Sabtu, 16 Jun 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 16 Jun 2012 03:26 PM PDT


"Bolehkah saya kesana sama? Saya dan isteri saya ramai kenal mereka di sana tu," jelas Cikgu Nazri kepada saya bila saya beritahu yang YB Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon akan pergi ke suatu majlis Dailog bersama masyarat setempat di situ.

"Boleh! jawab saya, kita pergi sama..." Begitulah janji kami. Dan tidak lama kemudian, kereta Honda City hitam pun berenti kat depan rumah. Mereka dah sampai.

Kami pun pergi menuju ke tempat yang nak dituju.Aku bukan tau pun tempat tu kat mana, maka aku ngeko aje lah kat belakang kereta mereka. Dalam perjanan tu sempat jugalah aku mengambil gambar ini.


Pendekan cerita, maka kami pun sampailah ke majlis yang di tuju. Aku parking kereta tidak jauh dari khemah.Aku lihat Cikgu Nazri berlalu terus untuk mencari tempat letak kereta fikir ku sebab keadaan agak sesak di situ. Agak lama juga aku menunggu dalam kereta, muka Cikgu Nazri dan isteri tak nampak-nampak pun!

Aku pun terus keluar.Tengok ada RELA? Aku mula agak menggalabah! Tapi aku buat selamba bodoh aku aje terus berjalan menuju ke hadapan - ambil gambar.Ambik kow! muka-muka Umno! Rupa-rupa-nya majlis anjuran Hamidah BP!


Aku seperti biasalah, bukan nak ganggu majlis orang. Aku ambil gambar mana yang menarik pada pikiran aku.Manis-manis wanita Umno kat sini.Korang tengok sendiri kalau tak percaya...


Tapi apa pun, korang jangan tengok gambar awek saje sampai tak ternampak nun belakang tu....YB Dr Lee Boon Chye kena tahan sama diorang!Ada geng samseng yang tak benarkan Dr Lee dan rakan-rakannya untuk hadir dalam majlis dailog tersebut.

Kemudian bila orang RELA ini datang dan Dr Lee jelaskan tujuan kedatangannya bukan untuk buat kacau, maka Dr Lee pun dibenarkan duduk bersama para hadirin yang lain.

Ikut program, ianya akan bermula jam 3.00 ptg. Maka tunggu punya tunggu macam menunggu buah tidak jatuh!

Aku mula menjangkakan yang Hamidah BP tu tidak akan hadir untuk mengelak dari berdepan dengan Dr Lee dan Radzi Zainon yang turut hadir di majlis itu.


Tepat jam 4.00 ptg, diorang pun pasang lagu 'Dia Datang'.Rupa-rupanya menyambut kedatangan Hamidah BP! Apa punya janji! lu sudah lewat satu jam lah hoi mangkuk! cepatlah sikit!

Selepas ramai-ramai nyanyi lagu negaraku, Hamidah pun berucap.Dalam ucapannya itu, dia bagi tau yang majlis tersebut adalah majlis dia untuk beramah mesra dengan orang-orangnya ....'BUKAN' majlis berdailog!Ha! ha! ha! BP ini sudah lupa apa yang tertulis kat kain rentang dia tu! Ha! ha! ha!


"Saya tidak mahu meneruskan ucapan saya ini selagi orang yang tidak berkenaan berada di sini. Saya minta YB Parlimen Gopeng, Dr Lee dan calon DUN Sg Rapat Radzi Zainon beredar dari sini" katanya lalu terus duduk dengan menarik muka semasam cuka.Ha! ha! hangit betul nampaknya siBP!

Kemudian kelihatan beberapa orangnya pun menghala ke arah tempat duduk Dr Lee.Entah apa yang diaorang kecuhkan aku tak dengar atau tanyakan selepas itu.Tapi sudah tentulah mereka suruh Dr Lee dan Radzi Zainon supaya meninggalkan majlis tersebut!

Konon nak buat majlis berdailog dengan orang ramai, tetiba bila orang mai Hamidah BP dah naik hangit pula!Loh! kata 'Kehadiran Tuan/Puan Amat Dihargai'? Ha! ha! ha! ini macam punya orang pun adakah?

Sepatutnya inilah masa dan ketikanya Hamidah BP ambil kesempatan untuk berdailog dengan mereka ini kalau benar perbuatannya itu tidak menyalahi prosedur undang-undang. Kalau dia ikut prosedur betul kenapa mesti terkemut?

Kalau nak buat majlis tertutup, biarlah benar-benar ditempat yang tertutup dan bukan seperti ini di tempat terbuka dan di tempat awam seperti ini! Meroyan betul!

Dr Lee dan Radzi Zainon terpaksa mengalah. Mereka tidak mahu merosakan majlis orang. Tujuannya adalah untuk lebih memeriahkan lagi suasana agar masyarakat setempat dapat memahami situasi sebenar kenapa mereka bantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat diatas padang permainan kanak-kanak.


Korang bandingkanlah dengan gambar yang saya ambil sewaktu dalam perjalanan ke majlis ini tadi.Tiada langsung langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya diambil.Kawasan tapak bina se4cara terbuka tanpa dipagar.Tiada tanda 'larangan masuk' kepada yang bukan berkenaan dan pekerja pun tidak memakai pakain keselamatan seperti helmet atau safety boot.


Mana ada papantanda memaklumkan projek apa ke apa? Siapa nama kontraktornya, lesen kelulusan DBI apa nombornya, akiteknya siapa? Inilah antaranya yang perlu Hamidah BP kena perjelaskan kepada orang ramai dan jangan fitnahkan dengan memainkan sentimen perkauman bahawa Dr Lee Boon Chye menentang projek tersebut semata-mata bencikan Islam.

Apabila balik dan sampai ke rumah, YDP Hj Rahim beritahu Cikgu Nazri dah berada di Bagan Serai....ha! ha! ha! kejutan untuk Umno! Cikgu Nazri bawa isterinya sekali untuk majlis penyerahan borang masuk PAS kepada Tuan Guru malam ini bersama-sama dengan Abdullah Antong Sabri - salah seorang peminat blog ini suatu masa dulu.... selamat bersama dalam perjuangan yang suci ini, Allahu akbar!

DUNIACACAMARBA

Posted: 16 Jun 2012 03:26 PM PDT

[MSO] Mulanya saya malas ulas dan sentuh mengenai isu plat kereta WWW 1 yang membabitkan bekas MB Perak setahun Nizar Jamaluddin dengan Sultan Johor. Kepada saya isu itu remeh temeh dan bukan pun membangun politik negara. Jauh sekali untuk membangun minda rakyat negara ini. Sepatutnya isu seperti itu tidak dimasuk pun dalam kepala.

Apalah sangat dengan isu itu. Sultan Johor pun boleh biarkan begitu saja. Rasanya tidak jatuh martabat sultan itu kalau baginda tidak murka dan ikut terpanggil dengan isu itu. Adalah bijak kalau sultan mendiamkan sahaja. Lebih bijak kalau baginda memaafkan Nizar. Rasanya bagi Nizar masih ada isu lebih besar dan penting dari isu plat kereta itu untuk beliau bercakap dijadikan modal politik.

Isunya Nizar dikatakan menulis dalam twitternya yang plat itu dibida dengan menggunakan wang rakyat. Pihak sultan menjelaskan ia dibida dengan wang sendiri. Nizar minta maaf atas salah tulis dan salah tafsirkan itu. Ia kecil saja. Isu seperti ini tidak menjadi isu pun bagi politik Barat. Tetapi kerana ada penyamun yang hendak menyamun isu menerusi isu itu ia diperpanjangkan.

Bangkitlah rakyat yang angkat sepanduk mempertahankan sultan mereka. Yang mempertahankan sultan mereka. Yang membela sultan mereka. Baguslah. Bersungguhnya seolah-olah maruah sultan mereka sudah tercemar. Tetapi lucunya mereka bangkit begitu sekali kerana isu plat kereta. Masa isu Pulau Batu Putih, isu penjulan pasir ke Singapura, isu Jambatan Bengkok mereka tidak pun bangkit pegang lembing dan kayu untuk mempertahankan sultan mereka, mempertahankan maruah Johor yang melambak ke bumi itu.

Budak kecil pun tahu dan merasa lucu dengan apa yang dilakukan oleh panglima pembela sultan. Dituduh Nizar derhaka kepada sultan mereka. Apa derhakanya? Menterjemahkan erti dan makna perbuatan derhaka pun nampaknya kurang tepat.

Biarlah itu sikap dan pendirian orang Johor yang berani. Cuma saya hendak sebut kepada Nizar lain kali tidak usah gatal mulutlah soal sultan dan raja-raja ini. Zaman ini mana ada lagi zaman Mufti berani tegur sultan. Mufti yang berani kerana benar sudah pun tidak ada lagi. Jadi bila Mufti sendiri menjadi batang pisang kepada raja jangan pula kita pandai-panai hendak jadi batang balak kepada sultan.

Isu lain masih banyak kalau hendak dicakapkan soal pembaziran. Cuba selidik dan kaji. Jangan soal sultan dan raja-raja. Mereka kebal dan zaman ini ramai orang hendak berlindung di sebalik kekebalan. Sejuta kali benar dan betul pun yang Nizar kata ia tidak akan menjadi benar dan betul.

Saya lihat bekas MB Perak setahun ini semacam tidak berapa bijak dalam politik. Kurang bijaksana dan kurang daya politiking. Beliau yuang berada dalam sistem politik sekular harus tahu. Bahawa dalam politik sekular tiada kebenaran, tidak ada kejujuran dan tidak ada ketulusan. Kejujuran, niat baik kita pun akan dieksploitasikan menjadi isu dan dijadikan modal untuk membalun kita.

Dalam hal plat kereta itu Nizar sudah pun merasai di mana kejujuran dan niat baiknya telah memakan dirinya. Semoga beliau insaf dan selepas ini gam terus soal-soal sultan dan raja dari perbicaraan politiknya.

Begitu juga hasrat nak jumpa Sultan Johor dan mohon maaf rasanya tidak perlu. Lagipun raja tidak menjawab surat permohonannya. Kalau sultan tidak hendak jumpa diamkan saja, jangan kita mengada-naga hendak tunjuk berani. Silap hari bulan keberanian dan ketulusan itu akan memarahkan lagi diri kita.

Nizar harus belajar dari kesilapan lalu untuk memulihkan reputasinya dalam politik. Gara-gara telah melakukan sembah derhaka kepada Sultan Perak - walau pun istilah itu ada Nizar dianggap derhaka. Parahnya konotasi dan erti derhaka atau tidak itu bukan ditentukan oleh raja dan sultan tetapi mereka yang mencari perlindungan dari istana.

Tiada ulasan:

Pengikut