Khamis, 22 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 21 Nov 2012 11:53 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


SELEPAS LAWATAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM KE KG PENDERAS, KUALA KRAU - KISAH-KISAH BENAR

Posted: 21 Nov 2012 09:01 AM PST

Dari jam 6.00 petang tadi, saya ziarahi kawan-kawan saya di Kuala Krau, terutamanya mereka yang terlibat dengan persiapan lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Kg Penederas.  Tujuannya mudah.  Tanpa mereka persiapan itu akan banyaklah cacat celanya.

Persiapan yang diperlukan adalah begitu banyak dan untuk membariskan sebahagiannya adalah seperti berikut:

1.  Menyiapkan tempat untuk ceramah
2.  Publisiti untuk memanggil orang ramai hadir
3.  Memasang bendera
4.  Memasang banner
5.  menyediakan poster dan edaran
6.  Memasang poster dan membuat edaran rumah ke rumah
7.  memasak
8.  Menyediakan petugas-petugas
9.  Menyediakan unit-unit keselamatan
10. Menyediakan kawasan parkir
11. Menyediakan kanopi (khemah) kerusi dan meja
12. Mempastikan program dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

Banyak lagi persiapan-persiapan yang dibuat yang tak dapat diperincikan satu demi satu disini.

18.11.12 - itulah tarikhnya, jam 8.15 malam Dato Seri sampai ke tempat ceramah, dan 9.00 malam Dato Seri bertolak ke Bera untuk menghadiri satu lagi program lawatannya (program terakhir) sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Kisah 1:

Wanita ini berada didalam rumah Sdr Azmi Zainon semasa Dato Seri Anwar melangkahkan kakinya ke dalam rumah.  Dato Seri berdiri seketika di ruang pintu masuk.  Wanita ini menenung ke wajah Dato Seri.
Dia menangis dan mengeluarkan air mata.

Hari ini wanita itu datang semula ke rumah Sdr Azmi, dan dia bercerita dengan isteri Azmi, bernama Siah, menyatakan bahawa beliau benar-benar sedih mengenangkan bahawa Dato Seri ini difitnah berbagai-bagai.
"Saya tenung mukanya, jernih dan bersih, dan manusia bernama Anwar ini adalah seorang yang ikhlas, saya menangis apabila menenung ke mukanya yang bersih itu," kata wanita itu.

Siapa wanita itu?  Beliau adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Kg Paya Luas.  "Tak lagi dah, saya mengundurkan diri dari UMNO, dan akan memberikan sokongan kepada PKR," tegasnya kepada isteri Azmi.

Kisah 2:

Seorang peniaga kedai makan yang tidak kesempatan pergi ke Kg Penderas kerana perniagaan kedai makannya di pekan Kuala Krau.  Orang begitu ramai makan di kedainya, mereka itu mahu ke Kg Penderas.

"Peliknya, kenapa begitu ramai FRU berada di pekan Kuala Krau malam tu?" dia bercerita dengan Sdr Azmi.

Hebatlah Kuala Krau kali ini kerana bukan sahaja orang Kuala Krau keluar beramai-ramai untuk mendatangi program Dato Seri Anwar Ibrahim, bahkan polis begitu ramai.  SB ramai, polis ramai dan FRU pun ramai.

Ini adalah sejarah.  Anwar melawat Kuantan, Temerloh, Bentong, Bera, Lipis dan lain-lain tempat di Negeri Pahang ini, tidak ada FRU, tetapi di Kuala Krau begitu ramai FRU lengkap dengan alat peralatannya.  Ini sejarah bagi Kuala Krau.

Kisah 3:

Saya berhajat nak pergi ke Kg Penderas, tetapi biarlah selepas Dato Seri dah sampai, saya mahu dengar ucapan dia.  Sampai di sempadan Kg Penderas-Kg Paya Luas sudah ada "road block".  Kereta saya dan kereta-kereta lain tidak dibenarkan masuk ke Kg Penderas.  Polis yang menjaga Road Block itu berkata, "Minta maaf Encik, kalau encik nak pergi ke program Dato Seri Anwar, encik kena berpatah balik kerana sudah berlaku jam yang teruk.  Beliau dan kereta-kereta di belakangnya terpaksalah berpatah balik.

Kisah 4:

Kami dari Kg Terengging, dengan berpuluh biji kereta, nak masuk ke Kg Penderas, tetapi disekat oleh Polis dekat Road Block, dan kami dipinta berpatah balik.  Kami terpaksa berpatah balik, tetapi kami menggunakan pula motorsikal kami dan kami tetap pergi ke tempat ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Terengging adalah sebuah kampong selepas Kg Paya Luas.

Kisah 5:

Kami dari Kg Paya Luas terpaksa menunggang motorsikal untuk masuk ke Kg Penderas.

Kisah 6:

Apabila kami sudah melihat Bas Merdeka Rakyat sampai ke Kg Penderas, kami meninggalkan Majlis Karaoke dan kami semua pergi ke tempat ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Karaoke diadakan lebihkurang 100 meter dari tempat program Dato Seri Anwar Ibrahim.

Apabila Dato Seri sudah meninggalkan Kg Penderas barulah kami berpatah balik ke tempat karaoke.

Kisah 7:

Saya dan rakan-rakan saya tak dapat hadir ke program Dato Seri Anwar Ibrahim.  Kebanyakan kami dari Kg Pasu tidak mempunyai sebarang kenderaan  dan kenderaan yang kami ada hanyalah motorsikal, tetapi motorsikal kami tidak mempunyai road-tax dan insuran; dengan polis begitu ramai, kami takut nak gunakan motorsikal kami, bimbang disaman oleh Polis.

Kisah 8:

Penduduk Kg Penderas tidak pernah melihat manusia begitu ramai berada didalam kampong mereka seperti pada malam 18.11.12

Kenapa Haji Suhaimi berkata hanya lebih kurang 1000 orang sahaja yang hadir?  Jumlah seramai itu tidak kurang dari 3000 orang.  "Engkau dan Haji Suhaimi mana nak nampak kehadiran itu.  Kamu dipentas.  Manusia penuh di celah-celah rumah, di derang-derang rumah, di seberang jalan dan diatas jalan." Dia berkata kepada Sdr Azmi Zainon.

Kisah 9:

Ahli-ahli UMNO Kg Penderas telah bertemu dengan Sd Chim, Sdr Kin dan Sdr Jalil mengatakan bahawa mereka tumpang gembira dengan kehadiran yang begitu ramai, moga-moga PKR berjaya didalam PRU akan datang, dan mereka akan turut memberikan sokongan kepada calon PKR nanti.

Alhamdulillah, begitulah reaksi penduduk sekitar DUN Jenderak mengenai Lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim, dan hari ini sudah 21hb November 2012, tetapi kisah-kisah peribadi penduduk mengenai lawatan itu masih belum reda, mereka masih bercakap-cakap di laman-laman rumah dan di restoran-restoran.

Semoga Allah memberkati perjuangan ini.

Anwar Ibrahim

Posted: 21 Nov 2012 07:17 PM PST

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Melaka

Posted: 21 Nov 2012 03:16 AM PST


23 November 2012 (Jumaat)

1) 5.00 ptg – Hi-Tea – Pekan Tiang Dua, Ayer Molek, (P- Bukit Katil)

2) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib (P- Jasin)

Lokasi : Surau Umri, Serkam Pantai
3) 8.00 – 12.00 mlm – Ceramah & Jamuan Makan Malam (P-Kota Melaka)

Lokasi: Dewan Pay Fong, Jalan Kubu, Melaka
4) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat (P-Bukit Katil)

Lokasi: Taman Muzafar Syah, Ayer Keroh
5) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Lim Kit Siang

iii. YB Salehuddin Ayub

iv. Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Kemaman Terengganu 17/11/2012

Posted: 21 Nov 2012 03:05 AM PST

Pemimpin Umno Jaja Istilah Islamik Kaburi Penyelewengan

Posted: 21 Nov 2012 03:02 AM PST

Keadilan Daily

Pimpinan Umno BN sibuk menjaja istilah Islamik untuk mengaburi kecurangan dan penyelewengan yang mereka lakukan selama ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bila buat sambutan Maal Hijrah, bersyarah tentang wasatiyah. Dalam masa sama, kontrak, balak, hilang. Beri pada keluarga dan kroni. Masalah ekonomi tak selesai.

"Nak jadi pemimpin kena berani. Usul kecam serangan Israel terhadap Gaza di Parlimen tapi Najib tak berani sebut nama Amerika dan Obama?.

"Jumpa Obama takut, Sebut nama Amerika takut. Balik rumah pun takut?" katanya disambut gelak tawa hadirin.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan 5,000 orang pada ceramah Merdeka Rakyat di padang awam Kampung Setia Tasik Biru, Kuang, malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Adun Rawang Gan Pei Nei.

Anwar turut menyingkap semula peristiwa Hijrah Rasulullah saw dari Madinah ke Mekah betapa perubahan di negara ini hanya akan berlaku apabila seluruh lapisan rakyat memainkan peranan.

"Bukan hanya di kalangan pimpinan, paling utama ialah persiapan di kalangan rakyat. Dalam hijrah Nabi ada disebut, peranan anak muda iaitu (Saidina) Ali.

"Kerana anak muda bencikan rasuah dan mahu lakukan sesuatu untuk membela nasib keluarga dan ibu bapa.

"Begitu juga di kalangan wanita. Terakam dalam Baiah al-Nisa' selepas perjanjian Aqabah melalui peranan Asma' Abu Bakar.

"Fungsi wanita kritikal dan sentral dalam melakukan hijrah. Asma' Abu Bakar, meskipun ketika peristiwa Hijrah mengandung tujuh bulan, masih mampu memainkan peranan.

"Begitu juga orang bukan Islam. Antaranya Abdullah Ibnu Uraiqith yang menjadi pemandu laluan menuju ke Mekah dalam peristiwa Hijrah.

"Sebagai pimpinan, kita datang bagi merai orang bukan Islam. Yang dimainkan Umno ialah pluralisme agama sedangkan dia sendiri tidak faham.

"Nabi Muhammad anggap Abdullah (Ibnu Uraiqith) sebagai orang yang boleh dipercayai dalam pasukan.

"Jadi apa isunya? Isunya tentang nilai dan kebaikan. Akhlak yang menjadi contoh dan teladan," katanya.

Malaysian Oppostion Fears Electoral Fraud

Posted: 20 Nov 2012 07:47 PM PST

From : ABC.Net

 

Click: Listen to Tony Eastley’s full interview with Anwar Ibrahim

TONY EASTLEY: In Malaysia, Anwar Ibrahim, leader of the largest opposition party, is so worried about corruption in the next general election, he’s passed a handwritten note to Australia’s Foreign Minister Bob Carr asking for help.

He says Australia regularly calls for countries to conduct free and fair elections and that should apply to Malaysia and its ruling party, UMNO.

It comes at a delicate time for Australia as it seeks Malaysia’s help to process asylum seeker arrivals.

A Malaysian election is due to be held sometime next year but there’s widespread speculation the government will go early.

Sixty five-year-old Mr Anwar says he’s uncovered evidence and produced it in parliament which reveals fake voter registrations and a host of other anomalies.

I spoke by telephone to Mr Anwar in Kuala Lumpur last night.

Anwar Ibrahim, welcome to AM. You have fears that the election will be fraudulent and that it won’t reflect the will of the Malaysian people. What evidence do you have to back this?

ANWAR IBRAHIM: We have produced and submitted specific evidence based on the electoral role prepared by the election commission where we showed a few hundred thousand people who are ineligible to vote, not allowed to vote, or some who are not eligible, who are 12 years old or two years old, in the electoral list.

Yesterday the election commission in a private discussion with the members of parliament admitted they were at fault.

TONY EASTLEY: These voter inconsistencies you mention – false names, underage voters and ghost voters – who is behind this alleged rigging?

ANWAR IBRAHIM: Well election commission is supposed to be independent. But right now of course they, in their statement, in their public announcement, seem to represent the ruling UMNO party.

But one of the other major demands – there’s not one minute access to the mainstream media. So how can election commission consider this fair elections when the opposition has been denied even one minute of air time?

TONY EASTLEY: Why do you think the election commission is operating and doing what it is?

ANWAR IBRAHIM: Well they are political appointees and they are, many of them we have actually produced evidence they’re even card carrying members of the ruling party, which runs contrary to the requirements of the law of the commission.

TONY EASTLEY: What can Australia do to ensure a free and fair election?

ANWAR IBRAHIM: Well in my note to Minister Bob Carr and my discussions earlier with Kevin Rudd I said look, you talk about free elections in Afghanistan and Iraq – why are we rather muted when it comes to free, fair elections in Malaysia?

I’m not asking you to intervene beyond that. Why are you now talking about the need for free elections in Burma and not saying anything about neighbouring countries?

TONY EASTLEY: Why do you think that is?

ANWAR IBRAHIM: (Laughs) I’m not probing the immigration or (inaudible) subject. But…

TONY EASTLEY: You are no doubt aware that Australia is or has been negotiating with Malaysia over a regional asylum seeker policy. Relations are at a tense or critical point aren’t they?

ANWAR IBRAHIM: Yeah, yeah. And my explanation in my full conversations with Minister Bob Carr I say look, why do we raise? Because the only explanation given by the minister of home affairs in this country is we are in the midst of finalising an agreement. And nothing – no detail, information or agreement has been given to Malaysians. I mean, so I say we have every reason to question this regimen.

TONY EASTLEY: Malaysia's de facto opposition leader, Anwar Ibrahim.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Wee Choo Keong

Posted: 21 Nov 2012 03:06 PM PST

Wee Choo Keong


21-11-2012 Questions Time: EXCO MAS berseteju menaja pasukan QPR

Posted: 20 Nov 2012 10:36 PM PST

  Updates @ 6 pm 21-11-2012:  When yours truly asked YB Datuk Kong, the Minister of Transport, why the additional KL/Sydney/KL routes that were granted exclusively to MAS were awarded to AirAsia X in 2011, he told Parliament that on 10-12-2011 MAS wrote a letter to MOT to state that it has no objection for [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 21 Nov 2012 11:09 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Penipuan kontrak Linguaphone, ramai pelajar IPT terpedaya

Posted: 20 Nov 2012 11:41 PM PST



Aduanrakyat.com 21 Nov 2012 - Saya salah seorang pelajar IPT Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Pada tahun lepas iaitu 18 oktober 2011 , saya telah dipaksa dan diajak oleh penjual Linguaphone untuk mendengar tentang penerangan produk pembelajaran bahasa Inggeris mereka.

Pada mulanya saya tidak mahu dan ingin menolak untuk menandatangani kontrak dan membeli produk tersebut dengan harga RM 2,389 dengan ansuran bulanan RM110 . Saya telah membayar deposit sebanyak RM 299.

Semasa pembelian, sya disuruh menandatangani kotrak pembelian tanpa menyuruh dan memberi saya membaca syarat-syarat pembelian produk terlebih dahulu. Saya dan beberapa rakan pelajar yang lain telah terjerat dengan kata-kata manis penjual.

Mereka juga enggan apabila saya mengatakan bahawa saya ingin memberitahu ibu bapa terlebih dahulu dan penjual tersebut mengatakan "ala adik, adik beli ni pun untuk adik juga, tak kan la mak bapak adik tak nak tengok adik berjaya, itu bukan ibu bapa namanya".

Medengar kata-kata penjual saya merasa amat tertekan sehingga tidak tahu ingin berbuat apa. Selepas menandatngani kotrak barulah saya diberitahu oleh penjual bahawa setiap pembelian yang dibuat tidak boleh dipulangkan. Saya berkeras untuk memulangkan produk pada hari itu namun mereka tidak mahu sehingga ada salah seorang kawan saya juga berkeras untuk membantu saya.

Penjual tersebut memberitahu dia akan cuba membantu saya untuk membatalkan n memulangkan semula produk tersebut namun setelah beberapa hari saya cuba menghubunginya, tiada jawapan dan penjual berdiam diri. Pihak linguaphone berkali-kali menghubungi saya meminta untuk membuat bayaran.

Saya bingung kerana baru saya tahu Produk Linguaphone telah menjerat ramai pelajar IPT khususnya pelajar kemasukan baru. Mereka mengatakan bahawa surat tindakan akan dihantar dan nama saya akan di "BLACKLIST" sekiranya saya tidak membuat bayaran.

Mereka mengatakan mengapa saya tidak menghubungi office sekiranya hendak membuat pembatalan. Bagaimana saya tahu akan hal itu sedangkan saya sendiri tidak diberitahu tentang perkara itu dan penjual juga hanya berdiam diri.

Baru-baru ini saya telah membuat bayaran tunggakan selama 13 bulan sebanyak RM 1430. Saya merasa amat tertipu dengan cara penjual menarik pelanggan untuk membeli produk mereka.

Mereka memakai unsur pujuk dorong bagi mengaburi mata pelanggan supaya membeli produk mereka. Baru-baru ini juga ramai pelajar baru di Kampus saya telah membeli produk Linguaphone dan Pihak Jwatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sedang mengusahakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah saya mencari pelbagai maklumat mengenai produk Linguaphone di Internet, baru lah saya tahu bahawa produk ini telah menipu dan ramai pelajar IPT yang telah membuat tuntutan terhadap produk ini.

By: Faridah Binti Salihan

Tiada ulasan:

Pengikut