Khamis, 20 Disember 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 20 Dec 2012 02:00 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 2:00 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Muslimeen United

Posted: 20 Dec 2012 02:00 PM PST

Pemimpin Ikhwan al-Muslimi Doakan Kejayaan PAS Pada PRU-13

Posted: 20 Dec 2012 07:26 AM PST


KAHERAH - Kemenangan kepada Islam hanya akan tiba apabila seseorang muslim itu menepati ciri-ciri seorang hamba dan menjadi menjadi hamba Allah dalam konteks yang sebenarnya.

"Jadilah seorang hamba Allah yang sebenar-benarnya, bila kita telah menepati ciri-ciri seorang hamba, Allah akan mengurniakan kemenangan kepada kita,"ujar Mantan Mursyidul Am Ikhwan al-Muslimin Sheikh Mehdi Akif.

Beliau berkata demikian ketika meraikan kunjungan rombongan Misi Yayasan Amal Malaysia ke Gaza yang singgah di Kaherah pada 15 Disember lalu.

Sheikh Mehdi Akil, 75 tahun, pernah menghadapi mehnah keluar masuk penjara dalam perjuangan dan dakwah Islam bersama Ikhwan al-Muslimin di Mesir.

Beliau adalah aktivis dan tokoh Ikhwan yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha kepada empat orang Musryid Am Ikhwan antaranya Syeikh Mustafa Masyhur.

Beliau menambah, bahawa kemenangan sebenarnya adalah milik Allah, sementara tanggungjawab kita sebagai umat Islam adalah menunaikan kewajipan, melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.

Di dalam kunjungan itu juga, ahli rombongan misi bantuan ke Gaza telah diberikan penjelasan oleh kakitangan Ibu Pejabat Ikwan al Muslimun berkaitan dengan peristiwa serangan yang telah dilakukan oleh golongan penentang yang mengakibatkan kerosakkan dan kecederaan kepada kakitangan bertugas.

Sementara itu, rata-rata pemimpin Ikhwan yang ditemui menyatakan, mereka mengikuti secara dekat perkembangan politik di Malaysia serta mendoakan kemenangan kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) di dalam pilihanraya umum akan datang.

Mereka menyifatkan, kedatangan rombongan Yayasan Amal dari jauh semata-mata untuk membantu saudara seagama di Gaza adalah suatu perasaan yang hebat lantaran kita adalah ummat yang satu. Dengan kesatuan kita ini di atas dasar aqidah yang satu, kita akan menjadi ummat yang hebat.

Turut sama dalam rombongan misi Yayasan mal itu adalah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said.

BO

Apabila HIDUP TAK SEDAR DIRI, inilah yang jadi .

Posted: 20 Dec 2012 07:26 AM PST



Apabila berkata, bercakap, menulis, menaip tak guna akal fikiran, maka akan terserlahlah kebodohan. Allah itu Maha Segala-galanya .... UMNO hanya penyampainya sahaja .... 'Tak Tahu Malu' itu yang hanya boleh dikata Kita org ramai bukan kutuk kerajaan tapi kutuk UMNO. Org ramai kutuk UMNO pasal polisi yang dibuat tidak berdasarkan tuntutan Islam. Halal haram tolak tepi janji dapat duit. Yang haram itu sedikit berbanding yang halal tetapi yang haram itu yang dipilih. Terimakasih Umar Abdul Aziz Khalifah -fb

Samseng Umno 'berdengung isi borang Pas !!

Posted: 20 Dec 2012 07:23 AM PST


78 orang sertai PAS di Felda Bkt Permai!


Berita ini dipetik dari Facebook Mazlan Aliman..

5 hari demam, terubat dan berasa lega hari ini apabila saya menerima borang PAS dari 78 orang yang sebahagian besarnya bekas pemimpin dan ahli Umno dari Felda Bkt Permai.

Ketua penaja PAS Cawangan, En Kamal Hamzah mewakili yang lain2 menyerahkan borang kepada saya sambil disaksikan Yang DiPertua PAS Kawasan Kulaijaya, Sdr Hisham Mohd Zin dan Ketua Dewan Pemuda, Sdr Ahmad Tabrani. Ia disusuli takbir yang bergema beberapa kali mengiringi peristiwa bersejarah tersebut.

Hampir 90% peratus yang menyertainya adalah orang muda berusia antara 25-50 tahun. Ada dikalangan mereka dulunya adalah samseng Umno 'berdengung' yang menghalang PAS daripada apa jua aktiviti. Kini, kata mereka, kami dah tobat. Kami mahu mati dalam Perjuangan Islam!

 Majlis diselangi dengan sumbangan peralatan sekolah kepada hampir 100 pelajar dari Felda Bkt Permai dan Kg Murni Jaya.

 Kalau ramai tokoh2 hebat dah masuk PAS, orang biasa nak tunggu apa lagi?

ALLAHUAKBAR 3x

Presiden PAS diserang kerana nama dicadang sebagai PM

Posted: 20 Dec 2012 07:19 AM PST




KUALA LUMPUR: Serangan terhadap Presiden PAS berhubung 'Amanat Haji Hadi' dipercayai dibuat semata-mata kerana ada ura-ura nama Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disenaraikan sebagai calon Perdana Menteri (PM).

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memang menjadi tradisi bahawa sesiapa sahaja selain Umno yang disebut-sebut menjadi calon perdana menteri akan diserang habis-habisan.

"Sudah tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai PM.

"Kini Tuan Guru Haji Hadi pula diserang, sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan di dalam Muktamar PAS bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi PM," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, doktrin Umno di kalangan pengundi Melayu di kampung-kampung bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri gagal apabila timbul isu Presiden PAS disebut sebagai calon PM.

"Hasilnya, kini muncung senapang Umno mula dihalakan kepada Presiden PAS pula.

"Kita yakin selepas ini pelbagai tohmahan, tuduhan, fitnah akan dibuat ke atas beliau, kerana di Malaysia sesiapa yang dicadangkan sebagai PM, akan menjadi sasaran serangan media BN," kata beliau lagi.

Tuan Ibrahim juga mengimbau kembali sejarah pertubuhan al-Arqam yang diserang habis-habisan setelah mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

"Sedangkan asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah sahaja. Begitulah nasib sesiapa yang disenarai sebagai Perdana Menteri.

"Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana disebut untuk menjadi PM," kata beliau.

Justeru katanya, rakyat mempunyai satu peluang yang cerah untuk menghentikan mitos bahawa jawatan perdana menteri ini hak eksklusif Umno sahaja dengan menyokong Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru. -Hrkh

Musa Hassan Disaman RM100 Juta

Posted: 20 Dec 2012 07:18 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 juta.

Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri," beritahu pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini.

Tokoh terkenal tersebut berkata Musa telah mencalarkan imejnya dengan menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis lama bertujuan mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya.

Beliau berkata Musa mempunyai tujuh hari untuk membalas, jika gagal beliau akan menfailkan tindakan undang-undang ke Mahkamah.

Musa menjadi perhatian umum kebelakangan ini kerana pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis, menuduh Phang mengarahkan seorang pegawai polis senior dengan berkata: "(Phang) mengugut pegawai tersebut, jika tidak meluluskan (projek tersebut), beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam."

"Jika seseorang rakyat biasa boleh mengugut anggota polis, beliau mesti mempunyai kuasa dalam polis."

Projek pada tahun 2009 yang didakwa untuk meningkatkan sistem komunikasi analog yang digunakan PDRM kepada sistem digital Motorola, menurut Musa bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata pegawai yang dipindahkan itu adalah pakar dalam bidang komunikasi, yang jawatannya "lebih tinggi" dari Penolong Ketua Polis (ACP), seorang datuk dan masih lagi anggota polis.

Apabila membuat dakwaan tersebut, Musa mengatakan beliau cuma mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa itu setelah Phang mendakwa bekas KPN tersebut bersekongkol dengan sindiket jenayah.

"Saya tidak mahu malukan sesiapa, tetapi orang yang memalukan saya, tetapi ini bukan balas dendam," katanya lagi.

Tetapi Phang berkata, berdasarkan penghakiman oleh Hakim Supang Lian di Mahkamah Kota Kinabalu semasa perbicaraan Datuk Ramli Yusuff, hakim itu berkata menurut Phang, Musa adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.

"Kalau mahkamah pun dulu kata macam tu, saya nak kata apa lagi?" kata Phang pula.Menurut Phang, seorang lagi bekas KPN, Tun Haniff Omar, juga sudah menjawab dan menafikan tuduhan Musa bahawa Phang merupakan penasihat beliau.TMI

Insiden Sg Petani: Blogger UMNO Paling Kuat Mainkan Sentimen Perkauman

Posted: 19 Dec 2012 10:13 PM PST


.Fitnah insiden Sungai Petani, propaganda jahat Umno BN untuk pecah belah kaum

Sungai Petani dikejutkan dengan berita kononnya berlaku pergaduhan antara kaum cuba diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan khabar angin pergaduhan besar berlaku di beberapa kawasan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat pemerhatian penuh melalui aktivis SAMM yang menetap di Sungai Petani membuat kesimpulan bahawa, pada permulaannya hanya terdapat pergaduhan kecil membabitkan kumpulan anak muda yang gagal mengawal diri dan tiada sebarang kebencian antara kaum berlaku di sebalik pergaduhan tersebut. Namun campurtangan kumpulan ekstrim kaum merencatkan suasana dan mampu mengundang kecelakaan lebih besar.

Semua ini terjadi hasil daripada politik perkauman ekstrem Umno dan Barisan Nasional yang sering melagakan kaum. Poltik perkauman ekstream Umno Barisan Nasional umpama memasang bom jangka di kalangan masyarakat.

Inilah yang mereka mahu, pergaduhan antara kaum akan menyebabkan setiap kaum berpaut kepada parti berasaskan kaum bagi berlindung lantas memberi sedikit nafas kekuatan biarpun memberi kesan buruk kepada seluruh kemasyarakatan dalam jangka masa yang panjang.

SAMM berpendapat tiada gunanya berbilion wang ringgit dibelanjakan atas nama perpaduan semenjak merdeka. Kewujudan Jabatan Perpaduan contohnya hanya membazir bila regim Umno Barisan Nasional sendiri sentiasa membakar api perkauman.

Walaubagaimanapun, keadaan di Sungai Petani terkawal di atas tahap kesedaran yang baik dari kalangan rakyat Malaysia yang belajar betapa pergaduhan antara kaum hanya akan memberi kelebihan kepada parti perkauman seperti Umno.

Rakyat pasti tidak sedia untuk memberi nafas baru kepada Umno dan seraya itu menolak sebarang usaha mengembangkan propaganda jahat golongan ini kononnya pergaduhan besar antara kaum berlaku dan merebak ke serata tempat.

SAMM dengan segala rangkaian kekuatan bertekad memastikan negara ini stabil lebih-lebih lagi dengan pilihanraya yang menjelang, kesempatan pastinya diambil oleh Umno dan Barisan Nasional.

SAMM akan menyekat segenap ruang terutamanya berita yang membangkitkan bibit-bibit pergaduhan antara kaum, ketika kepedulian pihak berkuasa terhadap blog pro-Umno yang membawa propaganda jahat tidak diambil tindakkan malah menjadi bahan berita untuk media perdana yang dikuasai Barisan Nasional.

SAMM menggesa orang ramai di seluruh negara khususnya di Sungai Petani bertenang dan tidak menghadam berita yang mengghairah kebencian antara kaum. Yakinlah segala usaha 'orang jahat' itu tidak akan berhasil selagi kita menggenggam pedoman betapa isu perkauman sudah berkubur tidak ada dalam kamus Malaysia baru.

Badrul Hisham Shaharin
Ketua Penyelaras SAMM Kebangsaan

Insiden Sg Petani: Blogger Umno bertanggungjawab sebar fitnahbr>


KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.

Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.

"Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain," katanya kepada Keadilan Daily.

"Saya juga hairan apabila orang Sungai Petani sendiri tak tahu mengenai hal itu, tapi orang luar berlebih-lebihan menyampaikan berita yang tak betul ini," katanya.

Menurut Johari, polis turut memaklumkan keadaan di Sungai Petani terkawal dan tiada kematian. Hanya kecederaan ringan melibatkan ahli kumpulan yang bergaduh.

"Ia hanya helah untuk mengambil kesempatan di atas kejadian yang langsung tiada kena-mengena dengan perkauman," tegas beliau.

"Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan sampai keamanan negara tergadai," serunya. -KD

CONTOH-CONTOH BLOGGER UMNO KAITKAN PERGADUHAN DENGAN POLITIK PERKAUMAN

Himpunan 1 Juta Rakyat, 12 Jan di Stadium Merdeka

Posted: 19 Dec 2012 10:12 PM PST


 
KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium Merdeka.

Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.

Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya  Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu.

"Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di  Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri  yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.

Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan.

"Permohonan stadium atas nama Sasterawan Negara yang terkenal," katanya.
Ujar Mohamad juga, perhimpunan dengan empat warna tema iaitu kuning, hijau, oren dan merah akan bermula jam dua petang dan dijangka akan berakhir jam lima petang tanpa sebarang kekecohan.

"Saya yakin melalui himpunan-himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan.

"Kita akan berhimpun tanpa menyerahkan apa-apa memorandum kerana memorandum lapan tuntutan Bersih sudah diserahkan dalam perhimpunan sebelum ini," katanya.

Warna kuning mewakili Bersih, Merah untuk R yang menuntut royalti Petroleum Kelantan, Hijau mewakili Anti Lynas manakala oren mewakili Anak Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Antara NGO lain yang akan turut serta dalam perhimpunan ialah  Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),  Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Sekretariat Prihatin OKU, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beberapa NGO lain.

Dalam sidang media sama, wakil-wakil NGO turut menyatakan komitmen menggerakkan seramai mungkin anggota ke himpunan tersebut.

"Mana-mana individu yang tak sertai mana-mana NGO pun mesti hadir bagi menyatakan kemarahan secara aman," kata Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais. -Hrkh

Ust Azhar Idrus: Janda MINAT Ustaz [Gamat habis]

Posted: 19 Dec 2012 02:48 PM PST

Lagenda Tunjong Mercu Tanda Baru Kota Bahru

Posted: 19 Dec 2012 02:39 PM PST



Lagenda Tunjong, yang dahulunya dikenali sebagai Kota Bharu Sentral@Tunjong, akan memulakan fasa pertama pembangunan bandar baru dengan CheSiti Village Mall di Kota Bharu, Kelantan.

CheSiti Village Mall merupakan bahagian pertama dimajukan dan akan menjadi pusat membeli belah paling unik di timur laut Malaysia, demikian menurut Tunjong Development Corporation Sdn Bhd dalam satu kenyataan.

Pembangunan mega berkenaan akan dilaksanakan dalam tujuh fasa dalam tempoh lebih lima tahun.

Ia berkata reka bentuk terbuka itu akan menampilkan ciri-ciri modern bertemakan jalan pejalan kaki antaranya seperti jalan Kelantan, Malaysia, Antarabangsa dan Arabesque.

Fasa pertama pembangunan akan terdiri daripada lebih 200 kedai, butik, kafe unik, bistro dan kedai khusus yang terdiri daripada fesyen, kesihatan dan kecantikan hingga permainan, buku, peralatan sukan, IT dan peranti berkaitan.

Pusat baharu itu juga menawarkan lebih 300 pangsapuri, yang berkeluasan antara 600 dan 1,500 kaki persegi dengan pilihan dua dan tiga bilik tidur yang yang termasuk unit annex satu bilik tidur, ideal yang bujang atau pasangan yang tinggal dengan anggota keluarga, kata kenyataan itu.- Bernama

Lagenda Tunjong, Kota Bharu

Lagenda Tunjong, Kelantan, is a 7 year joint venture with Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation (TDC) and Urban Developer, Sara-Timur.

The Lagenda Tunjong urban development will introduce a new destination for Kota Bharu that will create a whole new unique experience for shopping, living, cultural, work and leisure pursuit.

This project is envisaged to set the momentum and propel the sustainable growth of Bandar Baru Tunjong into an exciting destination of international significance. - sara-timur.com


Di sebalik amanat Presiden PAS seorang berilmu

Posted: 19 Dec 2012 02:38 PM PST


"Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan." (Surah Al-Mujaadalah 58 ayat 11)
Menerusi facebook saya semalam (4 Safar 1434/18 Disember 1434), saya memberi respons berikut:

"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS menarik balik apa yang didakwa sebagai 'Amanat Haji Hadi'. Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti. Bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang. Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden PAS sebagai orang yang tidak tahu hukum-hakam. Boleh berbincang dengan cara yang elok dan tak perlu bermain politik partisan di dalam jubah mufti. Jangan jual harga mufti dengan murah."

Respons ini telah menerima lebih daripada 1,200 komentar pembaca (setakat pagi tadi). Malah beberapa media cetak dan berita di internet turut mengulasnya. Ia suatu luahan pandangan yang mengandungi pelbagai nilai kefahaman.
Semoga semua nilai kefahaman itu akan menemui suatu jalan kebenaran di sebalik isu yang dianggap amanat Presiden PAS, seorang ulama dan ilmuan yang disegani.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." (Hadis Riwayat Muslim)

Wallahu'alam. -Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

[EDISI KANTOI] Ketua Ibu Tunggal Selangor Bermisai Lebat!

Posted: 19 Dec 2012 02:37 PM PST


Persatuan Ibu Tunggal Selangor hari ini konon-nya melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan negeri itu yang didakwa telah memutar belit isu berhubung elaun RM100 seperti yang dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

Maka diangkut dan diupah-lah konon-kononya ibu-ibu tunggal kat Selangor oleh Puak UMNO untuk buat demotrasi...dalam kumpulan ibu tunggal tersebut puak UMNO telah membawa seorang ibu tunggal yang special...ada misai...hahaha...

Mungkin ini lah ketua ibu tunggal belaan UMNO kat Selangor.

Pihak Malaysia book of record diminta mengesan ibu tunggal bermisai ini untuk diberi pengiktirafan kepadanya....hahaha..... -orangni

Hampir 20,000 Ibu Tunggal Sudah Terima Bantuan Kerajaan Selangor

SHAH ALAM, 14 DIS : Seramai 19,454 ibu tunggal di Selangor telah mendapat manfaat dan kemudahan daripada berbagai skim yang dimulakan Kerajaan Selangor antaranya bantuan kewangan dan program keusahawanan.

Mereka adala daripada 24,009 ibu tunggal yang disahkan layak menerima skim-skim tersebut, berdasarkan statistik yang dikeluarkan portal rasmi ibu tunggal, e-bu.selangor.

gov.

my sehingga November.

Daripada 24,009, sebanyak 75.01 peratus didominasi kaum Melayu, diikuti India seramai 6.5 peratus, Cina 3.3 peratus, Orang Asal 0.01 peratus, dan kaum lain 15.12 peratus.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknnologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri komited dalam mengendalikan serta menawarkan pelbagai skim serta kemudahan kepada ibu tunggal yang tidak pernah diberikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Beliau berkata, skim itu antaranya ialah Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel), Skim Mikrokredit Bandar (MiMBAR), Skim Mikrokredit Wanita Ladang (Wala), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) dan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas).

"Selain itu, ia turut merangkumi program Pemberdayaan Wanita Selangor menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor (PET-SOHO-S), Skim wanita kerja dari rumah, Bantuan Am sebanyak RM250, Laman Dapur, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

"Skim-skim yang ditawarkan adalah berkonsepkan mentor-mentee di mana seramai 19,454 ibu tunggal telah mendapat skim dan kemudahan yang ditawarkan," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, kesemua skim yang ditawarkan memberi peluang kepada ibu tunggal berpendapatan kurang RM1,500 mendapat kemudahan dengan hanya mendaftar.

Dalam pada itu, Rodzuah turut menyarankan mana-mana ibu tunggal yang layak tetapi belum menerima bantuan untuk merujuk kepada Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersifat terbuka terhadap kritikan dan bersedia mendengar idea yang bernas dan konstruktif kerana Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab.

"Berkaitan saman terhadap Kerajaan Selangor oleh pihak yang berkenaan, segalanya akan dijawab di dalam mahkamah. Penegasan lengkap dan menyeluruh akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor sebaik ketetapan mahkamah diperolehi," katanya lagi. -selangorku

Tiada ulasan:

Pengikut