Jumaat, 24 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 24 Aug 2012 01:14 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Program Anwar Ibrahim 26/8/2012

Posted: 23 Aug 2012 10:06 PM PDT

Anwar semasa program Merdeka Rakyat Taman Ria Bukit Gantang

Program Sambutan Eidul Fitri Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim di Perak

26 Ogos 2012 (Ahad)

1) 4.00 – 6.00 ptg –
Rumah Terbuka Eidul Fitri KeADILanPerak
Lokasi: Lot 930, Dataran Fun Fair, Jalan Simpang, Simpang
Taiping

2) 7.30 mlm - Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Surau Baru Tengah, Kuala Kurau

3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat
Lokasi : Batu 8, Jln Parit Buntar, Bagan Serai

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty
iii. YB S Kesavan
iv. YB Haji Ramli Tusin
v. YBhg Mustafa Kamil Ayub
vi. YBhg Che Gu Bard

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 23 Aug 2012 11:10 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Beginilah setiap tahun Hari Raya..

Posted: 23 Aug 2012 05:50 PM PDT

Setiap tahun menyambut Hari Raya Aidilfitri saya akan sempurnakan semacam satu jadual yang telah disetujui oleh keluarga saya.

Selepas solat Raya, saya akan berada di rumah untuk menunggu kehadiran anak-anak saudara dan cucu-cucu berhariraya.  Hampir ratusan mereka sampai di rumah.  Keluarga dan sanak saudara saya sangatlah besar di Temerloh ini, hampir beberapa Mukim di Temerloh ini adalah saudara mara saya, pupu-pupu (sepupu) dari keluarga ayah dan emak bertaburan di Temerloh ini.

Selepas jam 8.00 malam di Hari Raya Pertama, saya akan menziarahi adik saya dan keluarganya di Kg Batu 4, dan menghabiskan masa di sana, makan nasi bersama dan selepas itu berbual-bual tentang hal keluarga.

Jam 11.00 malam, kami sekeluarga pulang ke rumah.

Pada hari Raya Kedua, saya ziarahi rumah Abang Tua saya di Kampong Lubok Kawah, Temerloh.  Abang Tua saya sudah tiada, sudah lama meninggalkan kami, tetapi anak-anaknya dan cucu-cucunya begitu ramai, kami habiskan masa kerana bukan senang nak jumpa dengan anak-anak saudara dan cucu-cucu kepada Abang Tua saya.

Selepas beraya di Rumah Abang Tua, saya pergi ke rumah Naz, iaitu anak kedua kepada Abang Din saya, di Kg Bukit Tingkat, Temerloh.

Suami Naz bertugas di Shah Alam, Selangor dan Naz bertugas sebagai seorang Guru.  Selepas itu akan menziarahi rumah saudara mara yang lain.

Pada Hari Raya Ketiga, saya dan keluarga beraya pula di Melaka, ke rumah Kak Jam, Abang Mail, Abang Khalil dan Abang Yusof di Merlimau, Melaka.  Kami habiskan beraya di Melaka hingga ke Hari Raya Kelima.

Di Hari Raya Ke Lima itu, kami sekeluarga akan menziarahi pula keluarga Kak Bibab di Bangi.  Suaminya, Dato Dr Nik Rashid Ismail sudah beberapa tahun meninggalkan kami.

Setelah itu kami pergi pula ke Pekan Hulu Langat di Kg Melaka ke rumah Abang Mat, Abang tertua kepada Kak Hendon.  Semuanya ada di sana, Abang Ibrahim dan anak-anak serta cucu-cucunya juga ada disana.  Abang Ibrahim adalah Abang Ke-3 Kak Hendon.

Hampir 5.30 petang, saya dan keluarga pergi pula ke Meru ke rumah adik saya, Jaenah Said.  Makan malam disana, dan setelah menghampiri jam 10.00 malam, kami bertolak ke rumah adik saya Dr Nasta Mimi di Taman Permata, KL, dan oleh kerana kesuntukan masa, saya pinta adik saya yang seorang lagi, Suzelan Amir, dan keluarganya datang beraya di Rumah Mimi.

Jam hampir 12.00 tengah malam kami meninggalkan rumah Mimi untuk bertemu dengan Sdr Rebin Birham di Stesyen Minyak Petronas berdekatan untuk mengambil banner dan berbincang seketika mengenai program-program Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR semasa bulan Syawal ini termasuklah Rumah Terbuka di Kuala Krau, Rumah Terbuka di Palong, dan Rumah Terbuka di Felda Sg Tengi. Dan menetapkan tarikh mesyuarat JK Biro yang kami setujui diadakan bersamaan Rumah Terbuka di Palong, NS.

Dalam jam 12.30 malam, saya dan keluarga bertolak ke Temerloh, dan hampir jam 2.30 pagi sampai di Rumah kami.

Hari ini Helena dan saya akan buat pemeriksaan doktor di Klinik Dr Chan, doktor pakar di Mentakab, dan jam 4.00 petang nanti, saya akan berhari raya di Rumah Sdr Ramli Lin, Felda Jengka 24.

Pada 25hb Ogos 2012, Mesyuarat Jawatankuasa PKR Kuala Krau dan pada 26hb Ogos 2012, mesyuarat yang dianjurkan oleh PKR Cabang Raub bersama-sama dengan parti-parti komponen PR di Raub.

Sekian, terima kasih.




Anwar Ibrahim

Posted: 23 Aug 2012 07:51 PM PDT

Anwar Ibrahim


Mahathir : Dendam Kesumat Yang Tidak Berpenghujung

Posted: 23 Aug 2012 12:05 PM PDT

Anwar Ibrahim Club (AIC) amat tertarik dengan serangan terbaru Tun Mahathir terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim seperti yang disiarkan sebuah portal semalam, dengan menyebut Ketua Umum PKR itu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mempunyai persamaan iaitu menabur banyak janji besar tetapi tidak dipenuhi.

Beliau juga menggesa supaya sokongan diberikan kepada BN kerana Anwar, kata Mahathir, menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.

Umum mengetahui sejak lama , Mahathir mempunyai dendam peribadi yang tinggi terhadap Anwar Ibrahim ekoran perbezaan polisi dalam urustadbir kerajaan semasa Ketua Pembangkang Malaysia itu menjadi orang nombor dua Malaysia dalam kabinet Mahathir , yang akhirnya melakar sejarah hitam demokrasi negara pada 1998.

Serangan terbaru ini adalah rentetan tekanan demi tekanan yang diterima Mahathir berikutan kelemahan pentadbiran Najib Razak yang kini sedang diasak oleh Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim untuk mara ke Putrajaya. Mahathir melihat situasi ini amat membahayakan kedudukan beliau sebagai 'de facto' kerajaan serta sekali lagi bakal menyebabkan perniagaan anak kesayangan beliau iaitu Mirzan menemui noktah buruk seperti dulu.

Lupakan Mahathir, Pakatan Rakyat Terus Mara Ke Putrajaya

AIC melihat omongan Mahathir ini sebagai tidak bermaya dan keluar dari mulut seorang bekas Perdana Menteri yang akan dilupakan satu hari nanti. Mahathir sengaja menutup mata melihat pembangunan dan perkembangan baik ekonomi yang dilakukan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Mahathir lupa kebanyakkan polisi kerajaan yang ingin segera diubah adalah disadur daripada idea Buku Jingga yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat apabila mentadbir Putrajaya nanti. Mahathir juga lupa pembangunan bukan sahaja melibatkan pembangunan stuktur bangunan tinggi semata-mata, tetapi asas ekonomi yang melibatkan kehidupan seharian rakyat terbanyak.

AIC yakin rakyat Malaysia tidak lagi memerlukan idea dan buah fikiran Mahathir yang jelas menjaga kepentingan diri dan kroni rapat dengan beliau. Malaysia tidak akan bankrap sekiranya memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, hatta melaksanakan polisi penurunan harga kereta. AIC hairan bagaimana seorang diktator selama 22 tahun boleh berfikiran secetek ini apabila menyebut tentang polisi ekonomi. 

Negara akan dan sedang menuju bankrapsi apabila ratusan juta dilaburkan kepada individu dan korporat secara tertutup dan tidak memulangkan hasil seperti skandal NFC melibatkan RM 250 serta skandal Bank Negara yang melibatkan RM 30 Billion wang rakyat yang diniagakan di pasaran matawang. 

Mahathir boleh terus berada dalam dilema yang beliau reka sendiri puluhan tahun lalu, rakyat Malaysia sudah bersedia untuk bersatu di bawah pimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru. Rakyat juga telah bertekad untuk menolak "Syaitan" yang mereka kenal, dan memilih seorang pemimpin baru yang betul-betul menunjukkan semangat untuk membawa Malaysia keluar dari kemelut identiti dan keruntuhan ini.

AIC meyakini dalam segala aspek sekalipun, Mahathir terlalu jauh untuk menggapai apa yang telah Anwar berikan kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya iaitu -Inspirasi. Disaat Mahathir termanggu manggu merasmikan perhimpunan ultra Melayu seperti Perkasa, Anwar Ibrahim dengan megah dan terhormat menjadi jemputan untuk merasmikan dan berpidato dalam perhimpunan ekonomi sedunia. 

Inilah dilema Mahathir, semakin beliau menghasut rakyat untuk membenci Anwar Ibrahim, jalan perubahan semakin terbuka luas. Usahlah berpura-pura mengambil berat tentang negara, jika seorang bekas Perdana Menteri memgang kepentingan dalam industri otomobil dan petroleum negara. Usahlah berbicara tentang moral jika anak sendiri memgang modal besar dalam syarikat arak antarabangsa.

Rakyat boleh mula melupakan Mahathir, dan jadikan pedoman dan doa supaya bangsa Malaysia akan datang tidak lagi dipimpin oleh maha karut seperti ini. 

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

Saifuddin Shafi Muhammad
PRESIDEN
AIC MALAYSIA

Program Sambutan Eidul Fitri Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Perak

Posted: 23 Aug 2012 12:01 PM PDT

26 Ogos 2012 (Ahad)

1)    4.00 – 6.30 ptg – Rumah Terbuka Eidul Fitri KeADILan Perak

       Lokasi: Lot 930, Dataran Fun Fair, Jalan Simpang, Simpang, Taiping

2)    7.30 mlm –  Solat & Tazkirah Maghrib

       Lokasi: Surau Baru Tengah, Kuala Kurau

3)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

       Lokasi : Batu 8, Jln Parit Buntar, Bagan Serai

       Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YBhg  Dr Mohd Nur Manuty

iii.                YB S Kesavan

iv.               YB Haji Ramli Tusin

v.                 YBhg Mustafa Kamil Ayub

vi.               YBhg Che Gu Bard    

Tiada ulasan:

Pengikut