The Antics of Husin Lempoyang Posted: 27 Oct 2012 03:31 AM PDT Mat Sabu lupa satu lagi warna Posted: 26 Oct 2012 07:59 PM PDT Mat Sabu nak adakan Perhimpunan BERSIH sebagai petanda kebangkitan rakyat pada awal bulan November. Peserta diminta datang dalam empat warna. Bukan enam warna untuk mengelak disalah anggap LGBT. Kuning sebagai lambang perjuangan Bersih untuk pilihanraya bersih. Warna merah lambang tuntutan royalti minyak Kelantan. Hijau sebagai lanbang perjuangan alam sekitar anti Lynas dan anti RAPID Pengerang. Oren lambang anti Felda dan penyenaraian FGVH. Nampaknya Mat Sabu lupa. Perjuangan PAS untuk negara Islam dan hukum hudud tiadakah warna? Wow! Warna wang dari untung jual orang bermacam-macam * Ilham dari Dato Ibrahim Ali | |
bumiyang Posted: 27 Oct 2012 03:26 AM PDT |
anakbukitgantang says Posted: 27 Oct 2012 03:15 AM PDT Apakah Nik Aziz Wahhabi? Diskusi ilmiah di Kota Bharu malam ini Posted: 26 Oct 2012 04:25 PM PDT | Nik Aziz dan penerima dana Wahhabi dari Saudi; Anwar Ibrahim. Pendedahan di I Files |
Akhirnya persoalan fikrah manusia yang memecahbelahkan umat Ilsma di Malaysia dibicarakan secara terbuka. Nik Aziz telah lama memecahbelahkan umat Islam melalui fatwa kewahabiannya. Maseh ada yang menyangkal beliau sebenarnya Wahhabi. Oleh itu pada malam ini, satu majlis diskusi ilmiah bertajuk "Adakah Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat itu ulama wahabi dan apa itu wahabi???" akan diadakan di Kota Bharu! Bersama Al-Faqir dan kekanda Al-Fadhil Ustaz Jeming Hassan merangkap senior al-faqir di Maahad Muhammadi Lilbanin. Diharapkan diskusi ini adalah secara matang dan ilmiah bukan debat untuk mencari kemenangan dan tiada kaitan dengan politik kepartian. Hadirin di Kota Bharu dijemput datang beramai-ramai di UTTV berdekatan dengan Jaafar Rawas Kota Bharu, KELANTAN atau juga boleh melihatnya secara live di link ini www.uttv.biz/uttv/.. | |
Taipingmali (tm) Posted: 27 Oct 2012 01:18 AM PDT Pembohongan Pas dalam hukum Hudud Posted: 26 Oct 2012 05:07 AM PDT
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata penipuan PAS terhadap Umat Islam khususnya di Kelantan berkaitan perlaksanaan hukum hudud terbukti menerusi kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong pada 3 Oktober 1996 yang mendakwa Kerajaan Negeri masih tiada sebarang usaha serius dalam melaksanakan Sistem Perundangan Syariah itu. Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas juga mempersoalkan sikap pemimpin-pemimpin PAS Negeri yang melaungkan perjuangan melaksanakan Undang-Undang Islam itu menjelang Pilihan Raya namun sehingga kini ianya masih belum dilaksanakan meskipun Sidang DUN Negeri telah meluluskan usul menggubal Sistem Perundangan Negeri Kelantan. "PAS Kelantan tidak pernah pun meminta pandangan PAS pusat untuk melaksakan syariat yang hendak diluluskan pada tahun sebelum ini. Mereka masih bercakap mahu melaksakan hukum hudud tetapi sesudah mendapat kelulusan di Dewan Undangan Negeri sampai ke hari ini mereka tidak buat hukum itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PERKASA di sini semalam. Menurutnya lagi, satu lagi kenyataan dari Pemimpin PAS iaitu Datuk Wan Mutalib Embong pada 18 April 1998 turut membangkitkan isu yang sama terhadap Kerajaan Negeri Kelantan. "Kepada PAS, berhenti menipu umat Islam, kalau tiada niat dan tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud mengaku sajalah dan jangan salahkan orang lain. Mengenai hukum hudud itu semua adalah ritroit sahaja dan saya sarankan umat Islam tidak terperangkap dengan permainan politik ini," ujarnya. Ibrahim Ali juga menegaskan, isu hukum hudud ini juga menjadi permainan pakatan pembangkang sejak mutakhir ini dalam mengkucar-kacirkan parti politik bukan Islam dan Melayu seperti MCA dan DAP. "Mereka menggunakan isu hudud untuk mengkucar-kacirkan politik diantara MCA dan DAP. dimana mereka menyangkal dakwaan yang kononnya hukum hudud ini zalim," tegasnya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | |
Sahabat-Gunung Posted: 27 Oct 2012 01:04 AM PDT Noh ‘Naif’ Atau Faekah Yang Bangang & Bodoh Posted: 26 Oct 2012 08:06 AM PDT Patutlah ramai pemimpin PKR nie bengang dan menyampah dengan Setpol Khalid Ibrahim yang bernama Faekah Husin nie … Minah nie suka sangat keluarkan statement yang menampakkan lagi kebodohan bos dier, siapa lagi kalau bukan Khalid Gagap.
Hari nie dia menggesa Noh Omar digesa untuk memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan rakyat Selangor kerana mendakwa PKNS mahu menjual lima asetnya pada harga RM321 juta.
Bagi dier, Noh nie memalukan UMNO & BN kerana memliki menteri kabinet yang 'naif' tentang hal ehwal korporat, jelas membuktikan bahawa beliau tidak mahir selok belok urus tadbir korporat.
Bagi aku, PKR dan Pakatan serta Khalid Ibrahim yang patut malu kerana memiliki seorang Setpol yang bodoh & bangang …..
Sebelum ini Noh mendakwa, aset-aset terlibat yang dikatakan bakal dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (SACC) (RM93 juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM88 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).
Namun Faekah mengatakan kesemua aset komersial yang dimaksudkan Noh itu masih kekal milik PKNS.
Menurutnya, PKNS ketika ini sedang dalam proses menyelaras aktiviti-aktiviti teras Kumpulan PKNS di mana salah satu inisiatif korporat yang sedang dilaksanakan adalah penubuhan syarikat milik penuh perbadanan itu iaitu Private Real Estate Company atau PREC. (sila rujuk Selangorku)
Aku nak tanya Faekah, kalaulah PKNS sedang membuat penstrukturan semula aset2 nie atau PKNS, mengapa ada urusan 'JUAL-BELI' ke atas lima aset tersebut ….
Menara PKNS mahal tu (RM90 juta), SACC (RM93juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM88juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42juta) & Wisma Yakin RM7 juga …. Masyukkk tu. Kalau bukan untuk dijual, mengapa wujud nilai yang berjuta-juta nie ….
Apalah susat sangat, kalau yea pun nak buat pemindahan syarikat atau sebagainya, tubuhlah syarikat A, B, C, D, E ….
Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) tukar kepada Company A, Shah Alam Convention Centre (SACC) (RM93 juta) pergi ke Company B , Kompleks PKNS Shah Alam (RM88 juta) pergi ke company C, Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) pergi ke company Ddan Wisma Yakin (RM7 juta) ke company E.
Lagi satu, aku nak tanya si faekah nie …. Kenapalah dalam urusan PKNS nie cepat ajer dia menjawab…. Tapi mengapa bila kena tang Unisel, dia senyap…diam mencuka jer minah nie ??? Ataupun sebab dia ada kepentingan dalam Unisel, sebab tu dia diam dan sekarang dia nak muncul sebagai hero dalam PKNS, boleh plak dia dapat kepentingan dalam PKNS nanti…
Hahahaha…… Faekah ohhhh Faekah …. Tunggu ada masa lagi, takkan nak dedah semuanya …. | |
Panglima Perang Cyber Posted: 26 Oct 2012 11:25 PM PDT AES Detector Untuk Pengguna Android Posted: 26 Oct 2012 07:38 PM PDT
Kepada sesiapa yang menggunakan aplikasi android bolehlah download Aes Detector.
Ia bertujuan mengenalpasti kawasan yang dipasang alat ini.
Jika dapat elak saman maka belanja pun tidak akan terganggu kerana beban saman AES.
Tindakan menyiarkan lokasi AES bukti Kerajaan mahu mendidik rakyat bukan mengaut untung atas penderitaan mereka.
Aplikasi ini percuma.
Sekian,mohon disebarkan.
Sent from Samsung Galaxy Note | @TengkuAdnanReal : 44 Ekor Lembu Korban Di Putrajaya cc @TunFaisal Posted: 26 Oct 2012 02:04 AM PDT
Pagi tadi di Presint 16 Majlis Korban 44 Lembu peringkat Parlimen Putrajaya dihadiri YB Datuk Seri Tengku Adnan. Menurut Blogger harapan-esok.blogspot.com, ini kali ketiga ia diadakan. Turut hadir ialah Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO Saudara Tun Faisal Ismail dan blogger UMB menjayakannya. Selain itu jentera UMNO Putrajaya dan warga Putrajaya juga datang memeriahkan acara tahunan yang paling besar dalam sejarah Islam itu. Lagi gambar sila layari blog di atas. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | Aset PKNS RM 321 Juta Dilelong MB Selangor ? @NohOmar Cabar @Khalid_Ibrahim Nafikan !!! Posted: 26 Oct 2012 02:02 AM PDT
Sumber Utusan Malaysia 25 Okt 2012 | Hebat Pemuda Bosnia Jalan Kaki 314 Hari Tunai Haji di Mekah Posted: 26 Oct 2012 01:54 AM PDT
Subhanallah... Teguh iman pemuda ini yang gigih berjalan kaki demi menyambut seruan Baitullah. Kecekalan beliau wajar menjadi contoh dan kerana itu ia diletak muka hadapan Utusan Malaysia. Tahniah jika anda dapat meniru semangat pemuda ini. Sangat sukar di akhir zaman untuk menempuh seseorang yang sanggup melalui 5,700 kilometer hanya untuk menjalani ibadah di Mekah. | Timbalan Perdana Menteri @MuhyiddinYassin Serah 102 Lembu Korban Posted: 26 Oct 2012 01:49 AM PDT
Sumber Utusan Malaysia Khamis 25 Oktober 2012 | PBB Sokong Transformasi Politik Malaysia Bawah @NajibRazak Posted: 26 Oct 2012 01:46 AM PDT
Sumber : Utusan Malaysia | UMNO Online - Husam Musa Kata DAP Lebih Baik Dari UMNO – Kenyataan Separuh Masak Husam Musa Memalukan Posted: 25 Oct 2012 11:56 PM PDT
"Dari sudut apa Husam membandingkan antara DAP dan UMNO, sehingga mengatakan bahawa DAP lebih baik dari UMNO. Apa jasa DAP di dalam negara, selain terlibat dalam mencetuskan sejarah huru hara negara dalam peristiwa 13 Mei. Dari dasar dan prinsip politik pula, DAP dilihat sebagai sebuah parti yang mendukung kuat fahaman sekular dan menolak pengamalan Islam di dalam negara.
"Bahkan kenyataan terbuka kritikan dan penolakkan DAP terhadap perlaksanaan hudud dan negara Islam bukan saja telah mengguris hati ahli-ahli Pas, malah telah membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di dalam negara ini. "Bagi saya, kenyataan ini hanyalah satu kenyataan politik dari Husam yang bagi saya agak separuh masak. Husam tidak boleh menolak kebenaran, biarpun kini dia menjalinkan hubungan rapat dengan DAP di dalam Pakatan Pembangkang, tetapi dia tidak boleh menolak hakikat jasa-jasa UMNO dalam menegakkan syiar Islam, membela bangsa Melayu dan memakmurkan negara," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Seterusnya beliau menegaskan, Husam tidak boleh membuat kesimpulan dengan mengatakan DAP lebih baik dari UMNO, hanya bersandarkan peristiwa Lim Kit Siang menentang usul akta darurat 1978 di Kelantan itu sahaja. Baca sepenuhnya :
http://www.umno-online.my/?p=70027&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29
Sent from Samsung Galaxy Note | |
The Unspinners Posted: 26 Oct 2012 11:19 PM PDT |
oyabun Posted: 26 Oct 2012 11:09 PM PDT Isu Selangor : MBSA, PKNS digesa henti projek? Posted: 25 Oct 2012 11:53 PM PDT Penduduk di sekitar Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam mengadakan demonstrasi bagi membantah projek pembinaan jalan raya di belakang kawasan perumahan mereka, semalam. Penduduk di sekitar Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam mendesak pihak terlibat agar memberhentikan projek pembinaan jalan raya yang sedang di laksanakan di zon penampan di belakang kawasan perumahan mereka sejak sebulan lalu. Mereka mendesak pihak berkepentingan terhadap projek itu, iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan i-City agar menghentikan serta mengkaji semula struktur pembinaan jalan sepanjang 20.12 meter itu yang mereka anggap boleh membahayakan penduduk. Desakan itu dibuat menerusi demonstrasi aman selama sejam bagi membantah projek itu, bermula pukul 9.30 pagi di hadapan pos pengawal i-City yang disertai kira-kira 100 penduduk kawasan berkenaan. Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 7 Plumbum, Mohd. Badrudin Othman, 56, berkata, pihaknya mahu kerja-kerja pembinaan di zon penampan itu dihentikan kerana kawasan itu diwujudkan bagi membezakan antara kawasan perumahan dan pusat komersial. "Kami bukan menentang pembangunan, tetapi jika pembinaan jalan raya terlalu hampir dengan belakang rumah iaitu dengan jarak kurang sepuluh meter, zon penampan yang telah tertulis dalam pelan asal MBSA dan mendapat kelulusan pada Jun 2007 akan terhapus. "Mereka harus mempertimbangkan semula dan perlu memikirkan keselamatan penduduk kerana pembinaan ini membahayakan nyawa penduduk serta pengguna jalan raya," jelasnya kepada pemberita selepas demonstrasi selesai. Mohd. Badrudin juga memberitahu, pihaknya akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berhubung pembinaan jalan raya itu. Seorang penduduk, Richard How, 50, pula berkata, tindakan meluluskan pembinaan tersebut seolah-olah tidak menghormati 248 pembeli rumah di kawasan itu. "Mereka seharusnya berbincang dan memaklumkan kepada penduduk terlebih dahulu mengenai perkara ini kerana jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini penduduk yang akan menghadapi ancaman keselamatan. "Pernah suatu hari, ketika saya dan keluarga sedang menonton televisyen, kami berasa gegaran kesan daripada kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan," katanya. Richard juga mendakwa pemaju melakukan kerja pembinaan sehingga lewat malam pada hari bekerja yang jelas mengganggu ketenteraman penduduk. Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ahmad Ilmi Jasman pula meminta PKNS segera menangani isu tanah mendap di Jalan Plumbum yang tiada kesudahan sehingga ke hari ini. Ini kerana, katanya, surat terakhir PKNS ada menjanjikan bahawa mereka akan memperbaiki semula rumah tersebut secara terperinci tetapi sehingga hari ini masih tidak ditunaikan walaupun telah memasuki minggu ke empat bulan Oktober. "Saya minta PKNS segera tunaikan janji," kata beliau. Pada 17 Februari lalu Utusan Malaysia pernah menyiarkan kejadian tanah mendap di Jalan Plumbum yang menyebabkan penduduk di situ cemas apabila bahagian hadapan dan belakang rumah mereka mendap sedalam kira-kira 0.3 meter selepas hujan lebat sehingga berlaku hakisan di kawasan sekitarnya. Kejadian itu turut menjejaskan kira-kira 40 buah rumah teres dua tingkat di kawasan itu selain sistem saliran yang sempit dan tersumbat mengakibatkan air naik di bahagian hadapan rumah sehingga ke paras buku lali. Wasabi Oyabun.. | |
APANAMA Posted: 26 Oct 2012 11:07 PM PDT |
Belantan Posted: 26 Oct 2012 11:04 PM PDT Nampaknya Pas semakin faham realiti politik? Posted: 26 Oct 2012 08:57 AM PDT Abdul Hadi Awang berucap dalam majlis Ceramah Perdana Sempena 22 Tahun Membangun Bersama Islam di Kota Bharu, baru-baru ini. ''Ada orang yang membaca ayat mengharamkan kerjasama dengan orang kafir dan orang bukan Islam pada tahun 60-an, mengapa sekarang boleh pula, ini ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalan Nabi SAW." Itulah hujah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan kerjasama dengan DAP ketika menyampaikan ceramah sempena 22 tahun pemerintahan Pas di Kelantan, pada Ahad lalu. Kita tidak pasti siapa yang dimaksudkan dengan Abdul Hadi apabila beliau berkata, ''ini ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalan Nabi SAW.'' Tetapi apa yang pasti perjalanan politik Pas dalam soal bekerjasama dengan parti bukan Islam sememangnya diketahui oleh umat Islam di negara ini. Pada Ogos 1963 Dewan Ulama Pas Kelantan mengeluarkan kenyataan bahawa orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram. Selain itu seperti mana pernah dipaparkan oleh penulis sebelum ini, pemimpin-pemimpin Pas suatu ketika dulu cukup popular membaca surah Ali Imran ayat 28 'separuh-separuh'. Mereka membaca: " Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun....'' Sambungan ayat itu, ''... kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.''. - tidak dibaca. Tetapi tidak mengapalah mungkin pemimpin-pemimpin Pas kini semakin memahami betapa pentingnya kerjasama dengan parti bukan Islam. Mereka sudah faham sekarang realiti politik Malaysia. Oleh itu bagi membolehkan kesepakatan yang dicapai bersama DAP maka Abdul Hadi menganggap mereka tidak faham hubungan yang dipanggil 'tahaluf siasi' itu sebagai ''...ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalam Nabi SAW seluruhnya...'' Sikap Pas mempertahankan kerjasama dengan DAP sememangnya mengagumkan kerana pemimpin DAP secara terbuka menentang pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas. Sebab itulah pada majlis ceramah yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui wujud perbezaan antara parti itu dengan Pas dalam pakatan pembangkang antara lain membabitkan hukum hudud dan negara Islam. Apa pun dalam soal kerjasama politik dengan bukan Islam ini, UMNO jauh lebih telus berpegang kepada seruan Islam berbanding Pas. UMNO sejak dulu memahami bahawa kerjasama itu penting dalam membangunkan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Ini selaras dengan seruan Islam yang menegaskan, berkerjasama dengan orang bukan Islam untuk mencapai perkara yang menjadi maslahah bersama sesama manusia seperti kesejahteraan hidup, keadilan, membanteras kezaliman, penyelewengan, rasuah, menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik dan sebagainya tanpa melanggar mana-mana hukum syariat, adalah harus. Di dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai rahmat untuk sekelian alam seperti mana firman-Nya dalam surah Al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud: " Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam". Malahan dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud; " Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil (kepada orang-orang bukan Islam) yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengusir kamu dari tanah air kamu. Allah mengasihi orang-orang yang berlalu adil." Selain itu, sejarah Rasulullah SAW menunjukkan baginda mengadakan perjanjian Madinah yang membabitkan bukan sahaja golongan-golongan Islam tetapi juga kabilah-kabilah Yahudi di Madinah. Jika berpakat dengan orang bukan Islam haram secara mutlaknya, nescaya baginda tidak akan mengadakan perjanjian dengan mereka. Adapun ada kabilah Yahudi yang diusir dari Madinah oleh baginda disebabkan mereka melanggar perjanjian dengan Nabi dan mengkhianati baginda. Apa pun dalam menjalinkan kerjasama dengan parti bukan Islam seperti MCA dan MIC, UMNO tidak pernah menggadaikan prinsipnya apatah lagi bersikap tidak konsisten dalam memaju dan memperkembangkan Islam. Sebab itulah, sejak merdeka lagi walaupun pernah dikecam oleh Pas kerana bekerjasama berkenaan, namun UMNO tetap mempertahankan kesepakatan itu. Ini memandangkan UMNO yakin apa yang mereka lakukan bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 9 yang bermaksud; " Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". Apa pun, pemimpin-pemimpin Pas tidak boleh marah jika ada pihak menyatakan, kerjasama mereka dengan DAP semata-mata untuk memperoleh kuasa. Ia memandangkan, Pas sendiri sudah memahami bagaimana penentangan DAP terhadap perjuangan Islam parti itu, biar pun DAP memberi alasan kerjasama tersebut dilakukan demi menegakkan keadilan, mengembalikan demokrasi, memulihkan keutuhan, kebebasan institusi-institusi penting negara. Dari satu segi, sememangnya menjadi hak Pas untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja tetapi janganlah sampai menggadaikan prinsip dan dasar perjuangannya. Sepatutnya apa pun berlaku, Pas perlu tegas dengan perjuangan tetapi malangnya apa yang kita lihat kerjasama antara kedua-dua parti itu lebih banyak merugikan Pas. Malahan ketika DAP konsisten menolak hukum hudud dan perjuangan negara Islam yang diperjuangkan Pas, Pas pula terus terhegeh-hegeh untuk meneruskan kerjasama berkenaan. Apabila Pas melihat sikap mereka mula menimbulkan perasaan tidak senang orang Melayu dan umat Islam, mereka mula berhujah kononnya perjuangan Islam akan diteruskan. Oleh itu berikutan kenyataan Abdul Hadi mempertahankan kerjasama dengan DAP, diharapkan mereka juga tidak lagi memandang serong kerjasama UMNO dengan parti bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN). Terimalah hakikat, biar pun bukan sebuah parti Islam, namun dalam pelaksanaan perkara berkaitan Islam, UMNO jauh lebih ke depan berbanding dengan Pas. Ulama-ulama Pas jangan lagi bercakap soal Islam apatah lagi melaksanakan hukum hudud kerana semua itu hanyalah khayalan selagi Pas bekerjasama dengan DAP. Mereka perlu membuat kenyataan selari dengan apa yang diputuskan oleh kepimpinan parti supaya mereka tidak dikategorikan '...tok-tok guru yang mengaji bab sembahyang sahaja, tidak mengaji bab politik...'' Suara Politik Taminsari | Laporan audit dedah kelemahan regim PKR Selangor? Posted: 25 Oct 2012 11:47 PM PDT Barisan Nasional (BN) menyifatkan, pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempunyai banyak kelemahan seperti mana didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Oleh itu Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menyatakan Abdul Khalid merupakan menteri besar cemerlang hasil kejayaan mentadbir negeri ini sejak 2008. Kenyataan Penasihat Ekonomi negeri itu sebenarnya tersasar kerana Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan dalam pentadbiran Abdul Khalid,'' katanya dalam sidang akhbar di Tingkat 9 Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini. Beliau berkata, walaupun kelemahan Abdul Khalid itu dinyatakan secara terperinci namun Menteri Besar Selangor itu dengan angkuh cuba menafikan kredibiliti laporan tersebut. Mohd. Zin berkata, terdapat beberapa perkara yang sememangnya menjadi isu besar kepada rakyat Selangor ketika ini seperti pelaksanaan Skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang diwujudkan kononnya untuk memberi faedah kepada semua anak kelahiran negeri ini. Skim yang bermotifkan politik itu dibuat tanpa perancangan rapi sehingga menyebabkan hasil negeri dibazirkan begitu sahaja tanpa dapat digunakan secara optimum. Memandangkan skim tersebut diuruskan oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), maka Abdul Khalid selaku pemegang amanah perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan skim tersebut," katanya Mohd. Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, berdasarkan laporan audit berkenaan, peruntukan Tawas didapati digunakan secara tidak seimbang apabila daripada RM13.5 juta jumlah keseluruhan peruntukan, hanya RM2.9 juta digunakan untuk skim tersebut manakala RM4.9 juta untuk tujuan pengurusan. Bagaimana pula dengan jaminan kerajaan negeri, adakah setiap anak Selangor yang mendaftar bagi skim tersebut akan mendapat pulangan sebaik mereka berusia 18 tahun? Keadaan itu memandangkan sehingga kini kita tidak nampak sebarang pelaburan yang mendatangkan hasil bagi dinikmati oleh anak-anak Selangor yang memasuki skim itu," katanya. Dalam pada itu beliau berkata, kelemahan dalam pengurusan tukar syarat tanah di Selangor seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara juga menunjukkan kegagalan Menteri Besar dalam mengurus pentadbiran di negeri ini. Selain pengurusan tukar syarat tanah, laporan tersebut juga merekodkan beberapa kelemahan seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan cukai yang tidak mencapai sasaran. Kelemahan ini membuktikan kerajaan negeri memandang ringan soal tanah dan mengambil mudah mengenai pengurusan hartanah," katanya. Selain itu katanya, antara aduan yang paling banyak diterima oleh Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) BN Selangor ketika ini ialah mengenai keadaan jalan negeri yang tidak diselenggara dengan sempurna termasuk membabitkan jalan berlubang yang boleh mendedahkan kepada risiko kemalangan. Maka, tidak hairan jika Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor hanya menggunakan sebanyak RM218.25 juta daripada peruntukan RM375.90 juta yang diberikan kerajaan untuk penyelenggaraan jalan negeri sepanjang 16, 013 kilometer. Kira-kira 58.1 peratus sahaja digunakan untuk tujuan penyelenggaraan daripada jumlah keseluruhan peruntukan itu. Pentadbiran Abdul Khalid mendabik dada menyatakan wang kerajaan negeri meningkat sedangkan pada hakikatnya peningkatan itu adalah kerana wang tidak dibelanjakan dan bukannya kerana kecekapan Abdul Khalid mengurus kewangan," katanya. Bukan itu sahaja katanya, Laporan Ketua Audit Negara turut mendedahkan bahawa terdapat lebihan perbelanjaan tunai untuk tujuan mengurus hampir RM100 juta pada 2011. Suara Politik Taminsari | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 26 Oct 2012 09:39 PM PDT |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 26 Oct 2012 09:38 PM PDT |
r b f Posted: 26 Oct 2012 07:04 PM PDT Lagi Kisah Si Asri Ulama Busuk Hati.... Posted: 26 Oct 2012 05:55 PM PDT
Sejak kebelakangan ini bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat begitu agresif melontarkan pandangan dan kritikan terhadap Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) termasuk kenyataan terbaru bahawa Ulama yang menyertai UMNO 'hanyut'.
Perbezaan pendapat antara keduanya dilihat ketara selepas ILMU mengeluarkan pandangan menolak demonstrasi jalanan (dalam konteks ini merujuk kepada Bersih 2.0) sebagai satu pendekatan yang diterima Islam. Berbeza dengan Dr Asri yang mengeluarkan pandangan menyokong perkara tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat Ilmuwan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya ketika diminta mengulas perkara tersebut mempersoalkan motif kenyataan tersebut.
"Saya tak paham apa dia (Dr Asri) punya motif dan apa dia punya tujuan. Saya kira saya tak mahu cakap dan membuat andaian bagi mengelakkan saya membuat tanggapan buruk kepada saudara se-Islam saya" katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai idea penubuhan ILMU suatu ketika dahulu, beliau menjelaskan ia adalah merupakan cadangan Dr Asri sendiri. "Ya, dia adalah 'mastermind', untuk penyertaan ulama dan ilmuwan muda ke dalam UMNO, dia antara orang yang memberikan cadangan awal dan mengharapkan ilmuwan-ilmuwan bersama-sama dengan UMNO. Itu memang idea beliau yang saya tidak menafikan"
Walau bagaimanapun Dr Fathul turut mengatakan ILMU telah 'diserang' dengan pelbagai tuduhan dan kritikan secara berterusan dan ia adalah merupakan satu perkara yang keterlaluan.
"Berlaku keganjilan, penyertaan kita (ILMU) ke dalam UMNO, bahawasanya (mengharapkan) ia akan memberikan impak yg positif kepada politik negara. Tetapi akhirnya kita diserang oleh beliau (Dr Asri). Sehingga digambarkan sebagai pengampu, ulama kerajaan, bahaya dan hal yang sewaktu dan seumpama dengannya.
"Jadi kita melihat perkara tersebut telah keterlaluan, kita menjawab dengan beberapa patah perkataan, dan wallahualam, mungkin beliau sendiri merasa kecil hati dengan kenyataan tersebut sehingga berlaku cabar mencabar, debat dan sebagainya.
Dr Asri juga dilihat seolah-olah 'menyindir' ILMU di dalam halaman twitter beliau, kerana tidak hadir di dalam program debat anjuran Sinar Harian beberapa hari yang lalu.
Dalam masa yang sama Dr Fathul Bari menegaskan adalah "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai UMNO "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Sambil menolak pandangan Dr Asri, Fathul yang menyertai UMNO lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."
"Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai UMNO dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau dipetik dari Sinar Harian.
Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai UMNO tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam UMNO.
"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.
Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus.
"Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.
Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.
"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya.-25/10/2012 OLEH ZULKIFLI RAWI | |
Mencari Damai Abadi Posted: 26 Oct 2012 03:40 PM PDT Ucapan Raya Posted: 25 Oct 2012 08:55 PM PDT Bismillah...
Salam Aidiladha kepada seluruh umat Muhammad. Semoga apa yang dikorban akan mendapat balasan yang setimpal dari maha pencipta.
Mohon ampun dan maaf, dari hujung rambut hingga hujung kaki.
.......................
Asal raya je makan rendang. Pergh! mengah lah
Ezad | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 26 Oct 2012 03:27 PM PDT Dr Asri juga adalah 'dalang' nya.... Posted: 26 Oct 2012 11:12 AM PDT Sejak kebelakangan ini bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat begitu agresif melontarkan pandangan dan kritikan terhadap Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) termasuk kenyataan terbaru bahawa Ulama yang menyertai UMNO 'hanyut'. Perbezaan pendapat antara keduanya dilihat ketara selepas ILMU mengeluarkan pandangan menolak demonstrasi jalanan (dalam konteks ini merujuk kepada Bersih 2.0) sebagai satu pendekatan yang diterima Islam. Berbeza dengan Dr Asri yang mengeluarkan pandangan menyokong perkara tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat Ilmuwan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya ketika diminta mengulas perkara tersebut mempersoalkan motif kenyataan tersebut. "Saya tak paham apa dia (Dr Asri) punya motif dan apa dia punya tujuan. Saya kira saya tak mahu cakap membuat andaian bagi mengelakkan saya membuat tanggapan buruk kepada saudara se-Islam saya" katanya. Ketika diminta mengulas mengenai idea penubuhan ILMU suatu ketika dahulu, beliau menjelaskan ia adalah merupakan cadangan Dr Asri sendiri. "Ya, dia adalah 'mastmastermind', untuk penyertaan ulama dan ilmuwan muda ke dalam UMNO, dia antara orang yang memberikan cadangan awal dan mengharapkan ilmuwan-ilmuwan bersama-sama dengan UMNO. Itu memang idea beliau yang saya tidak menafikan "Walau bagaimanapun Dr Fathul turut mengatakan ILMU telah 'diserang' dengan pelbagai tuduhan dan kritikan secara berterusan dan ia adalah merupakan satu perkara yang keterlaluan. "Beraku keganjilan, penyertaan kita (ILMU) ke dalam UMNO, bahawasanya (mengharapkan) ia akan memberikan impak yg positif kepada politik negara. Tetapi akhirnya kita diserang oleh beliau (Dr Asri). Sehingga digambarkan sebagai pengampu, ulama kerajaan, bahaya dan hal yang sewaktu dan seumpama denganya. "Jadi kita melihat perkara tersebut telah keterlaluan, kita menjawab dengan beberapa patah perkataan, dan wallahualam, mungkin beliau sendiri merasa kecil hati dengan kenyataan tersebut sehingga berlaku cabar mencabar, debat dan sebagainya. Dr Asri juga dilihat seolah-olah 'menyindir' ILMU di dalam halaman twitter beliau, kerana tidak hadir di dalam program debat anjuran Sinar Harian beberapa hari yang lalu. Dam masa yang sama Dr Fathul Bari menegaskan adalah "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai UMNO "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu. Sambil menolak pandangan Dr Asri, Fathul yang menyertai UMNO lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut." "Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai UMNO dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau dipetik dari Sinar Harian. Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai UMNO tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam UMNO. "Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul. Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus. "Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT. "Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya. | Karpal mahu pastikan kuasa DAP tidak akan berkurangan Posted: 26 Oct 2012 05:14 AM PDT GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menyeru wakil rakyat daripada parti itu yang menyandang dua kerusi supaya memilih hanya satu kerusi untuk mereka tandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata dalam mesyuaratnya, jawatankausa kerja pusat (CEC) parti itu bersetuju bahawa hanya dalam kes "terkecuali", seseorang anggota parti itu dibenar menyandang kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Karpal berkata, beliau berpendapat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng boleh dianggap sebagai antara kes terkecuali itu. "Keadaan terkecuali ini perlu diambil kira dalam erti kata sebenarnya. Oleh itu, adalah penting bagi mereka yang menyandang dua kerusi mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka akan memilih satu kerusi sahaja. "Mereka patut berbuat demikian demi kepentingan pakatan pembangkang. Berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau mampu tangani secara langsung isu yang melibatkan kerajaan persekutuan dan negeri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau bagaimanapun berkata terserahlah kepada CEC untuk memutuskan kerusi mana yang perlu dilepaskan oleh calon. Kini, sembilan wakil rakyat DAP menyandang dua kerusi, tiga daripada mereka di Pulau Pinang iaitu Guan Eng, Timbalan ketua Menteri P. Ramasamy dan ketua DAP negeri Chow Kon Yeow. Karpal berkata, langkah melepaskan kerusi tidak sepatutnya menjadi masalah sekarang kerana DAP tidak lagi kekurangan calon berkebolehan berbanding sebelum ini. - Bernama | Dara wanita ini akhirnya dilelong pada RM 2.4 juta! Posted: 26 Oct 2012 02:31 AM PDT SYDNEY: Seorang penuntut dari Brazil memperoleh bayaran AS$780,000 (RM2.4 juta) hasil lelongan dara di Internet, manakala seorang teruna cuma dibayar AS$3,000 (RM9,000). Menurut dokumentari berjudul Virgins Wanted dihasilkan seorang karyawan Australia, Catarina Migliorini, 20, dibida 15 peminat dan akhirnya ia dimenangi seorang lelaki warga Jepun - hanya dikenali sebagai Natsu - malam kelmarin. Sebahagian besar peminat yang ingin meniduri Catarina datang dari Brazil, selain India, Australia dan Amerika Syarikat (AS). Pemuda yang melelong terunanya dikenali sebagai Alex Stepanov, 21, berasal dari Sydney. Seorang wanita Brazil memenangi bidaan ke atas Stepanov. Media melaporkan, Catarina akan "dihantar" kepada pembelinya menggunakan kapal terbang. Dia juga akan ditemubual di sebuah lokasi rahsia bagi menceritakan pengalaman sebelum dan selepas mengorbankan daranya. Karyawan yang menghasilkan Virgins Wanted, Jason Sisely, berkata dia memulakan projek berkenaan pada 2009 dan berdepan dengan tentangan banyak pihak apabila poster mengenainya dinaikkan di Sydney serta Melbourne. Katanya, dia terkejut melihat reaksi orang ramai. "Sejak lelongan ditutup Catarina amat teruja. "Dia bercakap dengan keluarganya dan mereka juga gembira dengan apa yang berlaku," katanya. - AFP | Guru noda murid tahun lima dalam stor makmal sekolah Posted: 26 Oct 2012 01:01 AM PDT | Gambar hiasan |
KOTA KINABALU: "Sepatutnya tugas kamu sebagai guru ialah mendidik, tetapi apa yang kamu lakukan ini menjejaskan profesion perguruan," kata Hakim Duncan Sikidol sebelum menjatuhkan hukuman 36 tahun penjara dan empat sebatan ke atas bekas guru, Adrian Simon, 31, yang didapati bersalah merogol seorang murid warga Singapura. Adrian didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, terhadap dua tuduhan merogol murid berusia 11 tahun itu di sekolah berkenaan pada Februari dan Mac lalu. Bagi tuduhan pertama, guru Matematik dan Sains itu dihukum penjara 18 tahun dan dua sebatan kerana merogol murid berkenaan di stor makmal sekolah antara jam 2.10 hingga 3.30 petang pada Februari lalu. Bagi tuduhan kedua, Adrian dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di makmal jam 10.25 pagi pada 26 Mac lalu dan dikenakan hukuman penjara 18 tahun serta dua sebatan. Adrian dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Luke Ressa Balang manakala tertuduh diwakili Hairul Othman dan PJ Perira bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa. Terdahulu, Hairul memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap anak guamnya berdasarkan kerjasama diberikan kepada polis selain tiada rekod kesalahan lampau. Bagaimanapun, permohonan itu dibantah Luke dengan alasan tertuduh tidak seharusnya melakukan jenayah yang menjatuhkan kredibiliti perguruan. "Sebagai guru, tertuduh bertanggungjawab mendidik murid, bukannya melakukan kesalahan jenayah. Kita harus memikirkan tekanan dihadapi mangsa dan keluarga," katanya. Ketika penghakimannya, Duncan mengakui walaupun kekurangan bukti daripada aspek perubatan, keterangan mangsa meyakinkan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman. "Selepas menimbangkan semua bahan bukti, saya mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah. "Mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan, ibu bapa sudah memberi kepercayaan kepada tertuduh menjaga muridnya, tetapi kepercayaan itu disalahguna dengan mengambil kesempatan terhadap mangsa," katanya. Sepanjang perbicaraan selama tiga hari bermula 6 September lalu, pihak pendakwaan mengemukakan sembilan saksi, termasuk guru dan murid sekelas mangsa manakala pihak pembelaan mengemukakan empat saksi. Mahkamah mengarahkan hukuman berjalan serentak menyebabkan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman 18 tahun, tetapi membenarkan tarikh hukuman ditangguhkan sementara Adrian memohon rayuan di Mahkamah Tinggi. | PAS to sacrifice Nik Aziz and Islam for Anwar Posted: 26 Oct 2012 12:45 AM PDT PAS is going into a new phase as more and more of the party members who are liberals called on Nik Aziz Nik Mat, the spiritual leader to step down and make way for young and new successor. However, those who made the call are none other than the liberals who are aligned to PKR de facto chief Anwar Ibrahim and who have made use of Nik Aziz to further strengthen their positions in the party. Husam Musa is one of those who now finds Nik Aziz has no use to the group anymore and thus should step down and make way for someone he and others can control. Nik Aziz's position is the highest in the party where policies and rulings must be endorsed by the council he heads before they can be implemented. With such great power, Anwar's protégés in the party has been using him to steer the party to Anwar's wishes which has been quite smooth until recently when former deputy president Nasharuddin Mat Isa began 'shooting at the scenario, revealing piece by piece the evil agenda.' And Nasharuddin's expose received good response from within the file and rank in the party to the extent that voices of disagreement towards the co-operation with DAP are now visible, no more buried and silent. PAS central committee member Datuk Dr Hassan Ali, expelled due to his vocal resistance against Anwar and DAP, is also fighting the liberals from outside the party. But his voice is only heard by outsiders not party members, unlike Nasharuddin, whose credentials are known and recognized by party members and outsiders alike. His revelations prompted Nik Aziz deputy Dr Harun Din to issue statements that he is with Nasharuddin's mind and this has changed the scenario in their political relationship or 'marriage of convenience.' With the present undercurrent in PAS urging the 'elders' to step down to give way to new blood who are fundamentalists, PAS relationship with DAP seems fragile and this worries even PKR, not just DAP. With the three parties not on one platform, the oppositions cannot call themselves Pakatan Rakyat (PR) and DAP's ambition of monopolizing the opposition goes down the drain along with the objective of ending the Malay political dominance. Malay political dominance has been DAP's 'enemy' all along as the party could not dominate Malaysia due to Umno's Malay hardcore minds. Presently DAP dominates the opposition front as PKR is too weak to call the shots even in state ruled by the party example Selangor and two years back Perak which now fell back to BN. In Kedah, DAP could not open its mouth as PAS dominates the state while Penang is truly a DAP state. Thus, if PAS changes leadership before the general election is called and Dr Harun Din takes over Nik Aziz position, then DAP can kiss goodbye to its objective of ending the Malay political supremacy. And of course, Anwar's ambition of becoming Prime Minister will fly out of the window of his million ringgit bungalow. Taiping Mali | Ustaz Kazim Elias didakwa 'rogol' pesakit wanita ketika dalam proses rawatan? Posted: 25 Oct 2012 11:31 PM PDT Beginilah cabaran seorang pendakwah. Sering menjadi mangsa keadaan, fitnah dan juga tohmahan oleh manusia-manusia yang dengki dengan usaha-usaha beliau. Malah, fitnah menjadi lebih 'berlemak' apabila ianya seirng dikaitkan dengan politik sempit terutama PAS yang sememangnya anti dengan Ustaz Kazim ini. Sering menuduhnya menyebelahi UMNO kerana mahu menutup kesilapan mereka yang taksub berpolitik. Sabor jer la Ustaz... | Penyampai radio Sinar FM diganggu surat lucah Posted: 25 Oct 2012 11:01 PM PDT Penyampai Sinar FM, Feeya Iskandar, 23, dilaporkan menerima sepucuk surat lucah daripada seorang individu yang tidak dikenali. Berita ini telah disahkan Feeya menerusi status Facebook peribadinya, petang tadi. Selain menerima surat lucah, anak kelahiran Johor Bahru ini turut menerima gangguan seksual daripada individu tersebut. Malah, pintu rumah Feeya atau lebih dikenali dengan nama Cik Piah di Sinar FM sering saja digegar oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu. Sungguhpun tatkala ini pihak murai.com.my masih belum dapat menghubunginya, tetapi Feeya dilaporkan bakal membuat laporan polis untuk menjaga keselamatan diri. Malah, ramai kenalan dan peminatnya di Facebook meninggalkan komen agar Feeya membuat laporan polis dalam kadar segera. Berikut adalah status Facebook yang ditulis Feeya: Kali ni saya x kan berdiam.kau berani sgt antar surat lucah dan gegar pintu rumah aku ya.sebelum ni kau penah buat tapi aku diam.tapi sekarang aku kena report polis sebelum keadaan lagi teruk.kau tunggu!! Murai | Sabotaj bukan 'budaya eksklusif' Umno semata-mata Posted: 25 Oct 2012 08:30 PM PDT ANALISIS - Ramai telah mengulas sejak keputusan Majlis Tertinggi Umno mahu menubuhkan panel khas menangani masalah sabotaj baru-baru ini diumumkan. Parti teras Barisan Nasional (BN) itu mahu mengambil tindakan segera ke atas ahli parti itu yang didapati melakukan perbuatan khianat dan sabotaj ke atas parti dan ia dilihat satu amaran keras menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan, ini bukan lagi masanya untuk main-main atau merajuk apabila tidak dipilih sebagai calon dan melakukan onar dalam parti kerana pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang paling kritikal. "Kita kena melihat kepada pengalaman-pengalaman yang lepas. Ini peringatan kepada pemimpin atau pihak-pihak tertentu bahawa dalam Umno ini, kita tidak boleh ambil risiko, kita tidak boleh main-main. "Kadang-kadang orang berfikir mahu jadi wakil rakyat dan bukan sekadar ahli hanya untuk berkhidmat kepada rakyat tapi hakikatnya banyak cara untuk kita berkhidmat," kata Setiausaha BN Sabah ini kepada Sinar Harian Online. Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presidennya mengumumkan bahawa jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin Umno. Menurutnya, penubuhan jawatankuasa itu mengikut Fasal 10 (15) Perlembagaan Umno yang dianggotai oleh ahli Majlis Tertinggi dan beberapa individu yang tiada kepentingan. Mengulas lanjut, Abdul Rahman, yang juga Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasiona (BN-BBC) mengakui, perbuatan sabotaj ini memang berlaku, namun ia bukanlah suatu perkara yang luar biasa dalam sesebuah parti politik. "(Sabotaj) ini bukan terhad dalam Umno sahaja. Tetapi dalam semua parti politik tetapi Umno sebuah parti yang proaktif menubuhkan jawatankuasa ini dalam menghadapi pilihan raya yang dikatakan sengit ini," katanya lagi. Ahli Parlimen veteran Umno-BN, Datuk Mohamad Aziz yang bersetuju seratus peratus dengan penubuhan jawatankuasa itu berkata, penubuhan panel khas ini penting kerana parti berhadapan dengan ramai ahli yang pelbagai kerenah. Wakil rakyat dari Sri Gading ini menambah, Najib tentunya melihat kepada pengalaman 2008 yang menyaksikan kekalahan teruk Umno-BN disebabkan oleh faktor sabotaj di kalangan ahli parti itu yang kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon. "Apa makna masuk parti jadi ahli, kemudian sabotaj? Umno sebuah parti yang membela nasib agama, bangsa dan negara. Sabotaj parti bermakna sabotaj agama, bangsa dan negara. "Kita kalah 2008. Tapi Umno bukan kalah disebabkan pembangkang kuat tetapi sebab ada ahli parti yang main tikam belakang," katanya. Beliau menambah, penubuhan jawatankuasa ini juga secara tidak langsung mengembirakan ramai ahli Umno yang setia dengan perjuangan parti. "Apabila nampak sabotaj dalam parti, orang yang setia ini akan merasa kecewa. Tetapi dengan tertubuhnya jawatankuasa ini, orang yang setia dengan parti akan rasa dihargai. "Saya sokong seratus peratus penubuhan jawatankuasa ini," tambah beliau. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusajaya, Datuk Aziz Sapian juga mengetengahkan pandangan yang seiring dengan dua pemimpin itu. Penubuhan jawatankuasa ini sebagai pemberitahuan kepada mereka yang berhasrat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral semata-mata untuk mendapat kedudukan selesa dalam parti bahawa pergerakan mereka sedang diperhatikan, katanya lagi, Malah tambah beliau, mereka yang berebut-rebut mahu menjadi calon misalnya belum tentu punya kemampuan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. "Ini lebih kepada sikap. Mereka ini orang yang tidak ada jati diri, mengikut nafsu. "Sekarang ini sudah tidak boleh seperti dulu. Sistem yang dibawakan oleh Datuk Seri Najib ini lain. Apa tujuan jadi ahli parti? Mereka ini orang yang tidak setia kepada perjuangan parti," katanya kepada Sinar Harian Online. Aziz secara sinis mengingatkan mereka yang terfikir untuk khianat dan sabotaj ini adalah ahli parti yang tidak setia dan hanya mengejar keuntungan peribadi. "Tanggungjawab kita sebagai ahli parti, itu yang penting. Jangan hendak berebut jadi Ketua Cawangan tapi tidak ada rasa tanggungjawab. Bertahun Datuk Seri Najib buat kerja, kalau kita sabotaj, adakah kita boleh buat kerja? Ini bukan perjuangan, ini gila kuasa namanya," ujar beliau. Ketika mengumumkan perkara itu minggu lau, Najib yang juga Pengerusi BN dan Perdana Menteri berkata, penubuhan jawatankuasa ini bertujuan bagi memudahkan tindakan segera di ambil ke atas ahli parti itu yang mengkhianati parti dan calon BN. Sebelum ini, setiap kesalahan yang dilakukan oleh ahli parti diserahkan kepada Lembaga Disiplin dan ia mengambil masa sebelum tindakan diambil. Majlis Tertinggi Umno juga telah memutuskan untuk melantik salah seorang daripada setiap bahagian Umno di seluruh negara sebagai anggota jawatankuasa itu. Ini kali pertama Umno mengambil tindakan tegas ini. Tindakan akan diambil sebelum PRu13 berbanding dulu selepas pilihan raya selesai. Pengalaman 2008 membawa Umno ke tahap lebih berhati-hati meskipun sesetengah pihak melihat parti ini sudah panik. Sebagaimana dikatakan Abdul Rahman, sabotaj tidak terhad kepada Umno sahaja. Ia jelas kerana Umno bertindak sebagai parti besar dengan tiga juga ahli. | Dakwaan Bung Terhadap Syed Mokhtar Bersifat Retorik -Ibrahim Ali Posted: 25 Oct 2012 07:01 PM PDT KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Syed Mokhtar Radin yang mendakwa tokoh korporat Melayu, Tan Sri Syed Molhtar Al-Bukhary memonopoli semua perniagaan di negara ini sebagai sesuatu yang retorik.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau menolak kenyataan Bung Mokhtar dan menyifatkannya sebagai 'serangan' yang tidak berpandukan asas dan fakta.
"Kenyataan mengenai Syed Mokhtar hanyalah satu kenyataan umum. Kenyataan Bung Mokhtar itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mementingkan Syed Mokhtar sahaja, segala-galanya dibolot oleh Syed Mokhtar.
"Ini seolah-olah orang Melayu, ahli perniagaan Melayu lain tidak diberi peluang. Dan ini juga akan menyebabkan kaum-kaum lain memberi persepsi yang tidak sihat terhadap kerajaan. Persoalannya, adakah kenyataan Bung Mokhtar itu adalah betul atau tidak," katanya kepada para pemberita di sini, Khamis.
Beliau mengulas kenyataan Bung Mokhtar pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa yang mengkritik Syed Mokhtar sebagai memonopoli semua jenis perniagaan sama ada di darat, laut mahupun udara.
Ibrahim berkata, walaupun beliau adalah Ahli Parlimen Bebas, tetapi beliau mengingatkan dirinya sendiri supaya tidak boleh menyerang individu lain tanpa bukti.
"Kalau serangan itu betul tidak apa. Kalau tidak betul, dia (Syed Mokhtar) akan digambarkan sebagai seorang yang begitu tamak," katanya.
Menurut Ibrahim, adalah sesuatu yang tidak adil bagi Syed Mokhtar kerana tokoh korporat itu banyak memberi peluang kepada agensi dan individu yang berkepentingan untuk orang Melayu.
"Beliau mendapatkan projek-projek berdasarkan penilaian dan pemilihan secara adil dan profesional. Beliau ada keupayaan, kalau hendak dapatkan yang besar, kenalah berupaya untuk melakukannya," katanya lagi.
Ibrahim menambah, beliau bukan mahu menentang Bung Mokhtar tetapi sekadar memperbaiki keadaan.
"Ini kerana kenyataan Bung Mokhtar boleh membawa pelbagai kesan. Kenyataan beliau terlalu umum yang boleh memberi kesan kepada orang bukan Melayu termasuk orang Melayu dari segi persepsi.
"Itu hak dia, itu pandangan dia. Saya menghormati kenyataannya sebagai Ahli Parlimen tetapi beliau perlu memperjelaskannya supaya tidak memberi persepsi yang salah iaitu kesan yang ditinggalkan berdasarkan kenyataan itu," katanya.
Ditanya adakah Ibrahim akan mendesak Bung Mokhtar untuk menarik balik kenyataan itu, beliau berkata: "Saya tidak mahu desak apa-apa, terserah kepada dia kerana dia Ahli Parlimen, juga Ahli Majlis Tertinggi Umno." | |
Kita MESTI Selamatkan Melayu Posted: 26 Oct 2012 03:19 PM PDT Filem TANDA PUTERA Sudah Kena Sembelih Jadi Mangsa QURBAN Aidil Adha...! Tahniah Lim Kit Siang Posted: 26 Oct 2012 05:31 AM PDT Nampaknya filem Tanda Putera yang menceritakan tentang nilai perjuangan seorang tokoh negarawan Allahyarham Tun Abdul Razak tidak berjaya menemui penonton sepertimana yang dijadualkan pada 15 November 2012.
Filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ini telah menjadi KORBAN menjelang sambutan Hari Raya Aidil Adha yang disambut esok pagi.....
Berikuta adalah Kenyatan Media dari Shuhaimi Baba;
Kami telah diberitahu bahawa tayangan umum filem Tanda Putera yang dijadualkan mulai pada 15 November 2012 kini dibatalkan. Tarikh tayangan baru belum lagi diterima. Kenyataan ini ekoran kekeliruan berikutan laporan berita berkenaan soal jawab di Parlimen berkenaan filem ini semalam.
Tarikh tayangan baru akan kami umumkan sebaik saja diterima. Kami lihat kemungkinan Tanda Putera akan ditayangkan pada tahun hadapan. Kami juga telah dimaklumkan Perunding Media bahawa selepas titik potong (Cut-off point) 23 Oktober 2012, agak lewat bagi sebarang urusan promosi dan pengedaran untuk slot Wajib Tayang 15 November.
Kami amat menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan menyatakan minat terhadap filem ini dan berharap mereka akan terus memberi sokongan apabila filem ini ditayangkan kelak.
Kami mohon maaf andainya penundaan tarikh tayangan filem ini menyusahkan atau menghampakan mana-mana pihak.
Terima kasih.
Datin Paduka Shuhaimi Baba Blog LG secara ikhlas merasakan tersangat kecewa dengan keputusan sebegini rupa...!
Pelik dengan keputusan yang lebih cenderung kepada tekanan juak juak Pakatan Pembangkang yang terlalu takut bangsa melayu akan bersatu semula setelah filem ini berjaya ditayangkan.
Filem Tanda Putera ini juga menceritakan bagaimana dua pemimpin utama negara iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail berkorban nyawa demi memastikan keamanan dan keharmonian yang kita warisi dan ambil mudah pada hari ini.
Bersusah payah kedua-duanya Tun Razak bersama Tun Dr Ismail membina semula negara ini setelah peristiwa berdarah Tragedi 13 Mei 1969... Mereka meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.
Setelah hidup dalam keharmonian buat sekian lama di negara yang tercinta ini, tanpa pergolakan atau bencana besar seperti yang menimpa mereka yang kurang bernasib baik di luar negara, agak mudah kita terlupa pada hadiah yang tidak ternilai daripada kedua-dua pemimpin ini. …
JOM baca semula kupasan yang jelas mengenai filem ini dan anda akan faham kenapa spesis seperti Lim Kit Siang menjadi panas sekiranya filem ini menemui penonton...
| Siapa Sebenarnya Yang BUNUH Altantuya.... Posted: 25 Oct 2012 10:30 PM PDT Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama. Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata. Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia.
Walaupun begitu, tidak bermakna si pengkhianat ini merasa malu atau bersalah kerana menipu kerana sifat itu sudah tidak lagi ada dalam dirinya. Sebaliknya, Cynthia dan SUARAM bertekad untuk terus menipu tetapi dengan menukar sedikit haluannya sahaja.
Lagipun, penipuan perlu diteruskan untuk memastikan segala usaha dan dana yang dilabur pihak asing selama ini tidak sia-sia begitu saja.
Dalam menipu, SUARAM tidak segan silu menggunakan nama sesiapa sahaja termasuk Kerajaan dan Hakim Perancis, isteri Perdana Menteri, Jasbir Singh Chahl untuk mengukuhkan cerita dongeng mereka.
Dan nampaknya, walaupun setelah penipuan mereka terdedah, SUARAM masih lagi tidak tahu malu dengan menggunakan Modus Operandi yang sama dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, iaitu menipu dengan mempergunakan nama seseorang lain pula.
Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya. Tajuk program tersebut ialah 'Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya'.
Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya. Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya. Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu.
Nampaknya, muka Cynthia Gabriel ini kalau diukur pastinya setebal dinding kalis radioaktif, kerana langsung tidak tahu malu menipu secara terang-terangan.
Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan.
Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya.
SUARAM mendakwa bahawa pembunuhan Altantuya adalah didalangi kepimpinan tertinggi dan kemudiannya dilaksanakan atau disaksikan sendiri oleh atau Datin Seri Rosmah. Pembunuhan itu kononnya bertitik tolak dari penglibatan mereka dalam rasuah pembelian kapal selam.
Justeru, jika mahkamah Perancis telah mendapati bahawa aduan SUARAM berkenaan kerajaan Malaysia dan kepimpinan tertinggi terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam tersebut adalah tidak berasas serta menolaknya mentah-mentah, maka ia sekali gus bermakna bahawa kisah berkenaan penglibatan mereka dalam pembunuhan Altantuya juga adalah rekaan SUARAM semata-mata.
Memandangkan telah terbutki bahawa SUARAM sengaja mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kerajaan dalam rasuah, dan SUARAM juga mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi dalam pembunuhan, maka persoalan yang timbul kini ialah "berapa jauhkan SUARAM sanggup lakukan untuk mengada-adakan kaitan pemimpin kerajaan dalam rasuah dan satu pembunuhan?"
Atau, dalam bahasa mudah di kalangan rakyat, sanggupkah SUARAM membunuh bagi mengada-adakan pembohongan ini semata-mata untuk memastikan kerajaan Malaysia tumbang?
Ini adalah antara isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia hari ini. Dan isu ini jugalah yang akan menghantui pembangkang menjelang pilihanraya akan datang kerana umum tahu bahawa SUARAM itu adalah topeng pembangkang. | Selamat Hari Raya QURBAN....! Posted: 25 Oct 2012 07:00 PM PDT Blog LG ingin mengucapkan Selamat Hari Raya QURBAN kepada semua umat islam dan geng2 otai bloggers semua...! Kepada yang sedang mengerjakan Haji di tanah suci Mekah, semoga mendapat Haji Mabrur... | |
tun faisal dot com Posted: 26 Oct 2012 01:52 PM PDT Pulau Carey: Contoh PR menyamun melalui Yayasan Selangor? #PenyamunRakyat #ubahSgor Posted: 26 Oct 2012 11:30 AM PDT EKSKLUSIF: PENGURUS BESAR YAYASAN SELANGOR BERLAKU "SAMSENG", ASET YAYASAN MULA DIFARA'IDHKAN SESAMA KRONI - #SAVESGOR
"Selamat datang ke Pulau Carey"... Sebuah pulau yang terkenal dengan kebudayaan masyarakat kaum asli terutama kaum Mah Meri. Kelapa sawit merupakan industri utama dengan penanaman hampir 3/4 di atas muka bumi pulau ini. Aman damai dan tenteram dapat digambarkan suasana di pulau yang turut menempatkan Kompleks Kampung Budaya Masyarakat Asli suku kaum Mah Meri, sebuah pusat pelancongan yang baru dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sekitar tahun 2011. Ketenangan ini walau bagaimana pun tidak akan berkekalan. Pulau yang turut menempatkan sekitar 3,000 ekar tanah milik Yayasan Selangor ini bakal dirobek ketenangannya. Semenjak kerajaan negeri Selangor diperintah oleh pakatan PKR, DAP dan PAS berbagai agenda bertujuan merompak hasil rakyat telah dilakukan. Ini berlaku terutamanya bila Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki kerusi penasihat ekonomi kerajaan negeri. Yayasan Selangor dikenal-pasti antara 'lubuk' harta yang akan di fara'idh kan sesama pemimpin pakatan di negeri tersebut melalui kroni-kroninya. 3,000 Ekar Tanah Pajakan dirampas semula
Kelmarin, satu laporan polis telah dilakukan oleh Ismail b. Abd Rahman, pengurus ladang kepada dua buah syarikat iaitu AGRO SEGAR SDN BHD dan ALAF GIGIH SDN BHD. AGRO dan ALAF telah menduduki tanah kepunyaan Yayasan Selangor ini secara sah atas perjanjian pajakan yang termeterai antara kedua-dua syarikat tersebut dengan Yayasan bagi tempoh selama 25 tahun. Dalam laporan polis yang dibuatnya, Ismail dengan terang lagi jelas menamakan Ilham (Ilham bin Marzuki), pengurus besar Yayasan Selangor sebagai pihak yang telah menceroboh dan seterusnya merampas serta mengusir pihak AGRO dan ALAF dari tanah yang mereka duduki secara sah atas perjanjian pajakan terdahulu. Perjanjian pajakan tersebut difahami adalah bagi membolehkan AGRO dan ALAF menjalankan perniagaan penanaman kelapa sawit bagi mendapatkan hasil dengan keuntungan dibahagi bersama mengikut terma dan syarat yang dipersetujui. Rampasan dan kaedah street-thugs oleh Yayasan Apa yang mengecewakan Ismail, kaedah Ilham Marzuki dan konco-konconya bertindak seperti 'samseng jalanan' yang menghalau sewenang-wenangnya para pekerja AGRO dan ALAF. Walau atas apa alasan sekali pun, Ismail berpendapat perkara ini haruslah diselesaikan secara profesional dengan mengambil kira kaedah perundangan, mahkamah dan sebagainya. Mengibaratkan Ilham Marzuki seperti 'samseng' yang mengguna-pakai undang-undang rimba, Ismail merasakan perbuatan yang dilakukan oleh pihak Yayasan Selangor ini adalah satu tindakan kurang ajar dan ia tidak menggambarkan langsung apa yang dilaung-laungkan oleh Menteri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai profesional, telus dan ikhlas dalam membantu rakyat negeri Selanggor. "Smelling Rotten Fish & Monkey Business"
Dalam satu siasatan yang TMS lakukan baru-baru ini, Yayasan Selangor sebenarnya telah melakukan perancangan awal bagi merampas semula tanah-tanah di bawah pegangan mereka termasuklah tanah di Pulau Carey tersebut. Ini bagi membolehkan kepentingan-kepentingan pihak tertentu mengambil alih dan seterusnya merampok hasil dari apa-apa transaksi yang boleh dilakukan di atas aset-aset bernilai tinggi kepunyaan Yayasan Selangor. Yayasan Selangor terus menjadi 'lubuk' bagi pihak tertentu di sebalik laporan audit negara yang menegur keras kaedah perbelanjaan mereka baru-baru ini. Adakah menteri besar sendiri terlibat dan yang paling utama, adakah penasihat ekonomi kerajaan negeri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam kegiatan 'merampok' aset-aset berkepentingan Yayasan Selangor ini seperti juga sebidang tanah yang baru-baru ini digembar-gemburkan bakal diberi kepada exco pelancongan dan kebudayaan negeri Selangor iaitu YB Elizabeth Wong?
-bersambung- | [Video] Asri serang ILMU kerana video ini? Posted: 26 Oct 2012 09:24 AM PDT
HOT! DR ASRI KANTOI JADI MASTERMIND!
Sejak kebelakangan ini bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat begitu agresif melontarkan pandangan dan kritikan terhadap Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) termasuk kenyataan terbaru bahawa Ulama yang menyertai UMNO 'hanyut'.
Perbezaan pendapat antara keduanya dilihat ketara selepas ILMU mengeluarkan pandangan menolak demonstrasi jalanan (dalam konteks ini merujuk kepada Bersih 2.0) sebagai satu pendekatan yang diterima Islam. Berbeza dengan Dr Asri yang mengeluarkan pandangan menyokong perkara tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat Ilmuwan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya ketika diminta mengulas perkara tersebut mempersoalkan motif kenyataan tersebut.
"Saya tak paham apa dia (Dr Asri) punya motif dan apa dia punya tujuan. Saya kira saya tak mahu cakap membuat andaian bagi mengelakkan saya membuat tanggapan buruk kepada saudara se-Islam saya" katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai idea penubuhan ILMU suatu ketika dahulu, beliau menjelaskan ia adalah merupakan cadangan Dr Asri sendiri.
"Ya, dia adalah 'mastmastermind', untuk penyertaan ulama dan ilmuwan muda ke dalam UMNO, dia antara orang yang memberikan cadangan awal dan mengharapkan ilmuwan-ilmuwan bersama-sama dengan UMNO. Itu memang idea beliau yang saya tidak menafikan
"Walau bagaimanapun Dr Fathul turut mengatakan ILMU telah 'diserang' dengan pelbagai tuduhan dan kritikan secara berterusan dan ia adalah merupakan satu perkara yang keterlaluan.
"Beraku keganjilan, penyertaan kita (ILMU) ke dalam UMNO, bahawasanya (mengharapkan) ia akan memberikan impak yg positif kepada politik negara. Tetapi akhirnya kita diserang oleh beliau (Dr Asri). Sehingga digambarkan sebagai pengampu, ulama kerajaan, bahaya dan hal yang sewaktu dan seumpama denganya.
"Jadi kita melihat perkara tersebut telah keterlaluan, kita menjawab dengan beberapa patah perkataan, dan wallahualam, mungkin beliau sendiri merasa kecil hati dengan kenyataan tersebut sehingga berlaku cabar mencabar, debat dan sebagainya.
Dr Asri juga dilihat seolah-olah 'menyindir' ILMU di dalam halaman twitter beliau, kerana tidak hadir di dalam program debat anjuran Sinar Harian beberapa hari yang lalu.
Dam masa yang sama Dr Fathul Bari menegaskan adalah "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai UMNO "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Sambil menolak pandangan Dr Asri, Fathul yang menyertai UMNO lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."
"Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai UMNO dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau dipetik dari Sinar Harian.
Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai UMNO tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam UMNO.
"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.
Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus.
"Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.
"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya.-25/10/2012 AGENDA DAILY
| [Video] [Gambar] @TengkuAdnanReal Ibadah qurban Parlimen Putrajaya Posted: 26 Oct 2012 04:30 AM PDT
Tradisi Ibadah Korban Masyarakat Putrajaya Diteruskan
PUTRAJAYA, 26 Oktober - Masyarakat Islam kawasan Putrajaya hari ini meneruskan tradisi korban besar-besaran yang melibatkan semua cawangan UMNO di Putrajaya untuk tahun ketiga berturut-turut, demikian ucapan ringkas Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya ketika ditemubual Putrajaya Online.
Sambutan Hari Raya Adiladha pada tahun ini disambut penuh makna dan kesederhanaan di Putrajaya. Pada majlis tersebut, sebanyak 44 ekor lembu telah disumbangkan masyarakat kawasan Putrajaya bertempat di kawasan Parkir Apartment Persint 16 sebentar tadi.
Tengku Adnan berkata "semalam masyarakat Putrajaya telah menyembelih 2 ekor lembu untuk majlis kenduri rakyat yang akan diadakan pada tengah hari ini. Disamping dapat menunaikan ibadah, penganjuran program kenduri rakyat dan upacara korban ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat di sini"
"Amalan korban dikawasan Putrajaya ini unik apabila setiap cawangan dan blok kawasan akan berhimpun di sini untuk menjalankan ibadah korban bersama-sama." katanya lagi.
Tun Faisal Ismail Aziz, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Putrajaya berkata kepada pemberita, "Amalan korban ini dapat menginggatkan kita tentang peristiwa dan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail A.S dalam memenuhi perintah Allah s.w.t."
"Disamping itu juga, ibadah korban ini adalah satu ilmu pembelajaran kepada golongan muda untuk belajar bagaimana proses penyembelihan, melapah, menimbang dan mengagih kepada fakir miskin. Perkara ini praktikal, dan ianya bukan mudah untuk golongan muda dapat dan hanya sekali setahun. Saya menyeru golongan muda supaya belajar kerana mereka bakal peneraju masa hadapan" ujarnya lagi.
Acara ibadah korban dan kenduri rakyat berakhir sebelum waktu jumaat. Daging korban akan diagih petang ini. -Putrajaya Online
| |
Cucu Tok Selampit Posted: 26 Oct 2012 01:34 PM PDT CTS Beri Sokongan Penuh Anthony Loke Jadi Presiden Kelab Penyokong PAS Malaysia Posted: 26 Oct 2012 02:30 AM PDT Video di atas adalah petikan "drama" di Parlimen sewaktu Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke cuba mempertahankan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang "diserang" oleh MCA dalam isu gesaan Mursyidul Am tersebut merogol wanita yang tidak menutup aurat.
Begitu sayangnya Ketua Pemuda DAP ini kepada Mursyidul Am PAS melebihi pemimpin partinya sendiri. Manakan tidak, sewaktu Setiausaha Agung DAP diserang dengan perkataan "Cocky, Arrogant and a Tokong" oleh Dr Mansor Othman, tidak sedetikpun beliau bangun untuk mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan daripada tuduhan Timbalannya itu.
Selepas kejadian di atas, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan telah menghantar surat penghargaan seperti di bawah:
Anthony Loke melalui ruangan laman sosial Facebooknya telah melahirkan rasa gembira dan bersyukur seperti kata-katanya seperti di bawah:
Sememangnya CTS amat merasakan Anthony Loke lah orang yang paling sesuai diberi tanggungjawab sebagai Presiden, Kelab Penyokong PAS Malaysia. Ada bangkangan? | Ketua UMNO Bahagian Kangar Perlu Beri Penjelasan Banner Lembu Menghina DS Shahrizat Jalil Posted: 26 Oct 2012 12:43 AM PDT
Lihat kedua-dua foto di atas yang dipasang sekitar bandar Kangar. Kalau sekali imbas memang tidak nampak sebarang kesilapan. Namun jika dipandang betul-betul, poster ini bertujuan untuk menyatakan "Datuk Seri Shahrizat Lembu" dengan susunatur perkataan yang sebegitu rupa. Tidak eloklah untuk sesiapa untuk mensabotaj DS Shahrizat yang telah menyumbangkan 20 ekor lembu di dalam majlis ini.
Ketua UMNO Bahagian Kangar perlu beri penjelasan kepada Datuk Seri Shahrizat kenapa tidak menggunakan otak apabila membuat banner! Beliau mesti bertanggungjawab kerana ini adalah kerja bahagian. Apakah Ketua UMNO Bahagian Kangar tidak sensitif atau tidak ambik tahu apa yang anak buah buat kerja? Blog pembangkang sudah mula mainkan isu ni di dalam blog disebabkan si tolol Ketua Bahagian yang tak perihatin semasa banner ini dibuat. | |
Apa Yang Tersirat Posted: 26 Oct 2012 01:30 PM PDT Anwar jadi PM?-Ramalan Fengshui Posted: 26 Oct 2012 02:59 AM PDT "Pada masa itu pakar Fengshui itu berkata, jika ditilik mengikut dari segi wajah dan tarikh lahir Anwar Ibrahim, penghujung dan sisa-sisa hidup Anwar Ibrahim kesepian dan keseorangan, tersirih dari pergaulan kawan-kawan ..." Rupa-rupanya ketua pembangkang di Parlimen juga pandai tilik nasib, beliau berkata beliau telah meramalkan dari segi wajah air muka Najib, serta pemikiran Najib, Anwar Ibrahim berani meramalkan PRU akan jatuh pada bulan November ataupun pada awal bulan Disember tahun ini. Sama ada ramalan Anwar Ibrahim itu tepat ataupun tidak, ia perlu tunggu sehingga jawapan itu keluar pada penghujung tahun ini, tetapi keluaran majalah fashion edisi ke-400 pada 19 tahun yang lalu pernah memaparkan tilikan nasib untuk Anwar Ibrahim, majalah itu menjemput seorang pakar Fengshui di sebelah utara Semenanjung, pakar Fengshui itu pergi ke tempat kediaman asal Anwar Ibrahim, di Cherok Tokun meninjau keadaan Fengshui di kawasan situ. Pada masa itu kebetulan di waktu pemilihan UMNO pusat, kebetulan pada masa itu usia Anwar Ibrahim 46 tahun, masyarakat Cina pada masa itu ambil berat kerana Anwar Ibrahim mahu mencabar Ghafar Baba jawatan Naib Presiden UMNO, boleh dijangkakan selepas itu adakah Anwar akan menjadi perdana menteri. Pada masa itu, pakar Fengshui itu memutuskan Anwar berusia 46 tahun nasibnya agak bagus, tetapi selepas berusia 51 tahun akan ada perubahan yang mendadak, jawatan dan kedudukannya akan tergugat, seterusnya Anwar Ibrahim akan mempunyai harta yang banyak tetapi tiada kedudukan, beliau dinasihatkan supaya buat langkah-langkah yang terbaik untuk diri sendiri. Secara kebetulan selepas 5 tahun, ramalan itu terbukti, Anwar Ibrahim dipecat oleh Mahathir. Perbatasan yang terakhir Pakar Fengshui itu juga berkata satu masa nanti di Bukit Mertajam akan lahir seorang perdana menteri, pakar tersebut meramalkannya pada ketika waktu itu, Ramalan yang lepas mungkin boleh memberi bukti dan kepastian yang tepat. Seterusnya pakar Fengshui itu berkata, tidak eloknya jika batu-batu di bukit itu ditarah dan diusik, pasti akan merosakkan kedudukan Fengshui di kawasan yang mana umpama perpatah Cina dalam Fengshui, kawasan itu seperti seekor harimau sedang berehat akan menjadi seekor naga jika ia terjaga, jika bukit itu dirosakkan bagi Anwar Ibrahim mahukan jawatan perdana menteri itu pasti akan tergugat, kecuali Anwar Ibrahim dapat tembusi nasib Fengshui bertukar boeh menjadi menteri dan mempunyai kuasa yang luar biasa, jika tidak niatnya itu boleh diabaikan sahaja. Mirip wajah Anwar Ibrahim kurus di pipi dan dagu, dalam Fengshui ia kurang bermaya untuk menjadi menteri, Cara beliau mengarahkan orang memang benar dia mampu tundukkan orang, tetapi ia akan tersekat di tengah jalan sahaja. Cuping telinganya luas dan timbul, bermakna mempunyai sikap degil tidak mahu mengalah, kedudukan telinganya tinggi dari muka, memang seorang bijak yang luar biasa; lekuk atas bibir berbentuk tajam dan bergigi tajam, mempunyai sifat bentuk tubuh yang gagah dan bijak berkata-kata. Pada bulan Julai tahun ini, Anwar mengumumkan, pada PRU kali ini adalah kerjaya beliau yang terakhir dalam politik, jika PR tidak dapat memerintah kerajaan pusat, beliau akan berundur diri dari arena politik dan akan menjadi pendidik di mana-mana universiti. Anwar Ibrahim semasa ditemu ramah sebuah akhbar di England mengakui, mungkin pada PRU akan datang ini, adalah PRU kali terakhir untuk beliau berpeluang menjawat jawatan perdana menteri. Pada masa itu pakar Fengshui itu berkata, jika ditilik mengikut dari segi wajah dan tarikh lahir (Bazi) Anwar Ibrahim, penghujung dan sisa-sisa hidup Anwar Ibrahim kesepian dan keseorangan, tersirih dari pergaulan kawan-kawan. Dan nasihatkan Anwar Ibrahim supaya jangan terlalu syok sendiri, perlu bijak menggunakan orang lain, ia boleh membantu untuk masa tua beliau. Selepas PRU ke-13 nanti, adakah Anwar Ibrahim akan menjadi calon perdana menteri seperti apa yang disebut itu, dikatkan akan menjadi seperti seekor harimau sedang berehat akan bertukar menjadi seekor naga jika ia terjaga dari Bukit Mertajam, sama ada beliau akan menjadi pensyarah di universiti ataupun menjadi ahli peramal nasib, itu semua mendapat perhatian khukus dari kalangan masyarakat Cina. Cara dan strategi Anwar Ibrahim hari ini menyerang dalam senyap itu adakah ditunjuk ajar oleh orang-orang luar biasa yang tertentu dari master Fengshui, ini menunjukkan ramalan Fengshui itu pastinya benar dan nyata, bukankah nasib itu tidak boleh dipaksa-paksa? | |
THE FLYING KICK Posted: 26 Oct 2012 01:26 PM PDT |
otai Posted: 26 Oct 2012 11:32 AM PDT JAWATANKUASA KHAS HUKUM PENSABOTAJ CALUN BN Posted: 26 Oct 2012 06:44 AM PDT AKHIRNYA KOMUNIKASI PEMBUJUKKAN TIDAK BERKESAN MALAH TIDAK DIYAKINI UNTUK TENTUKAN CALUN BN MENANG, KHASNYA UNTUK MENDAPAT 2/3 MAJORITI KERUSI PARLIMEN MALAYSIA MENJELANG PRU KE 13 YANG DIJANGKAKAN SELEPAS RAYA CINA TAHUN 2013.MAKA BAGI MENJAMIN BN MENDAPAT KERUSI 2/3 MAJORITI ATAUPUN MENANG HANSEM, MAKA UMNO/BN TELAH MENUBUHKAN SATU JAWATANKUASA KHAS YANG DIPENGERUSIKAN OLEH TS TENGKU AHMAD RITHAUDEEN TENGKU ISMAIL IAITU PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN UMNO. ANTARA TUGAS DAN FUNGSI JAWATANKUASA INI IALAH BAGI MEMANTAU DAN MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP MANA-MANA AHLI PARTI YANG MELAKUKAN SABOTAJ KE ATAS PARTI DAN KHIANATI CALUN BN DALAM PRU KE 13 NANTI. ANTARA KESALAHAN YANG BOLEH DIJATUHKAN HUKUMAN IALAH MENYOKONG PARTI LAWAN, MENGHASUT UNTUK MENENTANG PARTI DAN MENYALAHGUNAKAN PERUNTUKKAN PILIHANRAYA. MANAKALA HUKUMAN PULA BERUPA DIGANTUNG KEAHLIAN ATAU DIPECAT DARIPADA PARTI. SEORANG ANGGOTA PARTI YANG BERWIBAWA DAN BERSIH AKAN DILANTIK MEWAKILI SETIAP BAHAGIAN BAGI MEMBERI LAPORAN TERUS KEPADA PENGERUSI JAWATANKUASA KHAS INI TERHADAP APA SAHAJA PERBUATAN SABOTAJ ANGGOTA PARTI MENJELANG PRU KE 13. NAMPAKNYA SEGALA RUNGUTAN TENTANG KALAHNYA BN KEPADA PAS ATAU PKR ATAU DAP SELAMA INI AKIBAT SABOTAJ AHLI PARTI DALAM KOMPONAN BN TELAH DIAMBIL TINDAKKAN PENGUATKUASAAN DAN PENCEGAHAN OLEH UMNO/BN. DARIPADA TINJAUAN YANG DIBUAT TERNYATA KALAHNYA UMNO/BN DIKEBAYAKKAN NEGERI BUKANLAH KERANA PENGUNDI ITU MINAT DAN GILA SANGAT KEPADA PAS, PKR ATAU DAP. RAKYAT TAHU TEMBERANG DAN PUTAR BELIT PUAK PERMAINAN RAKYAT INI HEHEHEHE PAKATAN RAKYAT LA TU. SEKARANG PUN DI KELANTAN DAH TAK RAMAI RAKYAT YANG HADIR CERAMAH UNTUK MENGHASUT OLEH PAKATAN RAKYAT WALAUPUN ARTIS KITARSEMULA HADIR.BILA TAK RAMAI HADIR MAKA PASHAMPAS DAPAT SEDIKIT SAHAJA DUIT TIKET MASUK SYORGA PAS. DAN TERBUKTI 2008 DULU RAKYAT UNDI PR KERANA NAK HUKUM BN ATAUPUN NAK SABOTAJ BN SAHAJA ATAS BERBAGAI SEBAB DAN KERANA. MEREKA ATAU RAKYAT TAHU PAS TAK AKAN BUAT HUDUD DAN PAS TAK AKAN BERUPAYA MEMBUAT SATU PERLEMBAGAAN BARU YANG ISLAM 100%. BUKTINYA "BUKU JINGGA" PAKATAN RAKYAT TAK DER PON TERTULIS TENTANG HUDUD ATAU NEGARA ISLAM ALA IRAN ATAU APA-APA. SEMUANYA TIPU DAYA ATAU TAKKIYAH PASHAMPAS SAHAJA. MAKA DENGAN ADANYA PENGUATKUASAAN INI DIHARAP BN AKAN BETUL2 KEMUKAKAN CALUN TERBAIK IAITU CALUN YANG HENDAK BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT YANG JAUH SEKALI CALUN YANG NAK BUAT HARTA ATAU BUNCITKAN PERUT SORANG2. RASANYA RAKYAT AMAT SETUJU DENGAN LANGKAH PM INI DAN IANYA AKAN BERMULALAH TRANSFORMASI POLITIK "MENDAHULUKAN RAKYAT, JANJI DITEPATI." LIHAT JUGA.... http://www.klpos.com/politik/21751-umno-tubuh-jawatankuasa-khas-pantau-ahli-sabotaj-parti | |
PEJUANG BANGSA Posted: 26 Oct 2012 11:21 AM PDT Fathul Bari dedah ILMU adalah idea Dr Asri untuk UMNO !! Posted: 26 Oct 2012 07:29 AM PDT Sejak kebelakangan ini bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat begitu agresif melontarkan pandangan dan kritikan terhadap Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) termasuk kenyataan terbaru bahawa Ulama yang menyertai UMNO 'hanyut'.
Perbezaan pendapat antara keduanya dilihat ketara selepas ILMU mengeluarkan pandangan menolak demonstrasi jalanan (dalam konteks ini merujuk kepada Bersih 2.0) sebagai satu pendekatan yang diterima Islam. Berbeza dengan Dr Asri yang mengeluarkan pandangan menyokong perkara tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat Ilmuwan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya ketika diminta mengulas perkara tersebut mempersoalkan motif kenyataan tersebut. "Saya tak paham apa dia (Dr Asri) punya motif dan apa dia punya tujuan. Saya kira saya tak mahu cakap dan membuat andaian bagi mengelakkan saya membuat tanggapan buruk kepada saudara se-Islam saya" katanya. Ketika diminta mengulas mengenai idea penubuhan ILMU suatu ketika dahulu, beliau menjelaskan ia adalah merupakan cadangan Dr Asri sendiri. "Ya, dia adalah 'mastermind', untuk penyertaan ulama dan ilmuwan muda ke dalam UMNO, dia antara orang yang memberikan cadangan awal dan mengharapkan ilmuwan-ilmuwan bersama-sama dengan UMNO. Itu memang idea beliau yang saya tidak menafikan" Walau bagaimanapun Dr Fathul turut mengatakan ILMU telah 'diserang' dengan pelbagai tuduhan dan kritikan secara berterusan dan ia adalah merupakan satu perkara yang keterlaluan. "Berlaku keganjilan, penyertaan kita (ILMU) ke dalam UMNO, bahawasanya (mengharapkan) ia akan memberikan impak yg positif kepada politik negara. Tetapi akhirnya kita diserang oleh beliau (Dr Asri). Sehingga digambarkan sebagai pengampu, ulama kerajaan, bahaya dan hal yang sewaktu dan seumpama denganya. "Jadi kita melihat perkara tersebut telah keterlaluan, kita menjawab dengan beberapa patah perkataan, dan wallahualam, mungkin beliau sendiri merasa kecil hati dengan kenyataan tersebut sehingga berlaku cabar mencabar, debat dan sebagainya. Dr Asri juga dilihat seolah-olah 'menyindir' ILMU di dalam halaman twitter beliau, kerana tidak hadir di dalam program debat anjuran Sinar Harian beberapa hari yang lalu. Dalam masa yang sama Dr Fathul Bari menegaskan adalah "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai UMNO "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu. Sambil menolak pandangan Dr Asri, Fathul yang menyertai UMNO lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut." "Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai UMNO dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau dipetik dari Sinar Harian. Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai UMNO tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang. Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam UMNO. "Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul. Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus. "Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya. Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT. "Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya.-25/10/2012 AGENDA DAILY | Apa hal poster korban tertera Shahrizat Lembu ?? Posted: 26 Oct 2012 04:30 AM PDT " Datuk Seri Shahrizat Lembu " ... Apa ni ?? Poster tertera pulak UMNO Bahagian Kangar . Adakah ini kesilapan dari pihak UMNO Bahagian tersebut atau poster palsu dibuat pihak musuh ?? Pihak UMNO Bahagian Kangar perlu menjawab segera berkenaan isu ini agar tidak dijadikan modal pembangkang kononnya ada sabotaj dalam parti sendiri . | Nuno Gomes bakal sertai Liga Malaysia musim depan !! Posted: 26 Oct 2012 02:30 AM PDT Bukan saja pemain tempatan berstatus bintang dipancing Johor dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, malah bekas pemain Piala Dunia Portugal, Nuno Gomes (gambar) dan pemain kebangsaan Belarus, Vitali Kutuzov turut menjadi buruan skuad Harimau Selatan itu. Usaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk membawa dua pemain import itu dilihat sebagai langkah proaktif dalam menghangatkan lagi kancah Liga M sekali gus menggambarkan betapa Johor bakal muncul pencabar utama dalam saingan liga elit negara. ** Ada duit/dana peruntukan yang besar , maju lah pasukan berkenaan .Pemain STAR dari negara mana pun boleh mai jika gaji mereka minta itu boleh dipenuhi . Tahniah JOHOR !! | PANAS ! Ostazah Ebby meroyan dituduh sesatkan orang !! Posted: 26 Oct 2012 01:30 AM PDT Ostazah Ebby PAS meroyan habis bila kenyataannya mengenai isu korban dihentam pelbagai pihak. Sebaliknya beliau dengan nada sinis mempersoal pulak selama ini orang yang tak ikut panduan Islam ( Al Quran & Sunnah ) tak tergolong sesat . Begitu la tahap ilmu Ostazah Ebby ...bila dah buat salah , lepas itu salahkan orang lain pulak. | PANAS ! Giliran Dr Asri komen pandangan Abby isu korban Posted: 26 Oct 2012 12:00 AM PDT Panas beb!! Bekas mufti Perlis hari ni dah belasah Ostazah Ebbi pasal kenyataan mengarut Ebbi tentang ibadah korban.. Dr Asri kata, kenyataan Ebbi tu boleh membawa erti Ebbi mengharamkan binatang yang disembelih secara halal.. Dan Asri menyifatkan, Ebbi patut sedar menyembelih binatang adalah tak sama dengan membunuh binatang seperti yang dinyatakan oleh Ebbi... Ketika dihubungi oleh portal SGB, Dr Asri enggan mengulas banyak berhubung kenyataan terbaru Ebbi itu. "Saya tak follow twitter dia, saya tak tahu. Saya tak tahu apa maksud dia. Perkara lekeh (remeh) sangat. Masalah siapa Abby, pergi ke dia lah (terpulanglah pada dia).. isunya ialah kenyataan dia adalah tak betul" "(kenyataan Abby) tak benar, kalau kenyataan itu benar, kita telah membatalkan ratusan, ribuan korban orang, (kerana) kita menganggap binatang yang di sembelih besok kebanyakkannya bangkai. Tak sembelih sama dengan bangkai. "Kenyataan tak betul, akibat (kenyataan tersebut) boleh membatalkan korban jutaan orang islam dalam dunia. Siapa pun yang keluarkan kenyataan itu tak betul", tegas beliau lagi. - MPP ONLINE- Komen GPB | Muslimat PAS kata kepimpinan Nik Aziz diiktiraf antarabangsa !! Posted: 25 Oct 2012 07:40 PM PDT Nak tergelak betul kenyataan Muslimat PAS yang membodek Nik Aziz agar terus bertanding di PRU 13 bagi pertahan Kelantan . Katanya kemampuan Tok Guru memimpin telah sampai di peringkat antarabangsa !!..... Hahaha...hebat tu . Tapi mengapa rakyat Kelantan masih terpaksa migrasi mencari kerja di negeri lain ??? Tak kan pelabur tak teringin mai Kelantan kot , bukan ke nama Tok Guru dah terkenal di sampai peringkat antarabangsa ?? "Kami rakyat negeri Kelantan masih perlukan Tok Guru terus memimpin kami. "Walau apa pun kata musuh, tetapi kemampuan Tok Guru terbukti dan diakui oleh semua pihak sampai ke peringkat antarabangsa," kata Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff. Beliau berkata, kehebatan dan keistimewaan yang ada pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebabkan pemimpin Umno-BN termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad makin resah dan gelisah. Justeru katanya mereka cuba menyerang kepimpinan dan peribadi Mursyidul Am PAS. "Dr Mahathir dan Umno-BN sudah habis ikhtiar mahu menawan Kelantan sejak 22 tahun lalu. Bermacam-macam senjata mereka cuba termasuk menyerang peribadi Tok Guru," katanya.
| Perempuan dirogol dikutuk padan muka oleh pemimpin PAS !! Posted: 25 Oct 2012 06:35 PM PDT Sebagai seorang pemimpin dan juga kononnya so-called tok guru, Nik Aziz tak patut cakap begitu. Ya Keris pun bersetuju dengan kempen tutup aurat tapi tak perlu kata 'padan muka' sedangkan rogol itu tidak rela. Ada doakan orang lain supaya dirogol? Biar buruk macam mana pun orang tu tidak tutup aurat, tegur car abaik. Nabi tak pernah ajar cara kasar. Owh lupa, memang Nik Aziz takkan ikut cakap nabi, sebab dia kata Nabi Muhammad S.A.W. sama sahaja macam mamat di kampung. | |
Tugu Bangsa Tembok Negara Posted: 26 Oct 2012 08:14 AM PDT Pemimpin politik disaran rujuk pakar Agama - Noh Omar Posted: 25 Oct 2012 08:33 AM PDT KUALA LUMPUR - Semua pemimpin politik di Malaysia tidak kira daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) digalakkan merujuk pihak ketiga terlebih dahulu sebelum memutuskan sesuatu perkara terutamanya yang berkaitan dengan Islam. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Noh Omar berkata, walaupun seseorang pemimpin itu dianggap sebagai tokoh agama, ia tidak bermaksud beliau tiada kelemahan dan setiap tindakannya itu benar. Mengambil contoh percanggahan pendapat yang sering berlaku di kalangan ulama-ulama di dalam PAS, Noh berpendapat nasihat daripada pihak ketiga yang tidak berkepentingan politik dan bebas boleh memainkan peranan di dalam mendapatkan sesuatu keputusan yang rasional. "Saya bersetuju dengan beberapa pandangan bahawa pemimpin ialah manusia biasa. Kita terdedah dengan sifat-sifat kelemahan kita dan sebagai manusia kita tentu tidak akan mengetahui apa yang kita buat ini semuanya benar. Jadi sebab itu kita perlukan nasihat, teguran dan juga pandangan daripada tokoh-tokoh yang tertentu. Tetapi teguran itu haruslah diberi secara profesional..bukan kerana ada kepentingan politik. "Saya percaya bab agama ini diperlukan kepada semua pemimpin termasuk pemimpin BN, pemimpin PAS. Sekarang ini kita tengok pemimpin PAS ini banyak juga yang berpendidikan sekular. Timbalannya, Naib Presidennya, berpendidikan sekular. Malah ulama-ulamanya juga kadang-kadang memberikan pandangan yang bercanggah. "Jadi eloklah dia dapatkan 'third party opinion' (pendapat ketiga)..(daripada) orang yang tidak ada kepentingan, tetapi orang yang melihat benar-benar dari segi agama. Dan saya nak tegaskan bukan sahaja dari segi agama, tetapi semua bidang. Sebagai manusia kita mesti memerlukan pandangan-pandangan yang rasional dari orang lain," katanya kepada wakil media. Dirinya sendiri jelas beliau, meskipun berpengetahuan di dalam bidang perundangan, tetapi sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, beliau tetap akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada penasihat undang-undang di dalam membuat sesuatu keputusan. "Kita tak boleh kata kita tahu semuanya. Macam saya peguam, walaupun saya peguam tahu undang-undang, tetapi dalam menjalankan tugas saya kena rujuk penasihat undang-undang, kena minta third party opinion..saya percaya tokoh agama juga begitu. "Kalau dalam bidang agama, walaupun ada pemimpin yang dilihat sebagai tokoh agama, saya percaya dia juga memerlukan nasihat dan juga pandangan kerana sebagai manusia kita ada kelemahan kita," jelas beliau. | VIDEO.!!! Noh Omar minta MB Selangor perjelas dakwaan jual aset PKNS Posted: 25 Oct 2012 08:19 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Okt. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar tampil memberi penjelasan penuh berhubung dakwaan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meluluskan penjualan lima aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu berjumlah RM321 juta.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, lima aset itu ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Pusat Konvensyen Shah Alam (RM97 juta); Kompleks PKNS Shah Alam (RM85 juta); Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).
"Saya tidak mahu tuduh, sebab itu saya mahu Menteri Besar tampil memberikan penjelasan, esok atau lusa. Bagaimanapun, saya ingin memaklumkan terlebih dahulu kepada Menteri Besar bahawa saya mempunyai bukti terhadap dakwaan tersebut, sebab itu saya berani membangkitkan perkara ini.
"Saya difahamkan proses penjualan belum dimuktamadkan kerana surat perjanjian masih belum ditandatangani tetapi berada pada peringkat akhir kerana secara asasnya Lembaga Pengarah PKNS telah bersetuju untuk menjualnya.
"Sekarang terpulang kepada Menteri Besar, kalau beliau kata 'ya', maka aset-aset tersebut akan dijual, begitu juga sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, cabaran ini merupakan yang ketiga kepada Abdul Khalid selepas dua cabaran terdahulu ditolak oleh Menteri Besar itu.
"Kali pertama saya cabar beliau berhubung isu Yayasan Selangor dan kedua pula berkaitan Universiti Selangor (Unisel). Ini merupakan cabaran ketiga dan saya sangat menuntut penjelasan daripada Menteri Besar memandangkan sebelum ini beliau sering mengatakan PKNS kaya, banyak duit, jadi mengapa harus menjual aset-aset tersebut?
"Inikah Menteri Besar yang disifatkan cemerlang oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim? Mungkin Abdul Khalid cemerlang dalam perkara tertentu seperti menghabiskan harta kerajaan negeri dan tidak melaksanakan janji-janji pada pilihan raya umum lalu," jelasnya.
Mengulas mengenai pentadbiran kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disifatkannya gagal, Noh memberitahu, pegawai serta kakitangan kerajaan negeri telah mula sedar dan tidak lagi gembira dengan pemerintahan sedia ada.
Katanya, golongan berkenaan sudah boleh membezakan pentadbiran mana yang lebih telus di antara BN dan PKR.
"Ramai yang jumpa saya, kakitangan kerajaan negeri, pegawai, penguat kuasa, malah pemandu juga ada menyuarakan keluhan mereka terhadap pemerintahan PKR di Selangor. Mereka sudah boleh membezakan apabila pegawai penguat kuasa dikerah menjaga ceramah-ceramah politik, yang tidak sepatutnya dilakukan.
"Berdasarkan maklum balas serta sokongan ini, saya yakin pada pilihan raya umum akan datang, BN mampu menawan semula Selangor," ujarnya. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan