Ketika sessi 'TweetUpKJ' malam kelmarin, Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin turut menjawab soalan daripada seorang rakan twitter beliau mengenai gelagat para bloggers pro UMNO yang gemar menggunakan bahasa kesat dalam tulisan mereka.
Menjawab soalan tersebut, YB Khairy Jamaluddin akui bahawa bloggers mempunyai dunia mereka tersendiri yang mana ianya sukar dikawal lebih-lebih lagi bloggers-bloggers 'sensasi'.
Tetapi bloggers yang bernaung dan membawa nama parti seperti Unit Media Baru yang ditubuhkan oleh Pemuda UMNO diakui lebih berhemah dalam menyampaikan hujah mereka.
Malah beliau turut menyatakan bloggers Unit Media Baru 'lebih ada kelas' dalam menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang kepada kerajaan.
Ikuti video komen Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin ketika sessi 'TweetUpKJ' di NZ KLCC.
Sessi 'TweetUpKJ' BN Youth Volunteers (BNYV) bersama Khairy Jamnaluddin Di NZ Garden. Yang diadakan pada hari Jumaat yang lalu bertempat di NZ Garden, Jalan Ampang.
Agak-agak gambar yang kita orang tweet, atau up di blog ada nampak 50 orang ke? Macam mana la wartawan Malaysiakini boleh kata kehadiran di tweetup BNYV bersama KJ 50 orang jew?
K pasal cerita Cik Bard meh kita tengok video apa yang KJ cakap! zazzzz...
Bila ditanya apakah KJ takut menghadapi Chegu Bard di Parlimen Rembau dalam PRU13.Jawapan KJ dia tak takut langsung dan kenapa dia mesti takut dengan orang yang pernah ditewaskan nya.
Seorang pemimpin Pemuda MIC mempertikai tindakan Pengerusi perhimpunan Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga yang selama ini lantang memperjuang isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sedangkan tidak ada agama di dunia ini yang menghalalkan kegiatan LGBT di kalangan penganutnya.
Ketua Pemuda MIC Bahagian Tebrau, Johor, T.Muralitharan berkata tidak ada agama di dunia ini yang menghalalkan kegiatan LGBT, justeru Ambiga harus menyatakan perkara ini terutama dalam aspek pegangan agamanya.
Muralitharan berkata Ambiga sebenarnya telah diperguna oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meraih sokongan masyarakat India terhadap pakatan pembangkang.
"Kalau dulu Anwar gunakan Hindraf, sekarang beliau gunakan Ambiga dan Bersih untuk raih sokongan masyarakat India.
"Tapi saya tidak fikir kaum India negara ini akan terpedaya dan menyokong Ambiga, terutamanya kerana isu LGBT," katanya.
Kerajaan Selangor sepatutnya lebih menumpukan kepada usaha memastikan bekalan air di negeri itu sentiasa mencukupi daripada penstrukturan semula industri air, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Katanya walaupun berlakunya penstrukturan semula industri air, kerajaan
negeri masih belum menyatakan rancangan mereka dalam memastikan bekalan air terawat di Selangor mencukupi bagi menampung keperluan penduduk dan industri.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan taklimat kepada persatuan pemandu teksi di Selangor mengenai program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA), yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemandu teksi seluruh negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, 24 Jun ini.
Mohd Zin berkata sehingga kini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar dua ke tiga peratus tanpa memberikan angka sebenar.
"Cadangan kerajaan negeri bahawa sumber air boleh didapati daripada banyak sumber seperti air bawah tanah, empangan mahu pun air lombong tidak akan bermakna jika loji rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.
"Sedangkan 33 loji rawatan air di Selangor sudah hampir mencapai kapasiti
optimum masing-masing dan ada yang beroperasi lebih daripada kapasiti maksimum," katanya.
Mohd Zin juga berkata Forum Air Selangor anjuran kerajaan negeri Selasa
lepas, kebanyakannya disertai oleh ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah bagi menangani masalah air.
"(Namun) tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya bercadang untuk meneliti setiap cadangan yang ada. Hakikatnya kita semakin kesuntukan masa," katanya.
Beliau berkata jemputan untuk menyertai forum itu juga tidak menyeluruh
kerana tiada jemputan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri daripada BN Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.
Selapas program "janji ditepati" di ADTEC selesai, YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin berkunjung ke DUN Batu Kurau.
Selepas solat zohor di Masjid Al-Kurauwi, TPM dan rombongan menuju ke Padang Astaka untuk bertemu rakyat dan makan tengah hari.
Sasaran tetamu ialah 7 ribu orang tetapi kehadiran hari ini ialah anggaran 13 ribu orang.
TPM juga meluluskan peruntukan RM2.5 juta peruntukan untuk menaik taraf padang astaka ke sebuah stadium baru.
Batu Kurau terkenal dengan permainan bola sepak pada tahun 60an hingga sekarang. dengan adanya stadium baharu dijangka akan meningkatkan lagi mutu dan jumlah pemain-pemain baru.
Ia juga akan menjadi pemangkin kepada pasukan bola sepak SMK Dato Kamaruddin yang pernah menjadi naib johan bola sepak MSSM.
Sebelum itu TPM telah meluluskan RM 3 juta untuk membuat pasar baru di pekan Changkat Jering.
Pasar Changkat Jering kini tersepit antara jalan ke Bukit Gantang dan Jalan masuk ke Lebuh Raya PLUS dan ia perlu dibuat baru bersesuaian dengan perkembangan dan kemajuan negara kini.
Ia adalah cetusan ideo kepimpinan BN dan bukannya daripada MP Bukit Gantang iaitu Nizar Lambai. Untuk maklumat juga, Nizar yang heboh mengkritik www 1, beliau sendiri telah membelanjakan RM 60 ribu untuk mendapat nombor pendaftaran AGS 10 bagi kereta Toyota Camry kegunaan rasmi beliau. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Setelah 3 hari berseminar , pagi dan malam, maka tengah hari ini selesai sudah pembentangan 7 kertas kerja yang disampaikan oleh ulama luar dan dalam negara.
Antara pembentang kertas kerja ialah
Syeikh Mahmud Abdel Ghany Ashor, Mantan Timbalan Syeikhul Azhar
Syeikh Ahmad Hamad al Jilani, Arab Saudi
Syeikh Ahmad Hamad Abdullah al-Hamad , Arab Saudi
Dr Hamed Mohamed Abdel Rahman Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti al-Azhar
Syeikh Akrima S.A. Sabri Iman Masjidil Aqsa dan Mantan Mufti Palestine
Dato Seri Dr Abdullah Md Zin Penasihat Agama YAB Perdana Menteri
Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool, Dekan Fakulti Syariah Universiti al-Bayt Jordan
Syeikh Prof. Dr Mohammad Oqlah al-Ali al- Ibrahim Mantan Dekan Fakulti Syariah, Universiti Yarmouk Jordan
Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady Fellow Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization UIAM.
Majlis penutup seminar ini telah disempurnakan oleh YB Mejer Jeneral(B) Dato Seri Jamil Khir Hj Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau berharap Malaysia dapat mengangkat syiar dan membawa Islam yang sebaik mungkin. Hari ini kita diancam oleh pelbagai-bagai ancaman.
Contohnya buku LGBT Irshad Manji yang ditulis dalam bahasa Inggeris , tiba-tiba boleh terjual di negara ini dengan penulisan bahasa Melayu. Ia menggambarkan ia adalah satu bentuk peperangan yang baharu yang mengancam umat Islam negara kita hari ini.
Ia mengambarkan bagaimana junjungan Nabi Besar Muhammad SAW kita di kepung dan diancam oleh tentera ahzab. kini tentera ahzab kembali mengepung kita, jadi marilah kita kuatkan iman kita kepada Allah dan menolak ancaman Ahzab yang wujud dalam parti-parti yang mengaku kononnya memperjuangan Islam.
Setinggi ucapan terima kasih kepada ulama (ilmuan antarabangsa ) , peserta dan penganjur yang berjaya menjayakan program ini. Mari lah kita kukuhkan barisan dan elakkan perpecahan sesama umat, dan tolak gerakam pluralisme, LGBT, liberalisme dan lain-lain ancaman.
GAMBAR : BiaDAP!!! Orang Gaji Disuruh Berdiri Ketika Tuannya Makan Di Restoran...
Gambar di bawah ini dirakam oleh seorang individu yang mungkin berkhidmat di laman The Straits Times-Stomp. Dia yang menggelarknan dirinya STOMPER Clara telah mengulas kejadian tersebut ketika dia sedang makan bersama keluarga di Restoren Herba Oriental China di VivoCity , Singapura.
Dalam kes ini aku salahkan tuan kepada pembantu rumah yang memang biaDAP dan juga STOMPER Clara...kalau dah tau kesian tu apa salahnya tegur dan ajak makan.
Masyarakat sekarang ini semua mementingkan diri sendiri..kalau tak ada kena mengena dengan dgn diri mereka maka mereka hanya memerhati. Aku cakap macam ni bukan bererti aku suruh jaga tepi kain orang sampai sanggup menabur fitnah macam puak Pakatan Setan. tapi aku nak korang faham dan lihat dengan mata hati...
Kita sekarang ini ambil mudah semua perkara. Contohnya, korang perasan tak orang kaki cacat minta sedekah setiap kali pasar Malam..kebanyakan antara kita hanya menghulurka RM1 dan pada pendapat kita, kita telah berjaya membantu orang susah. Sebenarnya tidak. kita sepatutnya bertanya apa yang akan mereka buat dengan duit yang mereka dapat.
Aku jarang bagi duit dekat peminta sedekah tetapi aku belikan sebungkus makanan dan minuman untuk mereka makan. Bukan aku kedekut. Tapi aku takut dia tu dimanipulasikan oleh pihak tak bertanggungjawab.
Contoh lain, korang kalau pergi ceramah PAS atau yang berkaitan Pakatan Rakyat pernah tak jumpa TIN MILO mintak sedekah??pernah tak korang dimaklumkan duit itu untuk apa dan berapa banyak duit itu yang berjaya dikutip? tak pernah bukan. Beb..tabung surau pun ada akaun sendirilah.dan akan dimaklumkan berapa banyak duit terkumpul setiap minggu....
dulu puak PAS sahaja yang amalkan konsep mintak sedekah ni..sekarang PKR dan DAP pun ada..inilah hasil tarbiah PAS yang berjaya dilaksanakan kepada DAP. Memang sedekah itu dapat pahala..tapi lebih elok sedekah kt anak yatim daripada sedekah kat parti PAS yang kita sendiri tak tahu kemana hala tuju wang tersebut.
Aku tengok puak-pauk macam ni pakai kereta besar. yang miskinnya orang yang bagi sedekah tu. Pakai kereta yang tinggal tunggu hari nak ranap. kalau ada yang terasa aku cakap penyokong PAS orang susah tu aku minta maaf..sebab ini apa yang aku nampak..Teori Bandura pun sokong kata aku....yang aku herannya puak PAS totok ni tak kisah pun diri tu ditipu..daripada korang bagi duit kat PAS baik korang bagi kat Anak Yatim. sedekahkan kat Asrama Anak Yatim lagi jelas hala tuju...
Saksikan Gambar puak biaDAP di bawah..
This maid was apparently made to stand and squat throughout dinner at a Chinese restaurant, while her employers tucked into their meal.
STOMPer Clara elaborates:
"I was having dinner at VivoCity with my family on Oct 26 at this Chinese oriental herb restaurant at level 3.
"Behind us was this couple having their dinner, with their child and their maid.
"They not only did not let the maid eat dinner, they didn't even offer her a seat.
"The restaurant was not packed and there were so many empty tables and chairs, yet they only asked for a table for two with two seats and a chair for the toddler.
"They didn't let the maid sit on any chair; she was standing and squatting all the way throughout their dinner.
"She was to look after and feed the toddler while standing or squatting down.
"I feel so upset that the maid has to work for that family."- STOMP
PAS GOPENG MENJADI PECACAI PKR DALAM USAHA MENGHALANG PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT. INI BELUM MEMERINTAH LAGI, KALAU DEPA BERJAYA MEMERINTAH. HABISLAH ISLAM. HARAP PAS. MEMANG TAK BOLEH PAKAI PUAK-PUAK KAWARIJ NI...
HIMPUNAN Fiqh Mentaati Pemimpin yang sedang berlangsung di PWTC sekarang sebenarnya bukan setakat himpunan biasa, ia adalah satu perhimpunan yang mengumpulkajn tokoh-tokoh ilmuwan dan cendekiawan Islam dari serata dunia membincangkan tentang ketaatan kepada pemimpin.
Taat kepada yang makruf tapi menentang kepada yang mungkar, itulah isinya yang boleh disesuaikan dengan senario politik semasa.
Penulis tidak rasa orang PAS tahan walau 5 minit duduk mendengar pembentang kertas kerja. Dalam pembentangan yang pertama, ada pulak soalan tentang kekecohan baru-baru ini yang ditimbulkan PAS dengan mengarahkan ahli partinya menangguhkan ibadah haji tahun ini demi untuk mengundi dalam pilihanraya dan bagi jentera parti, persiapan parti itu menghadapi pilihanraya.
Menurut Mantan Timbalan Syeikhul Azhar Mesir, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, setakat seratus ribu orang pun masih lagi tidak menjejaskan proses pengundian di negara ini (itu kalau betulah 100 ribu orang yang pergi ke Mekah).
Kuota haji negara kita ditetapkan pada 1% rakyat atau 28,000 orang, lebih kurang. Kalau pandangan Sheikh Mahmoud diambil kira, pandangan PAS itu memang berlawanan dengan Islam.
Sudah tentu ada balaci PAS yang sudah teruk dirosakkan otaknya akan menyanggah pendapat itu dengan memetik kitab dan rujukan dari ulama yang entah siapa-siapa. Tambahan pulak bila dewa hidup mereka Nik Aziz sudah endorse 'cadangan' Ketua Penerangan PAS itu.
Sengaja disebutkan 'cadangan' sebab walaupun berjawatan Ketua Penerangan, apa yang keluar dari mulut Tuan Ibrahim masih lagi dipandang sebagai mewakili pandangan peribadinya sahaja, bukan pandangan parti, walaupun hal itu hal berkenaan parti.
Pelik tapi itulah satu dari berpuluh jenis gila dalam PAS.
Pembentang yang kedua, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman lagi hebat. Beliau yang kagum dengan negara ini turut memberikan pandangan positif mengenai Islam di negara ini.
Mau cair telinga balaci PAS mendengar pendapat beliau yang mengulas pelbagai aspek agama dan pentadbiran, termasuk hukum hudud. Maklum di mata mereka tidak ada apa mengenai Islam di negara ini yang betul, semuanya salah belaka.
Penulis juga tertarik dengan pandangannya bahawa pihak yang menggunakan hudud untuk mendapatkan undi adalah mencari keredhaan manusia, bukan keredhaan Allah swt, sedangkan itulah (keredhaan Allah swt) itulah yang paling penting pun.
Penulis suka nak ingatkan, ini pandangan yang mewakili Universiti Al-Azhar, universiti yang menjadi kebanggaan majoriti penyokong dan pemimpin PAS, walaupun Nik Aziz dapat degree dari sebuah Universiti di India.
Malah sekarang pun, PAS masih galak merekrut lepasan Universiti Al-Azhar sebagai lapisan entah nombor berapa dalam saf kepimpinan mereka. Maklum, dalam PAS, jawatan bermula dari Presiden sampai ke Mursyidul Am, relatifnya adalah jawatan seumur hidup. Kena menunggu sehingga pemegang jawatan mati dulu baru boleh ada pegganti.
Maka itu penting direkrut dari muda dan lulusan Al-Azhar adalah salah satu kriteria utama.
Tapi sekarang Ulamak dari Universiti tersebut pun galak menyokong Malaysia dan pandangan kenapa hudud bukan satu keutamaan dalam masyarakat Islam. Having said that, kita bukan menolak hudud cuma hukum ini belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana komposisi masyarakat yang berbeza.
Alah, Haji yang rukun fardhu itu pun boleh tangguh kerana undi, apatah lagi hudud yang bukan fardhu itu.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM),Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Pemimpin Berjaya Perlu Beri Hak Rakyat.Beliau berkata demikian selepas Perasmian Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Jun 2012
Imam Masjidil Aqsa & Mantan Aqsa Mufti Palestin,Syeikh Akrima S.A. Sabri berkata Kedudukan di Masjidil Al-Aqsa yang berlaku sekarang yang menyebabkan sekatan kepada orang islam.Beliau berkata demikian Semasa Seminar Antarabangsa - Fiqh Mentaati Pemimpin yang diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur pada 16 Jun 2012
Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin mesti bersikap terbuka, sanggup menerima kritikan dan mengubah tanggapan negatif yang merosakkan kesejahteraan pengikut & rakyat.Beliau berkata demikian ketika Perasmian Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 15 Jun 2012
Kayveas said the PPP is looking to make a strong comeback in the 13th general election. — Picture by Choo Choy May SHAH ALAM, June 16 — PPP president Datuk Seri M. Kayveas has brushed aside talk that he will contest the Taiping parliamentary seat in the coming general election as the party has surrendered back the seat to Gerakan. He said the PPP had not regarded the Taiping seat as a good seat as it was not given on good terms by Gerakan.
"I am not aiming for any seat at the moment and will leave it to the discretion of Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Razak to decide on the seat which I should contest in the upcoming elections.
"But I have decided not to contest in Taiping anymore," he told Bernama after attending the PPP Youth Convention which was opened by Barisan Nasional Youth chairman Khairy Jamaluddin here today.
Gerakan gave up the Taiping seat, a seat it has held since 1969, to the PPP in the 2004 general election. Kayveas contested and won the seat in 2004 but lost the same seat in the 2008 general election.
The Taiping seat was one of two (the other being the Pasir Berdamar state seat in Perak) which PPP lost to DAP candidates in 2008.
Kayveas, a former deputy minister in the Prime Minister's Department, said he was expecting a good parliamentary seat for his party in return of the Taiping seat.
"The party is also asking Gerakan to give back its Kota Alam Shah state seat in Selangor to PPP," he said, adding that the PPP was seeking to make a strong comeback in the 13th general election. — Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
IPOH: A GROUP of illegal land settlers from Slim River was given a dressing down by Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir after the group brought placards when meeting the latter during a meet-the-people session at the Darul Ridzuan Building here recently.
The visibly upset Zambry was heard saying to the group that it was not the proper way to behave if they wanted to seek his help.
"Your action is rude.
"If you wish to ask for my assistance, please do it politely," he said. The group had displayed placards with the words "Only the Menteri Besar can help us" written on them while their representative Mohd Zamri Jalil was waiting for his turn to meet Zambry.
Zamri and some of his group members were later heard apologising to Zambry while explaining that they did not have any intention of being rude to him.
The illegal settlers were seeking Zambry's help as they wanted the land title of the place they have been occupying since 1999.
According to Zamri some of the plots in the 504ha piece of land in Sri Keledang, Slim River, were given to a mining company instead of the settlers.
"The company had destroyed oil palm trees that were planted by some of the 299 settlers," he claimed.
In a press conference later, Zambry said he did not have any grudge against the group.
While admitting that there was nothing offensive written in the placards, Zambry insisted that it was not proper for the group to bring placards into a public meeting which was also attended by others.
"I have requested the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate the complaint made by the group as it involves the clearing of state land.
"I want the MACC to investigate the matter and provide me with a report as I want to know the root cause of the issue," he added. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
9.00 pagi - Menyambut YAB TPM di Lpngn Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh;
9.35 pagi - Program Walkabout Di Pekan Minggu Changkat Jering Diikuti Lawatan Gerai & Minum Pagi;10.45 pagi - Program Jelajah Janji Ditepati di Advance Technology Training Centre (ADTEC) Kamunting, Taiping;
1.15 ptg - Solat Zohor di Masjid Kurauwi, Batu Kurau;
1.40 ptg - Majlis Jamuan Rakyat di Padang Astaka Batu Kurau;3.00 ptg - Menghantar YAB TPM balik ke KL. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Aku hairan juga kenapalah puak Pakatan Rakyat bantah bagai orang gila meroyan dengan penyenaraian FGV. Macam-macam ditohmahnya. Semuanya buruk belaka. Semua yang ditohmah semuanya tak betul. Sengaja nak takutkan peneroka Felda. Yang jadi persoalan ialah kenapalah Pakatan takut sangat dengan penyenaraian FGV?
Hasut Jangan Ambil Durian Runtuh
Kerajaan ditohmah bermula dengan penghargaan pihak Kerajaan BN kepada para peneroka dengan pemberian duit durian runtuh sejumlah RM15,000 setiap peneroka. Pecahannya RM5,000 untuk suami, RM5,000 untuk isteri dan RM5,000 untuk anak-anak peneroka. Durian runtuh diburukkan pembangkang. Sampai Pakatan hasut jangan ambil duit. Siap dengan kain rentang lagi tu. Jangan ambil! Teguh sangat gayanya pendirian penghasut dari pembangkang ni bila tengok pada kain rentang.
Tapi semua peneroka yang sentiasa bersama dengan Kerajaan semuanya cerdik. Tak bodoh macam 8 ekor pembangkang haramjadah totok pembangkang tu. Semua peneroka, penerokawati dan anak-anak peneroka bersyukur kepada Allah SWT dan turut berterima kasih dengan Kerajaan BN.
Tapi yang lucunya, 8 ekor pembangkang haramjadah inilah yang tak tahu malu. Di kain rentang macam tak nak pandang langsung dah duit durian runtuh. Tapi penyudahnya apa jadi? Ingatkan betullah tak nak ambil duit durian runtuh macam pendirian dalam kain rentang. Rupanya jilat dan telan semula kahak hijau yang diludah. 8 ekor haramjadah itu lah yang terhegeh-hegeh ambil duit durian runtuh.Tahu pula malu bila orang ambil gambar dia.
Hakikatnya, duit durian runtuh RM15,000 itu adalah suatu bentuk penghargaan Kerajaan BN di bawah Dato' Najib terhadap peneroka yang bersusah payah selama ini meneroka tanah rancangan. Felda pula begitu dekat di hatinya kerana bapanya Tun Razak adalah arkitek Felda.
Pembangkang ni tahu ke susah senang peneroka Felda? Dia tahu ke sejarah kehidupan peneroka di Felda?
Sejak dari tidak ada kemudahan air, elektrik dan jalan raya berturap. Kemudian air disediakan di hadapan rumah dengan paip merah berkongsi. Setiap blok ada 2 atau 3 paip merah dikongsi. Paip merah perlu dipam. Baru keluar air. Peneroka angkut dengan baldi dan tong warna hitam bawa balik ke rumah papan masa itu. Kemudian barulah ada air bersih terus ke rumah masing-masing.
Sebelah malamnya pula zaman mula-mula dulu pasang lampu gasolin. Kena tuang spirit di bahagian tengah lampu. Kena pam baru mentol yang seakan-akan kertas jaring lembut kembang dan menyala terang. Kemudian beralih kepada zaman generator. Adalah elektrik tapi ikut masa. Bukan 24 jam. Kemudian beralih zaman LLN. Terang semua rumah peneroka.
Begitu juga dengan jalan tanah merah. Berhabuk bila motorsikal lalu. Kalau naik motor tu naik merah rambut bila sampai rumah. Kemudian masa berubah semakin baik. Tahun 1980an kebanyakan jalanraya di tanah rancangan Felda mula diturap.
Jadi apa yang pembangkang takut sangat? Dengki dengan rezeki peneroka kenapa? Apa salahnya pembangkang tambah pulak RM10,000 beri pada peneroka? Pembangkang cakap durian runtuh berulat. Woi pembangkang! Kau berilah durian runtuh kau yang tak berulat. Biar berlumba-lumba memberi. Ini tak. Dia tak beri pun. Bila orang nak beri, ditohmah pula. Memang sesuailah dengan title haramjadah tu. Sangat sesuai! Haramjadah punya pembangkang!
Fitnah Geran Tanah Kebun 10 Ekar dan Tapak Rumah Peneroka Lesap
Peneroka ditohmah akan mengalami pelbagai masalah di kemudian hari akibat penyenaraian FGV ni. Ada pembangkang yang belit kata hilang tanah 10 ekar kebun sawit atau getah. Di sesetengah rancangan ada tanah kebun sampai 14 ekar macam di Felda Sungai Koyan, Raub. Tapak rumah seluas suku ekar pun dibelit pembangkang cakap akan tergadai juga.
Macam mana boleh tergadai? Penyenaraian tak melibatkan pun tanah kebun peneroka yang 10 ekar atau 14 ekar tu. FGV hanya melibatkan tanah kebun yang dimiliki Felda Plantation. Semua peneroka di Felda faham sangat. Tanah tapak rumah pun tak terlibat. Geran tanah kebun 10 ekar yang berada dalam simpanan peneroka tidak diambil oleh Felda pun. Sentiasa kemas dalam simpanan para peneroka.
YAB PM Dato' Sri Najib sendiri sudah beri penerangan dan benda ini dah berulang kali dicakap dan diulang. Malah YB pembangkang pun sudah diberi penerangan dalam Parlimen. Pergi baca Hansard Parlimen. Dalam Parlimen pembangkang semacam faham sahaja bila diterang. Bila keluar Parlimen dia jadi bingung tak faham semula. Habis difitnah benda yang sama. Haramjadah punya pembangkang!
BERSAMBUNG AKAN DATANG... [Fitnah IPO FGV dan sebab sebenar kenapa pembangkang Haramjadah takut sangat dengan penyenaraian FGV]. +
*Siapa pula yang nak terbitkan teater skandal Anwar Ibrahim? Paling koman, skandal Azmin Ali la. Mungkin A. Samad Said kot. Intro boleh guna video Anwar sedang berurut di Thailand.
Tak dapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar rupanya. Kenapa tiada persatuan alam sekitar pro pembangkang tak berdemonstrasi? Lynas yang dah dapat kelulusan dan mengikut standard antarabangsa pulak yang korang nak sensasikan.
Saksikan betapa marahnya rakyat Kedah terhadap pentadbiran PAS Kedah.
*Kalau kat Kelantan ada JUS TOK GURU sempena 20 tahun pentadbiran Nik Aziz, PAS Kedah cuba tiru dengan nak buat JUS BALAK AZIZAN pulak. Bila orang Kedah minum air karat, barulah bodoh piang macam pengikut PAS.
Lim Guan Eng Sanjung Tinggi Media Internet Pijak-Pijak Media Cetak
Penulis: Lim Fang
Mengikut catatan struktur belia Negara tahun 2011, belia-belia lebih bergantung kepada media internet untuk mendapatkan maklumat dengan nisbah 7:3 berbanding media percetakan, internet sebagai jalur sumber untuk mereka mendapatkan maklumat. paras umur beliau di Negara ini telah ditetapkan di antara umur 18 hingga 40 tahun. Belia yang berumur 30 tahun ke atas lebih gemar membaca maklumat melalui media percetakan, dimana belia yang berumur 25 tahun ke bawah tidak gemar membaca media percetakan dan suratkhabar.
Ketua Penyelaras 8 pertubuhan belia Cina En. Yan Tian Lok (terjemahan mandarin) berkata, mengikut keadaan waktu terkini, berita-berita dari dalam laman web berbau perosak, pelayar-pelayar samseng hanya pandai marah dan mengeji, menyebabkan ramai golongan belia bersikap negatif, salahguna laman sosial telah merendahkan mutu kesahihan berita dan maklumat.
Ketua pusat belia Cina Liu Yong Tah (terjemahan mandarin) telah dapati satu fenomena yang berlaku bahawa pada lazimnya golongan muda anggap sistem media cetak telah terlibat dengan menapis cerita-cerita sebenar, mereka anggap berita dari laman sosial lebih sahih. Namun beliau anggap semua maklumat itu amat penting, barulah dapat imbangi keseluruhan media yang diperolehi itu.
Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu secara percuma laksanakan wifi di seluruh Pulau itu, selain daripada mengutarakan fahaman "kebebasan berita tidak akan pupus", pada masa yang sama merendahkan imej berita-berita utama yang terpaksa mencari maklumat dari laman sosial untuk mendapatkan maklumat bagi orang-orang yang bijak dan mampu menganalisa dan bezakan maklumat sebenar.
Kata-kata Lim Guan Eng itu terus ditujukan kepada media-media yang selama ini berpegang kepada prinsip sama rata, bermakna kecondongan pihak media juga dipaksa condong kepada orang-orang yang memegang kuasa. Guan Eng memberi satu contoh, ada seorang wartawan oleh kerana mahu berbuat baik dengan BN, wartawan tersebut ambil rakaman-rakaman yang tidak formal ataupun perbualan dan padangan peribadi diserahkan kepada kumpulan laman sosial BN untuk "diperbesar-besarkan".
Kata-kata Lim Guan Eng itu seperti beliau rasa amat marah, sedangkan beliau sendiri mengesyorkan laman sosial dianggap "orang yang bijak dan mampu menganalisa dan membezakan maklumat", bermakna beliau tidak perlu lagi "tidak boleh tidur nyenyak sepanjang malam". Jika beliau telah ditikam dari belakang oleh wartawan yang temu ramah beliau , "pasti di waktu malam hari musim panas ini beliau rasa menggeletar dan tidak boleh tidur di tengah malam. Bukankah beliau boleh dengan senang hati saman orang-orang yang suka tikam beliau dari belakang itu, beliau sepatutnya ambil tindakan undang-undang untuk kembalikan kesucian diri beliau.
Baru-baru ini ada berita seorang ahli DAP yang amat tinggi kedudukannya dikatakan berasmara dengan seorang budak perempuan mentah, dikatakan bekas pembantu di pejabatnya. Apabila wartawan Pulau Pinang tanyakan perkara itu, beliau tidak mengaku dan tidak juga menafikannya, beliau naik berang dan marah wartawan tersebut, jika artikel itu dikeluarkan beliau beri amaran akan saman wartawan tersebut. Rakaman ini telah dimuatkan di laman YouTube, tersebar dalam laman FB. Kami tidak tahu samada adakah ini apa yang dimaksudkan Lim Guan Eng ada kumpulan yang cuba semarakkan dan merosakkan berita-berita.
Semua Kesalahan Dituduh Perbuatan Media-Media Utama
Mengikut ukuran kebebasan media oleh Lim Guan Eng, jika ada orang mainkan isu, ini juga salah satunya dikategorikan kepada kebebasan pihak media, sepatutnya berita-berita ini perlu diterima dan dihormati, kenapa apabila tersentuh tentang dirinya beliau tidak tenteram sepanjang malam? Kenapa ambil isu ini dijadikan medan perbalahan yang sengit, semua kesalahan yang dibuat itu beliau menuduh pihak media-media utama yang lakukannya. Jika maklumat itu hanya dilaporkan oleh media utama BN, kekasaran yang dilakukan oleh media-media parti pembangkang yang begitu ganas dan dahsyat, adakah ini juga yang dikatakan kebebasan media telah terkubur?
Pada Tsunami politik tahun Mac 2008 sudah tentu pihak gabungan 3 parti pembangkang mendapat hasil yang lumayan, orang ramai berkata bahawa pihak parti pembangkang telah berjaya menggunakan media mereka untuk mempengaruhi tiket-tiket undi golongan belia. Dalam beberapa tahun ini, Pakatan Rakyat masih sebarkan strategi mereka melalui media laman sosial, tetapi oleh kerana mahu pekukuhkan lagi pengaruh mereka melalui internet laman sisial, parti pembangkang sering lakukan samseng laman sosial, cuba merosakkan maklumat-maklumat kesahihan media-media cetak, cuba memperdayakan orang ramai, media mana pula yang dikatakan telah ditapis dan menjadi berita yang sebenar-benarnya.
Dalam mengelabukan pandangan mata orang lain, dunia internet telah disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat-maklumat palsu, mereka tarik hidung belia dan muda mudi yang hanyut dalam dunia laman sosial internet. Dalam laman sosial selalu terpapar, setiap orang diminta tekan butang sokong, pelayar akan merasai kebanggaan apabila melakukannya, namun ia palsu dan tidak bermakna.
Lim Guan Eng sebagai seorang setiausaha DAP, jangan semata-mata mahu perkataan butang sokong itu terus condong kepada samseng media dan memijak-mijak media cetak utama, jika beliau menghina media cetak, beliau boleh tidak hiraukannya, dan beliau boleh gunakan media internet untuk sebarkan maklumat parti sudah memadai, kenapa beliau sering mahu menghentam media utama lagi. - AH/DNA
Ini pula video Guan Eng mengamuk bila wartawan tanya mengenai skandalnya.
*Azhar Idrus mati akal di'langgar' Abu Aqif. Layak ke Azhar Idrus digelar ustaz kalau menyebarkan cerita yang dia dengar dari orang lain tanpa usul periksa?
Jika diperhatikan mereka ini juga yang gigih mencari peluang untuk menguasai Malaysia waima dicemari dengan skandal seks Ketua Penasihat mereka. Banyak fitnah tersebar disebabkan pemimpin seperti mereka ini.
Jangan pelik jika banyak perkara Pakatan perjuangkan merugikan ekonomi Malaysia seperti Bersih dan Lynas. Pelik walaupun pelbagai fakta kukuh dikemukan seperti isu Lynas, mereka masih lagi mahu menentang projek tersebut!
Lihat gambar Saifuddin Nasution yang pernah bertemu pegawai tinggi Singapura di Sg Petani, Kedah tanpa sebarang kehadiran media.
Apakah ini bukti kaitan mereka dengan Singapura walau cuba dinafikan dengan berbagai cara.
Selain agen Amerika, ada juga agen Singapura rupanya dalam parti politik yang sedang ghairah mahu rampas negara kita?
Semoga Allah selamatkan kita semua.
Tulisan ini diharap dapat membuka pintu hati penyokong tegar Pakatan agar berubah dan sedar bahawa tindakan mereka menyokong Pakatan yang cuba mengganggu Malaysia dengan huru hara adalah satu perbuatan yang akan menyusahkan cucu cicit selepas kita.
Marilah kita bertaubat dan membetulkan diri...
Selamat Menyambut 27 Rejab yang jatuh tanggal hari ini ( Isra Mikraj)
gambar YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Ab Razak merasmikan Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin di PWTC semalam - Gambar Blog PenaKSJ
KUALA LUMPUR – Islam menggariskan umatnya boleh melakukan perhimpunan untuk menyuarakan pendapat dan pandangan dalam sesuatu perkara yang dilakukan oleh kerajaan.
Mantan Timbalan Syeikhul Azhar Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghani Mahmoud Ashour berkata, perhimpunan yang menjerumus ke arah bahaya dan mampu memberikan kesan buruk kepada negara adalah tidak harus diamalkan.
Malah, jika ingin mengadakan perhimpunan, keadaan perhimpunan itu perlulah dijalankan secara aman dan tidak menggunakan sentimen yang mampu memberi kepentingan kepada pihak-pihak tertentu sahaja.
"Islam tidak menghalang untuk berhimpun menyatakan pendapat atau hasrat terhadap pemerintah tetapi jangan ia boleh sebabkan huru-hara dalam masyarakat sehingga ada orang rasa kesan buruk dari perhimpunan itu.
"Kalau boleh, lakukan secara aman, harus disokong dengan cara menggunakan slogan yang baik tanpa menyerang kepentingan awam termasuk merosakkan pengangkutan awam dan tidak menceroboh orang tidak berdosa serta tidak membawa masalah kepada masyarakat," kata Syeikh Mahmoud ketika diminta menjawab soalan dari peserta dalam seminar Fiqh Mentaati Pemimpin di sini hari ini.
Sementara itu, Ahli Akademik Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani berkata, rakyat boleh memberikan pandangan dan nasihat kepada pemimpin dan kerajaan.
Tetapi, nasihat itu perlulah bergantung kepada keadaan.
"Sekiranya ingin memberikan nasihat, jangan dibuat dikhalayak ramai. Boleh memberikan nasihat, tetapi jangan wujudkan keadaan yang esktrim atau fanatik hingga membawa kepada rusuhan atau pun pergaduhan dalam perhimpunan.
"Jangan kerana terlalu sukakan kepada pihak-pihak tertentu, apa yang dilakukan oleh pemimpin semuanya buruk.
"Rakyat perlu mendengar kata pemimpin. Tidak boleh terlalu pentingkan diri sendiri. Dalam politik, pemimpin lakukan perkara yang baik pun akan cakap jahat atau buruk," katanya.
Rakyat Kelantan perlu nekad bertanya kepada YB Dato' Haji Husam Bin Musa dan menuntut exco Kerajaan Negeri itu memberi penjelasan tentang kemelut yang menyelubungi Kelantan Gold Trade Sdn Bhd. Rakyat Kelantan perlu memastikan bahawa YB Husam Musa tidak melepaskan tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku dan masih berlaku seperti mana beliau mengelak di dalam isu Jihad Ternak Sdn Bhd.
Umar Ibrahim Vadillo
Rakyat Kelantan perlu tahu segala-galanya dan YB Husam digesa bersikap telus di dalam soal ini. Sebagai permulaan, YB Husam di harap dapat menjelaskan perkara-perkara berikut,
Apakah hubungan sebenar beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo?
Siapakah yang membuat keputusan melantik Umar Ibrahim Vadillo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade Sdn Bhd?
Mengapakah setelah dilucutkan dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade, Umar Ibrahim Vadillo dilantik pula sebagai Penasihat syarikat tersebut?
KUALA LUMPUR – Hari Bapa yang disambut esok merupakan hari anak-anak dan keluarga mengingati dan mengenang peranan, jasa serta budi seorang bapa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, Perdana Menteri mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa termasuk mereka yang baru bergelar bapa.
"Bapa muda pun kita kena beri pengiktirafan atas sumbangan mereka yang mungkin kita kira sebagai potensi masa depan mereka membentuk generasi baru untuk menentukan kejayaan negara kita nanti, Insya-Allah," katanya.
Najib berkata demikian dalam rakaman video temu bual khas sempena sambutan Hari Bapa 2012 yang dimuat naik dalam blog www.1malaysia.com.my di sini, hari ini.
Dalam temu bual kira-kira 6 minit itu, Najib turut ditanya mengenai hubungannya dengan Allahyarham ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein yang disifatkan sebagai agak berbeza dengan keadaan sekarang.
"Saya lihat pada masa itu, ada rasa segan dan sangat menghormati emak bapa dan kalau kita nak buat sesuatu, nak beri satu pandangan pun kita fikir banyak kali sebab kita tak boleh merasakan bahawa sesuatu yang kita kata itu boleh…mungkin boleh mendatangkan satu perasaan tidak senang kepada ayahanda saya pada ketika itu.
"Tapi ini bukan bererti bahawa tidak ada rasa kasih sayang yang mendalam, memang ada. Dan saya masih ingat lagi waktu saya belajar di luar negara, kalau saya menulis surat, masa itu tidak ada e-mel dan tidak ada sms, tidak ada sosial media, terpaksa tulis surat melalui aerogram dan kita tunggu jawapan daripada ayahanda saya.
"Walaupun ayahanda saya ketika itu sangat sibuk sebagai Perdana Menteri, tetapi saya pasti dapat jawapan mungkin selang dua minggu ke, tapi jawapan pasti tiba," katanya.
Najib berkata Allahyarham Tun Razak juga merupakan seorang motivator yang sangat halus dan sering menggalakkan beliau dan adik-beradiknya untuk belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
"Tiap-tiap bulan, beliau nak tahu apa pencapaian kita (saya dan adik-beradik). Dan kita merasakan bahawa kita tak nak mengecewakan Allahyarham. Jadi kita pun cubalah sedaya upaya.
"Kalau dapat nombor satu kita tengok Allahyarham cukup riang…cukup ceria mukanya, tapi kalau kita tak dapat nombor satu, nombor tiga ke tentu dia rasa agak kecewa. Jadi dengan cara seperti ini, beliau telah mendidik saya dan adik-adik saya supaya tidak terlalu manja, tidak terlalu mewah dalam kehidupan dan sentiasa mengamalkan cara hidup yang sederhana, bertimbang rasa dengan orang," katanya.
Najib berkata didikan yang diterima daripada Allahyarham Tun Razak iaitu secara halus tetapi memberi kesan yang besar kepada jiwa dan perasaan beliau telah memungkinkan beliau mempunyai kecerdasan emosi (EQ) yang baik dengan rakyat.
Ditanya mengenai perbezaan antara cara beliau bergaul dan berkomunikasi dengan anak-anaknya berbanding dengan cara Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri berkata zaman sekarang lebih 'informal'.
"Maknanya kita boleh melepak bersama, kadang-kadang boleh bergumpal bersama tapi rasa hormat itu tetap ada, tetap tinggi tetapi orang kata lebih 'informal' daripada masa-masa yang lalu.
"Saya lihat hubungan saya dengan anakanda-anakanda saya pun lebih dalam bentuk dapat bertukar-tukar pendapat, secara lebih terus terang dan tidak ada rasa jurang antara kami tetapi mereka sedar bahawa mereka juga menghormati saya sebagai seorang ayah.
"Jadi, ini memperlihat perubahan generasi bukan saja pada saya tapi pada keluarga secara umum di Malaysia ini," katanya. – Bernama
Berikut adalah diantara tawaran-tawaran ataupun janji-janji manis yang telah diberikan oleh Pakatan Rakyat semasa PRU ke 12 yang lalu. Setelah 4 tahun lebih memerintah negeri Selangor Darul Ehsan, maka inilah hasil-hasil yang telah dijanjikan oleh mereka! Janji memang mudah, nak melaksanakan amat sukar sekali - Janji hanya tinggal janji sahaja!
Perkara Antara Janji-janji PRu ke 12 yang tak terlaksana
1.) 16 September 2008, Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ, Kelana Jaya kononnya pembentukan "kerajaan baru Malaysia".
Status : BOHONG - ( Tidak Berlaku )
2.) Kerajaan negeri mensasarkan kutipan hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009. Tetapi royalti pasir 2009 hanya RM 4,6 juta.
Status : BOHONG - ( Tidak Berlaku )
3.) Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM 50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta.
Status : BOHONG - ( Tidak Capai )
4.) Kerajaan Selangor "membeli" hutang syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan / duit rakyat bernilai RM 392 juta.
Status : ZALIM - ( Tidak Bermoral )
5.) Kerajaan Selangor merampas aset tanah YBK di Serendah dan memulangkan bayaran cukai tunggakan cukai RM 5.7 juta walaupun telah dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor.
Manifesto - Urustadbir Berwibawa.
Status : ZALIM - ( Salah Guna Kuasa )
6.) Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah.
Status : BOHONG - ( Tidak Jelas )
7.) Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan. Manifesto – Sosial & Kebajikan.
Status : BOHONG - ( Tidak Jelas )
8.) Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
9.) Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
10.) Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
11.) Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
12.) Memberi elaun ibu tunggal yang layak
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
13.) Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
14.) Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri.
Manifesto – Kesihatan Rakyat
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
15.) Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas.
Manifesto – Ekonomi Rakyat
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
16.) Menyediakan premis perniagaan yang cukup
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
17.) Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
18.) Galakan kepada belia dan wanita muda berniaga - sewa minimum / membayar air dan elektrik dua tahun pertama.
20.) Program bagi rakyat miskin - petani dan nelayan jana pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan.
Manifesto – Keselamatan Rakyat
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
21.) Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
Antara Janji-janji Lain:
22.) Melaksanakan Pilihan Raya Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tidak boleh dilaksankan kerana tiada dalam peruntukan mana-mana akta.
Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )
Amat mudah menabur janji sebelum berkuasa dan selepas berkuasa janji hanya tinggal janji. Kata-kata tidak dikotakan. Adakah di PRU ke-13 ini nanti Pakatan Rakyat sekali lagi bakal menghidangkan atau menaburkan janji-janji baru selepas gagal melaksanakan janji-janji terdahulu semata-mata untuk mendapatkan undi!
Sekurang-kurangnya rakyat sudah bijak untuk menilai apa yang sudah kerajaan negeri Selangor telah lakukan terhadap mereka selama 4 tahun lebih. Walaupun BN kalah dan hilang kuasa di negeri Selangor, namun soal kebajikan rakyatnya tidak pernah dilupakan.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kerajaan Selangor sepatutnya lebih menumpukan kepada usaha memastikan bekalan air di negeri itu sentiasa mencukupi daripada penstrukturan semula industri air, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Katanya, walaupun berlakunya penstrukturan semula industri air, kerajaan negeri masih belum menyatakan rancangan mereka dalam memastikan bekalan air terawat di Selangor mencukupi bagi menampung keperluan penduduk dan industri.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan taklimat kepada persatuan pemandu teksi di Selangor mengenai program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA), yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemandu teksi seluruh negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, 24 Jun ini.
Mohd Zin berkata, sehingga kini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar dua ke tiga peratus tanpa memberikan angka sebenar.
"Cadangan kerajaan negeri bahawa sumber air boleh didapati daripada banyak sumber seperti air bawah tanah, empangan mahu pun air lombong tidak akan bermakna jika loji rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.
"Sedangkan 33 loji rawatan air di Selangor sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing dan ada yang beroperasi lebih daripada kapasiti maksimum," katanya.
Mohd Zin juga berkata Forum Air Selangor anjuran kerajaan negeri Selasa lepas, kebanyakannya disertai oleh ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah bagi menangani masalah air.
"(Namun) tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya bercadang untuk meneliti setiap cadangan yang ada. Hakikatnya kita semakin kesuntukan masa," katanya.
Beliau berkata, jemputan untuk menyertai forum itu juga tidak menyeluruh kerana tiada jemputan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri daripada BN Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pas kini mendapat tajaan di setiap ceramah mereka, tiger beer keluaran singapora bersetuju menjadi penaja di setiap ceramah pas, di beritakan, tajaan syarikat arak itu sehingga habis pru 13...
TEMAN TAK BERAPA YAKIN DENGAN DS NAJIB... itulah yang diluahkan teman apabila berbincang dengan rakan teman pasal serta Isu ketika itu sekitar 2008 yang lalu, kerana tekanan serta pergolakan dalam UMNO selepas TUN Mahathir dan bila Pak Lah pula sebagai Perdana Menteri. Agak Celaru bila beberapa buah Negeri jatuh ketangan pembangkang. sebaik tempat Pak Lah diambil alih oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu DS Najib Tun Abdul Razak Ketika itu Politik amat celaru dan sentiasa PANAS, apa tah lagi termasuk Perak Darul Ridzuan yang juga jatuh ketangan Rejim Pakatan Rakyat dan menyebabkan Rakyat dinerakakan mereka.
Sahabat Karib teman pula menyangkal dengan pendapat teman, miker ni tengah ceLaru dengan mainan Kotor Politik PembNgkang, PERCAYA LAH NAJIB TU BIJAK DAN HEBAT ORANGNYA, Betul ler seperti kata sahabat teman bila di masa 11 bulan di Nerakakan, paling menjadi tanda tanya dan siapa yang berkemampuan serta setara dengan TUN? Bila diwawarkan Ds Najib Sebagai Perdana Menteri. banyak yang masih teka teki kerana kemelut Politik yang amat bahaya ketika itu sememangnya memerlukan penganti terbaik dari pelbagai sudut
Ketika itu bukan teman sahaja yang berpendapat begitu malah ramai lagi rakan yang sama pendapat Rasanya jawapan tersebut bukanlah kerana kurang yakin dengan kemampuan DS Najib sebaliknya lebih berhati-hati dan mungkin juga diatas trauma dengan kelutusan PRU 12 Lalu... Teman masih ingat dan simpan kata sahabat teman tentang Kemampuan DS Najib, ' KALAU GITU KITA TENGOK NANTI, BETUL ATAU TIDAK?
Memang jauh dari tekaan teman , sebaik 1 MALAYSIA DS Najib Lancarkan teman dah mula tersenyum dan sedikit kelegaan dihati dan secara automatik teman percaya sebagaimana yang sahabt teman perkatakan DS Najib berjaya satukan keharmonian diantara Kaum-kaum lain dengan pelancaran 1 Malaysia, sebenarnya secara sedar atau tidak DS Najib memang mempunyai pelbagai perancangan serta yang hebat!
Kalau kita perhatikan bila sebelum ini pelbagai perutukan yang turun mungkin secara logiknya tidak semua yang kita rasakan bantuan sampai ke sasaran, mungkin juga kerana ada negeri yang dibawah pemerintahan Kerajaan Negeri Pembangkang agak sukar mendapat peruntukan atau bantuan kerana perbezaan bergantung kepada Wakil ADUN. DS Najib menjadikan segala bentuk bantuan perlu sampai terus kepada rakyat
CONTOHNYA HARI INI RAKYAT TIDAK LAGI BERGANTUNG KEPADA ADUN. DS NAJIB MENGUMUMKAN SETIAP KALI ADA PELBAGAI BENTUK BANTUAN DAN SEBAGAINYA, HARI INI JUGA KALAU KITA LIHAT CINTIHNYA BR1M, BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK, BONUS FELDA, DAN BANYAK LAGI YANG TELAH BELIAU BERI KEPADA RAKYAT. APA SAHAJA BENTUK BANTUAN TIDAK LAGI MENJADI BERBEZA DEK KERANA ADA YANG PUNYA ADUN DAN SESETENGAHNYA HANYA BERGANTUNG KEPADA BANTUAN KERAJAAN PUSAT
Apa sahaja yang diumumkan khas keoada rakyat bakal dinikmati yang sama diseluruh Malaysia, tidak kira jenis Kaum, bangsa, agama dan lain-lain, rakyat keseluruhan di Malaysia akan tahu apa saja bentuk bantuan serta kepentingan rakyat sekata semua dapat dan nikmat.
Bukan setakat begitu sahaja, sehingga kehari ini kita sudah pun menerima pelbagai insentif, bantuan serta banyak lagi yang diwujudkan hasil idea DS Najib sendiri rakyat sudah boleh terima dan tahu apa sahaja khas untuk rakyat, nampaknya tidak lagi bergantung nasib di kawasan lain terutama mereka yang punya YB. Apatah lagi mereka yang berada di kawasan yang hitam yang akan mungkin akan jauh ketinggalan
Perhimpunan sambutan UMNO 66 tahun yang lalu juga membuktikan betapa DS Najib Sebenarnya memperlihatkan bagai mana stadium boleh digunakan terutama oleh BERSIH dengan baik, kenapa perlu kita menjadi samseng diatas jalan yang semua Rakyat amat marah dengan mereka. sebaliknya PAS juga mahu membuktikan dia mampu bila Stadium Kedah dijadikan tenoat perhimpunan mereka baru-baru ini sekalipun Stadium hanya mampu dipenuhi sekitar 50 ribu termasuk luar dan dalam stadium
Paling membanggakan mungkin kita tidak sedar tentang kenapa DS Najib lansung tidak menghalang kepada mereka yang cuba menunjukan kemampuan Pembangkang konon,setiap kali BN buat mereka juga akan meniru
CUMA SATU SAHAJA PANDANGAN TEMAN,MUNGKIN SEMUA PROGRAM BN PAKARTUN RAKYAT AKAN KONDEM DAN BALAS, CUMA KALI NI BILA DS MULA DENGAN SIRI PENJELAJAH JANJI DITEPATI, teman rasa yang ini dema memang tak boleh terikut dengan DS NAJIB... mana tidaknya Ds Najib turun padang melihat keperluan bantuan yang dibantu
TEMAN CABOR PAS PKR DAN DAP, ADA JANTAN KA LU ORANG PUN BUAT MACAMANA DS NAJIB BUAT BILA TURUN PADANG UNTUK MELAWAT TEMPAT YANG DIA BERJANJI DAN DITEPATI.TANG NI PAKARTUN RAKYAT KANTOI!! sebabnya mana ada yang dia berjanji dan ditepati sampai la nie ler itupun sepanjang pru 12 sampai sekarang yang dia beri pada rakyat hanyalah CERAMAH SENJANG MASA... ADA BRAN
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta supaya membuat pengakuan kepada umum tentang jumlah peruntukan kerajaan negeri kepada Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau mendapat maklumat bahawa jumlah yang dikeluarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri kepada Kuin adalah sangat besar.
"Saya mengambil contoh jika kutipan hasil tanah di Kedah ialah RM160 juta setahun, berapakah daripada RM160 juta itu telah dibelanjakan untuk Kuin," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keanggotaan Umno dekat sini malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu berkata, beliau bimbang dengan kadar perbelanjaan wang negeri terhadap Kuin dan berasa sangat kecewa dengan perkara itu.
"Itu yang membimbangkan. Kalau nak belanja betul-betul tidak apa, buat satu demi satu. Tapi semua orang tahu Fakulti Perubatan dan Kujuteraan tak boleh jalan, duit terpaksa dibelanjakan tapi Azizan tak nak mengaku juga.
"Baliklah ke pangkal jalan sebab Kuin asasnya adalah Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam," katanya.
Mahdzir berkata, beliau juga mahu kerajaan negeri menjelaskan tentang kedudukan Insan Holding Sdn Bhd sebagai anak syarikat Kuin yang memegang semua duit kerajaan negeri.
"Contohnya duit yang masuk kepada kerajaan negeri dipegang oleh Insan Holdings Sdn Bhd dan Pengerusi Insan Holdings ialah Rektor universiti itu. Di Kuin juga ada seorang Pegawai KCS (Kedah Civil Servant) yang telah ditempatkan sebagai Timbalan Rektor Kuin.
"Saya difahamkan oleh ramai pensyarah di situ bahawa Timbalan Rektor dari KCS itu disejuk beku, tidak ada kerja untuk dia. Jadi kenapa wujudkan jawatan itu kalau tak ada kerja untuk dilakukan," katanya.
Pada majlis penyerahan borang itu, seramai 148 penduduk dalam kawasan peti undi Kampung Padang Nyior menyertai Umno dengan 20 daripadanya adalah bekas anggota Pas.
Mahdzir berkata, antara faktor yang menyebabkan mereka memilih Umno ialah kerana yakin ia adalah parti yang memperjuangkan orang Melayu.
"Bagi ahli Pas yang menyertai Umno, mereka sendiri telah melihat adu domba dalam Pakatan Rakyat. Jadi mereka merasakan mereka perlu mencari satu entiti yang boleh dilihat dan disokong bagi membela orang Melayu dan tak lain tak bukan mereka memilih Umno," katanya. - Bernama
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR 16 Jun - Rakyat Malaysia harus berterima kasih dan terus menyokong dasar kerajaan yang diamal selama ini kerana ia membantu membangunkan Malaysia sebagai antara negara Islam termaju di dunia.
Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata kerajaan Malaysia, yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam, telah banyak melakukan kebaikan kepada masyarakat serta berusaha membangunkan (mendaulatkan) Islam dan ia seharusnya perlu terus disokong.
"Pemerintah Islam Malaysia telah lakukan banyak kebaikan serta membangunkan Islam, maka tidak patut untuk cuba menjatuhkannya terutama melalui cara tidak demokratik.
"Oleh kerana kerajaan telah lakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat, maka patut rakyat terus beri peluang dan menyokong. Jangan timbulkan sesuatu perkara yang boleh menghalang perkembangan pembangunan kerana ia boleh menjadi fitnah pula kepada masyarakat itu sendiri," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk "Fiqh Mentaati Pemimpin" di sini, hari ini.
Beliau adalah antara pembentang kertas kerja pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, yang bermula semalam hingga 17 Jun.
Seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu dalam ilmu Fiqh yang sering diabaikan iaitu prinsip membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin.
Sheikh Mahmoud Ashour turut memberi ingatan agar tiada pihak yang menggunakan Islam untuk menakutkan masyarakat.
"Dalam proses mewujudkan sebuah negara Islam, tidak wajar menimbulkan suasana takut kepada masyarakat, dan tidak boleh memperjuangkan Islam secara kasar," katanya.
Beliau menekankan bahawa dalam memperjuangkan Islam, nama tidak penting, sebaliknya isi perjuangan lebih penting. - BERNAMA.
RM50 pun sudah bergaduh. Ini belum apa-apa lagi. Ini bukti janji dan apa yang diucapkan oleh pakatan pembangkang adalah janji politik semata-mata.
RM50 baru 10% daripada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, BRIM yang manfaatnya lebih besar. Pembangkang patut malu dengan BN kerana orang PAS dan PKR pun dapat juga faedah dari BR1M.
Mengapa tidak pembangkang beri RM50 itu terlebih dahulu kepada ahli-ahlinya di Selangor. Boleh buat? Memang mereka tidak boleh buat, silap silap ada tanah yang akan dijual lagi selepas ini.
"Hari Bapa ini merupakan satu hari di mana peranan seorang bapa itu perlulah diingati dan diapresiasikan oleh anak-anak mereka, oleh keluarga mereka kerana inilah satu ketika di mana kita harus mengenang jasa dan budi bapa kita" Dato Seri Najib Tun Razak
Perhimpunan Hijau di Perak gagal bila yang hadir kurang dari 1,000 orang. Sudah lah begitu, ketika Mursyidul Am sedang berucap, ada kalangan ahli ahli PAS tidak mempedulikan langsung ucapan Nik Aziz, mereka lebih suka merebut makanan yang ada. Bukti PAS sudah hilang kekuatan di Perak.
Terdapat banyak kekeliruan terhadap umat Islam di Malaysia bila Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat menyeru ahli-ahli PAS yang hendak menunaikan haji menangguhkan rukun Islam kelima itu untuk memfokuskan kepada pilihan raya umum 13. Pandangan di bawah ini mungkin boleh membantu mereka membuat keputusan.
ALLAH SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim dalam ayat 27 surah al- Hajj dengan berfirman maksudnya: "Serukanlah panggilan kepada manusia untuk menunaikan ibadah haji."
Kemudian Nabi Ibrahim menjawab: " Suaraku tidak akan terdengar oleh mereka ya Allah", Allah membalas : "Yang penting serukan panggilan itu, Kami akan memperdengarkannya". Dialog di antara Allah dengan Nabi Ibrahim terdapat dalam berbagai riwayat kitab tafsir tentang ayat itu.
Setiap muslim pasti mengetahui dan mendengar adanya panggilan Allah itu. Sebegitu hebatnya panggilan itu di kalangan umat Islam, sehingga ibadat haji dapat dikategorikan sampai pada tahap ma'lumun min al din bi al dharurah yang bermaksud pengetahuan pada tingkat aksioma (pernyataan tentang kebenaran tanpa perlu pembuktian). Sehingga tiada alasan bagi seseorang muslim untuk tidak tahu atau menangguh ibadah haji dan berusaha mengerjakan sedaya upayanya.
Memang mengerjakan haji boleh ditangguhkan, tetapi alasannya adalah atas masalah kesihatan dan bukan sebab kepentingan politik. Jika penangguhan atas alasan yang tidak menepati syari'e, seperti semata-mata tidak mahu ketinggalan mengundi, jika seseorang itu meninggal maka matinya disamakan dengan mati sebagai Yahudi atau Nasrani.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang sudah ada bekalan dan belanja serta pengangkutan yang mampu pergi ke Baitullah tetapi dia tidak juga menunaikan haji maka tidak ada halangan dia boleh mati sebagai Yahudi atau Nasrani (Riwayat at-Tarmizi: 33931).
Hadis ini memberi pengajaran bahawa ibadah haji adalah perkara yang teramat mustahak dan tidak boleh dipermainkan sesuka hati. Ancaman Rasulullah terhadap status kematian seorang muslim sebagai orang Yahudi dan Nasrani jika gagal menunaikan haji, sepatutnya mencetuskan kesedaran dan penghayatan yang mendalam kepada setiap muslim agar sentiasa melaksanakan perintah Allah secara murni dan ikhlas semata-mata niat kerana Allah. Bukan berniat kerana godaan kehidupan duniawi. Apatah lagi semata-mata pertimbangan motif politik.
PAS bersetuju bersama Nizar Jamaludin apabila telah menghina dan membuat fitnah terhadap Sultan Johor mengenai pembelian no plate www 1.
Sehingga sekarang tidak ada permohonan maaf daripada PAS malah tidak ada sebarang tindakan yang diambil terhadap Nizar. Apa yang disuarakan Nizar pasti amat dipersetujui oleh pimpinan PAS pusat memandangkan Presiden parti atau pun Mursidol Am tidak memberi sebarang komen yang menyangah tindakan Nizar.
Ini adalah realiti bahawa khawarij PAS sejak dari dulu menyokong tindakan Nizar yang mempunyai sejarah menghina pihak Sultan Perak dan yang terkini Sultan Johor.
Kita semua sedia maklum,Nizar dan PAS sekarang ini realitinya adalah hibrid kacukan DAP yang fahaman mereka sudah mirip kepada DAP.Adalah tidak menjadi masaalah untuk perlekehkan raja raja melayu kerana ini semua adalah hasil daripada didikan dan dakwah DAP yang terbukti berjaya.
Nizar perlu segera mohon maaf
KUALA LUMPUR 16 Jun - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didesak segera menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk memohon maaf atas kenyataannya mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 milik baginda.
Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, ini kerana kenyataan biadab Mohammad Nizar yang seolah-olah menggambarkan baginda tidak pernah prihatin dalam membantu rakyat miskin adalah sesuatu yang menghina institusi beraja negeri itu.
Tambahnya, Mohammad Nizar bernasib baik kerana Sultan Ibrahim tidak mahu mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau walaupun baginda murka kerana mengikut tradisi sesiapa yang menghina Sultan Johor tidak dibenarkan masuk ke negeri baginda.
"Justeru, dia sepatutnya bersyukur dan tidak perlu lagi berdalih mempertahankan kenyataannya dengan mendakwa media yang salah lapor.
"Lebih baik mohon ampun daripada sultan di istana baginda dan seterusnya memohon maaf kepada rakyat Johor secara terbuka menerusi sidang akhbar khas. Jangan berdalih apa-apa lagi semasa sidang akhbar itu nanti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak menerusi laman sosial Twitter baru-baru ini mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim sekali gus menggambarkan seolah-olah baginda membeli nombor tersebut menggunakan wang rakyat.
Kenyataan itu menyebabkan Sultan Ibrahim murka kerana menganggap ia sebagai satu penghinaan kepada rakyat serta kedaulatan negeri Johor di samping baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang berkenaan sedar mengenai kesilapannya.
Ekoran itu, banyak pihak melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Mohammad Nizar yang dianggap biadab dan menghina Sultan Johor.
Jelas Syed Hassan, Mohammad Nizar harus sedar Sultan Ibrahim boleh terus melobi kepada Perdana Menteri atau menteri bertanggungjawab untuk mendapatkan nombor kenderaan itu namun tidak berbuat demikian malah, berkenan mencemar duli bersama rakyat lain membidanya.
Beliau menambah, bekas Menteri Besar Perak itu juga perlu sedar rakyat biasa yang membuat tawaran harga bagi nombor WWW 1 bukanlah berpendapatan rendah namun pastinya mempunyai harta bernilai jutaan ringgit.
"Apa masalahnya Tuanku mahu bersaing dengan mereka walaupun baginda boleh melobi menggunakan kedudukan sebagai Sultan?
"Malah, wang RM520,000 itu tidak membawa pembaziran ke mana-mana memandangkan ia disalurkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan baik oleh jabatan berkenaan," ujarnya.-Utusan
Pisau kata " Belum pun PRU13 PAS dah mampus di Johor"
Dulu sewaktu penubuhan PAS pada 1951, polisi dan dasar perjuangan PAS walaupun umumnya menyatakan kepentingan Islam lebih utama berbanding politik, namun realiti sebenarnya menyatakan sebaliknya.
Sekian banyak fakta dan bukti sejak tertubuhnya PAS hingga kini mengesahkan susur galur perjalanan PAS agak tempang dek kerana kepentingan politik kepartian mengatasi keutamaan umat dan agama Islam.
PAS pernah keluar dari jemaah besar (UMNO) hanya semata-mata pemimpinnya, Ahmad Fuad kecewa dalam politik berikutan kekalahannya di tangan Tunku Abdul Rahman dalam perebutan jawatan Yang Dipertua UMNO (Presiden).
Sekalipun tika itu, keseluruhan orang Melayu Islam dituntut bersatu padu bagi menjayakan misi menuntut kemerdekaan daripada penjajahan British, kerana langkah songsang oleh PAS itu hdimanfaatkan sepenuhnya oleh British untuk menangguhkan beberapa ketika proses kemerdekaan Tanah Melayu.
Andainya perancangan British membenarkan PAS bergerak bebas demi untuk mencabar pengaruh UMNO tika itu berjaya menguasai minda majoriti orang Melayu Islam , nescaya sekarang ini kita masih diperhambakan oleh British sama seperti PAS diperkudakan oleh DAP.
Mujurlah keputusan pilihanraya 1955 tidak banyak tergugat dengan kehadiran PAS, akhirnya British terpaksa akur dengan kekuatan Perikatan (UMNO-MCA-MIC) dan bersetuju melepaskan Tanah Melayu dari penjajahannya.
61 tahun berlalu, kini PAS sekali lagi membuktikan politik kepartiannya jauh lebih utama dari agama.
Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man secara terbuka menggesa ahli-ahli PAS menangguhkan (membatalkan) pemergian menunaikan ibadah haji ke Mekah demi keutamaan bertugas untuk parti dalam pilihanraya umum.
Menurut Tuan Ibrahim, langkah tersebut dianggap wajar atas alasan kepentingan untuk berdepan dengan pilihanraya umum yang menurut jangkaan PAS akan diadakan semasa musim haji.
Kalau sekalipun benar pilihanraya umum diadakan dalam musim haji, sepatutnya ia tetap bukan alasan kukuh untuk pemimpin PAS menegah ahlinya pergi menunaikan ibadah rukun kelima Islam tersebut.
Peluang mengerjakan haji bukannya sentiasa datang apatah lagi dalam keadaan masih ramai muslimin dan muslimat yang lain sedang menanti giliran.
Kuota 28,000 untuk rakyat Malaysia beragama Islam yang sebelum ini hampir tergugat dek kerana kerja bangang penyokong PAS berdemo dalam Masjidil Haram, bukannya semudah abc untuk kita menempatkan diri sebagai hamba Allah yang bertuah memijak bumi Tanah Haram.
Bayangkan seorang ahli PAS yang sudah 10 tahun menunggu giliran, tiba-tiba bila sampai waktunya terpaksa ditangguhkan ibadahnya ke Tanah Suci Mekah hanya semata-mata untuk memenuhi tugasan duniawi kepada PAS, tak ke haru namanya tu?
Pilihanraya jika terlepas peluang untuk mengundi tidak jatuh pun hukum haram pada seseorang itu, tapi ibadah haji bila dah mampu dan pula berpeluang untuk mengerjakannya, wajiblah ditunaikan, bukan begitu?
Sepatutnya pemimpin PAS terutama sekali Tuan Ibrahim Tuan Man yang pernah dikenali sebagai ustaz tahu membezakan yang mana wajib dan yang mana harus.
Jangan kerana taksub pada keduniaan dan kemaruk mengejar jawatan duniawi hingga Tuan Ibrahim terlupa yang tuntutan ibadah haji itu jauh mengatasi periuk nasi pemimpin PAS dalam pilihanraya.
Sia-sia saja perkataan ISLAM menjadi tanda label pada nama PAS, tapi pi mai pi mai tang tu juga terlebih utamakan keuntungan dunia dan jahilnya pula mengalahkan Salman Rushdie
40 Saman? roadtax pun tak bayar? Apasal pihak polis tak ambil tindakan? Sebab dia ahli parlimen? Pelbagai operasi untuk arahkan rakyat bayar saman dan ada yang diheret ke balai polis .Rakyat terpaksa bayar beribu ringgit untuk selesaikan saman.Kenapa Azmin tak diambil tindakan?
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa membuat penjelasan berhubung pemilikan nombor pendaftaran kenderaan BBM 3 yang digunakan pada kereta Toyota Camry miliknya.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, beliau hairan bagaimana Azmin mampu memiliki nombor pendaftaran 'panas' berkenaan sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu hanyalah seorang pegawai kerajaan ketika mula menggunakannya.
Anuar juga mempersoalkan sama ada Azmin membeli nombor pendaftaran tersebut atau memperolehnya secara percuma semasa berkhidmat dengan Anwar di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.
"Saya ingin bertanya kepada Azmin bagaimana beliau memperoleh nombor pendaftaran kenderaan BBM 3? Nombor tersebut beliau peroleh ketika masih berkhidmat di pejabat Timbalan Perdana Menteri.
"Jika beliau 'membeli' nombor tersebut semasa berkhidmat dengan Anwar, beliau perlu tampil menjelaskan berapa bayaran yang telah dibuat memandangkan Azmin ketika itu hanyalah pegawai kerajaan.
"Adakah ini juga ada kaitan dengan dakwaan Azmin mempunyai kekayaan melebihi pendapatan ketika itu?," tanya beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Isu nombor pendaftaran kenderaan sebelum ini menarik perhatian ramai apabila salah seorang ahli pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Berikutan tindakan Nizar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu, beliau menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Malah, pihak pembangkang juga dilihat cuba memperbesarkan isu pemilikan nombor pendaftaran kenderaan apabila turut mengheret Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berikutan bidaannya terhadap nombor WWW 15.
Sementara itu, siasatan Utusan Malaysia mendapati kereta yang menggunakan nombor pendaftaran BBM 3 itu mempunyai sebanyak 40 saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga semalam.
Kenderaan jenis Toyota Camry 2.4 cc berwarna hitam sebelum ini didaftarkan untuk kereta jenis BMW 325i yang juga menggunakan nama pemiliknya iaitu Mohamed Azmin Ali.
Selain 40 saman, Azmin turut dikesan memiliki tujuh saman untuk sebuah kenderaan lain bernombor pendaftaran WEU 3838.
Malah apa yang mengejutkan, selain 47 saman trafik yang dikenakan terhadap Azmin sejak Jun 2002, kenderaan yang menggunakan nombor BBM 3 itu juga telah tamat cukai jalan sejak 2 Jun lalu namun sehingga kini belum diperbaharui.
Kebanyakan saman yang dikenakan adalah atas kesalahan memandu melebihi had laju dan paling banyak kesalahan itu dikesan di sekitar ibu negara.
Difahamkan sebelum ini, Azmin menggunakan plat BBM 3 itu untuk kereta BMW.-utusan
Pisau kata " Apa cerita Azmin dengan sesi ais krim dalam toilet tu?"
Para penyokong pakatan hari ini menuduh Syeikhul Universiti Al-Azhar,Shiekh Mahmoud Abdel Ghany dibayar oleh Umno,malah kenyataan beliau yang menyokong dasar kerajaan Malaysia yang membangunkan negara menjadi negara Islam termaju didunia adalah bersifat keduniaan dan sekular.
Penyokong PAS dan haprak pakatan membandingkan Ustaz Azhar Idrus dan Nik Aziz lebih hebat berbanding Syiekh Al-Azhar ini.Korang bayangkan himpunan para cendiakawan Islam sedunia bersependapat bahawa kerajaan Umno BN adalah kerajaan Islam yang berjaya tetapi khawarij PAS dan haprak pakatan mungkin berasakan mereka lebih Islam apabila siang malam pertikaikan kejayaan Barisan Nasional.
KUALA LUMPUR 16 Jun - Rakyat Malaysia harus berterima kasih dan terus menyokong dasar kerajaan yang diamal selama ini kerana ia membantu membangunkan Malaysia sebagai antara negara Islam termaju di dunia.
Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata kerajaan Malaysia, yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam, telah banyak melakukan kebaikan kepada masyarakat serta berusaha membangunkan (mendaulatkan) Islam dan ia seharusnya perlu terus disokong.
"Pemerintah Islam Malaysia telah lakukan banyak kebaikan serta membangunkan Islam, maka tidak patut untuk cuba menjatuhkannya terutama melalui cara tidak demokratik.
"Oleh kerana kerajaan telah lakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat, maka patut rakyat terus beri peluang dan menyokong. Jangan timbulkan sesuatu perkara yang boleh menghalang perkembangan pembangunan kerana ia boleh menjadi fitnah pula kepada masyarakat itu sendiri," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk "Fiqh Mentaati Pemimpin" di sini, hari ini.
Beliau adalah antara pembentang kertas kerja pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, yang bermula semalam hingga 17 Jun.
Seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu dalam ilmu Fiqh yang sering diabaikan iaitu prinsip membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin.
Sheikh Mahmoud Ashour turut memberi ingatan agar tiada pihak yang menggunakan Islam untuk menakutkan masyarakat.
"Dalam proses mewujudkan sebuah negara Islam, tidak wajar menimbulkan suasana takut kepada masyarakat, dan tidak boleh memperjuangkan Islam secara kasar," katanya.
Beliau menekankan bahawa dalam memperjuangkan Islam, nama tidak penting, sebaliknya isi perjuangan lebih penting. - BERNAMA
Pisau kata " pas menakutkan umat Islam,tak undi PAS tak masuk syurga"
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan pusat merancang untuk membina 250 unit rumah kos sederhana di Kampung Permatang Tok Subuh, Bukit Minyak, dalam usaha membantu mengatasi masalah perumahan di Pulau Pinang.
Beliau berkata Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenal pasti kawasan berkenaan dan pembinaannya akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
"Masalah tempat tinggal memang satu isu yang besar, dan bagi mereka yang bekerja mungkin pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk memiliki rumah. Kita akan atasi masalah ini kerana ia perlukan penyelesaian segera.
"Selain itu, saya juga arahkan ICU untuk mencari tapak-tapak yang sesuai dan binalah rumah, buat perancangan yang teliti," katanya pada majlis perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini. Kira-kira 6,000 orang daripada 60 NGO hadir pada perjumpaan itu.
Beliau berkata demikian sebagai memberi maklum balas berhubung masalah perumahan di Pulau Pinang serta rungutan golongan bumiputera yang tidak berkemampuan memiliki rumah kerana harga yang terlalu mahal.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan pemimpin BN negeri.
Timbalan Perdana Menteri juga menyeru agar NGO Melayu di Pulau Pinang bersatu bagi memperkasa golongan bumiputera di negeri ini untuk terus kukuh dan tidak berpecah belah.
"Yang penting ialah perpaduan kita, Melayu Pulau Pinang tidak boleh berpecah, pimpinan NGO inilah yang akan menjadi pengikat, kita tidak boleh bercerai berai...bersatu teguh bercerai roboh...," katanya .
Oleh itu, beliau berkata kerajaan pusat akan menyalurkan bantuan kewangan kepada NGO atau persatuan untuk melakukan pelbagai aktiviti bersesuaian dengan lebih berkesan.
"Saya beri RM10,000 untuk setiap NGO yang hadir pada hari ini, saya harap ia dapat laksanakan dalam tempoh segera," katanya.
Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa kerajaan persekutuan terus komited membantu rakyat agar dapat sama-sama menikmati faedah yang diperoleh hasil daripada tranformasi yang dilaksanakan kerajaan.
"Kerajaan mengambil serius kemahuan rakyat, apa lagi yang rakyat mahukan, kerajaan persekutuan memang membantu dan apa yang diutamakan ialah soal pendidikan, akan-anak kita tidak boleh diabaikan.. jangan sampai terbiar dan tercicir tidak pergi ke sekolah.
"Saya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selalu turun padang dan setiap minggu kami berdua berbincang kemudian dibawa ke kabinet untuk diputuskan bentuk bantuan yang akan diberi kepada rakyat sebagai memenuhikehendak dan keperluan mereka," katanya. - Bernama
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kita biasa dengar jika seseorang menghampiri ajalnya kebiasaan orang itu akan berubah sikap atau perangainya.
Kalau yang selama hidupnya kurang amal ibadat, tiba-tiba dia rajin beribadat.
Kalau selama hidupnya dia seorang yang garang atau pemarah, tiba-tiba dia menjadi seorang yang penyabar atau lemah lembut.
Tiba-tiba buat perkara-perkara yang tak pernah dia buat.
Kalau orang-orang tua pula ada yang jadi perangai budak-budak balik. Ada juga yang mengarut dan merapu hingga buat perkara-perkara pelik yang tidak munasabah.
Tetapi ada juga yang tiada apa-apa perubahan, tiba-tiba sahaja pergi meninggalkan dunia yang fana ini.
Sebelum saya pergi lebih jauh, marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada orang-orang islam yang telah pergi lebih awal daripada kita.
Al-Fatihah.....
Semoga segala urusan kubur mereka dipermudahkan, segala dosa-dosa diampunkan dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin.....
Hari ini kita nak bercakap pasal mengarut dan merapu sebelum meninggal dunia.
Baru-baru ini kita semua tahu bagaimana seorang pemimpin Pas yang menghadapi masalah mental mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.
Terang-terangan dia sendiri yang tulis perkara berkenaan. Boleh lihat di sini....
Kemudian dia minta maaf diatas tindakan dia itu. Tapi dalam masa yang sama dia tidak mengaku dan salahkan Utusan Malaysia diatas kejadian tersebut.
Persoalannya mudah,
Kalau kau tak bersalah apa ke jadahnya kau minta maaf ???
Semakin hari semakin banyak kita lihat bagaimana Pas mempamerkan kebodohan mereka dengan perkara yang merapu dan karut marut...
Itulah sebagai salah satu tanda saat kematian Pas sudah semakin dekat...
Sikit-sikit salahkan Umno, semuanya salahkan Utusan Malaysia dan segalanya salahkan TV3. Begitu juga dalam hal arahan supaya penangguhan mengerjakan haji tahun ini. Setelah Pas tersepit dengan kebodohan sendiri, tiba-tiba Utusan Malaysia juga disalahkan.
Hai bro....tekun membaca nampak....paper apa tu ?
Perhatian: Minggu depan ada satu lagi cerita panas berhubung seorang individu yang berkaitan dengan sebuah syarikat Pas yang dituduh menipu menggunakan nama Sultan Johor dan Sultan Kedah. Nantikan pendedahan panas tersebut....
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kesedihan Peter Crouch tidak terpilih untuk mewakili pasukan England pada kejohana Euro 2012 kali ini amat-amatlah difahami.
Jadi, bagi menghilangkan rasa kecewa beliau dengan keadaan tersebut, Crouch dilihat menghabiskan masanya bersama isteri tercintanya yang glamor, Abbt Clancy.
Abbey, model dari Liverpool yang berusia 26 tahun ini, telah membuatkan perbualan mengenai bola sepak terhenti seketika apabila mengenakan pakaian yang hampir mendedahkan payudaranya dari bahagian tepi.
Pasangan ini menghabiskan masa mereka berdua di Esquire& Mr Porter London Collection: Men's Party yang telah ditaja oleh Belvedere Unfiltered.
Ibu kepada bayi perempuan berusia 15 bulan itu juga dilihat hadir tanpa mengenakan bra sambil menggayakan baju rekaan Jasper Conran Spring/Summer 2012 yang dikenakan dengan sepasang kasut bertali rekaan Giuseppe Zanotti.
Suaminya yang juga penyerang untuk kelab bola sepak Stoke City itu pula mengenakan sut hitam.
Awal bulan ini, Tony Pulis, pengurus Stoke City menasihati Crouch supaya bergembira untuk cuti musim ini apabila Roy Hodgson tidak memilih beliau untuk mewakili pasukan bola sepak kebangsaan England.
Pulis memberitahu Crouch: 'Saya telah memberitahu Peter dan beliau berasa amat kecewa tidak dipilih.'
Sila Sahin, seorang gadis Turki German berusia 25 tahun yang tinggal di Berlin, selama ini telah menjadi salah satu contoh bagaimana kehidupan seorang gadis beragama Islam yang moden menjalani kehidupan di dalam masyarakat yang berbilang bangsa.
Pelakon yang terkenal melalui rancangan television di German seperti Good Times, Bad Times telah membanggakan ramai peminat dan keluarganya di Turki.
Tetapi, tindakan beliau yang terbaru telah mengejutkan ramai peminat beliau dan juga sanak saudara yang rapat dengannya.
Beraksi bogel dengan gaya yang mengghairahkan untuk majalah Playboy German, Sila Sahin telah 'menghantar' mesej yang jelas untuk keluarganya di Turki.
"Saya lakukannya kerana saya mahu bebas," katanya.
"Gambar-gambar tersebut adalah kebebasan yang saya paparkan semenjak larangan yang dikenakan ke atas saya sejak saya kecil lagi."
Keluarganya, seperti dijangka, menerima berita tersebut bagaikan dunia sudah kiamat, dan ibunya telah memutuskan semua hubungannya dengan anaknya itu
"Ibu saya masih lagi marah. Apatah lagi dengan datuk dan nenek saya, pakcik dan makcik," katanya di laman web television.
Lim Guan Eng menyalahkan Barisan Nasional (BN) hari ini kerana menyebabkan Malaysia terus berhutang apabila Putrajaya menambah perbelanjaan RM13.8 billion akan meningkatkan bajet defisit untuk 2012.
Menjelaskan tindakan itu sebagai perbelanjaan fiskal tidak bertanggungjawab, Ketua Menteri Pulau Pinang perbelanjaan lebihan itu hanya akan meletakkan bajet defisit Malaysia kepada RM59.7 billion, kadar tertinggi yang pernah dialami Malaysia.
"Ini akan meletakkan defisit Malaysia seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan lebih 6 peratus pada 2012, yang mana lebih tinggi daripada 4.7 peratus, lebih-lebih lagi dengan kelembapan ekonomi dunia yang turut dirasai Malaysia," katanya.
Setiausaha Agung DAP turut memberi amaran perbelanjaan tambahan itu akan menyaksikan hutang kerajaan meningkat mendadak melebihi RM500 billion hingga hujung tahun. Suku pertama tahun ini, hutang kerajaan di paras RM470 billion.
Ini, katanya, adalah sebelum "liabiliti luar jangka", yang beliau sifatkan sebagai pinjaman untuk diselesaikan oleh pembayar cukai jika syarikat seperti Malaysia Airlines (MAS) untuk diselamatkan oleh kerajaan.
"Anggaran liabiliti luar jangka ini pada akhir 2012 kira-kira RM110 bilion.
"Jika liabiliti luar jangka ditambah kepada hutang pegawai kerajaan, hutang kami mengikut nisbah KDNK akan menjadi 65 peratus pada penghujung kempen of 2012, yang merupakan lebih 55 peratus daripada had berkanun merujuk kepada nisbah KDNK," katanya.
Khamis lalu, Putrajaya membentangkan satu rang undang-undang tambahan meminta RM13.8 bilion untuk dibelanjakan tahun ini, yang mencetuskan kebimbangan kepada pentadbiran Najib yang mungkin tidak akan dapat mengawal defisit dan had tertinggi hutang berkanun.
Akta yang dientangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, memperuntukkan RM360 juta untuk Suruhanjaya Pilihan Raya, RM113 juta kepada Jabatan Perdana Menteri, RM446 juta kepada Kementerian Kerja Raya, dan RM11.2 billion untuk "perbendaharaan perkhidmatan awam" memandangkan pilihan raya yang semakin hampir.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan ahli Parlimen BN akan menerima RM1.5 juta setiap seorang untuk diperuntukkan kepada kawasan mereka bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka dilaksanakan selepas Belanjawan 2013 pada 28 September.
Perdana menteri turut mengakui baru-baru ini kerajaan mempertimbangkan untuk mengulangi pemberian BR1M bernilai RM500 kepada komuniti berpendapatan rendah yang menelan belanja RM2.6 billion.
Lim berkata, permintaan bagi dana lebih kepada ahli Parlimen BN, dan tidak kepada Pakatan Rakyat.
Beliau menjelaskan RM30 juta daripada RM112 juta yang diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri adalah untuk "Unit Penjenamaan Nasional", yang mana menurutnya adalah bukan keperluan.
"Kita tertanya-tanya kenapa rakyat Malaysia memerlukan unit penjenamaan apabila sudah ada kementerian seperti Menteri Pelancongan dan agensi seperti MATRADE.
"Syarikat yang baik akan menghasilkan produk yang bagus dengan kerajaan yang bagus yang mengenakan polisi yang cukup untuk meningkatkan profil negara. Cuba fikir seperti Samsung yang telah dibuat oleh Korea dan Apple yang dibuat oleh Amerika Syarikat, tanpa Unit Penjenamaan Nasional," katanya.
Lim turut mempersoalkan keperluan untuk menambah RM360 juta kepada SPR, menjelaskan agensi itu telah gagal dalam tugas utama mereka membersihkan sistem pilihan raya.
Namun demikian, Ahli Parlimen Bagan berkata strategi BN adalah menggunakan pembayar cukai untuk membiayai "perbelanjaan tidak bertanggungjawab" bukan benda baru.
Beliau mengingatkan kerajaan telah memohon tambahan dana RM13.2 billion Jun tahun lalu, dan RM10.3 billion pada Mac tahun ini untuk Belanjawan 2011.
Lim menambah sejak 1997, Malaysia telah menunjukkan 15 tahun bajet defisit dengan hutang yang semakin meningkat daripada RM89 billion kepada RM470 billion sehingga Mac tahun ini.
Beliau membandingkan KDNK, Lim menambah, kadar hutang meningkat lima kali ganda sejal 1997 dengan KDNK hanya berkembang tiga kali ganda.
Najib yang juga menteri kewangan berkata, lewat bulan lalu kerajaan akan memastikan kadar hutang Malaysia tidak akan melebihi kadar siling di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) dan Akta Perbelanjaan Kerajaan kerana pengurusan dan pembiayaan kewangan.
Beliau menambah hutang negara berada di paras 53.5 KDNK, yang berjumlah RM881 billion pada 2011 selepas semakan, menjadikan Malaysia RM13 billion kepada DD peratus kadar hutang.
Ustaz...title yang melambangkan segala jenis kebaikan dan kesederhanaan. Kalau nak amik jadi menantu pun, bakal pak mentua pun kira bagi green light awal-awal lagi lagi pasal title ustaz...
Tapi, ada kisah satu ustaz ni pulak, kerjanya pecah belahkan orang pulak. Kononnya tulis di status FB dia dengan tajuk sensasi, bagi alasan untuk berdebat, tapi mengikut tinjauan, tak pula komen beliau menegur atau memberi pendapat pada status tersebut, melainkan orang lain yang rancak mencarut maki pada statusnya itu.
Tajuk statusnya: Ciri-ciri adik beradik syaitan ada pada Sultan Johor
Amacam? Menarik punya status bukan? Aku selitkan dua tiga print screen komentor status beliau...selebihnya boleh dibaca di blog Brader Jai
Inilah dia dalang yang menjadi kepala kepada lebai-lebai yang dibodohkan untuk berbaring ditengah jalan bagi menghalang Sultan Perak untuk menabalkan DS Zambry sebagai MB Perak satu ketika dahulu.
Atas arahan siapa? Of course la dari Bang Nuar...
Laporan dari Minaq Jinggo
Venue : Dewan orang ramai Simpang Lima, Sungai Manik Kiri, Perak Event : Siri Ceramah Sumpah Keramat TIBAI Date : 15/6/2012 @ 10.00 pm
Akhir nya 'penderhaka' kepada Sultan Perak semasa istiadat perlantikan Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak, membuat pengakuan.... Semua nya atas arahan dari orang yang menjadi idola beliau....
SHAH ALAM - Dua sekawan diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan merogol seorang pekerja kedai makan berusia 22 tahun, tiga tahun lalu.
Keputusan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Petaling jaya yang membebaskan Norhazli Shuib, 22, dan Shahrul Izwan Ab Kadir, 25, daripada tuduhan itu.
Mohd Sofian pada penghakimannya berkata, sejarah mangsa menunjukkan dia pernah hamil dan dua kali melahirkan anak tanpa berkahwin.
"Bagaimanapun, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengatakan mangsa melakukan seks secara rela dalam kes ini.
"Mangsa sendiri menafikan dia mahu melakukan seks. Tambahan pula, laporan polis dibuatnya kurang tiga jam selepas kejadian" katanya.
Justeru, mahkamah memutuskan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan memerintahkan kedua-dua tertuduh dipanggil dan dibicarakan semula untuk membela diri.
Norhazli dan Shahrul didakwa merogol mangsa di sebuah rumah Jalan Tempinis 3, Off Jalan KL, Batu 16, Sg Pelong Petaling Jaya, pada 8 Mac 2009.
Pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mencabar Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Abdul Shukor Husin untuk mengetuai perhimpunan BERSIH jika ia diadakan sekali lagi pada masa akan datang.
Katanya, ia tugas ulama untuk "menentang kemungkaran dan menegakkan kebenaran" seperti mana dilakukan "ayatullah" di Iran yang memimpin anak muda dalam revolusi Islam negara itu pada 1979 (bawah).
Kenapa di Malaysia ini golongan agama khas yang duduk dalam kerajaan menjadi penonton dan pembela kepada golongan penyeleweng?
"Kalau (pengerusi bersama Datuk) Ambiga tak sesuai dan Datuk A Samad Said tak sesuai, barangkali rambutnya tak ikut sunah atau misai dia panjang ka, elok pengerusi Majlis Fatwa mempengerusi BERSIH," katanya.
Bercakap dalam temubual bersama saluran atas talian Radio Bangsar Utama (RABU) malam tadi, Mohamad mendakwa sekiranya Abd Shukor enggan berbuat demikian, "kita nampak dia menyokong (pihak yang) kotor".
Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar berhubung kredibiliti keputusan MFK berhubung isu perhimpunan BERSIH berbanding fatwa ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menyeru rakyat Mesir turun ke Dataran Tahrir.
Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dilapor memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.
Abdul Shukor Husin dilapor berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.
Bagaimanapun Selasa lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dilapor berkata Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi BERSIH (atas).
PETALING JAYA – Misteri lif ke tingkat dua dan tiga rosak di sebuah hotel bajet di Sunway Mentari dekat sini membawa kepada penemuan sebuah spa dan bilik didiami lima wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GR0) dan tukang urut.
Anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hanya dapat memasuki lokasi berkenaan selepas pengurus spa terbabit datang membuka premisnya selepas dihubungi pengurusan hotel bajet terbabit.
Semua wanita terbabit yang berasal dari Vietnam dan tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris itu gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri selain cuba berselindung dengan resit bayaran hotel menunjukkan mereka menginap di hotel itu dalam jangka masa lama.
Peralatan bilik hotel disita oleh penguatkuasa MBPJ.
Lebih memeranjatkan, sewaktu disoal siasat ada di antara mereka hanya berpakaian dalam malah turut berani menawarkan khidmat seks kepada pegawai penguatkuasa dengan bayaran serendah RM40 bagi satu sesi.
Penolong Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBPJ, Ismathinoon Abdul Rahman berkata, hotel bajet berkenaan beroperasi tanpa lesen dan pernah beberapa kali dikompaun sebelum ini .
Menurutnya, dipercayai tingkat dua dan tiga hotel berkenaan dikhaskan untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral.
"Kali ini MBPJ memberi notis 14 hari untuk hotel menghentikan operasi dan merobohkan struktur haram yang dibina dalam bangunan ini.
"Setakat ini lesen tidak dapat diberikan kerana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais ) tidak menyokong permohonan lesen kerana disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral," katanya
Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Seksyen 79 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan jika pemilik gagal mematuhi notis diberikan, pendakwaan di mahkamah akan dibuat bagi setiap kesalahan dilakukan.
Dalam operasi sama, MBPJ turut memberi notis dan menyita barangan dari sebuah lagi rangkaian hotel sama, juga tidak berlesen di Seksyen 51 A yang mempunyai pusat siber judi di dalamnya.
Heboh seketika apabila portal-portal hiburan yang menyiarkan foto seorang penyanyi lelaki yang bertatu di lengan. Walaupun mukanya dikaburkan, ramai yang dapat meneka bahawa penyanyi itu adalah Awi Rafael.
Menyedari dirinya kini 'diburu' ramai pihak, pelantun Bila Aku Jatuh Cinta ini tampil memberi kenyataan dalam laman Facebook rasminya, kelmarin.
Menurut Awi, gambar yang dimuat naik itu adalah sebelum dia bergelar artis dan mengakui ketika itu masih mentah untuk menilai baik dan buruk.
Mengakui sudah menginsafi kesilapan lalunya yang melampaui batasan agama, Awi mengatakan dirinya kini semakin matang dan sudah berubah.
Malah, Awi juga memohon maaf dan berharap agar peminatnya terutama remaja menjadikan peristiwa yang menimpanya sebagai pengajaran.
Foto-foto ganas beliau anda boleh klik SINI not HERE
SUNGAI BESAR (Sabak Bernam) – Kehidupan seorang gadis yang ceria sebelum ini bertukar trauma selepas berdepan detik cemas menjadi mangsa cubaan ragut dan cabul ketika melalui jalan lama semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya, jam 9 malam, di sini, kelmarin.
Mangsa, berusia 25 tahun itu berkata, dia bersama adik perempuannya, 18, ketika itu menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang di Pekan Sungai Besar.
Katanya, semasa melalui jalan lama di kawasan itu lampu jalan berada dalam keadaan malap.
"Seorang lelaki berbadan sederhana yang turut menaiki motosikal di jalan itu secara tiba-tiba menghimpit kami berdua dan cuba merentap pakaian saya.
"Melihat keadaan sedemikian saya cuba menepis tetapi lelaki berkenaan tetap cuba menarik baju," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, pagi semalam.
Menurutnya, lelaki itu itu semakin agresif kerana pada masa kejadian tiada kenderaan menggunakan laluan berkenaan.
Katanya, dia kemudian tekad menjerit menyebabkan suspek terkejut seterusnya memecut motosikal meninggalkan mereka dua beradik berkenaan.
"Saya dan adik cuba mengejar namun malangnya lelaki berkenaan memecut pantas. Kami juga gagal untuk mengecam nombor plat motosikal yang digunakan suspek," katanya.
Menyifatkan ini kejadian pertama yang berlaku kepada dirinya, dia meminta pihak berkuasa mengadakan rondaan lebih kerap di kawasan berkenaan.
"Apa yang berlaku menyebabkan saya trauma serik untuk melalui jalan itu terutama dengan menaiki motosikal pada waktu malam pada masa depan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.
Pada masa sama, Noor Mushar meminta orang ramai lebih berwaspada di samping melaporkan kepada polis sekiranya berlaku kejadian jenayah di kawasan mereka.
SUNGAI PETANI - Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim mencabar Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad untuk mendedahkan lebih banyak klip video atau cakera padat yang mengaitkannya dengan isu 'pembelian' Anggota Parlimen pembangkang.
Zamil berkata, tindakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor itu bukan sahaja bodoh malah memalukan kepimpinan pembangkang kerana beliau lupa bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berusaha membeli Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sehingga ke Taiwan.
"Saya nak ingatkan dia (Khalid), banyak rakaman tingkah laku membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat disimpan rakan-rakan saya.
"....bila-bila pun boleh didedahkan, biar rakyat lihat dan nilai betapa buruknya kepimpinan pakatan pembangkang terutama PKR," katanya pada sidang media mengulas tuduhan Khalid bahawa beliau terlibat dalam isu membeli wakil rakyat pembangkang oleh BN.
Di lobi Parlimen semalam, Khalid mendedahkan klip penuh video rundingan tawaran 'pembelian' Anggota Parlimen pembangkang.
Khalid turut menayangkan rakaman video menunjukkan lima orang termasuk seorang menyerupai Zamil yang merupakan pemimpin Parti Kesejahteraan Insan TanahAir (KITA) Kedah, sedang berbincang dengan pemimpin pembangkang.
"Jika benar sekali pun gambar dalam klip video itu adalah saya, tidak salah. Saya akan rasa puas dan seronok dapat memberi sumbangan kepada negaradengan membawa mereka keluar daripada parti yang tidak layak mentadbir negara," kata Zamil.
Beliau berkata, jika benar klip video yang ditayangkan Khalid itu mengenai perbincangan membeli Ahli Parlimen pembangkang, ia tidak akan dilakukan direstoran dan dihadiri pemandu.
Katanya, Umno dan BN sejak awal-awal lagi menolak pemimpin murahan yang boleh dibeli.
"Ramai wakil rakyat PKR menemui saya dan lebih 30 daripada mereka menyatakan tidak puas hati dengan sikap Anwar dan isterinya (Datin Seri Dr) Wan Azizah serta Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin.
"Mereka ini dikategorikan gred C dan sedar tidak akan dipilih bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Kerana hubungan saya dengan Ezam Mohd Noor rapat dan Ezam boleh mengatur pertemuan dengan pemimpin tertinggi Umno dan BN, mereka menemui saya untuk 'menjual diri.' Bagaimanapun Ezam menolakmentah-mentah hasrat mereka apabila saya sampaikannya.
"Saya sanggup bersumpah mereka memaki hamun Anwar yang mereka dakwa pilih kasih," katanya.
Beliau menyifatkan Khalid sebagai kuda tunggangan Anwar dalam Pas dan menggunakan taktik parasit untuk membunuh karier politik rakan-rakan sendiri.
Zamil juga meminta Ahli Parlimen Shah Alam itu menjelaskan pertemuan selama dua jam antara mereka berdua di sebuah restoran Cina di Kajang dua tahun lepas semasa keanggotaan Khalid dalam Pas digantung. - Bernama
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
...Kini, angka yang disebut sebagai rasuah bukan lagi EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta (pembayaran pada Perimekar) tetapi USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula.
Menurut SUARAM, mereka mempunyai bukti bahawa Dato' Seri Najib, pada ketika itu Menteri Pertahanan, ada meminta jumlah tersebut untuk dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai komisyen.
Adalah penting untuk kita memberi perhatian kepada angka-angka yang disebut di sini kerana tidak mustahil pihak SUARAM dan pembangkang akan menukarnya sekali lagi apabila terkantoi.
Perlu diingatkan bahawa nilai keseluruhan kontrak ialah EURO 1.084 billion atau RM3.87 billion. Ia merangkumi harga 2 kapal selam scorpene termasuk pakej Integrated Logistic Support dan latihan krew bernilai EURO 969.15 juta. Selebihnya EURO114.96 juta ialah bayaran kepada Perimekar untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan.
Kesemua dokumen jual beli dan penerimaan wang dibuat secara mengikut prosedur dan boleh dikemukakan sebagai bukti.
Jika benar Dato' Seri Najib ada meminta sebanyak RM3.8 billion bermakna kapal selam tersebut telah diberikan secara percuma kepada Malaysia. Ini kerana mengikut nilai tukaran matawang pada ketika kontrak tersebut dimeterai iaitu 5 Jun 2002, adalah seperti berikut: USD 1 bill = EURO 1.06 bill = RM3.80 bill.
Memandangkan keseluruhan bayaran kontrak berjumlah EURO1.08 billion sahaja, maka keseluruhan bayaran yang dibuat tersebut adalah berupa rasuah dan urusan jualbeli kapal selam hanyalah ilusi semata-mata.
Nampak benar SUARAM hanya bermain-main dengan angka untuk mengelirukan rakyat yang mungkin kurang berminat untuk menghalusi fakta dan angka.
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuka mata dan memperincikan segala maklumat yang diterima agar tidak mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang ingin melemahkan kerajaan semata-mata untuk mencapai matlamat mereka untuk berkuasa. The unspinners melaporkan...
Pssssttt....SUARAM DAN PAKATAN bernasib baik kerana ramai kalangan rakyat dan penyokong pembangkang yang boleh menerima bulat-bulat apa saja yang mereka perkatakan. Jika mereka tuduh Najib dan Rosmah lobi kerajaan Arab Saudi agar beri mereka berdua tanah 5000 hektar di sekitar tanah haram untuk ditanam getah pun akan ada yang percaya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada anak Jamaludin Jarjis, Pengarah Pilihanraya BN sekarang.
Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas menteri itu sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.
"…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Naib Presiden PKR itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri.
"Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?" soalnya lagi.
Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.
Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu.
Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar.
"Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan," katanya.
"Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka," jelas Izzah lagi.
Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Kuala Terengganu:Rakyat diingatkan agar tidak lagi merasa takut dengan helah serta propaganda Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tahu mentadbir negara.
Selebriti tanahair, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini.
Katanya, andaian hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negeri itu hanyalah propaganda pemimpin Umno.
"Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja.
"Usah ingat hanya orang Umno saja pandai (memerintah). Hari ini, orang bijak pandai ramai yang sokong dan masuk PAS sekarang," tegasnya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Bersama Salebriti Aishah di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.
Menurutnya, setiap orang Islam wajib mencegah segala kemungkaran yang berlaku termasuk pemerintah yang zalim dan rasuah.
Katanya, jika berlaku kemungkaran tersebut perlu dicegah dengan tangan, mulut atau paling kurang kena benci dalam hati.
"Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis.
"Kita jangan terlalu emosi dalam berpolitik. Saya lihat pemerintah hari ini sudah tidak betul, banyak duit rakyat yang disonglapnya.
"Jadi kita kena cegah kemungkaran itu dengan tangan atau cegah dengan mulut macam yang saya bercakap ini atau cegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kita," jelasnya di hadapan hampir 400 hadirin. - HD
Makin lama makin pelik la perangai Nik Aziz ni.. kebanyakkan fatwa yang dikeluarkan bukan bertujuan untuk menyatukan umat Islam. tetapi hanya untuk menghalalkan yang haram dan mencari dalil atau hadis untuk membenarkan perkara salah yang Pas lakukan. Apakah orang sebegini layak dipanggil ulamak?
KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika penyokong parti Pas membatalkan niat untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada musim haji tahun ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengeluarkan arahan rasmi supaya mereka berbuat demikian, kerana ia terserah kepada pucuk pimpinan parti.
Beliau berkata Islam tidak mewajibkan mereka pergi mengerjakan Haji setelah nama mereka tersenarai sebagai jemaah haji oleh Tabung Haji pada tahun berkenaan.
"Malah, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10, sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun ke enam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR (cardiopulmonary resuscitation) peringkat Negeri anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, Khamis.
Nik Abdul Aziz berkata ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam portal pro pembangkang, meminta anggota PAS yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji.
Mengenai kerajaan PAS Kelantan menarik balik larangan wanita menyertai tilawah Al-Quran selepas lebih 20 tahun larangan itu dikuatkuasakan, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa kerana kebanyakan umat Islam kini sudah memahami mengenai agama dan adat sopan dalam masyarakat.
Kerajaan PAS Kelantan mula melarang wanita menyertai tilawah Al-Quran di semua peringkat selepas mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.
Ia menimbulkan isu sehingga ia dibantah oleh Persatuan Qari dan Qariah negeri ini yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula larangan itu. - BERNAMA
Ini berita paling gembira bagi Mc dan rakan-rakan.. pendedahan kami selama ini mengenai Pembalakan Gunung Inas yang tidak mendapat EIA dari jabatan Alam Sekitar telah dibuktikan kebenarannya. Semalam Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan arahan supaya PMBKed menghentikan serta-merta projek pembangunan kawasan Gunung Inas di Baling kerana tidak mendapatkan kelulusan dari JAS.
Ini bermakna, MB Kedah Azizan Razak, CEO PMBked dan Setpol Sanusi PEMBOHONG BESAR apabila mengatakan projek ini mendapat kelulusan EIA dan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Bagaimana seorang Menteri Besar boleh berbohong dengan selamber mengenai perkara ini?
Malah mengarahkan konco-konconya turut berbohong untuk menghalalkan pembalakan haram di Gunung Inas ini.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) meminta Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) menghentikan serta-merta projek pembangunan kawasan Gunung Inas di Baling kerana tidak mendapatkan kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
JAS menafikan bahawa pihaknya telah meluluskan laporan penilaian EIA bagi projek itu pada 2010 seperti didakwa oleh Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed, Datuk Shahabudin Shafie.
"Laporan penilaian EIA bagi projek itu tidak diluluskan oleh JAS. Adalah penting perkara ini disemak terlebih dahulu oleh PMBKed dan apa-apa kerja di kawasan berkenaan hendaklah dihentikan serta-merta," kata kenyataan JAS di Putrajaya yang difakskan kepada Bernama di sini, Khamis.
JAS berkata demikian bagi mengulas kenyataan Shahabudin Selasa lepas bahawa penerokaan Hutan Simpan Gunung Inas telah mendapatkan kelulusan Laporan Penilaian EIA pada 2010 dan pihaknya akan meneroka lebih 5,000 hektar kawasan berkenaan untuk ditanam dengan getah klon balak dalam tempoh lima tahun.
Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu media bahawa kerajaan negeri tidak akan menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan itu kerana projek itu dilaksanakan mengikut garis panduan dan peraturan Dasar Perhutanan Negara. - BERNAMA
Tudiaa... kebenaran dah terbukti..nampak sangat pembohong-pembohong dah kantoi beradap!! Inilah doa dari orang yang teraniaya.. doa orang kampung yang telah disusahkan hidup mereka demi kenyangkan perut dan poket kroni dan kerajaan negeri.
Syabas Mc ucapkan pada semua yang membantu, ini pukulan HEBAT kepada Pas Kedah dan mendedahkan sifat sebenar mereka. Islam yang mereka laungkan tidak hanya sebagai lakonan politik untuk menjual undi. Hakikat yang sebenar, mereka lebih teruk dari UMNO yang selama ini mereka selalu buruk-burukkan!!
Terimalah video terbaik dari TMK khas untuk tatapan semua!!
McTheory: Pembalakan demi wang yang sanggup mengorbankan rakyat!!
Perghh.. puak-puak penganut agama Pas ni melampau betul.. agaknya dorang ni dah panas telinga apabila Zul Nordin membuat pendedahan mengenai Anwar, lalu bangkit untuk memukul beliau. Ini bukan kali pertama penceramah UMNO di serang. Awal bulan ni Ustaz Kamal Saidin juga diserang ketika tengah ceramah di Baling.
Ini petanda.. puak ni dah kepanasan dengan pendedahan demi pendedahan yang Zul dan penceramah UMNO lain lakukan..
Puak Pas dan pencacai Anwar jangan melampau sangat.. jangan ingat korang ni kuat, semua tempat boleh tunjuk hebat. Salah tempat nak jadi hero, mau kena lipat nanti. Haram jadah sungguh la puak ni..
McTheory: ini kes taksub dengan Anwar dan Nik Aziz la ni.. dah sampai gila macam ni!
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
#BNYV : Take Charge Make A Difference - #Twtup @khairykj Gamatkan NZ Curry House
Meriah!
Itulah suasana di NZ Curry House berhampiran KLCC semalam apabila Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin turun mendekati rakan twitter beliau yang terdiri dari anak muda pelbagai bangsa.
Sessi 'TweetUpKJ' yang bermula jam 9.30 malam itu adalah usaha Pemuda BN untuk memperkenalkan BN Youth Volunteers (BNYV) iaitu sebuah badan sukarelawan yang diilhamkan oleh Pemuda BN.
Sessi yang berlangsung selama 2 jam itu turut memberi ruang kepada anak-anak muda pelbagai latar belakang untuk berinteraksi serta mengutarakan pandangan dan pendapat mereka terhadap dunia politik negara.
Selain berinteraksi bersama anak-anak muda Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin turut meluangkan masa menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 di antara France vs Ukraine bersama rakan twitternya yang kini berjumlah 122,943 orang.
Kehadiran dan sikap 'sporting' KJ berjaya mencuri hati anak muda untuk mendekati BN seterusnya terlibat secara tidak langsung sebagai jentera BN melalui BNYV.
Antara foto yang dirakam oleh lensa Unit Media Baru :
"Take Charge, Make A Difference" - Let's Join BN Youth Volunteers
Lagi foto menarik 'TweetUpKJ' layari Galeri Foto Unit Media Baru [KLIK]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan