Sabtu, 8 September 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 07 Sep 2012 11:07 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


RAKYAT MARHAEN: Dr Mahathir tidak peka kepada situasi semasa, kata...

Posted: 07 Sep 2012 12:58 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Dr Mahathir tidak peka kepada situasi semasa, kata...: KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Ahli dewan undangan negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad ( gambar ) menyifatkan bekas perdana menteri (PM) ...

RAKYAT MARHAEN: Nasharudin rosak dipemimpin, Hasan rosak sendiri

Posted: 07 Sep 2012 12:57 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Nasharudin rosak dipemimpin, Hasan rosak sendiri: Haji Subky Abdul Latif Nasharudin Mat Isa, MP Bachok dan mantan Timbalan Presiden PAS telah menjadi masalah kepada partinya, PAS. Dia dil...

RAKYAT MARHAEN: PKR utus Tian Chua bertemu Hindraf

Posted: 07 Sep 2012 12:56 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: PKR utus Tian Chua bertemu Hindraf: PKR mengalu-alukan ajakan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) untuk berbincang dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, deng...

RAKYAT MARHAEN: Najib lebih teruk hina rakyat Sarawak

Posted: 07 Sep 2012 12:54 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Najib lebih teruk hina rakyat Sarawak: KUALA LUMPUR 7 September: Perbuatan Datuk Seri Najib Razak terhadap rakyat Sarawak lebih hina berbanding ungkapan seorang pengacara TV3, y...

RAKYAT MARHAEN: Samseng Masjid : Penyerang Masjid Pumpong..Perosak...

Posted: 07 Sep 2012 12:53 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Samseng Masjid : Penyerang Masjid Pumpong..Perosak...: Nah ambek ko Ketua Wira Perkasa Kedah Shahrol Niza Omar, nak sangat bukti serangan PERKASA di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong Alor Star...

RAKYAT MARHAEN: Terkini : Hero " Sang Saka Malaya" Berada Di Bala...

Posted: 07 Sep 2012 12:53 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Terkini : Hero " Sang Saka Malaya" Berada Di Bala...: Anak Muda 'Sang Saka Malaya"  Sedang Memberikan Keterangan Di Balai Polis Dang Wangi

RAKYAT MARHAEN: Kes Pijak : Diminta serah diri dalam tempoh 24 jam...

Posted: 07 Sep 2012 12:52 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Kes Pijak : Diminta serah diri dalam tempoh 24 jam...: Seekor Kucing DiBuru Kerana Pijak Poster Raya Najib....Orang Ramai Diminta Hubungi Puak-Puak Pencacai UMNO@BN Jika Dapat Menangkap Kucing Te...

RAKYAT MARHAEN: Generasi Merdeka Zaman Bik Dan K-Pop...!!!!

Posted: 07 Sep 2012 12:52 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Generasi Merdeka Zaman Bik Dan K-Pop...!!!!: Mempertahankan Jalur Gembilang Dari Dirampas....... Tak Salah dan Dilindungi...??? sumber foto fb

RAKYAT MARHAEN: Timbalan menteri BN bantah polis gari remaja

Posted: 07 Sep 2012 12:50 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Timbalan menteri BN bantah polis gari remaja: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu akan menulis kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bagi menyatakan bantahanny...

RAKYAT MARHAEN: Misi utama APS untuk menangkan Pakatan – Wilfred

Posted: 07 Sep 2012 12:36 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Misi utama APS untuk menangkan Pakatan – Wilfred: SABAH 7 September: Misi utama penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi membantu Pakatan Rakyat (Pakatan) membentuk Kerajaan Persekutu...

Sejak saya dibebaskan dari menjadi Tamu 1/1985 saya tidak lagi menghadiri Mesyuarat2 Majlis Peguam!

Posted: 07 Sep 2012 12:31 AM PDT

Semasa saya dibebaskan bersyarat dari Tahanan ISA di Kemunting pada tahun 1986, Pak Sako menulis didalam Kolum Sindirnya di Utusan Malaysia mengatakan bahawa Kerajaan terpaksa bebaskan Haji Suhaimi Said kerana Kerajaan dah kehabisan beras untuk beri makan orang-orang didalam tahanan.

Saya sebenarnya tidak pinta ditahan dibawah ISA dan setelah ditahan saya juga tidak pinta untuk dibebaskan.

Tetapi sebagai rekod, Kerajaan Malaysia mempunyai rekod buruk yang keji dengan menahan saya pada waktu itu.  Jika disemak kepada siasatan yang dibuat keatas saya, tidak satu pun terjelma bahawa saya terlibat dengan mana-mana tindakan anti-nasional.  Saya juga bukan seorang komunis.  Saya tidak terdiri daripada golongan pelampau.  Dan saya tidak terlibat menjadi "spy" kepada mana-mana negara atau kepentingan asing.

Saya yakin dengan perjuangan secara demokrasi.  Sesebuah kerajaan yang didirikan oleh parti politik atau gabungan parti politik boleh memerintah Negara ini jika mendapat mandat dari rakyat, dari pengundi.

Saya tidak pernah merancang untuk menggulingkan kerajaan yang ada melalui rebolusi atau perjuangan bersenjata.  Saya bukan pengganas dan bukan pula anarkis.

Saya menyertai parti politik yang didaftarkan secara sah mengikut Perlembagaan Malaysia.  Dan apa yang saya lakukan adalah mengikut peruntukan undang-undang walaupun saya sentiasa dinafikan hak menjalankan kerja-kerja politik saya mengikut peruntukan undang-undang negara.

Memang pada waktu itu saya aktif memperjuangkan hak peneroka Felda.  Sebagai seorang peguam, saya memberikan guaman perucuma kepada peneroka-peneroka Felda yang dizalimi oleh Felda.  Apa maksud dizalimi disini?

Dizalimi kerana mereka disingkirkan dari Rancangan Felda kerana berpolitik menentang arus!  Apa dia menentang arus?  Mereka menyertai parti-parti pembangkang dan tidak UMNO.  Mereka mengadakan ceramah untuk parti-parti pembangkang dan tidak untuk UMNO.  Mereka menubuhkan cawangan-cawangan parti pembangkang dan tidak cawangan-cawangan UMNO.

Pada waktu itu peneroka-peneroka Felda menghadapi keadaan yang sangat menyukarkan.  Pendapatan mereka rendah, mereka dinafikan hak memiliki tanah rancangan, mereka kena membayar setiap satu aktiviti di rancangan Felda melalui potongan pendapatan mereka sehinggakan pada hari "balance" mereka hanya menerima penyata pendapatan sahaja iaitu semua potongan yang dikenakan, semua perbelanjaan melalui PNF, dan pendapatan wang tunai tidak melebihi RM10.00 sahaja.

Saya merasakan bahawa Felda tidak berlaku adil kepada peneroka-peneroka, dan saya menuntut supaya didalam keadaan itu, peneroka-peneroka hendaklah dibayar pendapatan minima RM500.00 sebulan agar mereka boleh berbelanja untuk persekolahan anak-anak mereka dan untuk keperluan rumah tangga pula, mereka boleh mengambil barangan di PNF dengan potongan dari pendapatan bulanan dengan tidak menjejaskan pendapatan tunai di hujung bulan sebanyak RM500.00 itu.

Felda telah menafikan hak asasi manusia saya, mereka menyekat saya masuk ke rancangan-rancangan Felda, mereka kategorikan saya sebagai "persona-non-grata", namun didalam keadaan itu, saya dapat juga memasuki rancangan-rancangan Felda dengan melakukan pelbagai helah, seperti "menyamar" dengan memakai baju peneroka, dan dengan masuk pintu belakang diseludup oleh peneroka-peneroka.

Tuntutan saya bawakan untuk peneroka-peneroka sangat digemari oleh peneroka-peneroka seperti menuntut hak diberikan geran tanah secara individu, penyelesaian perwarisan, hak penerokawati keatas tanah ladang yang mereka kerjakan bersama dengan suami mereka khususnya semasa mereka diceraikan oleh peneroka-peneroka, penyemakan senarai potongan daripada pendapatan mereka, dan penyemakan kepada mutu baja yang dibekalkan kepada peneroka-peneroka iaitu menolak baja bermutu rendah tetapi harga yang sangat tinggi.

Oleh kerana tuntutan-tuntutan itu adil, maka dari masa ke masa, begitu ramai peneroka-peneroka bersetuju dengan tuntutan-tuntutan itu, dan begitu ramai pula peneroka-peneroka keluar dari UMNO dan di hampir setiap rancangan Felda pula ditubuhkan cawangan-cawangan PAS (iaitu parti yang saya dukungi pada waktu itu).

Tindakan adil untuk peneroka-peneroka ini telah dihalang sehinggalah saya merancangkan satu simposium besar peneroka-peneroka Felda peringkat kebangsaan di Sg Gau, Temerloh, waktu itu saya telah dipanggil mengadap Menteri Besar Pahang, saya enggan, walaupun Dato Yeop Maidin bersama Pak Teh Nuar (bekas Adun Pahang) tidak henti-henti memujuk saya untuk mengadakan pertemuan dengan MB Pahang.

Kepada saya, persoalannya mudah.  Bincang untuk apa?  Dato Yeop menyatakan kepada saya bahawa MB Pahang meminta saya membatalkan Simposium Peneroka itu.  Dan jawapan saya mudah.  Saya mempunyai tugas perjuangan untuk peneroka-peneroka Felda dan tugas itu bukan boleh dibeli dengan wang ringgit, ugutan atau paksaan.

Tidak lama selepas itu saya dipanggil mengadap Sultan Pahang yang mana saya hadir, dan saya juga diberitahu oleh Sultan bahawa baginda menerima perkhabaran bahawa saya akan ditahan dibawah ISA melainkan saya bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan.

Saya tidak bersetuju dengan syarat-syarat itu, dan penolakan saya itu menjemput saya ke Kemunting untuk ditahan selama 2 tahun di bawah ISA.

Semasa didalam tahanan itu ramailah rakan-rakan yang menziarahi saya terutamanya rakan-rakan dari Parti Rakyat Malaysia dan peguam-peguam selain dari kaum keluarga saya, hanya parti yang saya sertai tidak membuat apa-apa lawatan, mungkin mereka sibuk dengan tugas masing-masing di luar sana.

Saya juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada seorang sahabat saya iaitu Mathias Chang kerana perjuangkan kedudukan saya di Majlis Peguam Malaysia, namun, no thanks kepada Majlis Peguam kerana pada waktu itu mereka mengambil keputusan bahawa Majlis itu tidak mahu mengambil apa-apa tindakan keatas Ahlinya yang terlibat dengan "politik".

Majlis Peguam hanya bersuara untuk tahanan-tahanan politik di Singapura tetapi tidak untuk mereka yang ditahan di Malaysia.

Hanya didalam Operasi Lalang sahaja, Majlis Peguam mula mengambil tindakan tertentu kerana didalam Operasi Lalang itu begitu ramai pemimpin-pemimpin besar Pembangkang yang ditahan seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan puluhan yang lain.

Selepas saya dibebaskan dari tahanan ISA sehinggalah ke hari inii saya tidak lagi menghadiri apa jua mesyuarat yang dianjurkan oleh Majlis Peguam.




Anwar Ibrahim

Posted: 07 Sep 2012 07:15 PM PDT

Anwar Ibrahim


Foto Jelajah #Merdekarakyat Rantau Negeri Sembilan,7 September 2012

Posted: 07 Sep 2012 09:16 AM PDT

Jadual Jelajah Bas #Merdekarakyat Melaka, Esok Sabtu, 8 September 2012

Posted: 07 Sep 2012 09:12 AM PDT

8 September 2012 (Sabtu) – Melaka

MASA PROGRAM LOKASI
3.30 – 4.30 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Jasin Kampong  Kelubi, Jasin.

 

 

 

5.00 – 6.00 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Melaka Jln Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka

 

 

8.00 – 8.45 mlm Rumah Terbuka PKR Tangga Batu

 

Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka
9.00–12.00 mlm Ceramah Perdana Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka

 

9.00– 2.00 mlm Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka

 

Mahfuz: Gambar PM Lebih Suci Dari Masjid?

Posted: 07 Sep 2012 08:59 AM PDT

Malaysiakini

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan membaling kasut di dalam masjid lebih hina daripada memijak gambar perdana menteri dan isterinya.

Ini kerana, katanya, masjid merupakan tempat suci dan dikira rumah Allah.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan dan akhbar arus perdana membesar-besarkan insiden memijak gambar melebihi insiden di sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini.

“Adakah gambar lebih suci daripada masjid, rumah Allah?” soalnya.

Beliau merujuk kepada insiden minggu lalu apabila anggota kumpulan pendesak Melayu didakwa membuat kacau tazkirah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di masjid.

Misi Utama APS Untuk Menangkan Pakatan – Wilfred

Posted: 07 Sep 2012 08:49 AM PDT

KeadilanDaily

Misi utama penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi membantu Pakatan Rakyat (Pakatan) membentuk Kerajaan Persekutuan baru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya APS akan memonopoli calonnya bagi mewakili Pakatan pada PRU akan datang.

"Tidak perlu bagi saya atau mana-mana pemimpin APS menjadi calon kerana kami pasti pemimpin semasa dari kalangan komponen Pakatan mampu dan bersedia untuk diletak sebagai calon dalam PRU.

"Bagaimanapun APS bersedia mencadang beberapa nama untuk dipertimbang sebagai calon," Katanya dalam satu kenyataan.

Mengakui PRU ke-13 sengit, APS ketika ini juga kata Wilfred giat menyatukan bekas penyokong BN Sabah untuk menyertai Pakatan.

"Kita akan pastikan pembangkang Sabah bersedia berdepan BN kerana Pakatan mempunyai kelebihan termasuklah kegagalan BN menyelesai masalah penduduk Sabah walaupun diberi peluang sebagai kerajaan sekian lama," kata Wilfred lagi.

Pijak Gambar: Wan Azizah Persoal ‘Keadilan’ Polis

Posted: 06 Sep 2012 08:14 PM PDT

Malaysiakini

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail meminta agar pihak polis menjalankan siasatan secara adil berhubung insiden memijak gambar Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Wan Azizah berkata, tindakan sama perlu diambil terhadap individu yang melakukan perbuatan memijak gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kalau (memijak gambar) ke atas perdana menteri diambil tindakan. Orang yang buat begitu kepada Lim Guan Eng, tuan guru Nik Aziz juga perlu diambil tindakan. Itu baru adil.

“Tapi kalau hanya ambil tindakan yang buat pada gambar perdana menteri sahaja, itu adalah satu tindakan tidak adil,” kata Wan Azizah kepada pemberita selepas melancarkan lori treler Merdeka Rakyat di ibu pejabat PKR hari ini.

Video MerdekaRakyat 72 Hours In Picture

Posted: 06 Sep 2012 08:03 PM PDT

Wee Choo Keong

Posted: 07 Sep 2012 03:06 PM PDT

Wee Choo Keong


Rumah Terbuka kawasan Parlimen Wangsa Maju 8 malam 8-9-2012

Posted: 06 Sep 2012 06:51 PM PDT

Dalam suasana kita masih lagi merayakan kedatangan Syawal yang mulia ini, saya ingin menjemput sdr-sdri untuk hadir bersama-sama dengan rakan-rakan dan sahabat terutamanya kepada penduduk-penduduk di kawasan Parlimen Wangsa Maju khasnya dan kepada semua yang berkesempatan untuk datang ke majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri saya jam 8 malam pada 8 September 2012 (Sabtu) di Platinum [...]

Tiada ulasan:

Pengikut