Rabu, 8 Ogos 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Royalti, air Kelantan: Tabiat Umno suka berbohong

Posted: 07 Aug 2012 04:37 PM PDT


KUALA LUMPUR: Isu royalti dan air di Kelantan membuktikan kepada rakyat bahawa Umno mempunyai tabiat suka berbohong, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Dalam kedua-dua isu itu, amat jelas Umno mempunyai tabiat suka berbohong yang tegar dan tidak boleh dikikis lagi.

"Ketika parti itu mendakwa kononnya "janji ditepati", berbohong memang cara dan kebiasaan Umno yang normal dan semula jadi tidak kira ketika membuat kenyataan atau menjawab soalan," kata beliau.

Dalam isu jawatankuasa khas royalti, kata Mahfuz, Umno minta "jangan politikkan"

"Tetapi dalam isu air di Kelantan, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) suruh undi Barisan Nasional (BN) untuk selesaikan isu itu. Umno cakap berbelit-belit dan penuh pembohongan," katanya.

Tabiat suka berbohong, kata beliau lagi, sudah menjadi cara hidup Umno terutama para pemimpinnya.

"(Bekas Presiden Umno, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata Umno sudah jadi parti perasuah dan beliau juga tulis bahawa Umno sudah busuk hingga ke ususnya.

"Dengan sifat Umno yang suka berbohong itu dan dicampur dengan apa yang Dr Mahathir tulis dalam blognya mengenai parti itu, rangkaikanlah parti apa sebenarnya Umno itu," kata Mahfuz.

Mengenai jawatankuasa khas royalti, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan jawatankuasa tersebut tidak relevan dan tidak perlu wujud.

"Kerajaan Umno melalui ucapan Tun Abdul Razak Hussein dalam Parlimen pada 12 Disember 1975 sudah janjikan royalti hasil petroleum dalam bentuk tunai itu dan perjanjian juga telah dibuat antara kerajaan Kelanyan dengan Petronas pada tahun yang sama, sebab itulah jawatankuasa itu tidak relevan, karut dan tidak perlu wujud.

"Tidak mustahil jawatankuasa itu akan dijadikan entiti tujuan khas Umno untuk berbohong lagi," kata Mahfuz.

Sebelum itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga yang juga Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta penubuhan jawatankuasa khas royalti tidak dipolitikkan.

Tetapi keesokan harinya, Najib mempolitikkan isu air apabila memberi jaminan BN akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Pakatan siap sedia, jangka PRU13 September

Posted: 07 Aug 2012 04:36 PM PDT


Pakatan siap sedia, jangka PRU13 September

Posted: 07 Aug 2012 04:35 PM PDT


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada September akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu pilihanraya turut dibincangkan pada pada  mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan menggunakan kesempatan hari Merdeka ini untuk mengumumkannya.

"Saya yakin Umno-Barisan Nasional akan mengambil kesempatan pada hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka," jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini.

"Kita berkeyakinan ia akan diadakan pada September nanti dan paling lewat adalah pada bulan November. Segala perancangan telah kita aturkan sebaik mungkin," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menyatakan Umno-Barisan Nasional akan terus menggunakan skrip lama dengan memburuk-burukkan DAP dengan tanggapan negetif.

"Skrip lama akan terus digunakan, memburukkan DAP dengan pandangan-pandangan negetif bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu.

"Mereka berharap tindakan tersebut akan memberi kesan undi kepada PAS dan PKR kerana pengundi Melayu akan beralih kepada mereka," jelasnya.

Menurutnya lagi, selain Umno dengan skrip lama, rakan mereka MCA juga akan menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud akan tidak menyokong Pakatan dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada PAS.

"Bagi mengatasi tomahan yang tidak berasas ini, kita diperingkat Pakatan telah merangka strategi untuk menangkis tomahan tersebut.

"Apa yang kita harapkan nanti rakyat akan tertumpu kepada agenda yang kita akan bawakan untuk kebaikan seluruh rakyat negara ini," sambungnya lagi.

Katanya lagi, Pakatan akan terus menfokuskan kepada rakyat tentang agenda besar yang telah dipersetujui bersama di dalam dasar Pakatan Rakyat.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR.

Kelantan juga guna 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'

Posted: 07 Aug 2012 04:35 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menggunakan tema Hari Kemerdekaan yang dicadang Pakatan Rakyat iaitu "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" berbanding tema "Kelantan Menerajui Perubahan" yang diputuskan kerajaan negeri sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan Sekretariat Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Kami merujuk kepada kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini mengenai Tema Hari Kebangsaan.

"Pihak Sekretariat Pakatan Rakyat dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk mengambil tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" sebagai tema Hari Kebangsaan ke 55 disamping tema Kerajaan Negeri iaitu "Kelantan Menerajui Perubahan"," kata Setiausaha Eksekutif, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek.

Petang tadi, Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat memaklumkan semua ngeri Pakatan Rakyat akan menggunakan tema sama seperti yang dicadang Pakatan Rakyat kecuali Kedah dan Kelantan yang telah membuat keputusan lebih awal.

Bagi Negeri Kelantan, mesyuarat kerajaan negeri telah memilih 'Kelantan Menerajui Perubahan', dan Kedah pula dengan tema 'Terus Berbakti'.

Bagaimanapun, terbaru Kelantan telah memaklumkan bahawa mereka juga akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

Selain tema, kesemua empat negeri Pakatan ini juga akan menggunakan logo Merdeka yang sama yang akan dimumkan Ketua Pembangkang pada Khamis ini.

Pemuda PAS mahu SPRM siasat Awang Adek

Posted: 07 Aug 2012 04:34 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok berhubung dakwaan rasuah membabitkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar) berkata, selepas tempoh seminggu diberikan kepada Awang Adek untuk membuat penjelasan berhubung dua keping cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau, Awang Adek hanya mendiamkan diri.

"Seseorang pimpinan utama rakyat mestilah menepati kualiti dan kriteria seorang pimpinan. Skandal yang melibatkan Senator Datuk Dr Awang Adek adalah satu isu yang berkaitan dengan integriti seseorang pimpinan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, DPPP akan ke SPRM di Putrajaya jam 10 pagi esok untuk membuat laporan agar SPRM menjalankan siasatan segera ke atas Awang Adek.

"DPPP berharap agar pihak SPRM dapat membuat siasatan sebaik mungkin mengenai isu yang melibatkan integriti seseorang pimpinan ini," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Pada 12 Julai 2012, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mendedahkan 2 keping cek yang berjumlah RM80,000 secara keseluruhannya atas nama Datuk Awang Adek dan didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Datuk Awang Adek diminta untuk menjelaskan apakah terdapat skandal rasuah daripada transaksi wang yang sebegitu besar ke dalam akaun beliau pada ketika beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera dan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia oleh sebuah syarikat yang berkepentingan.

Pada 31 Julai 2012 yang lalu, DPPM sekali lagi tampil membuat pendedahan yang lebih terperinci beserta beberapa dokumen penting.
Dokumen yang berada di pihak DPPP menguatkan lagi dakwaan bahawa Awang Adek terlibat dalam skandal rasuah kerana kedua cek yang bernilai RM80,000 sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak pengurusan kemudahan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral oleh Syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd. (AMPM).

Pulau Pinang beri RM100,000 kepada Chong Wei

Posted: 07 Aug 2012 04:34 PM PDT


GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberi anugerah insentif RM100,000 kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan menjadi rakyat Malaysia pertama untuk memenangi 2 pingat perak Olimpik dan usaha gigihnya dalam Sukan Olimpik London 2012.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini berkata, insentif itu juga sebagai galakan kepada Lee untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016.

"Anugerah insentif ini akan diberi melalui program ganjaran Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd (PBA) untuk olahragawan Pulau Pinang yang bertaraf dunia," katanya.

Katanya, walaupun terkecundang kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir, Lee telah berusaha dengan gigih dan menimbulkan rasa bangga setiap rakyat Malaysia.

Akhirnya, kata beliau Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei telah menitis air mata.

Bagi pemenang, kerana berjaya mengalahkan seorang lawan yang sangat layak iaitu Lee yang hanya kalah dengan 2 mata untuk meraih pingat emas Olimpik pertama Malaysia.

Walaupun gagal memenangi pingat emas Olimpik pertama Malaysia, Lee telah menjadi juara Olimpik dalam hati setiap rakyat Malaysia.

"Negeri Pulau Pinang berasa bangga dengan kejayaan juara badminton daripada Bukit Mertajam ini.

"Walaupun semua rakyat Malaysia turut berkongsi kekecewaannya, semangat perjuangan dan keupayaan bertaraf dunia beliau memberi inspirasi kepada kita dan telah menyatukan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa, satu semangat dan satu jiwa," kata Guan Eng lagi.

Katanya, Pulau Pinang akan memberi sokongan penuh kepada  Lee untuk mencapai pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016, yang akan juga membantu mempersiapkan pengganti yang layak.

Baru seminggu pencen, pegawai kanan sertai PAS

Posted: 07 Aug 2012 04:33 PM PDT


KETEREH: Baru seminggu pencen, bekas Ketua Penolong Pengarah (KPP) Jabatan Kesihatan Kelantan, Azmi Awang, 55 malam tadi secara rasmi menyertai PAS.

Sebelum itu pernah berkhidmat sebagai KPP di Jabatan Pembangunan Persekutuan dan pelbagai lagi jabatan persekutuan, mulai pencen pada 1 Ogos lalu.

Lepasan bidang ekonomi di Universiti Malaya memilih pencen awal bagi melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu agama.

Malam tadi beliau mencatat sejarah apabila muncul di pentas ceramah Ghazwatul Badar di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Beliau diiringi Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood menyerah borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama di majlis  tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Zulkifli Mamat, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan Pengerusi PKR negeri, Abdul Aziz Kadir.

"Sebenarnya saya sudah lama mengikuti kuliah Musyidul Am di Medan Ilmu setiap pagi Jumaat. Jarang benar saya tidak hadir.

"Kesedaran agama sudah lama berputik. Ini tidak pelik bagi setiap pegawai kerajaan di Kelantan. Ketika berkhidmat di sebuah pejabat kerajaan di Kuala Krai saya mulai menghafal ayat-ayat suci al Quran," katanya ketika ditemui.

Beliau yang menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1982 berkata, mahu menzahirkan secara rasmi sebagai ahli PAS selepas tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

"Insya-Allah kehadiran saya mungkin boleh memberi sedikit nilai tambah kepada perjuangan PAS di sini," katanya yang kini menetap di Ketereh. Berasal dari Tendong, Pasir Mas

Tiada ulasan:

Pengikut