Sabtu, 29 September 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 28 Sep 2012 01:02 PM PDT

THE FLYING KICK


ADAKAH VVIP BERSAMA SUPERMODEL SEKSI INI, LIM GUAN ENG?

Posted: 28 Sep 2012 03:30 AM PDT

NGEH KOO HAM KATA, TUHAN BEBASKAN KITA MAKAN APA-APA SAJA!!!

Posted: 28 Sep 2012 02:07 AM PDT

DIMENSI

Posted: 28 Sep 2012 11:52 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Edisi takut kalah - Wally slipau lelong tongkat sebab takut tongkat makan tuan! kehkehkeh

Posted: 28 Sep 2012 07:30 AM PDT


 Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara sukarelanya melelong tongkat yang digunakan sejak sekian lama untuk untuk menaja dana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengumuman berkenaan dibuat kira-kira pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini.

Sejurus itu Nik Aziz menyerahkan tongkat kesayangan tersebut kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu.

Nik Aziz berkata, sebelum ini wakil Pas Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu.

komen dari pembaca blog setia dimensi..
lepas ni wally slipau pun bley join lelong ape yang patut huhuhu

"Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana bagi pilihan raya umum nanti," katanya hari ini.

Ribuan orang mengikuti kuliah tersebut berdiri sebagai sokongan terhadap tindakan Nik Aziz yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan. - SH



p/s: Spongebob lokman dah kata masuk politik ibarat masuk nerake..ahli pas yang dah masuk tu cepat2 ler keluar kehkehkeh

Omegay: Edisi Bajet 2013 - Innalillah...Pakatan Rakyat kembali ke rahmatullah...

Posted: 28 Sep 2012 05:51 AM PDT



selamat jalan PR dan selamat berbahagia di syurga milik persendirian...
semoga di ampuni segala dosa oleh para dewataraya kepercayaan kamu...

R.I.P 2013

Omegay: Edisi Anuwar pening - Majoriti rakyat tolak FUCKATAN!

Posted: 27 Sep 2012 05:25 PM PDT


70% Rakyat Percaya PR Kalah PRU 13

Bagi para pembaca yang gemar melayari internet dari satu blog ke satu blog tentu saja ada terbaca beberapa artikel pro pembangkang yang isinya gah melambung-lambung meraikan angka 30% yang tercatat dalam laporan Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Angka 30% yang penulis maksudkan itu merujuk pada laporan kajiselidik yang disediakan oleh UMCEDEL yang menyatakan peratusan keyakinan umum terhadap PR untuk memenangi PRU 13 telah meningkat dari 21% kepada 30% respondan. 

Dalam kajiselidik tersebut, UMCEDEL melaporkan daripada 1,536 respondan yang ditemubual, 44% mempunyai keyakinan yang BN akan kekal memerintah negara ini, 26% lagi enggan menjelaskan pendirian mereka manakala 30% atau 461 orang lagi amat yakin PR akan menguasai PRU 13.

Dan angka 30% itulah dicanang oleh para penglipurlara PR kononnya sebagai asas kukuh itulah petanda PR akan mengalahkan BN dalam PRU 13 kelak. cara propaganda yang mereka gembar gemburkan itu seolah-olah peratusan 30% itu begitu hebat walau hakikatnya ia hanyalah minoriti sahaja.

Walhal selama ini penyokong dan pemimpin pembangkang amat alergik dengan sebarangan kajiselidik kecenderungan pengundi kerana bagi mereka semuanya itu hanya propaganda BN sahaja. 

Di pihak kita pula tidaklah pula menolak secara keseluruhan setiap kajian dan tidaklah juga bergantung seratus peratus pada setiap kajiselidik sedemikian memandangkan jumlah respondan yang dijadikan sampling terlalu rendah dan tidak mengambarkan senario keseluruhan.

Namun demikian, tidak salah untuk kita mengambil info dan menganalisis data yang disediakan oleh pelbagai pihak kerana ada kalanya dari beberapa sudut ada info bermanfaat yang boleh diberi perhatian sekalipun ia bertentangan dengan kajian langsung yang lebih besar samplingnya dan lebih mendalam culaan undi sebagaimana kerap kita lakukan.

Berbalik pada isu asal, tika ini pihak PR dan gerombolan penyokong mereka seperti terawang-awangan semacam sudah terlupa peratusan keyakinan respondan dalam kajiselidik UMCEDEL itu terhadap BN jauh mengatasi tahap keyakinan umum kepada PR. Seramai 676 orang respondan atau mewakili 44% dari 1,536 respondan yang terlibat dalam kajiselidik itu meletakkan keyakinan pada BN untuk memenangi PRU 13.

Manakala 26% atau 399 orang lagi yang enggan memberikan jawapan jelas biasanya dalam bahasa mudah dikenali sebagai golongan atas pagar, kelihatan seperti tidak memihak pada sesiapa. Namun sebetulnya, diam mereka berisi macam diam-diam ubi.

Dalam mana-mana rekod pilihanraya umum, kajiselidik mahupun sejarah pilihanraya kecil sebahagian besar golongan atas pagar acapkali memihak pada BN, itu realiti. 

Dan kerapkali apabila melihat negara tergugat dengan porak peranda serta polemik tak berkesudahan yang dicetuskan oleh pembangkang, golongan atas pagar akan beramai-ramai keluar mengundi untuk memenangkan BN. 

Itu hakikat yang sehingga kini amat memeritkan jiwa raga pemimpin pembangkang. Realiti yang sukar dicerna oleh akal pemimpin dan penyokong PR bahawa lebih ramai rakyat negara ini amat tidak menyenangi polisi PR berbanding segelintir sahaja yang menyokong mereka secara buta tuli.

Jika penyokong dan pemimpin PR masih memandang tinggi angka 30% tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh responden dalam kajian UMCEDEL itu, nampaknya dunia sudah terbalik dan kaedah besar dan kecil angka matematik perlu diubah secara drastik.

Hatta perbezaan ketara diantara 44% dengan 30% pun kanak-kanak pra sekolah yang belum tamat belajar di taska PASTI kelolaan PAS sudah dapat membezakannya, bukankah kelakar yang amat bilamana para pemimpin dan penyokong PR masih juga melihat peratusan 30% masih besar seperti bas mewah.

Dalam mana-mana pengiraan undi, jika jumlah pengundi bagi sesatu kawasan itu ada 1,536 orang dan sejumlah 461 undi (30%) bersama PR ia tetap lebih kecil dari jumlah 676 undi (44%) yang memihak pada BN. Malah jumlah 461 undi akan tewas lebih teruk bila sejumlah 399 undi (26%) bergabung bersama dengan 676 undi yang lain. 

Hakikatnya, selagi majoriti rakyat Malaysia kekal bersama BN dan tetap yakin mengamanahkan halatuju negara ini kepada pemimpin BN, ditambah lagi tahap keyakinan golongan atas pagar begitu besar jurang kepercayaan mereka terhadap PR, selama itulah PR perlu menerima realiti yang mereka hanya mampu berangan-angan sahaja - Beruang Biru

PEJUANG BANGSA

Posted: 28 Sep 2012 11:06 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Intipati Bajet 2013 kerajaan BN untuk rakyat @dzainalabidin

Posted: 28 Sep 2012 09:01 AM PDT






Petang tadi Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Abd Razak  yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2013 " Memakmur Negara , Mensejahtera Rakyat " Sebuah Janji Ditepati "  dengan menerusi dasar afirmatif terus kepada rakyat terutama golongan pertengahan .

Ramalan bahawa Bajet 2012 akan membuat rakyat tersenyum ternyata ditepati . i

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

 * RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

 * RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.

 * RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

 * RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

 * RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

 * Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

 * RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

 * RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.

 * RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.

 * Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.

 * Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

 * RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.

 * Dana Infra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

 * Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

 * Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

 * Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

 * Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion. * RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

 * Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

 * Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

 * RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

 * Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

 * Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

 * Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

 * Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

 * Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

 * Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

 * Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

 * RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.

 * Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta. * RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.

 * RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.

 * Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills".

 * Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

 * RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.

 * Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.

 * Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.

 * Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan.

PANAS ! Siapa VVIP Penang disebelah amoi pub ini ?

Posted: 28 Sep 2012 01:16 AM PDT



Siapa VVIP P.Pinang   yang mengunjungi pub /Nite Club menyajikan arak & maksiat ?? Dikhabarkan beliau berpawatakan alim  & berimej Islamik .

Blog MPP Online mendedahkan satu gambar hot VVIP ( permulaan )   dengan amoi yang sedang menyajikan minuman syaitan . Kalau VVIP berkenaan melihat gambar baju itu , mesti cam kot dirinya ...haha

Gambar2 panas yang lai akan menyusul ...nantikan !!!



Speaker DUN P.Pinang terlibat dalam skandal projek Taman Tema Escape !!

Posted: 27 Sep 2012 06:30 PM PDT





Sejak pemerintahan CAT -Cocky ,Arrogant, Tokong -  pelbagai skandal  projek di PP  dikaut oleh pemimpin Pakatan sehingga lah sampai  Speaker DUN sendiri .

Terbaru , Datuk Musa Sheikh Fadzir mendedahkan skandal projek Taman Tema Escape milik kerajaan negeri di Teluk Bahang di mana Speaker DUN Datuk Abd Halil Hussain sendiri terlibat.

Bukti mengenai pendedahan skandal ini telah berada di tangan Datuk Musa . Sekarang kita nak tunggu apa jawapan Guan Eng  . Tak habis lagi skandal Taman Manggis muncul mula skandal Taman Tema Escape ..

Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak memberi penjelasan berhubung dakwaan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Abdul Halim Hussain terlibat dalam satu projek Taman Tema Escape milik syarikat kerajaan negeri di Teluk Bahang.

 Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Guan Eng perlu tampil memberikan penjelasan kerana perkara itu berkait rapat dengan rakyat selain sering melaungkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dalam pentadbirannya. "Saya ada bukti dan bersedia mendedahkan perkara ini.

 Rakyat mahu tahu apakah benar Abdul Halim mempunyai kepentingan dalam projek taman tema tersebut. "Bagaimanapun saya tidak akan dedahkan di sini mengenai nilai projek itu dan dalam aspek manakah beliau terlibat kerana menunggu penjelasan Ketua Menteri terlebih dahulu," katanya.

Aminah menang kes saman fitnah pemimpin PKR P.Pinang !

Posted: 27 Sep 2012 05:27 PM PDT




Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri ini, Aminah Abdullah, dalam satu saman fitnah.

 Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese membuat keputusan itu selepas mendapati Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Norhayati Jaafar; Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutong, Jab Samad dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Anuar Kamaruddin mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Aminah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei tahun lepas.

 Pada 15 Jun 2011, Aminah memfailkan saman fitnah RM6 juta terhadap semua defendan berkenaan serta tiga lagi iaitu wartawan Harakah, Mohd. Sabri Said; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; dan Parti Islam Se-Malaysia (Pas).

 Bagaimanapun, pada prosiding hari ini, Aminah diarah membayar RM15,000 sebagai kos kepada Mohd. Sabri, Ahmad Lutfi dan Pas selepas mahkamah menerima pembelaan mereka.

 Dalam pernyataan tuntutan, Aminah mendakwa, laporan akhbar itu, antara lain, bermaksud beliau seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada UMNO, termasuk dituduh menggesa Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Selain itu, beliau mendakwa pada sekitar 20 hingga 21 Mei 2011, ketiga-tiga pemimpin PKR, pada satu sidang akhbar di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas yang bertujuan mengaib, menjatuhkan maruah, nama baik dan reputasinya.

 Sementara itu, Aminah, yang ditemani anggota keluarga serta rakannya, ketika ditemui di luar mahkamah, melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan itu. "Kak Min rasa bersyukur... apa yang penting ialah moral dan maruah, Kak Min mahu kemenangan sahaja," katanya. Aminah diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala defendan oleh peguam VS Raveentharan. - BERNAMA


Komen GPB

Fitnah pemimpin PKR akhirnya terbukti bersalah ...tahniah Kak Min .

IPOHMALAY

Posted: 28 Sep 2012 09:07 AM PDT

IPOHMALAY


Stesen Keretapi Jalan Sultan - Sejarah Kuala Lumpur Yang Hilang

Posted: 28 Sep 2012 12:31 AM PDT

Kepesatan kota Kuala Lumpur yang baru berusia tidak lebih 150 tahun adalah antara yang terpantas di dunia. Akibatnya, banyak sejarah lama yang hilang begitu sahaja tanpa jejak sehinggakan tidak pernah terlintas di kepala generasi muda hari ini tentang kewujudan sebuah stesen keretapi di tepi Pudu Sentral , lebih tepatnya di atas jalan di hadapan Ancasa Hotel hari ini.

Stesen Keretapi Jalan Sultan atau dikenali Sultan Street Station siap dibina pada 1 Jun 1893. Ia stesen keretapi kedua,  terletak di jajaran keretapi menuju ke selatan semenanjung. Laluan keretapi ini kemudiannya melalui Stesen Keretapi Pudu , kemudian Stesen Keretapi Sungai Besi sebelum terus ke Kajang dan ke selatan semenanjung.

Rentasan dari jalur laluan Kuala Lumpur - Klang ke Sultan Street Station dibina di atas tambakan sebatang anak sungai yang mengalir dari kawasan Bukit Bintang ke kawasan di mana letaknya Pasar Seni hari ini. Di kiri kanan landasan tersebut di bina jalanraya dan beberapa lintasan dan jalan tersebut dinamakan Foch Avenue.

Tidak sampai 30 tahun, Foch Avenue menjadi laluan utama di selatan bandar Kuala Lumpur sehinggakan ia memaksa laluan keretapi yang telah melahirkan jalan tersebut ditutup sehingga ke Sultan Street Station bagi tujuan pelebaran Foch Avenue yang kini dikenali Jalan (Tun Tan) Cheng Lock.

Hanya pada 1913 , laluan keretapi ke Klang di sambung ke laluan keretapi ke selatan dari Seputeh ke Salak South. Sementara keretapi bagi perjalanan ke selatan telah menggunakan laluan pintasan Seputeh - Salak South, Sultan Street Station diubahsuai menjadi lebih kecil sebagai stesen penamat bagi perkhidmatan laluan Ampang - Pudu - Kuala Lumpur di mana laluan dari Pudu ke pekan Ampang juga siap pada tahun 1913.

1889

1895

1950

Stesen Keretapi Jalan Sultan 1910

Stesen Keretapi Jalan Sultan 1955


Perkhidmatan keretapi railcar diperkenalkan bagi tujuan pengangkutan awam antara Sultan Street Station ke Stesen Keretapi Ampang. Pada Februari 1964, perkhidmatan berlokomotif diesel untuk pengangkutan penumpang dari Sultan Street Station ke Ampang pula diperkenalkan. Namun perkhidmatan ini ditamatkan beberapa tahun kemudian apabila pelebaran sambungan Jalan Pudu dan Jalan Cheng Lock dibina yang memaksa Sultan Street Station dirobohkan.

Hari ini, tiada kesan tinggalan Sultan Street Station tersisa mahupun legasi kewujudannya. Mungkin sebab itulah suatu masa lalu, pekedai-pekedai di Chinatown membantah laluan MRT bawah tanah di bawah premis mereka dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor mencadangkan laluan keretapi 'purba' yang merentasi Jalan Cheng Lock dihidupkan semula sama ada di atas mahupun di bawah tanah.


Stesen Keretapi Jalan Sultan 1955

Bandingan dahulu dan sekarang







1 Perdana Menteri , 10 Timbalan Perdana Menteri

Posted: 27 Sep 2012 08:30 PM PDT


Pakatan Retorik (PR)  kerap kali menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada kumpulan rakyat sasaran yang diharapkan sokongan mereka. Jika dahulu PR menjanjikan Timbalan Perdana Menteri kuota Cina , baru-baru ini jawatan Timbalan Perdana Menteri kuota Borneo. 

Berapa banyak jawatan Timbalan Perdana Menteri ni? Ini adalah agenda rebut sepak taji dan kemudian merogol Perbendaharaan Negara beramai-ramai. Bukankah cukup menakutkan andai mereka berkuasa?

Alang-alang dah berderet-deret Timbalan Perdana Menteri tu, mungkin menjelang hari pilihanraya, sejumlah 10 jawatan Timbalan Perdana Menteri telah dijanjikan. Mari kita lihat senarainya di bawah :

1. Timbalan Perdana Menteri I - (kuota Cina)

2. Timbalan Perdana Menteri II - (kuota India)

3. Timbalan Perdana Menteri III - (kuota Sarawak)

4. Timbalan Perdana Menteri IV - (kuota Sabah)

5. Timbalan Perdana Menteri V - (kuota Klate/Ganu)

6. Timbalan Perdana Menteri VI - (kuota Utagha)

7. Timbalan Perdana Menteri VII - (kuota Jawa)

8. Timbalan Perdana Menteri VIII - (kuota Minang/Rawa/Mandailing)

9. Timbalan Perdana Menteri IX - (kuota Mahasewel)

10. Timbalan Perdana Menteri X - (kuota Cheruk Tok Kun)


Hahaha.

Kompilasi Persembahan Kemenangan Shila Amzah Di Asian Wave, China

Posted: 27 Sep 2012 11:24 AM PDT

Adakah kita jenis menghargai seseorang selepas 'kepergiannya' seperti Sudirman dan P. Ramlee? Mengapa tidak kepada seorang yang masih muda yang menjadi fenomena tiba-tiba ini. Yang dimaksudkan ialah Nur Shahila binti Amir Amzah atau nama komersilnya Shila Amzah. 

 Berusia 22 tahun, Shila telah merangkul kemenangan dengan persembahan luar biasa di khalayak penonton di negara berpenduduk 1.3 billion, China minggu lalu. Kemenangan Shila Amzah ini merupakan pencapaian anak Melayu antara termuda dalam bidang seni suara di persada antarabangsa dan selayaknyalah Shila Amzah diberi sedikit penghargaan seperti mana dikecapi legenda-legenda industri muzik negara ini yang diperoleh mereka setelah 'ketiadaan' mereka. 

Layankan klip video persembahan finale Shila Amzah di pertandingan Asian Wave di mana dia mendapat sokongan kuat dari khalayak penonton China.

 

Di peringkat saringan dan separuh akhir :

Tiada ulasan:

Pengikut