Rabu, 19 September 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Umum

Posted: 18 Sep 2012 05:30 PM PDT


2 orang awam cedera akibat peluru sesat polis

Posted: 18 Sep 2012 05:29 PM PDT


19 Sep 2012 : Sepasangan yang baru mengikat tali pertunangan nyaris maut awal pada Selasa apabila kenderaan yang mereka naiki terkena peluru sesat yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata kejadian itu berlaku ketika anggota polis itu bergelut dengan seorang lelaki bersenjata parang di Subang Jaya awal pagi tadi.

Tembakan itu terkena cermin depan Proton Wira yang ketika itu lalu berhampiran tempat kejadian dan serpihan kaca terkena seorang lelaki di tempat duduk penumpang bahagian depan serta seorang wanita yang memandu kereta itu.

Beliau berkata lelaki itu yang berumur 28 tahun yang calar di jari tangan kiri dan lutut manakala tunangnya berusia 27 yang calar di bahu kanan mendapat rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Yahaya berkata dalam kejadian pada 12.50 pagi itu lima anggota polis bermotosikal cuba manahan suspek yang sebelum itu terjatuh dari motosikalnya di satu selekoh U.

Manakala rakannya yang amat dikehendaki polis kerana aktif melakukan kegiatan meragut dan menyamun tepi jalan di sekitar Subang sejak enam bulan lepas sempat memecut motosikal dan menghilangkan diri.

Beliau berkata ketika hendak diberkas, lelaki itu mengeluarkan sebilah parang dan melibaskannya ke arah anggota polis sebelum berlaku pergelutan. "Ketika bergelut lelaki itu cuba merampas pistol daripada selah seorang anggota polis dan ketika mempertahankan pistol daripada dirampas, anggota polis berkenaan secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan lalu terkena sebuah kereta yang kebetulan lalu di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Yahaya berkata dalam pergelutan itu seorang daripada anggota polis cedera di lengan kanan, lutut kanan dan patah sebatang gigi manakala lelaki itu berjaya diberkas. "Polis merampas parang berukuran 68cm. Suspek cedera ringan di dahi, mulut dan muka. Semakan suspek tiada rekod lampau tetapi pemeriksaan air kencing mendapati positif dadah jenis methaphetamine," katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Pengikut