Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Roadshow Penerangan Dun Temangan
- Syaitan: Kenyataan Mahathir bahaya – Nik Aziz
- PAS Kelantan sumbang RM54,000 untuk pelajar Yik
- Air: Serang Pakatan tetapi negeri BN yang kering
- AKSB mohon pinjaman bank tingkatkan bekalan air
Roadshow Penerangan Dun Temangan Posted: 27 Aug 2012 04:34 PM PDT |
Syaitan: Kenyataan Mahathir bahaya – Nik Aziz Posted: 27 Aug 2012 04:32 PM PDT MACHANG: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat. Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat. "Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan," ujarnya. Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan. "Kenyataan sedemikian memang bahaya," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS (Madu), dekat sini tengah hari tadi. Sementara itu ketika diminta mengulas kes anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mohd Isa, beliau enggan mengulas. Katanya, keputusan anggota Parlimen itu biar diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS. "Saya tak mahu ulas tentang tu, biarlah Majlis Syura sendiri yang tentukan, tak boleh saya," ujarnya. |
PAS Kelantan sumbang RM54,000 untuk pelajar Yik Posted: 27 Aug 2012 04:32 PM PDT MACHANG: PAS Kelantan melalui sumbangan Badan Amal Kesejahteraan Insan (Amal) membelanjakan sejumlah RM54,000 sebagai sumbangan kepada lebih 330 orang pelajar bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) ke Timur Tengah. Sumbangan berkenaan disampaikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis meraikan pelajar Yik ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Dewan Ulama (Madu), di sini tengah hari tadi. Turut menyampaikan sumbangan pengerusi Amal, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar) dan Pengarah Yik, Tengku Azmi Tengku Jaafar. Seramai 330 orang pelajar bakal melanjutkan pengajian mereka dalam bidang perubatan, Pengajian Islam, kejuruteraan di Jordan, Mesir, Morocco dan Arab Saudi. Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu mengingatkan pelajar berkenaan berhati-hati di bumi anbia kerana mereka akan sentiasa diuji. Menurutnya, Timur Tengah tempat kelahiran para nabi, namun pada masa yang sama golongan taghut juga lahir di tempat yang sama. "Guna ilmu yang kita pelajari sebaik mungkin, jangan kita pula mudah terpesong dengan ajaran yang tidak selari dengan kehendak Islam," katanya. Sementara itu Tengku Azmi, memberitahu, daripada 330 orang calon, seramai 59 akan melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran di Mesir, 186 pelajar pula ke Jordan untuk bidang pengajian Islam dan kedoktoran. "Manakala 17 pelajar yang lulus Imtihan Qabul akan melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam di Mesir," ujarnya. |
Air: Serang Pakatan tetapi negeri BN yang kering Posted: 27 Aug 2012 04:31 PM PDT (Laporan Sinar Harian masalah air di Jengka 7, negeri PM sendiri) TEMERLOH: Ketika media Umno saban hari menyerang kononnya kerajaan negeri Selangor, Kedah dan Kelantan tidak pandai menguruskan bekalan air, media yang agak bebas melaporkan masalah bekalan air sedang melanda negeri BN. Hampir setiap tahun, penduduk negeri Perdana Menteri iaitu Pahang menghadapi masalah air. Nak dikatakan air tidak cukup, Kerajaan BN lah saban hari berkempen agar projek Langat 2 dilaksanakan kerajaan negeri Selangor untuk hadapi krisis air. Langat 2 adalah projek untuk menyalurkan bekalan air dari Sungai Pahang melalui sungai dan terowong buatan manusia ke Lembah Klang. Namun rupa-rupanya, penduduk Pahanglah saban hari menghadapi masalah air. Menurut laporan Sinar Harian, penduduk Jengka 7 menghadapi masalah bekalan air hampir setiap tahun khasnya di hari raya Aidil Fitri. Pada hari itulah mereka terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan bekalan air untuk minuman, membersihkan pakaian bahkan membersihkan pinggang mangkuk yang bertimbun-timbun di hari raya. "Jika begitu, yang tidak pandai mengurus air sebenarnya kerajaan BN. Air banyak tetapi tidak sampai kepada pengguna...inilah kelemahan mengurus yang nyata," kata salah seorang mangsa ketiadaan air ini. (Muhyidin wajar membantu Najib menyelesaikan masalah air di Pahang dahulu sebelum membuat kenyataan sebegini supaya orang tidak ketawa.) Media Umno selalu sahaja memaparkan kerajaan negeri Selangor, Kelantan dan Kedah tidak pandai menguruskan air di negeri masing-masing. Padahal apa yang dibangkitkan tidak ada pun bahkan sekadar reka-rekaan semata-mata dan bukan isu. Di Selangor misalnya, kerajaan negeri mendakwa amaran Syabas untuk mencatu air di negeri itu hanya retorik politik untuk menekan kerajaan negeri dan menggusarkan rakyat Selangor. Padahal air di empangan penuh bahkan melimpah apabila hujan turun. Semuanya bertujuan mahu menekan kerajaan negeri agar meluluskan projek Langat 2. Bagi kerajaan negeri Selangor, mereka keberatan untuk meluluskan projek ini kerana kosnya terlalu tinggi dan tidak wajar. Ia hanya bertujuan untuk mengisi tokoh-tokoh korporat kroni BN sahaja. "Ia akan menyebabkan tarif air terpaksa dinaikkan nanti. Ini akan menyusahkan rakyat," kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagi penulis blog Cucu Mat Kilau (CMK), cerita ketiadaan air ini memalukan. "Inikah yg dikatakan masyarakat 'Janji ditepati'?" soal beliau dalam blognya. "Hari ni eksklusif keluar di Sinar Harian Pahang. Mana PM?... Kelantan dan Selangor dikatakan tidak pandai mengurus air.. Tapi di Pahang lebih teruk rupanya.. Hampir 40 tahun masa lah berlaku... kasihan mereka yg teraniaya," tulis beliau merujuk kepada laporan Sinar Harian itu. Lebih memalukan JBA Pahang baru dikorporatkan awal tahun ini.. sekarang dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), tapi servis makin HANCUR dan cukup mengecewakan, tulisnya lagi. |
AKSB mohon pinjaman bank tingkatkan bekalan air Posted: 27 Aug 2012 04:30 PM PDT PASIR MAS: Keseriusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengatasi masalah bekalan air di sini dapat dilihat apabila terpaksa mendapat pinjaman bank bagi membina telaga tiub untuk menambah kapasiti pengeluaran air. (Menteri Besar melihat Telaga Tiub yang dibina oleh AKSB) Setiap telaga tiub bernilai RM130,000 dan sehingga sekarang tiga telaga tiub yang dibina di Loji Rawatan Air Kelar sudah beroperasi. Dan sebuah lagi telaga tiub akan dibina di Slow Machang. Sehingga sekarang pengeluaran air di Loji Kelar sebanyak 67 juta liter padu (MLD) sehari, melebihi kadar biasa sebelum ini. Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanapi Mahmud berkata, kapasiti pengeluaran air di loji berkenaan akan dipertingkat kepada 80 MLD bagi menampung keperluan air bersih di jajahan ini dan Tumpat. "Sebuah telaga jejari juga akan dibina di tepi Sungai Kelantan berhampiran Loji Kelar. Di kawasan muka sauk di Kelar juga akan dipasang empat pam baru yang berharga kira-kira RM1.2 juta. "Selain itu AKSB juga merancang mengoperasikan semula loji lama di Kampung Lemal yang dijangka dapat menyumbang tambahan pengeluaran air sebanyak 8 MLD sehari," katanya di sini. Kata beliau berdasar kepada usaha berterusan dilakukan AKSB didapati pengeluaran air bersih bagi jajahan Pasir Mas dan Tumpat sudah melepasi tahap biasa. Menurutnya juga masalah tekanan rendah yang dialami di beberapa kampung di Tumpat dijangka dapat diatasi sepenuhnya apabila Loji Rawatan Air di Wakaf Bharu yang sedang dipertingkatkan siap sepenuhnya. Katanya, projek berkenaan yang dibiayai di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar membabitkan kos RM5 juta dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan. Sementara itu pegawai Komunikasi Korporat AKSB, Azhari Ab Rahman berkata, tekanan air Kampung Padang Tok La dan Kampung Belukar, Kubang Bemban antara 2mH hingga 4mH. Katanya, berdasar kepada tinjauan dilakukan kakitangan AKSB di dua kampung berkenaan semalam didapati kesemua rumah mendapat bekalan air bersih sepenuhnya. Beliau berkata, terdapat 240 akaun pengguna di Kampung Padang Tok La dan 310 akaun pengguna AKSB di Kubang Bemban. Dan sejak 15 Ogos sehingga semalam tiada aduan berkenaan tekanan rendah diterima Kaunter Khidmat Pelanggan, AKSB Pasir Mas, Hanapi juga berkata, AKSB berusaha mendapatkan sumber pembiayaan bagi melaksanakan projek meningkatkan pengeluaran air di Pasir Mas. Menurutnya masalah itu menjadi hambatan memandangkan kerajaan negeri hanya diberi pinjaman mudah hampir RM600 juta pada 2003 selepas 13 tahun dinafikan hak. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan