Isnin, 15 Oktober 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Kelantan bentang bajet lebihan RM45.8 juta

Posted: 15 Oct 2012 01:10 AM PDT

KOTA BHARU: Kelantan membentang anggaran Bajet 2013 dengan lebihan sebanyak RM45.83 juta ketika Belanjawan 2013 kerajaan pusat defisit 16 tahun berturut-turut.

Sedangkan pada belanjawan 2012 dianggarkan mencatat defisit sebanyak RM83.23 juta. Ini bermakna berlaku kenaikan hasil sebanyak 35.21 peratus.

Buat pertama kali juga pendapatan daripada hasil royalti petroleum sebanyak RM200 juta dimasukkan dalam bajet bertema Bajet Negeri berkebajikan.

Pembentangan bajet dilakukan anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa mewakili Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengambil masa hampir sejam pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Bajet dianggarkan dengan perolehan hasil sebanyak RM581.77 juta dan perbelanjaan mengurus sebanyak RM535.95 juta.

Anggaran hasil sebanyak RM581.77 juta meliputi hasil cukai sebanyak RM296.80 juta, hasil bukan cukai RM171.57 juta, manakala terimaan bukan hasil (RM113.41 juta).

"Peningkatan hasil pada 2013 berpunca daripada tuntutan hasil royalti petroleum yang sepatutnya dibayar kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri sebanyak RM200 juta atau sebanyak 34.38 peratus daripada hasil negeri.

"Kerajaan negeri memutuskan untuk memasukkan RM200 juta sebagai pendapatan dari royalti petroleum, di mana sebelum ini diletak sebagai token sebanyak RM10.

"Ini bertujuan untuk melonjakkan lagi harapan kerajaan dan rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak serta meletakkan tiang pacak bahawa Kelantan berhak terhadap pengeluaran gas di telaga Kamelia yang akan memulakan pengeluaran Isya-Allah pada Mac 2013," kata Menteri Besar.

Medan tersebut berada dalam Blok PM 301 yang paling hampir dengan pantai Kelantan, di mana pengeluaran tahunannya sebanyak 110,000 kaki padu setahun.

Husam ketika ditemui kemudian berkata, tidak salah untuk memasukkan  hasil daripada sumber royalti petroleum sebanyak RM200 juta memandangkan ia adalah hak Kelantan.

Katanya, perkara itu pernah berlaku di Terengganu ketika di bawah kerajaan PAS apabila perolehan daripada royalti turut dimasukkan dalam anggaran bajet negeri.

"InsyaAllah kita akan mendapat hak tersebut kerana sumber gas dan minyak terbabit berada di perairan Kelantan," ujarnya.

Pentas Pemuda sempena ulang tahun ke 22 kerajaan PAS Kelantan

Posted: 15 Oct 2012 01:10 AM PDT










13 ceramah serentak di Kelantan

Posted: 15 Oct 2012 01:07 AM PDT


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan melalui Lajnah Penerangannya akan mengadakan ceramah penerangan Pentas Pemuda di 13 lokasi serentak di seluruh negeri Kelantan sempena ulang tahun ke 22 kerajaan PAS Kelantan.

Siri ceramah ini akan dibarisi oleh pimpinan parti Pakatan Rakyat di peringkat pusat dan juga negeri.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli bin Shaari dalam satu kenyataannya pada hari ini, ceramah penerangan ini akan diadakan pada 19 Oktober 2012 iaitu pada hari Jumaat jam 9.00 malam di 13 lokasi terpilih di seluruh negeri Kelantan.

Ia bertujuan untuk memberikan penerangan dan maklumat terkini berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan serta menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Di antara nama-nama pimpinan yang dibariskan dimulai dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang akan menyampaikan ceramah di PASTI Nurul Amin, Kg Pauh Badang, Pengkalan Chepa bersama-sama YB Dato Haji Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa dan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

"Selain itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar akan berceramah di Markaz PAS UPU Kg Gemang, Jeli bersama-sama Cikgu Lau Chin Chua, bekas Setiausaha Parti GERAKAN Negeri Kelantan," ujar beliau dalam kenyataan tersebut.

"13 lokasi ini berasaskan kepada kawasan-kawasan parlimen di seluruh negeri Kelantan kecuali Kota Bharu di mana satu wacana perdana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan akan berlangsung di Kelantan Trade Center (KTC) pada tarikh dan masa yang sama.

"Justeru, DPPNK mengajak semua pendokong-pendokong kerajaan negeri Kelantan untuk bersama-sama keluar pada malam tersebut mendengar penerangan yang akan disampaikan oleh para penceramah jemputan."

Senarai lengkap 13 lokasi dan penceramah pada malam tersebut ialah seperti berikut :



Tarikh : 19 Oktober 2012
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 malam

Bil
Kawasan
Penceramah
Tempat
1
Pasir Mas

1. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Pesuruhjaya PAS Pahang/ Ketua Penerangan PAS Pusat
2. Ust. Hj. Mohamad @ Fauzi Husain
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah
3. YB Hj. Hanifa Ahmad
YDP PAS Kawasan Pasir Mas/ ADUN Pengkala Pasir
3. Sdra. Rozi Muhammad
Ketua Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas / Penyelia DUN Tendong
Taman Mekasar, Pasir Mas
2
Kubang Kerian
1. YB Dato Husam Musa
Naib Presiden PAS / EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
2. YB Dr Dzulkifly Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor/ AJK PAS Pusat
3. YB Mohd Zaki Ibrahim
Timbalan Speaker Kelantan/ ADUN Kelaboran
4. Ust. Muhammad Hafiz Musa
Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan/ Ketua Pemuda PAS Kbg. Kerian

Tapak Pasar Binjai, Kubang Kerian
3
Tumpat
1. YB Dato' Hj. Ahmad Yakob , Timbalan Menteri Besar Kelantan / ADUN Pasir Pekan
2. Puan Hajjah Mumtaz Nawi, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
3. Cikgu Normala Sudirman
AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia
4. Ustaz Khairul Ikhwan
5. Sdra Mohd Rosli Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kawasan Tumpat

Padang Kemahkotaan Tumpat
4
Rantau Panjang
1. Ust Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia
2. Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat
3. Ustaz Nor Azariza Md Alawi
AJK Pemuda PAS Kelantan / Ketua Penerangan PAS Kota Bharu
4. YB Hj. Abdul Fatah Haron
ADUN Bukit Tuku
5. Sdra Zamakhshari Muhammad
Ketua Pemuda PAS Kawasan Rantau Panjang

SMU Ismailiah Pohon Buloh, Meranti
5
Pengkalan Chepa
1. YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
2. Dato' Mohd Amar Nik Abdullah
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan / ADUN Panchor
3. Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi
Ketua Pemuda PAS Malaysia
4. Muhammad Arif Abdullah
Ketua Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa

PASTI Nurul Amin,
Kg. Pauh Badang,
Jalan PCB
6
Kuala Krai
1. YB Dr Hatta Ramli
Ahli Parlimen Kuala Krai
2. YB Ust Abdul Latiff Abd Rahman
Ketua Pemuda PAS Kelantan / ADUN Mengkebang
3. Saudari Siti Aisyah Sheikh Ismail
Ketua Srikandi PKR
4. Dr Balachandran a/l Gopalkrishnan
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu
5. Ust Mahadi Mat Zin
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Padang Manek Urai Lama
7
Gua Musang
1. YB Salahuddin Ayub
Ahli Parlimen Kubang Kerian
2. Mohamad Nuri Yaaakub
Setiausaha DPPNK
3. Ust Abdullah Husin
YDP PAS Kawasan Gua Musang
4. Ust Mahusin Isa
Ketua Pemuda Kawasan Gua Musang

Perkarangan Pejabat PAS Kawasan
Gua Musang
8
Machang
1. Artis Aisyah
2. Artis Bob Lokman
3. YB Hj. Zulkifli B. Mamat
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Neg. Kelantan / YDP Kawasan
4. Abdul Rashid bin Yah, AJK Pemuda PAS Kelantan
5. Sdra Hatman Bin Abdullah, Ketua Pemuda Kawasan Machang

Perkarangan Kedai Pulai Chondong
9
Ketereh
1. YB Dato' Saifuddin Nasution
Ahli Parlimen Machang / Setiausaha Agong PKR
2. YB Siti Zailah Yusoff
Ahli Parlimen Rantau Panjang
3. Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
4. YB Wan Ismail
YDP PAS Kawasan Ketereh
5. Ust. Yusoff Abdul Kadir
Ketua Pemuda PAS Kawasan Ketereh

Rumah Hj. Daud,
Kg. Durian Hijau, Pangkal Kalong,
Kok Lanas
10
Bachok
1. YB Che Abdullah Mat Nawi
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
2. Cikgu Bard
Pengerusi SAMM
3. YB Dato Omar Muhamad
YDP Kawasan Bachok
4. Ust Ahmad Marzuk Shaary
Bendahari DPPNK / Ketua Pemuda PAS Kawasan Bachok

Pantai Irama Bachok
11
Pasir Puteh
1. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
EXCO Pemuda PAS Pusat / Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu
2. Artis Aisyah
3. YB Dr Nik Mazian Nik Muhammad
YDP Kawasan Pasir Puteh
4. Ust Mohd Nazlan Md. Hasbullah
Ketua Pemuda Kawasan Pasir Puteh

Padang SMU (A) Nurul Falah, Cherang Ruku, Semerak
12
Tanah Merah
1. Richard Wong
Timbalan DHPP Perak
2. Ustaz Abdul Hamid Derani
Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan
3. Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan
4. Ust Asri Daud, AJK Pemuda PAS Negeri Kelantan
5. YB Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman
ADUN Kemahang
6. Sdra. Hisham Fauzi
Ketua Pemuda Kawasan Tanah Merah

Perkarangan Pekan Batu 8, Tanah Merah
13
Jeli
1. YB Dato' Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS Pusat
2. Cikgu Lau Chin Chua
Bekas Setiausaha Gerakan Kelantan
3. Hj. Mohd Apandi Mohammad
YDP PAS Kawasan Jeli
4. Ust Khairul Anuar Ismail
Ketua Pemuda Kawasan

Markaz PAS UPU Kg. Gemang, DUN Ayer Lanas

KDNK Kelantan 2012 atasi peringkat negara

Posted: 15 Oct 2012 01:06 AM PDT

KOTA BHARU: Biar pun ada pihak mendakwa Kelantan tidak membangun, namun laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan mengatasi peringkat negara.

KDNK Kelantan 2012 dijangka meningkat kepada RM11,144 juta dengan kadar pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus, sedangkan pertumbuhan Malaysia pada tahun sama pada kadar 4 hingga 5 peratus.

Sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama kepada KDNK Kelantan pada 2010 iaitu sebanyak 73.8 peratus, sektor pertanian (19.4 peratus) dan pembuatan (4.7 peratus).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, KDNK Kelantan pada 2012 bagi sektor perkhidmatan dijangka meningkat kepada 80.4 peratus.

"Kerajaan berbelanja secara bijaksana, berhemah dan adil serta mengutamakan kebajikan kepada rakyat berdasar keapda sumber sebenar," katanya pada ucapan Belanjawan Kelantan 2013 pada persidangan Dun hari ini.

Teks belanjawan tersebut dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Teras Belanjawan Kelantan 2013 yang bertema Bajet Negeri Berkebajikan menumpu kepada  merancakkan pembangunan ekonomi untuk semua rakyat, memperkasa pembangunan insan berteraskan Islam.

Selain itu pembelaan golongan daif, miskin, kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas serta memperkukuhkan keupayaan institusi dan badan pelaksana.

Menteri Besar berkata, selaras komitmen kerajaan menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, program sosioekonomi akan dimantapkan.

Kemudahan infrastruktur

Katanya, sejumlah RM153.37 juta diperuntukan di bawah program penyediaan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat termasuk pembinaan jalan dan jambatan baru di samping memperluaskan sistem rangkaian jalan.

Sebanyak RM20 juta disediakan kepada JKR dan RM7 juta di bawah Pejabat Pembangunan Negeri untuk melaksanakan projek di bawah program kesejahteraan rakyat.

Antaranya pembinaan lorong memotong jalan Kota Bharu-Kuala Krai sebanyak RM2 juta, pembinaan jambatan Sungai Manal, Tanah Merah (RM2.2 juta), pembinaan jambatan Sungai Kerak, Machang (RM2.1 juta).

Pembinaan jambatan Kampung Kuau (RM2.5 juta), pembinaan jambatan konkrit di Sungai Sat dan jalan Kampung Kelaweh ke Maka, Machang (RM6.01 juta), jambatan Sungai Kemasin di Pengkalan China, Bachok (RM2.6 juta).

Jambatan Pulau Kundor, Kota Bharu (RM2.1 juta) dan jambatan merentasi landasan keretapi di Bandar Pasir Mas (Fasa II) - RM4.82 juta.

Bagi pembangunan rohani dan sahsiah kerajaan negeri menyediakan peruntukan bagi mengadakan kursus, bengkel latihan dan ceramah bagi meningkatkan kualiti modal insan rakyat khususnya golongan muda.

Pembinaan masjid

Sebanyak RM3 juta disediakan bagi projek pembinaan dan pembaikian masjid-masjid di seluruh negeri.

Antara masjid yang siap dibina pada 2012 iaitu Masjid Keputeraan Paloh 2, Gua Musang dengan kos sebanyak RM3 juta dan Masjid Keputeraan Lojing (RM3.89 juta). Manakala Masjid Chenulang, Kuala Krai (RM500,000) dijangka siap tahun depan.

Peruntukan sebanyak RM3 juta bagi program-program pembinaan insan bagi pembangunan modal insan generasi muda.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Yayasan Islam Kelantan (Yik) mendapat peruntukan paling banyak iaitu RM72 juta.  Yik mengurus 91 sekolah agama termasuk dua Maahad Tahfiz Quran dan empat Maahad Tahfiz Sains.

Bajet 2013 juga turut menyediakan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi projek pembangunan, menyelenggara dan menaiktaraf sekolah berkenaan.

"Yik merancang membina Maahad Muhammadi Sains (Lelaki) di Pengkalan Chepa dianggar melibatkan kos sebanyak RM12 juta. Pejabat Yik juga akan dibina di Tunjung dengan kos sebanyak RM8 juta," ujarnya.

Tiada ulasan:

Pengikut