Once a liar, always a liar. That's what SUARAM is. SUARAM is determined to continue lying even though all their lies on scorpene submarines and Altantuya's murder have been compromised. It looks like SUARAM is in too deep to get out of their own lies that the only way to go is further down till it hits rock-bottom. We understand SUARAM's needs to continue lying as the General Election is approaching but at least, SUARAM should have thought of a better lie or known when to stop before it gets out of control. We know for a fact that SUARAM is losing control over its own lies when the lies became easier and easier to be detected, even sillier. For example, SUARAM is reportedly saying that they have pictures of Altantuya in France in 2007, which Malaysiakini is more than happy to help publish and spread it on the net. But here's the freaky part of the lie: Altantuya was murdered in 2006. How could SUARAM have missed this important fact - the heart of all their lies? SUARAM may even be a little panic in their effort to convince the people as their credibility is torn to pieces. A French police investigation has revealed that a person named Altantuya Shaariibuu has never entered France from 1999 to 2006 which confirms that she was never involved in the negotiation of the purchase of the submarines either as an escort to any VIPs or as an interpreter as alleged by SUARAM. As the former DCNS Sales Manager to Malaysia, Mr. Fredric Faura confirmed, the negotiations were done in English and there was no need for an interpreter to be present at any time. Maybe SUARAM is trying to challenge the authority to take action on them, with the hope that it could be used against the government to convince the people that the government has some dirty things to cover-up. But the Malaysian government isn't a fool and so are the French authorities – the judge, police and immigration officers. The French would have detected Altantuya's arrival should she have entered the country before her death. Unless, she was there after her death as claimed by SUARAM/Malaysiakini, the French might have missed her as she must have bypassed the immigration. It could be that she had flown there invincibly and appeared out of nowhere at the square in French and have someone took pictures of her and passed the picture to SUARAM and Malaysiakini, somehow. I guess, SUARAM just have to sort this story out and come back to us with a better lie. Many are interested to hear more from SUARAM as it is quite amusing to see how the lies are twisted, turned and flipped and then flopped on SUARAM's face. But rationally, we think that SUARAM should stop making a fool of themselves. Not that we pity SUARAM, but isn't it about time that we let Altantuya rest in peace? Should what SUARAM said is true that there were fishy business going on in the submarine deals, then let the French judiciary figure it out. There is no need for cheap publicity over something that is under investigation. Unless, there was nothing fishy about the deal and SUARAM just need the cheap publicity to gain some political mileage for the desperate Oppositions.
tunku : suaram is financed by "anwar". that is why they are all out to tarnish the image of the prime minister. although there is no evidence at all to hook the prime minister, they keep coming up with fairy tales to poison the people's mind. beware of this group.
Lim Guan Eng does it again. He lied right to the faces of the rakyat. Earlier this month, Lim Guan Eng was reported saying that Penang BN's bluff over the free port promise. He demands the Penang BN to apologize for dangling the promise of restoring the island's free port status saying that the PM had shot down the proposal. Lim said that when asked about the island's free port status, the PM had replied that, with already five free trade zones in Penang, the issue of Penang becoming a free port 'does not arise'. Lim was also reported saying "Najib has said very clearly there is no free port." With that, the pro-oppositions blogs, webs and portals helped Lim spread the half-truth statement of the PM. Looks like Lim failed to learn the lesson about records and documentations. Politicians nowadays, should know better than to lie outright because the truth can be accessed in just one click on the keyboard. The PM's reply on the matter has been recorded as follows: "Although free trade port status is no longer in existence, the Federal government is aware that Penang BN has proposed to come up with a new concept to spur economic development in Penang, especially in the tourism and service sectors. The Federal Government will give due consideration based on the feedback and support from the people, as well as the innovative proposal." Which part of the PM's statement above that spelled 'No to free port'? The same was exposed by a Chinese current affairs website, Souminews.com as reported by the NST today. It said that DAP leaders were withholding the full text of Najib's written reply in parliament and had, instead, 'twisted the facts and distorted the truth' about it. Well, we need not say much about Lim Guan Eng and his twisted tongue as this is not the first time that he had been caught lying to our faces. We can only ask, what is uglier than a lying Chief Minister? And how can we put our fate in the hands of a liar?
tunku : lim guan eng as usual a great liar will always remain one. he has been lying to the whole nation all these while and sadly many falls into his traps. he is the main reason too why tunku aziz left dap. the penangites should not put their fate in his hands anymore.show him the way out comes next general election.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Lim Guan Eng sekali lagi telah menipu bulat-bulat kepada rakyat.
Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai. Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.
Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.
Dengan itu, blog-blog dan portal pro-pembangkang mula membantu Lim dengan menyebarkan mesej berkenaan.
Nampaknya, Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi. Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari.
Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut:"Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud, Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang, terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan. Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat, dan juga cadangan-cadangan inovatif."
Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai?
Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina, Souminews.com yang melaporkan oleh NST hari ini. Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen. Sebaliknya, mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.
Jadi, tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.
Adakah kita mahukan Menteri Besar yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini?
Selama ini juak Pas menuduh UMNO konon tidak mahu Hudud, tapi persoalan ramai ialah mengapa negeri so-called Serambi Mekah aka Kelantan sendiri tak laksanakan hukum Hudud?
Ramai yang tidak tahu terutama generasi muda yang mudah ditipu Pas bahawa Draf Hudud Pas pernah dihantar oleh juak Pas semasa zaman pentadbiran Dr. Mahathir untuk diteliti oleh para ulama' dan Majlis Fatwa, tetapi hakikatnya draf Pas itu banyak yang tidak betul dari sudut Hukum Hudud itu sendiri. Antaranya ialah;
1. Pertikaian yang melibatkan soal hakim iaitu dalam Enakmen 68 Kelantan dan Enakmen 70 Terengganu menggariskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Malaya boleh menjadi Hakim Mahkamah Hudud. Ia nyata bertentangan dengan Islam kerana hakim Mahkamah Tinggi Borneo ada yang terdiri daripada hakim wanita dan bukan Islam. Rasional Pas ketika itu mudah saja iaitu kerana mengikut keadaan semasa. Boleh ka macam tu? Jelas bahawa Pas sebenarnya cuba meminda Hukum Allah.
2. Seterusnya berkenaan Enakmen 52 Perkara 1 dan Perkara 2 iaitu dalam Perkara 1, hanya Orang Islam sahaja yang dikenakan Hudud, tetapi dalam Perkara 2, orang bukan Islam bebas memilih sama ada nak ikut Hudud atau tidak. Ternyata ini amat bertentangan dengan hukum Hudud sebenar yang menegaskan Hudud perlu dikenakan ke atas semua umat manusia. Pas sanggup lakukan ini semata-mata untuk menjaga hati orang bukan Islam demi undi dan kuasa.
3. Berkenaan isu Mukallaf, tafsiran Pas dalam Draf Hudud menyebut bahawa mereka yang berumur 18 tahun dan sempurna akal boleh dikenakan Hudud, walhal dalam Sirah Nabi, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa seseorang itu Mukallaf jika umurnya sudah mencapai 15 tahun dan telah bermimpi. Jelas draf ini bertentangan dengan penjelasan Nabi dalam tafsiran dan nas yang Nabi sebut sendiri.
Sebenarnya banyak lagi kesilapan yang Pas sengaja lakukan dalam Draf Hudud ciptaan mereka. Antaranya pernah dibangkit dan disebut oleh Zulkifli Nordin dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini sebagaimana yang diketahui umum.
Hakikatnya, Draf Hudud Pas yang dipohon kepada Kerajaan Persekutuan sebenarnya Bukan Untuk Diterima, tetapi Pas dengan SENGAJA MEMBUAT KESALAHAN dan KESILAPAN dalam draf tersebut kerana sudah tentu Kerajaan Persekutuan akan menolak draf yang jelas bercanggah dengan hukum syarak tersebut.
Dan apabila ditolak, maka senanglah juak Pas menuduh kononnya UMNO menolak Hudud, UMNO kafirlah, Mahathir kafirlah etc. semata-mata kerana ingin menjadikan isu Hudud ini sebagai modal politik kotor mereka.
Maka berterusanlah umat Islam di Malaysia berpecah-belah akibat manipulasi hukum Hudud tajaan Pas.
Jelas selama ini Pas sebenarnya hanya berniat mempermainkan Hukum Allah dan harus dipertanggungjawabkan atas perpecahan sekian lama umat Islam di negara ini!
Wah, hebat sangat ke Ahli Parlimen Indera Mahkota sampaikan BN pun terhegeh-hegeh mahukan khidmat Ahli Parlimen yang bakal ditolak di bahagian Indera Mahkota sendiri nie .
Indera Mahkota pun tak nak dier, nie kanplak BN. Aku pun bukannya baru kenal Azan Ismail nie, semenjak dia MKT GPMS Kebangsaan dan paling hebat sewaktu jadi BENDAHARI GPMS Kebangsaan.
Heran gak aku, dua bekas bendahari yang menjaga hal-hal kewangan GPMS jadi MP dan orang kuar PKR …. Selain Azan Ismail, Khalid Ibrahim pun pernah jadi Bendahari GPMS (tetapi ketika Khalid jadi bendahari, aku tak aktif sangat di GPMS Kebangsaan).
Azan nie memang hebat…. Kalau tak percaya, boleh tanya Datuk Suhaimi Ibrahim selaku Presiden yang melantik Azan sebagai bendahari ketika itu….
Menurut Laporan Sinar Harian, 18 Jun 2012;
"Saya sendiri mencalonkan Lee Chean Chung kerana percaya dia layak untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13," kata Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Beliau berkata, sebagai Pemangku Ketua PKR Cabang Indera Mahkota, Chean Chung bekerja keras dan sesuai dengan kehendak pemimpin parti yang mahu mereka menjalankan tugas dengan baik.
Bagaimanapun katanya, pucuk pimpinan akan berbincang mengenai pencalonan itu dan memantau prestasi setiap calon.
Menarik sebenarnya bila kita membicarakan mengenai akaun induk RM 3 bilion yang agak heboh diperkatakan sejak dulu hingga kini. Surat Akuan Bersumpah (SD) yang Ketua Umum PKR kemukakan nyata tidak berupaya menarik tirai penamat untuk isu kontroversi ini.
Apatah lagi bilamana bekas Ketua Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris mengakui SD tersebut dibuat atas permintaan Anwar Ibrahim dan bukannya dilakukan atas sebab terdetik dari kesedaran dirinya sendiri.
Tambah menghangatkan keadaan bilamana Ummi Hafilda tampil dengan pendedahan tentang seorang wanita misteri yang dikatakan rapat dengan Ketua Umum PKR itu semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Wanita misteri yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dalam isu RM 3 bilion ini telahpun kita ketahui identitinya, dikenali sebagai Zaliah Zakaria. Menurut pengakuannya, dia pernah memiliki wang tunai dan hartanah bernilai RM100 juta.
Zaliah juga mengakui mengenali Wan Azizah sewaktu menjawat jawatan dalam syarikat Wira Tangkis Sdn Bhd tapi di masa yang sama menafikan mengenali suaminya yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan.
Mengikut penjelasannya lagi, aset bernilai RM100 juta yang pernah dimilikinya itu diperolehi hasil perniagaan lumba kuda pada akhir 1990-an. Agak-agak siapakah Menteri Kewangan ketika itu yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi lumba kuda tersebut?
Benarkah Zaliah langsung tidak mengenali Anwar dan hanya mengenali isterinya sahaja? Mungkinkah kelulusan lesen judi lumba kuda itu hasil rekomen dari Wan Azizah yang ketika itu adalah isteri kepada Menteri Kewangan?
Paling penting tentu sahaja khalayak ramai menuntut penjelasan yang lebih ampuh dari Zaliah berkaitan punca dan sumber sebenar kekayaannya.
Seseorang yang memiliki aset dan wang tunai RM100 juta tentu sahaja cukainya tidak akan mencecah RM50 juta sebaliknya ia sepatutnya jauh lagi rendah dari angka tersebut.
Justeru itu, wajarlah Zaliah mengambil langkah berterus terang kerana ianya lebih baik berbanding penjelasan separa masak yang dilakukannya sebelum ini yang hanya mengundang lebih banyak persoalan dan di masa yang sama makin menjerat tengkuk Anwar Ibrahim. - BB
Wahhh … seronok benar Khalid Samad nie mendedahkan wujud cubaan membeli pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk melompat parti, menerusi satu rakaman video kamera litar tertutup.
Menurutnya, cubaan membeli ahli Parlimen PKR itu dilakukan di sebuah restoran sekitar Lembah Klang, lebih setahun lalu.
Sejak bila PAS percaya pada video rakaman yang mendakwa terdapat ejen untuk membeli MP pembangkang lompat parti.
Sebab dalam video Anwar, rata-rata termasuklah pakar dari Amerika mengatakan 99% individu dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim tetapi diTOLAK mentah-mentah malah Haji Hadi kata BESI.
Hairan jugak aku bolehlah Khalid Samad tunjukkan rakaman yang dianggap BESI oleh Haji Hadi … boleh percaya kerr…. Pelik-pelik…..
Nie dikatakan BESI …. Aduh …. PAS memang dah senget ….
Pertubuhan NGO India hari ini meminta Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub memohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan Bersih 3.0.
Presiden Nambikai, Kalai Vanar berkata, Thaipusam adalah upacara keagamaan yang menyaksikan masyarakat Hindu melaksanakan nazar serta menyembah tuhan, dan bukan berbentuk demonstrasi jalanan.
"Kenyataan ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat India. Kami hairan bagaimana seorang Anggota Parlimen yang matang boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi dengan mengaitkan dan mengutuk upacara keagamaan dan kepercayaan sebuah kaum.
Beliau tidak boleh mengaitkan Bersih dengan upacara agama kami Thaipusam. Kami mahu dia turun sekarang dan mohon maaf kepada kaum india," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demostrasi aman di hadapan bangunan Parlimen pagi tadi.
Tambahnya, jika Salahuddin tidak mohon maaf, kumpulan mereka akan mengadakan demostrasi di seluruh Malaysia.
"Kami dah sedar, PAS adalah sebuah parti yang rasis dan fanatik," tambahnya lagi.
Tiada Perdana Menteri di negara ini yang terpaksa berdepan dengan kezaliman pihak pembangkang berbanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau bukan sahaja difitnah, ditohmah dan dijadikan sasaran bagi senjata politik pembangkang, tetapi mereka juga turut menyeret isteri dan ahli keluarganya yang tidak berdosa.
Daripada kes kematian bekas pembantu Exco Selangor hinggalah kepada isu kapal selam Scorpene, semuanya disalahkan kepada pundak Perdana Menteri.
Yang merancang segala jentera propanda licik ini tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim yang mengepalai tiga puak yang berlawanan ideologi, prinsip perjuangan dan kepentingan politik.
Namun kenyataan anggota bebas Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim dua hari lalu berhubung isu Scorpene telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu.
Ia sekali gus meranapkan strategi Anwar dengan mengeksploitasi pertubuhan bukan kerajaan, Suaram untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan besar dalam kempen fitnah pembangkang terhadap Perdana Menteri.
Anggota Parlimen itu mengatakan bahawa selama ini Suaram telah diperalatkan oleh Anwar untuk menipu rakyat dengan mereka-reka isu tersebut.
Pertama katanya, siasatan pihak polis Perancis mendedahkan bahawa tidak wujud sama sekali mana-mana rekod imigresen yang menunjukkan wanita bernama Altantuya Shaariibuu telah memasuki negara itu antara tahun 1999 dan 2006.
Ini bermakna dakwaan pembangkang bahawa Datuk Seri Najib elah dilihat bersama-sama wanita itu dan Abdul Razak Baginda adalah pembohongan semata-mata.
Sekali gus perbuatan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mencipta gambar Perdana Menteri kononnya sedang makan dengan Altantuya dan Abdul Razak menggunakan kaedah 'photoshop' juga mendedahkan niat jahat pembangkang sejak dari awal lagi.
Fakta kedua yang mendedahkan kepalsuan tuduhan pembangkang ialah Altantuya tidak fasih berbahasa Perancis seperti mana yang didakwa mereka.
Ini jelas membuktikan dakwaan bahawa wanita itu telah menjadi orang perantaraan sebagai penterjemah dalam urusan jual beli kapal selam antara kerajaan Malaysia dan Perancis adalah palsu dan pembohongan yang jelas.
Malah menurut Datuk Seri Zahrain, semua perbincangan rasmi antara kedua pihak diadakan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu keperluan untuk menggunakan khidmat seorang penterjemah tidak wujud sama sekali.
Penjelasan beliau telah berjaya mendedahkan komplot dan motif sebenar pembangkang yang mahu memalukankan kerajaan dengan menyebar fitnah dan memburukkan nama baik negara di mata dunia.
Anwar beranggapan isu Scorpene yang dibangkitkan adalah senjata politiknya yang ampuh untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri, tetapi sayang sekali senjata yang diharapkan memakan diri sendiri.
Sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan menjaga amanah rakyat, Datuk Seri Najib tetap meneruskan tugas yang digalasnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara dengan penuh kesedaran dan keinsafan.
Hasilnya, semakin hari rakyat semakin menyokong kepimpinan beliau kerana melalui pelbagai program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan rakyat semua lapisan mendapat manfaat dan untung.
Pembangkang pula sudah tidak ada lagi modal politik yang hendak di canainya lagi kecuali meroyan siang dan malam seperti orang hilang akal.
Pembangkang terpaksa bergantung kepada isu Scorpene kerana mahu menutup kepincangan parah yang berlaku di dalam kubu kuat PKR di Selangor.
PKR Selangor semakin goyah dan rapuh disebabkan pertelingkang berpanjangang di antara puak Azmin Ali dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.
Malah suara sumbang mendesak Khalid meletak jawatan semakin lantang kedengaran dari kalangan pimpinan PKR negeri.
Pergolakan yang berlaku hanya mengesahkan bahawa pembangkang - PKR, PAS dan DAP - hanya gilakan kuasa dan apabila berkuasa mereka bergaduh sesama sendiri untuk merebut jawatan untuk kepentingan sendiri.
Pergolakan politik yang berlaku di Selangor dan pembohongan besar pembangkang dalam isu Scorpene adalah resipi terbaik yang akan memastikan mereka berkubur pada pilihan raya umum akan datang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kata orang kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita. Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya?
Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab. Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, "Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong". Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco. Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok.
Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid. Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.
Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti. Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.
Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan. Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.
Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri.
Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam. Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.
Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya. Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.
Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah. Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.
Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah. PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang. Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak. Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal. Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah.
Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13. Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri. Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco? Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri. Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Akhirnya, Nurul Izzah terpaksa menerima hakikat bahawa tidak ada perbicaraan yang berlangsung di Perancis mengenai isu kapal selam Scorpene. Dalam Sidang Parlimen 26hb Jun baru-baru ini, Nurul Izzah antara lainnya bertanya Menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan berhubung kes tersebut.
Y.B Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa keperluan itu tidak timbul kerana pihak Perancis telah memaklumkan bahawa tiada perbicaraan yang berlangsung mengenai kapal selam scorpene di negara itu.
Nurul Izzah kemudiannya akur dengan jawapan tersebut dan bertanya lagi sama ada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut dan dijawab oleh Menteri Pertahanan sebagai tidak perlu kerana pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat mengikut tatacara perlaksanaan kontrak perolehan pertahanan negara.
Maka dengan itu, semakin jelaslah penipuan SUARAM mengenai perbicaraan di mana Nurul Izzah sendiri telah mengesahkannya apabila memohon penubuhan Suruhanjaya DiRaja sebagai 'ganti'.
Benar, bahawa penyiasatan sedang dijalankan mengenai urusniaga kapal selam oleh syarikat DCNS di Perancis. Tetapi, penyiasatan itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin di Malaysia, tetapi melibatkan syarikat tersebut, dengan ahli-ahli politik di sana. Ia masih di peringkat siasatan dan bukannya perbicaraan. Nama Altantuya Shaariibuu juga langsung tidak terlibat, malah nama Perdana Menteri juga tidak disebut. Malaysia tiada kena mengena dengan penyiasatan itu melainkan mungkin, sebagai pembeli sahaja.
Untuk SUARAM membangkitkan soal sapina merupakan sesuatu yang amat lucu sekali kerana bagaimana untuk mengsapina sesiapa jika perbicaraannya tidak ada?
SUARAM, atau lebih tepat, pembangkang bukan sahaja mempunyai tabiat yang suka menipu tetapi lebih buruk lagi ialah mereka sanggup menipu tanpa batasan. Tidak cukup mereka memburukkan sistem kehakiman dan pihak berkuasa di Malaysia, kini mereka turut membadutkan hakim dan mahkamah Perancis pula. Malah mereka juga menggambarkan polis Perancis sebagai tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara tersebut.
Mereka juga sanggup mengheret orang yang telah mati untuk dijadikan modal politik secara berterusan memandangkan orang tersebut tidak mampu membela diri atau menjelaskan apa-apa lagi. Mereka juga tidak malu menggunakan nama orang yang masih hidup seperti Jasbir Singh Chahl, yang ditohmah kononnnya akan disapina untuk hadir ke perbicaraan fantasi mereka.
Walaupun telah terkantoi berkali-kali, mereka tetap berdegil ingin mengasak isu yang sama.
Ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat mula bertanya, setelah jelas kini bahawa isu ini sengaja diada-adakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, maka apakah ia bermakna pembunuhan Altantuya juga didalangi oleh mereka?
Sememangnya pelik apabila Altantuya dikaitkan dalam isu yang beliau langsung tiada kena mengena. Dan memang pelik apabila namanya tetap disebut walaupun telah jelas beliau langsung tidak memasuki Perancis pada ketika urusniaga scorpene berlangsung. Perdana Menteri juga tidak mengenali Altantuya dan telah bersumpah sebanyak empat kali mengikut landasan Islam mengenainya. Begitu juga beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah, mempunyai alibi kukuh tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut. Tetapi, nama gadis malang ini tetap diungkit dan dimainkan oleh pembangkang sekali gus membuktikan bahawa mereka benar-benar ketandusan isu 'tulin' untuk menyerang Perdana Menteri.
Dengan prestasi pembangkang yang begitu buruk di negeri-negeri yang ditadbir mereka, serta skandal-skandal peribadi yang tidak berkesudahan antara seorang demi seorang pemimpin mereka, di tambah dengan penipuan mengenai scorpene ini, rakyat menjadi bertambah curiga dengan pembangkang. Ramai yang mula tertanya-tanya, sejauh mana pembangkang sanggup lakukan untuk merampas kuasa?
Kita tahu bahawa pembangkang sanggup menggadai nyawa rakyat dengan mencetus keganasan, kita juga tahu bahawa pembangkang sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dengan memburuk-burukkan dan mencemar imej negara dan Perdana Menteri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Seperti diduga ia sudah bikin gegar sekalipun sesetengah pihak khususnya pembangkang cuba memperlekehkan penyenaraian FGVH.Dalam suasana pasaran saham yang tidak menentu sekarang saham FGVH mencapai premuim 84 sen.
Ia ditawarkan pada harga RM4.55 sen sesaham dan sejurus selepas gong mula pasaran dipalu oleh Pengerusi Felda,Tan Sri Isa Samad harga saham FGVH catat RM5.39.
Jangan lupa FGVH juga ada rekod tersendiri iaitu IPO terbesar di Asia ketika ini dan kedua terbesar selepas Facebook.Penyenaraian Facebook catat penurunan.
Lonjakan harga saham FGVH ini telah disambut dengan tepukan pengurusan Felda dan tokoh-tokoh korprat yang hadir di situ untuk menyaksikan penyenaraian saham itu.
Published on Jun 21, 2012 by MohdAIiRustam suasana semasa merasmikan perlumbaan perahu naga antarabangsa melaka anjuran persatuan perahu negeri melaka sebanyak 55 buah pasukan perahu naga dan pertandingan acara badang melaka di dataran sungai melaka. alhamdulilah salam 1Malaysia melaka maju negeriku sayang negeri bandar teknologi hijau dar
Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Ching Eu Boon hari ini mendedahkan campur tangan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari DAP iaitu saudari Tiew Way Keng yang menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak kepada firma peguam untuk menguruskan kes melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Tiew Way Keng telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak ini kepada firma peguam yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dengan kos sebanyak RM 55,000 sedangkan kontrak awal telah pun diberikan kepada pihak guaman yang lain dengan kos hanya sebanyak RM15,000 sahaja.
"Selama ini, DAP cuba menonjolkan imej parti yang lebih bersih dan telus berbanding PKR dan PAS. Pemimpin-peimpin DAP sedaya upaya mengekang berita-berita buruk dan salah laku pemimpin mereka dari tersebar kepada rakyat.
Namun begitu, ini tidak bermakna DAP merupakan sebuah parti yang bersih. Hakikatnya, campur tangan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri terutamanya diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah begitu teruk dan memalukan sekali," ujarnya kepada media dalam sidang media di Ibu Pejabat BN Selangor, sebentar tadi.
Tambahnya, menurut Penolong Pengarah Undang-Undang (Kanan) MBPJ, Ahli Majlis, Tiew Way Kheng telah mempengerusikan mesyuarat pada 16 Jun 2010 dan mencadangkan supaya Stella, Lim & Co diberikan kes membabitkan kutipan hutang MBPJ. Stella, Lim & Co menawarkan harga sebanyak RM 55,000 untuk tujuan tersebut.
Sebenarnya, kes kutipan hutang itu mulanya diserahkan kepada Firma Daim & Gamany dengan kos sebanyak RM 15,000. Tetapi keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tiew Way Kheng telah memutuskan untuk memberikan kepada Firma Stella, Lim & Co yang juga dimiliki oleh Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng.
"Walaupun jawatankuasa mesyuarat itu mempunyai 17 ahli, namun hanya tiga ahli majlis yang hadir iaitu Tiew Way Kheng, Chan Chee Kong dan Derek Fernandez. Derek mengakui bahawa beliau terpaksa meninggalkan mesyuarat kerana urusan lain dan Chan Chee Kong pula mengakui bahawa beliau tidak tahu Stella, Lim & Co mempunyai hubungan dengan DAP.
Bersama-sama ini juga saya akan mengedarkan laporan audit yang dibuat oleh pihak Audit Dalaman MBPJ. Ini merupakan contoh salah laku yang timbul setelah didedahkan oleh sumber dalaman sendiri. Saya percaya jika sumber dalaman tidak mendedahkan mengenai isu ini, maka kes ini akan dibiarkan berlaku tanpa ada pihak yang akan bertangungjawab.
Saya juga yakin bahawa DAP sebenarnya tidaklah bersih seperti yang disangka. Penglibatan DAP dalam beberapa salahlaku oleh pemimpin DAP sendiri menyebabkan ahli DAP mula hilang kepercayaan kepada parti itu," ujarnya yang juga Penyelaras DUN Pandamaran.
Dalam masa yang sama, sikap Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok yang tidak boleh bekerja dalam satu pasukan bersama-sama pemimpin DAP lain telah menjadi buah mulut ahli DAP khasnya dan rakyat Selangor amnya.
"Bersama ini juga saya akan edarkan surat dari ahli DAP yang kecewa dengan kepimpinan DAP sendiri terutamanya di Selangor. Fakta-fakta yang dikemukakan dalam surat ini masih belum dijawab sehingga kini oleh kepimpinan DAP. Mereka malah cuba menutup salah laku ini dan lebih suka menonjolkan kelemahan PKR dan PAS.
Saya suka ingin mengingatkan kepada Rakyat Selangor bahawa jangan sekali lagi kita tertipu dengan lakonan pemimpin-pemimpin Pakatan ini terutamanya dari parti DAP. Lakonan-lakonan dari pemimpin DAP sudah tidak dapat ditutup lagi. Kami akan mendedahkan sedikit demi sedikit kepincangan dan sikap berpura-pura pemimpin DAP yang berselindung disebalik slogan accountability itu," ujarnya lagi. - (www.sahabat-gunung.com)
Lim Guan Eng sekali lagi telah menipu bulat-bulat kepada rakyat.
Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai.
Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.
Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.
Dengan itu, blog-blog dan portal pro-pembangkang mula membantu Lim dengan menyebarkan mesej berkenaan.
Nampaknya, Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi. Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari. Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut: "Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud, Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang, terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan. Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat, dan juga cadangan-cadangan inovatif."
Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai? Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina, Souminews.com yang melaporkan oleh NST hari ini.
Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen. Sebaliknya, mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.
Jadi, tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.
Adakah kita mahukan Menteri Besar yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Menarik sebenarnya bila kita membicarakan mengenai akaun induk RM 3 bilion yang agak heboh diperkatakan sejak dulu hingga kini. Surat Akuan Bersumpah (SD) yang Ketua Umum PKR kemukakan nyata tidak berupaya menarik tirai penamat untuk isu kontroversi ini.
Apatah lagi bilamana bekas Ketua Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris mengakui SD tersebut dibuat atas permintaan Anwar Ibrahim dan bukannya dilakukan atas sebab terdetik dari kesedaran dirinya sendiri.
Tambah menghangatkan keadaan bilamana Ummi Hafilda tampil dengan pendedahan tentang seorang wanita misteri yang dikatakan rapat dengan Ketua Umum PKR itu semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Wanita misteri yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dalam isu RM 3 bilion ini telahpun kita ketahui identitinya, dikenali sebagai Zaliah Zakaria. Menurut pengakuannya, dia pernah memiliki wang tunai dan hartanah bernilai RM100 juta.
Zaliah juga mengakui mengenali Wan Azizah sewaktu menjawat jawatan dalam syarikat Wira Tangkis Sdn Bhd tapi di masa yang sama menafikan mengenali suaminya yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan.
Mengikut penjelasannya lagi, aset bernilai RM100 juta yang pernah dimilikinya itu diperolehi hasil perniagaan lumba kuda pada akhir 1990-an. Agak-agak siapakah Menteri Kewangan ketika itu yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi lumba kuda tersebut?
Benarkah Zaliah langsung tidak mengenali Anwar dan hanya mengenali isterinya sahaja? Mungkinkah kelulusan lesen judi lumba kuda itu hasil rekomen dari Wan Azizah yang ketika itu adalah isteri kepada Menteri Kewangan?
Paling penting tentu sahaja khalayak ramai menuntut penjelasan yang lebih ampuh dari Zaliah berkaitan punca dan sumber sebenar kekayaannya.
Seseorang yang memiliki aset dan wang tunai RM100 juta tentu sahaja cukainya tidak akan mencecah RM50 juta sebaliknya ia sepatutnya jauh lagi rendah dari angka tersebut.
Justeru itu, wajarlah Zaliah mengambil langkah berterus terang kerana ianya lebih baik berbanding penjelasan separa masak yang dilakukannya sebelum ini yang hanya mengundang lebih banyak persoalan dan di masa yang sama makin menjerat tengkuk Anwar Ibrahim.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sidang media oleh Rafizi mengenai akuan bersumpah yang dibuatnya di pejabat PKR cukup keras.
Tahniah Rafizi, cuma dalam masa yang sama dia juga telah terjun bersama labunya. Rafizi juga seolah-olah memiliki 6 kotak dukomen rahsia kerajaan.
Rafizi budak hingus yang masih belajar ketika isu SD Dato Murad kini mendakwa mempunyai bukti pelewengan dan salah guna kuasa Dato Murad semasa menjadi penjawat awam.
Pada awal sidang media Rafizi mendakwa akuan bersumpah tidak lengkap dan lemah.
Rafizi juga mengugut untuk mendedahkan surat peribadi beliau kepada Tun Mahathir.
Rafizi kemungkinan besar adalah subjek utama siasatan kes 20 akaun bernilai RM 3 billion milik Anwar. Siap lah engkau lembu, pisau sembelih sudah mencium mangsanya.
Rafizi juga mendedahkan banyak fakta (benar) salah laku Dato Murad, mana sumber dia dapat ? Tetapi hairan kenapa rahsia boss dia melanggan china doll dan sebagainya dia tak tahu.
Agak-agak Rafizi ni kenal kah dengan Rahim Ghaust?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bagai nak rak dan 'tercabut dunia' dibuat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan pakatan pembangkang yang terus memainkan isu rasuah dan penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene.
Kalau dikira, dalam akhbar pakatan pembangkang khususnya 'Suara Keadilan' PKR hampir setiap minggu keluarannya memainkan isu Scorpene. Seakan-akan semacam betul.
Dalam 'permainan licik' mereka ini, Suaram dan pakatan pembangkang telah pergi 'agak jauh' iaitu dengan menggunakan nama mahkamah di Perancis bagi menguatkan hujah mereka. Kononnya kes ini sedang disiasat dan 'terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan'.
Malah, lebih teruk lagi pembohongan Suaram ialah kononnya juga Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis. Mereka mengaitkan pula urus niaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia.
Realitinya, memang benar ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam Scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh Suaram kepada mahkamah Perancis. Tidak seperti di Malaysia, yang mana pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, lain pula di Perancis apabila pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan hakim.
Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa dua hingga tiga tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Sekiranya siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan daripada mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan daripada pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis.
Oleh itu, tidak timbul soal sapina ke atas Perdana Menteri atau sesiapa sahaja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis. Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah tersebut yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak.
"Kerajaan Malaysia difahamkan tiada perbicaraan berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, tidak timbul soal kerajaan akan memohon menjadi pemerhati," jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada ucapan penangguhan menjawab soalan daripada seorang wakil pembangkang di Parlimen malam kelmarin.
Pertanyaan daripada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) itu berbunyi: "Sama ada kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapatkan akses kepada kertas pembuktian yang dirujuk oleh Suaram dalam 'kes Scorpene' tersebut.
Mengimbas fakta mengenai pembelian Scorpene, kontrak perolehan dua buah kapal selam baru berkenaan telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn. Bhd. sebagai Project Services Provider. Nilai kontrak ini ialah 1.084 bilion Euro.
Skop kontrak terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a) Bahagian Pertama: Antara kerajaan Malaysia dengan DCNS dan NAVANTIA merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah 969.15 juta Euro.
b) Bahagian kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn. Bhd. merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih-pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah 114.96 juta Euro.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, Kementerian Pertahanan tidak pernah membuat sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene.
"Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing. Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah tidak benar.
"Kementerian Pertahanan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen yang dikatakan rahsia oleh Syarikat Terasasi (Hong Kong) kepada Syarikat Thint Asia (Thales International) yang didakwa bernilai 36 juta Euro. Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran berkala daripada Thint Asia kepada Syarikat Terasasi (Hong Kong)," kata Ahmad Zahid lagi.
Menjawab desakan pakatan pembangkang supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara, Ahmad Zahid menjelaskan:
"Kerajaan berpendapat tidak perlu menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam itu memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.
"Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu, rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut.
"Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan," katanya.
Dalam hal ini, Ahmad Zahid menjelaskan, kerajaan Malaysia juga tidak perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting kerajaan bebas daripada rasuah dan pengkhianatan.
"Kerajaan berpendapat tidak perlu untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen," kata beliau.
Kata Ahmad Zahid lagi: "Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan, manakala setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan dan teguran Jabatan Audit Negara.
"Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka."
Kebenaran dalam isu Scorpene sudah dinyatakan kerajaan. Namun, ia pasti tidak diterima oleh pembangkang di negara ini. Malah, akan diputarbelitkan lagi oleh Suaram dan pakatan pembangkang.
Apatah lagi Suaram bukanlah asing di mata rakyat - menjadi alat dan ejen pembangkang di negara ini. Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar, ia akan menjadi raksasa yang memakan diri.-UMO
Sejak 10 hari lalu, penduduk Pangsapuri Belimbing Heights terpaksa menjalani rutin harian memeritkan iaitu beratur untuk mengambil air yang dibawa oleh sebuah syarikat akibat ketiadaan bekalan air ke perumahan itu.
Sudah lebih 10 hari penduduk Pangsapuri Belimbing Heights, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dibebani dengan masalah ketiadaan air, yang mereka yakini berpunca daripada tekanan air yang rendah.
Jadi, bagaimana mereka menjalani kehidupan harian tanpa bekalan asas itu? Penduduk mendakwa mereka terpaksa membeli air daripada syarikat swasta semata-mata untuk mendapatkan bekalan air bersih.
Mereka mendakwa telah berkali-kali mengajukan masalah tersebut kepada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), namun sehingga kini tiada jawapan yang diberikan oleh pihak tersebut.
Pengerusi persatuan penduduk pangsapuri berkenaan, M. Elangovan berkata, masalah itu telah berlaku sejak 17 Jun lalu dan berlanjutan sehingga kini.
"Kami minta pihak Syabas dan kerajaan negeri Selangor segera menyelesaikan perkara ini, kerana air merupakan sumber yang paling penting dalam menjalani kehidupan seharian.
"Kami perlu membayar RM5,200 bagi empat tangki air yang mengandungi 23,000 liter air untuk mendapatkan bekalan air. Namun ia masih tidak cukup kerana di sini terdapat lebih 400 unit rumah," jelasnya.
Seorang penduduk di Blok A pangsapuri berkenaan, Wong Chit Moi, 58, berkata, dia terpaksa turun naik dari tingkat 12 dengan membawa baldi untuk mengambil air yang dihantar oleh syarikat swasta tersebut.
"Walaupun menggunakan lif, tetapi membawa dua baldi yang penuh berisi air sangat membebankan.
"Dan walaupun membeli air dari pihak luar, bekalan air masih tidak cukup. Disebabkan itu, kami sekeluarga terpaksa menghantar baju kotor ke dobi dan makan di restoran-restoran berdekatan," katanya dalam nada kesal.
Penuntut yang hanya mahu dikenali sebagai Asgarpour, 31, dari Iran pula berkata, sejak ketiadaan air di situ menyebabkan dia hanya mandi sekali sehari.
"Makan dan minum semuanya di luar. Ini menyebabkan perbelanjaan kami sekeluarga terjejas memandangkan saya merupakan penuntut di sini.
"Jika saya bekerja mungkin masalah ini tidak terlalu membebankan," ujar penuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Penyelaras MCA Parlimen Serdang, Datuk Liew Yuen Keong mendesak pihak Syabas dan kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah tersebut memandangkan Selangor merupakan antara negeri yang pesat membangun dan masalah seperti itu tidak seharusnya berlaku.
"Saya difahamkan bukan sahaja Belimbing Heights yang menghadapi masalah air tetapi Flat Seri Pulai, Taman Sungai Besi Indah dan beberapa kawasan lain. Harap Syabas dan kerajaan negeri selesaikan masalah ini," katanya.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung kononnya pm campur tangan dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion.
Empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam.
Rafizi dalam pendedahannya kononnya mendakwa, Najib melahirkan hasrat menganugerahkan projek itu kepada Konsortium George Kent, itu didakwanya bertentangan dengan keputusan JPMK - jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Najib bersidang pada 25 Januari 2012.
Oo.... baru aku tau punca kenapa khalid gagap masuk pkr, rupe-rupenye dia tak dapat bayar hutang dia dengan pnb, tun mahathir cuba tolong dia, tapi khalid tak mampu nak tolong dirinya sendiri, maka kecewa, dia pun jointlah pkr parti yang memang di tubuhkan untuk orang kecewa macam khalid dan anwar ibrahim...
Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.
Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.
Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.
DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.
Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.
Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.
Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.
Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.
Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.
Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.
Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.
Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.
Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?
Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.
Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.
Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.
Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.
Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.
Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.
Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina.
Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.
Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.
Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.
Amat mudah untuk memahami perjalanan politik MB Khalid ini. Setelah merasakan diri nya sudah 'ditolak' oleh pengundi-pengundi sendiri di DUN Ijok, maka jalan terbaik untuk beliau 'selamatkan diri' adalah dengan berpindah ke kawasan yang difikirkan selamat!
Agak pelik juga apabila MB Khalid yang sebelum ini selalu mendabik dada mendakwa beliau adalah Menteri Besar terbaik untuk rakyat Selangor, tetapi amat mendukacitakan kerana takut dengan bayang-bayang sendiri untuk berhadapan dengan rakyat di DUN Ijok?
MB Khalid nampaknya terpaksa menggunakan 'talian hayat' iaitu SPR yang selama ini mereka tolak dan bangkang semata-mata untuk menyelamatkan 'sisa-sisa politik' beliau!
Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak bantahan beberapa pihak terhadap permohonan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjadi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati.
Keputusan itu diputuskan dalam sesi perbicaraan awam yang berlangsung selama 15 minit pada pukul 9 pagi di Pejabat Daerah Sabak Bernam di sini dan dikendalikan Pengarah SPR Selangor, Dzulkifli Ab. Rahman.
Perbicaraan itu diadakan selepas penduduk setempat termasuk beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan bantahan kepada SPR kerana merasakan tindakan Abdul Khalid itu seperti ada 'udang di sebalik batu'.
Keputusan itu sekali gus memberikan bayangan bahawa Abdul Khalid mungkin tidak akan mempertahankan DUN Ijok yang diwakilinya sekarang, sebaliknya berpindah ke kawasan yang difikirkan lebih selamat iaitu DUN Bukit Melawati.
Difahamkan, Abdul Khalid yang menggunakan alamat Lot 173, Batu 22, Kampung Pasir Tuntong, Bukit Rotan dekat sini telah membuat pendaftaran penukaran alamat bagi kawasan mengundi berasaskan pada alamat kad pengenalannya.
Pendaftaran tersebut akan meletakkan Abdul Khalid sebagai pengundi dalam DUN Bukit Melawati dengan daerah mengundi di Api Api manakala lokaliti di Kampung Pasir Tuntong iaitu dalam Parlimen Kuala Selangor.
Pembantah yang juga Pengerusi Aktivis Rakyat Bersatu Selangor (Akrab), Ahmad Hisham A. Manaf berkata, pihaknya melakukan bantahan tersebut kerana keliru dengan tujuan sebenar Abdul Khalid berbuat demikian.
"Abdul Khalid merupakan pemastautin tetap di Petaling Jaya, jadi mengapa beliau mahu mengundi di kawasan ini. Tindakan beliau itu kelihatan seperti mempunyai agenda tersembunyi.
"Adakah benar beliau mahu menjadi pengundi atau sebenarnya bercadang untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati atau Parlimen Kuala Selangor," katanya selepas perbicaraan tersebut di sini.
Ahmad Hisham berkata, Abdul Khalid sepatutnya menunjukkan kesetiaan dan sokongan di kawasan tempat tinggalnya.
Sementara itu, Dzulkifli berkata, perbicaraan tersebut dibuat demi membuktikan ketelusan SPR dalam permasalahan seperti itu termasuk bantahan yang dikemukakan terhadap seorang Menteri Besar.
"SPR telah menjalankan siasatan terperinci ke atas kedua-dua pihak iaitu permohonan Abdul Khalid dan juga bantahan yang dikemukakan penduduk.
"Maka, bicara awam ini penting diadakan untuk mencapai persetujuan yang disenangi kedua-dua pihak sekali gus membuktikan ketelusan SPR dalam menangani permasalahan berkaitan," katanya.
Daripada pergerakan yang ditunjukkan oleh MB Khalid ini, mungkinkah desas-desus sebelum ini mengatakan yang PKR akan memberi laluan kepada DAP untuk bertanding di DUN Ijok, PKR di DUN Bukit Melawati manakala PAS di DUN Jeram akan menjadi kenyataan? Sama-samalah kita tunggu dan lihat semasa PRU ke-13 nanti!
Kemajuan atau kemunduran sesebuah negara atau negeri sering dikaitkan dengan beberapa faktor ekonomi termasuk geografi, sumber alam, hasil semulajadi serta sikap penduduk.
Ada negara yang kecil dari segi saiz dan jumlah penduduknya, tetapi disebabkan mahir menggunakan jentera ekonominya, negara itu dapat bersaing dengan negara lain. Sekaligus, rakyat mampu menyaingi kebolehan rakyat negara lain.
Begitu juga, ada negara tidak mempunyai sumber hasil semulajadi tetapi di sebabkan berjaya menggunakan kepakaran rakyatnya, negara itu dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya.
Negara seperti ini biasanya berjaya menyediakan golongan profesional dalam pelbagai bidang. Ia bermula dengan sistem pendidikan terancang. Apabila berlaku perubahan dari segi teknologi, rakyat negara itu mudah menyesuaikan diri.
Ada juga negara yang besar saiz dan kaya hasil mahsulnya, tetapi disebabkan pemimpinnya terlalu jumud, mereka tidak dapat menggerakkan ekonomi, maka negara itu terus miskin. Kekayaan yang ada di negara itu tidak dapat digunakan sepenuhnya.
Akibatnya, kehidupan rakyat tidak berubah. Jika dulu petani dengan pendapatan rendah, sekarang pun mereka masih bertani dengan pendapatan juga tidak pernah bertambah. Bagi negara atau negeri seperti ini, mereka sering meletakkan kesalahan kepada orang lain.
Dalam menguruskan ekonomi, saiz sesebuah negara atau negeri, bukanlah faktor utama. Ramai pakar ekonomi berpendapat, lebih kecil sebuah negara atau negeri itu, lebih mudah diuruskan asalkan penggerak ekonominya mempunyai wawasan untuk memajukan negara atau negerinya.
Jika peka terhadap kemajuan, negara atau negeri miskin pun boleh dimajukan. Jika tidak mempunyai sumber ekonomi sekalipun, mereka boleh meneroka bidang baru yang boleh memberi pulangan besar.
Hakikatnya, negara atau negeri yang kaya dengan pelbagai sumber asli sekalipun tidak dapat digerakkan jika pemimpinnya tidak bertekad untuk memajukan negara atau negeri mereka. Apatah lagi jika ia dipimpin oleh golongan yang tidak mempunyai wawasan.
Malaysia, umpamanya, tidak akan maju seperti hari ini jika dipimpin oleh golongan yang berfikiran orthodoks. Malaysia tidak boleh lagi selama-lamanya bergantung kepada sektor pertanian untuk maju.
Oleh itu, kerajaan terpaksa memikirkan pelbagai perusahaan berasaskan teknologi untuk membolehkannya bersaing. Hari ini, Malaysia adalah antara negara yang meneroka bidang teknologi maklumat (IT).
Sekiranya negara ini masih lagi bergantung lagi kepada sektor pertanian, pastinya keadaan 30 atau 40 tahun lalu, terus kekal. Kelantan berpotensi untuk maju. Negeri itu mempunyai pelbagai faktor ekonomi yang diperlukan sebagai prasyarat untuk kemajuan.
Prasyarat ekonomi di Kelantan, sebenarnya sudah lengkap. Tetapi disebabkan sikap dan pemikiran pemimpinnya yang masih kuno, kemajuan Kelantan sukar diganjakkan. Kerajaan Kelantan ketika diambil-alih oleh Pas sudahpun mempunyai kemudahan infrastruktur yang tersusun rapi.
Segala kemudahan pengangkutan, perhubungan, bekalan elektrik dan air semuanya sudah lengkap. Sumber kekayaan negeri itu hanya menunggu masa untuk diterokai untuk kebaikan rakyat negeri tiu. Asas untuk maju sudah dibekalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum itu.
Tetapi sejak memerintah negeri itu dalam tempoh empat penggal lalu, tidak banyak perubahan dilakukan Kerajaan Pas. Masih ramai rakyat hidup di bawah paras kemiskinan sedangkan rakyat Kelantan memang dikenali dengan semangat rajin bekerja. Apakah silapnya?
Walaupun Kelantan mempunyai potensi besar tetapi peluang rakyat untuk maju ditutup oleh corak pemerintahan Kerajaan negeri yang sempit. Mereka tidak dapat memajukan diri disebabkan kerajaan negeri tidak dapat melihat peluang dalam bidang ekonomi yang begitu luas.
Lihat saja rakyat Kelantan di bandaraya lain, umumnya di Kuala Lumpur, mereka adalah antara yang ramai berjaya dalam bidang masing-masing. Mengapakah mereka tidak dapat maju di negeri sendiri?
Kerajaan Kelantan seharusnya berani mengakui kelemahan sendiri. Mereka perlu menerima hakikat gagal mentadbir Kerajaan negeri itu dengan baik.
Bagi menutup kelemahan, pemimpin kerajaan Pas Kelantan memberi pelbagai alasan melindungi kegagalan mereka. Paling jelas mereka cuba mengabui mata rakyat dengan memisahkan antara kehidupan di dunia dengan akhirat.
Apabila rakyat dikelirukan supaya mementingkan kehidupan di akhirat, secara sendirinya kegagalan mereka memajukan Kelantan, berjaya ditutup. Kemungkinan, kerajaan Pas mahu rakyat Kelantan terus mundur dan dibelenggu kerana dengan cara itu mereka mudah dipengaruhi.
Pas gunakan mandat rakyat Kelantan hanya untuk kepentingan politik yang sempit!!! Apa fikir lagi, JOM TOLAK PAS..!!!
Noh Omar melihat komputer riba 1Malaysia yang disumbangkan oleh Kerajaan Pusat kepada pelajar kawasan Parlimen Tanjung Karang di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang semalam.
Badan Perhubungan UMNO negeri menyelar tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disifatkan cuba menjadikan masjid sebagai medan untuk memperluaskan pengaruh politik mereka di negeri ini.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan itu dibuat menerusi pelaksanaan pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang tidak mengikut prosedur serta bercanggah dengan prinsip demokrasi.
Beliau dimaklumkan terdapat kariah di beberapa buah masjid di negeri itu yang tidak berpuas hati terhadap kerajaan negeri kerana tidak melantik AJK yang telah dipilih oleh mereka menerusi proses pemilihan seperti yang diarahkan oleh kerajaan negeri.
"Sebaliknya individu yang tidak dipilih pun oleh ahli kariah berkenaan telah dilantik sebagai AJK dan mereka pula ada kaitan dengan parti yang mentadbir kerajaan negeri.
"Jika keadaan itu benar-benar berlaku, ia merupakan satu penipuan kerajaan negeri terhadap rakyat. Mereka mengutamakan politik semata-mata, inilah cara demokrasi mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan komputer riba 1Malaysia untuk 975 pelajar melibatkan tujuh buah sekolah di Parlimen Tanjong Karang, di sini hari ini.
Noh turut menyampaikan bantuan kewangan kepada 268 mangsa banjir dan ribut di kawasan Parlimen itu.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan peruntukan RM1.9 juta untuk pembinaan benteng di kawasan Sungai Burong di sini bagi menangani masalah banjir yang kerap melanda kawasan itu setiap tahun.
Mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laporan portal berita propembangkang hari ini yang mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat, beliau berkata, ia satu tindakan yang membuang masa.
Katanya, Perdana Menteri tidak perlu berdebat dengan Anwar kerana Ketua Pembangkang itu mempunyai pendirian yang berubah-ubah mengikut kepentingan politik tertentu. Malah, kata beliau, debat juga bukan satu kaedah yang dapat menyelesaikan masalah membabitkan kepentingan awam tetapi lebih kepada emosi semata-mata.
"Kejayaan sesebuah kerajaan bukan terletak pada debat dan forum. Sebaliknya, kejayaan sesebuah pentadbiran adalah berdasarkan perancangan yang baik untuk masa depan rakyat," katanya.-UMO
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Apa makna berita dan bambar di atas?!! Adakah ia satu amaran jelas daripada geng-geng pro-Ramasamy kepada God Father Karpal dan RSN Rayer (Pro - Dinasti LIM) bahawa jangan cuba-cuba lagi hendak besar kepala dan kurang ajar terhadap TKM2?!!
Nampaknya lebih keraplah bapak ultra kiasu Penang masuk wad ambil drip...
*Yang Malek Itik itu bukan sebab dia pro-WARLORD atau pro-Dinasti LIM, dia memang penchacai tegar DAP. Cuma rakyat Batu Maung sudah tidak tahan lagi mendengar kenyaringan intonasi suara keitikan beliau ketika menipu!
Di Mesir, Ikhwanul Muslimin akhirnya berjaya juga membentuk Kerajaan setelah bertahun-tahun ditindas dan dinafikan hak mereka. Menariknya, mereka menggunakan logo DACING sebagai lambang parti mereka. Sama seperti BN.
Di Malaysia, Pas sering menyamakan nasib dan perjuangan mereka seperti Ikhwanul Muslimin. Memang benar Ikhwanul Muslimin ini didukungi oleh golongan ahli ugama Mesir, namun satu perkara yang pasti adalah mereka tidak menjadi boneka kepada orang kafir sepertimana Pas menjadi anjing belaan kepada DAP!
Dasar mereka juga sentiasa konsisten. Sebab itulah, apabila rejim Mubarak ditumbangkan, rakyat masih lagi mahu memilih Ikhwanul Muslimin sebagai Kerajaan. Bukan seperti Pas yang sekejap mahu Negara Islam sekejap Berkebajikan, sekejap mahu Hudud dan sekejap tidak.
Namun, masa yang akan menentukan segalanya. Kalau diperhatikan US nampaknya tidak mempunyai masalah dengan Presiden baru Mesir walaupun beliau dari parti Islamis. Kami harap rakyat Mesir telah membuat percaturan masa depan mereka dengan tepat apabila memilih Morsi sebagai Presiden baru mereka.
Walau apa pun, petanda Allah SWT kepada rakyat Malaysia sangat jelas. Allah hanya meredhai parti yang menggunakan logo DACING sahaja sebagai Kerajaan! Insya Allah!
Artikel asal Mymassa - Tengah malam semalam, kotak emel Mymassa menerima kiriman beberapa keping gambar dirujuk sebagai 3 Diplomat Singapura yang menyertai Demonstrasi haram Bersih 3.0. Mymassa tunjukkan satu keping dahulu, sementara gambar-gambar lain pihak Mymassa sedang mendapatkan bantuan daripada pakar pasukan kami dan rakan-rakan kita termasuk yang berada di Singapura sekarang, untuk mengesahkannya.
Kerajaan Singapura dalam jawapannya kepada kerajaan Malaysia menyatakan ketiga-tiga pegawainya hanya bertindak sebagai Pemerhati sahaja http://merdeka-online.com/home/?p=932.
Isunya, kenapa Diplomat-diplomat Singapura itu menyertai demo tersebut, berjalan beriringan, bergerak seiringan, membuat persediaan, menyertai dari awal dan memakai baju Bersih 3.0. Perkara ini langsung tidak dijawab oleh Kerajaan Singapura, sebaliknya menyembunyikan ketiga-tiga Diplomatnya itu hingga sekarang.
Sebaliknya, Kerajaan Singapura menarik isu lain kononnya Mymassa membuat pendedahan tidak benar mengenai aktiviti PACA di Singapura yang memberi fokus kepada Pilihanraya Umum Ke-13 negara kita. Jika Kerajaan Singapura mengatakan peserta kursus tersebut rakyat Malaysia, sila senaraikan lebih 10 peserta itu dan kerakyatan mereka. Sebutkan nama mereka? dan Parti mana yang menganjurkan PACA di Singapura itu? Apakah Singapura hendak menolak persoalan bahawa rakyat Singapura, turut berada di dalam kursus PACA itu? Sehingga ke hari ini Singapura gagal menjelaskan isu ini, melainkan hanya menafikan sahaja.
Mymassa bersetuju dengan PERKASA supaya ketiga-tiga Diplomat Singapura itu dihantar pulang, kerana telah mengguris perasaan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berasa terancam dengan kegiatan seolah-olah pengintipan, pengcampurtangan, pemerhatian yang termelampau, diplomatisasi yang melampaui batasan, pembodohan ke atas rakyat Malaysia yang dilakukan oleh Diplomat-Diplomat Singapura itu.
Mymassa sangat-sangat yakin, Presiden PAS, Haji Hadi Awang pasti tidak bersetuju dengan Campurtangan Singapura dalam politik Malaysia, apatah lagi campurtangan Israel. Kamu boleh bertanya Haji Hadi Awang jika kamu sangsi!
Setakat ini dahulu, berikan pasukan kami masa mendedahkan dan mengesahkan gambar ketiga-tiga Diplomat Singapura itu.
Modal terbaru pembangkang dalam propaganda mereka yang disebarkan oleh Malaysiakini adalah artikel dari The Globe And Mail mengenai Demokrat Palsu yang mana menyenaraikan YAB PM sebagai salah seorang daripadanya.
Namun Kerajaan Pusat telah menolak tohmahan terbaru dari luar negara oleh wartawan upahan Anwar Ibrahim.
Siapa Mark Mackinnon? Mark adalah wartawan yang sama menulis mengenai kes sodomi Anwar Ibrahim dalam portal media yang sama iaitu The Globe and Mail. Dalam artikel kes sodomi tersebut, Mark telah mengemukakan fakta-fakta salah yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang wartawan antarabangsa. Taraf penulisan Mark Mackinnon lebih teruk daripada Hatta Wahari, seorang pencacai tegar pembangkang di Utusan satu masa dahulu. MyMassa rasa elok pembaca nilai sendiri tahap kewartawanan Mark Mackinnon melalui artikelnya ini.
Anwar Ibrahim again battles dubious sex charges
Mark MacKinnon
There is an uncomfortable pattern to life for Anwar Ibrahim, the charismatic leader of Malaysia's opposition. In 1998, shortly after he quit the authoritarian government of Mahathir bin Mohamad, he was convicted and jailed on trumped-up sodomy charges.
Six years after that conviction was quashed and he was released from prison – and just as it looked like he and his multi-ethnic coalition might finally oust the long-ruling United National Malays Organization from office – Mr. Anwar finds himself trapped in the most awkward of reruns, once more accused of "consensual intercourse against the order of nature."
The charges again look to be a thinly veiled attempt to ruin Mr. Anwar's reputation and sabotage his political career in this Muslim-majority country. The trial to date – dubbed "Sodomy II" in Malaysia's unsubtle government-controlled press – has produced a succession of lurid headlines about lubricant tubes and stained underwear, while Mr. Anwar and his lawyers have been denied the right even to see the medical records of the man with which he is alleged to have had anal sex.
But instead of letting the scandalous court proceedings force him to the sidelines, the eternally optimistic Mr. Anwar has been using good humour and his ever-present BlackBerry to turn even the most awkward of headlines to his advantage, holding up the charges against him as proof of the absurdity of the system he's trying to change.
As a lone judge contemplates whether there is evidence to convict Mr. Anwar and sentence him to up to 20 years in prison, as well as a flogging, Mr. Anwar has continued his ferocious assault on a government he derides as repressive and corrupt, blogging from the courtroom and sending cheeky and upbeat 140-character updates to his followers via Twitter.
"Sodomy circus turns into sex opera!" reads one of Mr. Anwar's mid-trial posts, which linked to a video of a lawyer discussing the lurid details of the case. "Courage of conviction. Que sera sera," was his response to a fellow Twitter user who worried the energetic 63-year-old was headed back to jail.
The odds do seem stacked against Mr. Anwar, a former deputy prime minister who was once considered the rising star of Malaysian politics. But to hear him tell it, his déjà-vu legal ordeal is evidence that Prime Minister Najib Razak and his party are losing their grip on power, and they know it well.
"They can't deal with me politically – either my economic programs or policies. They can't debate me. So they resort to this ludicrous exercise to demonize me," he said in an interview at the offices of his People's Justice Party in western Kuala Lumpur, a confident grin fixed on his narrow, goateed face. "We will win the next election and we will change the courts."
It seems unlikely things will go quite that smoothly. Mr. Anwar's political career has seen his fortunes change as often and as quickly as the weather in this peninsula thrust between the Indian and Pacific oceans. The leader of a Muslim youth organization during his student days, he shocked his followers by joining UNMO in the early 1980s and taking a succession of cabinet posts in the authoritarian government of Mr. Mahathir, eventually rising to become his powerful finance minister and deputy prime minister.
But the two men never saw eye-to-eye on key issues, and they eventually fell out during the 1997 Asian financial crisis over economic policy and Mr. Anwar's accusation that cronyism at the top was hurting the country's economy. Shortly thereafter, Mr. Anwar – frequently held up in the West as an example of a moderate Muslim democrat – was in jail.
Though initially barred from politics upon his release, Mr. Anwar steered the opposition to a surprisingly strong finish in 2008 elections, and – even as the new sodomy charges were being laid –very nearly won the long-sought prime minister's chair in the aftermath when he called for a vote of non-confidence in Mr. Najib's government. Mr. Anwar said he had the support of a majority in parliament, including an unspecified number of UMNO defectors, but the vote never happened. Instead, 40 key lawmakers were sent on a government junket to Taiwan during which some were apparently convinced to rethink supporting Mr. Anwar's bid for power.
The next election, which can be called any time before 2013, is set to be a high-stakes affair in this rapidly developing country of 28 million, which has seen freedom of speech blossom since the 2003 retirement of Mr. Mahathir and the rise of the Internet. Any kind of conviction would keep Mr. Anwar – who heads an improbable coalition that consists of liberal reformers like himself and an Islamist party that seeks to impose Koranic law – on the sidelines for another five years.
Mr. Anwar, a married father of six children, denies the new charges that he had sex with a 25-year-old former aide to Mr. Najib. (The sodomy law, which dates back to the British colonial era, has only been used seven times since independence, with four of those charges being levelled against Mr. Anwar.)
Jika begitu rendah martabat wartawan luar negara yang berat sebelah dan membodek Anwar Ibrahim, adakah artikel terbarunya layak kita sebagai rakyat Malaysia terima? Adakah maklumat Mark tepat dengan mendakwa tuduhan terhadap Anwar dikenakan kerana meliwat pembantu DS Najib?
Ternyata tuduhan terbaru Mark mengenai demokrat palsu juga boleh kita tolak bulat-bulat kerana kejumudan otak Mark berfikir yang sama taraf dengan pencacai pembangkang dalam negara.
*Mark MacKinnon ni wartawan antarabangsa atau antaraBANGSAT sampai boleh laporkan Anwar dituduh meliwat pembantu DS Najib. Tak pandai pakai goggle ke si Mark ni?
Video ini telah tersebar di Youtube terutamanya di kalangan warga siber kaum Cina.
Ramai yang mengutuk tindakan peguam yang tidak profesional dalam mengendalikan pelanggannya.
Setelah diserang oleh warga maya di forum mahupun di Youtube, akhirnya peguam ini mengeluarkan kenyataannya.
Peguam Pertahan Diri Pukul Pelanggan
Oleh SIRA HABIBU
PETALING JAYA: Satu klip video yang memaparkan pembeli rumah ditolak dan ditendang oleh seorang peguam tersebar luas di internet sejak beberapa hari lalu.
Namun penyerang itu dikatakan berbuat demikian selepas diprovok.
Peguam Tan Hui Chuan, yang merupakan seorang ahli majlis perbandaran Selayang berkata pembeli rumah tersebut mengucapkan perkataan yang menyakitkan hati dan tidak sopan kepadanya.
"Saya hanya mahu dia menjauhkan diri kerana dia memprovok saya, jadi saya menolaknya. Tetapi saya tidak tumbuk, mencalarkan atau menamparnya.
MyMassa cuba selidik adakah benar dia seorang Ahli Majlis Perbandaran Selayang. Menurut rekod, Tan Hui Chuan memang Ahli Majlis sebelum ini tetapi tidak dilantik semula untuk sesi 2012-2013. Lebih mengejutkan adalah dia seorang Ahli Majlis dari kuota DAP!
Nah! Jika ada perkara yang melibatkan ahli parti lawan atau pihak polis, maka DAP terutamanya di Negeri Pulau Pinang akan cepat-cepat menyalak. Namun apa bila ahli sendiri yang berlaku ganas kepada orang awam, ke mana perginya suara-suara sumbang DAP yang kononnya perjuangkan hak rakyat?
Ternyata DAP bukan pejuang rakyat yang sebenar tetapi hanya untuk kroni mereka sahaja.
Penduduk kaum Cina yang dibantai peguam DAP ini pun tak mereka bela.
*Kalau dari pimpinan tertinggi pun amalkan kroni, apatah lagi yang di bawah.
MyMassa puji wang kertas baru keluaran Bank Negara Malaysia.
Menurut berita dari harian Metro, wang ini akan mula digunakan Julai tahun ini.
BANK Negara Malaysia (BNM) sudah membuat persediaan bagi edaran wang kertas Malaysia siri baru mulai 16 Julai depan yang bertemakan Keunikan Malaysia terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
"Wang kertas RM50 dalam siri ini sudah berada dalam edaran sejak Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur. BNM berkata, dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru itu, pihaknya bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lalu untuk memudahkan peralihan yang lancar. BNM turut menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baru dan lama untuk kemudahan orang ramai.
Ini bererti kemungkinan anak-anak kita akan beraya dengan wang kertas baru yang cantik ini.
Bila cerita pasal wang kertas, MyMassa teringat kisah bagaimana Anwar Ibrahim melarikan berbillion duit kertas RM500 dan RM1000 sebagai persediaannya untuk menjadi PM dan menjatuhkan Tun Mahathir.
Kisah ini dibongkar sendiri oleh rakan baik Anwar Ibrahim semasa dia menjadi Menteri Kewangan.
AHLI Parlimen Padang Serai yang juga bekas pemimpin setia PKR serta penyokong tegar Anwar Ibrahim, Gobalakrishnan telah mendedahkan pelbagai rahsia dan penyelewengan Ketua Umum PKR dalam satu ceramah di Port Kelang pada Sabtu malam, minggu lalu.
Ceramah yang disampaikannya dalam majlis 'siri ceramah SSDE' itu menambahkan lagi kefahaman rakyat mengenai siapa sebenarnya pemimpin 'gila talak' bernama Anwar Ibrahim yang jadi sasau kerana mengimpikan kedudukan di Putrajaya selepas PRU-13 nanti.
Rakaman video ucapan Gobala seperti yang termuat di blog Darul Ehsan Today itu menimbulkan dua isu yang agak menarik untuk dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.
Dua isu yang SM maksudkan ialah mengenai dakwaan bahawa Anwar telah melarikan wang kertas RM500 dan 1000 ke luar negara serta kisah perut buncit Anwar yang dilindungi bengkung.
Pada ceramah itu Gobala mencabar Anwar Ibrahim supaya menyaman beliau di mahkamah kerana menuduh Ketua Pembangkang itu melarikan wang kertas RM500 dan 1000 berjumlah lebih 13 bilion ke luar negara ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia dahulu.
Jelas Gobala, selepas Tun Dr. Mahathir memecat Anwar daripada kabinet, Dr. Mahathir juga telah menarik-balik penggunaan wang kertas Malaysia bernilai RM500 dan RM1000.
"Cuba tuan-tuan dan puan-puan ingat balik peristiwa pada tahun 1998 itu. Kenapa Dr. Mahathir batalkan penggunaan wang 500 dan 1000? Saya katakan bahawa sebelum itu Anwar Ibrahim telah melarikan wang berkenaan ke luar negara, mungkin ke Indonesia dengan menggunakan kapal terbang persendirian dengan jumlah tidak kurang daripada 13 bilion.
"Saya cabar Anwar saman saya kerana kenyataan ini," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin di majlis berkenaan.
Mungkin anak muda lupa kisah ini tetapi kami yang otai ni memang takkan lupa kes RM500 dan RM1000 yang disimpan di Indonesia oleh Anwar Ibrahim.
*Jangan tak tau. Dengan wang kertas RM500 dan RM1000 yang dimasukkan dalam sampul ini juga Anwar Ibrahim guna untuk beli perwakilan demi jatuhkan Tun Ghafar Baba.
DEDAHKAN JUGA DOKUMEN KONTRAK LRT SEMASA ANWAR MENTERI KEWANGAN KEPADA KAMARUDIN JAAFAR
Pendedahan Rafizi yang baru sahaja dipecat secara paksa di dalam Kerajaan Selangor baru-baru ini umpama permainan zaman 1990-an. Bagi kita Rafizi budak hingusan, budak baru nak tunjuk kehebatan berpolitik, maka Anwar memberikan segala macam bahan untuk dicakapkannya.
Cara Anwar dan PKR berpolitik Cara Kuno. Mendedahkan apa yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Mereka lupa , kerajaan sekarang sudah lama Transform sejak 1999 lagi. Tiada lagi Direct Lego secara paksa yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim semasa beliau menduduki Kementerian Kewangan!
Namun, kita juga mahu Kerajaan mendedahkan Dokumen Pemberian Kontrak Secara Langsung, Tanpa Tender Terbuka Projek LRT di Bandaraya Kuala Lumpur, yang diluluskan oleh Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Menteri Kewangan bernilai lebih RM2 Billion Ringgit kepada Kroninya Kamarudin Jaafar!
Kita minta Kementerian Kewangan Mendedahkan Dokumen itu, atau apakah mahu menunggu Mymassa mendedahkannya.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sekeping gambar mampu memberikan persepsi. Dan persepsinya ialah Malaysia memang sama dengan Mesir dari banyak aspek.
Paling kurang di negara kita ada 278 pusat tahfiz walaupun PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak bukan Al Hafiz seperti Presiden Mesir.
Namun pahala membina tahfiz tentu lebih banyak dibandingkan dosa pengumpat yang mencerca beliau dengan berbagai kata nista dan fitnah yang tidak berasas lagi tidak logik diterima akal.
Harap perkara ini dapat disebarkan dan maklumat tentangnya ada di link Darul Quran di sini http://www.darulquran.gov.my/
TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPAN PENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMI KES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012
Tuan Yang Dipertua,
Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehan dua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS
( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project Services Provider. Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA
( Sepanyol ) merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.
b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah EURO114.96 Juta.
Tuan yang di-Pertua,
Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.
Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi ( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia
( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta. Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkala daripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong )
Tuan Yang di-Pertua,
Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyarankan supaya Kerajaan dan Kementerian Pertahanan perlu mengambil beberapa langkah antaranya;
1) menjelaskan apakah benar maklumat dikesan keluar daripada Malaysia;
Sepanjang pengetahuan Kementerian, sehingga kini TIADA maklumat yang dikesan keluar dari Malaysia.
2) samada Kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapat akses kertas pembuktian yang dirujuk oleh SUARAM;
Kerajaan Malaysia difahamkan TIADA PERBICARAAN berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, TIDAK TIMBUL soal Kerajaan akan memohon menjadi pemerhati.
3) menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara;
Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan keatas klausa klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian kewangan untuk kelulusan.
4) Kerajaan Malaysia juga perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk Pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting Kerajaan bebas dari rasuah dan pengkhianatan;
Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan. Manakala itu, setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka.
Sekian terima kasih
YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia
Penulis : Menurut info yang diperolehi Nurul Izzah khabarnya terdiam mendengar jawapan oleh Menteri Pertahanan tentang soal ini. Penjelasan panjang lebar dan merangkumi segala fitnah yang ditimbulkan ternyata membuatkan anak sulung Anwar Ibrahim terdiam tidak dapat berkata apa-apa tentangnya. Bukti sandiwara mereka telah terdedah.
Namun jangan pelik akan ada lagi 'drama' baru yang bersiri-siri seperti sinetron akan dipentaskan selepas ini demi memukau pandangan rakyat agar mereka terpesona dengan lakonan pembangkang yang hanya reti menabur janji menanam tebu di bibir namun akhirnya kemunduran dan kerosakan yang akan dinikmati oleh rakyat selepas ini.
Berbeza dengan apa yang dipraktikkan oleh YAB Perdana Menteri dimana banyak usaha dilakukan tanpa perlu menyibukkan diri mencipta fitnah untuk melemahkan lawan sehingga merugikan negara dan rakyat.
Sudah pasti penjelasan ini akan memadamkan api fitnah yang masih cuba dilemparkan terhadap Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional.
Persidangan ditamatkan jam 11.30 malam 26 Jun 2012 yang lalu.
Pada saat 27.27 Rafizi Ramli telah memberitahu : semua yang tak baik kebanyakannya datang daripada Rosmah dan Mansur.
Perbuatan melibatkan orang tidak terlibat dengan politik sebagai bahan ceramah adalah tidak beradab. Memberi ceramah politik tidak seharusnya melangkaui batasan menghina orang yang tidak bersalah seperti bapa isteri Perdana Menteri iaitu Encik Mansor Katas yang telah meninggal Ogos 2009 usia 84 tahun.
Betapa benci Rafiz kepada Najib, Rosmah sekalipun jangan dijadikan nama orang yang telah meninggal dunia seperti bapa Rosmah sebagai sasaran.
Perbuatan oleh pemimpin PKR ini sangat biadap dan tidak akan dapat dihapuskan dosanya oleh Allah kerana menghina maruah manusia itu termasuk bab Hablum Minannas. Meskipun kita sedar tahap pendidikan Rafizi yang hanya mendapat second class lower semasa menamatkan pengajiannya...
Bayangkan bagaimana perasaan kita jika bapa yang disayangi telah dihina di atas pentas ceramah politik oleh pemimpin politik disaksikan ribuan manusia dan ramai lagi di alam maya ? Adakah besar pahala atau dosa perbuatan yang dilakukan oleh manusia biadap seperti Rafizi Ramli ini ? Sudah tentu ia dosa yang besar kemurkaannya di sisi Allah.
Dalam satu artikel tentang bab akhlak di Berita Harian disebutkan :
" Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: "Sesungguhnya orang yang terdekat kepadaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya."
Sudah sepatutnya orang yang beriman dengan Rasulullah SAW bersemangat untuk menghiasi dirinya dengan semua bentuk akhlak mulia. Sehingga Rasulullah SAW mencintainya dan dekat dengannya di akhirat kerana sikap dan kelakuannya mengikut apa yang Baginda perintah.
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara sekalian kamu dan paling dekat kedudukannya kepadaku di akhirat adalah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terburuk di antara kamu sekalian bagiku dan terjauh dariku di akhirat iaitu mereka yang terburuk akhlaknya. Mereka itulah 'Tsarsarun', 'Mutafaihiqun' dan 'Mutasyaddiqun'."
Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap, mutafaihiqun ialah orang yang sombong dan mutasyaddiqun ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh hingga tercapai cita-citanya. "
Namun kita tidak pelik kerana perkataan pemimpin PKR semua sudah maklum tidak bersopan termasuklah oleh Ustaz mereka seperti Badrul Amin. Dengan kes ditangkap jam 3 pagi di dalam bilik hotel sudah tentu perkataan jahat yang keluar itu selari dengan perbuatan yang dilakukannya.
Lihat pula Azmin Ali yang semakin teruk berperang sesama sendiri di dalam PKR - juga terkenal dengan perkataan BABI dan HARAMJADAHNYA. Maka jangan anda merasa hairan jika perkataan memburukkan orang lain menjadi zikir harian mereka di dalam ceramah terbuka.
Meskipun tidak suka, namun keterbukaan suara demokrasi di Malaysia membenarkan mereka melakukan ceramah dan menyebarkannya di dalam youtube.
Aspek positif kita boleh ambil di sebalik insiden negatif ini ialah perbuatan seperti inilah yang akan menguntungkan UMNO/BN yang tidak menggunakan perkataan kasar dan kesat untuk menyerang peribadi lawan. Semakin ramai melihat gelagat biadap semakin ramai akan meluat kepada PKR termasuklah Pakatan Rakyat. Barangkali kita juga harus berterima kasih kepada Rafizi Ramli atas ucapan biadapnya yang akan menjadi sebab orang akan menolak PKR!
Namun selepas kita lihat video di bawah maka kita akan faham perbuatan tidak bermoral termasuk mengherdik wartawan wanita seperti video di bawah ini adalah datang tidak lain tidak bukan Pemimpin utama PKR Anwar Ibrahim.
Satu lagi insiden wartawan kena marah lihat sini :
Lim Guan Eng does it again. He lied right to the faces of the rakyat.
Earlier this month, Lim Guan Eng was reported saying that Penang BN's bluff over the free port promise. He demands the Penang BN to apologize for dangling the promise of restoring the island's free port status saying that the PM had shot down the proposal.
Lim said that when asked about the island's free port status, the PM had replied that, with already five free trade zones in Penang, the issue of Penang becoming a free port 'does not arise'. Lim was also reported saying "Najib has said very clearly there is no free port."
With that, the pro-oppositions blogs, webs and portals helped Lim spread the half-truth statement of the PM.
Looks like Lim failed to learn the lesson about records and documentations. Politicians nowadays, should know better than to lie outright because the truth can be accessed in just one click on the keyboard.
The PM's reply on the matter has been recorded as follows: "Although free trade port status is no longer in existence, the Federal government is aware that Penang BN has proposed to come up with a new concept to spur economic development in Penang, especially in the tourism and service sectors. The Federal Government will give due consideration based on the feedback and support from the people, as well as the innovative proposal."
Which part of the PM's statement above that spelled 'No to free port'?
The same was exposed by a Chinese current affairs website, Souminews.com as reported by the NST today. It said that DAP leaders were withholding the full text of Najib's written reply in parliament and had, instead, 'twisted the facts and distorted the truth' about it.
Well, we need not say much about Lim Guan Eng and his twisted tongue as this is not the first time that he had been caught lying to our faces.
We can only ask, what is uglier than a lying Chief Minister? And how can we put our fate in the hands of a liar?
My name is Ali.. Ali Boxing. To ladies... I'll punch you slowly and gently..
Sejak akhir-akhir ini, laman Facebook Presiden Prebet Ali Tinju tidak henti-henti menyiarkan kenyataan-kenyataan pedas mengkritik Menteri Pertahanan dengan pelbagai gaya bahasa dan cemuhan. Walhal sebelum ini, Presiden Prebet Ali Tinju rajin melaung-laungkan perjuangan persatuan, pembelaan kepada bekas tentera, kebajikan bekas tentera dan tuntutan-tuntutan yang tidak masuk dek akal.
Prebet ALi Tinju dan proksinya iaitu Malaysiakini
Sebelum ini menyatakan dana bantuan MESTI diserahkan kepada Presiden persatuan. Ok..I'll give you RM100k to Ali Tinju. Ahli PVTM lain boleh lihat sahaja ok
Kini jelas bahawa Presiden Prebet Ali Tinju dengan tidak sedar menunjukkan kepada masyarakat bahawa perjuangannya bukanlah untuk membela bekas tentera yang tidak berpencen kerana serangan-serangan keatas Menteri Pertahanan dilihat bersifat peribadi dan 'permusuhan lama' yang kini membara semula. Selain itu,
Presiden Prebet Ali Tinju dilihat amat terdesak kerana TERPAKSA menggunakan saluran Malaysiakini yang jelas telah memutar-belit fakta mengenai situasi sebenar tuntutan-tuntutan PVTM. Laman web tunggangan pembangkang itu tidak menyiarkan cerita penuh mengenai tuntutan pembelaan kepada bekas tentera tidak berpencen tetapi hanya mengambil cerita SMS Datin Seri Hamidah (isteri Menteri Pertahanan) sahaja.
Itu bukan perkara pokok kerana perjuangan kebajikan bekas tentera harus dilihat secara menyeluruh dengan menggunakan pedekatan yang lebih rasional dan bukannya dengan melakukan tohmahan berunsur peribadi yang tidak akan memberi apa-apa makna kepada bekas tentera.
Pembaca-pembaca setia. Golongan bekas tentera yang tidak berpencen ini adalah anggota (Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat) adalah tergolong daripada mereka-mereka yang menamatkan perkhidmatan awal (secara sukarela)/tidak menyambung/kurang dari 21 tahun berkhidmat dan DIBERHENTIKAN dari perkhidmatan kerana masalah disiplin. (Yang ni cuba tanya mengapa Presiden Prebet Ali Tinju berkhidmat tidak sampai 8 tahun...Sila baca artikel-artikel Askar Setia sebelum ini)
Kementerian Pertahanan dan JHEV tidak tidur kerana terlalu banyak kemudahan, faedah dan bantuan yang diberikan kepada golongan berhenti awal ini. Kemudahan dan faedah ini amat besar dan jelas lebih baik dari pesara-pasara pasukan keselamatan yang lain.
Sila teliti gambarajah dibawah ini (faedah-faedah persaraan untuk bekas tentera berpencen dan tidak berpencen berbanding pasukan keselamatan/awam yang lain):
PERBANDINGAN FAEDAH-FAEDAH PERSARAAN / TAMAT PERKHIDMATAN DAN BANTUAN YANG DITERIMA OLEH PESARA / VETERAN ATM, PDRM DAN AWAM
Mana janji Nik Aziz nak tunaikan hudud? Baru ni bukan main nak sangat laksana hudud bila dengar gendang PRU13 dipalu.
Sekarang senyap sunyi..janji yang lama tak tertunai sekarang sibuk bagi janji baru ... Pisau kata " Nik Aziz kata dia nak bawah tahta dan kuasa sebagai mursidol dan menteri besaq ke lobang kubur beb..."
Apabila seorang pemimpin bebal bercakap soal prinsip perjuangan ,membakar semangat para penyokongnya agar berpegang kepada tahaluf seolah meludah kemuka sendiri.
Khawarij PAS angkat politik adalah agama mereka,maka jika menganut ideologi politik segampang PAS maka apa saja akan dihalalkan.Syurga di sendirian berhadkan,bab melacurkan agama tidak menjadi hal kerana ia adalah politik.
Justeru bolehlah kita sifatkan Hj Hadi berjaya membuktikan agama para khawarij boleh ditukar tukar mengikut lengok dan telunjuk nafsu politik mereka.
Ucapan Hadi semasa himpunan khawarij di Butterworth menjadi bukti betapa munafiknya khawarij PAS.
BUTTERWORTH: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan semua ahli dan pendokong PAS jangan terpengaruh dengan kumpulan yang sering meragukan perjuangan PAS dengan lontaran kenyataan yang bertentangan dengan arahan kepimpinan.
Tugas mereka sebagai pejuang sambungnya, untuk menyebarkan dakwah dan berpolitik bagi memastikan kuasa pemerintahan dimiliki oleh orang atau parti yang benar-benar ikhlas serta mempunyai bermatlamat membentuk negara menjadi lebih bertamadhun.
"Ahli dan pendokong perjuangan PAS jangan terpengaruh dengan kumpulan yang bebal.
"Di mana mereka sering berada di pentas pidato mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan suara yang di arahkan oleh kepimpinan.
"Kita kena fokuskan kepada gerak kerja agar kita menjadi kuat," tegasnya melalui lintas langsung dari Dubai ke skrin besar sempena Perhimpunan Hijau Peringkat Negeri Pulau Pinang di padang Haji Ahmad Badawi, Butterworth semalam.
Maka, kata beliau, menjadi tanggungjawab semua jentera pemuda mengembeleng tenaga dan buah fikiran untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sepertimana yang berjaya dilaksanakan di Mesir dan lain-lain negara sejak kebelakangan ini.
Korang bandingkan ucapan diatas dengan kenyataan Hj Hadi sebelum itu... Pisau kata " Ibrahim Libya mati katak bukan mati syahid bhai..."
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Isu Faekah, isu penangkapan Badrul Amin, pemecatan Hasan Ali dan perletakan jawatan Rafizi adalah "produk produk" keretakan hubungan antara kem Azmin Ali dan kem Wan Azizah & Khalid Ibrahim. Namun dalam keadaan genting sebegini, Nurul Izzah dilihat cuba bermain playsafe untuk imbangi politik papa dan mamanya. Papa Izzah bersama Azmin, manakala mama Izzah bersama dengan Khalid Ibrahim. Izzah cuba bermain di tengah tengah.
Dalam isu tanah ini, dilihat Izzah telah melompat masuk ke Azmin sejak awal lagi. Pada 19 April 2011, Akhbar Sinar Harian telah mendedahkan tentang pencerobohan tanah Kerajaan di Wira Damai Selayang yang dikenali sebagai Kampung Sepakat Jaya. Ia merupakan tanah Rezab Batu Caves (No Warta: GN 4718-30 bertarikh 17 Jun 1930).
Ekoran dari itu, Pejabat Daerah Gombak telah mengeluarkan Notis Pendudukan Tanpa Kebenaran di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara kepada Pak Ibrahim iaitu ketua peneroka tersebut. Di atas tanah terdapat beberapa bahagian rumah kekal yang hampir 75% siap. Pada 23 April 2011, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Lim Ching How telah membuat laporan tentang penerokaan tanah secara haram ini.
Kerja-krja penerokaan telah dihentikan di atas tanah tersebut selepas notis dikeluarkan. Pejabat Tanah Gombak telah menolak semua permohonan tanah di kawasan tersebut melalui Summary Rejection pada 10 Ogos 2011.
Walau bagaimanapun, penerokaan tanah di kawasan tersebut kembali aktif apabila ketua peneroka iaitu Pak Ibrahim menerima surat sokongan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah bertarikh 5 Mei 2011. Nurul Izzah benarkan tanah diteroka secara haram?
Kandungan surat sokongan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu membayangkan seolah-olah tanah tersebut pasti diberi milik kepada penceroboh-penceroboh berkenaan. Apakah ini juga boleh diklasifikasikan sebagai satu lagi penyalahgunaan kuasa dan surat sokongan?
Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Lin Ching How yang membuat aduan kali kedua pada 2 Februari 2012. Tidak cukup dengan itu, beberapa orang penduduk Kg. Wira Damai turut membuat aduan kepada Pejabat Tanah Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang pada 7 Mei 2012. Namun penerokaan secara haram tetap diteruskan.
Isunya di sini ialah mengapa Nurul Izzah yang mengeluarkan surat sokongan bagi permohonan di dalam kawasan Parlimen Gombak di bawah Azmin Ali? Izzah hendak kacau kawasan Azmin Ali atas dasar permusuhan kem?
Mengapa terdapat percanggahan antara pemimpin pakatan pembangkang tentang dasar penyelesaian setinggan di Selangor? Mereka ketepikan suara rakyat dan pihak berkuasa tempatan untuk membolehkan penerokaan tanah secara haram diteruskan.
Rumah-rumah setinggan yang dibina bukanlah rumah kayu yang murah sebaliknya rumah batu yang mewah. Apakah mereka ini terlibat sebagai pengundi hantu di kawasan ahli parlimen yang memberi sokongan?
Apa yang pasti, Nurul Izzah tidak sepatutnya menggalakkan setinggan meneroka tanah secara haram dan melanggar peraturan semata-mata inginkan publisiti politik murahan. Nurul Izzah lebih pentingkan suara setinggan dari suara rakyat yang berautoriti untuk halalkan penerokaan tanah haram.
27 Jun 2012, Anwar menggesa Faekah meletak jawatan kerana salah gunakan surat sokongan. Beranikah Anwar Ibrahim menggesa dan membuat keputusan tegas untuk meminta Nurul Izzah meletak jawatan kerana salah guna surat sokongan?
Angkatan Muda Keadilan Johor akan menganjurkan satu majlis makan malam bersama Anwar Ibrahim pada 7 Julai 2012. Anjuran majlis makan malam perkara biasa, yang luar biasanya penganjur yang majoritinya orang-orang melayu PKR turut menyediakan hidangan yang tidak halal.
Mengikut laman yang menyiarkan cerita asal, sel13.com, hidangan yang tidak halal di sesebuah restoran cina sudah tentulah ianya meliputi babi, katak atau ular. Lihat di sini....
Selain dari Pak Sheikh Anwar, antara yang lain yang bakal turut serta dalam majlis hidangan daging babi tersebut adalah Ketua Pemuda Pas Johor. Bagus Pas.....
Esok lusa Pas akan keluar fatwa, tiada larangan yang babi itu haram dalam Quran sepertimana Haji Hadi kata tiada negara islam dalam Quran sewaktu dia menggugurkan perjuangan negara islam dan menggantikan dengan negara kebajikan.
Harga meja untuk makanan tidak halal RM 500 dan harga meja untuk makanan halal RM 300. Tempat makan di restoran yang sama, Restoran Guo Tai Sdn Bhd. Hanya melayu PKR dan Pas yang sanggup makan dalam majlis yang sebegitu.
Apa lagi nak dikata kerana demi undi PKR dan Pas sanggup lakukan apa sahaja.....
Ogos tahun lalu, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Rosli Che Mat pernah mengakui projek pembangunan kilang Lynas langsung tidak membahayakan kesihatan kerana ianya bukan seperti mana loji nuklear sebagaimana cuba digambarkan oleh propaganda pembangkang.
Malah beliau secara terbuka mengecam pendekatan propaganda pembangkang khususnya PKR yang memanipulasi isu Lynas sehingga memesongkan fakta sebenar kepada khalayak umum sekaligus mencetuskan kegusaran segelintir anggota masyarakat.
Namun, kini setelah hampir setahun berlalu tiba-tiba beliau dilaporkan berkata tidak menyokong Lynas dan projek tersebut belum tentu selamat sebagaimana disiarkan oleh lidah rasmi PAS dan beberapa portal lain.
Bukankah begitu kontradiks dengan kenyataan beliau pada 24 Ogos lalu...?
Antara kata-kata beliau yang masih tergiang-giang ditelinga kita termasuklah kenyataan berikut;-
"Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya".
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah".
"Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin... Saya pun malu....! Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."
Kenyataan tersebut yang diucapkan beliau pada 24 Ogos 2011 yang lalu telah disiarkan oleh TV3 dalam laporan ringkasnya berkaitan isu Lynas. Turut sama mengulas isu tersebut ialah seorang lagi saintis nuklear, Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli.
Selanjutnya menurut Dr Rosli lagi, "Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment".
Berikutan kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 itu akhirnya menyebabkan Dr Rosli dipanggil beberapa kali oleh pucuk pimpinan PAS kerana kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai bertentangan dengan dasar PAS yang anti Lynas.
Pun demikian, bila kita baca bait demi bait kenyataan Dr Rosli itu jelas sekali beliau tidak bersetuju dengan manipulasi dan penyelewengan fakta oleh pembangkang dalam isu Lynas.
Dan beliau sendiri mengakui projek Lynas selamat dan tidak membahayakan kesihatan. Dalam erti kata lain, sebagai seorang saintis nuklear, beliau berkata benar demi mengelakkan orang ramai terus tertipu dengan pemesongan fakta yang di adu domba oleh pembangkang khasnya PKR.
Manakala pada Februari 2012 yang lepas pula ketika diminta mengulas mengenai Himpunan Hijau 2.0, sekali lagi beliau menegaskan Lynas adalah loji yang mengeluarkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear malah ia selamat dan tidak membahayakan selagi adanya pemantauan.
Persoalan sekarang, apakah kerana tekanan dari pimpinan PAS menyebabkan beliau kini terpaksa membuat kenyataan yang akhirnya membelit dirinya sendiri? Atau adakah kerana takut dimakan sumpah 'baiah' taat setia, maka kebenaran terpaksa dilacurkan demi mempertahankan dasar haru biru parti sendiri?
Pelakon terkenal, Abby Abadi baru-baru ini melahirkan rasa kecewa atas tindakan beberapa pihak yang melemparkan kata-kata kurang manis kepadanya ekoran penglibatannya di dalam beberapa program anjuran PAS.
Kekecewaan Abby itu diluahkan melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Kata Abby…
"Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. Sampai kata saya dapat 'hidayah sesat'? Apa tu?,".
Apa yang mengharu-birukan, PAS melalui lidah rasminya, Harakahdaily, cuba menjadi "batu api" apabila cuba memutar belitkan kenyataan Abby dan seolah-olah cuba menjauhkan pelakon itu dari Barisan Nasional atau UMNO.
Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah Abby Abadi yang berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan positif dari selebriti itu ke arah yang lebih Islamik berbanding sebelumnya.
Sama ada Abby masih lagi mengenakan pakaian yang ketat, menampakkan susuk tubuh atau tidak menutup aurat sepenuhnya tidak timbul buat masa sekarang.
Pada masa ini, saya bersyukur kerana dia mula diberikan hidayah untuk menutup bahagian kepala dan lehernya yang sebelum ini terdedah. Itu adalah lebih baik dari imejnya sebelum ini yang langsung tidak bertudung kepala.
Namun pada saya, kenyataan Harakahdaily yang mengatakan bahawa Abby naik ke pentas ceramah PAS adalah tidak benar sama sekali.
Abby Abadi sebenarnya hanya memenuhi jemputan anjuran PAS yang rasanya kurang berbaur politik seperti "talk show" Malam Keinsafan Bersama Selebriti yang berlangsung di Dataran Kerdau baru-baru ini.
Program "talk show" setahu saya bukanlah ceramah politik yang menghentam UMNO mahupun BN sepertimana kebiasaan amalan PAS.
Sepatutnya, Abby tidak wajar dipersalahkan dalam hal ini kerana muncul pula beberapa pihak yang menghentam Abby yang baru saja mahu mengenal Islam dengan lebih dekat lagi.
Cuma pada pandangan saya, cara Abby mendekatkan diri kepada Islam melalui pendekatan politik adalah kurang tepat sama sekali. Apatah lagi jika Abby menganggap individu-individu seperti Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Azhar Idrus itu layak bergelar ulama.
Jika Abby nak tahu, Nik Aziz hanyalah boleh dianggap sebagai ustaz biasa yang mendapat pendidikan agama di India dan negara timur tengah, termasuk di universiti Al-Azhar. Namun ia belum boleh membuat Nik Aziz bergelar ulama.
Begitu juga dengan Ustaz Azhar Idrus. Dia hanyalah seorang ustaz yang mengajar dari masjid ke masjid. Saya kurang pasti sama ada dia ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam untuk berceramah di beberapa buah negeri.
Namun, untuk menetapkan gelaran ulama kepada dua individu itu adalah tidak tepat sama sekali kerana tidak semua lulusan Al-Azhar itu layak digelar ulama meskipun mereka aktif mengajar atau mendapat tauliah mengajar di masjid dari Majlis Agama Islam.
Sebagai contoh, Kamariah Ali juga lulusan dari Al-Azhar. Tapi Kamariah merupakan pengikut setia Ayah Pin. Jadi, apakah Abby rasa Kamariah wajar digelar sebagai ulama dan apa saja yang dilakukannya tidak boleh dikecam atau dikutuk?
Untuk pengetahuan Abby, Nik Aziz menolak perpaduan umat Islam di negara ini meskipun pada awalnya dipersetujui oleh Presiden PAS dan majoriti Majlis Syura Ulama PAS. Nik Aziz menggunakan kuasa "veto"nya sebagai Mursyidul Am untuk menafikan perpaduan umat Islam di Malaysia.
Nik Aziz juga menghalalkan budaya memaki hamun dan mencarut dengan memberi alasan bahawa Allah juga "mencarut" di dalam Al-Quran.
Persoalannya yang perlu Abby fikirkan, apakah seorang hamba wajar mencarut? Allah mungkin boleh mengutuk Abu Lahab di dalam firmanNya, tapi apakah Rasulullah SAW memaki hamun musyrikin dan kuffar yang melontar najis kepadanya?
Justeru, saya memohon agar Abby memperbaiki pendekatannya kepada Islam melalui cara atau uslub yang lebih diiktiraf. Pergilah berjumpa dan rapatkan diri dengan program-program JAKIM, Majlis-Majlis Agama Islam atau ulama-ulama muktabar.
Nak kenal ulama-ulama muktabar, sila hubungi urusetia Mykmu.net kerana laman portal ini sering menganjurkan konvensyen bersama ulama tersohor bertaraf antarabangsa. Kalau setakat ulama politik, rasanya tak payah berguru pun tak rugi…
Kementerian Pelajaran sedang menyiasat dakwaan bahawa khatib jemputan yang menyelitkan doa agar kerajaan sedia ada digulingkan ketika membaca khutbah Jumaat di sebuah masjid di Pulau Pinang baru-baru ini ialah guru sebuah sekolah rendah.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata jika benar guru sebuah sekolah rendah di Penaga Pulau Pinang itu melakukan perbuatan itu, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya.
"Kementerian ada maklumat tentang isu ini...malah sudah mengarahkan siasatan terperinci diadakan. Jika benar, perbuatan itu bertentangan dengan etika kerja lelaki itu sebagai seorang guru.
"Jika benar kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap guru itu yang boleh membawa kepada penggantungan gaji, kerja atau dipecat," kata Mohd Puad kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, Rabu.
Guru itu dikatakan berdoa supaya rakyat menolak pemimpin dan kerajaan yang ada ketika menyampaikan khutbah di Masjid Jamek Taman Guar Perahu, Kubang Semang, Pulau Pinang Jumaat lepas.
Difahamkan tindakan itu dilakukan kerana tidak berpuas hati dengan arahan pertukaran ke sebuah sekolah di Selangor yang diterimanya dua hari sebelum itu.
Mohd Puad berkata kementerian tidak menghalang guru untuk berpolitik asalkan mereka mendapat kebenaran terlebih dahulu, namun ia harus dibuat secara berhemah tanpa menjejaskan kedudukan pekerjaan masing-masing.
"Janganlah gunakan masjid untuk menimbulkan suasana yang kurang senang kerana ia boleh memecah belahkan umat Islam. Bagi saya, dakwaan ini cukup serius dan perlu disiasat dengan teliti," katanya.
Tudiaa...bestnya Hairie Othman dapat jumpa dengan Nik Aziz. Dihotel lagi tuh! Apa yang ditulis oleh Hairie di facebooknya, meh kita baca:
Saya sungguh terharu apabila diraikan oleh TGNA secara peribadi dan tertutup disebuah hotel sebentar tadi, makan tengahari bersama beliau beralaskan surat khabar saja..seorang ulamak dan juga menteri besar Kelantan..bagaimana tergamak kita berkata beliau Tok guru kafir..? Beliau banyak menjelaskan tentang perjuangan berlandaskan Islam, bukan bangsa..alhamdulliah!
Makan beralaskan suratkhabar..waduh, zuhudnya, lapik surat khabar takut tumpah atas karpet hotel tuh! Ingat lapik surat khabar makan tepi jalan...boleh ambil gambar, masuk dalam blog dan facebook...zuhud!
Berapa ramai yang jaki dengan situasi ini? Ikhlas la..tak apalah, jawab sendiri..(persoalan dilontarkan kepada penganut-penganut PAS sahaja..hehehe)
Tak lama sebelum ini, seorang blogger, Cucu Mat Kilau dah bangkitkan isu ni. Orang PAS yang berpuluh tahun perjuangkan partinya, ada yang tak pernah jumpa Nik Aziz, apatah lagi mencium tangan beliau...makan dihotel lagi..
Dia senang-senang berjumpa, atas tiket bekas artis terkenal, pecacai lain pula, siapalah mereka...
Ada juga yang berjuang bermatian-matian, tapi bila dipentas utama, dibaginya kepada yang mentah bari belajar berpolitik, baru belajar isi borang...
Pemimpin atasan buat tak tahu sahaja perkara ini. Yang penting, populariti parti semakin meningkat dengan kemasukan ahli jenis-jenis ini..
Demikian kata Abby Abadi, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan televisyen Gerak Khas ketika diajukan pertanyaan sama ada akan mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas.
Beliau berkata, belum sampai masanya lagi untuk menyertai Pas seperti yang dilakukan oleh beberapa selebriti sebelum ini.
Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.
"Bukan saya tak nak (jadi ahli Pas) atau nak mengelakkan (menyertai Pas) tetapi masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan.
"Nak tarik orang masuk parti bukan senang, kena perlahan-lahan.
"Sebab itu saya masih belum lagi mendaftar sebagai ahli Pas," katanya.
Tambah beliau: "Apabila saya betul-betul faham baru akan sertai. Bukan tak nak masuk… sabar ya."
Beliau berkata demikian sewaktu diasak pelbagai soalan bila akan masuk Pas semasa sesi dialog berkongsi pengalaman penghijrahan bersama Abby Abadi di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini, malam tadi.
Hadir sama, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.
Abby berkata, tidak salah berada dalam majlis anjuran Pas dan mendekatkan diri melalui majlis ilmu kerana cara itu berpeluang berkongsi ilmu agama dengan ustaz, ustazah termasuk ilmuan.
"Bukan sahaja bergandingan bersama mereka tetapi juga pernah berkongsi pentas ilmu dengan selebriti seperti Bob Lokman. Saya bangga abang Bob (Bob Lokman) dan Kak Aishah (Wan Aishah Wan Ariffin) menyertai Pas selepas mereka faham apa yang diperjuangkan.
"Sebelum masuk ke majlis seperti ini, orang bercakap macam-macam mengenai mereka, cakap tak sedar diri dulu dalam bidang seni sekarang baru berubah. Namun bila bersama mereka tidak pernah mereka memburukkan sesiapa sebaliknya perkongsian sering berkisarkan agama, fardu ain, tentang kematian," katanya.
Menurutnya, hasrat beliau kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.
"Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.
"Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini," katanya.
Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.
"Saya sendiri tidak suka melihat berlaku perpecahan antara orang Melayu serta sesama Islam," katanya.
Dalam majlis itu, Abby turut menerima senaskhah buku Munajat Pejuang yang disampaikan Mohd Nasir sebagai simbolik pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas Kawasan Kuala Kedah.
SAYA merasa hairan sekiranya Umno yang memimpin kerajaan BN tidak mengizinkan pilihan raya diadakan di musim haji, kalau berlaku sebaliknya memang menghairankan.
Umno pernah menggunakan kuasanya mengadakan pilihan raya umum di musim haji kerana dasar dan konsep perjuangannya terus berpegang teguh dengan nasihat Suruhanjaya Reid yang meletakkan agama sebahagian sahaja daripada aspek politik dan urusan negara sebagaimana Umno melaksanakan tugasnya menghapuskan tulisan jawi dan meletakkan kedudukan agama yang ada di bawah kuasa raja-raja sekarang tanpa perubahan walaupun kemerdekaan sudah berlalu lebih lima puluh tahun.
Maka mengadakan pilihan raya di musim haji terlalu kecil bagi Umno kerana pilihan raya dianggap tidak ada hubungan dengan dosa dan pahala boleh menipu, rasuah dan sebagainya. Kalau berdosa pun boleh ditampung dengan haji dan umrah subsidi.
Kepada Umno ibadat haji boleh dipolitikkan, bukan sahaja mengadakan pilihan raya di musim haji dengan menafikan hak mengundi kepada kalangan umat Islam yang berada di Makkah atau Madinah. Pilihan raya boleh diadakan di musim haji sekiranya mengurangkan sedikit undi yang boleh memberi kemenangan kepada BN walaupun dengan majoriti kecil khususnya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung.
Bahkan Umno boleh mempolitikkan haji dengan mengeluarkan wang peruntukan kerajaan bagi memberi subsidi haji kepada imam-imam, JKKK dan sebagainya.
Walaupun rukun haji diwajibkan kepada seseorang yang mampu secara individu bagi dirinya dan berbuat kebajikan sunat kepada kalangan keluarga dan sahabat.
Maka memberi subsidi haji dan umrah oleh kerajaan tidak wajib dan menerimanya juga tidak wajib, bahkan haram sekiranya menjejaskan peruntukan rakyat miskin yang pendapatannya tidak mencukupi sara hidup, begitu juga pelajar-pelajar miskin yang menuntut ilmu fardu kifayah. Memang ternyata masih ramai yang tercicir dan ada yang dinafi dan dibatalkan haknya kerana tidak menyokong Umno.
Pas tetap menegaskan bahawa memilih musim haji bagi tarikh pilihan raya adalah bercanggah dengan Islam kerana politik adalah sebahagian penting bagi agama Islam dan menjadi syarat kepada melaksanakan hukum-hukum Islam yang banyak, termasuklah membuktikan Islam itu adil kepada seluruh manusia dan seluruh alam serta melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar dengan kuasa pemerintahan negara.
Saya telah menjelaskan hujah syarie dalam tulisan sebelum ini, walaupun ramai yang tidak boleh menerimanya kerana asas ilmu fiqah politik yang tidak ada sedikit pun. ALLAH pernah menempelak para pemimpin Makkah yang berbangga dengan khidmat hajinya dan memakmurkan Al Masjid Al Haram, di mana pahalanya seratus ribu kali ganda daripada beramal di masjid yang lain daripada Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Firman ALLAH:
أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله , لا يستوون عند الله والله لا يهدي القوم الظالمين . التوبة 19
(Adakah kamu jadikan amalan memberi layanan minuman air kepada para jamaah haji dan mengimarahkan Al Masjid Al Haram itu, sama seperti kalangan yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, serta berjihad pada jalan ALLAH (menegakkan agamanya)? Sebenarnya mereka tidak sama di sisi ALLAH dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim).
Mengundi adalah hak yang ditunaikan bagi memilih pemimpin dan kerajaan. Kewajiban ini mengikut ajaran Islam adalah satu amanah yang sangat besar dibebankan kepada umat Islam.
Firman ALLAH:
إن الله يأمركم أن تؤدوا الآمانات إلى إهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا . (النساء ).
Sesungguhnya ALLAH memerintah kamu supaya menunaikan amanah dengan menyerahkan kepada orang yang mampu menunaikannya. Dan apabila kamu melaksanakan hukuman di kalangan manusia hendaklah berlaku adil, sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu melakukan ajaran yang terbaik, sesungguhnya ALLAH itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat).
Maka pilihan raya memilih pemimpin dan kerajaan adalah kewajipan besar dalam ajaran Islam, bagi menunaikan amanah, menyerahkan amanah yang menentukan baik dan buruk, adil dan zalim yang menjadi kepentingan umum dan masa depan dunia sehingga akhirat. Rasulullah S..A.W. meletakkan hilangnya amanah memberi tugas memimpin umat kepada orang yang tidak melaksanakan Syariat ALLAH menjadi punca kemusnahan yang membawa berlakunya ajal dunia. Memilih pemimpin bukan kerana kelayakan agama, akhlak dan ilmunya tetapi kerana wang, pangkat dan sebagainya adalah mengkhianati ALLAH dan Rasul.
Sebahagian besar para sahabat R.A. hanya bersembahyang jenazah Rasulullah S.A.W. kemudian berundur meninggalkan upacara mengebumikan jenazahnya yang mulia kerana menghadirkan diri dalam perhimpunan di Thaqifah Bani Saidah, melaksanakan amanah yang lebih besar daripada mengebumikan jenazah Rasulullah S.A.W. iaitu amanah pemilihan Khalifah pertama, yang membuat keputusan majoriti memilih Abu Bakar R.A.
Pas hanya mampu mengerahkan segelintir ahlinya sahaja dengan penyebaran ajaran politik Islam, supaya menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihan raya kerana memilih wajib menunaikan amanah besar yang tidak boleh ditangguh kerana dipaksa.
Pas tidak mampu menyebarkan kefahaman ini kepada masyarakat Islam seluruhnya kerana khutbah Jumaat di masjid-masjid, ustaz-ustaz upahan dan media digunakan oleh BN bagi menyempitkan fahaman umat Islam terhadap ajaran Islam dan menyebarkan fitnah terhadap Pas melalui segala medan, termasuk media yang berlagak Islam, mencampurkan dosa dan pahala, benar dan bohong, laksana lembu yang mengibas ekor di belakang terhadap sesiapa sahaja dan hanya melihat ke hadapan ke arah rumput yang boleh diisi ke dalam perut.
Warga Turki yang bekerja di Australia yang peka dengan amanah ini, pulang ke negaranya dengan tambang berlipat kali ganda daripada menunaikan haji.
Mereka pulang untuk mengundi parti Islam sehingga mengalahkan kaum Kamal Atarturk yang memaksa umat Islam Turki dengan pemerintahan sekularisme yang melemahkan Turki dan merosakkannya.
Warga Mesir dan Tunisia di luar negara berjaya memenangkan parti Islam setelah berlakunya kesedaran politik sehingga mengalahkan parti ala Umno di negara masing-masing.
Harapan Pas kepada umat Islam di negara ini supaya bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 walaupun Umno BN melaksanakannya tanpa mengira musim haji.
Tema politik itu kotor adalah penipuan penjajah terhadap umat Islam supaya meninggalkan politik dan memberi ruang dan peluang kepada mereka dan pengikut mereka menjajah selama-lamanya dan menghalang Islam berdaulat.
Sebenarnya merekalah yang mengotorkan politik yang menjadi amanah ALLAH yang termasuk dalam perkara kerasulan yang membawa rahmat ALLAH kepada seluruh alam dengan melaksanakan Islam yang adil kepada semua dan matlamat kejadian manusia yang dihisab pada Hari Akhirat nanti.
Akhirnya Rasulullah S.A.W. memberi jaminan daripada ALLAH bahawa sesiapa yang melaksanakannya dengan sempurna menjadi kalangan pertama daripada tujuh jenis manusia yang bernaung di bawah naungan ALLAH di padang Mahsyar.
PKR mendakwa Datuk Murad Khalid membuat perakuan sumpah palsu terhadap Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mempunyai akaun bank induk menyimpan saham dan hartanah bernilai sekitar RM3 bilion.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, apabila diteliti dakwaan ke atas Anwar oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, ia adalah palsu kerana telah menerima ancaman dan ugutan daripada ejen kerajaan.
"Perakuan sumpah yang dibuat adalah tidak benar kerana merujuk kepada perakuan sumpah tersebut ada menyebut beberapa nama lain yang kemudiannya dikaitkan dengan Anwar tanpa menyenaraikan harta atau saham yang dimiliki oleh Anwar.
"Malah, dakwaan tersebut adalah bimbang dirinya diugut ejen kerajaan yang didalangi musuh Anwar, yang memaksa beliau membuat perakuan bersumpah palsu," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Menurut Rafizi, dakwaan ke atas Anwar juga adalah merujuk kepada pegangan harta Murad sendiri.
"Di mana pelbagai salah laku dan penyelewengan dilakukan adalah demi mengumpulkan hartanya sendiri akibatnya terjerat dengan permainan musuh utama Anwar yang mengugutnya," katanya.
Beliau berkata, siasatan yang dilakukan pihaknya mengenai latar belakang Murad sebelum ini yang didakwa menerima habuan dalam bentuk bayaran keahlian kelab golf, insurans pelindungannya sejumlah RM 3.1 juta dibayar oleh pihak ketiga selain manfaat dalam bentuk 15 unit kondominium.
Katanya, ini menunjukkan dakwaan Murad sebenarnya mengenai kewujudan master akaun adalah merujuk kepada pegangan beliau sendiri.
Katanya, untuk tidak memanjangkan hal ini, Murad diminta kembali kepangkal jalan dan tampil memohon maaf kepada Anwar juga rakyat supaya menghentikan fitnah selama 13 tahun lalu supaya rakyat boleh menumpukan kepada isu negara.
"Saya minta Murad tampil minta maaf dan membetulkan keadaan dengan berterus terang. Dengan berdiam diri tidak akan menjernihkan keadaan," katanya.
Rafizi berkata, jika Murad masih berdiam diri, pihaknya akan membongkar salinan surat asal Murad kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di mana akan membawa implikasi buruk kepada beliau dan pimpinan tertinggi Umno.
Sebelum ini, Murad dikatakan telah mengunjungi Anwar pada 2004, yang menjalankan rawatan tulang belakang di Alpha Klinik, Munich untuk memohon maaf atas pemalsuan perakuan sumpah beliau akibat menerima ugutan sehingga akan mengaibkan maruah keluarganya.
Inilah realitinya bahawa kebebasan media hanya sah jika memuji dan menjilat Lim Guan Eng, Kebebasan media di Pulau Pinang sudah lama mati sejak ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri memegang tampuk regim.
Semakin ramai rakyat Pulau Pinang sedar tuhan kepada DAP ini amat angkuh dan tidak boleh dipercayai kerana berpuluh ditangkap berbohong. Malah tuhan kepada DAP ini jika berfatwa sudah pasti tidak boleh disanggah atau dikritik.
Pisau ada bertemu dengan beberapa wartawan akhbar Cina ,mereka baru sedar apa erti ultrakiasu sifat sebenar penganut agama dan penyembah tuhan DAP.
Nah! Sekarang ini perang diantara wartawan akhbar cina dengan Lim Guan Eng semakin panas dan yang pasti sudah ada gelombang penentangan daripada masyarakat Cina Pulau Pinang apabila sudah menyedari siapa sebenar DAP dan Lim Guan Eng.
Chinese Reporters Step Up Fight Against Guan Eng in Facebook War
This latest article, purportedly written by Chinese press reporters, is making its rounds in Facebook.
Headlined: Lim Guan Eng – Has he become God until he can no longer be criticised? Or has he become a monster, the article has become the latest salvo fired against the CM.
The Chinese media reporters in Penang are said to be angry at the arrogance of DAP cyber troopers who have started vicious attacks against their fellow colleagues.
It looks like the infatuation between the Chinese media and Guan Eng has come to an end as they begin to see his arrogance and selfishness.
The article, written in Chinese, lambasted the CM, saying since he became the CM, Guan Eng has displayed zero tolerance for criticism and regularly showed his anger against reporters who wrote articles pointing out his mistakes.
It is understood that Penang editors have also grumbled of the CM sending nasty SMS to them complaining of news seen to be unfavourable to him.
His DAP cyber troopers have also adopted the same arrogance against the media, according to the FB article, pointing out that these DAP cyber troopers would gang up to attack reporters, who criticised their beloved Dear Leader.
The Penang media has complained that these cyber troopers including aides of Guan Eng had even used derogatory remarks to run down these reporters.
The sentiment among the media is that these actions were sanctioned by the Penang DAP leaders as these cocky party leaders have confidently feel that the Chinese community was on their side and they don't need to "entertain" the Chinese press reporters.
The unhappiness among the Chinese press media is that aides of CM had even openly posted nasty comments against certain Chinese reporters.
Well, the Chinese media is learning the hard way that Guan Eng isn't God.
Satu klip video yang memaparkan pembeli rumah ditolak dan ditendang oleh seorang peguam tersebar luas di internet sejak beberapa hari lalu.
Namun penyerang itu dikatakan berbuat demikian selepas diprovok.
Peguam Tan Hui Chuan, yang merupakan seorang ahli majlis perbandaran Selayang berkata pembeli rumah tersebut mengucapkan perkataan yang menyakitkan hati dan tidak sopan kepadanya.
"Saya hanya mahu dia menjauhkan diri kerana dia memprovok saya, jadi saya menolaknya. Tetapi saya tidak tumbuk, mencalarkan atau menamparnya.
"Ya saya menendang dia. Tetapi saya tidak menyepak untuk mencederakannya. Ia adalah sepakan secara lembut," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Klip video sembilan minit itu menunjukkan dua lelaki sedang berbalah di hadapan tiga yang lain di dalam rumah kosong.
Pada satu ketika, seorang lelaki yang kelihatan marah menolak dan menendang lelaki berkenaan.
Rakaman tersebut dirakamkan oleh seorang wanita yang datang bersama pembeli rumah itu kemudiannya dimuat naik di YouTube pada 21 Jun iaitu dua hari selepas kejadian itu dikatakan berlaku.
Pembeli rumah mendakwa dia berasa sedih apabila peguam memaksanya menandatangani beberapa dokumen tanpa memberi masa kepadanya untuk berfikir terlebih dahulu.
Bagaimanapun peguam itu mendakwa beliau hanya mahu anak guamnya menandatangani akuan penerimaan daripada beberapa dokumen yang telah dikemukakan kepada bank.
"Ia bukan satu perjanjian ataupun kontrak kerana semua urus niaga telah siap seminggu lebih awal. Pelanggan telah mengambil pemilikan harta itu," katanya.
Dalam pada itu menurut Tan lagi anak guamnya pergi ke firmanya beberapa hari kemudian dan menandatangani akuan penerimaan tersebut.
"Video itu kemudiannya disiarkan selepas itu," katanya sambil melahirkan rasa kesal kerana tindakan itu mencemarkan reputasinya.
Ini yang Datuk Seri Zahid Hamidi tanya semasa menjawab isu dakwaan kononnya isteri beliau, Datin Seri Hamidah menghantar SMS ugutan kepada Presiden Veteran Melayu Malaysia (PVTM), Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai 'Ali Tinju' yang sebelum ini merancang hendak mengadakan demonstrasi depan Kementerian Pertahanan.
Menteri Pertahanan itu memberitahu isteri beliau mengenali Ali kerana mereka dari satu kampung di Melaka.
"Saya bertanya isteri saya, beliau kata hantar 16 SMS padanya. Saya teliti tak adapun dia mengugut Ali. Dia hanya tunjuk satu sms sahaja," katanya kepada media di lobi Parlimen, Selasa,
SMS yang Ali dakwa bernada ugutan itu berbunyi,
"Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau-bilau depan Mindef".
Katanya SMS berkenaan hanya ditunjuk sekerat sahaja.sebenarnya ia berupa satu nasihat jika SMS itu dibaca sepenuhnya.
Lagipun dari 16 SMS yang dihantar oleh isterinya,Ali hanya tunjuk satu sahaja untuk dijadikan sandaran dakwaannya.
"Ali Tinju ini perangai, dia akan hantar SMS kepada semua orang, termasuk isteri saya. Jadi, isteri saya hantar SMS untuk nasihatkan Ali, tetapi Ali hanya petik satu ayat sahaja daripada SMS isteri saya," katanya.
Zahid berkata Ali biasa mengugut orang sebab itu rasa dirinya diugut.
Ads [Looks like Mike & Sulley had loads of fun in university! Find out how they became friends in #MonstersUniversity next year!] Ads [Chat all night for free OR Internet all day from only RM1/day with the #DiGiSosial promo!] Ads [Laki-laki dan gigirl kat rancangan #CornettoUdaNDara mmg terer! Apa yg lagi terer ialah hadiah yg anda boleh menangi kat Facebook! ]
Ali sebelum ini memberitahu PVTM telah menangguhkan hendak berdemo depan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini kerana Zahid tidak berada di pejabat hari itu.
Presiden PVTM itu mendakwa kononnya Zahid hendak lari berehat dua hari di kem komando di Mersing.
"Itu hak dia nak buat demonstrasi. Kenapa harus tipu kata tidak dapat jumpa Saya pada kononnya saya di kem Mersing. Saya tak pergi pun. Jangan tipu," katanya.
Beliau menasihatkan Ali berkhidmat secara jujur.
Menurut Zahid, beliau tahu berapa ramai orang yang Ali ugut jika tidak membantunya.
"Saya tak mahu gaduh dengan orang yang tak betul ni," ujarnya.
Mengulas tindakan Ali dan beberapa orang lain mengadakan senaman punggung di depan rumah Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga bulan lalu, Zahid menasihati Ali, " Jangan malukan diri sendiri,".
Ali baru-baru ini dipetik portal pembangkang mendakwa menerima sms ugutan daripada isteri Zahid yang melarangnya mengadakan demonstrasi di depan Kementerian Pertahanan kerana Zahid dikatakan gagal menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan itu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji semula pengharaman buku Hadis: Satu Penilaian Semula tulisan sarjana kontroversi Dr Kassim Ahmad.
Menurut Dr Kassim, arahan itu terkandung dalam surat KDN kepada Jakim bertarikh 20 Jun, yang salinannya dilampirkan turut diposkan ke rumahnya di Kulim.
Menurut intelektual yang terlibat dalam politik, agama dan budaya itu, surat daripada pejabat ketua setiausaha KDN kepada ketua pengarah Jakim itu diterimanya pada 24 Jun lepas.
Berita semalam melaporkan, Dr Kassim tiga bulan lalu menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya pengharaman bukunya 26 tahun lalu ditarik balik.
Hadis: Satu Penilaian Semula diharamkan pada tahun 1986 selepas beberapa bulan diterbitkan kerana Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat ia mengandungi fahaman yang bertentangan dengan akidah.
Harap cabar pemikiran generasi baru
Ketika dihubungi petang semalam, Dr Kassim positif nasib buku itu akan berubah seiring pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan banyak program transformasi dalam pentadbirannya.
"Jadi kita nak tengok balik apa yang kerajaan pimpinan Najib akan buat dengan inovasi dan transformasi yang beliau lakukan ini," kata bekas tokoh pemimpin gerakan kiri yang pernah sekejap menyertai Umno itu.
Dr Kassim juga menyifatkan langkah KDN merujuk Jakim sebelum memutuskan status buku itu sebagai betul dan "menurut prosedur".
Seandainya penarikan pengharaman itu benar-benar berlaku, Dr Kassim berharap ia akan mencabar generasi baru yang belum pernah membacanya agar mengkaji semula kedudukan "ulama" dalam struktur masyarakat.
"Umat Islam hari ini bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia, kita terlalu mendewa-dewakan sarjana," katanya merujuk kepada imam empat mazhab fikah dalam Islam.
Buku itu memperlihatkan cubaan Dr Kassim membedah hadis secara kritikal, antaranya menolak pemahaman tradisi ahli hadis, mengkritik 'kelemahan' umum, kelemahan kritikan sanad serta mengetengahkan 'kontradiksinya' dengan Quran, sains dan sejarah.
Buku mengumpulkan lima siri ceramah berkaitan di Jabatan antropologi dan Sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hampir tiga dekad lalu itu mencetuskan pelbagai reaksi serta dijawab oleh enam buah buku lain. MK
p/s: Elok..esok esok Irsyad Manji punya buku pun lepas jugak...nak tengok menteri lembik tak lembik ini la masanya..
Kepada peminat fanatik Megan Fox, 26, yang popular dengan filem Transformer dan ini, anda bolehlah mula menghilangkan sedikit 'fanatik' anda itu kerana Megan Fox kini kelihatan bahagia bersama suami ketika bercuti di Hawaii.
Beberapa keping foto telah ditangkap oleh paparazi Hollywood ketika pasangan ini sedang berehat dan suami Megan Fox tidak kekok untuk bermanja-manja dengan Megan Fox walaupun ketika isterinya sedang mengandung.
Pasangan ini telah berkahwin sekitar tahun 2010 dan filem terbaru lakonan Megan Fox selepas ini berjudul "This Is Forty".
Apa pun, mari kita lihat foto Megan Fox yang sedang mengandung ini ya!
BUKIT MERTAJAM – Kariah Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq Taman Guar Perahu, semalam, membuat laporan polis berhubung laporan sebuah stesen televisyen swasta mengenai dakwaan seorang khatib mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya akan datang.
Laporan dibuat Pengerusinya, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan di Balai Polis Kubang Semang, pada jam 4.20 petang.
Sebelum itu, lebih 100 penyokong PKR dan Pas turut berarak mengiringi beliau dari Taman Guar Perahu menuju ke balai, dan mengadakan demonstrasi aman di hadapan balai sejurus tiba bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan yang dibuat terhadap khatib tersebut.
Abu Bakar ketika ditemui berkata, pihaknya menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh dua individu yang membuat kenyataan, selain sebuah stesen televisyen swasta yang bertindak sebagai penyiar kepada dakwaan itu.
"Tujuan laporan polis ini dibuat adalah bagi menyatakan rasa marah di samping membersihkan nama baik masjid yang sudah tercemar.
"Kita menuntut pihak berkenaan (individu dan stesen televisyen) supaya memohon maaf secara terbuka kepada kariah masjid," katanya.
Tegas Abu Bakar, khatib di dalam doa khutbah tersebut tidak langsung menyebut mahu menggulingkan kerajaan, mahu pun menujukan ia kepada mana-mana parti.
Katanya, pihaknya juga sudah meneliti rakaman khutbah, dan ia jelas bercanggah dengan apa yang didakwa.
Terdahulu, sebuah stesen televisyen malam Sabtu menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan 'kerajaan perlu digulingkan' dalam khutbah Jumaat di masjid berkenaan minggu lepas.
Dan, kelmarin, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta MAINPP menyiasat khatib ekoran doanya itu didakwa boleh memecah-belahkan umat Islam, selain perbuatannya yang dianggap menghasut.
KOTA BHARU - Perhimpunan dua kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan Kompleks Kota Darul Naim, semalam dicemar kekecohan sebelum sempat ia dimulakan.
Kumpulan menyokong Kerajaan Negeri, Royalti mengadakan pra perhimpunan royalti menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V menyerahkan memorandum tuntutan royalti Kelantan.
Sementara Himpunan Sedar diketuai Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), mendesak Kerajaan Negeri bentang maklumat peruntukan Kerajaan Pusat yang dibelanjakan dalam menyediakan air bersih.
Kekecohan perhimpunanmelibatkan 5,000 peserta itu berpunca daripada perebutan kawasan untuk berhimpun.
Perselisihan faham bermula dengan lontaran botol minuman yang membawa pergaduhan menyebabkan lima peserta Royalti cedera.
Perhimpunan berakhir jam 11 pagi itu, dipenuhi 'perang mulut' kedua-dua pihak yang berhujah bagi menyokong tuntutan menggunakan pembesar suara.
Mangsa, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.
Beliau yang juga Naib Presiden Royalti berkata, sewaktu berunding, keadaan tegang dengan provokasi daripada Sedar dan menyebabkan dia berbincang dengan ketua kumpulan tersebut.
"Oleh kerana perundingan tidak berjaya, saya ambil keputusan beredar.
Namun, ketika beredar, saya dipukul dengan kuat dari arah belakang dan terkena bahu, leher dan kepala," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, yang merupakan pengendali blog adukataruna.blogspot.com berkata, dia menerima tiga jahitan di kepala setelah dipukul 15 individu dari pihak yang sama.
Nik Aziz hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak langsung pernah menggunakan peruntukan menteri besar yang diberikan dan disediakan kepadanya.
Katanya, itu salah satu langkah beliau untuk menjauhkan diri daripada gejala rasuah.
Kenapa Nik Aziz katakan kemudahan yang disediakan kepada menteri besar itu rasuah?
Bagaimana pula dengan elaun yang Nik Aziz terima?
Adakah Nik Aziz turut bertindak seperti Sultan Johor yang mewakafkan ke semua elaun-elaunnya ke dalam yayasan untuk membantu rakyat?
Nik Aziz ni, kadang-kadang bercakap macam tak faham maksud sebenar rasuah dengan apa yang disediakan untuk jawatannya.
Oklah, kalau Nik Aziz mahu bercakap mengenai cara-cara menangani rasuah bermula dari dalam diri dan bukan undang-undang semata-mata, kita boleh la terima.
Tapi apa pula sangkut paut dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan? Apa pula hubungan signifikan di sini?
Nik Aziz kata, pembantu rumah dia cari sendiri, kereta sepatutnya dua, dia ambil satu sahaja. Nik Aziz kata lagi dia tidak ambil semua kemudahan tersebut sebab takut masuk neraka, pulak dah, habih semua menteri besar dalam Malaysia masuk neraka pasal guna kemudahan yang disediakan...adoiih!
Jangan la buat kenyataan yang menyerabutkan lagi rakyat...
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri.
Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain.(apa kena mengena dengan rasuah?)
Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka.
"Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka.
"Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri," katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam.(apa kena mengena dengan rasuah?)
Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri.
"Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai," katanya.
Mengulas dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat.
"Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam," katanya.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Jun lalu memberi tempoh tiga minggu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan terbabit.
Awang Adek berkata, hasil siasatan terhadap pengeluar mata wang dinar dan dirham itu harus didedah kepada rakyat, dan jika ada pihak yang mempertikaikannya, kementerian akan mengarah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan. KGT adalah anak syarikat PMBK yang mengeluarkan, menempa, mengedar, menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan.
ENTAH di mana silapnya, kunjungan Seniman yang diketuai presidennya, Zed Zaidi, untuk melawat pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar, 87 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ajis, di Hospital Ampang, tengah hari semalam, ditolak sekerasnya ahli keluarga seniman itu.
Walaupun dipujuk Timbalan Presiden, Elyas Ismail, namun keluarga Aziz Sattar tetap berkeras dengan keputusan mereka.
Hampir sejam menunggu, Zed yang turut ditemani sekumpulan media, rakan artis dan ahli Seniman yang hadir akhirnya terpaksa akur dengan kehendak keluarga Pak Ajis. Sementelah lagi ia melibatkan campur tangan pihak hospital.
Bukan sahaja tidak dibenarkan melawat, malah media yang hadir juga ditegah dari merakam sebarang gambar.
Walaupun tidak menyatakan rasa terkilan, namun riak di wajah Zed dapat merungkai kekecewaannya.
Memandang positif mengenai perkara itu, Zed akur dengan kehendak Pak Ajis dan menganggap tiada apa yang perlu diperjelaskan sehingga menimbulkan spekulasi lain.
"Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai presiden. Saya mengetahui keadaan Pak Ajis pada hari Sabtu lalu dan sedaya upaya mencari dana untuk memberikan sumbangan.
"Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik," katanya.
Walaupun kunjungannya ditolak, Zed tetap menyerahkan sumbangan kepada Pak Ajis. Malah ia turut diterima baik ahli keluarganya.
KUALA LUMPUR: "Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh," kata produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, mengenai perceraiannya dengan suami, Jalani Sidek, 48, yang akan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, hari ini.
Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.
"Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi.
"Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami," katanya ketika ditemui Harian Metro, petang semalam.
Raja Azmi berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.
Penyanyi Sasha Saidin,36, dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa untuk mengambil borang bagi memfailkan perceraian.
Bekas ahli kumpulan Elite itu hadir mengenakan baju kurung hitam dipadankan dengan tudung berona sama ditemani ibunya, kira-kira pukul 10 pagi.
Ditanya mengenai tujuan ke mahkamah berkenaan, Sasha berkata, dia ingin menggunakan saluran mahkamah bagi menyelesaikan hal peribadi keluarga.
"Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi. Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut.
"Diharap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan," katanya.
Sasha yang turut ditanya adakah kehadirannya itu berkenaan masalahnya dengan suami iaitu Salyo Priyanto,37, dia bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai perkara itu tetapi bersedia memberi kerjasama kepada pihak media.
Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.
Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tak habis-habis kisah Pusat Hiburan Baru di Kedah. Lepas satu kes, ada pulak kes yang timbul. Kata nak buat negeri Kedah ni negeri ISLAM. Tapi makin lama dok tengok makin kelam la pulak!!
Baca kisah menarik yang di bawa oleh DUKE mengenai pentadbiran Pas Kedah yang cuba 'menghalalkan' pusat hiburan!
Baru-baru ni MB Kedah, Azizan Razak kata Kerajaan PAS Negeri Kedah ada luluskan 4 lesen PUSAT HIBURAN BARU di negeri jajahannya. Kononnya, masa nak buka tu tiada bantahan dari sesiapa...
Aku nak tanya Azizan...dia sendiri selaku MB yang kononnya "buat kerja cara Islam", dia tak bantah ke pusat-pusat hiburan ni dibuka? Beri lesen pusat hiburan banyak-banyak tu buat kerja cara Islam ke? Atau cara "agama PAS"?
Lebih pelik, Azizan sendiri mengaku tentang pusat hiburan yang baru kat Tesco Mergong tu, dia kata dia tak tauuu...
Aku nak tahu apa yang Azizan tahu? Lagipun, Mufti Kedah pun dah tegur pasal pusat-pusat hiburan di Kedah yang makin banyak tumbuh di seluruh negeri, khususnya di kawasan bandar...
Lagi satu, aku nak tanya Exco Agama kat Kedah ni, Taulan Rasul. Dalam masa 3 tahun, dia kata dia tak pernah luluskan lesen pusat hiburan. Empat lesen yang baru keluar tu apa benda? Kenapa dia tak bantah?
Exco Agama apa lagu tu..??? Taulan redha ke kalau bukak pusat hiburan depan rumah dia?
Aku rasa, Kerajaan PAS Kedah ni nak jadi negeri ni macam negeri yang dipimpin DAP dah. Aku nak tanya, kat Kedah ni golongan mana yang majoriti? Umat Islam atau bukan Islam?
Takpa lah Azizan. Hari ni kat dunia, boleh la buat apa saja. Esok nanti menjawab la dalam kubur...
McTheory: Depa ada syer kot.. sebab tu dok biaq saja..
Pelakon terkenal, Abbay Abadi baru-baru ini melahirkan rasa kecewa atas tindakan beberapa pihak yang melemparkan kata-kata kurang manis kepadanya ekoran penglibatannya di dalam beberapa program anjuran PAS.
Kekecewaan Abby itu diluahkan melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Kata Abby… "Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. Sampai kata saya dapat 'hidayah sesat'? Apa tu?,".
Apa yang mengharu-birukan, PAS melalui lidah rasminya, Harakahdaily, cuba menjadi "batu api" apabila cuba memutar belitkan kenyataan Abby dan seolah-olah cuba menjauhkan pelakon itu dari Barisan Nasional atau UMNO.
Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah Abby Abadi yang berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan positif dari selebriti itu ke arah yang lebih Islamik berbanding sebelumnya.
Sama ada Abby masih lagi mengenakan pakaian yang ketat, menampakkan susuk tubuh atau tidak menutup aurat sepenuhnya tidak timbul buat masa sekarang.
Pada masa ini, saya bersyukur kerana dia mula diberikan hidayah untuk menutup bahagian kepala dan lehernya yang sebelum ini terdedah. Itu adalah lebih baik dari imejnya sebelum ini yang langsung tidak bertudung kepala.
Namun pada saya, kenyataan Harakahdaily yang mengatakan bahawa Abby naik ke pentas ceramah PAS adalah tidak benar sama sekali.
Abby Abadi sebenarnya hanya memenuhi jemputan anjuran PAS yang rasanya kurang berbaur politik seperti "talk show" Malam Keinsafan Bersama Selebriti yang berlangsung di Dataran Kerdau baru-baru ini.
Program "talk show" setahu saya bukanlah ceramah politik yang menghentam UMNO mahupun BN sepertimana kebiasaan amalan PAS.
Sepatutnya, Abby tidak wajar dipersalahkan dalam hal ini kerana muncul pula beberapa pihak yang menghentam Abby yang baru saja mahu mengenal Islam dengan lebih dekat lagi.
Cuma pada pandangan saya, cara Abby mendekatkan diri kepada Islam melalui pendekatan politik adalah kurang tepat sama sekali. Apatah lagi jika Abby menganggap individu-individu seperti Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Azhar Idrus itu layak bergelar ulama.
Jika Abby nak tahu, Nik Aziz hanyalah boleh dianggap sebagai ustaz biasa yang mendapat pendidikan agama di India dan negara timur tengah, termasuk di universiti Al-Azhar. Namun ia belum boleh membuat Nik Aziz bergelar ulama.
Begitu juga dengan Ustaz Azhar Idrus. Dia hanyalah seorang ustaz yang mengajar dari masjid ke masjid. Saya kurang pasti sama ada dia ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam untuk berceramah di beberapa buah negeri.
Namun, untuk menetapkan gelaran ulama kepada dua individu itu adalah tidak tepat sama sekali kerana tidak semua lulusan Al-Azhar itu layak digelar ulama meskipun mereka aktif mengajar atau mendapat tauliah mengajar di masjid dari Majlis Agama Islam.
Sebagai contoh, Kamariah Ali juga lulusan dari Al-Azhar. Tapi Kamariah merupakan pengikut setia Ayah Pin. Jadi, apakah Abby rasa Kamariah wajar digelar sebagai ulama dan apa saja yang dilakukannya tidak boleh dikecam atau dikutuk?
Untuk pengetahuan Abby, Nik Aziz menolak perpaduan umat Islam di negara ini meskipun pada awalnya dipersetujui oleh Presiden PAS dan majoriti Majlis Syura Ulama PAS. Nik Aziz menggunakan kuasa "veto"nya sebagai Mursyidul Am untuk menafikan perpaduan umat Islam di Malaysia.
Nik Aziz juga menghalalkan budaya memaki hamun dan mencarut dengan memberi alasan bahawa Allah juga "mencarut" di dalam Al-Quran.
Persoalannya yang perlu Abby fikirkan, apakah seorang hamba wajar mencarut? Allah mungkin boleh mengutuk Abu Lahab di dalam firmanNya, tapi apakah Rasulullah SAW memaki hamun musyrikin dan kuffar yang melontar najis kepadanya?
Justeru, saya memohon agar Abby memperbaiki pendekatannya kepada Islam melalui cara atau uslub yang lebih diiktiraf. Pergilah berjumpa dan rapatkan diri dengan program-program JAKIM, Majlis-Majlis Agama Islam atau ulama-ulama muktabar.
Nak kenal ulama-ulama muktabar, sila hubungi urusetia Mykmu.net kerana laman portal ini sering menganjurkan konvensyen bersama ulama tersohor bertaraf antarabangsa. Kalau setakat ulama politik, rasanya tak payah berguru pun tak rugi…
Kita sedia maklum bahawa penganut Pas ni sememangnya fanatik dengan lambang bulan dan warna hijau putih. Ada diantara fanatik Pas ini, mereka sanggup mengecat rumah, kereta, pondok, kucing, biri-biri, keldai dan siput sedut mereka dengan hijau dan putih. Malah yang lebih menyedihkan lagi apabila surau dan masjid juga di cat hijau dan putih kononnya melambangkan semangat PAS yang berkobar-kobar.
Untuk melengkapkan lagi semangat penganut agama Pas ni. Mc ada terjumpa satu barang yang amat sesuai untuk penganut Pas ni pakai. Kalau depa pakai ni, confirm orang tau depa ni mesti TOTOK atau TEGAR Pas. Nak tau benda apa tu? lihat gambar dibawah!
Selipar PAS telah berada dipasaran!!
Haaa... apa macam? patutnya penganut Pas kena beli selipar ni.. wajib beli! Cuba bayangkan, TOTOK Pas ni pi rumah kenduri pakai selipar ni. Dia bukak saja nak masuk rumah, orang dah tahu bahawa dia ni memang TOTOK gila dengan Pas, hinggakan selipar pun ada lambang bendera Pas. ha ha ha..
Mc pun rasa nak beli satu.. bila lagi nak pakai selipar Pas ni.. kot-kot la ada peluang boleh jadi wali selipar!! he he..
Dalam keghairahan kita berbicara mengenai demontrasi adakalanya kita terlupa untuk menghayati demontrasi yang diadakan itu secara ilmiah dalam konteks realiti dari apa yang telah berlaku. Maksudnya dari apa yang didapati dalam tujuan demontrasi yang diadakan itu, apakah ia menepati dari kehendak keatas perkara yang dituntut?
Setiap mereka yang menganjurkan demontrasi itu punyai niat dan kepentingannya yang tersendiri, samada niatnya itu baik untuk seluruh rakyat ataupun hanyalah untuk mencapai sesuatu keuntungan didalam politik, itu terletak kepada apa yang berlaku didalam penganjuran demontrasi tersebut.
Politik pula adalah satu hal dimana keberlakuannya sentiasa berada diluar jangka kotak pemikiran rakyat biasa, bagi Pakatan Rakyat mereka lebih arif dalam memanipulasi setiap demontrasi yang mereka lakukan dengan menimbulkan satu situasi yang menampakkan seolah-olah kerajaan Barisan Nasional dan pihak berkuasa bertindak zalim keatas mereka.
Pertembungan demontrasi yang berlaku di Kota Bharu pagi tadi diantara kumpulan SEDAR dan TEAM "R" adalah satu perancangan licik pemimpin Pas Kelantan, kegagalan membaca perancangan tersebut sekaligus memberi kesan besar terhadap politik Kelantan, dan sudah pasti pemimpin Pas akan menjaja cerita rakyat "pecah kepala" dipukul oleh samseng Umno disetiap ceramah mereka bagi meraih simpati dari rakyat.
Jika diamati setiap demontrasi yang disertai oleh Pas ataupun Pakatan Rakyat pastinya mendatangkan masalah, selalunya mereka akan menyalahkan pihak polis kerana adanya gas pemedih mata yang menjadi punca kepada huru-hara, dan jelas walaupun tidak ada gas pemedih mata kekacauan tetap berlaku dan orang lain jua yang disalahkannya, namun cubaan menfitnah untuk mengatakan adanya gas jelas disebut pada klipvideo dibawah sebelum cubaan itu dipatahkan oleh seseorang.
Semasa isu balak Gunung Inas didedahkan oleh blogger dan pihak media, Mc diberitahu, Azizan mengalami tekanan dan terpaksa dirawat di KMC (Kedah Medical Center).
Mungkin beliau tidak dapat menerima tekanan yang dibuat oleh pihak blogger dan media. Namun, andaikata Azizan melihat video diatas.. Mc percaya, Kedah akan perolehi MB yang baru sebelum PRU ke 13...
McTheory: Apa nak buat, nasib badannn..
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Saifuddin Nasution buat-buat cerita, kononnya bekas penolong gabenor bank negara Dato Abdul Murad Khalid minta maaf pada Anwar tahun 2004.
Selain itu, Setiausaha Agong PKR itu mendakwa, bahawa Murad diugut oleh pihak-pihakk tertentu untuk membuat akuan bersumpah.
Namun, dua minggu lalu, bekas penolong gabenor bank negara itu tampil bahawa beliau sanggup berkerjasama dengan SPRM, jika kes itu disiasat semula.
Bagi AYT, Kalaulah benar semua cerita Saifuddin itu, dah lama riuh sekampung. Mana ada tumbukan maut dilakukan perlahan-lahan.
Disebabkan cerita iitu hanya rekaan, ekonan terdedahnya kembali 20 akaun Anwar yang membabitkan RM3 bilion, maka puak-puak PKR terpaksa mereka-reka jawapan.
Hanya pemimpin PKR sahaja yang berusaha agar kes RM3 bilion Anwar tidak disiasat, sementara pemimpin pembangkang daripada Pas dan DAP, mahukan perkara itu disiasat oleh SPRM.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tiada maklumat mengenai dakwaan berhubung penjualan dokumen pertahanan negara kepada negara asing.
"Sepanjang pengetahuan kementerian, sehingga kini tidak ada maklumat keluar dari Malaysia," katanya lagi dalam ucapan penangguhannya di Dewan Rakyat lewat malam tadi.
Tambahnya, kementerian itu juga tidak pernah membayar komisyen secara langsung, mahupun tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene
"Perolehan kapal selam dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu syarikat Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing," katanya lagi.
Tambahnya, kementerian itu juga tiada sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen oleh syarikat Terasasi (Hong Kong) kepada syarikat Thint Asia (Thales International), didakwa bernilai 36 juta Euro.
"Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran secara berkala daripada Thint Asia kepada syarikat Terasasi (Hong Kong)," katanya.
Tiada perbicaraan berlangsung di Perancis
Perkara tersebut ditimbulkan sebelumnya oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) ketika mengemukakan usul penangguhan mesyuarat di akhir persidangan.
Dalam ucapan tersebut, Nurul Izzah antara lainnya bertanya menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan kes tersebut.
Ahmad Zahid bagaimanapun berkata keperluan itu tidak timbul.
"Kerajaan Malaysia difahamkan tidak ada perbicaraan berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene, justeru tidak timbul soal kerajaan akan mohon jadi pemerhati," katanya.
Mengulas satu lagi soalan Nurul Izzah berhubung cadangan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat pembelian kapal selam tersebut, Ahmad Zahid juga berkata langkah itu tidak perlu.
"Pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat ikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahan negara.
"Ia melibatkan pelbagai tingkat kelulusan termasuk jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa rundingan harga setelah penilaian teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM (Angkatan Tentera Malaysia).
"Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa kontrak tersebut," katanya.
Kelulusan kemudiannya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan setelah kesemua terma dan kelulusan untuk rundingan terus itu dikemukakan, tambahnya.
Kelulusan kemudiannya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan setelah kesemua terma dan kelulusan untuk rundingan terus itu dikemukakan, tambahnya.
Menjawab satu lagi soalan Nurul Izzah, menteri berkata kerajaan juga berpandangan bahawa sistem jawatankuasa tetap parlimen untuk pertahanan tidak perlu diwujudkan.
Jelasnya, rancangan untuk membeli kelengkapan ketenteraan telahpun dinyataka dalam anggaran belanjawan yang akan dibahaskan dan diluluskan di parlimen.
"Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti arahan perbendaharaan dan tatacara prosedur kewangan.
"Manakala itu, setiap perbelanjaan tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka," katanya.
Jawapannya di parlimen itu merupakan kenyataan rasmi pertama oleh kerajaan kepada parlimen setelah dakwaan penjualan rahsia pertahanan negara itu berlarutan hampir sebulan apabila didedahkan oleh NGO hak asasi Suaram di Bangkok.
Hari ini Rabu tanggal 27 June 2012 saya menatap akhbar harian Daily Express dengan penuh minat kerana headlines berbunyi "All Sabah politicians are frogs". Kenyataan Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi State Reform Party (STAR) di Sabah.
Menurutnya, jika melompat parti dianggap sebagai "katak" semua orang politik di Sabah layak dipanggil katak. termasuklah Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dan abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Musa Aman pernah menjadi ahli parti USNO dan menyertai abangnya Datuk Ayub Aman dalam parti BERJAYA setelah USNO kalah kepada BERJAYA tahun 1976. Dia kembali kepada USNO setelah parti BERJAYA kalah pada pilihan raya negeri 1985. Musa kemudiannya menjadi ahli UMNO setelah USNO dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO di Sabah tahun 1991.
Pairin pula meninggalkan BERJAYA dan menjadi ahli parti PASOK dan seterusnya mengetuai parti PBS sebelum pilihan raya negeri 1985. Mereka ini kata Dr J, hanya berhenti lompat parti setelah mereka mendapat kedudukan atau mereka terlalu kenyang untuk melompat lagi!
Dr J tergolong dikalangan politikus yang genius. Dia lulusan dua PhD dari dua university di USA termasuk Harvard University dalam sabjek yang sama.
Seorang Profesor pernah berkata, orang yang lulus dua PhD dalam sabjek yang sama, biasanya mempunyai krisis dalam diri. Pendek kata ia merupakan cabang penyakit mental.
Saya tidak kata Dr J mempunyai masalah mental kerana saya tidak bersetuju dengan pendapat profesor itu. Ada kalanya orang telah lulus PhD masih tidak berpuashati dan cuba sekali lagi dapatkan PhD kali kedua.
Barangkali analogi politik Dr Jeffrey juga begitu. Dia tidak berpuas hati dengan kejayaannya dalam PBS, maka dia melompat ke beberapa buah parti lagi seperti AKAR, PKR dan sekarang STAR dengan rasional bahawa parti-parti sebelum itu tidak memperjuangkan hak dan kepentingan negeri Sabah.
Ada yang tanya saya, benarkah Dr J hero kaum Kadazandusun dan hak negeri Sabah kerana tuntutan-tuntutan politiknya berhubung dengan Perkara 20, Malaysia Agreement 1963 dan lain-lain itu? Apakah alasan itu yang cukup kukuh untuk beliau kerap melompat parti?
Saya jawap, di Semenanjung ada juga specis seperti Dr J. Namanya Dato Ibrahim Ali. Dia mendakwa tindakannya melompat-lompat parti kerana kesetiannya kepada perjuangaan Melayu, Islam dan mempertahan kedudukan raja-raja Melayu mengatasi kesetiaannya kepada parti.
Nama Dr Jeffrey mula muncul dalam politik selepas PBS berkuasa di Sabah tahun 1985. Sebagai adik kepada Ketua Menteri, tentu sekali dia amat berpengaruh. Tambahan pula Dr J dianggap seorang cendikiawan kaum Kadazandusun, kaum yang majority mendokong perjuangan parti PBS.
Dr J adalah pemikir dalam parti dan mengetuai Think Tank parti PBS. Slogan "Sabah For Sabahans" adalah ilham daripada Dr J sendiri.
Persoalannya, kenapa sekian lama berpolitik, setelah melompat banyak parti, perjuangan politik Dr J masih ditakuk lama?
Inilah soalan yang ditanya seorang pemimpin muda dari kaum Kadazandusun, Darrel Leiking semasa kami berbual-bual di Tanjung Aru tengah hari tadi.
"Semasa Dr Jeffrey menjadi Naib Presiden PKR, dia adalah pemimpin kepada orang Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak termasuk Orang Asli. Tetapi kenapa dia memilih untuk memperkecilkan skop perjuangannya kepada negeri Sabah dan kaum tertentu?"
Darrel Leiking adalah anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Malaysia. Dia seorang anak muda yang berpandangan jauh dan mempunyai masa depan politik yang cerah. Saya suka caranya berkomunikasi dan memilih ayat-ayat yang sesuai semasa menghujah.
"Darrel,….Dr Jeffrey orang lama dalam politik. Dia tahu melalui perjuangannya sekarang iaitu parti STAR, mereka hanya boleh menuntut tetapi dalam PKR, kita boleh melaksanakannya. Mana yang lebih baik, menuntut atau melaksana?" Saya berhujah.
Hakikatnya, saya amat bersetuju bila Dr Jeffrey memimpin PKR Sabah. Saya tahu Dr Jeffrey amat tegas dalam soal-soal kepentingan negeri dan rakyat Sabah. Wadah inilah yang sesuai dengan perjuangan beliau, kerana PKR adalah alternative kepada UMNO dan PR adalah alternative kepada Barisan Nasional yang memerintah hari ini.
Tambahan pula PR dalam manifesto Buku Jingga menjanjikan apa yang Dr Jeffrey perjuangkan untuk negeri Sabah.
Antara yang termaktub dalam Buku Jingga ialah:
1.Mengembalikan kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia.
2.Pakatan Rakyat mengkaji semula Dasar Perjanjian Malaysia 1963
3.Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara-perkara yang termaktub dalam Perkara 20.
4.Menyempurnakan tuntutan kenaikan royalty hasil minyak petroleum kepada 20% dengan menanda tangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan dan Petronas.
5.Mengkaji semula polisi kabotaj yang menyebabkan punca harga barang keperluan lebih mahal di Sabah.
6.Mempastikan program Borneonisasi dilaksana sepenuhnya untuk mempastikan jawatan-jawatan utama dipegang rakyat Sabah.
7.Menyempurnakan RCI.
Tetapi Dr J tidak betah dalam PKR dan menubuhkan UBF (United Borneo Front). Selepas itu menjadi Pengerusi STAR di Sabah.
Bersambung…….
You are subscribed to email updates from MUSLI OLI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semenjak dua menjak ini, seakan menjadi satu tradisi pemimpin-pemimpin PAS mengutip artis-artis yang dah "season" dan sudah tidak mendapat tempat di bibir peminat-peminat seni tanahair untuk diusung ke sana sini di dalam pentas-pentas ceramah mereka, kononnya untuk menarik pengundi atas pagar. Kebanyakan artis yang dikutip kebanyakannya mempunyai sejarah lampau yang negatif dan memalukan yang tidak perlu kita huraikan dengan lanjut.
CTS tidak menyalahkan artis-artis berkenaan. Mungkin bagi mereka, inilah salah satu caranya mereka dapat menghapuskan dosa lama dengan mendapat syurga Nik Aziz Nik Mat. Semoga artis-artis berkenaan betul-betul medapat hidayah keIslaman dan bukan sekadar Islam politik PAS. Berikut tersenarai beberapa artis bakal penghuni syurga yang dijanjikan Nik Aziz Nik Mat:
1. Bob Lokman.
2. Wan Aisyah and The Fan Club
3. Inspektor Aliza atau Abby Abadi.
4. Yang terbaru, hero filem 80an yang beberapa kali ditangkap basah, Hairie Othman.
Nota Kaki - Tahniah Hairie Othman kerana dapat makan di hotel dengan Nik Aziz Nik Mat hari ini. Jangan jadi juak-juak PAS yang berpanas berhujan tetapi jangan kata makan di hotel, makan dekat kedai mamak belum tentu. Begitulah pandangan tinggi Nik Aziz dengan tukang khalwat.
Sekali menipu, selamanya penipu. Itulah SUARAM. SUARAM nekad untuk terus menipu walaupun penipuan mereka mengenai kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya telah terdedah. Nampaknya penipuan SUARAM terlalu mendalam di mana mereka tidak dapat lagi keluar darinya dan satu-satunya jalan yang tinggal ialah untuk terus menuju ke dasar.
Kita faham bahawa SUARAM perlu terus menipu kerana Pilihanraya Umum semakin hampir tetapi sekurang-kurangnya, SUARAM perlu memikirkan penipuan yang lebih baik, ataupun mengetahui bila untuk berhenti menipu, iaitu sebelum penipuan itu menjadi terlalu besar sehingga tidak terkawal lagi. Terdapat dua pembohongan yang perlu dijawab oleh SUARAM.
Pertama, SUARAM menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti dalam bentuk gambar bahawa Altantuya berada di Perancis pada tahun 2007 yang mana portal Malaysiakini begitu teruja untuk membantu menyebarkannya di internet. Tetapi, bahagian yang menyeramkan mengenai penipuan ini ialah Altantuya telah dibunuh pada tahun 2006. Bagaimana SUARAM boleh terlepas pandang fakta penting ini, iaitu kunci segala penipuan mereka sendiri?
Kedua, penyiasatan polis Perancis telah mendedahkan bahawa orang yang bernama Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis di antara tahun 1999 hingga 2006 yang mana mengesahkan bahawa mendiang tidak pernah terlibat dalam urusniaga kapal selam sama ada sekadar menemani mana-mana VIP ataupun sebagai penterjemah sepertimana yang didakwa oleh SUARAM. Dan seperti yang disahkan oleh bekas Pengurus Jualan DCNS, Mr. Fredric Faura, semua urusan pembelian dilakukan dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.
Pihak Perancis tentu telah mengesan ketibaan Altantuya jika benar mendiang memasuki negara tersebut sebelum kematiannya. Kecualilah jika mendiang memasuki negara itu selepas kematiannya sepertimana yang diwar-warkan oleh SUARAM/Malaysiakini. Mungkinkah mendiang telah 'terbang secara ghaib' dan 'menjelma' di dataran di tengah-tengah kota Paris lalu menyuruh seseorang mengambil gambarnya sebelum menyerahkannya kepada SUARAM dan Malaysiakini. Ini tentulah tidak masuk akal sama sekali.
Justeru, SUARAM perlulah menyusun kembali cerita ini sebelum menceritakan semula kepada kita agar penipuan ini nampak masuk akal sedikit.
This latest article, purportedly written by Chinese press reporters, is making its rounds in Facebook. Headlined: Lim Guan Eng – Has he become God until he can no longer be criticised? Or has he become a monster. The article has become the latest salvo fired against the CM.
The Chinese media reporters in Penang are said to be angry at the arrogance of DAP cyber troopers who have started vicious attacks against their fellow colleagues. It looks like the infatuation between the Chinese media and Guan Eng has come to an end as they begin to see his arrogance and selfishness.
The article, written in Chinese, lambasted the CM, saying since he became the CM, Guan Eng has displayed zero tolerance for criticism and regularly showed his anger against reporters who wrote articles pointing out his mistakes. It is understood that Penang editors have also grumbled of the CM sending nasty SMS to them complaining of news seen to be unfavourable to him.
His DAP cyber troopers have also adopted the same arrogance against the media, according to the FB article, pointing out that these DAP cyber troopers would gang up to attack reporters, who criticised their beloved Dear Leader. The Penang media has complained that these cyber troopers including aides of Guan Eng had even used derogatory remarks to run down these reporters.
The sentiment among the media is that these actions were sanctioned by the Penang DAP leaders as these cocky party leaders have confidently feel that the Chinese community was on their side and they don't need to "entertain" the Chinese press reporters. The unhappiness among the Chinese press media is that aides of CM had even openly posted nasty comments against certain Chinese reporters.
Well, the Chinese media is learning the hard way that Guan Eng isn't God!
Sejak 22 tahun Pas memerintah Kelantan pelbagai aduan daripada mulut terkeluar terhadap kepincangan pentadbiran parti yang memperjuangkan negara berkebajikan itu.
Antara isu yang menjadi kemarahan rakyat ialah isu bekalan air bersih di seluruh negeri Kelantan, projek mega yang gagal dilaksanakan seperti projek pembangunan Lembah Sireh, Pasar baru Pasir Puteh, Stadium baru di Pasir Puteh, Jambatan Palekbang-Kampung Cina dan pembinaan masjid di Kelantan.
Selain itu, terdapat projek-projek yang dilaksana Pas Kelantan menjadi keraguan rakyat terhadap kejayaannya seperti projek Jihad ternak, projek Koridor Depu, projek Ladang Rakyat dan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.
Justeru Pergerakan Pemuda Umno Kelantan disaran mendedahkan kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji kepada rakyat sejak ia mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 1990.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata banyak janji Pas yang belum ditunaikan termasuk janji memberi bantuan bulanan RM100 kepada warga emas, menyelesaikan isu air bersih, mewujudkan bandar Kawasan Dagangan Bebas Asia (AFTA) di Rantau Panjang serta jambatan kedua Sungai Kelantan di Palekbang, Tumpat.
"Kita mahu Pemuda bangkit dengan berani menyatakan perkara yang benar berhubung janji-janji PAS sejak mentadbir negeri ini pada 1990 yang gagal ditunaikannya kepada rakyat," katanya.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pemimpin UMNO di setiap peringkat juga perlu mengemilangkan usaha meningkatkan program penerangan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan itu, beliau memuji usaha OMBAK menganjurkan forum itu yang mampu memberi kesedaran kepada rakyat mengenai janji-janji manis PAS. - Khabar Kota Bharu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan