hanya mempunyai satu salinan, mungkin saya akan menyerahkannya kepada TV3 agar orang ramai dapat menontonnya sendiri," katanya.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin Pas peringkat Pusat, dia tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti selama ini.

"Semua pemimpin Pas Pusat jelas menyebut kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh umat Islam," katanya.

Serentak itu, beliau turut membidas tindakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man kerana begitu pantas memberi kenyataan kepada portal pro pembangkang menafikan pembabitan Pas dalam bantahan yang diadakan oleh JMPP dua minggu lalu di Masjid Simpang Enam dan Komtar.

"Kenapa beliau begitu cepat mengeluarkan kenyataan untuk menafikan Pas terlibat sedangkan ramai ahli Pas yang hadir dalam bantahan itu. Tindakannya itu seolah-olah bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP agar membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

"Janganlah kerana nak jaga kedudukan dan jawatan dalam politik, kita menggadaikan maruah dan agama kepada orang bukan Islam," katanya.

Serentak itu, Mohamed Hafiz melancarkan skuad untuk mengesan di mana Ketua Menteri berada setiap hari untuk membolehkan pihaknya bersemuka dengannya dan menyerahkan memorandum kerana selama ini Lim Guan Eng mengelak bertemu mereka.

Selain itu, JMPP melancarkan kempen mengutip tanda tangan membantah kenyataan Setiausaha Agung DAP itu mengenai penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Saham Felda: Kenyataan Anwar menghasut, kata TPM

Posted: 05 Jan 2013 05:15 AM PST

Muhyiddin Yassin bersalaman dengan warga Proton semasa
melawat kilang Proton di Proton City, hari ini.
- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya mencampuri urusan perniagaan dengan membuat kenyataan politik yang boleh menjejaskan syarikat awam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Anwar perlu tahu bahawa kenyataan yang telah dibuatnya akan mempengaruhi sentimen pelabur dan mungkin akan menyebabkan saham syarikat tersebut terus menjunam.

Anwar baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan menjadi lebih rendah jika tidak kerana campur tangan beberapa institusi, termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bekas menteri kewangan itu mendakwa harga saham FGV pada RM4.62 adalah kerana campur tangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain.

Semasa diminta mengulas mengenai isu berkenaan, Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berpendapat Anwar sebenarnya iri hati dengan penyenaraian saham FGV dan ingin mempolitikkan isu tersebut serta berharap agar harganya terus jatuh.

"Saya tidak pasti sama ada Suruhanjaya Sekuriti (SC) atau Bursa Malaysia boleh mengenakan tindakan terhadap Anwar kerana mengeluarkan kenyataan yang bertujuan menghasut," kata beliau kepada pemberita selepas melawat Proton City di Tanjung Malim, Perak, hari ini.

Dalam satu kenyataan berasingan, Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi berkata ia akan terus memantau arah aliran harga sawit dan getah bagi memastikan paras harga kedua-dua komoditi ini tidak menjejaskan pendapatan para pengusaha tanaman terutamanya pekebun kecil.

"Pada harga minyak sawit mentah (MSM) sebanyak RM2,200 setan metrik, pendapatan purata bagi setiap tan buah tandan segar (FFB) yang dihasilkan adalah RM440 setan metrik.

"Dengan mengambil kira kos pengeluaran setan metrik FFB antara RM200 hingga RM250, pengusaha sawit masih meraih pendapatan kasar antara RM190 hingga RM240 setan metrik FFB," katanya.

Menurut kementerian itu, pendapatan bersih pengusaha sawit, selepas ditolak dengan kos-kos lain, adalah antara RM150 dan RM200 setan metrik FFB.

"Kerajaan akan terus memantau trend harga komoditi sawit dan getah dengan mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan harga pasaran masih berada di paras stabil," katanya. - Bernama

Pemuda Pas: Tidak ada fatwa berkait Amanat Hadi

Posted: 05 Jan 2013 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR – Pemuda Pas mendakwa Majlis Fatwa Kebangsaan dijadikan 'kambing hitam' oleh kerajaan untuk membatalkan hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan penjelasan mengenai Amanat Haji Hadi yang kembali muncul polemik.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, kerajaan menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan mengatakan bahawa badan itu telah memfatwakan Amanat Haji Hadi sebagai pandangan sesat dan bercanggah dengan Islam.

"Satu pembohongan. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berkait dengan isu amanat ini. Kalau ada tindakan daripada kerajaan menganggap amanat tidak betul, mengapa tidak bertindak sebelum ini.

"Mereka membenarkan perkara ini berlarutan sehingga 30 tahun dan kini ia ditimbulkan semula," katanya pada sidang media, hari ini.

Beberapa hari lalu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan menyiarkan forum yang membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.

Rais dilaporkan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah.

Beliau berkata, perkara itu ditimbulkan semula kerana politik terdesak, ketandusan isu dan di kitar semula untuk menutup skandal, pendedahan penyelewengan pihak kerajaan bagi mengaburi mata masyarakat.

"Isu ini berlaku 30 tahun lalu dan pernah cuba diselesaikan melalui proses muzakarah tetapi dibatalkan pada beberapa tahun lepas.

"Apabila menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Umno dan Barisan Nasional (BN) ketandusan isu, terpaksa kitar semula isu 30 tahun lalu," kata Nasrudin.

Nasrudin juga mempersoalkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang tidak pernah mengeluarkan isu tersebut dan tidak bertindak jika Amanat Hadi tidak betul.

Silap kira undi: Integeriti DAP dipersoal

Posted: 05 Jan 2013 03:32 AM PST

TANJUNG MALIM - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesilapan pengiraan undi ketika pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bulan lepas tidak harus dianggap kecil kerana ia melibatkan soal integriti sebuah parti yang mendakwa mereka telus dan adil.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP perlu memperjelaskan apakah tindakan meminda keputusan itu, sekali gus mengembalikan wakil Melayu dalam CEC itu, disebabkan agenda tertentu dalam kalangan pemimpin parti itu.

"Walaupun ini mungkin perkara kecil tapi implikasinya amat besar, banyak orang boleh mempertikaikan integriti, kewibawaan serta ketelusan yang diperjuangkan DAP di mana Guan Eng kena jawab dan jelaskan.

"Mungkin ada agenda lain dalam DAP... mungkin, saya tak mahu nak tuduh tapi dalam banyak calon Melayu yang bertanding ini pula yang menang," katanya merujuk kepada Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20, sekali gus terpilih sebagai anggota CEC.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri majlis makan tengahari bersama tenaga kerja Proton di Proton City di sini, hari ini, Muhyiddin berkata pindaan dan kiraan semula undi selepas sekian lama pemilihan berlalu adalah sesuatu yang aneh dan luar biasa, seolah-olah ada pihak yang mengarahkan ia dilakukan.

Beliau berkata, senario terkini dalam DAP itu membuatkan ramai pihak tertawa sambil mempersoalkan bagaimana tindakan DAP yang pernah mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus kini terkena diri sendiri.

"Kini banyak yang orang persoalkan adalah adakah sistem pemilihan DAP itu telus dan adil, kalau yang satu itu boleh begitu, mungkinkah orang tidak pertikaikan semua 20 orang yang terpilih juga mungkin dengan sebab-sebab yang lain dan kerana itu ada pihak mengatakan pemilihan perlu diadakan semula.

"Saya bukan ahli DAP, saya tidak ada hak tetapi saya melihat bahawa kalau kita fikir DAP parti yang benar-benar adil dan telus, apa yang berlaku kini adalah gambaran sebenarnya parti itu," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat kini boleh menilai ketelusan DAP memperjuangkan integriti kerana jika perkara serupa dilakukan Umno, sudah tentu ia akan dijaja ke serata dunia.

Berbanding DAP, Umno sama sekali tidak akan melakukan pengiraan semula undi jika keputusan telah diumumkan dan penjumlahan semula undi hanya boleh berlaku pada hari pengiraan undi, sama seperti mana proses yang diamalkan dalam sebuah pilihan raya, katanya.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember lepas, dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Berhubung peluang BN untuk terus memerintah Perak, Muhyiddin berkata beliau yakin kerajaan sedia ada akan terus kekal disokong berdasarkan status terkini sokongan rakyat yang bertambah baik.

Sambil meminta semua wakil rakyat BN dan seluruh jentera parti memberi tumpuan pada kawasan tertentu yang dikuasai pembangkang yang berpotensi untuk menang, Timbalan Presiden Umno itu juga mahu sokongan di kawasan yang dimenangi terus ditingkatkan untuk kelangsungan pemerintahan BN di negeri itu.

Beliau juga mengarahkan pegawai kerajaan negeri dan ahli perniagaan yang terlibat dalam parti supaya memberikan 70 peratus daripada aktiviti harian mereka kepada memastikan sokongan kepada parti terus meningkat.

Muhyiddin berkata, segala isu tempatan yang melibatkan percanggahan kepentingan sesama komponen parti perlu diselesaikan segera dan terus mewujudkan hubungan lebih kukuh sesama mereka.

"Saya tetapkan ia mesti lebih mantap dan jangan timbulkan masalah dengan membuat isu-isu baharu kerana kita tahu cabaran kali ini lebih besar, kita tidak boleh ambil mudah tentang situasi yang sebenar yang berlaku di bawah," katanya mengulas perjumpaan tertutup beliau bersama pemimpin komponen BN negeri yang berlangsung sebelum itu.

Mesyuarat tertutup kira-kira dua jam di Kompleks Sukan Proton City itu dihadiri Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi BN negeri Datuk Seri Zambry Abd Kadir, timbalannya Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Pengerusi MCA Perak Datuk Seri Kong Cho Ha, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Seri Chang Ko Youn dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas. - Bernama

Karpal: Kesilapan amat memalukan!

Posted: 05 Jan 2013 02:59 AM PST

GEORGETOWN - Kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bulan lalu satu perkembangan yang memalukan, kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

Bagaimanapun beliau menyifatkan ia kesilapan manusia yang tidak disengajakan.

Beliau berkata, DAP mengambil pendirian untuk menjelaskan kesilapan itu bagi menunjukkan partinya telus sambil menafikan ia bertujuan memasukan ahli Melayu dalam pimpinan tertingginya.

"Ini kesilapan pertama dalam sejarah DAP dan ia tidak boleh dielakkan tapi boleh diperjelaskan.

"Saya menafikan bahawa ini cara untuk memasukkan ahli Melayu dalam DAP tetapi apa yang terjadi dan kenyataannya, Zairil Khir Johari mendapat 803 undi dan melayakkan dia berada dalam kelompok 20 undi tertinggi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Diminta mengulas peletakan jawatan Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong, Karpal berkata, tidak ada sebab untuk beliau berbuat demikian kerana kesilapan itu boleh dimaafkan dan harus dimaafkan.

"Ingin saya tegaskan kesalahan yang berlaku dalam pengiraan adalah tidak disengajakan. Jadi tidak ada sebab yang mencukupi untuk dia mengambil tindakan berkenaan (meletakkan jawatan).

"Saya merayu kepadanya untuk menarik balik peletakan jawatan itu," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan peletakan jawatan Weng Keong dan menjelaskan tindakannya itu adalah atas dasar tanggungjawab akibat kesilapan yang berlaku.

Artis bertudung selamba tanggal baju bercoli ketika sesi fotografi

Posted: 04 Jan 2013 10:31 PM PST

Gambar hiasan
HAMPIR setiap hari SS dengar artis berhijrah sama ada wanita mahu pun lelaki. Baguslah apabila mereka semakin menyedari tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.

Bercakap soal hijrah ini, SS harap mereka faham erti penghijrahan dan bukan sekadar mengikut keperluan untuk berfesyen. Ini kerana SS tengok sekarang fesyen Muslimah semakin berkembang sebagaimana fesyen moden yang lain.

Cara dan gaya bertudung juga jauh beza, ada yang berbelit di leher, fesyen turban, berenda, beropol, memakai tudung tiga empat lapis dengan jalinan pelbagai warna serta banyak lagi gaya bertudung yang menjadi gaya terkini.

Baru-baru ini, SS berjumpa seorang pereka fesyen yang juga kenalan lama SS sejak belajar di kolej lagi. Dia meluahkan rasa yang terpendam di hati apabila melihatkan ragam artis yang dikatakan sudah berhijrah ini.

Kalaulah rakan SS ini masih tahu batas aurat antara lelaki dan wanita, takkan artis yang kononnya sudah berhijrah itu pula tak tahu nak membezakannya atau sengaja buat tak tahu.

Artis ini menghadiri sesi fotografi dengan satu majalah dan dia menggayakan fesyen rekaan rakan SS itu. Walaupun naluri rakan SS ini lebih ke arah kewanitaan, tetapi dia tetap sedar yang dia dilahirkan sebagai seorang lelaki, jadi mereka berdua bukanlah mahram.

Namun belum sempat dia memberikan bajunya kepada artis terbabit dan sebaik menoleh ke arahnya, artis berkenaan sudah menanggalkan bajunya. Artis terbabit ketika itu hanya bercoli, tetapi kepalanya masih bertutup!

Tak terkatalah rakan SS dan artis itu tanpa segan silu memintanya membantu memakaikan baju untuk sesi fotografi itu. Pelik rakan SS memandangnya, memanglah mereka berdua dalam bilik persalinan, tetapi cara artis itu memang tak kena.

Rakan SS itu mengadu pada SS yang dia tak faham konsep artis sekarang yang kononnya sudah berhijrah. Takkan sekadar menutup kepala dan pakai baju labuh dikatakan berhijrah dan insaf sedangkan perlakuan masih begitu juga.

Bukan saja artis, kepada sesiapa yang nak berhijrah ataupun sudah berhijrah tak perlulah tergedik-gedik nak beritahu yang dia adalah Muslim atau Muslimah sejati. Bukan setakat penampilan, tetapi buktikan dengan perbuatan sekali.

Menurut rakan SS itu lagi, ramai lagi artis bertudung yang masih tidak kisah 'berbogel' depan pereka fesyen di kalangan lelaki lembut ini. Opps! siapakah mereka, nanti SS teruskan siasatan.

SS@Metro

Pernah gegarkan industri dengan video seks, Wan Nor Azlin tidak mahu toleh belakang lagi...

Posted: 04 Jan 2013 08:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon Wan Nor Azlin memberitahu sudah serik untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum sebaliknya mahu memberi keutamaan kepada kerjaya seninya sahaja.

Wan, berkata, keputusan tu diambil kerana menganggap telah banyak kisah peribadinya didedahkan dalam media sebelum ini.

"Maafkan saya kerana tidak mahu bercakap soal peribadi kerana rasanya dah terlalu banyak cerita hidup saya keluar sebelum ini.

"Saya tidak mahu lagi mencari publisiti dengan bercerita mengenai hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon," katanya.

Wan ditemui selepas majlis penyampaian insentif kepada pelakon dan penerbit drama Maharani dan Mak Yong oleh World Evolution Brain (M) Sdn Bhd dekat sini pada Jumaat.

Insentif itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, (Sistem dan Kawalan), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Dalam pada itu, Wan berkata, dia juga kini ingin menjalani kehidupan "low-profile" dan tidak mahu terlalu kerap muncul di akhbar kerana kisah-kisah peribadi.

Dia juga selesa dengan cara tersebut dan berharap pihak media memahami situasi berkenaan.

"Sekali lagi saya mohon maaf kerana saya memang tidak mahu lagi bercakap soal selain kerjaya dan rasanya saya lebih selesa dengan cara ini," katanya.

Sementara itu, Wan berkata, selain sibuk menguruskan keluarga, rezekinya dalam bidang lakonan juga semakin baik.

Menantu dan mertua dipaksa bogel selepas disamun

Posted: 04 Jan 2013 07:01 PM PST

Gambar hiasan
TAIPING: Sekumpulan empat perompak tidak sekadar melarikan barang kemas malah turut membuli dua wanita disamun apabila mangsa dipaksa menanggalkan semua pakaian hingga bogel.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi kelmarin suspek bersenjatakan parang panjang bertindak menyerbu ke sebuah rumah didiami dua wanita itu di Taman Paduga Setia, Kampung Boyan, di sini.

Sumber polis berkata, penjenayah dikatakan memanjat pagar rumah mangsa sebelum menyeluk tangan melalui jeriji pintu hadapan untuk mendapatkan kunci pintu berkenaan.

"Difahamkan seorang mangsa yang berusia 50 tahun sedang memasak di dapur sebelum terdengar bunyi pintu hadapan rumahnya dibuka seseorang.

"Mangsa yang meninjau ke bahagian ruang tamu rumah terkejut apabila mendapati empat lelaki bersenjatakan parang menceroboh masuk ke dalam rumah," katanya.

Menurutnya, penjenayah kemudian memaksa mangsa dan ibu mentuanya yang berusia 75 tahun supaya menanggalkan semua pakaian.

"Mangsa kemudian diikat penjenayah yang bertindak merampas barang kemas dipakai mangsa. Malah penjenayah turut menyelongkar rumah berkenaan bagi mendapatkan wang tunai dan barang kemas lain.

"Pada masa sama, anak lelaki wanita warga emas itu yang berusia 40-an kebetulan pulang ke rumah. Dia turut ditahan dan diugut dengan parang oleh penjenayah sebelum rantai emas dipakai turut dirampas," katanya. Difahamkan ketiga-tiga mangsa diikat kaki dan tangan menggunakan kain dan wayar.

"Penjenayah yang memperoleh barangan kemas dan wang tunai dianggarkan RM20,000 segera melarikan diri dipercayai dengan menunggang motosikal.

"Mangsa dapat membuka ikatan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Taiping berhubung kes rompakan itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan kejadian selain memaklumkan suspek turut melarikan wang RM1,500 dan dua telefon bimbit milik mangsa.

Ahli politik dibelasah selepas rogol ibu anak dua

Posted: 04 Jan 2013 06:32 PM PST



NEW DELHI - Belumpun reda kemarahan rakyat ekoran kes rogol lima lelaki ke atas seorang gadis baru-baru ini, polis di negeri Assam, timur laut India menangkap seorang pemimpin parti Kongres yang memerintah negara ini, Bikram Singh Brahma kerana kesalahan yang sama kelmarin.

Dia ditangkap kerana didakwa merogol seorang ibu yang mempunyai dua anak di sebuah kampung di Santipur di daerah Chirang di negeri berkenaan.

Imej yang disiarkan di televisyen India menunjukkan beberapa wanita mengepung Brahma dan mengoyak bajunya.

Seorang wanita turut menampar muka ahli politik itu.

Menurut polis, Brahma memasuki rumah wanita tersebut dan merogolnya pada pukul 2 pagi waktu tempatan.

Seorang pegawai polis, G.P. Singh berkata, ekoran jeritan wanita itu, beberapa orang di kampung tersebut keluar dari rumah dan menangkap Brahma.

Ketika kejadian, Brahma sedang melawat kampung tersebut.

REUTERS BRAHMA yang tidak berbaju dipukul oleh seorang wanita dengan sebatang kayu.

Kejadian itu berlaku selepas seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada 16 Disember tahun lalu.

Pelajar itu meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura pada minggu lalu akibat kecederaan dalaman selepas dia dipukul dengan batang besi dan dicampak keluar dari bas itu.

Lima lelaki telah didakwa kelmarin kerana merogol dan membunuh pelajar tersebut.

Mereka yang didakwa itu ialah pemandu bas tersebut, Ram Singh dan adiknya, Mukesh Singh.

Mukesh bertugas sebagai pencuci bas tersebut.

Turut didakwa ialah seorang penjaja buah-buahan, Pavan Gupta dan pengajar kecergasan, Vinay Sharma.

Seorang lagi pencuci bas, Akshay Singh juga didakwa melakukan perbuatan itu.

Kesemua mereka berdepan hukuman mati jika disabit kesalahan.

- Agensi

Dakwaan syirik perlu jelas

Posted: 04 Jan 2013 05:35 PM PST

SHAH ALAM - Pengertian syirik terlalu luas dan perlu dinyatakan secara jelas, kata Pengerusi Multaqa Asatizah & Du'at (Murshid), Dr Zaharudin Abdul Rahman.

Menurutnya, dakwaan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad bahawa wujud amalan syirik dalam Pas hanya kerana terdapat ahlinya beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme tidak boleh dijadikan sandaran kukuh.

"Dakwaan beliau itu tidak dilakukan secara jelas, tiada bukti dan tidak dapat dipastikan siapakah orangnya," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Ismail Mina dalam laporan portal berita mendakwa wujud amalan syirik dalam Pas kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme.

Memetik laporan tersebut, Ismail berkata "Pada hemat saya, kezaliman yang paling besar adalah syirik. Saya tidak nampak dalam Umno ada kesyirikan dalam pemikiran dan akidah. Tidak ada. Tapi dalam Pas ada syirik, di mana ada orang beramal dengan Syiah, di mana ada orang yang liberalis dan pluralis"

Special offer: 'Pecah dara' pelacur

Posted: 04 Jan 2013 04:16 PM PST

KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang mereka dakwa masih dara.

Dengan caj dikenakan RM5,000, pelanggan yang melanggan 'pelacur dara' itu turut diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari.

Sindiket itu yang beroperasi di tingkat satu sebuah hotel di sini menawarkan pelacur dari Vietnam yang berusia 17 sehingga 21 tahun.

Aktiviti tidak bermoral sindiket itu terbongkar hasil penyamaran wartawan Harian Metro selepas mendapat maklumat orang awam.

Seperti biasa, sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan spa dan refleksologi, namun ada ruangan berasingan disediakan untuk kegiatan pelacuran.

Cucu Tok Selampit

Posted: 05 Jan 2013 01:34 PM PST

Cucu Tok Selampit


Magika Yang Dibuat Tokong Joseph Lim Guan Eng Di Dalam Keputusan CEC Gagal Mengubah Kenyataan Zairil Anak Cina!!

Posted: 04 Jan 2013 10:00 PM PST

DAP membuat lawak antarabangsa apabila mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti yang dilakukan pada pertengahan Disember lalu. Lebihan hampir 500 undi yang diterima oleh Zairil Khir Johari selepas pengiraan semula dibuat merupakan satu keajaiban dan magika terbaik yang pernah dibuat oleh Tokong Joseph Lim Guan Eng.

Jumlah undi yang dikira semula itu amat tidak munasabah. Bagaimana Zairil yang mendapat undi awal sebanyak 305 boleh naik mendadak kepada 803 undi? Apakah dengan menipu sebegini DAP berjaya memasukkan seorang "Melayu" di dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP?

Orang-orang lama di Kampung Kanchut, Alor Setar, Kedah memang mengetahui bahawa Pak Khir Johari mengahwini Che Tom Abdul Rahman (Puan Seri Kelsom) pada tahun 1943. Che Tom meninggal pada 20 September 1994. Umum juga mengetahui bahawa hasil perkahwinan Che Tom dan Pak Khir Johari  mempunyai 7 orang cahaya mata.

Selepas Che Tom meninggal dunia, Pak Khir Johari berkahwin semula dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996. Jika Zairil di lahirkan pada 1996 atau 1997 maka Zairil sekarang berumur 17 atau 18 tahun. Sebaliknya, umur Zairil sekarang 30 tahun. Maka sahlah Zairil bukan anak kandung Pak Khir! Beliau adalah anak Chistine Lim bersama bapa kandung asalnya yang berbangsa Cina. Ini ula bukti kukuh. Nombor kad pengenalan Zairil Khir Johari adalah 821017-71-5183, maknanya dia lahir tahun 1982 bulan Oktober 17 haribulan sedangkan mak dia Christine Lim berkahwin ngan Pak Khir pada tahun 1996. Melayu mai kot mana???

Kenyataannya, walau bagaimana banyak sekalipun pembohongan yang cuba dilakukan oleh Tokong Joseph Lim Guan Eng untuk memasukkan Zairil Khir Johari sebagai ahli Melayu di dalam CEC, hakikat yang tidak boleh beliau ubah adalah Zairil Khir Johari bukan berbangsa Melayu sebaliknya berbangsa Cina. Ada faham?

Terkini!! "Chah Keting" Mula Melanda UMNO Kelantan?

Posted: 04 Jan 2013 07:54 PM PST


Hari ini UMNO Kelantan menerima "kocakan" apabila sekumpulan yang mendakwa ahli-ahli Bahagian  Pengkalan Chepa membuat demontrasi di Lapangan terbang Sultan Ismail pagi tadi. Mereka mendesak agar Ketua UMNO bahagian berkenaan merangkap Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Dali Hussin meletakkan jawatan segera. Tidak diketahui apa sebabnya namun sikap chah keting yang amat terkenal di kalangan orang-orang Kelantan harus dielakkan dalam UMNO Kelantan sedang menghadapi PRU13 yang bakal tiba bila-bila masa. 

Bukankah Datuk Dali sebagai Ketua Penerangan UMNO Kelantan dilantik oleh Datuk Seri Mustapha Muhammad sendiri. Kenapa Datuk Dali yang dikatakan "winnable candidate" mendapat tentangan ahli-ahli bahagiannya sendiri? Tidak cukup di Lapangan Terbang Sultan Ismail, kumpulan ini mula berkonvoi dengan menaiki lori.


Promosi Penipu Rakyat Oleh Pasaraya Tesco

Posted: 04 Jan 2013 06:48 PM PST


Ini adalah gambar promosi sebuah pasaraya terkenal yang dikirimkan kepada CTS pagi tadi. Harga promosi ikan merah ini diambil daripada pasaraya besar Tesco, Taiping, pagi tadi. Untuk makluman pembaca, kita tidak mempertikaikan harga ikan merah berkenaan per kg iaitu sebanyak RM36.98. Apa yang kita marah adalah penipuan kepergunaan yang cuba dilakukan oleh pasaraya berkenaan. Bukan masalah harga mahal. Itu semua orang sedia maklum. Tapi promosi tipu yang dilakukan. 

Letak sajalah berapa harga yang hendak dijual. Tidak perlulah meletakkan penjimatan (save) yang pengguna perolehi iaitu sebanyak RM0.01!!! Diandaikan kita hanya membeli ikan merah ini sebanyak satu kilo berharga RM36.98. Semasa membayar nanti setelah digenapkan harga pembelian (round up total price), kita kena tambah 2 sen pulah dan membayar dengan harga RM37.00. Mana penjimatannya?

tun faisal dot com

Posted: 05 Jan 2013 01:21 PM PST

tun faisal dot com


Rahman Dahlan @MPKotaBelud - Royalti Minyak, Antara Fakta dan Auta PR #PenipuRakyat

Posted: 04 Jan 2013 06:00 PM PST


Kerajaan BN beri peruntukan lebih daripada hasil yang dipungut daripada Sabah


An increase in oil royalty and KL Takes All: A Slue to Fallacy
Time and again, we have listened to the opposition's over the top vitriol on two very emotive issues to Sabahans; the promise of 15% increase in oil royalty to Sabah and the allegation of federal government taking away all Sabah resources and in return, giving almost nothing back to Sabah. These issues must be answered factually and timely to prevent anyone from being deceived into emotional shadow boxing by the opposition. 

Let's start with the 15% increase in oil royalty issue. While on the surface it sounds quite appealing, there are serious concerns over the mechanics needed to bring the notion to fruition. Making promises is one thing; executing them is another thing all together.

AN OVERVIEW 

The petroleum business is not a business arrangement for the Average Joe. The capital outlay, technical challenges and financial risks are so great and prohibitive that only the companies which have specialized expertise and bottomless bank accounts normally dare enough to go into it.

Imagine trying to lower drilling pipes, 4.5km from the sea level, in an intensely-pressurized environment to search for the elusive black gold. It requires special and extremely expensive equipment and expertise which only the world's oil major players (the likes of Shell, Murphy Oil, ExxonMobil, etc) possess. The cost of exploration drilling could run into hundreds of millions of dollars which would go to absolute waste should no oil be found in vicinity of choice.  

The nation's oil company, Petronas, like her counterparts in other  developing countries (Indonesia, Venezuela and Nigeria etc), does not have the capacity to absorb the financial risk mentioned above. 

It is not financially equipped to spend billions on research and development and take on the financial risks in the exploration and production phases when the same billions are very much needed to be spent on the country's development. 

In addition, unlike Petronas - which primarily operates within Malaysia's waters - the oil majors  enjoy economies of scale. They operate all over the world which helps to defray the costs of R&D, the exploration and production phases.

In the event that oil is actually discovered, the capital that needs to be spent in the subsequent phases is even more substantial. It is reportedly said that the cost of the oil production phase could reach as much as RM2 billion. Sometimes even more.

To cushion such uncertainties and spread the financial risk, Petronas enters into a joint-venture agreement (known in the industry as Production Sharing Contract or PSC and later, a variant called RSCs or Risk Sharing Contracts) with multinational oil companies like Shell, Murphy Oil or ExxonMobil and others.

These giant oil companies are given a percentage of the oil revenue generated in return of them bearing the financial risk and sharing technologies worth billions in Research & Development.

PETRONAS TAKES ALL?

The opposition always paint the perception that Petronas has been unfairly profiting from Sabah's oil revenue, so according to them, it is only right for Petronas to give 15% extra oil royalty to Sabah.

Can it be done? Is it even doable? Let's explore the realities.

While the following example will not be able to capture every essence of all the JV partnerships Petronas entered into, none the less, it is suffice to give a fair view of what the realities are on the ground.

The illustrations below explain how much Petronas makes from Sabah oil. 





For every RM100 revenue derived from Sabah oil, 5% goes to the state's coffer while another 5% to the Federal coffer. Approximately 45% goes into recovery cost, and the remaining 45% goes to the joint venture's gross profit.

In the end, it is clear that Petronas' profit, after splitting revenue with others and after paying taxes, is only around 16.74%. If Petronas is asked to pay up the extra 15% from its profit margin, this will effectively render them unable to pay their overheads, financial commitments and re-investment for future income. The end result is financial blow which may lead to bankruptcy!

If Petronas is unable to pay without jeopardizing its very existence, where would the additional 15% come from then? Obviously there are two other choices left; the PSC partner or the federal government.

It is very unlikely for the PSC partner to give up what was already agreed in the contract between them and Petronas. Furthermore, lower profit percentage would make oil exploration in Malaysia unattractive to them. 

If the joint venture partners refuse jobs in Malaysia, we will not be able to extract our oil in an economically viable manner. This may lead to a serious energy security problem for Malaysia: with no one extracting oil, we may end up importing all of our energy requirement!

With Petronas and its joint venture partners unable to commit the extra 15% (or about RM12.5 billion) to the oil producing states of Sabah, Sarawak and Trengganu, the other option is of course to take it from the federal government which receives dividend around RM30 billion annually from Petronas.

This option is not without its own ramifications.

With reduced dividend from Petronas, the federal government will have less money for its budget. This means there will be less public spending on subsidies, schools, hospitals, police stations, roads and other infrastructures. Obviously, the most impacted would be the non-oil producing states. 

Anwar Ibrahim must have the moral courage to inform the non-oil producing states that as a Prime Minister, he will cut their federal allocated budget by RM12.5 billion. Unfortunately this is not happening. 

The last option available to Anwar Ibrahim is to increase Sabah's oil royalty by 15% but in order to ensure he has enough funds available for the rest of the country, he will have to cut Sabah's federal allocation. Remember, cutting Sabah's federal allocation is within his prerogative as a Prime Minister. This option is plausible given the fact he has never given any assurances publically that he would not cut Sabah's federal allocation which, at the moment, is one of the highest among all the states in Malaysia.

It is actually funny how Anwar hardly shares the specifics of his promise of 15% increase in oil royalty with the rest of the country. Perhaps he knows very well that he won't be able to provide explanation for them. Apparently, keeping Malaysians in the dark makes the illusion easier to perform. In fact, I remember asking opposition members, including Anwar Ibrahim himself, in Parliament of the specifics but instead of an answer, I got a blank response followed by sharp stares!


FEDERAL GOVERNMENT COLLECTS MORE THAN IT SPENDS IN SABAH

This is yet another irresponsible claim by the opposition to gain sympathy votes in Sabah. It is a very powerful lie which if not countered factually, could result in deep division and hatred towards the Barisan Nasional federal government.

Let's address this issue objectively and see if it is true that the federal government has been taking so much of Sabah's resources (including oil money) but giving back so little in return.

The following two illustrations show what federal government collected in Sabah in 2011 and how much it had spent in Sabah in the same year. 





Contrary to lies spawned by the opposition, the federal government actually spent more (by a whopping RM4.736 billion) in Sabah in 2011 compared to what it collected in the same year!

The statistics, which were made available to me by Bahagian Analisa Cukai dan Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia, went as far back as 2007 and had breakdowns for each federal ministry.

It showed the same consistent trend of federal government spending more in Sabah than what it collected in each year. Nothing is more revealing than the truth and fact! Statistics, in the end, don't lie.

For the year 2012 onwards, there is no reason to believe the trend will reverse itself especially when Dato Sri Najib Tun Razak has made it very clear that special emphasis will be placed on Sabah's development under his economic transformation program.

Towards this, Barisan Nasional Sabah is happy to note that to date, the Prime Minister has not disappointed Sabahans.

*end*



[Video] @Astro tak sensitif bab Azhar Idrus - Mufti Perlis Bodo Nak Kena Lempang

Posted: 04 Jan 2013 03:20 PM PST

Duke of UMNO

Posted: 05 Jan 2013 01:06 PM PST

Duke of UMNO


LAWAK PAGI INI...KENALI KELUARGA TUKANG FITNAH NASIONAL INI...

Posted: 04 Jan 2013 04:37 PM PST


Ada la satu family ni....

Memang dah warisan turun temurun suka fitnah orang...

Kalau tak fitnah sehari, bukan PKR namanya...

Ketua pemfitnahnya Pak Anwar Berahim...

Lepas tu diwariskan sifat tu pada anaknya, Nurul Izzah binti Anwar bin Berahim...

Lepas tu dijangkit pulak pada "kekasih gelap"nya, Azemin Alley....

Ada sorang tu nak masuk geng fitnah..tapi asyik fail je sebab selalu GAGAP...

Diorang kata orang fitnah diorang...padahal diorang la yang fitnah orang...

Tu pun korang sokong family fitnah ni lagi..? Tu diaaaaa...!!!

Apa Yang Tersirat

Posted: 05 Jan 2013 01:05 PM PST

Apa Yang Tersirat


Deepak Orang India Nak Jatuhkkan Seorang Pemimpin Melayu

Posted: 04 Jan 2013 08:14 PM PST

KEBELAKANGAN ini kita sering mendengar nama Deepak Jaikishan Tekwani, seorang penjual karpet yang nampaknya menyerang Rosmah Mansor secara bertubi-tubi menjelang pilihanraya umum ke 13. 

Setelah penat lelah Najib Tun Razak sibuk memperkuatkan Umno dan Barisan Nasional untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13, tiba-tiba muncul saudagar karpet ini menyerang Rosmah secara bertali arus.

Serangan berstrategi ini memanfaatkan persepsi yang dicipta pihak pembangkang kepada isteri Perdana Menteri itu, kononya Datin Rosmah menjadi liabiliti kepada Umno dan Barisan Nasional. Lantaran itu Deepak memainkan peranannya menyerang Rosmah untuk menjatuhkan Najib.

Deepak memulakan serangannya selain pendedahan melalui wawancara yang umumnya dipetik oleh portal-portal berita pembangkang, juga mengeluarkan buku kecil yang diberi nama "The Black Rose" - satu siri buku. Buku ini kononya mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan kini telahpun  muncul di ruang siber.

Siri pertama - Black Rose 1.0 - telah diedarkan kepada media  dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai 'Spirit of Altantuya'.

Buku ini tidak menyebut mana-mana personaliti tertentu dengan nama, tetapi jalan ceritanya hampir dengan kisah hidup Deepak sendiri.

Buku ini mengandungi watak-watak yang dipaparkan menggunakan nama samaran tetapi jalan ceritanya mirip kepada kisah Depak.

Antara mereka termasuk Kapeed, Bijan, Black Rose, Popiah, Lala, Jim dan beberapa personaliti lain yang dikaitkannya atau dirujuk olehnya sewaktu 'berperang' dengan keluarga Najib.

Dari cerita Deepak mengenai hubungannya dengan keluarga Najib sehingga penglibatannya untuk menterbalikkan akuan bersumpah (SD) penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang mengaitkan perdana menteri dengan Altantuya Shaariibuu, buku ini dilihat mencerminkan cerita tersebut, tetapi dikisahkan dalam bentuk ceritera.

THE FLYING KICK

Posted: 05 Jan 2013 01:04 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 05 Jan 2013 11:46 AM PST

PEJUANG BANGSA


Hot ! Video pemimpin politik ditangkap rogol isteri orang !!

Posted: 05 Jan 2013 09:00 AM PST




- Belumpun reda kemarahan rakyat ekoran kes rogol lima lelaki ke atas seorang gadis baru-baru ini, polis di negeri Assam, timur laut India menangkap seorang pemimpin parti Kongres yang memerintah negara ini, Bikram Singh Brahma kerana kesalahan yang sama kelmarin.
Dia ditangkap kerana didakwa merogol seorang ibu yang mempunyai dua anak di sebuah kampung di Santipur di daerah Chirang di negeri berkenaan.


Imej yang disiarkan di televisyen India menunjukkan beberapa wanita mengepung Brahma dan mengoyak bajunya.
Seorang wanita turut menampar muka ahli politik itu.
Menurut polis, Brahma memasuki rumah wanita tersebut dan merogolnya pada pukul 2 pagi waktu tempatan.
Seorang pegawai polis, G.P. Singh berkata, ekoran jeritan wanita itu, beberapa orang di kampung tersebut keluar dari rumah dan menangkap Brahma.
Ketika kejadian, Brahma sedang melawat kampung tersebut.-REUTERS



Hot ! Silap kira tapi dok berlagak lagi parti paling telus ..kah kah kah !!

Posted: 05 Jan 2013 08:05 AM PST




Kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas amat memalukan parti, kata Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh.
Bagaimanapun, Karpal menafikan kesilapan itu direka bertujuan mahu membuktikan tidak wujud perkauman dan mendakwa DAP tidak perlu berbuat demikian untuk pemimpin Melayu diterima memegang jawatan utama.
Katanya kesilapan itu adalah pertama kali dalam sejarah DAP sejak 47 tahun lalu, bagaimanapun ia langsung tidak menjejaskan imej parti dan boleh diperbetulkan menerusi penjelasan.
"Kesilapan ini sememangnya memalukan DAP tetapi ia tidak disengajakan dan perkara ini terjadi disebabkan kecuaian manusia dan bukannya untuk mengambil hati orang Melayu seperti yang didakwa.
"Imej parti tidak akan terjejas kerana penjelasan boleh dibuat mengenai apa sebenarnya yang berlaku dan ia membuktikan parti bersikap telus berhubung hal ehwalnya," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.
Pada Jumaat, sebuah akhbar berbahasa Malaysia melaporkan pelbagai pihak mempersoalkan dakwaan DAP kononnya berlaku kesilapan dalam keputusan pemilihan CEC yang menyaksikan pemimpin Melayu parti itu, Zairil Khir Johari memenangi salah satu daripada jawatan berkenaan.
Mereka berpendapat kesilapan itu disengajakan kerana mahu membuktikan tidak wujud perkauman dalam parti dan pemimpin Melayu turut diterima untuk memegang jawatan utama.
Ini kerana kesilapan hanya diumumkan kira-kira tiga minggu selepas pemilihan 15 Disember lepas, tetapi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri mengakui beliau dimaklumkan perkara itu pada 17 Disember, iaitu dua hari selepas pemilihan.
Mengulas lanjut, Karpal berkata pegawai pemilihan kongres, Pooi Wong Keong yang melakukan kesilapan terbabit tidak seharusnya bertindak meletak jawatan kerana ia adalah tidak disengajakan.
Katanya pemimpin dan anggota DAP juga wajar memaafkan beliau kerana kesilapan sedemikian boleh berlaku ke atas mana-mana anggota parti yang bertanggungjawab menguruskan pemilihan kongres.
"Berikutan kesilapan ini, saya tidak menolak kemungkinan untuk mengupah audit luar bagi melakukan pengiraan dan penjadualan keputusan pada pemilihan kongres parti pada masa akan datang.
"Bagaimanapun, ia masih di peringkat cadangan dan beberapa perkara perlu diperhalusi termasuk mesyuarat di peringkat CEC sebelum sebarang keputusan muktamad boleh dibuat," katanya. - BERNAMA

    Hot ! Selepas Nurul Izzah, video Mujahid pulak bakal didedahkan !

    Posted: 04 Jan 2013 08:21 PM PST



    GEORGETOWN - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa didakwa pernah bersetuju agar penganut agama lain turut menggunakan kalimah ALLAH.

    Ahli Parlimen Parit Buntar itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika mengadakan dialog dengan penganut Kristian di sebuah gereja di negeri ini kira-kira dua tahun lalu.

    Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk video mengenai kenyataan itu yang diperolehnya beberapa hari lalu daripada pihak yang tidak dikenali.

    Beliau berkata, berdasarkan rakaman video itu, dia ada menyebut: "saya secara peribadi bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh penganut agama lain".

    "Saya kesal dan kecewa dengan kenyataan itu yang memperkecilkan kalimah ALLAH ketika berdepan dengan penganut agama lain.

    "Sepatutnya beliau berdakwah untuk menegakkan syariat Islam ketika bertemu dengan penganut agama lain dan bukan mengia atau menyokong kehendak mereka," katanya kepada media selepas mengadakan bantahan secara aman di depan Masjid Kapitan Keling selepas Solat Jumaat di sini semalam.

    Sehubungan itu, Mohamed Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, meminta pemimpin dari Perak itu memberi penjelasan mengenai isu itu atau menafikannya jika menganggap kenyataannya itu tidak benar.

    "Sama ada dia mengakui atau menafikan kenyataan itu, saya akan mendedahkan bukti itu dalam sedikit masa lagi. Memandangkan saya hanya mempunyai satu salinan, mungkin saya akan menyerahkannya kepada TV3 agar orang ramai dapat menontonnya sendiri," katanya.

    Menurutnya, sebagai seorang pemimpin Pas peringkat Pusat, dia tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti selama ini.

    "Semua pemimpin Pas Pusat jelas menyebut kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh umat Islam," katanya.

    Serentak itu, beliau turut membidas tindakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man kerana begitu pantas memberi kenyataan kepada portal pro pembangkang menafikan pembabitan Pas dalam bantahan yang diadakan oleh JMPP dua minggu lalu di Masjid Simpang Enam dan Komtar.

    "Kenapa beliau begitu cepat mengeluarkan kenyataan untuk menafikan Pas terlibat sedangkan ramai ahli Pas yang hadir dalam bantahan itu. Tindakannya itu seolah-olah bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP agar membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

    "Janganlah kerana nak jaga kedudukan dan jawatan dalam politik, kita menggadaikan maruah dan agama kepada orang bukan Islam," katanya.

    Serentak itu, Mohamed Hafiz melancarkan skuad untuk mengesan di mana Ketua Menteri berada setiap hari untuk membolehkan pihaknya bersemuka dengannya dan menyerahkan memorandum kerana selama ini Lim Guan Eng mengelak bertemu mereka.

    Selain itu, JMPP melancarkan kempen mengutip tanda tangan membantah kenyataan Setiausaha Agung DAP itu mengenai penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

    Najib mahu hubungan sempadan Malaysia-Thailand diperkukuhkan

    Posted: 04 Jan 2013 07:48 PM PST



    DANOK (THAILAND), 5 Jan - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pegawai-pegawai Malaysia dan Thailand di sempadan membina kerjasama lebih baik untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua buah negara.

     Beliau berharap majlis makan malam muhibah antara mereka yang diadakan di sini malam tadi akan mengukuhkan lagi hubungan yang sedia terjalin.Harapan Perdana Menteri itu disampaikan Pegawai Tugas-tugas Khas beliau, Datuk Latt Shariman Abdullah yang mengetuai pegawai-pegawai di sempadan Malaysia/Thailand pada jamuan tersebut.Turut hadir Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Fauzi Salleh dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar dan Senator Datuk Boon Som Inong yang mewakili masyarakat Siam Malaysia.Wakil Thailand yang hadir ialah Ketua Polis Selatan Thai, Kolonel Damras Wiriyohal, Naib Gabenor Wilayah Satun, U-Tarn Pichayaporn dan Naib Gabenor Wilayah Songkhla, Nattapong Sirichana.

     Ketika berucap pada majlis itu, Latt Shariman berkata masyarakat Malaysia menganggap Hadyai sebagai sempadan kerana ia menjadi tumpuan sebagai tempat perjumpaan pelancong dan peniaga yang masuk ke Thailand melalui Padang Besar, Wang Kelian, Sungai Golok atau Tak Bai.

     "Kita serahkan kepada Strategi Pembangunan Bersama (JDS) dan Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) yang ditubuhkan pada 2004 bagaimana untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala ini."Pada masa sama kita bantu tingkatkan kegiatan ekonomi di bawah kawasan segi tiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

     Saya yakin kedutaan kita serta Wisma Putra dan pihak berkenaan di Bangkok bekerja keras bagi menjayakannya, katanya.Menurutnya kerajaan dan rakyat Malaysia mengambil berat bencana yang menimpa Thailand dan buktinya beliau sendiri mengetuai badan-badan bukan kerajaan (NGO) menghantar bantuan bernilai lebih RM10 juta kepada mangsa banjir di Bangkok pada November tahun lepas.Pegawai kedua-dua negara di sempadan telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam membanteras penyeludupan bahan terlarang seperti dadah, bunga api, mercun, petrol, diesel dan beras dan mahu mereka meneruskannya agar kedua-dua negara menjadi lebih maju dan makmur, katanya.Latt Shariman berkata majlis itu yang terakhir diadakan tiga tahun lepas bertujuan meningkatkan hubungan baik antara pegawai-pegawai di sempadan, akan diadakan setiap tahun mulai tahun ini.Katanya pegawai kedua-dua negara di sempadan adalah lebih penting dalam memelihara keamanan dan keselamatan daripada mereka yang berada di Kuala Lumpur dan Bangkok.Sementara itu, Thailand mencadangkan kerajaan Malaysia menghantar guru mengajar bahasa Malaysia untuk mengajar di wilayah selatan negara 'Gajah Putih' itu serta mengenepikan protokol tertentu dalam usaha meningkatkan hubungan dua hala agar lebih akrab dan harmoni.Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thai, Tawee Sadsong yang mencadangkannya bagaimanapun tidak menyebut protokol yang dimaksudkannya.Sekiranya lebih ramai rakyat Thai menguasai bahasa Malaysia, hubungan antara rakyat kedua-dua negara akan lebih mesra, katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu dan diterjemahkan Boon."Kemesraan ini akan memudahkan serta meningkatkan lagi perdagangan di wilayah sempadan yang terbatas oleh sebab-sebab tertentu termasuk undang-undang," katanya.Tawee yang berucap sebelum itu menyifatkan hubungan Malaysia dan Thailand ibarat dua saudara akrab dan kukuh secara rasmi atau tidak rasmi dan berharap hubungan itu diperluaskan lagi meliputi bidang pendidikan, agama dan bahasa.

    Filem Hitam

    Posted: 05 Jan 2013 11:22 AM PST

    Filem Hitam


    Apa Model Usaha Anda?

    Posted: 05 Jan 2013 03:30 AM PST

    Dalam berwirausaha, Anda harus bisa menentukan positioning model usaha Anda.

    Di bawah ini adalah beberapa jenis model usaha yang banyak digeluti oleh para wirausahawan, yang bisa memberi inspirasi kepada Anda untuk menentukan jenis usaha Anda.


    Creator, produsen barang. Model ini membutuhkan pengetahuan, keahlian, dan tentu saja, passion untuk menciptakan suatu produk. Karena tergolong industri kreatif, maka Anda membutuhkan banyak ide untuk bisa menciptakan suatu produk yang mampu menembus pasar. Orang-orang yang menggeluti bisnis ini biasanya memang kreatif, dan memiliki hobi yang digeluti secara konsisten.

    Product sales. Inilah model usaha yang paling mudah. Anda tidak perlu memikirkan bagaimana memproduksi barang. Yang perlu Anda fokuskan adalah mencari produsen barang. Model usaha ini mencari keuntungan dari selisih harga beli dan harga jual. Ingat, semakin terkenal produk yang Anda pasarkan, maka pasarnya akan semakin luas. Karena itu, carilah produsen yang memiliki produk yang sudah terkenal.

    Jasa. Jika Anda memiliki keahlian di bidang servis AC atau sepeda motor, maka membuka usaha bengkel AC atau sepeda motor adalah model usaha yang tepat untuk Anda. Jika tak punya tempat luas untuk ruang bengkel, Anda bisa mulai dengan sistem pelayanan panggilan. Yang pasti, Anda harus memiliki "senjata" untuk membantu pelayanan Anda.

    Tiada ulasan:

    Pengikut