Sabtu, 22 Disember 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Razlan's

Posted: 21 Dec 2012 11:14 PM PST

Razlan's


Tanah jadi Gadaian Kuasa DAP!

Posted: 21 Dec 2012 05:26 PM PST

Sebagai seorang wanita, saya mengucapkan sekalung tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman yang lantang membongkar isu syarikat Upayapadu yang berkait dengan Kor Ming dan Kor Ham.

Selama ini kita banyak tertanya-tanya kenapa DAP sanggup bersengkonkol dengan PAS dan PKR, adakah ianya sekadar pejuangan murni yang mahu menghacurkan penguasaan Melayu didalam Malaysia? atau adakah ianya satu perjuangan mahu asal sebagai parti politik kerana perjuangan dasar mereka?

Syarikat Upayapadu telah membuktikan segalanya, ada barter tread didalam perjuangan Pakatan Pembangkang. Di Perak, menghalalkan Nizar untuk menjadi Menteri Besar, tanah Kelantan yang dipenuhi hasil peribumi di gadaikan kepada DAP.

Gambar ini sempena meraikan DAP berkuasa
di Selangor,  Perak,  Pulau Pinang!
Menurut kenyataan Nik Aziz, ianya adalah satu Fitnah, saya tidak menyalahkan Nik Aziz dalam perkara ini kerana beliau sendiri tidak tahu tentang perkembangan di dalam Syarikat kerana faktor usia.

Namum penjelasan daripada Yayasan Islam Kelantan amat jelas apabila mereka mendapat 1.5 juta akibat daripada pertukaran Pengarah syarikat Upayapadu!

"Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012, di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta," katanya.

Adakah kerajaan Negeri dan EXCO juga macam tak tahu ianya akan bertukar tangan kepada Ngeh dan Kor? atau adakah ini dianggap secara tidak sengaja Kor dan Ngeh mendapat tanah lebih dari 10 ribu Hektar?

Tahniah kepada www.pisau.net yang secara konsisten mendedahkan rahsuah politik diantara Pakatan Pembangkang demi untuk mengekalkan kuasa diantara mereka, dan ini sudah pastinya akan membuka mata rakyat yang selama ini mengharapkan perjuangan DAP, PAS dan PKR adalah murni.

Saya juga ada mendengar perkhabaran dari Selangor yang mana jawatan Menteri Besar yang sepatutnya di sandang oleh DAP tetapi bertukar kepada PKR mempunyai nilai GADAIAN yang tinggi.

Ini menjawab kenapa mejoriti EXCO Majlis Daerah dikalangan DAP dan ini juga menjawab kenapa Teresa Kok mendapat jawatan penting dan banyak di Selangor. Khabarnya beliau melobi mahu menjadi Menteri Besar mewakili DAP namun tidak kesampaian kerana beliau bukan Melayu.

Saya menunggu lagi berapa banyak sebenarnya harta digadaikan semata-mata mahu memelihara DAP oleh Pakatan Pembangkang!!






PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

Posted: 21 Dec 2012 03:08 PM PST

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


Posted: 20 Dec 2012 09:00 PM PST


Ya Allah Kuatkan UMNO,
Ya Allah Kuatkan Barisan,
Ya Allah Kuatkan Kami,

Tolonglah Kami Untuk Mempertahan Agama Islam,
Tolonglah Kami Untuk Membela Bangsa Melayu & Bangsa Lain,
Tolonglah Kami Untuk Berlaku Adil Pada Semua,

Peliharalah Kami Dari Fitnah Manusia,
Peliharalah Kami Dari Kerosakkan Bangsa,
Peliharalah Kami Dari Kehancuran Negara,

Ya Allah, Berilah Kemenangan Kepada UMNO & BN,
Berilah Kemenangan Kepada Kami Demi Agama Islam,
Bangsa Melayu & Negara.

Ya Allah Kabulkan Doa & Permohonan Kami,
Amin Ya Rabbal Alamin~
 
________________________________________________

Doa Yang Dibacakan Oleh
Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak
Presiden UMNO
Perhimpunan Agung UMNO 2012

Tiada ulasan:

Pengikut