Ahad, 22 Julai 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Mengucapkan Salam Ramadhan Kepada Semua Umat Islam.

Posted: 21 Jul 2012 06:33 PM PDT


Perutusan daripada Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil: 
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA."
(Al-Baqarah :183)

Tujuan/maqasid diwajibkan puasa adalah supaya umat islam menjadi berTAQWA.

Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :

"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha.)



Amatlah rugi bagi mereka yang apabila berakhirnya bulan Ramadhan, mereka hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Banyak ayat Al-quran dan Hadis yang membicarakan soal Ramadhan. Jadi, kita sebagai umat islam haruslah mengikut setiap apa suruhan Allah bagi menjadikan kita orang yang bertaqwa.

Ramai orang yang berbicara, apabila tiba Ramadhan ia adalah bulan untuk beribadah dan ramai yang beranggapan bahawa ibadah hanyalah ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa dan berzakat. Hakikatnya, ibadah adalah suatu perkara yang bersifat umum. Setiap perkara baik yang diniatkan kerana Allah SWT akan dikira ibadat. Apatah lagi berjihad dan berjuang dijalan Allah, ia adalh satu ibadah yang sangat tinggi nilainya.


Kami, Dewan Pemuda PAS sentiasa komited bagi memastikan bahawa agama Islam ini akan berada di peringkat tertinggi di atas muka bumi ini. Sebagaimana kemenangan Islam yang pertama dalam perang Badar, begitulah juga kami Dewan Pemuda PAS ini. Kami akan berjuang dan berjihad bagi memastikan Sekularisma yang dibawa oleh penjajah dan kini diteruskan oleh BN akan dikuburkan dan Islam akan tertegak di bumi Malaysia ini.


Takbir, Takbir, Takbir..


Mohd Jawhar Mat Dawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil. 

Tiada ulasan:

Pengikut