Pakatan Rakyat |
Posted: 15 Jun 2012 03:29 PM PDT Agak menarik kalau kita meneliti serba sedikit mengenai kedua belah pihak keluarga tersebut . Laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan. Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta). Laporan itu juga menyatakan : Bolat says he has discovered that Maira has had several aliases — and that she's wanted by Interpol and Kazakh authorities for crimes including kidnapping and extortion.Sila klik di sini Kisah ini tentunya mengingatkan kita kepada peristiwa pembunuhan Altantuya yang dikatakan Najib terlibat sama – 1) Dua orang polis - Ketua Inspektor Hazilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang dikambing hitamkan itu adalah bodyguard Najib sendiri. 2) Urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia, Abdul Razak Baginda adalah merupakan teman baik Najib. 3) Bom C4 yang digunakan dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya adalah milik Angkatan Tentera Malaysia. 4) Najib adalah Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Semuanya itu ada kaitan dengan Najib! Najib! Najib! Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, bukankah mereka ini sama borosnya? Tepat sekali pepatah Melayu, enggang sama enggang, pipit sama pipit. Atau bidalam dalam Inggeris – Birds of a feather, f**k together! ha! ha! ha! ambiiiik ko! Laporan itu turut mengatakan bahawa Daniyar telah menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan? Bolat's lawyers said they have searched for him in five countries — including Malaysia, where he's reportedly engaged to the prime minister's daughter, Nooryana Najwa, whom a source said he met at Columbia.Mengapa sehingga kini tidak ada satu kenyataan pun keluar dari Seri Perdana mengenainya? Benarkah pertunangan antara Daniyar dan anak Perdana Menteri Malaysia, Nooryana Najwa, tidak terjejas ? Apakah benar seseorang ibu bapa itu sanggup menerima seorang pembohong dan kaki songlap seperti Daniyar itu untuk dijadikan menantu? Tapi apabila kita memikirkan peribahasa itu tadi, memang tepatlah bagi kedua belah keluarga ini. Kalau bahasa pasarnya, Penyangak sama penyangak .... Amat bertepatan sekali sebagaimana yang Allah SWT gambarkan melalui sepotong ayatNya iaitu Surah An-Nur ayat 26 :
Tahniahlah kepada Najwa kerana pandai mencari bakal suami. Walaupun cerita terbaru mengenai Maira ada di sini | |||||||||||||||||||||||||||
Posted: 15 Jun 2012 03:24 PM PDT | Umno undang anggota Parti Komunis China ke Malaysia Posted: 15 Jun 2012 05:42 AM PDT KUALA LUMPUR : Kerajaan Umno BN kini umpama 'senjata makan tuan' kerana menuduh kononnya terdapat usaha oleh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menghidupkan semula ideologi Komunis di negara ini. Walhal tuduhan itu memakan diri mereka sendiri apabila delegasi Parti Komunis China tiba di negara ini semalam kononnya bagi perkukuh hubungan. Menurut portal kawalan Umno, Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), He Guoqiang tiba di sini untuk lawatan kerja empat hari. Ketibaan He, yang juga Setiausaha Suruhanjaya Pusat bagi pemantauan disiplin CPC bersama anggota delegasinya, disambut Duta Besar China ke Malaysia, Chai Xi dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh. Ab Rauf dilapor berkata, ketibaan He adalah atas jemputan Kerajaan Malaysia dan Umno untuk memperkukuh hubungan kepimpinan antara kedua-dua parti dan negara. "Malah peminjaman sepasang beruang panda dari Kerajaan China juga adalah simbolik persahabatan antara kedua-dua negara," katanya dipetik. Sepanjang lawatan ke Malaysia, He dijadual membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada 26 Jun tahun lalu, 30 aktivis PSM ditahan di Pulau Pinang dalam kempen bertemakan 'Udahlah..Bersaralah.." Kerajaan BN menerusi polis pernah menuduh aktivis berkenaan menghidupkan semula gerakan Komunis dan cubaan memerangi yang Dipertuan Agong. Tindakan Umno BN itu bertujuan menyekat Perhimpunan Aman Bersih 9 Julai tahun lalu. Tuduhan ini kononnya kerana polis menjumpai kemeja dan risalah dengan gambar pejuang kemerdekaan seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani. Namun, hari ini, tuduhan itu balik semula memakan diri kerajaan Umno BN. | Kongres bincang cadangan siswa tanding PRU Posted: 15 Jun 2012 05:36 AM PDT
Kumpulan pelajar pro-Mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhasrat untuk meletakkan calon bagi bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Pengerusinya, Muhammad Safwan Anang bagaimanapun berkata, perkara tersebut akan diputuskan di dalam Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 4 (KGMN 4) yang akan diadakan pada 23 Jun nanti. "Di dalam kongres ini kita juga akan ada perbincangan kemungkinan mahasiswa letak calon bertanding pada pilihan raya akan datang. Tapi kita perlu dengar daripada kumpulan yang lain juga. Apa pandangan mereka. " Masih belum terlambat rasanya untuk hasilkan keputusan yang tepat bersama... kami rasa, ini adalah masa yang sesuai untuk berbincang sebelum tarikh pilihan raya yang masih jadi teka-teki kerajaan," katanya pada sidang media di Kelab 50B hari ini. Kongres yang diadakan di auditorium tertutup Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu juga akan turut mengadakan pentas pidato pada sebelah malamnya yang akan menampilkan pimpinan daripada Pakatan Rakyat dan Umno. Safwan berkata, pentas pidato antara mahasiswa dan pimpinan parti itu adalah acara kemuncak bagi memberi peluang masyarakat mendengar hasrat mahasiswa. "Pagi dan petang adalah terhad untuk persidangan. Malamnya kita sasarkan pada orang awam," katanya. Pemimpin yang diundang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. | Dua ahli PKR diberi surat tunjuk sebab Posted: 15 Jun 2012 05:34 AM PDT MALAYSIA KINI PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua ahlinya dari Cabang Kapar berhubung dakwaan penyelewengan baucer Program JOM Shopping.Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, kerajaan negeri sedang menyiasat aduan berhubung dakwaan penyelewengan tersebut. Program JOM Shopping merupakan salah satu program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor. Dalam satu kenyataan hari ini, Saifuddin PKR memandang serius perkara itu dan melalui mesyuarat Biro Politik pada 13 Jun lalu, telah meminta Jawatankuasa Disiplin parti mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka. Katanya, ia termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kedua-dua ahli berkenaan. Pada waktu yang sama, katanya, keanggotaan seorang daripadanya digantung secara serta-merta berdasarkan Fasal 27.3 perlembagaan Parti sementera menunggu siasatan disiplin selesai. "PKR sekali lagi menegaskan tidak akan berkopromi kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin, lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik parti," tambahnya. Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa kerajaan negeri Selangor menawarkan baucar beli-belah bernilai RM100 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri ini sempena program 'Jom Shopping' yang diperkenalkan pada 15 Julai tahun lepas. Sebanyak RM10 juta diperuntuk untuk program ini melalui keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri hanya mengenal pasti lima ataupun enam kes seumpama itu. Katanya setakat ini sejumlah RM8 juta dibelanjakan untuk program itu dan hanya sekitar RM6,000 yang diragui perbelanjaannya. | Jerebu: 3 kawasan di S'gor tahap tidak sihat Posted: 15 Jun 2012 05:19 AM PDT MALAYSIA KINI Tiga kawasan di Selangor mencatatkan tahap kualiti udara tidak sihat pada pukul 11 pagi tadi, ketika keadaan jerebu semakin teruk di Semenanjung akibat musim panas sekarang dan disyaki ekoran pembakaran terbuka di utara dan tengah Sumatra.Laman web Jabatan Alam Sekitar menyenaraikan Kuala Selangor mencatat Indeks Pencemaran Udara tertinggi dengan bacaan 131, diikuti Pelabuhan Klang (130) dan Shah Alam (106). Bacaan 101 atau lebih merupakan tahap tidak sihat manakala bacaan antara 51 dan 100 dianggap sederhana. Tompok panas dikesan di beberapa kawasan di tengah dan utara Sumatera semasa musim panas sekarang. Kebiasaannya aktiviti pembakaran aktiviti dijalankan untuk membersihkan kawasan pertanian. Juga turut dikesan ialah aktiviti pembakaran terbuka di kawasan di selatan, tengah dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Sementara itu, di SHAH ALAM, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat negeri Selangor berkata kebakaran hutan gambut di kawasan seluas 83 hektar di Banting sejak 5 Jun lepas dikenal pasti sebagai antara punca kemerosotan kualiti udara di sekitar Lembah Klang ketika ini. Selain itu, katanya kebakaran sebuah kebun di kawasan seluas 90 hektar di sekitar Sabak Bernam hari ini turut menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. "Beberapa kawasan di Selangor khususnya Klang, Shah Alam dan Sabak Bernam mengalami penurunan kualiti udara," katanya ketika dihubungi Bernama. Sementara itu, Bernama juga melaporkan, kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di Lembah Klang dan Perak hari ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia. Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). | JKM diidakwa tipu isu IC anak jagaan Posted: 15 Jun 2012 05:15 AM PDT Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) mendakwa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menipu apabila mendakwa tidak dimaklumkan berhubung isu status kenegaraan 1,758 anak bekas penghuni institusi jagaannya. Presidennya Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM Noraini Mohd Hashim berhubung perkara itu kelmarin bertujuan untuk memanipulasikan fakta. Sebaliknya, Muhammad Khairul (bawah) berkata, beliau sebelum ini telah berjumpa sendiri dengan Noraini pada 4 Jun lalu di Putrajaya. "Saya dah pergi ke JKM dan beri dia (Noraini) 20 nama. Dia kata akan bantu. Kalau saya bagi dia semua seribu nama, dia boleh selesaikan semua ke? "Cik (wartawan) pun ada masa saya pergi ke JKM kan? Semua media boleh jadi saksi. Dan masa perbincangan itu, saya dengan pembantu saya dan Noraini bersama pembantu Cik Noraini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Rabu lalu, Bernama melaporkan, Noraini berkata, pihaknya tidak menerima maklumat mengenai dakwaan Perbak dan tidak boleh menyiasatnya jika senarai nama berkaitan tidak diserahkan. Menurut Muhammad Khairul lagi, semasa pertemuannya dengan Noraini minggu lalu, beliau diarahkan supaya "tutup mulut" tentang perbincangan itu. "Dia suruh saya tutup mulut dan nak bagi bantuan 1Azam dan bantuan bulanan. Dia yang suruh datang sebab nak bincang. "Saya takkan kembali ke sana (pejabat JKM). Kerana bagi saya dia cuba nak memperbodohkan dan mempermainkan dengan saya," katanya sambil menambahkan akan membuat satu lagi pendedahan berkaitan pada Isnin depan. Sebelum ini, Perbak mendedahkan seramai 1,758 individu di bawah persatuannya yang keluar daripada JKM tidak mendapat status warganegara. Sehubungan itu, Muhammad Khairul mengancam untuk ''berperang'' dengan JKM sekiranya tiada tindakan setelah menyerahkan 20 nama kepada Noraini. | Mat Sabu cabar pengerusi Majlis Fatwa ketuai BERSIH Posted: 15 Jun 2012 05:12 AM PDT Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mencabar Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Abdul Shukor Husin untuk mengetuai perhimpunan BERSIH jika ia diadakan sekali lagi pada masa akan datang. Katanya, ia tugas ulama untuk "menentang kemungkaran dan menegakkan kebenaran" seperti mana dilakukan "ayatullah" di Iran yang memimpin anak muda dalam revolusi Islam negara itu pada 1979 (bawah). "Kenapa di Malaysia ini golongan agama khas yang duduk dalam kerajaan menjadi penonton dan pembela kepada golongan penyeleweng? "Kalau (pengerusi bersama Datuk) Ambiga tak sesuai dan Datuk A Samad Said tak sesuai, barangkali rambutnya tak ikut sunah atau misai dia panjang ka, elok pengerusi Majlis Fatwa mempengerusi BERSIH," katanya. Bercakap dalam temubual bersama saluran atas talian Radio Bangsar Utama (RABU) malam tadi, Mohamad mendakwa sekiranya Abd Shukor enggan berbuat demikian, "kita nampak dia menyokong (pihak yang) kotor". Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar berhubung kredibiliti keputusan MFK berhubung isu perhimpunan BERSIH berbanding fatwa ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menyeru rakyat Mesir turun ke Dataran Tahrir. Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dilapor memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara. Abdul Shukor Husin dilapor berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas. Bagaimanapun Selasa lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dilapor berkata Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi BERSIH (atas). | SKJ(C) Kajang Terbakar : Kerajaan Selangor Bantu RM100,000 Posted: 15 Jun 2012 05:09 AM PDT KAJANG: Kerajaan Selangor menyalurkan bantuan RM100,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Jenis Cina (SJK (C)) Yu Hwa Kajang terbakar baru-baru ini. Dalam kejadian itu memusnahkan bangunan dua tingkat yang tedapat di sekolah berkenaan. Sumbangan itu diserahkan oleh Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali yang menyerahkan cek bantuan sumbangan itu kepada pihak sekolah bagi pihak Kerajaan Negeri. Menurut Dr Halimah, beliau mengharapkan Kerajaan Pusat agar segera membantu sekolah ini yang jumlah muridnya hampir 2,800 orang agar persekolahan dan pembelajaran mereka tidak terjejas. "Sekolah telah mengalami kerugian yang amat banyak di mana makmal multimedia dan perpustakaan di mana 500,000 naskah buku-buku telah hangus. "Orang ramai juga boleh tampil membantu sekolah ini," ujarnya pada sidang media. Sementara itu, Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu yang turut melawat sekolah berkenaan berharap pihak Kementerian Pelajaran boleh memberikan bantuan yang secukupnya. "Bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah dicadangkan agar pihak berkenaan dapat menyediakan kelas dalam kabin yang mempunyai hawa dingin untuk pelajar meneruskan pelajaran dengan baik buat sementara watku,"katanya. Turut hadir dalam lawatan itu,Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat. Sebelum itu, Adun Kajang, Lee Khim Sin turut menghulurkan bantuan berjumlah RM30,000 bagi membantu Lembaga Pengurus Sekolah untuk bantuan awal. | Timbalan Ketua Polis Kuala Krai antara 3 maut kemalangan Posted: 15 Jun 2012 04:30 AM PDT Kemalangan kira-kira jam 1 pagi itu, yang berlaku di Kampung Labok, turut mengorbankan seorang wanita. Sarjan Kadir Kumin bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai. | 2 jurutol Plus cedera terkena tembakan Posted: 15 Jun 2012 04:29 AM PDT SINAR HARIAN SEREMBAN - Dua orang jurutol Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) cedera terkena tembakan dalam kejadian samun di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara di sini, 9.57 malam tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata ketika kejadian, mangsa, Nurijah Rosli, 24, dan Mohd Haffiz Zamri, 26, yang menaiki motosikal untuk memindahkan wang kutipan tol di pejabat Plus di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara, tiba-tiba dihalang sebuah kereta sebelum salah seorang daripada lelaki di dalam kereta tersebut melepaskan tembakan ke arah mereka. "Nurijah yang menunggang motosikal tersebut cedera di bahagian belakang badan manakala Mohd Haffiz cedera di kaki kanannya. Siasatan awal mendapati tiga das tembakan dilepaskan menerusi pump gun. "Setelah motosikal dan kedua-dua jurutol itu jatuh, penjenayah kemudian merampas beg duit yang mengandungi wang tunai RM2,000 daripada mereka sebelum memecut ke arah Sendayan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini. Katanya ekoran kejadian itu pihak polis akan melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dan gerakan memburu penjenayah sedang dijalankan. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Masjid berkata polis berjaya menahan seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat lelaki berumur 50-an dengan kesan tikaman di tepi jalan utama Linggi-Lubuk Cina, Rembau pada 15 Mei lepas. Katanya Ausman Mohd Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Din, 50, ditahan di kawasan Pasir Panjang, Port Dickson pada kira-kira pukul 11.30 malam, Rabu lepas. "Lelaki itu kini ditahan reman sehingga 19 Jun. Ausman, seorang dukun dipercayai orang terakhir yang sepatutnya ditemui simati. Kami yakin Ausman dapat membantu polis menyelesaikan kes ini. "Sebelum itu, polis menahan tiga lelaki berumur 30-an di Perak dan berjaya merampas sebuah kereta dipercayai digunakan simati semasa keluar rumah," katanya. - Bernama | Idris: Masyarakat Cina dan Melayu ibarat aur dan tebing Posted: 15 Jun 2012 04:26 AM PDT Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Seri Idris Jusoh berkata perpaduan antara dua kaum terbesar itu amat diperlukan dan sekiranya mereka dipisahkan akan rosaklah keamanan yang telah wujud sekian lama di negara ini. "Orang Melayu telah mengenali kaum Cina sekian lama dan begitu juga sebaliknya, oleh itu perpaduan dua kaum itu perlulah dikekalkan supaya negara terus aman dan maju serta kedua-dua pihak dapat menikmati kemakmuran secara adil dan saksama bersama-sama," katanya. Idris yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Cina yang diadakan di sini petang ini. - Bernama | Malaysia, nyatakan pendirianmu mengenai pembunuhan Rohingya Posted: 15 Jun 2012 04:20 AM PDT Presiden Merhrom, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, mayat yang dibakar dan terus hilang. KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dituntut untuk menyatakan pendirian berhubung isu pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Arakan, Myanmar. Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Selamatkan Rohingya, Azmi Hamid berkata Ketua Negara-Negara Asean sepatutnya mengadakan mesyuarat tergembar bagi membincangkan isu pembunuhan etnik ini. "Kami mendesak agar kerajaan Myanmar menghentikan segera perkara ini. Ia tidak boleh dibiarkan lagi," kata beliau kepada pemberita selepas menghantar memorandum kepada kedutaan Myammar hari ini. Katanya isu kekejaman ke atas umat Islam Rohingya ini adalah isu sejagat yang wajib khususnya umat Islam bangkit untuk membela dan menyatakan bantahan. Azmi menyatakan umat Islam etnik Rohingya dibunuh, diseksa, wanita diperkosa manakala rumah-rumah dan perkampungan mereka dibakar. "Kerajaan Myammar turut dituntut untuk membenarkan campur tangan agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat perkara yang dilaporkan," katanya. Himpunan tersebut diadakan selepas solat Jumaat, mulai berarak dari Masjid Tabung Haji ke kedutaan Myanmar di Jalan Ampang. Kira-kira dua ribu orang yang kebanyakkannya pelarian Rohingya di negara ini turut serta dalam himpunan tersebut sehingga berlaku kesesakan trafik di hadapan kawasan kedutaan terbabit. Sementara itu, Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (Merhrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, banyak mayat etnik Rohingya yang dibakar telah hilang. Melalui maklumat yang diperoleh, Zafar berkata, mayat umat Islam etnik Rohingya ini diambil oleh orang Buddha Rakhine dan kami tidak mengetahui apa yang dilakukan mereka. "Kami menuntut agar PBB segera melakukan siasatan di atas hal ini. Kami sentiasa menerima maklumat mengenai situasi di kampung halaman. Sehingga sekarang situasinya masih teruk dan akses maklumat dari luar juga dikawal oleh pihak tentera," katanya. | Demo 'Himpunan Oren Selamatkan Felda' 14 Julai Posted: 15 Jun 2012 04:13 AM PDT Demontrasi besar-besaran yang akan diketuai Mohammad Sabu dan turut dihadiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang. PUTRAJAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menganjurkan 'Himpunan Oren Selamatkan Felda' pada 14 Julai depan bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Saham. Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, peserta akan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kemudiannya berarak sejauh 2kilometer menuju ke Istana Negara bagi menghantar memorandum memohon supaya Yang di Pertuan Agong (YDPA) campur tangan isu FGV. Menurutnya, demontrasi besar-besaran yang akan diketuai Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dan turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula berarak selepas selesai menunaikan solat Zohor dan solat hajat. "Kita sudah menjemput beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), NGO Felda," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mensasarkan penyokong sekurang-kurangnya 20,000 peserta, Mazlan berkata pihaknya turut menjemput parti politik Pakatan dan Barisan Nasional (BN) sama-sama menyertainya kerana ia isu yang membabitkan masa depan peneroka. "Peserta yang mahu menyertai perhimpunan itu nanti boleh memakai pakaian berkonsepkan warna oren yang melambangkan Felda," katanya. Katanya, Anak kini sedang giat mengadakan roadshow memberi penerangan kepada peneroka dan generasi kedua Felda mengenai risiko penyenaraian FGV. Sebelum itu, Mazlan bersama wakil peneroka hari ini hadir ke Pejabat Perdana Menteri di sini menghantar notis kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut supaya memohon maaf kerana mengungkap perkataan 'haram jadah'. Notis itu menganggap Najib semasa menyebut 'haram jadah' di Jengka 8, Pahang pada 8 Mei lalu itu boleh membawa maksud anak luar nikah, anak tidak sah taraf, pengkhianat, jenis tak tahu malu, tidak setiua dalam perjuangan, tak jujur, dan tak layak terima durian runtuh. "Datuk Seri dikehendaki memohon maaf secara terbuka mengikut teks yang akan disediakan oleh kami dihadapan warga peneroka Felda Jengka 8 dan bayar pampasan ganti rugi sebanyak RM10,000 setiap satu klien kami dalam tempoh 48 jam dari tarkikh terimanya surat ini kerana telah mendatangkan keaiban, kerosakan dan kerugian kepada klien-klien kami. "Kegagalan Datuk Seri untuk berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan undang-undang diambil terhadap Datuk Seri menuntut jumlah yang dinyatakan termasuk ganti rugi teladan, teruk, kos dan faedah tanpa sebarang rujukan kepada Datuk Seri," notis tersebut dipetik. Notis itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Saiful Azhar petang tadi. | Nizar hantar surat mohon hadap Sultan Johor Posted: 15 Jun 2012 02:20 AM PDT
SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menghantar surat memohon perkenan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebentar tadi. Dalam surat itu, Mohamad Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak memohon menghadap Sultan Johor bagi mengzahir permohonan maaf berhubung kenyataan beliau menyentuh pembidaan nombor pendaftaran WWW 1. Ketika dihubungi, Penolong Setiausaha Pas Perak, Safarizal Saleh mengesahkan surat itu dihantar. Surat itu dialamtkan kepada Setiausah Sulit kepada Sultan Johor, Jaba Mohd Noah. Nizar antara lain berkata, beliau memohon menghadap Sultan Johor bagi menjelaskan kesulitan yang berlaku. Selasa lalu, Mohamad Nizar berkata, beliau bersedia untuk menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan no pendaftaran WWW 1. Mohammad Nizar berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi mengadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut. "Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri. "Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak...ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya. Beliau kini disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaannya di twitter berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 dengan harga RM520,000. Sultan Ibrahim memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 dan kemudian Mohammad Nizar melalui twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri. Dalam pada itu, Mohamad Nizar ketika ditemui wartawan di Ipoh pagi tadi berkata, beliau akan mengemukakan saman fitnah kepada dua organisasi media kerana mendakwa memutarbelitkan mesej twitternya berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1. Beliau berkata, saman yang akan dikemukakan dalam masa terdekat itu dibuat berikutan tindakan penyiaran laporan yang dibuat kedua-dua media berkenaan, dikatakan menjadi punca timbulnya pelbagai persepsi rakyat terhadap mesej yang dikeluarkannya, 28 Mei lalu. "Saya sudah berbincang dan keputusan sudah dibuat untuk mengemukakan saman fitnah ini dalam masa terdekat. "Ada satu lagi stesen televisyen akan terlibat sama dalam isu saman fitnah ini, tetapi yang itu pihak saya masih lagi meneliti laporan yang dikeluarkan mereka," katanya. Mengulas lanjut, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu menegaskan, isu saman tetap akan dijalankan meskipun permohonan untuk mengadap Sultan Johor tidak diperkenankan. "Ini adalah dua perkara yang berlainan, sehingga pagi ini saya masih belum menghantar sebarang permohonan rasmi, jika tiada apa-apa halangan, kemungkinan petang ini atau esok pagi surat berkenaan akan dihantar," katanya. | Haji atau pilihan raya menurut perbahasan syarak Posted: 15 Jun 2012 02:13 AM PDT Persoalan mengenai mana prioriti yang perlu diutamakan apabila melibatkan pertembungan ibadah Haji dan juga kewajipan mengundi sekiranya pilihanraya berlaku pada musim Haji dapat dilihat kepada beberapa aspek yang penting sebelum kesimpulan dibuat. Aspek-apek yang penting ialah mengetahui bentuk kewajipan ibadah Haji dan kewajipan mengundi dalam pilihanraya serta memahami kaedah feqh muwazanat dan feqh aulwiyat. HUKUM MENGERJAKAN HAJI Haji merupakan rukun kelima dalam rukun Islam. Hal ini jelas berdasarkan kepada sabda Nabi SAW : "Dibina Islam itu atas 5 perkara (rukun), penyaksian tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad merupakan utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan." – Bukhari dan Muslim Bermula musim untuk umat Islam mengerjakan haji dengan ihram haji ialah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan sehingga 10 Zulhijjah. Maka inilah ibadah Haji yang mempunyai waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud : "(Masa untuk mengerjakan ibadah) Haji itu ialah beberapa bulan yang tertentu." – Surah Al-Baqarah : 197 Para ulama' sepakat bahawa kewajipan haji adalah sekali sahaja bagi yang berkemampuan. Adapun kali yang kedua dan selebihnya merupakan ibadah tambahan yang dilakukan oleh individu tersebut sahaja, bukan atas dasar kewajipan. Hal ini dilihat kepada Nabi SAW tidak melaksanakan haji melainkan sekali sahaja iaitu Haji Wada'.[1] Syarat wajib Haji ialah : 1- Islam Berkemampuan di sini dimaksudkan dengan cukup bekalan untuk melaksanakan ibadah Haji serta perjalanan yang ingin dilalui selamat ke atas jiwanya dan hartanya. Jika seseorang muslim tersebut tidak mencukupi salah satu syarat ini maka Haji tidak wajib ke atasnya. Dalam Mazhab As-Syafie, kewajipan Haji tidak wajib melaksanakannya di awal waktu, bahkan terpulang kepada seseorang muslim untuk melaksanakannya pada bila-bila masa (ketika mencukupi syarat-syarat wajib) sebelum luput kewajipan tersebut iaitu kematian dan sakit sehingga menyebabkannya tidak mampu. Sehubungan itu, sekiranya seseorang muslim tersebut mengetahui walau secara sangkaan yang kuat (zhan) akan seperti kematiaan dan sakit yang teruk maka haram baginya untuk melewatkan kewajipan haji sehingga menyebabkan luput kewajipan haji ke atasnya. Namun jika ia tidak mengetahui walau secara sangkaan yang kuat maka hukum kewajipan Haji kembali kepada asal iaitu terpulang kepadanya untuk melaksanakan kewajipan Haji pada bila-bila masa (apabila mencukupi syarat-syarat wajib). Justeru, berdasarkan ilmu usul feqh berkenaan dengan kewajipan Haji ini, ia termasuk dalam kategori wajib muwassa'[2] (luas) iaitu wajib melakukan pada bila-bila masa dalam tempoh kewajipan tersebut sebelum luput kewajipan itu. Maka kesimpulan mengenai kewajipan Haji dapat dibuat beberapa perkara : - Wajib dan merupakan salah satu rukun Islam Hukum Mengundi Majoriti ulama' menyatakan bahawa hukum mengundi wajib dan ia dikira berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu memberikan saksi bahawa calon yang undi tersebut adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah. Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya. Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkrompomi dengannya. Jika calon tersebut amanah dan mampu memikul tanggungjawab pemerintah untuk menjaga agama dan maslahat keduniaan manusia ia mestilah mengundi calon tersebut. Hal ini demikian kerana memberikan kuasa kepada orang yang akan memberikan kerosakan adalah haram kerana bersubahat dengannya. Berkata Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna : "Memberikan undian adalah suatu penyaksian, manusia akan ditanya akannya (calon mana yang akan dipilih dan kenapa), maka putuslah untuk memberikan undian berdasarkan hati-hati kamu dan akal kamu, dan jadilah orang yang membantu akan kebenaran dan berani dalam memilih calon yang baik (serta amanah)" Hal ini demikian kerana mengundi mengundikan wasilah bagi memilih tampuk kepimpinan Islam dalam konteks mendirikan Negara Islam untuk melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh. Sehubungan itu mengundi merupakan wajib kerana ia termasuk dalam wasilah bagi tujuan yang wajib iaitu mendirikan Negara Islam. Maka ini termasuk dalam kaedah : ما لا يَتِمُّ الواجِبُ إلا به فَهُوَ واجِب Sesuatu kewajipan yang tidak akan sempurna melainkan dengan sesuatu perkara maka ia menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah wajib. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh tidak dapat tidak mesti dengan pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihanraya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara. Imam Ibnu Qayyim menyebutkan bahawa jihad tidak hanya tertumpu kepada satu jenis sahaja iaitu menganngkat senjata berhadapan dengan musuh di medan perang. Sehubungan itru, Imam Ibnu Qayyim membahagikan jihad kepada 13 peringkat[3] iaitu : - Jihad menentang nafsu sebanyak 4 peringkat Maka segala perbuatan yang dilakukan bagi memenangkan Islam atau menaikkan Islam merupakan jihad dan ketaatan kepada Allah SWT serta mendapat pahala di hari akhirat. Sekiranya membuang benda yang menyakiti di tengah jalan atau laluan manusia juga dikira dalam Islam sebagai perkara yang mendatangkan pahala serta salah satu cabang daripada iman sebagaimana dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah : "Iman itu lebih 70 cabang atau lebih 60 cabang, yang paling afdhal (tinggi) ialah (mengucap) penyaksian 'tiada tuhan yang disemnbah melainkan Allah' dan peringkat yang terendah ialah membuang perkara yang menyakiti (benda kotor dan sebagai) yang berada di tengah jalan. Malu itu satu cabang daripada iman"[4] Justeru apakah menentang serta menolak kezaliman (dengan cara mengundi kepada pihak yang adil dalam pilihanraya) tidak termasuk dalam berjihad di jalan Allah SWT? Maka sudah tentu ia juga termasuk dalam konteks berjihad, melihat kepada beberapa hujah iaitu : 1- Ia merupakan seruan dakwah yang disebutkan oleh Allah SWT sebagai seruan yang berbentuk hikmah dan peringatan yang baik Sehubungan itu, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan bahawa : 1- "Sesiapa yang memberikan saksi (undian) kepada seorang yang tidak soleh bahawa lelaki tersebut adalah soleh (layak menjadi pemimpin) maka ia sesungguhnya orang yang memberikan undi tersebut telah melakukan dosa dan kesalahan berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Hajj pada ayat ke-30 yang bermaksud : 2- "Dan jauhilah kekotoran syirik dan perkataan yang dusta (menipu)" 3- Maka sesiapa yang mengundi seseorang calon kerana kepentingan peribadi seperti kroninya atau kawannya atau kepentingan lain (selain Islam), maka ia telah melanggar konsep saksi. Sedangkan Allah menyuruh manusia memberikan saksi kerana-Nya (kepentingan Islam) bukan sebab kepentingan lain. Berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah At-Thalak pada ayat ke-2 yang bermaksud : 4- "Dan hendaklah kamu menyempurnakan penyaksian itu kerana Allah semata-mata" 5- Dan sesiapa yang tidak mengundi atau tidak memberikan undi kepada yang selayak (dengan sengaja) ia dikira telah menyembunyikan penyaksian dan ini bersalahan dengan perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 283 yang bermaksud : 6- "Dan janganlah kamu menyembunyikan penyaksian, maka sesiapa yang menyembunyikan penyaksian sesungguhnya ia berdosa akan hatinya"[5] Justeru berkaitan hukum mengundi, dapat disimpulkan kepada beberapa perkara : - Mengundi merupakan satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan Negara Islam Feqh Muwazanat Dan Feqh Aulawiyat Feqh muwazanat ialah pemahaman bagi sesuatu perkara yang bertembung samada pertembungan di antara maslahat dengan mudharat atau pertembungan maslahat dengan maslahat, mudharat dengan mudharat. Feqh Aulwaiyat ialah memahami keutamaan bagi sesuatu perkara dalam mendahulukan apa yang sepatutnya didahulukan. Maka kedua-dua feqh ini mempunyai kaitan yang sangat rapat kerana dalam permasalahan yang timbul iaitu yang melibatkan pertembungan 2 perkara maka kita mesti memahami pertembungan yang berlaku sebelum mendahulukan atau mengutamakan sesuatu perkara tersebut. Antara contoh yang disebutkan dalam Al-Quran ialah, firman Allah SWT yang bermaksud : "Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang yang mengerjakan Haji dan memakmurkan MAsjid Al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah." Maka dalam ayat tersebut perbuatan memberi minum dan memakmurkan Masjid Al-Haram merupakan kebajikan namun ia bukanlah aulawiyat yang dikehendaki oleh Allah sehingga mereka tidak mahu beriman serta berjihad. Maka aulawiyat yang patut diutamakan ialah beriman serta berjihad. Sebab itu Allah menyebut 2 golongan tersebut tidak sama martabat mereka di sisi Allah. Justeru, dalam konteks jika pilihanraya berlaku pada musim Haji, maka kita mesti mengambil kira dari sudut feqh muwazanat dan feqh aulawiyat. Penilaian ini dapat dilihat kepada : Feqh Muwazanat : – 1- Haji merupakan kewajipan dan ia adalah termasuk dalam konteks maslahat dan martabat dharuriyatnya adalah martabat agama iaitu rukun Islam. Mengundi merupakan kewajipan dan ia juga termasuk dalam konteks maslahat dan martabat dharuriyatnya adalah martabat agama iaitu wasilah bagi mendirikan agama. Justeru, ibadah Haji dan mengundi merupakan pertembungan di antara maslahat dan maslahat, maka konsep yang dilihat adalah kepada 3 perkara[6] sebagaimana yang dibentangkan di atas, iaitu - Martabat maslahat. Haji (agama) dan mengundi (agama) Feqh Aulawiyat : - - Haji merupakan penting iaitu tahap wajib. Mengundi merupakan penting iaitu tahap wajib. Maka dalam penilaian feqh aulawiyat dilihat kepada sesuatu kondisi perkara tersebut samada penting atau tidak, dan segera atau tidak. Hasilnya sebagaimana yang telah dibentangkan di atas. Kesimpulan Berdasarkan kepada pembentangan di atas mengenai hukum Haji dan mengundi dalam pilihanraya serta pemahaman mengenai feqh aulwaiyat dan feqh muwazanat, dapat kita ketahui bahawa : 1- Haji dan mengundi merupakan kewajipan dan maslahat serta martabat dharuriyatnya adalah peringkat agama kerana Haji merupakan salah satu rukun Islam manakala mengundi merupakan kewajipan dalam mendirikan agama. 2- Haji lebih fokus kepada individu yang melakukan ibadah Haji terseut iaitu maslahat dan mudharat adalah ke atas individu sahaja. Adapun mengundi lebih fokus kepada umum iaitu maslahat atau mudharat yang bakal terima menyebabkan pihak yang ramai dan umum. 3- Haji dan mengundi merupakan penting kerana ia merupakan kewajipan namun Haji tidak termasuk dalam konteks yang perlu diselesaikan segera (wajib muwassa') manakala mengundi mesti dilaksanakan segera iaitu dalam tempoh tersebut juga (wajib mudhaiyyaq). 4- Kewajipan haji adalah sekali sepanjang hayat manakala kewajipan mengundi adalah setiap kali pilihanraya. Sehubungan itu hasil perbincangan di atas menjelaskan beberapa perkara : 2- Jika terdesak seperti tidak ada tarikh yang lain melainkan terpaksa bertembung maka umat Islam mesti peka dan faham terhadap aulawiyat antara 2 kewajipan ini. 3- Individu yang sudah melakukan Haji sebelum ini, tidak menjadi keutamaannya lagi untuk melakukan ibadah Haji ketika itu, kerana Haji wajib sekali sahaja. Maka apabila bertembung perkara wajib (mengundi) dengan sunat (Haji kali ke-2 dan seterusnya) didahulukan perkara wajib (mengundi). 4- Jika bertembung antara 2 kewajipan iaitu ibadah Haji dan mengundi maka sebagaimana perbincangan di atas, diutamakan mengundi. Sirah menunjukkan bahawa jenazah Nabi SAW dikebumikan selepas para sahabat berbincang melantik ketua pemimpin. Besarnya kewajipan melantik pemimpin sehingga dilewatkan pengebumikan jenazah baginda SAW. 5- Jika individu yang sudah mendapat peluang mengerjakan Haji, akan tetapi berasa berat untuk menangguhkan ibadah Haji tersebut kerana bimbang berlaku mudharat besar yang dirasakan, maka jangan niat larikan diri daripada kewajipan mengundi, akan tetapi wajib ke atasnya ketika itu berdoa di depan Kaabah agar diberikan kemenangan kepada pihak Islam. Namun perlu ingat, walaupun begitu, keutamaan yang sebenar ialah mengundi (berdasarkan perbincangan di atas). 6- Umat Islam perlu memahami kaedah bahawa menanggung mudharat yang kecil (wang dan masa kerana terpaksa tunggu giliran untuk ibadah Haji) supaya menghilangkan mudharat yang lebih besar (pihak zalim memerintah disebabkan pihak Islam hilang undi). Wallahu a'lam…. Disediakan oleh : Rujukan : 1- Al-Intikhabat Ahkam Wa DHawabit, oleh Dr Akram Kassab, cetakan Dar As-Salam | Haji atau pilihan raya menurut perbahasan syarak Posted: 15 Jun 2012 02:11 AM PDT | Debat: Pemuda PAS puji Saifuddin Abdullah Posted: 15 Jun 2012 02:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memuji sikap gentleman dan berani Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) kerana sanggup berdebat dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada 19 Jun ini di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf meskipun dibantah oleh pemimpin Umno lainnya. "DPPM menganggap kesudian Saifuddin menunjukkan keterbukaan beliau dalam memberi serta menerima pandangan atau kritikan terhadap sesuatu isu yang timbul. "Debat ini pastinya akan menguji tahap intelektualisme pemimpin-pemimpin terbabit supaya rakyat mengenal siapakah di kalangan mereka mempunyai idea yang bernas dan wawasan yang jauh dan layak dinobatkan sebagai pemimpin negara ini," kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor. Tambahnya, ternyata Saifuddin mampu memberikan teladan yang baik kepada pemimpin-pemimpin Umno lainnya supaya berhujah dengan matang, rasional, dan berani bersemuka, bukan emosional serta berhujah berselindung di sebalik kuasa yang mereka miliki. Katanya, rakyat merasa jengkel melihat telatah pemimpin-pemimpin negara yang memberikan pandangan secara emosi dan sentimen semata-mata tanpa asas yang kukuh sehingga menjadi bahan ketawa mereka yang mendengarnya. "Dengan perdebatan ini, DPPM percaya rakyat dan penonton akan sekali lagi menunjukkan disiplin dan moral yang tinggi apabila memberikan sokongan secara profesional tanpa ada sikap provokasi dan sentimen kebencian tanpa sebab," ujarnya dalam satu kenyataan. Ini, ujarnya mengulangi hasil perdebatan antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli tempoh hari yang memberikan impak yang baik terhadap penonton dan rakyat umumnya. Beliau berkata, apa yang diingini adalah supaya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia menerima pelawaan debat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum PRU13 berlangsung. "Inilah pentas yang selayaknya bagi kedua-dua pemimpin terbabit memberikan gagasan mereka mengenai pembangunan rakyat dan negara ini," katanya. Rakyat pula, tambah Riduan akan menilai dengan kebijakan mereka siapakah yang benar-benar realistik dan siapakah pula yang beretorik. | Awang Adek dicabar ke Mekah jika PRU musim haji Posted: 15 Jun 2012 02:03 AM PDT KUANTAN: Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin (gambar kanan) dicabar menunaikan haji kalau pilihan raya diadakan serentak dengan musim haji tahun ini. Ketua Penerangan PAS Pahang, Haji Suhaimi Saad (gambar kiri) berkata, Awang yang juga Timbalan Menteri Kewangan kena buktikan beliau lebih pentingkan haji dari politik dengan berbuat demikian. Media hari ini melaporkan kenyataan Awang Adek yang menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta calon PAS terpilih dalam pilihan raya menangguhkan ibadah haji sebagai tidak bertanggungjawab. Beliau berkata, tindakan Tuan Ibrahim itu membuktikan PAS meletakkan kepentingan politik mengatasi agama. Awang Adek berkata, pemimpin Pas dilihat mengetepikan kepentingan agama kerana cuba menangguhkan bakal haji menunaikan rukun Islam kelima itu. "Kalau calon itu meninggal dunia tidak sempat pergi Makkah, siapa tanggung dosa? Adakah Tuan Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nak tanggung dosa ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Awang Adek juga berkata, agama mewajibkan orang Islam berkemampuan dari segi kesihatan dan kewangan menjalani ibadat haji, sekali gus PAS tidak berhak menangguhkan bakal haji menunaikan rukun Islam kelima itu. Sebelum ini, Tuan Ibrahim meminta calon PAS, wakil calon dan pengarah pilihan raya PAS menangguhkan pemergian mereka ke Mekah jika pilihan raya diadakan pada musim haji. Ramai berpendapat, isu ini tidak berbangkit jika Perdana Menteri tidak menjadikan pilihan raya kali ini di musim haji sebagaimana pilihan raya pada tahun 2006 dahulu yang diadakan pada musim haji. Ketika itu, ramai umat Islam terlepas peluang mengundi kerana tindakan kerajaan BN mengadakan pilihan raya di musim haji itu. | Autokrasi politik Tun Dr Mahathir Posted: 15 Jun 2012 01:58 AM PDT 1. Tun M telah mendedahkan segala-gala dari pemikirannya tentang demokrasi dan mengapa kerajaan Umno-BN dalam 22 tahun pemerintahannya sehingga kini dalam ucapannya semasa Konvokasi di Universiti Santo Tomas, Manila, pada 11 Jun11 lalu. 2. Kini rakyat Malaysia lebih jelas mengapa Tun M dan kepimpinan Umno-BN sehingga kini telah mentadbir-urus negara ini dengan cara demokrasi kacukan atau demokrasi dengan kuku-besi sekaligus melahirkan sebuah negara yang dinobatkan sebagai sebuah "Snycretic State" dalam Sains Politik. Dalam bahasa seorang professor yang menklasifikasikan demokrasi di Malaysia sebagai salah sebuah Negara yang mengamalkan "Electoral Authoritarianism" (Andreas Schedler). 3. Tun M tanpa segan-silu menyatakan bahawa beliau sebenar memang tidak pernah mempercayai bahawa demokrasi mesti diamalkan secara menyeluruh dan penuh. Beliau percaya bahawa kerajaan mesti "melaksanakan demokrasi dengan had dan batasnya" (practising democracy with limits). 4. Tun M menyerlahkan lagi kesangsiannya terhadap sistem demokrasi dengan mempertikaikan natijah demokrasi dengan persoalan sinis beliau "Mengapa demokrasi gagal memberikan kebaikan yang kita harapkan" ("Why has democracy not delivered the good life we had expected of it?") 5. Tun membuat kesimpulan bahawa adalah mustahil untuk melaksanakan 'utopia demokrasi' yang berteraskan "kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat" kerana akan berakhir dengan satu kebuntuan. (A government of the people, by the people and for the people will result in a stalemate, in no government at all, in anarchy). 6. Lantas tegas beliau, mesti ada 'ubahsuaian' dan rakyat 'berkorban' sedikit untuk kita dapat memenafaatkan system demokrasi ini. 7. Tun M telah mengisytiharkan apakah kepercayaan demokrasi yang dianutinya! Barulah rakyat Malaysia hari ini faham dan tahu benar-benar mengapa Tun dan pimpin BN yang meneruskan legasi-tradisi beliau yang telah 'mencekik' dan 'menjerut' demokrasi dengan segala akta-akta draconian dan 'rimba' yang meragut hak kebebasan rakyat yang sebenarnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 8. Baru rakyat faham bahawa Tun M dan Umno-BN memerlukan semua 'ubahsuai' (adjustment) dengan 'undang-undang' semasa mereka berkuasa dengan 2/3 majoriti untuk 'mentadbir negara' dulu. 9. Sebagai cotoh Kebebasan berpolitik dan berhimpun diragut dengan ISA dan Akta Polis, Kebebasan menerbit-berkarya dicekik dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984), hak kepada maklumat dengan OSA, hak mahasiswa-akademik berpolitik dengan AUKU. 10. Dan kini walaupun ISA telah dimansuhkan, kerajaan Najib pula meneruskan tradisi Tun M ini dan tidak boleh diberikan demokrasi sebenarnya maka diperkenalkan "Akta Kesalahan Keselamatan 2012, yang dikatakan sama drakonian kalau tidak lebih zalim lagi, mengikut pengamatan pakar-pakar undang-undang. 11. Tun M ini tetap akan buta demokrasi dan tidak akan celik dengan erti pencerahan minda tentang demokrasi sampai keliang lahadnya. 12. Dengan demokrasi yang konon di'adjust' dan diubahsuai itulah telah berleluasa dan sarat amalan rasuah dan salah-guna kuasa kerana rakyat tidak mendapat capaian maklumat untuk 'menyemak-imbang' kerajaan yang menyalahguna kuasa. 13. Inilah yang mengakibatkan sekaligus satu 'gross fiscal mismanagement' yang menjadikan Negara hilang daya-saing dan amalan kroni kapitalisme dan amalan 'rent-seeking' sarat terpasak dalam amalan dan system delivery pentadbiran Umno-BN. 14. Sebagai contoh Perjanjian konsesi utility mega (IPP, Tol Lebuhraya)dirahsiakn atas nama OSA. Skandal besar seperti PKFZ yang menelan RM 12 b makan tahun untuk dikesan berbanding kalau rakyat bermaklumat dan punya informasi! 15. Demokrasi yang benar-benar berfungsi akan melahirkan rakyat yang bermaklumat, berani menegur pemimpin bahkan berani menurunkan dan mengguling pemimpin melalaui 'ballot box' atau pilihanraya dari bermaharajalela dengan kuasa serta 'membutakan rakyat' dengan 'ketakutan' dan sedikit 'gula-gula' kononnya pemberian sebuah kerajaan yang 'prihatin dan mendahulukan rakyat. 16. Sah Tun M adalah seorang dictator yang bersembunyi disebalik pakaian demokrasi yang beliau sangat membencinya! Kebencian terserlah kini dengan ucapannya di Manila ini! Sebab itu Tun dan semua pimpinan Umno-BN sangat takut dengan 'Arab Spring' yang merupakan kebangkitan rakyat Arab menjatuhkan pimpinan dictator dan regim kukubesi yang telah berdekad menafikan rakyat kebebasan dan demokrasi sebenar! 17. Jelas mengapa Tun M secara terang-terengan'memandul kekebalan raja', memecat seorang Ketua Hakim Negara dan segala yang perbuatan zalim atas nama 'adjustment' kerana 'demokrasi itu ada batasnya' dan diktator inilah dan regim umno-BN inilah yang menentukan batas-batas HAK yang boleh diberikan kepada rakyat! | Himpunan Hijau peringkat negeri Melaka 24 Jun Posted: 15 Jun 2012 01:51 AM PDT MELAKA: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari memaklumkan bahawa Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Jun 2012. "PAS Melaka akan mengadakan program Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Melaka 24 Jun ini bagi meneruskan momentum semangat ahli-ahli di negeri ini untuk memenangkan PAS pada PRU 13 nanti." "Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu menjadi tetamu utama pada program tersebut dan beliau akan menyampaikan amanat pimpinan PAS pusat kepada ahli-ahli di Melaka" ujar Adly. Adly berkata disamping itu PAS Melaka turut menjemput pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat Negeri bagi memeriahkan lagi program tersebut. "Wakil daripada NGO Anti Lynas juga turut dijemput. Disamping itu Zulkifli Mohd Omar selaku pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Malaysia dijangka akan turut hadir." tambah beliau. Menurutnya PAS Negeri Melaka telah membuat permohonan secara rasmi bagi menggunakan Stadium Hang Tuah bagi menjayakan program tersebut. "Kita harap permohonan kita untuk menggunakan stadium itu diluluskan tanpa banyak kerenah birokrasi" katanya. Beliau memaklumkan bahawa tema Himpunan Hijau peringkat negeri Melaka adalah "Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau" sesuai dengan slogan negeri, Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau Adly menjemput seluruh rakyat Negeri Melaka untuk hadir ke program tersebut yang akan bermula pada jam 9.00 dengan berpakaian hijau. | Ribuan iringi perjalanan akhir Ustaz Yahya Posted: 15 Jun 2012 01:48 AM PDT
MACHANG: Ribuan rakyat Kelantan mengiringi perjalanan akhir bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, almarhum Datuk Ustaz Yahya Othman, 73 di Kampung Labok pagi tadi. Sejak pagi lagi orang ramai datang bagi merakamkan ucapan takziah sambil menunggu menunaikan solat jenazah. Di kiri kanan jalan sesak dengan kenderaan. Turut hadir Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan, Datuk Abu Bakar Chik dan wakil-wakil rakyat serta pegawai kerajaan. Solat ke atas jenazahnya kali pertama diadakan kira-kira jam 8.30 pagi di rumahnya diimamkan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud. Rumahnya terletak tidak jauh daripada Masjid Labok, kemudian solat kali kedua diadakan di masjid diimamkan Menteri Besar. Ramai terpaksa menunaikan solat di luar bangunan masjid kerana sesak. Jenazahnya kemudian diusung ke tanah perkuburan Islam yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berjalan kaki mengiringi jenazah bersama orang ramai. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Habshah Hussin Rahimin dan empat anak iaitu Dr Salwa, Najwa (guru), Suraya dan Nidana (pensyarah). Anak saudaranya, Kamaruddin Omar, 56 berkata, petang semalam Allahyarham memanggil seorang pembantunya, Ustaz Rosli Ismail bagi menulis kata-kata akhir bagi menyiapkan bukunya yang sedang dikarang. "Ustaz memanggil Rosli untuk menulis kata-kata akhir, pesan dan wasiatnya. Tidak lama selepas selesai memberi pesanan beliau tiba-tiba menghempus nafas terakhir. "Turut berada di sisinya ketika itu, isteri dan anaknya Suraya yang tinggal bersama di rumah," katanya yang menyifatkan perjalanan akhir bapa saudaranya begitu mudah. Empat buku terakhir yang sudah dicetak juga kelihatan diletak di kawasan masjid antaranya Sebahagian Taujid Tarbiah Gerakan Islam dan Himpunan kertas kerja tarbiah. Menteri Besar ketika takzirah ringkas berkata, Allahyarham Ustaz Yahya seorang yang banyak berjasa kepada Islam sama ada di Kelantan dan Malaysia. "Di atas dunia sekarang kita boleh buat apa sahaja, tetapi kena ingat ada pembalasan di akhirat kelak. Ahli ekonomi, ahli demonkrasi tidak pernah memberitahu apa yang akan berlaku selepas mati," katanya. Turut merakam ucapan takziah Ikhwanul Muslimin Mesir melalui laman webnya. Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman menyifatkan Allahyarham seorang idola bagi anak muda dan kehilangannya sukar dicari ganti. Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Amran Ab Ghani berkata, Ustaz Yahya begitu dikenali dalam gerakan Islam di peringkat dunia. "Biar pun saya tidak kenal rapat namun banyak mendengar cerita keilmuan yang ada pada Ustaz Yahya. Lagi pula mertua saya mempunyai hubungan keluarga," ujarnya. Bekas Presiden Abim, Dr Yusri Muhamad berkata, pemimpin muda Abim begitu menghormati ketokohannya kerana disiplin ilmu tarbiah yang begitu mantap. Menurutnya, Allahyarham sangat rapat dengan pemimin Ikhwan Muslimin di Mesir sejak menuntut di negara terbabit. | Orang bijak pandai ramai masuk PAS - Aishah Posted: 15 Jun 2012 01:45 AM PDT KUALA TERENGGANU: Rakyat diingatkan agar tidak lagi merasa takut dengan helah serta propaganda Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tahu mentadbir negara. Selebriti tanahair, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini. Katanya, andaian hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negeri itu hanyalah propaganda pemimpin Umno. "Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja. "Usah ingat hanya orang Umno saja pandai (memerintah). Hari ini, orang bijak pandai ramai yang sokong dan masuk PAS sekarang," tegasnya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Bersama Salebriti Aishah di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir. Menurutnya, setiap orang Islam wajib mencegah segala kemungkaran yang berlaku termasuk pemerintah yang zalim dan rasuah. Katanya, jika berlaku kemungkaran tersebut perlu dicegah dengan tangan, mulut atau paling kurang kena benci dalam hati. "Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis. "Kita jangan terlalu emosi dalam berpolitik. Saya lihat pemerintah hari ini sudah tidak betul, banyak duit rakyat yang disonglapnya. "Jadi kita kena cegah kemungkaran itu dengan tangan atau cegah dengan mulut macam yang saya bercakap ini atau cegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kita," jelasnya di hadapan hampir 400 hadirin. | 2,000 warga Rohingya demo di kedutaan Myanmar Posted: 15 Jun 2012 01:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Hampir 2,000 warga Rohingya berarak menuju ke kedutaan Myanmar hari ini bagi membantah pembunuhan saudara mara mereka oleh regim negara itu. Mereka mula berarak dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan kira-kira 1 kilometer dari masjid. Mereka membawa sepanduk mengecam kekejaman regim, dan gambar-gambar mangsa yang dibunuh kejam oleh penyokong regim. Ada antara mereka berarak sambil meraung-raung menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara mara mereka itu. Pelbagai slogan dilaungkan dalam bahasa ibunda mereka sebagai mungutuk pemerintah negara itu. Mereka mengecam tindakan pembunuhan hampir 1500 muslim Rohingya dan 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu beberapa hari lalu. Himpunan hari ini adalah anjuran NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) yang turut disokong Dewan Pemuda PAS. Mengepalai himpunan itu tadi Setiausaha Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi. Perarakan mereka bagaimanapun tidak berjaya sampai di hadapan bangunan kedutaan apabila pihak polis membuat sekatan di persimpangan Jalan Madge kira-kira 200 meter dari pintu pagar kedutaan. Polis hanya membenarkan tiga daripada mereka iaitu Azmi, Kamaruzzaman dan Athirah melepasi sekatan bagi menyerahkan memorandum. Bagaimanapun di hadapan pintu pagar kedutaan, wakil duta Myanmar enggan membuka pagar untuk menerima memorandum. Selapas hampir setengah jam memanggil dan menunggu, memorandum tersebut kemudiannya diserahkan melalui celah pagar kepada salah seorang penjaga yang berkawal di bangunan berkenaan. Azmi ketika bercakap kepada media turut mengecam sikap duta Myanmar itu yang enggan bertemu dan menerima memorandum tersebut. "Dia datang ke Malaysia, kita bagi tanah dan tempat tinggal, tiba-tiba dia layan kita macam ini. Jadi hari ini kita menuntut kerajaan kita menghalau mereka keluar dari bumi Malaysia ini, kita tidak boleh tolak ansur lagi.Mereka bunuh saudara Islam kita, orang perempuan, anak-anak kecil. "Respek la sikit, (memorandum) ini kertas sahaja, bukan bom. Kita akan gerakkan kempen besar-besaran kali ini," katanya. | Posted: 15 Jun 2012 01:41 AM PDT Sekali lagi, Kelantan sebagai negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, bakal menjadi tumpuan negara menjelang Pilihan Raya Umum 13. Bagaimanapun, jikalau dibandingkan dengan negeri PR yang lain, kesukaran PAS untuk memerintah Kelantan buat penggal keenam selepas tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 - adalah lebih rendah. Negeri Kelantan mempunyai 14 kerusi parlimen dan 45 kerusi DUN. PAS menawan 38 kerusi DUN dan PKR memenangi 1 kerusi semasa PRU 12. BN memenangi 6 kerusi DUN (dengan satu kerusi tambahan DUN Galas dalam PRK kemudiannya). Untuk kerusi parlimen pula, PAS merampas 9 kerusi, dengan PKR menawan 3 kerusi dan BN 2 kerusi. Kelantan adalah kubu PAS yang kukuh. Ketika PRU 12 pada Mac 2008, PAS meletakkan pimpinan tinggi partinya di Kelantan untuk memastikan suara mereka dibawa ke parlimen. Antaranya Timbalan Presiden ketika itu Nasharudin Mat Isa di Bachok, Bendahari Agung Hatta Ramli di Kuala Krai dan Ketua Dewan Pemuda ketika itu, Salahuddin Ayub di Kubang Kerian. Dalam PRU akan datang, PAS telah mengumumkan bahawa 30% daripada calonnya adalah muka baru. Sesetengah pimpinan yang menang dalam PRU 12 mungkin tidak lagi menyarung jersi kali ini lantaran tersungkur dalam pemilihan parti. Pemimpin seperti Salahuddin Ayub misalnya, bakal bertanding di negeri asalnya, Johor, malah dikatakan seandainya PR berjaya menawan Johor, maka beliaulah calon Menteri Besar. Dalam 30% muka baru yang dikatakan, anak Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Nik Abduh Nik Abdul Aziz, antara yang paling menarik perhatian. Beliau adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS. Beliau dikhabarkan akan bertanding di Kubang Kerian yang ditinggalkan Salahuddin Ayub, ataupun Pasir Mas yang dimenangi Ibrahim Ali atas tiket PAS. Ibrahim Ali dijangka gugur dari senarai PAS, lantaran kecenderungannya menjadi ahli parlimen pro-BN selepas menang dan kenyataan berbau rasis yang dikeluarkan sejak beberapa tahun kebelakangan. Perang tiga penjuru di Kota bahru UMNO hanya menang dua kerusi parlimen daripada 14 yang ditandinginya melalui Tengku Razaleigh di Gua Musang (dengan rekod 10 kemenangan tanpa kekalahan); dan Mustapa Mohamed (Menteri Pengajian Tinggi ketika itu) di Jeli. BN menerima tamparan hebat, sehingga hampir dicabut akarnya dari tanah Kelantan. Tengku Razaleigh Hamzah, atau lebih dikenali dengan nama Kuli, berbeza pandangan dengan kerajaan persekutuan dalam isu royalti minyak di Kelantan. Ketika menyandang jawatan Menteri Kewangan, Kuli terlibat dengan rundingan Petronas dan negeri yang mempunyai sumber petroluem, malah merangka Akta Kemajuan Petroleum 1974. Justeru itu, persoalan sama ada Kuli bakal bertanding atas tiket UMNO masih sarat dengan pelbagai kemungkinan. Daripada 14 kerusi parlimen, Kota Bharu akan menjadi tumpuan. Ia dijangka bakal mempertembungkan Setiausaha Politik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Mohamad Fatmi Che Salleh dengan Zaid Ibrahim (daripada parti KITA, gambar kanan) dan calon PAS. PAS dijangka meletakkan EXCO Kelantan, Takiyuddin Hassan, dan ahli parlimen sekarang, Wan Abdul Rahim, dijangka bakal digugurkan. BN mula menjana jentera kempennya di kawasan ini, malah mengajak Presiden MCA Chua Soi Lek untuk berkempen di situ, dengan semangat yang berkobar-kobar untuk merampas kembali kerusi yang ditawan PAS. BN menganggap wujudnya petanda-petanda bahawa undi mula kembali ke pangkuannya. Lebih-lebih lagi sesetengah wakil rakyat PR "hilang begitu sahaja" selepas PRU. Rakyat mula merungut kerana tiada perkhidmatan di tempatan. Kebanyakan ini adalah kawasan yang mana akar umbi PAS adalah lemah, atau kawasan PKR. Dari segi DUN, BN menggunakan strategi 6+23, iaitu mengekalkan 6 kerusi yang dimenangi dalam PRU 12, ditambah dengan 12 kerusi yang mana undi majoriti PAS tidak melebihi 500 undi; dan 11 kerusi yang mana undi majoriti tidak melebihi 1000 undi. BN melihat kawasan ini sebagai kawasan "kelabu", yang mungkin berpeluang untuk ditembusi, dan menawan kerajaan negeri Kelantan seterusnya. BN Kelantan bertunjangkan UMNO yang bertanding di 44 kerusi, dan satu lagi kerusi Kota Lama ditandingi calon MCA. BN Kelantan kini diketuai Mustapha Mohamad, (gambar kiri) Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Seandainya berjaya menawan kerajaan negeri Kelantan, maka beliau adalah calon Menteri Besar yang direstui. Sebelum ini, Mustapha tidak menafikan bahawa beliau mungkin akan bertanding kedua-dua kerusi parlimen dan DUN, dan strategi ini dilihat untuk mengangkatnya sebagai MB. Kali ini, UMNO menunjukkan perpaduan yang utuh, berbanding dengan keadaan berselerak, dengan puak-puak masing-masing pada zaman dahulu. PAS tidak boleh memperlekehkan musuhnya kali ini, lebih-lebih lagi pengganti untuk Nik Aziz yang umurnya telah lanjut, belum lagi kelihatan. Oleh itu, PAS perlu mengambil kesempatan untuk menonjolkan calon pengganti Nik Aziz dalam pilihan raya ini. Ia untuk menstabilkan keadaan, dan mengelakkan pembaziran tenaga ekoran daripada pergelutan kuasa dalaman. Kelantan adalah negeri yang mana majoritinya pengundi Melayu. Pengundi biasanya mempertimbangkan parti politik dan bukan calonnya. Semangat "kepartian" generasi tua amat menebal. Hasrat undinya telah ditetapkan sejak awal lagi - dengan pendirian yang jelas untuk menyebelahi sama ada hijau atau biru. Apa yang direbut BN dan PR adalah pengundi baru yang berdaftar selepas 308 - yang biasanya sukar diketahui hasrat yang terpendam dalam hati mereka. Retorik "pembangunan" oleh BN kurang mujarab di Kelantan, dan gagal memikat hati pengundi. Walaupun ramai pemuda bekerja di kota raya, tetapi mereka berharap kampung mereka tidak mengalami urbanisasi, sehingga mengundang masalah sosial. Mereka berharap kejatian sedia ada dikekalkan. Dari segi ini, PAS bertunjangkan semangat agama, mengutamakan ajaran agama, di samping pembangunan tempatan. Baru-baru ini, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan pembinaan lebuhraya antara Kota Bharu dengan Kuala Krai dengan RM1.8 bilion, malah menyeru derma dari masyarakat. Jelas, kerajaan negeri cuba meraih simpati dalam isu ini. Kerajaan negeri membina sendiri lebuh raya ini untuk kepentingan rakyatnya, jikalau kerajaan persekutuan enggan berbuat demikian. Ini kerana projek ini telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia kelima hingga kesembilan, dan dikeluarkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Kini, tiada apa-apa kelihatan. Perang bermula. Namun, kesudahannya hanya akan diketahui pada saat-saat akhir. *Huang Jian adalah penulis khas MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 11 Jun 2012. | SAH: Bangunan UMNO Bukit Gantang Disita Pagi Tadi Posted: 15 Jun 2012 01:37 AM PDT KELAB GREENBOC Rasmi: Pejabat UMNO Bukit Gantang telah disita sebentar tadi. Bangunan UMNO , di Simpang (dalam DUN Changkat Jering)yang juga menempatkan Pejabat ADUN TRONG, Datuk Rosli Husein . foto: Madzamtoklah. Dengan kedatangan TPM TS Muhyiddin Yassin pada 17 Jun ini, UMNO Bukit Gantang sudah tentu "malu". Rupanya bangunan UMNO yang disita ini, mempunyai banyak perkara yang akan terbongkar. Kini orang UMNO Bukit Gantang saling menyalahkan orang terdahulu yang memegang jawatan. -sisibukit
Proses pendakwaan dibuat keatas sebuah yayasan yang diragui dan dipercayai tidak wujud di parlimen Bukit Gantang iaitu Yayasan Darul Taklim. Menurut sumber lagi menyatakan pihak berkenaan tidak gagal dalam perjanjian ( Dipercayai pembayaran ) sejak tahun 2002 lagi yang ada kaitan dengan sebidang tanah seluar 5 ekar di Terong yang dikatakan akan dibina premis untuk tujuan pendidikan orang islam . Kes ini telah 2 kali dibuat dakwaan dimahkamah terhadap pihak yang mendiami bangunan ini yang dipercayai kakitangan UMNO Bukit Gantang. Bacaan pertama tidak dimaklumkan apa keputusanya dan keputusan kedua (Hari ini) mahkamah telah mengeluarkan arahan menyita bangunan yang dimaksudkan. Melalui pendakwa kes ini juga dimaklumkan pihak mahkamah Taiping telah membenarkan bangunan tersebut disita dari beroperasi bermula hari ini 14 June 2012 sehingga 05 July 2012. Ini bermaksud Bangunan yang dijadikan pejabat UMNO Bukit Gantang tidak boleh digunakan atau beroperasi sehingga tarikh tersebut,ini kerana dimaklumkan juga pihak UMNO Bukit Gantang secara diam-diam membuat bantahan dimahkamah tanpa pengetahuan pihak pendakwa. Sebarang harta benda yang berada didalam bangunan tersebut adalah dilarang dikeluarkan sehingga tempoh yang dinyatakan tadi. Hari ini pihak pendakwa tidak dapat melakukan penyitaan bangunan yang dimaksudkan atas sebab dokumen perlantikan pihak keselamatan yang dilantik masih belum dapat disiapkan, dengan itu proses penyitaan ini akan dilaksanakan esok pagi 15 June 2012. -orangni.blogspot.com | Khalwat: Razak Ahmad didenda RM2,900 Posted: 14 Jun 2012 05:40 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE PETALING JAYA - Pelakon Razak Ahmad didenda RM2,900 atau penjara setahun oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini selepas didapati bersalah berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang, enam tahun lalu. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad memutuskan demikian selepas mendapati pelakon tersebut gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan. Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Wan Mahyuddin sempat menasihati Razak supaya menjaga tingkah laku kerana sebagai seorang selebriti, perbuatannya akan menjadi ikutan masyarakat sama ada kelakuan yang baik atau buruk. "Kamu mempunyai latar belakang agama, selalu melakonkan watak-watak baik di kaca televisyen, seperti imam dan qari yang sering membacakan ayat-ayat suci al-Quran.-Utusan |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan