Pakatan Rakyat |
Posted: 09 Jun 2012 03:25 PM PDT | Semakin buruk: JPJ beri WWW15 secara percuma – BN mahu sembunyi lagi? Posted: 09 Jun 2012 03:27 AM PDT Dalam apa yang nampaknya seperti percubaan menutup kesalahan yang terbaru, timbalan presiden MCA, Liow Tiong Lai sekarang mengaku pula bahawa nombor pendaftaran plat kereta WWW 15 yang telah dibidanya sebenarnya diberi secara percuma. "Saya telah menerima notis rasmi daripada jabatan itu bahawa nombor plat itu adalah percuma. Tiada sebarang pembayaran dilakukan. Jika ada sebarang pertanyaan, harus dimajukan kepada JPJ. TQ," kata Liow dalam mesej twitternya. Nombor pendaftaran itu telah dijual pada harga RM24,200 pada laman web JPJ. Berita bahawa Liow, yang juga merupakan menteri kesihatan telah berjaya membida nombor tersebut menimbulkan banyak persoalan terutamanya bagaimana dia mampu membelinya jika dibandingkan dengan gaji yang diperolehinya sebagai menteri. Apabila diasak pertanyaan, Liow berkeras bahawa dia bahkan Kementeriaan Kesihatan tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut dan sebaliknya telah mendapatnya secara percuma. Kesemua menteri boleh mendapatkan satu nombor; saya tidak pernah menggunakan keistimewaan itu sebelum ini. Nombor ini tidak penting bagi saya. Apa yang penting adalah khidmat kepada rakyat," kata Liow kepada pemberita. "Liow si penipu" kembali lagi
Pegawai tersebut memberitahu akhbar itu bahawa kesemua nombor pendaftaran WWW ditawarkan melalui tender terbuka dan JPJ tidak meletakkan sebarang tempahan atas nama menteri kecuali jika diarahkan begitu. Skandal terbaru itu bukan berita baik bagi Liow, seperti di perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 9, 2011 di mana dia telah mempertahankan polis, menegaskan bahawa mereka tidak melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin. Ini ternyata tidak benar, ini menjadikan orang nombor dua MCA ini popular dengan nama samaran ' Liar Liow' (Si penipu Liow). Pada tahun 2009, Liow telah didakwa menerima kereta percuma, sebuah Toyota Alphard yang bernilai RM 574,884.10 daripada Axis Construction Sdn Bhd. Kereta Alphard itu mempunyai nombor pendaftaran WSB 15. Liow menyangkal dakwaan tersebut dan dia berserta isterinya akhirnya dibebaskan dari dakwaan itu oleh SPRM. Nizar dituduh menghasut
Apabila pemimpin PAS, Nizam Jamaluddin memberi komen bahawa wang itu boleh digunakan untuk kebajikan rakyat di Johor, dia pula disiasat atas tuduhan menghasut. Umno dan MCA dikatakan memutarbelit kenyataan Nizar untuk menjatuhkannya dan pemimpin Pakatan Rakyat pada mata rakyat Johor terutamanya komuniti Melayu untuk menyekat kemaraan pembangkang di bahagian selatan.Malaysia Chronicle | Dr M pun tidak mampu selamatkan diri, apa lagi kamu, Najib: PRU masih tertunda! Posted: 09 Jun 2012 03:08 AM PDT Bagaimana boleh jadi begini? Bagaimana UMNO yang mempunyai 3 juta ahli, menjadi pemerintah selama 5 dekad, dengan kejayaan demi kejayaan seperti yang diakui para pemimpinnya, masih tidak pasti jika pilihanraya ke 13 patut diadakan atau tidak. Tidak hairanlah jika akar umbi parti dan panglima UMNO menunding jari pada perdana menteri Najib Razak yang juga merupakan presiden UMNO. Ada dikalangan pemimpin yang akan mempertahankannya. Ia terpulang padanya, dialah boss, ia adalah keputusannya. Namun, yang lebih ktitis terhadapnya akan menyalahkannya- ini semua salah Najib kerana tidak mempunyai keyakinan pada dirinya sendiri dan rakyat untuk memberi Umno-BN mandate untuk memerintah selama 5 tahun lagi. Biarpun mereka menyokong atau menentang Najib, pilihanraya umum ke-13 yang lambat tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun. Ekonomi global sedang mengecut dan pasaran saham Asia sedang merundum. Menambahkan ketidaktentuan politik akan memburukkan lagi keadaan ini. Paling menyedihkan, rakyat Malaysia yang masih menyokong kepimpinan lemah yang tidak mampu berubah kerana perbalahan dalaman partinya sendiri iaitu UMNO dan ini sememangnya akan menuju kehancuran. Belum pernah ada PM yang takut akan pilihanraya
Pungutuan suara dalaman UMNO juga menunjukkan bahawa Parti Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim bakal menang 107 ke 109 kerusi dan ini menjmungkin menyebabkan Parlimen yang tergantung memberi peluang untuk ramai melompat ke Pakatan, yang bakal menyaksikan perubahan rejim pemerintah sejak Malaysia mendapatkan kemerdekaan dari British pada tahun 1957. "UMNO tidak patut menyangka bahawa duit boleh membeli segalanya. Ada ramai pemimpin BN yang menunggu untuk menyertai kami, namun masa akan menentukan segalanya. Mereka tidak akan melakukannya sehingga mereka boleh menentukannya dengan Pada Pilihanraya Umum ke-12 2008 pun Pakatan telah memenangi lebih dari separuh undi popular namun kalah dari segi jumlah kerusi akibat penyelewengan sempadan undi kerajaan BN yang dahulu pimpinan Mahathir Mohamad. Sekarang, setelah 5 tahun berlalu, Pakatan telah membuktikan bahawa mereka boleh melaksanakan tugas dengan baik sebagai pemerintah dan ini dibuktikan melalui pentadbiran di Selangor dan Pulau Pinang. Semakin ramai yang inginkan perubahan kerajaan daripada terus bersama kerajaan lama kerana takut atau mahu mengekalkan keadaan yang sedia ada. 'Zaman selesa' BN sudah tamat: Sila berhenti bermimpi sekarang Najib!
Spekulasi hangat menyatakan bahawa Najib sedang cuba untuk mendapakan kelebihan dengan mengadakan pilihanraya pada musim haji pada bulan Oktober namun ini tidak akan menjadi malah akan menaikkan kemarahan pengundi beragama Islam sepertimana amaran Abdullah Badawi walaupun telah ditujukan buat pembangkang. "Adakah perdana menteri akan adakan pilihanraya pada masa itu? Dia juga seorang Islam," kata Abdullah pada pemberita pada hujung minggu. Ya, amaran Abdullah, walaupun tidak secara langsung- namun ia jelas. Najib, dimana undi popularitinya turun dari 69% ke 65% selepas memerintahkan polis menyerang penyokong Bersih 3.0 pada 28 April untuk pilihanraya yang bersih dan adil, juga nampaknya seperti keliru dan perlukan petunjuk daripada orang lama. Najib sedang menggigit jari, berharap akan masa yang paling sesuai untuk mengadakan PRU ke-13. Tetapi, nampaknya, dia sedang bermimpi kerana masa itu tidak akan ada, sekurang-kurangnya sehingga bulan Mac 2013 apabila mandat BN akan berakhir dan Parlimen secara otomatiknya dibubarkan. "Isu sebenarnya ialah untuk membersihkan daftar undi tapi Umno tak mahu buat. Najib sedang mencari kesempatan untuk memastikan kemenangan miliknya, ini termasuk mengadakan pilihanraya pada musim haji. Najib tahu bahawa penyokong PAS , ramai di antara mereka akan berada di tanah suci pada masa itu," kata Presiden PAS, Hadi Awang pada hujung minggu lalu. Disokong Dr M: Perbalahan dalam memecahkan parti
Pada usia 86 tahun, dia merupakan panglima dan pembroker kuasa yang paling kuat didalam parti- dengan keupayaan untuk mempengaruhi siapa yang layak menjadi presiden Umno yang seterusnya, pada pemilihan parti yang dijangka berlangsung pada akhir tahun ini. Menurut pengkritik BN, rakyat Malaysia boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan lebih baik tanpa campurtangan atau input dari UMNO. Atau untuk lebih tepat lagi, untuk mengakhiri politik samseng yang hanya memperjuangkan kepentingan segelintir elit pemerintah dengan mengorbankan rakyat biasa. Apabila seorang pembroker kuasa mempunyai kelebihan, dia akan memerintah mengikut citarasanya sendiri kerana baginya, Malaysia adalah miliknya dan keluarganya," kata seorang ahli akademik yang mengajar sains politik di sebuah universiti awam. Dia meminta untuk tidak dinamakan. "UMNO juga akan menjadi tidak baik untuk Malaysia apabila tiada panglimanya yang cukup berkuasa untuk mengawal parti, yang akan mendedahkannya kepada polisi cacamarba dan campurtangan kerana puak-puak dalam UMNO akan berebut kuasa dan peluang dalam parti mereka sendiri. Pentingkan diri sendiri dan sekatan keatas bakat baru dalam UMNO
Kata mereka, sikap mementingkan diri pemimpin tertinggi seperti Mahathir dan Najib telah menjauhkan orang baru dan ini menjadikan situasi dimana walaupun UMNO mempunyai 3 juta ahli, realitinya, UMNO hanyalah sebuah kelab orang lama yang tertutup. Umno sememangnya adalah sekumpulan pemimpin yang menjadi terkenal pada tahun 1960-an dan 70-an dan masih lagi berpegang pada itu. Mereka nampaknya cuba sedaya upaya untuk mewariskan kuasa dan autoriti dalam parti kepada anak-anak serta keluarga. Namun masa sudah berubah, dan sumber dalaman UMNO telah mengesahkan bahawa Najib telah tersilap dalam urus tadbir parti dan Malaysia dengan begitu teruk sekali sehingga ia tidak boleh lagi disembunyikan. Dia gagal memahami bahawa masalah yang sedang membuak didalam UMNO telah menjadikan ia berada di tahap dimana tiada siapa boleh menyelamatkannya lagi, sekalipun orang itu adalah Mahathir. Betul, Mahathir pun tidak akan mampu untuk menyelamatkan Najib. UMNO sudah muak dengan Mahathir dan bagi kebanyakkan puak-puak dalam UMNO, mereka telah sampai kepada tahap ia sama ada kami atau mereka- dengan mereka merujuk kepada Najib dan Mahathir. Parti sudah berpecah- mereka yang menyokong Mahathir dan dengan tidak langsung Najib dan mereka yang menyalahkan mereka berdua kerana menenggelamkan UMNO. Jadi, apabila pemimpin parti pembangkang, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat masih menjadi ancaman bagi mereka, Najib dan Mahathir mungkin akan dapat hidangan 'pemanis mulut' yang tidak dijangka dari ahli dalam parti dan bukan dari musuh di luar. Situasi UMNO tidak boleh diselamatkan lagi
Najib terus mengabaikan apa yang sedang berlaku dalam UMNO dan cuba memberi tumpuan pada PRU ke-13. Walaupun menerima amaran yang tegas dari perhimpunan Bersih 3.0, dia tetap berdegil dengan mempergunakan lebih banyak jentera kerajaan untuk memenangi undi walaupunb mendapat kritikan hebat, dia juga mengedarkan gula-gula pilihan raya seperti pemberian wang tunai kepada rakyat untuk membeli undi secara terang-terangan Namun rakyat Malaysia telah berubah dengan peredaran masa dan Najib mungkin tidak akan berjaya walaupun semua cubaan untuk menjamin kemenangan dengan apa jua cara untuk PRU ke-13 nanti. Dia boleh memperolehi keputusan yang dimahukannya tetapi adakah rakyat akan menerima kesudahannya jika ia jelas bertentangan dengan kehendak mereka dan yang diperolehi itu adalah dengan cara menipu. Melihat ribuan rakyat Malaysia yang datang untuk menyokong Bersih untuk membersihkan daftar undi, Najib dan Mahathir lebih baik sahaja lupakan idea mereka untuk merampas mandat rakyat dengan cara yang licik. Mahathir juga nampaknya telah kehabisan idea-idea baru tentang bagaimana untuk memperbaiki keadaan di dalam UMNO kecuali menyalahkan Badawi untuk semua masalah parti. Mahathir tidak mampu untuk menjadikan UMNO kuat dan bersatu. Di dalam hatinya, Dr Mahathir tahu bahawa dialah yang telah merosakkan kedua-dua UMNO dan Malaysia. Dia juga mengakui ini sudah beberapa kali. Dukacita untuk dikatakan, ia sudah terlambat dan keadaan di dalam UMNO tidak boleh diperbetulkan lagi. Mod kemusnahan Senarai 'calon boleh menang' Najib untuk PRU ke-13 masih belum dimuktamadkan. Khabar-khabar angin dari BN menyatakan bagi satu kerusi akan ada sekurang-kurangnya dua calon boleh menang dan Najib - yang seperti biasanya, sentiasa berada dalam keraguan - tidak berani untuk membuat keputusan muktamad lagi kerana takut kehilangan sokongan dari pihak sendiri. Tetapi tiada satu pun dalam senarai sanggup berkorban untuk UMNO atau BN. Suka atau tidak, Najib akan menjadi 'orang jahat' dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, siapakah yang boleh menjadi Menteri Besar Selangor jika UMNO benar-benar berjaya mendapatkan kembali trofi berharga ini? Tidak juga terdapat kepastian bahawa UMNO-BN boleh memenangi semula lima negeri walaupun sudah banyak fitnah dan serangan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat disebarkan. Sebaliknya, Pakatan Rakyat nampaknya sangat berpeluang untuk memenangi Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Perak. MuhyiddinYassin timbalan Najib juga mula bimbang kerana bencana yang bakal berlaku kepada UMNO BN-begitu jelas untuk dilihat oleh semua kecuali Najib dan kumpulan penasihat teras, yang sebenarnya telah gagal menangani setiap isu utama negara. Beberapa bekas kakitangan awam dan personaliti terkemuka juga telah menyertai Pakatan Rakyat. Kita boleh yakin bahawa Pakatan Rakyat tidak lama lagi akan mendedahkan 'rahsia gelap' pemimpin-pemimpin UMNO-BN sebagaimana mereka memerangi mereka dengan habis-habisan untuk memerintah kerajaan persekutuan. Anak Mahathir, Mukhriz telah secara terbuka ditolak oleh UMNO Kedah sebagai Menteri Besar yang seterusnya. Ini merupakan tamparan hebat dan amaran sebenar untuk si ayah, yang berkelakuan seperti Perdana menteri de-facto, dan untuk Najib yang mengharapkan Mahathir untuk memihak kepadanya apabila memberikan Mukhriz negeri Kedah. Sudah tentu, ini akan berlaku jika UMNO boleh merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat terlebih dahulu. Tanda-tanda besar bagi masalah ini termasuk beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang mengumumkan akan bertanding di kerusi selain daripada di kawasan kubu kuat tradisi mereka. Apakah mesej yang mahu mereka sampaikan untuk Najib? UMNO juga dibelenggu masalah dalam bentuk skandal yang melibatkan pemimpin teratas mereka. Diisytiharkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai 'tidak bersalah', ini tidak akan mengembalikan kredibiliti Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang telah hilang. Skandal rasuah RM250 juta NFC masih melekat dalam sanubari dan sudah pasti, sayap wanita akan menunjukkan kemarahan mereka ke atas sikap "double standard" Najib dalam perkara ini. Atas sebab-sebab yang diketahui hanya Najib sendiri, dia telah bertegas untuk menyebelahi Shahrizat apabila skandal itu melanda keluarganya. Ia kelihatan seperti UMNO adalah akan menjadi sejarah sahaja dengan parti komponen BN lain juga dalam keadaan kucar-kacir, penganalisis politik berkata rakyat Malaysia harus bijak sekarang. Mungkin ada kestabilan yang lebih baik jika perubahan rejim berlaku daripada terus dengan keadaan seperti sedia ada yang sudah bertukar kepada mod kemusnahan !Malaysia Chronicle | Proses meningkatkan taraf mahkamah syariah di peringkat akhir — Jamal Khir Posted: 09 Jun 2012 02:53 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDE PUTRAJAYA —Proses meningkatkan taraf sistem perundangan syariah di negara ini, iaitu dengan menambah peringkat mahkamah syariah daripada tiga kepada lima peringkat, kini berada di tahap akhir dan akan dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata draf mengenai pindaan perundangan tersebut telahpun siap namun perlu dibentangkan kepada majlis agama negeri dan ketua agama Islam negeri, memandangkan hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri. Sehingga kini, katanya draf itu telah dibentangkan kepada sebahagian besar majlis agama negeri serta ketua agama Islam negeri, kecuali bagi Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang. "Kita bentang, terima apa saja teguran dan pandangan, kita balik betulkan balik dan tunjukkan balik. "Kalau dah selesai persetujuan itu baru kita bawa ke mesyuarat Majlis Raja-Raja, sebab bila di peringkat negeri dah setuju apabila dibawa ke Majlis Raja-Raja kita harap di situ akan menjadi satu tempat untuk kita mendapat kuasa untuk dibawa ke Parlimen untuk diberi kelulusan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Jamil Khir berkata pindaan itu akan menjadikan mahkamah syariah mempunyai lima peringkat iaitu mahkamah rendah, mahkamah tengah, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan majlis rayuan syariah berbanding tiga peringkat pada masa ini iaitu mahkamah rendah syariah, mahkamah tinggi syariah dan mahkamah rayuan syariah. Terdahulu, Jamil Khir mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Konvensyen Memartabat Islam Memperkasakan Ummah (Kompas) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma). Beliau berkata program itu mampu menyusun atur gerakan massa ke arah memberi kefahaman kepada masyarakat Islam dalam menangani cabaran pada masa kini termasuk liberalisme, pluralisme dan gerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). "Kita amat mengharapkan kefahaman ini dapat kita lanjutkan kepada generasi kita yang berada bukan hanya dalam bandar bahkan di kampung-kampung lebih-lebih lagi kelompok anak-anak muda kita," katanya. — Bernama | Sebanyak 194,507 alamat web yang berakhir dengan .my di Internet Posted: 09 Jun 2012 02:51 AM PDT THE MALAYSIAN INISDER KUALA LUMPUR— Bilangan nama domain yang berakhir dengan .my di Internet sehingga 3 Jun ialah sebanyak 194,507, kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif .my Domain Registry Norsuzana Harun.Daripada jumlah itu, 55,000 telah didaftarkan melalui projek 2U-School khas untuk pembangunan laman web sekolah melibatkan sekolah-sekolah di Johor dan Negeri Sembilan serta projek 1Nita yang disasarkan kepada usahawan wanita industri kecil dan sederhana. Pada tahun ini, 400 wakil sekolah di bahagian utara Semenanjung Malaysia akan mengambil bahagian dan seramai 500 usahawan wanita akan dilatih di bawah projek 2U-School dan 1Nita, katanya pada majlis sambutan Ulangtahun Ke-25 .my Domain Registry di sini malam tadi. .my Domain Registry adalah pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia. Sementara itu, Norsuzana berkata .My Domain Registry sedang membangunkan "sistem registry-registrar" yang bersepadu yang akan menjadi rangsangan kepada penjanaan ekonomi negara. Ia juga menjadi platform untuk .My Domain Registry menceburi bidang Domain Name System (DNS) iaitu pusat penyimpanan semua Nama Domain yang lebih dinamik sebagai langkah permulaan. — Reuters | Kejayaan Najib tawan hati dan minda rakyat akan bawa kejayaan kepada BN, kata Samy Vellu Posted: 09 Jun 2012 02:39 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu yakin kepimpinan dinamik dan dasar afirmatif yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mampu menawan hati dan minda rakyat serta merintis jalan kepada kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Katanya aliran baru politik yang diperkenalkan Najib melalui dasar transformasinya serta konsep 1 Malaysia, yang mengajak rakyat supaya menerima kepelbagaian sebagai alat untuk meningkatkan perpaduan sesama mereka, membuktikan bahawa beliau (Najib) "adalah pemimpin untuk semua masyarakat". Dalam temu bual dengan Bernama, pemimpin politik veteran kaum India Malaysia ini berkata melalui program mendampingi semua kelompok masyarakat serta pendirian sederhana atau "wassatiyah" yang beliau anjurkan melalui dialog dan kehidupan bersama secara aman, Najib berjaya menawan hati dan minda ramai daripada mereka yang meninggalkan BN pada 2008. Samy Vellu (gambar) mendakwa kemampuan parti Pembangkang memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum 2008 sebenarnya bukan kerana mereka bijak, tetapi kerana "kami (BN) tidak menjaga rakyat dan mereka meninggalkan kami kerana marah". Bagaimanapun, kata beliau, sebahagian besar kemarahan itu kini telah lenyap berikutan pelbagai dasar inklusif dan penerangan yang dilaksanakan Najib seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, pemberian biasiswa kepada pelajar yang patut menerimanya, program tinjuan mesra untuk mendengar keluhan rakyat dan menggunakan media digital untuk mendampingi golongan muda. "Keistimewaan Datuk Seri Najib ialah beliau bersedia mendengar pendapat rakyat, menganalisis (isu) dan menyelami perasaan rakyat kerana pemimpin yang baik perlu mendengar pendapat orang lain (juga). Banyak perkara yang telah beliau lakukan untuk menarik kembali sokongan kepada BN kerana beliau juga meluahkan segala apa yang terkandung dalam fikiran dan mindanya tentang apa yang beliau ingin lakukan untuk rakyat. "Saya berada dalam politik selama lebih 30 tahun dan saya tahu apa yang difikirkan oleh masyarakat India sekarang. Sebelum ini, mereka tidak pernah melihat seorang pemimpin seperti ini yang begitu baik hati terhadap mereka. (Majoriti) masyarakat India kini sudah kembali ke pangkuan Barisan Nasional kerana keluh kesah mereka mendapat perhatian," kata Samy Vellu, yang menyandang jawatan menteri mulai 1979 hingga 2008. Beliau berkata masyarakat India gembira kerana kini mereka mempunyai perdana menteri yang bersedia mendengar keluhan mereka dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Samy Vellu berkata sebelum ini, agak ramai anggota masyarakat India yang menyertai demonstrasi Bersih 1.0 dan Bersih 2.0, tetapi jumlah mereka yang menyertai Bersih 3.0 amat sedikit dan ini menunjukkan bahawa kini mereka berasa "mereka mempunyai kerajaan yang bersedia mendengar sungutan mereka." "Apabila anda mempunyai kerajaan yang bersedia mendengar, anda tak perlu turun ke jalan raya," katanya. "Perdana menteri sebelum ini yang pergi ke sana ialah Tun Hussein Onn. Selepas itu, tiada perdana menteri yang pergi ke sana, sehinggalah Datuk Seri Najib berbuat demikian. Beliau ke sana bukan untuk bersembahyang, tetapi untuk mengunjungi rakyat atas kedudukan beliau sebagai pemimpin mereka dan bapa kepada negara ini," katanya. Samy Vellu berkata pendekatan Najib memberi kesan terhadap minda masyarakat India kerana "ia membuat mereka berasa dihargai, dan kami (pemimpin) mengambil peduli tentang mereka serta mengambil berat tentang mereka". Hasil daripada set minda positif sedemikian yang menjadi amalan pentadbiran Najib, bukan saja terhadap masyarakat India, tetapi juga terhadap masyarakat lain seperti Melayu, Cina, Sikh, Orang Asli, Iban, Bidayuh, Kelabit dan Kadazan, maka kata Samy Vellu, "Najib akan mempunyai peluang yang amat cerah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang." Samy Vellu, yang dilantik sebagai duta khas Malaysia bertaraf menteri bagi infrastruktur ke India dan Asia Selatan pada Januari 2011, berkata beliau gembira kerana berpeluang menggunakan pengalamannya selama hampir 30 tahun dalam kerajaan untuk memberi sokongan kepada syarikat Malaysia yang ingin meluaskan operasi masing-masing berkaitan projek infrasturuktur ke luar negara. — Bernama | Nombor Mykad tak sepadan dengan tarikh lahir, SPR kata sah Posted: 09 Jun 2012 02:35 AM PDT Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, beberapa pengundi dengan nombor MyKad yang berbeza dengan tarikh lahir merupakan pengundi sah mengikut pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pegawai yang enggan dinamakan itu memberitahu Malaysiakini bahawa butiran empat pengundi itu, yang didedahkan oleh penganalisis politik Ong Kian Ming, sama seperti rekod JPN. Ong sebelum ini menyiarkan nombor kad pengenalan dengan butiran berbeza itu. Semakan Malaysiakini dengan pengkalan data dalam talian SPR menunjukkan bahawa enam digit pertama oleh kesemua empat pengundi tersebut berbeza dengan tarikh lahir mereka. Sedangkan, nombor berkenaan sepatutnya sama dengan enam digit pertama mengikut format Mykad. Pegawai berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan alasan di sebalik percanggahan itu kerana JPN bertangungjawab ke atas maklumat peribadi rakyat Malaysia. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini menjelaskan bahawa hak seseorang pengundi tidak boleh ditolak atau dikeluarkan daripada daftar pemilih selagi butiran mereka berpadanan dengan rekod JPN. | Posted: 09 Jun 2012 02:33 AM PDT KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu mahu mendapat kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat untuk menguasai kerajaan sekali gus membina kerajaan Islam. Sambil mengecam kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Nik Aziz berkata, tiada jalan lain bagi sesebuah kumpulan untuk mendapat kuasa melainkan kemenangan dalam pilihan raya. "Kepada yang kata Pas nak kerusi, saya kata ya, saya nak kerusi, bahkan meja pun saya nak juga kerana jika tidak ada kerusi tidak boleh buat kerajaan, kalau tidak ada kerajaan, maka Islam tidak boleh berjalan, demokrasi pun tidak boleh," katanya, semalam. Sebelum ini, Harussani mendakwa Pas sebuah parti yang hanya mahu merebut 'kerusi' dalam pilihan raya dan tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata. Dalam pada itu, Nik Aziz turut mempersoalkan kenyataan Harussani yang mendakwanya seorang yang keras hati kerana menolak muzakarah antara Umno dengan Pas. "Apa yang saya lakukan itu adalah istiqamah, bukannya keras hati," katanya. Dalam pada itu, Nik Aziz turut nafi pernah 'menjanjikan' syurga kepada pengundi yang memilih Pas, sebaliknya beliau menjelaskan mereka yang undi Pas mendapat pahala. | Menteri: Jual aset bukan penyelesaian jangka panjang Posted: 09 Jun 2012 02:31 AM PDT MALAYSIA KINI Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada institut pengajian tinggi Selangor disambung semula kerana kerajaan negeri itu gagal mencari penyelesaian jangka panjang untuk memberi pendidikan percuma. Katanya, rancangan kerajaan Selangor untuk menjual aset Universiti Selangor untuk membantu siswa berkenaan hanyalah tindakan sementara dan bukan satu penyelesaian. "Cair aset bukan untuk digunakan beri pendidikan percuma atau subsidi yuran, hanya untuk beri bantuan sementara pelajar," katanya di Twitter hari ini. Tambahnya, walaupun Pakatan Rakyat mahu PTPTN dimansuhkan, Universiti Selangor merayu kepadanya supaya pembekuan pinjaman tersebut ditarik balik kerana diperlukan pelajar. Unisel juga tidak bersetuju dengan tindakan siswa mereka yang menuntut PTPTN dimansuhkan dalam perhimpunan pelajar pada April lalu. "Pihak Unisel kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan pelajarnya yg berdemonstrasi mahu mansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka tempoh hari "Unisel telah merayu menyatakan betapa pentingnya PTPTN kepada pelajar, saya amat bersetuju, PTPTN perlu diberikan kepada pelajar." | Kenyataan pengerusi PTPTN 'kurang cerdik', kata setpol MB Posted: 09 Jun 2012 02:29 AM PDT MALAYSIA KINI Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin berkata kenyataan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berhubung pinjaman untuk siswa di universiti bawah kerajaan negeri itu bukan sahaja penuh "emosi politik" tetapi juga "kurang cerdik."Katanya, dakwaan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu memberi bantuan kewangan juga menunjukkan bahawa pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamaed Said "diperangkap oleh pemimpin tertinggi Umno-BN." "Malang bagi Pengerusi PTPTN (Datuk Ismail Mohamaed Said) selepas menurut perintah menteri kini terpaksa menjilat semula keputusan itu dan membuat kenyataan berbohong kononnya kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar. "Kenyataan beliau bukan sahaja penuh emosi politik tetapi kurang cerdik memandangkan kerajaan negeri telahpun mengumumkan skim bantuan khas untuk pelajar yang teraniaya oleh pembekuan tersebut," katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengulas tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada siswa di sua buah institut pengajian tinggi bawah kerajaan negeri itu - Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor. Tidak sampai 24 jam, PTPTN semalam bagaimanapun menarik semula tindakan membekukan pinjaman kepada siswa baru Unisel selepas menerima bantahan keras termasuk daripada pemimpin BN seperti ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Langkah itu pada awalnya disokong kuat oleh timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri pendidikan tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan menteri pertanian Datuk Seri Noh Omar. Mengulas lanjut, Faekah berkata penjawat awam seperti pentadbir PTPTN perlu melihat perjalanan isu berkenaan sebagai satu amaran kepada mereka "agar tidak dengan membabi buta menurut arahan ahli politik." "Selaku penjawat awam, mereka sepatutnya mempunyai integriti dalam memastikan kepentingan rakyat, dalam kes ini para pelajar, diutamakan. Mereka tidak harus membenarkan pentadbiran di jabatan mereka ditadbir oleh ahli politik. "Justeru, jika mana-mana ahli politik atau menteri yang emosi, kebudak-budakkan dan tidak cerdik dalam pendekatan mereka, penjawat awam selaku golongan profesional perlu berani menyatakan pandangan. "Ini termasuk mengajar dan mengingatkan para menteri yang tidak faham akan prinsip doktrin pengasingan kuasa - di antara eksekutif dan legislatif," katanya. Tambahnya, menteri Umno berkenaan juga perlu menghentikan amalan "bersembunyi di celah kain seorang kakitangan awam" seperti dalam tindakan mereka dalam isu pembekuan pinjaman itu. Menteri berkenaan tidak harus berperangai seperti ahli politik jalanan tetapi sebaliknya perlu bersikap sebagai negarawan demi khidmat untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik, katanya lagi. | Lim tuntut menteri minta maaf isu beku pinjaman PTPTN Posted: 09 Jun 2012 02:26 AM PDT MALAYSIA KINI Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata menteri kabinet yang menyokong tindakan membeku pinjaman siswa di universiti bawah kerajaan Selangor sepatutnya mengambil iktibar daripada buku panduan moral 1Malaysia yang baru dilancarkan kerajaan."Sanggupkah timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri pengajian tinggi Datuk Seri Khaled Nordin memohon maaf atas taktik membuli dan pecah amanah sepertimana yang dilihat dalam pembekuan pinjaman PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel dan Kuis yang amat kejam?," soalnya. Katanya, menteri berkenaan perlu berbuat demikian dengan mencontohi nilai yang diuar-uarkan dalam buku panduan tersebut. "Ataupun adakah panduan nilai-nilai murni 1Malaysia kepunyaan Rais ini adalah tidak aktif seperti gimik 1Malaysia yang lain atau adakah menteri dan pemimpin BN yang lain dikecualikan daripada 21 nilai murni ini kerana ianya hanyalah untuk kegunaan orang awam?" Lim mengulas kenyataan timbalan perdana menteri yang menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar PKR. "Bagaimana Muhyiddin dan Khaled mampu berkelakuan sebegini dan membelanjakan peruntukan dana awam seperti PTPTN seperti harta pusaka mereka sendiri?," soal Lim lagi. Katanya, tindakan itu menganiaya siswa berkenaan yang dilayan seperti "kambing hitam" dalam keadaan Umno dan BN "terdesak" untuk merampas semula pentadbiran Selangor. PTPTN yang menyatakan bahawa pembekuan pinjaman berkenaan sebagai ujian ke atas dasar pendidikan percuma kerajaan Pakatan Rakyat semalam menarik semula tindakan tersebut. Lim seterusnya mengaitkan episod tersebut dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa Umno kekurangan pemimpin yang cekap kerana menolak bakat baru. "Agak jelas, Malaysia bukan sahaja mempunyai barisan kabinet yang nyanyuk di bawah pimpinan Najib, bahkan juga timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran serta menteri pengajian tinggi yang nyanyuk (kerana) terlibat dalam penerbitan sandiwara PTPTN dan Unisel," katanya. | Mat Zain: Polis patut siasat isu Scorpene Posted: 09 Jun 2012 02:24 AM PDT Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim polis perlu menyiasat dakwaan dokumen rahsia dibocorkan dan dijual kepada negara asing. Mat Zain berkata siasatan seperti itu sepatutnya dilaklukan oleh pegawai kanan polis, terutamanya timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar. Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan seperti itu sepatutnya dilakukan pada 2006 apabila kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu berlaku. Polis sepatutnya menubuhkan jawatankuasa tertinggi yang sekurang-kurangnya diketuai oleh Khalid untuk menyiasat perkara itu, katanya. Mengikut Seksyen 3 Akta Polis, 1967, polis tidak semestinya menunggu sehingga laporan polis dibuat untuk menyiasat dakwaan tersebut, katanya lagi. Beliau menyatakan demikian ketika mengulas pendedahan peguam Suaram, Joseph Breham di Bangkok pada 31 Mei bahawa sebuah syarikat pertahan Perancis membeli laporan penilaian Malaysia ke atas kapal selam kelas Scorpene dan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd), kononnya untuk "kerja-kerja kejuruteraan komersial." Dalam wawancara eksklusif itu, Mat Zain enggan gambarnya dirakam sepenuhnya atas sebab keselamatan. | Posted: 09 Jun 2012 02:20 AM PDT
BANDAR BENTONG – "Tolong jangan rogol saya, saya sudah tua." Demikian rayuan seorang warga emas, Chan, 70, untuk menyelamatkan diri selepas menyedari seorang penyamun cuba merogolnya di rumahnya di Kampung Ulu Perting, dekat sini. Nasib menyebelahinya apabila rayuannya didengari menyebabkan penyamun itu membatalkan hasrat untuk merogol, tetapi bertindak menjerut lehernya menggunakan tali hingga pengsan. Dalam kejadian lebih kurang jam 11 malam itu, Chan bersendirian menonton televisyen di ruang tamu, manakala suaminya, Yim, 75, sedang tidur di dalam bilik. Menurutnya, ketika itu dia terdengar bunyi mencurigakan di bilik tidur anak perempuannya. "Saya terus menuju ke bilik itu dan memetik suis lampu untuk melihat apa berlaku. Namun terkejut apabila mendapati seorang lelaki berpakaian celoreng dengan penutup muka sedang mengacukan senapang tepat ke muka saya," katanya. Leher dijerut hingga pengsan CHAN berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam bilik tidur anak perempuannya itu melalui tingkap yang dipotong. Menurutnya, suspek juga cuba merogolnya, namun dia tidak jadi berbuat demikian selepas dirayu. "Suspek kemudiannya bertindak menjerut leher saya menggunakan tali dibawanya. Saya tidak sedarkan diri sehingga terasa simbahan air hingga basah seluruh badan," katanya. Chan berkata, suspek dipercayai pergi ke dapur untuk mengambil air sebelum bertindak menyiram air ke muka dan seluruh anggota badannya menyebabkan dia sedar daripada pengsan, namun ketika itu dia mendapati suspek sudah menghilangkan diri. Menurutnya, selepas kejadian itu, dia hanya mendiamkan diri sehingga keesokan paginya kerana tidak mahu mengganggu suaminya tidur. "Suami bertindak membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum pasukan penyiasat datang ke kediaman kami. "Leher saya masih sakit dan terdapat kesan merah akibat jerutan itu. Tetapi saya lega kerana tidak diapa-apakan suspek," katanya. Dia berkata, setakat ini dia dan suami masih belum dapat mengesan barangan yang hilang memandangkan suspek menggeledah bilik anak perempuannya yang kini bekerja di Melaka. Lakukan siasatan lanjut SEMENTARA itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan ia dilakukan suspek sama yang terbabit dengan kejadian samun pada 29 Mei lalu di Kampung Kemansur. "Ia berikutan modus operandinya hampir sama termasuk membawa senjata jenis senapang. Kami memandang serius mengenai kejadian ini dan akan menjalankan siasatan terperinci," katanya. Mohamad Mansor berkata, strategi polis untuk menyiasat kes itu juga tidak boleh didedahkan kepada umum, namun perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Menurutnya, penduduk diminta tidak bimbang melampau, namun mereka dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mempergiatkan kawalan keselamatan di kampung masing-masing dengan Jiran tidak melepaskan peluang melihat tingkap dipotong suspek. Anjing pengesan turut digunakan dalam operasi. bantuan polis. | Kerajaan BN mula panik, kata MB Selangor Posted: 09 Jun 2012 02:14 AM PDT SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa kesediaan Kerajaan Negeri Selangor mencari dana bagi membantu penuntut Universiti Selangor (Unisel) telah mengakibatkan Barisan Nasional(BN) kelam-kabut dan menarik balik pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Khalid berkata, ekoran masalah yang dihadapi pelajar Unisel, dianggarkan 1,076 orang, menyebabkan kerajaan negeri mencari sumber kewangan lain bagi membantu mereka. "Hasil daripada pelbagai usaha kita sudah ada duit sebanyak RM30 juta bagi membantu pelajar selepas dinafikan hak mendapat pinjaman di bawah PTPTN. "Kerajaan BN ugut dengan menarik balik pinjaman yang diberi kepada pelajar. Mereka ingat kita tidak pandai kira untuk mencari duit. "Akhirnya selepas kita sudah ada RM30 juta, tiba-tiba malam tadi (kelmarin) PTPTN mengumumkan membuka semula pinjaman kepada pelajar Unisel," kata beliau pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Ketereh, malam tadi. Langkah menggunakan aset Kerajaan Negeri itu diumumkan lewat kelmarin. Khamis lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dilaporkan berkata, tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi diberi secara percuma, membuktikan perkara itu. Semalam, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, agensi itu menarik balik pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut Unisel berkuat kuasa serta-merta. "Menteri Pengajian Tinggi telah pun menghantar surat kepada Unisel mengenai penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN dan para pelajar boleh memohon PTPTN seperti biasa," katanya dipetik Harakah Daily. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat respons daripada pelbagai pihak terutama daripada ibu bapa pelajar yang mahu sekatan itu ditarik balik. "Mereka berkata sekiranya PTPTN meneruskan pembekuan tersebut anak-anak mereka terpaksa berhenti belajar sebab tidak mampu menaggung kos pembelajaran di situ," katanya. Ismail berkata, langkah menarik balik sekatan itu juga dibuat ekoran Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan pemilik Unisel dilihat tidak mampu menyediakan pendidikan percuma di negeri itu. Turut hadir pada ceramah malam tadi ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli; Ketua PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir dan Yang Dipertua Pas Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh. Isu PTPTN menjadi hangat apabila Pakatan Rakyat (PR) dalam Buku Jingga menawarkan memberi pendidikan percuma kepada rakyat, dengan mengembalikan semula biasiswa yang ditukar menjadi pinjaman di bawah kerajaan BN sekarang. Anwar pula memberitahu sekiranya PR menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), langkah pertama akan diambil mengisytihar memberi pendidikan percuma kepada rakyat. Katanya, kerajaan hanya memerlukan sekitar RM5 bilion bagi memberi pendidikan percuma dan bantuan kepada pelajar setiap tahun. "Setiap tahun kerajaan mendapat hasil daripada royalti petroleum sebanyak RM80 bilion, dan hanya RM5 bilion digunakan bagi tujuan pendidikan percuma. "Kita masih lagi ada RM75 bilion, bagaimanapun pula ada pihak menganggap negara boleh bankrap dengan menyediakan pendidikan percuma. Saya pun tidak faham kaedah matematik yang mereka gunakan," ujarnya. | PRU13: Nizar kekal di Pasir Panjang Posted: 09 Jun 2012 02:03 AM PDT BOTA - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau akan tetap bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Panjang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurutnya, kawasan itu sudah diwakili sejak empat tahun lalu dan tidak akan meninggalkan kawasan itu. "Khabar angin saya akan bertanding di tempat lain memang banyak. Ada kata saya akan bertanding di Selangor, di Kelantan dan sebagainya tetapi itu hanya sekadar khabar angin sahaja," katanya ketika ditemui semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Pas Kawasan Parit di sini, hari ini. Hadir sama, Yang Dipertua Pas Kawasan Parit, Muhammad Ismi Mat Taib. Dalam program itu Mohammad Nizar bersama ahli Pas mengedarkan risalah kepada penduduk di Pekan Bota Kanan dan selepas itu menjala ikan di Sungai Perak. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan senarai calon bagi PRU-13, beliau berkata, calon Pas sudah dimuktamadkan 100 peratus. "Bagi calon Pakatan Rakyat (PR) pula sudah 95 peratus siap dan Pas akan meletakkan dua calon wanita nanti. "DAP dan PKR pula akan meletakkan lebih calon wanita berbanding Pas," jelasnya yang juga Pengerusi Sekretariat PR Negeri. Ketika ditanya sama ada Dun Jelapang mahu diberikan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), beliau berkata, sehingga kini tidak ada sebarang keputusan mengenainya kerana kawasan itu akan ditandingi oleh DAP. | Sidang Dewan Rakyat tidak halang bubar Parlimen Posted: 08 Jun 2012 09:12 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Parlimen boleh dibubarkan pada bila-bila masa termasuk ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan, undang-undang atau Peraturan Urusan Mesyuarat Parlimen yang menghalang Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa. Malah, katanya, pembentangan Belanjawan 2013 yang dijadual pada 28 Sept ini bukan indikasi penting bagi pembubaran Parlimen kerana Perdana Menteri boleh membuat pengumuman itu sebelum atau selepas pembentangan itu, sekiranya beliau mendapat 'ilham'. "Cuma kesannya pada rang undang-undang, contohnya jika rang undang-undang belanjawan telah dibentang dan sesi perbahasannya masih belum selesai apabila pembubaran Dewan Rakyat diumumkan, perbahasan rang undang-undang itu terpaksa ditangguhkan. "Tetapi rang undang-undang tidak akan pupus, ia masih sah dan boleh diteruskan perbahasannya pada sidang mesyuarat selepas pilihan raya kelak, tanpa perlu dibentang semula" katanya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi Bernama bagi mengulas mengenai prosedur Dewan Rakyat sekiranya pembubaran Parlimen diumumkan ketika sesi mesyuarat sedang berjalan. Prosedur itu, menurut Wan Junaidi terpakai kepada semua rang undang-undang yang belum diluluskan semasa pembubaran Parlimen. Bagaimanapun, dalam situasi kerajaan bertukar, kerajaan atau menteri kewangan baharu berhak membentangkan semula belanjawan mereka menurut idea sendiri mengenai apa yang hendak dibelanjakan, kata Wan Junaidi. Persidangan Dewan Rakyat akan kembali bersidang bermula Isnin ini dan dijadual berlangsung selama 12 hari. Persidangan seterusnya dijadual dari 24 Sept hingga 27 Nov, dengan tumpuan utama kepada perbentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan 'demam pilihan raya' yang semakin hangat, sudah timbul spekulasi bahawa Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen ketika Dewan Rakyat kali ini masih dalam sesi. Sejarah seumpamanya pernah dilakar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan pembubaran Parlimen ketika Dewan Rakyat bersidang bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999. Dalam pada itu, berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada 11 Jun, sebanyak empat rang undang-undang telah disenarai untuk dibentangkan bagi bacaan kali kedua iaitu Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 yang akan dibentangkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Jabatan Perdana Menteri), Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 (Kementerian Kesihatan) dan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar). - Bernama | Kanak-kanak maut tercampak dari kereta Posted: 08 Jun 2012 09:10 PM PDT SINAR HARIAN IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 bulan terbunuh setelah tercampak dari kereta yang dinaiki selepas terbabit dalam kemalangan di km203.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting awal hari ini. Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata kejadian berlaku pada 3.20 pagi ketika kanak-kanak itu, Mohamad Fiffy Furqan Mohd Fahmi, yang berasal dari Jitra, Kedah, menaiki kereta bersama keluarganya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Setibanya di tempat kejadian, kereta jenis Proton Gen-2 yang dipandu bapanya, Mohd Fahmi Salleh, 34, dikatakan terbabas ketika cuba mengelak satu objek di atas jalan raya lalu merempuh penghadang jalan, katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata pada masa yang sama, sebuah kereta jenis Perodua Viva yang mengekorinya merempuh belakang kereta yang dinaiki Mohamad Fiffy, menyebabkan mangsa yang diriba ibunya Norasmah Ngah Seri, 32, terlepas daripada pegangan lalu tercampak keluar dari tingkap kereta yang terbuka dan terjatuh di atas jalan. Akibat kejadian itu, kanak-kanak itu mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. Yusof berkata ibu bapa mangsa dan dua kakaknya masing-masing berusia lima dan tujuh tahun hanya cedera ringan, manakala pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Viva turut mengalami cedera ringan. Mereka dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama. Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit, katanya. - Bernama | 'Jangan ingat saya lembab', kata Anwar Posted: 08 Jun 2012 09:09 PM PDT KOTA BHARU - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau bukan seorang yang "lembab", kononnya sanggup tidak menjaga kepentingan orang Melayu, selaku kaum majoriti, termasuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada DAP jika menguasai Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Ketua Pembangkang ini berkata, Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP juga memahami Melayu merupakan majoriti rakyat negara ini dan tidak mempertikaikan sebarang kelebihan yang diperuntukkan. Perkara itu juga pernah ditekankan oleh DAP sebelum ini iaitu orang Melayu akan menyandang jawatan Perdana Menteri. "Ada orang kata saya akan pegang jawatan PM selama tiga bulan sahaja sebelum serah kepada (Pengerusi DAP Kebangsaan) Karpal (Singh), saya bukan seorang begitu lembab. "Sekiranya memerintah apa yang ada kini termasuk Bahasa Melayu akan diperkukuhkan lagi," kata Ketua Umum PR ini ketika berucap pada Ceramah Perdana di Padang Malis Daerah Machang di sini malam tadi. Pada ceramah yang dihadiri lebih 5,000 penyokong itu, Anwar berkata, Sabah akan memberi kejutan terbesar dalam PRU-13 dengan peningkatan sokongan yang kepada PR. Dalam satu ceramah di Johor beberapa hari lalu, Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak menolak kemungkinan Anwar bakal dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya PR berjaya mentadbir negara. Bagaimanapun katanya, Ketua Umum PKR itu hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika berikutan DAP tetap mahu jawatan berkenaan disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Menurutnya, hakikat itu berdasarkan kenyataan Karpal yang menegaskan akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau masih hidup. "Kita semua tahu Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika PR berjaya menguasai Putrajaya, tetapi ia hanya untuk seketika dan sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam. "Karpal juga menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan dia (Guan Eng) boleh menjawat jawatan tersebut kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya jadi Perdana Menteri," katanya. | Posted: 08 Jun 2012 09:03 PM PDT Oleh Muhammad Zir Selepas pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN kepada pelajar-pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) dibekukan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan yang angkuh sekali – seperti mahu "mengajar" para pelajar di negeri Pakatan Rakyat. Beliau menyifatkan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi tersebut sebagai 'adil' dengan maksud ingin "menampar" pentadbiran Pakatan, khususnya PKR yang begitu lantang memperjuangkan isu pendidikan percuma. Tindakan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran jelas sekali adalah tindakan politik yang tidak ada justifikasi rasional sama ada ia bertujuan untuk mengkaji semula sistem tersebut atau berdasarkan apa-apa saranan munasabah dari pihak profesional kepada kerajaan. Malah tindakan politik UMNO dan Barisan Nasional ini nyata sekali mahu mendera ibu bapa dan pelajar di institusi pengajian tinggi agar menanggung padah akibat permainan politik manusia-manusia yang gila kuasa. Inilah moral politik yang sedang UMNO perjuangkan. Kita yang waras seharusnya melihat bahawa soal penentangan atau pertembungan idea berkenaan dengan isu pemansuhan PTPTN di antara UMNO dan PKR ini adalah soal politik dasar. Jika berlaku dialog atau bahas, maka ia dianggap baik sekali dalam rangka demokrasi yang matang. UMNO mangsakan pelajar, ibu bapa Tetapi apa jua penentangan soal idea politik, tidaklah seharusnya menjadikan pelajar-pelajar UNISEL yang majoritinya orang Melayu sebagai tebusan politik oleh UMNO. Bagaimana mungkin UMNO yang kononnya memperjuangkan "nasib bangsa Melayu" sanggup memudaratkan dan menzalimi anak bangsa sendiri hanya semata-mata kerakusan kuasa dan permainan politik kotor mereka. Nah sekarang, siapa tindas siapa? Jika merujuk kepada kenyataan Muhyiddin itu, maka ingin kita soal kembali, di mana 'adil'nya tindakan kerajaan dalam isu ini? Hakikatnya, isu pemansuhan PTPTN ini masih di peringkat perbahasan dan perbincangan oleh semua peringkat dan semua pihak. Ia suatu proses yang memakan masa, ia perlu melibatkan semua pandangan dan saranan. Malah, sesuatu dasar itu tidak akan dapat dilaksanakan tanpa mendapat mandat yang kukuh dari rakyat. Hakikat ini harus difahami dan diterima oleh semua pihak. Malah, salah satu cadangan PKR adalah memansuhkan PTPTN dan digantikan dengan pendidikan percuma. Kementerian yang dikuasai UMNO cuba bermain politik dengan memansuhkan PTPTN hanya terhadap para pelajar UNISEL tanpa memperkenalkan pendidikan percuma. Ini penindasan namanya. Pelajar, ibu bapa perlu buat penentuan Oleh kerana para pemimpin UMNO gila main politik, maka pelajar dan ibu bapa tidak banyak pilihan kecuali bertindak atas dasar kebenaran dan keadilan. Oleh itu, pertarungan sebenar adalah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Jika begini perangai pemimpin UMNO yang sudah terserlah kebencian mereka terhadap anak bangsa sendiri yang menuntut hak dan keadilan, perlu apa lagi dikekalkan pemerintahan yang zalim ini. Kita mahukan masa depan pelajar kita cerah dan peluang untuk mereka mencanai potensi diri terus terbuka tanpa diskriminasi sepertimana amalan UMNO dan BN selama ia memerintah. Cukuplah UMNO dengan politik hasadnya, rakyat Malaysia sudah jemu dengan polemik yang meleret-leret ini. Hentikan kuasa UMNO dalam pilihan raya yang bakal menjelang tiba. – Roketkini.com | Cucu pijak tangan nenek sampai patah Posted: 08 Jun 2012 09:00 PM PDT KL TODAY Seorang nenek menerima penghinaan dan penganiayaan apabila disepak dan dipijak cucunya sendiri hingga patah tangan kanan, dalam kejadian di Balai Ringin, baru-baru ini di Serian, Sarawak. Dalam kejadian sekitar 7.30 pagi pada 1 Jun lalu, warga emas berusia 87 tahun itu diserang cucu lelakinya yang berusia awal 20-an, ketika beliau memberi makan ayam di halaman rumahnya.Cucu mangsa bagaikan dirasuk apabila menyepak neneknya hingga tersungkur. Mangsa cuba bangun semula tetapi belum sempat berbuat demikian, cucunya memijaknya beberapa kali. Lelaki itu hanya menghentikan perbuatan itu selepas mangsa menjerit kesakitan dan merayu tidak disakiti sebelum beliau diselamatkan seorang ahli keluarga lain yang menyaksikan kejadian. Ketua Polis Daerah Serian, Timbalan Superintenden Jamali Umi, berkata mangsa membuat laporan di Balai Polis Serian pada hari kejadian. "Daripada keterangannya, mangsa mendakwa sebelum ini berlaku perselisihan faham antara beliau dengan ibu suspek sehingga beliau dihalau keluar dari rumah. "Mangsa mendakwa dihalau selepas menyerahkan geran rumah pusaka yang didiaminya kepada ibu suspek dan sejak itu dia diberi layanan buruk oleh keluarga itu. Encik Jamali berkata selepas membuat laporan polis, dengan bantuan saudara dan jiran, mangsa dihantar ke Hospital Serian dan kini beliau menumpang di rumah jiran. Mengulas kejadian itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, berkata tindakan memukul nenek, hukumnya berdosa besar sama seperti mengasari dan menderhaka ibu bapa. Menurutnya, kurang didikan yang sempurna daripada awal pembesaran anak punca utama berlakunya kejadian seperti itu. Beliau berkata, ibu bapa lelaki terbabit perlu muhasabah diri dan bukan menjadi batu api melagakan anak dengan nenek sehingga tercetusnya pergaduhan. "Walaupun dalam apa juga keadaan dan masalah yang timbul, tidak seharusnya warga emas dikasari, sama ada anak atau cucunya," katanya. | Artis veteran sanggah AGM14 SENIMAN Posted: 08 Jun 2012 08:53 PM PDT KL TODAY Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) menuntut pembatalan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 25 Jun lalu kerana gagal memenuhi empat perkara dalam perlembagaan persatuan terbabit.Wakil PKAV, pelakon veteran Abu Bakar Omar, 63, berkata AGM 14 gagal mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli secara sah serta gagal membentang dan meluluskan minit mesyuarat AGM 13. Mesyuarat berkenaan juga gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011 dan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak dekat sini berjumlah RM330,000 serta kos ubahsuai bangunan itu sebanyak RM33,000. "Kami tidak mempunyai sebarang isu peribadi terhadap pelantikan Zed Zaidi sebagai presiden Seniman. "Sebagai artis veteran yang juga ahli Seniman kami hanya mahu hentikan penyelewangan dalam persatuan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. "Sebab itu kami kemukakan tuntutan membatalkan AGM 14 menerusi saluran undang-undang kerana mesyuarat itu diadakan dengan mengetepikan empat perkara dalam perlembagaan persatuan," katanya petang Jumaat. Abu Bakar dan kira-kira 80 artis veteran hadir pada sidang media dan taklimat bersama wakil peguam berhubung petisyen pembatalan AGM 14 di Pawagam P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Finas, Hulu Kelang di sini. PKAV turut memohon satu Injuksi Interim yang menghalang AJK yang dilantik pada AGM 14 daripada melaksanakan tugas-tugas jawatan sehingga tindakan Mahkamah/Tribunal diputuskan kelak. Katanya, mereka turut memohon apa-apa relif lain yang bermanfaat kepada persatuan. "Petisyen sudah dikemukan, jadi kami serahkan selebihnya kepada peguam. Kami hanya mahu AGM 14 itu dibatalkan dan AJK tersebut digantung sehingga keputusan mahkamah diputuskan," katanya. Antara yang hadir pada taklimat tersebut adalah bekas presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof dan barisan artis veteran antaranya Datuk Aziz Sattar, Datuk Yahya Sulong, Mariani Ismail dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam. Pada pertemuan itu, sebanyak RM1,100 berjaya dikutip hasil sumbangan barisan artis veteran yang hadir bagi mengumpulkan dana untuk kos peguam kelak. | KEADILAN dedah sistem baru kawalan trafik ancam ruang udara negara Posted: 08 Jun 2012 05:17 PM PDT Oleh Mohd Martin Kahar SUBANG : Ruang udara negara kini terancam selepas sistem baru Human Machine Interface (HMI) diperkenalkan di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang. KEADILAN menerusi Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar mendedahkan demikian pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), dekat sini hari ini. Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada pegawai trafik udara (ATC), sistem itu tidak stabil menyebabkan penerbangan di ruang udara Malaysia tidak selamat. "Pegawai tersebut turut menyatakan peningkatan tekanan dalam tugas akibat masalah yang timbul daripada sistem itu. Mereka mendesak HMI digantikan dengan sistem Alpha yang dianggap lebih baik dan stabil," katanya. Memorandum itu diterima wakil DCA, Johnli Idek. Hadir sama dua lagi Naib Presiden KEADILAN N Surendran dan Tian Chua. Izzah berkata, sistem baru bernilai RM280 juta di bawah Program Pemodenan Perkhidmatan Trafik Udara Malaysia (MATSMP) itu dibangunkan oleh Selex Sistemeni Integrati (Selex) melalui tender tertutup. Beliau berkata, Selex merupakan sebahagian syarikat Finmeccanica Spa dari Itali dan terlibat pelbagai dakwaan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia. Beliau turut mempersoalkan adakah DCA mengeluarkan sijil penyiapan praktikal sebelum memberikan projek tersebut kepada Selex. Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mendesak DCA mengadakan audit bebas oleh International Civil Aviation Organization (ICAO) bagi membuktikan ruang udara selamat. "Jawatankuasa tetap Parlimen juga perlu diwujudkan bagi perolehan pertahanan termasuk kawalan udara," katanya. | Anuar, Che Aminah Qari dan Qariah Kebangsaan Terbaik Posted: 08 Jun 2012 05:11 PM PDT SINAR HARIAN JOHOR BAHRU - Qari dari Kelantan, Muhamad Anuar Ghazali dan qariah dari Wilayah Persekutuan, Che Aminah Che Awang masing-masing diumumkan johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-55 di sini hari ini. Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, pakej menunaikan ibadat haji beserta cenderamata dan sijil penyertaan. Muhammad Anuar, 36, seorang guru pendidikan Islam memperoleh markah 93.66 peratus manakala Che Aminah, 57, guru al-Quran pula memperoleh 84.33 peratus. Mereka akan mewakili Malaysia ke tilawah peringkat antarabangsa yang dijadual Julai nanti. Negeri Pahang pula diumumkan sebagai johan keseluruhan majlis tilawah tersebut. Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Sementara itu, naib johan pula ialah qari dari Pahang, Zul-Hasyimi Mohamed Yunus (87.99 peratus) dan qariah dari Sabah, Nur Faten Izzati Rablin (79 peratus). Mereka masing-masing menerima wang tunai RM7,000, pakej menunaikan ibadat haji, cenderamata dan sijil penyertaan. Tempat ketiga pula qari dari Sabah, Mohamad Raffe Ghalil Abbas (86.68 peratus) dan qariah dari Kedah, Marzian Mohd Deli (78.67 peratus). Mereka menerima wang tunai RM5,000, pakej menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan. Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim dan kerabat diraja lain turut berkenan berangkat ke majlis tilawah itu yang berlangsung di Persada Johor di sini. Selain itu majlis tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman serta isteri Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin. Seramai 27 qari dan qariah menyertai tilawah yang berlangsung selama lima hari sejak Isnin lalu dan bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'. - Bernama | Beku PTPTN: Khaled bakal senasib Khir Toyo Posted: 08 Jun 2012 04:54 PM PDT
| Posted: 08 Jun 2012 04:48 PM PDT TEMERLOH: Seramai lima orang peneroka sekitar Jengka semalam bertindak membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 15 Adnan Darus serta dua akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro. Menurut salah daripada mereka Abdul Rahim Abdul Rahman, laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Temerloh itu terpaksa diambil berikutan peneroka-peneroka terbabit merasa maruah mereka diaibkan secara terbuka seolah-olah mereka orang yang bersalah. Katanya, pada 8 Mei lalu Najib ketika mengisytiharkan 'durian runtuh' di Felda Jengka 8 telah menghina peneroka dengan perkataan haram jadah yang ditujukan kepada 8 peneroka yang memfailkan saman injunksi bagi menghalang pelupusan ekuiti saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebelum ini. "Kenyataan yang diungkapkan Najib di hadapan 40 ribu warga Felda dan disiarkan secara langsung oleh televisyen itu telah mengakibat kami dipandang hina oleh masyarakat. "Selepas kenyataan tersebut diungkap PM pihak media turut menjadikan kami sebagai sasaran cemuhan sepanjang agihan durian runtuh kepada peneroka sehingga menyuburkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama warga Felda. "Dengan kenyataan biadab itu juga terbit bentuk ugutan dan tekanan kepada kepada peneroka supaya tidak membawa sebarang kes bersangkutan Felda ke mahkamah, ia tentu tidak adil kerana menyekat hak peneroka untuk memilih mahkamah sebagai salah satu jalan penyelesaian," katanya kepada media selepas membuat laporan polis. Abdul Rahim berkata, bagi akhbar Utusan Malaysia, pada 18 Mei lalu telah menyiarkan satu berita di muka depan bertajuk 'Peneroka Fail Injunksi Ambil Cek Durian Runtuh' dengan memaparkan gambar dua orang peneroka yang sedang menerima cek. Tambahnya, akhbar berkenaan sengaja membuat dakwaan kedua-dua peneroka tersebut kononnya memfailkan injunksi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) walhal mereka memfailkan injunksi menghalang pelupusan aset KPF kepada FGVH. "Akhbar berkenaan juga mendakwa peneroka-peneroka yang menjadi tumpuan ramai sengaja menebalkan muka dan menelan segala tohmahan yang dilontarkan apabila tampil mengambil cek dutrian runtuh. "Akhbar tersebut juga mengada-adakan cerita kononnya kami berlima mengambil cek dalam keadaan tergesa-gesa dengan memberi alasan mempunyai urusan lain bagi menggambarkan kami malu," ujarnya. Jelasnya, berita yang sengaja direka-reka itu mengakibatkan timbulkan keadaan tidak baik, syak wasangka dan boleh menimbulkan permusuhan sesama warga Felda. Tambahnya, akhbar Harian Metro pula menyiarkan berita menggambarkan 'peneroka lima sekawan' berkenaan tidak mempunyai prinsip kerana termakan hasutan pembangkang sehingga malu untuk berhadapan dengan peneroka lain walaupun membantah dan membawa kes ke mahkamah. Menurutnya lagi, akhbar berkenaan hanya memetik kenyataan bohong dan fitnah daripada Pengerusi JKKR Jengka 15. "Hasil daripada kenyataan yang disiarkan itu membuatkan mesyarakat memandang serong dan timbul prasangka buruk kepada kami," jelasnya. Sementara itu, peguam Harris Abdullah yang turut hadir, selepas ini pihaknya akan bertindak lanjut dengan memfailkan saman terhadap empat pihak di atas kerana terdapat locus standi. Turut hadir memberi sokongan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dan kira-kira 30 orang peneroka. | Gajah naik minyak, Taman Negara Endau-Rompin ditutup sementara Posted: 08 Jun 2012 04:40 PM PDT SINAR HARIAN JOHOR BAHRU - Taman Negara Endau-Rompin kini ditutup sementara kepada pelawat berikutan kejadian apabila seorang gadis Orang Asli cedera dilibas gajah, petang semalam. Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) Suhairi Hashim berkata, pihaknya menasihati pelawat supaya tidak memasuki kawasan berkenaan atas faktor keselamatan dan laporan polis berhubung kejadian itu dibuat di Balai Polis Kahang dekat Kluang, hari ini. "Kejadian yang membabitkan kecederaan di kawasan Pantai Burung itu merupakan kejadian pertama. "Bagaimanapun, kami ada menerima maklumat mengenai sekumpulan kira-kira 30 ekor gajah yang dikatakan naik minyak di kawasan itu sehingga bertindak mengejar pekerja di kompleks Taman Negara beberapa hari lepas," katanya ketika dihubungi, hari ini. Suhairi berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengenal pasti punca kejadian yang menyebabkan gajah berkenaan bertindak agresif. Beliau berkata, sebagai langkah keselamatan, PTNJ membawa keluar 30 pelawat dan penyelidik yang berada di kawasan berkenaan sehingga keadaan kembali pulih. Katanya, pemantauan terhadap 30 rumah penduduk masyarakat Orang Asli Kampung Peta turut dilakukan bagi mengelak mereka diancam. "Gajah-gajah ini merupakan aset Taman Negara Endau-Rompin. Oleh itu, kesemua haiwan itu tidak akan dipindahkan ke kawasan lain. Kita akan kenal pasti punca haiwan ini bertindak agresif dalam masa terdekat," katanya. Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang semalam, Zubedah Ayong, 19, mengalami patah bahu kiri dan pinggul kanan selepas dilibas belalai haiwan itu ketika sedang mencari pucuk paku di kawasan berkenaan bersama dua kakaknya. Zubedah yang tinggal di Kampung Peta kini dirawat di Hospital Sultan Ismail, di sini. - Bernama | ||
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 09 Jun 2012 01:31 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan