Rabu, 22 Ogos 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Rumah Terbuka Idulfitri Mahasiswa Kelantan,3 Syawal 1433H/2012M.

Posted: 21 Aug 2012 06:05 PM PDT







Majlis Mesra Aidulfitri Pemimpin Bersama Perantauan 1433H/2012M.

Posted: 21 Aug 2012 06:04 PM PDT

















Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dun Pulai Chondong

Posted: 21 Aug 2012 05:44 PM PDT







Perpaduan bersama Umno buang masa

Posted: 21 Aug 2012 05:39 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan seruan pihak tertentu agar bersama Umno untuk menjamin perpaduan rakyat khususnya Melayu di negara ini hanya sebagai membuang masa.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, rekod dan sejarah telah membuktikan bahawa Umno telah gagal menunjukkan perpaduan termasuk dalam parti itu sendiri.

Menurutnya, Parti Negara, Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan semuanya ditubuhkan oleh mereka yang pernah memimpin Umno.

Malahan golongan agama di dalam Umno menubuhkan PAS kerana tidak puas hati dengan Umno dalam isu judi, apabila suara ulamak diketepikan begitu sahaja.

Tetapi katanya, Umno sampai sekarang masih menganggap mereka adalah parti keramat yang menjadi rukun perpaduan Melayu, walaupun rekodnya dipenuhi dengan perpecahan.

"Setiap kali menjelang pilihanraya maka suara perpaduan Melayu akan berkumandang di udara. Kayu ukur perpaduan, mesti bersama Umno. Jika luar daripada Umno, perpaduan tidak akan tercapai. Seolah-olah bersatu dengan Umno adalah rukun perpaduan Melayu.

"Umno sering mendakwa penubuhan PAS menyebabkan orang Melayu berpecah. Padahal sebelum Umno ditubuhkan 1946 sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)  yang ditubuhkan pada tahun 1945 yang tidak bersedia menjadi tali barut penjajah seperti Umno," katanya.

Oleh kerana itu katanya seruan perpaduan bersama  Umno hanya membuang masa apatah lagi perpaduan atas dasar bangsa yang tidak kekal lama.

Menurut Idris lagi, perpaduan atas dasar bangsa ibarat api dalam sekam dan akan berakhir dengan perpecahan.

Hanya perpaduan atas dasar Islam sahaja ujarnya yang akan mengenepikan perasuah, penzina, perampas harta rakyat dan pengkianat amanah rakyat walaupun sesama bangsa.

"Atas asas ini, perpaduan akan dapat diwujudkan, jika tidak ia hanya perpaduan palsu yang hanya retak menunggu pecah sahaja.

"Umno hanya boleh disatukan dengan benda sahaja, bukannya atas kesedaran ideologi. Mampukah Umno bertahan jika sudah kehilangan kuasa kerana tidak boleh memberi benda," soalnya.

Komunis ada kerajaan, mengapa Islam tidak boleh?

Posted: 21 Aug 2012 05:38 PM PDT

KOTA  BHARU: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan 'permainan' Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan 'agama lain, politik lain'.

Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia.

"Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

"Namun oleh kerana kita lena dengan 'permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan 'agama suku, politik suku' itu betul," katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk  menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam.

"Sesungguhnya dalam perkara 'urusan agama' dan 'politik' mestilah selari.

'"Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama' dengan hidup 'berdemokrasi' yang tidak disebut Eropah," katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa 'Islam' tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.

Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.

Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.

Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan 'kebangsaan' dan 'Melayu'.

Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari 'Nabi Melayu'.

"Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab.

"(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.

Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah 'dunia akhirat' pada rangkaian ucapan  'Selamat  Hari Raya, Maaf Zahir Batin'.

Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu 'akhirat'.

"Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat.  Orang putih baca, teringatkan akhirat.

"Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu 'akhirat'," ujarnya.

Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.

Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia.

Tiada ulasan:

Pengikut