Isnin, 25 Jun 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 25 Jun 2012 03:18 PM PDT


Sebelum itu aku pagi-pagi buta aku telah menerima panggilan telipon dari Cikgu Khairul Nasyio. Aku terkezut, sebab dapat panggilan darinya dipagi buta macam tu! Tentu ada perkara penting bisik hati ku.Tapi aku tenangkan perasaan. Kesihatan aku pun bukan pulih benar lagi.

"Nih hah! Berita pasal Sungai Rokam keluar muka depan Sinar!" Cikgu Khairul memecahkan keheningan pagi itu.

"O.K, O.K...." jawab ku lalu aku memanggil anak lelaki ku supaya membeli akhbar tersebut. Aku bukan pembaca setia Sinar pun .... aku lebih suka membaca online sahaja.Tang ini aku sangat kedekut nak keluarkan duit! Aku pun tak tahu berapa harganya.

Ternyata laporan akhbar tersebut merupakan fitnah.Liputan dari orang yang bernama Maimunah Khalid itu memanglah dia akan kata begitu sebab dia adalah Ketua Wanita Umno Sungai Rokam.Tentulah pelik kalau dia tidak menghentam ceramah Pakatan Rakyat.Mana ada pemimpin Umno yang suka kepada ceramah Pakatan Rakyat? Mampuslah kalau ada!

Demikian jugalah dengan Ketua Kampung yang bernama Hj Yahya Zainuddin.Dalam entri saya sebelum ini saya sifatkan dia ni macam anjing yang menyalak kerana disuruh tuannya berbuat begitu.Kesian dengan orang seperti ini yang rajin pergi ke masjid tapi boleh ikut telunjuk orang yang pernah buat karaoke pada malam Jumaat dan pernah buat kenduri Babi Panggang dan minuman arak.

Nampaknya, ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Rokam ini digeruni oleh Umno.Kalau tidak mengapa mereka bertindak mahu menghalang kami meneruskan program ceramah kami di situ?

Hj Yahya menonjolkan sikap bangangnya sendiri apabila mengesyorkan PR mengadakan ceramah ditempat yang lebih lapang.Memanglah kami mahukan tempat yang lebih baik dan lebih selesa.Tetapi apakah Hj Yahya sanggup memberi ruang itu kepada PR? Sila benarkan kami menggunakan Dewan Orang Ramai yang sedia ada itu.

Sewaktu saya Ketua Kampung dahulu, saya membenarkan Wanita Umno menggunakan dewan tersebut untuk mengadakan mesyuaratnya di situ.Tidak ada masalah bagi kami sebab dewan itu adalah hak orang ramai.

Apabila membaca laporan seterusnya mengenai aduan seorang yang bernama Muhammad Amin Chik mengenai perakam videonya dirampas oleh petugas ceramah PR, ini adalah keterlaluan.Ia cuba menggambarkan betapa ganasnya sikap petugas-petugar PR sewaktu program ceramah diadakan.

Walaupun saya tidak berapa sihat, saya berada ditempat ceramah sehingga petugas-petugas selesai mengemaskan segala-galanya.Tidak ada sesiapa pun yang datang mengadu jika benar kejadian seumpama itu berlaku.

Dan apabila saya membuat sedikit kaji selidik terdapat seolah-olah ada perancangan jahat yang telah mereka atur mengenainya. Entri Sungai Rapat Online ada memuatkan berita mengenai rampasan telepon dan perakam video sewaktu program ceramah di Taman Song Choon pada malam sebelumnya.Saya menghubungi Zulkifle Tapsiron, Ketua PAS Tmn Song Choon menceritakan mengenai perkara itu dan mengajak beliau buat laporan polis sama. Sila semak entri saya sebelum ini mengenainya.

Kami pun mengambil ketetapan untuk membuat aduan polis mengenai laporan palsu yang dibuat oleh Muhammad Amin Chik dan juga blog penjilat Hamidah BP itu. Pihak polis perlu membuat siasatan susulan mengenai aduan palsu tersebut.Polis perlu bertindak.Takkanlah polis pun sanggup diperbodoh-bodohkan dengan laporan palsu macam itu? Saya sendiri tidak pasti samada aduan Muhammad Amin Chik itu disertakan dengan sebarang bukti yang kukuh. Bolehkah orang yang buat laporan polis palsu dibiarkan begitu sahaja?

Muslimeen United

Posted: 25 Jun 2012 01:38 PM PDT

Tidak perlu apa2 caption... Cukup2 MISTERI???
Siapa pula lelaki di bawah ini ???

Tiada ulasan:

Pengikut