Isnin, 14 Januari 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 13 Jan 2013 09:40 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


KEHANCORAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH PAKATAN SELANGOR.

Posted: 13 Jan 2013 02:06 AM PST

HASIL ANUTAN PAS.

Posted: 13 Jan 2013 01:48 AM PST

PISAU.NET

Posted: 13 Jan 2013 09:38 PM PST

PISAU.NET


Golongan Penipu Penganjur HKR

Posted: 13 Jan 2013 05:00 AM PST




Lebih kurang dua tahun kebelakangan ini sudah banyak perhimpunan dan demonstrasi jalanan serta pelbagai gimik politik diusahakan oleh pakatan pembangkang disegenap pelusuk negara termasuklah sebahagiannya tertumpu di ibukota Kuala Lumpur.

Terbaru mereka mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) #KL112 atau lebih diingati ramai sebagai Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 melibatkan gabungan 4 kumpulan propaganda utama PR.

Empat kumpulan ini terdiri daripada NGO Bersih berwarna kuning fokus pada propaganda anti SPR, kumpulan Hijau tertumpu pada bantahan terhadap kilang nadir bumi Lynas dan Rapid Pengerang, manakala kumpulan Oren pula berusaha untuk memburukkan FELDA serta kumpulan merah, NGO Royalti dari Kelantan.

Atas kepercayaan angka 4 dikalangan masyarakat Cina bermaksud "si" yakni bermaksud "mati" dan dianggap suwey serta membawa sial, maka PR sebagai pihak penganjur membawa masuk satu lagi kumpulan sampingan berwarna ungu yang terdiri daripada muslimat dan wanita PKR.

Dengan gabungan 4 kumpulan propaganda utama ini pihak penganjur optimis tanpa mengira logik akal telah dengan selamba mempromosikan kononnya sejuta (1,000,000) orang peserta yang terdiri daripada penyokong mereka dari seluruh negara akan hadir memenuhkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Awal-awal promosi lagi sudah menipu semacamlah rakyat tidak tahu yang Stadium Merdeka cuma mampu menampung 30,000 orang hadirin sahaja. Hatta jika dipenuhkan sekali dengan kawasan padang bola dan laluan pejalan kaki cuma 40,000 orang sahaja yang boleh berhimpit-himpit dalam stadium tersebut.

Mana lagi nak disumbat kai lebih 900 ribu? Kot ya pun mahu bikin gempak gunalah logik akal sikit. Ini tidak, dari awal lagi sudah menipu rakyat. Macam mana rakyat nak meyakini PR jika begitu gayanya, belum memerintah sudah menunjukkan belang penipuan?

Paling malang sekali, kesemua 4 kumpulan propaganda utama warna warni ini masing-masing mempunyai rekod pernah cuba memperbodohkan khalayak serta berniat menipu rakyat dengan pelbagai gimik dan tingkahlaku yang menjelekkan.

NGO proksi PR, Bersih 2.0 misalnya pernah terlibat dalam adegan memalukan apabila sengaja mencipta trick propaganda apabila seorang pesertanya bernama Suhardi Mat Isa yang merupakan penyokong PAS telah dengan melakonkan aksi dua tiga kali mati dan hidup semula semasa demonstrasi jalanan Bersih 2.0 pada Julai 2011.

Sementara itu ketika demontrasi Bersih 3.0 dilangsungkan pada April 2012 pula para pesertanya berkelakuan liar dengan memusnahkan kenderaan peronda polis dan menendang motosikal anggota polis trafik.

Mereka juga telah melanggar perintah Mahkamah dengan sengaja merempuh ke arah Dataran Merdeka bertujuan untuk menawannya, bila pihak berkuasa bertindak balas untuk menguatkuasakan undang-undang demi ketenteraman awan, para perusuh ini telah memutarbelitkan cerita untuk mengabui mata rakyat dengan menyalahkan pihak polis pula.

Manakala kumpulan Hijau pro DAP dan PKR yang kononnya aktivis alam sekitar pula telah dengan sengaja memesongkan fakta mengenai kilang pemprosesan bahan nadir bumi Lynas kononnya membahayakan keselamatan rakyat, walhal fakta saintifik membuktikan sebaliknya.

Lebih menyakitkan hati bila mana kumpulan yang sama melancarkan gimik mogok lapar selama 100 jam sebagai bantahan terhadap Lynas dan Rapid Pengerang. Baru sehari dua berlangsung akhirnya kantoi apabila ramai pesertanya dilihat secara senyap-senyap menjamu selera di resoran dan hotel.

Tidak cukup dengan ppgimik dan penipuan di atas, kumpulan Oren yang anti FELDA di ketuai AJK PAS Pusat juga terlibat secara langsung menipu para peneroka FELDA kononnya tanah dan rumah peneroka akan tergadai bila FGVH menyertai pasan saham BSKL.

Realitinya tiada tanah milik peneroka yang dipajak atau berisiko tergadai sebaliknya yang betul-betul tergadai ialah maruah rakyat Kelantan dan berpuluh ribu ekar tanah serta hasil bumi di selatan negeri itu telah jatuh ke tangan orang luar.

Dalam salah satu demonstrasi Oren bulan lepas pula, pesertanya telah dengan sengaja menyalibkan patung menyerupai Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mirip seperti Tuhan triniti kristian, Jesus yang mati disalib. Satu penghinaan terhadap sesama Islam dan lebih memalukan kejadian menyalib itu dilakukan selepas selesai mereka menunaikan solat Jumaat. Memalukan.

Kumpulan terakhir yang bertemakan warna merah, NGO Royalti tajaan pemimpin PAS pula telah dengan sengaja memutarbelitkan fakta carigali minyak di luar persisiran pantai negeri itu. Sedangkan fakta sebenar hanya minyak yang dijumpai dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan sahaja yang layak menerima royalti minyak.

Jika lebih dari lingkungan tersebut, Kerajaan Pusat atas budi bicara berpandukan perjanjian yang ditandatangani boleh mengusulkan perbincangan seterusnya mempertimbangkan bayaran wang ehsan terus kepada rakyat melalui agensi-angensi Kerajaan Pusat untuk .

Apa yang terjadi, wang ehsan ditolak oleh Kerajaan PAS Kelantan dan NGO Royalti sebaliknya mereka menuntut wang tersebut dimasukkan terus ke kantung Kerajaan Negeri, yang sebenarnya terselit motif untuk diambil kesempatan buat mengenyangkan perut sesetengah pimpinan negeri

Walhal majoriti rakyat Kelantan ternyata selesa dengan pemberian wang ehsan yang memberi manfaat kepada mereka berbanding jika wang itu diberikan kepada Kerajaan PAS Kelantan akibatnya banyak berlaku ketirisan sebagaimana berlaku dalam kes royalti kayu balak, perlombongan emas, pasir dan bijih besi.

Satu perkara yang agak mengelirukan, NGO Royalti ini tanpa sedar telah menuntut supaya diwujudkan kompleks pendaratan dan penapisan petrokimia di Pantai Sabak, Bachok. Percanggahan ketara bila mana kumpulan Hijau yang bergabung bersama mereka dalam HKR pula menentang pembinaan kilang pendaratan dan penapisan petrokimia Rapid di Pengerang, Johor.

Tampak jelas, terang lagikan bersuluh, segalanya menunjukkan penganjuran HKR sebetulnya hanyalah satu propaganda politik yang motif utama mereka hanyalah mahu menarik perhatian rakyat khususnya para pengundi sempena PRU 13 nanti.

Mereka cuba mengelirukan rakyat melalui pelbagai gimik, penipuan dan pemesongan fakta termasuklah melakukan aksi liar dan kontroversi tanpa mempedulikan hakikat yang rakyat sebenarnya lebih celik akal dan mindanya.

Golongan penipu dan penyebar propaganda politik ini semua sepatutnya sedar, tingkah laku dan watak pembawaan mereka tidak sedikit pun mampu mmmembantu PR untuk menghadapi PRU 13. Tiba masanya kelak, rakyat sebagai hakim negara pastinya beramai-ramai menunaikan hak mereka dalam pilihanraya dan mengundi menolak gabungan parti politik yang tidak beretika ini.

Isu Kalimah Allah Dan Bible.

Posted: 13 Jan 2013 01:00 AM PST


Ilmu Para Mufti Lebih Rendah Dari Nik Aziz?

Sudah ramai ilmuan agama termasuklah para Mufti tampil menempelak tindakan PAS yang secara sedar telah merendahkan kesucian agama Islam apabila buat kali keduanya bersetuju menyokong kalimah Allah s.w.t digadaikan kepada Kristian.

PAS ternyata terpana dan terkesan bila tiba-tiba sahaja para Mufti dan ilmuan agama sama ada yang non partisan mahupun dari dalam PAS sendiri semakin berani menyatakan kritikan mereka secara terbuka, satu senario yang langsung tak terjangka oleh pimpinan PAS.

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid umpamanya menyifatkan tindakan PAS menyokong kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan Bible berbahasa Melayu adalah satu langkah seolah-olah sengaja mahu menyekutukan Allah s.w.t.

Beliau juga berkata persetujuan PAS membiarkan kesucian kalimah Allah dinukilkan dalam Bible menggantikan perkataan 'God' dalam konsep ketuhanan Kristian, sama seperti PAS redha dan merelakan Allah s.w.t itu bukan lagi Yang Maha Esa.

Ulasan beliau senada dengan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman yang turut mengkritik keputusan songsang PAS menyokong tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible.

Katanya lagi, bagi umat Islam Tuhan hanya satu iaitu Allah s.w.t yang menciptakan alam dan seluruh kejadian di dunia ini, tiada sekutu atau menyerupai makhluk lain.

"Namun, (penganut) Kristian menyebut Allah sebagai Tuhan tetapi mempunyai pelbagai bentuk serta beranak pinak (ayah, ibu dan anak)."

Malah beliau juga menyelar tindakan pihak gereja Kristian mahu mencetak Bible dalam Bahasa Melayu dengan menukarkan God kepada kalimah Allah yang dipercayai dilakukan dengan maksud tertentu untuk mempengaruhi generasi muda muslim supaya terkeliru dan menganggap al-Quran dan Bible, tiada perbezaannya.

Berikutan teguran-teguran itu, tidak sedikit penyokong dan ahli PAS yang buta hati dan kelam mindanya bangkit merendah-rendahkan kewibawaan mereka berdua dengan pelbagai komen buruk dan sinis. Pada mereka, sokongan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap persetujuan PAS dalam isu kalimah Allah adalah tepat dan tiada salahnya.

Jika benar martabat para Mufti sebegitu rendah malah lebih rendah daripada Nik Aziz, apa pula komen pengikut taksub PAS terhadap pendirian dua orang ulama PAS yang jelas bertentangan dengan pendapat songsang Nik Aziz?

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din misalnya tetap tegas dengan pendirian sesiapa saja umat Islam yang redha ,menyokong tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk dicetak dalam Bible boleh ditimpa kekufuran.

Selain Ustaz Haron Din, seorang lagi pemimpin PAS yang juga adalah pendakwah terkenal, Ustaz Ismail Kamus juga mengecam pendirian PAS dalam isu ini. Katanya, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan kerana tidak sesuai dengan keadaan dan situasi.

"Siapa pun bertanya, jawapan saya tetap sama iaitu kalimah Allah tidak sesuai digunakan orang bukan Islam di negara ini. Kalau dibenarkan, nanti orang keliru. Allah ini Tuhan siapa sebenarnya? Islam atau agama lain?

"Bagi umat Islam, kita perlu pertahankan agama kita. Bagi saya, kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam daripada berlaku," demikian kata Ustaz Ismail Kamus kepada Utusan Malaysia.

Semua kenyataan di atas merupakan satu tamparan hebat buat PAS khususnya kepada Nik Aziz yang sebelum ini bersungguh mempertahankan kesediaan PAS menyokong tuntutan kalimah Allah dimasukkan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Jika dikira dari segi ketokohan dan kelayakan pengetahuan agama, siapa Nik Aziz jika dibandingkan dengan para Mufti sekalian yang terbukti memiliki kelayakan dan luas pengetahuan agama Islam di dada mereka. Hatta Ustaz Haron Din dengan Nik Aziz pun ibarat membanding intan berlian dengan kaca, tak begitu?

Sulit! #KL112 Video Solat Pelbagai Kiblat Cara Pakatan

Posted: 12 Jan 2013 10:56 PM PST

Dulu mereka ini sanggup bersolat 2 iman,sekarang sudah diupgrade semenjak pluralisme dan liberalisme berkembang. Kemana kiblat mereka? Tokong Allah?Gereja Allah? Kuil Allah? atau Kaabah?

Walau cuba ditepis dengan pelbagai alasan dan kaedah kungfu dan taichi..video dibawah menjadi bukti..




 Pisau kata "Kiblat satu lagi atas pentas utama ..Tokong Lim Guan Eng!"

Hanya 8% Cina Hadiri HKR

Posted: 12 Jan 2013 10:00 PM PST




Berminggu-minggu pemimpin pakatan pembangkang memainkan propaganda bombastik bahawa ibukota KL kononnya akan dibanjiri sejuta orang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) di Stadium Merdeka.

Besar angan-angannya nak gapai angka sejuta (1,000,000) sedangkan lokasi perhimpunan hanya dilangsungkan di stadium yang berkapasiti 30,000 orang sahaja.

Dalam bab memperbesarkan cerita, menipu dan melagukan propaganda serah saja pada pemimpin PR, itu salah satu kelebihan utama mereka. Memanjang saja bila gebang politik, kakinya jarang sangat memijak bumi nyata.

Akhirnya realiti yang berlaku seperti mana disaksikan khalayak ramai, nak mencapai 5% daripada sejuta orang sasaran kehadiran pun tercunggap-cunggap PR nak menggapainya.

Secara keseluruhannya HKR hanya merekodkan kehadiran sekitar 45,000 orang sahaja termasuk ribuan penyokong PR yang berada di luar Stadium Merdeka bersamaan 4.5% daripada sasaran utama sejuta orang hadirin.

Menarik untuk dianalisa apabila kehadiran kaum Cina kelihatan seperti merudum di mana penyertaan mereka dalam HKR dianggarkan hanya sekitar 8% sahaja daripada keseluruhan peserta. Manakala kehadiran dari kalangan masyarakat India pula mewakili sekitar 2% sahaja.

Majoriti peserta himpunan adalah orang Melayu Islam yang terdiri daripada ahli dan penyokong totok PAS dan PKR, sebahagian besarnya dari PAS yang dikerah datang dari seluruh negara untuk meramaikan himpunan.

Kekurangan ketara sokongan dari masyarakat India kepada PR semestinya tidak sukar dijangkakan setelah mengambil kira layanan buruk PR terhadap mereka khususnya membabitkan insiden Kampung Buah Pala dan isu perobohan kuil-kuil ibadat Hindu tanpa melalui prosedur yang betul.

Kegagalan DAP & PKR mengembleng tenaga ahli dan penyokongnya dari kalangan kaum Cina untuk beramai-ramai menyertai HKR barangkali benar disebabkan penonjolan ketara pemimpin PAS dalam penganjuran himpunan kali ini.

Lagipun HKR #KL112 ini bagaikan rojak yang tak siap bila mencampur adukkan 4 kumpulan propaganda terdiri daripada merah, oren, hijau dan kuning yang berlainan matlamat menjadikannya seakan hilang tarikan apabila digabungkan bersama.

Walau apapun, yang pastinya HKR #KL112 ternyata telah gagal mencapai objektifnya untuk menghimpunkan sejuta orang penyokong PR. Kegagalan yang agak memalukan disaat himpunan itu menyaksikan hampir kesemua pimpinan utama PR telah turun memberikan sokongan.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 13 Jan 2013 09:20 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Video Ronnie Liu Dipermainkan Oleh Unit Amal PAS #KL112

Posted: 13 Jan 2013 08:30 PM PST

Kasihan Makcik Ini Melukut Di Tepi Kereta Melihat Unit Amal Makan Tidak Jemput Mereka #KL112

Posted: 13 Jan 2013 07:00 PM PST


 


Sedap geng SAMM dan Unit Amal makan sebelum pergi ke Stadium Merdeka. Kita lihat gambar di bawah ini, kasihan makcik yang dibawa dari Kedah ini hanya diberikan air mineral kosong sahaja. Tiada makan dan minum diberikan. 

Mereka kaut duit rakyat Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan hanya untuk beri makan dan elaun pada SAMM dan Unit Amal sahaja. Rakyat yang dikerah untuk sokong mereka hanya melukut di tepi kereta sahaja akhirnya. 

Agih duit kat sini pun tidak betul, itu pun hendak bercakap soal rasuah. Kira undi DAP pun tidak betul, hendak BERSIH kan sistem pilihan raya pula. Mentaliti songsang.


Mat Sabu Kantoi Superimpose Gambar Stadium #KL112

Posted: 13 Jan 2013 05:00 PM PST


Untuk apa gambar ini perlu di superimpose? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menagih pujian buat Mat Sabu selaku penganjur Himpunan Shamsidar. Amat memalukan sekali, gambar begini pun mereka hendak tipu. Ini semua modal geng geng yang mahu naik dan mahu memuji Mat Sabu.

Kantoi : Gambar Bas Untuk Angkut Peserta Himpunan Shamsidar #KL112

Posted: 13 Jan 2013 03:30 PM PST



Duit daripada mana digunakan untuk sewa dan angkut peserta politik ini? Apakah digunakan wang dari sumber akaun parti (PKR, PAS atau DAP)? Atau mereka gunakan duit rakyat di empat buah negeri iaitu Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

 Daripada gunakan duit untuk angkut peserta untuk tujuan politik lebih baik digunakan duit tersebut untuk tunaikan manifesto kepada rakyat di Selangor. Misalnya PKR pernah janji mahu beri duit RM50 kepada pelajar sekolah di Selangor. 

Mana duit tersebut? PKR lebih pentingkan acara politik daripada tunaikan janji pada rakyat. 




Teruknya #KL112 : Budak Ini Hendak Bakar Bendera UPSI

Posted: 13 Jan 2013 09:00 AM PST


Apa sudah jadi dengan budak bernama Adam Adli ini? Rasanya makin teruk. Sorang lagi budak UPSI yang merupakan penyokong tegar pembangkang mahu membawa bendera UPSI dan membakarnya dalam Himpunan Shamsidar pada 12 Januari 2013. Inilah namanya sikap kurang ajar tidak bertempat.


Nik Aziz Berani Tegur Kelakuan Budak Ini? #KL112

Posted: 13 Jan 2013 07:46 AM PST


Gambar Geng Unit Amal Sokong 1Malaysia Masa #KL112

Posted: 13 Jan 2013 02:00 AM PST


Video Sekitar Himpunan #KL112

Posted: 13 Jan 2013 12:00 AM PST

Video Peserta #KL112 Solat Arah Kiblat Berlainan Di Stadium Merdeka

Posted: 12 Jan 2013 10:30 PM PST

Sri Tri Buana

Posted: 13 Jan 2013 07:34 PM PST

Sri Tri Buana


Bondaku Tenat, Pohon Doa Pembaca.

Posted: 13 Jan 2013 02:23 AM PST

r b f

Posted: 13 Jan 2013 07:03 PM PST

r b f


Lawak Mahu Malaysia Merdeka Sekali Lagi

Posted: 13 Jan 2013 05:50 PM PST


Kini nyata bahawa matlamat Himpunan Pembangkang atau KL 112 Sabtu lalu ialah untuk memadam sejarah. Pakatan Rakyat mengisytiharkan bahawa perhimpunan itu ialah permulaan perjuangan menganugerahkan Malaysia erti kemerdekaan sebenarnya.

Kemuncak KL112 ditandai oleh teriakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memimpin hampir 100,000 orang penyokong di Stadium Merdeka melaungkan sorakan Merdeka.

Impiannya untuk disenarai dalam dokumen sejarah sebagai orang yang memimpin alaf "kemerdekaan baru dan sebenar" Malaysia bermula kira-kira jam 4.45 petang Sabtu, 12 Januari 2013.

Untuk itu, beliau berjanji akan menjemput rakyat sekali lagi berhimpun di Stadium bersejarah itu untuk meraikan kejayaan Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasional yang didakwanya telah menggerhanakan pengertian kemerdekaan sebenarnya.

Beliau berpidato bahawa di stadium itulah Malaysia dikalungkan semangat kemerdekaan daripada penjajah. Bagaimanapun sejak 56 tahun negara ini, dakwanya, dijajah oleh Umno dan Barisan Nasional.

Anwar "merosakkan kemerdekaan Malaysia"

Namun dalam usaha beliau cuba memesongkan sejarah, Anwar juga mahu memadamkan rekod bahawa dalam tempoh itu, beliau menghabiskan 17 tahun daripada usianya untuk turut "merosakkan kemerdekaan Malaysia" ketika memimpin Umno dahulu. Satu ketika beliau pernah menjadi perdana menteri Malaysia untuk tiga bulan!

Malah di sebalik peristiwa bersejarah Sabtu lalu, Anwar dan rakan politiknya yang baru seperti Lim Guan Eng dan Haji Abdul Hadi Awang cuba menyembunyikan satu hakikat bahawa setelah 58 bulan menggelarkan gerakan politik mereka Pakatan Rakyat, mereka sebenarnya belum sepakat.

Jika yakin bahawa mereka di jalan yang benar mengapakah mereka tidak yakin penyokong 1 juta orang yang dihebohkan akan dapat dikumpulkan menyertai upacara memadam sejarah itu?

Apakah lantaran rasa sentimental terhadap peristiwa perisytiharan yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj maka mereka bertegas mahu peristiwa diulangi di Stadium Merdeka?

Kenapa Anwar dan rakan-rakan tolak tawaran polis?

Anwar dan kawan-kawannya tahu stadium itu boleh memuatkan tidak lebih 40,000 orang di tempat duduk sedia ada. Jika dicampur dengan penyokong yang berdiri di padang, paling ramai jumlahnya boleh mencapai 80,000 sahaja.

Sebenarnya hakikat ini memang sudah diduga oleh Anwar dan rakan-rakannya. Sebab itu tawaran polis supaya perhimpunan diadakan di tempat lebih besar seperti Stadium Nasional Bukit Jalil ditolak.

Sememangnya dalam kolam yang kecil, ikan kecilpun nampak besar tetapi di kolam besar, ikan besarpun kelihatan kecil. Demikian kecilnya jiwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mendakwa mahu memerdekakan Malaysia sekali lagi.

Ini mengesahkan bahawa setelah mengadakan tiga siri perhimpunan Bersih dan menganjurkan pelbagai siri Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara sambil menghamburkan pelbagai cacian dan fitnah terhadap kerajaan, Anwar dan sekutunya masih tidak yakin ia telah dapat meyakinkan rakyat bahawa Malaysia perlu memperjuangkan kemerdekaan baru daripada Barisan Nasional.

Sebenarnya merekalah yang menjajah jiwa mereka daripada hakikat bahawa Malaysia telah benar-benar merdeka. Mereka enggan menerima hakikat bahawasebab Malaysia merdekalah kan mereka ada tempat sebagai pembangkang.

Soal mahu pilihanraya bebas dan adil adalah alasan. Yang penting mereka mahu cuba membebaskan jiwa mereka sendiri yang dijajah rasa cemburu dan mahu berkuasa di Negara ini.

Perhimpunan tidak capai sasaran

Anwar dan sekutunya sepatutnya berasa aib bahawa trumpet publisitinya untuk menghimpunkan satu juta rakyat kelmarin tidak menjadi realiti. Penganjur sepatutnya menerima hakikat bahawa pendakwa Ustaz Azhar Idrus lebih dipercayai dan berwibawa daripada Anwar Ibrahim, Lim guan Eng dan Haji Hadi.

Pada malam menyambut tahun baru lalu, kerajaan negeri Selangor mendakwa mengumpulkan lebih 140,000 umat Islam untuk meraikan tahun 2013. Anwar dan rakan-rakan politiknya harus belajar daripada Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya, Faekah Husin mengatur upacara menghimpunkan umat.

Pelajaran pertama ialah, Anwar dan rakan-rakan mesti pandai pilih tema perhimpunan. Kerajaan Selangor memilih tema agama. Rakyat datang berduyun-duyun sebab konsert agama lebih dekat pada kebenaran.

Tema kemerdekaan tidak menguja mereka. Malah dipandang sinis. Ini kerana rakyat sudah dididik sejak di bangku sekolah lagi bahawa Malaysia sudah merdeka sejak 31 Ogos 1957 lagi. Salah seorang guru yang meyakinkan mereka tentang hakikat ini ialah Anwar Ibrahim sendiri yang pernah menjadi Menteri Pendidikan.

Belajarlah daripada mereka yang lebih tahu walaupun ia mungkin hanya satu kempen publisiti yang kurang konsisten dan kadangkala gagap faktanya. Yang penting mesej yang hendak dikemukakan sampai seperti projek RM 60 bilion hendak membersih dan memperindah Sungai Kelang; tidak kira ia hanya ilusi.

Strateginya, umum sahaja biar rakyat kaget dan terkesima. Selepas itu, umum lagi projek yang lebih besar. Semuanya dilakukan atas dasar kebajikan. Jika bersilang pandangan dengan rakyat, gertak mereka dengan tindakan undang-undang agar mereka kecut perut.

Sumber: Antara Pos

Jurugambar Bebas Minaq Jinggo Ada Kisah Sebenar

Posted: 13 Jan 2013 06:43 AM PST

Ikuti pandangan jurugambar bebas, Minaq Jinggo.....

Klik sini

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 13 Jan 2013 03:31 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


PESERTA HKR MATI BERTINDIH 4!! - PDRM LEPAS TANGAN??

Posted: 13 Jan 2013 01:03 AM PST

Perhimpunan ahli dan penyokong parti gabungan PKR dan PAS di Stadium Merdeka sudah berlangsung semalam.

Perhimpunan tersebut tidak melepasi kelayakan untuk dinamakan dengan "Himpunan Kebangkitan Rakyat" kerana jumlah angka yag hadir tidak langsung melambangkan bahawa rakyat telah bangkit untuk menunjukkan penentangan mereka terhadap kerajaan yang ada hari ini.

Jika nak lihat Himpunan Kebangkitan Rakyat yang sebenar, cubalah hadiri program "Janji Ditepati" yang dipelopori oleh PM Najib. Bukan himpunan program "janji kosong dan jual Obat" yang ditaja oleh pembangkang.

Stadium Merdeka hanya berupaya menampung setengah dari jumlah manusia yang beehimpun di Stadium Bukit Jalil.

Stadium Bukit Jalil hanya mampu menampung maksima seramai 80,000 penonton sewaktu perlawanan bolasepak. Dicampur dengan pemain ke dua-dua pasukan dan pengurusan mereka lebih kurang 50 orang. Maka jumlah keseluruhan akan mencapai 80050 jika diandaikan tiket perlawanan habis dijual.

Jika padang permainan SBJ ini diganti dengan bilangan manusia, jumlah yang boleh dipenuhi tidak akan melebihi 80 ribu orang. Bermakna, jika seluruh penonton seramai 80 ribu itu diarah untuk turun ke padang, maka padang tersebut tidak akan berupaya menampung jumlah tersebut. 

Staium Merdeka yang telah dikecilkan saiz tempat duduknya dari 45 ribu kepada hanya 30 ribu setelah dilakukan ubahsuai. Jika kita ambil angka lama, 45 ribu, dan di arah mereka ini turun dari "tangga kambing" stadium, maka padang tersebut tidak mungkin mampu menampung jumlah tersebut.

Setelah diberi segala bonus, termasuk setiap manusia diarah berdiri secara "tegak Aliff" bagi tujuan penggunaan space secara maksima, maka jumlah keseluruhan manusia di dalam tersebut tidak akan melebihi 80 ribu orang.

Untuk lebih valid dan tepat, orang yang paling tahu berapa kapasiti sebenar yang boleh dimuatkan di dalam stadium ini ialah arkitek dan pihak pengurusan stadium Merdeka. Bukan Malaysiakini, apatah lagi pemimpin PAS yang hanya tahu baca kitab. Kalau tanya Anwar, pasti tuan-puan akan ditipu bulat-bulat.

Angka 500,000 yang "dijual" oleh media pembangkang dan para pemimpinnya hanya boleh terjadi kalau manusia-manusia yang didagangkan ini duduk atau berdiri dengan cara "ditindih 4", macam rumah flat 4 tingkat. Contohnya, Hadi duduk atas kepala Mat Sabu, Anwar duduk atas kepala Hadi dan Lim Kit Siang duduk atas kepala Anwar. Jadi 80 ribu x 4 =  maka barulah dapat angka 480,000 seperti yang dikelentongkan.

"Siapa mengaku dia memang bodoh", maka silalah percaya apa saja yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin pembangkang.

bERANIKAN hATI

Posted: 13 Jan 2013 03:23 PM PST

bERANIKAN hATI


HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT: SERAK SUARA MAT SABU....

Posted: 13 Jan 2013 02:09 AM PST




1.  Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran pihak pembangkang telah berlalu. Hasrat ingin mengumpulkan 1 juta penyokong ternyata gagal bahkan menurut pihak berkenaan jumlahnya hanyalah sekitar 40 - 45 ribu orang sahaja. Perkiraan logik berdasarkan kapasiti stadium dan kekosongan ruang yang ada diluar dan didalam stadium.

2. Tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini kerana kehadiran pihak keselamatan dan kebijaksanaannya menghalang dari berlaku sebarang insiden. Namun demikian, peserta masih tidak mematuhi syarat-syarat APA (Akta Perhimpunan Awam) yang mana tidak membenarkan melibatkan kanak-kanak didalam mana-mana perhimpunan.

3. Kita sedar bahawa kanak-kanak sengaja dibawa untuk digunakan sebagai benteng sekiranya pihak keselamatan menghalang dengan melakukan kekerasan terhadap peserta perhimpunan. Sungguh kejam dan zalim mereka itu yang sanggup jadikan anak-anak sendiri sebagai benteng keselamatan mereka.

4. Mat Sabu sebagai antara tokoh penganjur perhimpunan sudah serak suaranya bukan hanya kerana terpaksa berucap dan menjerit-jerit, tetapi kerana terasa masih ada sesuatu yang masih terlekat dikerongkongnya yang kepunyaan Normah. (Dengari rakaman perbualan telefon berikut;)




Serak suara Mat Sabu terlekat ....

5. Berikut kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagaimana catatan sebuah laman blog:


BERIKUT perkembangan menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung petang ini di Stadium Merdeka. Peserta perhimpunan mula membanjiri lapan lokasi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Sekitar 5.30 petang: Himpunan Kebangkitan Rakyat berakhir dengan bacaan doa oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

4.45 petang: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memimpin bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112 lapan perkara iaitu:

- Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil
- Menuntut reputasi dan wibawa Felda diselamatkan
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa- Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung
- Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum
- Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam
- Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat
- Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan
- Menuntut pembebasan tahanan politik

Himpunan Kebangkitan Rakyat
3.30 petang: Mat Sabu menyampaikan ucapan. Antara lain berkata, "HKR112 adalah rentetan daripada himpunan sebelum ini yang dibawakan oleh parti-parti di bawah Pakatan Rakyat."

3.15 petang: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berucap. Dalam ucapannya kata beliau, "dalam hidup saya berusia 80 tahun, saya memang mengimpikan untuk melihat lautan insan yang ingin ubah sekarang."
"Saya banyak berterima kasih, oleh kerana memberi maruah kepada orang baca puisi. Saya tidak berbuat apa-apa, saya hanya baca puisi, saya tidak sangka puisi menjadi senjata.
"Saya banyak berterima kasih kepada anda semua demikian ramai. Saya hanya bacakan sebuah puisi, puisi yang akan bacakan ada hubungannya dengan padang ini." Judul puisi,Di Atas Padang Sejarah.

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
3.10 petang: Penyanyi Ito, bekas penyanyi Blues Gang, menyampaikan lagu 'Ubah'.

2.40 petang: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh masuk stadium
2.30 petang: Antara berucap Naib Presiden Pas, Datuk Mafuz Omar, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Pengerusi SMM, Safwan Anang serta Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga.
Ambiga antara lain berkata, "Hidup Bersih. Hidup rakyat, ini kalilah... mengapa kita berkumpul di sini, sebab kita sayangkan negara Malaysia, kita percaya Malaysia bertambah baik."

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
2.25 petang: Naib Presiden Salahuddin Ayub bersama Datuk Chua Jui Meng masuk ke dalam stadium

2.15 petang: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa ALi masuk ke dalam stadium

2.05 petang: Mat Sabu masuk ke stadium, disambut dengan tepukan

1.45 tengah hari: Laluan masuk ke Stadium Merdeka dipenuhi orang ramai, peserta perhimpunan. Anggaran dalam stadium dianggarkan 50,000. Peserta juga berada di luar stadium. Pengurusan Stadium Merdeka hanya membenarkan 30,000 orang

1.26 tengah hari: Peserta kelihatan berlegar-legar dan ada yang bergerak perlahan-lahan menuju ke Stadium Merdeka

12.45 tengah hari: Dianggarkan 6,000 orang sudah berada dalam kawasan Stadium Merdeka ketika ini. Keadaan dalam stadium terkawal dan perserta kelihatan tenang menantikan detik jam 2 petang

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa12.30 tengah hari: Selepas wanita PR bergerak ke Stadium, persekitaran Pasar Seni mulai lenggang, dengan lelaki turut serta berada di belakang

12.25 tengah hari: Wanita PR mula bergerak dengan Ketua Penerangan Aiman Athirah melaungkan tuntutan-tuntutan wanita. Kira-kira 2,000 wanita PR berbaju ungu berarak dari Pasar Seni menuju ke Stadium Merdeka dengan membawa sepanduk tuntutan serta bendera parti.

12.45 tengah hari: Sebahagian orang ramai menonton gelagat peserta perarakan di Jalan Ampang

12.40 tengah hari: Kumpulan dari KLCC sudah tiba di Jalan Ampang bagi menyertai kumpulan yang sudah menunggu sejak jam 12.15 tengah hari tadi

12.35 tengah hari: Peserta dari Kampung Baru berhenti dari jam 12.15 tengah hari sehingga sekarang di Jalan Ampang bagi menanti kumpulan dari KLCC. Sementara menanti, mereka menyanyikan laguNegaraku
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa

12.15 tengah hari: Kelihatan lima pelancong melalui peserta perarakan di Jalan Ampang tanpa mempedulikan keadaan yang bising dengan laungan slogan

12.15 tengah hari: Kelihatan dua pegawai dari Suhakam membuat tinjauan pergerakan peserta himpunan


12.11 tengah hari: Peserta tetap meneruskan perjalanan meskipun cuaca sudah menunjukkan perubahan, hujan rintik-rintik

12.06 tengah hari: Peserta diminta membuka satu lorong bagi memberi laluan kepada kenderaan yang lalu lalang di Jalan Ampang


Himpunan Kebangkitan Rakyat12.05 tengah hari: Wanita Pakatan Rakyat di hadapan Pasar Seni mula berbaris untuk bergerak ke Stadium Merdeka

12.05 tengah hari: Di Brickfields ada sekitar 500.

12 tengah hari: Peserta dari Masjid UM tiba di kawasan Brickfields

12 tengah hari: Ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat telah berada di sekitar Pasar Seni. Antaranya Tony Pua

11.50 pagi: Ramai mula membanjiri pekarangan Stadium Merdeka. Keadaan masih terkawal

11.50 pagi: Di hadapan pintu masuk Pasar Seni, Muslimat Pas berbaju unggu berkumpul dengan memegang kain rentang 'pilihan raya bersih dan adil'

11.45 pagi: Peserta di bawah pimpinan Cikgubad sudah mula bergerak menuju ke Stadium Merdeka

11.45 pagi: Setakat jam ini dianggarkan lebih 500 peserta sudah berada di Jalan Sultan. NGO Bersih 2.0 juga mengambil kesempatan mengutip derma baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya

11.40 pagi: Cikgubad berkata: "Sekumpulan besar yang menggunakan kenderaan polis telah menurunkan anggota di beberapa tempat memakai KL112. Dalam kalangan kita tak perlu bawa senjata. Tolong ikut arahan."

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa11.49 pagi: Cikgubad juga, "dulu pelajar kita digantung kerana menurunkan gambar Najib. Tetapi kali ini bukan saja gambar kita nak turunkan.kita nak turunkan Najib."

11.35 pagi: Beberapa anggota polis trafik mengawal keadaan lalu lintas di depan Jalan Dewan Sultan Sulaiman

11.35 pagi: Khalid Ismeth: "Ramai orang yang memakai baju sama seperti kita turun daripada kenderaan polis dan bas persiaran. Saya minta peserta melaporkan pada petugas jika berlaku sebarang provokasi."

11.40 pagi: 
Peserta himpunan tiba di Jalan Pantai-Bangsar menuju ke Stadium Merdeka melalui Brickfields

11.40 pagi: Peserta dari Masjid Negara bergabung dengan peserta dari Jalan Sultan

11.35 pagi: Kira-kira 5,000 peserta dari Masjid Negara tiba di bulatan Jalan Syed Putra. Jumlah meningkat kepada 8,000. Polis memberikan kerjasama baik

11.30 pagi:
 Dari Masjid Negara, diketuai dr Mujahid Yusuf Rawa
11.25 pagi: Pemimpin PKR dari Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berucap "ini bukan demonstrasi, bukan perarakan. Kebetulan kita berkumpul di sini dan berjalan berlenggang-lenggang ke Stadium Merdeka"
Perjalanan dijangka mengambil masa satu hingga satu setengah jam. Beliau juga menerangkan jalan-jalan yang dilalui. Peserta dari sini diingatkan untuk tidak masuk ke Stadium Merdeka
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
11.22 pagi: Peserta sudah bersedia untuk bergerak dengan melaungkan slogan "Hidup Hidup Bangkit Rakyat,  Anak Muda Kini Bangkit dan Anak Muda Ayuh Bangkit."

11.20 pagi: Sekitar 400 peserta sudah berkumpul di sekitar Kelab Sultan Sulaiman termasuk di tengah jalan sehingga menyekat laluan kenderaan yang lalu lalang.

11 pagi: Peserta di kawasan Masjid UM mula bergerak ke 'check-point' seterusnya iaitu Brickfields

11 pagi: Peserta #KL112 mula menghampiri kawasan Masjid UM

10.50 - 11pagi: Pemandu menggunakan Lebuh Raya Persekutuan membunyikan hon dan ada yang melambai tangan ke arah peserta himpunan. Keadaan lalu lintas dari pemantauan Sinar Harian Online masih terkawal. Bersama mereka unit rawatan kecemasan yang ditugaskan khas memberi khidmat kepada mereka

10.54 pagi: Khalid mengumumkan ribuan pihak polis sudah turun dengan memakai pakain serupa dengan para peserta. Oleh itu, Khalid meminta pesertanya agar tidak terlibat dalam sebarang provokasi. Beliau juga mengingatkan agar peserta pulang bersama-sama dalam pasukan.

10.50 pagi: Polis menjaga lalulintas untuk peserta melalui jalan (Lebuh Raya Persekutuan), keadaan terkawal setakat ini, mereka berjalan sambil melaungkan slogan reformasi bersih pilihan raya.

KL112
10.48 pagi: - Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismeth meminta peserta berkumpul untuk bersedia berarak ke Stadium Merdeka sambil menanti pemimpin yang akan mengetuai perarakan 

10.25 pagi: Kira-kira 200 orang peserta sudah memenuhi sekitar kawasan Kelab Sultan Ismail

10.20 pagi
: - Presiden Kami, Khalid Ismeth tiba bersama penyokongnya dengan melaungkan slogan "hidup rakyat" dengan menggunakan haler 

10 pagi
: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya 

10 pagi: Di kawasan Kelab Sultan Sulaiman, polis membuat rondaan udara di sekitar Kampung Baru 

10 pagi
: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya. 

9.50 pagi: Ketua AMK Selangor Azmizam Zaman Huri meminta peserta jangan terlibat dengan provokasi. 

9.48 pagi: Pegawai polis yang bertugas meninjau gerai jualan yang dibuka di tepi jalan sekitar Kelab Sultan Sulaiman. Setakat ini tiada ura-ura akan berlaku sebarang pergerakan. Malah kelibat pemimpin yang bakal mengetuai kumpulan ini juga masih belum kelihatan

9.45 pagi: Di Masjid Negara, peserta mula bergerak

9.42 pagi: Hampir 400 peserta termasuk beberapa kumpulan kecil, terdiri daripada lima hingga enam orang berlegar-legar di KL Sentral. 

9.40 pagi: Di pekarangan Masjid Negara, kira-kira 5,000 peserta berkumpul
Pukul 10 pagi peserta akan mula bergerak ke check point seterusnya iaitu Universiti Malaysia (UM) dan seterusnya. Difahamkan kumpulan ini akan akan berjalan kira-kira 9 KM ke check poit seterusnya. Perjalanan ini dikatakan akan diawasi oleh pihak polis.

9.30 pagi: Kawasan tepi jalan Kelab Sultan Sulaiman, sudah ada beberapa gerai yang dibuka menjua kemeja-T dan mafla perhimpunan serta menjual makanan

9.27 pagi: Kawasan Kelab Sultan Sulaiman masih sunyi. Dua anggota polis berseragam kelihatan di pekarangan kelab tersebut

9.15 pagi: Ketua AMK Selangor, Aznizam Zaman Huri, peserta dalam lingkungan 50 orang memakai pakaian biru, kuning, hijau di kawasan berhampiran bangunan Amcorp di Petaling Jaya iaitu tidak jauh dari stesen LRT

9.08 pagi: Hampir 40 anggota Unit Amal tiba di kawasan KL Sentral

9 pagi: Anggaran kira-kira 50 orang perserta sedang menikmati sarapan pagi di medan selera di KL Sentral

Sumber (Klik Sini):




http://www.anwaraidc.com/?p=16586

http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/11/mat-sabu-solat-dengan-air-kemaluan.html


CIKGU 'BIRD' TIDAK PERCAYA UNIT 'ANAL' PAS

Posted: 12 Jan 2013 08:09 PM PST




1. Saling curiga mencurigai antara mereka adalah satu kenyataan hubungan rambang antara PKR, Pas dan DAP selama ini. Pada malam Countdown Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kg Baru, Cikgu 'Bird' dengan lantang meminta segala sumbangan derma hanya diberikan kepada wakil yang sah sahaja iaitu SAMM. Rupanya puak Pas, melalui Unit 'Anal' Pas tanpa segan silu turut mengutip derma walaupun mereka tidak ditauliahkan.

2. Tidak hairanlah Unit 'Anal' Pas melakukan begitu kerana sebelum ini Mat Sabu 'Vullu' Normah juga sudah melenyapkan dan membersihkan derma Tabung Memali yang semua orang sudah tahu. (Baca Sini) Dimaklumkan bahawa pada malam berkenaan kedua-dua pihak telah berbalah dan bermasam muka gara-gara berebutkan duit derma tersebut.

3. Dalam perkembangan lain, pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, sekumpulan India wakil Dewan Perhimpunan Pas Perak menjerit-jerit merayu derma daripada kalangan peserta Himpunan dengan memberikan alasan mereka menyertai himpunan ini demi jihad. Mungkin Nik Aziz boleh mendabik dada dan berbangga dengan apa yang beliau telah ajarkan dan dakwahkan kepada hindu berkenaan. Jika nama Allah juga rela Pas gadaikan untuk digunakan oleh bukan Islam, apalah sangat dengan perkataan jihad ini?





4. Rakyat juga tidak percaya Cikgu 'Bird' berjayakan dia membawa 1 Juta orang pada perhimpunan semalam.  Menurut pihak polis jumlah yang menyertai perhimpunan hanya sekitar 40 - 45 ribu orang. Kita sedia maklum bahawa Stadium Merdeka hanya mampu memuatkan 25 ribu orang ditempat duduk......Angka 1 juta menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat kemungkinan adalah angka yang benar jika sekiranya  dicampur hantu syaitan yang sudah menjadi sahabat kepada Pas.


Perempuan lorong belakang yang ditaja oleh Pas untuk hadiri himpunan


Ada yang bercuti dari tugas di pub dan bar dibayar menyertai himpunan


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 13 Jan 2013 03:06 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Pengalaman) Ketagih seks dengan adik ipar!

Posted: 13 Jan 2013 11:30 AM PST

Gambar hiasan
SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga anak.

Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik saya.

Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja.

Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap hari. Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya.

Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal nafsu. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah.

Reaksinya sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa banyak bicara. Kami melakukan seks oral dan sejak kejadian itu, kami sering melakukan perkara terkutuk itu ketika isteri tiada.

Kini saya bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks. Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di rumah.

Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini membuatkan saya tewas.

Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan nafsu adik ipar. Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa.

Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung.

Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah ini.

SUAMI TERTEKAN
Johor Bahru


Memang tidak dapat dinafikan saudara bukan Nabi Yusuf a.s yang mampu menepis godaan nafsu wanita secantik Zulaikha tetapi tidak pula bermaksud saudara perlu hanyut dan tenggelam dalam arus nafsu.

Malah, terang dan jelas Allah SWT berfirman dalam al-Quran betapa padah jika terlalu akur mengikut kemahuan bernafsu yang berbunyi: "Sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan." [Yusuf: 53]

Tambahan pula tindakan mengajak adik ipar seolah-olah menyalakan sumbu api bakal membakar saudara perlahan-lahan dalam bara nafsu.

Lebih mengecewakan, Dang Setia tidak sangka saudara berani memilih teman berasmara daripada kalangan darah daging isteri saudara. Tidak tergambar betapa hancurnya hati isteri seandainya dia mengetahui hal sebenar.

Cuba bayangkan saudara di tempat isteri, mampukah saudara memaafkan tindakan curang seperti saudara lakukan apabila si pelakunya ialah isteri dan saudara lelaki.

Segeralah bertaubat dengan memohon keampunan kepada Allah. Diharap saudara masih ada kesempatan memelihara rumah tangga.

Saudara sendiri mengakui isteri sangat menyayangi saudara. Hargailah isteri dan cukuplah setakat ini saudara berkelakuan curang.

Ambil tindakan segera dengan mengabaikan segala panggilan dan SMS daripada adik ipar. Jangan tempatkan diri dalam situasi berdua-duaan dengan adik ipar.

Jika usaha mengelak tidak difahami adik ipar, saudara perlu bertanggungjawab dengan memperbetulkan kembali kesalahan. Saudara perlu berterus terang dengan adik ipar bahawa saudara tidak mahu lagi menjalin hubungan sulit kerana rasa bersalah.

Malah, jika masih bimbang dengan gangguan adik ipar, saudara perlu berbincang dengan isteri kemungkinan berlaku perkara tidak baik jika terus membiarkan adik ipar kekal tinggal di rumah saudara. Insya-Allah, saudara mampu tangani masalah ini sebelum terlewat.

(Video) Panas! Unit 'Anal' PAS perbodohkan Ronnie Liu...

Posted: 13 Jan 2013 07:01 AM PST

Disebalik keghairahan Pakatan Rakyat ketika di Perhimpunan semalam, ada segelintir pihak media tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium untuk membuat liputan.

Kejadian berlaku apabila pegawai-pegawai unit 'Anal' PAS yang bertindak tegas tidak membenarkan kemasukan beberapa wakil media kerana dakwa mereka tempat telah penuh.

Ronnie Liu yang turut berada pada ketika itu pening kepala dengan ketegasan unit 'Anal' PAS yang berlagak itu. Akibatnya mereka diarahkan mengikut pintu yang lain. Setelah tiba di sana, sekali lagi wakil-wakil media ini dan Ronnie Liu diperbodohkan oleh unit 'Anal' PAS ini dengan tidak dibenarkan mereka masuk...

Kelakar la pulak bila kena pada batang hidung sendiri...hahaha...YB pun sangkut!

Pelakon wanita dakwa 'bapa cuba perkosanya'

Posted: 13 Jan 2013 06:04 AM PST

Pelakon wanita Nastassja Kinski telah mendakwa bapanya, mendiang Klaus, seorang ikon filem Jerman pernah cuba memperkosanya ketika beliau kanak-kanak. Tuduhan tersebut dibuat setelah pendedahan mengejut dilakukan oleh kakak saudaranya yang mendakwa diperkosa Klaus sepanjang zaman kanak-kanaknya.

Natassja Kinski, 51, telah mencapai popularitinya di Hollywood melalui filem "Cat People" dan "Tess" memberitahu Bild am Sonntag beliau tidak dirogol secara nyata, namun ada percubaan untuk lakukan perbuatan itu oleh mendiang ayahnya.

"Beliau selalu menyentuh saya secara keterlaluan, memeluk saya dengan kuat sehingga saya lemas. Ketika itu saya berusia empat atau lima tahun dan kami tinggal di Munich," kata Kinski.

"Saya dapat merasakan pelukan tersebut bukanlah 'pelukan kasih sayang' dari seorang ayah, tetapi lebih dari itu," tambahnya lagi.

Tuduhan terhadap Klaus Kinski, seorang bintang filem yang telah mati pada tahun 1991 itu timbul selepas Pola Kinski mendakwa beliau mula dicabul diusia lima tahun dan diperkosa ketika usianya sembilan tahun.

Perbuatan tersebut berlanjutan hinggalah beliau berusia 19 tahun. Pendedahan itu dibuat ketika sesi temubual bersama majalah Stern yang mahu menerbitkan biografinya.

Pada tahun 1970an, Nastassja Kinski mencipta nama apabila mengadakan hubungan sulit dengan pengarah filem "Tess", Roman Polanski. Ketika itu beliau berusia 15 tahun dan Polanski berusia 42 tahun.

Beliau dilahirkan di Berlin, tetapi tinggal di California. Beliau merupakan anak kepada Klaus Kinski's bersama isterinya yang kedua, Briggate. Ibu kepada Pola Kinski adalah isterinya yang pertama, seorang penyanyi, Gislinde Kuehbeck. Mereka juga mempunya seorang adik tiri, Nikolai.

Nastassja Kinski menggambarkan mendiang ayahnya itu adalah seorang yang ganas.

"Beliau seorang yang bengis. Saya berasa amat takut ketika duduk di meja makan bersama-sama," katanya kepada Bild Sonntag.

"Jika beliau masih hidup sekarang, saya akan lakukan apa sahaja untuk pastikan beliau dipenjara," katanya lagi.

"Ketika beliau mati, ramai orang bersedih, tetapi saya tidak sama sekali."

Himpunan Shamsidar 112 tebus dosa himpunan LGBT Bersih 3.0

Posted: 13 Jan 2013 05:01 AM PST

Umum maklum himpunan LGBT Bersih 3.0 yang diketuai Ambiga tahun lalu berakhir dengan kecelakaan gara-gara dihijacked anwar Ibrahim.

Perhimpunan tersebut menolak tempat yang ditawarkan pihak berkuasa iaitu stadium agar senang dikawal dan tidak menyusahkan sesiapa.

Namun ia ditolak oleh penganjur LGBT Bersih yang ingin membawa perhimpunan itu ke jalan-jalan raya  mensasarkan orang awam, pemandu teksi dan kawasan peniaga melayu terutamanya.

Himpunan Bersih 3.0 berakhir dengan tragedi dan kemusnahan harta benda, sampah sarap, serangan ke atas wartawan dan polis hingga sebuah kereta polis di terbalikkan dan seterusnya pihak peniaga membalas dendam dengan berhimpun di kediaman Ambiga selama beberapa hari.

Semuanya gara-gara mahu berdemo di atas jalan dan paling menarik, faktor anwar yang terkenal hingga ke media asing yang dinamakan sebagai isyarat tangan anwar.

Isyarat tangan anwar ini di rakam lensa kamera menunjukkan beliau mengarahkan provokasi terhadap polis dia menyuruh merempuh halangan yang dibina polis berakhir dengan keadaan kacau bilau huru hara seperti biasa anwar cabut lari dulu.

LGBT Bersih 3.0 bukan sahaja gagal malahan turut menerima kritikan dari rakan-rakan mereka sendiri dari luar dan dalam negara berakhir dengan kemaluan yang besar kepada anwar dan rakan-rakan.

Walaubagaimanapun kerana tidak mahu kalah propaganda diteruskan selepas perhimpunan Bersih 3.0 dengan drama inkuiri oleh suhakam dengan pelbagai soalan cuma soalan pokok sahaja ditinggalkan iaitu 'why are they there in the first place?' sedangkan pihak berkuasa menawarkan stadium untuk mereka berhimpun? menghampakan segala inkuiri suhakam sebelumnya.

Akhir sekali apabila perhimpunana Shamsidar 112 dirancang, pihak pembangkang sepertinya sudah menyedari dan mengakui kesalahan mereka di himpunan LGBT Bersih 3.0 dahulu lalu memilih untuk berhimpun di stadium tanpa banyak bicara, buahnya, tiada kekacaun, gas pemedih mata, semburan air, pengusaha teksi dan peniaga Melayu yang kerugian.

Tahniah kepada polis kerana menjalankan tugas dengan baik dan penganjur perhimpunan Shamsidar 112 kerana bertindak waras menebus kesalahan mereka kali ini.

Junah

(Gambar) Terkini! Tebusan penjenayah lolos cerita saat cemas ditahan

Posted: 13 Jan 2013 04:31 AM PST

Mangsa tebusan, Muhammad Khairul Anas Fadzli, 19, menunjukkan
gambar penjenayah, Khairul Nizam Abdul Rani yang menculiknya
dan menggunakan motosikal miliknya.
- Foto Bernama
BUKIT MERTAJAM - Seorang remaja yang dijadikan tebusan oleh salah seorang tahanan yang lolos dalam kejadian Isnin lepas melalui detik cemas selama empat jam ketika 'bersama' dengan lelaki itu semalam.

Mohd Khairul Anas Fazli, 20, berkata beliau dipaksa oleh tahanan itu, Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, untuk membawanya ke beberapa lokasi di sekitar Sungai Bakap dan Bukit Mertajam untuk menemui anggota keluarga dan kenalan lelaki itu.

Menceritakan kejadian itu, katanya dia berada di rumah rakannya di Bukit Indera Muda sekitar 8.30 malam Sabtu sebelum didatangi lelaki berkenaan yang menendang pintu rumah.

"Dia kenal kawan saya, sebab itu dia datang sana (Bukit Indera Muda). Dia datang dalam keadaan agresif dengan bertindak menendang pintu dan sebaik ia dibuka dia masuk bilik air sebelum meminta salah seorang daripada kami hantarkannya ke rumah kakaknya di Sungai Bakap. Bila kami tak mahu, dia ugut nak ambil motosikal saya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd Khairul berkata Mohd Khairulnizam bertindak menunggang motosikalnya dan membawanya ke Sungai Bakap melalui jalan Bukit Teh di Bukit Mertajam, tetapi dia tidak dapat ingat laluan selepas itu berikutan dikelilingi ladang kelapa sawit.

"Tiba di Sungai Bakap, kakak dia (Mohd Khairulnizam) tiada di rumah. Selepas itu dia bawa saya ke rumah rakannya juga di Sungai Bakap, tetapi rakannya itu juga tak ada. Kemudian dia berpatah balik ke Bukit Teh, melalui Machang Bubok, seterusnya ke rumah rakannya di Bandar Perda dan Bukit Mertajam. Namun mereka juga tiada di rumah.

"Sepanjang perjalanan, macam-macam perkara yang bermain di fikiran. Saya tak berani jerit minta tolong sebab takut dia buat sesuatu yang mungkin mengancam nyawa saya. Tetapi, sebaik tiba di Bukit Mertajam, saya mendapat akal dan minta untuk menunggang motosikal lalu bawanya ke Berapit dan beritahu dia di sana selamat jika hendak bersembunyi," katanya.

Mohd Khairul berkata dia memberanikan diri untuk berbuat demikian selepas melihat lelaki itu seperti terdesak untuk menyembunyikan diri kerana enam hari menjadi buruan polis.

"Saya sengaja buat helah dengan minta dia (Mohd Khairulnizam) main Internet dahulu di kafe Internet (Berapit) sebab nak ambil adik balik kerja dan berjanji untuk datang semula mengambilnya di sana selepas itu. Dia kata tak ada duit dan saya beri dia RM5.

"Sebaik berjaya melepaskan diri, saya terus memecut motosikal ke balai polis (Kubang Semang) dan maklumkan kepada polis dia ada di sana," katanya.

Sementara itu, Muhamad Shafiq Abdul Rahman, 18, berkata salah seorang tahanan iaitu Mohd Farid Akhtar, 24, datang ke kedai bapanya di Kampung Petani, di sini meminta makanan dan minuman sebelum ditahan polis di situ.

Katanya lelaki itu dilihat berjalan kaki seorang diri kira-kira 8.30 malam dalam keadaan tidak bermaya serta tidak memakai kasut sebelum beberapa pelanggan yang ada di situ memanggilnya ke kedai.

"Mereka tidak sangka dia merupakan tahanan yang dicari polis berikutan keadaan fizikalnya berbeza di dalam gambar yang diedarkan.

"Kami hanya tahu dia tahanan selepas dia sendiri minta pelanggan di situ hantarnya ke balai polis berdekatan. Kami telefon polis dan mereka datang 15 minit kemudian. Sebelum itu, mereka (pelanggan) beri dia makan nasi lemak dan minta saya bancuhkan teh 'o' ais kepadanya," katanya.

Muhamad Shafiq berkata lelaki terbabit turut memberitahu rakan tahanannya itu sudah membuat perancangan untuk melarikan diri sejak enam bulan lepas dan merancang akan terus ke negara jiran jika berjaya.

Semalam, polis menahan Mohd Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang pada 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada 10 malam, sementara Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan dalam sebuah kafe Internet di Berapit, Bukit Mertajam di sini pada 1.15 pagi.

Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.

Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.

- Bernama

Hadi mengarut demi politik - Khir Toyo

Posted: 12 Jan 2013 08:01 PM PST

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo membidas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kesal dengan tindakan kerajaan Pusat kerana mempolemikkan isu kalimah ALLAH melalui media sehingga mengeruhkan hubungan masyarakat berbeza agama di sebuah portal berita.

"Kenyataan ini sangat mengarut kerana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menimbulkan semula polemik ini. Bagaimana tindak balas orang Islam di seluruh negara termasuk nama-nama besar dalam Dewan Ulama Pas ditafsirkan sebagai manipulasi Umno?

"Hadi sebenarnya cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataan berpusing-pusing mengenai isu ini untuk memburukkan Umno," demikian kenyataan di laman blog beliau.

Mohamad Khir mempertikai sama ada itu kenyataan seorang ulama atau seorang ahli politik menggunakan agama untuk perjuangan partinya.

Beliau berkata, belum selesai isu 'pengkafiran' beliau ke atas ahli Umno (yang dibangkitkan semula oleh Cikgu Non, seorang ahli Pas), Hadi menimbulkan satu lagi polemik agama yang serius di kalangan orang Islam.

"Kenyataan Hadi adalah kenyataan politik. Tiada sesiapa mempertikaikan jika ada orang bukan Islam mahu menyebut perkataan ALLAH.

Yang menjadi isu sekarang ialah apakah boleh atau tidak boleh perkataan God diterjemahkan sebagai ALLAH bukannya Tuhan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

"Jangan kerana mahu meraih undi pengundi Kristian di negara ini, Pas mahu berdolak-dalik dalam isu ini. Memang benar tiada nas nyata melarang penggunaan nama ALLAH dalam agama lain," katanya.

Bagaimanapun katanya, ulama di negara ini baik ulama kerajaan, universiti malahan dalam Pas sepakat bahawa penggunaan ALLAH dalam bahasa Melayu adalah khas untuk kegunaan orang Islam.

"Apakah kesepakatan ini mahu dibakulsampahkan oleh Hadi hanya kerana undi? Saya berharap sebagai seorang pemimpin Islam terpelajar, Hadi dapat mengambil masa bermuhasabah diri melihat isu ini.

"Saya khuatir kenyataan beliau boleh menghampirkan diri beliau kepada keadaan syirik dengan menyamakan konsep ALLAH Yang Maha Esa dengan konsep Trinity dan sebagainya. Apakah 'Amanat Haji Hadi' lebih 30 tahun lalu sekarang ini kembali 'memakan' diri sendiri," katanya.

Dalam pada itu katanya, tidak wajar mana-mana pihak di Selangor meneruskan polemik berhubung isu kalimah ALLAH, sebaliknya jika tidak berpuas hati wajarlah mereka mohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan perasaan tersebut.

Ini kerana Sultan Sharafuddin membuat ketetapan dengan tegas bahawa kalimah ALLAH yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Selangor oleh agama bukan Islam sebagaimana difatwakan dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

'Melayu? No komen....' - Guan Eng

Posted: 12 Jan 2013 07:31 PM PST

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng enggan mengulas berhubung desakan Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) terhadap DAP supaya mengumumkan jumlah calon Melayu yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, tiada apa yang perlu beliau ulas berikutan ia melibatkan urusan dalaman parti.

"Saya tidak mahu komenlah berhubung isu itu, ia melibatkan urusan dalam parti.

"Desakan ke permintaan ke, saya memang tidak mahu komen," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Wang Sumbangan Program Anak dan Pelajar Emas semalam.

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung desakan KMPP yang meminta DAP mengumumkan jumlah calon Melayu yang akan bertanding pada pilihan raya nanti.

Presidennya, Rahmad Isahak berkata, desakan itu adalah untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu ke atas parti itu khususnya di Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng mengumumkan, sehingga 8 Januari lalu, seramai 23,202 orang telah berdaftar dalam Program Anak Emas manakala 56,011 orang telah berdaftar untuk Program Pelajar Emas.

"Berdasarkan rekod iSejahtera yang dibangunkan kerajaan negeri, kita dapat lihat jumlah yang telah berdaftar, dan ia semakin meningkat dari semasa ke semasa.

"Peningkatan ini menunjukkan sokongan jitu rakyat kepada kerajaan negeri bagi program-program yang dianjurkan," katanya.

Dalam majlis penyampaian sumbangan yang diadakan di Dewan Sri Pinang semalam, seramai 250 pelajar emas dan 250 anak emas dalam daerah Timur Laut (TL) menerima sumbangan yang disampaikan Guan Eng manakala selebihnya akan dibayar menerusi bank-bank yang terpilih dalam masa terdekat ini.

Nik Aziz dan Hadi hanya Ulama Politik

Posted: 12 Jan 2013 07:08 PM PST

TELUK INTAN - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disifatkan sebagai ulama politik kerana membelakangkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pemimpin itu Pas bukanlah sebenar berbanding Datuk Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib yang bersetuju dan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dibuat tahun 1981 berdasarkan nas al-Quran, hadis ijmak ulama dan qias.

"Bagi saya pendapat Haron Din dan Harun Taib adalah ulama sebenar sementara Hadi Awang dan Nik Aziz lebih bermotifkan politik," katanya selepas penyerahan sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia kepada 2,200 penerima kawasan Perak Selatan, di sini, semalam.

Beliau berharap tiada perbezaan pendapat berhubung isu itu, walaupun berbeza parti dan agar masalah itu dapat ditangani berdasarkan perundangan serta hukum Islam, bukan perundangan serta fatwa politik.

Sinar

Kalimah Allah: Murtad jika benar Bible gunakannya

Posted: 12 Jan 2013 06:01 PM PST

JOHOR BAHRU - Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah ALLAH boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera.

Menurutnya, kalimah ALLAH adalah hak mutlak agama Islam serta mereka yang mengucap dua kalimah syahadah iaitu kalimah penyaksian, sumpah setia dan akujanji terhadap keEsaan ALLAH S.W.T.

"Apabila sesuatu hukum telah tercatat di dalam al-Quran dan Hadis, selain ijmak ulama, maka ia tiada kompromi.

"Daripada segi hukum kalau seseorang itu melanggarnya, dia boleh jadi murtad dan kafir sekiranya perbuatan itu dilakukannya dengan keadaan sengaja dan waras," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wakaf dan Perancangan Harta Pusaka Islam, di sini hari ini.

Katanya, di dalam al-Quran jelas menerangkan kalimah ALLAH merupakan kalimah eksklusif untuk orang Islam sepertimana dalam Surah Thaha ayat 14 maksudnya, "Sesungguhnya Akulah ALLAH; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku".

"Jadi jelas barang siapa yang mengatakan agama semua sama, hukumnya murtad.

"Kerana itu apabila bercerita tentang akidah dan hukum, ia tidak boleh ditafsirkan mengikut politik sama ada politik pembangkang atau politik kerajaan," katanya.

Nooh berkata, jika penggunaan kalimah ALLAH dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu ia akan menimbulkan kekeliruan kerana menurutnya di dalam agama Kristian itu sendiri terdapat tiga nama tuhan.

Beliau turut menegur sikap pihak tertentu yang seolah-olah sengaja menguji keharmonian negara dengan menganggu kontrak sosial yang selama ini menjadi tunggak kepada keamanan negara.

"Jika permasalahan ini tidak diselesaikan dengan segera ia boleh menyebabkan huru hara dan kepada mereka yang berkenaan, jangan melampau kerana saya bimbang akan sampai ketika umat Islam tidak akan dapat menahan sabar demi mempertahankan akidah, nanti 'yang menang jadi arang yang kalah jadi abu'.

"Nasihat saya kepada yang Islam itu, betulkanlah segera akidah mereka dan yang bukan Islam, berjaga-jaga, jangan sampai umat Islam hilang sabar," katanya. - Bernama

Terkini! Penjenayah lolos kini tahan tebusan...

Posted: 12 Jan 2013 05:31 PM PST

TASEK GELUGOR -Seorang tahanan yang meloloskan diri Isnin lepas dipercayai menjadikan seorang remaja sebagai tebusan dalam kejadian pukul 11 malam tadi di Bukit Mertajam dekat sini.

Tahanan itu dikenal pasti sebagai Mohamad Khairulnizam Abdul Rani dan dipercayai membawa tebusannya Khairul Anas Mohd Fadli, 19, ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Indera Muda.

"Kita dapat maklumat dari orang awam memaklumkan ternampak salah seorang tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam membawa remaja berkenaan menuju ke kawasan hutan di situ. Saksi turut melihat tahanan itu membawa sebilah parang panjang bersamanya," kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar.

Menurutnya, bapa remaja itu juga membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut yang dipercayai berlaku ketika remaja berkenaan dalam perjalanan pulang dari rumah abang iparnya berhampiran tempat kejadian.

"Sebaik kita menerima maklumat berkenaan pihak polis menghantar sekumpulan anggotanya ke tempat kejadian dan saya juga telah mengarahkan pihak Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dalam hutan di kawasan itu," katanya.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis berjaya memberkas dua tahanan termasuk seorang yang menyerah diri malam tadi.

Mohamad Farid Akhtar, 24, ditahan ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Seman pada pukul 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada pukul 10 malam.

"Pemilik kedai makan berkenaan menghubungi pihak polis memaklumkan terdapat salah seorang tahanan meminta makanan. Anggota kita dihantar ke kedai makan itu dan didapati lelaki terbabit adalah Mohamad Farid dan kita menahannya.

"Ketika ditahan dia dalam keadaan tidak bermaya kerana tidak makan sejak beberapa hari lepas," katanya.

Abdul Rahim berkata operasi menjejaki dua lagi tahanan iaitu Hamzani Harun, 37 serta Hisham Abdul Rahman, 39 kini diperhebat dan mereka dipercayai berada di sekitar kawasan Permatang Pauh.

Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.

Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. - Bernama

Cucu Tok Selampit

Posted: 13 Jan 2013 01:34 PM PST

Cucu Tok Selampit


Gara-Gara Mahu Mencukupkan 100K Di #KL112, Pencacai Sanggup "Superimpose" Orang Atas Bumbung Stadium Merdeka!!!

Posted: 13 Jan 2013 08:45 AM PST


Lihat gambar yang di"superimpose" oleh juak-juak Pakatan Haram. Gara-gara hendak cukupkan jumlah 100,000 orang di Himpunan Selamatkan Shamsidar #KL112 di Stadium Merdeka seperti yang diwar-warkan oleh pemimpin mereka, orang ramai terpaksa diletakkan di atas bumbung Stadium Merdeka. Lihat bulatan hitam dalam gambar. Mereka tahu Stadium Merdeka hanya boleh menempatkan 45,000 kurang lebih termasuk di atas padang. Jadi mana selebihnya untuk menipu Rakyat malaysia? Atas bumbunglah!

MasyaAllah. Mereka ingat Rakyat Malaysia begitu bodoh seperti mereka. Jangankan bumbung. Tempat duduk penonton semasa CTS berada di sana pada perhimpunan berkenaan juga agak usang dan CTS rasakan tidak selamat. Ini pula digambarkan monyet-monyet berada di atas bumbung. Kalau hendak berbohong sekalipun, berpada-padalah!

Bukti Bergambar Persatuan Tarian Singa Selangor Dan Wilayah Persekutuan Menaja BERSIH Dan #KL112

Posted: 12 Jan 2013 09:58 PM PST




Gambar-gambar disertakan membuktikan penggabungan Persatuan-Persatuan Tarian Singa Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menjadi dalang kepada Himpunan BERSIH dan Himpunan Selamatkan Shamsidar #KL112 yang diadakan semalam. Gambar yang diambil pagi tadi menunjukkan baju kuning BERSIH yang telah dibersih digantung di bangunan persatuan berkenaan.

Sebelum ini ada mendengar desas desus bahawa persatuan-persatuan berkenaan akan melindungi peserta-peserta #KL112 sekiranya apa-apa berlaku petang semalam. Walaupun maklumat PDRM memberitahu hanya 8% sahaja yang hadir di perhimpunan #KL112 semalam, sekarang MCA perlu tahu siapa gunting dalam lipatan di dalam masyarakat Cina.

Unit Anal PAS - Lebih Polis Dari Polis Itu Sendiri Di #KL112

Posted: 12 Jan 2013 08:30 PM PST

Lensa kamera sempat merakamkan beberapa gambar unit keselamatan di dalam Parti PAS yang bertindak sebagai barisan hadapan di dalam mana-mana acara ceramah maupun acara besar, tidak terkecuali Himpunan Selamatkan Shamsidar #Kl112. Lihatlah gelagat mereka yang lebih polis dari polis itu sendiri. Mak Bapak suruh belajar tinggi-tinggi masuk PDRM tak mahu. Sibuk nak jadi macai Cina DAPig!

1. Bertindak sebagai pengawal keselamatan Cina-Cina DAPig



2. Bertindak sebagai polis traffik? Apa kuasa mereka menahan kenderaan lalu lalang?


3. Unit Anal PAS ini ada nafsu jugak dengan Abby Albody, ikon artis PAS



5. Budak Bawah Umur Pun Jadi Ahli Unit Anal PAS?

Adam Adli Dan Mahasewel Pelopor Idealime Komunis Di #Kl112

Posted: 12 Jan 2013 07:30 PM PST

Budaya apakah yang cuba diwujudkan oleh aktivis Pakatan Haram, Adam Adli dan segelintir mahasiswa yang cuba mewujudkan kembali budaya komunis di Malaysia. Ucapan dan cara pemakainan mereka di Himpunan Selamatkan Shamsidar #Kl112 jelas mengambarkan idealisme mereka yang bertentangan dengan prinsip Rukunegara dan perlembagaan sebagai Negara Demokrasi Berpelembagaan.

Apakah Kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berpeluk tubuh membiarkan budaya ini tersebar? Suaktu waktu dahulu, pastinya golongan ini akan dipanggil untuk disoalsiasat. Kalau tidak bernasib baik ISA Kemunting lah jawabnya.






yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 13 Jan 2013 01:28 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


Rakyat bangkit menolak UMNO.

Posted: 12 Jan 2013 09:51 PM PST

Berjaya dan Tahniah, itulah bahasa yang boleh rakamkan setelah selesainya perhimpunan kebangkitan rakyat yang telah berlangsung di Stadium Merdeka petang semalam.(12.1.2013) yang boleh jadi merupakan perhimpunan rakyat yang terbesar dalam sejarah PR sebelum berlangsungnya PRU ke 13.

Perhimpunan semalam disokong oleh jutaan rakyat Malaysia, berlangsung dalam suasana meriah, bersemangat dan aman. tidak berlaku rusuhan, tidak berlaku terjahan, tidak berlaku provokasi dan tidak berlaku remepuhan serta pancaran air beracun dan pukulan balatan, semuanya aman.

Penyokong PR harus dipuji, penyokong PR sedia mematuhi arahan, itu tandanya penyokong PR bertatasusila, tapi perhimpunan yang tercatat dalam sejarah yang dihadiri oleh ratusan ribu manusia dan berlangsung dalam suasana meriah dan aman tiba-tiba dikejutkan dengan kenyataan yang membosankan.

Pihak polis bersunggut bahawa perhimpunan kebangkitan rakyat telah menlanggar syarat peruntukan seksyen  15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.yang mana  3 kesalahan utama dikenal pasti iaitu pertama kerana membawa kanak-kanak, kedua kerana membawa sepanduk atau kain rentang yang dikatakan menghasut dan boleh membawa permusuhan dan perpecahan dan yang ketiga kerana yang hadir didalam stadium itu melebihi daripada 35,000 orang.

Daifnya kesalahan yang terdapat semasa perhimpunan berlangsung petang semalam. tak adakah alasan lain yang boleh direka bagi mengambil tindakan kepada rakyat yang keluar untuk memberi sokongan kepada PR kepada pemimpin mereka, bukankah perhimpunan yang dianjurkan oleh UMNO juga kadang-kadang terdapat mereka yang membawa anak-anak kecil.

Apabila sudah terang PR disokong dan didokong oleh semua lapisan masyarakat, maka pihak kerajaan cuba mencari jalan untuk menghukum pula, kenapa angka kehadiran yang melebihi daripada 30,000 orang hendak dijadikan alasan untuk pihak berkuasa bertindak kepada penganjur. Sekiranya tak mahu rakyat keluar melebihi 30,000 orang sepastutnya pihak berkuasa mengelurkan tiket untuk orangramai memasuki stadium barulah kehadiran boleh dikawal.

Tunggulah apa akan terjadi dan tindakan yang akan diambil oleh pihak ;polis terhadap ibubapa yang membawa anak-anak keperhimpunan tersebut, apa nasib yang akan menimpa kepada pembawa sepanduk dan apa hukuman yang akan diterima oleh penganjur kerana rakyat yang hadir melebihi had yang telah ditetapkan sehingga melimpah ruah keluar stadium merdeka.

Begitulah apabila jadi pembangkang, aman pun susah tak aman lagi susah. Benar kata anak-anak muda, sekarang adalah waktu terbaik untuk menukarkan kerajaan supaya rakyat boleh hidup tanpa diugut dan aman dibawah kerajaan yang adil. Ingat pesanan 'Berilah peluang kepada PR untuk memerintah Malaysia' supaya negara tidak menjadi kucar kacir dalam isu rasuah dan kronisme supaya harta negara tidak dirompak sewenang-wenangnya.

Kebangiktan rakyat semalam adalah kebangkitan yang akan diterjemahkan oleh pengundi-prngundi diseluruh negara, seorang rakyat yang hadir semalam mewakili tiga orang pengundi yang tidak sempat hadir (pinjam ulasan Mohd Sayuti Omar. MSO). undi-undi itu nanti tentunya undi untuk PR undi yang akan mejatuhkan kerajaan BN, undi yang akan menolak kerajaan yang tidak adil, undi yang akan menolak kerajaan yang zalim, undi dari petani, nelayan, peneroka, penarik beca, pemandu teksi, pesara tentera dan polis, pesara kerajaan, penganggur yang dinafikan, pegawai penjawat awam yang melihat kertas rasuah berlalu didepan mata, guru-guru yang dipaksa dan dianayai serta pelajar yang pintar semuanya tidak akan mengundi parti-parti yang mengunakan lambang dacing . Kerajaan BN sudah pun dipenghujung.

Apa Yang Tersirat

Posted: 13 Jan 2013 01:25 PM PST

Apa Yang Tersirat


Kalimah Allah Hanya Untuk Umat Islam: Majlis Syura Pas

Posted: 13 Jan 2013 09:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.

"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.

"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.

"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura PAS yang bersidang pada malam Ahad, diadakan khas bagi membincangkan mengenai isu kalimah Allah pada malam Ahad bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Pemimpin PAS dan ahli Majlis Syura yang hadir bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya kenyataan media sahaja diedarkan kepada kira-kira 20 wartawan yang menunggu.

Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh disalah guna untuk kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam.

Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.

Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.

Bukan itu sahaja, pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Haron Din, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan pendirian tegas mereka, tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.

KL112: Jika hanya lebih 100 ribu- Satu Kegagalan Anwar

Posted: 13 Jan 2013 03:35 AM PST

BAIKLAH. Kejayaan Anwar menghimpun lebih 100 ribu semalam sempena Hari Kebangkitan Pakatan Rakyat. Apa kah jumlah itu boleh mejamin kemenangan PR dalam pilihan raya? Kita tahu bahawa jumlah itu tidak sampaipun 1 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan yang berjumlah lebih 12 juta.

Sebenarnya, himpunan pakatan rakyat semalam merupakan kegagalan mereka, kerana sebelum perhimpunan itu berbagai pihak daripada pakatan rakyat menguar-uarkan akan menghimpun satu juta peserta; malah pakatan selangor berjanji akan menghantar 300,000 perserta sama seperti kenyataan parti Pas, bahawa parti itu juga akan menghantar 300,000.

Namun, walau berbagai tokok tambah, terbukti pakatan rakyat tidak mampu menghimpun 1 juta, meskipun  kenyataan urusetia himpunan itu, mereka telah berjaya mengumpul 500,000.

Pedulilah kenyataan daripada pihak mana, yang jelas perhimpunan pakatan rakyat semalam sebenarnya telah membuka pekong mereka, bahawa kononnya mempunyai sokongan; namun ternyata mereka tidak mendapat sokongan walaupun tiada halangan daripada pihak mana-mana.

Kalaulah diikuti kenyataan pihak polis yang melakukan pemantuan bahawa jumlah perserta semalam adalah antara 40-45 ribu. Kenyataan pihak polis ini sebenarnya sangat munasabah, kerana pihak merekalah yang bertugas menjalankan pemantauan.

Akan tetapi, kenyataan pihak polis sudah tentunya tidak akan digunapakai oleh pihak pembangkang atau pemerhatinya, seperti mana gambar-gambar yang disertakan ini, kerana gambar-gambar ini sudah mengalami super impose, di mana menggambarkan perserta seperti ikan sadin di dalam Stadum Merdeka.

Jika dilihat melalui gambar-gambar di atas, telah jelas bahawa para serta adalah manusia-manusia yang tidak perlu bernafas, kerana mampu dirapatkan sedemikian rupa.

Walau apapun, apa saja bentuk perhimpunan yang dilakukan Anwar, tidak akan menggangu keyakinan rakyat yang cintakan keamanan dan masih mahu meneruskan kerajaan barisan nasional untuk terus memerintah negera.

Tahun 1998, himpunan serupa lebih dahsyat kerana diikuti dengan kemarahan pengikut Anwar kerana pemecetannya, namun BN pada PRU-1999 masih mengekalkan kuasa 2/3.

Pada Tahun 2008, bukan kerana pembangkang kuat yang menyebabkan 5 negeri gugur daripada kerajaan BN, malah kehilangan kuasa 2/3 dalam dewan rakyat, akan tetapi perbalahan antara para pemimpin Bn. Bagi menghadapi PRU-13; persengketaan antara para pemimpin Bn malah sudah disifarkan; atas sebab itu, apa pun kelibat Anwar melalui Pakatan Rakyatnya, tidak akan menghalang Bn untuk terus menguasai Putrajaya selepas PRU-13.

INGATLAH dalam sistem demokrasi kuasa majoritilah yang menang, bukan suara manoriti yang terlolong terpekik sana sini.

KL112: Cuba Perhatikan Foto-Foto INI

Posted: 12 Jan 2013 07:42 PM PST

Pusat bandar Kuala Lumpur sempena KL112 dibanjiri  XXXXX penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka - himpunan paling besar anjuran gabungan parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Penganjur mengharapkan kehadiran besar ke perhimpunan itu akan mempengaruhi golongan pengundi atas pagar.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat mengambil pendekatan berbeza bagi perhimpunan kali ini dengan memastikan tiada insiden tidak diingini.

Pihak berkuasa membenarkan Pakatan menggunakan lokasi bersejarah Stadium Merdeka, dan polis turut mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan.

Penganjur menguji sikap baru yang ditunjukkan pihak berkuasa ini dengan berjalan kaki dalam kumpulan besar menuju ke Stadium Merdeka, bermula dari tujuh lokasi, sebelum perhimpunan bermula pada jam 2 petang.


tun faisal dot com

Posted: 13 Jan 2013 01:16 PM PST

tun faisal dot com


Majlis Syura Pas putuskan Biblical God tidak boleh diterjemah kepada #kalimahAllah

Posted: 13 Jan 2013 10:09 AM PST


#KalimahALLAH Tidak Boleh Diterjemah Ke Dalam Mana-Mana Bahasa - Majlis Syura PAS

Oleh: RR - 2013/01/14 | 1:57 AM

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.

"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.

"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.

"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura PAS yang bersidang pada malam Ahad, diadakan khas bagi membincangkan mengenai isu kalimah Allah dan Amanat Hadi pada malam Ahad bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Pemimpin PAS dan ahli Majlis Syura yang hadir bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya kenyataan media sahaja diedarkan kepada kira-kira 20 wartawan yang menunggu.

Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh disalah guna untuk kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam.

Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.

Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.

Bukan itu sahaja, pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Haron Din, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan pendirian tegas mereka, tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.

Dalam perkembangan lain, Majlis Syura PAS turut mendesak kerajaan supaya membenarkan Abdul Hadi menjelaskan mengenai isu 'Amanat Hadi' dan ia perlu disiarkan secara langsung selama satu jam di TV1 dan TV3.-mStar
http://www.myomedia.net/2013/01/kalimah-allah-tidak-boleh-diterjemah-ke.html

#KL112 - Analisis ucapan-ucapan pemimpin

Posted: 12 Jan 2013 07:30 PM PST




#KL112 Terkini: Analisa Perbandingan Ucapan-Ucapan Pemimpin Pakatan Rakyat di KL112
jejarikami | 17:22 |


Tidak salahkan kita buat perbandingan siapa berucap lagi power semasa Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka sebentar tadi. JK hanya ambil pemimpin yang prominen sahaja ya sebab yang lain-lain tu tiada fungsi pun, semuanya berucap sebab nak mileage dan bertanding dalam PRU13 akan datang.

Mat Sabun: Tidak putus-putus minta derma dari beruk-beruk KL112 ini. Dia juga berusaha sedaya upaya untuk menarik simpati orang ramai dan kerap menyatakan mereka tiada duit untuk membayar kos sewaan Stadium Merdeka walhal Nik Aziz datang ke sana menaiki Toyota Alphard!

Lim Guan Eng: Berucap dengan penuh karisma dan keyakinan walaupun acapkali melihat skrip ucapan di tangan. Beliau juga berucap dengan menggunakan Bahasa Melayu baku dengan diiringi oleh sorakan dan laungan dari beruk-beruk di Stadium Merdeka. Kredibiliti beliau jelas terserlah sehingga menenggelamkan ucapan pemimpin yang lain. Tapi knowing DAP adik beradik PAP ini tidak hairanlah beliau datang well prepared. Lebih-lebih lagi JK teringatkan Lee Kuan Yew yang memakai songkok semasa berkempen untuk pilihanraya Singapura dahulu kala! Habis kempen, dah menang, orang Melayu Singapura ditindas secara halus dan kuasa mereka pun lenyap. 

Haji Hadi Awang: Pengucapannya berterabur, point juga tidak jelas, melalut-lalut. Sorakan dari orang ramai juga tidak kedengaran. Tiada ketokohan untuk menjadi seorang Perdana Menteri. Adakah disebabkan faktor umur? Ataupun beliau memang sudah hilang taring?

Anwar Ibrahim: Sengaja diletakkan di akhir acara supaya beruk-beruk akan duduk lama di Stadium Merdeka. Akan tetapi, selepas ucapan Lim Guan Eng beruk beransur pulang mungkin sebab sudah bosan dengan skrip ucapan hasutan yang diulang ke mana-mana sahaja beliau pergi. Tiada ucapan semangat yang fresh dan baru seperti tokong Lim Guan Eng (Anwar harus pecat PA beliau kerana asyik recycle ucapan!). Kesimpulannya, nothing new, semuanya skrip yang diulang-ulang. Tidak habis-habis menabur fitnah yang tidak masuk akal dan sanggup memperjudikan nasib rakyat.

JK hanya sempat menganalisa 4 pemimpin sahaja tetapi terus terang mereka ini sudah hilang seri untuk memimpin Malaysia. Cuma JK nak pesan dekat pemimpin pakatan haprak ini, sudah-sudahlah salahguna perkataan 'rakyat' tu! Rakyat bukan semuanya penyokong pembangkang pun, majoriti atas pagar dan selebihnya menyokong kerajaan, jadi tidak layak mereka ini menggunakan perkataan rakyat tu!

THE FLYING KICK

Posted: 13 Jan 2013 01:11 PM PST

Duke of UMNO

Posted: 13 Jan 2013 01:01 PM PST

Duke of UMNO


PEDASSSS..!!! PAS "DITALKINKAN" SAHABAT "SYAITAN" SENDIRI..!!!

Posted: 13 Jan 2013 06:37 AM PST

DAP ganti PAS 1

Semakin hari semakin teruk pepecahan yang berlaku di dalam PAS disebabkan pertelingkahan di kalangan para pemimpinnya mengenai isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.

Mungkin kerana "tahaluf siyasi ala-ala agama PAS", Presiden dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat senada menyokong kehendak yang disuarakan Setiausaha DAP, "Khalifah Father" Lim Guan Eng, itu.

Maka bertepuk tanganlah beberapa pemimpin PAS "liberal" seperti Khalid Samad dan konco-konconya yang sememangnya sering menyalak mahu kalimah "Allah" itu dicemar sewenang-wenangnya.


Bagaimanapun, golongan ulama di dalam PAS yang merujuk kepada kepentingan Islam tidak mahu mengalah dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti itu.

Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib beberapa kali mengulangi pendiriannya yang sama sekali menolak penggunaan kalimah "Allah" itu di dalam Bible versi bahasa Melayu bagi tujuan edaran di Semenanjung Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa kalimah "Allah" itu adalah hak eksklusif umat Islam di Semenanjung dan ia perlu dikekalkan sebagaimana yang diamalkan sekarang bagi menjaga kepentingan agama Islam dan aqidah ummah.

Kenyataan tersebut kemudiannya disambut pula oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz yang memiliki ketinggian ilmu agama yang jauh lebih tinggi dari tahap ilmu Mursyidul Am yang hanya lulusan biasa di Maghribi.

Dalam kenyataannya mengenai isu sensitif itu, Harun Din jelas tegas dalam pendiriannya yang mengatakan bahawa penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi bahasa Melayu sangat merugikan Islam sama ada bagi jangka panjang mahupun jangka pendek.

Dalam ertikata lain, Dewan Ulama PAS dan Timbalan Mursyidul Am itu sebulat suara berijtihad bahawa kalimah "Allah" wajar dipelihara kesuciannya dari dicemari oleh kehendak "Khalifah" Guan Eng!

Pertelingkahan di antara dua pihak ini sebenarnya telah mencetus kekeliruan yang sangat membingungkan di kalangan para penyokong "agama PAS".

Mereka tertanya-tanya, fatwa mana satukah yang perlu mereka ikut? Fatwa Abdul Hadi dan Nik Aziz? Atau pandangan Dewan Ulama dan Timbalan Mursyidul Am yang jelas lebih tinggi ilmu mereka berbanding Presiden dan Mursyidul Am?

Kalau mereka taat pada fatwa Abdul Hadi dan Nik Aziz, maka takut nanti mereka dikatakan menolak pandangan ulama yang memang lebih tahu dari kedua pucuk pimpinan parti politik itu.

Kalau mereka wala' pada Dewan Ulama dan Timbalan Mursyidul Am, maka takut nanti mereka dicap derhaka dan membantah kedua "tok guru" tersebut!

Jadi, yang mana satu yang harus mereka pilih? Membenarkan kalimah "Allah" diguna di dalam Bible atau sama sekali mempertahankan kalimah suci tersebut?

Sehingga kini, saya melihat PAS bukan terpecah kepada dua kumpulan, malah tiga! Satu kumpulan menyokong Hadi dan Nik Aziz, manakala satu lagi kumpulan menyokong Dewan Ulama dan Harun Din.

Kumpulan ketiga pula merupakan kumpulan terbesar di mana mereka mula meninggalkan PAS dan enggan lagi terpengaruh dengan perjuangan parti itu yang kini jelas lebih berkiblatkan politik berbanding Islam.

Kumpulan ini tidak keluar dari PAS, tapi mereka malu nak mengaku penyokong PAS lagi. Nak sentuh bendera PAS pun mereka enggan, apatah lagi aktif secara terbuka menyokong PAS. Mereka malu semalu-malunya…

Itulah yang berlaku di dalam PAS sekarang. Perkara ini kalau ditanya kepada para pemimpin PAS, sudah tentu mereka takkan mengaku kebenarannya. Tapi kalau ditanya kepada para penyokong PAS di akar umbi, khususnya golongan pro-ulama, sudah tentu mereka akui kebenarannya.

Puaslah hati "syaitan-syaitan" yang bernama DAP dan PKR apabila melihat PAS berpecah belah. Lebih lemah PAS, lebih mudah parti itu "diliwat" bersama-sama pada PRU ke-13 nanti. Tapi, relakah PAS terus "diliwat" berterusan begini sejak Mac 2008? Terserahlah…

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIF #KL112 : BUKTI PAKATAN HARAM LANGGAR JANJI..!!! MUNAFIKKK..!!!

Posted: 13 Jan 2013 04:37 AM PST


Sebagaimana maklum, pihak polis dan sekretariat Himpunan Shamsidar 1.0 telah membuat perjanjian bahawa pihak penganjur himpunan perlu memastikan TIADA KANAK-KANAK TERLIBAT di dalam himpunan tersebut.

Namun, mungkin sudah sifat Pakatan Haram yang sememangnya tidak bertamadun, menggunapakai undang-undang "rimba" suka hati mak bapak depa, depa langgar perjanjian dengan pihak polis.

Bukti dah ada. Aku dah compile bukti bergambar puak-puak Pakatan Haram ni bawa kanak-kanak ke himpunan tersebut dan langgar peraturan. Sila rujuk gambar-gambar di bawah (termasuk yang kat atas tu..)...























JADI LEPAS NI JANGAN SALAHKAN PIHAK POLIS KALAU TAK LULUS PERMOHONAN PAKATAN HARAM NAK BUAT HIMPUNAN LAGI..!!!

PAKATAN HARAM TAKDE MARUAH LANGGAR PERJANJIAN! MUNAFIK..!!!

EKSKLUSIF #KL112: ORANG ASLI GRIK MENGAKU DIUPAH RM30 DAN "ROUND" KL..!!!

Posted: 13 Jan 2013 01:37 AM PST


Semalam, aku ada lepak di KL Central sekejap tengok gelagat puak-puak Himpunan Shamsidar 1.0 ni... Dan aku ternampak sekumpulan orang asal (orang asli) yang baru turun dari bas kat terminal KL Central tu...

Rupanya, puak-puaka Pakatan Haram ni puas pujuk orang-orang asal ni untuk datang join depa di himpunan semalam...Depa datang seramai 44 orang semuanya...cukup 1 bas diangkut termasuk kanak-kanak...

Nak tahu macamana depa "mainkan" orang-orang asal dari Grik ni?


Depa tabur duit! Depa diupah seorang RM30 dan akan dibawa pusing-pusing KL selain diberikan penginapan percuma..!!! Bukan aku yang kata...depa yang mengaku macam tu masa aku tanya depa semalam...

Mula-mula, depa disuruh tunggu di KL Central tu selepas turun dari bas. Kononnya nak tunggu Ambiga datang. Punya la lama depa tunggu dari pukul 9 pagi sampai pukul 11 pagi..2 jam! Selamba je Unit Anal..ehhh silapp..Unit Amal datang bagitau Ambiga tak jadi datang situ...

Depa kemudiannya diarahkan untuk berkawat bersama Unit Anal..ehhh silap lagi.. Unit Amal untuk menuju ke Little India di Brickfields yang terletak kira-kira 1.5 km dari KL Central...Jalan kaki tengah panasssss..!!!

Sampai kat Little India, depa dipaksa melepak pulak dengan puak-puak gangster India kat situ. Orang India kat Little India tu semua marah-marah kat puak-puak Pakatan Haram tu sebab depa semua sokong Najib yang banyak berjasa kat depa...

Lepas dipaksa melepak kat Little India, depa dipaksa pulak berarak dari situ ke Stadium Merdeka. Mungkin itu la kot janji Pakatan Haram yang kata nak bawak orang-orang asal ni round-round di KL..!!!

Aku tak tahu la apa nak jadi dengan puak-puak Pakatan Haram ni. Depa "mainkan" orang-orang asal tu selamba jer. Kalau hangpa teringin nak "kena main" dengan Pakatan Haram, ikut la cakap dan percaya la lagi kat janji depa....

WAJAH TERBARU NURFATIN YANG DIDERA KEKASIH IBUNYA...

Posted: 12 Jan 2013 10:38 PM PST

Inilah Gambar Fatin Selepas Didera... 
 
Ingat tak kisah Nurfatin, seorang kanak-kanak malang yang trauma setelah didera oleh boyfriend ibunya baru-baru ni? Astaghfirullahil'azim...rasa sebak betul bila ingat cerita tu...

Inilah gambar adik Fatin tu. Sekali lagi aku sebak bila tengok gambar ni. Entah manusia jenis apa yang sanggup buat macam ni kat kanak-kanak yang tak tahu apa-apa ni...
 
Allah amanahkan seorang anak, tapi tak reti nak jaga amanah tu...Ni baru tengok wajahnya dah rasa bergenang airmata. Merah pipi kena dera..lebam!
 
Kalau la boyfriend mak budak ni ada depan mata aku, rasanya bukan lebam lagi dah mamat tu... Mungkin dah terperosok masuk dalam longkang aku "kerjakan" dia.. elok pijak je ramai-ramai jantan macam tu!

Thanks to Mynewshub.my sebab highlight kisah-kisah macam ni...Thanks bro!

Inilah Gambar Fatin Selepas Didera…

GOMBAK – "Tergamak lelaki itu buat Norfatin begini, memang kejam dan tidak berperikemanusiaan," begitulah reaksi pertama Roszaidah Mohd Salleh, 30, apabila menemui gambar Norfatin Aqilah berikat dengan tali di leher dengan muka lebam dalam telefon bimbit milik ibu kandungnya yang kini ditahan polis berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia dua tahun itu.
Menurutnya, dia menangis kerana tidak dapat menahan rasa sebak sebaik sahaja melihat gambar yang menyayatkan hati itu tersebut.

"Kalau tahu begini saya takkan serahkan Norfatin, memang menyesal sangat kerana sampai sekarang Norfatin menangis melihat besi penyangkut baju atau diangkat secara tiba-tiba kesan daripada penderaan yang berlaku ke atasnya.

"Dia memang nampak trauma, tidur pun kadangkala terjaga… memang apa yang dilaluinya cukup buruk. Terima kasih kepada polis kerana menangkap mereka yang bertanggungjawab," katanya kepada Sinar Harian.

Roszaidah yang merupakan ibu angkat kanak-kanak itu lega apabila Norfatin dilihat masih ceria dan mahu bermain cuma tutur katanya tidak sepetah dulu serta mungkin mengambil masa untuk dia kembali normal.

"Saya harap dia gembira dan aktif seperti dahulu. Biarlah saya yang menjaganya," katanya.
Dalam kejadian jam 10 malam, Isnin lalu, Norfatin Aqilah Abdullah dipercayai didera teman lelaki ibunya yang berusia 23 tahun.

Terdapat kesan ikatan pada pergelangan kaki dan tangan mangsa manakala kesan luka, termasuk lebam lama dan baru selain kesan seperti dicucuh putung rokok.

EKSKLUSIF #KL112..!!! PAK-PAK LEBAI PAS DI JAMU PAHA-PAHA GEBUUU..!!!

Posted: 12 Jan 2013 07:17 PM PST

Aku yakin budak-budak ni student bawah Chegu Bard SAMM...apa nak jadi ni???
Mujur la ada orang "kutip" saya untuk ke KL bagi "memeriahkan" Himpunan Shamsidar 1.0 yang berlangsung di Stadium Merdeka yang penuh bersejarah (buat rosak imej Stadium Merdeka je puak-puak ni..hmmm...).

Walaupun sekadar "tumpang orang", aku ada la beberapa keping gambar yang sempat aku rakam di himpunan yang gagal ni...

Sebenarnya, aku lebih suka panggil himpunan ni sebagai Himpunan Kebangkitan "Nafsu" Pakatan Haram. Sebabnya, ramai pulak pompuan-pompuan gedik yang seksi-seksi dan menjolok mata menjadi "santapan nafsu" pak-pak lebai PAS kali ni...heh!

Ni..tengok gambar-gambar kat bawah ni... Anak sapa la ni? Terjojol biji mata pak-pak lebai kulup tu! Muahahahahaaaa... Habis la "muslimut" PAS dapat "madu" lepas ni. Kalau tak jadi "madu" pun, jadi "kekasih gelap"..! Kah! Kahh..!!! Kahhhh..!!!

Ni buktinya...kat atas tu sekeping dan kat bawah ni ada dua keping... Yang lain aku tak rakam sebab aku tak mau subahat dosa... aku publish ni pun sebagai pengajaran untuk dijadikan sempadan... harap hangpa semua tak tiru depa ni...

Masa amoi-amoi ni lalu, pak-pak lebai tu usha tengok sampai nak terkeluaq biji mata..!!!
Ni awek punk...tak tau la anak sapa..mungkin anak puak PKR kot...perghhh..!!! Idup Azmin..!!! Idup Nurul Izzahhh..!!!


DIMENSI

Posted: 13 Jan 2013 11:45 AM PST

DIMENSI


Omegay: Pelesit pas larikan Duit Tabung

Posted: 12 Jan 2013 09:30 PM PST


Tradisi mengaut duit rakyat tetap tidak berubah walau apa pun nama perhimpunan yang dibuat oleh pakatan haram. Baik ceramah politik, demostrasi jalanan atau perhimpunan haram serta rapat umum untuk mana-mana pilihanraya kecil. Tong sedekah wajib ada. Semuanya kerana selagi Pas wujud bersama dalam program itu maka S.O.P untuk kaut duit rakyat tetap ada.

Yang berbeza hanya nama tabung yang kononnya dilancarkan ketika itu. Ada tabung Memali untuk keluarga Memali yang kononnya nak bantu balu dan anak yatim yang kematian bapa ketika tragedi itu berlaku. Ada tabung jihad yang dikutip semasa ceramah memfitnah UMNO BN dan ada juga Tabung kononnya untuk PRU. Semuanya pembohongan dan penipuan semata-mata.

Kemana hilangnya duit Tabung Memali ?
Kemana dihalakan duit sedekah setiap kali ceramah di seluruh Malaysia kononnya untuk jihad ?
Kemana duit kutipan 'adhock' yang dipungut ketika pilihanraya kecil ?

Jumlah sebenar duit kutipan pun tidak pernah diisytiharkan selama ini setiap kali habis program. klik sini untuk seterusnya..

p/s: Masuk pas jadi pelesit huhuhuhu >XD

Omegay: Welcome to PAS Airways to heaven

Posted: 12 Jan 2013 07:45 PM PST

"thanks to tok guru nik aziz for a first class free ride..
what a heaven!!"

"bukan senang dapat peluang terbang ke syurga bila
dosa dah bertimbun2 heheh" 

"makcik dan pakcik bertuah betul. kalau tak kerana menang
cabutan bertuah tempohari sampai bile pun kami tak cium bau syurga"

"so how is it macha?..better than my bas jelajah isn't it?"
"oo yess absolutely..especially the stewardess so sexy!"

"hiii...i'm dolly...your lovely stewardess at your service!"

"oyeahh we are so happy!..even though we do know where exactly
the paradise is..but we for sure its one hell of a place!..."

..and of coz The pilot!

Omegay: angka2 puaka yang menghantui pakatan...

Posted: 12 Jan 2013 05:30 PM PST

laporan al jazeera memetik seramai 45 ribu ekor lembu menguak di KL


majlis peguam yang di petik dari the malaysiainsider plak estimate sampai 
70 - 100 ribu ekor lembu bergelimpang di jalan raya dan stadium


dan seperti di jangka meloyakini terus tembak 100 ribu ekor lembu tak bertuan!

apa pun yang pasti anuwar pandikutti di rumah rasa nak pitam di sebabkan perancangan dah flop!
dan lagi jijah sure membebel sebab agenda si laki bermati2an pertahan 'isteri gelap'nye bakal jadi bahan makan tuan..ya bedabeduuuuu!! >XD

Omegay: Bukan 8 tapi 13 tuntutan Deklarasi Setan PAS

Posted: 12 Jan 2013 04:30 PM PST

13 tuntutan setan

kalau ikut dari situasi semasa yang berlaku siang tadi bukan 10 tuntutan yang di minta...sebaliknya 13 perkara yang mereka mau seperti gambar di atas..atau kemungkinan ada lagi tuntutan setan yang ingin di unjurkan hanya pemimpin setan fuckatan saje yang tau huhuhu

...apabila pas berjuang tak kira mazhab...syiah...katolik...buddha..taoist
main pukul rata...

pas berdoa siang malam malaysia jadi negara republik 
dan bukan negara islam...

pas sokong kepulangan ketua komunis malaya...

berasak pas tolong buatkan solat hajat walaupun kiblat litang pukang 
demi untuk dap capai cita2 setan...


hasan tantaik sanggup tadah body untuk halang sesiape
yang berani tentang hj hadi membantu menyesatkan umat demi dap...

..di mana akhirnya Apek DAP chop melayu itu lembu!


kehkehkehkeh nasib ko ler pas!

PEJUANG BANGSA

Posted: 13 Jan 2013 11:37 AM PST

PEJUANG BANGSA


Polis yakin 2 banduan lari bersembunyi di Permatang Pauh !

Posted: 13 Jan 2013 10:53 AM PST



TASEK GELUGOR -  Seorang tahanan yang meloloskan diri Isnin lepas dipercayai menjadikan seorang remaja sebagai tebusan dalam kejadian pukul 11 malam tadi di Bukit Mertajam dekat sini.
 
Tahanan itu dikenal pasti sebagai Mohamad Khairulnizam Abdul Rani dan dipercayai membawa tebusannya Khairul Anas Mohd Fadli, 19, ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Indera Muda.
 
"Kita dapat maklumat dari orang awam memaklumkan ternampak salah seorang tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam membawa remaja berkenaan menuju ke kawasan
hutan di situ. Saksi turut melihat tahanan itu membawa sebilah parang panjang bersamanya," kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar.
 
Menurutnya, bapa remaja itu juga membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut yang dipercayai berlaku ketika remaja berkenaan dalam perjalanan pulang dari rumah abang iparnya berhampiran tempat kejadian.
 
"Sebaik kita menerima maklumat berkenaan pihak polis menghantar sekumpulan anggotanya ke tempat kejadian dan saya juga telah mengarahkan pihak Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dalam hutan di kawasan itu," katanya.
 
Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis berjaya memberkas dua tahanan termasuk seorang yang menyerah diri malam tadi.
 
Mohamad Farid Akhtar, 24, ditahan ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Seman pada pukul 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada pukul 10 malam.
 
"Pemilik kedai makan berkenaan menghubungi pihak polis memaklumkan terdapat salah seorang tahanan meminta makanan. Anggota kita dihantar ke kedai makan itu dan didapati lelaki terbabit adalah Mohamad Farid dan kita menahannya.
 
"Ketika ditahan dia dalam keadaan tidak bermaya kerana tidak makan sejak beberapa hari lepas," katanya.
 
Abdul Rahim berkata operasi menjejaki dua lagi tahanan iaitu Hamzani Harun, 37 serta Hisham Abdul Rahman, 39 kini diperhebat dan mereka dipercayai berada di sekitar kawasan Permatang Pauh.
 
Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
 
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.
 
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. - Bernama

Hot ! Atas bumbung stadium pun pencacai #HKR112 duduk !!

Posted: 13 Jan 2013 09:27 AM PST



Patutlah Malaysiakini tulis 100 ribu hadir pasal tertipu dengan gambar super impose atas bumbung stadium Merdeka .

Nak tipu pun agak-agak la kerana nampak sangat bodoh .  himpunan yang hanya 45 ribu dikira menjadi 100 ribu . Memang tak logik la sebab lihat kapasiti stadium pun kecil dan kini mereka cukup tipu melalui gambar kononnya di luar pun ramai walhal itu gambar di bumbung .


Hot! Sebab Himpunan #HKR112 #KL112 gagal

Posted: 12 Jan 2013 11:24 PM PST

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) adalah kegagalan sebelum ia bermula, itu rumusan yang boleh dibuat.

Dan petang tadi, ia terbukti apabila kehadiran peserta tidak mencapai 10 peratus pun daripada jumlah asal yang dijanjikan.

Mungkin ini adalah pengajaran kepada Pakatan Rakyat agar jangan terlalu gelojoh meletakan angka dalam himpunan yang dibuat.

Itu adalah sindrom 'over confident' dan sindrom seperti itu kerap memakan diri.

Isunya mudah…bila anda mencanangkan jumlah satu juta…maka haruslah ia mencapai satu juta. Paling tidak setengah juta pun ok lagi…kata orang boleh tutup sebelah mata.

Bila tidak…maka apa ertinya? Ertinya ia sudah gagal. Semudah tu sahaja.

Sebenarnya HKR telah gagal dari hari pertama lagi…bukan hari ini.


Pemilihan Stadium Merdeka yang hanya mampu menampung 30,000 orang sudah mencerminkan betapa penganjur sendiri tidak yakin dengan jumlah yang mereka canang.

Memang betul tidak ada stadium yang mampu menampung 1 juta orang, tetapi kalau guna stadium Bukit Jalil dengan kepasiti berkali ganda, nampaklah keyakinan penganjur dengan jumlah kehadiran.

Jangan bagi alasanlah di luar stadium ada ratusan ribu lagi apa semua…memang ada peserta tetapi tidaklah mencapai jumlah itu okay.

Poster dan macam-macam lagi pelekat dan t-shirt dengan gagahnya menyebut 1 juta rakyat…yang datang berapa…50 000, 60 000 atau 100,000 orang… itu bukan satu juta.

Persoalannya mengapa ia tidak mencapai jumlah itu?

Mungkin sebab ia mustahil…

Mungkin juga sebab pemilihan Mat Sabu sebagai bos HKR sendiri sudah mencerminkan satu kegagalan.

Tolonglah ok…Mat Sabu dengan tokey karpet Deepak Jaikishan rasanya setaraf aje.

Letaklah seorang yang benar-benar ada karisma…seorang yang bila dia berjalan pun orang dah rasa hormat..belum lagi masa dia bukak mulut.

Ini Mat Sabu…bukak mulut aje…lepas lima minit dah umum hendak kutip derma….tak salah…tapi bila Mat Sabu cakap;"Hari ini kita mahu kutip sekurang-kurang setengah juta ringgit.

"Kamu datang kamulah yang bayar," ….what la you bro! Itu benda biarlah pengacara yang cakap..bukan bos program yang cakap.

Satu lagi….apa matlamat yang hendak dicapai hari ini…

Kalau ikut Mat Sabu nak capai kutipan setengah juta lah kan.

Dengar kata ada 8 tuntutan …antaranya memartabatkan bahasa kebangsaan…

Maaf yea…salah seorang jurucakap dari DAP siap sebut….Rakyat Jelita….bukan Rakyat Jelata.

Tuntutan yang dibawa tidak mencerminkan sebahagian peserta yang hadir. Nasib baik hanya 8 peratus sahaja yang hadir adalah dari kalangan ahli DAP, kalau tidak entah apa-apa istilah lagi yang akan didengar.

Kalau kita lihat dari segi tuntutan, ambil contoh Bersih…ia membawa satu mesej, tak kisah la mesej tu betul ke tidak, tapi yang penting satu benda…so orang senang faham.

Masa Bersih kita tak tengok orang persoalkan Apa…tapi lebih bertumpu kepada Kenapa…tapi di bawah Mat Sabu…ramai jugak yang bertanya Apa…apa objektif…apa sasaran…apa punya perhimpunan ni?

Kalau dilihatkan…apa yang hendak dipertontonkan ialah…kami pembangkang dan kami ramai penyokong…kami boleh berkumpul pada bila-bila masa.

Ok….

Namun bila berkumpul, semua isu yang diutarakan seperti royalti minyak dan alam sekitar adalah isu lama…isu yang sudah dijawab kerajaan berkali-kali.

Hakikatnya pihak pembangkang dilihat hanya mengemukakan isu-isu yang berbentuk harapan tanpa langsung menyentuh isu-isu berhubung kesepakatan dan kesekataan Pakatan Rakyat dalam hal seperti Kalimah Allah serta sikap DAP yang langsung tidak memberi muka kepada ahli Melayu dalam parti mereka.

Sayang…

Himpunan yang sepatutnya mencerminkan bahawa pembangkang dan Pakatan Rakyat benar-benar sudah mendapat sokongan majoriti dan bersedia untuk mengambil alih pentadbiran berakhir tanpa sebarang kesan yang abadi…di akhirnya yang tinggal cumalah Abby Abadi sahaja.- MyNewsHub-

Hot ! Anwar tagih simpati , rayu rakyat beri kuasa kepadanya ! #HKR112

Posted: 12 Jan 2013 05:30 PM PST



Setelah dipalitkan dengan pelbagai dakwaan salah laku moral dan kronisme, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menagih simpati rakyat agar memberi peluang kepada pembangkang membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 Beliau yang kerap kali berkata 'suara rakyat, suara keramat' seolah-olah menghantar mesej kepada rakyat agar berbuat sesuatu bagi memastikan gagasan itu berjaya mencapai cita-citanya untuk berkuasa di Putrajaya.

 "Beri peluang supaya suara rakyat menjadi suara pentadbiran di negara ini. Suara rakyat, suara keramat," kata Anwar.

 Beliau kemudiannya mengulangi janji Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk kerajaan kelak. "Hari pertama kita memerintah, harga minyak akan diturunkan.

InsyaAllah, PTPTN kita akan hapuskan, tol dan AES kita akan tumbangkan.

 "Jadi berilah peluang pada Pakatan Rakyat sebab kita peka, bukannya pekak macam Barisan Nasional," ujar Anwar kepada lebih kurang 45,000 peserta himpunan yang hadir.

 Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilihat cuba mempengaruhi rakyat melalui cadangan penubuhan 'Malaysia Baru' pakatan pembangkang dengan alasan untuk perkara tersebut diimpikan rakyat. "Ini bukan lagi satu impian, anda semua yang ada di sini Malaysia Baru di tangan kita," katanya.

 Beliau turut memperlekehkan komitmen kerajaan membantu rakyat melalui program-program yang disalurkan. Beliau mendakwa kerajaan tidak ikhlas membantu rakyat apabila berkeras untuk melaksanakan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun mendapat tentangan banyak pihak.

 Katanya bantuan kewangan RM500 yang diberikan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diperoleh semula oleh kerajaan dengan mengenakan saman terhadap rakyat. "Tapi jangan suka terlalu awal, tangan kanan bagi duit, tangan kiri ambil balik. Kita nak haramkan dan hapuskan AES 1Malaysia," kata beliau ketika berucap.

 Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya dilihat tersasar daripada matlamat asal himpunan pembangkang. Hadi tidak ubah hanya mengulangi 'mentera' lamanya dengan menghentam kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) berbanding menekankan mengenai sepuluh tuntutan himpunan ini.

 "Walaupun menerima konsep Islam agama rasmi persekutuan, hak bumiputera Melayu, hak bahasa ibunda, raja mengikut perlembagaan, Umno gagal memperkasakan Islam. Gagal memperkasakan Melayu Bumiputera.

 "Malah pemimpin Umno tidak tunjuk wajah Islam sebenar, hanya wajah rasuah, wajah penyelewengan, penipu," kata beliau dalam ucapan. Mengulas lanjut Ahli Parlimen Marang itu berkata pakatan pembangkang akan menangani Umno dengan menawarkan pelbagai keperluan rakyat dengan bersih dan adil. "(Kita) akan hapuskan tol di Malaysia kalau kita ke Putrajaya, bebaskan cukai.

 Pengerusi sekretariat himpunan Mohamad Sabu sebelum itu menafikan dakwaan bahawa peserta-peserta yang hadir ke perhimpunan tersebut dibayar sejumlah wang. "Yang tak suka (himpunan), kata kita bayar RM150...kamu semua yang datang hari ini yang bayar, yang keluarkan duit untuk Pakatan," ujar beliau lagi.

Hot ! 8 tuntutan #HKR112 yang menjerat balik Pakatan !!

Posted: 12 Jan 2013 04:30 PM PST



1- Menuntut Pilihan Raya Adil & Bersih

-SPR sendiri telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam Sistem Pilihanraya. PRU12 dulu PR menang 5 negeri, kenapa tak pertikai SPR?
-Ini semua sbg satu perancangan rapi utk menuduh SPR sekiranya PR tewas PRU13 nnti, tp hakikat sebenarnya sememangnya majoriti rakyat Malaysia menolak PR. Tapi jika PR menang mereka tak persoalkan pula.

2- Bebaskan Tahanan ISA


-Tahanan yg ditahan mesti ada sebab tertentu yg boleh mengancam keselamatan negara. Tindakan ini bagi memastikan tiada gerakan militan dan ancaman kepada keselamatan negara. Keselamatan rakyat dan negara perlu diutamakan.

3- Martabatkan Bahasa Ibunda


-Cukuplah kita mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara seperti mana yg termaktub dalam perlembagaan negara. Bahasa Melayu lambang perpaduan negara.

4- Menuntut Pendidikan Percuma


- Kenapa tak lakukan dahulu di UNISEL, Universiti milik Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR?? Cakap tak serupa bikin !!

5- Selamatkan Kampung Warisan & Tradisi


- Siapa yang merobohkan Kampung Buah Pala? Sehingga menitiskan air mata!! Cakap tak serupa bikin !!

6- Selamatkan Alam Sekitar


- Apa yg terjadi di Hutan Pedu Kedah? Digondolkan bagi tujuan pembalakan sehingga sampai ke puncak! Cakap tak serupa bikin !!

7- Pulangkan Royalti Minyak Kelantan


-Kerajaan Pusat sendiri telah menyatakan akan mengkaji semula pemberian royalti utk negeri2 di Pantai Timur. Jadi apa lagi?Perkara ini bukannya boleh diselesaikan sehari dua.

8- Selamatkan Felda .


-Kepentingan Penduduk FELDA sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. Lihatlah sendiri kehidupan masyarakat FELDA hari ini yg rata2 sudah memiliki rumah banglo, kenderaan, tanah dan pelbagai insentif yg diberikan kerajaan. 

Sungguhka

Posted: 13 Jan 2013 09:21 AM PST

Sungguhka


Antara Berok-Berok #KL122.......

Posted: 12 Jan 2013 04:00 PM PST

IPOHMALAY

Posted: 13 Jan 2013 09:13 AM PST

IPOHMALAY


Kacau Bilau Jika Pakatan Rakyat Diundi

Posted: 12 Jan 2013 10:55 AM PST

Kacaunya negara ini andai Pakatan Rakyat menang sangat buruk. Bayangkan sebuah parti yang menjanjikan negara Islam  akan memerintah bersama dua buah parti yang paling mempertahankan sekularisme dan liberalisme agama.

Perang akan berlaku antara mereka dan demonstrasi demi demonstrasi akan menyubur selaras dengan keterbukaan yang mula diterapkan.

Seterusnya ini akan menjadi budaya seperti di Indonesia. Tetapi menakutkan sekiranya pertentangan puak liberal dan sekular dengan puak yang hendak menegakkan sebuah negara Islam ini membawa pertelagahan fizikal.

Dengan kemenangan besar sekalipun, PAS tidak dapat menubuhkan sebuah negara Islam ala impian mereka kerana percanggahan pada pertentangan yang serius memandangkan PKR dan DAP dipenuhi peguam-peguam sivil yang semahunya inginkan Malaysia yang tidak bersangkut paut dengan agama pada perlembagaannya.

Walau 100% Melayu mengundi PAS sekalipun, andai PAS ingin menubuhkan negara Islam, mereka tetap ditentang oleh PKR dan DAP. Pas kalah 2-1. Negara akan menjadi sekular mutlak.

Mengundilah dengan bijak.






Tiada ulasan:

Pengikut