Isnin, 29 Oktober 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Awekz Bukit Gantang

Posted: 29 Oct 2012 07:34 AM PDT

Awekz Bukit Gantang


Info 'Leaking' dari Bilik Perang UMNO Perak???

Posted: 29 Oct 2012 01:02 AM PDT



Benarkah apa yang Awekz dengar ni? Info dari bilik perang UMNO Perak 'leaking'? Sejauh mana kebenarannya Awekz sendiri tidak pasti tapi menurut Media Perak. Net itulah yang terjadi. Dengan confident nya berkata demikian sedangkan kesahihannya tidak dapat dipastikan. Diberitakan lagi, MB Perak, YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir akan digugurkan dari menjadi MB dan penggantinya akan ditentukan nanti. Andai benar seperti yang diperkatakan, sila tunjukkan bukti? Sumber dan bukti sahih yang mengatakan maklumat anda dari bilik perang UMNO itu sendiri! 

Bukan sahaja Perak, begitu juga Melaka, Terengganu dan Johor negeri yang turut dikaitkan dengan pertukaran Ketua Menteri dan Menteri Besar masing-masing. Jelas bagi Awekz ini hanyalah strategi puak-puak Perosak Rakyat dalam melaga-lagakan kepimpinan UMNO di negeri-negeri yang jelas kepimpinan mereka diterima rakyat. 

Alahai puak-puak Perosak Rakyat, sudah-sudahlah memburukkan imej Kerajaan kini yang Awekz lihat, jelas mendapat sokongan dari rakyat semula. Salah kah, yang baik dipuji dan yang buruk ditegur, bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya untuk rakyat sendiri. 

Awekz: buat puak-puak Perosak Rakyat, PAKU DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG ANDA YANG LEBIH!!! Fikir-fikirkan



AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 29 Oct 2012 03:38 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ


Ada Pegawai SPR = SOKONG PAKATAN RAKYAT ??? PERINGATAN KEPADA SPR ! Jangan Condong Ke Mana-Mana Pihak ! BN Mahupun PR ! SPR WAJIB TELUS 100% !!!

Posted: 28 Oct 2012 08:44 PM PDT



Artikel ini bukan niat untuk bikin ribut !

AloQStaQBlog baru mendapat maklumat (sewaktu aku berbual-bual dengan saudara-mara di satu majlis Korban di kampung kelmarin).

Ramai kakitangan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia) adalah terdiri dari kalangan penyokong parti pembangkang (PAKATAN RAKYAT) ?!! Ini adalah merupakan sumber lisan yang aku perolehi dari kakitangan SPR sendiri yang tidak mahu identitnya dikenali. Beliau memberitahu aku (admin AloQStaQBlog) bahawa ada segelintir kakitangan SPR yang menjadi penyokong Pakatan Rakyat ini ibarat Duri Dalam Daging kepada institusi tersebut.

ooooo ! Patutlah ada kejadian sewaktu aku dan rakan-rakan bertugas menjadi jentera UMNO pada pilihanraya March tahun 2008 dulu, terdapat seorang pegawai SPR cuba "mendorong" seorang pakcik tua memangkah kotak parti Pakatan Rakyat !!

Kejadian tersebut berlaku di hadapan dua orang ahli jentera UMNO, sedangkan pakcik tersebut memang veteran UMNO yang hadir ke tempat pengundian dengan hanya berkerusi roda dan beliau dibantu ke pusat pengudian oleh jentera parti UMNO ketika itu !

Rupa-rupanya ada pembelot di dalam SPR ! ... Sudahlah begitu, berdegar-degar pimpinan Pakatan Rakyat menuduh UMNO/BN pulak menggunakan SPR bagi mengotorkan sistem pilihanraya Malaysia demi kepentingan UMNO/BN !! Sehingga mereka menubuhkan Bersih 1.0 , 2.0 dan 3.0 ...

Padahal puak mereka juga ramai yang bertugas dalam SPR melakukan onar untuk menjahanamkan sistem SPR yang secara asalnya memang TELUS 100% demi kepentingan PAKATAN RAKYAT !! ...

Aku harap dengan keluarnya artikel kali ini, ia tidak akan menjadi kontroversi peringkat nasional, tetapi menjadi satu iktibar kepada kepimpinan dan pengurusan atasan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia supaya berhati-hati , memantau dan berwaspada dalam memberikan tugasan serta tanggungjawab kepada pegawai-pegawainya agar urusan Pilihanraya Umum ke 13 yang akan menjelang beberapa minggu lagi TELUS, BENAR-BENAR BERSIH, TIDAK BERKECENDERUNGAN KEPADA MANA-MANA PIHAK & ADIL !!

Ini amat perlu supaya imej SPR tidak tercalar di mata rakyat, seterusnya pihak Kerajaan Malaysia pula dipersalahkan.

Aku hanya sekadar mengingatkan. Bukan niat untuk bikin ribut ! OK !

NOTE : Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof dan Datuk Wira Hj. Wan Ahmad bin Wan Omar , TOLONG TENGOK2  SAMA ANAK BUAH ANDA SUPAYA BERTUGAS DENGAN PENUH TELUS 100%. JANGAN CONDONG & JANGAN BERPIHAK KEPADA MANA2 PARTI. BN PUN TIDAK, PAKATAN RAKYAT PUN TIDAK. OK ?!  - Pesanan ini Ikhlas daripada Admin AloQStaQBlog.


AloQStaQ

ISNIN
29 OKT 2012
11:44 TGHARI

Politik Harian

Posted: 29 Oct 2012 03:26 AM PDT

Politik Harian


KJ Mahu Pakatan Rakyat Berpolitik Secara Matang, Terima Kelemahan Yang Ada!

Posted: 29 Oct 2012 02:14 AM PDT


Petikan dari http://rembau.com.my

Satu lagi contoh kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Ini kes yang melibatkan kerajaan negeri Kelantan.

Ringkasan ceritanya: Kerajaan Kelantan dan syarikat Liziz Stanco Sdn Bhd telah memeterai perjanjian untuk membangunkan kawasan Lembah Sireh di tebing Sungai Kelantan pada 2002. Dalam perjanjian tersebut, LIziz Stanco Sdn Bhd perlu membayar Kerajaan Kelantan RM390 juta dalam bentuk wang tunai, tanah dan juga prasarana seperti jambatan dan masjid untuk memiliki 404 hektar tanah di Lembah Sireh.

Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa walaupun 290 hektar tanah berkenaan sudah pun diberi kepada Liziz Stanco Sdn Bhd, syarikat tersebut hanya dapat membayar Kerajaan Kelantan RM45.68 juta daripada apa yang dijanji setelah hampir 10 tahun kontrak asal dimeterai. RM343.41 juta masih tidak dijelaskan oleh Liziz Stanco Sdn Bhd.

Kesimpulannya, sebahagian besar tanah sudah diberi tanpa Kerajaan Kelantan menerima bayaran sepertimana yang dijanji.

Banyangkan kalau kes ini melibatkan Kerajaan Persekutuaan. Sudah pasti macam-macam tuduhan dan andaian akan keluar. Tetapi bila kena pada batang hidung mereka sendiri, mereka sepi seribu bahasa. Hujah yang dikeluarkan amat mengecewakan: "BN lagi teruk" "Korupsi BN lebih besar".

Adakah kesilapan dan dosa orang lain (kalau pun ada) menghalalkan kesilapan kita sendiri? Saya rasa tidak. Politik yang matang menuntut agar Kerajaan Kelantan mengaku kelemahan yang ada, terima siasatan dari pihak SPRM dan tidak menggunakan alasan "musuh saya lebih teruk" untuk cuba menjawab skandal besar ini.

Pemuda UMNO, NGO Buat Laporan SPRM Berhubung Lembah Sireh

KOTA BAHARU, 29 Okt – Pemuda UMNO Kelantan dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu Lembah Sireh yang mahu siasatan menyeluruh dilakukan.

Seramai 50 orang diketuai Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian membuat laporan itu di pejabat SPRM di sini hari ini pada 12 tengah hari dengan turut membawa pelbagai sepanduk berhubung isu Lembah Sireh itu.

Anuar ketika ditemui sebelum itu berkata mereka menyifatkan isu Lembah Sireh sebagai satu skandal terbesar membabitkan kerajaan Kelantan yang perlu kepada satu siasatan yang akhirnya perlu didedahkan kepada rakyat.

"Kami memohon pihak SPRM dapat menyiasat perkara ini seandainya berlaku salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah terancang di pihak kerajaan Kelantan kerana ini melibatkan kepentingan umum rakyat negeri ini kerana tanah tersebut telah pun dipindah milik sebelum perjanjian sebenar dilaksanakan.

"Kami memohon agar pihak SPRM dapat mengeluarkan satu kenyataan rasmi selepas menyiasat projek ini agar rakyat Kelantan dapat mengetahui kedudukan sebenar," katanya.

Beliau juga berkata pihaknya juga meminta SPRM dapat menyiasat kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di mana kerajaan negeri hanya menerima bayaran sebanyak RM7,357,883 daripada pihak pemaju sejak projek tersebut dilaksanakan.

Isu projek Lembah Sireh melibatkan pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan itu mula menjadi persoalan selepas didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini apabila pihak syarikat yang memajukan projek itu belum melaksanakan komponen projek fizikal yang dijanjikan.

Di bawah projek bernilai kira-kira RM2 bilion dan melibatkan kawasan seluas 400 hektar secara pajakan selama 99 tahun itu, kerajaan Kelantan bakal mendapat imbuhan daripada pemaju termasuk projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM350 juta.

Isu itu juga turut mendapat perhatian pembangkang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini dan kerajaan negeri menjelaskan ia akan berbincang dengan syarikat swasta yang melaksanakan projek berkenaan setelah pelaksanaannya tidak memuaskan sehingga ditegur dalam laporan itu.

Ahmad ketika menjawab dilaporkan berkata kerajaan negeri menyedari bahawa projek tersebut tidak menepati masa pelaksanaan dan tidak memberi pulangan sebagaimana yang dirancangkan.

-umno-online.my

Pakatan Rakyat Rancang Hapus Agenda Melayu Di Selangor

Posted: 29 Oct 2012 12:15 AM PDT



Antara kelemahan utama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu.

Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan, aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun, rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri terkaya di Malaysia itu.

Malah amat menyedihkan sekali apabila Selangor melantik pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya membela orang Melayu terutamanya golongan susah dan miskin.

Namun dengan pengalaman serta ketokohan Anwar sebagai bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun juga gagal menyelamatkan nasib orang Melayu.

Anwar bagaikan tunggul kayu mati yang hanya berperanan sebagai penghias serta tidak mempunyai apa-apa fungsi yang boleh membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Selangor.

Kini nasib orang Melayu di tanah air mereka sendiri akan lebih tertekan dan akhirnya akan merempat apabila Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk menjual lima aset bangunan kepunyaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Antara aset PKNS yang bakal menjadi mangsa kerakusan Pakatan Rakyat ialah Wisma Yakin yang begitu terkenal sebagai ikon perniagaan orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sejak awal tahun 1970an lagi.

Siapa tidak kenal Wisma Yakin yang menjual serba anika pakaian dan aksesori budaya Melayu seperti baju Melayu, songkok, samping, kain pelikat, butang baju dan sebagainya.

Kelas peniaga Melayu kecil dan menengah berjaya diwujudkan di Wisma Yakin kerana dasar pro-Melayu yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Turut menjadi mangsa lagi ialah Kompleks PKNS Shah Alam yang akan dijual pada harga RM85 juta, PKNS Bangi (RM42 juta), PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) dan SACC Mall (RM97 juta) dengan nilai keseluruhan yang bakal diraih berjumlah RM321 juta.

Begitu hebat pentadbiran Pakatan Rakyat dengan slogan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' sehingga orang Melayu akhirnya akan kehilangan semua aset-aset mereka sedikit demi sedikit yang telah dibina dengan penuh penat lelah di bawah Barisan Nasional sejak zaman merdeka lagi.

Antara objektif utama PKNS yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sejak 45 tahun lalu ialah peranannya sebagai satu agensi pembangunan sosio-ekonomi Selangor selain menjadi, agensi utama pembangunan hartanah kerajaan negeri, pemegang amanah bumiputra, agensi utama melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dalam menyusunkan semula struktur masyarakat dan pembasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Bumiputera bandar dan luar bandar.

Jika diteliti jasa lebih empat dekad PKNS di, kejayaan terbesarnya adalah kemunculan Selangor sebagai negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia dari segi pembangunan industri, perumahan dan perbandaran.

Di bawah Pakatan Rakyat semua kejayaan yang telah dicapai bagi pembangunan sosio-ekonomi rakyat Selangor khususnya orang Melayu akan hancur dan musnah.

Maka tidak silap dikatakan bahawa antara agenda penting kerajaan Pakatan Rakyat apabila mengambil alih pentadbiran di Selangor ialah mensasarkan institusi-institusi yang mempunyai kepentingan Melayu.

Faktor mengapa ini berlaku ialah kehadiran parti rasis DAP sebagai sekutu PKR dan PAS.

Sementara PAS sudah menjadi keldai DAP akan membawa apa sahaja beban mengikut kemahuan parti rasis Cina itu, PKR pula menjadi pak turut kerana sokongan amat diperlukan oleh Anwar untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Yang menjadi mangsa sudah tentunya orang Melayu kerana DAP tidak sesekali akan membenarkan orang Melayu berjaya dan cemerlang di negeri itu.

Lihat bagaimana agenda Pakatan Rakyat Selangor di kawal dan dirancang oleh DAP dengan restu Anwar apabila kerajaan negeri merampas tanah seluas 323.7 hektar kepunyaan Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah pada tahun 2010.

Tanah tersebut dirampas oleh Pakatan Rakyat hanya kerana YBK menolak nafsu Khalid supaya beliau dilantik sebagai pengerusi yayasan itu.

Rampasan tanah itu telah membantutkan usaha kerajaan pusat untuk membina kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sekali gus menafikan hak beribu-ribu anak Melayu meneruskan pengajian mereka.

Mujur keadilan dapat ditegakkan apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tanah itu dikembalikan semula kepada YBK.

Agenda melemahkan orang Melayu melalui bidang pendidikan juga dikesan di UNISEL, sebuah universiti milik kerajaan negeri Selangor yang mengalami kerugian berjumlah RM54 juta dalam tempoh tiga tahun sejak Pakatan Rakyat memerintah bermula dari tahun 2008 sehingga 2010.

Sebagaimana anak-anak Melayu di nafikan pendidikan dengan ketiadaan kampus cawangan UiTM di Serendah, beribu-ribu pelajar Melayu yang kini menuntut di UNISEL akan menerima nasib yang lebih malang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Pengurusan yang lemah dan tidak berjaya, ditambah lagi dengan agenda politik kotor Pakatan Rakyat untuk menjadikan UNISEL sebagai medan latihan kader-kader pembangkang, institusi pengajian tinggi yang dulunya dipandang tinggi dengan pencapaian akademik yang membanggakan, kini akan turut sama dikorbankan demi memuaskan hati DAP.

Hakikatnya lebih lama Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, lebih dahsyat kemusnahan agenda Melayu akan dilakukan dan semua ini dilakukan di depan mata PKR dan PAS yang kononnya mendakwa sebagai pelindung Melayu.

MB Kedah Dicabar Akui Kerugian Projek Pembalakan Di Papua New Guinea

Posted: 28 Oct 2012 08:31 PM PDT


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dicabar mengakui kerugian projek pembalakan di Papua New Guinea.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Azizan perlu mengakui projek pembalakan yang bernilai jutaan ringgit di Papua New Guinea adalah merugikan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan baru-baru ini.

"Kalau dah rugi berniaga pembalakan sampai berjuta-juta ringgit, mengaku sajalah.

"Dia sebagai MB mana boleh kata saya tak tahu. Ketika itu Kedah Corporation Berhad (KCB) adalah di bawah kelolaan MB. MB kena bertanggungjawab kepada projek perniagaan itu," katanya kepada Sinar Harian selepas menyempurnakan majlis korban perdana di Masjid Felda Lubuk Merbau di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah berkata, Azizan tidak seharusnya mencari kesalahan orang lain apabila diri sendiri melakukan kesalahan.

"Hari ini (semalam) dalam surat khabar dia kata nak dedah projek BN yang sakit. Projek itu ada, tapi dia langsung tak ada, tapi rugi berjuta-juta ringgit

"Maknanya dia patut bertanggungjawab. Saya cabar dia mengakulah projek itu rugi," katanya.

Mengenai projek padang golf di Langkawi, Mahdzir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pedu berkata, sepatutnya projek itu diteruskan oleh Kerajaan Negeri setelah BN tewas dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) pada 2008.

"Projek itu sebenarnya sedang berjalan tapi sampai 2008 kita kalah, dia menang. Sepatutnya dia sambung projek itu, tapi dia tak sambung.

"Dia tak nak sambung sebab dalam itu ada tanah Melayu Islam Kedah (MIK) dan tanah Kerajaan Negeri yang perlu digabungkan untuk buat padang golf. Tapi dia tak sambung," katanya.

Katanya, niat BN pada ketika itu adalah untuk membangunkan sebuah padang golf bertaraf antarabangsa agar orang ramai boleh mengadakan pertandingan di situ.

"Tapi hari ini (semalam), dia kata projek ini tak berjaya. Sebenarnya bukan tak berjaya, tapi sebab kita kalah dalam PRU12 pada tahun 2008, kita tak dapat sambung sebab dia dah jadi kerajaan," katanya.

Kelmarin akhbar ini melaporkan, Kerajaan Negeri terpaksa menanggung hutang yang ditinggalkan BN sejak mengambil alih pemerintahan.

Laporan itu menyebut, Azizan mengambil pendekatan 'menyerang balik' pemimpin BN yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini mendedahkan empat projek bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung hutang.

bumiyang

Posted: 29 Oct 2012 03:13 AM PDT

bumiyang


Ibadat Korban Mengajar Kita Supaya Berpecah-belah???

Posted: 28 Oct 2012 09:01 PM PDT

RIDHUAN TEE

Posted: 29 Oct 2012 03:09 AM PDT

RIDHUAN TEE


Berkorban jangan sampai terkorban

Posted: 28 Oct 2012 09:51 PM PDT

hari ini, 2 artikel saya disiarkan dalam 2 akhbar dan tajuk berlainan, sinar harian dan Utusan malaysia

(SINAR hARIAN 29 Okt 2012)
 
Pada minggu lalu, seorang pemimpin parti ultra kiasu mengeluarkan kenyataan bahawa pendidikan berasaskan bahasa ibunda atau sekolah vernakular bukanlah punca kepada polarisasi.

Beberapa polisi kerajaan sedia ada, merujuk kepada hak istimewa orang Melayu dan DEB, menjadi punca polarisasi seperti kemudahan pemberian lesen dan bantuan biasiswa. Kenyataan ini keluar sejurus selepas senator Melayu ultra kiasu mengeluarkan kenyataan sekolah agama punca kepada polarisasi.

Lebih memeranjatkan lagi, resolusi perhimpunan agung parti ini mendesak kerajaan supaya i) mencinakan lagi SMKJC Chong Hwa Kuantan, tidak lama lagi di Segamat. ii) mengekalkan silibus Bahasa Melayu (BM) di SJKC yang selama ini begitu mudah berbanding sekolah kebangsaan, iii) mahukan kursus vokasional diajar dalam bahasa ibunda (Cina), iv) menaik taraf Kolej Tunku Abdul Rahman menjadi kolej universiti. v) penggunaan pelbagai bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, bukan BM sahaja, makna turut menggunakan bahasa Cina dan berbagai lagi tuntutan lain. Ternyata, resolusi begitu ultra kiasu, terus mementingkan bangsa berbanding agenda negara.

Ketika merasmikan perhimpunan itu, Perdana Menteri (PM) turut mengumumkan peruntukan RM30 juta kepada 78 SMJKC seluruh negara. Sudah pasti ia akan menjadi peruntukan tahunan. Kayalah nampaknya SMJKC; derma datang mencurah-curah. Saya bukan dengki, tetapi sedih melihat sekolah agama.

Ya, saya tidak nafikan sumbangan sekolah vernakular dalam pembangunan, tetapi tidakkah kita perlu melihat sama aspek negatif, seperti niat murni PM mahukan ultra kiasu menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Malangnya, isu penguasaan BM langsung tidak dibincangkan dalam perhimpunan tersebut, apatah lagi diresolusikan. Sungguh licik ultra kiasu ini. Dalam kepala mereka semuanya memperkasa dan memperkayakan bangsa.

Sebelum ini, pemimpin ultra kiasu ini mengeluarkan kenyataan menghina Islam dengan mengatakan 1.2 juta rakyat Malaysia hilang pekerjaan jika hudud Pas dilaksanakan. Dia juga kata negara yang mengamalkan hudud adalah antara yang paling korup. Ultra kiasu boleh memusuhi Pas, tetapi jangan sama sekali menghina Islam, kerana Islam itu mulia dan dilindungi perlembagaan.

Saya juga boleh menghina agama Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain, tetapi Islam tidak membenarkan. Kenapa ultra kiasu begitu biadab? Kerana kita takut kepada mereka, meletakkan undi segala-galanya, sedangkan mereka belum tentu mengundi kita. Kita yang terhegeh-hegeh. Pas pun sama. Nasihat saya kepada pemimpin ultra kiasu, jangan campur hal ehwal Islam.

Sejarah membuktikan, tanpa penguasaan bahasa pun, interaksi antara kerajaan China dengan Tanah Melayu begitu rancak sejak lebih 600 tahun lalu dan sebelum itu. Ketika itu, kerajaan Melaka telah mengamalkan undang-undang Islam.

Orang Melayu tidaklah pandai berbahasa Cina, tetapi sikap dan perangai orang Melayu yang begitu lunak berteraskan cara hidup Islam, menjadi faktor penarik kepada orang luar untuk berinteraksi, selain mendapatkan hasil bumi melimpah ruah. 

Ini menjadikan orang Cina datang berdagang terpaksa mempelajari BM untuk berinteraksi dengan alam Melayu. Di manakah hujah mengatakan kuasa China bangkit hari ini maka kita mesti menguasai bahasa Cina, termasuk memperbanyakkan sekolahnya? Yang perlu diubah hari ini ialah perangai dan sikap orang Melayu yang tidak yakin kepada kekuatan dan kehebatan diri sendiri. Inferioriti kompleks, memandang rendah cara hidup sendiri dan cara hidup Islam.

Sebenarnya kita telah diperbodohkan? Menjadi mangsa korban kerana terlalu banyak berkorban. Kuasa dan politik adalah segala-galanya. Mungkin kita boleh berseronok untuk jangka pendek, tetapi tidak jangka panjang. Pasti anak cucu-cicit kita akan merana.

Apakah tidak berlaku polarisasi jika sejak dari kecil kita dipisahkan dalam segala aspek. Apabila sampai ke peringkat menengah, mereka berasa janggal untuk berkomunikasi disebabkan masalah bahasa. Perkara ini terbawa-bawa hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Kajian saya mengenai polarisasi di IPT, sudah jelas menunjukkan semua ini disebabkan pembawaan sejak kecil. Bayangkan jika ditambah lagi SJKC, SMJKC dan sekolah persendirian. Bermakna semakin kurang bukan Melayu di sekolah kebangsaan. Akan bercampurkah anak-anak kita nanti. Selepas itu, mereka melanjutkan pelajaran di China dan Taiwan. Jenis manusia apakah yang ingin kita lahirkan di Malaysia ini?

Sempena hari raya korban ini, saya menyeru kepada seluruh pemimpin negara tercinta ini supaya melakukan korban untuk kepentingan negara, bukan bangsa, tidak semata-mata pilihan raya. Matlamat utama kita adalah untuk mengekalkan negara berada di tangan umat Islam, terjamin hak dan identiti Islamnya.

Amat jarang berlaku dalam sejarah dunia, identiti negara itu tercabut dek kerana terlalu meraikan orang lain. Boleh berkorban, tetapi jangan sampai agama dan anak bangsa terkorban.

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ridhuan-tee-abdullah/berkorban-jangan-sampai-terkorban-1.98572

Ucapan 'sekular' tidak mengikat

Posted: 28 Oct 2012 09:40 PM PDT


(Utusan Malaysia, 28 Okt 2012)

BIDANG saya bukanlah undang-undang, tetapi politik dan kerajaan. Namun, saya naik muak apabila pakar undang-undang bercakap, tetapi tidak mencerminkan keintelektualan mereka. Mereka hanya mahu menonjolkan diri seolah-olah pakar segalanya. Sejauh mana kepakarannya, masih menjadi tanda tanya.

Saya bersetuju dengan kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa Malaysia bukanlah negara sekular kerana tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan perkataan itu. Yang ada hanya ucapan pemimpin dan interpretasi mereka. Ultra kiasu mengatakan Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan Malaysia sebuah negara sekular. Kata-kata pemimpin tidak mengikat (binding), berbanding undang-undang dalam Perlembagaan.

Saya boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pendapat dan kata-kata sesiapa pun. Sama seperti ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kita boleh menerima dan tidak menerima pengisytiharan itu kerana ia tidak mengikat. Maka, kenapa kita perlu terlibat dengan polemik ultra kiasu yang menangguk di air keruh?

Saya ada hak untuk akur atau ingkar kepada pendapat seseorang pemimpin. Ultra kiasu boleh memetik daripada pelbagai sumber untuk menunjukkan negara ini negara sekular, tetapi saya tetap beranggapan negara ini negara Islam, berasaskan sejarah, majoriti umat Islam dan Perlembagaan yang jelas meletakkan keistimewaan agama Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu, berbanding perkara lain dalam banyak hal. Rujuk perkara 3, 11, 12, 32-42, 152, 153, 160 dan lain-lain. 

Ini termasuk menggunakan peruntukan negara untuk mendirikan institusi Islam dan menyebarkan syiar Islam. Di sinilah terletaknya makna keadilan, memberikan hak kepada yang berhak, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika umat Islam membina masjid di tanah kerajaan, ia dibenarkan, mengambil kira kedudukan Islam dalam Perlembagaan manakala jika orang bukan Islam sewenang-wenangnya memacakkan rumah ibadat mereka, maka boleh diambil tindakan, sebab ia tidak ada dalam peruntukan Perlembagaan. Itupun kita begitu takut melakukannya. Yang selalu menjadi korban adalah masjid dan surau. 

Saya begitu teruja dengan pendapat dua orang pakar perundangan Melayu, mengenai kebimbangan Perlembagaan diganti dengan undang-undang Islam. Saya tidak tahu sejauh mana pakarnya mereka ini. Tetapi perlu diingat, kepakaran mesti disertai dengan asas hidup beragama. Menjadi pakar adalah satu hal, memahami kepakaran daripada perspektif sejarah dan Islam, satu hal lain yang perlu diketahui, supaya kepakaran kita selari dengan cara hidup Islam.

Keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kes transeksual Muslim di Negeri Sembilan baru-baru ini, menimbulkan kebimbangan dua orang 'pakar' undang-undang yang ditemubual oleh laman web Malaysian Insider. Katanya, undang-undang Islam bakal menggantikan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini. Jika pun benar, apa masalahnya? Hakim menjatuhkan keputusan berasaskan kepakarannya. 

Secara peribadi, saya suka keputusan itu. Hakim Mahkamah Tinggi, menolak cabaran oleh sekumpulan Muslim transeksual terhadap peruntukan undang-undang Islam yang menyekat lelaki daripada memakai pakaian wanita atau berpakaian seperti wanita dengan hujah, seorang Muslim tidak dikecualikan daripada undang-undang Syariah.

Dua pakar tersebut melahirkan kebimbangan mereka, dengan memberi contoh kes itu sebagai bukti Perlembagaan Persekutuan bukan lagi menjadi rujukan. Hal ini akan menyebabkan penghakiman mengutamakan undang-undang Islam daripada undang-undang lain, dalam sistem dua mahkamah di negara ini. Penghakiman tersebut katanya, meletakkan enakmen Islam lebih tinggi daripada Perlembagaan. 

Persoalan saya, bukankah perkara ini melibatkan hal ehwal Islam, di manakah salahnya? Hakim menjatuhkan keputusan berasaskan budi bicara setelah mendengar semua hujah daripada peguam cara dan peguam bela. 

Mereka mendakwa bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tersebut adalah sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini, yang mana ia menetapkan bahawa Islam mesti dilindungi dengan "apa cara sekalipun". Pada saya, ini adalah keputusan tepat dalam melindungi umat Islam, yang berhak ke atas sistemnya sendiri.

Wartawan ultra kiasu turut menemu bual peguam veteran bukan Islam, bekas Setiausaha Agung Majlis Peguam, bagi menjustifikasikan Malaysia adalah negara sekular, agar undang-undang syariah tidak terpakai. Maka peguam ultra kiasu pun menjawab bahawa Malaysia adalah negara sekular dengan merujuk kepada pendapat Hakim Abdul Hamid, seorang Hakim Mahkamah Persekutuan Pakistan yang menjadi salah seorang panel yang menganggotai Suruhanjaya Reid (1956), dalam membantu merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, mengatakan negara ini sekular. 

Kedangkalannya semakin terserlah apabila beliau mengkritik Dr. Mahathir secara unilateral mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam ucapan politik di Persidangan Kebangsaan Perwakilan Parti Gerakan pada 2001. Dr. Mahathir, katanya, menidakkan pengumuman sekular yang dibuat oleh Perdana Menteri sebelum itu, seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.

Hujah beliau turut dipersetujui oleh dua peguam Melayu itu. Kata mereka, hanya kerana Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai perkataan 'sekular', tidak bermakna bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular. Sama juga seperti perkataan 'demokrasi' tidak disebut dalam Perlembagaan, tetapi negara kita mengamalkan demokrasi berparlimen. 

Sebuah negara Islam akan meletakkan al-Quran sebagai pihak berkuasa tertinggi, tetapi Perlembagaan kita menyatakan dalam Perkara 4 menetapkan Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara ini. Ternyata, mereka tidak faham sejarah negara dan konsep separation of power yang dibawa British.

Ultra kiasu selalu berhujah, Tun Salleh Abas semasa menjadi Ketua Hakim Negara, pernah berkata undang-undang negara ini sekular dengan merujuk kepada kes Che Omar Che Soh (1988). Hukuman mati ke atasnya adalah tidak sah kerana ia mengikut hudud, atau undang-undang Islam. 


"Bagaimanapun, kita perlu mengetepikan perasaan peribadi kita kerana undang-undang di negara ini adalah masih apa yang ia ada hari ini, undang-undang sekular, di mana moral tidak diterima oleh undang-undang dan tidak menikmati status undang-undang". Sama ada dakwaan ultra kiasu ini benar atau tidak, hanya Tun Salleh boleh memberikan jawapannya, kerana hanya ultra kiasu sahaja yang berminat dengan kata-kata ini. 

Dakwanya mereka lagi, Malaysia adalah sebuah negara sekular kerana semua undang-undang mesti selaras dengan Perlembagaan dan Perlembagaan adalah satu dokumen sekular. Undang-undang syariah wujud kerana Perlembagaan membenarkannya. 

Agensi-agensi Islam tertakluk kepada undang-undang Perlembagaan sekular itu. Lebih ekstrem lagi kata mereka, satu-satunya cara untuk menghilang status sekular Malaysia adalah melalui pindaan Perlembagaan, yang memerlukan persetujuan majoriti dua pertiga Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja serta Sabah dan Sarawak, yang mana perkara ini tidak mungkin berlaku.

Persoalannya, kenapa kita terlalu obses dengan label sekular, sedangkan perkataan ini langsung tidak disebut dalam Perlembagaan? Apa agenda dan tujuan di sebalik membangkitkan perkataan sekular itu? Tanpa melabel perkataan sekular itu, perlembagaan tetap Perlembagaan, satu set dokumen undang-undang tertinggi negara dan berdaulat.

Sekular atau tidak, kita yang menginterpretasinya. Ia tetap akan menjadi sumber rujukan pengamal undang-undang. Bagi umat Islam, mereka ada keistimewaannya, kerana kedudukan Islam begitu jelas terpelihara. Apa yang sekularnya?

Saya tertarik dengan pendapat Uthman El-Muhammady, sekularisme dalam mengikut pengertian Barat tidak wujud sama sekali di Malaysia. Umat Islam mesti segera menghentikan pertikaian berkenaan dan kembali kepada fahaman konsep sayang kepada bangsa dan agama mengikut Islam. Inilah yang Islam ajar. 

Jangan sesekali melanggar kerangka asal ini dan sewajarnya perlu diperkemaskan lagi untuk dijadikan contoh kepada kaum minoriti lain. Mereka yang melanggar kerangka asal ini dipanggil "Intellectual And Spiritual Barbarian" (kebiadapan intelektual rohani) yang tidak boleh dimaafkan, termasuk peguam Melayu tersebut. Ini tidak boleh dibiarkan berlaku atas dasar kebebasan mengeluarkan pendapat. 

Kata beliau lagi, pendapat yang menyebut sekular mula wujud di negara ini sejak kedatangan penjajah adalah tidak benar sama sekali. Pemisahan agama, adat dan raja pada waktu itu adalah pengasingan pentadbiran bukannya pengasingan agama secara total dalam pentadbiran. Pokok pangkal sekular ialah pengecualian agama daripada semua ruang awam. 

Agama dipisahkan dalam pendidikan, pentadbiran, sektor keselamatan, bank dan lain-lain. Kita tengok dalam pentadbiran negara hari ini, agama tidak dipisahkan sama sekali. Malah dalam apa jua aspek, agama ditekankan. Cuma mungkin secara tidak menyeluruh kerana kita sedang mengalami perubahan.

Kesimpulan, meneliti kepada semua hujah, saya dapat katakan, negara kita (perlembagaan), sekular pun tidak, terlalu Islamik pun tidak. Tetapi kedudukan Islam tetap terjamin dan ada keistimewaannya dan tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa pun. Maka, janganlah terperangkap permainan ultra kiasu licik ini.


PROF. MADYA DR. MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
Ketua Program, Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

tunku

Posted: 29 Oct 2012 03:02 AM PDT

tunku


PAS AND PKR YOUTHS PROTEST AGAINST MCA AND SOI LEK IS JUST A SHOW, NOTHING SERIOUS OR REAL

Posted: 29 Oct 2012 01:00 AM PDT

So PKR and PAS youth protested against MCA for the party's hard stand against Hudud laws and Nik Aziz Nik Mat's statement that women who wear revealing cloths should be raped and they asked for it. How the statement fron Nik Aziz is read is up to the individual but the irony is that how come PAS and PKR youth could protest against MCA and the party president Chua Soi Lek when they did not even open their mouths when DAP strongman Karpal Singh put his foot down against Hudud laws and implementation of Islamic government? Double standard? Or political considerations? Or whatever it is, the scenario is revealing…for the parties in the opposition front, whatever their leaders do is good and whatever the ruling BN do are bad…even if the population thought otherwise. They will present all kind of scenarios and all kinds of reasons to make sure the population of the country dislike and hate the ruling party and attracted to them. The 'political tsunami' they created in 2008 is no longer existing and they have to find other kind of 'tsunami' to maintain their influence which is fading very fast while at the same time ward off onslaughts from the voters on weaknesses emerging very clear in states they won and ruled. Failure to fulfill their promises made in 2008 and the weaknesses in administration as shown every now and then, they try hard to divert the attention and focus of voters to whatever they can against the ruling BN. Now they harp on 'make believe issues such as scorpene and the RM40 million donation to Sabah Umno', the act which they do good which would, at the very least, create doubts in the voters' minds. And when Karpal was hitting out at Hudud which was worse than Soi Lek, belittling Islam and PAS, PKR youth and its head Shamsul Iskandar Mat Akin did not utter a word. PAS youth was quite vocal against Karpal but not so demanding. Lucky for PAS, the party has former deputy president Nasharuddin Mat Isa who is willing to sacrifice his position in defending Hudud and PAS policies. He was later joined by Ulamak council deputy chief Dr Haron Din, and the by few others who proposed that Nik Aziz steps down and make way for new leaders. Whether right or wrong, the protests by PKR and PAS youths against MCA and Soi Lek does not have much or any effect on voters' minds and sentiments given the hypocrisy in whatever actions they take. The double standards they practiced are crystal clear and voters know and see what they do…thus the protests against Soi Lek and MCA, to the voters are just a 'show'. What voters know and understand at present is that DAP is against Hudud and Islamic laws and PKR has been quiet on this just, just to make sure the 'marriage of convenience' among them 'look good'. And as far as PAS is concerned, regardless of NIk Aziz or not, the party is determine to go alone if it is necessary as the party continues to pursue its struggles and objectives.

MALAY AND ISLAMIC NGOS BARKING THE WRONG TREES

Posted: 28 Oct 2012 11:27 PM PDT

Are the Muslims and Malay NGOs in the country going on the wrong path or barking the wrong trees? Have intellectualism and rational thinking dodged the minds of these organisations to the extent that they no longer see the threes from the forests or vice-versa? The Islamic world or rather Islamic countries are now facing rebellions from their own people wanting or more freedom, and what they got so far are chaos and instability with unemployment and economic uncertainty. The price they have to pay for the so-called freedom and democracy propagated to them by agents of change from non-other than the foreign masters and economic hooligans who just wanted profits and to see the destruction of developing or developed Islamic nations. While Iran is fighting a lone battle against America's attempt to disarm them of nuclear weapons to protect Israel and to make sure no Islamic nations is powerful enough to fight Israel or United States, here in Malaysia the Islamic and Malay NGOs are harping on movies like My Name Is Khan. Whats wrong with the movie? Promoting liberalism? So does the movie create revolution in Islamic nations? Have these NGOs ever thought of how to build up Islamic and Malay enterprises to compete with other races in the country? Have they ever thought that the ruling party Barisan Nasional (BN) needs help in promoting and developing Islamic and Malay businesses, no matter how small they are? Have they ever thought of being loyal to Malay and Islamic businesses which can help the government promote and develop them? Have they thought that government alone cannot do much unless they support these enterprises by being loyal, by visiting and buying their products, by helping to promote them to others and so on? Now what these NGOs do is to harp on movies like mentioned above and other movies that rundown Islam as though they are the protector of Islam but right under their own noses when Muslims businesses needed their support they just 'walk pass' without taking notice? To these NGOs, they must reflect intellectualism but they cannot even make a movie that can fight back the so-called promotion of liberalisms in other movies…it is just useless showing of one's intellectualism when one's own backyard and economic status are just nothing. No one would listen to anyone who is nothing – no economic power or standing – as intellectualism alone is of no relevance in today's world of economic power. Most of the intellectuals are also being employed by those liberals or non-Muslims who are financially sound and make use of them to actually stir up the minds of other Muslims. And this is actually happening where we see Muslims going after each-others' throats in the name of freedom or liberalism or whatever 'isms' that the West wants. And Muslims and Malay NGOs here are just the same as they continue to harp and become emotional on matters or issues unrelated to the reality of the Malays and Islamic situation here.

Taipingmali (tm)

Posted: 29 Oct 2012 01:49 AM PDT

Taipingmali (tm)


MALAY AND ISLAMIC NGOS BARKING THE WRONG TREES

Posted: 28 Oct 2012 11:56 PM PDT

Are the Muslims and Malay NGOs in the country going on the wrong path or barking the wrong trees? Have intellectualism and rational thinking dodged the minds of these organisations to the extent that they no longer see the threes from the forests or vice-versa?

The Islamic world or rather Islamic countries are now facing rebellions from their own people wanting or more freedom, and what they got so far are chaos and instability with unemployment and economic uncertainty.

The price they have to pay for the so-called freedom and democracy propagated to them by agents of change from non-other than the foreign masters and economic hooligans who just wanted profits and to see the destruction of developing or developed Islamic nations.

While Iran is fighting a lone battle against America's attempt to disarm them of nuclear weapons to protect Israel and to make sure no Islamic nations is powerful enough to fight Israel or United States, here in Malaysia the Islamic and Malay NGOs are harping on movies like My Name Is Khan.

Whats wrong with the movie? Promoting liberalism? So does the movie create revolution in Islamic nations? Have these NGOs ever thought of how to build up Islamic and Malay enterprises to compete with other races in the country?

Have they ever thought that the ruling party Barisan Nasional (BN) needs help in promoting and developing Islamic and Malay busiensses, no matter how small they are?

Have they ever thought of being loyal to Malay and Islamic businesses which can help the government promote and develop them?

Have they thought that government alone cannot do much unless they support these enterprises by being loyal, by visiting and buying their products, by helping to promote them to others and so on?

Now what these NGOs do is to harp on movies like mentioned above and other movies that rundown Islam as though they are the protector of Islam but right under their own noses when Muslims businesses needed their support they just 'walk pass' without taking notice?

To these NGOs, they must reflect intellectualism but they cannot even make a movie that can fight back the so-called promotion of liberalisms in other movies…it is just useless showing of one's intellectualism when one's own backyard and economic status are just nothing.

No one would listen to anyone who is nothing – no economic power or standing – as intellectualism alone is of no relevance in today's world of economic power.

Most of the intellectuals are also being employed by those liberals or non-Muslims who are financially sound and make use of them to actually stir up the minds of other Muslims.

And this is actually happening where we see Muslims going after each-others' throats in the name of freedom or liberalism or whatever 'isms' that the West wants.

And Muslims and Malay NGOs here are just the same as they continue to harp and become emotional on matters or issues unrelated to the reality of the Malays and Islamic situation here.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Al Fatihah

Posted: 28 Oct 2012 04:08 PM PDT

Anak kedua SUK Puteri UMNO WP, Umi (16thn) telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan. Semoga Allah merahmati Allahyarham


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

JPAM PERAK

Posted: 28 Oct 2012 09:40 AM PDT

Toyota Tipu Pengguna MBX 1872

Posted: 28 Oct 2012 09:13 AM PDT



Pada 25 Oktober 2012 lepas kenderaan ini dilihat berada di bandaraya Ipoh berhadapan Jaya Jusco Jalan Tasek menghala ke arah Jalan Raja Nazrin Shah. Bagaimana pun  kerana dilindungi oleh beberapa buah kenderaan tak sempat nak ambil gambar.

Rupa-rupa dalam internet terdapat 3 keping gambar yang dimuatkan naik dari blog dan facebook. Kenderaan pacuan 4 roda yang berdaftar di Melaka telah dikesan di stesen keretapi Gua Musang Kelantan dan di Port Dickson dan kali ini di Ipoh Perak.

Entah apa yang dia atau pemilik yang tak berpuas hati dengan syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan tersebut sehingga sanggup menulis sedemikian rupa.

Jawapannya hanya pemilik dan Toyota Malaysia sahaja yang tahu.


Inilah cara kami pakatan haram

Posted: 28 Oct 2012 08:37 AM PDT

Tahniah kepada badminton negara

Posted: 28 Oct 2012 07:43 AM PDT

Pemain badminton negara Liew Daren memenangi Terbuka Peranchis selepas mengalahkan Viktor Axelsen dari Denmark 21-18, 21-17.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Azhar Idrus: cakap besar macam iblis, bengong mabuk pil kuda,

Posted: 28 Oct 2012 04:44 AM PDT

The World's 15 Richest Muslim Countries

Posted: 28 Oct 2012 03:29 AM PDT


01. Qatar :
GDP (PPP) per capita: $ 88,919 (2011)

02. Kuwait :
GDP (PPP) per capita: $54,654 (2011)
03. Brunei Darul Salam :
GDP (PPP) per capita: $50,506 (2010)

04. United Arab Emirates
GDP (PPP) per capita: $48,222 (2011)



05. OmanGDP (PPP) per capita: $28,880 (2011)


06. Saudi ArabiaGDP (PPP) per capita: $24,434 (2011)


07. BahrainGDP (PPP) per capita: $23, 690 (2011)


08. Turkey
GDP (PPP) per capita: $16,885 (2011)

09. LibyaGDP (PPP) per capita: $16,855 (2009)

10. MalaysiaGDP (PPP) per capita: $15,589 (2011)



11. LebanonGDP (PPP) per capita:$14,709 (2011)


12. KazakhstanGDP (PPP) per capita:$13,189 (2011)



13. IranGDP (PPP) per capita: $11,479 (2009)

14. AzerbaijanGDP (PPP) per capita: $10,136 (2011)

15. TunisiaGDP (PPP) per capita: $9,415 (2011)


bersyukur kita Malaysia termasuk dalam senarai negara Islam yang diiktiraf dunia. Hanya juak-juak Pas dan Pecacai Anwar sahaja yang merendah-rendahkan taraf dan pencapaian negara








Juak Pas sememangnya munafik dan fasik

Posted: 28 Oct 2012 02:43 AM PDT

Mohammad Rodzi menyokong pembawa fitnah 
http://taipingmali.blogspot.com/2012/10/pembohongan-blogger-pas-mengenai-bekas.html

http://persepsikitaberbeza.blogspot.com/2012/07/tawar-hati-dengan-umnobekas-adun-batu.html

Isunya ialah budak blogger Pas membohongi khalayak kononnya Yang Berbahagia Toh Pendewa Sakti Orang Besar 32 telah menyokong Pas dan membenci Umno. Mohd Rodzi menyokong fitnah yang dibuat oleh blogger tersebut.

Sedangkan cerita sebenarnya ialah Cikgu Manan mantan Adun Umno tidak pernah menyokong Pas dan Anwar..

Sahabat-Gunung

Posted: 29 Oct 2012 01:16 AM PDT

Sahabat-Gunung


Jual Aset PKNS: Bukan Bangunkan Sosioekonomi Rakyat, Tapi Demi Kepentingan Politik

Posted: 28 Oct 2012 05:37 AM PDT

Kompleks PKNS Shah Alam Antara Yang Bakal 'Dilelong' Kerajaan
Negeri Selangor.....

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibidas kerana dilihat sanggup menggadai aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang bertujuan membangunkan sosioekonomi rakyat secara seimbang demi kepentingan politik.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan mendesak penjualan aset tersebut dibatalkan atau kerajaan negeri akan berdepan dengan demonstrasi besar-besaran rakyat dan kumpulan peniaga di Selangor.

"Abdul Khalid jangan bermain politik kolot dengan menggunakan istilah 'urus tadbir korporat' bagi mengelirukan dan terus memperbodohkan rakyat sedangkan hakikatnya ingin menjual semua aset tersebut," tegasnya.

Sohaimi Shahadan
Sohaimi berkata, sekiranya benar semua aset itu ingin disusun semula dan diselaraskan di bawah penubuhan anak syarikat PKNS, kerajaan negeri tidak sepatutnya membuat pinjaman korporat dan transaksi kewangan bernilai ratusan juta ringgit seperti yang didakwa.

"Kita melihat penjualan aset ini ekoran Abdul Khalid dan kerajaan negeri semakin terdesak sedangkan aset-aset berkenaan adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks membantu usahawan dan peniaga Melayu di Selangor," katanya.

Tambah beliau, penjualan itu sudah pasti memberi kesan kepada kumpulan peniaga dan usahawan kecil antaranya kenaikan kadar sewa sekali gus membebankan mereka.

"Bukan hanya aset PKNS, malah harta kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor lain juga tidak mustahil akan dijual. Agenda pembangunan rakyat tidak dipandang berat dan sebab itu Abdul Khalid dengan mudah menyatakan manifesto yang dibuat pada pilihan raya lalu bukannya janji," katanya.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Abdul Khalid memberi penjelasan berhubung dakwaan PKNS meluluskan penjualan lima aset milik mereka yang difahamkan proses penjualannya berada di peringkat akhir meskipun belum dimuktamadkan.

The Unspinners

Posted: 28 Oct 2012 11:29 PM PDT

The Unspinners


Dolak dalik dah termakan nasi kangkang Eli Wong

Posted: 28 Oct 2012 10:30 PM PDT

Takut buat laporan polis, DAP Sarawak bayar Jacklyn Victor nyanyi?

Posted: 28 Oct 2012 06:30 PM PDT

Muka macam saya

Posted: 28 Oct 2012 05:30 PM PDT

Dah lama kata Asri ni gila publisiti dan tak bertanggungjawab

Posted: 28 Oct 2012 02:00 AM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 28 Oct 2012 11:27 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Mesti Baca : Dahsyat Cara Ku Li dan Kickdefella ' Check-Mate ' Geng Royalti R Husam Musa di Facebook !!! @NajibRazak

Posted: 28 Oct 2012 07:28 AM PDT


Berikut entri Kickdefella yang patut dibaca berkenaan beza status antara Negeri Kelantan dengan Negeri Sabah dan Sarawak, selain isu 3 batu nautika dan juga perjanjian antarabangsa yang gagal difahami pendokong tuntutan royalti minyak Kelantan sehingga memalukan mereka sendiri apabila tersebar hujjah seperti ini.


Pada hari Khamis, 18 Oktober 2012, admin Facebook Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah memuat naik jawapan YB Menteri Di Kementerian Luar Negeri kepada soalan Ahli Parlimen Gua Musang itu berhubung dakwaan penyerahan dua blok carigali petrolieum kepada Brunei. Sebelum ini, YB Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Naib Presiden PAS telah melemparkan pelbagai tuduhan mengenai kononya blok-blok tersebut telah diserahkan kepada Brunei oleh Kerajaan Malaysia.

Siri dakwaan dan kecaman Husam  boleh dilihat di dalam weblognya sendiri iaitu seperti link-link di bawah.

i)               Medan Minyak Tergadai: Ya atau Nafi.

ii)              Dua Medan Minyak: Surat Terbuka Untuk Najib.

iii)             Menteri Mempelam Serahkan Sabah dan Limbang.

iv)            Penyerahan Sempadan: Cadangan Saman Awam Rakyat Malaysia.

v)             Tenggiri Kita Berenang Ke Brunei.

Dengan jawapan daripada YB Menteri di Dewan Rakyat, ternyata apa yang ditulis oleh YB Husam di blognya hanyalah spekulasi yang penuh dengan elemen putar belit fakta dan hasutan.

Tidak diketahui ada kebetulan atau tidak, tetapi sebelum menyiarkan jawapan YB Menteri itu, Ku Li di Facebooknya ada berpesan,

"Jangan suka memusing fakta sehingga menjerat diri sendiri."

Tidak hairanlah, anak-anak buah Husam turut mengamalkan taktik sama. Bagaimanapun, pada hari Khamis itu, rakan-rakan mewakili suara anak Kelantan dan saya sempat untuk berdebat secara online mengenai tuntutan royalti oleh Kerajaan PAS Kelantan dengan geng NGO R di dalam FB Ku Li. Berikut adalah perdebatan yang dimaksudkan untuk penilaian pembaca sendiri. Ini merupakan permulaan sahaja di dalam usaha kami membuktikan bahawa NGO R hanyalah bercakap kosong sahaja selama ini.


Baca selanjutnya : http://kickdefella.net/2012/10/20/baung-dalam-bangkar-2-ngo-r-bungkus-dalam-fb-ku-li/


Sent from my iPad

Mesti Baca : Wawancara Sinar Harian Dengan Menteri Pengangkutan Isu Kamera AES

Posted: 28 Oct 2012 06:59 AM PDT


Sejak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan 23 September lalu, pelbagai rungutan dilontarkan pengguna jalan raya kerana dilihat sistem ini seolah-olah membebankan mereka. Malah wujud persepsi kononnya ia antara usaha kerajaan untuk mengatasi defisit perbelanjaan menerusi wang saman dibayar pesalah lalu lintas yang dirakam sistem tersebut. Sinar Harian berkesempatan bertemu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk mengulas isu ini.

Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, NOOR AZURA SAHRIL bersama jurufoto, AZMI ARYANTO.

Sejak AES dilaksanakan, bagaimana dengan maklum balas yang diterima daripada pengguna jalan raya?



CHO HA: Kami menerima reaksi positif daripada majoriti pengguna jalan raya yang mahukan AES dilaksanakan kerana tidak gembira dengan sikap buruk pengguna jalan raya di negara ini. Melalui maklum balas itu, tidak ada yang mengatakan AES tidak baik kerana tujuan utama pelaksanaannya adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya.

Tanggapan segelintir pihak, bahawa kelajuan tidak menyebabkan kemalangan adalah tidak benar dan kenyataan itu sama sekali tidak bertanggungjawab. Daripada kajian penyelidikan, kelajuan boleh membunuh. Justeru, dengan adanya AES ini mendidik pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas.

Kerajaan telah menjalankan kajian selama 10 tahun sebelum memutuskan untuk melaksanakan sistem berkenaan di negara ini. Dan, sistem ini terbukti berjaya di 90 negara di seluruh dunia dengan berjaya mengurangkan kadar kemalangan di antara 40 sehingga 60 peratus.

Bagaimana AES itu dikatakan mendidik pengguna jalan raya?

CHO HA: Sistem ini memberi satu gambaran dan persepsi kepada pengguna jalan raya bahawa mereka diperhatikan oleh penguat kuasa, walaupun dilakukan secara automatik dengan penggunaan kamera. Ini mewujudkan perception of being caught kepada pengguna. Sekiranya mereka tidak berwaspada, mereka akan kena tindakan. Oleh itu, pengguna akan mematuhi had kelajuan dan tidak lagi melanggar peraturan lalu lintas.

Kerajaan bukan mahu menghukum rakyat atau sengaja mengenakan denda, tetapi mahu menerapkan disiplin kepada pengguna jalan raya. Apabila berlaku kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan kemalangan maut pada setiap hari, rakyat tertanya-tanya apakah yang kerajaan buat untuk mengatasinya.

Oleh itu, kerajaan sudah mengkaji keberkesanan sistem ini seperti dilaksanakan di negara lain dan ternyata sistem ini mampu menurunkan kadar kemalangan biasa dan maut. Kerajaan sentiasa telus dalam melaksanakan sistem tersebut tanpa mempunyai niat tersirat mengambil duit rakyat dengan cara mudah.

Kerajaan kerugian RM10 juta setahun akibat kemalangan maut. Adakah dengan pelaksanaan AES ini dapat mengurangkan kadar kerugian tersebut dengan pengurangan kemalangan maut?

CHO HA: Setiap kali berlaku kemalangan maut, negara kehilangan tenaga kerja yang terdiri daripada kalangan profesional dan ini merugikan negara. Selain itu kemalangan juga memberi kesan kepada keluarga mangsa terlibat yang lumpuh atau menjadi orang kurang upaya (OKU). Keluarga akan hilang punca pendapatan.

Dengan langkah kerajaan menguatkuasakan AES, kemalangan maut dapat dikurangkan sekali gus membantu mengurangkan kerugian. Oleh itu, mengapa perlunya AES dibantah, sedangkan ia baik untuk dilaksanakan.

Segelintir pihak berpandangan had laju di beberapa di lokasi pemasangan AES dikatakan tidak bersesuaian. Komen Datuk?

CHO HA: Had kelajuan di jalan raya telah ditentukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), dan ia tiada boleh sewenang-wenangnya dipersoalkan. Pemasangan AES di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan hitam berpotensi mengurangkan kadar kemalangan maut di kawasan tersebut.

Keseluruhannya, 831 AES akan dipasang di seluruh negara dan bagi fasa pertama, 14 buah buah telah dipasang. Bilakah baki selebihnya akan berkuatkuasa?

CHO HA: Mengenai 817 lagi lokasi hitam kemalangan yang bakal dilengkapi sistem tersebut ia akan ditentukan oleh polis dan pihaknya hanya akan membuat perubahan jika kawasan tersebut tidak lagi dilabel sebagai hitam. Kementerian Pengangkutan masih lagi mengkaji senarai itu yang dicadangkan polis dan belum ada keputusan muktamad mengenainya lagi. Kemungkinan berlaku perubahan bergantung kepada infrastruktur jalan dan sebagainya dalam tempoh 18 bulan sebelum dipasang.

Maklum balas daripada orang ramai, kurang publisiti dan pendedahan mengenai pelaksanaan AES menyebabkan pengguna jalan raya tidak jelas mengenai sistem ini?


CHO HA: Kementerian dan agensi yang terlibat sentiasa menghebahkannya melalui media massa sama ada media cetak, radio dan televisyen. Hebahan mengenai pemasangan sistem ini juga diiklankan dalam semua jenis akhbar jadi tidak timbul isu kerajaan cuba menyembunyikan daripada pengetahuan umum.

Malahan pemimpin politik juga berulang kali sering kali bertanyakan mengenai AES ini di sejak dua tiga tahun kebelakangan ini di Parlimen dan dijawab secara bertulis dan lisan oleh Kementerian sebelum ia dilaksanakan oleh Kerajaan.

Tidak munasabah sekiranya orang ramai masih tidak mengetahui kewujudan sistem ini. Bahkan maklumat berhubung kawasan serta jumlah bilangan kamera yang dipasang sentiasa dihebahkan, malah pengguna jalan raya juga diberi amaran menerusi papan tanda yang diletakkan di kawasan berhampiran. Usaha kerajaan yang bertujuan selamatkan nyawa manusia ini seharusnya mendapat sokongan semua pihak bukan sahaja pengguna jalan raya malah ahli politik dan pemimpin masyarakat.

Adakah wujud pertindihan tugas dengan adanya AES yang dikuatkuasakan oleh JPJ?

CHO HA: Soal pertindihan tugas tidak berlaku kerana setiap agensi penguatkuasaan mempunyai hak untuk menjalankan tugas mengikut bidang masing-masing dan setiap agensi juga menjalankan penguatkuasaan dengan berlainan kesalahan.

Dakwaan segelintir pihak, pelaksanaan sistem ini akan menguntungkan kroni. Komen Datuk?

CHO HA: Syarikat konsesi tersebut hanya mendapat keuntungan jika ramai pengguna jalan raya disaman dan kerajaan juga tidak membayar sebarang sewa peralatan atau yuran penyelenggaraan kepada syarikat konsesi yang dilantik itu.

Oleh itu, pengguna jalan raya seharusnya tidak memberi peluang kepada syarikat konsesi AES membuat untung menerusi kesalahan-kesalahan di jalan raya. Ia hanya dapat dilakukan sekiranya semua pengguna lebuh raya mematuhi had laju yang ditetapkan di atas jalan raya dan tidak melanggar arahan arahan lampu isyarat.

Harapan Kerajaan dengan pelaksanaan sistem ini?

CHO HA: Secara keseluruhannya, orang ramai menerima dan hanya segelintir pihak cuba mempermainkan isu ini dengan memutar belit untuk mengelirukan rakyat.

Ahli politik seharusnya tidak menjadikan usaha kerajaan ini sebagai permainan politik mereka. Jangan hanya kerana permainan politik, mereka sanggup menggadaikan sistem yang baik ini untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa menjadi mangsa.

Usaha ini perlu dilihat lebih positif oleh orang ramai. Apabila pengguna patuh kepada peraturan lalu lintas, mereka akan menjadi lebih berdisiplin dan akhirnya matlamat pelaksanaan AES ini akan tercapai.


Sent from my iPad

oyabun

Posted: 28 Oct 2012 11:22 PM PDT

oyabun


KENYATAAN AKHBAR : ISU PENJUALAN ASET MILIK PKNS.

Posted: 28 Oct 2012 11:18 PM PDT



KENYATAAN AKHBAR

PENGERUSI BIRO EKONOMI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia melalui Biro Pembangunan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Dato Sohaimi Shahadan menyelar sikap berdolak dalik dan putar belit kerajaan selangor serta menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar lidah bercabang dan mempunyai agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat selangor ketika ini.

Beliau bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran Dato Seri Noh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli . Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual.

Kalau benar tujuannya untuk penyusunan semula aset-aset PKNS kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku ? Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS ?

Dari pemerhatian, kami melihat menteri besar dan kerajaan negeri semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka.

Yang mana bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor. PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi menteri besar selangor. Tujuannya untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga melayu di selangor.

Tetapi bila sampai ke tangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya dan dianggap pula Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar terbaik selangor oleh Anwar Ibrahim , lain pula jadinya.

Beliau sekali lagi menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan rakyat selangor sendiri.

Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu.

Kerajaan negeri selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang melayu mengadu nasib lantas berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan yang seba serbinya mencabar. Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan kerajaan yang perihatin dan janji sebuah negeri berkebajikan ?

Di mana pula perjuang hak asasi dan pro rakyat yang selama ini nampak jagohnya dalam memperjuangkan isu rakyat ? Bukankah tindakan penjualan aset milik PKNS ini secara tak langsung akan memberikan kesan langsung terhadap nasib peniaga yang juga 'rakyat' di selangor ?

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada hari ini mendesak agar penjualan ini dibatalkan dengan serta merta atau kerajaan negeri akan berhadapan dengan beberapa tindakan protes secara besar-besaran oleh peniaga dan rakyat di seluruh selangor.

Kami menuntut agar kerajaan negeri berhenti mengelirukan rakyat dengan pelbagai helah dan istilah urustadbir korporat yang memualkan.

Kerajaan negeri juga didesak menghentikan stail politik yang suka mengkambing hitamkan PKNS demi memenuhi selera politik mereka yang secara keseluruhannya cukup merugikan peniaga dan rakyat selangor.

Dato Sohaimi Shahadan

Wasabi Oyabun..

Isu air di Selangor: Jawapan mudah dari Khalid Bangang - Hujan jalan penyelesaiannya?

Posted: 28 Oct 2012 06:57 AM PDT


Baru-baru ini Menteri Besar yang paling bangang dalam sejarah Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'bersuara' lagi tentang isu air di negerinya.

Jangan percaya tentang penyusutan air di empangan-empangan Selangor, katanya. Itu semua untuk menakut-nakutkan penduduk Selangor. Malah, dakwanya, takungan air di Empangan Sungai Selangor telah meningkat kepada 55.43 peratus iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini.

Benarkah dakwaannya ini? Penduduk Selangor dan Lembah Klang maklum, beberapa hari ini atau dalam seminggu dua ini kita dirahmati hujan. Namun, adakah kawasan tadahan berlaku hujan atau cuma berlingkar di 'intake'nya? Sebab itu penggunaan fakta yang salah dalam membuat perancangan bekalan air akan menyebabkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan.


Penulis dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai, hujan kebelakangan ini memang banyak membantu peningkatan air di empangan. Kalau mengikut fakta, pada 12 Oktober lalu, paras air di Empangan Sungai Selangor adalah 199.40 juta meter padu, tetapi masih agak jauh untuk menampung kapasiti maksimum empangan 220 juta meter padu. Tetapi kerana hujan, paras air empangan seminggu kemudiannya iaitu pada 19 Oktober melebihi kapasiti iaitu sekitar 200.85 juta meter padu.

Tetapi ini semua disebabkan hujan. Itupun kalau hujan mencurah ke 'intake' empangan. Catatan curahan hujan di Empangan Sungai Langat pada 12 Oktober, mencatat tiada hujan langsung - maknanya kering dan panas. Tetapi minggu ini, hujan kerap berlaku dengan catatan curahan 7.22 mm, sekali gus meningkatkan paras air.

Namun, takkanlah kita selamanya terpaksa bergantung kepada hujan. Dengan adanya Loji Langat 2, hujan atau tidak hujan, jaminan bekalan air tetap ada. Kerana itu, penjelasan ke peringkat akar umbi cara terbaik untuk memperjelaskan isu sebenar termasuk usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.


Sayang sekali, ketika kita meniti era kemajuan ekonomi yang pesat, kita masih lagi bertelagah untuk membina sebuah loji rawatan air. Sedangkan segala keperluan seperti reka bentuk, tapak tanah, peruntukan kewangan dan jadual pelaksanaan telah disediakan.

Kita percaya rakyat Selangor juga amat khuatir dengan pertelingkahan ini. Kedudukan rizab bekalan air bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terus merosot.

Di Selangor ketika ini, gangguan bekalan air boleh berlaku bila-bila masa sahaja disebabkan rizab air yang tipis. Jika paip utama pecah dan perlukan masa yang panjang untuk dibaik pulih, gangguan air akan berlaku kerana operator air tidak mempunyai simpanan air yang mencukupi untuk disalurkan dalam tempoh gangguan itu.

Sekarang, air yang dikeluarkan oleh 34 buah loji air hanya cukup untuk digunakan pada hari tersebut sahaja, operator air tidak mempunyai kapasiti simpanan untuk digunakan ketika berlaku gangguan.


Musim panas dan kering ini juga akan menyebabkan air sungai mudah tercemar. Jika air sungai tercemar, loji bekalan air perlu ditutup. Bila kita tutup loji, bekalan air akan terganggu mengikut tempoh masa air sungai tersebut pulih kembali.

Gangguan ini sebenarnya boleh dikurangkan jika kita mempunyai rizab kapasiti merawat air yang selesa. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengesyorkan kepada kementerian berkenaan supaya rizab air bagi sesebuah negeri perlu disediakan pada sekitar 10 hingga 15 peratus bagi memastikan tahap gangguan bekalan air dikurangkan.

Di Selangor ketika ini, tahap rizab air hanyalah pada sekitar 2 hingga 3 peratus. Sebab itulah tanda-tanda awal krisis air telah dilihat berlaku sepanjang Jun lepas. Oleh sebab itulah kita perlu bina segera Loji Langat 2. Itu untuk menambah kapasiti rizab air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sayangnya, walaupun telah banyak kali diajukan kepada Kerajaan Negeri Selangor, namun Menteri Besarnya tidak dapat menerima. Sebaliknya, beliau telah membuat macam-macam kenyataan dan cadangan sehinggakan ada yang tidak munasabah langsung seperti baru-baru ini dengan cadangan untuk mendapatkan air mentah daripada Tasik Kenyir, Terengganu.


Abdul Khalid juga mencadangkan supaya guna air lombong, air tasik dan air bawah tanah. Air daripada semua tempat ini perlu dirawat. Untuk merawat air, mereka perlu bina loji. Untuk bina loji, mereka juga perlu perbelanjaan.

Sekiranya mereka bersetuju dengan cadangan kementerian untuk bina Loji Langat 2, mereka tidak perlu keluarkan wang. Kerajaan Persekutuan telah sediakan semuanya, geran untuk pengambilan tanah, bina empangan, muka sauk dan terowong.

Pengurusan Aset Air Berhad yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan telah menyediakan peruntukan untuk bina loji, tangki-tangki utama tambahan dan paip-paip air. Kerajaan Negeri Selangor hanya perlu keluarkan Development Order, permit dan kelulusan pengambilan tanah, itu sahaja yang kita perlukan.

Tetapi sampai sekarang, semua itu tidak dikeluarkan sehingga loji ini yang sepatutnya siap pada Mac 2014 tertangguh.

Cuma disebabkan penangguhan inilah rakyat Selangor mengalami gangguan bekalan air dan terpaksa menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM606 juta untuk melegakan sedikit keadaan. Namun usaha tersebut masih tidak cukup, sama ada bina Loji Langat 2 sekarang atau keluar belanja lagi untuk melaksanakan projek bagi mendapatkan bekalan air tambahan.


Abdul Khalid juga menyebut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui tidak mahu menggunakan kuasanya untuk memaksa syarikat-syarikat konsesi bersetuju dengan cadangan beliau untuk mengambil alih syarikat-syarikat berkenaan pada kadar harga dan syarat yang ditetapkan oleh beliau.

Namun, fakta sebenar Peter Chin tidak ada kuasa di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Kalau hendak beli syarikat-syarikat tersebut, kena buatlah dengan cara yang baik. Buat tawaran yang wajar supaya pihak berkenaan bersetuju.

Kalau tidak bersetuju, tidak wajar untuk meminta Peter Chin memaksa syarikat-syarikat tersebut sebab syarikat-syarikat tersebut mempunyai konsesi yang sah dan masih berkuat kuasa.

Demikianlah juga, Kerajaan Persekutuan tidak pernah menghalang untuk Abdul Khalid mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di Selangor. Masa diberikan kepada beliau dengan secukupnya. Tetapi apabila Kerajaan Negeri Selangor buat tawaran, banyak syarat dikenakan termasuk meminta Peter Chin menggunakan kuasa di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Bila syarikat-syarikat konsesi tolak, Abdul Khalid kata menteri itu tidak memberi kerjasama, enggan menggunakan kuasanya. Padahal Peter Chin telah menyatakan kepada menteri besar itu, tidak ada satu peruntukan pun di bawah Akta tersebut yang membolehkannya memaksa syarikat-syarikat tersebut menerima tawaran Kerajaan Negeri.


Dan ketika kementerian berkenaan memohon untuk dapatkan Development Order (DO) bagi membina Loji Langat 2, Abdul Khalid tidak benarkan pula DO berkenaan dikeluarkan. Syaratnya - perlu benarkan kerajaan negeri Selangor ambil alih syarikat konsesi dahulu baharulah boleh keluar DO.

Sebenarnya, Menteri Besar Selangor telah menggunakan kuasanya untuk menahan pengeluaran DO sedangkan kementerian berkenaan telah mematuhi semua keperluan pembangunan baharu seperti reka bentuk loji dan sistem agihan telah disediakan, tanah telah diambil dan peruntukan telah ada.

Abdul Khalid telah menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk halang pengeluaran DO, permit dan kelulusan pengambilan tanah.

Sedangkan, sebagai Menteri Besar, beliau sepatutnya menggunakan kuasa yang ada untuk memastikan kelancaran pengeluaran DO bukan sebaliknya. Beliau yang ada kuasa untuk membantu Kerajaan Persekutuan melaksanakan pembinaan loji air untuk kebajikan rakyat.

Sekarang, kapasiti loji di Selangor tidak cukup untuk memenuhi permintaan air yang semakin naik dari tahun ke tahun. Jika mereka (kerajaan negeri) kata air cukup, sebab Menteri Besar Selangor kata cukup - katakan kepada mereka: "Itu tidak benar."

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 28 Oct 2012 11:19 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Menteri Besar Kedah: Projek Baik Punya!

Posted: 28 Oct 2012 10:20 PM PDT


Berdasarkan Laporan Audit Negara yang lepas,  penyelidik blog kami telah melakukan sedikit kajian,Kedah Corporation Berhad yang ditubuhkan hasil idea bernas lah sangat MB Kedah Tok Zizan, mengalami kerugian yang teruk, akibat projek pembalakan dan ladang Papua New Guinea. Kerugian akibat idea bernas tu menyebabkan kerajaan negeri menanggung hutang sebanyak RM7.68 juta ringgit setelah mengeluarkan modal dan melakukan pinjaman dari syarikat-syarikat yang agaknya Tok Zizan pon kenal kot. 
Harapnya rakyat jelata Hijau Kuning ni sedarlah, kerajaan Tok Zizan bukan membangunkan malah merudumkan ekonomi Hijau Kuning.

PANAS! Video Terlarang Mat Sabu Tersebar Di Internet.

Posted: 28 Oct 2012 08:00 PM PDT

Baru tadi MyMassa keluarkan artikel mengenai kaitan PAS dan Syiah di sini : http://mymassa.blogspot.com/2012/10/pas-itu-syiah.html

Kini, video kunjungan 'hormat' Mat Sabu melawat rejim SYIAH Syria pimpinan Basyar Assad yang telah membunuh ribuan Sunni di negara tersebut sudah tersebar.


Pendedahan ini dibuat oleh otai blogger GAP di sini: http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/10/video-jelas-mat-sabu-sokong-syiah-di.html

Dengan pendedahan ini, jelas menunjukkan bahawa Timbalan Presiden PAS ini sememangnya bertaqiyah (salah satu rukun Syiah) terhadap seluruh umat Islam di Malaysia khususnya penyokong PAS.

Berikut adalah maksud taqiyah bagi penganut Syiah:

TAQIYAH RITUAL KAUM SYI'AH

Taqiyah menurut kaum Muslimin adalah sebuah istilah yang pemahamannya hanya terarah kepada satu arti Yaitu "Dusta". Adapun menurut Syi'ah taqiyah berarti perbuatan seseorang yang menampakkan sesuatu berbeda dengan apa yang ada dalam hatinya, artinya nifaq dan menipu dalam usaha mengelabui atau mengecoh manusia. Taqiyah adalah satu prinsip dari prinsip-prinsip kesesatan mereka. Taqiyah memiliki kedudukan yang luar biasa, mereka telah menempatkannya dalam tempat pengagungan dan pengkultusan, hingga mereka menjadikannya sebagai asas dalam agama mereka, dengan taqiyah seorang hamba akan mendapatkan pahala dan ihsan dari Allah.
Taqiyah adalah satu rukun dari rukun-rukun agama mereka, seperti halnya shalat. Ibnu Babawaih mengatakan:"Keyakinan kami tentang taqiyah itu adalah dia itu wajib. Barangsiapa meninggalkannya maka sama dengan meninggalkan shalat."[Al-I'tiqadat, hal.114].
Mereka menisbatkan kepada imam keenam Ja'far Ash-Shadiq, dia berkata: "seandainya saya mengatakan bahwa yang meninggalkan taqiyah sama dengan yang meninggalkan shalat tentu saya benar." [Al-I'tiqadad, hal.114]
Sumber : http://abusalma.wordpress.com/2007/04/01/taqiyah-ritual-kaum-syiah/

Apa yang MyMassa kesalkan, taqiyah Mat Sabu berjaya mengaburi mata penyokong PAS. Malah akhbar Harakah juga seolah-olah mengutuk rejim Basyar Assad tetapi Timbalan Presiden PAS sendiri yang mengadap dan memberi sokongan kepada rejim zalim Syiah tersebut.


Amat malang bagi PAS mendapat Timbalan Presiden yang menyokong Syiah seperti ini. Bayangkan jika Mat Sabu menggantikan Haji Hadi sebagai Presiden PAS. Sudah pasti PAS bertukar nama menjadi:

PARTI AJARAN SYIAH = PAS.

*Sebarkan video Mat Sabu ini supaya lebih ramai tahu fahaman yang dipegang oleh 'Abang Mat'.

PAS Itu Syiah?

Posted: 28 Oct 2012 06:07 PM PDT

Apa pendapat anda? Sebelum dicerita panjang mari kita tengok hasil google apabila di'google'  "PAS Syiah"
  Gambar demo PAS yang dipenuhi Ulama Syiah/Erdogan

Gambar demo PAS yang dipenuhi wajah Ulama Syiah


Hassan Askari (Syiah Gombak)



Apa pendapat anda? Bagi yang tak tahu apa itu Syiah, ringkas dan mudah Syiah itu sesat dan menyesatkan umpama orang Kafir. Syiah menggalakkan penipuan (Taqiyah) untuk menarik orang-orang Islam yang lain mengikut ajaran dan fahaman mereka, lagi banyak Taqiyah lagi beriman orang Syiah ni (Sesuai sangat dengan MAT SABU).  Kalau puak-puak Syiah PAS ni subur pengaruhnya sesatlah pedoman pengikut PAS yang  taksub. Mereka ini sanggup berlakon apa sahaja untuk tujuan menyesatkan dan memesongkan pengikut-pengikut mereka seperti bak kata Mat Sabu dia sanggup MAKAN BABI dengan Guan Eng dari MAKAN AYAM dengan DS Najib. Halalkah BABI itu?, mungkin bagi Mat Sabu kot Syiah la katakan.
Syiah ini golongan yang menentang dan mencaci maki Rasulullah s.a.w, dan sebabnya adalah kerana Malaikat Jibril tersalah turunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w, sepatutnya Saidina Ali, dan yang paling jelas sesat sekali mengagungkan ulamak melebihi Nabi serta Allah s.w.t. (Rajin-rajin google pasal Syiah)

Syiah ni umpama barah,  kalau dibiarkan habis jahanam satu organisasi atau negara,kalau tidak takkan lah Ustaz Nasha dan Dr Hassan Ali nak perjuangkan akidah ahli PAS yang kian terpesong. Namun akibat pengaruh golongan pemimpin PAS yang berfahaman SYIAH mereka disingkirkan dari PAS. Syiah ini sudah berjaya menyusup dan subur di dalam PAS, seperti pengakuan Nik Abduh (Anak TG Nik Aziz) 


Pengakuan Nik Abduh dalam penulisan blog





Puak-puak Syiah seperti di Iran menghalalkan demonstrasi jalanan serta ganas serta revolusi untuk memastikan kerajaan yang mereka inginkan akan terbina sangup melakukan keganasan dan menghalalkan darah orang lain selain mereka yang berfahaman Syiah. Kalau di Malaysia PAS secara terang-terangan menyokong demonstrasi jalanan serta membiarkan keganasan dan kekecohan dilakukan pengikut-pengikut mereka ni, (Bersih 1 2 dan 3 serta Khalid Ismath mahasiswa UITM yang memukul dan menendang Polis semasa demo) .Syiah ni tak mahu orang Islam Ahli Sunnah Wal Jammaah (ASWJ) memimpin, seperti kes Iraq, dimana Saddam Hussein (ASWJ) digulingkan puak-puak Syiah yang merupakan sekutu kuat barat (macam Anwar Ibrahim- Barat). PAS terus terang mahu menggulingkan UMNO, sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR. Pemimpin PAS yang menganut Syiah sekeras-keras menolak cadangan sesetengah pemimpin PAS (ASWJ) tentang pengabunggan UMNO-PAS kerana mereka  takut pengaruh ASWJ lebih kuat dari pengaruh Syiah mereka.

Nah ni contoh barwa Keadilan yang selama ni merupakan penganut ajaran Syiah yang terang-terang sesat dan bukan Islam




Pengerusi PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) Perlis Mohamad Faisol Abdul Rahman


Yang ni pulak contoh golongan pimpinan tertinggi PAS (Timbalan Presiden PAS) yang macam takdak akal menyokong Syiah terang-terangan dalam ceramah dan demo beliau. 


Mat Sabu berdemo belakang gambar Ulama Syiah




Mat Sabu menyanjung Ayatollah Khomeini

Petikan dari Harakah Daily

Nak lagi bukti click link ni Bukti Mat Sabu menyanjung SYIAH!


Kalau Timbalan Presiden sendiri terang-terangan menyokong Syiah, pasti ramai lagi yang mengikut Syiah walaupun dengan cara tersembunyi. Hati-hati wahai umat Islam di Malaysia sekalian.
Jadi apa pendapat viewers? Syiah atau tidak itu persoalannya. Kita berhak memilih dan mengikut, jadi janganlah jadi orang yang sesat serta keluar dari pegangan agama Islam atas sebab politik dan ketaksuban terhadap pemimpin semata-mata. 




Apa Motif Gambar Ni Dirakam?

Posted: 28 Oct 2012 05:38 PM PDT

Gambar dari blog GAP (http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/10/karat-politik-berkarat-macam-air-kat.html)


Semangat sungguh geng NGO'R' berkempen yer.

*Sampai sekarang MyMassa tak dapat faham kaitan Hari Raya Korban dengan 'R'. Ada pembaca MyMassa boleh terangkan?

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 28 Oct 2012 11:19 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Sudah Wujud Persefahaman Antara MCA & DAP

Posted: 28 Oct 2012 10:00 PM PDT



Suasana politik nampaknya sudah menjadi semakin ghairah. Beberapa kali ramalan yang dibuat mengenai PRU-13 tidak menjadi mengakibatkan bahang politik menurun. 

Dua tiga hari ini timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan Hudud. Isu ini seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU ke 13.  Dalam episod terbaru ini, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Islam dan Hudud di negara ini. Penentangannya terhadap Negara Islam dan Hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS.

Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan samada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik.

Isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam. Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina.

Hati kecil saya terus membisikkan bahawa terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP khususnya untuk menghadapi PRU ke 13. MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal dikalangan masyarakat keturunan Cina mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP. Ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat keturunan Cina.

Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu "grand design" merentasi fahaman dan aliran politik. Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja. Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi.

Kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini? Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan diantara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang. Kenyataan-kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam menceritakan segala-galanya.

Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak? Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
24 November, 2012

MERBOK TIMES

Posted: 28 Oct 2012 11:12 PM PDT

MERBOK TIMES


POLITIK BERUK, KELI DAN MOKTAN DI KEDAH

Posted: 28 Oct 2012 06:21 PM PDT

Ustaz Azizan dengan nada perli mengibaratkan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang seperti beruk yang sedang 'acan main' di atas pokok jermai apabila beliau gagal menjawab beberapa desakan Tan supaya rakyat Kedah mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya tentang kegagalan pentadbiran Kerajaan PAS di Kedah.

Pentadbiran PAS gagal dalam serba serbi projek berorientasikan rakyat di Kedah. Projek usahasama ternakan ikan dalam sangkar di Langkawi antara Kedah Agro dengan sebuah syarikat Taiwan hanya tinggal sangkar.

Projek ikan keli, Keli-K di Sungai Pau, Sik dan projek mengetin buah rambutan (moktan) juga gagal lebih indah khabar dari rupa. Semua projek-projek mereka hanya sekadar menggelikan rakyat yang akhirnya masuk angin keluar asap.

Mereka tidak mempunyai rantaian kepakaran atau 'know how' kerana selama ini pun mereka hanya pandai bersyarah atau 'only know talk but no action'.

Nampaknya jika PAS terus memerintah Kedah, rakyat Kedah akan berkesudahan seperti ikan Keli dalam kolam mengelupur dalam kelebur tanpa air dan makanan. Beruk di atas pokok jermai pun boleh cirit asyik makan buah jermai dan rambutan akan lebam lasu luruh di bawah pokok. 

Hari ini Pakatan Rakyat di Kedah ibarat 'kata periuk belanga hitam'.

APANAMA

Posted: 28 Oct 2012 11:05 PM PDT

APANAMA


Beat the jam

Posted: 28 Oct 2012 10:23 PM PDT

Belantan

Posted: 28 Oct 2012 11:02 PM PDT

Belantan


Isu Selangor : Buang sampah 'pandu lalu'?

Posted: 28 Oct 2012 10:29 PM PDT


Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak menyebabkan simpang Jalan Kampung Tengah, Kanchong Bengkok, Kuala Langat terus dipenuhi sampah sarap.

KUALA LANGAT - Setahun lalu bahu jalan di simpang Jalan Kampung Tengah, Kanchong Bengkok di sini yang dipenuhi sampah telah dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Namun tabiat dan amalan membuang sampah secara 'pandu lalu' di kawasan berkenaan berulang lagi. Papan tanda amaran dilarang membuang sampah yang dipasang di kawasan berhampiran pula dianggap tidak lebih sekadar perhiasan.

Tinjauan wartawan orang ramai yang melalui kawasan tersebut terpaksa menghidu bau busuk yang datang dari timbunan sampah berkenaan selain pemandangan menyakitkan mata dapat disaksikan apabila pelbagai bahan buangan seperti sisa makanan, perabot lama dan bahan sisa pembinaan bertaburan di sepanjang 100 meter jalan tersebut.

Seorang pengguna laluan tersebut Hanif Mahfuz, 24, berkata, dia hairan mengapa kawasan yang dilalui oleh orang ramai boleh dibiarkan menjadi kawasan membuang sampah pandu lalu sedangkan lokasi itu begitu hampir dengan kawasan perumahan.

Menurutnya, kawasan itu menjadi tempat pembuangan sampah disebabkan keadaannya agak sunyi selain jarang dilalui orang pada waktu tertentu terutama pada waktu malam.

''Sampah yang bertaburan semakin menjadi-jadi hingga menyebabkan udara di sini berbau busuk selain menjadi tempat pembiakan lalat," katanya. ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dia berharap agar orang ramai menghentikan tabiat membuang sampah secara pandu lalu di kawasan itu kerana perbuatan buruk itu bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam sekitar malah mengundangkan penyebaran penyakit berjangkit.

Seorang pekerja swasta, Ryzaki Sidek ,39, berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bertindak terhadap tindakan tidak bertanggungjawab yang mungkin dilakukan oleh orang luar.

Dia yang sering menggunakan laluan itu ke pekan Banting memberitahu, kejadian itu sudah berlarutan selama beberapa bulan setelah kawasan itu dibersihkan setahun yang lalu.

''Saya pun tidak faham mengapa ada orang yang sanggup membuang sampah dengan begitu mudah seolah-olah melepaskan tengkuk sendiri semata-mata.

''Sepatutnya orang yang membuang sampah berfikir dahulu sebelum membuang sampah merata-rata kerana perbuatan itu jelas memaparkan sikap mementingkan diri dan kebersihan rumah sendiri semata-mata," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja swasta, Azimah Aripin berkata, perbuatan pihak tertentu membuang sampah seperti perabot dan kaca yang sudah pasti mengundang musibah sekiranya objek itu bertaburan di atas di jalan raya.

Katanya, PBT seharusnya membuat pemantauan dan membersihkan kawasan tersebut dengan segera kerana lokasi itu tidak jauh dari pekan Banting dan laluan alternatif ke kawasan peranginan Morib.

Suara Politik
Taminsari

KENYATAAN AKHBAR : ISU PENJUALAN ASET MILIK PKNS.

Posted: 28 Oct 2012 06:25 PM PDT



KENYATAAN AKHBAR

PENGERUSI BIRO EKONOMI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia melalui Biro Pembangunan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Dato Sohaimi Shahadan menyelar sikap berdolak dalik dan putar belit kerajaan selangor serta menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar lidah bercabang dan mempunyai agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat selangor ketika ini.

Beliau bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran Dato Seri Noh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli . Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual.

Kalau benar tujuannya untuk penyusunan semula aset-aset PKNS kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku ? Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS ?

Dari pemerhatian, kami melihat menteri besar dan kerajaan negeri semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka.

Yang mana bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor. PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi menteri besar selangor. Tujuannya untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga melayu di selangor.

Tetapi bila sampai ke tangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya dan dianggap pula Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar terbaik selangor oleh Anwar Ibrahim , lain pula jadinya.

Beliau sekali lagi menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan rakyat selangor sendiri.

Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu.

Kerajaan negeri selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang melayu mengadu nasib lantas berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan yang seba serbinya mencabar. Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan kerajaan yang perihatin dan janji sebuah negeri berkebajikan ?

Di mana pula perjuang hak asasi dan pro rakyat yang selama ini nampak jagohnya dalam memperjuangkan isu rakyat ? Bukankah tindakan penjualan aset milik PKNS ini secara tak langsung akan memberikan kesan langsung terhadap nasib peniaga yang juga 'rakyat' di selangor ?

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada hari ini mendesak agar penjualan ini dibatalkan dengan serta merta atau kerajaan negeri akan berhadapan dengan beberapa tindakan protes secara besar-besaran oleh peniaga dan rakyat di seluruh selangor.

Kami menuntut agar kerajaan negeri berhenti mengelirukan rakyat dengan pelbagai helah dan istilah urustadbir korporat yang memualkan.

Kerajaan negeri juga didesak menghentikan stail politik yang suka mengkambing hitamkan PKNS demi memenuhi selera politik mereka yang secara keseluruhannya cukup merugikan peniaga dan rakyat selangor.

Dato Sohaimi Shahadan

Suara Politik
Taminsari

AES: Pengajaran, pengawalan atau penganiayaan?

Posted: 28 Oct 2012 06:45 AM PDT



Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diperkenalkan penggunaannya baru-baru ini oleh Kementerian Pengangkutan di 831 lokasi panas di seluruh negara mendapat pelbagai pandangan daripada banyak pihak. Tentunya kesemua yang memberi reaksi mempunyai alasan tersendiri menyokong ataupun menentang penggunaan sistem berkenaan.

Sebagai pengguna, kita melihat tindakan memperkenalkan penggunaan AES daripada pelbagai sudut. Paling penting adalah melihat tujuan sebenar diperkenalkan, kesan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Kerana tidak semestinya sistem dan niat yang baik boleh memberikan kesan yang baik sekiranya tidak dilaksanakan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak membebankan.

Pada masa sama, pihak berkuasa yang diberikan mandat tidak pula boleh secara sewenang-wenangnya melaksanakan sesuatu perkara dengan hanya bersandarkan kejayaan pelaksanaan yang sama di negara yang berbeza kerana sudah tentu terdapat banyak perkara yang tidak serupa di antara kedua-duanya.

Misalnya, taraf hidup, budaya dan tahap pendidikan malah kesediaan untuk berubah. Negara maju dan negara membangun sebenarnya di dalam dua kepompong yang berbeza dan tidak akan sama indikator serta pelantar pemikiran rakyatnya.

Seperti mana isu penggunaan telefon bimbit di sekolah meskipun sudah menjadi budaya di negara maju tetapi kenapa ditolak penggunaannya di negara ini? Bermakna wujud interpretasi yang berbeza di dalam memperkenalkan sesuatu perkara meskipun untuk kebaikan dan kesejahteraan warga Malaysia.

Oleh itu, kita tidak perlu terlampau taksub dengan idea bahawa AES mampu mengurangkan kadar kemalangan dengan menunjukkan satu statistik yang dicetak untuk tempoh yang tidak relevan. Kerana pengumpulan data dan statistik sebenarnya tidak boleh dimanipulasi sembarangan demi kepentingan peribadi. Rakyat negara ini sudah cukup pintar dan tahu bagaimana pengumpulan data berkenaan boleh diwujudkan bagi menyokong, menghalal tindakan penguatkuasaan AES berkenaan.

Kerana data tidak boleh dikumpul dengan tempoh masa yang berbeza keadaan realiti semasa contohnya mana mungkin data kemalangan musim perayaan yang dikutip dibandingkan dengan kadar kemalangan pada hari biasa yang kononnya dikutip selepas pemasangan AES.

Malahan, kutipan data pada hari minggu dengan hari bekerja juga tidak boleh dijadikan perbandingan, atau awal minggu dan akhir minggu juga tidak akan sama aliran trafiknya.


Kita bukan menentang penambahbaikan, malahan amat menyokong dan mengharapkan jalan raya di negara ini menjadi antara yang paling selamat dalam dunia. Malah, dengan penambahbaikan infrastruktur tempat rehat dan seumpamanya, kita sudah sama taraf dengan negara maju. Cuma, yang menjadi duri dalam daging ketika ini adalah pematuhan kepada undang-undang jalan raya.

Inilah sebenarnya masalah dan punca utama yang perlu diberikan perhatian. Malangnya, seolah-olah pihak berkuasa di negara ini menuding 10 jari mereka kepada pengguna sahaja yang bersalah dan tiada satu jari pun dituding kembali kepada diri mereka sendiri bagi melihat dan bermuhasabah kenapa masalah ini timbul.

Kita sudah melalui fasa memperkenalkan lampu amaran kelajuan kenderaan komersial, kotak hitam, tali pinggang belakang dan pelbagai peralatan yang akhirnya diam begitu sahaja. Pada masa sama kita lihat di depan mata pemandu kenderaan komersial bas, lori, teksi dan treler, tetap menjadi raja di jalan raya.

Kenderaan dipandu ala samseng di lorong paling kanan tanpa rasa bersalah dan tidak kelihatan pun ditahan dan diambil tindakan, walaupun kita lihat banyak kenderaan penguat kuasa di atas jalan raya memburu para pemandu marhaen kereta biasa. Malah, kadang kala akibat tidak tahan mengikut di belakang kenderaan komersial yang dipandu di lorong kanan, maka kereta biasa memotong mengikut lorong kiri tetapi akibatnya mereka disaman kerana kononnya memotong dengan cara berbahaya.

Kerana itu, kepada pihak berkaitan perlu menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menangani masalah ini secara yang berhemah. Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Kita percaya, pihak pelaksana telah diberikan tafsiran yang salah mengenai masalah sebenar kemalangan jalan raya di negara ini. Kerana itu, cara mengatasinya juga telah tersasar daripada haluan.

Secara mudah, kita tidak boleh memberikan panadol kepada orang yang cirit-birit tetapi ia amat sesuai kepada mereka yang pening kepala.

Kemalangan yang berlaku di lebuh raya dengan kemalangan di jalan persekutuan juga sebenarnya tidak boleh dikelaskan ke dalam tahap yang sama kerana coraknya berbeza. Malah lokasi dan negeri yang berlaku juga mempunyai signifikan yang berbeza dan perlu ditafsir dan diberikan ulasan yang berbeza.

Dalam hal ini, semua pihak kena berlapang dada dan jangan bersikap lepas tangan atau mengambil mudah. Akibat yang bakal timbul amat buruk apabila pengguna merasakan mereka teraniaya sehingga mewujudkan rasa marah dan tertekan yang berpanjangan.

Kita khuatir niat yang baik akan menjadi sebaliknya dan kerajaan dituduh tidak prihatin dan hasrat kepentingan rakyat didahulukan itu.


Malah daripada tinjauan pengguna yang dilakukan, kita dapati majoriti berpendapat sebenarnya kemalangan jalan raya banyak diakibatkan oleh pengabaian penguatkuasaan terhadap kenderaan komersial sehingga pada sebarang masa dan sebarang ketika, kumpulan inilah yang selalunya menjadi penyebab kepada kemalangan.

Lihat sahaja pada musim perayaan, siapa yang menjadikan jalan raya sesak dan mewujudkan tekanan kepada para pemandu lain. Atau, tinjau sahaja di mana-mana jalan seluruh negara bagaimana mereka memonopoli jalan sehingga kenderaan kecil lain terpaksa mengalah dan bayangkanlah lebuh raya tiga lorong pun dimonopoli oleh kumpulan ini. Tidakkah para penguat kuasa celik mata melihat ini yang sebenarnya menjadi punca utama tekanan kepada para pemandu biasa.

Selain itu, kenapa kurang benar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kenderaan yang sengaja dipandu di lorong paling kanan dengan kadar kelajuan yang tidak munasabah.

Malah saban waktu mereka ini merasa tidak bersalah membiarkan orang lain mengekori mereka berderet-deret yang mana akhirnya terpaksa memotong di lorong kiri malah di lorong kecemasan yang mana kemudian direkodkan pula oleh AES dan dikenakan saman.

Fikirkanlah semula, buat kajian yang bertanggungjawab dan ambil maklum balas daripada para pengguna dan NGO supaya pelaksanaan AES tidak jadi isu besar.

Sepatutnya pihak berkaitan melihat masalah ini daripada perspektif yang pelbagai dan tentu sahaja banyak cara lain yang boleh diguna pakai tanpa perlu perbelanjaan yang besar dan impak negatif yang ketara.

Selalulah berfikir di luar kotak dan fikirkan kepentingan rakyat terlebih dahulu dan pada masa sama membuat pertimbangan secara saksama supaya niat yang baik tidak menjadi sebaliknya.

Ini juga bukan bermakna penguat kuasa tunduk kepada pesalah tetapi bertindak secara munasabah supaya situasi menang-menang sentiasa terjaga dan keadaan harmoni dapat dirasa, diwujud dan dibanggakan oleh semua.

Suara Politik
Taminsari



PenangWasabi

Posted: 28 Oct 2012 09:47 PM PDT

PenangWasabi


Undi PKR sebenarnya kukuhkan DAP?

Posted: 28 Oct 2012 10:33 AM PDT


Walaupun di kalangan pemimpin pakatan pembangkang mereka kelihatan mesra tetapi hakikatnya pemimpin-pemimpin PKR dan DAP tidak pernah mempedulikan perasaan Pas kerana mereka tahu Pas dalam kebanyakan hal tidak mampu berbuat apa-apa.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan atas dasar demi memperjuangkan nasib seorang pemimpinnya telah mencapai kejayaan agak cemerlang. Parti itu yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim 'berjaya' menewaskan dua parti pembangkang lain iaitu DAP dan Pas apabila memperolehi 31 kerusi.

Ketika itu DAP memperolehi 28 kerusi manakala Pas 23 kerusi. Bagaimanapun jumlah kerusi yang diperolehi oleh PKR berkurangan apabila ramai ahli Parlimennya membuat keputusan meninggalkan parti itu menjadi wakil rakyat Bebas.

PKR mampu berdiri tegak dan mendabik dada menjadi sebuah parti yang paling berkuasa di kalangan pakatan pembangkang kerana keupayaan mereka merampas kerusi di kawasan-kawasan yang sebelum ini diwakili oleh UMNO.

Mengikut keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 terdapat kira-kira 15 kerusi milik UMNO yang berjaya dirampas PKR. Kejayaan PKR itu juga dianggap kejayaan bagi DAP dalam usaha mengurangkan kekuatan UMNO di dalam Dewan Rakyat.

Sebab itulah DAP tidak pernah ambil pusing mengenai kekuatan PKR kerana mereka memahami PKR berbeza dengan Pas. PKR tidak memperjuangkan Islam dan sentiasa sahaja menyokong apa juga yang dilakukan oleh DAP termasuklah dalam soal hak-hak orang Melayu.

Aspirasi

Sikap pemimpin-pemimpin PKR yang memperjuangkan kesamarataan dilihat tidak ada bezanya dengan perjuangan Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP. Oleh itu DAP tidak perlu gusar tentang jumlah kerusi mereka dalam Dewan Rakyat kerana PKR biar pun berada dalam parti berbeza tetapi membawa aspirasi parti tersebut.

Inilah agenda yang tidak disedari oleh pengundi-pengundi Melayu yang bertindak menolak UMNO dalam pilihan raya umum lalu dengan memberikan kerusi parti tersebut kepada PKR. Mereka begitu yakin tiada bezanya antara wakil rakyat PKR dan UMNO kerana kononnya kedua-duanya akan memperjuangkan nasib Melayu.


Bagaimanapun mereka terlupa bahawa perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR tidak boleh disamakan dengan perjuangan pemimpin-pemimpin UMNO. Ia memandangkan pemimpin-pemimpin UMNO sama sekali tidak akan berkompromi dalam soal melibatkan orang Melayu dan agama Islam.

Tetapi situasi ini tidak berlaku dalam pakatan pembangkang kerana PKR akan sentiasa mengikut telunjuk DAP seperti mana Pas yang dilihat hanya 'pak turut' sahaja dalam parti itu. Sebab itulah, berbanding hubungan dengan Pas, hubungan antara PKR dan DAP jauh lebih rapat dan akrab.

Apabila pemimpin-pemimpin DAP menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas, maka PKR paling ke depan menyokong pendirian DAP itu. Pemimpin-pemimpin PKR tidak pernah mempedulikan perasaan Pas kerana mereka tahu Pas tidak mampu berbuat apa-apa.

Lanjutan itu, dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang, PKR dan DAP dianggap berkongsi idealisme yang sama. Apa kata DAP itulah kata PKR, apa pendirian DAP itulah yang akan disokong PKR, apa tindakan DAP itulah yang akan disertai oleh PKR.

Demikianlah hebatnya hubungan antara PKR dan DAP sehingga wujud persepsi bahawa mengundi PKR sama juga dengan DAP kerana teras dan matlamat perjuangan kedua-dua parti itu tidak ada bezanya. Walaupun Pas menyedari perkara ini, namun parti itu masih mahu berada dalam pakatan pembangkang kerana impian Pas ialah bersama-sama bertakhta di tampuk kekuasaan dengan kedua-dua parti.

Keadaan itu sudah tentulah menggembirakan PKR untuk terus memainkan peranannya memperkukuhkan kedudukan DAP secara tidak langsung dalam Dewan Rakyat memandangkan selama ini PKR tidak mempunyai apa-apa kekuatan khususnya di peringkat akar umbi.

Kebanyakan kerusi yang mereka menangi terutamanya kerusi milik UMNO bukan kerana PKR kuat atau mempunyai penyokong yang ramai tetapi disebabkan pada 2008 ada sentimen yang cukup kuat untuk menolak UMNO berikutan perasaan tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan negara ketika itu.

Tindakan terburu-buru pengundi Melayu memberikan undi mereka kepada PKR dengan hasrat untuk memberi isyarat kepada UMNO supaya mendengar denyut nadi rakyat ternyata membawa padah kerana ia memberi laluan kepada PKR untuk membolot kerusi berkenaan.


Tetapi kemenangan PKR itu tidak mendatangkan manfaat kepada orang Melayu yang menyokong mereka kerana kemenangan tersebut sekali gus memperkukuhkan kedudukan DAP memandangkan mereka sudah ada parti yang diketuai oleh pemimpin Melayu yang akan menyokong perjuangan politik mereka.

'Kekuatan' DAP untuk meraih sokongan orang Melayu semakin kukuh apabila Pas juga berada di dalam pakatan pembangkang. Sikap pemimpin-pemimpin dan penyokong Pas yang turut bermati-matian berkempen untuk memenangkan calon-calon PKR dan DAP tanpa melihat kesannya kepada orang Melayu telah menyebabkan DAP bertambah kukuh.

Pendirian

PKR sama sekali tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi, mereka mengharapkan sokongan pengundi DAP dan Pas untuk mencapai kejayaan. Begitu juga dari segi jentera pilihan raya, PKR adalah parti yang mempunyai jentera paling lemah dalam pakatan pembangkang.

Namun semua itu bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan selagi Pas bersama pakatan pembangkang. Pas bukan sahaja bersedia bertungkus-lumus memenangkan calon PKR malah di Kelantan bersedia mengorbankan kerusi miliknya untuk membolehkan PKR bertanding.

Bagaimanapun pengorbanan Pas tidak begitu dihargai oleh PKR, sebaliknya PKR lebih bersedia senada dan sekata dengan DAP dalam semua isu termasuklah hukum hudud. Pas sengaja melupakan bahawa tindakan mereka menyokong PKR bukannya sekadar memperkukuhkan pakatan pembangkang tetapi lebih daripada itu menguatkan DAP.

Sejarah politik negara telah menunjukkan bagaimana DAP agak sukar mendapat sokongan orang Melayu. Walaupun parti itu mendakwa parti pelbagai kaum tetapi apa yang didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim sudah membuktikan segala-galanya.

DAP pun tahu sejauh manakah kekuatan mereka untuk meraih sokongan pengundi Melayu, kalau bersendirian mereka tidak akan mampu berbuat demikian kerana amat memahami sentimen orang Melayu terhadap mereka.


Tetapi kini dengan menjalin kerjasama dengan PKR, DAP sudah tidak perlu risau lagi perkara itu, apatah lagi diperkukuhkan pula kesepakatan bersama Pas. Biar pun DAP tahu antara parti itu dan Pas mempunyai ideologi cukup berbeza namun dengan adanya PKR, mereka boleh 'memakai topeng' PKR untuk meraih sokongan orang Melayu.

'Pemakaian topeng' inilah yang memungkinkan DAP begitu berkuasa dalam pakatan pembangkang dan sentiasa seiringan dengan PKR sehinggakan biarpun PKR tidak lagi mempunyai kerusi terbanyak dalam kalangan pakatan pembangkang namun DAP tetap memberikan penghormatan kepada Anwar untuk menjadi ketua pembangkang.

Kalau DAP ikhlas sudah tentu mereka akan memberikan kedudukan itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana Pas mempunyai kerusi lebih daripada PKR, tetapi DAP tidak berbuat demikian kerana tidak yakin Pas akan membawa aspirasi perjuangan mereka seperti mana PKR.

DAP masih ragu dengan pendirian Pas dalam soal perjuangan orang Melayu dan umat Islam, oleh itu bagi DAP, Pas hanya layak digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu melalui kekuatan jenteranya sahaja dan bukannya harus diberi kedudukan melebihi PKR apatah lagi DAP.

Justeru orang Melayu seharusnya memahami mainan politik tersirat DAP dan PKR ini, jika tidak mahu 'menang sorak kampung tergadai'.

Penang Wasabi..

PISAU.NET

Posted: 28 Oct 2012 09:45 PM PDT

PISAU.NET


Kelantan Rugi Lebih RM700 Juta

Posted: 28 Oct 2012 08:36 AM PDT


Umumnya, sebahagian besar rakyat Kelantan telah lama menyedari projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh adalah salah satu dari beberapa projek pembangunan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang gagal dilaksanakan sepenuhnya disebabkan pelbagai kelemahan dan kecuaian di pihak kerajaan negeri.


Namun tidak ramai yang menyedari bahawa kegagalan pihak pemaju swasta Liziz Standaco Sdn Bhd menyiapkan projek tersebut juga sebenarnya telah menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat terpaksa menanggung kerugian yang tidak sedikit jumlahnya.


PTSK ataupun lebih dikenali sebagai Projek Lembah Sireh itu, bukan sahaja telah menyebabkan negeri Kelantan mengalami kerugian berikutan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) yang bernilai RM318.29 juta tergadai dan berpindah milik kepada syarikat tersebut, malah kerugian sebenarnya jauh lebih besar sehingga melebihi RM700 juta.


Jumlah kerugian tersebut hampir bersamaan dengan dua kali ganda jumlah belanjawan tahunan Kerajaan PAS Kelantan, malah angka itu juga 3 kali ganda lebih besar daripada peruntukan RM250 juta untuk NFC Corp yang pernah disensasikan oleh pakatan pembangkang sebelum ini.


Jika dalam isu NFC yang diberi pinjaman RM250 juta jelas termaktub dalam perjanjian bertulis wang pinjaman tersebut perlu dibayar mengikut jadual, namun dalam kes projek Lembah Sireh pula tanah yang bernilai RM318.29 juta itu secara cuai telah dipindah milik tanpa prosedur yang betul.


Ini disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang merekodkan kegagalan projek itu serta turut mengesahkan penukaran hak milik tanah telah dilakukan sewenang-wenangnya, sedangkan sepatutnya hanya selepas keseluruhan projek pembangunan telah selesai dilaksanakan barulah urusan pindah milik kepada Liziz Standaco boleh dilakukan.


Sementara itu, dalam satu kenyataan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika mengulas isu ini, katanya mengikut perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak itu antara lainnya mensyaratkan pemberian tanah seluas 716.8 ekar itu sepatutnya diikuti dengan sumbangan balas dari Liziz Standaco dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal.


Namun disebabkan kegagalan Kerajaan PAS Kelantan mengurus amanah rakyat, tanah tersebut tergadai begitu sahaja tanpa mendapat manfaat yang setimpal sebagaimana yang disyaratkan dalam perjanjian.


Berikutan kecuaian pemimpin PAS yang mengurus tadbir negeri dengan berkesan, impaknya menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hak ke atas tanah yang bernilai RM318.29 juta itu, dalam masa yang sama juga mengalami kerugian sebanyak RM389.09 juta dalam bentuk sumbangan balas yang hingga saat ini gagal ditunaikan oleh syarikat Liziz Standaco.


Justeru itu, amatlah wajar sekali apabila NGO terbabit mendesak Timbalan Menteri Besar Kerajaan PAS Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob mengambil tanggungjawab seterusnya meletakkan jawatan berikutan kerugian tersebut, sementelah lagi kerugian yang ditanggung terlalu besar melibatkan pula harta rakyat dan bukannya harta milik pemimpin PAS negeri.


Menurut Presiden OMBAK itu lagi, pengesahan audit dari LKAN membuktikan bahawa pendedahan yang dibuat pihaknya Februari lalu berkaitan isu ini ternyata benar. Lebih mengecewakan lagi selepas pendedahan itu, kerajaan negeri tidak pula mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan.


Keadaan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dikalangan khalayak anak negeri, gerangan siapakah pemilik Liziz Standaco dan apakah hubungannya dengan pemimpin dalam Kerajaan PAS Kelantan?


Entah apa istimewanya Liziz Standaco Sdn Bhd sehingga mendapat kelebihan sedemikian rupa termasuklah secara mudah dibenarkan memiliki tanah milik kerajaan negeri sekalipun sehingga kini masih gagal menyediakan dan menyiapkan pembangunan fizikal yang dijanjikan.


Melihat pada senario kegagalan projek Lembah Sireh serta tergadainya tanah kerajaan yang bernilai beratus juta ini, jelas sekali ia menuntut rakyat Kelantan untuk segera bangkit membantah unsur penyelewengan yang kemungkinan besar memang wujud seperti mana pernah diperkatakan ramai lama sebelum ini.


Jika rakyat Kelantan lambat bertindak dalam menyatakan hak mereka, dan masih enggan menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan yang sudah terbukti lemah, cuai dan gagal ini, dikhuatiri kelak masa depan negeri ini pula yang tergadai nanti.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 28 Oct 2012 09:40 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Ini Bukti PAS Tolong DAP Lenyapkan Orang Melayu

Posted: 28 Oct 2012 05:23 PM PDT

Taksubnya Penyokong PAS Ini

Posted: 28 Oct 2012 09:10 AM PDT

Bukti Kroni Dalam Pakatan Pembangkang

Posted: 28 Oct 2012 01:51 AM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 28 Oct 2012 09:10 PM PDT

Sri Tri Buana

Posted: 28 Oct 2012 08:01 PM PDT

Sri Tri Buana


Malaikat Hitam

Posted: 27 Oct 2012 09:24 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 28 Oct 2012 03:45 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Najib KANTOI Lagi...? Pakatan Pembangkang DEDAH Bukti Rosmah Miliki PERMATA Bernilai RM1 BILLION

Posted: 28 Oct 2012 05:00 AM PDT


Rosmah Mansor dikatakan memiliki PERMATA bernilai RM1 Billion....! Benarkah PERMATA mendapat peruntukan sebanyak RM1 bilion sebagaimana yang ditohmahkan?

Sama ada mereka faham atau tidak, peruntukan RM1 bilion yang dikatakan 'milik' Rosmah Mansor itu sebenarnya adalah peruntukan untuk PRA-SEKOLAH, bukannya untuk PROGRAM PERMATA NEGARA (PERMATA).

Pra-sekolah dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran, KEMAS dan Jabatan Perpaduan. Usia kanak-kanak yang berada di PRA-SEKOLAH adalah antara 5 sehingga 8 tahun. Manakala PERMATA pula berada dalam kelompok ECEC (Early Childhood Education and Care) di mana kanak-kanak yang menyertainya adalah berusia setahun sehingga 4 tahun.


Betapa bangsatnya juak juak murahan Pakatan Pembangkang cuba memutarbelitkan fakta dan memperbodohkan rakyat....

Teori bahalol dan tidak berasas dengan bertujuan kebodohan dakyah niat jahat mereka dalam isu PERMATA ini.

Pecahan peruntukan RM1 bilion tersebut adalah seperti berikut:

(1) Pra-Sekolah Kementerian Pelajaran terima peruntukan sebanyak RM587.5 juta
(2) Tadika KEMAS (KKLW) menerima peruntukan sebanyak RM532 juta
(3) Tadika PERPADUAN (JPNIN) menerima peruntukan sebanyak RM68.7 juta
(4) PERMATA Negara menerima peruntukan sebanyak....?

 Rujukan di SINI.

Sebagai kupasan untuk lebih kita fahami, mari kita buka minda dan otak benak Pakatan Pembangkang menjelaskan proses perbelanjaan peruntukan bajet PERMATA yang diluluskan.

Dana tersebut diturunkan sepenuhnya ke Jabatan Perdana Menteri sebagai jabatan yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan program-program PERMATA dan bukan masuk poket Rosmah Mansor....

Pengurusan kewangan pula dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) mengikut segala peraturan kewangan yang sedang berkuat-kuasa sebagai mana diarahkan oleh Kementerian Kewangan.

Pengurusan Kewangan di Bahagian PERMATA juga diaudit oleh Unit Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan kepatuhan kepada semua peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.

Sebagai contoh,Program PERMATA telah diluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi I pada tahun 2009 di mana sebanyak RM130 juta telah dibelanjakan dan bakinya telahpun dikembalikan ke Kementerian Kewangan.

Peruntukan RM130 juta digunakan untuk memperluaskan pelaksanaan Program PERMATA Negara ke seluruh negara dengan hampir RM77 juta telah disalurkan ke KEMAS,
RM16 juta ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,
RM8 juta ke Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
bakinya diagihkan ke TASKA Tempat Kerja/TASKA Komuniti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, National Children Development Research Centre di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Peruntukan RM100 juta pula yang diluluskan pada tahun 2010 juga telah disalurkan mengikut kaedah yang sama seperti di atas manakala anda baca seterusnya, klik SINI.

Kenapa Masih Ada Ahli UMNO Tidak Yakin Anwar Seorang BISEKSUAL..?

Posted: 27 Oct 2012 07:52 PM PDT

Cuti panjang sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha memberikan kesempatan buat kita untuk bersua wajah bersembang dengan sanak saudara...

Sepertimana senario sewaktu cuti Hari Raya Aidil Fitri, sembang bual lebih hangat apabila membicarakan mengenai isu politik semasa. Tajuk dan persoalan bilakah akan diadakan Pilihanraya Umum PRU ke 13 menjadi topik hangat.

Sebagai rakyat dinegara ini, sudah pastilah teka teki ini sangat dinanti-nantikan jawapannya. Keinginan rakyat menyaksikan siapakah bakal menjadi pilihan diantara dua nama, dua pimpinan..., Najib ataupun Anwar..?

Kalau kita bertanya kepada masyarakat komposisi kaum bukan melayu, agak berat berat untuk menerima jawapan yang begitu cenderung mengatakan UMNO-BN akan menang mudah, apatah lagi untuk kembalikan 2/3 majoriti.

Berbeza pula jika bertanya dan cuba mendapat reaksi serta maklum balas dari kaum melayu, nampaknya sudah semakin yakin bahawa aura Datuk Seri Najib meyakinkan mereka...

Antara elemen elemen kecenderungan ini dilihat atas kesungguhan PAS membiarkan parti mereka menjadi kuda tunggangan DAP kerana tawaduk dengan 'kemahuan' Anwar Ibrahim!!

Pengundi melayu nampaknya semakin mual dan jelek dengan hala tuju perjuangan PAS. Tentangan suara lantang mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menyerang Presiden DAP Karpal Singh membuka mata kaum melayu melihat sendiri tiada kerjasama dikalangan Pakatan Pembangkang.

Tatkala ada dikalangan pimpinan PAS yang sanggup menjadi tukang basuh pimpinan DAP, tindakan Nasharuddin seolah-olah menebus sedikit maruah PAS yang "tersilap langkah" menghukum Dr Hasan Ali kerana mengkritik Anwar sewaktu mengajak rakyat terlibat dengan isu peribadinya kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Tragedi 901 menyaksikan pemecatan Dr Hasan Ali.. Mantan Pesuruhjaya PAS itu dipecat sehari sebelum hari keputusan perbicaraan kes liwat Anwar. PAS tunduk dengan desakan PKR dan DAP apabila Dr Hasan tidak setuju dengan keputusan menyeru ahli ahli PAS sertai protes 901 pada 9 Januari demo di Mahkamah kerana mahu membantah sekiranya Anwar dijatuhi hukuman penjara...

Lihat perbezaannya, kritik Anwar kena pecat, tetapi kritik Karpal Singh tiada dikenakan sebarang tindakan apa apa.

Kekuasaan Anwar seolah-olah mencengkam keatas apa sahaja yang dia mahukan. Meliwatlah.., berzinalah..., berbohonglah..., buatlah sebesar mana pun onar dan dosa oleh makhluk bernama Anwar, namun buat bagi pimpinan PAS mereka akan tetap tawaduk "Na'am.., Na'am.."
Inilah yang sedang disaksikan oleh pengundi kaum melayu. Mereka sudah lihat sendiri sandiawara politik Pakatan Pembangkang.

Menyedari tanggungjawab dan tidak tergamak mahu menggadaikan bangsa dan agama, maka sudah pasti PRU ke 13 nanti mana mana calon PAS dan calon melayu PKR tidak akan mendapat kemenangan mudah...

Semoga Anwar dan PAS teruskanlah langkah sumbang mereka

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 28 Oct 2012 03:20 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


RUKUN IMAN PENYOKONG TAKSUB ANWAR TAK CUKUP SATU.....

Posted: 28 Oct 2012 02:51 AM PDT

Ust Ismail Mina, sahabat merangkap guru kepada Anwar, akhirnya tidak mampu lagi bersubahat dengan Anwar.

Dr Chandra Mudzafar, sahabat dan mempunyai banyak persamaan idealisma perjuangan sejak 70an, awal-awal lagi meninggalkan Anwar.

Dr Hasan Ali sahabat karib dalam perjuangan juga akhirnya tidak mampu lagi bersama Anwar.

Dr Siddiq Baba, Bekas Timbalan, bekas Presiden Abim, pejuang dan promoter idealisma Anwar yang terulung juga akhirnya surrender. Tak boleh lagi bersama Anwar dalam perjuangan.

Semua nama di atas amat dihormati dari segi keistiqomahan dalam berpegang kepada prinsip dan idealisma perjuangan mereka. Mereka asalnya bukan politician dan ada kalangan mereka terjun ke dunia politik setelah Anwar dipecat. Mereka terjun politik kerana bersimpati dan mahu menjunjung dan terus mempertahankan Anwar dan prinsip perjuangan Anwar yang kononnya pada pandangan mereka sangat telus, tulus dan ikhlas. 

Mereka berpendapat pada ketika itu Anwar wajib dipertahankan. Anwar setelah kononnya menjadi mangsa politik dan musuh kepada prinsip perjuangan mereka yang cuba dibawa ke dalam UMNO. Maka mereka merasakan wajib mempertahankan Anwar.

Tapi, kesemuanya akhirnya surrender dan lari meninggalkan Anwar. Adakah mereka lari kerana wang juga? Apakah semua mereka yang pernah bersama Anwar dan kemudian lari dari Anwar secara konsensus wajib dituduh dengan tuduhan yang sama, iaitu kerana wang?

Apakah andainya nanti jika semua kawan Anwar meninggalkan Anwar sehingga Anwar berseorangan, itu juga kerana wang?

Apakah Yusof Qardawi yang sudah mula ragu dengan Anwar juga turut terlibat dengan unsur wang?

Dato Lajim, Chua Jui Meng dan ramai lagi yang sudah bersama Anwar dan meninggalkan BN/UMNO itu kerana apa pulak? Kerana perjuangan?

Dr Asri mantan mufti yang sekejap pandangannya kelihatan menyokong UMNO dan sekejap kelihatan menyokong PAS dan pakatan tu kenapa pulak? Adakah setiap kali dia berkata-kata dan memberi pandangan itu kerana imbuhan? Apakah Dr Asri sudah menerima imbuhan dari semua pihak termasuk BN, PAS, PKR dan lain-lain yang berkenaan?

Kelompok yang tidak mahu mengakui hakikat dan kenyataan ini adalah golongan yang tidak mengakui percaya kepada qada dan qadar itu  sebagai sebahagian dari rukun iman. Mereka adalah golongan yang mahu sesiapa saja termasuk Allah swt menurut saja segala kehendak dan kemahuan mereka.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 28 Oct 2012 03:03 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Kim Kardashian bertukar menjadi seekor duyung berbuah dada besar yang 'huduh'

Posted: 28 Oct 2012 04:31 PM PDT

Kim Karadashian berjaya mencari pakaian yang sesuai dengan susuk tubuh pinggang kerengganya untuk sambutan Halloween kali ini.

Bintang realiti itu telah mengenakan pakaian ikan duyung yang berjaya mengecilkan lagi pinggangnya dengan skirt ekor ikan yang labuh serta bra kulit kerang yang lembut.

Kim turut memakai rambut palsu berwarna perang bagi menrealisasikan lagi penampilan duyungnya pada malm Halloween tersebut.

*Seksi betul 'ikan duyung' malam ni, agaknya buat pembedahan plastik bawah laut kot! Heh!

Live Streaming Chelsea vs Manchester United English Premier League 29/10/2012

Posted: 28 Oct 2012 08:45 AM PDT

Perlawanan yang pastinya ditunggu-tunggu oleh ramai peminat bola sepak di seluruh dunia. (Amerika Syarikat kami kurang pasti...heh!)

Perlawanan antara Chelsea dan Manchester United akan berlangsung pada tengah malam ini. Chelsea akan pastikan Manchester United menyesal kerana gagal dapatkan Eden Hazard.

Tonton perlawanan menarik ini di link-link yang disediakan dibawah secara online!

Chelsea vs Manchester United
29 Oktober 2012
12:00 AM
(Masa waktu Malaysia)



Gambar bogel disimpan lelaki Lombok selepas 'bersedapan'

Posted: 28 Oct 2012 07:29 AM PDT

Gambar hiasan
"Tolong selamatkan aku long, guna talian antarabangsa, ini pun curi-curi," itulah kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS), Nik Rosmalina Nik Mat, 28, yang hilang sejak 15 Oktober lalu bersama anak perempuannya berusia tiga tahun dan kini didakwa berada di Pulau Lombok, Indonesia.

Sebelum ini akhbar melaporkan isteri peneroka Felda Lui Selatan 1 itu hilang dipercayai angkara seorang lelaki yang menyimpan gambar mengaibkan wanita berkenaan dan mengugut menyebarkannya jika dia enggan mengikut arahannya.

Kelmarin, suaminya, Salleh Hussin, 54, membuat laporan di Balai Polis Sungai Lui selepas kakak Nik Rosmalina di Kelantan menerima beberapa pesanan SMS meminta tolong membantunya kerana mendakwa 'dilarikan tanpa sedar' di Kampung Batunyala, Lombok Tengah, Indonesia.

"Sebaik diberitahu mengenai SMS itu oleh kakak isteri di Kelantan, saya segera membuat laporan polis pada hari sama sebab terlalu bimbangkan keselamatan isteri serta anak kesayangan, Nur Alia Nadia.

"Isteri turut memberikan alamat kedudukannya iaitu Kampung Batunyala, Praya, Lombok Tengah, Indonesia. Manakala, lelaki yang didakwa membawa mereka ke sana bernama Edy Gunawan dan ibu lelaki itu pula Sakmah Sinom.

Gadis bisu tumbang dek nafsu serakah angkara teknologi

Posted: 28 Oct 2012 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hinanya seorang lelaki apabila tergamak mengambil kesempatan terhadap gadis kelainan upaya (OKU) hingga menyebabkan remaja berusia 17 tahun itu hamil enam bulan dan kini menunggu masa melahirkan kandungannya di Rumah Sinar Salam, Chow Kit, di sini.

Penyelia rumah berkenaan, Nurul Husna Hamid berkata, punca remaja itu terlanjur akibat hubungan terlarang daripada pergaulan bebas dan terpedaya dengan pujuk rayu teman lelakinya hingga disahkan hamil, awal tahun ini.

"Walaupun dia bisu, teknologi canggih (laman web dan telefon bimbit) hari ini membolehkan pasangan kekasih berhubungan antara satu sama lain hingga terlanjur.

"Kami tidak menafikan walaupun fizikalnya serba kekurangan, keinginan golongan ini sama dengan gadis normal lain," katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Remaja itu ditempatkan di rumah berkenaan disebabkan keluarganya enggan menerimanya semula selain malu dengan jiran dan masyarakat sekeliling.

Ditanya bagaimana arahan diberi kepada remaja OKU itu, Nurul Husna berkata, mesej berbentuk tulisan dan gerakan badan serta isyarat tangan antara kaedah komunikasi berkesan digunakan.

"Di rumah ini, kami menjaga makan minum dan membawa gadis berkenaan ke klinik untuk pemeriksaan setiap bulan bagi memastikan kandungan sihat serta tiada tekanan sepanjang kehamilan," katanya.

Rumah Sinar Salam dinaungi Yayasan Salam Malaysia (YSM) menghulurkan bantuan dalam bentuk kepakaran dan pengurusan sejak 2007 khusus untuk gadis yang terbabit dalam kancah sosial sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing apabila pulih kelak.

Beliau berkata, di rumah itu, penghuninya diberi motivasi untuk membina semula imej yang tercalar, manakala ibu bapa diberi kesedaran supaya memberi peluang kedua kepada anak menerusi memberi bimbingan agama.

"Selain itu, menerusi perkongsian bersama sebuah agensi swasta, kami mengadakan pelbagai aktiviti seperti kelas masakan, kemahiran komputer dan kraftangan kepada penghuni supaya masa lapang mereka lebih terisi.

"Sebaik keluar dari rumah ini, ada di kalangan mereka diterima bekerja sebagai tukang cuci di hospital atau pembantu restoran.

"Sekurang-kurangnya, dengan kemahiran yang dibekalkan, mereka mampu berdikari, sekali gus boleh membina hidup baru," katanya.

Van Skuad Sayang Wanita UMNO diconteng perkataan SIAL dan BABI..

Posted: 27 Oct 2012 09:30 PM PDT

Pergerakan Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini dikejutkan dengan perbuatan menyimbah cat merah serta menconteng perkataan kesat pada sebuah van Skuad Sayang milik mereka.

Ketuanya Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya pada pukul 11.26 pagi tadi yang kebetulan melalui kawasan kejadian di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak.

"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.

"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak South pada 2.10 petang ini bagi dijalankan siasatan lanjut.

Zaleha berkata sebelum ini pergerakan tersebut telah disabotaj sebanyak dua kali seperti menyimbah cat merah pada pusat pergerakan itu dan menggunting kain rentang yang dipasang mereka.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

MAIK enggan ulas khutbah mengelirukan

Posted: 27 Oct 2012 07:31 PM PDT

KOTA BHARU 27 Okt. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) enggan mengulas tindakan Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) yang didakwa telah mengeluarkan teks khutbah Aidiladha mengelirukan dan menyeru kepada perpecahan serta menanam bibit-bibit kebencian kepada para pemimpin negara.

Setiausahanya, Che Hamat Che Muda ketika diajukan perkara tersebut berpendapat, masalah berkenaan tidak berapa sesuai dibincangkan dalam suasana umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidiladha termasuk melakukan ibadah korban sebagai tanda kesyukuran.

"Tak berapa sesuai nak komen sekarang," katanya ketika ditemui dalam Majlis Korban Aidiladha 1433 Hijrah anjuran Maik di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di sini.

Majlis korban tersebut telah disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Khutbah Aidiladha juga digunakan PAS untuk samakan BN dengan puak penentang Islam

Posted: 27 Oct 2012 07:15 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana menghentam kerajaan selain mempersoal perpaduan orang Melayu.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, perkara itu tidak pernah diajar Nabi Muhammad SAW yang cukup berhemah ketika bertutur malah berkhutbah.

Menurut beliau, DUPK tidak wajar menyamakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan puak-puak menentang Islam kerana tuduhan seperti itu memerlukan bukti kukuh.

"Masjid atau surau adalah zon sejahtera dan aman. Tak patut gunakan rumah Allah untuk menyindir puak atau kumpulan lain. Seharusnya kita mengajak kepada perpaduan dan benda-benda baik.

"Soal perpaduan Melayu, perkara itu cukup penting dalam konteks Malaysia. Perpaduan Melayu adalah asas perpaduan ummah dan merupakan sebahagian daripada ajaran tauhid," katanya

PAS guna khutbah Aidiladha untuk pupuk kebencian

Posted: 27 Oct 2012 07:01 PM PDT

JELI 27 Okt. - Khutbah 'kebencian' yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) akan menyebabkan jurang perpecahan dalam kalangan umat Islam dan Melayu di negara ini semakin melebar.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, menanam kebencian kepada pemimpin adalah salah satu budaya yang dilakukan oleh parti tersebut semata-mata untuk mencapai matlamat politiknya, biarpun perkara itu akan memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, khutbah pada Hari Raya Aidiladha memainkan peranan besar untuk menyatupadukan umat Islam, khususnya di Kelantan.

"Aidiladha adalah hari yang penting untuk kita bersyukur dengan nikmat Allah dan pengorbanan Nabi Ibrahim. Itu yang harus ditekankan, tidak perlu perkara lain diselit dalam khutbah terutama menjurus kepada kebencian dan ini amat malang bagi kita umat Islam.

'Sahaja aku follow @abby_abadi112 wajib ke atas ku kerana Allah Taala?"

Posted: 27 Oct 2012 06:01 PM PDT

Huh! Takkan sampai jatuh tahap wajib pula nak follow Abby Abadi ni di twitter.

Taksub sangat pula kami lihat perkara ni.

Nik Aziz pun tak da disembah sedemikian rupa. Abby sekarang dijadikan 'bahan sembahan' di twitter.

Tak tahulah pula jika ianya dijadikan sindiran untuk Abby. Tapi janganlah sampai gadaikan akidah untuk bersenda gurau.

Kalau benar ada pengikut yang taksub begini...Abby boleh register parti baru la...

Bertaubatlah wahai Ustaz Terlampau!

Posted: 27 Oct 2012 05:23 PM PDT

"Bertaubatlah... kembalilah ke pangkal jalan." Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini.

"Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka.

"Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah," katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah.

Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan 'Abdullah', malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha.

Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya.

"Yang sudah tu sudahlah... saya tidak mahu memusuhi sesiapa. Lebih baik saya fikirkan soal anak, mereka lebih penting sekarang," katanya.

Metro Ahad minggu lalu melaporkan, seorang lelaki menggunakan gelaran 'ustaz' disyaki memperdayakan sekurang-kurangnya 11 wanita untuk dijadikan isteri, selain memalsukan dokumen borang pernikahan dengan mengaku masih teruna.

Taktik licik lelaki itu terbongkar selepas beberapa wanita yang pernah menjadi isterinya mendedahkan dalam sebuah laman sosial

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Gambar bogel jadi modal peras ugut gadis dan ibu

Posted: 27 Oct 2012 04:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila bukan saja gagal menyelamatkan anak gadisnya daripada menjadi mangsa nafsu serakah teman lelaki zuriatnya, malah terpaksa menampung perbelanjaan anak dan lelaki itu sejak sembilan bulan lalu.

Difahamkan, anak mangsa berumur 19 tahun bukan saja dipaksa melayan nafsu lelaki itu, malah mengikutnya ke Pulau Pinang dengan bermodalkan gambar bogel remaja itu sebagai taruhan.

Mangsa yang berasal dari Perak dan mahu dikenali sebagai Shiela, 45, berkata, anaknya berkenalan dengan lelaki itu ketika melanjutkan pelajaran di utara tanah air selepas terjerat dengan ayat-ayat cinta bapa ayam terbabit.

"Anak saya terlanjur buat kali pertama sembilan bulan lalu dan kesempatan itu digunakan lelaki terbabit untuk merakam gambar bogelnya sebelum dijadikan modal bagi memaksa anak saya meneruskan hubungan terlarang itu.

"Anak saya pernah cuba bunuh diri beberapa kali akibat tekanan perasaan, namun berjaya diselamatkan dan apabila dia melarikan diri ke Perak, lelaki itu menjejakinya semula sebelum memaksa dia mengikutinya pulang ke Pulau Pinang," katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan, dia turut dipaksa menghantar wang perbelanjaan bagi mengelak anaknya dibelasah lelaki itu.

Katanya, akibat tidak mampu menahan penderaan fizikal dan seksual lelaki itu, dia dan anaknya berjaya melarikan diri ke ibu kota pada awal bulan ini, malangnya dapat dijejaki semula lelaki itu.

"Pada 25 Oktober lalu, lelaki itu memaksa anak saya mengikutnya semula dan apabila saya menghalang, saya turut dipukul.

"Bagi mencari penyelesaian untuk masalah ini, saya membuat laporan di Balai Polis Brickfields kelmarin dengan harapan lelaki itu ditahan dan anak saya dibebaskan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

tun faisal dot com

Posted: 28 Oct 2012 01:55 PM PDT

tun faisal dot com


[Video] @Astro @501Awani - Siapa lebih beradab Azhar Idrus atau Rasul Dahri?

Posted: 27 Oct 2012 11:30 PM PDT



Pengakuan Azhar Idrus bahawa beliau hanya tahu bab fardu ain saja.
http://tunfaisal.blogspot.com/2012/01/azhar-idrus-tau-bab-fardhu-ain-saja.html


[Video] Ustaz Fathul Bari - Nik Aziz Kurang Beradab?

Posted: 27 Oct 2012 10:00 PM PDT


Kalau yang diajar kepada ahli Pas, Tuhan pun samseng dan Tuhan pun mencarut untuk mempertahankan ahli Pas yang memukul orang dan mencarut, apa lagi yang boleh kita harapkan daripada Nik Aziz. 

[Gambar] PR - Parti dinasti dan kroni

Posted: 27 Oct 2012 02:25 PM PDT






Tiada ulasan:

Pengikut