Pakatan Rakyat |
Posted: 30 Nov 2012 03:32 PM PST Posted by Admin Direktori Blog | | 3:32 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||
Posted: 30 Nov 2012 03:18 PM PST
TIDAK wujud individu, pemimpin, organisasi atau parti yang tidak pernah melakukan kesalahan. Untuk itu sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, Umno menyusun memohon maaf atas kekhilafan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 24 jam yang lalu. Seorang pegawai kanannya yang ditemui Sinar Harian Online berkongsi maklumat sekiranya Najib meneruskan ucapan hampir 90 minit, Dewan Merdeka akan menyaksikan detik yang disaksikan pada tahun 2002. Najib sebagaimana dijangkakan dengan tegas mengatakan "Umno sudah mengalami perubahan" dan bersedia untuk kembali membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan kembali ke Dewan Merdeka sebagai peneraju Kerajaan Pusat. Pada keseluruhannya ucapan dasar kali memperlihatkan peningkatan keyakinan Najib berbanding tahun lalu. Berbanding graf 2010, kedudukan itu lebih baik sekarang. Mengulas perkembangan semasa di Dewan Merdeka, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan ucapan dasar Najib kali ini lebih komprehensif dan disampaikan secara artikulatif. "Saya lihat tiga perkara utama," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Salah satu daripada tiga perkara itu ialah ahli-ahli Umno perlu konsisten dan bersungguh-sungguh dalam menabur bakti, kata Ahli Parlimen Temerloh ini. "Perlu tulen dan tidak dibuat-buat... kerana akhirnya rakyat dapat lihat kebaikan atau keburukannya," kata pemimpin muda yang sentiasa menekankan keperluan politik baru dalam Umno dan Barisan Nasional (BN). Kedua, menurut beliau, kerajaan pimpinan Umno sentiasa melakukan transformasi yag tepat dengan keperluan. "Ia seimbang iaitu dari satu segi, ia bersifat semasa dan futuristik, manakala dari segi yang lain, ia berpaksi pada prinsip-prinsip yang kukuh. Ini falsafah pergerakan teguh," katanya merujuk kepada pelan transformasi yang dilakukan. Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, Umno parti yag bukan sahaja berkhidmat kepada orang Melayu, tapi berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia. Pilihan raya umum empat tahun lalu merupakan detik hitam buat Umno-BN apabila kalah teruk kali pertama kali dalam sejarah meskipun lebih 50 tahun mendominasi pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Sudah pasti kejadian yang memalukan itu tidak mungkin mahu diulangi kembali lebih-lebih lagi buat parti yang memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera yang kian lama menyusut tahap kepercayaan rakyat terhadapnya susulan pergolakan dalaman ahli-ahli dan jentera parti pada 2008 lalu. Momentum itu turut dilonjakkan menerusi Perhimpuan Agung Umno 2012 yang sarat dengan mesej, nasihat dan mengembalikan semangat kekitaan. Beberapa pemimpin Umno yang ditemui Sinar Harian Online mengakui mereka tersentuh dengan sifat mahmudah yang ditonjolkan presiden parti apabila memulakan bicara dengan memohon kemaafan dan menggesa semua ahli memuhasabah diri sebelum berjuang pada pilihan raya akan datang. "Kalau semua perwakilan sedar tadi Perdana Menteri sebut bagaimana menilai diri, insaf tentang kekuatan kita, ukur keupayaan kita, cari peluang untuk kita buktikan kepada rakyat bahawa kitalah parti yang terbaik untuk memimpin BN dan membawa negara ini ke mercu kejayaan," kata seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Harun. Pemimpin dari Melaka ini mengingatkan ahli dan jentera parti itu supaya menjadikan detik 2008 sebagai pengajaran buat malah lebih berwaspada dan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat dengan mengetepikan kepentingan peribadi demi memastikan BN kembali memenangi hati rakyat pada PRU13. "Kekuatan parti dalam bentuk mengotakan apa yang dikatakan, merealisasikan semua dasar di peringkat pelaksanaan, perancangan, maknanya kalau bukan Umno parti lain boleh pimpin Malaysia ini. "Kita hilang lima negeri, hilang dua pertiga majoriti di Parlimen, menjadi pengajaran kepada kita supaya kita cari persamaan, kita jangan iri hati, jangan sabotaj, Umno ini memang parti yang kuat, hanya Umno boleh mentadbir dan membawa Malaysia ke hadapan yang lebih mencabar pada masa depan," katanya. Tegasnya jika Umno-BN mahu mengekalkan kuasanya di Putrajaya sebagai Kerajaan Persekutuan pada penggal akan datang, semua ahli dan jentera parti perlulah akur kepada keputusan yang dibuat ditetapkan oleh parti itu tanpa sebarang syak wasangka demi memastikan kemenangan milik Umno-BN pada pilihan raya akan datang. Umno parti tiada tandingan "Umno dah cukup kuat, establishment dah ada, gagasan pun dah ada, lengkap dengan struktur, sistem dan strateginya semua dah ada, jalan toleh ke belakang lagi, engkaulah partinya, syaratnya, apa saja yang ditentukan pemimpin nanti, kita dengar, kita taat dan kita akan menang pilihan raya nanti. "Tiada parti lain yang boleh kalahkan Umno sebab parti pembangkang seperti PKR, Pas atau DAP semuanya cakap tak serupa bikin, parti anak-beranak, parti yang carca marba, apa yang dijanji langsung dia tak buat, langsung tak menampakkan ada akan kemajuan negeri-negeri di bawah pimpinan mereka melainkan kemelut politik," tegasnya. Umno jelas beliau, tidak hanya mensasarkan pengundi Melayu sahaja untuk meraih kemenangan nanti sebaliknya kaum bukan Melayu turut menjadi perkiraan penting kerana Umno bukan parti perkauman sempit sebaliknya memperjuangan nasib semua kaum yang berbilang bangsa di negara ini tanpa prejudis. "Kita (Umno) tetap menghargai dan menghayati kepentingan kaum-kaum lain. "Pengundi bukan Melayu pun mempunyai cita rasa, punyai kehendak dan kemahuan tersendiri, mereka tidak mahu pemimpin yang omong kosong, mereka mahu pemimpin yang boleh menjanjikan keamanan dan kesejahteraan negara berterusan," jelasnya. Umno mengetuai Perikatan sebelum ia dijenamakan semula sebagai BN susulan prestasi lemah Perikatan pada Pilihan Raya Umum 1969. Prestasi paling buruk disaksikan pada 2008. Katanya, kebolehan Umno-BN mentadbir urus negara telah terbukti sejak lebih 50 tahun lalu malah meletakkan martabat negara sebaris dengan negara-negara maju dan dikenali dunia. Hal ini katanya, amat berbeza dengan lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) kerana dilihat tidak menunjukkan perkongsian kuasa yang adil lagi saksama susulan sesetengah parti komponen pembangkang itu dinafikan hak sebagai pentadbir negeri. "DAP baru duduk Pulau Pinang dah tak bagi peluang Pas untuk jadi Exco Kerajaan Negeri. Pas pula tak bagi wakil DAP jadi Exco Kerajaan Negeri di Kedah. "Begitu juga di Selangor yang ditadbir PKR, ada orang kuat Pas dipecat kerana tak yakin dengan kewibawaannya dan PKR pula yang jaga hal ehwal Islam sedangkan Pas pada peringkat mereka amat sinonim dengan Islam," katanya sambil menyifatkan pembangkang gagal mencapai kata sepakat dalam pengagihan kuasa dan faktor ini menyukarkan orang bukan Melayu untuk mempercayainya mereka kelak. Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Baintin Adun @ Abd Halim pula menekankan jika Umno-BN mahu kekal relevan dan terus menerajui pentadbiran negara, Presiden Umno perlu memastikan gerak kerja parti dan perkhidmatan disampaikan terus ke akar umbi, bukan sekadar ucapan semata-mata. "Pemimpin di akar umbi akan terus mendekati rakyat untuk menerangkan betapa penting pembangunan yang ada yang dilaksanakan oleh Umno-BN di Putrajaya," katanya sambil menjelaskan, Umno-BN di Sabah kerap kali diserang dengan pelbagai tohmahan oleh pembangkang menerusi siri ceramah politik mereka sejak akhir-akhir ini. "Tugas semua penyokong dan ahli Umno perlu terus mendekati rakyat dan menerangkan apa isu sebenar dan apa sebenarnya yang diperkatakan oleh pembangkang itu betul atau tidak. "Balik saja dari kongres ini, kami menerangkan segala apa yang telah diperjelaskan dalam perhimpunan ini kepada akar umbi supaya kita dapat mempertahankan kelangsungan pemerintahn Umno-BN," katanya. BN akan dimaafkan? Beliau juga tidak menafikan sebelum ini Umno banyak kelemahannya, namun ia telah diatasi segera. "Memang ada sabotaj dalam parti apabila tidak terpilih sebagai calon. Umno bercakap banyak tetapi tidak melaksanakan apa yang patut diberikan kepada rakyat. "Hari ini sudah jauh berubah, rakyat sememangnya mahu apa yang mereka minta dan pertolongan terus dapat atau sekurang-kurangnya dapat perhatian daripada kerajaan," jelasnya. Berbeza pula pandangan bagi ahli jawatankuasa Umno Kampar, Mohd Ghazali Said berkata, jika mahu mengekalkan ketuanan Melayu, Umno-BN perlu memastikan menang besar pada PRU13. "Kalau tidak akan punah segala-galanya, itu nasihat PM antara hidup dan mati BN pada PRU13 mesti dapatkan kemenangan besar dua pertiga," katanya sambil menasihatkan ahli parti itu supaya tidak taksub kepada kepentingan peribadi hingga menjejas matlamat parti untuk kekal sebagai pentadbir negara kelak. Katanya, pertelingkahan yang wujud sebelum akibat tidak tercalon pada pada pilihan raya 2008 antara penyumbang utama kekalahan Umno-BN akibat sabotaj dalaman menjejaskan imej parti di kalangan rakyat. "Lupakan segala perselisihan faham, tumpu kepada parti, jangan pentingkan peribadi, pentingkan politik semata-mata untuk kemenangan. Persiapan mesti dibuat seratus peratus untuk mengekalkan kuasa. "Rakyat boleh dikatakan sekarang hampir kepada BN, kaum Cina sekalipun tetap menyokong BN pada masa sekarang, kita nampak gagasan 1Malaysia yang dibuat oleh Presiden nampak begitu berkesan hingga ke hari ini," katanya. PRU13 sudah pasti tahun depan. Kemungkinan antara 12 hingga 15 minggu lagi. Sebagaimana diperkatakan oleh pegawai kanan Perdana Menteri, Najib kini meletakkan harapan sebagai "seorang bapa ke atas anak." Anak yang bernama ahli-ahli Umno dan BN selepas lebih tiga tahun memimpin Umno, BN dan negara selaku Presiden, Pengerusi dan Perdana Menteri. Sejauhmanakah penerimaan permintaan maaf Najib. Rakyat sudah sedia memaafkan BN? Jika ya, adakah ia akan diterjemahkan dalam bentuk undi dan akan diberi peluang kedua - mengembalikan kerusi majoriti dua pertiga di Parlimen dan kembali memerintah empat kerajaan negeri? |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan