Rabu, 24 Oktober 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


yeopPERAK

Posted: 23 Oct 2012 01:48 PM PDT

yeopPERAK


Hidup kadang-kadang dalam sepi

Posted: 22 Oct 2012 11:19 PM PDT


Biar aku begini hidup dalam sepi kerana bagiku sepi itu adalah amat indah. Biarpun aku sunyi namun sunyi itu adalah ciptaan aku sendiri, dan tiada siapa-siapa yang akan terluka. Aku tidak sanggup lagi untuk terluka.  Cukuplah dengan apa yang aku alami selama ini. Biarlah mereka berkata aku mungkin hidup dalam dunia angan-anganku. Biarlah... sekurang-kurangnya aku tidak menyakiti hati insan lain yang suci.  

kadang-kadang aku rasa letih nak memahami orang sedang orang tidak memahami aku. mungkin ini anugerah Allah untuk aku, seakan-akan aku dapat memahami perasaan orang lain dan membaca fikirannya. kadang-kadang nak orang layan aku macam tu jugak. tapi bila fikir balik, ini ada kebaikan dan keburukannya bukan? 

kadang-kadang penat bila hanya tahu janji, tapi tidak menepati. sedang aku orang yang berpegang pada janji.

kadang-kadang penat bila hanya kita yang memberi, tapi orang lain hanya tahu menerima. sedang ucapan terima kasih itu lebih berharga daripada sebuah hadiah.kadang-kadang penat bila hanya kita yang menyayangi sedang orang lain disayangi.


bila fikir balik....mungkin kerana sesuatu, janji sukar untuk ditepati.mungkin kerana mengharapkan insan, kita lupa pahala keikhlasan milik Allah.mungkin kerana terlalu menyayangi sehingga tidak sanggup melepas pergi.



kita memahami orang lain, sukar untuk orang lain memahami diri kita..Kadang-kadang kita yang terlalu menjaga hati insan lain sehingga hati sendiri yang terluka..

Manusia selalunya mengharapkan pasangannya sempurna,walhal dalam tidak sedar dirinya juga banyak kekurangan..Jangan saling menyalahkan antara satu sama lain, tetapi berusahalah memperbaiki kelemahan diri yang ada..Alangkah indahnya jika kita mendapat pasangan yang saling memahami antara satu sama lain, kerana bicara dari hati ke hati itu punya magik yang tersendiri..

Andai ku pergi, pergi ku tidak akan kembali lagi.  Sekali aku melangkah akan ku cuba untuk tidak menoleh kembali.  Aku harus kuat dan tabah. Dewasa mengajar aku untuk menilai.  Tidak mahu aku ulangi kesilapan dulu yang mana telah melukai hati ramai insan yang tidak berdosa. 



kadang-kadang, sometimes...


"kadang-kadang itu mungkin akan membuat kita tersenyum apabila difikirkan..."

Cucu Tok Selampit

Posted: 23 Oct 2012 01:32 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Zuraidah "Mak Lampir" Gunakan Pemandu Teksi Tak Berdisiplin Pula Untuk Berdemo

Posted: 23 Oct 2012 04:48 AM PDT

Semakin dekat PRU13, semakin banyak pihak dipergunakan oleh Pakatan Haram untuk mengugut Kerajaan dengan permintaan-permintaan yang tidak masuk akal. Terbaru, tidak sampai 100 pemandu teksi Lembah Kelang yang mengelarkan diri mereka sebagai Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) dengan didalangi oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida " Mak Lampir" telah memberikan kata dua kepada Kerajaan untuk menunaikan permintaan-permintaan mereka dalam kadar segera. Kalau tidak, mereka akan mogok setiap minggu setiap Sabtu dan akan menyokong Pakatan Haram serta memburuk-burukkan Kerajaan kepada penumpang-penumpang teksi yang menggunakan perkhidmatan teksi mereka.

Kita sedia maklum bukan semua pemandu-pemandu teksi yang merupakan penyokong Kerajaan. Dalam mereka merembat segala bantuan Kerajaan kepada pemandu-pemandu teksi terutama bantuan terbaru   iaitu insentif hampir RM35 juta untuk pemandu teksi di seluruh negara melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA), mereka tetap tidak bersyukur. Kita tidak salahkan Mak Lampir dan Pakatan Haram. Mereka ini bijak memperdayakan Rakyat minoriti yang cuba mengambil peluang atas sikap terdesak Pakatan Rakyat untuk meraih undi. Namun kita terkilan dengan sikap segelintir pemandu teksi yang malas bekerja, suka berjudi dan menipu pelanggan.

CTS agak tersenyum membaca tuntutan-tuntutan kumpulan pemandu-pemandu teksi yang dipergunakan oleh Mak Lampir ini. Antara tuntutan mereka adalah merangkumi penghapusan kadar bunga atau cukai kenderaan, pembelian teksi buatan Malaysia dimansuhkan, membenarkan penggunaan teksi selain dari Proton untuk teksi bandar kerana kos pembaikan dan ketahanannya kurang memuaskan serta kadar harga meter dikaji semula, menuntut kerajaan supaya mengkaji semula kemudahan perkhidmatan bas Go KL, memansuhkan kaunter teksi berkupon yang telah membebankan penumpang dengan bayaran tambahan, menubuhkan badan yang menjaga hak pemandu teksi dan memberi pinjaman untuk pembelian rumah dan sebagainya.

Hebat betul permintaan mereka ini seolah-olah nasib mereka sahaja yang perlu dibela oleh Kerajaan. Apakah kemudahan-kemudahan yang mereka minta ini adalah berjajaran dengan khidmat yang mereka berikan kepada masyarakat dan Rakyat Malaysia selama ini. CTS pernah membuat liputan mengenai pemandu-pemandu teksi sebelum ini dan membuat posting di dalam blog ini. Kesannya, banyak komen-komen negatif yang diberikan oleh pembaca-pembaca CTS. Apakah masalah yang ditimbulkan oleh memandu-pemandu teksi seperti tidak mahu menggunakan meter, mengenakan tambahan yang terlampau tinggi, tidak mahu mengambil penumpang dan bermacam masalah lain akan selesai sekiranya Kerajaan menurut kemahuan mereka di atas?

UFB Beri Amaran Kepada Chua Soi Lek & Karpal Singh - Siapa Kata UMNO Bertolak Ansur Hal Islam?

Posted: 22 Oct 2012 07:51 PM PDT


Sebelum ini juak-juak Pakatan Haram berkokok mengatakan bahawa UMNO tidak berani menegur Chua Soi Lek, Presiden MCA, berkenaan campurtangan beliau di dalam urusan dan hal ehwal Agama Islam. Ulama Muda UMNO dan juga CEO ILMU, Ustaz Fathul Bari Jahya, ketika di dalam kuliah ilmu " Bicara Orang Muda" di Dewan Platinum Politeknik Merlimau Melaka, pada hari Ahad, 21 Oktober 2012, telah menegaskan kepada pemimpin bukan Islam supaya biarkan isu-isu Islam di selesaikan oleh orang-orang Islam. Beliau meminta agar mereka jangan komen jika mereka tidak faham isu yang berkaitan dengan Islam. Tambahan beliau, ini adalah perkara yang sangat sensitif kepada kita, Umat Islam. Mesti tonton penjelasan UFB di dalam video di bawah:

Duke of UMNO

Posted: 23 Oct 2012 01:02 PM PDT

Duke of UMNO


PAS ANIAYA JEMAAH HAJI DI MALAYSIA TAHUN INI..!!!

Posted: 22 Oct 2012 08:18 PM PDT

haji

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT apabila jemaah haji dari Malaysia dilaporkan telah berlepas ke Tanah Suci Mekah baru-baru ini dan termasuk hari ini dianggarkan puluhan ribu jemaah kita telah menjadi tetamu Allah di sana.

Bukan mudah untuk mendapatkan status "tetamu Allah" di Baitullah Al-Haram. Kadang kala, meskipun mempunyai wang berjuta ringgit pun, namun tidak diberikan hidayah serta lorongan mudah dari Allah, tak mungkin kita dapat hadir ke sana sebagai "tetamu"Nya.

Pun begitu, nampaknya kali ini kuota jemaah haji dari Malaysia khabarnya telah ditetapkan seramai 28 ribu orang iaitu kira-kira 1 peratus dari jumlah rakyat di negara ini.

Sebenarnya, Kerajaan Arab Saudi telah memberikan kelonggaran pada tahun-tahun sebelum ini di mana jumlah jemaah haji dari Malaysia diberikan keistimewaan lebih dari 1 peratus.

Bagaimanapun, setelah puak-puak PAS membawa politik jijik mereka masuk ke Masjidil Haram dengan merakamkan gambar mereka memakai baju Bershit di sana, Kerajaan Arab Saudi terpaksa mengetatkan kuota haji tersebut.

Difahamkan bahawa tindakan tersebut adalah berpunca dari puak-puak yang berkiblatkan politik dan "bertuankan" Ambiga itu telah mencemar kesucian Tanah Suci Mekah di mana ia tidak dapat diterima sama sekali oleh pihak berkuasa di sana.

Inilah jadinya bila terlalu taksub berpolitik sehingga menjejaskan niat umat Islam di negara ini untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Kerana terlalu mengagung-agungkan tokoh LGBT yang tegar mengancam akidah umat Islam di Malaysia, puak-puak PAS sanggup mencemarkan rumah Allah dan melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Meskipun tidak menjejaskan hubungan diplomatik dua hala di antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi, namun kesannya jelas terasa apabila jutaan umat Islam di negara ini terpaksa berbaris panjang untuk menunggu saat menjadi tetamu Allah.

Paling menyedihkan ialah apabila saya mendapat tahu bahawa ramai puak-puak PAS dan PKR yang diarahkan oleh kepimpinan parti masing-masing untuk membatalkan ibadah mereka untuk menunaikan haji kali ini.

Khabarnya, pucuk pimpinan PAS dan PKK bimbang sekiranya PRU ke-13 akan diadakan pada musim haji dan para penyokong mereka yang ke Tanah Suci tidak dapat mengundi parti pembangkang pada hari mengundi kelak.

Saya tidak tahu fatwa ulama mana yang mereka gunapakai atau mazhab mana yang mereka ikut untuk mendahulukan urusan duniawi berbanding mengutamakan rukun Islam yang dituntut di dalam agama kita.

Apakah dengan berkiblatkan Anwar dan Nik Aziz itu akan mampu membawa mereka ke syurga milik Allah SWT?

Agak menyedihkan apabila kita meneliti senario yang jelas merugikan umat Islam di negara ini hanya disebabkan oleh kebobrokan dan kebodohan parti-parti politik pembangkang. Namun apakan daya, mungkin mereka begitu tandus untuk mendapat hidayah dariNya.

Pun begitu, saya mengucapkan tahniah kepada 28 ribu jemaah haji Malaysia yang bakal menunaikan ibadah mereka di tempat kelahiran Rasulullah SAW dan tempat lahirnya Islam sehingga tersebar ke negara kita ini.

Sesungguhnya saya sedih kerana tidak terpilih sebagai tetamu Allah kali ini dan merujuk kepada sumber Tabung Haji, saya terpaksa menunggu pada tahun 2054 untuk berkunjung ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Saya tidak tahu sama ada umur saya cukup panjang untuk menanti saat tersebut dan sungguh saya cemburukan jemaah haji yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah. InsyaAllah saya akan ke sana suatu hari nanti…

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...ANWAR MENANGIS BILA SEBUT PASAL BAJET...!!!

Posted: 22 Oct 2012 06:15 PM PDT


Anwar kata Bajet 2013 bazirkan wang rakyat...

Masalahnya, membazir wang rakyat ke bila Kerajaan BN bagi duit kat rakyat?

Yang dia suruh Khalid beli bas untuk dia makan angin pusing Malaysia tu tak bazir duit rakyat ke?

Yang dia naik jet peribadi pegi Labuan, Sabah dan Sarawak tu tak membazir ke?

Yang dia pegi tinggal jam tangan Omega kat bilik China Doll tu tak bazir ke??? Heh!

PEJUANG BANGSA

Posted: 23 Oct 2012 11:55 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Indonesia guna lagi pemain natrulisasi kalahkan Harimau Malaya !

Posted: 23 Oct 2012 10:30 AM PDT




Menjelang Piala AFF Suzuki  2012  tidak lama lagi, semua pasukan sibuk melakukan persiapan  mantap termasuk Juara Bertahan Malaysia .  Datuk Rajagopal dalam akhbar hari ini  sudah mendapat bayangan 22  pemain yang akan beliau pertaruhkan untuk pertahankan piala kebanggaan Asia Tenggara ini .


"Kita turun sebagai juara bertahan dan sasaran kita memang untuk mempertahankan kejuaraan. Tapi ia bukan sesuatu yang mudah kerana pasukan lain juga membuat persiapan rapi dan semakin meningkat.

Sebelum itu , Malaysia  akan menyertai  perlawanan persahabatan kelas A  dengan Vietnam di Hanoi 3 November ini. Malaysia akan bertemu Thailand (7 November di Chiangmai) dan Hong Kong (14 November di Kuala Lumpur) sebagai persiapan terakhir sebelum perlawanan pertama Kumpulan B bertemu Singapura pada 25 November.



Senarai 35 pemain Malaysia

Mohd. Azmi Muslim dan Irwan Fadzli Idrus Ahmad Shakir Md Ali ,Ahmad Hazwan Bakri, Mohd. Affize Faisal Mamat , Mohd. Izham Tarmizi Roslan. Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha. S. Subramaniam dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim,Amri Yahyah Amiridzwan Taj Tajudin, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Zaquan Adha Abdul Radzak ,Christie Jayaselan ,Safee Sali, Safiq Rahim, Ahmad Fakri Saarani, Yong Kuong Yong, Azamuddin Akil dan Baddrol Bakhtiar , Norazlan Razali ,  Farizal Marlias.Mahalli Jasuli, Mohd. Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat.


Arthur Irawan 

GPB juga dikhabarkan pasukan musuh tradisi , Indonesia telah mendapatkan khidmat pemain naturalisasi mereka, Arthur Irawan & Tonny Cussel , Stefano Lilipaly & Johny Van Vuekering  utk menghadapi Piala AFF 2012. Arthur Irawan berumur 19 tahun.

 Arthur seorang pemain dlm pasukan Espanyol U-19 yg bermain di posisi bek kanan manakala Tonny Cussel pula merupakan seorang pemain dalam salah satu pasukan di Liga Belanda. Nama-nama besar bintang Garuda seperti Bambang Pamungkas, Patrick Wanggai , Elie Aiboy , Irfan Bachdim juga turut tersenarai dalam 35 pemain terakhir untuk ke Piala AFF.

Johnny Van Vuekiring 

Tonny Cussel 

 Stefano Lilipaly 


Senarai  35 pemain timnas yang didaftarkan ke AFF adalah :

GK : Samsidar, Wahyu Tri Nugroho, Endra Prasetya.

Defender : Hengky Ardiles, Hamdi Ramdan, Wahyu Wijiasntanto, Diego Michels, Fahruddin, Valentino Telaubun, Novan Setya Sasongko, Nopendi, Hamka Hamzah, Yericho Cristianto.

Midfield : Ellie Aboy, Vendri, Taufiq, Oktavianus Maniani, Hendra Adi Bayauw, Jajang Paliama, Rasyid Assyahid Bakri, Firman Utina, Ahmad Bustomi, Stefano Lilipaly, Alfin Tuasalamony.

Striker  : Irfan Haarys Bachdim, Samsul Arif, M Nur Iskandar, M.Rahmat, Bambang Pamungkas, Patrich Wanggai, Cornelis Gedy, Andik Vermansyah, Johny Van Beukering, Syamsir Alam, Yandi Sofayan Munawar.


Walaupun ramai mana  pemain natrulisasi Indonesia, harus kita ingat bahawa bola sepak adalah permainan berpasukan . Kita sebenarnya  harus rasa bangga walaupun menggunakan pemain tempatan , tetapi kita boleh  memperoleh kejayaan .



Negara korup jika PAS perintah ikut Ayatullah

Posted: 23 Oct 2012 09:00 AM PDT



Pas digesa tidak menjadi seperti pemerintahan Ayatullah Khamenin di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak. Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang.

 "Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh. "

Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang," katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur.

 Menurut Asri, keadaan itu perlu dihapuskan sejak dari awal sebelum berlaku apa-apa perubahan politik. Sementara itu, beliau turut mendakwa ada budaya mengampu dengan wang yang dibawa Umno masih subur sehingga golongan ulama turut hanyut

. "Kalau kita tidak keluar dari budaya ini, parti pemerintah akan datang akan ikut rentak yang sama. Kerana terbiasa dengan masalah 'hulur' ini, apabila pilih pemimpin bukan dengan ketajaman minda dan baik ideanya tetapi soal dia ada duit.

 "Sebab itu orang banyak duit jadi pemimpin, ini yang saya lihat. Saya tidak nafi perkara itu kerana saya kenal ramai di antara mereka. Tetapi perkara ini semakin hari semakin disuburkan, dan inilah peranan ulama untuk memperbetulkan keadaan itu," katanya. Tambah beliau, ulama bukan sekadar membaca nas-nas hadis dan lantik tok kadi, tetapi ulama perlu menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat.

Ostazah Abby kata jahil jika tak niat jihad menangkan PAS ??

Posted: 23 Oct 2012 07:01 AM PDT


Apa punya ajaran  la Ostazah Abby ini tweet di twitternya sampai mengajak pencacai PAS supaya berjihad politik .  Jika siapa tiada langsung niat  berjihad , maka matinya dalam kejahilan .

Kerana nak merampas kuasa daripada kerajaan Melayu Islam , Abby mahu pencacai tegar PAS supaya niat berjihad kononnya memenangkan Islam .

Entah apa la ilmu sesat yang diajarkan ostat-ostat PAS ini . Ooo jika orang Melayu  tak bersama  perjuangan mereka , terus dilabelkan mati dalam kejahilan .   Walhal perjuangan mereka itu sebenarnya nak bagi DAP berkuasa & Anwar Ibrahim yang rendah moral itu jadi PM .

Bagi GPB , Ostazah Abby ini masih lagi kurang cerdik dalam politik .. dia ini terima je bulat -bulat apa diajarkan PAS . Kadang -kadang nak tergelak pun ada melihat jawapan2 yang diberikan Abby di ceramah-ceramahnya ....hahaha..


DAP akan kalah kalau bertanding kawasan ramai Melayu !

Posted: 23 Oct 2012 05:48 AM PDT

DAP ada berani ke  nak bertanding di kerusi ramai Melayu ?? ...

GPB yakin Guan Eng tak akan berani punya  letak calon mereka di situ sebabnya mereka adalah parti paling RASIS & CHAUVINIS di Malaysia ini . Untuk rekod  pada PRU 1990   , calon DAP berketurunan  Yeow Yu Beng telah  kalah kepada Dr Ibrahim Saad  dari UMNO/BN di kerusi DUN Seberang Jaya dengan majoriti 5527 undi .

Kalau DAP nak letakkan orang kanannya  Zairil bertanding pun , bukannya di kerusi ramai Melayu tetapi sebaliknya majoriti Cina .  Sebabnya , mereka hanya mempejuangkan kepentingan sebilangan kecil pemimpin DAP saja bukannya rakyat !






Fakta yang Anwar & Pakatan mesti sembunyikan !!

Posted: 23 Oct 2012 02:31 AM PDT




Malaysia adalah negara ke-12 paling berdaya saing bagi menjalankan perniagaan, demikian menurut laporan "Menjalankan Perniagaan" Bank Dunia Edisi 2013. 

Kedudukan itu meletakkan Malaysia mengatasi negara-negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28). 

Kedudukan terkini Malaysia itu merupakan peningkatan yang memberangsangkan dari tempat ke-18 sebelumnya dan pada kedudukan ke-23 pada 2010 dan ini menunjukkan haluan daya saing yang meningkat sejak empat tahun yang lalu.

 Laporan itu menyatakan peningkatan enam anak tangga di tempat ke-12 pada tahun ini merupakan lonjakan paling tinggi dalam kedudukan daya saing Malaysia. Laporan itu mengkaji 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.

 Katanya, Malaysia memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96). - BERNAMA

Babak 13 Mei tetap dipaparkan di Tanda Putera !!

Posted: 22 Oct 2012 11:58 PM PDT




GPB ucapkan syabas kepada Kerajaan yang tidak mengendahkan bantahan juak-juak Pakatan terhadap tragedi 13 Mei dipaparkan dalam filem Tanda Putera.  Apa masalah nak ditayangkan semula sebagai teladan dan bahan sejarah ??

 Generasi muda hari ini semakin matang menilai dan sewajarnya mereka perlu sejarah lalu supaya ia tidak berlaku lagi di masa akan datang . Hanya juak2 chauvinis je yang tak  mahu sejarah  tragedi ini tidak diketahui generasi akan akan datang .



Filem Tanda Putera yang memaparkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 perlu dipaparkan sebagai teladan kepada generasi muda mengenai pentingnya menjaga keharomonian negara. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz bagaimanapun berkata, filem sejarah seumpama itu perlu dipaparkan dengan cara yang efektif dan realistik.




 "Kementerian berpendapat dengan kematangan pemikiran generasi muda masa kini, filem sejarah harus dipaparkan dengan cara paling efektif dan realistik walaupun ada menyentuh mengenai isu 13 Mei.

 "Paparan sejarah ini begitu penting kepada rakyat Malaysia untuk dijadikan teladan betapa pentingnya keharmonian negara," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.



 Beliau menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya) yang bertanyakan mengapa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) membiayai filem Tanda Putera terbitan Pesona Pictures yang didakwa membangkitkan isu perkauman 13 Mei 1969. Sementara itu Maglin berkata, dakwaan bahawa filem Tanda Putera mengandungi unsur perkauman adalah bersifat andaian yang dicetuskan terlalu awal sebelum ditayangkan.

 Sutradara filem sepanjang 117 minit itu, Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi sebelum ini dipetik media sebagai berkata, Tanda Putera sebenarnya dibikin khas bagi mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail.

 Tanda Putera dibintangi barisan pelakon hebat, antaranya Rusdi Ramli (Tun Abdul Razak), Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Toh Puan Rahah) dan Linda Hashim (Toh Puan Norashikin. Filem hasil kerjasama Pesona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) ini juga menelan kos yang bukan sedikit, iaitu RM4.8 juta termasuk promosi. Filem yang sepatutnya ditayangkan pada 13 September lalu bagaimana terpaksa ditunda tayangannya pada 15 November depan.

Artis sibuk nak masuk TV bukan syurga

Posted: 22 Oct 2012 10:34 PM PDT




"Walaupun ramai orang-orang yang dilahirkan sebagai seorang Islam dan dididik dengan agama Islam, namun apabila negara tidak dipimpin mengikut garis panduan Islam, kehidupan Islam itu tidak dapat dilihat dengan jelas dan manusia hidup hanya mengikut 'arus semasa'.

"Saya tahu banyak perkara yang halal dan haram tapi kerana saya leka dengan dunia saya, dunia hiburan jadi saya tak ambil berat (tentang hahal dan haram),

"kalau dulu saya tahu memang setiap yang hidup akan mati, tetapi saya tidak merasa takut kepada mati, saya (hanya) rasa kalau mati...matilah, macam tu je..."luah Abby Abadi.

Oleh itu, katanya, apabila beliau mendapat hidayah dan mula 'berhijrah' beliau telah dipanggil oleh pihak PAS untuk bekongsi pengalaman bagaimana beliau menukar haluan hidupnya.

Namun begitu, katanya, beliau tidak mahu dan menolak kerana takut tidak dapat menerima sebarang tawaran untuk 'masuk TV' sekiranya bersama dengan 'pembangkang'.

"Bila saya balik ke Malaysia dari menunaikan umrah selepas penghijrahan, tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada pihak PAS suruh kongsikan pengalaman penghijrahan itu,

"mula-mula saya tak nak, sebab kalau berlakun dan bernyanyi, kalau artis bersama pembangkang memang dah tak boleh masuk TV...."

"orang berkejar-kejar nak masuk syurga, saya (artis) sibuk nak masuk TV.., kata Abby lagi.

Beliau berkata demikian ketika 'berceloteh santai di khalayak' bersama orang ramai di Madrasah Darul Ihsan, Titian Baru Bukit Payong dekat sini pada Sabtu lalu.

Menurutnya, banyak perkara yang beliau tidak sedar dan tidak tahu pada waktu dahulu, tetapi mengetahui dan memahaminya apabila menyertai PAS dan menjalani tarbiyah dalam PAS.

Antaranya adalah, kata beliau, politik dan agama yang dipisahkan dan tanggapan umum yang mengatakan bahawa PAS adalah parti yang sesat.

"Saya rasa sesuatu yang sangat rugi (kerana) sekarang baru saya tahu apa yang PAS perjuangkan, selepas berhijrah Allah aturkan saya untuk bersama jamaah PAS..

"Allah punya kuasa, apabila saya nak dengan agama Allah, saya (jadi) faham banyak benda (dan) saya faham apa erti perjuangan yang sebenarnya (dan) apa yang PAS perjuangkan,"jelasnya.

Justeru itu, kerana Allah, Abby yang nama sebenarnya adalah Arbaiyah Abdul Manan, mengakui bahkan beliau mahu semua orang tahu bahawa, PAS adalah satu-satunya parti dalam negara Malaysia yang memperjuangan agama Allah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. - BO

Anwar boleh penjarakan Najib bila berkuasa ??

Posted: 22 Oct 2012 06:30 PM PDT



Orang kalau dah gila nak berkuasa , macam-macam benda dia nak janji & tabur .

Apa kejadahnya Anwar ni sampai cakap bahawa  diri  & kerajaan PR  ada hak samada memenjara Datuk Seri Najib Razak atau tidak  ?  Undang-undang apa hang cakap ni ?? Undang-undang Anwar Ibrahim Cherok Tok Kun ka ?

 Di  ceramah2  dok temberang kat pencacainya bahawa jika PR perintah Putrajaya akan perbaiki & reform  sistem kehakiman & undang-undang Malaysia , tapi rupanya dia nak berkuasa ke semuanya sampai boleh hantar Najib ke penjara.

Pemimpin macam ini ka kita nak angkat dia jadi PM ?? Memang lingkup la Malaysia ini kalau terlepas ke tangan mereka ..



JOHOR, 21 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenjarakan Datuk Seri Najib Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai 'duta di Mongolia'.

 "Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting - Keadilan Daily.

Pencacai PAS tergamam Najib bantu pengajian Pondok !!

Posted: 22 Oct 2012 05:00 PM PDT




Perkembangan dan masa depan institusi pengajian pondok di Negara ini akan bertambah kukuh berikutan pembentukan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M).

 Idea cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga penaung YPP1M itu, membolehkan organisasi berkenaan berfungsi sebagai pertubuhn bukan kerajaan (NGO) yang memayungi semua institusi pondok dan mengenal pasti potensi serta masalah institusi itu.

 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata ia juga bagi mengubah persepsi sesetengah pihak yang menyifatkan pengajian pondok sebagai mundur dan tidak berkembang.

 Kikis imej negative "imej pelajar pondok sebagai kelas kedua, golongan taksub serta pelampau mesti dikikis kerana ia amat bertentangan dengan kewujudannya selama ini. "

selain itu, matlamat utama YPP1M ialah mengiktiraf sumbangan institusi pondok terhadap pembangunan pendidikan agama selain bagi menghargai jasa ulama, tok guru dan tok mudir melahirkan generasi mahir ilmu agama," katanya pada sidang media, di dini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YPP1M, Juhaidi Yean Abdullah serta Ahi Lembaga Pemegangnya, iaitu Penasihat Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut; Felo Kehormat Institut Pemikir dan Tamadun Islam Amtarabangsa (ISTAC), Prof Dr Uthman El- Muhammady serta Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang, Badli Shah Alaudin.

 PM lancer YPP1M Bancian YPP1M dari Ogos hingga September lalu mendapati ada 110 pondok berdaftar di Negara ini yang dijangka bertambah selepas pusingan kedua bancian dilaksanakan tidak lama lagi.

Mashitah yang juga Penasihat YPP1M, berkata antara aktiviti awal yayasan itu ialah mewujudkan pangkalan data institusi pondok dan dimasukkan dalam direktori untuk akses orang ramai yang akan sentiasa dikemas kini bagi memudhkan masyarakat khususnya ibu bapa mendapatkan maklumat mengenai institusi berkenaan.

Perdana Menteri dijadual melancarkan YPP1M bersama laman web yayasan itu pada 8 November ini di Masjid Taman Bukit Indah, Ampang yang dijangka dihadiri 400 pelajar pondok, selain menyampaikan Anugerah Tokoh Pondok 2012 kepada tiga ulama serta Anugerah Pondok Contoh 2012 kepada tiga pondok terpilih.


** Apa lagi pencacai PAS nak kata .. pengajian pondok diangkat martabatnya oleh Najib & kerajaan BN  seperti ini   tak bela agama Islam lagi ??   Ke kena ikut ayat Nik Aziz pasal dok ada kebangsaan lagi di UMNO ??  

Nak harap PAS bela pengajian pondok ? lihat sendiri lah betapa uzurnya masjid di sana , apatah lagi nak bantu sekolah pondok ...

Tasha Shilla berang orang sensitif sangat baju lambang salib !

Posted: 22 Oct 2012 11:30 AM PDT




 Aktres Tasha Shila mempersoalkan kewajaran pihak-pihak tertentu yang menimbulkan cerita adanya simbol salib pada baju yang dipakainya ketika majlis pelancaran tema pakaian 'fairy tale' untuk Anugerah Skrin 2012. Pada majlis itu, beberapa orang artis wanita telah mengadakan peragaan pakaian di atas pentas termasuklah Tasha Shila.

 Dalam peragaan tersebut, Tasha dilihat telah memakai 'dress' labuh rekaan Hazwani Omar dengan jelas menampakkan simbol salib di depannya.

 Dengan 'hadirnya' simbol yang melambangkan agama lain, Tasha dan pereka pakaian itu dilabelkan sebagai insan yang tidak sensitif dengan perasaan umat Islam. Tasha bagaimanapun ternyata terkejut dengan dakwaan sedemikian.

 "Hah?? Memang tak perasan pun dan bagi Tasha memang tak ada apa-apa simbol pun pada baju yang diperagakan Tasha. "Sebagai model, Tasha hanya peragakan baju tersebut dan bukannya terlepas pandang. Pereka fesyen juga ada ketika Tasha memakai baju itu," kata Tasha yang dipetik dari portal OhBulan.

 Tidak mahu mengeruhkan keadaan dan memanjangkan isu ini, Tasha berkata, isu seperti ini tidak seharusnya timbul.

 "Bagi Tasha, pemikiran sesetengah orang yang terlalu negatif dan Tasha berfikiran positif ketika memperagakan baju tersebut. Isu ini tak patut timbul dan Tasha tak mahu komen banyak-banyak," katanya. Bagi Hazwani Omar, dia menjelaskan tiada niat untuk dirinya mereka pakaian dengan bersimbolkan salib. 

Hazwani memberitahu simbol itu tidak wujud sebaliknya juluran ikatan 'hood' dikepala yang dipakai oleh Tasha terjulur ke depan dan telah menyebabkan 'munculnya' simbol salib. Pun begitu, Hazwani akan lebih berhati-hati dalam mereka pakaian selepas ini.

 "Saya memang tak ada niat langsung dan tak pernah terlintas difikiran saya mengenai simbol tersebut. "Sebagai pereka, saya memang menitikberatkan segala rekaan saya dan setiap rekaan saya, saya akan ambil respon dari orang ramai. "Saya akan lebih berhati-hati lepas ini. Apa boleh buat, pemikiran orang lain-lain. Kalau mereka fikir negatif, maka negatif lah yang mereka nampak," kata Hazwani.

MASTER DEDAH

Posted: 23 Oct 2012 11:19 AM PDT

MASTER DEDAH


MAT SABU TENGAH TEGUK ARAK WEH

Posted: 22 Oct 2012 09:05 PM PDT


DIMENSI

Posted: 23 Oct 2012 11:10 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Mat Sabun - 4 tuntutan GRAND FINAL PR

Posted: 22 Oct 2012 11:00 PM PDT


 



Tiada ulasan:

Pengikut