Jumaat, 19 Oktober 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


DIMENSI

Posted: 18 Oct 2012 11:28 AM PDT

DIMENSI


Omegay: DAP lebey baik dari UMNO tapi lebey bijak dari PAS >XD

Posted: 18 Oct 2012 06:34 AM PDT

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa semalam dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.

Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri kemudiannya disokong MCA.

"DAP dengan MCA ini, 100 kali lebih baik... pada 1978, dibentangkan Akta Darurat, dibawa menteri Umno dan kemudiannya disokong oleh MCA.

"Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan," katanya.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang 'makan' Pas dulu.

"Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu," katanya.

Jawapan Husam tersebut mendapat sokongan daripada Adun Pas yang lain dan disambut dengan gelak tawa.

Dalam masa sama, Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) ketika itu dalam nada sinis menyatakan pada sidang Dun supaya kenyataan Husam itu mendapat liputan meluas oleh media di seluruh negara.

"Kerajaan Negeri menyatakan DAP lebih baik daripada Umno. Saya berharap saudara dapat menjadi Menteri Besar Kelantan, kerana anda adalah pejuang Islam sebenar," katanya semalam.

Mohd Adhan Kechik turut mempersoalkan hubungan Pas dengan DAP dengan mengaitkan kenyataan salah seorang pemimpin tersebut yang menentang hukum hudud.

Husam menjelaskan, pemimpin tersebut bukan beragama Islam.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya.

Perkara itu turut ditekankan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas itu. - SH

walauweyhhh....dulu pas pun benci kat komunis. tentu melayu pasrael tak bley lupa ketika deeayypig siap nak halau melayu dengan penyapu gergasi...suku sakat deeayypig sokong perjuangan komunis dengan membunuh rakyat yang tak berdosa..tapi skang dah berbeza. pas tak kesah dan sanggup bersekongkol serta nak ubah dan tulis semula sejarah demi nak dapatkan kuasa konon2 nak jage hati rejim deeaayypig...

wally slipau kata deeayypig langsung tak kaco pas..pas nak tegak negara islam sikit pun karpal tak kaco..malah pas tak berani nak langkah mayat karpal disebabkan rase gerun kat suare2 maharaja deeayypig yang lain...

jika pasrael kena tunggu maharaja karpal, lim dan anak beranak atau sape2 jugak ketua2 senior rejim deeaypig pupus satu persatu pun pasrael sanggup tunggu..dan kite semua pun tau ianye perkara mustahil melainkan dunia kiamat huhuhu

pasrael terus sogok kebatilan di depan rakyat dengan menuduh umno penyebab pas di buang walhal sebenarnya ia adalah masalah dalaman. ketika dalam bn mereka tak habis2 cetuskan pelbagai masalah sehingga menimbulkan perpecahan. sila baca petikan surat Tun Hussein Onn di bawah...


Ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.



"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.



Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.



Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.



Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.



Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.



Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.



Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.



Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.



Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.



Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.



Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.



Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.



UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.



Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.



Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.



Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.



Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.



Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.



Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.



Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.



Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.



Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.



Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.



Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.



Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.



Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.



Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.



Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.



Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.



Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.



Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.



Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.



Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?



Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.



Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?



Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.



Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.



Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.



Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.



Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.



Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.



Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.



Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.



Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin.Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS. 



Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.



Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.



Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.



Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.



Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.



Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.



Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.



Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.



Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.



UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.



Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.


Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah." 

pasrael sebuah parti islam tapi berlagak samseng...dan sampai skang pun masih nak jadi samseng koreng di bawah ketiak deeayypig! >:]

Omegay: Pasrael WAJIB patuh undang2 rejim Deeayypig

Posted: 17 Oct 2012 09:30 PM PDT


Syarat DAP sokong Islam
  
Alor Setar: DAP berpendapat garis panduan papan iklan ditetapkan kerajaan negeri PAS Kedah, hanya diguna pakai untuk umat Islam dan tidak membabitkan orang bukan Islam. 

Perlu perbincangan 

Pengerusinya, Lee Guan Aik, berkata DAP tidak menentang peraturan berunsurkan Islam jika mahu dilaksanakan, namun menegaskan ia perlu dibincangkan dalam sesama parti pakatan pembangkang sebelum diamalkan. 

"Saya ingin tegaskan bahawa saya tiada halangan untuk kerajaan negeri melaksanakan pendekatan Islam tetapi ia haruslah dibincangkan dulu sesama parti lain dalam pakatan," katanya di sini, semalam. 

Baru-baru ini, beliau dilaporkan berkata, DAP Kedah menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu. 

Isu itu timbul selepas kerajaan negeri memutuskan garis panduan baru papan iklan, antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan jika beragama Islam perlu memakai tudung. 

Harus dipersetujui semua 

"Sebarang perkara berkaitan peraturan Islam perlu dipersetujui semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat pusat dan negeri," katanya. 

Guan Aik, berkata kenyataan beliau mengenai papan iklan sebelum ini diputar belit hingga menggambarkan beliau dan DAP sebagai anti-Islam hingga menjejaskan keselamatannya. 

Katanya, beliau terpaksa membuat laporan polis kelmarin kerana bimbang keselamatan dirinya dan keluarga serta ahli DAP Kedah diganggu mana-mana pihak yang marah dengannya berkaitan isu itu.  - BH

Omegay: KKBK - Highway to heaven untuk pasrael

Posted: 17 Oct 2012 05:25 PM PDT






Kesediaan Kerajaan Negeri membina lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai menimbulkan reaksi pelbagai pihak. Ramai yang teruja inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di negeri ini, namun tidak kurang juga memandang sinis kemampuan Kerajaan membina projek mega tersebut.

Ketua Wartawan Mohd Zailani Abdul Rahman dan wartawan Malini Mazlan menemu bual individu yang bertanggungjawab melaksanakan pembinaan terbabit iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.

SINAR HARIAN: Selepas Kerajaan Negeri mengumumkan pembinaan lebuh raya terbabit, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah meminta Kerajaan Negeri berbincang dengan kerajaan pusat  memandangkan beliau telah memohon kepada Perdana Menteri sendiri untuk membina lebuh raya sehingga ke Gua Musang. Adakah perkara ini telah dibincangkan.
HUSAM: Sebelum pelancaran itu saya telah hubungi Menteri Kerja raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor memaklumkan keputusan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan lebuhraya atas inisiatif Kerajaan Negeri. Dalam tempoh itu diputuskan untuk Datuk Shaziman menulis surat memaklumkan kepada menteri terbabit. 

Saya tidak ada keberatan untuk berjumpa Datuk Shaziman kerana kerjasama sangat diperlukan dan pembinaan lebuh raya ini, ia bukan kerana Kerajaan Negeri menganggap Kerajaan Pusat tidak penting, tetapi kita berpandangan bahawa lebuh raya ini mesti bermula supaya akhirnya ia menjadi kenyataan dan menunggu semata-mata adalah satu tindakan yang tidak bijak bagi pihak Kerajaan Negeri dan jika Kerajaan Pusat serius untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya, Kerajaan Pusat akan diberikan segala kemudahan untuk melanjutkan lebuhr aya ini daripada Kuala Krai ke Gua Musang.

Adapun yang telah kita laksanakan ini Kerajaan Pusat boleh membantu dengan memberikan semua reka bentuk yang telah mereka lakukan selama ini dan segala bantuan termasuk peruntukan, ia masih terbuka untuk Kerajaan Persekutuan untuk terlibat sama dalam pembinaan ini.

SINAR HARIAN: Dalam keadaan ini, apa yang Kerajaan Negeri perlukan?
HUSAM: Kita sangat mengalu-alukan Kerajaan Pusat membiayai dari segi kewangan dan melanjutkan Kuala Krai ke Gua Musang. Kita sangat menghargai jika Kerajaan Pusat melaksanakannya.

SINAR HARIAN: Timbul isu mengatakan Datuk yang menjadi pengerusi di Syarikat Baldah Toyyibah, syarikat yang menguruskan wakaf?
HUSAM: Sebenarnya pungutan derma dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam bentuk membuka satu dana bagi memohon bantuan orang ramai. Baldah adalah organisasi sementara waktu yang ditubuhkan oleh kerajaan dan dana ini disalurkan kepada Kerajaan Negeri. 

Pada masa yang sama Baldah akan menyiarkan jumlah 17 kutipan.  Pada waktu pelancaran ini, dana tersebut belum ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri bersama exco bersetuju menubuhkan satu dana rasmi dan semua pungutan-pungutan boleh disalurkan kepada dana ini.

Sama ada oleh Baldah, NGO, anak-anak Kelantan di luar dan orang-orang perseorangan. Kami tidak gunakan wang tersebut untuk Baldah, kami salurkan dana kepada Kerajaan Negeri. Pengerusi tidak salah tetapi agensi lain daripada kerajaan tidak elok memungut derma kerana kebenaran memungut derma ada satu peraturan-peraturan tetapi bagi tujuan-tujuan sementara kepada dana rasmi tidak jadi satu kesalahan.

SINAR HARIAN: Isu pembinaan lebuh raya ini timbul disebabkan rakyat ragu-ragu keupayaan kewangan Kerajaan Negeri. Boleh Datuk jelaskan.
HUSAM: Orang ramai meragui kerana mereka menganggap Kerajaan Negeri adalah lemah, ini adalah kongkongan minda dan kerana inilah sesetengah pihak membuli Kelantan selama-lamanya. Jadi, kita kena pecahkan kongkongan minda ini.

Adakah benar-benar sebuah Kerajaan Negeri tidak mampu membangunkan satu dana bagi tujuan-tujuan membina infrastruktur. Dalam aturan kerajaan persekutuan sendiri, sesetengah projek dilaksanakan oleh pihak swasta dan bank-bank membiayai projek tersebut dengan jaminan pembayaran oleh kerajaan.

Jika kerajaan persekutuan boleh berhutang dengan bank dan bank membiayai projek-projek kemudian kerajaan persekutuan membayar mengikut jadual yang tertentu, takkan tiada sebuah kerajaan negeri tidak boleh membuat perkara yang sama. Dari situ kita mengatur dan Kerajaan Negeri sebenarnya mempunyai sumber-sumber yang kadang-kadang lebih banyak daripada Kerajaan Persekutuan.

Tinggal lagi bagaimana disusun atur. Pembayaran pembinaan ini tidak dibayar sekali gus, ia dipecahkan kepada jangka masa 25 tahun. Bagi 43 kilometer, pertama ini, jumlahnya adalah sekitar RM800 juta, tidak termasuk pengambilan tanah. Ini bermakna kita perlu membayar lebih kurang RM30, juta setahun, selama 25 tahun.

Ini bukanlah perkara yang terlalu besar untuk sebuah Kerajaan Negeri mengumpul, menyediakan atau membiayai RM30 juta setahun dengan adanya anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri yang mencatatkan keuntungan seperti ladang Sungai Terah, kelapa sawit, kedua, Kerajaan Negeri mempunyai sumber-sumber seperti besi.

Pembukaan lombong-lombong besi yang baru secara berskala besar boleh menjadi sumber pendapatan baru Negeri Kelantan untuk membiayai lebuh raya ini. Itu lebih kurang secara kasar gambaran lebuh raya ini akan diadakan.

SINAR HARIAN: Bagaimana perjanjian dengan syarikat pembinaan?
HUSAM: Pembayaran kepada syarikat Menta Construction dibuat melalui pembayaran tertangguh, kontraktor sendiri mencari kewangan dan Kerajaan Negeri membuat pembayaran mengikut tempoh masa 25 tahun.

SINAR HARIAN: Bagaimana dengan penyelenggaraan selepas siapnya lebuh raya terbabit.
HUSAM: Kaedah penyelenggaraan telah dibincangkan dan kami mempunyai satu kaedah tertentu tetapi saya tidak perlu umumkan sekarang kerana itu menjadi satu strategi Kerajaan Negeri. Mungkin sesetengah pihak tidak percaya. Jadi dari segi perundangan mana-mana kerajaan ingin membina jalan ada peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan mesti menanggung pembiayaan.

Selain daripada peruntukkan perlembagaan yang mewajibkan Kerajaan Persekutuan menghantar geran pembiayaan, saya dan pihak-pihak yang bertanggungjawab mempunyai satu rancangan untuk mendapatkan hasil bagi menanggung pembiayaan lebuh raya ini secara berterusan.

SINAR HARIAN: Konsep derma yang diperkenalkan Kerajaan Negeri mendapat reaksi negatif dari pihak tertentu, boleh Datuk jelaskan?
HUSAM: Semua kos pembiayaan ini telah diselesaikan bagi pakej yang pertama kerana itu kontraktor bersetuju membiayai projek itu. Oleh kerana lebuh raya ini dibina dengan aspirasi keperluan rakyat Kelantan. Dalam Islam sendiri aspirasi orang ramai amat penting.

Jika kita bina lebuh raya dan kita bayar begitu saja tidak rasa kepunyaan kepada rakyat jelata yang melihat sahaja. Tidak ada satu ikatan emosi. Namun, mana-mana kerajaan boleh membina lebuh raya. Ini tidak ada satu ikatan sentimental. Sedangkan dalam contoh Islam. Saya telah bawakan contoh Zulkarnain adalah model dan bukan untuk dibaca semata-mata.

Beliau perlu dijadikan contoh yang terbaik. Dalam model Zulkarnain ini, bahawa beliau mempunyai kekuatan dari segi kewangan. Konsep Islam ada menyebut wakaf. Wakaf adalah di luar kerajaan yang tidak dikongkong oleh kerajaan dalam sejarah Islam. Jangan pandang kecil terhadap wakaf dan konsepnya ialah tiap-tiap orang yang mewakaf mendapat pahala hingga kiamat.

Terbukti apabila saya buka konsep ini. Amat menakjubkan saya apabila profesional-profesional mewakafkan perkhidmatan jentera, khidmat kejuruteraan dan konsultan secara percuma. Konsep wakaf ini, kalau kita lihat ia boleh mewujudkan semula semangat gotong-royong umat Islam dan ini dijanjikan oleh Allah mendapat pahala sampai hari kiamat.

Ini peluang yang sangat besar yang sangat baik dunia akhirat. Jadi lebuh raya ini tidak jadi lebuh raya semata-mata tetapi menjadi lebuh raya akhirat juga. Saya berasa bangga kerana mengikut serta dalam inovasi ini.

SINAR HARIAN: Ada yang mengatakan pembinaan ini tidak lebih kepada faktor politik semata-mata?
HUSAM: Lebuhraya ini dicadangkan sejak Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5). (Tun Abdullah Ahmad Badawi) Pak Lah telah memasukkan dan kontraktor dan kerja-kerja ukur telah dilantik. Tiba-tiba ia tertangguh dan tiada lagi dalam rancangan Malaysia kesepuluh dan Kerajaan Negeri telah berjumpa dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri merayu supaya dilaksanakan lebuh raya ini.

Pada masa yang sama orang ramai merungut kerana terpaksa berdepan kesesakan khususnya pada hari perayaan. Kemudian JKR telah menjelaskan jalan buruk sejak tahun 1986. Pada masa yang sama kegiatan ekonomi Kelantan berkembang. Kita memerlukan jalan tengah yang boleh memberi laluan. Ia adalah keperluan Kerajaan Pusat berdolak-dalik.

Adakah Kerajaan Negeri ini hanya kena tunggu dan lihat. Pendekatan yang penting pada masa ini adalah mengubah minda, mengubah kongkongan dengan kita menjadi lebih persaingan, lebih kompetitif dan tidak ada lagi satu keputusan dengan sifat menganaktirikan Kelantan.

Masih ada peluang untuk pembesaran lapangan terbang, pendaratan gas di Kelantan. Meningkatkan kereta api untuk Negeri Kelantan juga masih ada peluang, menyambung lebuh raya Kuala Krai ke Gua Musang ke Jalan Tengah Semenanjung masih ada peluang.

Anggaplah ini sebagai satu letusan rakyat Kelantan untuk melihat negerinya maju sama dengan negeri lain. Jangan politikkan lebuh raya ini. Saya sendiri tidak berhasrat mempolitikkan  lebuh raya. Kerja-kerja pelaksanaan ini dibuat secepat mungkin untuk membuktikan bahawa ia adalah satu cadangan yang serius dan bukan bermaksud politik. Jika kita kata ia tidak politik, kenapa Kerajaan Pusat tidak boleh membantu?

SINAR HARIAN: Kenapa dahulukan lebuh raya sedangkan kepentingan air di Kelantan belum dapat diuruskan dengan baik lagi.
HUSAM: Kerajaan Negeri melantik saya untuk menguruskan lebuh raya. Saya hanya membuat apa yang ditugaskan. Kerajaan Pusat mesti melihat diri dia sendiri kenapa dia boleh memberi peruntukan kepada negeri-negeri lain sampai berbilion ringgit sejak tahun 1980 lagi dalam bentuk geran yang tidak perlu dibayar untuk bantuan mengurus air.

Kenapa Kelantan hanya diberi pinjaman RM500 juta lebih setelah lima tahun kemudian. Ini tidak mencukupi dengan penduduk Kelantan yang ramai. Wang yang diberikan itu dikenakan bunga tidak diberikan geran seperti negeri lain.

Mengapa ada tiga jenis perbezaan?  Kerajaan Pusat mesti jelaskan kenapa Kelantan diberikan pinjaman sedangkan negeri lain diberikan geran. Kelantan diberikan jumlah kecil sedangkan negeri lain diberi jumlah yang besar. Kelantan diberikan lewat sedangkan negeri lain diberi awal.


Saya tidak ada cita-cita politik

SINAR HARIAN: Boleh Datuk jelaskan mengenai ura-ura mengatakan Datuk akan bertanding di Parlimen.
HUSAM: Sejak saya terlibat dalam Pas, saya tiada cita-cita peribadi, saya hanya mengikut keputusan parti dari dulu hingga sekarang. Saya hanya berkhidmat sepenuh hati untuk mencapai kekuatan cita-cita parti dan mengukuhkan Kerajaan Negeri. Jika diikutkan hasrat saya tidak kisah diletakkan di mana-mana walau di dapur sekalipun kerana yang penting adalah perkhidmatan cemerlang.

SINAR HARIAN: Ura-ura itu ada kaitan dengan kemampuan Datuk di peringkat pusat dan jawatan parti yang disandang?
HUSAM: Saya tidak mendapat apa-apa arahan lagi. Saya berharap pimpinan Pas peringkat menerajui dan inovasi. Ini kerana, apabila kita tentang dengan Umno, bermakna kita bersaing untuk memberi sesuatu yang lebih baik. Pada masa ini saya tertumpu pada pembinaan lebuh raya, pendaratan gas, pembinaan stadium dan memperluaskan lapangan terbang.

Kemungkinan stadium akan dibina pada pertengahan Julai ini. Kemungkinan pendaratan gas dalam proses perundingan dengan pihak Cina dan Petronas supaya diizin didaratkan di Kelantan supaya dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

Pembesaran lapangan terbang pula, kami masih berunding tetapi dalam peringkat perbincangan untuk mencari rakan kongsi bagi tujuan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan, lapangan terbang ini diuruskan secara penswastaan untuk menjadi lapangan terbang antarabangsa - SH


PEJUANG BANGSA

Posted: 18 Oct 2012 11:13 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Hot ! Lepas putus cinta, Remy dah dating dengan Maya Karin

Posted: 18 Oct 2012 10:30 AM PDT



Pelakon kontroversi Remy Ishak mengakui terkejut dan tidak menyangka tindakannya menikmati makan malam bersama aktres Maya Karin pada malam Rabu lalu menjadi perhatian sehingga mencetuskan spekulasi. Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 30, berkata, perkara itu tidak patut diperkatakan dan menjadi isu kerana pada hakikatnya dia dan Maya berjumpa sebagai rakan sahaja.

 "Saya tak sangka pula perkara (keluar makan) ini jadi perhatian. Padahal, tiada apa-apa yang berlaku. Saya dan Maya hanya keluar makan seperti mana saya keluar dengan kawan-kawan lain.

 "Rasanya, soal kami keluar bersama tidak perlu diperkatakan sebab ia bukan satu isu pun," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Khamis. Gosip terbaru itu tercetus apabila Remy yang baru putus cinta dengan aktres Tiz Zaqyah dikatakan keluar makan bersama Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33.


Mereka dilihat di sebuah restoran makanan Jepun, pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara di sini pada malam Rabu lalu. Difahamkan, kemesraan dua pelakon itu ketika menjamu selera menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka yang pernah diperkatakan sebelum ini kembali bertaut.

 Ditanya sejauh mana hubungannya dengan aktres berdarah kacukan itu, Remy berkata, pada waktu ini dia dan Maya hanya berkawan biasa dan menolak persepsi yang mengatakan mereka mula bercinta.

 "Kami hanya berkawan seperti saya berkawan dengan orang-orang lain. Terus-terang memang tiada apa yang serius pada masa ini. "

Saya senang dengan Maya kerana kami sudah kenal lama tetapi tidak bercinta seperti yang didakwa," katanya dengan nada ceria.

 Ketika diajukan pertanyaan mengenai mesej Twitter yang berbaur sindiran ditujukan kepada penyanyi dan pelakon Aqasha pada Isnin lalu, Remy berkata, dia enggan memberikan sebarang komen dan meminta agar isu itu tidak dibangkitkan. Mengenai kerjaya, Remy akan terbang ke kota London, United Kingdom

Komen GPB

Putus cinta itu perkara biasa... GPB pun dah pernah dikecewakan , tapi sebagai lelaki  harus ingat " Bunga bukan sekuntum " ...berlambak lagi sedang menanti .

Untuk bro Remy ,  Izzah Ombak Rindu ini  pun cun juga putih gebu juga   walaupun berstatus janda ... GPB doakan korang ada jodoh ..insyallah ...

Ahli Parlimen BN dedahkan AES untuk kaut keuntungan !

Posted: 18 Oct 2012 08:21 AM PDT




PENGGUNAAN Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sekali lagi menghangatkan Dewan Rakyat apabila Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bertegas mahukan sistem itu dikaji semula bagi mengelak kemarahan rakyat. Malah beliau menyifatkan pelaksanaannya tidak lebih kepada mencari keuntungan semata-mata, sedangkan matlamat AES mengurangkan kemalangan.

 "Saya lihat ada kawasan tidak sesuai (dipasang AES)... laluan dengan had laju 110 kilometer sejam (kmj), turun kepada 80 kmj dan tiba-tiba turun dari kawasan bukit, sudah tentu kena saman.

 "Papan tanda yang dipasang pun tidak sesuai, sebagai contoh ada kawasan yang dipasang papan tanda 'awas lembu', tetapi kawasan itu tidak ada lembu pun," katanya ketika mencelah sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, membabitkan Kementerian Kerja Raya yang dibacakan oleh menterinya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, semalam.

 Mohamad pada masa sama mencadangkan antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuk lokasi pemasangan kamera, papan tanda selain menaikan kadar had laju daripada 110 kilometer sejam (kmj) kepada 130kmj di lebuh raya.

 Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, beliau bersetuju untuk mengkaji semula perkara itu dan akan membawanya kepada Jemaah Menteri. "Untuk makluman Dewan, tujuan AES kerana sayangkan rakyat, tetapi ada perkara yang boleh diperbaiki seperti kawasan yang orang tidak tahu di situ cuma boleh bawa 80kmj.

 "Jadi saya tidak keberatan bawa perkara ini kepada Jemaah Menteri mengenai rungutan rakyat," katanya. Terdahulu Shaziman ketika menggulung perbahasan itu bagi kementeriannya berkata, penentuan had laju sama ada di jalan raya atau lebuh raya ditentukan oleh faktor seperti reka bentuk jalan, kepadatan aliran trafik dan risiko kemalangan.

 "Justeru, sememangnya terdapat lokasi tertentu apabila kadar had laju terpaksa dikurangkan berbanding kadar had laju kebangsaan iaitu 110 kmj bagi lebuh raya dan 90 kmj, Jalan Persekutuan.

 "Manakala isu saman perangkap had laju membabitkan AES, perkara ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan," katanya.

AES adalah undang-undang tak masuk akal !

Posted: 18 Oct 2012 05:58 AM PDT



Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan bodoh menjelang pilihan raya umum.

 Setelah lebih dua minggu diperkenalkan, AES telah menjadi satu bebanan politik kepada Barisan Nasional dan kerajaan. Rata-rata rakyat biasa melihat pelaksanaan AES adalah satu cara kerajaan menambah perbendaharaan negara bagi menampung perbelanjaan dan subsidi kerajaan yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

 Kini ramai yang memomokkan penerima "Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)" sebagai penerima wang saman AES. Kementerian Pengangkutan mendakwa AES diperkenalkan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi had laju. Alasan mereka banyak kemalangan maut terhasil akibat kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.

 Alasan ini bukan sahaja belum dibuktikan secara tuntas tetapi juga menampakkan sikap kerajaan cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka. Untuk tujuan perbahasan, kita kena akui bahawa kelajuan yag melampau hingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan boleh mendatangkan kemalangan yang dahsyat. Ini merupakan hukum fizik yang tidak lagi boleh disangkal.

 Di sinilah perlunya had laju, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang supaya kita boleh mengukur tahap kelajuan melampau pemandu. Kita juga kena akui bahawa kelajuan yang berlebihan dalam jarak yang dekat dengan kenderaan lain akan menyebabkan kemalangan.

Ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang mahu membuat polisi mengenai had laju.

 Justeru adalah sangat menyakitkan hati apabila kita disaman kerana memandu di lebuh raya tiga lorong yang sunyi-sepi pada kelajuan 110 KM/J hanya kerana had laju tempat tersebut 90KM/J.

 Apakah had laju yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah telah dibuktikan secara saintifik sebagai titik kritikal dalam menentukan kemalangan di sesuatu kawasan?

 Saya fikir ia adalah merupakan satu hal yang sangat meragukan. Tinjaun penulis secara umum mendapati terdapat had-had laju yang ditetapkan langsung tidak masuk akal bagi sesetengah kawasan. Saya tidak berniat untuk membincangkan siapa yang mendapat kontrak dan siapa yang mendapat untung dalam perniagaan ini.

Lumrah dunia jika berniaga mesti mahu untung. Namun terdapat tiga isu utama yang jelas menunjukkan pemasangan AES bukanlah bertujuan mengatasi kemalangan jalan raya tetapi untuk mengutip saman. Pertamanya, terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut.

 Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J. Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa.

 Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini. Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

 Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya. Boleh JPJ terangkan kepada kita mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?

 Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya – lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J. Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?

 Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju.

 Hujahan pertama ini juga menjawab mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. "Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati."

Keduanya, tindakan menetapkan jumlah kompaun saman yang sama tanpa mengambil kira kelajuan menunjukkan tembelang sebenar pembuat polisi kerajaan. Semua orang yang faham logik akan tahu bahawa memandu kenderaan dengan kelajuan 110 KM/J tidak sama bahayanya dengan mereka yang memandu kenderaan pada tahap 170 KM/J atau 200 KM/J.

 Namun kerajaan menetapkan jumlah saman yang sama kadarnya ke atas mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan tanpa mengambil kira jumlah kelajuan tersebut.

 Sebagai contoh dalam sistem saman AES, sebuah kereta dipandu 110KM/J pada laluan had laju 90KM/J akan menerima jumlah kompaun yang sama dengan mereka yang memandu 200 KM/J pada laluan yang sama. Maaf cakap, hanya orang bodoh sahaja beranggapan memandu 110 KM/J sama bahaya dengan memandu 200KM/J.

Dan kumpulan manusia ini berada di kementerian Pengangkutan sekarang ini. Dengan kadar kompaun yang sama tanpa mengambil kira had laju kenderaan ia menunjukkan kerajaan hanya berminat mengutip kompaun saman bukannya mahu mendidik rakyat atau mencegah kemalangan.

 Bertambah jelas niat kerajaan apabila jumlah kompaun dikurangkan mengikut kecepatan orang yang disaman membayar saman. Sekiranya bayar dua minggu awal jumlahnya hanya RM 150. Jika bayar dua minggu lewat jumlahnya 200.  Jika bayar selepas sebulan kompaun dikeluarkan jumlahnya RM 300.

Apakah bahaya memandu laju bergantung kepada berapa cepat bayar kompaun? Jika bayar cepat, bahayanya kurang? Jadi jika sesiapa ada wang banyak macam "bapak-bapak Menteri, bapak-bapak Usahawan" bolehlah memandu Ferrari mereka selaju mana yang mungkin.

 Bayaran kompaunnya lebih murah daripada "penulis cabuk" macam saya yang hanya terlebih 15 KM/j daripada had laju. Ini kerana RM 150 bagi mereka hanya kos makan tengah hari, berbanding saya yang perlu menunggu gaji hujung bulan untuk bayar kompaun yang ketika itu sudah menjadi RM 300.

 Ketiga, mengapa AES banyak dipasang di lebuh raya-lebuh raya berbanding jalan Persekutuan? Kebanyakan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan juga pengguna jalan Persekutuan. 

Sebaliknya JPJ lebih berminat menangkap mereka yang menggunakan lebuh raya kerana di sinilah orang ramai lebih mudah melebihi had laju kerana jalan yang elok dan tiada kesesakan terutamanya waktu malam. Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita buat terhadap keadaan ini?

 Kerajaan hanya mahu kutip saman. Inilah persepsi rakyat biasa. Tidak penting berapa banyak kenyataan Menteri Pengangkutan, hakikatnya rakyat melihat dan mempercayai sebaliknya.

 Bolehkah Menteri Pengangkutan yang garang di kaca televisyen mempertahankan AES menjawab persoalan-persoalan ini? Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan melakukan empat perkara berikut:

 Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau. Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

 Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau. Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama.

 Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep "alang telah terperangkap, baik terus bawa laju" akan diguna pakai. Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai.

 Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun, kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju.

 Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju.

Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju. Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan.

 Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES. Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat.

 Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan. Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional.

 Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah!

Elok pecat sahaja Menteri Pengangkutan yang cakap serupa orang bodoh di dalam televisyen dan hanya menambah kemarahan orang ramai. - MYKMU.NET

PANAS ! Nazri dedahkan DAP juga terima duit RM3.5 juta !!

Posted: 18 Oct 2012 01:30 AM PDT




Pembangkang tidak seharusnya mempertikai Umno Sabah mendapat sumbangan luar untuk kegiatan politik, sedangkan DAP sendiri mendapat wang kira-kira RM3.5 juta daripada penyokong setianya untuk membina bangunan baharu di Pulau Pinang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

 Beliau berkata, tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan politik. 

"Tiada masalah untuk mana-mana parti terima apa-apa sumbangan. Kita faham DAP pun dapat. Tetapi kalau Umno dapat lebih, itu kerana penyokong Umno lagi ramai.

 "Bukan merupakan satu kesalahan...tetapi kalau hendak dijadikan satu kesalahan, kita bersedia buat undang-undang," katanya menjawab soalan tambahan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.



 Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.

 Dana itu ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Nazri turut menjelaskan bahawa siasatan mengenai sumbangan yang diterima Umno Sabah bukan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) yang telah menyatakan tiada unsur rasuah dalam siasatan itu.-KLIK DISINI






Cara terbaru untuk elak masuk perangkap kamera AES !!

Posted: 17 Oct 2012 11:41 PM PDT



Hari ini bila GPB membaca kenyataan Timb Menteri dari MOT  di Parlimen  bahawa sistem AES akan diteruskan  kerajaan , timbul persoalan adakah ia telah mendapat persetujuan YAB PM & Kabinet ?

Itu hanya kenyataan dari kementerian berkenaan dan sudah tentunya akan  pertahankan sistem ini sebaik mungkin . Alasan mereka untuk mengurangkan kadar kemalangan maut, sekali gus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.

Cara saman boleh bela rakyat ...kah kah kah ..BANGANG ! .... itu tindas namanya !!

Walaubagaimanapun , samada ia diteruskan atau tidak ...pelan  untuk menyelamatkan diri  daripada membayar duit komisyen kepada syarikat KRONI  jutaan ringgit perlu digunakan .

Blogger No 1  MPP Online mendedahkan satu aplikasi Android untuk mengesan kamera AES telah diperkenalkan .  Ia boleh mengesan kamera haram jadah ini berada 500 meter daripada kenderaan kita .

Jadi tunggu apa lagi , download je kerana aplikasi ini FREE... mana tau boleh selamatkan anda daripada masuk perangkap gila ini




Guan Eng takut jawab isu akaun Amanah Perumahan Bumiputra !! @dzainalabidin

Posted: 17 Oct 2012 08:22 PM PDT



Guan Eng celaka ini punya style , kalau dia tak boleh jawab itu maknanya ada memang betul la  dakwaan itu.

Kalau dia  menuduh Utusan sengaja berniat jahat  bangkit isu itu , maknanya laporan Audit 2011 pun tak betul la ??  Ini kerana NGO  Sekretariat Perhimpunan Melayu PP yang mendedahkan isu ini  pun berpandukan laporan audit negara .

Guan Eng tak perlu berdolak dalik mendakwa ini satu lagi fitnah jahat . Laporan Audit berdasarkan data & fakta , bukannya seperti putar belit  atau auta  ala DAP .  Kenyataan beliau hari ini menunjukkan memang benar dia tak belanja duit dalam akaun tersebut  untuk membina rumah kos rendah /mampu milik di PP .

Mengapa kerajaan DAP  peram/simpan duit itu dan tak mahu gunakan , itu tanda dia tak mahu bina rumah kos rendah untuk orang Melayu di PP . Isyarat halus halau supaya tinggalkan P.Pinang dah  beli lah rumah di Sg Petani atau Kulim .


 Ketua Menteri, Lim Guan Eng enggan memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta. Setiausaha Agung DAP itu sebaliknya cuba berdolak-dalik dan menyifatkan Utusan Malaysia berniat jahat kerana membangkitkan perkara tersebut. 

 "Dahulu Utusan Malaysia cakap lembaga itu tidak wujud tetapi sekarang wujud dan ada wang di dalamnya tetapi masih juga mahu menghentam. "Biarlah rakyat yang menilai kerana kerajaan negeri memang telah membina rumah kos rendah.

 Saya tidak mahu layan fitnah jahat Utusan Malaysia dan jangan putar belit lagi," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini hari ini. 

 Semalam, Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali meminta Guan Eng memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan negeri yang tidak membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat walaupun mempunyai sejumlah wang yang banyak iaitu RM 33.36 juta .


Blogger hentam sistem AES dituduh sokong pembangkang !

Posted: 17 Oct 2012 05:30 PM PDT




Perlaksanaan sistem AES terus mendapat perhatian rakyat , penyokong kerajaan mahupun pembangkang. Tidak terkecuali juga pemimpin di Dewan Rakyat .  Ada yang menyokong malah ada juga membantah dan minta ia ditangguhkan .

Mengapa ia menjadi topik hangat ?? Sebabnya yang nak kena hukuman ini adalah rakyat termasuk GPB sendiri  !  Apa tidaknya duit gaji  bakal habis tiap bulan dok bayar benda haramjadah ni...

Bagi  pemilik kereta jenama  Mercedez , BMW , Harrier itu ..depa tak heran la ..setakat saman ini semua boleh settle ..rugi la  beli kereta mahal-mahal  kalau drive hanya  110 KM/J atau 90 KM/J kan ...

GPB sendiri dari awal tak menyokong perlaksanaan  kamera AES ini dan seterusnya menjadi SM1M   a.k.a Saman Rakyat 1Malaysia . Sebabnya speed track Polis & JPJ ini pun dah berlambak kena , ini ditambah lagi kamera haramjadah AES ini .

Alasan malas orang JPJ  ..

- nak kurangkan kemalangan

-nak save nyawa rakyat

-negara lain spt Perancis dah berjaya kurangkan kemalangan ..

- AES tak kaut untung ...


Ini semua ayat retorik penuh hipokrasi kepala otak cerdik pandai  pegawai kerajaan di JPJ, MIROS , MOT dan sewaktu dengannya ..

Kamera haramjadah AES ini sebenarnya  bukan untuk kaut untung...kah kah kah ... Bullshit !!! ... Kalau depa ini pi sembang dekat kedai kopi , mampuih la kena maki berkandaq  ...

Dikhabarkan  Harga Sebuah Kamera AES(Redflex) yang Dipasang oleh Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd ialah 30,000 Euro bersamaan RM129,611.34sen. X 825 Buah Kamera == $$$$$

Tak kan tak kaut untung kot wahai JPJ bila pasang alat ini   ?? Yang nak bayar harga pasang ini sudah tentunya Rakyat 1 Malaysia la  sekali dengan komisyen ...

Nak save nyawa rakyat ke ?? Sebelum nak salah pemandu bawa laju sebagai faktor utama..pergi la check dulu keadaan jalanraya hang pa  tu macamana , ikut spesifikasi ke tak . Nak harap kontraktor JKR ini buat kerja betul .. hahaha... sendiri mau ingat la ..


GPB menentang AES ini bukan sebab sokong  supaya orang bawa laju . Tapi kita kena ambil kira juga beban ditanggung majoriti rakyat yang mana semakin hari berdepan kos sara hidup tinggi terutama yang berkeluarga  dan berpendapatan rendah/sederhana.

Cuma yang tak sedap dengar itu ada pihak mula melabelkan penyokong kerajaan seperti blogger  menentang sistem AES adalah menyokong pembangkang.

 Apa hal  ini ??  Kritik sikit dah tak boleh ke ??  Najib sendiri pernah berkata ''era kerajaan tahu segalanya dah berakhir "..

Hari ini rakyat dah  boleh bersuara & memberi pandangan tentang dasar-dasar diperkenalkan kerajaan .Tak kan semua benda dibuat kerajaan adalah perfect , mesti ada yang perlu ditegur.

Sudah la nak hampir PRU 13 ... takut nanti  kerana  nak pertahan sangat kamera AES syarikat kroni  , rakyat akan lepas  geram kepada kerajaan di kertas undi .

Buta je Anwar dapat  jadi PM dek kerana kebodohan benda-benda mengarut ini !!...

Lu pikir la sendiri .........

 .


Artis Indonesia dah murtad !

Posted: 17 Oct 2012 01:30 PM PDT




Memang cukup sensitif isu murtad nie lebih-lebih lagi di kalangan artis-artis pulak tu. Menurut sumber, tiga selebriti Indonesia didakwa telah murtad atau keluar dari agama Islam!

 Apakah punca sebenar mereka nie sampai nak keluar dari agama Islam?

Masih jadi tanda tanya dan tiga artis Indonesia yang murtad ini ialah Pinkan Mambo yang popular dengan lagu 'Kekasih Yang Tak Dianggap'.



 Dengar cerita si Pinkan dah dua kali menukar agama sebelum ini. Ikut suka dia jer nak tukar-tukar agama. Pinkan atau nama sebenar Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan sejak kebelakangan telah berubah secara mendadak dan merasa seperti kehilangan anak. Tak'kan merasa kehilangan anak terus nak murtad kot?

Pelik… Artis Indonesia yang kedua yang didakwa murtad adalah Rianthi Rhiannon Cartwright, pelakon yang dikenali sebagai Aisha dalam filem 'Ayat-Ayat Cinta'.




 Rianthi dikatakan keluar dari Agama Islam dan masuk agama Kristian apabila beliau berkahwin dengan lelaki yang bukan beragama Islam iaitu Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat.




 Selebriti Indonesia yang baru sahaja murtad, Happy Salma Wanasari memeluk agama Hindu gara-gara hendak berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja. -SUMBER


*** PR perintah nanti confirm boleh berlaku pertukaran agama ini.. DAP seperti yang kita tahu memang sentiasa berada di belakang tabir bagi kes orang Islam yang nak murtad ini. 

Misteri tengkorak & kematian Adolf Hitler

Posted: 17 Oct 2012 12:30 PM PDT




Adolf Hitler mungkin tidak menembak mati dirinya dan barangkali juga tidak tewas dalam bunker. Sebuah potongan tengkorak yang selama beberapa dekade diyakini milik diktator Nazi itu, berdasarkan hasil analisa DNA, ternyata milik seorang perempuan yang berusia kurang dari 40 tahun.
Para ilmuwan dan ahli sejarah sudah lama menyatakan, tengkorak itu akan menjadi bukti yang menyakinkan bahwa Hilter menembak dirinya hingga tewas setelah minum pil cyanide pada 30 April 1945 ketimbang menghadapi penangkapan yang memalukan. Potongan tengkorak itu -yang ada lubang pelurunya- telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentara Rusia dan selama ini disimpan intelijen Soviet.
Sekarang sejarah kematian Hitler harus ditulis kembali sebagai sebuah misteri, dan para ahli teori konspirasi harus memikirkan kemungkinan bahwa Hitler mungkin saja tidak mati dalam bunker.
Berdasarkan kisah lama, Hitler melakukakan bunuh diri dengan Eva Braun saat Rusia membom Berlin. Meski sejumlah ahli sejarah ragu Hitler menembak dirinya dan menduga hal itu hanyalah propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan. Namun lubang pada potongan tengkorak itu tampak menguatkan argumen tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moscow tahun 2000.
Namun analisa DNA telah dilakukan pada tulang itu oleh peneliti Amerika. "Kami tahu tengkorak itu berhubungan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan 40 tahun," kata ahli arkeolgi Nick Bellantoni dari Universitas Connecticut, AS.

"Tulang itu kelihatan sangat tipis; tulang tengkorak laki-laki cenderung lebih kuat. Dan persambungan dimana lempengan tengkorak itu menyatu tampak berhubungan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun."
Bellantoni terbang ke Moscow untuk mengambil contoh DNA di Arsip Negara dan ditunjukkan sofa dari bunker yang berlumuran darah di mana Hitler dan Braun diyakini bunuh diri. "Saya punya foto referensi yang diambil Soviet tentang sofa pada tahun 1945 dan saya melihat noda yang sama pada potongan kayu dan tenunan di depan saya. Jadi saya tahu, saya sedang berhadapan dengan sesuatu yang nyata," katanya.
Berdasarkan keterangan para saksi, mayat Hitler dan Eva Braun dibungkus selimut dan dibawa ke taman di luar bunker, diletakan di sebuah kawah bom, disiram minyak, lalu dibakar.
Pada Mei 1945 sebuah tim forensik Rusia menggali mayat yang diduga milik Hitler. Ada bagian tengkorak yang hilang, tampaknya akibat tembakan bunuh diri. Kepingan rahang yang tersisa cocok dengan rekaman gigi Hitler, menurut asisten dokter giginya yang tertangkap. Dan, mayat itu hanya punya satu buah zakar. Setahun kemudian potongan tengkorak yang hilang ditemukan. Pencarian dilakukan atas perintah Stalin yang masih curiga tahun tentang nasib Hitler.
Bagaimana dan kapan Hitler meninggal sekarang diselimuti misteri. Bellantoni mengatakan, tengkorak itu tidak mungkin milik Braun, yang berusia 33 tahun. "Tidak ada laporan Eva Braun menembak dirinya atau ditembak," katanya. Banyak orang tewas di dekat bunker.
Yang tidak ketahui dunia, mayat yang diyakini milik Hitler dikubur di Magdeburg, Jerman Timur. Setelah Stalin meniggal tahun 1953, keberadaan kuburan itu tetap dipertahankan. Akhirnya, tahun 1970, KGP menggali mayat itu, membakarnya, dan secara rahasia menaburkan abunya ke sungai.
Hanya tulang rahang, potongan tengkorak dan segemen sofa yang berlumur darah yang masih disimpan di tempat penyimpanan arsip intelijen Soviet. Bellantoni mempelajari benda-benda kenangan Hitler itu di Arsip Negara Rusia. Dia diijinkan hanya satu jam untuk meneliti barang-barang itu, selama waktu tersebut dia melap dengan kapas penyeka dan mengambil contoh DNA. Contoh itu kemudian dibawa ke Connecticut.
Di pusat penelitian genetik universitas itu, Linda Strausbaugh menutup labnya selama tiga hari khusus untuk bekerja pada proyek Hitler. Linda mengatakan, "Kami bekerja seperti biasa dan melakukan pengawasan seperti yang dilakukan dalam lab kriminal." Dia terkejut, sejumlah kecil DNA yang dapat terus hidup berhasil diekstrak.
Kompas.com

Tiada ulasan:

Pengikut