Sabtu, 24 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 23 Nov 2012 11:16 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Aki saya juga adalah Ahli UMNO

Posted: 23 Nov 2012 05:28 PM PST

Semangat arwah aki saya mahukan kemerdekaan bukan semangat yang dibuat-buat.  Tidak ada oporcunisma didalam perjuangannya menuntut kemerdekaan.  Anak-anaknya serta menantu-menantunya dan cucu-cucunya berjuang didalam API dan PKMM.  Sesetengahnya berada didalam tahanan Inggeris dan sesetengahnya masih berjuang secara gewrila didalam hutan, dan ada anaknya dan anak saudaranya yang sudah ditembak mati.

Aki saya berpelajaran Inggeris.  Pernah bekerja dengan pentadbiran Inggeris sehinggalah beliau melarikan diri dan mengaji berpondok di Negeri Kelantan hingga lebih 10 tahun lamanya.

Dia kembali ke Pahang, dan aktif didalam UMNO.  Dia tidak mahu menjadi pemimpin walaupun pada waktu itu dia sangat layak.  Dia berpendidikan Inggeris dan dia juga berpendidikan agama, dan dia adalah seorang guru tajwid, dan anak muridnya berada di sekitar Daerah Temerloh, mengaji tajwid dengannya.  Dia fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Dia pilih menjadi Guru Agama di Sekolah Melayu pada waktu itu dan dia berpencen sebagai seorang Guru Agama.

Walaupun dia aktif didalam UMNO, tetapi dia memberikan sokongan kepada anak-anak dan menantunya yang berjuang didalam API dan PKMM.  Dia juga pernah ditangkap oleh Inggeris kerana kononnya memberi bantuan makanan kepada "pengganas" komunis, walhal dia memberikan makanan kepada anak-anaknya dan menantu-menantunya yang bergerak secara gerila menentang Inggeris.

Semasa Tunku Abdul Rahman kembali dari London setelah "berjaya" berunding untuk kemerdekaan Malaya, aki saya dengan menaiki keretapi dari Mentakab ke Gemas dan dari Gemas ke Melaka, menyambut Tunku Abdul Rahman.

Aki saya cukup gembira dengan perisytiharan yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman bahawa Inggeris bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Malaya.  "Merdeka" bagi aki saya adalah segala-galanya.  Tidak ada perkara yang lebih istimewa dari dapat Negara ini memerintah sendiri mengendalikan halehwal kenegaraan.

Beliau tidak kisah dengan politik berparti.  Walaupun beliau ahli UMNO dan tidak pernah "miss" menghadiri Mesyuarat-Mesyuarat yang dianjurkan oleh UMNO Pahang Selatan di Temerloh pada waktu itu, tetapi dia tidak pernah menghalang anak-anak dan menantu-menantunya daripada aktif didalam Parti Rakyat Malaya.  Anak-anaknya serta menantu-menantunya (termasuklah ayah saya, bapa saudara saya, emak saudara saya) berjuang didalam Parti Rakyat Malaya.

Kami adalah dari keluarga gerila, kami adalah dari keluarga API dan PKMM dan kami adalah dari keluarga Parti Rakyat Malaya.  Lubok Kawah ada suatu nama sinonim dengan perjuangan menuntut kemerdekaan, dan saya dilahirkan didalam keluarga rebolusi dan keluarga orang kiri dari Kg Lubok Kawah.

Aki saya adalah orang UMNO tetapi bukan seorang oporcunis seperti pimpinan UMNO hari ini!!!

Kedahkini: Panas ! Setiausaha Agung BN Sarawak Akui PR Akan R...

Posted: 23 Nov 2012 03:37 AM PST

Kedahkini: Panas ! Setiausaha Agung BN Sarawak Akui PR Akan R...: Setiausaha Agung BN negeri, Stephen Rundi yang membayangkan BN mampu mengekalkan dua pertiga kerusi di negeri itu membuktikan bahawa Pak...

Diayah daripada BTN

Posted: 23 Nov 2012 12:58 AM PST

Sebagai bekas pemimpin Gerakan Belia 4B Malaysia, sahabat saya Sdr Mazlan, telah dipanggil ke taklimat oleh BTN di Negeri Sembilan.  Hadir sama dalam taklimat itu adalah semua bekas pimpinaan 4B dan MAYC Negeri Sembilan.

Taklimat itu hanyalah untuk memundurkan fikiran bekas-bekas pemimpin belia kopnonnya kalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia maka Negara ini akan diperintah oleh orang Cina melalui DAP.  Kononnya Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Melayu seperti Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan hanya dilantik sebagai Menteri biasa sahaja.

Kuasa politik kononnya akan terletak di tangan pimpinan kaum Cina.  Mengalir dari situ berbagai lagi andaian yang dibuat oleh penceramah-penceramah BTN itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya menolak Pakatan Rakyat.

Dengan keyakinan bahawa mereka telah berjaya mempengaruhi bekas-bekas pemimpin belia itu bahawa Pakatan Rakyat perlu ditolak untuk mengekalkan kuasa politik orang Melayu, BTN menjemput para peserta mengemukakan soalan-soalan.

Maka Mazlan dengan cara selamba mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang bercakap dan mengemukakan soalan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada BTN yang bersusah payah menyedarkan bekas pimpinan belia akan bahayanya kepada Orang Melayu jika Pakatan Rakyat memang didalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dengan kesedaran itu, Sdr Mazlan meminta jawapan dari BTN mengenai kedudukan wakil-wakil rakyat kaum Cina selepas tsunami politik tahun 2008 bilamana wakil-wakil rakyat Melayu bertambah dengan banyaknya; beliau juga meminta BTN menjawab jumlah kerusi yang boleh dimenangi oleh DAP berbanding dengan PAS, PKR dan UMNO.  

Mazlan menyatakan bahawa kawasan yang mempunyai jumlah pengundi Cina berbanding dengan kawasan-kawasan lain tidak melebihi 30 kawasan sahaja, dan bagaimanakah DAP yang mungkin akan hanya berjaya memperolehi 30 orang Ahli Parlimen berbanding dengan 222 ahli Parlimen lain boleh menegakkan kuasa politik orang Cina!!

Pegawai-pegawai BTN itu bukan sahaja tidak menjawab soaloan itu bahkan mereka meninggalkan tempat taklimat tanpa menyentuh makanan yang disediakan.

Rupa-rupanya inilah kerja jahat BTN, menaburkan pembohongan dan menaburkan semangat perkauman yang tebal.  Alangkah ruginya wang Negara ini membiayai BTN yang menjalankan tugas-tugas anti-nasional, mereka itulah golongan yang menggugat keselamatan dalam Negeri, dan sewajarnya golongan itulah yang patut dicampakkan kedalam tahan ISA!!!

Anwar Ibrahim

Posted: 23 Nov 2012 07:45 PM PST

Anwar Ibrahim


PAA 2012 Langgar Hak Rakyat Berhimpun Secara Aman

Posted: 23 Nov 2012 01:06 PM PST

KeadilanDaily

KUALA LUMPUR 23 November: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal peranan Perlembagaan Persekutuan dalam undang-undang Malaysia kerana seolah-olah menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

"Yang kita bangkitkan ialah isu pokok, iaitu undang-undang tentang Akta Perhimpunan Aman (PAA 2012) kerana ia melanggar hak rakyat," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur.

Mahkamah hari ini mendengar hujahan peguam Anwar, Karpal Singh berhubung isu sama ada Seksyen 4(1)(c) dan 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak.

"Dalam masyarakat yang ditadbir oleh undang-undang, mahkamah harus waspada dalam mempertahankan hak asasi dan teliti dalam memeriksa mana-mana larangan," hujah Karpal.
Lanjutan itu, Hakim Kamardin Hashim menetapkan Jumaat depan untuk mendengar hujahan balas pendakwaraya.

Anwar pada 16 Oktober lalu memfailkan permohonan bagi merujuk persoalan perundangan berhubung satu daripada tiga pertuduhan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 terhadapnya.

Pada 22 Mei lalu, Anwar dan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali serta Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin didakwa di Mahkamah Sesyen kerana dituduh menyertai protes jalanan yang kononnya menimbulkan kekecohan di ibu negara.

Mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan kononnya bagi maksud membantah perintah Majistret Zaki Ashraf Zubir yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya orang awam tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April hingga 1 Mei 2012.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sepanjang Jalan Tun Perak di sini antara 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April lepas mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga pimpinan itu merupakan kumpulan individu pertama didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman yang berkuat kuasa tahun ini.

Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu berjaya menarik kehadiran ratusan ribu rakyat pelbagai kaum yang berhimpun serentak di bandar utama di Malaysia dan luar negara.
Ia bertujuan mendesak kerajaan membersihkan sistem pilihan raya dan isu daftar pemilih yang diseleweng Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak sekian lama.

Nurul Izzah Saman Utusan, Sedia Menghadap Sultan

Posted: 23 Nov 2012 01:12 AM PST

Harakah

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman terhadap Utusan ekoran laporan yang mengatakan beliau 'menyokong' kebebasan beragama kepada masyarakat Melayu di negara ini.

Ianya berhubung empat artikel pada 5, 6 dan 7 November 2012 diterbitkan akhbar Umno itu yang didakwa telah memfitnah beliau.

Saman itu menamakan tiga pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, penerbit Utusan Publising dan pencetak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai responden.

Beliau memohon gantirugi am, teladan, teruk dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, selain menuntut perintah injunksi terhadap Utusan Malaysia untuk tidak menerbitkan berita yang boleh menjejaskan reputasinya.

Beliau diwakili peguam Hanifa Maidin dan Sulaiman Abdullah.

Utusan pada muka depannya 5 November lalu, memanipulasi kenyataan Izzah dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' di Geraja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya.

Laporan tersebut bertajuk "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu – Nurul Izzah".

Lanjutan itu, Izzah pada 9 November membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Utusan, dengan dakwaan bahawa akhbar milik Umno itu memutarbelit kenyataannya.

Sementara itu beliau yang juga Naib Presiden PKR turut menyatakan kesediaannya untuk menghadap Sultan Selangor bagi memberikan penjelasan berhubung fitnah Utusan itu.

"Saya sudah menyerahkan surat penjelasan kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan beberapa NGO Islam untuk mendapatkan pandangan dan bersedia menghadap Tuanku untuk memberi penjelasan," kata yang dipetik KeadilanDaily.

Wee Choo Keong

Posted: 23 Nov 2012 03:25 PM PST

Wee Choo Keong


AirAsia did not meet regulatory standard?

Posted: 22 Nov 2012 07:11 PM PST

AirAsia granted 6 months to operate flights Posted on 23 November 2012 – 05:36am Presenna Nambiar sunbiz@thesundaily.com PETALING JAYA (Nov 23, 2012): AirAsia Bhd has been granted with an air operator’s certificate (AOC) by the Department of Civil Aviation (DCA) to fly for another five months — instead of a two-year period — for not meeting [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 23 Nov 2012 11:42 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT REMBAU

Posted: 22 Nov 2012 06:41 PM PST



AHAD 25 NOV 2012 - 9 MALAM
Di Bilik Gerakan UPU Pilin, Durian Daun (DUN Chembong)
Bersama :
YB Dr. Zulkifli Ahmad , Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor
Hj. Mustaffa Kamil Ayub, AJK PKR Pusat
YB Cha Kee Chin, ADUN DAP Bukit Kepayang, Seremban
Dr. Rosli Yaakop, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 23 Nov 2012 11:02 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Program Semasa

Posted: 22 Nov 2012 11:01 PM PST

Fitnah isu kebebasan beragama: Nurul Izzah saman Utusan

Posted: 22 Nov 2012 09:59 PM PST


KUALA LUMPUR 23 November: Nurul Izzah Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Malaysia kerana memfitnah dan memutar belit kenyataannya berhubung isu kebebasan beragama pada sebuah forum awal bulan ini.
Naib Presiden KEADILAN itu hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersama peguamnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin.

Selaku plaintif, beliau menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, masing-masing defendan pertama dan kedua.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menuntut akhbar kawalan Umno itu memohon maaf, mendapat perintah menghalang defendan menerbitkan kenyataan berunsur fitnah, gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi teruk serta kos mahkamah.
Hadir sama, Pengarah Jawatankuasa Disiplin KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong.
5 November lalu, Utusan pada muka depannya memanipulasi kenyataan Izzah dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' di Geraja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya.
Laporan tersebut bertajuk "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu – Nurul Izzah".
Menjelaskan kedudukan sebenar, Izzah dalam kenyataan berkata, sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepadanya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.
"Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," katanya.

K’jaan dan polis diperguna untuk kepentingan Lynas – Fuziah

Posted: 22 Nov 2012 07:56 PM PST


KUALA LUMPUR 22 November: KEADILAN menyelar iringan dan kawalan polis terhadap lebih 100 kontena disyaki mengandungi bijih nadir bumi untuk loji radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan.
"Apakah wang pembayar cukai Malaysia diguna untuk mengawal syarikat (Lynas) yang mendapat pengecualian cukai?
"Ini tak patut berlaku. Kerajaan Malaysia dan polis yang sebenarnya dipergunakan," tegas Naib Presidennya, Fuziah Salleh ketika dihubungi.
Jelas Ahli Parlimen Kuantan itu, usahanya menghubungi Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Jasmani Yusoff sehingga kini masih gagal.
Fuziah berkata, kerajaan seolah-olah bersekongkol dengan Lynas, ketika tiga penduduk Kuantan menunggu tarikh sebutan rayuan berikutan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) 8 November lalu.
"Dalam konteks undang-undang, TOL telah dilulus. Tetapi pada 10 November, penduduk membuat rayuan dan menunggu tarikh sebutan kes.
"Manakala rayuan SLC (Gabungan Bantah Lynas) di Mahkamah Persekutuan hanya akan didengar pada Januari tahun depan.
"Inikah yang dikatakan mendengar suara rakyat? Nampaknya kerajaan lebih utamakan keuntungan dan ketepikan kesihatan dan keselamatan rakyat," katanya.
Dilaporkan lebih 100 kontena disyaki mengandungi bijih nadir bumi tiba di Pelabuhan Kuantan tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis.
Pemindahan kontena ke loji tersebut, sejauh kira-kira tujuh kilometer (km) dari pelabuhan ke kawasan industri Gebeng bermula antara jam 1 pagi hingga 2 pagi diiringi polis dan proses itu masih berterusan pada 8 pagi tadi.
Peserta-Langkah-Bestari-berjalan-ke-Temerloh
Kontena disyaki itu tiba ketika gabungan anti-Lynas Himpunan Hijau mengadakan perarakan sejauh 300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur.
Manakala satu lagi kumpulan, Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) berada di Sydney, Australia untuk menentang loji tersebut ketika Lynas Corporation mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

PKR confident of winning more in Penang

Posted: 22 Nov 2012 07:54 PM PST

dipetik dari FMT


Penang PKR has brushed aside suggestion by critics that it 'could be a casualty' in the next election.
GEORGE TOWN: Penang PKR is confident of adding to its current nine seat tally in the State Legislative Assembly in the next general election.

State party information head Johari Kassim said their election machinery was well-oiled and all ready to rumble with Barisan Nasional in the next election.
"We have equal fighting chances in all seats that PKR will contest in the next polls," he told FMT.
He suggested the absence of former prime minister Abdullah Ahmad Badawi in Umno-BN candidature and election campaign this time would help PKR and Pakatan Rakyat's chances to win some Umno-held seats in Kepala Batas and Tasek Gelugor federal constituencies.
He said internal infighting among Umno local warlords in both areas could also prove to be the tonic to boost PKR chances.
With an effective strategy, credible candidate and a little luck with a vote-swing, he predicted PKR would have a fighting chance to capture state seats of Bertam and Pinang Tunggal under Kepala Batas, and Teluk Air Tawar in Tasek Gelugor.
The three seats were among seven in the state that PKR lost to Umno in Penang in 2008 general election.
The other state seats it lost were Seberang Jaya (Permatang Pauh federal constituency), Sungai Acheh (Nibong Tebal), Teluk Bahang and Pulau Betong (Balik Pulau).
Johari also believed PKR could capture these seats too.
In the last election, PKR contested four federal and 16 state seats. It won all its parliamentary duels in Permatang Pauh and Nibong Tebal in mainland, and Balik Pulau and Bayan Baru in the island.
'PKR is not a weak link'
It won state seats of Penanti (Permatang Pauh), Machang Bubok (Bukit Mertajam), Sungai Bakap (Nibong Tebal), Bukit Tengah and Bukit Tambun (Batu Kawan); all in mainland and, Batu Uban, Batu Maung and Pantai Jerejak (Bayan Baru) and Kebun Bunga (Bukit Bendera).

In recent months, PAS, which contested two federal and five state seats in the last election, had been loudly staking a claim to contest in Sungai Acheh.
It's also learnt that the DAP would want to contest in Bayan Baru.
However, although he declined to comment on it, Johari said Pakatan would likely retain the status quo on the coalition seat formula.
He brushed aside suggestion by critics, especially within Pakatan, that PKR was a weak link and could be a casualty in the state in the next polls.
He said the state PKR had mobilised 10 volunteers as party election workers and set up the election machinery for the past year.
He said the machinery has been receiving ground feedbacks and regularly submitting reports for the perusal of the state and national leaders.
"We have been regularly updating information and feedbacks to help improve and refine our election operations.
"We will prove that PKR is not a weak link. We are confident of winning more," Johari said.

Adun BN hasut penduduk, dakwa peneroka Gatco

Posted: 22 Nov 2012 07:52 PM PST

dipetik dari FMT


Datuk Zainal Abidin Ahmad didakwa menghasut penduduk Kampung Serampang Indah, Jelebu untuk menimbulkan suasana tegang di kalangan penduduk.
SEREMBAN: Seramai 16 peneroka Kampung Serampang Indah (Gatco) dari Jelebu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seremban lewat petang semalam dan mendakwa bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN-Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad menghasut penduduk kampung tersebut bagi menimbulkan suasana tegang di kalangan penduduk kampung Gatco itu sendiri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah (Gatco), K Krishnan; dalam satu majlis di Balai Raya Kampung Serampang Indah pada 10 November lalu, Zainal Abidin dalam ucapan beliau dikatakan menghasut orang kampung untuk mewujudkan suasana tegang di kalangan penduduk kampung.
"Beliau menyeru kepada sekumpulan orang kampung untuk membuat laporan polis terhadap kami sekiranya kami menghalang pihak luar yang memasuki ladang yang kami usahakan selama ini.
"Kehadiran Datuk Zainal Abidin dalam majlis itu juga seolah-olah untuk meminta sokongan penduduk kampung untuk mempercepatkan usaha-usaha penebangan pokok getah di ladang kami.
"Sedangkan kami telah membuat laporan polis di Balai Polis Air Hitam dan meminta pihak polis mengawal keadaan dan kami tidak akan membenarkan mana-mana pihak memasuki ladang kami ini untuk sebarang aktiviti sebelum masalah peneroka diselesaikan terlebih dahulu", kata Krishnan.
Krishnan kata peneroka Gatco telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 8 Ogos lepas dan mengutarakan masalah ini kepada beliau. Walaubagaimanapun Krishnan berkata mereka masih menunggu maklum balas dari Menteri Besar.
"Selagi Menteri Besar tidak memberikan jawapan beliau, kami tidak akan membenarkan mana-mana pihak memasuki dan melakukan sebarang kerja penebangan pokok getah di ladang kami.
"Tetapi dalam majlis tersebut Datuk Zainal Abidin mengeluarkan kenyataan yang berbentuk mengancam dan menakutkan kami dengan mengatakan bahawa beliau akan menyuruh Syarikat Thamarai Holdings untuk memasukkan 'caveat' terhadap tapak rumah kami dan kami tidak akan diberi seinci tanah pun.
Tindakan bercanggah
"Tindakan dan kelakuan beliau amatlah bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Menteri Besar ketika beliau hadir di Kampung Gatco 
dalam lawatan kerja pada 13 Julai tahun ini.

"Oleh itu kami mahu pihak polis siasat Datuk Zainal Abdidin dan pada masa yang sama pihak polis juga perlu mengawal keadaan di kampung kami dan menahan pihak-pihak tertentu yang sedang berusaha untuk mengeluarkan kayu getah dari ladang kami', ujar Krishnan lagi.
Sementara itu Peguam Penasihat Peneroka Kampung Gatco, S Kartigesan pula berkata Zainal Abidin tidak sepatutnya mengugut dan menghasut penduduk kampung tersebut.
"Sepatutnya Kerajaan Negeri selesaikan kemelut hak pemilikan tanah ladang peneroka yang berlanjutan sejak sekian lama.
"Walaupun Menteri Besar mengumumkan setiap peneroka Kampung Gatco yang tetap akan menerima empat ekar tanah setiap seorang tetapi sehingga ke hari ini tiada dokumen atau perjanjian hitam putih tentang tawaran tersebut.
"Saya mendesak Menteri Besar selesaikan isu pembahagian tanah peneroka ini dengan segera', kata Kartigesan.
Turut hadir menemani peneroka Gatco membuat laporan polis ialah Naib Pengerusi PKR Negeri Sembilan, V Aridass; Timbalan Yang DiPertua PAS Jelebu, Nor Anif Selamat dan Kordinator Hindraf Negeri Sembilan, S Sivakumar.

Senawang folk choking in sawdust

Posted: 22 Nov 2012 07:50 PM PST

dipetik dari FMT


Factory owners want DOE to find a permanent solution.
SENAWANG: Factory and workshop owners and their workers in the Senawang Light Industrial Area have been breathing in sawdust for the past six months and they have finally decided that enough is enough.

Senawang state assemblymen P Gunasekaran of DAP has taken up their cause and called on the Negeri Sembilan Department of Environment (DOE) to end the problem permanently.
He told reporters today that he complained to DOE three weeks ago, and the department immediately sent inspectors to the area. The air cleared immediately, but only for a couple of days.
"They came the same day that I called them," he said. "The problem stopped, but started again after two or three days."
Several factory owners who were at today's conference blamed a sawmill operating in the area.
They complained about their workers getting sick and themselves suffering respiratory problems and eye irritation.

Workshop owner Liew Kok Yong said the problem would get worse on windy days.
Gunasekaran also spoke about a damaged bridge in the area and urged the Seremban Municipal Council to repair it.
A steel bar on one side of the bridge is broken. This happened about four months ago, according to Gunasekaran.
"I've sent letters, emails and photos to the council," he said. "But no action has been taken."

Perwakilan Umno diarah ‘tutup mulut’

Posted: 22 Nov 2012 07:47 PM PST

dipetik dari FMT


Kandungan ucapan perwakilan Umno nanti perlu fokus kepada usaha dan persiapan untuk memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.
KUALA LUMPUR: Perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 yang akan mula bersidang pada 27 November depan diarah 'tutup mulut' daripada membincangkan mengenai 'perkara-perkara sensitif' yang bakal menggugat parti dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya kandungan ucapan perwakilan Umno nanti perlulah fokus kepada usaha dan persiapan untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.
"Saya fikir perwakilan telah ditentukan (Umno) Perhubungan Negeri dan Timbalan Perdana Menteri akan bertemu dengan semua perwakilan untuk beri garis panduan agar tidak menyentuh perkara-perkara sensitif bagi pihak di dalam atau luar parti.
"(Ini) bukan masa untuk lontarkan pandangan yang berbeza," kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata, PAU yang akan berlangsung selama lima hari sehingga 1 Disember depan itu bakal menjadi satu perhimpunan yang luar biasa kerana Umno dan BN bakal berhadapan dengan PRU13 yang turut disifatkannya sebagai luar biasa.
Perkara luar biasa itu menurut Zahid merujuk kepada usaha untuk memenangi hati 40 peratus pengundi atas pagar yang bakal menjadi penentu kalah menang sesebuah parti.
Menteri Pertahanan itu berkata, tumpuan juga perlu diberikan kepada usaha untuk merampas kembali kerusi serta negeri yang ditawan Pakatan Rakyat.

"PRU13 adalah luar biasa dan mesti ditangani secara luar biasa…masalah dalaman jika ditimbulkan mesti ditiadakan. Masalah parti komponen juga mesti ditiadakan," katanya.
Oleh itu katanya Umno sebagai jentera utama BN perlu menjadi tulang belakang membantu mencapai kemenangan majoriti dalam PRU nanti.
Zahid sebelum itu menerima kunjungan daripada Penasihat Keselamatan kepada Perdana Menteri UK, Nigel Kim Darroch.

Bijih nadir bumi tiba di Kuantan, dikawal ketat polis

Posted: 22 Nov 2012 07:44 PM PST


Lebih 100 kontena yang mengandungi bijih nadir bumi telah tiba di Pelabuhan Kuantan hampir tengah malam semalam (22 November) di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Pengerusi Gabungan Stop Lynas, Andansura Rabu, yang berada di pelabuhan, memberitahu Malaysiakini bahawa sebilangan besar anggota polis dan kakitangan Lynas berada di dok malam tadi.

azlanMenurutnya, kira-kira 102 kontainer tiba di Pelabuhan Kuantan pada kira-kira jam 11 malam, yang beliau syaki mengandungi bahan mentah untuk loji nadir bumi Lynas di Gebeng.
Sementara itu, Lynas telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas hari ini mengesahkan berita tersebut.

"Lynas Corporation ingin mengumumkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan," umum Lynas dalam lamanweb rasminya hari ini.
Pada Isnin, Lynas mengumumkan pemprosesan bahan mentah akan 
bermula bulan depan selepas memenangi kes mahkamah terhadap aktivis yang menentang kehadiran loji, yang bimbang bahaya sisa radioaktif.
Menurut Andansura, pengangkutan kontainer tersebut ke loji tersebut, sejauh kira-kira 7km jauhnya bermula antara jam 1 pagi hingga 2 pagi.
Katanya, ia dipindahkan oleh trak kontena yang diiringi oleh pihak pollis dan proses itu masih berterusan pada 8 pagi.

Tiada gambar dibenarkan

Walaupun dokumen pelabuhan tidak menyatakan bahan yang disimpan di dalam kontena tersebut, Andansura berkata kehadiran ramai polis mendorongnya untuk mempercayai bahawa ia adalah bijih nadir bumi dari Australia.
Beliau juga mendakwa bahawa polis telah menutup jalan utama dari pelabuhan ke loji tersebut, dan menggunakan tiga kereta polis untuk mengiringi trak kontena itu. Terdapat dua lagi kenderaan polis yang diletakkan di pelabuhan.

Polis menghalang Andansura dan beberapa aktivis anti-Lynas yang lain daripada mengambil gambar dan mereka berulangkali dilarang dari menghampiri kawasan itu.

Dalam satu kenyataan rasmi lewat pagi ini, Lynas mengesahkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan, dan sebahagian besar kontena tersebut kini  telah sampai di loji Lynas (Lamp).

Lynas menjangka bahawa peleburan pertama dan permulaan operasi di Lamp akan berjalan dalam dalam hari-hari akan datang.
Kontena itu tiba ketika gabungan anti-Lynas Himpunan Hijau sedang mengadakan perarakan sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur, manakala satu lagi kumpulan SMSL (Save Malaysia, Stop Lynas) berada di Australia untuk melobi menentang loji tersebut.

ADUN Umno didakwa hambur kenyataan seksis pada Eli

Posted: 22 Nov 2012 07:42 PM PST

dipetik dari Malaysiakini.com



Seorang wakil rakyat pembangkang Datuk Mohd Isa Abu Kasim mencetus ketegangan di persidangan DUN Selangor hari ini apabila beliau didakwa menghamburkan kenyataan seksis terhadap anggota exco Elizabeth Wong.


Mohd Isa dalam perbahasan itu antara lainnya berkata beliau gembira kerana exco berkenaan terus menjaga kawasan rizab hutan untuk menghalang pencerobohan.

"...(Tapi) jangan sampai lupa jaga hutan diri you sendiri," katanya lagi.
Beliau sebelum itu mencabar Elizabeth supaya mengemukakan saman terhadap akhbar The Star berhubung laporan mengenai dakwaan pencerobohan ke atas kawasan rizab hutan Taman Templer.

Wong ketika menyambung ucapannya selepas itu menyifatkan kenyataan Isa itu sebagai cubaan untuk bertindak "nakal-nakal" terhadapnya.

"Tak apalah. Ini adalah perangai Umno-BN. Kita sudah sedar, tak payah jawablah. 

"Anda dan saya tahu. Tak apa, nak hina wanita, hinalah. Ini Umno-BN," kata Wong.

Dalam satu sidang media selepas itu, Wong berkata golongan wanita perlu menolak wakil rakyat BN atas sikap yang ditunjukkan oleh Mohd Isa.

Isu berkenaan turut dibangkitkan exco hal ehwal wanita Rodziah Ismail dalam perbahasannya selepas itu, dengan menyifatkan kenyataan Mohd Isa sebagai "seksis dan lucah" dan menggesa Isa dirujuk ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan.

Audit perlu siasat KDN bayar 10 kali ganda beli kamera perangkap laju

Posted: 22 Nov 2012 07:40 PM PST


KUALA LUMPUR 22 November: Audit terbuka perlu dilakukan terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pembelian kamera perangkap laju yang meningkat sepuluh kali ganda dari harga asal, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau merujuk jawapan bertulis KDN kepada Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekalkan kamera perangkap laju sejak 1995 dengan jumlah terkini 124 unit.
Ia meliputi model Laser Digicam berjumlah 85 dengan harga RM173,925 seunit, manakala bagi model Laser Trucam berjumlah 39 unit dengan harga RM223,500 seunit.
"Kontrak-kontrak kerajaan ini sangat diragui. Siasatan perlu dibuat, lebih-lebih lagi sekiranya diberi secara runding terus (awarded tender). Kita tak mahu ada salahguna dari peruntukan KDN," tegasnya kepada Keadilan Daily.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, ACP Mohd Fuad Abd Latiff dilapor menyatakan harga kamera had laju model LTI 20-20 TruCam hanya kira-kira USD 6,000 (RM17,000) seunit.
"Ada sesuatu yang tak kena. Kalau diaudit Jabatan Audit Negara, pasti ada (penemuan salahguna), sebab Jabatan Audit sebelum ini pernah menemui pembelian barang oleh agensi kerajaan yang harganya meningkat berpuluh kali ganda," jelas Mahfuz.
Beliau membandingkan sebut harga lebih murah dibeli pihak berkuasa Amerika Syarikat, iaitu di Montana USD 4,995 (RM15,292.59) dan Idaho USD5,057.44 (RM15,483.84) bagi seunit kamera Laser Trucam.

Manakala bagi kamera Laser Digicam yang dibeli pihak berkuasa Delaware berharga USD 6,378 (RM19,526.88).
"Kenapa perbezaan harga begitu ketara? Kita faham kalau jenama tak sama. Tapi tak masuk akal kalau begitu jauh," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut