Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Halakan senapang kepada musuhmu...
- Sekitar Gerak Kerja Pilihanraya DPPKM Bagi Pemuda PAS Dun Kemuning
- Royalti: Program R dan Amanah di Bachok 13 Okt
- Kenapa Felcra belum bayar RM200 juta kepada Kedah?
- Mesyuarat Gerak Kerja Pilihanraya DPPKM Bagi Pemuda Dun Pulai Chondong.
- Dulu ceramah di Johor hanya kepada pokok
Halakan senapang kepada musuhmu... Posted: 10 Oct 2012 05:07 PM PDT KUALA LUMPUR: Semua ahli dan pemimpin PAS dinasihatkan supaya "Halakan peluru kepada musuhmu dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu." Nasihat ini dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Nasihat itu dikeluarkan dalam posting terbaru Facebooknya hari ini. "Halakan peluru kepada musuhmu, dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu. Walau tiada peluru di dalamnya sekalipun," tulis Tuan Ibrahim di laman Facebooknya. Bagi beliau, tiada perlu yang diulaskan mengenai nasihat di atas, yang pastinya para pemimpin PAS dan ahlinya faham maksud tersirat yang perlu disampaikan. |
Sekitar Gerak Kerja Pilihanraya DPPKM Bagi Pemuda PAS Dun Kemuning Posted: 10 Oct 2012 04:59 PM PDT |
Royalti: Program R dan Amanah di Bachok 13 Okt Posted: 10 Oct 2012 04:58 PM PDT KUALA LUMPUR: R Malaysia dan Amanah Merdeka Malaysia (Amanah) bersetuju untuk mengadakan program bersama bagi menerangkan isu Tuntutan Royalti dan Pendaratan Minyak & Gas ke Bachok yang dinafikan sejak 1990-an lagi. Setiausaha R Malaysia, Mohd Hisyamuddin Ghazali dalam satu kenyataan berkata, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Pengasas Petronas, yang menandatangani Perjanjian Petronas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohammad Nasir pada 9 Mei 1975 lalu dan DatUK Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan juga telah mengesahkan kehadiran ke Ceramah Mega R dan Amanah Rakyat di Padang Istiadat, Bachok pada 9 malam, 13 Oktober ini. Katanya, program yang bermula dengan Konvoi R Tuntut Royalti dari Kota Bharu ke Bachok yang melibatkan lebih 500 buah motosikal dengan mengibarkan bendera R dan memakai baju T dengan logo "R" dan "Amanah". Ujarnya, dalam program itu nanti akan mengadakan jamuan rakyat di tempat yang sama bermula jam 12 tengah hari, pemberian sumbangan hamper kepada fakir miskin, golongan OKU, pelajar cemerlang dan mereka yang memerlukan bantuan sekitar Bachok. Presiden R Malaysia, katanya Nazri Deraman juga akan hadir memberikan ucapan berkaitan gerakan R yang kini menjadi fenomena luar biasa kebangkitan rakyat Kelantan menuntut royalti yang kini berjumlah RM10.4 billion selepas kejayaan program mega R Tuntut Royalti ke Putrajaya tempoh hari. Pengerusi Amanah Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh juga akan hadir memberikan ucapan pada malam tersebut. Menurutnya, bagi mengiatkan lagi usaha tuntutan royalti pihaknya akan mengadakan program seluruh negara iaitu pada 12 Oktober sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dengan Selangor di Stadium Shah Alam. "Pada program ini pihak R akan mengedarkan lebih 20,000 keping sticker "R" yang menjadi rebutan anak muda Kelantan masa kini," katanya. Katanya lagi, pada 13 Oktober, serentak program di Bachok, R juga mengadakan Konvoi R Tuntut Royalti Di Malaysia Utara (Kedah–Perlis) di mana sebanyak 500 buah kenderaan bermula di Alor Setar, Kedah dan berakhir di Kuala Perlis melibatkan anak-anak perantauan di kedua-dua negeri itu. |
Kenapa Felcra belum bayar RM200 juta kepada Kedah? Posted: 10 Oct 2012 04:58 PM PDT KUALA LUMPUR: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) sehingga sekarang masih belum membuat pembayaran keuntungan RM200 juta kepada Kerajaan Negeri Kedah. Perkara itu diungkit Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria sewaktu membahaskan Bajet 2013 di Dewan Rakyat. Mohd Nasir turut mempersoalkan tindakan Felcra yang juga dilihat bermusuhan dengan kerajaan negeri apabila sehingga sekarang belum hadir mesyuarat yang diadakan oleh pihak Menteri Besar mahupun kerajaan negeri. "Saya ingin meminta kepastian dan penjelasan kenapakah sehingga sekarang belum ada pembayaran keuntungan RM200 juta dibuat kepada Kerajaan Negeri Kedah. "Malah dalam masa yang sama saya juga melihat seolah-olah Felcra ingin 'berperang' dengan kerajaan negeri apabila tidak menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh pihak kerajaan negeri," katanya. Tambahnya lagi, keengganan Felcra mahupun kerajaan menyerahkan hak milik kerajaan negeri sebanyak RM200 juta itu menimbulkan persoalan. Malah menurut beliau lagi, terdapat perjanjian yang dibuat yang mana ada ladang-ladang yang dibangunkan oleh Felcra yang sebahagiannya diambil daripada tanah-tanah yang diusahakan oleh orang kampung. "Dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin politik pada ketika itu akan diberi keutamaan kepada pengusaha-pengusaha tanah yang asal yang kebun mereka sudah pun boleh mengeluarkan hasil. "Tetapi itu tidak diberikan kepada pengusaha-pengusaha malah hasil yang dikatakan ada perjanjian 60 peratus untuk kerajaan negeri dan 40 peratus kerajaan pusat itu turut tidak diterima oleh kerajaan negeri," jelas beliau lagi. Beliau yang berharap Felcra dan kerajaan pusat dapat bertindak dengan membuat pembayaran tersebut agar ia dapat digunakan untuk tujuan pembangunan serta keperluan rakyat di Kedah. |
Mesyuarat Gerak Kerja Pilihanraya DPPKM Bagi Pemuda Dun Pulai Chondong. Posted: 10 Oct 2012 04:58 PM PDT |
Dulu ceramah di Johor hanya kepada pokok Posted: 10 Oct 2012 04:52 PM PDT TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, dulu di Johor jika PAS berceramah hanya pokok yang sudi mendengar tapi sekarang dipenuhi lautan orang. Ini merupakan satu kebangkitan luar biasa yang sukar dipercayai namun itulah hakikat sebenar kemaraan tsunami politik sejak tahun 1999 di Johor. Walaupun di Johor kebangkitan agak lambat berbanding negeri lain tetapi ianya menyeluruh terutamanya anak muda yang terdedah dengan media baru. "Itulah kesan media baru terhadap anak muda. Mereka lebih mempercayai media baru yang bersikap tidak menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN)," terangnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Cawangan baru PAS Cawangan Taman Desa Sena dalam Parlimen Tasek Gelugor. Masyarakat Felda ujarnya, sudah sedar dan menanti saat pilihanraya umum ke 13 untuk menghukum kezaliman BN yang lebih mementingkan kroni daripada menjaga kebajikan rakyat. Sekarang, katanya, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman berjaya mengoncang Felda dengan isu saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang kian merudum. Menurut Haji Mohamad lagi, kemunculan Ahli Parlimen Kubang Kerian di Johor, Salahudin Ayob juga menjadi faktor kenapa sambutan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat semakin diterima ramai. "Terlalu banyak penyelewengan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN pimpinan Ghani Osman bocor hari demi hari, " tegasnya. Pemberian BR1M yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pun sekadar 'one off' ekoran tibanya pilihan raya. Lagipun kemantapan Pakatan Rakyat membuatkan BN tidur tidak lena sampai sekarang sekaligus mengusarkan perasaan Perdana Menteri, Najib Razak. Ramai rakyat Johor, katanya, kecewa terhadap Najib kerana gagal membawa perubahan yang menguntungkan rakyat umumnya sebagaimana kejayaan mantan Perdana Menteri ke dua Malaysia yang juga ayahanda pada Najib. "Rakyat kena bandingkan pemerintahan ayahnya dengan beliau baru terasa ada perbezaan yang besar. Ayahnya berjuang untuk rakyat sebaliknya Najib menghalakan perjuangan menyelamatkan kroni, " jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan