Ahad, 7 Oktober 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak

Posted: 06 Oct 2012 04:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.
"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.

Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.

Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.

Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.

"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.

Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.

Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.

"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi.

Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.

Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.

"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.

Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka?

"Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.

PAS Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu

Posted: 06 Oct 2012 04:53 PM PDT















Serang Anak, Ahmad tertekan kata Mazlan

Posted: 06 Oct 2012 04:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Serangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan terhadap status Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hanyalah isu yang dikitar semula.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata ia bukan isu terbaru yang dimainkan Ahmad, sebaliknya sejak NGO itu ditubuhkan pada Nov 2007.

"Bukan perkara baru.  Setiap kali ada isu kritikal yang mereka tidak punya jawapan atau hujah, mereka kitar semula tentang status Anak," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Enggan mengulas lanjut soal status tersebut, Mazlan berkata Ahmad seharusnya melihat apa yang dibawa Anak itu dalam konteks membawa kebaikan ataupun perubahan kepada peneroka dan semua pihak.

"Bukan soal sah atau tidak, daftar atau tidak.  Tapi apa yang diperjuangkan Anak itu yang perlu diteliti dan didengari.  Itu yang lebih penting dari bercakap soal status," sindir beliau sambil menyifatkan Ahmad seorang yang lekeh sebagai timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan Felda.

Tambah Mazlan, sekiranya apa yang disentuh Anak selama ini tidak benar, pihaknya bersedia jika Ahmad menganjurkan perbincangan, perdebatan mahupun forum berkaitan.

Malangnya, kata Mazlan pelawaan pihak Anak untuk berbincang dengan Ahmad tidak pernah dilayan, malah tidak mendapat sebarang respons mengenainya.

Beliau yang baru pulang dari negara jiran, Singapura, juga berkata beliau tertarik dengan pentadbiran Singapura yang menggalakkan sebarang forum dan perbincangan dengan badan NGO dn komuniti masyarakat.

"Seharusnya Malaysia mengamalkan budaya itu dalam mencari kebaikan semua pihak, bukan hanya membangkitkan soal status yang bagi saya hanya perkara remeh," tegas beliau.

Tambah Mazlan, serangan Ahmad itu menunjukkan beliau berada di dalam keadaan tertekan, sebagaimana yang dihadapi kerajaan berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene.

"Sebelum ini, status Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dipertikaikan, sekarang Anak pula.  Semuanya akibat mereka sudah tertekan dan tiada jawapan untuk rakyat," tegas beliau lagi.

Tamrin Pimpinan PAS Kawasan Machang 2012

Posted: 06 Oct 2012 04:47 PM PDT
















Pengerang: Salahuddin akan hantar surat kepada MB Johor

Posted: 06 Oct 2012 04:42 PM PDT


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan menghantar surat kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bagi memastikan perbincangan mengenai masalah penduduk Pengerang diadakan.

"Tidak kisahlah sama ada debat, perbincangan atau apa sahaja yang wajar asalkan dapat diselesaikan masalah penghapusan 10 kampung di Pengerang untuk projek Rapid (Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia) itu," kata beliau.

Surat rasmi mengenai perkara tersebut akan dihantar dalam waktu yang segera dan terdekat kepada Menteri Besar Johor itu, kata beliau.

"Isu utama ialah mengapa hendak ambil alih tanah penduduk sedangkan ada tanah kerajaan yang boleh digunakan untuk projek tersebut," katanya.

Ketika berucap di Dewan Rakyat, Salahuddin memberitahu, terdapat tanah kerajaan yang luas, yang lebih daripada 5,000 hektar daripada sempadan Sungai Kapas sehingga ke Desaru.

"Kenapa tidak dibuat di tanah yang seluas itu tetapi hendak ambil daripada 10 kampung itu?

"Itu isunya yang saya ingin dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan supaya isu ini dapat dijawab dalam Dewan yang mulia ini supaya rakyat kampung tradisi ini tidak akan hilang daripada peta negeri Johor dan mereka tidak akan hilang kampung halaman mereka," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin mengulangi penegasan bahawa pihaknya tidak menghalang pembangunan.

"Kita mahu pembangunan dan kita sudah dapat bukti ada satu tanah kerajaan yang luas...Rapid, Petronas hendak buat, buatlah untuk memajukan negeri Johor.

"Johor negeri besar, kita bukan negeri kecil...ada banyak tanah lagi. Akan tetapi kenapa 10 kampung ini hendak diusir," katanya.

Jambori AMAL Kebangsaan 2012

Posted: 06 Oct 2012 04:41 PM PDT













50 ahli Umno bakal isytihar keluar parti

Posted: 06 Oct 2012 04:35 PM PDT


PERMATANG PAUH: Seramai 50 orang ahli Umno Cawangan Permatang Tengah, Permatang Pauh sudah serik dengan permainan politik parti itu dan membuat pendirian akan keluar parti.


Kesemua mereka dijangka akan mengumumkan keluar Umno pada satu majlis khas 14 Oktober ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Turut dijangka hadir pada majlis itu nanti adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mantan ketua cawangan Umno tersebut, Encik Talib Ibrahim 53, tindakan drastik sebahagian penyokongnya adalah kerana kecewa dengan langkah yang diambil oleh Umno Pusat yang bertindak memecatnya selain kesal dengan pelbagai dakyah kotor yang sengaja dilaksanakan untuk memancing pengaruh orang melayu di Pulau Pinang.

"Bukan saya resah bila dipecat malahan rasa lega setelah usaha yang dibuat demi kepentingan rakyat dibalas dengan surat pemecatan pada 24 September lalu.

"Kesan daripada pemecatan itu seramai 50 ahli Umno di cawangan yang pimpinya selama 36 tahun keluar beramai-ramai, " jelasnya ketika berdemo di hadapan jalan Permatang Pauh petang tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Pauh selama 21 tahun, turut kesal kerana Umno sanggup membohongi rakyat kononya membela nasib orang Melayu sebaliknya bertindak menjadi 'broker' menjual tanah orang Melayu kepada bangsa lain.

Selama ini kata beliau, ramai ahli Umno termasuk dirinya terpedaya dengan kenyataan kepimpinan Umno yang acapkali bersuara membela nasib orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan, peniaga dan seupamanya.

Tindakan keluar Umno itu katanya bukan kerana dipaksa atau gimik menjelang pilihanraya umum ke 13 tetapi disebabkan timbul perasaan sedar apabila sering ke ceramah Pakatan Rakyat.

"Tindakan mereka bukan disebabkan dipaksa malahan kerana tekanan hasil perlakuan kepimpinan Umno sendiri.  Mereka beralih juga disebabkan selalu pergi ke ceramah Pakatan Rakyat yang menceritakan apa yang sebenarnya, " terang beliau.

Ketiadaan Laporan Audit cacatkan Bajet 2013

Posted: 06 Oct 2012 04:35 PM PDT


TUMPAT: Bajet 2013 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dianggap tidak mempunyai ciri pembentangan belanjawan sepatutnya kerana ketiadaan Laporan Ketua Audit Negara bagi setiap anggota Parlimen.

Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, pengalamannya selama 13 tahun di parlimen, pembentangan bajet tahun ini dianggap banyak kecatatan.

"Mengapa ada arahan Laporan Audit itu dilewatkan, kononnya kata mereka bagi membolehkan anggota parlimen memberi tumpuan kepada bajet," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan dana lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini hari ini.

Kamaruddin yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat berkata, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai hutang negara yang semakin tinggi.

Sebaliknya kata beliau bajet kali ini sarat dengan "rasuah politik" menjelang pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya juga usaha non-muslim seperti ditunjukkan masyarakat Siam dan Cina membantu projek lebuh raya rakyat amat mengujakan sekali.

"Non muslim bukan sahaja memberi sumbangan moral dan kewangan tetapi mempamerkan kecintaan, penghormatan, kepercayaan serta keyakinan amat tinggi kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku ketua kerajaan.

"Dan itu juga bermaksud sokongan kepada kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan.

"Dan bukan sahaja mereka menghantar wakil seorang dua, bahkan semua Tok-Tok Raja hadir bersama dan kita melihat bagaimana penghormatan dan kemesraan yang ditunjukkan," katanya.

Beliau berkata, perkara itu tidak pernah kita lihat dalam sejarah.

Wat Siam serah sumbangan bina lebuh raya rakyat

Posted: 06 Oct 2012 04:35 PM PDT














Wat Siam serah “pokok duit” bina lebuh raya rakyat

Posted: 06 Oct 2012 04:27 PM PDT

TUMPAT: Tanpa menghiraukan sindiran pihak tertentu terhadap projek lebuh raya rakyat, sebaliknya 32 wat Siam di Kelantan mengumpul dana bagi turut sama menjaya pembinaan prasarana tersebut.

Hari ini mencatat satu sejarah apabila wat-wat Buddha terbabit menyerahkan pokok duit yang dikumpul daripada masyarakat Siam kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Wang yang diterima digubah secara kreatif dengan melekatkan duit-duit tersebut pada ranting yang disediakan. Ada not-not yang bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1.

Wat Machimaran Kampung Bunuhan Tumpat mengumpulkan pokok duit sebanyak RM5,510 manakala Keng Choo Temple, Tanah Merah menderma pokok duit bernilai RM2,000.

Pada Jun lalu NGO tajaan Umno, Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) menyerah penyodok, kereta sorong dan cangkul buruk kepada kerajaan negeri sebagai sindiran projek lebuh raya rakyat.

Sebaliknya wat-wat Siam dari seluruh Kelantan mengambil inisiatif sendiri mengumpul dana bagi membantu dana pembinaan lebuh raya tersebut, selepas disisih kerajaan pusat sejak 1986.

Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat dari Wat Machimaran berkata, kalau tidak ada duit macam mana hendak buat jalan.

"Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik, tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz).

"Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia ada isi," katanya pada ucapan mewakili wat-wat Siam di majlis penyerahan sumbangan bagi dana pembinaan lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan masyarakat Siam mengumpulkan wang sesama mereka bagi membantu membina lebuh raya rakyat.

"Sebelum ini ada pihak yang membawa kereta sorong dan cangkul buruk ke pejabat saya sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat.

"Namun hari ini hati saya gembira sangat kerana masyarakat Siam faham kesungguhan kerajaan negeri membina lebuh raya tersebut selepas diketepikan kerajaan pusat," katanya.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa, Datuk Annuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Ketibaan Menteri Besar disambut dengan paluan gendang Siam oleh anak-anak muda. Sami yang berada di bawah khemah kemudian bersalam dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Pada majlis itu juga Menteri Besar menyerahkan surat kelulusan milik tanah tapak 12 wat Buddha di Tumpat yang dimohon kepada kerajaan negeri sebelum ini.

Azalina terkejut peserta demo PR tidak dibayar?

Posted: 06 Oct 2012 04:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tohmahan bahawa peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang dibayar dengan masing-masing RM30.00 untuk hadir ke perhimpunan tersebut tidak mengejutkan, kata Riduan Mohd Nor.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS itu, sudah banyak kali perhimpunan aman Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai tuduhan negatif seperti itu.

"Bagi ahli-ahli Pakatan Rakyat mahupun pencinta demokrasi, tuduhan ini bersifat liar dan menggelikan hati.

"Mungkin juga ia adalah reaksi spontan dari golongan yang terkejut melihat rakyat sudah mulai bangkit dan bersuara menuntut hak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Datuk Seri Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang sebelum ini yang berkata ribuan rakyat yang hadir ke Himpunan Hijau Lestari Pengerang minggu lalu adalah dibayar.

Mengulas lanjut Riduan berkata, Azalina sebenarnya tidak memahami bagaimana rakyat boleh bersatu untuk hadir ke perhimpunan ini meskipun tanpa dibayar upah sesen pun.

"Mungkin juga ujarnya Azalina telah lama bergelumang dalam politik pemerintah dan biasa bagi mereka mengupah penyokong mereka untuk hadir dalam perhimpunan yang mereka anjurkan.

"Bagi mereka, menjadi budaya peserta perhimpunan dibayar dengan pakej lengkap: duit poket, T Shirt percuma, penginapan, makanan, bas (pengangkutan) dan lain-lain.

"Tetapi bagi Pakatan Rakyat, menganjurkan perhimpunan tanpa bayaran menjadi asam garam dalam perjuangan," kata beliau lagi.

Realiti yang berlaku katanya, rakyat dengan kesedaran sendiri bangkit apabila merasakan diri mereka dizalimi.

Azalina ujarnya, elok mengemukakan bukti beserta dengan fakta kukuh dan mengajukan kepada SPRM untuk diadukan jika benar peserta tersebut dibayar.

"Belajarlah memahami realiti dan hidup bersama rakyat di bawah, supaya tahu erti kehidupan sebenar rakyat," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut