Sabtu, 18 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 18 Aug 2012 03:17 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Selamat berhari raya. Maaf zahir batin.

Posted: 17 Aug 2012 09:02 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 17 Aug 2012 11:29 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kedahkini: Full Video : Borak bersama Anwar Ibrahim #BorakAnwar

Posted: 17 Aug 2012 11:55 AM PDT

Kedahkini: Full Video : Borak bersama Anwar Ibrahim #BorakAnw...

Posted: 17 Aug 2012 11:55 AM PDT

Ini semua Najib punya pasal!!!!

Posted: 17 Aug 2012 10:44 AM PDT

Siang tadi saya dan Sdr Azmi Zainun menyambung program turun padang dengan melawat Felda Jenderak Utara berbekal dua senjata (Have Gun will Travel) ha..ha..sumbangan untuk warga dhaif dan edaran untuk rumah ke rumah.

Edaran itu adalah untuk Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan.  Edaran untuk pekan Kuala Krau, Taman Setia, Taman Tg Kubu, Taman Kuala Krau, Taman Bahagia dan Taman Sri Desa sudah diselesaikan oleh Sdr Sri dan groupnya.

Saya dan Azmi sudah sampai di waktu yang tidak lagi sesuai untuk membuat edaran di Felda Jenderak Utara kerana sudah terlalu lewat petang.  Pn Nooryati Ghani dan Sdr Aliayasak Idris menyatakan bahawa edaran itu akan mereka selesai.  Bertemu juga dengan Sdr Mohd Nor, Ketua PKR Ranting Felda Jenderak Utara untuk mengaturkan PACABA/Sukarelawan menyelesaikan edaran rumah ke rumah.  Puan Leha telah memberikan kesanggupan untuk membuat edaran tersebut dan beliau akan juga mengajak Sdr Mat Juah, ahli baru dari Felda Jenderak Selatan untuk menyelesaikan edaran itu.  Pacaba/Sukarelawan Jenderak Utara dan Jenderak Selatan akan menyelesaikan edaran rumah ke rumah sebelum Hari Raya untuk membolehkan peneroka-peneroka dan generasi kedua mendapat maklumat didalam edaran tersebut.

 Sdr Aliayasak menerimakan sumbangan untuk diagih-agihkan kepada warga dhaif di Felda Jenderak Utara oleh sukarelawan PKR di Ranting Felda Jenderak Utara.
Sdr Azmi Zainun dan Sdr Aliayasak

Saya dan Azmi (Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau) menyerahkan kepada Sdr Aliayasak semua edaran dan sumbangan untuk diagih-agihkan.  Sdr Aliayasak adalah Ketua Markas Felda Jenderak Utara.

Didalam perjalanan pulang ke Kuala Krau, Sdr Azmi menceritakan bahawa harga getah pada hari ini telah jatuh begitu teruk dengan harga RM2.70 se kilo.

"Ini adalah kejatuhan paling bawah sejak harga getah turun selepas berlakunya durian runtuh kepada peneroka-peneroka Felda," kata Azmi.

Mengikut kata Azmi, semua penoreh getah di kampong-kampong kini menyalahkan Dato Najib kerana kejatuhan harga getah.  "Durian runtuh lah, dan entah apa lagi yang Kerajaan beri kepada peneroka Felda menyebabkan harga getah dan harga sawit jatuh dengan teruknya.  Harga getah jatuh dari hampir RM7.00 sekilo kepada RM2.70, dan harga sawit jatuh dari hampir RM800.00 satu tan kepada hanya RM500.00 satu tan," herdik seorang Pembeli getahu dari orang kampong di Kuala Krau.

"Ini semua Najib dan Kerajaan Barisan Nasional punya salah," kata Pembeli Getah itu.

Beliau mengajak penoreh-penoreh getah mengguling kerajaan Barisan Nasional didalam Pilihanraya akan datang, "Tak guna punya Kerajaan," katanya.

Orang kampong betul-betul teraniaya dengan kejatuhan harga getah ini.  Kalau dulu penoreh getah boleh dapat RM300.00 setiap 4 atau 5 hari setelah berbagi dua diantara penoreh dengan tuan tanah, jika penoreh itu tuan tanah sendiri, pendapatannya adalah lebihkurang RM600.00 setiap 4 atau 5 hari.

Kini penoreh-penoreh getah yang bukan tuan tanah hanya memperolehi tidak lebih dari RM70.00 setelah dibahagi dua dengan tuan tanah, ini bererti pendapatan penoreh-penoreh getah merosot hingga dibawah paras RM500.00 sebulan.  Ini bukan hanya paras kemiskinan, ini paras kemiskinan tegar, dan mereka menyalahkan Najib menyebabkan kehidupan Orang Kampong berada didalam keadaan yang dhaif.

"Peneroka Felda boleh juga dapat durian runtuh, tetapi kami dapat apa?" beginilah keluhan Orang Kampong sekarang ini.

Azmi menyatakan bahawa waktu sekarang ini adalah waktu paling baik buat PR jika pilihanraya umum diadakan.  Orang kampong berada didalam keadaan begitu marah kepada Najib dan Kerajaan Barisan Nasional.

"Harga barang naik tak sudah-sudah, harga komoditi kami turun tak sudah-sudah," saya mengajukkan cakap Azmi, seorang bekas pegawai di kedai PNF dan beliau sendiri kini menoreh getah berbagi dua dengan tuan tanah.


Semua Agama diharamkan di Negara China?

Posted: 17 Aug 2012 12:56 AM PDT

Kami seramai 12 orang telah melawat Beijing beberapa tahun lalu.  Sebelum berangkat ada yang menasihatkan kami supaya membawa payung ke mana-mana kerana kata mereka itu di Beijing itu tiada tandas awam, maka perlulah pakai payung jika mahu melepas supaya terlindung dari pandangan orang l;ain.

Ada juga yang menasihatkan supaya membawa seberapa banyak Mee Magee kerana di Beijing nanti sukar mendapatkan makanan yang halal.

Saya tidak yakin langsung dengan pandangan-pandangan itu tetapi ahli-ahli rombongan menyatakan lebih baik kita sediakan payung sebelum hujang.  Maka penuhlah beg masing-masing dengan makanan halal dari Malaysia.

Sesampai di Lapangan Terbang Beijing, satu lapangan terbang yang cukup sibuk dengan pesawat turun naik tak henti-henti, memang mengatasi suasana kebanyakan lapangan terbang di rantau ini termasuklah Kuala Lumpur, kami telah ditunggui oleh Travel Agent kami di Beijing.

Dia seorang Cina dan namanya agak sukar disebut, maka dia memperkenalkan dirinya sebagai KAMAL hanya untuk mudah disebut dan faseh berbahasa Melayu Indonesia.

Selama satu minggu kami berada di Beijing dan kawasan-kawasan sekitarnya kamai ditemani oleh Kamal yang menjadikan lawatan kami ke Beijing itu lebih seronok.

Berbagai-bagai tempat menarik dapat kami lawati seperti Masjid-Masjid di Beijing yang dibina jauh lebih lama dari sejarah Islam di Malaysia, kawasan-kawasan Istana Emperor yang terpahat didalam sejarah China, Tembok Besar Negeri China, pertunjukan Opera yang paling popular di sana, tempat-tempat perubatan tradisional, dan kawasan lapang untuk warga emas menghabiskan masa menari dengan partner masing-masing hingga ke larut malam.

Saya dan Kak Hendon berjaya memanjat Tembok Besar sampai ke kemuncaknya dan berjaya mendapatkan sijil kejayaan itu.  Ramai yang tidak mampu menaikki Tembok Besar itu.

Pada waktu pagi, tengah hari dan malam kami menjamu selera di Restoran-Restoran Islam yang wujud begitu banyak di Kota Beijing.

Kota Beijing adalah Kota Raya modern lengkap dengan semua fasilitas dan infrustruktur yang setanding bahkan lebih baik dari kebanyak Bandar Raya di Eropah.

Pada hari terakhir kami di Beijing, bapa saudara saya yang sudah menjadi rakyat China menjemput saya dan rombongan untuk makan malam di Hotel 5 Bintang.  Tergambar di pemikiran saya bahawa sudah tentu makanan di sana itu tidak halal.  Kami pergi juga untuk menengokkan Restoran itu.

Uncle saya tu pulak berlawak dengan kami mengatakan di sana ada berbagai masakan babi dan dia kata orang Arab pun suka makan di situ.

Apabila kami sampai di Restoran di Hotel 5 Bintamg itu, ada dua pintu masuk ke Restoran, satu FOR MUSLIMS ONLY dan satu lagi FOR NON MUSLIMS ONLY.

Uncle saya kata, "Ah..pilihlah nak gi mana satu".  Kedua-dua Restoran itu tidak berdekatan, masakan di tempat Muslim itu masakan Arab dan semua waiter dan waitress beragama Islam.

Semasa kami melawat Masjid tertua di Beijing, hari Jumaat.  Semasa mengambil wudhuk kani dibantu jirusan airnya oleh pembantu-pembantu masjid, kemudian kami diberikan towel untuk mengelap air di muka, tangan dan kaki.  Masjid itu penuh dengan para Jemaah.

Selepas kejadian itu tak da lagi ahli rombongan saya yg mengatakan China Komunis mengharamkan agama, itu hanyalah diayah Inggeris dan Barisan Nasional.






Have Gun Will Travel

Posted: 16 Aug 2012 11:41 PM PDT

(106) Facebook:

 Ibaratkan HAVE GUN WILL TRAVEL, demikianlah turun padang perlu dengan bekalannya.
 Diantara bekalannya adalah Surat Khabar Suara Keadilan dalam Bahasa Cina
 Antara bekalannya adalah edaran yang telah disediakan oleh PKR
'via Blog this'Antara bekalannya: Edaran program Ceramah

Anwar Ibrahim

Posted: 17 Aug 2012 07:32 PM PDT

Anwar Ibrahim


Percubaan Menggodam Blog Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 17 Aug 2012 10:36 AM PDT

Salam hormat.

Untuk makluman pembaca, blog ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya ‘perutusan khas’ oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dimuatnaik di blog ini.

Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa ‘perutusan’ tersebut adalah palsu dan bukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, justeru telah mengeluarkan posting tersebut serta merta.

Pihak kami difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya dirakam dan kini giat disebarkan oleh cybertroopers UMNO bertujuan memburuk dan memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sekian, harap maklum.

 

PASUKAN PENTADBIR BLOG DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

 

Borak bersama Anwar Ibrahim #BorakAnwar

Posted: 17 Aug 2012 07:08 AM PDT

Anwar Jawab Soalan Rakyat di Google Hangout 10 Malam Ini

Posted: 16 Aug 2012 11:19 PM PDT

KeadilanDaily

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik pertama dari Asia Tenggara yang dipaparkan dalam acara Google Hangout, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Program julung kali di Malaysia bermula jam 10.30 malam ini boleh diikuti melalui pautan http://www.youtube.com/user/anwarhangout/featured

"Setakat ini, lebih 700 orang menandakan kehadiran mereka di laman facebook dan jumlah ini dijangka akan meningkat.

"Enam rakyat Malaysia akan muncul sebagai tetamu Google Hangout dari rumah masing-masing. Mereka akan bergilir-gilir bertanya soalan.

"Sebanyak 40 peratus soalan dari ahli panel, 40 peratus (soalan bertulis dari twitter dan facebook) dan 20 peratus (soalan ketika acara berlangsung," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan melalui twitter dengan menggunakan hashtag #BorakAnwar atau tulis di laman Google Plus Events iaituhttp://is.gd/borakanwardan facebook iaituhttp://tiny.cc/borakanwar.

Program bual bicara secara langsung dari studio TV Selangor di Shah Alam akan dikendalikan Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah.

"Acara ini santai, tidak formal. Soalan berkisar mengenai kehidupan di rumah, tentang keluarga, sukan kegemaran. Juga soalan serius termasuk polisi Pakatan Rakyat," kata Nik Nazmi.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard turut menggunakan Google Hangout untuk berinteraksi dengan rakyat.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 17 Aug 2012 11:12 AM PDT

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


Kenyataan media – Pengundi Berdaftar di Sabah hampir mencapai 1 juta orang

Posted: 17 Aug 2012 03:49 AM PDT

Saya terkejut mengenai fakta dinyatakan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada sidang media di Kota Kinabalu Jun lalu bahawa pengundi berdaftar di Sabah kini 926,638 orang.


SPR turut menyatakan 258,943 penduduk Sabah berumur 21 tahun dan ke atas belum mendaftar sebagai pengundi. Menurut Banci penduduk 2012, penduduk Sabah ialah 3.2 juta. Ini bermakna setiap 1 dalam 3 penduduk Sabah adalah pengundi. Banci Penduduk dan Perumahan 2010 juga menunjukkan 27.7 peratus daripada 3.2 juta orang di Sabah ialah pekerja asing.

Dalam kiraan mudah penduduk Sabah sebenar hanyalah 2,310,000 (2.3 juta penduduk). Ini bermakna setiaap 1 dari 2 penduduk di Sabah adalah pengundi. Angka-angka ini sememangnya membimbangkan kami.Datuk Wan Ahmad Wan Omar turut mengaku "SPR menganggap ini sebagai satu nombor besar tetapi mengakui SPR tiada kuasa untuk mengesah bilangan penduduk dibanci dan juga nombor Mykad yang diterima penduduk itu.
Mengikut SPR, hanya Jabatan Pendaftaran Negara yang mampu mengesahkan pemberian Mykad di negeri itu. Parti politik Sabah khasnya Pakatan Rakyat sudahpun menyatakan kebimbangan mengenai pertumbuhan mendadak penduduk Sabah, namun diabai Umno.

Pada 1970, Sabah mempunyai populasi 653,604 manakala Sarawak adalah 976,269 orang. 10 tahun kemudian iaitu pada 1980, penduduk Sabah adalah 1,307,582 dengan Sarawak mempunyai 1,515,536.

Pada 1991, penduduk Sabah naik mendadak berjumlah 1,736,902 mengatasi Sarawak 1,648,217.

Trend membingungkan terus berlaku pada 2000 apabila banci menyatakan penduduk Sabah ialah 2,449,389 berbanding Sarawak hanya 2,012,616.

Pada 2005, penduduk Sabah mempunyai 3,313,000 manakala Sarawak masih pada tahun 2,000 seramai 2,340,000 orang.

Malah menteri Kabinet kanan Malaysia, menunjukkan aritmetik mudah bahawa penduduk Sabah meningkat kira-kira 285 peratus dalam tempoh 30 tahun manakala peningkatan di Sarawak hanya kira-kira 108 peratus.Setakat ini, walaupun ada pengumuman RCI oleh Perdana Menteri, terma rujukan masih belum diwujudkan dan hanya gimik pilihan raya untuk memenangkan pengundi.

Dr Roland Chia Ming Shen
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) merangkap
Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah

MEDIA STATEMENT – PKR is concern of SPR revelation that Voters in Sabah is close to a million.

Posted: 17 Aug 2012 03:48 AM PDT

PKR National Supreme Council Member cum PKR Sabah Secretary Dr Roland Chia is very concern with the recent revelation by Election Commission (EC) deputy chairman, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar in June 2012 by declaring that  Sabah now has 926,638 registered voters.

EC went on further that an additional of  258,943 people in Sabah aged 21 and above have not registered as voters.According to Dr Roland Chia -the latest 2010 population census showed that the Sabah population is 3.2 Million which translated that 1 in 3 of the Sabah population is a voter. The 2010 Population and Housing Census, also shows 27.7 per cent out of the 3.2 million in Sabah comprised migrant workers with a majority of them being Indonesians. If we were to take that into consideration, then the effective population of Sabah is 2.31 million. Then the situation is even worst that 1 in 2 population in Sabah is a voter. These figures are indeed worrying to all Malaysians especially Sabahans.

To add salt into injury, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar  confessed that "The EC regards this as a big number but went on to claim that EC has no power to verify such big numbers and put on the blame on the National Registration Department to verify on the population of Sabah.

Many political parties including those political parties from BN has expressed concern over the sudden population growth in the state.

In 1970, Sabah had a population of 653,604 while Sarawak's was 976,269 people. Ten years later in 1980, Sabah's population was 1,307,582 with Sarawak having 1,515,536.

In 1991, all of a sudden, Sabah, with a population of 1,736,902 overtook Sarawak's 1,648,217.The puzzling trend continued in 2000 when a census put Sabah's population at 2,449,389 and Sarawak's at only 2,012,616.

In 2005, we in the 'Land Below the Wind' were said to have 3,313,000 fellow Sabahans whereas Sarawak was still at the two million bracket with 2,340,000 people," he said.

Even a senior BN Malaysian Cabinet minister , pointed out that simple arithmetic shows the Sabah population increased about 285 per cent in 30 years while increase in Sarawak was only about 108 per cent.

As of date, despite on the announcement of RCI by the Prime Minister , the terms of reference has yet to be established and is just a election gimmick to pacify the voters. Dr Roland Chia lamented.

Press Report - Road Traffic Congestion Along Jalan Duta (Bundusan) Making Residents Unhappy

Posted: 17 Aug 2012 03:46 AM PDT

PKR Sabah has received a lot of complains lately with regards to the traffic congestion and  poor road traffic planning along Jalan Duta (Bundusan) Penampang. PKR  Sabah Secretary - Dr Roland Chia revealed today.

Residents  and Business operators have complained on the traffic congestion at the roundabout of the inter link between Jalan Duta (Bundusan Road) and Jalan Penampang Lama. This congestion is worst especially during the rush hours when parents send their children to schools.  The schools are SK Bahang, SMK Bahang 1, SRJK Yue Min, SK St Anthony and SMK Taman Tun Fuad and also surrounded by a dense population of residential and industrial areas. The local authorities must quickly look into alternatives to alleviate the problems with the possibility of installing traffic lights instead of roundabouts if the latter does not seemed to solve the traffic congestion.

One of the complainants who is a young mother – a  resident of Taman Penampang has difficulty using the round about in view of the heavy traffic and also frustrating drivers who drives furiously and in high speed around the roundabout. On many occasions, road traffic accidents occurred and resulted in her unable to send her children to school on time. Such high occurrence of road traffic accidents does not also augur well with the residents living there as it will pose a hazard to the surrounding areas.

MEDIA RELEASE - DBKK MARKET in KAPAYAN 88 MARKET PLACE STILL ABANDONED –PKR SABAH

Posted: 17 Aug 2012 03:39 AM PDT

PKR Sabah Secretary – Dr Roland Chia expressed mixed feelings over the preferential treatment in developing markets in Kota Kinabalu & Penampang.

Whilst the Kota Kinabalu Central market was given major facelifts, the 88 Market Place in Kapayan and the Penampang Donggongon Wet Market has yet to see any news on their completion and operational date. Many potential hawkers are deprived in operating due to this prolonged situation in addition to the potential economic downturn that has already begun globally.

Dr Roland Chia was highlighting this when visiting the abandoned market project in 88 Market Place. We need to have more markets to cater for the fast growing population of Kota Kinabalu & Penampang.

Kota Kinabalu proper has a population of 452,058 while the larger urban area which includes Penampang district has an estimated population of 651,658. It is the largest urban centre in Borneo and the sixth largest in Malaysia.

As compared to zero progress on the Kapayan 88 Market Place Market and the Penampang Donggongon  Wet market,the upgrading works at the Central Market food court is almost completed and an additional grant given by the State Government of RM500,000 enabling the city hall to carry out the upgrading works on the food court area involving 96 food stalls and also the second phase, on the food court catering to both Muslims and non-Muslims involving 36 lots, located near the Segama overhead bridge was completed in May this year.

Dr Roland Chia urged the authorities to have Kapayan 88 Market Place and Penampang Donggongon Wet Market solved immediately.

Sumbangan Kurma & Beras kepada Surau Nurul Islam, Kapayan.

Posted: 17 Aug 2012 03:28 AM PDT

17.08.2012.03.317.08.2012.03.117.08.2012.03.2

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 17 Aug 2012 10:04 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


LIVE: Borak Bersama Anwar Jam 10.30 Malam Ini

Posted: 17 Aug 2012 06:48 AM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut