Isnin, 23 Julai 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 23 Jul 2012 03:43 PM PDT

Tiba-tiba sahaja Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dari UMNO/BN buat keputusan bahawa SYABAS tiada keperluan untuk mencatu bekalan air ke Selangor dan kawasan sekitar Wilayah Persekutuan buat masa ini. Baca di sini

Lawak betul! Muhyiddin nih! Mengalahkan mana-mana badut! Korang tak rasa pelikkah? Sejak bila Muhyiddin Yassin ini jadi pengerusi eksekutif Syabas? Bukankah SYABAS sebuah syarikat konsesi air?

Bukankah sebelum ini diorang kata tidak ada pilihan, selain melakukan catuan air yang kononya untuk mengatasi gangguan bekalan air di Selangor?

Diaorang desak kerajaan negeri Selangor supaya segera membina Loji Rawatan Air Langat 2 Loji yang merupakan salah satu komponen dalam Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor.yang menelan kos RM8.9 bilion.

Bukankah dengan mengada-adakan krisis air ini, SYABAS bertujuan mendera rakyat Selangor dan meletakan kesalahan tersebut kepada kerajaan negeri kerana tidak segera membina Loji Air Langat 2 itu. Supaya rakyat benci kepada PR dan Umno/BN dapat merampas semula Selangor.

Tetapi apabila kerajaan Selangor bertindak mahu memecat Rozali Ismail, tiba-tiba sahaja Muhyiddin muncul mahu menyelamatkan kroninya ini!

Beritanya sila klik di sini

Keputusan itu dibuat apabila sekumpulan penyokong kerajaan negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat SYABAS di Shah Alam hari ini sebagai sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pemegang konsesi air tersebut.

Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan "Kembalikan air kepada rakyat", "Hentikan catuan air", dan "Pecat Tan Sri Rozali Ismail".

Kumpulan tersebut menyerahkan memorandum yang diterima oleh pengarah eksekutifnya Ismail Hashim, menggaris tujuh perkara yang antara lainnya membantah cadangan SYABAS untuk mencatu bekalan air.

SYABAS dan Datuk Rozali perlu dihadapkan ke Mahkamah atas cubaan menipu dan menimbulkan kekacauan di negeri Selangor dengan menggunakan isu air yang kononnya perlu dicatu.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 23 Jul 2012 03:42 PM PDT


Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tiada keperluan untuk membuat catuan air di Selangor dan Kuala Lumpur buat masa sekarang jelas membuktikan isu air dijadikan gimik politik untuk menimbulkan prasangka buruk terhadap kerajaan Selangor.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pula menjadi alat UMNO untuk mengugut Kerajaan Selangor supaya memberi kelulusan pembinaan Loji Pembersihan Air Sungai Langat atau Langat 2.

Kerajaan Pusat sebenarnya tiada pun penyelesaian kukuh dalam menambahbaik bekalan dan pengurusan air terawat. Malah, mereka cuba mensabotaj usaha Kerajaan Selangor melakukan perkara yang betul demi melindungi kepentingan rakyat.

Kerajaan Pusat tiada perancangan bagaimana Langat 2 akan menyelesaikan kekurangan air sedangkan Kerajaan Negeri telah menyediakan pelan menerusi projek mitigasi air bernilai RM225 juta. Justeru, perlu ada jawatankuasa bebas yang akan menentukan projek mana yang lebih efektif menyelesaikan kekurangan air terawat tetapi pada kos murah.

Kerajaan Pusat Barisan Nasional perlu mengakui kesilapan ketika menandatangani Perjanjian Penswastaan Air pada 2004 dan kesilapan itu tidak boleh diperbetulkan sehingga sekarang.

Kerajaan Selangor mempunyai kuasa untuk mengambil alih SYABAS mengikut Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA). Keputusan Kerajaan Pusat untuk menghalang usaha ini jelas menunjukkan Kerajaan BN lebih menyebelahi syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan UMNO bukannya melindungi kepentingan rakyat.

Kita menyeru rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mempertahankan hak mereka dan mengelak dimanipulasi pihak berkepentingan yang mahu mengaut keuntungan atas kos yang ditanggung rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet, Muhyiddin, sebenarnya tiada pengalaman dan tidak menyumbangkan sebarang idea bernas dalam pengurusan air. Malah, ketika beliau menjawat Menteri Besar Johor, beliau telah menjadikan tariff air di negeri itu antara tertinggi di negara ini.

Ada juga usaha untuk menswastakan air kepada syarikat korporat MMC Corp Bhd yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bulkhary dan ini sudah tentu akan meningkatkan beban rakyat. Rakyat Johor berdepan dengan tariff air pada kadar tidak munasabah dan tidak mungkin menerima air percuma seperti di Selangor.

Kerajaan Barisan Nasional mungkin mahu menggadaikan hak rakyat Johor, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan berdiam jika ada pihak yang mengambil untung atas kesusahan rakyat.

YB ELIZABETH WONG
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tiada ulasan:

Pengikut