Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Ubah kepada cara Pakatan Rakyat - Presiden PAS
- BN tak mahu berubah, rakyat wajib tukar
- Himpunan PR saksikan kebangkitan rakyat N9
- Sepetang Bersama Pemuda Upu Pangkal Meleret.
- Negeri Sembilan di ambang perubahan politik
- Sesiapa hina Islam, DAP bela agama Islam
- Pemuda diajak jatuhkan BN Negeri Sembilan
- Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula meriah
- Kelantan dapat RM46 juta dari projek Lembah Sireh
- Majlis Perasmian Ekspo Maik Di Istana Negeri
- Mazlan, konvoi Kembara Oren dihalang di Sg. Siput
- PAS adakan konvensyen di tengah gelora politik Johor
- Umno, NGO perlu baiki rumah sendiri dahulu
- PRU13: Presiden PAS sedia bertanding di Pekan
Ubah kepada cara Pakatan Rakyat - Presiden PAS Posted: 03 Nov 2012 06:30 PM PDT SEREMBAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat Malaysia mengubah cara berpolitik di negara ini kepada cara baru iaitu cara yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. "Cara BN cara lama. Cara parti dibentuk dari bangsa-bangsa. Berbeza dengan cara Pakatan Rakyat. Parti-parti kita semua berbilang kaum dan agama. "PAS parti islam dari pelbagai kaum. Ada juga bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. PKR parti pelbagai kaum dan agama. Begitu juga DAP. "Berbeza dengan BN. Semua partinya dari parti kaum," kata beliau di Himpunan Kebangkitan Rakyat dekat Taman Seremban Jaya, Senawang malam ini. Puluhan ribu rakyat pelbagai kaum dan agama berhimpun di sini bagi menyertai perhimpunan yang penuh sejarah itu. Padang usang itu penuh dengan keghairahan rakyat untuk memperjuangkan hak mereka. Tepukan dan laungan reformasi bersatu dengan teriakan Allahuakbar dari para penyokong PAS, PKR dan DAP. Pelbagai barangan kempen dijual oleh penyokong PAS, PKR dan DAP di perhimpunan ini. DAP membawa treler dan lori kempennya manakala PKR membawa bas dua tingkat jelajah rakyatnya. Selain Ustaz Hadi, turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Penyanyi Ito yang berasal dari Negeri Sembilan telah diberikan penghormatan untuk melancarkan lagu Pakatan Rakyat bertajuk 'Ubah Sekarang' di perhimpunan ini. Ustaz Hadi dalam ucapannya menyatakan sekali lagi komitmen Pakatan untuk mematuhi perlembagaan negara tetapi membawa mesej yang berbeza sama sekali dari BN. "Kita memegang perlembagaan yang sama tetapi penghayatan yang lain dari BN," kata Ustaz Hadi. Dalam ucapannya juga, Ustaz Hadi berkata, memang PAS bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat "tetapi kita mentafsirkan Islam secara yang sebenar." "Kerajaan tidak boleh berlagak sebagai Tuhan, pemimpin bukan juga bukannya manusia suci," tegas beliau ketika mentafsirkan sistem pemerintahan yang dikehendaki Pakatan. Beliau juga memberitahu, PAS tidak pernah memaksakan Islam kepada orang lain kerana "tiada paksaan dalam agama." Oleh itu, katanya, tidak berbangkit PAS menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana pihak termasuk DAP apabila PAS tidak memaksakan Islam kepadanya kerana ia sememangnya hak yang dberikan oleh Islam. Beliau juga menegaskan, PAS akan sentiasa komited untuk mempertahankan hak bumiputra kerana mereka sememangnya tertinggal dari segala segi selepas disusun sedemikian rupa oleh penjajah. "Namun dalam masa yang sama kita juga perlu memberikan hak istimewa kepada kaum Cina dan India yang miskin kerana mereka juga mesti dibela. "PAS akan memperjuangkan hal ini dan ini adalah tanggungjawab kita," tegasnya dengan disambut teriakan takbir dan tepukan gemuruh dari para hadirin yang pelbagai kaum, agama dan jantina itu. |
BN tak mahu berubah, rakyat wajib tukar Posted: 03 Nov 2012 06:30 PM PDT SEREMBAN: Rakyat wajib menukar kerajaan yang ada pada hari ini memandangkan Umno BN tidak bersedia membuat perubahan. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat merupakan hakim yang menghukum kerajaan apabila pemimpin tidak menjalankan amanah dengan baik. "BN tak bersedia buat perubahan jadi kita wajib mengubah kerajaan hari ini. "Rakyat boleh mengadili pemimpin-pemimpin. Di Britain misalnya, bila pemimpin buat silap rakyatnya hukum dengan menukar kerajaan. "Di Malaysia tak jadi begini sebab BN sangka dia jadi kerajaan selama-lamanya," kata beliau sewaktu berucap di Perhimpunan Kebangkitan Rakyat, di Taman Seremban Jaya, dekat sini, malam ini. Ustaz Hadi berkata, pemimpin BN tidak boleh menganggap mereka boleh menjadi kerajaan yang terbaik buat selama-lamanya. "Pemimpin BN tidak boleh berlagak menjadi Tuhan, tidak boleh mengganggap kesenangan rakyat datang dari mereka. "Mereka tidak boleh menganggap mereka yang terbaik selamanya kerana rakyat yang menjadi hakim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. Justeru, beliau mengajak rakyat melakukan perubahan bersama-sama Pakatan Rakyat yang sudah membuktikan mereka memberi layanan yang sama rata kepada semua kaum. "Pakatan boleh menunjukkan perpaduan, bukan parti satu kaum sahaja. "Mari kita ubah cara baru, cara Pakatan Rakyat," katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu meminta rakyat mengekalkan momentum kebangkitan malam ini sehingga ke perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. "Melihat kepada kesabaran dan kesungguhan rakyat malam ini walaupun dalam keadaan hujan, saya yakin himpunan akhir nanti, seluruh rakyat akan berada di Kuala Lumpur Januari ini," katanya. Beliau juga mengajak rakyat turun beramai-ramai ke perhimpunan kebangkitan rakyat kali kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 16 November ini. "Jangan lupa 16 November ini kita turun ramai-ramai ke Kota Bharu untuk perhimpunan kedua," katanya. |
Himpunan PR saksikan kebangkitan rakyat N9 Posted: 03 Nov 2012 06:30 PM PDT SEREMBAN: Biarpun hujan lebat turun tidak berhenti-henti sejak jam 5 petang tadi, namun ianya tidak menghalang ribuan rakyat hadir ke pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini malam ini. Dianggarkan sehingga jam 9.30 malam, 10,000 orang dari pelbagai kaum memenuhi ruang padang dihadapan pentas dan jumlahnya semakin bertambah menjelang ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat di penghujung program malam ini. Mereka tetap hadir walaupun terpaksa berpayung, berbaju hujan dan berada dalam becak di tengah padang, semata-mata mahu mendengar amanat dari pimpinan mereka. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang dijangka akan menyampaikan amanat khas malam ini. Tirai program malam ini dimulakan dengan ucapan wakil-wakil NGO rakyat termasuk NGO 'R' yang memperjuangkan tuntutan royalti, NGO Anti-Lynas, NGO Anak yang memperjuangkan nasib peneroka, NGO Bersih yang memperjuangkan tuntutan pilihan raya bersih dan adil serta wakil NGO Kase yang membantah saman ekor termasuk penggunaan AES. Sesuai dengan nama Himpunan Kebangkitan Rakyat, warna tema pada himpunan kali ini juga mewakili warna tema NGO-NGO tersebut. Empat warna tema malam ini adalah warna kuning sebagai menyokong perjuangan Bersih, Oren untuk Anak, merah untuk Royalti dan hijau untuk Anti-Lynas. Turut berucap diawal program malam ini termasuk Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Ghani, Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lok Seiw Fok, serta Pengerusi PKR Negeri Datuk Kamarul Bahrin Abas. Ketika ini antara pemimpin Pakatan Rakyat yang duduk di pentas utama termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali serta Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof. Selain itu, turut kelihatan pemimpin ketiga-tiga parti Negeri Sembilan, pemimpin pakatan rakyat di segenap peringkat serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Ucapan oleh pemimpin utama dijangka bermula jam 10 malam ini. Ketika ini kelihatan Bas Merdeka Rakyat yang membawa ketiga-tiga ketua pemimpin parti, Anwar, Kit Siang dan TG Abdul Hadi tiba di tapak program. |
Sepetang Bersama Pemuda Upu Pangkal Meleret. Posted: 03 Nov 2012 06:29 PM PDT |
Negeri Sembilan di ambang perubahan politik Posted: 03 Nov 2012 06:23 PM PDT SEREMBAN: Ketika para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di sebuah padang usang di Taman Seremban Jaya, Senawang, di tengah-tengah bandar Seremban dianjurkan konsert khas. Konsert yang dinamakan Majlis Perpaduan Negeri Sembilan Sehati Sejiwa itu menampilkan penyanyi M Nasir, Hatta, One Nation Emcee dan lain-lain diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Majlis yang bermula jam 8.00 malam itu dianggap cuba mengalihkan perhatian masyarakat negeri ini dari tertumpu ke Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan kira-kira 10 km dari situ. Promosi program ini bukan calang-calang. Bannernya dipasang seluruh bandar Seremban kalau tidak seluruh Negeri Sembilan pun. Ia ada di merata-rata tempat di bandar Seremban ini termasuk di pokok-pokok di dalam hutan taman rekreasi. Di Senawang, Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula sejak jam 3 petang lagi. Ia bermula dengan perarakan masuk rombongan bermotosikal Pemuda Pakatan Rakyat. Pentas utamanya dibina dari lori kontena yang dimiliki oleh DAP. Pada malamnya, bas dua tingkat Jelajah Rakyat PKR turut serta di Senawang. Dengan hujan yang turun renyai-renyai dan kadang-kadang lebat di bandar Seremban, kedua-dua program yang dianjurkan oleh kedua-dua pihak yang bertentangan ini cuba menarik perhatian rakyat negeri ini. Negeri Sembilan mendapat perhatian peminat politik apabila kerajaan BN yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008 tidak mempunyai kuasa 2/3. Dari 36 kerusi DUN yang dipertandingkan, DAP berjaya memenangi 10 dari 11 kerusi yang ditandinginya, PKR menang empat dari 12 kerusi manakala PAS menang satu dari 13 kerusi yang ditandingi. Di peringkat Parlimen pula, DAP mendapat dua kerusi Parlimen manakala PKR mendapat satu dari lapan kerusi Parlimen di negeri ini. Ini bermakna, Pakatan Rakyat hanya memerlukan empat kerusi DUN sahaja untuk menjatuhkan kerajaan BN Negeri Sembilan itu. Inilah yang merisaukan BN. Apabila Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan bersama mereka di Senawang mulai petang ini, BN dipercayai di belakang konsert nyanyian yang dinamakan Majlis Perpaduan Negeri Sembilan Sehati Sejiwa itu. Namun terbukti, yang sehati sejiwa adalah majlis anjuran Pakatan Rakyat apabila rakyat berbilang kaum bersatu hati di sebuah padang usang di Senawang itu. Pelbagai jenis permainan dan persembahan rakyat di persembahkan di majlis itu bukannya melibatkan artis Melayu sahaja sebagaimana yang berlaku di padang MPS itu tetapi juga penyanyi Cina, India dan artis-artis baru yang menyertai Pakatan menyerikan majlis ini. Di samping itu, pelbagai jenis kesenian rakyat pelbagai kaum dipersembahkan di majlis ini. "Jika 45% pengundi Melayu di Negeri Sembilan memihak kepada Pakatan kali ini, Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan di negeri ini selepas pilihan raya umum akan datang," kata Dr Rosli Yaakob, AJK PAS Pusat yang ditemui di Senawang petang tadi. Dalam PRU 2008, 35% pengundi Melayu memberikan undi kepada Pakatan Rakyat manakala 65% pengundi Cina memberikan undi kepada Pakatan. Bagi Dr Rosli, angka 45% sokongan pengundi Melayu tidak lagi mustahil dalam pilihan raya umum akan datang. Ini kerana, angin perubahan bertiup kencang di Negeri Sembilan ini. "Jika pengundi Cina boleh memberikan undi sehingga 80%, ketika itu bebanan untuk mendapatkan undi Melayu semakin kurang," kata Dr Rosli yang pernah menjadi Penolong Gabenor Bank Negara itu. Apakah PAS mampu memberikan sekurang-kurangnya empat lagi kerusi untuk menjatuhkan BN itu? Dr Rosli dengan penuh yakin, ia boleh dilakukan. Hendak atau tidak, nampaknya Kerajaan BN akan jatuh dalam pilihan raya umum akan datang. Soalnya di mana orang Melayu Negeri Sembilan ketika itu? Untuk memastikan kerajaan ini stabil nanti, pengundi Melayu perlu mengundi PAS. Jika itu yang mereka lakukan, negeri akan stabil dan semua pihak akan mengecapi nikmat perubahan ini. |
Sesiapa hina Islam, DAP bela agama Islam Posted: 03 Nov 2012 06:22 PM PDT SEREMBAN: DAP menyatakan ikrar untuk mempertahankan Islam sekiranya terdapat pihak yang cuba menghina agama itu. Ketua DAPSY, Anthony Loke berkata isu berkaitan agama akan dipertahankan oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat. Berucap di hadapan lebih 5,000 hadirin, Anthony yang juga Ketua DAPSY Negeri Sembilan, menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang politik perkauman. "BN sering menggunakan politik perkauman dalam menarik perhatian rakyat. Mereka sering mengeluarkan kenyataan jika Pakatan Rakyat memerintah negara, Melayu akan hilang kuasa. Sedangkan yang akan hilang kuasa adalah BN. "Sesiapa sahaja yang menghina Islam, DAP akan membela agama Islam. Sesiapa sahaja yang cuba menghina Islam, DAP akan pertahankan Islam," kata beliau disambut sorakan semangat daripada para hadirin. Beliau turut menyatakan sokongan terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berhubung kenyataan Menteri Besar itu yang sengaja dimanipulasikan Wanita MCA sebelum ini. Dalam pada itu, Anthony yang merupakan ahli parlimen Rasah turut menyifatkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai seorang yang paling 'celaka'. |
Pemuda diajak jatuhkan BN Negeri Sembilan Posted: 03 Nov 2012 06:22 PM PDT SEREMBAN: Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuka tirai Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat dengan mengajak generasi muda menjatuhkan Kerajaan Umno BN negeri itu. Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Kharil Anuar Wafa berkata, hanya melalui undi pada Pilihan Raya Umum (PRU ) ke-13 nanti. "62 peratus undi orang muda menjadi penentuan dalam PRU. "Kebangkitan golongan muda mencorakkan Malaysia baru. Perubahan di tangan golongan muda. "Dengan hanya sebatang pensel kita mampu membuat perubahan baru," katanya ketika berucap di acara pembukaan perhimpunan. Walaupun padang basah dan becak akibat hujan lebat, orang ramai tetap memenuhi tempat program. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Nazri Yunus pula berkata, ekonomi rakyat negeri tersebut dapat ditingkatkan jika ditadbir pemimpin yang berintegriti. "Walau ekonomi Negeri Sembilan tidak sekaya selangor dan Pulau Pinang, tapi kalau ada pemimpin yang berintegriti di Negeri Sembilan, saya yakin ekonomi rakyat mampu dimartabat. "Mesej pemuda Pakatan jelas untuk kita pastikan Negeri Sembilan ditadbir kerajaan rakyat, jatuhkan Kerajaan Umno BN," katanya disambut tepukan gemuruh orang ramai. Ketua Publisiti Pemuda DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong mengulangi gesaan sama, mahu generasi muda menolak Umno BN dalam PRU ke-13. "Tidak kira kaum, orang muda mesti membantu Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya khususnya di Negeri Sembilan. Marilah kita sama-sama membuat perubahan," katanya. Sebelum itu, konvoi bermotor Pemuda Pakatan Rakyat tiba di tempat program kira-kira jam empat petang disambut paluan kompang, tarian singa dan gendang India. Pengerusi Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat, Fareedah Samad sebagai mewakili wanita yakin golongan itu juga mampu membuat perubahan. "Signal anak muda jelas bahawa kita akan menjadi sebahagian daripada kepimpinan akan datang. "Golongan wanita akan memastikan Negeri Sembilan juga akan masuk dalam senarai negeri Pakatan Rakyat selepas pilihan raya ke-13," katanya. |
Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula meriah Posted: 03 Nov 2012 06:21 PM PDT SEREMBAN: Program Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini bermula meriah petang ini. Biarpun hujan lebat turun sejak jam 2 petang tadi, namun kehadiran orang ramai ke sini tidak putus-putus sejak tenga hari. Tirai program dibuka kira-kira jam 4 petang ini sejurus hujan mula reda dengan ketibaan hampir 200 motor berkuasa tinggi yang berkonvoi dari Stadium Paroi ke tapak program di sini. Ketibaan mereka turut disambut dengan paluan gendang dan alat musik tradisional dari tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Pada ketika ini, sudah hampir 5,000 orang memenuhi tapak program biarpun program utama dengan kehadiran pemimpin utama PAS, PKR dan DAP hanya malam ini. Keadaan padang yang becak tidak sedikitpun menyukarkan orang ramai untuk berada di tengah-tengah padang. Sementara itu pihak penganjur turut menyediakan kerusi kepada orang ramai yang hadir. Petang ini juga turut berlangsung ucapan pembukaan dari ketiga-tiga ketua pemuda PAS, PKR dan DAP negeri. Dan sekarang ini pula berlangsung konsert nyanyian artis-artis yang telah bersama Pakatan termasuk Aisyah dan Dayangku Intan. Berikut antara gambar-gambar sekitar yang sempat dirakam Harakahdaily. |
Kelantan dapat RM46 juta dari projek Lembah Sireh Posted: 03 Nov 2012 06:20 PM PDT (Sidang media selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan) KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah memperolehi pulangan sejumlah RM46 juta dari projek Pembangunan Lembah Sireh yang mula beroperasi 2007. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, berkata pulangan itu termasuk RM3 juta untuk projek kos rendah dan bantuan kepada petani di Lembah Sireh. Beliau berkata demikian pada sidang media khas selepas mesyuarat exco, di Bilik Mesyuarat MMK, di Kota Darulnaim, di sini baru-baru ini. Sidang media itu khusus untuk menjawab tomahan pihak tertentu terhadap kelewatan projek pembangunan Lembah Sireh sehingga membuat laporan SPRM. Katanya, peruntukkan itu tidak termasuk yang diperolehi oleh MPKB setiap bulan yang dianggarkan RM906,000 setahun untuk bayaran cukai pintu. "Walaupun projek ini belum lagi berjaya sepenuhnya namun imbuhan telah diperolehi kerajaan negeri bukan sahaja modal tidak pernah dikeluarkan untuk projek pembangunan ini,"ujarnya. Katanya lagi projek pembangunan Lembah Sireh dibangunkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama pihak swasta, malah kerajaan negeri tidak mengeluarkan wang walau satu sen pun untuk pembangunan itu. Bagaimanapun kerajaan negeri menyediakan tanah dalam bentuk pajakan seluas 717 ekar dari 1,000 ekar mengikut perjanjian asal bagi memperolehi beberapa pulangan dalam bentuk seperti masjid, stadium tertutup seperti perjanjian pada tahun 2003. "Apabila hanya sejumlah 717 ekar sahaja diperuntukkan, pulangan pada kerajaan negeri tidak akan diperolehi sebagaimana yang dijanjikan. "Kerana kekurangan itu, terutama disebelah Zon B, iaitu dari Istana Kota Lama ke Kampung Cina, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah 150 ekar kepada syarikat terbabit,"ujar Ahmad (gambar). Bagaimanapun, kerana projek tebatan banjir seluas 100 ekar tanah di situ pula tidak dapat dilaksanakan projek pembangunan mengikut yang dirancangkan. Ahmad seterusnya memberitahu, kelulusan projek pembangunan EIA pula diluluskan pada tahun 2006 dan seterusnya mendapat kelulusan pula dari pihak MPKB. Kerana itu, menurutnya pada tahun 2007 Pasaraya Tesco mula didirikan. "Lagipun kerajaan negeri mempunyai masa yang panjang lagi untuk menyiapkan projek itu yang bermula pada tahun 2007 hingga 2019,"ujarnya. Ahmad seterusnya memberitahu, selain kerajaan negeri tidak mengeluarkan wang, pada masa yang sama kerajaan negeri telah berjaya menyelamatkan wang sejumlah RM500 hingga RM600 juta untuk kos tebatan banjir sebenar di situ. Katanya, kebiasaannya kos untuk 2 kilometer sebanyak RM262 juta peruntukkan yang diperlukan. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, bagaimanapun beranggapan laporan Ombak ke SPRM supaya menyiasat kelewatan pembinaan itu perkara biasa dan kerajaan negeri mengalu-alukannya. Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri berharap semua urusan siasatan perlu diserahkan pada SPRM sendiri dan tidak perlu dicampuri oleh pihak luar. Pada masa yang sama beliau menyeru semua pihak menerima keputusan yang dibuat oleh SPRM tanpa sebarang kenyataan tidak puas hati sehingga menganggap badan itu berat sebalah dan sebagainya. Beliau turut mendedahkan empat perkara yang disyorkan oleh SPRM kepada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri berhubung projek itu, membuat penilaian terhadap sumbangan syarikat yang bekerjasama dengan kerajaan negeri dan penilaiannya hendaklah berdasarkan nilaian tanah semasa dan kemudahan yang disediakan. Keduanya, kata Takiyuddin lagi setiap projek usahasama perlu dikaji dengan teliti oleh pakar dan agensi kerajaan negeri dilantik untuk mengurus dan memantau dan perlaksanaan projek. "Pihak UPEN perlu mengambil tindakan segera untuk memastikan syarikat menyerahkan bon jaminan pelaksanaan sebagaimana dalam perjanjian. "Ketiganya kerajaan negeri perlu meneliti setiap terma dalam perjanjian usahasama dengan terperinci supaya kepentingan kerajaan negeri dan rakyat terjamin,"ujarnya lagi. Sambungnya, kaedah yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam setiap projek pembangunan adalah saluran biasa mengikut undang-undang. Sambungnya, mendakwa kegagalan projek itu suatu penyelewengan adalah suatu perkara yang tidak betul. Malah, katanya tiada penyelewengan dalam projek Lembah Sireh ini seperti yang dihebohkan oleh pihak tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu. Takiyuddin seterusnya memberitahu, jumlah keseluruhan projek yang dipersetujui untuk projek pembangunan 716.8 ekar, bagaimanapun syarikat hanya menebusguna tanah berkenaan sebanyak 230 ekar. "Sehingga kini hanya lima peratus sahaja projek pembangunan telah dilaksanakan dikeluasan terbabit yang diberi milik melalui pajakan,"ujarnya. |
Majlis Perasmian Ekspo Maik Di Istana Negeri Posted: 03 Nov 2012 06:20 PM PDT |
Mazlan, konvoi Kembara Oren dihalang di Sg. Siput Posted: 03 Nov 2012 06:11 PM PDT KUALA LUMPUR: Konvoi 20 kenderaan Kembara Oren Selamatkan Felda ke Felda Lasah di Sungai Siput, Perak berdepan halangan apabila dikepung lebih 100 orang yang meyekat perjalanan mereka. Insiden itu berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, sejurus pasukan konvoi yang turut disertai Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman tiba di pintu masuk gugusan felda berkenaan. "Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai. "Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya kepada Harakahdaily. Mazlan berkata, beliau turut disentap keluar dari kereta oleh beberapa pemuda dan menolaknya. Tidak cukup dengan itu, kumpulan itu juga katanya turut mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya. Keadaan itu kemudian menjadi makin tengang dan sekurang-kurangnya 10 anggota polis turut berada di tempat kejadian. "Kami datang secara aman dan bukan nak buat kacau, tetapi kami dihalang," tambahnya. Bagaimanapun menurut Mazlan, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku walaupun suasana agak tegang. Tidak mahu perkara lebih buruk berlaku, Mazlan berkata pihaknya terpaksa membuat keputusan berundur dari tempat itu atas nasihat pihak polis. Mereka kemudian keluar dari tempat tersebut kira-kira jam 11 pagi. "Saya yakin sebahagian besar mereka ini adalah orang luar dan diupah pihak tertentu untuk menghalang kami," kata Mazlan lagi. Kembara Oren Selamatkan Felda adalah anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak yang di pengerusikan Razman Zakaria dengan kerjasama NGO Anak. Kembara tersebut akan menjelajah ke kawasan Felda di seluruh negeri bagi memberi penerangan kepada masyarakat khususnya peneroka tentang isu terkini berkenaan Felda. Selain bertemu warga felda, kembara ini juga turut membawa risalah penerangan berhubung isu-isu berkaitan felda untuk disebarkan kepada warga peneroka. Mengulas lanjut Mazlan berkata, pasukan kembara itu kini meneruskan kembara ke destinasi seterusnya iaitu ke Felda Ijok, Larut sebelum ke beberapa Felda di Lenggong termasuklah Felda Lawin Selatan, Felda Lawin Utara dan Felda Papulut. "Kami tak tahu apa lagi di hadapan kami. Ada kedengaran kami juga akan di halang lagi selepas ini. "Saya tetap yakin ini adalah provokasi pihak luar yang dirancang," katanya. |
PAS adakan konvensyen di tengah gelora politik Johor Posted: 03 Nov 2012 06:10 PM PDT BATU PAHAT: Di tengah-tengah gelora politik yang sedang melanda Johor, PAS negeri itu mengadakan konvensyennya esok, 4 November. Ia diadakan sehari selepas semua pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Negeri Sembilan. Dengan tema 'Pecutan Terakhir ke Nusajaya' Konvensyen ini akan diadakan di Markaz PAS Johor, Kampung Parit Bisu, Batu Pahat. Ia akan dirasmikan oleh Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Hari ini, Mohamad Sabu adalah pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Negeri Sembilan. Konvensyen ini dijangka akan merangka pelan terakhir menjelang pilihan raya umum yang akan diadakan bila-bila masa. Johor bersama Sabah dan Sarawak adalah tiga buah negeri yang tertinggal dalam tsunami politik yang melanda negara dalam pilihan raya umum 2008 lalu. Akibatnya, tidak ada perubahan politik di ketiga-tiga negeri ini ketika hampir kesemua negeri lain sudah berubah sehingga menyebabkan BN kehilangan kuasa dua pertiga undinya dalam Dewan Rakyat. Kali ini, penganalisa politik menyatakan, tsunami kecil akan melanda ketiga-tiga negeri ini. Jika ia benar-benar berlaku, keputusan pilihan raya umum akan datang akan jauh berbeza. "Saya ramalkan BN akan jatuh dalam pilihan raya akan datang ini," kata Datuk Yahya Lampong, pemimpin politik Sabah yang kini aktif semula (selepas lama bersara) kerana sangat teruja dengan perkembangan politik yang ada. Dengan bertanding 28 - 30 dari 56 kerusi DUN Johor, penerimaan terhadap PAS bakal menentukan tsunami akan benar-benar berlaku di Johor atau tidak kali ini. |
Umno, NGO perlu baiki rumah sendiri dahulu Posted: 03 Nov 2012 06:10 PM PDT KOTA BHARU: Umno dan NGO pro parti itu diminta memperbaiki kedudukan rumah tangga sendiri terlebih dahulu sebelum mencari kesilapan pihak lain, kerana kesannya begitu buruk apabila terkena diri sendiri. Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata tindakan Pemuda Umno Kelantan dan NGOnya yang mengkritik kelewatan pembangunan Lembah Sireh juga dilihat sebagai menutup kelemahan diri sendiri. "Antaranya kelewatan pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra kedua, ketirisan projek, terbengkalai dan berbagai lagi kelemahan yang dilakukan oleh pemimpin mereka. "Kerana nak menutup kelemahan diri, mereka menyerang kerajaan negeri terutama masaalah air, pembangunan Lembah Sireh dan berbagai lagi walaupun ianya bukan suatu isu dan tidak berlaku masaalah,"ujarnya. Zailah berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas tindakan Pemuda Umno Kelantan dan NGO Ombak projek pembangunan Lembah Sireh lambat siap dan SPRM perlu melakukan siasatan. Beliau turut menempelak tindakan Umno itu seumpama 'mengangkat dulang paku serpih, mengata negeri orang negeri dia yang lebih cacamerbanya. Sambungnya, parti itu perlu menyemak di setiap negeri lain sebelum mengkritik Kelantan dalam semua hal sama ada masalah air, projek pembangunan yang banyak tertangguh sehingga terpaksa disuntik berulang kali untuk mendapatkan dana baru. "Sebelum menekan Kelantan dalam masaalah air, cuba kaji dulu di negeri Pahang, Sabah dan Sarawak, bagaimana keadaan air di negeri yang diperintah Umno dan BN,"ujarnya. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sebelum ini ketika mengulas perkara itu memberitahu pemimpin parti itu telah bertukar antara orang gemuk dan sembab, malah berdiam diri soal kelewatan pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra kedua. |
PRU13: Presiden PAS sedia bertanding di Pekan Posted: 03 Nov 2012 06:09 PM PDT MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang. "Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada kekal bertanding dua kawasan, Dun dan Parlimen selepas Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum (PRU13) Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila, hari ini. (Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi menerima sumbangan untuk dana pilihan raya Muslimat PAS Terengganu.) Menurutnya, jawapan muktamad terserah kepada parti yang akan menentukan kawasan yang bakal ditandingi kelak. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyatakan kesediaan jentera PAS pada bila-bila masa diadakan pilihan raya kerana persiapan telah dibuat sejak setahun lalu. "Saya sudah melawat keseluruhan kawasan pilihan raya sejak setahun lalu. Saya buat jadual melawat dan keseluruhannya kerja telah dibuat sejak setahun untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa. "Bahkan, kebanyakan Dewan Undangan Negeri (Dun) telah membuat culaannya yang terperinci. Ini termasuklah, persediaan jentera pilihan raya secara menyeluruh. Cuma kita menunggu tarikh pilihan raya pada bila-bila masa sahaja," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan