Rabu, 28 November 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 27 Nov 2012 01:06 PM PST

Duke of UMNO


EDISI PANAS HATI..!!! PAS PANAS HATI UMNO DOA "PAS KO"..!!!?

Posted: 27 Nov 2012 07:39 AM PST


Sangat membanggakan apabila perasmian Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun ini berjalan dengan lancar dan majlis berkenaan dimulakan seperti biasa dengan permohonan doa kepada Allah SWT.

Paling menarik, doa yang dibacakan oleh wakil Pergerakan Pemuda UMNO pada majlis tersebut sangat indah akhlaknya apabila mendoakan agar saudara kita di dalam parti PAS dan kepimpinannya supaya insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Dalam doa yang tulus dan ikhlas itu jelas menunjukkan betapa ahli-ahli UMNO cintakan perpaduan sesama umat Islam di negara ini dengan mengenepikan sentimen perbezaan fahaman politik yang mengancam perpaduan ummah yang dianjurkan Rasulullah SAW.


Sebenarnya, saya berpandangan bahawa perhimpunan tahunan UMNO itu boleh "membalas dendam" dengan mendoakan "PAS KO" sebagaimana yang dilakukan oleh saudara-saudara PAS ketika Muktamar Tahunan parti itu yang ke-58 baru-baru ini.

Namun amat mengharukan apabila para pemimpin dan ahli-ahli UMNO membuktikan hari ini bahawa sikap mereka tidaklah sekeji PAS yang sanggup mendoakan kehancuran saudara segamanya, bukan?

Inilah akhlak yang disarankan oleh Islam sebenar sebagaimana yang tertulis di dalam Al-Quran dan disampaikan oleh Rasulullah SAW, rasul junjungan kita.

Persoalannya, apakah puak-puak PAS itu sedar tentang kesilapan dan kezaliman yang telah mereka lafazkan di dalam doa mereka tempohari?

Secara mudah sebagai seorang muslim dan sekiranya saya seorang muslim yang rasional yang tidak berpihak kepada mana-mana parti, sudah tentu saya memuji akhlak yang ditunjukkan oleh para ahli-ahli UMNO ini.

Bukan apa, bukan saja mereka tidak berdendam, mereka juga membuktikan bahawa mereka cinta dan rindukan perpaduan umat Islam sebagaimana yang berlaku kira-kira 1434 tahun dulu di mana Rasulullah SAW menganjurkan perpaduan di antara golongan Muhajirin dan Ansar.

Dalam peristiwa Hijrah tersebut, perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah menyatukan perpaduan di antara golongan Muhajirin dan Ansar di mana penyatuan tersebut menjadi titik tolak kepada kekuatan kerajaan Islam, Madinah Al-Munawwarah.

Di Malaysia, perpaduan seperti itulah diimpi-impikan oleh setiap nafas umat Islam di negara ini dan mereka sebenarnya sudah bosan dengan pepecahan yang terjadi akibat perbezaan politik, khususnya penolakan PAS kepada jemputan UMNO untuk bersatu.

Malah lebih mengecewakan umat Islam di negara ini, PAS lebih gemar untuk bersahabat dengan "syaitan chauvinis ultra kiasu" yang selama ini mengancam keistimewaan Islam, bangsa Melayu dan tanahair.

Menyedihkan juga apabila PAS juga dilihat sanggup bersekongkol dengan "agen Yahudi" yang "bertalam-talam muka"nya dan menyokong pendekatan rejim Zionis Israel untuk menyerang Palestin sekiranya umat Islam di negara itu mengancam rejim pimpinan Benjamin Netanyahu itu.

Hakikatnya, akhlak yang dipamerkan di dalam doa di majlis perasmian ketiga-tiga sayap UMNO itu wajar dipuji oleh semua pihak, khususnya umat Islam di negara ini.

Persoalannya sama ada PAS akan sedar dengan kesilapan mereka atau tidak, itu terserah kepada mereka. Namun saya tertunggu-tunggu juga sama ada mereka akan memuji doa yang dilafazkan itu atau tidak.

Bukanlah mengharapkan pujian, namun apa yang saya tunggu ialah kesedaran dan kembalinya PAS kepada "tali Allah" sebagaimana yang dianjurkan di dalam kitabullah. Sanggupkah PAS berubah demi perpaduan ummah? Wallahua'alam.

Sumber: Perak Today

PANASSS..!!! VIDEO MENYAYAT HATI DARI KEDAH...

Posted: 27 Nov 2012 06:17 AM PST



Di atas adalah petikan video yang sempat dirakam oleh rakan aku, Pisau Kedah, ketika kunjungannya di Baling. Keadaan menyayat hati itu masih berlaku sehingga ke hari ini...

Baru-baru ni kawasan tu kena banjir lumpur pulak tu. Sapa punya kerja? Siapa yang rakus "rompak" balak di Gunung Inas?

Kalau depa "rompak" secara berperingkat, ikut aturan dan undang-undang, aku yakin semuanya okey dan rak jejas kehidupan rakyat.

Tapi pasai tak reti cari duit, nak cari duit mudah dan segera, PAS Kedah balun habis licin kat Gunung Inas, Pedu, Pendang dan banyak lagi kawasan hutan simpan kekal..

Bukan aku tak bagi tebang balak. Tapi buat la ikut aturan yang ditetapkan. Kalau batang pokok besar pokok tauge pun PAS Kedah sapu bersih...tu bukan membalak lagi dah..itu "merompak" namanya..!!!

GEMPARRR..!!! LIDAH RASMI PAS WAJAR DIPOTONG LIDAH..!!!

Posted: 27 Nov 2012 04:18 AM PST

"200,000" (termasuk jin)...cukup?
Agak menarik untuk mengulas tentang dua portal pro-pembangkang yang selama ini begitu giat menimbulkan rasa benci rakyat kepada UMNO/BN dengan berita dan laporan fitnah mereka setiap hari tanpa rasa bersalah.

Dan kali ini saya ingin mengulas mengenai laman web lidah rasmi PAS, Harakahdaily, dan laman web pro-pembangkang yang terkenal, Malaysiakini.com, yang sama-sama membuat liputan berita mengenai penyerahan memorandum membantah Felda.

Kononnya, Felda telah berurusniaga dan menjual minyak sawitnya kepada sebuah "syarikat Yahudi" dan meskipun tiada bukti yang membuktikan tohmahan itu, pak-pak lebai PAS ini tetap mahu merusuh di depan pagar syarikat pertanian terbesar di Malaysia itu.

Dalam projek memburuk-burukkan Felda itu, Malaysiakini.com diwakili oleh Aidila Razak yang merupakan pemenang anugerah wartawan online terbaik pada majlis malam media yang diterima dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan Aidila Razak di Malaysiakini...700 orang jer...
Aidila dalam laporannya menulis bahawa kekecohan yang sengaja dibuat oleh puak-puak PAS itu hanyalah berjumlah sekitar 700 orang sahaja.

Namun, dari kacamata wartawan Harakahdaily pula, mereka meletakkan jumlah kehadiran pelampau-pelampau propaganda itu berjumlah lebih dari 2,000 orang penyertaan!

Harakah punya "auta"...berdosa tak?
Mentang-mentanglah huru-hara itu dianjurkan oleh PAS, maka mereka suka-suka hati menipu pembaca dengan meletakkan jumlah yang sangat melampau dan tidak realistik sama sekali untuk diterima akal!

Pada saya, kreadibiliti laporan berita itu wajar diberikan kepada Aidila Razak memandangkan dia wartawan Malaysiakini.com itu pernah mendapat pengiktirafan terbaik berbanding Harakahdaily yang sering "kantoi" menipu!

Aidila dapat award dari DS Najib...
Persoalannya, di manakah kreadibiliti berita sebuah laman web yang dikendalikan oleh sebuah parti yang kononnya bertunjangkan Islam???

Bukankah Islam menganjurkan umatnya supaya berkata benar walaupun pahit untuk ditelan?

Dan apakah kerana sentimen politik dan mahu menjayakan matlamat jahat segelintir pihak yang memfitnah Felda itu maka lidah rasmi PAS itu "dihalalkan" untuk berbohong kepada para pembaca di laman web mereka?

Selama ini para pemimpin PAS begitu galak memurtadkan keIslaman lebih 3 juta ahli-ahli UMNO di seluruh negara kerana dikatakan tidak mengendahkan hukum hakam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Persoalannya, apakah puak-puak PAS itu sendiri mengamalkan dan faham tentang hukum hakam Islam?

Hukum berdosa melaporkan kebenaran pun mereka gagal mengikut lunas Islam, apatah lagi jika mereka diharap untuk membuat draf hudud yang sempurna! Jangan mimpilah, kan?

Justeru itu, saya tertanya-tanya apakah rasionalnya lagi untuk kita percaya kepada laporan yang dilaporkan oleh Harakahdaily sedangkan mereka terbukti sudah banyak kali melakukan pembohongan demi pembohongan.

Jumlah kehadiran yang hanya sekitar 700 orang pun mahu diputar belitkan menjadi 2,000 orang?

Pahit tapi benar, itulah PAS sebuah parti yang begitu terkenal memanipulasi dan menipu minda umat Islam di negara ini, tapi begitu galak menuduh UMNO/BN menipu walaupun kebenaran itu sememangnya berpihak kepada UMNO/BN..!

Sumber: Perak Today

SOALAN CEPUMAS..!!! ISLAM JENIS APAKAH INI...???

Posted: 27 Nov 2012 01:18 AM PST


Memang heboh di kalangan umat Islam di negara ini apabila begitu meriah bercerita mengenai doa adik Nik Aziz Nik Mat yang dikenali sebagai Nik Razi Nik Mat di Muktamar PAS kali ke-58 baru-baru ini yang mendoakan kehancuran UMNO secara keseluruhannya.

Bersungguh-sungguh sekali doa yang dilafazkan Nik Razi di majlis solat hajat di Stadium Kota Bharu itu bagi memohon Allah SWT untuk menjahanamkan UMNO, sebuah parti yang 95 peratus disertai oleh bangsa Melayu beragama Islam.

Saya tidak tahu tentang reaksi dari mereka yang lain, namun boleh dikatakan semua maklum balas dari rakan-rakan saya yang beragama Islam masing-masing menggeleng-gelengkan kepala apabila menonton rakaman video doa adik Mursyidul Am PAS itu.


Malah rakan-rakan saya yang tidak beragama Islam sendiri mencebik bibir menyatakan bahawa meskipun mereka merupakan golongan bukan Islam, mereka sendiri tidak pernah dan tidak tergamak berdoa begitu di depan Tuhan mereka.

Sungguh memalukan akhlak puak-puak PAS pada muktamar parti itu kali ini dan pada saya sikap itu langsung tidak mencerminkan keperibadian Islam sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Saya ingin bertanya kepada puak-puak PAS yang mempertahankan doa tidak bermoral itu, apakah Rasulullah SAW mengajar mereka untuk menjahanamkan saudara seagama mereka sendiri?

Apakah Islam mengajar umatnya untuk memohon Allah SWT untuk menghancurkan saudara seagama yang mengucap dua kalimah syahadah, bersolat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji sebagaimana mereka amalkan dalam kehidupan mereka?

Rasulullah ajar begitukah kepada umatnya?

Sekiranya mereka berhujah dengan membawa contoh insiden sahabat Rasulullah SAW iaitu Saad ibnu Abi Waqqas Radhiallahu Anhu, ia adalah satu hujah yang sangat bertentangan dari apa yang mereka lakukan.

Dalam insiden Saad RA, beliau mendoakan kepada rakyatnya yang menuduh beliau dengan perkara-perkara yang tidak benar dan dalam konteks ini, apakah puak-puak PAS itu merupakan pemimpin negara yang memimpin Datuk Seri Najib?

Sekiranya mereka mahu mencari contoh, mereka sepatutnya mengaitkan contoh dari Rasulullah SAW sendiri yang terkenal dengan akhlak dan menjadi model insan terulung yang diktiraf dunia sehingga kini.

Misalnya, mereka perlu mengambil contoh Rasulullah SAW yang mengunjungi kota Thaif di mana Baginda SAW dicerca, dihina, dilempar batu sehingga menyebabkan kekasih Allah itu cedera dan berdarah.

Namun, meskipun Jibrail AS datang dan mahu meminta kebenaran Rasulullah SAW untuk menghempaskan bukit dan gunung-ganang ke atas para penduduk kafir di Thaif itu, Rasulullah SAW melarangnya untuk berbuat demikian.

Malah Baginda SAW bersabar dan mendoakan agar Allah SAW memberikan hidayahNya kepada para penduduk kota Thaif. Itulah contoh akhlak terbaik! Bukannya berdoa yang membawa kehancuran, malah sepatutnya PAS mendoakan kebaikan kepada umat Islam lain walau berlainan fahaman politik.

Saya sangat hairan melihat kebobrokan PAS. Di saat mereka bermuktamar tempohari, Zionis Yahudi Israel laknatullahi alaihim telah menceroboh Palestine dan menyerang umat Islam di sana sehingga menyebabkan kematian yang menyayat hati.

Tapi, tidak mengambil iktibar atau bersimpati dengan mereka, PAS langsung tidak diberik hidayah oleh Allah SWT untuk melakukan solat hajat di muktamar tersebut dan berdoa bersungguh-sungguh agar Zionis Yahudi Israel itu dihancurkan.

Apakah PAS takut untuk berdoa menjahanamkan Israel kerana negara Yahudi itu adalah merupakan kroni Anwar dan Ketua mereka itu membawa wang berkoyan-koyan untuk digunakan pada PRU ke-13 kali ini?

PAS takut elaunnya dipotong Anwar? Atau PAS takut Anwar berkecil hati dan tak mahu lagi menyediakan dana serta peruntukan kewangan untuk PAS di seluruh Malaysia kali ini?

Sampai begitu terusk sekali PAS sekarang berbanding PAS dulu. PAS dulu tidak boleh dibeli, tapi PAS kini sanggup menjahanamkan saudara seagama sendiri asalkan mereka dapat sumbangan dari "agen Zionis Yahudi Israel" itu? Islam jenis apakah PAS ini?

Sumber: Perak Today

EKSKLUSIF..!!! APA DOSA 600 KELUARGA DIANIAYA PAS KEDAH..???

Posted: 26 Nov 2012 10:16 PM PST


Bila aku dan rakan-rakan TMK membongkar isu "PAS balun balak di Baling", puak-puak PAS tak mengaku. Depa kata depa ada EIA. Padahal yang depa ada hanyalah "proposal EIA" tapi takdak "approval EIA" pun...

Lepas tu PAS Kedah kata Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) balun balak secara "sihat" dan tak mencemar alam sekitar...Aku dan rakan-rakan TMK sangkal sekeras-kerasnya. Tapi PAS Kedah nak menang jugakkk...

Sehinggalah Kerajaan Pusat suruh hentikan aktiviti balak di kawasan Gunung Inas di Baling tu. Tapi puak-puak PAS ni dok curi-curi jugak balak tu walaupun dipantau rapi oleh Jabatan Hutan...

Nahhhh..!!! Inilah bahana kalau tak buat kerja cara Islam. Dah la "merompak", menipu, dan lepas tu tak mengaku salah pulak tu..!!! Punah betoi la kalau PAS perintah Kedah sepenggal lagi...

600 Keluarga Banjir Kilat Di Baling

BALING – Lebih 600 keluarga membabitkan kira-kira 5,000 penduduk di beberapa buah kampung di daerah Baling terjejas oleh banjir kilat akibat hujan lebat sejak jam 3 petang semalam.

Kampung yang terbabit ialah Gabus, Telok Pendiat, Pokok Sena Pulai, Raja Kupang, Landak Hilir, Banggol Lahar, Tanjong Merbau, Lubuk Pedati, Cenerai, Kuala Pegang dan Rambong Kupang.

Banjir kilat yang mula melanda pada 6 petang semalam turut menenggelamkan kira-kira 50 hektar tanaman padi di kawasan kampung Landak Hilir, Kupang.

Siti Solehah Awang, 47, dari kampung Telok Pendiat mendakwa punca banjir kilat ialah kerana kegiatan penebangan pokok balak yang berleluasa di beberapa kawasan bukit di daerah itu.

"Sebelum ini kawasan rumah kami tak pernah berlaku banjir kilat seperti ini, tetapi semalam air masuk ke dalam rumah lebih dua kaki dan merosakkan peralatan dalam rumah," katanya.

Che Rohisyam Che Zain, 31, berkata dinding rumahnya retak serta renggang kerana hakisan tanah yang berlaku akibat banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Husain menasihatkan semua mangsa banjir supaya membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan dilakukan ke atas kerugian yang ditanggung. – BERNAMA

MAAF, AKU TAK HADIR KE PWTC TAHUN NI...

Posted: 26 Nov 2012 07:16 PM PST


Aku tahu, ramai kawan-kawan seperjuangan aku dah berkampung di PWTC sempena Perhimpunan Agong UMNO kali ni. Semalam, kawan-kawan TMK aku pun dah gerak ke KL untuk tujuan yang sama...

Tapi aku tak hadir ke Perhimpunan Agong UMNO tahun ni. So sorry! Bukan tak mau pegi, aku takde penginapan kat sana. Nak tumpang bilik kengkawan, rasa malu pulak. Tambang bas tu aku mampu, tapi bilik takde la pulak! Heh!

Lagi pun, aku takde access untuk masuk PWTC...apatah lagi nak buat liputan, kan?

Anyway, sapa la aku ni...kan? Seorang insan kecil yang tidak dikenali pun. Aku dapat tahu, ada orang tu yang mengaku dirinya sebagai "Duke". Katanya, dialah pemilik blog ni...ye ke? Ada sesiapa yang boleh sahkan? Kalau korang jumpa "Duke" tu di PWTC, kin salam aku kat dia ek..! Heh!

Pada seluruh perwakilan dari seluruh negara, pastikan perhimpunan kali ini merupakan sebuah perhimpunan yang paling diberkati Allah SWT. Ini perhimpunan sebelum kita berperang dengan puak-puak "Ahzab" PKR, DAP dan PAS pada PRU ke-13 nanti...

Pastikan barisan kita mantap kali ni. Takde gaduh-gaduh, dengki-dengki, gila nak jadi calon, lobi diri tikam orang, berkonspirasi macam Anwar Berahim dan sebagainya. Kita bukan PKR atau PAS...kan? Diorang je yang suka buat perangai lagu tu...heh!

Lepas Perhimpunan Agong UMNO ni berakhir, kita balik ke negeri masing-masing dan kita gempur puak-puak "Ahzab" tu habis-habisan sampai PRU ke-13. Kita terus berjuang demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu..!!! Allahu Akbar..!!!

LAWAK PAGI INI...POK NIK PEDAJAL HADI AWANG..!!!

Posted: 26 Nov 2012 05:17 PM PST


Bila aku tengok kartun ni...aku ketawa...korang ketawa tak?

Bukan apa...dah sah la Pok Nik nak nayakan Hadi Awang...

Boleh tahan jugak cara Pok Nik ni  nak cantas Hadi Awang..kan?

Dah tentu la Hadi bungkuih kalau lawan di Pekan...Muahahahaaaa...

Cakap je lebih...beraninye tidakkkkk...heh! 

DIMENSI

Posted: 27 Nov 2012 11:44 AM PST

DIMENSI


Omegay: Mahfuz a.k.a Matput Bakal MB Kedah??

Posted: 26 Nov 2012 04:25 PM PST


Mahfuz Juga Layak Jadi PM

Isu siapa calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat benar-benar merunsingkan fikiran ramai pemimpin PR, silap langkah ia bakal menjadi api dalam sekam yang membahayakan gabungan parti tidak berdaftar yang baru berusia setahun jagung itu.

Kehangatan isu ini dimulakan oleh Dewan Ulama PAS dan disokong kuat oleh beberapa pemimpin PAS yang sepakat menamakan Hadi Awang sebagai bakal PM. Cadangan itu kemudiannya mendapat reaksi baik dari ahli dan perwakilan parti semasa Muktamar PAS Ke 58 di Kota Bharu baru-baru ini.

Jika tidak kerana cadangan tersebut, kekalutan sekarang tidak akan timbul sama sekali memandangkan pimpinan tertinggi PR sudah sepakat bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang diktiraf sebagai calon PM seandainya mereka menang dalam PRU 13.

Apabila polemik ini semakin hangat hari demi hari, mahu tidak mahu ramai pemimpin PR terutama dari PKR dan DAP seboleh mungkin cuba menanam kembali keyakinan penyokong pembangkang supaya hanya fokus pada Anwar sahaja.

Menangnya belum tentu, nak kekalkan semua empat negeri yang PR perintah sekarang pun dah tercunggap-cunggap dibuatnya, inikan pula asyik berebut dan bertelagah siapa yang layak jadi calon PM. Kalah angan-angan Mat Jenin.

Angka empat bagi masyarakat Cina amat tak digemari, kata mereka suwey. Jadinya, bukahkah elok daripada PR sibuk nak ke Purtrajaya lebih baik cari jalan macam mana nak kekalkan empat negeri yang sedang mereka kuasai sekarang.

Tapi kalau pemimpin PR percaya pepatah "yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat" itu hanyalah peribahasa karut dan tahyul, apa kata namakan sahaja Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebagai calon PM, habis cerita.

Jangan pandang lekeh pada Mahfuz, walaupun dirinya terkenal sebagai Mr Bean Malaysia yang tersohor dengan kenyataan lawak bodohnya, namun sehingga kini imej peribadinya masih bersih disebabkan belum ada lagi isu skandal seksnya yang terdedah pada umum.

Cuba bandingkan dengan Anwar yang terbelit dengan isu cinadoll di atas katil berpijat sampai tergaru-garu badan si amoi dari depan ke belakang, kan ada bezanya dengan imej suci murni Mahfuz Bean, tak gitu?

Hadi pula terbelenggu dengan masalahnya yang terkenal lembap dalam memimpin PAS serta terbukti gagal membawa halatuju parti itu sehingga akibatnya merendahkan kedudukan PAS di mata pemimpin PKR dan DAP.

Jadinya, berdasarkan situasi rumit yang sedang membelit dua pemimpin besar PR dari PKR dan PAS itu, logiklah Mahfuz lebih layak untuk diketengahkan.

Dengar ura-uranya tinggi juga cita-cita Mahfuz. Dia bukan sahaja pernah berangan nak jadi PM, malah sekarang ini pun sedang menyusun langkah untuk menikmati keempukan kerusi Menteri Besar Kedah dengan mengambil kesempatan dari perbalahan Ustaz Azizan dengan geng Phahrolrazi.

Sekalipun Mahfuz tidak memiliki taraf pendidikan yang tinggi dan hanya sekadar lulus SRP namun beliau berpegang pada mottonya yang tersendiri iaitu pendidikan sepanjang hayat. Tampak memukau keinteklektualannya sesuai dengan tahap pendidikan sehingga lulus SRP.

Ini sekaligus melayakkannya tergolong dalam kumpulan professional atas sifatnya sebagai bekas pengangkut beg di lapangan terbang. Nampak lagi hebat berbanding Anwar dan Hadi.

Lagipun dari segi fahaman mazhab Islam, Mahfuz tidakpun tergolong sebagai Syiah mahupun Wahabi, itu satu kelebihan besar berbanding Anwar Ibrahim yang kini masih sebati dengan fahaman pluralisme dan liberalisme yang bercanggah dengan Islam.

Berdasarkan beberapa sebab di atas, sukalah dicadangkan supaya pemimpin PR kembali bermanis muka dengan mempertimbangkan kelayakan Mahfuz sebagai calon rasmi PM. Dua bekas calon PM iaitu Anwar dan Hadi lupakan saja, kedua-duanya hanya menyebabkan penyokong PR makin pening kepala. - Beruang Biru

PEJUANG BANGSA

Posted: 27 Nov 2012 11:28 AM PST

PEJUANG BANGSA


Satu petak parking berharga 1/2 juta du Hong Kong !!

Posted: 27 Nov 2012 11:00 AM PST



HONG KONG - Satu petak tempat letak kereta individu dijual pada harga AS$166,666 (RM509,190) di Hong Kong, menurut beberapa laporan semalam.

 Petak itu kini menjadi salah satu cara untuk para pelabur memperoleh keuntungan dengan menjualnya pada harga yang tinggi.

 Pada minggu lalu, seorang hartawan Hong Kong, Li Ka-shing menjual 514 petak tempat meletak kereta dan memperoleh sebanyak AS$77 juta (RM235.24 juta), menurut akhbar South China Morning Post dan The Standard. Petak tempat meletak kereta di Hong Kong boleh disewa pada harga AS$490.30 (RM1,497) hingga AS$606.43 (RM1,852) sebulan. - AFP

#HarimauMalaya turun tanpa Mat Yo berdepan Laos ??

Posted: 27 Nov 2012 08:55 AM PST




Malaysia  berdepan laluan berliku pada perlawanan kedua Kumpulan B Piala AFF Suzuki menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok selepas penyerang Norshahrul Idlan Talaha disahkan mengalami jangkitan kuman di telinga.
Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Datuk K.Rajagobal berkata, beliau tidak pasti sama ada mampu menurunkan penerima anugerah pemain paling bernilai tiga tahun berturut-turut tersebut pada perlawanan menentang Laos.

"Memang benar (Mat Yo) mengalami masalah kesihatan, dan saya tidak pasti sama ada dapat menurunkan beliau atau tidak, pada perlawanan esok.
"(Bagaimanapun), saya akan mendapatkan pengesahan daripada doktor pakar yang merawat beliau terlebih dahulu pada malam ini untuk mengetahui sama ada beliau boleh beraksi atau tidak," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM Kelana Jaya hari ini.
Malaysia, yang sebelum ini diaibkan 0-3 oleh Singapura pada perlawanan pembukaan Ahad lepas, perlu mencatat kemenangan dalam dua perlawanan berikutnya iaitu Laos esok dan Indonesia, Sabtu ini bagi mencerahkan peluang ke separuh akhir.
Mengulas pemain yang bakal menggantikan tempat Norshahrul jika tidak boleh beraksi esok, Rajagobal berkata beliau akan menamakan pengganti sebelum sepak mula perlawanan itu.
"Saya masih tetap menaruh harapan supaya Mat Yo mampu pulih sebelum perlawanan pada malam esok," katanya.
Sementara itu, penyerang skuad kebangsaan Mohd Safee Mohd Sali berkata, beliau berharap pengganti Norshahrul mampu membantunya mencipta peluang untuk merobek gawang Laos esok.
"Ketiadaan Mat Yo dalam perlawanan esok mungkin merencatkan bahagian serangan skuad kebangsaan, tapi saya masih yakin bahawa semua pemain telah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik," katanya.
Penyerang Pelita Jaya itu turut bertekad menjaringkan gol dalam Piala AFF kali ini selepas kali terakhir berbuat demikian ialah ketika aksi persahabatan menentang Hong Kong pada 14 November lepas di Stadium Shah Alam.
Pandangan Mohd Safee itu turut dikongsi kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim yang melaungkan keyakinan bahawa peluang mereka ke separuh akhir kejohanan masih belum tertutup sepenuhnya.
"Kita belajar daripada kesilapan di atas kekalahan (0-3 kepada Singapura) itu, dan saya menyeru rakan sepasukan untuk mempamerkan persembahan terbaik pada malam esok untuk memungut tiga mata.
"Sekiranya kita beraksi dengan cemerlang pada malam esok, Insya-ALLAH, kita akan meraih keputusan positif," katanya. - Bernama

Muhyiddin tunjuk bagaimana nak berdoa kat orang PAS ! #PAU2012

Posted: 27 Nov 2012 07:36 AM PST



Ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassim  yang diakhiri dengan doa  sebentar tadi  ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda , Wanita & Puteri 2012  di PWTC .

Ternyata tiada langsung doa kehancuran seperti mana dilakukan PAS  terhadap UMNO .Malah mendoakan mereka yang tersasar kembali ke pangkal jalan diredhai .





TEKS PENUH UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA ,PEMUDA & PUTERI 2012


YB Naib-Naib Presiden UMNO YB Setiausaha Agung UMNO Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.


 1. Alhamdulillah, UMNO kini berada di persada 66 tahun usianya.Negara kita telah merdeka 55 tahun adanya. Ia datang bersama sebuah pemerintahan dari acuan negara sendiri, dari pimpinan anak watan sendiri. Selama lebih enam dekad inilah, parti kita telah mengabdikan diri kepada anak watan, mengubah keadaan, dari selubung kemunduran dan kemiskinan, kepada cahaya kemajuan dan kemakmuran.


 2. Kita bersyukur, kerana hasil gabungan kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebestarian pemimpin mengemudi negara, Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Rakyat dari segala rentasan kaum dan agama hidup dalam suasana yang harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan.

Pada masa yang sama, kita melonjak ke ambang negara maju dan melakar masa depan yang meyakinkan. Impian kita, harapan kita, hanyalah membina negara Malaysia yang berjaya dari Perlis hingga ke Sabah, dan sentiasa berada di bawah naungan Ilahi seperti yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim

: وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ

 Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. (Surah Al-Baqarah, Ayat 126)

 Saudara dan saudari yang saya hormati, Politik Perkongsian Kuasa

 3. Menghimbau 55 tahun yang lalu, Malaysia berada dalam situasi yang hampir sama seperti di Sri Lanka, Fiji dan Myanmar ketika negara-negara ini berada di ambang kemerdekaan. Kesemuanya adalah bekas tanah jajahan British yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Apabila British terdesak untuk melepaskan penguasaan ke atas tanah-tanah jajahan mereka, perkara utama yang menjadi persoalan ialah siapakah selain bangsa pribumi yang berhak mendapat hak kerakyatan, bangsa manakah yang akan menerajui pemerintahan negara baru itu, dan apakah bentuk negara yang mahu dibina.

 4. Kecuali di Myanmar, negara-negara ini memilih model politik perkongsian kuasa antara kaum. Di Sri Lanka, etnik Sinhalis dan Tamil bersetuju untuk berkongsi kuasa. Namun, persetujuan untuk berkongsi kuasa sahaja tidak menjamin keamanan dan kestabilan politik yang berkekalan. Perbalahan kaum tercetus di Sri Lanka selama beberapa dekad selepas merdeka, sehingga membawa kepada rusuhan, perang saudara, kemusnahan dan kemunduran.

 5. Di Fiji, etnik imigran yang ibu bapa mereka berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British telah diberikan hak kerakyatan apabila Fiji mencapai kemerdekaan pada tahun 1970. Dengan hak kerakyatan, mereka juga mempunyai hak yang sama dengan Bumiputera Fiji untuk terlibat dalam politik dan ekonomi. Malangnya, kerana tidak ada usaha untuk meratakan padang permainan, Bumiputera Fiji yang lebih mundur memberontak sehingga menyebabkan perbalahan dan rampasan kuasa.


 6. Lebih malang di Myanmar, etnik minoriti Rohingya yang berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British tidak diberikan hak kerakyatan langsung. Tanpa hak kerakyatan, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam politik, apatah lagi untuk berkongsi kuasa dengan kaum majoriti. Walaupun Myanmar telah merdeka selama 64 tahun, etnik Rohingya yang beragama Islam dilayan dengan begitu teruk sekali. Mereka tidak dibenarkan bekerja dengan kerajaan dan anak-anak mereka dihalang daripada bersekolah di sekolah kerajaan. Hatta untuk mendapatkan rawatan di hospital pun mereka menghadapi kesukaran. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah mereka dibakar, tanah-tanah mereka dirampas dan keluarga mereka dihalau keluar dari bumi Myanmar. Bagi orang Rohingya, bumi yang mereka pijak ibarat neraka dunia.

 Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

 KEBIJAKSANAAN POLITIK UMNO: MUAFAKAT UNTUK BERKONGSI KUASA 

 7. Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun kita mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum. Negara kita dipagari daripada malapetaka besar yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dengan izin Allah s.w.t kita dapat hidup dalam suasana yang aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

 8. Kesemua ini pastinya tidak terjadi dengan sendiri. Sudah tentulah ada sebab musabab yang menjadikan negara kita kekal aman, makmur dan sejahtera. Sebab yang utama ialah kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur antara parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum sewaktu itu, iaitu UMNO, MCA dan MIC. Apabila Barisan Nasional dibentuk pada tahun 1974, muafakat kita semakin kukuh dengan lebih banyak parti-parti yang mewakili pelbagai etnik dan suku kaum bergabung, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

 9. Sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional.

 10. Alhamdulillah, meskipun ada kalanya kita diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan Barisan Nasional sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

 11. Meskipun begitu, bagi puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang sempit bagi menagih laba politik. PAS sebagai contoh pernah menuduh UMNO sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir'aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional. 

12. Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional. Apabila mereka menerima pendirian UMNO dalam perkara yang berkait dengan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu, semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama UMNO. Malah, DAP menuduh UMNO sebagai parti rasis dan parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan kebencian orang bukan Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

 13. Sebenarnya saudara-saudari, PAS dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka. Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.

 14. Hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, bukannya MCA, bukannya MIC, bukan juga parti-parti komponen BN yang lain.

Sebaliknya ia didalangi oleh PAS dan DAP. Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi PAS masuk syurga, sembelihan orang UMNO tidak halal, solat berimamkan orang UMNO tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang UMNO yang merupakan saudara seagama mereka. Merekalah yang menyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan api fitnah, dan mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian.

 Sutera dilipat habis dicuci 
Tersimpul kemas di dalam laci 
Kalau hati berkarat benci 
 Terpacul di mulut nista dan caci

 PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA MUAFAKAT 

 Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

 15. PAS dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini PAS dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan Barisan Nasional. Hakikatnya, watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju. Sehingga ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.

 16. Mari kita lihat tiga senario di tiga buah negeri yang diperintah oleh mereka. Di Pulau Pinang misalnya, DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS. Walaupun PAS mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat PAS sehingga kini tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. DAP sebaliknya lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR. Walhal, sebagai parti yang mengaku memperjuangkan Islam, wakil rakyat PAS lah yang sepatutnya diberikan kepercayaan oleh DAP, untuk menjaga hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Nampaknya, DAP tidak percaya kepada PAS.

 17. Di Kedah pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS. Hari ini, apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP. Ini membuktikan bahawa DAP bukan sahaja tidak mahu berkongsi kuasa dengan PAS, malah menentang dasar Islam PAS.

 18. Di Selangor, seorang Exco PAS dan Exco DAP pernah bertelagah mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam di negeri itu. Bagi parti DAP yang sekular, bukan sahaja hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga tidak wajar dilaksanakan. Akibat pertelagahan ini, Exco PAS berkenaan dipecat dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam yang sebelum ini dipegang oleh beliau, diambil alih oleh Menteri Besar dari PKR.

 19. Ternyata, PAS hanya melukut di tepi gantang. PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR. Sungguh malang bagi PAS. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas. PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa.

 Saudara dan saudari,

 20. Cuba kita bayangkan, jika sekarang pun PAS tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa PAS boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang?

Saya pasti saudara dan saudari yang berada di dalam dewan ini, dan juga tuan-puan yang mengikuti ucapan saya di luar sana, tahu apa jawapannya. Tidak mungkin PAS boleh menegakkan negara Islam. Sebab itulah awal-awal lagi sekarang ini, PAS sudah mendendangkan lagu negara berkebajikan, bukan negara Islam.

 21. Selama ini pun PAS sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen. Misalnya, dalam pilihanraya tahun 1969, PAS bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.

 22. Ironinya, jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik PAS ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999. Saudara-saudari, PAS hanya menang semua kerusi yang ditandingi sewaktu berada dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974. Manakala, dalam semua pilihanraya yang lain, jumlah kerusi yang PAS kalah lebih besar daripada jumlah kerusi yang dimenangi.

 23. Berbeza dengan UMNO, sepanjang sejarah pilihanraya di negara kita, jumlah kerusi yang kita tandingi dan menang dalam pilihanraya membolehkan kita menjadi parti teras dalam kerajaan. Dengan kedudukan ini, UMNO mampu melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan perjuangan parti berlandaskan musyawarah dengan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.

 24. Mungkin PAS akan mengatakan kepada kita tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk menegakkan Islam. Janganlah bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api. Takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis, takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha PAS untuk menegakkan Islam. Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihanraya, 12 kali PAS berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam. Janganlah kita biarkan PAS berbohong lagi untuk kali ke-13.

 25. Dengan kedudukan PAS yang lemah, agak pelik bagi kita apabila dalam Muktamar PAS baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang. Seperti yang kita jangka, DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri. Persoalannya, bolehkah Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu sekali jawapannya tidak boleh.

 26. Jika tidak boleh, dan saya pasti mereka pun tahu ianya tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu? Bagi kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi PAS tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi PAS dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR.

 27. Sebenarnya saudara-saudari, konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihanraya yang lalu untuk mememerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa. Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada PAS.

 28. Cuba bayangkan saudara-saudari, jika masing-masing tidak percaya antara satu sama lain, bolehkah pembangkang bermuafakat sesama mereka? Bolehkah pembangkang memerintah negara dengan aman? Bolehkah pembangkang membawa kesejahteraan kepada rakyat? Boleh atau tidak saudara-saudari? Jika tidak jawapannya, pastikan kemenangan berpihak kepada kita dalam pilihanraya nanti.|Jangan kita serahkan negara kita ini untuk diporak-perandakan oleh pembangkang.

 CABARAN IDEOLOGI: ISLAM, KEBEBASAN DAN DEMOKRASI

 Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

 29. Kita sedang berhadapan dengan tentangan ideologi baru. Kononnya atas nama kemunculan politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral. Di kalangan parti-parti politik tertentu, mereka akan mengutip apa sahaja ideologi yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang sekalipun.

 30. Di peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan yang memperjuangkan ideologi songsang yang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama. Misalnya, kumpulan yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang tertindas. Undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap oleh kumpulan ini sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka.

 31. Hari ini, mereka semakin berpengaruh. Banyak kerajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf hak golongan songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Mereka turut melobi supaya hak golongan songsang ini dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean di Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini.

 32. Alhamdulillah, Malaysia di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak menolak keras cadangan ini, kerana bagi kita amalan yang bertentangan dengan prinsip agama dan fitrah manusia tidak boleh dibiarkan berleluasa. Bayangkan, apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita, keluarga kita, masyarakat kita dan agama kita jika amalan songang ini dibiarkan menular. Kita bersyukur, negara-negara Asean lain bersetuju dengan pendirian Malaysia, dan cubaan untuk mengiktiraf amalan yang bertentangan dengan prinsip agama, moral dan fitrah manusia sebagai satu hak gagal.

 Saudara-saudari yang saya hormati sekalian, 

 33. Di negara kita, ideologi songsang ini sudah menembusi benteng politik pembangkang. Kerana itu, sejak akhir-akhir ini kita lihat pandangan Ketua Pembangkang agak bercelaru. Satu ketika, beliau tanpa segan dan silu mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang jenayah negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang yang kolot. Sedangkan kita semua tahu bahawa perbuatan terkutuk itu ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama lain. Jika undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot? Janganlah kerana perlakuan songsang ini dibenarkan di Barat, dan diterima sebagai hak asasi manusia oleh mereka, maka dia pun turut hendak menghalalkannya.

 34. Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang Naib Presiden PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain. Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari'at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam. Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

 35. Inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang. Mereka cuba merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat kukuh di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Tidak pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini, atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran angan-angan mahu ke Putrajaya, semuanya boleh sahaja.

 36. Inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang. Kita di dalam UMNO tidak boleh alpa. Ingatlah, UMNO adalah parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam. Bangkitlah menjadi benteng mempertahankan masyarakat kita daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang. Jangan biarkan mereka menembusi jiwa anak-anak kita. Jangan biarkan mereka meracuni pemikiran masyarakat kita. Jangan biarkan mereka merungkai asas-asas agama kita. Kita yakin rakyat akan terus bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang. Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

 37. Walaupun pembangkang menjanjikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala apabila bercakap mengenai demokrasi dan kebebasan, mereka tidak mengotakan apa yang janjikan. Seperti yang disimpulkan dengan begitu tepat sekali oleh YAB Presiden, antara sisi hodoh budaya pembangkang ialah bila berhutang tak perlu dibayar, bila menerima tak perlu berterima kasih, bila berjanji tak perlu ditepati. Jika saudara-saudari ingat, dalam manifesto pembangkang dahulu, tercatat janji untuk memberikan bermacam-macam kebebasan kepada rakyat kalau mereka berkuasa, termasuk janji kebebasan media.

 38. Namun, belum pun sempat mereka berkuasa, pembangkang telah awal-awal lagi memungkiri janji mereka. Hari ini, apabila ada akhbar yang mendedahkan kepincangan mereka, mereka bergegas ke mahkamah menyaman akhbar berkenaan. Jumlah saman bukannya sedikit. Misalnya, nilai saman mereka ke atas sebuah akhbar arus perdana sejak tahun 2008 mencecah 1 bilion ringgit. Dengan jumlah sebesar ini, pembangkang di negara kita mencipta rekod dunia mengemukakan jumlah saman yang paling besar kepada sebuah akhbar.

 39. Mereka berharap akhbar-akhbar di negara kita tidak lagi berani mendedahkan hakikat kepincangan dan keburukan mereka. Selain itu, pembangkang juga menghalang akhbar-akhbar tertentu daripada membuat liputan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh mereka, termasuk di sidang-sidang Dewan Undangan Negeri. Inilah sebenarnya taktik kotor pembangkang untuk menutup kepincangan dan membisukan pengkritik mereka.

 40. Inilah wajah sebenar pembangkang. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka lupa janji, lupa diri, lupa segalanya. Lebih memalukan, mereka lupa bahawa merekalah yang menabur fitnah ke serata dunia bahawa mahkamah kita tidak adil, mahkamah kita berat sebelah, mahkamah kita zalim. Tetapi apabila terdesak, merekalah orang yang paling awal berkejar ke mahkamah untuk mendapatkan perlindungan. Sebenarnya mereka tahu bahawa mahkamah kita boleh memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja termasuk mereka. Tetapi kerana niat jahat mereka untuk memberikan gambaran buruk tentang negara kita kepada masyarakat antarabangsa, mereka sanggup menabur fitnah.

 41. Samalah juga dengan tindakan Ketua Pembangkang meminta campurtangan kerajaan asing untuk memastikan pilihanraya kita bersih, bebas dan adil. Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihanraya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan Barisan Nasional, dia tergamak meminta campurtangan asing dalam hal ehwal politik negara kita.

 42. Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-awal lagi mengatakan pilihanraya di negara kita tidak adil. Barangkali dia pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam pilihanraya nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihanraya negara kita tidak adil, supaya apabila mereka kalah dalam pilihanraya, senanglah untuk mereka menuduh bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka. Senang jugalah untuk mereka berhimpun di jalan-jalan raya bagi menolak keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

 43. Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adilkah pemilihan PKR? Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti. Apakah sah kedudukan Ketua Pembangkang dalam partinya sendiri? Perkara seumpama itu hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, parti itu ibarat Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR).

 44. Kesemua ini tidak membayangkan mereka komited untuk melaksanakan janji demokrasi. Sudahlah komitmen kepada Islam semakin luntur, komitmen kepada demokrasi pun tidak ada. Bagi kita, parti-parti pembangkang tidak ada keabsahan moral untuk bercakap mengenai Islam atau demokrasi.

 45. Demokrasi yang sebenar terlaksana apabila kerajaan mendengar rintihan, denyut nadi dan suara hati rakyat, apabila kerajaan melaksanakan dasar yang memenuhi aspirasi rakyat, apabila kerajaan membela nasib rakyat, apabila kerajaan menghapuskan ketidakadilan sosial yang mengancam perpaduan rakyat. Tiada maknanya demokrasi jika masih ada rakyat hidup melarat. Matlamat demokrasi tercapai apabila setiap rakyat dapat mengecap kehidupan yang sejahtera dalam negara yang makmur. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO untuk bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

 JAMINAN UMNO UNTUK BANGSA MELAYU 

 Saudara-saudari,


 46. UMNO terus komited untuk membela bangsa Melayu. Usaha-usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus diberikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi yang sedang pesat berkembang. Hari ini, dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera, pegangan ekuiti Bumiputera telah meningkat dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010, dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit. Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan bagi parti kita dan bangsa kita. InsyaAllah, dengan pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, kita akan berjaya mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020

. 47. Begitu juga dengan perjuangan Islam. UMNO tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam. Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan. Hari ini dunia melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik. Dengan kedudukan negara kita yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di seluruh dunia. Kita telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka memerlukan bantuan kita. Alhamdulillah, berkat kebijksanaan pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan UMNO untuk memartabatkan Islam.

 48. Sepanjang 66 tahun UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam, UMNO tidak pernah menganiaya mana-mana kaum. Inilah keadilan UMNO. Inilah kesaksamaan UMNO. Pejuang UMNO tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan UMNO. UMNO berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Justeru, UMNO akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama. Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur'an

: يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

 Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al Ma'idah, Ayat 8)

 49. Saudara dan saudari yang berada di dalam Dewan Merdeka ini, dan juga yang sedang mengikuti ucapan saya di kaca-kaca televisyen, atau di corong-corong radio di luar sana, pak-pak haji yang baru pulang dari masjid, ibu-ibu yang sedang melayani anak-anak di rumah, pemandu-pemandu teksi yang sedang mencari rezeki di kota, para pekerja yang sedang berbakti kepada negara, para anggota keselamatan yang sedang menjaga keamanan kita, mahasiswa yang sedang mentelaah pelajaran di universiti, pemuda-pemuda yang sedang merenung masa hadapan, inilah komitmen UMNO dan Barisan Nasional, inilah janji UMNO dan Barisan Nasional.

Kita sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita dan pembangkang. Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral, maruah bangsa dan kesucian agama.


 50. Renungkanlah saudara dan saudari. Tilik betul-betul apa yang dijaja oleh pembangkang dan apa yang dikota oleh UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun pembangkang mempamerkan kepada kita bahawa merekalah yang akan membawa sinar kesejahteraan kepada rakyat, janganlah kita terpedaya. Sinar yang mereka janjikan itu ibarat kilauan sekeping kaca yang hanya menanti saat retak dan pecah berderai. Kita pasti rakyat yang matang lagi bijaksana dapat membezakan antara kepalsuan kaca dan ketulenan permata.

 BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN 

 Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

 51. Kita sedang berada di tengah pertarungan politik yang akan menentukan survival parti, masa depan bangsa dan kedudukan negara. Saudara-saudari yang berhimpun ini adalah lambang kekuatan perjuangan di tengah-tengah pertarungan ini.

Dalam pusingan terakhir persiapan menghadapi pilihanraya, saudara-saudari di negeri, bahagian dan cawangan telah bekerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti. Sebagai Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihanraya, saya amat menghargai kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan saudara-saudari mencurahkan bakti kepada parti tanpa mengenal penat lelah. Percayalah, segala usaha yang dicurahkan oleh saudara-saudari, segala keringat yang menitis ke bumi, akan menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. InsyaAllah. 

52. Pertingkatkan gerakerja bagi memenangi pilihanraya. Sebagai barisan hadapan jentera parti, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pasukan tahan lasak parti. Bergeraklah ke serata pelusuk desa dan kota, harungilah lembah, sungai dan denai, dari Kangar hingga ke Semporna, julanglah panji perjuangan, insyaAllah kita akan mengarak obor kemenangan.

 53. Gerakkan jentera di setiap peringkat. Pastikan mereka bersedia turun ke medan perang apabila semboyan dibunyikan. Atur strategi berkesan untuk menangi hati pengundi. Pujuklah mereka dengan penuh hikmah. Mudah-mudahan dengan izin Allah s.w.t., pintu-pintu hati mereka akan terbuka luas untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

 54. Ingatlah, bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan kita. Apabila kita memilih untuk berada di atas landasan perjuangan UMNO, kita bukan bekerja untuk diri kita, tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Perjuangan ini tidak boleh kita lakukan secara bersendirian. Kita memerlukan sokongan dan dokongan rakan-rakan seperjuangan. Bekerjalah dalam semangat kesatuan hati (wahdatul qalb), kesatuan fikiran (wahdatul fikr), kesatuan matlamat (wahdatul hadaf) dan kesatuan amal (wahdatul amal) untuk meneruskan agenda perjuangan parti yang suci.

 55. Yakinlah bahawa kita berada di pihak yang benar. Matlamat UMNO mempertahankan Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah perjuangan suci yang kita galas hingga ke saat ini. Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci UMNO mesti kita perkukuhkan.

 56. UMNO di bawah kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara kita. UMNO telah merasai denyut nadi rakyat. Menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, sentuhan pembaharuan UMNO sedang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Baik petani, nelayan dan pekebun kecil di desa, pemandu teksi dan peniaga di kota, golongan pekerja, profesional dan penjawat awam, kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan, remaja, belia dan mahasiswa, malahan golongan gelandangan dan kurang bernasib baik, semuanya sedang merasai sentuhan UMNO.

 57. Kita akur bahawa transformasi adalah satu proses yang berterusan. Kita tahu bahawa masih banyak rintangan dan cabaran yang menanti. Walau apapun, demi menjamin masa depan Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera, marilah kita redah segala rintangan, kita harungi segala dugaan, kita atasi segala cabaran. Marilah kita berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Presiden untuk memimpin parti dan negara.

Marilah kita berikan sepenuh ketaatan kepada khalifah yang akan memimpin bala tentera kita. Firman Allah s.w.t dalam al-Qur'an al-karim:

 أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ

 Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (yakni orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. (Surah Al-Nisa', Ayat 56) 58.

Kepada Wanita, teruskanlah, perhebatkanlah, semarakkanlah perjuangan menjalin rantaian sokongan. Sebarkanlah kasih sayang UMNO melalui Jalinan Rakyat, Skuad Sayang dan Salam Sayang. Maralah dengan merah yang menyala, tiuplah ia hingga menjadi obor yang menerangi jalan-jalan kemenangan. Wanita UMNO, engkaulah ibu, engkaulah pembimbing, engkaulah srikandi.

 59. Kepada Pemuda, saudara-saudara lah hulubalang benteng hadapan yang akan mempertahankan Putrajaya. Gempurlah musuh kita. Pantang anak muda menyerah. Jangan biarkan walau setapak mereka melangkah. Turunilah ke setiap kota, desa dan lurah. Dekatilah generasi muda dengan hikmah.Berjuanglah dengan tabah. Adat bertarung menjunjung maruah. Membujur lalu melintang patah.

 60. Kepada Puteri, permata yang bergemerlapan, sinarilah generasi muda dengan harapan dan keyakinan. Andalah yang memahami suara hati mereka. Rasailah denyut nadi mereka. Menangilah hati mereka. Bawalah mereka bersama kita dalam perjuangan murni melakari masa depan nusa dan bangsa.

 61. Kita tidak gentar menghadapi cabaran zaman. Perteguhkanlah pendirian kita. Perkukuhkanlah tekad kita. Pertingkatkanlah kebijakasanaan kita. Kita mengajak rakyat tanpa mengira kaum dan agama, agar bersama-sama kita mempertahankan benteng negara daripada ditembusi oleh ideologi songsang, dakyah politik jahat dan budaya sesat yang dibawa oleh pembangkang.

Marilah bersama-sama kita mendaulatkan maruah agama, bangsa dan negara. Marilah kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita diberikan kekuatan untuk menghadapi mihnah dan fitnah zaman. Marilah kita memohon pedoman dari Allah s.w.t. agar ditetapkan hati-hati kita untuk terus berada di landasan perjuangan yang suci ini. Marilah kita memohon hidayah dari Allah s.w.t. agar dilembutkan hati-hati kita untuk menerima seruan persaudaraan dan perpaduan.

 InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalanNya. Firman Allah s.w.t. dalam surah Muhammad, Ayat 7: يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

 62. Pemuda adalah hulubalang UMNO, Wanita adalah srikandi UMNO, Puteri adalah permata UMNO. Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkanlah saf perjuangan kita. Berjuanglah dengan penuh ikhlas dan yakin membela agama, bangsa dan negara. Bangkitlah menjulang panji perjuangan.

Maralah ke medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita berjuang, berkat kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, UMNO dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan!

Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa: Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah!

 Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
 Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
 Satukanlah hati-hati kami di jalanMu Ya Allah Ya Tuhan Kami!

 Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
 Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai

Ya Allah Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu

 Ya Allah Ya Allah Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
 Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami

Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
 Engkau perteguhkanlah daya juang kami
 Dengan rahmatmu

Ya Allah Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami fai'za 'azamta fatawakkal 'alallah

 Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

 Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

 Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012.

 Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Mat Yo sah sertai Johor musim depan #HarimauMalaya

Posted: 27 Nov 2012 06:00 AM PST



Amboi Johor ...punya la takut Mat Yo pergi pasukan lain . Sampai sign kontrak dibuat di hospital . Apapun tahniah buat beliau yang beralih angin ke selatan tanahair pulak .

GPB doakan Mat Yo segera sembuh dan harap beliau boleh diturunkan menentang Laos . Kita betul -betul perlukan kemenangan .


Mahasiswa kini dah berani bersama BN @khairykj #PAU2012

Posted: 27 Nov 2012 05:28 AM PST





 Mahasiswa hari ini dlihat lebih berani apabila secara terbuka membuka baju mereka dengan menunjukkan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata perkembangan tersebut menunjukkan golongan muda semakin dekat untuk bersama-sama dengan UMNO dan BN yang membawa erti dan makna yang cukup besar.
Menurut beliau jika pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, memang tidak dinafikan golongan tersebut tidak memihak kepada BN, namun hari ini dengan adanya kumpulan profesional muda, ulama muda dan sebagainya lagi menunjukkan segala-galanya telah berubah.
"Pada 2008, kita tidak boleh nafikan generasi muda tidak memihak kepada kita. Di bandar….di luar bandar, warung kopi dan sebagainya jauh meninggalkan UMNO dan BN.
"Dan hari ini kita telah buktikan bukan hanya pengundi muda sudah mula kembali kepada BN dengan melihat keputusan pilihan raya-pilihan raya kecil,  malah segmen penting kepada kita mahasiswa yang berpendidikan tinggi, terpelajar, berfikiran kritis, mereka sudah berani buka baju menyatakan sokongan mereka kepada  UMNO dan BN.
"Kali ini  kita tunjuk sokongan manifestasi golongan muda bersama kita. Mahasiswa dengan kelab penyokongnya, orang muda profesional dengan BN Youth Volunteers. Ini menujukkan tidak hanya terhad kepada mahasiswa dan tidak hanya terhad kepada profesional muda malah  ulama muda pun bersama UMNO," katanya.



Beliau berkata demikian  ketika berucap  merasmikan Pelancaran Kelab Penyokong  BN IPTA berkata pindaan terhadap Akta Universiti, di Dewan Tun Razak 1, PWTC, di sini, hari ini.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah janji kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendekati golongan muda menampakkan hakikat dan realiti.
"Kita nak nyatakan janji kita kepada PM empat tahun yang lepas, sewaktu kita sama-sama mula mengambil alih kepimpinan Pemuda,  kita  telah berjanji dan ikrar kepada Presiden untuk  bertungkus lumus walau apa jua keadaan, rintangan tidak  kira Melayu, Cina India, orang Asli, Sarawak, Sabah dan sebagainya lagi untuk bersama dengan kita.
"Hari ini kita ada mahasiswa, profesional muda, ulama muda dan pelbagai lagi, namun kekuatan kita datang daripada Pemuda cawangan dan itu tetap jadi jentera utama kita dan semua itu kita garapkan untuk membawa panji Pemuda pada PRU akan datang.Jangan kita alpa, leka dan perjalanan masih lagi jauh," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda UMNO Syahrin Md Jamaludin berkata pihaknya menyasarkan penyertaan 5,000 anggota untuk lima zon di seluruh negara.
"Mahasiswa berumur 21 tahun dan telah mendaftar sebagai pengundi layak untuk menjadi ahli kelab ini," katanya.
Penubuhan kelab itu adalah langkah awal yang diambil Pemuda UMNO selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 yang kini membenarkan mahasiswa telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik. -MediaUMNO

Rajagopal serius janji perubahan #HarimauMalaya bertemu Laos

Posted: 27 Nov 2012 01:36 AM PST




Selepas tewas 3-0 kepada Singapura dalam perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF Ahad lepas, pasukan tuan rumah kini mesti mendapatkan kemenangan bertemu Laos dan Indonesia untuk mara ke separuh akhir.
Rajagobal berkata, perlawnanan dengan Laos sangat penting dan pasukan kini hanya fokus untuk menang.
"Laos adalah satu pasukan yang mempunyai semangat yang kuat. Kami telah menyaksikan perlawanan mereka dengan Indonesia. Mereka juga berdisiplin dan serangan balas mereka tidak kurang hebatnya jadi kami harus berwaspada," katanya kepada media.
Beliau juga memberitahu akan terdapat beberapa perubahan dalam pasukan esok namun enggan menyatakan perubahan itu.
"Kami telah menjalani sesi latihan yang baik semalam. Saya telah memberitahu pemain bahawa saya serius dan mereka kenal saya.
"Semestinya terdapat perubahan dalam pasukan esok dan perubahan ini harus dilakukan." jelasnya.
Apabila ditanya jika beliau kecewa dengan kritikan dari pelbagai pihak terhadapnya dan pasukan, beliau berkata:

 "Kami harus menerima kritikan. Saya faham semua orang kecewa dan sebagai jurulatih, saya paling kecewa.
"Memang saya tak jangka tewas dengan Singapura tetapi anda mahu saya bimbangkan perlawanan itu atau fokus perlawanan seterusnya? Saya seorang pejuang dan optimistik.
"Semua mesti ingat, mereka harus menghargai pasukan ini kerana pasukan inilah yang pertama menjuarai Piala AFF Suzuki untuk Malaysia."
Ramai penyokong telah kecewa dengan kekalahan Malaysia Ahad lepas, namun beliau berharap sokongan akan terus diberikan.
"Kami perlukan penyokong. Saya sangat patriotik tentang pasukan saya dan negara."
Sementara itu, jurulatih Laos, Kokichi Kimura akui bukan mudah untuk bertemu Malaysia namun berharap ia akan menjadi satu perlawanan yang baik.
"Saya jangkakan satu perlawanan yang sukar dengan Malaysia. Mereka akan memberikan tekanan kepada kami kerana sebagai tuan rumah mereka mesti ingin menang." katanya.
"Kami masih mempunyai banyak peluang untuk mara. Terdapat sedikit perubahan taktik ketika bertemu Malaysia nanti kerana mereka berbeza dengan Indonesia.
"Saya tahu Malaysia akan berikan 100 peratus, jadi Laos mesti beri 110 peratus nanti," tambahnya.

Madrasah di P.Pinang nak diroboh ,apa Salleh Man buat ?

Posted: 26 Nov 2012 05:30 PM PST




Penduduk Tanjung Tokong di sini menentang tindakan Majlis Agama Islam dan Mufti membenarkan untuk merobohkan Madrasah Al-Taqwa yang berusia 87 tanpa mendapatkan persetujuan jawatankuasa madrasah berkenaan. Madrasah itu ditubuhkan oleh nelayan kawasan itu dan tapak asalnya adalah di tepi laut. Setelah ditebus guna ia dipindahkan ke tapak baru iaitu tapak sekarang.

 Setiausahanya, Shafiq Iqmal Md Elias berkata, beliau kesal dengan tindakan Majlis Agama Islam negeri dan pihak mufti meluluskan untuk merobohkan madrasah itu dan membina semula di tapak asal berhampiran Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong.

 "Kami tidak bersetuju madrasah ini dipindahkan di tempat lain terutama di sebelah Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong dan patut dinaik taraf di tapak yang sedia ada dan dimakmurkan terus dari masa ke semasa. "Persoalannya, bagaimana pihak mufti dan Majlis Agama Islam negeri boleh memberi kebenaran untuk merobohkan madrasah berkenaan tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Madrasah At-Taqwa," katanya di sini, kelmarin.

 Menurutnya, selama ini segala pengurusan dan perbelanjaan madrasah diuruskan oleh jawatankuasanya tanpa mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam negeri sehingga wujud bangunan yang sedia ada seperti sekarang. Beliau yang menentang segala usaha untuk merobohkan madrasah itu mendakwa, pembinaan madrasah didirikan secara sah dan sesuai ditempatkan di tapak yang sedia ada untuk mengekalkan sebagai kampung warisan ketika sidang Dun Pada 3 November lalu.

 "Sebarang keputusan tentang masa depan madrasah ini wajib mendapat persetujuan kami yang bertanggungjawab terhadap kelestarian," katanya. Bantahan itu disuarakan oleh wakil dan penduduk kampung itu dengan dihadiri kira-kira 50 orang.

Sementara itu, penduduk, Suraya Kader Ibrahim, 24, berkata, madrasah itu sering diakses oleh penduduk untuk mendirikan solat berjemaah, majlis-majlis ilmu, ceramah, usrah dan solat hari raya. "Tempat ibadat ini sering diimarahkan oleh penduduk setempat terutamanya untuk menguruskan hal-hal yang berkenaan kematian. "Ia tidak boleh dirobohkan kerana banyak kegunaan kepada masyarakat setempat," katanya

Apek nafi persiapan perkahwinan punca hilang fokus #Harimaumalaya

Posted: 26 Nov 2012 04:33 PM PST




 Gagal mempamerkan persembahan cemerlang dan melakukan kesilapan bukanlah disebabkan fikirannya melayang memikirkan persiapan perkahwinan, tegas penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat. Kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin dikatakan berpunca daripada Khairul Fahmi Che Mat terutamanya ketika pasukan jiran menjaringkan gol kedua.

 Bagaimanapun penjaga gol nombor satu negara itu dalam nada tegas, menepis dakwaan bahawa dia tidak mampu untuk beraksi cemerlang kerana memikirkan tentang persiapan perkahwinannya, di mana tarikh pernikahannya berlangsung pada 28 Disember ini.

 "Saya memohon maaf kepada semua di atas kekalahan malam ini (kelmarin) dan saya bertanggungjawab di atas kekalahan ini," kata pemain berusia 23 tahun itu ketika ditemui media selepas perlawanan tamat.

 Khairul Fahmi yang juga dikenali sebagai Apek, didakwa memberikan 'gol mudah' yang kedua buat Sang Singa apabila gagal mengeluarkan bola di dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-37. Selain itu, persembahannya pada aksi tersebut dilihat sedikit 'goyah' kembali fokus pada separuh masa kedua.

 Ketika salah seorang wartawan televisyen bertanyakan tentang persembahannya goyah disebabkan persiapan perkahwinannya, Khairul Fahmi berkata, dia hanya ingin menjawab tentang soalan mengenai bola sepak sahaja. "Kita akan bangkit semula pada perlawanan kedua nanti dan sekali lagi saya minta maaf kepada pasukan serta seluruh rakyat Malaysia di atas kekalahan tersebut," kata pemain yang berasal dari Kota Bharu itu.

 Sementara itu, bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli tampil mempertahankan prestasi Apek sambil menyifatkan wira Piala Suzuki AFF 2010 itu bakal mengulangi persembahan hebat pada perlawanan kedua ketika menentang Laos.

 Penjaga gol Selangor itu, yakin Khairul Fahmi masih memerlukan sokongan untuk membangkitkan kembali prestasi sebenar dalam usaha membantu skuad negara mempertahankan kejuaraan yang diraih dua tahun lalu.

 "Inilah dunia bola sepak. Kadang-Kadang kita menonjol, kadang-kadang tidak. Tekanan amat dirasai memandangkan kita tampil sebagai juara bertahan ditambah lagi hadir sebagai tuan rumah kejohanan," ujarnya.

HAMAS hargai sokongan UMNO bantu rakyat Palestin #PAU2012

Posted: 26 Nov 2012 04:00 PM PST



– Hamas amat menghargai jalinan yang dilakukan oleh UMNO dalam melaksanakan usaha mengembling rakyat Malaysia untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menggerakkan bantuan kemanusiaan. 

Ketua Hubungan Antarabangsanya, Osama Hamdan menyatakan bahawa keseluruhan anggota dalam UMNO memberikan sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestindi Semenanjung Gaza.

 "Sebagai sebuah parti Islam, UMNO sentiasa bersikap terbuka dan menghulurkan tali persaudaraan dengan semua bangsa apatah lagi yang beragama Islam termasuklah perjuangan rakyat Palestin," katanya.

 Jelasnya, keseluruan anggota dalam UMNO memberikan sokongan penuh terhadap perjuangan rakyat Palestin, menyokong perjuangan Islam, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Hamas dan mempunyai hubungan yang baik dengan keseluruhan rakyat Palestin tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

 "UMNO dan rakyat Malaysia melalui kepimpinannya Presiden parti yang juga Perdana Menteri sentiasa mengharapkan situasi dalam negara bergolak akan aman." Hamas adalah antara 23 parti politik yang hadir dalam Forum Antarabangsa bertajuk 'Budaya Demokratik Baharu Dalam Landskap Politik Sekarang' sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berlangsung selama dua hari di PWTC bermula hari ini. 

Turut hadir bersama beliau ialah Dr. Khaled Qadomi dari Jabatan Hubungan Antarabangsa selain Al-Fatah yang dianggotai oleh Dr. Abdullah M.I. Abdullah dan Heyam M.A. Saada. – MediaUMNO



*** Itu pun Ostazah segera hamPAS   kata apa pemimpin UMNO buat bantu Palestin ?


IPOHMALAY

Posted: 27 Nov 2012 09:13 AM PST

IPOHMALAY


Dong Zong : Bagi Betis Nak Peha

Posted: 26 Nov 2012 06:07 PM PST

Dong Zong, sebuah pertubuhan antara paling dibenci majoriti rakyat negara ini membuat dakwaan tidak berasasnya bahawa Bahasa Cina di negara ini diabaikan. 

Tepu pandangan melihat bahasa Cina di mana-mana, namun masih dikatakan bahasa Cina diabaikan. Sehingga Perdana Menteri mempunyai nama Cina, Ah Jib Gor, masih dikatakan bahasa Cina diabaikan.

Tidak salah jika keterlampauan Dong Zong dibalas dengan kempen hapuskan pendidikan vernakular di negara ini empat tahun lalu.

Golongan yang mempertikai hak istimewa Bumiputra ini sepatutnya mempertikaikan juga pendidikan vernakular di negara ini kerana kedua-duanya vis-a-vis dalam kewujudannya di bumi Malaysia tercinta.

Jika mereka bersikap berat sebelah dalam hal ini, nescaya bala pemberontakan akan terjadi apatah lagi seandainya mereka berjaya memperkudakan PAS dan PKR , parti-parti Melayu yang bersifat kuda kayu. 

Ini kerana, di titik itulah nanti mereka akan mencapai paras tertinggi dalam perjuangan mereka mencinakan negara ini. Mereka belum kenal apa itu gerakan asimilasi. Siapa mereka yang mampu menghalang itu dari terjadi sekiranya UMNO tidak memerintah lagi.

Bukanlah jika UMNO tidak memerintah lagi itu melambangkan DAP-PAS-PKR , tetapi melambangkan sebuah kuasa baru yang teguh prinsip Islam (bukan ala PAS yang bercampur freethinker PKR) dan yang memperjuangkan anti penjajahan bentuk sosial oleh chauvinis Cina di Nusantara.


Tuduhan bahasa Cina diabai tidak berasas

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Perkembangan berterusan bahasa Cina dalam institusi pendidikan negara selama ini membuktikan dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kononnya kerajaan mengabaikan bahasa ibunda kaum itu, adalah tidak berasas.
Bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Tan Sri Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata, dakwaan itu hanya menggambarkan sikap negatif Dong Zong terhadap usaha pembaharuan yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan dalam sistem pendidikan negara.
Menurutnya, tindakan menuduh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mahu merosakkan bahasa dan sistem pendidikan sekolah Cina tanpa sebarang bukti adalah tidak wajar.
"Selama ini kita tidak nampak ada usaha daripada mana-mana pihak untuk membantut perkembangan pendidikan sekolah Cina dan bahasa Cina sendiri, jadi tidak patut ada isu dalam hal pelan pendidikan yang baru dikeluarkan itu.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hamas hargai sokongan UMNO

Posted: 26 Nov 2012 04:57 PM PST





KUALA LUMPUR 26 Nov. - Hamas menghargai peranan dan sokongan UMNO terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara itu daripada cengkaman rejim Zionis Israel.

Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan berkata, UMNO juga banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Jelas beliau, UMNO sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

"Dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza baru-baru ini, kita dapat melihat kerajaan Malaysia dan UMNO menyatakan kecaman terhadap Israel.

"Kami amat menghargai sokongan pemimpin Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas majlis Forum Antarabangsa UMNO 2012 yang dirasmikan Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Hamdan merupakan seorang daripada ahli panel dalam forum sempena Perhimpunan Agung 2012 bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang itu yang bermula hari ini hingga esok.

Berhubung fenomena 'Arab Spring' yang membawa kepada peralihan kuasa pemerintahan di beberapa negara di Asia Barat, beliau memberitahu, negara-negara terbabit perlu menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang sedang dihadapi ketika ini.

Tambah Hamdan, negara-negara yang dilanda fenomena 'Arab Spring' memerlukan masa lima hingga 10 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

"Proses peralihan kuasa tidak dapat dilakukan dalam masa sehari, namun kita dapat lihat ada kemajuan dari segi politik di Mesir dan Tunisia," ujarnya.

Dalam masa sama, beliau percaya perubahan senario politik yang berlaku di rantau Asia Barat akan membawa kepada kerjasama yang lebih erat antara negara-negara Arab dan dunia Islam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121127/po_01/Hamas-hargai-sokongan-UMNO#ixzz2DNcxqsLl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Pengikut