Rabu, 21 November 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Penipuan kontrak Linguaphone, ramai pelajar IPT terpedaya

Posted: 20 Nov 2012 11:41 PM PST



Aduanrakyat.com 21 Nov 2012 - Saya salah seorang pelajar IPT Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Pada tahun lepas iaitu 18 oktober 2011 , saya telah dipaksa dan diajak oleh penjual Linguaphone untuk mendengar tentang penerangan produk pembelajaran bahasa Inggeris mereka.

Pada mulanya saya tidak mahu dan ingin menolak untuk menandatangani kontrak dan membeli produk tersebut dengan harga RM 2,389 dengan ansuran bulanan RM110 . Saya telah membayar deposit sebanyak RM 299.

Semasa pembelian, sya disuruh menandatangani kotrak pembelian tanpa menyuruh dan memberi saya membaca syarat-syarat pembelian produk terlebih dahulu. Saya dan beberapa rakan pelajar yang lain telah terjerat dengan kata-kata manis penjual.

Mereka juga enggan apabila saya mengatakan bahawa saya ingin memberitahu ibu bapa terlebih dahulu dan penjual tersebut mengatakan "ala adik, adik beli ni pun untuk adik juga, tak kan la mak bapak adik tak nak tengok adik berjaya, itu bukan ibu bapa namanya".

Medengar kata-kata penjual saya merasa amat tertekan sehingga tidak tahu ingin berbuat apa. Selepas menandatngani kotrak barulah saya diberitahu oleh penjual bahawa setiap pembelian yang dibuat tidak boleh dipulangkan. Saya berkeras untuk memulangkan produk pada hari itu namun mereka tidak mahu sehingga ada salah seorang kawan saya juga berkeras untuk membantu saya.

Penjual tersebut memberitahu dia akan cuba membantu saya untuk membatalkan n memulangkan semula produk tersebut namun setelah beberapa hari saya cuba menghubunginya, tiada jawapan dan penjual berdiam diri. Pihak linguaphone berkali-kali menghubungi saya meminta untuk membuat bayaran.

Saya bingung kerana baru saya tahu Produk Linguaphone telah menjerat ramai pelajar IPT khususnya pelajar kemasukan baru. Mereka mengatakan bahawa surat tindakan akan dihantar dan nama saya akan di "BLACKLIST" sekiranya saya tidak membuat bayaran.

Mereka mengatakan mengapa saya tidak menghubungi office sekiranya hendak membuat pembatalan. Bagaimana saya tahu akan hal itu sedangkan saya sendiri tidak diberitahu tentang perkara itu dan penjual juga hanya berdiam diri.

Baru-baru ini saya telah membuat bayaran tunggakan selama 13 bulan sebanyak RM 1430. Saya merasa amat tertipu dengan cara penjual menarik pelanggan untuk membeli produk mereka.

Mereka memakai unsur pujuk dorong bagi mengaburi mata pelanggan supaya membeli produk mereka. Baru-baru ini juga ramai pelajar baru di Kampus saya telah membeli produk Linguaphone dan Pihak Jwatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sedang mengusahakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah saya mencari pelbagai maklumat mengenai produk Linguaphone di Internet, baru lah saya tahu bahawa produk ini telah menipu dan ramai pelajar IPT yang telah membuat tuntutan terhadap produk ini.

By: Faridah Binti Salihan

Tiada ulasan:

Pengikut