Rabu, 16 Januari 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 15 Jan 2013 01:07 PM PST

Apa Yang Tersirat


Seorang Lagi OKT mati dalam Tahanan Polis- Pembangkang Ambil Peluang

Posted: 15 Jan 2013 05:22 AM PST

Ahli keluarga seorang mekanik yang ditemui mati dalam lokap polis Balai Polis USJ 8 Subang Jaya semalam meminta siasatan dijalankan bagi mengenalpasti sebab kematian pemuda berusia 30 tahun itu ketika berada dalam tahanan.

Bapa mendiang, Chang Chan Man berkata anaknya Chang Chin Te sepatutnya dibuktikan kesalahan mengikut undang-undang dan bukannya diperlakukan seperti yang disyakinya itu.

Chang ketika ditemui pemberita hari ini berkata, beliau tidak dapat menerima kematian anaknya yang didakwa "mati secara teruk".

"Kalau polis boleh membuktikan dia bersalah, dakwa di mahkamah dan hantar ke penjara. Jangan pukul sampai mati.

"Saya berharap, pegawai tertinggi polis boleh siasat secara terperinci dan beri kita satu kebenaran," katanya.

Chang  yang merupakan ketua jawatankuasa Kampung Baru Subang berkata anaknya meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak berusia antara dua setengah tahun hingga sembilan tahun.

Mayat mendiang kini dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibuat bedahsiasat buat kali kedua selepas bedahsiasat pertama di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Dalam sidang media di rumah mendiang, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu berkata dua pegawai polis datang ke rumah isteri Chin Te di Kampung Baru Subang sekitar jam 12 tengah hari semalam dan memberitahu bahawa suaminya sudah meninggal dunia.

"Apabila ditanya oleh isteri si mati tentang sebab kematian, tidak ada jawapan. Lalu dia pergi ke hospital dan mendapati ada kesan berdarah di hidung dan telinga, muka bengkak dan dada jatuh," kata Ronnie.

Ronnie mendakwa isteri si mati sempat mengambil gambar mendiang tetapi didakwa "dipaksa" oleh polis untuk memadamkannya.

Bagaimanapun, kata Ronnie, isteri sempat menyimpan sekeping gambar yang menunjukkan keadaan muka si mati.

Surat permit menguburkan si mati yang dikeluarkan hospital menyatakan bahawa mendiang ditemui mati di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya.

"Punca kematian masih dalam siasatan," kata Ronnie yang membaca surat tersebut.

Turut hadir menziarahi keluarga mendiang antaranya dua exco kerajaan Selangor Teresa Kok dan Ean Yong Hian Wah, ADUN Bukit Tungku Lau Weng San dan ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim.

Kalimah Allah: Hadi akur pendirian Majlis Syura PAS

Posted: 15 Jan 2013 12:18 AM PST

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya akur dengan pendirian terbaharu Mesyuarat Majlis Syura UIama parti itu kelmarin dan beliau senada dengan kenyataan bertulis Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditanda tangani bersama timbalannya, Datuk Dr. Haron Din.

Persetujuan Abdul Hadi disampaikan menerusi pembantu Khasnya, Zaihan Daud  di Kuala Terengganu. Hadi dikatakan sedang sakit.

Zaihan yang enggan mengulas lanjut mengenainya berkata, isu berkenaan disifatkan telah selesai dan menegaskan pendirian Abdul Hadi adalah sama dengan kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk agama Islam.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Abdul Hadi, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pula berkata, pendirian Presiden Pas mengenai kalimah Allah telah diperjelaskan dalam kenyataan bertulis Abdul Hadi semalam iaitu sehari selepas kenyataan Majlis Syura Ulama. - UTUSAN


THE FLYING KICK

Posted: 15 Jan 2013 01:04 PM PST

THE FLYING KICK


PUNCA SEBENAR PENYOKONG NIK AZIZ DAN ANWAR IBRAHIM BERTUMBUK... KERANA BETINA!!!

Posted: 15 Jan 2013 11:57 AM PST

HARAKAHDAILY SEMAKIN JAUH MENYESATKAN GARA-GARA MABUK KUASA RAKYAT!!!

Posted: 15 Jan 2013 08:49 AM PST

AZIZAN ABDUL RAZAK PULA DAH TERSAMPUK HANTU FLIP-FLOP!!!

Posted: 15 Jan 2013 06:04 AM PST

BADROL AMIN CERAIKAN ISTERI KEDUA SEBAB NAK KAHWIN BINI BARU? BIAR BETULLLLL!!!

Posted: 15 Jan 2013 12:38 AM PST

TEO NIE CHING DAP MARAH, AZIZAN TAK BENARKAN WANITA JADI PENARI BOGEL DI KEDAH!!!

Posted: 14 Jan 2013 11:38 PM PST

PERLUKAH KITA PERCAYA KENYATAAN AKHBAR AUSTRALIA YANG NAJIB TERPERANGKAP DENGAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA?

Posted: 14 Jan 2013 10:36 PM PST

FUYOOO... TAK SAMPAI SETAHUN MASUK PAS, FAUZI SHAARI SUDAH ADA BANGLO SEBEGINI MEWAH!!!

Posted: 14 Jan 2013 08:30 PM PST

KALIMAH ALLAH: PAS MALU ALAH, TERPAKSA AKUI KEBENARAN UMNO!!!

Posted: 14 Jan 2013 07:14 PM PST

MINTA MAAF CEPAT, RAFIZI ATAU KAU KENA SAMAN!!!

Posted: 14 Jan 2013 05:20 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 15 Jan 2013 11:43 AM PST

PEJUANG BANGSA


Polis P.Pinang pantau sekolah direkrut jadi gangster !!

Posted: 15 Jan 2013 09:15 AM PST




- Polis sedang memantau kegiatan kumpulan kongsi gelap yang merekrut pelajar sekolah menyertai kumpulan mereka.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sejak sesi persekolahan bermula awal bulan ini, polis telah menerima beberapa laporan dari ibu bapa dan guru mengenai anggota kumpulan kongsi gelap menunggu di luar kawasan sekolah dan mempelawa para pelajar menyertai kumpulan mereka.
"Pemantauan sedang giat dilakukan dan kita telah mengerahkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) supaya meronda di kawasan sekolah yang telah dikenal pasti di sekitar daerah ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Phor Tay di Sungai Dua hari ini.
Beliau berkata, URB akan melakukan rondaan sebelum dan selepas waktu persekolahan bagi membanteras kegiatan itu. - BERNAMA



Komen GPB 


GPB menyambut baik pemantauan pihak Polis negeri diketuai  Ketua Polis Datuk Rahim Hanafi  di sekolah-sekolah mengenai kegiatan terbaru merekrut  menjadi ahli kongsi gelap dikalangan pelajar  .

 Ini juga hasil daripada maklumat ibubapa & guru  kepada pihak polis sekaligus membuktikan hubungan pihak berkuasa dengan rakyat berpisah tiada. 



Hot ! Bila kuasa rakyat dipuja melebihi kuasa Allah..

Posted: 15 Jan 2013 08:09 AM PST


Semakin teruk kepala otak  penulis  kitab kebanggaaan PAS iaitu Harakah .  Macam ini ka kenyataan seorang yang kononnya lebih Islam daripada umat Islam lain di Malaysia ini ? Dah terlampau taksub kepada parti .

Tok Guru PAS  mana ajar kuasa RAKYAT  paling berkuasa di dunia ini ??

 Kuasa yang Maha Pencipta bumi inilah yang paling berkuasa iaitu Allah S.W.T . Untuk pengetahuan mereka , dengan Kuasa Allah juga lah  yang memberikan kemenangan  kepada kerajaan BN di pilihanraya & sudah  memerintah Malaysia ini melebihi 50 tahun .




Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura tak goyang pun pendirian Pakatan Rakyat !! !

Posted: 15 Jan 2013 04:30 AM PST



 Keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak bersetuju kalimah Allah dibenarkan untuk digunakan oleh penganut Kristian di negara ini semalam   tidak akan memberikan sebarang kesan kepada keputusan yang telah ditetapkan oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang sebelum ini.

Malah, tindakan dua kepimpinan tertinggi Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat mendahului keputusan majlis syura merupakan satu petanda bahawa majlis syura Pakatan Pembangkang termasuk Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal lebih berkuasa berbanding suara Majlis Syura Dewan Ulama Pas.


Hari terbukti melalui kenyataan PKR Selangor bahawa mereka masih  berpegang kepada keputusan yang dipersetujui 2010 dalam pakatan rakyat.




Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei enggan mengulas mengenai keputusan Majlis Syura PAS berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dalam kitab Bible.

Beliau yang juga ADUN Seri Muda menegaskan PKR tetap berpegang kepada keputusan yang dipersetujui Pakatan Rakyat pada 2010 bersabit isu itu.

Ketika itu, PR mengambil pendirian bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Muslim dengan syarat penggunaan itu tidak menghina Islam.

Majlis Syura PAS semalam menetapkan kalimah Allah tidak boleh diguna dalam Bible Bahasa Melayu sebagaimana yang dituntut oleh DAP pada bulan lalu. 




#Listen Syarifah Zohra akan minta maaf kepada mahasiswa UUM ???

Posted: 15 Jan 2013 03:26 AM PST




GPB hairan  semalam tiba2 je meletup isu  Syarifah Zohra ni pasal hina mahasiswa UUM .  Besar sangat ke perempuan ni ??  Macam la perempuan ini seorang menteri atau wakil  BN. .

 Rupanya bila baca isu ini , cai-cai Pro M telah berjaya  politikkan isu ini dengan menggunakan  Bawani  dan Zohra ini pulak satu bengong  punya mangkaq ..apa dia  ingat idea dia seorang je betul .

Tak mustahil lepas ini cai-cai Pakatan  terdiri mahasewel ini akan berdemo bagi  desak Sharifah Zohra ini minta maaf  .  Pemimpin2 mereka pulak turut bersama dibelakang bagi menghentam kerajaan .

Tetapi isu ini pantas dikomen YB Khairy Jamaluddin yang menafikan Syarifah Zohra ini mewakili BN dalam forum berkenaan . Ini bermaksud , apa-apa yang keluar  daripada mulutnya itu tidak mewakili BN  kerana memang  pun bukan program anjuran  BN .

GPB juga turut bersetuju dengan  pandangan YDP  MPP UUM bahawa tindakan Zohra ini bertentangan  dengan perjuangan aspirasi mahasiswa dan terlalu beremosi .KLIK DISINI 








Hot ! 700 penduduk Batu Kawan sertai parti komponen BN !!

Posted: 15 Jan 2013 02:24 AM PST



Kerajaan DAP menerima tamparan hebat apabila berikutan pemohonan keahlian baru penduduk di Batu  Kawan yang menyatakan sokongan kepada BN dengan menyertai parti PPP.

GPB yakin sepanjang 4 tahun selepas  DAP menang di Parlimen di situ ,  faktor khidmat  wakil rakyat di situ yang  jarang nampak muka membuatkan rakyat hilang kepercayaan dan kini meyakini BN .




Terdahulu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerima 700 borang permohonan keahlian baru Parti Progresif Penduduk (PPP) bagi penduduk Batu Kawan. Beliau yang mengalu-alukan perkara itu berkata permohonan itu menunjukkan tanda sokongan masyarakat terhadap BN yang semakin meningkat sekaligus menambah keyakinan parti itu mampu menawan semula Pulau Pinang

. "Ini juga satu petanda bagaimana Barisan Nasional semakin mendapat sokongan. Setiap hari kita menerima orang masuk anggota Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP…ini satu petanda yang amat baik," katanya.KLIK DI SINI

Anuwar & Guan Eng kecewa keputusan Majlis Syura PAS ??

Posted: 14 Jan 2013 10:30 PM PST




. - Ketegasan Majlis Syura Ulama Pas memutuskan kalimah Allah hanya khusus untuk Islam merupakan tamparan hebat kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan golongan parasit dalam Pas.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, keputusan tegas itu menunjukkan majlis berkenaan masih berkuasa dalam Pas terutama untuk menentukan hala tuju parti tersebut tidak dicemari.

Sehubungan itu, katanya, Anwar serta Guan Eng yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP dicabar membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Pas itu atas dasar semangat setiakawan pakatan pembangkang yang mereka agung-agungkan.

"Kenyataan sedemikian boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan PKR dan DAP terhadap Pas untuk meneruskan perjuangan pakatan pembangkang- Utusan-
.

*** Selepas ini kenyataan Anwar mesti salahkan UMNO  pasal berjaya pengaruhi Majlis Syura ..haha

Kalimah Allah : Mat Sabu flip flop terpaksa tukar pendirian

Posted: 14 Jan 2013 09:29 PM PST




Selepas tertekan dengan isu kalimah Allah , PAS akhirnya akur dengan keputusan  Majlis Syura Ulama .

Ramai yang hairan  sebelum ini  bagaimana Hadi selaku Presiden boleh setuju kalimah Allah digunakan penganut agama lain sebelum dipersetujui Majlis Syura PAS.  Mat Sabu pun terpaksa tukar pendirian yang pasti mengecewakan adik kesayangannya Guan Eng yang menjadi dalang tercetusnya isu ini .



- Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. - BERNAMA

Hot ! Pencacai Pakatan panas telinga kalau lihat video ini #HKR112 !!

Posted: 14 Jan 2013 04:43 PM PST


Memang panas telinga punya pencacai-pencacai Pakatan kalau lihat komen daripada Datuk Ahmad Maslan yang mengulas mengenai HKR112 & himpunan shamsidar yang gagal minggu lepas.


 

DIMENSI

Posted: 15 Jan 2013 11:26 AM PST

DIMENSI


Omegay: Mat Sabun sokong giler vavi...main sabun sampai pagi >XD

Posted: 14 Jan 2013 08:52 PM PST


KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura iaitu ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
   
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
   
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini, malam tadi.
   
Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas Ahad lepas, yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
    
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.
   
Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. - Bernama

p/s: kehkehkeh mamat sekor nih takde keje lain. asik jadi lalang 24 jam...dah patut kene tebas! >XD

Omegay: BN tembak peluru betul..PR tembak peluru kapor >XD

Posted: 14 Jan 2013 04:25 PM PST

satu hari di padang tembak...

"hooo hok pisto neyh pendek sangak dowh!.."

"PENG!...PENGGG!...haaa hok neyh baguh panje sokmo!
bunyi pun hebak"

"haaa...siap mu najib...ambo tehh mu
PENGG...PENGG!!!"

malang tak berbau..kalau malang bau taik bley gak kita elak tol tak!
namun dalam kes ni nik aziz tak dapat cium bau malang tapi peluru 'cium' kepale nik aziz...

"astagaa..guanno tok guru kito buley tegolek dog lagu neyh?"

bak kate orang kita bukan tuhan..kita merancang tapi tuhan yang tentukan...

tet...tet...tett..."yaaasinnnn...."

di pendek kan cerite selang beberapa bulan terlantar
di katil sepital..allah masih nak panjangkan nyawa orang tua ni..

najib: "macam mane bley jadi cmnih tuan haji?
nik aziz: "entoh lerr..yang ambo ingak lagi ambo tes senapang nok tembok umno..
lor neyh ambo sedor telantar atah katil"

nik aziz: "deme kato ambo keno peluru sesat!"
najib: "tu la haji dah tua..nak pikul senapang pun tak larat"

"...kalau haji kena peluru sesat mati pun sesat lagi haru!..
bertaubat ler haji sementara peluang masih ada"

the moral of the story...kalau takde isu jangan suka buat fitnah!

Samdol: tok guru...diorang main tipu..
diorang tembak kita pakai peluru hidup tak aci lerr!"
nik aziz: "meme ler deme tembak guna peluru hidup..
kite guna peluru kapor..bunyik jer bisin tapi musuh tok mati jugok!..
mu bodow celako sokmo..harkk ptuihh!

IPOHMALAY

Posted: 15 Jan 2013 09:38 AM PST

IPOHMALAY


Syukur PAS Tukar Pendirian Hasil Tarbiah UMNO

Posted: 14 Jan 2013 06:22 PM PST

Akhirnya, Nik Aziz harus akur, kata-kata sombong yang kononnya hasil tarbiah mereka, ramai wanita Islam kini bertudung termasuk Wanita UMNO dan Puteri UMNO, telah dibalas Allah.

Akibatnya, mereka pula ditarbiah oleh UMNO berhubung penggunaan kata nama khas Tuhan Yang Satu, ALLAH,  yang tidak sesuai digunakan oleh penganut Kristian di negara ini.

Lebih memalukan, pentarbiahan itu dilakukan oleh parti yang mereka tuduh sekular, menolak Islam dan lain-lain lagi.

Hasil dari tarbiah ini, PAS menyedari bahawa mereka di ambang kalah besar kerana menjadi parti takbir tanpa pernah benar-benar merealisasikan maksud takbir tersebut sehingga terpaksa tunduk kepada agenda pluralisme.

Mereka patut sedar bahawa tidak kira atas nama apapun, mereka tiada hak untuk berasa bongkak mendabik dada mengenepikan hakikat bahawa Allah menyuluh hati manusia berdasarkan apa yang telah manusia itu usahakan.

Tidak perlu berasa terlalu sempurna sehinggakan terbabas ke dalam gaung.


Bukan Islam guna kalimah Allah, mengarut - Nik Aziz


KOTA BHARU 14 Jan. - Biarpun sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) bersetuju dan senada dengan pemimpin DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, hari ini beliau berubah fikiran dan menyifatkan perkara tersebut sebagai mengarut.

Beliau berkata, ini kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada tuhan yang satu dan kalimah tersebut tidak tepat sama sekali untuk digunakan oleh agama yang mempunyai tuhan lebih daripada satu.

Katanya, justeru itu, bagi mana-mana pihak yang mahu menggunakan kalimah tersebut harus yakin bahawa Allah hanya satu.

"Bila agama lain yang tiada tuhan yang satu tiba-tiba hendak guna Allah tidak betul, kerana apa letak Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai tuhan yang satu, yang maha kuasa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130115/po_06/Bukan-Islam-guna-kalimah-Allah-mengarut---Nik-Aziz#ixzz2I09RfbjD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kita Desak, Nik Aziz Ubah Pendirian, Kita Pertikai?

Posted: 14 Jan 2013 04:50 PM PST

Kita desak dia nyatakan pendirian. Selepas jelas pendiriannya yang merugikan agama, kita asak mereka bertubi-tubi. Kita minta mereka nyatakan pendirian mereka lagi. Kita sogok dengan sebab musabab mengapa pendirian mereka itu salah.

Akhirnya, mereka sependapat dengan kita. Mereka sedar mereka silap. Tetapi mengapa perlu kita pertikaikan pula perubahan pendapat mereka?

Orang yang mahu berfikir telah mengetahui siapa yang betul pada mula perkara. Apabila kita tidak lagi eksklusif dalam mempertahankanNya, kita pertikaikan pula kehadiran pihak baru yang sependapat dengan kita.. Kita nak apa sebenarnya?


Kalimah Allah : Khairy Persoal Pendirian PAS.

E-mailPrint
alt

Sungguhka

Posted: 15 Jan 2013 09:14 AM PST

Sungguhka


Imbau Kembali - Integriti Dari Zul Nordin.

Posted: 15 Jan 2013 01:30 AM PST

Flip Flop Flip Flop Isu Kalimah Allah Dalam Bible Melayu.

Posted: 14 Jan 2013 11:30 PM PST

Matlamat Menghalalkan Cara.......

Posted: 14 Jan 2013 08:30 PM PST

Dd i n b u n g a

Posted: 15 Jan 2013 07:49 AM PST

Dd i n b u n g a


SEORANG LAGI PENASIHAT EKONOMI STANDARD RM1.00 DIBERANAKKAN

Posted: 14 Jan 2013 10:26 PM PST

PENASIHAT EKONOMI STANDARD RM1.OO
MAMAT NI KENA SEDAR TUBUH NYA BANK ISLAM ATAS KERINGAT TUN MAHATHIR, TERTUBUHNYA BANK ISLAM ATAS SUARA AHLI UMNO DIDALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO, ATAS KESEDARAN UMNO DALAM MALAKSANAKAN SYARIAT ISLAM KONSEP MUAMALAT MAKA BANK ISLAM TERTUBUH, DENGAN TERTUBUHNYA BANK ISLAM SI MAMAT NI DAPAT PEKERJAAN YANG BERSTATUS TINGGI.

KENAPA HARUS MENGKHIANATI NEGARA???? TIDAKKAN TERFIKIR SEBAGAI SEORANG YANG PROFESIONAL, DENGAN STATEMENT YANG DIBUAT SAHAM NEGARA AKAN MENJUNAM JATUH, BUKANKAH DENGAN STATEMENT YANG BODOH BEGITU PELABUR AKAN TAKUT UNT MELABUR DI NEGARA APATAH LAGI DENGAN MERAMAL PAKATAN PEMBANGKANG YANG TAK RETI KERJA MEMERINTAH NEGARA, KENAPA HARUS DIMALUKAN  NEGARA DI MATA LUAR.

SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI KEPADA BANK ISLAM BUKAN KAH BANYAK LAGI STATEMENT - STATEMENT YANG MENGUNTUNGKAN YANG BOLEH DISUARAKAN, TIDAKKAN BANYAK LAGI SENTIMEN - SENTIMEN BERKAITAN EKONOMI YANG LEBIH POSITIF BOLEH DIKEMUKAKAN, BUKAN KAH BANYAK STATEMENT MENGENAI KEJAYAAN NEGARA DALAM MELAKUKAN TRANFORMASI EKONOMI, KERAJAAN DAN POLITIK BOLEH DIJADIKAN FAKTA, KENAPA HARUS DIPILIH STATEMENT JAHAT INI?????

TIDAK KAH INI BOLEH DISAMAKAN DENGAN PENGKHIANATAN KEPADA NEGARA DAN MEMBUSUKKAN NAMA BAIK BANK ISLAM???
TEMAN SOKONG KEPUTUSAN LEMBAGA PENGARAH BANK ISLAM MENGANTUNG TUGAS MAMAT NI SEPERTI YANG DIWAR - WARKAN MELALUI TWITER SEORANG PEGUAM NADIAH FADWA BAHAWA AZRUL AZWAR AHMAD TAJUDDIN DI GANTUNG TUGAS????

NASIHAT TEMAN PADA MAMAT NI, JIKA NAK BERPOLITIK MASUK BETUL - BETUL DALAM GELANGGANG POLITIK. JANGAN MENGGUNAKAN JAWATAN TINGGI YANG DIWUJUDKAN OLEH KERAJAAN BN UNTUK MEMBURUK KERAJAAN PIMPINAN BN.

BAGI TEMAN PADAN DENGAN MUKANYA.BAGI TEMAN ITU KIRA HUKUMAN BATUK DITANGGA, KALAU TEMAN PECAT TERUS.

DARI PORTAL MALAYSIA CHRONICAL
A prediction about the outcome of the next general election has landed Bank Islam Malaysia's chief economist in trouble, with a possible disciplinary action on the cards.
On January 11, Singapore's Straits Times reportedly quoted Bank Islam's Azrul Azwar Ahmad Tajuddin (pic) as telling a forum in the city-state that Barisan Nasional may win only between 97 and 107 seats in the coming polls, not enough to form the next government.
Presenting his views at the Regional Outlook Forum, Azrul warned that Pakatan Rakyat's slim win could spell some "instability", and even said there was a possibility of "economic sabotage" by businesses aligned with BN.
BIMB managing director Zukri Samat immediately wrote a disclaimer to the daily, saying it had nothing to do with Azrul's views.
"The views expressed by Mr Azrul are entirely his personal view and should not be linked or attributed to Bank Islam whatsoever," he added.

REVOLUSI

Posted: 15 Jan 2013 07:41 AM PST

REVOLUSI


KALIMAH ALLAH HAK MILIK MUTLAK ISLAM.. KENYATAAN BARU NIK AZIZ SEMAKIN PARAH

Posted: 15 Jan 2013 12:45 AM PST

salam revo..  

maaf di atas kesepian dalam blog ini.. banyak perkara dan urusan yang perlu diutamakan.. tetapi revo tetap dalam bersama meneruskan perjuangan AGAMA ISLAM yang suci dan agung, BANGSA MELAYU yang murni dan utuh, MALAYSIA negara tercinta..


revo terpanggil untuk membuat artikel kali ini kerana revo semakin jelek dan muak dengan permainan politik melampau dan kotor ini.. perkara paling melampau yang tidak boleh diterima apabila KALIMAH SUCI ALLAH dipermainkan.. isu ini bukan isu baru, ia isu lama.. semasa MALAYSIA panas dengan siri pilihan raya kecil dulu, isu sebegini sudah panas.. kemudian menyepi dan meletus kembali oleh puak yang sama.. puak pembangkang yang tidak ada rasa hormat pada isu kalimah suci ISLAM yang satu2nya hak milik ISLAM..



masya ALLAH adakah MALAYSIA hari ini bakal melihat kejatuhan ISLAM agama yang unggul lagi suci.. akan revo terus mempertahankan kesucian ISLAM...



revo tahu semua orang sudah jelas dan tahu isu ini.. tetapi apa yang menarik minat revo untuk mengetengahkan isu ini adalah kenyataan NIK AZIZ selepas Majlis Syura PAS membuat resolusi melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam bible versi melayu...



revo ada membaca beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh NIK AZIZ antaranya, "ALLAH itu satu, kalau ada agama lain yang tuhan nya bukan satu, kalau nak guna BOLEH tapi salahlah"



masya ALLAH... adakah ini kenyataan yang kata nya memperjuangkan ISLAM.. adakan ini kenyataan orang yang disanjung sebagai TOK GURU.. tokguru islam ape macam ini?



ALLAH adalah kalimah suci hak milik mutlak ISLAM.. kenyataan NIK AZIZ ini melihat kan kita dengan kenyataan nya bukan ISLAM boleh guna kalimah ALLAH tapi salah.. maka ia menunjukkan seakan-akan umat ISLAM membenarkan orang lain meletakkan kalimah suci ALLAH ditempat yang salah.. perkara ini seakan-akan kita membenarkan kalimah suci ALLAH dipermainkan dan diperkotak-katikkan.. subhanallah...



umat ISLAM perlu tahu kita sebagai umat ISLAM wajib terus mempertahankan ISLAM termasuk kalimahnya.. umat ISLAM wajib menghalang ISLAM dipermainkan... umat ISLAM wajib terus perjuangkan kesucian ISLAM..



kalau hari ini parti POLITIK yang konon nya memperjuangkan ISLAM sedangkan realitinya sekarang ini tidak releven dan semakin sesat.. kita umat ISLAM harus menolak yang menghentikan perkara sebegini..



ayuh rakan kita terus mainkan isu seperti ini... biar seluruh umat ISLAM dan rakyat MALAYSIA terus sedar dan paham akan perjuangan pihak songsang yang sering mempermainkan ISLAM demi kepentingan politik dan kuasa...



ayuh rakan2 kita sama-sama menolak parti yang menjadikan ISLAM sebagai alamat permainan.. ayuh kita tolak mereka yang bertopengkan ISLAM hanya semata-mata demi kuasa... ayuh kita sama menghapuskan mereka yang mempersendakan ISLAM..



minta rakan terus sebarkan isu ini..biar kita ditikam, kita ditembak, biar kita di penjara, asalkan kita terus pegang dan pertahankan ISLAM yang suci lagi unggul ini.. mari sama-sama kita sebarkan perkara ini..



REVO TERUS MENOLAK PARTI YANG MEMPERMAINKAN ISLAM !!

REVO TERUS MENOLAK PEMBELOT DAN PENGKHIANAT MELAYU !!

REVO TERUS MENOLAK PARTI YANG MENGHANCURKAN MALAYSIA !!


Tiada ulasan:

Pengikut