Ahad, 25 November 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Awang Adek diminta lapor Jabatan Agama dan SPRM

Posted: 24 Nov 2012 03:52 PM PST


KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan mencadangkan Datuk Awang Adek Husein (gambar)  agar melaporkan kepada  Jabatan Agama dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar membukti bukti penyelewengan.

Jika tidak, kenyataan Awang Adek baru-baru ini mahu membawa kes konon PAS ada masalah akidah ke Perhimpunan Agung Umno hanya retorik semata-mata.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadli Shaari kepada Harakahdaily.

Katanya, Pemuda PAS Negeri Kelantan tertarik untuk memberikan respon terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin bahawa UMNO Kelantan akan mendedahkan penyelewengan akidah PAS pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 nanti.

Kenyataan beliau disiarkan oleh akhbar Sinar Harian versi dalam talian pada 24 November 2012.

Dalam hal ini, kata Fadli, suka untuk DPPNK mencadangkan kepada Awang Adek agar melaporkan sahaja apa yang didakwa penyelewengan akidah tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk diambil tindakan sekiranya tidak yakin dengan siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK) yang merupakan agensi kerajaan negeri Kelantan.

"Dalam hal ini, DPPNK tidak mahu Awang Adek hanya sekadar beretorik semata-mata," kata Ahmad Fadli (gambar kanan) yang juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan.

Ini kerana masyarakat umum masih lagi melihat PAS sebagai sebuah parti yang serius melaksanakan dasar-dasar yang selari dengan Islam berbanding Awang Adek sendiri yang pernah mencadangkan agar judi bola sepak dibenarkan sempena Piala Dunia 2010 yang lepas, kata Fadli.

DPPNK juga mencadangkan kepada Awang Adek supaya terus melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya penyelewengan yang dimaksudkan melibatkan skandal rasuah dan pecah amanah.

"Dalam hal ini, Awang Adek boleh merujuk lokasi bangunan baru SPRM Kota Bharu kepada sebuah badan bukan kerajaan OMBAK yang pernah menganjurkan demonstrasi di hadapan bangunan tersebut beberapa minggu lepas.

"Kemungkinan juga Awang Adek boleh memasukkan sekali di dalam laporan tersebut isu seorang Timbalan Menteri yang didakwa menerima suapan sebanyak RM80,000 semasa memegang jawatan penting di Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu.

"Suapan tersebut ialah dalam bentuk dua keeping cek bernilai RM30,000 dan RM50,000 daripada Advance Maintenance Precision Management (AMPM) Sdn Bhd bertarikh 6 Disember 2010," katanya.

Pada hari yang sama, kata beliau, AMPM menulis surat kepada individu terbabit selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) untuk melanjutkan kontrak penyelenggaraan JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bharu.

"Sehingga hari ini, tiada sebarang penjelasan diberikan oleh Timbalan Menteri tersebut.

"Sekiranya Awang Adek hanya berdegar-degar menjanjikan pendedahan di Perhimpunan Agung UMNO 2012 tetapi dalam masa yang sama enggan membuat laporan kepada badan berwajib, DPPNK sifatkan Awang Adek hanya beretorik semata-mata," katanya.

"BEKWOH"Jamuan Rakyat & Ifthor Perdana Bersama YAB. Tuan Guru.

Posted: 24 Nov 2012 03:52 PM PST




















Pejabat PAS Kota Kinabalu dibaling telur dan batu

Posted: 24 Nov 2012 03:48 PM PST

KOTA KINABALU: Seorang kakitangan Pejabat Pemuda PAS Negeri Sabah terkejut apabila mendapati pintu dan papan tanda pejabat berkenaan dibaling telur serta diconteng dengan perkataan kesat awal pagi kelmarin.


(Pintu pejabat PAS Kota Kinabalu dibaling telur dan batu)

Kejadian itu disedari kira-kira jam 8.30 pagi ketika kakitangan tersebut ingin membuka pejabatnya.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu percaya perbuatan membaling telur dan melemparkan batu itu dilakukan sesetengah pihak yang kurang menyenangi tindakan PAS yang agresif melawan kezaliman yang diperlakukan oleh pihak tertentu.

"Kita sendiri berasa kurang selesa bila diperlakukan sebegini. Perbuatan ini langsung tidak menunjukkan moral yang tinggi di kalangan individu mahupun parti yang terkesan akibat tindakan agresif yang dilakukan oleh PAS sejak akhir-akhir ini," katanya dalam  satu kenyataan, kelmarin.

Bagaimanapun Lahirul berkata, beliau tidak mengesyaki pihak yang terbabit dan tidak berhasrat untuk melaporkan perbuatan berkenaan kepada pihak polis.

"Kali ini kita maafkan mereka, supaya mereka benar-benar menginsafi bahawa perbuatan mereka ini adalah yang tidak bermoral," ujarnya.



PAS Sepanggar



(Tingkap pejabat PAS Sepanggar dipecahkan)

Sementara itu, pejabat PAS Kawasan Sepanggar turut dipecahkan cermin apabila dibaling objek keras awal pagi kelmarin.

Kejadian yang mengejutkan kakitangan pejabat berkenaan yang sedang tidur itu bagaimanapun tidak mendatangkan sebarang kecederaan.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepanggar, Saifuddin Ahmad berkata, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku setelah pejabat berkenaan beroperasi sejak dua tahun yang lalu.

Beliau berkata, wakilnya telah membuat laporan polis di Balai Polis Alamesra berhubung perkara berkenaan.

PAS mempunyai peluang cerah untuk kuasai Penaga

Posted: 24 Nov 2012 03:47 PM PST


PULAU PINANG: Siapa kata Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga tidak boleh di menangi PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini?

Ini kerana,  kerana kedudukan Umno yang semakin terperuk dengan masalah tersendiri sejak kebelakangan ini.

Malah Adun BN di situ, Datuk Azhar Ibrahim walaupun beliau salah seorang exco pada waktu Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini mula diperkatakan rakyat.

Selain jarang turun ke padang bertemu rakyat beliau juga dikatakan lebih membiarkan politiknya dimainkan oleh isterinya terutama ke majlis kenduri kendara di kampung- kampung.

Memandangkan PAS sudah lama bertapak khususnya di Penaga dan Parlimen Kepala Batas maka tidak dapat tidak masyarakat telah mengenali PAS sebaris Umno.

Manakala dua Dun lagi iaitu Bertam dan Pinang Tunggal ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Penyelaras Dun Penaga, Rosidi Husain (gambar atas), memandangkan runggutan rakyat yang membuak- buak maka pada tahun 2010 Pusat Khidmat Penyelaras Dun Penaga ditubuhkan bermula di Dewan Banjir Permatang Bendahari dan kini berpindah ke sebuah bangunan di Persimpangan Pasir Gebu.

"Berbagai masalah seperti jalan tar, longkang dan banyak lagi yang diabaikan oleh Dato' Azhar terpaksa dilaksanakan oleh Pusat Khidmat Penyelaras Dun Penaga.  Ini membuktikan beliau seolah lepas tangan kerana kecewa dengan rakyatnya sendiri, " terangnya yang juga pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang.

Sokongan anak muda di Penaga makin meningkat ke tahap 66 peratus manakala kaum Tiounghua pula tidak jemu- jemu menanti tarikh pilihanraya umum untuk memangkah PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagi mereka Umno dan komponen BN tidak boleh diharap lagi sebagai pemerintah di peringkat negeri dan persekutuan.

Program warga emas, ibu tunggal, pelajar emas, anak emas, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapat sokongan padu tanpa berbelah bahagi walaupun pada mulanya ramai yang sangsi dan terikut- ikut dengan rentak Umno yang senantiasa menyebarkan fitnah.

Paling mengembirakan golongan muda ujar Rasidi, ialah pembinaan Gelanggang Rakyat yang dalamnya terdapat padang futsal, bola jaring dan takraw di Kampung Tuan Syed.

"Saya selaku Penyelaras Dun mengucapkan jutaan terima kasih pada Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) kerana membina Gelanggang Rakyat di Kampung Tuan Syed demi mencari bakat baru, menjalinkan ukhwah sesama sendiri di samping membentuk jati diri kalangan pemuda yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa depan, " terangnya.

Peserta antarabangsa terpesona dengan budaya Kelantan

Posted: 24 Nov 2012 03:47 PM PST

(Peserta forum dakwah antarabangsa turut menikmati kesenian Kelantan)

KOTA BHARU: Peserta 13 negara yang menghadiri Forum Antarabangsa Dakwah:  Pelancongan Islam dan Mutawwif Profesional selama dua hari mulai 22 hingga 23 November 2012 di Balai Islam, Lundang dekat sini yang berakhir malam ini amat terpesona dengan kesenian dan kebudayan Islam di Kelantan.

Forum antarabangsa dakwah itu bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat di samping 'memperkasa' minda dan intelektual pendakwah mengenai fenomena masyarakat alaf baru.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berharap dengan berlangsungnya forum itu dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pelancongan sebagai satu ibadah selain membantu Kerajaan Negeri mempromosikan 'pelancongan ibadah'.

Forum berkenaan memberi fokus,  antara lain kepada lestari dakwah dan peluang dakwah melalui pelancongan, membabitkan dimensi pelancoangan Islam termasuk 'pelancongan masjid, amanah pemandu dakwah pelancong dan mutawwif professional.

Bercakap kepada wakil Harakahdaily pada Malam Kesenian dan Kebudayan Islam yang berlangsung di Gelanggan Seni, Jalan Mahmood dekat sini, beliau berkata program itu sebagai  sokongan kepada program menjadikan 2012 Tahun Melawat Kelantan, yang JAHEAIK turut terbabit.

Menurutnya, JAHEIK memainkan peranan dalam semua sektor berkaitan  dakwah kepada masyarakat termasuk program pelancongan Islam.


(Pengarah JAHEAIK bersama para peserta forum dakwah)

"Pelancongan  sebagai methodologi baru, sebagai medium dakwah yang perlu diberi perhatian.

"Kita  mengharapkan kehadiran pelancong ke Kelantan ini memberi peluang kita berdakwah kepada mereka," katanya.

Mengengenai bentuk persembahan kesenian dan kebudayaan yang dipersembahkan kepada peserta forum dan pelancong antarabangsa itu seni silat, permainan gasing dan persembahan Dikir Seri Halaqat, beliau berkata pada awal pelancongan dan peserta forum antarabangsa itu melihat persembahan itu,  sekaligus mereka melihat Islam adalah suatu yang 'terbuka', yang boleh diterima manusia sejagat.

Fokus juga diberikan kepada program lawatan ke masjid yang menekankan bahawa  pelancong yang datang ke masjid bukan saja memakai 'jubah' tetapi juga menghayati apa yang berlaku di masjid berkenaan.

"Kenapa kita sembahyang lima kali sehari, kenapa waktu sembahyang berbeza-beza, dan pergerakan sembahyang macam ini, apa disiplinnya, kenapa ambil wudhuk.

"Itu sebagai satu pendidikan baru kepada orang yang belum Islam untuk mengenali Islam," jelasnya.

Mengulas persembahan dikir oleh Kumpulan Dikir Sri Halaqat pada malam ini, beliau berkata, ini menunjukkan bahawa Islam tidak menolak 'hiburan'.

"Apa yang dibenarkan syarak,  kita tidak menolak, bahkan manusia dan masyarakat keseluruhannya boleh memenuhi keperluan hidup mereka, tidak bertentangan dengan Islam," tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajan mempromosikan Dikir Sri Halaqat ini pada  persada masyarakat di setiap program yang kita adakan sama ada majlis makan malam atau lain majlis  di peringkat negeri, peringkat nasional dan antarabangsa.

"Kita cuba tonjolkan kumpulan dikir ini, dan malam ini (persembahan  dikir oleh kumpulan ini) adalah peringkat antarabangsa.   Kini 'budaya' dan maklumat  mengenai persembahan kumpulan ini dimiliki warga dunia,  bukan saja di Kelantan," beritahunya.

Antara yang sempat menyaksikan persembahan tadi ialah peserta daripada 13 negara termasuk Amerika Syarikat, Mesir, Bahrain dan German.  Mereka terdiri dari muslim dan non-muslim.

Pengarah JAHEAIK berharap program Malam Kesenian dan Kebudayan Islam itu akan dijadikan program tahunan.

"Dan saya telah mendapat persetujuan daripad Bahrain tadi, mereka sanggup untuk memberi kerjasama dalam  tempoh dua tahun sekali untuk hadir ke Kelantan menjayakan program ini," ujarnya.

Majlis Berkhatan & Derma Darah Dun Pulai Chondong

Posted: 24 Nov 2012 03:46 PM PST









Lebih 1,000 sertai demonstrasi bantah Israel

Posted: 24 Nov 2012 03:42 PM PST


Ustaz Mohd Nor mengetuai perhimpunan aman membantah Kezaliman Israel terhadap umat Islam di Gaza, Palestin di hadapan Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat umat Islam khususnya di kalangan Pemuda PAS yang menyertai himpunan secara aman membantah serangan Israel terhadap umat Islam di Gaza, Palestin.

Lebih 1,000 orang menyertai demontrasi aman tersebut yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, perhimpunan aman menentang kezaliman tentera Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin sebagai bukti kebersamaan PAS dengan nasib rakyat di Gaza.

"Ini menunjukkan kebersamaan kita, sayang kita dan simpati kita terhadap umat Islam di seluruh dunia khususnya di Gaza, Palestin.
"Walau pun kita berhimpun dalam masa yang singkat, jarak yang jauh dari Palestin, tetapi kita mahu menunjukkan bahawa sebenarnya hati kita merasai apa yang disabdakan oleh Nabi saw dengan maksudnya. Perbandingan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka, dalam simpati mereka ibarat satu jasad. Apabila satu anggota dari jasad ini sakit, maka seluruh tubuh akan mengadu sakit dan deman," ujarnya ketika berucap pada perhimpunan aman itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong menyifatkan negara Palestin itu seumpama 'jantung hati' bagi umat Islam di seluruh dunia hari ini.

"Jantung hati kita ialah Palestin, yang sedang diburu dan diperangi oleh Israel. Marilah kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah dan menunjukkan sikap kita menentang Israel.

"Hari ini, Israel menyerang umat Islam Palestin tetapi sebenarnya Israel sedang 'menggali kubur' mereka untuk kehancuran mereka.

"Ini kerana, Islam sedang bangkit di Asia Tengah. Islam sedang berkuasa di Timur Tengah dan Islam juga akan berkuasa di Malaysia ini, Insya Allah," tegasnya disambut dengan laungan takbir para hadirin.

Tiada ulasan:

Pengikut