Pakatan Rakyat |
Posted: 08 Nov 2012 03:43 PM PST | Ahmad didakwa dan dibebas dengan ikatjamin Posted: 08 Nov 2012 03:40 PM PST Peguam Fadiah Nadwa Fikri berkata Ahmad Abdul Jalil telah didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan dikehendaki hadir ke mahkamah untuk sebutan pada 28 November. "Kami sedang merayu tuduhan terhadapnya, tetapi kami amat bersyukur beliau telah dibebaskan sekarang," kata Fadiah. Fadiah berkata keluarga Ahmad berada bersamanya untuk membawanya pulang ke rumah dan telah membayar ikatjamin tersebut. Mereka telah menyatakan kesyukuran atas keselamatannya. Ahmad, 27, seorang juruukur bahan, telah ditangkap pada hari Jumaat dan dibawa ke Johor Bahru untuk disiasat kerana didakwa menghina Sultan Johor di Facebook. Selepas direman tiga hari, Ahmad ditangkap lagi dan direman selama tiga hari lagi. Ahmad mempunyai 10 adik-beradik dan beberapa orang daripada telah menghadiri himpunan nyalaan lilin anjuran Suaram malam tadi di Dataran Merdeka. Pagi ini, empat anggota polis dari Johor, yang diketuai oleh seorang ASP Tan, telah datang dan mengeledah rumah keluarga Ahmad di Klang. | Pemuda PAS kecam sebaran SMS fitnah bantah Nurul Izzah Posted: 08 Nov 2012 03:38 PM PST MALAYSIA KINI Pemuda PAS hari ini mengecam pihak yang menyebarkan SMS fitnah yang mendakwa mereka akan mengadakan perhimpunan dan menyerah memorandum bantahan berhubung kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama.Selepas menerima panggilan dan pertanyaan daripada wartawan, Ketuanya Nasrudin Hasan menegaskan kiriman SMS itu "sama sekali tidak benar dan fitnah" yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungawab. Mengulas lanjut Nasrudin berkata: "Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas adalah sama sekali tidak benar dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab. "Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya. Dalam kenyataannya, Nasrudin menyifatkan pihak membuat kenyataan dengan menggunakan nama orang lain itu adalah satu penipuan dan menyebarkan kenyataan tanpa bertanya kepada sumber itu pula adalah kesalahan. "Kedua-duanya termasuk di dalam perkara mungkar yang dimurkai Allah," katanya sambil meminta agar individu yang terlibat dengan "kegiatan yang tidak bermoral itu supaya menginsafi dan memuhasabahkan diri. | Muhyiddin: Calon BN di peringkat akhir saringan Posted: 08 Nov 2012 03:36 PM PST SINAR HARIAN KOTA BHARU - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pucuk pimpinan parti kini dalam peringkat akhir bagi menempatkan calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Timbalan Perdana Menteri berkata, pucuk pimpinan kini sedang meneliti input yang diberikan bahagian-bahagian serta maklumat dari sumber-sumber lain. Sehubungan itu, beliau mahu semua jentera parti bersiap siaga sepenuhnya dalam semua aspek bagi menghadapi pilihan raya umum itu nanti, katanya ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan di sini, hari ini. "Kita akan menghadapi pilihan raya bila-bila masa saja, mungkin berhari-hari lagi, atau berminggu-minggu sahaja lagi," katanya. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata semua pihak di semua peringkat perlu menerima sepenuhnya calon yang akan diputuskan pucuk pimpinan parti itu nanti. Muhyiddin berkata, apa yang penting, semua pihak terutamanya jentera pilihan raya dan kepimpinan di peringkat akar umbi bekerja keras dalam usaha mempertahankan kepimpinan kerajaan BN. Beliau berkata, semua pihak perlu mengenepikan segala perselisihan sekiranya ada, kerana BN akan menghadapi "musuh besar" pada pilihan raya umum itu nanti. Timbalan Perdana Menteri, berkata jentera parti juga perlu memfokuskan kepada pengundi muda kerana mereka yang pertama kali mengundi ini kurang maklumat sejarah pengorbanan BN kepada negara. Beliau berkata, rakyat terutama generasi muda perlu diperjelaskan apa yang telah dan akan dilaksanakan kerajaan BN selama ini dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan makmur. Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama BN Kelantan di sini. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan. - Bernama | Mahkamah tolak injunksi TOL, Lynas dibenar operasi Posted: 08 Nov 2012 03:34 PM PST Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) hari ini dibenarkan beroperasi selepas Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan. Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya berkata injunksi itu ditolak kerana ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), tetapi juga Lynas sebagai responden ketiga. "Keseimbangan ekuiti perlu diputuskan bukan sahaja antara pemohon (penduduk Gebeng) dan MOSTI serta AELB, tetapi juga Lynas sebagai pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dalam keputusan kes ini," katanya. Sebelum ini penduduk Kuantan yang diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, memohon supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP. Lynas pula diwakili oleh Sunil Abraham, Wong Kah Hui and Emily Chin.- Bernama | Rafizi dakwa Nazri guna kuasa halangnya buat PC Posted: 08 Nov 2012 03:32 PM PST MALAYSIA KINI dikemaskini- Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggunakan kuasanya untuk menghalangnya membuat sidang media di lobi parlimen. Rafizi menegaskan Nazri seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah
"Sebelum ini beliau tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat di Parlimen," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini. Rafizi mengulas larangan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengenai penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang bukan ahli parlimen. Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan ahli parlimen. Mengulas lanjut, Rafizi sebaliknya berkata Parlimen wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan. "Tindakan Datuk Seri Nazri Aziz dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen," katanya. Rafizi turut membidas Nazri "yang langsung tidak bersuara" membantah siri sidang media di parlimen berhubung pembongkaran isu National Feedlot Corporation (NFC) yang dikaitkan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Bagaimanapun, tegas Rafizi, apabila Nazri menjadi "sasaran" sidang media berhubung dakwaan hubungan beliau dan jutawan balak Michael Chia, sejak kebelakangan ini, maka timbul soal hak menggunakan parlimen untuk sidang media. "Sebab itu saya terus mengulangi saranan saya supaya Datuk Seri Nazri Aziz mengambil sikap yang lebih terbuka dan tenang seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam menghadapi persoalan mengenai integriti dan perhubungan beliau dengan ahli perniagaan yang disiasat," katanya. | Tangguh tayang Tanda Putera keputusan kabinet Posted: 08 Nov 2012 03:27 PM PST dikemaskini Keputusan untuk menangguhkan tayangan filem Tanda Putera ke tahun hadapan diputuskan oleh jemaah menteri, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim. Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah jemaah menteri mendapati terdapat unsur yang "kurang sesuai" untuk ditayangkan. "Jemaah menteri telah memutuskan demi kebaikan antara kaum, penayangan wajar ditangguhkan sebab mengandungi babak yang mungkin menimbulkan konflik keras. "Sebab ia memaparkan tragedi 13 Mei yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak," kata Rais. Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas merasmikan Himpunan Kasih Sayang peringat Wilayah Persekutuan di Kampung Puah Lembah petang ini. Filem kontroversi Tanda Putera ditangguh bagi kali kedua ke tahun hadapan. Tanda Putera, yang kontroversi dengan adegan 13 Mei, pada asalnya dijadual untuk tayangan bermula 13 September sebelum ditunda kepada 15 November atas alasan kekurangan promosi. Filem sejarah itu memaparkan kisah perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969. Menelan belanja RM4.8 juta, ia diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama FINAS. Sehubungan itu, Rais berkata lagi filem tersebut wajar ditangguhkan kerana terdapat babak yang berat sebelah dalam adegan tertentu terutamanya mengenai 13 Mei. Menurut Rais, babak tersebut tidak mencerminkan babak sejarah sebenar. "Jemaah menteri yang anggotanya menonton tempoh hari berpendapat wajar ditangguh kerana ada beberapa babak yang didapati berat sebelah dalam adegan tertentu misalnya pembunuhan. Ada kepala tergolek dipancung. Kedua, misalnya kencing di tiang bendera. "Ini semua tidak mencerminkan sebenar babak sejarah. Ramai pihak kemuka pandangan dan kabinet setuju ditangguhkan dahulu (tayangan)," katanya lagi. Selain itu, ketika ditanya sama ada filem itu akan dibuat semula kerana terdapat adegan tidak wajar itu, Rais berkata mesyuarat penilaian antara pengarah dan FINAS perlu dibuat memandangkan filem itu dibuat menggunakan duit kerajaan. "Saya tak fikir begitu (dibuat semula). Saya fikir akan diadakan mesyuarat penilaian antara pengarah dan FINAS sebab filem ini filem FINAS dan kerajaan belanja duit. Ini bukan filem terbitan swasta," katanya lagi. | Mat Yo: Bonus hak saya, Kafa boleh nilai Posted: 08 Nov 2012 03:16 PM PST "ITU hak siapa sebenarnya? Bagi saya sebagai presiden, dia boleh menilai." Demikian menurut penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha kepada Sinar Harian Online, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Bola Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang antara lain berkata, kemenangan tiga kejuaraan oleh The Red Warriors hanya akan diberikan kepada pemain yang setia dengan pasukan Kelantan. Menurut Mat Yo, tiga kejuaraan yang diperolehi oleh Kelantan turut disumbangkan oleh beliau. Sehubungan itu, beliau menegaskan, imbuhan kepada pemain turut menjadi haknya. "Saya pun tidak tahu macam mana sebab saya sendiri tidak tahu sama ada saya kekal atau berhijrah. "Tapi, sekiranya saya berhijrah, Kafa tidak boleh melakukan sedemikian, itu hak saya," ujar Mat Yo. Dalam laporan media hari ini, Annuar dipetik berkata, Kafa bersedia melepaskan Mat Yo sekiranya tawaran yang diperoleh berbaloi dengan nilainya. Bagaimanapun beliau menegaskan, bonus kemenangan ketiga-tiga kejuaraan tersebut akan hanya diberikan kepada pemain yang setia kepada pasukan Kelantan. "Bonus adalah hak pertimbangan presiden dan persatuan, jadi kita akan hanya memberikan bonus kepada pemain yang setia untuk terus beraksi dengan kita sahaja sebab itu sebahagian daripada semangat berpasukan," katanya. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai prestasinya dalam dua perlawanan persahabatan baru-baru ini, Mat Yo yang juga pemain kebangsaan mengakui prestasi beliau belum mencapai kemuncaknya. Bagaimanapun beliau menolak dakwaan yang mengatakan prestasinya terganggu ekoran isu perpindahan yang belum diselesaikan. "Saya akui prestasi saya belum di tahap yang terbaik. Tapi ini bukan disebabkan oleh isu berhijrah ke Johor. "Apa-apa pun, saya yakin dua tiga minggu lagi prestasi saya akan kembali ke tahap yang sebenar sebelum bermulanya saingan Piala Suzuki AFF nanti," katanya. Mengulas lanjut dua kekalahan berturut-turut dialami skuad kebangsaan, Mat Yo bagimanapun menganggap mereka telah melakukan yang terbaik. "Bagi saya pemain sudah melakukan yang terbaiki, cuma tiada rezeki. "Tapi bagi saya, walaupun kalah, itu memberi kelebihan kepada kita untuk lebih bersedia andai kata bertemu mereka di suku akhir nanti," jelas beliau. | JMM: 'Nazri perlu terima teguran kita, bukan cabar' Posted: 08 Nov 2012 03:13 PM PST SHAH ALAM - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tetap dengan pendiriannya menyatakan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai "liabiliti" kepada Barisan Nasional (BN) meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri menolak tanggapan sedemikian. Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya tetap dengan pendirian itu berdasarkan maklumat diperolehi daripada rakyat. Sehubungan itu, Azwanddin menegaskan, reaksi Nazri kelmarin menunjukkan beliau angkuh dan hanya mengutamakan kepentingan peribadi, bukannya parti. Tambahnya, "sepatutnya Nazri bertindak mengeluarkan kenyataan yang lebih matang, bukan mencabar saya bertanding di tempatnya." "Kita tegur daripada pemerhatian dan kita dengar orang yang bercakap di belakang, kita tak ada niat untuk burukkan beliau, kita nak membantu parti itu. "Tapi bila kenyataannya keluar hari ini (kelmarin), saya tengok beliau begitu angkuh dan sepatutnya beliau kena keluarkan kenyataan yang lebih matang dan menerima teguran kita sebagai wakil kepada rakyat. "Kita tetap pendirian katakan beliau memang liabiliti BN dari segi isu rasuah," katanya kepada Sinar Harian Online. Dalam reaksinya kelmarin, Nazri berkata, "saya aset (kepada parti), bukan liabiliti." "Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka (pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya. "Yang buat serangan pula adalah Pengarah Strategi PKR. Jelas itu strategi dari PR dan bimbang dengan kedudukan saya. Tapi kita tengok nanti sama ada saya ni aset atau liabiliti kepada BN," katanya. Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, Nazri seharusnya menerima pandangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi teguran demi kepentingan parti dan bukan mengeluarkan kenyataan mengikut emosi. Beliau berkata, NGO hanya bertindak sebagai pemerhati bebas dan memberi teguran tanpa mempunyai agenda untuk memburukkan sesiapa terutama pemimpin-pemimpin negara. "Kita bercakap untuk kebaikan BN, tapi beliau keluarkan kenyataan untuk kepentingan peribadi. "Beliau sepatutnya terima pandangan kita, dan menjawab dengan baik untuk kebaikan bersama dan beliau memang bebas untuk bercakap," katanya sambil menambah, kekesalan terhadap kenyataan Nazri yang disifatkan sebagai "keanak-anakan." | UMNO dikejar "dosa dan bayang-bayang Memali Posted: 08 Nov 2012 04:03 AM PST "Roketkini.com KUALA LUMPUR: Dikejar bayang-bayang sendiri, UMNO dan sekutunya dalam BN semakin hilang arah apabila mereka sendiri terperangkap dengan permainan isu agama dan politik apabila terus menerus menuduh DAP sebagai golongan kafir harbi.Sedangkan, DAP secara jelas dan tegas menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi negara. Persoalannya, adakah perjuangan mengangkat Perlembagaan Persekutuan itu "kafir harbi"? Tindakan jahat dan keji melabel DAP sebagai "kafir harbi" oleh lidah propaganda UMNO, Utusan Malaysia memang disengajakan sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa menggelarkan orang bukan Islam sebagai "kafir harbi". Dalam satu kenyataannya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak pernah pun melancarkan perang terhadap Islam sebaliknya kerajaan BN sendiri bertanggungjawab ke atas pembunuhan orang Islam dalam tragedi berdarah Memali, Kedah pada 1985. "Sepertimana DAP, PAS juga tidak pernah membunuh walaupun seorang bukan Islam atau bukan Melayu, tetapi masih lagi dijadikan momok yang mengancam keselamatan bukan Melayu, "Sebaliknya, DAP telah kehilangan ahli seperti Teoh Beng Hock yang ditemui mati di perkarangan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sementara ahli PAS telah dibunuh dalam insiden Kampung Memali 1985," ujar Guan Eng.-Roketkini.com | Umno BN hipokrit pertahan Islam, tapi bisu kilang arak anak Mahathir Posted: 08 Nov 2012 03:57 AM PST SABAK BERNAM : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN hipokrit kononnya bertindak sebagai pembela bangsa Melayu dan Islam dengan memfitnah anak sulungnya, Nurul Izzah sebagai menggugat status Islam tetapi bisu tentang kelakuan pemimpin mereka sendiri. "Siasatlah dia (Nurul Izzah) dahulu…tanyalah betul ke tidak. Yang kilang arak San Miguel milik anak Mahathir (Mohamad) itu, mereka (Umno BN) tak berani nak cakap kenapa? "Mereka secara lantang melaungkan mana jabatan agama? Kalau Nurul Izzah, terus nak ambil tindakan, kalau ia melibatkan pemimpin Umno BN (didiamkan)?" katanya dipetik Media Selangorku. Ketua Umum KEADILAN itu berucap pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, malam tadi. Isnin lalu, Utusan Malaysia pada muka depannya memanipulasi kenyataan Nurul Izzah dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' di Subang Jaya, Sabtu lalu. Lanjutan putar belit akhbar pro-BN tersebut, Naib Presiden KEADILAN itu akan mengambil tindakan undang-undang diwakili peguam Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah. Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memberikan kenyataan mengelirukan mengenai pelaksanaan hukum hudud di Malaysia secara berulang kali, namun pemimpin utama Umno BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengurnya malah mengambil pendekatan berdiam diri. | Himpunan bantah Nurul Izzah, FITNAH! Posted: 08 Nov 2012 03:39 AM PST KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar individu yang terlibat dengan fitnah berhubung himpunan membantah Nurul Izzah menginsafi dan memuhasabahkan diri. Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya menafikan kenyataan mengenai himpunan itu dan mengecam individu yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah tersebut dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS Pusat. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. "Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu perhimpunan aman dan penyerahan memorandum membantah kenyatan YB Nurul Izzah berhubung isu menyamakan Islam dengan agama-agama lain dan tindakan beliau menyokong LGBT…." Dewan Pemuda PAS Malaysia menerima beberapa panggilan dan pertanyaan dari pihak media berkenaan kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] kepada wartawan-wartawan. Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] adalah sama sekali tidak benar dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab. Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti kompenan di dalam Pakatan Rakyat. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, individu yang mencetuskan fitnah ini bahkan yang menyebarkan fitnah ini adalah individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak mempunyai akhlak yang mulia. Membuat satu-satu kenyataan dengan menggunakan nama orang lain itu adalah satu penipuan manakala menyebarkan kenyataan tanpa bertanya kepada sumber itu pula adalah kesalahan dan kedua-duanya termasuk di dalam perkara mungkar yang dimurkai Allah. Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar individu yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini untuk beliau menginsafi dan memuhasabahkan diri. Tanyalah kepada diri, apakah keuntungan yang diperolehi sekiranya kamu berjaya menimbulkan persengketaan? Sekali lagi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menafikan kenyataan tersebut dan mengecam individu yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah tersebut dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS Pusat.-Harakahdaily | Pemuda UMNO Kelantan lancar program Utusan Pemuda Posted: 08 Nov 2012 03:11 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini melancarkan program Utusan Pemuda bagi menyebarkan maklumat serta isu semasa dalam pelbagai bentuk termasuk risalah kepada orang ramai. Sempena pelancaran tersebut, pergerakan itu mengedarkan 3,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia sebagai simbolik bersempena program Himpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Enggang di sini. Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian berkata, penyebaran maklumat serta risalah tersebut akan diadakan sepanjang masa dan bukan hanya terhad ketika musim pilihan raya sahaja. "Kita bermula hari ini adalah sempena himpunan GM1M, gerakan Utusan Pemuda ini telah dilancarkan di peringkat Pemuda UMNO Pusat dan kita meneruskannya di sini bagi edisi Kelantan. "Bermula hari ini juga, usaha untuk mengedarkan maklumat dan risalah di seluruh negeri ini dan ia akan diedarkan oleh Gerakan Risalah Orang Muda (Geruda)," katanya ketika ditemui di sini hari ini.- UTUSAN | Inkuiri: Anggota polis ditumbuk, patah jari, pergelutan semasa perhimpunan Bersih Posted: 08 Nov 2012 03:07 AM PST TERKINI Oleh Nomy Nozwir KUALA LUMPUR — Seorang anggota polis yang menjadi saksi dalam inkuiri tentang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) hari ini berkata beliau ditumbuk oleh para peserta perhimpunan semasa menjalankan tugas.Lans Koperal Abu Bakar Abdul Rahman, yang telah berkhidmat sebagai polis trafik selama 11 tahun berkata, beliau ditumbuk oleh peserta perhimpunan menyebabkan gigi palsunya patah. "Semasa saya ditumbuk, saya dapat pegang baju dia, tetapi dia ditarik oleh orang ramai. "Kemudian peserta membaling botol ke arah saya, saya dan anggota cuma tiga orang di situ, sedangkan kami dikelilingi hampir 20 orang," kata Abu Bakar lagi. Abu Bakar berkata, beliau mengenali peserta perhimpunan tersebut berdasarkan baju berwarna kuning yang dipakai semasa kejadian tersebut. Beliau berkata, beliau kemudiannya membawa motor peronda polis dari Jalan Sultan Ismail menghala ke Jalan Kuching, kemudian melaporkan kepada pegawainya sebelum mendapatkan rawatan. Beliau kemudiannya membawa motor peronda polis dari Jalan Sultan Ismail menghala ke Jalan Kuching, kemudian melaporkan kepada pegawainya sebelum mendapatkan rawatan. "Dalam saya hendak menuju ke Jalan Kuching, saya nampak kereta polis Proton Waja diterbalikkan oleh peserta demonstrasi," kata Abu Bakar lagi. Sementara itu, seorang lagi saksi, ASP Mohd Akmal Abdullah berkata, salah seorang anggota beliau jarinya patah dalam pergelutan bersama peserta demonstrasi. "Semasa waktu selepas Zuhur (waktu tengah hari), peserta semua berjalan menuju Dataran Merdeka. "Saya dan pasukan saya ditugaskan untuk mengawal di kawasan Masjid Jamek di Jalan Tun Perak, sejak dari 8 pagi, bersama 18 inspektor dan 217 anggota pelbagai pangkat," kata Akmal yang menjadi saksi inkuiri hari ini. Akmal berkata, dalam mengawal di kawasan tersebut pasukan beliau tidak dilengkapkan dengan peralatan dan senjata. "Ini kerana terdapat arahan dari peringkat atasan melarang kami dari menggunakan sebarang kekerasan atau sebarang tangkapan sehingga arahan diterima," katanya lagi. Akmal juga berkata, beliau menghalang kumpulan ahli parlimen Batu, Chua Tian Chang dari menggunakan jalan benteng di tebing Sungai Kelang. "Pada mulanya YB Chua membantah, tetapi selepas saya memberi penerangan beliau menggunakan jalan yang lain." Panel inkuiri yang diketuai Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu dengan ahli suruhanjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid and Detta Same. Perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 19 November ini. | Kase buka kaunter aduan saman AES Posted: 08 Nov 2012 03:03 AM PST KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) membuka kaunter penerimaan saman AES bermula 21 November ini, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar, berkata kaunter itu dibuka bagi memudahkan orang kena saman (OKS) mendapatkan nasihat dan khidmat peguam berhubung saman AES yang diterima mereka. Menurut Mahfuz, kaunter penerimaan OKS itu bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang, dan OKS perlu membawa sekali surat saman AES yang diterima mereka. "Pada tarikh tersebut, sepasukan peguam akan bersedia unuk memberikan khidmat peguam kepada OKS. Jika OKS bersetuju untuk ke mahkamah, kami akan menyediakan khidmat peguam percuma untuk mereka yang terlibat," kata beliau pada sidang media, di parlimen hari ini. Selepas tarikh tersebut, kaunter tersebut akan dibuka setiap dua minggu sekali, pada setiap Sabtu bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari. Tambah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, kaunter itu dibuka berikutan KASE mendapat aduan daripada OKS yang mencecah 50 orang sekitar Lembah Kelang melalui panggilan telefon dan laman sosial Facebook, milik KASE. Selain di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, KASE juga akan membuka kaunter di Pejabat PAS Kedah, Batu 9 untuk tujuan yang sama. Dalam pada itu, Mahfuz turut memaklumkan talian hotline AES bagi negeri Perak iaitu 013-3493848. Khidmat peguam yang ditawarkan KASE membabitkan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham). | Umno sedang gali kubur sendiri Posted: 08 Nov 2012 03:00 AM PST Umno-BN sedang menggali kuburnya sendiri. Begitulah perkembangan politik mutakhir ini. Dalam beberapa isu besar yang berlaku akhir-akhirnya, Umno-BN dilihat lebih banyak bertahan daripada menyerang. Ada beberapa isu yang dilihat bakal menyusahkan Umno-BN mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan tamat tempohnya pada 24 April 2013. 1. Isu hudud Datuk Seri Chua Soi Lek. Dalam persidangan agung MCA yang lalu, presidennya Datuk Sri Chua Soi Lek buat kesekian kalinya menyerang hudud dan kenyataan menghina Islam. Beliau sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Umno dilihat seolah-olah merestuinya. Dari sudut politik, MCA mungkin bertujuan menarik kembali sokongan masyarakat Cina daripada DAP. Pada masa yang sama Umno berharap akan berlaku pertelingkahan antara PAS dan DAP. Namun, isu ini bukan sahaja tidak berupaya memecahkan tali persahabatan PAS dan DAP, malah menjadi senjata makan tuan. Walaupun isu ini tidak menjejaskan sokongan penyokong setianya dalam pertarungan politik. Namun, memberi peluru kepada musuh bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh Umno. 2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Isu PTPTN boleh menjadi salah satu pemangkin terkuburnya Umno-BN. Tawaran Pakatan Rakyat untuk melupuskan hutang PTPTN adalah sesuatu yang sukar ditolak oleh mahasiswa yang waras dan mengikuti perkembangan politik serta ekonomi semasa. Berpuluh ribu graduan sama ada yang telah bekerja mahupun yang masih menganggur terikat dengan pinjaman tersebut. Ada yang mampu membayarnya, ada yang tidak mampu dan ada yang sengaja tidak mahu bayar. Orang yang berhutang wajib melunaskan hutangnya, tetapi orang yang memberikan hutang boleh melupuskan hutang orang yang berhutang. Oleh itu, jika tawaran PR ini menjadi pilihan para peminjam PTPTN, nyawa Umno-BN bakal berakhir. 3. Gelombang Sabah. Sabah sebelum ini pernah diwar-warkan Sabah sebagai simpanan tetap Umno-BN. Namun, perkembangan politik Sabah akhir-akhir ini tidak boleh dipandang ringan. Pengunduran beberapa tokoh pemimpin Sabah daripada Umn-BN dan menyertai PR merupakan sesuatu yang amat menarik. Perkara ini berlaku kerana banyak sebab. Salah satunya, ramai rakyat Sabah yang sudah mula menyedari bahawa negeri mereka terpinggir daripada pembangunan fizikal walaupun hasil buminya yang banyak, namun hasil tersebut tidak sampai kepada mereka. Oleh itu, harapan diletakkan kepada pemerintah yang baru, jika berjaya menguasai kerajaan pusat. Hakikatnya, Sabah pernah beberapa kali bertukar kerajaan antara Usno, Berjaya, PBS dan Umno. Salah satu kaedah pertukaran kerajaan ialah akibat pemimpin parti keluar parti dan menyertai parti lain atau menubuhkan parti baru. "Ini Kalilah", Sabah bakal melakar satu lagi sejarah dalam politik tanah air. Pada kali ini, Sabah bukan sahaja mungkin menukar kerajaan negerinya sekali lagi, bahkan tidak mustahil membantu menukar kerajaan pusat sekali gus. 4. Isu Felda. Kewujudan Felda merupakan suatu tapak yang paling baik bagi Umno-BN mengekalkan kuasanya. Hal ini kerana, Felda berada hampir di seluruh negara. Secara umumnya, peneroka Felda ialah penyokong tegar Umno-BN. Namun, dengan pelbagai perkembangan akhir-akhir ini menjadikan Felda bukan lagi simpanan tetap Umno-BN. Warga Felda sudah mula bangkit, sudah berani menyaman kerajaan dan menuntut hak. Apatah lagi sudah ramai generasi keduanya yang berpendidikan tinggi dan tinggal di luar Felda. Generasi kedua ini menjadi lebih terbuka pemikirannya kerana banyak bercampur gaul dengan masyarakat luar dan terdedah dengan pelbagai maklumat. Apatah lagi dengan isu Felda Global Ventures (FGV) yang menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Semakin lama isu ini berlangsung semakin banyak tembelang Umno-BN terlondeh dan semakin kurang penyokong Umno-BN. 5. Warga pendidik. Jumlah warga pendidik hampir 500 ribu. Jumlahnya agak besar dan mempunyai kesan yang bukan sedikit terhadap keseimbangan politik negara. Walalupun isu yang membaitkan guru tidak sehebat isu FGV, namun perlu diingat, mereka merupakan golongan terpelajar. Berbanding warga Felda, mereka tentunya tidak mudah dibeli dengan sehelai kain batik atau RM50 atau sejumlah saham. Oleh itu, sikap tidak prihatin Umno-BN terhadap beberapa isu pendidikan mungkin membawa padah. Salah satunya ialah perubahan status sekolah vokasional yang turut mengubah waktu bekerja daripada waktu biasa kepada waktu baru yang lebih panjang iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bahkan pengenalan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bukanlah sesuatu yang membuatkan warga pendidik menjadi semakin intim dengan Umno-BN. Sudahlah isu PPSMI sebelum ini masih belum kebah sepenuhnya. Dengan dasar yang sering berubah-ubah dan bebanan tugas yang semakin bertambah, saya tidak fikir Umno-BN semakin popular dalam kalangan guru. PR menawarkan imbuhan secara bulanan jika berjaya membentuk kerajaan. Hal ini kerana, PR amat sedar bahawa golongan ini melakukan pekerjaan yang paling mulia iaitu menyampaikan ilmu kepada anak bangsanya. Mereka merupakan barisan paling hadapan dalam menentukan masa depan negara. 6. Penyelewangan dana awam. Kemuncak kepada penyelewengan dana awam ialah kes yang membabitkan National Feedlot Corporation (NFC), syarikat milik suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Kes ini bukan semata-mata membabitkan menyalahgunaan dana awam yang banyak, tetapi pendedahan oleh laporan audit negara adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan dengan mudah oleh Umno-BN. Dalam kes ini, Perdana Menteri langsung tiada hujah untuk mempertahankannya, sehinggakan Datuk Seri Shahrizat terpaksa diturunkan daripada kerusi senatornya sekaligus jawatan menteri yang dipangkunya. Namun, rakyat tidak mudah untuk melupakan isu ini begitu sahaja. Penyelewangan dana awam sebanyak RM250 juta bukanlah sesuatu yang kecil anak. Banyak perkara yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat jika wang sebanyak berada ditangan pemimpin yang jujur. Jika rakyat mahukan duit ini dikembalikan atau isu ini diselesaikan, mereka tiada pilihan melainkan memberikan kuasa kepada PR pada PRU13 nanti. 7. Automated Enforcement System (AES). Pelaksanaan sistem ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan rakyat, malah turut tidak dipersetujui oleh ahli parlimen dan penyokong Umno-BN sendiri. Hal ini kerana, sistem ini lebih banyak menyusahkan rakyat berbanding tujuan asalnya yang dikatakan untuk mendidik pengguna jalan raya. Dalam hal ini, pelaksanaan AES dilihat sebagai satu usaha kerajaan memeras duit rakyat dengan cara yang lebih mudah dan tersusun – atas nama kesalahan lalu lintas. Dalam hal ini rakyat bakal terbeban dengan saman dan tiada cara lain untuk menghentikan kegilaan ini melainkan memenangkan PR dalam PRU13 nanti. 8. Penurunan harga kenderaan. Sekali imbas isu penurunan harga kenderaan tidak akan menggugat Umno-BN. Namun dalam senyap isu ini telah menjalar dalam kalangan rakyat. Ayat, "Kalau nak beli kereta, tunggu selepas pilihan raya umum ke-13." Biasa didengar di mana-mana. Hal ini menunjukkan bahawa perkara ini bukanlah sesuatu yang kecil. Hal ini kerana, sudah diketauhi umum bahawa harga kereta di Malaysia amat mahal berbanding dengan nisbah pendapatan dan kos hidup. Umum juga mengetahui bahawa cukai yang dikenakan begitu mahal terhadap kereta import demi menyelamatkan kereta nasional yang mempunyai kepentingan kroni padanya. Jadi, tawaran PR bahawa akan menurunkan harga kereta apabila memenangi PRU13 nanti sememangnya sesuatu yang ditunggu oleh rakyat. 9. Cukai barangan dan perkhidmatan (Good and Service Tax – GST). Kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan bukanlah sesuatu yang menjadi sebutan umum. Namun, apabila nilai wang menjadi semakin kecil, dan rakyat pula terdesak untuk memenuhi keperluan asas yang semakin tinggi nilainya berbanding pendapatan. Keperluan asas seperti tanah/rumah, kenderaan, kos pendidikan, kos makan minum dan kos perubatan semakin meningkat. Pada masa yang sama rakyat dilaungkan oleh pemimpin supaya berjimat cermat. Padahal rakyat dengan mata kepala sendiri melihat pemimipin negara dan konco-konconya hidup dalam suasana yang mewah. Akhirnya, rakyat mula berfikir bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah keadaan ini. Pemimpin cakap tidak serupa bikin. Rakyat bersusah payah membayar cukai tetapi pemimpin senang-senang sahaja membelanjakan dana awam tanpa mengambil kira kesusahan rakyat. Pada masa yang sama mereka mula membandingkan, negeri-negeri yang diperintah oleh PR terutamanya Kelantan lebih telus dalam membelanjakan wang rakyat atau sekurang-kurangnya tidak membebankan dengan pelbagai cukai. Kesimpulannya. Selain faktor di atas, banyak lagi kemungkinan yang bakal menamatkan riwayat Umno-BN. Senarai itu hanyalah sebahagian daripada senarai panjang kesilapan dan keangkuhan Umno-BN dalam melayan kehendak rakyat. Jika Umno-BN terus tidak berubah nescaya mereka akan rebah! Namun, walaupun Umno-BN dilihat tertekan dengan pelbagai isu, tetapi perlu diingat, mereka masih menguasai media dan pelbagai agensi kerajaan. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku terutama apabila PR tersilap strategi pada saat akhir menjelang pilihan raya. | Tiga persatuan bola sepak diarah bayar pampasan RM120,00 kepada bekas jurulatih Posted: 08 Nov 2012 02:49 AM PST SINAR HARIAN PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan tiga persatuan bola sepak negeri membayar pampasan keseluruhan berjumlah RM120,00 kepada bekas jurulatih mereka yang ditamatkan kontrak lebih awal disebabkan kemerosotan prestasi pasukan. Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diarah membayar pampasan kepada Mat Zan Mat Aris; Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) kepada Robert Scully dan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) kepada Mohd Nidzam Adha Yusoff. Bayaran yang diterima masing-masing dari jumlah pampasan itu tidak dinyatakan. Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM Datuk Takiyuddin Hassan berkata kesemua persatuan tersebut perlu menjelaskan bayaran pampasan itu dalam tempoh sebulan dari tarikh surat dikeluarkan oleh FAM. "Sekiranya mereka tidak mampu menjelaskan bayaran tersebut, FAM akan memotong jumlah peruntukan tahunan yang diberikan kepada persatuan (bola sepak negeri atau kelab) kerana kita amat menitikberatkan masalah yang dihadapi pemain dan juga pegawai. "Ketiga-tiga persatuan bola sepak tersebut boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FAM sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma FAM, di sini, hari ini. Sementara itu, Takiyuddin mengingatkan mana-mana pemain yang masih mempunyai kontrak dan berminat untuk berhijrah ke pasukan lain supaya menjelaskan bayaran pampasan baki kontrak mereka kepada majikan asal. | #DemiRakyat strategi terbaru PKR hadapi PRU13 Posted: 08 Nov 2012 02:47 AM PST PETALING JAYA - PKR, parti komponen Pakatan Rakyat, hari ini meneruskan strategi terbaru menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) selepas melancarkan kempen poster dan papan iklan minggu lalu. Kempen terbaru menerusi www.demirakyat.my dapat diakses di Internet hari ini. Membawa mesej bahawa Malaysia memerlukan perubahan, terdapat sebuah video yang memaparkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia berganding bahu bagi mengubah hala tuju negara bersama Pakatan Rakyat. Mengakui bahawa pilihan raya kali ini adalah pilihan raya paling "getir", Anwar menggesa rakyat Malaysia bangkit dan bersatu dalam memastikan tampuk pemerintahan bertukar demi kehidupan rakyat yang lebih baik. "Dalam pilihan raya kali ini, saya percaya, rakyat harus bangkit untuk menentukan arah tuju pembangunan masa depan di dalam Malaysia yang tercinta. "Rakyat Malaysia dalam negara, rakyat Malaysia yang berada di luar negara, kita boleh mematahkan hujah-hujah jelek yang memecahbelahkan perpaduan kita dengan mengembeling seluruh kekuatan, Melayu,China, India, Dayak, Kadazan dan yang lain dalam satu pasukan yang utuh untuk menuntut hak kita," kata Anwar. Laman web PKR ini turut memuatkan butang sokong, kongsi dan derma yang membolehkan pengunjungnya menyumbang demi kempen PKR. Antara kandungan lain laman web ini menyatakan betapa penting perubahan sejati yang didorong oleh rakyat. "Hanya parti politik yang dijana rakyat akan bertanggungjawab kepada rakyat. PKR menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira latarbelakang untuk bersama-sama membantu kami menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur untuk semua. "Jika anda percaya Malaysia memerlukan perubahan, sokonglah kempen ini. Sekadar menekan klik sudah cukup untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk turut serta. Inilah langkah bertindak yang pertama," tulis laman itu. Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut menyeru rakyat menyokong kempen mereka. "Dan dalam ini saya mengulangi gesaan saya supaya rakan-rakan bersama berdaftar dalam demi rakyat, bekerja sebagai sukarelawan dengan apa jua cara pun kerana perlawanan ini, pertembungan ini getir dan memerlukan kesedaran rakyat yang menyeluruh dan kebangkitan rakyat yang menyeluruh. "Saya oleh yang demikian ingin menggesa memastikan kemenangan dengan usaha yang maksimum dan memohon doa kepada ALLAH S.W.T," katanya. | Bas persiaran rempuh lori, 3 penumpang cedera Posted: 08 Nov 2012 02:45 AM PST Rempuhan dari arah belakang itu menyebabkan tiga penumpang bas cedera di bahagian bibir dan kaki. Tiga penumpang berusia antara 18 hingga 39 tahun itu dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut. | Nurul Izzah buat aduan di Jais esok Posted: 08 Nov 2012 02:44 AM PST KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan bertemu dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin esok bagi membuat aduan terhadap sebuah akhbar yang didakwa memfitnahnya. "Saya akan berjumpa dengan Pengarah Jais esok, jam 11 pagi untuk kemuka aduan terhadap laporan menyerang dan memfitnah saya. "Ini kerana dakwaan yang disebut berasaskan laporan Utusan Malaysia," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen. Sebelum ini, Marzuki menjelaskan bahawa Jais akan memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu. Sabtu lalu, pada forum 'Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab', Nurul Izzah dilaporkan menegaskan bahawa setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu. Kenyataannya itu dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris yang menyatakan bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan ia juga terpakai secara sama rata kepada orang Melayu. | Posted: 08 Nov 2012 02:43 AM PST PARIT BARU - Ketua Umum PKR meminta penduduk kawasan ini memberi sokongan kepada bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan itu demi memastikan kemenangan parti berkenaan, sekali gus memenuhi matlamat mengambil alih pucuk pimpinan Parlimen Sabak Bernam. "Berilah sokongan sepenuhnya kepada Abdul Aziz kerana ini peluang terbaik bagi mengubah pimpinan di Parlimen ini. "Sokongan dan kerjasama setiap bangsa penting sebagai salah satu langkah bagi memastikan kemenangan parti pada PRU13 akan datang," katanya ketika berucap di Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabak Bernam, kelmarin. Dianggarkan sekitar 2,000 hadir memberikan sokongan Jelajah Merdeka Rakyat dan mendengar ceramah berkenaan walaupun terpaksa berhujan. Menurut Anwar, rakyat dilihat sudah bijak menilai dan mahukan perubahan pucuk pimpinan negara ini, terutama dalam membanteras gejala rasuah. "Saya yakin ramai penduduk yang inginkan perubahan dan itu akan memastikan mereka memilih pemimpin yang bersih serta tidak terjebak dengan rasuah," katanya. Beliau mendakwa, Kerajaan Pusat dilihat mengawal media di negara ini, berikutan mereka takut dengan kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan kepimpinan negara. Anwar berkata, pelbagai pendekatan digunakan pihak berkenaan dalam memastikan mereka dapat mengawal media supaya pelbagai spekulasi dapat dikeluarkan menerusi rangkaian itu. "Banyak media di negara ini dikawal kerajaan, namun kita tidak gentar kerana mereka tidak dapat mengawal fenomena kebangkitan rakyat," katanya. Sementara itu, Anwar turut menjelaskan pembabitan anak muda dalam parti penting dalam menentukan kejayaan parti. "Kerjasama anak muda sedikit sebanyak membantu memastikan negara ini mempunyai pucuk pimpinan yang adil serta saksama, di samping menolak agenda rasuah serta salah guna hak rakyat," katanya. | 433 nama pemilih lenyap tanpa dipamer, data diubah sana sini Posted: 07 Nov 2012 09:53 PM PST KUALA LUMPUR: KEADILAN hari ini membongkar satu lagi bentuk kejanggalan manipulasi daftar pemilih dengan tidak melalui Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang dipamerkan di setiap suku tahun. Menurut Naib Presidennya, Fuziah Salleh, kejanggalan itu boleh disifatkan sebagai kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah, beliau tidak menolak kemungkinan ia dimanipulasi dengan sengaja oleh SPR. "RDPT merupakan 'audit trail' di dalam daftar pemilih. Dan SPR wajib boleh 'tally' jumlah pemilih di dalam daftar pemilih setiap suku yang disahkan melalui cara ini. "Sebaliknya didapati SPR gagal berbuat demikian. SPR sewenang-wenangnya masukkan nama dan keluarkan nama, pindahkan nama pemilih tanpa dipamer terlebih dahulu," kata Ahli Parlimen Kuantan itu pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi yang turut disertai Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali. Sebagai contoh, jelas Fuziah, hasil audit daftar pemilih di antara daftar pemilik induk Suku ke-4 2011 dan daftar pemilih induk Suku Pertama 2012 seperti yang dibekalkan SPR kepada PAC bagi Parlimen Kuantan (P083) mendapati, sebanyak 155 nama pemilih dimasukkan ke dalam daftar pemilih tanpa melalui RDPT. "Kita mendapati nama yang sudah dipamerkan sebagai pemotongan sebelum ini dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih P083 sedangkan tiada bantahan dibuat ke atas nama tersebut. "Terdapat 40,000 nama di seluruh negara. Sejumlah 15 undi pos (polis dan tentera) dimasukkan tanpa dipamerkan. "Terdapat juga nama dipindahkan masuk tanpa dipamerkan terlebih dahulu. Mereka ini merupakan pemilih di kawasan lain sebelum ini," katanya dipetik Media Selangorku. Kata Fuziah, sebanyak 433 nama pemilih hilang dari daftar pemilih begitu sahaja tanpa dipamerkan. "Selain itu sejumlah besar dipindahkan ke kawasan Parlimen lain tanpa dipamerkan (hampir 100 nama) dan jumlah pemilih yang dipamerkan keluar terdiri dari pemilih awam dan pos," sambungnya. Tegasnya, keadaan ini membuktikan SPR tidak membersihkan daftar pemilih dan kemungkinan besar ia dilakukan dengan sengaja untuk membantu Umno BN. | Peguam Perancis sah hadir Parlimen 22 Nov bongkar kes Scorpene Posted: 07 Nov 2012 09:50 PM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR- Dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene. Memaklumkan perkara itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012. Bagaimanapun, Bourdon dalam surat beliau bertarikh 29 Oktober meminta jaminan kerajaan agar kejadian beliau dihalang dari memasuki negara ini pada Julai 2011 tidak berulang. "Hari ini, pejabat Ketua Pembangkang telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mendapatkan satu jaminan bertulis supaya membenarkan peguam-peguam tersebut untuk masuk ke negara ini tidak dihalang. "Ini kerana Bourdon mengesahkan kehadiran dengan syarat tidak dihalang masuk atau disingkir oleh pihak berkuasa," jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen. Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia. Kapal selam itu dibeli dari Direction des Construction Navales Services (DCNS), Thales dan Armaris pada 2002. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, pihaknya akan cuba membawa peguam DCNS bersama pada taklimat itu nanti. | Filem Zaiton Ceritaku diakui gagal Posted: 07 Nov 2012 09:47 PM PST KL TODAY Pengarah dan pelakon, Esma Daniel tidak berasa kecewa apabila filem pertama arahannya berjudul Zaiton Ceritaku gagal mendapat sambutan dengan kutipan tidak sampai RM100,000. Esma berkata, filem berkenaan yang mula ditayangkan pada 1 November lalu hanya mampu bertahan selama seminggu di pawagam dan terpaksa ditamatkan selepas mendapat sambutan dingin daripada orang ramai. "Faktanya filem arahan saya itu gagal mendapat sambutan daripada penonton dan saya tidak menyalahkan pihak panggung menarik keluar ia daripada tayangan dalam tempoh seminggu kerana ia telah termaktub dalam peraturan Syarat Wajib Tayang (SWT). "Saya terpaksa mengakui hakikat itu kerana pada minggu pertama lagi Zaiton Ceritaku gagal mengutip angka yang memberangsangkan bagi membolehkan ia kekal untuk tayangan," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu. Zaiton Ceritaku berkisar mengenai liku-liku kehidupan dilalui penyanyi Zaiton Sameon yang popular menerusi lagu Menaruh Harapan selepas ditimpa kemalangan yang turut meragut nyawa anak tunggalnya Irwan pada 21 Februari 1990. Ia memaparkan pahit getir kehidupannya yang berdepan trauma akibat kemalangan itu sehingga banyak pihak menganggapnya tidak siuman. Filem tersebut menelan belanja sebanyak RM1.1 juta. "Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak akibat kegagalan filem ini kerana setiap penonton itu berhak membuat keputusan untuk menonton karya yang mereka suka," katanya. Dalam pada itu, Esma berkata, faktor kekurangan promosi mungkin menjadi sebab ia gagal mendapat perhatian namun pihak penerbit telah melakukan yang terbaik bagi memastikan karya tu berjaya. Bagaimanapun kata Esma, dia bersyukur apabila maklum balas yang diterima selepas penonton menyaksikan filem itu cukup baik dan mereka berpuas hati dengan garapan yang dilakukan mengenai kisah hidup penyanyi terkenal itu. Sementara itu, Esma menjadikan kegagalan itu sebagai satu pengajaran untuk menjadikannya lebih cemerlang ketika berkarya pada masa akan datang. | Penerbit filem hina Islam dipenjara Posted: 07 Nov 2012 09:38 PM PST KL TODAY LOS ANGELES: Lelaki disebalik penerbitan filem anti-Islam yang mencetuskan kemarahan dan protes di negara Islam, hari ini dijatuhi hukuman penjara setahun atas kesalahan menipu bank tahun lalu. Hakim Mahkamah Daerah Los Angelas, Christina A. Snyder mengarahkan Mark Basseley Youssef menjalani hukuman itu di Penjara Persekutuan selepas mengaku bersalah terhadap empat tuduhan memalsukan pengenalan diri dan menipu bank tahun lalu. Tertuduh yang berusia 55 tahun itu adalah lelaki disebalik pembikinan filem "Innocence of Muslims," yang mencetuskan kemarahan dan protes besar-besaran, September lalu. Youssef sebelum ini mendaftarkan nama sebagai Nakoula Basseley Nakoula dan juga dikenali sebagai Sam Bacile ketika protes meledak sebaik penyiaran video menghina Islam dan Nabi Muhammad itu. AFP | Dasyat : Buang Janin Depan Rumah Posted: 07 Nov 2012 09:28 PM PST Seorang pesara swasta pelik dengan bunyi salakan anjing liar dan terkejut apabila menemui janin dibuang di halaman rumahnya dekat Taman Rimba Rimba Mutiara, di sini, petang kelmarin.Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, kejadian tersebut disedari Chee Kong Chow, 57, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin apabila pengadu keluar dari rumahnya di Jalan Jelutong 6 selepas mendengar sekumpulan anjing liar menyalak. Menurutnya, polis yang mendapat maklumat kejadian kemudian menghantar pasukan forensik dan mendapati janin berusia di antara empat ke lima bulan itu dibuang di hadapan rumah mangsa. "Sehingga kini, polis masih belum mengetahui bangsa janin itu, tetapi ia dilahirkan dalam tempoh 24 jam dengan kaedah pengguguran. "Polis mengarahkan pegawai dan anggota melakukan pemeriksaan di hospital serta klinik swasta berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut. Polis juga merakam percakapan pengadu dan janin itu akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat setelah siasatan forensik selesai," katanya, kelmarin. Zundin berkata, kes buang bayi sangat jarang berlaku di Temerloh dan kejadian semalam akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. Menurutnya, sehingga kini pihaknya belum mempunyai suspek dan menggesa orang ramai membantu polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan. "Polis mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit," katanya. -GB |
Posted: 08 Nov 2012 03:20 PM PST Posted by Admin Direktori Blog | | 3:20 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan