Khamis, 6 Disember 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Umno hidupkan kembali budaya samseng era 1969

Posted: 05 Dec 2012 11:14 PM PST

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan masih lagi mengingati aksi ganas kumpulan samseng yang dinamakan Pemuda Tahan Lasak digunakan Umno bagi menghalang kemaraaan PAS di Kelantan.

Kumpulan samseng tersebut digunakan secara meluas terutamanya di Rantau Panjang sehingga mereka menghalang penduduk mahu keluar mengundi dengan membakar sebuah jambatan.

Penduduk veteran di kampung tersebut memberitahu mereka terpaksa dikawal anggota tentera untuk balik daripada mengundi di Gual Periuk pada 1969.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, situasi yang pernah berlaku di sini pada 1960-an kini seperti mahu dihidupkan kembali pihak terbabit.

"PAS ada banyak pengalaman pada 1969 apabila Umno dalam keadaan hampir kalah pilihan raya mereka mencetuskan budaya samseng bagi mewujudkan suasana takut dalam kalangan rkayat.

"Tanda-tanda Umno kehilangan kuasa semakin jelas sehingga mereka melakukan sesuatu seperti orang hilang pedoman. Mereka terlalu takut dengan kekalahan.

"Rakyat mesti menolak parti yang mengamalkan budaya politik samseng termasuk mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat," katanya di sini.

Malam semalam sekumpulan samseng yang sebahagiannya membawa bendera BN dilaporkan mengganggu ceramah Pakatan di Dataran Sharuddin, Batu 8 Gombak sehingga ada penyokong parti yang cedera.

Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, sindrom takut dan rimas Umno terbawa-bawa kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Abdul Razak sehingga was-was bagi mengisytiharkan pilihan raya umum ke-13.

"Ini perkara luar biasa yang berlaku di negara kita sekarang. Ia menimbulkan persoalan besar kepada masyarakat. Tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia pilihan raya lewat macam ini," ujarnya.

Hancurkan kuasa Umno BN jalan terbaik hapus rasuah

Posted: 05 Dec 2012 11:14 PM PST


KUALA LUMPUR: Menghancurkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya jalan untuk menghapuskan rasuah di negara ini, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Tidak ada dua jalan, hanya itu sahaja satu-satunya cara untuk mengurangkan rasuah ke tahap minimum di negara ini, iaitu dengan menghancurkan kuasa Umno BN," kata beliau ketika menyatakan kebimbangannya tentang laporan terbaru mengenai rasuah yang kian kronik di negara ini.

Pengerusi Transparency International-Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan mendedahkan maklumat kaji selidik yang menunjukkan separuh dari syarikat yang beroperasi di Malaysia melaporkan bahawa mereka kehilangan kontrak atau peluang perniagaan kepada pesaing mereka akibat rasuah sejak setahun lalu.

"(Bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri yang mengingatkan kita bahawa Umno sudah jadi parti perasuah.

"Apa yang dilaporkan oleh Transparency International-Malaysia tentang betapa kroniknya rasuah di negara itu ternyata adalah akibat langsung dari pemerintahan Umno BN," kata Mahfuz sambil menyifatkan pemerintahan Umno BN adalah pemerintahan untuk rasuah, demi rasuah dan dengan rasuah.

Serentak dengan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak rayuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat supaya jangan menukar kerajaan dengan alasan "jangan kerana marah kepada nyamuk, kelambu dibakar".

"Pelik sungguh Najib. Dia tak tahukah rakyat bukan nk bakar kelambu, tapi nak tukar tilam dan katil?

"Kalau paksa juga diri tidur atas tilam dan katil yang reput dimakan anai-anai, bila katil itu runtuh, dengan kita sekali sama-sama melingkup.

"Sebelum melingkup, baik rakyat buang jauh-jauh katil dan tilam Umno yang busuk dan reput, barulah selamat dari melingkup dan tidak lagi sakit belakang," kata Mahfuz yang turut memberikan tamsilan.

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kedah esok

Posted: 05 Dec 2012 11:13 PM PST


KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat terus bersemarak lagi esok, 7 Disember bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Himpunan Kebangkitan Rakyat bagi peringkat negeri Kedah ini akan dimulakan seawal jam dua petang dengan segmen Bicara Wanita Pakatan Rakyat.

Kemudian diikuti persembahan kebudayaan, konvoi dan pidato kira-kira jam tiga petang, dan seperti biasa segmen kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus dijadualkan jam lima petang.

Tujuh malam, para peserta himpunan bersolat Mahgrib, diikuti munajat perdana dan solat Isyak berjemaah.

Selepas itu, sesi ceramah oleh pimpinan Pakatan Rakyat diadakan jam sembilan malam.

Antara mereka yang akan menyampaikan ceramah pada malam itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak.

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kedah merupakan siri keempat selepas di Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.

Bajet agama naik 300%: MCA tuduh DAP menuju Islamisasi

Posted: 05 Dec 2012 11:13 PM PST


PULAU PINANG: Pengerusi MCA Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang menuju ke arah Islamisasi apabila menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak 300 peratus.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?" katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim Guan Eng (gambar) – pada Isnin lepas.

Ia disiarkan oleh sebuah akhbar Cina baru-baru ini.

Ekoran laporan itu, Lim Guan Eng menolak laporan sebegitu dan menyifatkan ia sebagai kenyataan resis, lapor Malaysiakini.

"Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".

Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.

Sebaliknya, akhbar tersebut (Utusan), akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.

"Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media semalam.

"Jika Umno dan Gerakan atau MCA di pentas sama, mereka tidak tahu apa untuk dikata, mereka akan berdiam diri.

"Apabila Umno meruntuhkan satu tokong Hindu di Prai, Gerakan dan MCA juga berdiam diri. Dalam hal ini, nampaknya Umno akan berdiam diri".

Mengulas kenyataan Teng berhubung isu peruntukan untuk majlis agama Islam yang lebih kecil di bawah Koh, Lim berkata setiausaha agung Gerakan itu mengakui hakikan bahawa masyarakat berkenaan kurang diberi perhatian.

"Kita peruntuk dana mengikut keperluan, terutama untuk golongan yang dipinggirkan oleh pentadbiran sebelum ini, memandangkan wang tersebut tidak masuk ke poket rakyat tetapi poket mereka sendiri," kata Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Tiada ulasan:

Pengikut