Isnin, 22 Oktober 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 22 Oct 2012 03:11 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:11 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


NAK KAWIN DUA TETAP KENA MINTA IZIN DULU BRO

Posted: 22 Oct 2012 05:00 AM PDT

Lelaki Pulau Pinang masih perlukan kebenaran isteri pertama untuk berkahwin baruGEORGE TOWN 22 Okt — Jika anda fikir berpindah ke Pulau Pinang untuk berkahwin dua dengan rahsia anda akan dapati bahawa anda masih lagi memerlukan proses yang sama seperti negeri lain.

Exco Agama Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abu Kassim menolak laporan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan lelaki Islam tidak perlu mendapat kebenaran isteri pertama untuk berkahwin baru dengan berkata undang-undang Syariah di Pulau Pinang adalah sama seperti di negeri lain.

"Ini cuma kempen kotor Utusan untuk memastikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat PR dilihat sebagai teruk " katanya lagi.

Beliau berkata lelaki di Pulau Pinang yang mahu berkahwin baru masih memerlukan prosedur termasuk mendapatkan kebenaran isteri pertama."Ini adalah undang-undang yang tak pernah kami ubah sama seperti negeri lain " katanya lagi.

Minggu lalu laporan dari Utusan Malaysia mengatakan bahawa lelaki Islam di Pulau Pinang boleh berkahwin baru tanpa kebenaran isteri pertamanya.Laporan itu menyebut nama pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang Datuk Sazali Hussein.

TMI

NAJIB AKAN JADI DUTA KE MONGOLIA ??? KAH! KAH! KAH!

Posted: 22 Oct 2012 01:00 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenjarakan Datuk Seri Najib Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai 'duta di Mongolia'."Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting.

"Ikut perkiraan saya, tempat yang paling sesuai untuk diberikan kepada Najib waktu itu adalah sebagai Pengarah Kedutaan Malaysia di Mongolia," katanya sambil disambut hilai tawa lebih 6,000 hadirin di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Johor di Sutera Mall, Taman Skudai Utama, Skudai semalam.

Terdahulu sebelum itu, ketika berucap di Majlis Minum Petang di Sri Merlimau di Parit Sulong, Anwar menggesa agar rakyat tidak termakan pemberian serta sumbangan Umno BN.

"Pemberian mereka bukan lahir dari ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat tapi ia hanya bersifat sementara dan hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat.

"Jika kita termakan, bermakna kita akan tergolong dalam golongan 'edan', iaitu dalam bahasa Jawa bermaksud orang yang gilakan kuasa dan benar-benar gila," katanya disambut gelak ketawa 300 hadirin.

Majlis Minum Petang itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan pimpinan KEADILAN serta Pakatan lain.

kl-today

Seekor Kamera AES Berharga RM120,000 Dah Jadi Arwah

Posted: 22 Oct 2012 12:27 AM PDT

Kamera AES Berharga RM120,000 Tumbang Menyembah Bumi

Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya.

Akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.

Ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu.

Ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? Sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti.

Semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya. @tiewnama - AES - Amno Eletronic Sideincome.

greenboc

Ingat bapak dia punya jet?

Posted: 21 Oct 2012 06:45 PM PDT

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat.

Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu.

"Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik.

"Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam," katanya.

Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu.

Isu berkenaan dilaporkan dengan meluas dalam media pro-BN dan dijadikan modal dalam kempen ceramah pemimpin pro-BN – dengan jolokan "Buyjet (Beli jet)" – sebagai sindiran untuk mempertikai belanjawan alternatif Pakatan.

"Seolah-olah dosa besar naik jet. Ingat bapak dia punya jet?," kata Anwar lagi dalam majlis yang turut dihadiri oleh menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa orang anggota exco negeri.

Dalam program bersama kira-kira 200 orang penduduk itu, Anwar turut menerima borang keahlian PKR daripada penduduk kawasan tersebut.

Kampung berkenaan merupakan antara tujuh lokasi sekitar negeri Selangor yang dilawatinya hari ini dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anwar.

Selain Desa Ayer Hitam, Anwar bersama kumpulan pemimpin Pakatan itu akan mengunjungi Pantai Morib, Kuala Langat, Banting, Klang, Ijok dan terakhir di Shah Alam.

Beliau juga dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam Keadilan Selangor dan Ceramah Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam.

MK

DUNIACACAMARBA

Posted: 22 Oct 2012 03:04 PM PDT


[SH] "Apabila saya tidak kembali ke sekolah ketika berumur 13 tahun, mengapa pihak sekolah tidak bertanya apa-apa?

"Semasa saya melahirkan anak pada umur 14 tahun, mengapa doktor, jururawat atau pihak kebajikan masyarakat tidak menyoal ibu saya bagaimana saya boleh mengandung," kata Sameem Ali, 42, ahli politik Britain yang menetap Manchester.

Berketurunan Pakistan, Sameem dipaksa berkahwin sebaik sahaja dia memasuki umur remaja dengan saudaranya yang berumur dua kali ganda lebih tua, dan hanya ditemuinya pada hari perkahwinan mereka.

"Saya lahir di Britain tetapi pada umur 13 tahun, saya dibawa ke Pakistan untuk bercuti, itu yang ibu bapa saya beritahu," ceritanya.

Namun enam minggu kemudian, Sameem dikahwinkan dengan saudaranya. Ibunya berkata Sameem hanya boleh kembali ke Britain jika dia mengandung.

"Saya percaya saya dikahwinkan dan mengandung untuk membolehkan suami saya mendapat taraf penduduk tetap di Britain," katanya.

Menurut Sameem, dia kembali ke Britain ketika sedang mengandung tujuh bulan dan melahirkan anak lelakinya pada usianya 14 tahun.

"Saya melarikan diri dari rumah sebaik sahaja saya disuruh membawa lelaki itu ke Britain ketika berumur 17 tahun. Dan saya tidak pernah lagi berjumpa dengannya selepas itu," kata Sameem.

Pada 2011, kerajaan Britain melalui Unit Perkahwinan Paksa merekodkan 1,468 kes remaja bawah umur dipaksa berkahwin, dan 78 peratus daripada jumlah itu membabitkan wanita.

Namun, kerajaan Britain mengakui jumlah itu hanyalah permukaan dan tidak menggambarkan skala sebenar perkahwinan bawah umur kerana kebanyakan kes tidak dilaporkan. Kerajaan menganggarkan 5,000 hingga 8,000 kes perkahwinan paksaan di Britain setiap tahun.

Sameem berpendapat Peraturan Perlindungan Perkahwinan Paksa diperkenalkan pada 2008 di bawah Akta Perkahwinan Paksa (Perlindungan Awam) 2007 tidak boleh membantu mengatasi masalah ini.

"Saya tidak akan menghantar ibu saya ke penjara, walaupun dia memukul saya dengan teruk dan memaksa saya berkahwin," kata Sameem.

"Undang-undang seperti ini tidak akan membantu kerana tidak ada anak yang akan menuding jari kepada ibu bapa sendiri," katanya.

Ahli politik muda itu percaya isu perkahwinan paksa boleh ditangani hanya melalui pendidikan dan kesedaran.

Sebagai seorang yang dipaksa berkahwin muda, Sameem sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelakkan kanak-kanak perempuan lain menjadi mangsa sama.

"Saya sanggup ke Pakistan dan menceritakan kisah saya kepada keluarga yang memaksa anak mereka berkahwin pada usia muda," katanya dengan tegas. -DAWN

Permainan bertukar menjadi tragedi

Ketika zaman kanak-kanak, Sally as-Sabahi suka berlakon berkahwin dengan adik-beradiknya.

Sebagai kanak-kanak perempuan yang hidup susah di ibu negara Yaman, Sanaa, dia membayangkan baju pengantin yang cantik, alat solek dan majlis meriah membantunya melupakan kesusahan hidup dalam kemiskinan.

Jadi apabila ibunya menunjukkan gaun putih dan barang kemas kepadanya, Sally yang berumur 10 tahun bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki dipilih ibu bapanya.

Lelaki bernama Nabil, 25, itu adalah saudaranya sendiri yang sebelum ini pernah berkahwin.

"Ayah dan mak memanggil saya keluar ke halaman rumah," kata Sally yang menceritakan bagaimana dia akhirnya berkahwin dengan Nabil.

"Mereka beritahu saya supaya menarik nafas panjang dan bertanya sama ada saya ingin berkahwin. Saya jawab ya, tetapi adakah saya akan mendapat sehelai gaun, gula-gula, dan barang permainan?

"Mereka menjawab ya. Mereka berjanji akan memberikan apa sahaja kepada saya," ceritanya.

Sally memenangi kes di mahkamah untuk bercerai dengan Nabil pada 2010 selepas kisahnya dilaporkan media tempatan dan mencetuskan debat di peringkat kebangsaan mengenai amalan perkahwinan pada usia muda.

"Saya tidak menggelarnya perkahwinan, saya menggelarnya rogol," kata Shada Nasser, peguam wanita yang telah beberapa kali mengendalikan kes perkahwinan kanak-kanak perempuan bawah umur.

Pusat Kajian Wanita Antarabangsa mendapati hampir separuh daripada kanak-kanak perempuan di Yaman dikahwinkan sebelum umur mereka mencecah 18 tahun.

Kajian Universiti Sanaa mendapati di beberapa wilayah di negara itu, separuh daripada kanak-kanak perempuan dikahwinkan sebelum umur 15 tahun.

Sally masih ingat malam pertama perkahwinannya apabila Nabil memaksanya melakukan hubungan seks.

"Pada mulanya, saya rasa selamat. Sebab saya tidak tahu pun apa yang berlaku, jadi tentu saya tidak rasa takut. Tetapi kemudian saya berasa sakit dan darah mula keluar.

"Saya menangis dan menjerit. Saya benci diri saya sendiri. Sejak itu, saya melihat dia seperti bayang kematian," cerita Sally.

Satu malam, apabila Sally enggan tidur dengan Nabil, ibu mertuanya mengikat kanak-kanak perempuan itu di katil.

Air mata ibu Sally, Nouria mula tumpah.

"Saya tidak pernah bercerita kepada Sally mengenai hubungan seks kerana saya malu. Saya sangka kakak saya (ibu Nabil) akan menjaga Sally seperti anak sendiri," katanya.

Namun segala penderitaannya berakhir apabila dia memenangi kes penceraian pada 27 Mac 2010.

"Pagi itu saya rasa seolah-olah ada awan hitam di atas kepada saya, tetapi sekarang saya rasa sangat bebas," katanya selepas menandatangani dokumen penceraian itu.

Apa pula kata Nabil?

"Semua lelaki perlu pertimbangkan umur, otak dan pastikan bakal isteri anda tidak gila," katanya disambut gelak tawa sekumpulan lelaki yang berkumpul pada hari penceraiannya. "Saya datang ke rumahnya dan berkahwin dengannya. Saya tak rasa ia adalah satu masalah kerana saya tidak tahu umur sebenar Sally," katanya. – Al Jazeera

Tiada ulasan:

Pengikut