Pakatan Rakyat |
Posted: 08 Oct 2012 03:06 PM PDT | 14 Okt, lagi baju BN akan dibakar depan Anwar? Posted: 08 Oct 2012 08:32 AM PDT Setelah pendedahan artikal Anak Sungai Derhaka tentang isu bakar baju BN di Permatang Pauh oleh Talib bekas Ketua Cawangan UMNO Batu 5, Permatang Tengah, maka gegak gempitalah puak2 umporno kepanasan seolah-olah "juboq" mereka terbakar. Puak-puak SB juga kepanasan "juboq" kerana dimarahi oleh bos mereka kerana gagal hidu/kesan lebih awal akan berlaku peristiwa bakar baju tersebut. Yang paling marah sampai merah muka hingga berasap telinga adalah Dato' Musa Ketua Bahagian Bukit Mertajam. Beliau tahu musuhnya bertambah ramai dalam umno. Dijangkakan 98 ahli umno akan membakar lagi baju umno/bn pada 14 Okt didepan Anwar Ibrahim sempena Jelajah Merdeka Rakyat yang kemuncaknya di Tapak Expo Seberang Jaya. Benarkah ia akan berlaku? Sama-sama kita nantikan.. KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel | Posted: 08 Oct 2012 06:21 AM PDT KUALA LUMPUR 7 OKTOBER: Jika benar-benar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak anti rasuah rasuah sepertimana ucapannya dalam Persidangan Pertubuhan Agensi Penguatkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kelmarin, beliau perlu mengambil tindakan terhadap tuduhan rasuah besar terhadap Taib Mahmud, Musa Aman dan Gani Patail. Apapun sehingga kini, pentadbirannya gagal membanteras rasuah, yang terserlah pada kedudukan buruk Malaysia di tempat ke-60 dan skor terendah 4.3 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2011. Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Najib perlu mempertimbangkan dengan serius penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membersihkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Ia berikutan dakwaan menggemparkan oleh Bruno Manser Fund (BMF) yang menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion). "Ketiga-tiga VVIP yang terdiri daripada Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa melakukan rasuah serius dan penyalahgunaan kuasa mereka telah didedahkan kepada umum, "Ini adalah "ujian trio" sama ada terdapatnya kehendak politik sebenar untuk membanteras "rasuah besar" oleh kerajaan." Rentetan isu yang timbul ini, Kit siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berharap agar Najib akan muncul sendiri di Parlimen untuk melaporkan hal berkenaan demi membanteras rasuah. Persoalannya ujar beliau, "Adakah Najib akan menghantar dan mengemaskini laporan mengenai siasatan ke atas tuduhan-tuduhan rasuah dan penyalahgunaan terhadap trio tersebut?" katanya. Selain Taib, gesaan siasatan rasuah besar ini juga berdasarkan pendedahan buku terbaru peguam Zainal Abidin Ahmad, Tan Sri Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah (Fraud, Liar, Criminal)? dan isu pengubahan wang haram ke luar negara oleh Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang mendapat liputan media antarabangsa.-roketkini.com KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel | TOLONG SEBARKAN UNTUK KEPENTINGAN SEMUA !!! Posted: 07 Oct 2012 06:49 PM PDT TOLONG SEBARKAN UNTUK KEPENTINGAN SEMUA !! Dengan rasa rendah diri, pakcik mintak tolong sangat2 kat semua rakan fb yg budiman.. Adik ipar pakcik dibawa lari ker arah utara oleh bakal tunangnya.. Mereka naik kereta saga BLM seperti dlm gambar..
LAGI PENDEDAHAN JENAYAH PENIPUAN LICIK OLEH MOHD NAJIB BIN ABU BAKAR 761122-04-5159 SEJAK DULU LAGI RAMAI WANITA TERPEDAYA !! MOHD NAJIB BIN ABU BAKAR NO IC: 761122-04-5159 ALAMAT IC SEJAK LAHIR, No 1 Lorong Makmur Kampung Melayu Majidee
157 Jalan Perwira Taman Perwira 14100 Bukit Mertajam,Penang
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | Turun petrol: Chua tak tahu beza manifesto, belanjawan Posted: 07 Oct 2012 04:47 PM PDT KUALA LUMPUR 7 Oktober: Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Ken menyifatkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong gagal membezakan manifesto Buku Jingga dengan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat. KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel |
Posted: 08 Oct 2012 01:56 PM PDT Kota Kinabalu: Pernahkah anda terfikir, kempen calon PAS bakal digerakkan sepenuhnya oleh orang Kristian dan dia bukan penganut biasa tetapi pastor? Tetapi inilah yang berlaku di Sabah sekarang. Bakal calon PAS di DUN Pitas, Kudat digerakkan sepenuhnya oleh pendokong Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ia diketuai oleh Otou @ Francis Singoron, seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor. Beliau dibantu oleh dua orang kuatnya yang bekerja siang malam untuk memenangkan bakal calon PAS di situ. Ondon Mangajil, 58, dan Rakilin Mahuda @ Melvin adalah dua penggerak DHPP Pitas yang membantu Francis. Kedua-dua mereka juga beragama Kristian. Francis mengaku, beliau menyertai DHPP kerana sikap yang diambil oleh PAS yang tidak mengenepikan orang bukan Islam dan sanggup bekerjasama. Beliau yakin, bersama dengan PAS, tidak akan berlaku persengketaan antara agama dan dapat berjalan dengan baik. Di DUN Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian. Rakilin Mahuda @ Melvin sebelum ini tinggal di Kelana Jaya, Selangor. Namun untuk mempastikan PAS menang di Pitas, beliau telah pulang ke Pitas, tempat lahir dan tinggal beliau sebelum ini. "Saya akan terus bekerja sehingga pilihan raya akan datang bagi memenangkan calon," kata Melvin yang sebelum ini pernah aktif dalam PKR di Kelana Jaya. Antara isu penting yang dijadikan isu oleh lawan PAS di sini adalah hukum Hudud dan penggerak DHPP inilah yang menerangkan kedudukan sebenarnya. "Saya sangat senang bekerja dalam PAS kerana di sini saya lihat tolak ansur, keseimbangan dan kebaikan hati pemimpinnya di semua peringkat. "Rakan-rakan saya dalam PAS dari bawah hingga ke atas melayan saya dengan sama. Bila pilihan raya hampir, sebagai orang Pitas, saya pulang dan bekerja untuk memenangkan PAS," kata Melvin yang sudah 22 tahun tinggal di Selangor. Ondon pula dilihat paling faham tentang pilihan raya antara mereka. "Pitas ini dari segi saisnya lebih besar dari Perlis. Ini menyusahkan kita," kata Ondon kepada Harakahdaily. Ondon juga menyifatkan isu tanah adalah isu utama di sini dan bakal menyatukan penduduk Pitas untuk menyokong PAS. Ondon sangat memuji peranan yang dimainkan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS terutama dalam isu nama Allah sehingga berjaya meredakan salah tanggap orang Kristian. Calon PAS? Francis, Melvin dan Ondon bergerak membantu seorang aktivis PAS Pitas iaitu Puan Dausieh Queck yang disebut-sebut bakal menjadi calon Pakatan di sini. Dausieh adalah penggerak Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) yang banyak memperjuangkan isu wanita Islam di Malaysia khasnya di Sabah. Beliau mula mendekati politik sejak tahun 2006 lagi dengan mengikuti aktiviti PKR di Kota Belud. Namun pada tahun 2011, Dausieh menyertai PAS dan disebut-sebut bakal menjadi calon PAS di sini. Beliau mula mengenali Ondon sejak tahun 2006 lagi namun mula mengenali Francis pada tahun 2008 apabila beliau turut membantu kempen PKR di Pitas. "Saya mengenali Melvin agak lama namun apabila PAS diputuskan bertanding di Pitas, saya meminta dia balik ke sini sejak tahun lalu lagi bagi membantu kami," beritahu Dausieh. Dengan empat tenaga utama Pitas inilah PAS bergerak hampir setiap masa menemui pengundi sehingga ke peringkat mereka yakin akan menang. "Saya lihat peluangnya amat besar untuk menang dengan bantuan Allah ekoran dari pergerakan kita dan masyarakat yang ada," beritahu Dausieh. Ini kerana, jentera yang komited di samping kejayaan mereka membentuk suasana penyatuan dari semua pihak samada di kalangan parti-parti dalam Pakatan dan juga hubungan antara agama. Namun, halangan utama mereka kini adalah kewangan. Ini kerana, apabila masa ditumpukan sepenuhnya untuk menang, mereka terpaksa tinggalkan pelerjaan untuk mendapat wang hatta untuk kehidupan mereka sendiri. Cabaran mendekati pengundi dikawasan pendalaman merupakan kekangan utama kerana hanya pendekatan TURUN TERUS KEPADA PENGUNDI sahaja merupakan pendekatan yang terbaik. Maka halangan masuk kependalaman memerlukan kos yang tinggi, tetapi membawa keluar pengundi lebih tinggi lagi kosnya. Dana PAS Kawasan yang amat terhad juga menjadi kekangan untuk melaksanakan gerak kerja dengan jayanya. Program bantuan kebajikan kepada rakyat amat sukar dilaksanakan. Keperluan pengangkutan menjadi keutamaam kerana kebanyakkan jalanraya yang ada hanya boleh dilalui pacuan 4 roda sahaja. Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang sudi membantu PAS di Pitas ini, anda boleh memberikan sumbangan terus ke akaun Parti Islam Semalaysia kawasan Kudat 1690020154073 Ambank Islamic atau terus ke akaun bendahari MTD Pitas, Muhd Ruslan Azahari 162263156276 Maybank. Sungguh benar firman Allah swt di dalam Al-Quran "Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani (Kristian)." Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri." (Q.S. Al-Ma'idah, 82) -GB |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan