Selasa, 20 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 19 Nov 2012 11:11 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Omak Kau!!!!: ASKAR ISRAEL LAKNATULLAH KETAKUTAN MINTA NYAWA APA...

Posted: 19 Nov 2012 03:28 PM PST

Omak Kau!!!!: ASKAR ISRAEL LAKNATULLAH KETAKUTAN MINTA NYAWA APA...: Betapa takut, gentar dan cuaknya para tentera Israel Laknatullah  bila peluru berpandu jarak jauh kepunyaan Briged Al Qassam, sayap tent...

Anwar Ibrahim

Posted: 19 Nov 2012 07:10 PM PST

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Selangor 22 November 2012 (Khamis)

Posted: 19 Nov 2012 05:53 PM PST

1) 8.30 – 12.00 malam – Ceramah Perdana Demi Rakyat (DUN- Bukit Lanjan, P-Subang)

Lokasi: Padang Bola Damansara Damai (Sebelah Apartmen Impian)
Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Mat Sabu

iii. YB Sivaasa Rasiah

iv. YB Elizabeth Wong

v. YBhg Ir Mesni Mohd Dahlan

2) 8.30 – 12.00 Mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat (DUN-Batu Tiga)

Lokasi: Padang Awam, Jalan 24/1F, Seksyen 24, Syah Alam
Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Saifuddin Nasution

iii. YB Nurul Izzah Anwar

iv. YB Khalid Samad

v. YB Ng Suee Lim

Esok Mahkamah Jalan Duta: Dato Seri Anwar Ibrahim Saman Khairy Jamaludin

Posted: 19 Nov 2012 06:51 AM PST

Admin:

Esok 20 November 2012,Jam 9.00 pagi, Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur,Tingkat 3 akan mendengar Kes Saman Fitnah yang di failkan Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin. Saman tersebut berhubung satu ceramah Ketua Pemuda Umno semasa Pilihanraya

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Mentakab, Pahang 18/11/2012

Posted: 19 Nov 2012 06:42 AM PST

Belanjawan 2013 : Perbelajaan Cekap, Pembangunan Ditingkatkan

Posted: 18 Nov 2012 11:46 PM PST

Selangorku

Kerajaan Selangor sekali lagi telah membentangkan belanjawan berimbang dengan peruntukan sebanyak RM 1.630 billion untuk tahun 2013.

Ekoran kecekapan pengurusan kewangan, Belanjawan tersebut telah menaikkan perutuntukan dana untuk pembangunan sebanyak RM 600 juta dan mengurangkan belanja mengurus sebanyak RM 3 juta.

Selain itu, rizab simpanan kerajaan negeri telah mencecah RM 2.570 billion setakat 31 Oktober 2012.

Belanjawan 2013 menekankan kepada tiga strategi utama iaitu memperkasakan Pengurusan Tenaga Kerja, Sumber Kewangan, Pentadbiran dan Aset Negeri; Melestarikan Pembangunan Inovasi dan Moden; serta memperkukuhkan Kualiti Hidup Rakyat.

Belanjawan tersebut dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menurut sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar, Belanjawan yang bertemakan 'Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia', memperuntukan sebanyak RM 996,980,690.00 atau 61 peratus untuk perbelanjaan mengurus.

Manakala RM 633,019,310.00 atau 39 peratus diperuntukan untuk perbelanjaan pembangunan.

Kerajaan Negeri akan memperuntukan kira-kira RM 343 juta atau 54 peratus daripada peruntukkan pembangunan untuk infrastruktur seperti membina kemudahan awam (RM 297 juta) dan Perumahan (RM4.7 juta).

Manakala RM 118.2 juta disediakan untuk program-program di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti skim mesra usia emas (SMUE), hadiah anak masuk universiti dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Di bawah strategi memperkasakan Pengurusan Aset Negeri, kerajaan Selangor mengenal pasti aset negeri atau aset rakyat bernilai lebih RM 27 billion.

Aset tersebut adalah Aset Alih (harta modal, inventori dan stok) dan Aset Tidak Alih (Tanah dan Bangunan) yang bernilai RM 15.2 billion.

Terdapat juga lebih RM 12.3 billion aset air seperti empangan, loji rawatan air, kolam, rumah pam dan data-data sistem pengagihan.

Sebagai usaha untuk mendapatkan nilai daripada setiap ringgit yang dibelanjankan, Kerajaan Negeri telah menjimatkan sebanyak RM 102.2 juta daripada perlaksanaan sistem tender terbuka.

Di samping itu, RM 81 juta telah dijimatkan apabila Kerajaan Negeri mengambilalih pengurusan sisa pepejal sejak tahun yang lalu.

Selangor Umum RM300j Untuk Jambatan Janji Tidak Ditepati BN

Posted: 18 Nov 2012 11:42 PM PST

Malaysiakini

Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk memulakan satu projek jambatan baru di bandar Klang yang dijanjikan BN semasa kempen pilihan raya Mac 2008.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mengumumkan peruntukan itu berkata, kerajaan negeri akan mendahulukan wang tersebut bagi “mengotakan janji yang tidak ditepati” BN berhubung projek tersebut.

“Saya difahamkan upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh kerajaan terdahulu beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-12. Malangnya, setelah lebih empat tahun, jangankan jambatan, sebatang rangka tiang pun masih tidak kelihatan.

“Oleh itu, pada tahun 2013 nanti, meskipun kita maklum bahawa pembinaan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, namun kerajaan negeri akan mendahulukan wang untuk pembinaannya bagi mengotakan janji yang tidak ditepati Umno-BN,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Jumlah RM300 juta itu, kata Khalid datang daripada rezab negeri yang tinggi “hasil daripada perbelanjaan berhemat yang dilakukan pemimpin”.

Khalid hari ini membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun 2013 dengan anggaran hasil dan perbelanjaan sebanyak RM1.6 bilion dengan tema “Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia”.

Jelasnya, tahun 2013 adalah tahun kelima Selangor membentangkan belanjawan berimbang.

Menurutnya, Selangor menjangkakan membelanjakan wang dari hasil cukai sebanyak RM584 juta (35.86 peratus hasil negeri), RM859.8 juta dari hasil bukan cukai (52.75 peratus) dan terimaan bukan hasil sebanyak RM185.7 juta (11.4 peratus).

Wang tersebut kemudiannya akan disalurkan untuk perbelanjaan mengurus sebanyak RM996.9 juta (61 peratus) dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM663 juta (39 peratus).

Masa Untuk Bertindak

Posted: 18 Nov 2012 08:10 PM PST

Jelajah Merdeka Rakyat, Felda Jengka 6 Pahang 18/11/2012

Posted: 18 Nov 2012 08:07 PM PST

Jelajah Merdeka Rakyat Kemaman Terengganu 17/11/2012

Posted: 18 Nov 2012 08:05 PM PST

Wee Choo Keong

Posted: 19 Nov 2012 03:47 PM PST

Wee Choo Keong


Usul oleh YAB PM Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengutuk serangan ketenteraan Israel ke atas Palestin

Posted: 19 Nov 2012 07:50 AM PST

Perbahasan Usul dijadualkan pada hari Selasa 20 November 2012 selepas sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan. Perdana Menteri akan mencandankan: BAHAWA, Israel telah melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi 'Pillar of Defence ' pada 14 November 2012 ke atas Wilayah Palestin di gaza meliputi pengeboman dan serangan udara, laut dan darat; BAHAWA, serangan Israel ke atas Palestin [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 19 Nov 2012 11:20 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


PROGRAM MINUM PETANG

Posted: 19 Nov 2012 12:03 AM PST


Tiada ulasan:

Pengikut