Sabtu, 25 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 24 Aug 2012 11:02 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


PR Berkempen Di Sabah Menggunakan Nama Puteri UMNO @Rosnah_ARS #BNbah @umbkl

Posted: 24 Aug 2012 06:06 AM PDT


Ini bukan kali pertama. Dalam 3 bulan terakhir ini. Situasi sama berulang untuk kali kedua. Sepanjang pemerhatian pu3lah. Tak tau yang terlepas pandang.

1st dalam bulan Jun lepas, apabila pergerakan puteri UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa tidak menolak hukum hudud. Dikatakan konon puteri UMNO menyokong PAS. Sekali lagi pu3 tegaskan bahawa HUDUD dan PAS adalah entiti yang berbeza. Masih boleh dipisahkan.

Semalam pula, situasi hampir sama berlaku apabila melalui twitter, sekali lagi budak2 pakatan memainkan skrip sama melalui tukang bising Anwar ibrahim, bekas guru itu, dengan mengatakan bahawa BN melalui puteri UMNO Sabah akur dengan tuntutan kenaikan royalti minyak Sabah. Ceh! Tukang spin tak menjadi sungguh!
Terima kasihlah Malaysiakini yang terlepas pandang menyalin keseluruhan ulasan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pergerakan Puteri Sabah dari BERNAMA tanpa mengeditnya lagi. So di sana mana pembaca yang guna otak untuk berfikir tak akan terpedaya dengan kempen menggunakan nama Puteri UMNO sebagai tarikan perhatian kepada umum.

Sekali lagi, pu3 katakan kenyataan pergerakan puteri Sabah hanyalah mengulas kenyataan yang disampaikan oleh YAB ketua menteri Sabah semasa majlis Rumah terbuka Jemaah Menteri-Menteri Sabah pada hari raya ke-2 lepas.

Pada penilaian pu3 kenyataan tersebut dibuat dari keprihatinan kerajaan BN sabah terhadap hak rakyat Sabah. Selama inipun sepanjang pentadbiran BN Sabah, kepimpinan BN tidak pernah mengabaikan KEPERLUAN rakyat Sabah. Cuma KEHENDAK ini lazimnya agak sukar dipenuhi kerana ia akan berubah dari masa ke masa ( sila baca pengertian KEPERLUAN dan KEHENDAK)
Pakatan hanya gah bercakap. Dah diberi mandat tak mampu nak laksanakan. Biasalah JANJI DITABURI kan, cakap sebanyak manapun telinga sedap mendengar. Tetapi hati sakit kerana ianya omong kosong sahaja.

Pesanan untuk Bard, tak layak disebut Chegu @ apa sahaja gelarana berkaitan seorang pendidik. Nak menggunakan sesuatu bahan, olahlah dengan baik untuk diterima. Jangan nak copy dan paste tanpa sedar ada perenggan yang menjelaskan perkara sebenar. Pu3 bukan jenis tak meneliti setiap kenyataan yang dilakukan sebelum pu3 ulas dalam setiap artikel pu3 tulis
#JanjiDitepati #BNBah

Sumber : Pewaris Anak Bangsa

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 24 Aug 2012 03:46 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PAS : ANTARA KARPAL DAN NASHARUDDIN MANA YANG LEBIH DISAYANGI?

Posted: 24 Aug 2012 12:22 AM PDT


Polemik antara Karpal dan Ustaz Nasharuddin berhubung HUDUD akhirnya sampai ke penghujung bila Anuar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tiada agenda Hudud dalam Pakatan Rakyat. Namun PAS sedar modal hudud adalah antara satu modal politik mereka untuk menarik sokongan orang Melayu/Islam agar menyokong parti itu pada PRU 13 nanti. Tambahan pula PAS lebih menumpukan kepada negeri-negeri yang majoriti pengundi adalah Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Jika sebelum ini kenyataan kepimpinan PAS lebih menyebelahi kepada menyokong, dengan kenyataan terbaru Anuar, masih adakah keberanian kepimpinan PAS untuk tidak bersetuju dengan PKR? Atau adakah mereka akan mengeluarkan satu kenyataan yang sebaliknya demi menjaga hati dan undi dari penyokong dan ahli mereka sendiri? Jika PAS (Parti Akur Sahaja) mengikut kehendak ahli-ahli mereka yang menyokong kepimpinan ulamak maka adakah kerusi PAS akan bertambah kurang pembahagiannya pada PRU 13 nanti. Semuanya akan terjawab, apabila PAS bersidang pada Sabtu ini?

Manakala rakan mereka dalam Paktan Rakyat khususnya DAP terus menolak perlaksanaan hudud lebih-lebih lagi Karpal. Ketegasan karpal dalam soal Hudud ternyata berjaya menarik perhatian sebentar mayarakat umum mengenai isu-isu yang melanda Anwar Ibrahim. Cukup cerdik Karpal memainkan isu ini demi melarikan perhatian dan fokus kepada isu Anuar dan Khalid Ibrahim di Selangor. Tidak dinafikan bahawa dalam soal ini Pakatan Rakyat ada kelebihan.

Tiada ulasan:

Pengikut